O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
1 |
KBK-eP/v1.6.2017/up260517
ahad
LAMPIRAN 2
SKOP PERKHIDMATAN
Petender hendaklah menyediakan perkara-perkara yang dinyat...
2 |
KBK-eP/v1.6.2017/up260517
ahad
ii. Sekolah/ Institusi di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat mingguan
a. Waktu ...
3 |
KBK-eP/v1.6.2017/up260517
ahad
ii. Bangunan Jabatan/ Sekolah/ Institusi/ Asrama
KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN
i. Kaki...
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Próximos SlideShares
Bidang tugas pekerja am
Bidang tugas pekerja am
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 15 Anúncio
Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Semelhante a KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf (20)

Mais recentes (20)

Anúncio

KBK - SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN.pdf

  1. 1. 1 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad LAMPIRAN 2 SKOP PERKHIDMATAN Petender hendaklah menyediakan perkara-perkara yang dinyatakan seperti berikut: 1. JUMLAH BILANGAN PEKERJA i. Penentuan jumlah bilangan pekerja adalah mengikut kawasan seperti berikut apabila dikehendaki oleh pihak Jabatan/ Sekolah/ Institusi seperti yang ditetapkan dalam Jadual Harga Tawaran (LAMPIRAN D) Borang Tender. Bagi sekolah dua (2) sesi, penetapan bilangan pekerja di premis tersebut hendaklah berdasarkan nisbah 60 : 40 mengikut masa bekerja yang telah ditetapkan. Walau bagaimanapun, pada hari sabtu, jumlah pekerja tidak mengambilkira nisbah 60 : 40 dan pekerja hendaklah dibekalkan sepenuhnya pada masa bekerja yang telah ditetapkan. Contoh : Bilangan pekerja adalah 10 orang bagi satu (1) premis. Berdasarkan nisbah 60 : 40, bilangan pekerja yang perlu dibekalkan bagi sesi pertama adalah seramai enam (6) orang manakala sesi kedua adalah seramai empat (4) orang pekerja. 2. JENIS PERKHIDMATAN Perkhidmatan membersih bangunan dan kawasan di dalam kawasan sekolah yang merangkumi; i. Blok bangunan ii. Kawasan iii. Blok asrama (jika ada) iv. Pusat Kegiatan Guru (jika ada) v. Bangunan Pejabat Pendidikan/ Jabatan Pendidikan (jika ada) vi. Blok Tambahan yang siap sepanjang tempoh kontrak (jika ada) 3. WAKTU DIBENARKAN BERTUGAS i. Sekolah/ Institusi di mana Sabtu dan Ahad merupakan hari rehat mingguan a. Waktu bertugas adalah waktu sesi persekolahan seperti berikut: Waktu Persekolahan Masa Bekerja termasuk satu (1) jam waktu berehat (1 jam 15 minit bagi hari Jumaat) Sekolah Satu Sesi 7.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin– Jumaat) 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu) Sekolah Dua Sesi 7.00 pagi hingga 4.00 petang (Isnin–Jumaat – Sesi pertama) 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Isnin–Jumaat – Sesi kedua) 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu) b. Waktu bertugas di Institusi Pendidikan/ bangunan pejabat seperti berikut: Masa Bekerja termasuk satu (1) jam waktu berehat kecuali satu (1) jam 15 minit pada hari Jumaat 7.30 pagi hingga 4.30 petang (Isnin – Jumaat) c. Perenggan 3(i)(a) dan 3(i)(b) terpakai KECUALI pada hari Ahad dan Hari Kelepasan Am. Nota: Masa berehat yang diperuntukkan satu (1) jam hendaklah secara bergilir kecuali pada Hari Sabtu, tiada waktu rehat.
