SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
Baixar para ler offline
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA



   SUKATAN PELAJARAN
  KURIKULUM BERSEPADU
    SEKOLAH RENDAH



PENDIDIKAN
  MUZIK
Sukatan Pelajaran
 Kurikulum Bersepadu
   Sekolah Rendah


PENDIDIKAN
  MUZIK




  Pusat Perkembangan Kurikulum
 Kementerian Pendidikan Malaysia
              2000
Cetakan Pertama 2000
 Kementerian Pendidikan Malaysia 2000


Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang-mana-mana bahagian artikel,ilustrasi,
dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada
Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 110803, 50926 Kuala Lumpur,
Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium.

Perpustakaan Negara Malaysia                    Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan


Sukatan pelajaran pendidikan muzik.
   ISBN 983-62-7110-4
    1. Music study and teaching (Primary)- Malaysia
    2. Music-Outlines,syllabi.etc l. Malaysia
    Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum.
    372.87043
RUKUN NEGARA

 BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak
mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat;
memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang
adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara
adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-
tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina
satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi
moden;


MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh
tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan
atas prinsip-prinsip berikut:-



                  KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
                  KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
                  KELUHURAN PERLEMBAGAAN
                  KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
                  KESOPANAN DAN KESUSILAAN
FALSAFAH
      PENDIDIKAN KEBANGSAAN


Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh
dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha
ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.




                             i v.
Kata Pengantar

Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi
menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan,
memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan
warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.

Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni
dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan
tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu.
Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi,
bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi
secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang
berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam
kehidupan.

Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah.
Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur-
unsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis alat muzik, serta memberi
murid pengalaman menghasilkan muzik yang mudah. Sukatan Pelajaran
Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek
Bahasa Muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan
estetik.

Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan
tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr

PENDAHULUAN


Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan
dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang
dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri.
Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan
peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak.


Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya
menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di
samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat
pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1
khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu
pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka
memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti
menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi
kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan
nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya
masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa.
Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam
muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri
murid.


Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR
pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan,
strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran
seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran
Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar.


                                      1
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr

MATLAMAT


Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan
dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum
dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi,
dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan
nilai murni.


OBJEKTIF

Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat:

1. mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan
    terminologi muzik
2. mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik
3. membaca dan menulis notasi muzik
4. mengetahui dan memahami teknik menyanyi
5. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik
    yang betul
6. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik
7. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan
    teknik yang betul
8. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif
9. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya
    dan persembahan muzik
10. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang
    berkaitan dengannya
11. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan
    ingin mencuba


                                      2
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr

ORGANISASI KANDUNGAN

Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR mengandungi program
pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun
6. Isi kandungannya memberi tumpuan kepada elemen pengetahuan dan
kemahiran di samping mengambil kira penerapan nilai.

Kurikulum ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik
dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, mata
pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan
domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan
itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah
menghayati dan menikmati muzik secara intelektual.


Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR
disusun berdasarkan aspek-aspek berikut:


       i. Persepsi Estetik
      ii. Pengalaman Muzikal
      iii. Ekspresi Kreatif
      iv. Penghargaan Estetik


Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi
faktor-faktor yang lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan
pembelajaran.


Susunan keempat-empat aspek tersebut bukanlah suatu hierarki
yang tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi kemudahan
mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran.

                                      3
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr


KANDUNGAN

1. PERSEPSI ESTETIK

   Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik1.

    Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur-
    unsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca,
    menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid
    mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan,
    menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis.

    1.1 Irama

         1.1.1    Detik, Tekanan dan Meter
                  Detik
                   Pembahagian meter:             2 3 4 6
                                                  4 4 4 8

                  Tekanan: tekanan detik dalam meter        2 3 4 6
                                                            4 4 4 8

          1.1.2    Tempo
                   Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana.


          1.1.3    Nilai not dan nilai tanda rehat
                   Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet;
                   kuaver; semi kuaver

                   Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver.




1 : Unsur muzik, istilah, konvensi notasi muzik

                                           4
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr


         1.1.4 Corak irama

                 Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin;
                 inang; joget; sumazau.

                 Corak irama pada ostinato: ostinato irama.


   1.2   Melodi


         1.2.1   Pic
                 Aras pic: pic tinggi; pic rendah.

                 Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar;
                 bertangga; melompat.

                 Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’.

         1.2.2   Skel
                 Skel diatonik: major; minor harmonik.

         1.2.3   Warna ton

                 Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik;
                 perkusi badan; bahan improvisasi2; bunyi alam sekitar.

