SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 13
GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN

Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk
menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya
saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami
segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar
globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan
dengan
definisi
globalisasi
dalam
pendidikan.
gambar rajah 1

Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga
perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan
monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’.

Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global
bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada
umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia
mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan
teknologi maklumat.
Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau
sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu
ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan.
Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun
Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah
mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi
sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina
kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada
kita.
Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat
dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di
negara
ini.

PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai
bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan
kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang
pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima
perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.
Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari
aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi
adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi
memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah
ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara
global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai
intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan
produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah
peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan
ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di
sekeliling.
Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global
yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.
Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan
pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan
gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi
carian laman video pendidikan di internet.
Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan
taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk
yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan
berjaya.
Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion
yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya
negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan
negaranya setaraf dengan negara maju yang lain.
CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed
sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi
terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat
menerusi rajah di bawah.
gambar rajah 2
Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam
era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara
membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara
formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya
diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang
sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber
manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada
pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini
bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang
perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa
yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan
dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini.
Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut
sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi
telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan
negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga
kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum
terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah
diperkenalkan seperti:
1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan
pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local
Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan
kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada
pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat
sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran.
3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar
mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi
sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara.
4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk
pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik
darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi
secara elektronik dengan rakan dan guru.
Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat,
kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya
kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar
dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka
melepasi alam persekolahan.
Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan
pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global
terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran.
Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan
Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan
kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit
sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti:
- Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan.
- Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran.
- Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai.
- Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail.
- Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan
menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar.
-Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan
pelajar.
- Penempatan pelajar dalam kelas.
-Membuat agihan jadual waktu mengajar guru.
-Pembinaan jadual waktu guru.
- Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya.
-Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai
urusan
rutin yang
dikendalikan pentadbir dan guru.
(Rahmad Sukor, 2006)

Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang
melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan
hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara
itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di
pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah
menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara
akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan
anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan
negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya
sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak
tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah:
1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama
ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah,
bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia
berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan
pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama.
2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah,
ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu,
kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen
yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan
nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak
pentadbiran sekolah
3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan
kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah
pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan
sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong,
semangat cinta akan negara dan berdisiplin.
Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah
perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi
ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan
profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam
perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru
sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti
professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah
dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan
interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi
halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru
perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan
peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya.
Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti
perkembangan pendidikan
dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang
berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu
melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif.
Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek
tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang
pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan itu sendiri.

KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis
pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang
berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan
negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi
memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di
samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang
menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan
global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah.

Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah
membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah
penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan
untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan
infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya.
Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan
melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti,
program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu
dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam
bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.
Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu
bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf
dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk
perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi.
Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan
dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam
membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke
hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan
kemajuan.
Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan
kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di
negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan
yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang
pendidikan.

PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M
BERDASARKAN GLOBALISASI

Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak.
Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis
serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh
dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga
keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara
kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam
globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam
membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid
berdasarkan globalisasi.
Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan
menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan,
seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan
sebagai alat perhubungan sosial.
Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu
melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar
murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang
dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti
membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi
kandungan bahan yang dibaca.
Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan
otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui
dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta.
Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira,
adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri
kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid
dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar?
Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita
menguasai kemahiran-kemahiran yang lain.
Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa
berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir
tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan
idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan.
Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang,
penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari
maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan
komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar
perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan.
Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini,
perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama
orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti
kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa
dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.
Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita,
keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai
Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala
aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari
dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan
kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam
diri setiap individu.

KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan,
krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di
ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap
globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member
kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk
melalui globalisasi dalam pendidikan.
Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan
positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:

budaya pembelajaran sepanjang hayat

kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa
antarabangsa

menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan
kehidupan seharian

pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar

perubahan peranan guru dalam bilik darjah

peluang pendidikan terbuka luas

persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi

perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan
pembelajaran
Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:




rohani

kemajuan


kadar pengangguran semakin meningkat
pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara
meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda
perdagangan pendidikan
penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan
berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi
sistem pendidikan sesebuah negara


-

pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial

Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah
tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih
sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik
perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang
bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan
dalam diri murid-murid.
IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN
Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran
terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh
dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum,
penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan
penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan.
Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak
globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang
berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat
daripada globalisasi dalam pendidikan.

Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang
mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan
penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini
kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan
Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman
individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu
utama.
Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi
pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid
dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid.
Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi
maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan
pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya,
keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung
berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang
melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan
slide dan sebaganyai.
Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian
tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk
mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung,
pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk
berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang.
Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita
menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi
Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh
dikemas kini pada bila-bila masa

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulumshahrul93
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikanVince Here
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaAtifah Ruzana Abd Wahab
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasiIda Hasniza
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti wan salleh
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruHishamuddin Jabar
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Kalai Shan
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaranKomalam Mariappan
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranAhmad NazRi
 

Mais procurados (20)

laporan kabinet
laporan kabinetlaporan kabinet
laporan kabinet
 
Teori bahasa
Teori bahasaTeori bahasa
Teori bahasa
 
Maksud kurikulum
Maksud kurikulumMaksud kurikulum
Maksud kurikulum
 
LAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAKLAPORAN RAZAK
LAPORAN RAZAK
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
Transformasi pendidikan
Transformasi pendidikanTransformasi pendidikan
Transformasi pendidikan
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di MalaysiaGPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
GPP1063 : Sumbangan Aminuddin Baki Terhadap Sistem Pendidikan di Malaysia
 
Teori – teori motivasi
Teori – teori motivasiTeori – teori motivasi
Teori – teori motivasi
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti Permuafakatan sekolah dan komuniti
Permuafakatan sekolah dan komuniti
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guruProfesionalisme+dan+akautabiliti+guru
Profesionalisme+dan+akautabiliti+guru
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
35934406 perbandingan-antara-teori-pembelajaran
 
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaranPendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
Pendidikan abad-ke-21-isu-dan-cabaran
 

Destaque

Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanAzalea Nabiilah
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 
Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU muzani anh
 
globalisasi.pptx
 globalisasi.pptx globalisasi.pptx
globalisasi.pptxaresha97
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanMuhammad Syahir
 
Pendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiPendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiMuhamad Yogi
 
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatCabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatJoan Tong
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasisejarahkkb
 
Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasihalilibun
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Ahmad NazRi
 
Powpoint dampak globalisasi
Powpoint dampak globalisasiPowpoint dampak globalisasi
Powpoint dampak globalisasikuncungsupono
 
Chapter 6 flowcharting
Chapter 6 flowchartingChapter 6 flowcharting
Chapter 6 flowchartingIver Tronix
 
IMPERIAL results presentation interim 2013
IMPERIAL results presentation interim 2013IMPERIAL results presentation interim 2013
IMPERIAL results presentation interim 2013IMPERIAL Logistics
 
4 Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference
4  Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference 4  Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference
4 Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference Center of Digital Excellence, CODE Inc
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaEman Syukur
 
PENDIDIKAN GLOBALISASI
PENDIDIKAN GLOBALISASI PENDIDIKAN GLOBALISASI
PENDIDIKAN GLOBALISASI Asep Awaludin
 

Destaque (20)

Globalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikanGlobalisasi & cabaran pendidikan
Globalisasi & cabaran pendidikan
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 
Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU Globalisasi pendidikan EDU
Globalisasi pendidikan EDU
 
globalisasi.pptx
 globalisasi.pptx globalisasi.pptx
globalisasi.pptx
 
Presentation1 (2)
Presentation1 (2)Presentation1 (2)
Presentation1 (2)
 
Isu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikanIsu globalisasi pendidikan
Isu globalisasi pendidikan
 
Pendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan GlobalisasiPendidikan Global dan Globalisasi
Pendidikan Global dan Globalisasi
 
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumatCabaran globalisasi dan teknologi maklumat
Cabaran globalisasi dan teknologi maklumat
 
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
8.0 malaysia dan cabaran gobalisasi
 
Ppt globalisasi
Ppt globalisasiPpt globalisasi
Ppt globalisasi
 
Globalisasi ppt
Globalisasi pptGlobalisasi ppt
Globalisasi ppt
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Powpoint dampak globalisasi
Powpoint dampak globalisasiPowpoint dampak globalisasi
Powpoint dampak globalisasi
 
Chapter 6 flowcharting
Chapter 6 flowchartingChapter 6 flowcharting
Chapter 6 flowcharting
 
IMPERIAL results presentation interim 2013
IMPERIAL results presentation interim 2013IMPERIAL results presentation interim 2013
IMPERIAL results presentation interim 2013
 
4 Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference
4  Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference 4  Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference
4 Hussein Dajani - Hug Digital - The Age of Influence - MASHUP MENA Conference
 