  2. 2. 2 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad ii. Sekolah/ Institusi di mana Jumaat dan Sabtu merupakan hari rehat mingguan a. Waktu bertugas adalah waktu sesi persekolahan seperti berikut: Waktu Persekolahan Masa Bekerja termasuk satu (1) jam waktu berehat Sekolah Satu Sesi 7.00 pagi hingga 4.00 petang (Ahad–Khamis) 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu) Sekolah Dua Sesi 7.00 pagi hingga 4.00 petang (Ahad–Khamis – Sesi pertama) 9.00 pagi hingga 6.00 petang (Ahad–Khamis – Sesi kedua) 7.00 pagi hingga 1.00 petang (Sabtu) b. Waktu bertugas di Institusi Pendidikan/ bangunan pejabat seperti berikut: Masa Bekerja termasuk satu (1) jam waktu berehat 7.30 pagi hingga 4.30 petang (Ahad – Khamis) c. Perenggan 3(ii)(a) dan 3(ii)(b) terpakai KECUALI pada hari Jumaat dan Hari Kelepasan Am: Nota: Masa berehat yang diperuntukkan satu (1) jam hendaklah secara bergilir kecuali pada Hari Sabtu, tiada waktu rehat. iii. Sebarang perubahan waktu bertugas adalah tertakluk kepada kelulusan daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua/ Guru Besar. Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu bertugas. 4. SKOP KERJA DAN PERKHIDMATAN 4.1 SEMUA JENIS SEKOLAH/ INSTITUSI KECUALI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TEMPAT, KAWASAN, PERKHIDMATAN DAN KEKERAPAN i. Tandas dan Bilik Air TEMPAT PERKHIDMATAN KEKERAPAN i. Sinki; ii. Mangkuk Tandas; iii. Mangkuk Buang Air Kecil; iv. Besin Basuh Tangan; v. Cermin; vi. Lantai; vii.Dinding; viii. Jernang ix. Bilik Mandi (asrama) a. Dicuci, dibersih dan digosok dengan menggunakan bahan-bahan pencuci. b. Menyembur dan meletakkan bahan pewangi selepas setiap kali dicuci. c. Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan. i. Sekolah satu (1) sesi: - 2 kali sehari ii. Sekolah dua (2) sesi: -4 kali sehari d. Mengumpul dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta dibuang. 2 kali sehari e. Menyediakan alat soap dispenser berserta sabun cecair dan menyediakan tisu gulung pada setiap tandas guru. Memastikan bahan sentiasa ada
  3. 3. 3 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad ii. Bangunan Jabatan/ Sekolah/ Institusi/ Asrama KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN i. Kaki lima/ koridor; ii. Tangga; iii. Bilik Pengetua; iv. Bilik Guru; v. Pejabat; vi. Bilik kaunseling vii. Bilik Mesyuarat; viii. Setor; ix. Dewan; x. Surau; xi. Kawasan pentas/ astaka; xii. Gelanggang Permainan; xiii. Gimnasium; xiv. Bengkel; xv. Makmal xvi. Bilik kebal; xvii. Wakaf; xviii. Kawasan Sekitar Kolam; dan xix. Lain-lain bilik dan bangunan. a. Disapu, dimop dan dibersihkan. b. Permaidani dibersihkan dengan menggunakan mesin penyedut hampagas. c. Memungut sampah dan dimasukkan dalam karung plastik serta dibuang di tempat khas/ melupus sampah. d. Membekal serta memasang karung plastik pada tong sampah yang terdapat di dalam bangunan, pejabat dan asrama. Nota: Pembersihan makmal tidak melibatkan alat radas dan bahan- bahan kimia yang digunakan dalam sesi pembelajaran. 2 kali sehari 2 kali seminggu 2 kali sehari Memastikan karung plastik sentiasa ada iii. Kawasan Sekolah/Asrama KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN i. Kawasan Sekolah/ Asrama Keseluruhan a. Menyapu/ membersih/ memungut dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta membuangkannya di tempat khas/ melupus sampah. b. Memungut dan mengumpul/ membuang sampah dari tong-tong sampah yang terdapat di bangunan dan sekitar kawasan sekolah/ asrama. c. Membekal serta memasang karung plastik pada tong-tong/ bekas sampah di sekitar bangunan sekolah/ asrama. d. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes. 2 kali sehari 2 kali sehari Memastikan karung plastik sentiasa ada Sepanjang masa ii. Kawasan berumput  Padang;  Kuaters Institusi Perguruan (KIP)  Rumah Guru  Simpang jalan; Cerun/ tebing yang berbukit dan beralun;  Luar Pagar (2 kaki)  Bahu Jalan, Longkang/ Parit Memotong, menyapu, mengumpul dan membuang rumput. 2 minggu sekali
