Buku panduan mencari tempat praktikal di terbitkan bagi memudahkan pelajar latihan industri untuk mendapatkan tip bagaimana untuk mencari tempat praktikal dengan mudah dan efektif. Buku ini mengandungi tip dan cara sebagai pemangkin idea untuk pelajar mencari tempat praktikal yang terbaik. Buku ini dapat dijadikan panduan kepada pelajar dan seterusnya diharap pelajar akan mampu untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang berkaitan di tempat kerja, berkomunikasi secara bekesan dengan pelbagai peringkat, mengamalkan kerja berpasukan, bersikap profesional dan beretika dalam mematuhi dasar-dasar, prosedur dan pelajar dapat menerangkan tugas-tugas yang diberikan semasa menjalani latihan industri mengikut format yang telah ditetapkan.