Bilal Al Mourad - Ipsos - ICT Kuwait 2015 - MASHUP MENA Conference
Bilal Al Mourad  - Ipsos -  ICT Kuwait 2015 - MASHUP MENA Conference Bilal Al Mourad  - Ipsos -  ICT Kuwait 2015 - MASHUP MENA Conference
Bilal Al Mourad - Ipsos - ICT Kuwait 2015 - MASHUP MENA Conference
 
Eseimen 3109
Eseimen 3109Eseimen 3109
Eseimen 3109
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
 
PENDIDIKAN GLOBALISASI
PENDIDIKAN GLOBALISASI PENDIDIKAN GLOBALISASI
PENDIDIKAN GLOBALISASI
 

Semelhante a GLOBALISASI PENDIDIKAN

Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_mamandina
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullazryna81
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agendaAbdullah Lah
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Ismail Abdul Wahid
 
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja  Profesi Tenaga PendidikPeningkatan Kinerja  Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidiksman 2 mataram
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Yang Dibuang
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionUstaz Salleh
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Shima Mashi
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPensil Dan Pemadam
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma Rahmawati
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 

Semelhante a GLOBALISASI PENDIDIKAN (20)

Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_maGlobalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
Globalisasi dan cabaran_pendidikan_di_ma
 
Asgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 fullAsgmnt abad 21 full
Asgmnt abad 21 full
 
1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda1 aspirasi 1 agenda
1 aspirasi 1 agenda
 
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)Globalisasi vol31 no1_(91-101)
Globalisasi vol31 no1_(91-101)
 
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja  Profesi Tenaga PendidikPeningkatan Kinerja  Profesi Tenaga Pendidik
Peningkatan Kinerja Profesi Tenaga Pendidik
 
Inovasi.pdf
Inovasi.pdfInovasi.pdf
Inovasi.pdf
 
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
Rasional pengembangan kurikulum 2013 pengembangan kurikulum perlu dilakukan k...
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0Penulisan ilmiah web 2.0
Penulisan ilmiah web 2.0
 
pendidikan
pendidikanpendidikan
pendidikan
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 
Perguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesionPerguruan sebagai satu profesion
Perguruan sebagai satu profesion
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
Edu
EduEdu
Edu
 
Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)Irma (rasional pengembangan k13)
Irma (rasional pengembangan k13)
 
Hdr3
Hdr3Hdr3
Hdr3
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 

Último

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuHANHAN164733
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxLeniMawarti1
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...Kanaidi ken
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxg66527130
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxrofikpriyanto2
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxBambang440423
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxHeriyantoHeriyanto44
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DAbdiera
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfcicovendra
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptxwongcp2
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfWahyudinST
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxsyafnasir
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptAfifFikri11
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanssuserc81826
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfVenyHandayani2
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptNabilahKhairunnisa6
 

Último (20)

Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus PerilakuCatatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
Catatan di setiap Indikator Fokus Perilaku
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptxKeberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
Keberagaman-Peserta-Didik-dalam-Psikologi-Pendidikan.pptx
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "Teknik Perhitungan & Verifikasi TKDN...
 
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptxSKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
SKPM Kualiti @ Sekolah 23 Feb 22222023.pptx
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptxMATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
MATERI 1_ Modul 1 dan 2 Konsep Dasar IPA SD jadi.pptx
 
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptxJurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
Jurnal Dwi mingguan modul 1.2-gurupenggerak.pptx
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptxAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pptx
 
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase DModul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
Modul Ajar Bahasa Indonesia Kelas 8 Fase D
 
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdfMA Kelas XII  Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
MA Kelas XII Bab 1 materi musik mkontemnporerFase F.pdf
 
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptxTeknik Menjawab Kertas P.Moral SPM  2024.pptx
Teknik Menjawab Kertas P.Moral SPM 2024.pptx
 
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdfBuku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
Buku Saku Layanan Haji Ramah Lansia 2.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptxTopik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
Topik 1 - Pengenalan Penghayatan Etika dan Peradaban Acuan Malaysia.pptx
 
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.pptP_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
P_E_R_I_L_A_K_U__K_O_N_S_E_L_O_R__v.1.ppt
 
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukanPLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
PLaN & INTERVENSI untuk sekolah yang memerlukan
 
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdfAPRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
APRESIASI SURAT DAN MASUKAN CGP ANGKATAN X.pdf
 
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.pptPertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
Pertemuan 3-bioavailabilitas-dan-bioekivalensi.ppt
 