  4. 4. 4 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN  Tepi/Celah Bangunan; dan  Kawasan taman Memotong, menyapu, mengumpul dan membuang rumput. 2 minggu sekali iii. Kawasan sepanjang pagar, tebing parit, Kolam “titipan air” dan longkang/ parit a. Menebas/ memotong/ memangkas hedges semak/ belukar, pokok-pokok kecil/renek dengan ukuran lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul membuang sampah hasil tebasan di tempat pelupusan sampah selepas kerja-kerja dilaksanakan. b. Mencuci serta membersih longkang dan parit disekitar kawasan premis dengan mengeluarkan dan membuang semua sampah, mendapan dan rumput rampai. c. Membuang rumput/pokok menjalar/dahan kering/rapuh di tempat pelupusan sampah. 2 minggu sekali/ mengikut keperluan 1 minggu sekali Mengikut keperluan iv. Pokok tanaman dan pokok-pokok bunga a. Menyiram pokok dalam pasu b. Menyiram pokok atas tanah c. Membaja d. Menanam e. Trim/ mencantas/ membersih dan mengembur tanah dipangkal pokok. Setiap hari Mengikut keperluan 2 minggu sekali Mengikut keperluan 2 bulan sekali v. Gutter (Saluran air) a. Membersihkan saluran air daripada sampah/ daun-daun kering. Mengikut keperluan iv. Backwashing KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN Rumah Pam Menjalankan kerja-kerja backwash dengan proses seperti berikut: a. Laraskan ke kedudukan manual. b. Tutup injap 1. c. Buka injap 2. d. Backwash dan bilas (rinse) penapis. - Laraskan ganggang MPV pada posisi backwash. - Pasang suis Pam Penggalak. - Setelah selesai backwash, luruskan ganggang MPV pada posisi rinse. - ’By pass’ untuk backwash dan rinse penapis seterusnya. - Tutup suis pam penggalak. e. Kembalikan MPV ke kedudukan Filter. f. Buka Injap 1. g. Tutup Injap 2. h. Kembalikan Suis ke kedudukan Auto. 1 kali sehari
  5. 5. 5 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad 4.2 SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS TEMPAT, KAWASAN, PERKHIDMATAN DAN KEKERAPAN i) Tandas dan Bilik Air TEMPAT PERKHIDMATAN KEKERAPAN i. Sinki ii. Mangkuk tandas iii. Mangkuk buang air kecil iv. Besen basuh tangan v. Cermin muka vi. Lantai vii. Dinding viii.Kabin ix. Urinal bowl vii. Dinding viii.Kabin x. Jenang xi. Cermin sisipan xii. Lavatory basin xiii.Bilik mandi a. Dicuci, dibersih dan digosok dengan menggunakan bahan-bahan pencuci. b. Menyembur dan meletakkan bahan pewangi selepas setiap kali dicuci. c. Mengumpul dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta dibuang. d. Menyediakan sabun basuh tangan pada setiap besin basuh tangan atau menyediakan alat soap dispenser beserta sabun cecair dan satu jenis antibakteria pada setiap tandas. e. Menyediakan tisu gulung untuk tandas lelaki dan perempuan, bengkel dan pejabat. f. Mengelap dan membersih peralatan di dalam bilik air dan tandas. g. Mencuci dan mengeringkan tempat membasuh baju pelajar di asrama agar kering dan tidak licin. h. Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan. 