         1.2.4   Harmoni

                 Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato
                 melodi.




2 : Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi

                                       5
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr


      1.2.5   Tekstur
              Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan:
              tebal; nipis.
              Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron.


      1.2.6   Bentuk
              Pembinaan bentuk : frasa.
              Jenis bentuk muzik: AB; ABA.


1.3   Ekspresi

      1.3.1   Dinamik
              Aras dinamik: lembut; kuat.
              Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat.

      1.3.2   Mud
              Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat;
              cemas; takut; tenang.


1.4   Sistem notasi

      1.4.1   Lambang not muzik dan tanda rehat

              Not muzik:       w       h.   h    q.    q   e   x
              Tanda rehat:




                                   6
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr


1.4.2 Tanda isyarat dan istilah

      baluk                                 tekanan



      garis bar                             staccato




      klef trebel                           harkat



      ulangan                               kaitan




      frasa                                 fermata



      piano                                 tanda kromat



      forte                                 ansur lembut




                                      7
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr

 2. PENGALAMAN MUZIKAL3

     Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan
     alat muzik.

     Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan
     permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan
     bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali.

    2.1 Pengetahuan teknik

           2.1.1 Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran
                 ton; sebutan.

           2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang;
                 cara memainkan.

           2.1.3 Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan;
                  penjarian; penglidahan; penghasilan ton.

           2.1.4 Kriteria persembahan :         keseimbangan;   kesepaduan;
                 koordinasi; etika.

     2.2   Pengalaman muzik

           2.2.1 Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada
                   lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat
                  Malaysia.

           2.2.2 Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan;
                  dram getar4; dram tenor; dram bes bagi mengiringi
                  nyanyian atau muzik instrumental.


3: Perkara yang ada kaitan dengan penghasilan muzik.
4: Dram yang mempunyai gegetar.
                                        8
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr



   2.2.3    Memainkan rekoder: (a) memainkan not




                                  (b) memainkan rekoder bagi
                                      mengiringi nyanyian atau
                                      muzik instrumental.

3. EKSPRESI KREATIF

  Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif.


  Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui
  aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan
  bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi,
  menyusun atur dan membentuk bahan muzik.

  3.1   Penerokaan

        Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi.

  3.2   Improvisasi

        Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan
        melodi

  3.3   Reka Cipta

        Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama.




                                   9
sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr


4. PENGHARGAAN ESTETIK

  Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik
  masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya
  secara lisan dan bertulis.

  Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan
  muzik dan      persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam,
  mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis,
  menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan
  bertulis.

  4.1 Nyanyian

      Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau
      persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi,
      bentuk, ekspresi); fungsi muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan
      teknik persembahan.


       Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan;
       nyanyian dua lapisan suara.

  4.2 Muzik instrumental

        Memberi respon kepada pelbagi aspek tentang karya atau
       persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama,
       melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara);
        dan teknik persembahan.

        Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan.


                                10

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6izzall
 
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1Komathy Arumugam
 
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5cikgujamil
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 IPGM
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1norakmar74
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookDsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookZaedi Ahmad
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Moli SA
 
Artikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalArtikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalFAJAR MENTARI
 
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4peqturbo88
 
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Solikin Ahmad
 

Mais procurados (14)

Hsp muzik kbsr
Hsp muzik kbsrHsp muzik kbsr
Hsp muzik kbsr
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1
Dskp pendidikan kesenian kssr tahun 1
 
Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4
 
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
Powerpoint dskp pendidikan muzik tahun 5
 
dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1 dunia muzik tahun 1
dunia muzik tahun 1
 
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
standard prestasi dunia muzik kssr tahun 1
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebookDsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
Dsk pendidikan muzik tahun 4 utk ebook
 
Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
 
Artikel Muatan Lokal
Artikel Muatan LokalArtikel Muatan Lokal
Artikel Muatan Lokal
 
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4
DSKP Pendidikan Muzik Tahun 4
 
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 

Semelhante a Sp Kbsr Muzik 1

Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123asnur87
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6geearashid
 
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6slaire
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6ZURAZS
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1UstZulZul
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Chuiwen Ang
 
Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Rosli Jamiran
 
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5amos2810
 
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5ZURAZS
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5JENNY WONG
 
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014Shahrul Aida Belzdabella
 
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4siaw ong
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4izzall
 
Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Lydia Edmund
 
Dskp pendidikan muzik tahun 2
Dskp pendidikan muzik tahun 2Dskp pendidikan muzik tahun 2
Dskp pendidikan muzik tahun 2cikgugdah
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3awalludinmiskam
 

Semelhante a Sp Kbsr Muzik 1 (20)