GLOBALISASI PENDIDIKAN

  • 1. GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN DEFINISI GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Era globalisasi meletakkan Malaysia berhadapan dengan pelbagai cabaran. Untuk menjadi sebuah Negara membangun sepenuhnya, Malaysia perlu meningkatkan daya saing dan meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Sebelum kita menyelami segala perihal berkaitan globalisasi, adalah lebih baik kita memahami maksud sebenar globalisasi. Berdasarkan gambar rajah di bawah ada sedikit maklumat berkaitan dengan definisi globalisasi dalam pendidikan. gambar rajah 1 Globalisasi berasal daripada perkataan Bahasa Inggeris iaitu globalization juga perkataan globalisasi diungkap menerusi Bahasa Perancis iaitu perkataan monodialisation yang mana semuanya bermaksud ‘seantero dunia’. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka ( 1986) telah mentafsirkan global bermaksud mengenai dunia seluruhnya atau pada keseluruhannya dan pada umumnya.Manakala, globalisasi pula bererti fenomena yang menjadikan dunia mengecil dari segi perhubungan manusia disebabkan kepantasan perkembangan teknologi maklumat.
  • 2. Scholte (2000), menyatakan globalisasi ialah proses menyingkirkan batasan atau sekatan kerajaan mengenai pergerakan antara negara supaya mewujudkan satu ekonomi dunia yang terbuka dan tanpa sempadan. Berdasarkan himpunan penulisan dan pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia telah mengingatkan agar masyarakat Malaysia tidak dipengaruhi dengan arus globalisasi sehingga berjaya menghancurkan mereka, sebaliknya kita perlu membina kekuatan dan menangkis unsur-unsur negatif yang membawa kesan buruk kepada kita. Kita sedia maklum bahawa dengan globalisasi perkembangan yang signifikan dapat dicapai dan ianya berfokus kepada profesion keguruan yang semakin mencabar di negara ini. PERKEMBANGAN PROFESIONALISME KEGURUAN MELALUI GLOBALISASI Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik, sosial, pendidikan dan ekonomi ianya memberikan kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya. Berdasarkan gambar rajah di bawah terdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.
  • 3. Meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme. Ini dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan. Selain itu, menerusi globalisasi ianya dapat meluaskan pengetahuan guru secara global. Seperti yang kita tahu, guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insane yang diperlukan di Negara kita. Guru perlulah peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada murid, guru menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat di sekeliling. Dengan globalisasi guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ianya meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah. Contohnya, dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas. Contohnya, murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi, keadaan di kutub utara dan menyelami di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet. Meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya. Dengan globalisasi ianya meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting. Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negaranya setaraf dengan negara maju yang lain. CABARAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Menerusi pandangan bekas Perdana Menteri kita, Tun Dr. Mahathir Mohamed sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia mengenai dunia globalisasi terdapat sebanyak lima cabaran asas terhadap dunia globalisasi seperti yang dilihat menerusi rajah di bawah.
  • 4. gambar rajah 2 Dalam membincangkan keperluan perubahan dari aspek bidang pendidikan dalam era globalisasi, pihak UNESCO telah mencadangkan untuk merombak cara-cara membangunkan potensi sumber manusia melalui tata cara pendidikan secara formal dan tidak formal. Menurut Hussein Ahmad ( 2001) menyatakan supaya diperbanyakkan institusi latihan dan pendidikan bagi orang-orang dewasa yang sudah mempunyai kerjaya untuk membangun dan mengembangkan potensi sumber manusia bagi membolehkannya memberi sumbangan lebih bermakna kepada pembangunan negara dan juga perkembangan diri individu itu sendiri. Ini bermakna mereka akan mempersiapkan diri dengan