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari Memastikan bahan sentiasa ada Memastikan bahan sentiasa ada 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari ii) Bangunan Jabatan/ Sekolah/ Institusi/ Asrama KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN  Kaki lima/ koridor  Tangga  Bilik Pengetua  Bilik Guru  Bilik Penolong Kanan  Bilik Ketua Bidang  Bilik Darjah  Pejabat  Bilik kaunseling  Bilik mesyuarat  Setor sekolah/ setor sukan a. Disapu, dimop dan dibersihkan b. Permaidani dibersihkan dengan menggunakan mesin penyedut hampagas. d. Memungut sampah dan dimasukkan dalam karung plastik serta dibuang di tempat khas/ melupus sampah. e. Membekal serta memasang karung plastik pada tong sampah yang terdapat di dalam bangunan, pejabat dan asrama. 2 kali sehari Memastikan karung plastik sentiasa ada
  6. 6. 6 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN  Dewan/ dewan terbuka/ dewan mini  Surau  Kawasan pentas/  astaka  Gelanggang  permainan  Gimnasium  Bengkel  Makmal  Bilik kebal  Wakaf  Pusat sumber  Pejabat 3PK  Bilik masakan  Bilik pemulihan  Bilik RMT  Ruang tempat menunggu  Ruang serbaguna/ foyer  Garaj bas/ van  Bilik SPBT  Bilik Audiologi  Kawasan protokol  Susur gajah  Bilik ICT  Bilik cetak  Bilik KH  Bilik perkhidmatan  Bilik muzik  Perpustakaan  Bilik BPM  Bilik seni  Bilik BOSS  Bilik sakit  Bilik JQAF  Bilik kesihatan  Kawasan kolam dan sekitar kolam  Kolam renang dan kawasan sekitar kolam renang  Lain bilik dan bangunan Nota: Pembersihan makmal tidak melibatkan alat radas dan bahan- bahan kimia yang digunakan dalam sesi pembelajaran. f. Cermin tingkap dilap dan dicuci. g. Kerusi dan meja diatur dan dibersihkan. h. Kipas dilap. i. Cucian kolam renang, kawasan sekitar, kemudahan kolam renang dan memasukkan klorin. j. Cucian kolam dan kawasan sekitar kolam. k. Kawasan aliran air dari paip atau alat penghawa dingin dicuci dengan kerap agar tidak licin/berlumut. l. Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan. 1 kali seminggu
  7. 7. 7 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad iii) Kawasan sekolah/ asrama KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN i. Kawasan sekolah/ asrama keseluruhan a. Disapu, dimop dan dibersihkan. b. Permaidani dibersihkan dengan menggunakan mesin penyedut hampagas. c. Menyapu/ membersih/memungut dan memasukkan sampah sarap dalam karung plastik serta membuangkannya di tempat khas/ melupus sampah. d. Memungut dan mengumpul/membuang sampah dari tong-tong sampah yang terdapat di bangunan dan sekitar kawasan sekolah/ asrama. e. Membekal serta memasang karung plastik pada tong- tong/bekas sampah di sekitar bangunan sekolah/ asrama. f. Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan. g. Memastikan tiada tempat pembiakan nyamuk aedes. 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari 2 kali sehari Memastikan plastik sentiasa ada Mengikut keperluan Sepanjang masa ii. Kawasan berumput  Padang  Kuarters Institusi Perguruan (KIP)  Rumah Guru  Pusat Kegiatan Guru (PKG)  Simpang jalan  Cerun/ tebing yang berbukit dan beralun  Luar pagar (2 kaki)  Bahu jalan, longkang/ parit  Tepi/ celah bangunan  Kawasan taman Memotong, menyapu, mengumpul dan membuang rumput. 2 minggu sekali iii.Kawasan sepanjang pagar, tebing parit, kolam ‘titipan air’ dan longkang/ parit a. Menebas/ memotong/ memangkas hedges semak/ belukar, pokok- pokok kecil/ renek dengan ukuran lilit tidak melebihi 12” serta mengumpul membuang sampah hasil tebasan di tempat pelupusan 2 minggu sekali/ mengikut keperluan