Sp muzik f123
Sp muzik f123Sp muzik f123
Sp muzik f123
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
Dskp kssr pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6Dskp pend muzik tahun 6
Dskp pend muzik tahun 6
 
Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6Dskp pendidikan muzik tahun 6
Dskp pendidikan muzik tahun 6
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1Dokumen standard dunia muzik tahun 1
Dokumen standard dunia muzik tahun 1
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1
 
Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1Dsk dunia muzik tahun 1
Dsk dunia muzik tahun 1
 
Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1Dsk dunia muzik thn 1
Dsk dunia muzik thn 1
 
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
 
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
Dskp pendidikan muzik kssr tahun 5
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan muzik tahun 5
 
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014
Dskp pendidikan muzik tahun 5 .edit 5 april 2014
 
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
Dokumen standard kualiti (dsk) dunia muzik thn 4
 
Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4Dsk pendidikan muzik tahun 4
Dsk pendidikan muzik tahun 4
 
Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4Dsk pendidikan muzik thn 4
Dsk pendidikan muzik thn 4
 
Dskp pendidikan muzik tahun 2
Dskp pendidikan muzik tahun 2Dskp pendidikan muzik tahun 2
Dskp pendidikan muzik tahun 2
 
Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4Dskp pendidikan muzik tahun 4
Dskp pendidikan muzik tahun 4
 
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3Dokumen standard dunia muzik tahun 3
Dokumen standard dunia muzik tahun 3
 

