Kumpulan 15 pantun tradisional mengenai perpisahan. Pantun-pantun tersebut menggambarkan rasa sedih atas perpisahan, namun juga menyiratkan harapan untuk bertemu kembali suatu hari nanti, seperti yang ditunjukkan oleh pantun pertama dan keempat. Beberapa pantun juga menekankan pentingnya saling menjaga diri setelah berpisah.
2. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (1) K alau ada sumur di ladang, Bolehlah saya menumpang mandi; Kalau ada umur yang panjang, Bolehlah kita berjumpa lagi.
3. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (2) H ari ini menanam jagung, Hari esok menanam serai; Hari ini kita berkampung, Hari esok kita bersurai.
4. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (3) O rang Aceh sedang sembahyang, Hari Jumaat tengah hari; Pergilah kasih pergilah sayang, Pandai-pandai menjaga diri.
5. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (4) B intang barat terbit petang, Bintang Timur terbit pagi; Jika tidak melarat panjang, Ada umur ketemu lagi.
6. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (5) D ari mana hendak ke mana? Tinggi rumput dari padi; Hari mana bulan mana, Dapat kita berjumpa lagi?
7. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (6) D ian tiga lilin pun tiga, Obor tergantung rumah laksamana; Diam juga sabar pun juga, Ada umur tidak ke mana.
8. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (7) T uai padi antara masak, Esok jangan layu-layuan; Intai kami antara nampak, Esok jangan rindu-rinduan.
9. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (8) B atang selasih permainan budak, Berdaun sehelai dimakan kuda; Bercerai kasih bertalak tidak, Seribu tahun kembali juga.
10. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (9) A sap api embun berderai, Patah galah haluan perahu; Niat hati tak mahu bercerai, Kehendak Allah siapa tahu?
11. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (10) G unung Pantai tinggai merawan, Nampak dari padang temu; Buah hati tinggallah puan, Ada jodoh kita bertemu.
12. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (11) S ayang Sarawak sungainya sempit, Buah nenas lambung-lambungan; Hendak kubawa perahuku sempit, Tinggallah emas tinggal junjungan.
13. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (12) H ujan turun badan pun basah, Batang galah haluan perahu; Niat di hati tak mahu berpisah, Kehendak Allah siapa yang tahu.
14. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (13) H arum sungguh bunga melati, Kembang setangkai waktu pagi; Hancur sungguh rasa di hati, Sedang berkasih ditinggal pergi.
15. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (14) K alau jadi pergi ke ladang, Kain panjang cari dahulu; Kalaulah jadi pergi berdagang, Induklah semang cari dahulu
16. www.saujana.sg PANTUN PERPISAHAN (15) B uah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Walau jauh di negeri satu, Hilang di mata, di hati jangan.