  8. 8. 8 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad KAWASAN PERKHIDMATAN KEKERAPAN sampah selepas kerja-kerja dilaksanakan. b. Mencuci serta membersih longkang dan parit di sekitar kawasan bangunan dengan mengeluarkan dan membuang semua sampah, mendapan dan rumput rampai. c. Membuang rumput/ pokok menjalar/ dahan kering/ rapuh di tempat pelupusan sampah. 2 minggu sekali Mengikut keperluan iv. Pokok tanaman dan pokok-pokok bunga a. Menyiram pokok dalam pasu. b. Menyiram pokok atas tanah. c. Membaja . d. Menanam. e. Trim/ mencantas/ membersih dan mengembur tanah di pangkal pokok. f. Mengganti pokok yang mati. Setiap hari Mengikut keperluan 2 minggu sekali Mengikut keperluan 2 bulan sekali Mengikut keperluan vi. Gutter (saliran air) Membersihkan saluran air daripada sampah/ daun-daun kering. Mengikut keperluan 5. PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN DAN PENCUCIAN KHAS PADA CUTI SEMESTER / AKHIR PERSEKOLAHAN Perkhidmatan yang diperlukan pada cuti semester/ akhir persekolahan adalah seperti berikut: 5.1 Membersih dan mengelap semua cermin tingkap, kipas angin, lampu, bingkai gambar, dan lain-lain kelengkapan dalam bangunan dengan menggunakan bahan-bahan pencuci seperti yang ditawarkan. 5.2 Menyedut dan membersih semua habuk, kotoran, sarang labah-labah, sarang lebah, kawasan tahi burung, sawang dan seumpamanya di semua bangunan sekolah/ asrama/ institusi. 5.3 Mengelap lantai (mopping) semua bilik termasuk bilik darjah, kaki lima bangunan dan tangga dengan menggunakan bahan pencuci seperti yang ditawarkan. 6. PENYELIAAN DAN PELAPORAN 6.1 Menyediakan tanda-tanda keselamatan semasa pembersihan dijalankan. 6.2 Penyelia dari pihak syarikat perlu memantau kerja-kerja kebersihan yang dijalankan. 6.3 Penyelia perlu melapor kepada Pentadbir Sekolah ke atas kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan dua (2) minggu sekali. 6.4 Bahan dan peralatan pembersihan sentiasa disimpan di tempat yang selamat.
  9. 9. 9 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad LAMPIRAN 3 SPESIFIKASI BAHAN-BAHAN, MESIN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN BAGI KONTRAK KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI SEKOLAH- SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) A. MESIN YANG DIGUNAKAN BAGI SATU (1) ZON BIL MESIN SPESIFIKASI 1 Mesin Rumput  Tahan lasak (Heavy duty)  Jenis sandang atau mana-mana jenis yang bersesuaian dengan keluasan premis 2 High Pressure Water Jet  Tahan lasak (Heavy duty)  Tekanan air (Water Pressure) sekurang-kurangnya 100 BAR 3 Scrubbing Machine  Tahan lasak (Heavy duty) B. MESIN DAN PERALATAN YANG DIGUNAKAN DI SETIAP SEKOLAH / INSTITUSI PENDIDIKAN / PREMIS (WAJIB) BIL. PERALATAN SPESIFIKASI 1 Mesin Hampagas  Tahan lasak (Heavy duty)  kuasa sedutan (SuctionPower) sekurang-kurangnya 250W 2 Penyapu  Penggunaan penyapu yang bersesuaian dengan permukaan lantai 3 Set Mop  Terdiri daripada mop dan baldi  Bekas beroda (Water Bucket) 4 Pencakar Rumput  Jenis besi atau plastik  Tahan lasak (Heavy duty) 5 Gunting Pokok/ Sabit  Tahan lasak (Heavy duty)  Tahan karat 6 Cangkul  Jenis besi  Tahan lasak (Heavy duty)  Tahan karat 7 Kereta Sorong  Tahan lasak (Heavy duty)  Saiz sederhana 8 Penyodok Sampah/ Longkang  Penyodok sampah jenis plastik  Penyodok longkang jenis besi 9 Hos Getah  Minimum 20m panjang 10 Hand Soap Dispenser  Sekurang-kurangnya bersaiz 500ml 11 Tissue Dispenser (tandas guru)  Jenis roller / wall mount