ilmu dan kemahiran yang perlu dikuasai bagi menghasilkan produk berkualiti sesuai dengan peraliran semasa yang mana menuntut kecekapan dan kesiap siagaan yang tinggi dalam berhadapan dengan pelbagai kemungkinan era globalisasi kini. Selain itu, Malaysia tidak dapat mengelak daripada menghadapi cabaran tersebut sebagai kesan daripada arus globalisasi. Hallinger (1998), menegaskan globalisasi telah mendorong berlakunya anjakan paradigma yang amat ketara di kebanyakan negara dalam konteks untuk mencari makna terhadap kualiti pendidikan dan juga kurikulum yang ditawarkan. Ini bermaksud, terdapat perubahan kurikulum terutama dari segi strategi pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran telah diperkenalkan seperti: 1. Sekolah Bestari: Tumpuan kepada proses pengembangan dan pemupukan pembelajaran dengan menggunakan komputer dan penggunaan multimedia.
  • 5. 2. Projek Sekolah Net: Penggunaan komputer peribadi dan persekitaran Local Area Network (LAN). Guru berfungsi sebagai penerima maklumat sesuatu bahan kurikulum dan pembelajaran daripada luar dan kemudian menyalurkannya kepada pelajar. Ini memberi peluang kepada pelajar mendapat kemahiran dan maklumat sesuai dengan keupayaan mereka dan aplikasi pelbagai stail pembelajaran. 3. Projek Smart Lab: Menggunakan jaringan komputer bagi membolehkan pelajar mengakses ilmu dan maklumat daripada pelbagai sumber dengan guru berfungsi sebagai pemandu, pelayar dan pemudahcara. 4. Projek Sekolah Vista: Perisian aplikasi bagi pengurusan bilik darjah untuk pengajaran dan pembelajaran. Ini bagi membolehkan guru menguruskan bilik darjah dengan berkesan dan memberi peluang kepada pelajar berkomunikasi secara elektronik dengan rakan dan guru. Tambahan pula, perkembangan dari segi penggunaan teknologi maklumat, kurikulum di Malaysia juga telah disemak semula dan diberi nilai tambah supaya kurikulum tersebut adalah relevan dan berupaya untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran tertentu bagi menghadapi persekitaran global setelah mereka melepasi alam persekolahan. Cabaran ketiga ialah dalam pengurusan pendidikan. Dalam hal ini, pengurusan pendidikan telah mengalami transformasi dalam perkembangan dunia global terutama dari segi penggunaan teknologi telekomunikasi dan pengkomputeran. Beberapa perisian baru telah diaplikasikan yang dikenali sebagai Pengurusan Maklumat Sekolah (School Management Information System) bagi meningkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan. Dengan aplikasi tersebut ianya sedikit sebanyak membantu dalam pengurusan pendidikan seperti: - Membantu dan mempermudahkan pengurus sekolah membuat keputusan. - Meningkatkan kecekapan pengurusan dan pentadbiran. - Mengurangkan beban pengurus dalam melaksanakan tugas yang pelbagai. - Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan fail. - Memudah dan menjimatkan masa dari segi mengumpul, memproses dan menyimpan data seperti laporan kehadiran pelajar. -Meningkatkan kecekapan dalam penyediaan gred/markah peperiksaan pelajar. - Penempatan pelajar dalam kelas. -Membuat agihan jadual waktu mengajar guru. -Pembinaan jadual waktu guru. - Membuat agihan sumber kewangan, buku teks, dan sebagainya. -Menyimpan data mengenai stok dan inventori sekolah serta pelbagai urusan rutin yang dikendalikan pentadbir dan guru.
  • 6. (Rahmad Sukor, 2006) Hussein Ahmad (2001) memberi penegasan bahawa proses globalisasi yang melanda dunia telah membawa perubahan yang mendadak kepada perlakuan hidup dan norma kehidupan manusia di seluruh dunia. Sama ada sesebuah negara itu kecil atau besar, pedalaman benua mahu pun di kepulauan kecil, di pergunungan tinggi mahu pun di lereng, kaki dan lembah bukit, kesemuanya telah menerima tempias dan pengaruh fenomena globalisasi. Kesan yang paling ketara akibat pengaruh globalisasi adalah perubahan gaya hidup terutama dalam kalangan anak-anak remaja di bangku sekolah yang begitu terpengaruh dengan amalan negatif kehidupan Barat. Oleh itu, aspek berkaitan keperibadian guru, budaya sekolah dan aktiviti-aktiviti kokurikulum kerana perkara tersebut memberi impak tersendiri dalam pembentukan moral pelajar seperti di bawah: 1. Keperibadian guru: Guru perlu menampilkan perawakan yang positif terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran. Perwatakan guru yang jujur, amanah, bersopan santun, penyayang, penyabar, sedia memberi pertolongan, sedia berkorban dan berdedikasi perlu diterampilkan supaya dapat menjadi contohan pelajar. Guru juga perlu membawa watak orang yang taat kepada amalan agama. 