Sp Kbsr Muzik 1

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SUKATAN PELAJARAN KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN MUZIK
  • 2. Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah PENDIDIKAN MUZIK Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia 2000
  • 3. Cetakan Pertama 2000  Kementerian Pendidikan Malaysia 2000 Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang-mana-mana bahagian artikel,ilustrasi, dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis daripada Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka, Peti Surat 110803, 50926 Kuala Lumpur, Malaysia. Perundingan tertakluk kepada perkiraan royalti atau honorarium. Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Sukatan pelajaran pendidikan muzik. ISBN 983-62-7110-4 1. Music study and teaching (Primary)- Malaysia 2. Music-Outlines,syllabi.etc l. Malaysia Kementerian Pendidikan. Pusat Perkembangan Kurikulum. 372.87043
  • 4. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil di mana kemakmuran Negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi- tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip berikut:- KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA KELUHURAN PERLEMBAGAAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 5. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. i v.
  • 6. Kata Pengantar Kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan datang. Penyemakan kurikulum bertujuan memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan warga Malaysia menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21. Kurikulum yang disemak semula memberi penekanan kepada nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan. Pendidikan Muzik ialah mata pelajaran wajib di peringkat sekolah rendah. Mata pelajaran ini bertujuan memberi murid pengetahuan tentang unsur- unsur muzik, pelbagai jenis muzik, pelbagai jenis alat muzik, serta memberi murid pengalaman menghasilkan muzik yang mudah. Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah merangkumi aspek Bahasa Muzik, pengalaman muzikal, ekspresi kreatif dan penghargaan estetik. Kementerian Pendidikan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada setiap individu dan institusi atas sumbangan kepakaran, masa dan tenaga sehingga terhasilnya sukatan pelajaran ini.
  • 7. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr PENDAHULUAN Asas muzik iaitu irama dan pic, memang sedia terdapat dalam pertuturan dan pergerakan harian. Keadaan ini menjadikan kanak-kanak berasa senang dan memberi respon secara spontan dalam melahirkan ekspresi diri. Kecenderungan seperti ini apabila dikendalikan dengan baik, memainkan peranan yang efektif dalam proses perkembangan diri kanak-kanak. Penglibatan secara aktif dalam aktiviti muzik yang tersusun berupaya menggalakkan perkembangan kognitif, afektif dan psikomotor murid, di samping memupuk nilai sosialisasi. Dari segi kognitif, murid mendapat pengetahuan dan kefahaman konsep muzik yang asas. Bagi murid Tahap 1 khasnya, aktiviti muzik dan pergerakan bukan sahaja membantu pertumbuhan kecerdasan kinestetik malahan berperanan membantu mereka memahami konsep muzik yang abstrak. Dari aspek sosialisasi, aktiviti menyanyi, bergerak dan bermain alat muzik secara berkumpulan memberi kesempatan murid berkomunikasi dan berinteraksi dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Di samping itu, terdapat pelbagai bentuk muzik dalam budaya masyarakat Malaysia yang harus dikenali murid sebagai warisan bangsa. Pengetahuan dan pengalaman mengenai pelbagai unsur budaya dalam muzik dapat membantu memupuk elemen jati diri dan patriotisme pada diri murid. Untuk merealisasikan potensi kurikulum Pendidikan Muzik KBSR pelaksanaannya harus mengambil kira dan meneroka pelbagai pendekatan, strategi dan teknik yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran seperti teori Pelbagai Kecerdasan, Kajian Masa Depan, Pembelajaran Masteri, teknik Berfikir Secara Kritis dan Kreatif, dan Kemahiran Belajar. 1
  • 8. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr MATLAMAT Pendidikan Muzik bertujuan melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. OBJEKTIF Setelah mengikuti pelajaran Pendidikan Muzik KBSR, murid dapat: 1. mengetahui dan memahami konsep unsur-unsur asas muzik dan terminologi muzik 2. mengetahui dan memahami konvensi penulisan muzik 3. membaca dan menulis notasi muzik 4. mengetahui dan memahami teknik menyanyi 5. memperkembangkan kemahiran menyanyi dengan amalan teknik yang betul 6. mengetahui dan memahami teknik bermain alat muzik 7. memperkembangkan kemahiran bermain alat muzik dengan teknik yang betul 8. memperkembangkan ekspresi diri dan daya kreatif 9. memperkembangkan daya penghargaan estetik terhadap karya dan persembahan muzik 10. menghargai pelbagai jenis muzik Malaysia serta budaya yang berkaitan dengannya 11. mengamalkan nilai kerjasama dalam pasukan, sikap positif dan ingin mencuba 2
  • 9. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr ORGANISASI KANDUNGAN Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik KBSR mengandungi program pembelajaran untuk enam tahun persekolahan iaitu dari Tahun 1 hingga Tahun 6. Isi kandungannya memberi tumpuan kepada elemen pengetahuan dan kemahiran di samping mengambil kira penerapan nilai. Kurikulum ini melihat perkembangan diri murid dari sudut penghayatan estetik dalam seni muzik. Sesuai dengan statusnya dalam struktur KBSR, mata pelajaran ini memberi tumpuan kepada peranannya memperkembangkan domain efektif murid khususnya dalam bidang kesenian. Selaras dengan itu, sukatan pelajaran ini digubal untuk membimbing murid ke arah menghayati dan menikmati muzik secara intelektual. Oleh yang demikian, kandungan sukatan pelajaran Pendidikan Muzik KBSR disusun berdasarkan aspek-aspek berikut: i. Persepsi Estetik ii. Pengalaman Muzikal iii. Ekspresi Kreatif iv. Penghargaan Estetik Setiap aspek seterusnya diikuti dengan ceraian aspek yang mengandungi faktor-faktor yang lebih spesifik sebagai tumpuan pengajaran dan pembelajaran. Susunan keempat-empat aspek tersebut bukanlah suatu hierarki yang tetap. Susunan sedemikian adalah semata-mata bagi kemudahan mengorganisasikan kandungan sukatan pelajaran. 3