  10. 10. 10 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad C. BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN BIL. BAHAN-BAHAN SPESIFIKASI 1 Bahan Pencuci Lantai  Jenis cecair;  Berbau harum (bagi pencuci lantai, liquid hand soap dan pewangi tandas) ;  Membasmi kuman; Kontraktor digalakkan menggunakan: • bahan pencuci yang bersifat terbiodegrasi (biodegradable) yang mempunyai pengiktirafan MyHijau Mark atau label hijau seperti SIRIM Ekolabel • bahan yang selamat, sesuai untuk digunakan dan mesra alam • Pewangi tandas digalakkan menggunakan bahan berasaskan semulajadi seperti limau purut, serai wangi, bunga melur dan daun pandan 2 Bahan Pencuci Mangkuk Tandas 3 Bahan Pencuci Sinki 4 Bahan Pencuci Cermin 5 Liquid Hand Soap 6 Pewangi tandas 7 Tisu Tandas gulung  Dwilapis 8 Plastik Sampah  Tebal  Saiz yang bersesuaian dengan tong sampah di Premis berkenaan 9 Baja  Mengikut kesesuaian tanaman  Berasaskan organik adalah digalakkan 10 Ubat pembasmi jentik- jentik  Ubat/ Bahan yang diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
  11. 11. 11 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad LAMPIRAN 4 PANDUAN REKABENTUK PAKAIAN SERAGAM PEKERJA PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN DI SEKOLAH- SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) Bagi maksud menyeragamkan pemakaian seragam pekerja kebersihan bangunan dan kawasan (KBK), syarikat dikehendaki mematuhi panduan rekabentuk pakaian seragam seperti berikut : KONTRAK PERKHIDMATAN KEBERSIHAN BANGUNAN DAN KAWASAN Bil. Perkara Spesifikasi 1. Jenis Pakaian seragam adalah terdiri daripada: i. Tshirt berkolar ii. Seluar berwarna gelap dan longgar (leggings tidak dibenarkan) iii. Kasut bertutup dan bersesuaian dengan kerja/ tugas yang sedang dijalankan 2. Maklumat di uniform Maklumat berikut perlu dicetak pada tshirt: i. ”Kontraktor Pembersihan KPM” ii. Nama syarikat iii. No. Tel syarikat 3. Contoh Nota: Adalah menjadi tanggungjawab syarikat untuk mematuhi panduan yang dikeluarkan ini bagi memastikan keseragaman pemakaian pakaian seragam oleh pekerja kebersihan bangunan dan kawasan di sekolah dan premis Kementerian Pendidikan Malaysia Kontraktor Pembersihan KPM ABC Enterprise Tel : 03-8888 8888
  12. 12. 12 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad Syarat-syarat tambahan ini adalah menjadi sebahagian daripada syarat-syarat perjanjian. Petender yang berjaya hendaklah memastikan syarat-syarat tambahan seperti berikut dipatuhi: 2. Perbincangan dengan pihak sekolah/ Institusi Pendidikan hendaklah dilakukan dan dipersetujui secara bertulis bagi tujuan seperti berikut: i) Menentukan kawasan yang perlu dibersihkan; ii) Mengatur pelaksanaan program kerja; iii) Taklimat mengenai peraturan-peraturan sekolah; iv) Senarai pekerja yang akan dibekalkan; dan v) Lain-lain perkara yang berkaitan. 3. Petender bertanggungjawab membuang semua sampah-sarap dan bahan-bahan buangan di tapak pelupusan sampah yang dibenarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan; 4. Petender menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan berkenaan di atas kesalahan berhubung pembuangan sampah sarap yang dikendalikan oleh petender; 5. Petender menanggung kos/ saman/ denda yang dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia di atas kesalahan berlakunya pembiakan tempat nyamuk aedes di kawasan yang dikendalikan oleh petender; 6. Petender adalah dikehendaki membekal baja bagi pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan di premis terlibat; 7. Pada bila-bila masa apabila diperlukan, petender hendaklah membekalkan seorang atau lebih pekerja untuk menjalankan kerja-kerja yang ditentukan berdasarkan Skop Perkhidmatan; 8. Penentuan/ pengagihan jumlah bilangan pekerja hendaklah mengikut kadar bilangan dalam Skop Perkhidmatan; 9. Pekerja hendaklah berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah dari masa ke masa; 10. Semua pekerja hendaklah memakai pakaian seragam yang disediakan dengan sempurna dan mempunyai kad pengenalan diri yang dibekalkan oleh petender. Panduan