2. Budaya sekolah: Budaya sekolah yang mempraktikkan sikap amanah, ketekunan, cintakan kecemerlangan, berkasih sayang, bertolong bantu, kesantunan akhlak dan mengamalkan kehidupan beragama adalah elemen-elemen yang perlu dihidupkan dan dihayati secara berterusan. Aspek tersebut merupakan nilai yang seharusnya diberikan perhatian secara bersungguhsungguh oleh pihak pentadbiran sekolah 3. Aktiviti kokurikulum: Aktiviti seperti pakaian beruniform, persatuan, kelab dan kegiatan sukan dapat memberi input penting kepada pembentukan sahsiah pelajar. Aktiviti yang dijalankan melalui pemantauan guru akan menyuburkan sikap positif terhadap semangat bekerjasama, berdikari, tolong menolong, semangat cinta akan negara dan berdisiplin. Cabaran kelima yang wujud dalam globalisasi dalam pendidikan ialah perkembangan profesionalisme guru. Satu perbahasan relevan tentang globalisasi ialah pengkajian mengenai kesan globalisasi terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Usaha yang dilihat menerusi cabaran globalisasi dalam perkembangan profesionalisme keguruan ialah dapat meningkatkan kualiti guru sama ada dari segi kelayakan akademik, kepakaran dalam pengajaran, kualiti professional dan kualiti personal atau kepimpinan guru dalam organisasi sekolah dan masyarakat, meluaskan pengetahuan guru bersifat global, kemahiran ICT dan interaksi global membolehkan guru meluaskan konsep pembelajaran mengatasi halangan bilik darjah dan birokrasi sekolah, meluaskan peluang kepada guru
  • 7. perkhidmatan dan guru-guru dalam latihan dari segi pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme dan sebagainya. Kesimpulannya, masyarakat masa kini sangat prihatin dan mengikuti perkembangan pendidikan dengan penuh minat dan bersikap kritikal terhadap isu-isu berbangkit yang berkaitan dengan kemajuan anak-anak mereka. Pihak perancang pendidikan perlu melihat isu-isu dan cabaran yang berbangkit secara menyeluruh dan komprehensif. Menyelesaikan masalah secara runcitan dan memberi tumpuan kepada aspek tertentu dan mengurangkan tumpuan kepada aspek lain akan menghalang pelaksanaan pendidikan kita terutama bagi memenuhi aspirasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan itu sendiri. KRISIS GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Satu perancangan yang lebih baik boleh dilakukan dengan mengkaji krisis pendidikan global yang mana ianya mendedahkan guru dengan pengetahuan yang berlaku di negara-negara lain. Kebanyakan Negara membangun mengalami kesan negatif globalisasi bagi membangun dan memajukan bidang pendidikan. Globalisasi memberikan kesan buruk terhadap keadaan ekonomi Negara membangun, di samping perdagangan pendidikan dan budaya dari Negara-negara Barat yang menguasai pasaran pendidikan di negara membangun. Antara krisis pendidikan global dapat dilihat menerusi gambar rajah di bawah. Krisis kewangan timbul apabila negara membangun menimbulkan masalah membiayai perbelanjaan untuk pembangunan pendidikan. Ini termasuklah penyediaan kemudahan pendidikan seperti menyediakan peluang pendidikan untuk semua, bantuan pendidikan buku teks, menyediakan sekolah dengan infrastruktur lengkap, pendidikan literasi komputer dan sebagainya. Selain itu, program twinning iaitu program kembar pendidikan diperluaskan melibatkan institusi pendidikan membangun dengan negara maju. Apa yang pasti, program seperti ada kepentingan kerana pengetahuan dan kemahiran tertentu dipindahkan kepada tenaga pengajar di negara ini seperti latihan kepakaran dalam bidang perubatan, biodiversiti dan kejuruteraan.