  • 10. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr KANDUNGAN 1. PERSEPSI ESTETIK Pengetahuan dan kefahaman Bahasa Muzik1. Dalam aspek ini, murid mengetahui dan memahami konsep bagi unsur- unsur asas dalam muzik dan selanjutnya berkebolehan membaca, menulis dan menganalisis muzik. Untuk mencapai tujuan itu murid mendengar, mengajuk, merasa, memberi respon, membuat lakuan, menyanyi, memainkan alat muzik, membaca dan menulis. 1.1 Irama 1.1.1 Detik, Tekanan dan Meter Detik Pembahagian meter: 2 3 4 6 4 4 4 8 Tekanan: tekanan detik dalam meter 2 3 4 6 4 4 4 8 1.1.2 Tempo Pelbagai tempo : lambat; cepat; sederhana. 1.1.3 Nilai not dan nilai tanda rehat Nilai not : semibrif; minim bertitik; minim; krocet; kuaver; semi kuaver Nilai tanda rehat: semibrif; minim; krocet; kuaver. 1 : Unsur muzik, istilah, konvensi notasi muzik 4
  • 11. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 1.1.4 Corak irama Corak irama pada rentak: mac; waltz; masri; zapin; inang; joget; sumazau. Corak irama pada ostinato: ostinato irama. 1.2 Melodi 1.2.1 Pic Aras pic: pic tinggi; pic rendah. Jenis pergerakan pic: menaik; menurun; mendatar; bertangga; melompat. Solfa: do re mi fah soh lah ti do’ re’. 1.2.2 Skel Skel diatonik: major; minor harmonik. 1.2.3 Warna ton Warna ton pelbagai sumber bunyi: suara; alat muzik; perkusi badan; bahan improvisasi2; bunyi alam sekitar. 1.2.4 Harmoni Jenis iringan dalam harmoni: melodi kaunter; dron; ostinato melodi. 2 : Benda-benda yang digunakan sebagai alat untuk menghasilkan bunyi 5
  • 12. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 1.2.5 Tekstur Deskripsi tekstur dalam muzik solo dan muzik berkumpulan: tebal; nipis. Jenis lapisan suara dalam tekstur: melodi kaunter; dron. 1.2.6 Bentuk Pembinaan bentuk : frasa. Jenis bentuk muzik: AB; ABA. 1.3 Ekspresi 1.3.1 Dinamik Aras dinamik: lembut; kuat. Perubahan dinamik: beransur lembut; beransur kuat. 1.3.2 Mud Deskripsi mud dalam muzik: riang; sedih; bersemangat; cemas; takut; tenang. 1.4 Sistem notasi 1.4.1 Lambang not muzik dan tanda rehat Not muzik: w h. h q. q e x Tanda rehat: 6
  • 13. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 1.4.2 Tanda isyarat dan istilah baluk tekanan garis bar staccato klef trebel harkat ulangan kaitan frasa fermata piano tanda kromat forte ansur lembut 7
  • 14. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 2. PENGALAMAN MUZIKAL3 Pengetahuan dan kemahiran asas dalam nyanyian dan permainan alat muzik. Dalam aspek ini murid melibatkan diri dalam aktiviti nyanyian dan permainan alat muzik. Murid membina kemahiran menyanyi dan bermain alat muzik mengikut teknik yang betul secara amali. 2.1 Pengetahuan teknik 2.1.1 Teknik dalam nyanyian: postur; pernafasan; pengeluaran ton; sebutan. 2.1.2 Teknik dalam permainan perkusi: postur; cara memegang; cara memainkan. 2.1.3 Teknik dalam permainan rekoder: postur; pernafasan; penjarian; penglidahan; penghasilan ton. 2.1.4 Kriteria persembahan : keseimbangan; kesepaduan; koordinasi; etika. 2.2 Pengalaman muzik 2.2.1 Menyanyi: menyanyi pelbagai jenis lagu terdiri daripada lagu kanak-kanak, lagu patriotik, lagu budaya masyarakat Malaysia. 2.2.2 Memainkan alat perkusi: memainkan alat perkusi ringan; dram getar4; dram tenor; dram bes bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. 3: Perkara yang ada kaitan dengan penghasilan muzik. 4: Dram yang mempunyai gegetar. 8
  • 15. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 2.2.3 Memainkan rekoder: (a) memainkan not (b) memainkan rekoder bagi mengiringi nyanyian atau muzik instrumental. 3. EKSPRESI KREATIF Menyatakan persepsi, perasaan dan idea kreatif. Dalam aspek ini murid meluahkan fikiran dan perasaan kreatif melalui aktiviti meneroka, mengimprovisasi dan membuat ciptaan berasaskan bunyi. Murid memilih, mengubah, memodifikasi, mengadaptasi, menyusun atur dan membentuk bahan muzik. 3.1 Penerokaan Pengalaman menemui: meneroka pelbagai bunyi. 3.2 Improvisasi Pengalaman kreatif: mengimprovisasi lirik, corak irama, dan melodi 3.3 Reka Cipta Pengalaman kreatif: mereka cipta corak irama. 9
  • 16. sukatan pelajaran pendidikan muzik kbsr 4. PENGHARGAAN ESTETIK Memberi pendapat terhadap hasil karya dan persembahan muzik masyarakat Malaysia dan menyatakan budaya yang berkaitan dengannya secara lisan dan bertulis. Dalam aspek ini murid menghayati dan meletak nilai terhadap bahan muzik dan persembahan. Murid mendengar, merasa, mengecam, mengenalpasti, membanding beza, mengklasifikasi, menganalisis, menghuraikan, berkongsi pandangan dan berbincang secara lisan dan bertulis. 4.1 Nyanyian Memberi respon kepada pelbagai aspek tentang karya atau persembahan muzik vokal seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik ( perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai muzik vokal: nyanyian solo; nyanyian berkumpulan; nyanyian dua lapisan suara. 4.2 Muzik instrumental Memberi respon kepada pelbagi aspek tentang karya atau persembahan muzik instrumental seperti konsep muzik (irama, melodi, bentuk, ekspresi); fungsi muzik (perayaan, tarian, upacara); dan teknik persembahan. Pelbagai muzik instrumental: solo; berkumpulan. 10