rekabentuk pakaian yang telah ditetapkan bagi perkhidmatan ini oleh KPM adalah seperti di LAMPIRAN 4; 11. Petender yang berjaya adalah DIWAJIBKAN untuk mengambil pekerja-pekerja warganegara Malaysia yang berumur 18 hingga 63 tahun sahaja. Sekiranya pekerja tersebut berumur antara 55 hingga 63 tahun sepanjang tempoh kontrak, petender hendaklah mengemukakan laporan pemeriksaan kesihatan yang dijalankan setiap tahun bagi pekerja yang berumur di antara 55 tahun sehingga 63 tahun mengesahkan bahawa pekerja-pekerja ini disahkan sihat untuk bekerja (fit for duty) dan tidak menghidap penyakit berjangkit berbahaya oleh pihak hospital atau klinik Kerajaan. Laporan hendaklah ditandatangani/ disahkan oleh sekurang-kurangnya Pegawai Perubatan Gred 41 dan dikemukakan kepada sekolah/ institusi pendidikan untuk kelulusan. Kelulusan untuk bekerja diberikan secara tahunan tertakluk kepada pemeriksaan kesihatan yang dijalankan secara berkala pada setiap tahun. Warga asing tidak boleh dilantik dan tidak dibenarkan berada di sekolah/ institusi pendidikan sepanjang tempoh kontrak kecuali mendapat kebenaran secara bertulis dari Kerajaan; 12. Petender digalakkan untuk mengambil pekerja-pekerja daripada kontraktor sebelumnya; 13. Petender hendaklah memastikan rekod kedatangan dan jadual bertugas dikemaskini pada setiap hari;
  13. 13. 13 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad 14. Petender bertanggungjawab membekal dan menyediakan semua peralatan, pengangkutan dan bahan-bahan yang hendak digunakan bagi perkhidmatan mencuci bangunan dan membersih kawasan Sekolah/ Insititusi Pendidikan; 15. Petender bertanggungjawab ke atas keselamatan setiap pekerja dan juga harta benda Sekolah/ Institusi Pendidikan/ harta awam yang dibenarkan Kerajaan untuk berada di dalam kawasan; 16. Petender dikehendaki membaiki atau mengganti apa-apa kerosakan/ kerugian dengan membayar atau menggantikan dengan jenis dan kualiti yang sama atau lebih tinggi yang berlaku kepada harta benda Sekolah/ Institusi Pendidikan/ harta awam yang dibenarkan Kerajaan untuk berada di dalam kawasan premis akibat daripada kelalaian pihak pekerja petender semasa mengendalikan perkhidmatan berkenaan; 17. Petender dikehendaki meletakkan tanda AMARAN ketika kerja-kerja pembersihan sedang dilakukan bagi mengelakkan berlakunya kemalangan kepada pelajar-pelajar dan juga kakitangan Sekolah/ Institusi Pendidikan/ mana-mana orang/ Ibu Bapa Pelajar/ Penjaga Pelajar yang dibenarkan oleh Kerajaan berada di premis berkenaan; 18. Pekerja-pekerja digalakkan mengikuti kursus yang berkaitan Perkhidmatan Mencuci dan Membersih Bangunan dan Kawasan yang dikendalikan oleh pihak Kerajaan dan juga pihak Swasta. 19. Kontraktor bertanggungjawab sepenuhnya ke atas pekerja-pekerja yang dibekalkan dalam hal : ii) Pembayaran Gaji dan Upah (mengikut Perintah Gaji Minimum semasa); iii) Caruman PERKESO dan KWSP; iv) Pakaian Seragam; v) Kemudahan Perubatan; vi) Disiplin; vii) Kebajikan; viii) Keselamatan; dan ix) Lain-lain hal berkaitan pekerja. 20. PEKERJA PEREMPUAN SAHAJA dibenarkan bekerja di blok asrama perempuan bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama termasuk tandas perempuan di semua premis terlibat. 21. Kontraktor hendaklah pada tiap-tiap hari perkhidmatan memberi satu perakuan pelaksanaan kerja menggunakan Borang Pengesahan Pelaksanaan Kerja bahawa perkhidmatan telah sempurna dan dijalankan dengan memuaskan seperti yang dinyatakan dalam Skop Perkhidmatan. Perakuan pelaksanaan kerja ini hendaklah diserah oleh pihak kontraktor untuk disemak dan disahkan oleh pihak sekolah berkenaan.