  • 8. Persaingan untuk memantapkan kualiti diri dengan kepakaran dalam sesuatu bidang dan kemahiran tertentu akan menghasilkan produk pendidik yang setaraf dengan pendidik di negara luar. Persaingan adalah suatu dorongan untuk perubahan dan kemajuan yang penting dalam era globalisasi. Tambahan pula, dalam profesion keguruan, nilai intelektual perlu dipertahankan dan sentiasa dipertingkatkan kerana warga pendidik merupakan agen dalam membentuk modal insan yang berkualiti. Ini bermakna, guru perlu sentiasa ke hadapan dalam mendidik dan memimpin masyarakat kea rah perubahan dan kemajuan. Krisis pendidikan global seperti jurang pendidikan juga menimbulkan kebimbangan. Ini kerana pelaburan yang rendah dalam bidang pendidikan di negara membangun dan persaingan global meningkatkan perbelanjaan pendidikan yang mana ianya menyulitkan untuk usaha ke arah merapatkan lagi jurang pendidikan. PERANAN INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH DALAM MEMBINA KEMAHIRAN 7M BERDASARKAN GLOBALISASI Dunia sekarang sedang menghadapi era globalisasi yang kian memuncak. Keterbatasan dalam memantau penerimaan ledakan sumber dan bijak menapis serangan unsur-unsur perlu dilaksanakan dengan segera agar kita tidak jatuh dalam arus globalisasi. Globalisasi jika dilihat memberikan manfaat dan juga keburukan kepada kita andai kita tersalah membuat pilihan dan keputusan.
  • 9. Semua pihak perlulah sama-sama bertanggungjawab dalam usaha memelihara kemajuan yang tercipta tanpa perlu kecundang disebabkan tewas dalam globalisasi. Peranan sesebuah institusi keluarga dan sekolah amat penting dalam membantu membina kemahiran-kemahiran yang seharusnya dikuasai murid berdasarkan globalisasi. Kemahiran pertama ialah menulis, di mana kemahiran literasi asas komunikasi dan menyampaikan idea secara tulisan dapat dikuasai oleh kerana menerusi penulisan, seseorangitu boleh mengeluarkan idea, perasaan, menyampaikan maklumat dan sebagai alat perhubungan sosial. Kemahiran kedua ialah membaca, yang mana kemahiran literasi menimba ilmu melalui bahan-bahan bercetak perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah agar murid-murid memperoleh pengalaman dan ilmu menerusi bahan-bahan ilmiah yang dibaca. Membaca jambatan ilmu. Dengan melazimkan diri dengan aktiviti membaca sudah menerapkan nilai-nilai murni secara tidak langsung menerusi kandungan bahan yang dibaca. Kemahiran ketiga, mengira merupakan kemahiran literasi asas mengoperasikan otak secara abstrak tentang hukum sains dan alam semesta. Segala yang dilalui dalam kehidupan seharian melibatkan kita dengan hukum sains dan alam semesta. Cuba bayangkan seandainya anak-anak kita tidak menguasai kemahiran mengira, adakah mereka mampu untuk menguruskan kehidupan mereka secara sendiri kelak? Contohnya, jika tidak menguasai konsep asas nombor, bagaimana murid dapat menyelesaikan masalah melibatkan nilai nombor yang lebih besar? Kemahiran mengira merupakan kemahiran yang penting di samping perlunya kita menguasai kemahiran-kemahiran yang lain. Kemahiran keempat, kemahiran memikir. Dalam kemahiran ini, guru dan ibu bapa berperanan untuk menyediakan peluang dan ruang untuk murid-murid berfikir tentang sesuatu perkara dan melatih mereka untuk mengolah dan melontarkan idea menerusi kemahiran berfikir yang diaplikasikan. Kemahiran kelima ialah kemahiran menggunakan komputer. Jika dilihat sekarang, penggunaan komputer dalam membantu memudahkan pengurusan harian, mencari maklumat dan sebagai alat pengajaran yang berkesan. Kemahiran menggunakan komputer perlu diterapkan dan didedahkan kepada anak-anak muda sekarang agar perkara seperti ‘fobia komputer’ dapat dielakkan. Kemahiran keenam ialah kemahiran menjadi manusia. Dalam kemahiran ini, perlunya individu diajar untuk menjadi individu yang boleh berinteraksi bersama orang lain secara positif. Dengan kemahiran komunikasi yang baik seperti kesantunan tingkah laku dan kesantunan berbahasa membuatkan kita sentiasa dihormati dan hidup dalam keadaan yang harmoni.
  • 10. Kemahiran ketujuh ialah kemahiran mencintai Tuhan. Dalam hidup kita, keredhaan Ilahi adalah sesuatu yang penting kerana hidup dalam keadaan dicintai Tuhan dan mendapat keredhaan menghasilkan dengan kejayaan dalam segala aspek dan memperoleh ketenangan yang sukar diterjemahkan. Kemahiran mencari dan menggunakan ilmu agama dalam proses mendapatkan keredhaan dan kecintaan Tuhan buat setiap hambanya, manusia harus sentiasa tersemat dalam diri setiap individu. KESAN GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Berdasarkan definisi globalisasi pendidikan, cabaran globalisasi dalam pendidikan, krisis pendidikan global dan sebagainya sebagaimana yang telah dinyatakan di ruangan sebelumnya, apakah kesan yang