  14. 14. 14 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad 5. HAK KERAJAAN APABILA PERKHIDMATAN YANG DILAKSANAKAN TIDAK MENGIKUT TERMA-TERMA DAN SYARAT-SYARATTENDER/KONTRAK 5.1 Jika Perkhidmatan yang dilaksanakan tidak mengikut atau jika berlaku pelanggaran mana-mana satu atau apa-apa gabungan perkara-perkara yang berikut iaitu: i) Kontraktor menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya; ii) Kontraktor menolak Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dan Kerajaan meminta Kontraktor menggantikan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya dalam tempoh yang ditentukan oleh Kerajaan. 5.2 Jika Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya tidak digantikan dalam masa yang ditentukan, Kerajaan boleh: i) Mendapatkan Perkhidmatan atau apa-apa bahagian daripadanya daripada lain- lain punca dan Kontraktor dikehendaki membayar amaun yang dikenakan kepada Kerajaan; ii) Mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan; iii) Hak Kerajaan untuk mengenakan denda dengan jumlah satu peratus (1%) sehari daripada Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat tanpa mengira bilangan pelanggaran mana-mana syarat/ terma kontrak, skop dan spesifikasi yang dilakukan pada hari tersebut. Kiraan denda adalah seperti formula dibawah: iv) Had denda maksimum sebulan ditetapkan sebanyak 20% daripada nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat; v) menamatkan Perjanjian ini dan melantik pihak lain untuk melaksanakan Perkhidmatan; vi) mengambil atau merampas keseluruhan atau sebahagian jumlah wang dalam Bon Pelaksanaan. Pengiraan bagi rampasan sebahagian Bon Pelaksanaan adalah seperti berikut: 5.3 Tanpa menjejaskan perenggan 5.2, jika didapati mana-mana pekerja Kontraktor tidak hadir bertugas mengikut terma-terma dan syarat-syarat dalam Perjanjian ini, Kerajaan boleh mengenakan pemotongan dengan jumlah yang sama banyak dengan gaji sehari setiap pekerja yang tidak hadir tersebut. Bagi maksud ini, pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap pekerja yang tidak bertugas. Asas pengiraan kadar pemotongan bagi pekerja yang tidak bertugas adalah seperti berikut: Denda = 1% sehari x bilangan hari pelanggaran dilakukan x Jumlah Anggaran Nilai Perjanjian bulanan bagi Premis terlibat mengikut Lampiran D Nilai Rampasan Bon Pelaksanaan Nilai Bon Pelaksanaan Bulan Perkhidmatan Baki Tempoh Kontrak X =
  15. 15. 15 | KBK-eP/v1.6.2017/up260517 ahad GPS : Gaji Pokok Sebulan BH : Bilangan hari tidak bertugas BP : Bilangan pekerja tidak bertugas i. GPS adalah Gaji minimum mengikut peraturan dan Perintah yang sedang berkuatkuasa semasa Surat Setuju Terima ditandatangani. ii. Pengiraan hendaklah dibuat secara berasingan bagi setiap pekerja yang tidak bertugas 5.4 Kerajaan berhak memotong apa-apa wang yang kena dibayar kepada Kontraktor oleh Kerajaan, sama ada sebagai denda atau pampasan daripada mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan Kerajaan daripada apa-apa yang kena dibayar oleh Kerajaan kepada Kontraktor di bawah Perjanjian ini. Jika wang yang kena dibayar kepada Kontraktor itu tidak mencukupi bagi menampung tuntutan Kerajaan, Kerajaan boleh menuntut baki tuntutan itu daripada Kontraktor dan Kontraktor hendaklah membuat pembayaran tersebut dalam tempoh yang ditentukan dalam notis tuntutan. Kerajaan juga berhak menuntut jumlah baki tersebut daripada Kontraktor melalui mana-mana Perjanjian yang ditandatangani dengan agensi Kerajaan, sekiranya Kontraktor gagal membuat bayaran setelah dituntut. Pemotongan = (Gaji Pokok Sebulan/ 30.5) x BH x BP

×