dapat kita kenal pasti terhadap globalisasi dalam pendidikan? Adakah memberi kesan baik sahaja atau member kesan buruk semata atau memiliki pro dan kontranya iaitu kesan baik dan buruk melalui globalisasi dalam pendidikan. Globalisasi dalam pendidikan memberikan kesan positif dan negatif. Apakah kesan positif yang dapat diberikan melalui globalisasi dalam pendidikan? Antaranya ialah:  budaya pembelajaran sepanjang hayat  kebolehan berkomunikasi dalam bahasa ibunda dan bahasa antarabangsa  menguasai kemahiran teknologi untuk keperluan pekerjaan dan kehidupan seharian  pendidikan Negara terbuka kepada dunia luar  perubahan peranan guru dalam bilik darjah  peluang pendidikan terbuka luas  persaingan sihat dalam meningkatkan mutu pendidikan dan inovasi  perkongsian sumbangan hasil penyelidikan tentang pengajaran dan pembelajaran Terdapat beberapa kesan negatif melalui globalisasi dalam pendidikan iaitu:     rohani  kemajuan  kadar pengangguran semakin meningkat pengaliran keluar sumber manusia yang berkepakaran ke luar negara meminggirkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ibunda perdagangan pendidikan penyebaran sumber-sumber yang tidak bersesuaian dengan intelek dan berlaku penindasan dalam merampas peluang dan sumber bagi sistem pendidikan sesebuah negara
  • 11.  - pemantauan mendalam dari aspek permasalahan antisosial Oleh itu, biarpun ianya mempunyai kesan positif dan negatif, ianya adalah tanggungjawab individu dalam membuat pilihan bijak sama ada ingin memilih sumber yang bersesuaian atau sebaliknya. Tambahan pula, sebagai pendidik perlunya pemilihan dibuat dalam mencedok ilmu dan sumber maklumat yang bersesuaian untuk disalurkan kepada murid-murid ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah agar nilai-nilai negatif tidak dapat diterapkan dalam diri murid-murid.
  • 12. IMPAK GLOBALISASI DALAM PENDIDIKAN Globalisasi meluaskan konsep dunia tanpa sempadan memberikan cabaran terhadap guru bagaimana perancangan pembelajaran dan dunia pendidikan boleh dimajukan dari perspektif global yang melibatkan penyesuaian kurikulum, penjadualan belajar, penerokaan maklumat melalui ICT, pengawalan dan penyeliaan, serta peranan efektif guru dalam memajukan dunia pendidikan. Seperti yang ditunjukkan dalam gambar rajah 7, ada dinyatakan tentang impak globalisasi dalam pendidikan di mana rajah di sebelah kiri merupakan sebab yang berlaku menerusi globalisasi dan rajah di sebelah kanan menunjukkan akibat daripada globalisasi dalam pendidikan. Lambakan sumber maklumat dalam Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa yang mudah diperoleh menerusi kecanggihan teknologi maklumat menghasilkan penggunaan bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu. Ini kerana, kebanyakan bahan penyelidikan dan sumber lain maklumat menggunakan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa. Ini secara langsung, menjadi kelaziman individu menjadikan Bahasa Inggeris dan bahasa antarabangsa sebagai bahasa ilmu utama. Selain itu, dengan globalisasi, penggunaan teknologi maklumat dalam sesi
  • 13. pembelajaran dan pengajaran sering diaplikasikan. Ini membuatkan murid-murid dan guru dapat menguasai ledakan maklumat dan menambah pengalaman murid. Jika pada masa kini tiada pelaksanaan pembelajaran menggunakan teknologi maklumat di dalam bilik darjah, adalah sukar untuk guru menyalurkan ilmu dan pengalaman berkaitan persekitaran yang sukar untuk disediakan. Contohnya, keadaan di dasar laut, suasana di kutub utara dan melihat bagaimana gunung berapi meletus. Dengan kecanggihan teknologi maklumat, murid berpeluang melihat dan meneroka pengetahuan baru yang terbatas melalui video, paparan slide dan sebaganyai. Dengan globalisasi dalam pendidikan, mewujudkan lebih banyak institusi pengajian tinggi swasta yang mana memberikan kesan ke atas semua individu untuk mendapatkan peluang pendidikan yang sama rata. Secara tidak langsung, pembangunan negara semakin meningkat melalui penghasilan produk berkemahiran dan pakar dalam sesuatu bidang. Pembudayaan teknologi dalam pelaksanaan harian membuatkan urusan kita menjadi lebih mudah dan lebih bersistematik. Contohnya, penggunaan aplikasi Microsoft Excel, memudahkan kita untuk menguruskan sesuatu data dan boleh dikemas kini pada bila-bila masa