SlideShare a Scribd company logo
1 of 14
STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN BAHASA
Apakah kaedah pengajaran ?.
Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa
mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar
yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu .
Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah
pengajaran.
Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran
i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk
melaksanakannya .
ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi
melaksanakan tugas tersebut.
Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang
baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi.
Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi
melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan..
Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa
yang terjadi apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut
mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa .
Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu :
• Pendekatan Deduktif
• Pendekatan Induktif
• Pendekatan Elektif
• Pendekatan Komunikatif
Pendekatan Deduktif
Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang
ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang
menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka
dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi
contoh-contoh penggunaannya.
Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan
memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh
penggunaanya .
Pendekatan Induktif
Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada
undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi
contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru
menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut.
Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan
pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian
berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid
supaya sampai kepada takrif ayat tunggal.
Pendekatan Eklektif
Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk
menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran
dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang
hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid
dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid
kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks
yang hampir sama .
Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan
undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian
memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk
menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam
konteks atau misalan-misalan yang hampir sama.
Pendekatan Komunikatif
Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa
mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system
tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama
membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi
menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua
membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan
khalayak yang dihadapinya.
Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang
tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru .
Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid-
murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi
membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan
pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru.
Soalan :
Cuba banding dan bezakan pendekatan deduktif, induktif,eklektif dan
komunikatif.
Beri contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut.
KAEDAH PENGAJARAN BAHASA
Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah
pengajaran . Di antaranya ialah :
• kaedah Nahu –Terjemahan/ traditional
• kaedah membaca
• kaedah Terus
• kaedah fonetik/linguistic
• Kaedah Eklektif
• Kaedah Audio-Lingual
Kaedah Nahu Terjemahan
Tujuan kaedah Nahu Terjemahan :
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga
melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif
dan sebaliknya.
3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat
digunakan dalam penulisan.
4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku-
buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai
kesusasteraan yang dibaca.
Teknik Mengajar
1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru
memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan
kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan.
2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam
pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan
makna dalam bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh membuat ayat-
ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan
undang-undang yang dipelajari.
Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki
membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda
atau sebaliknya.
Sifat-sifatnya
1 ) Kaedah ini bersifat deduktif
2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan.
Kaedah Bacaan
Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa.
Tujuan
1 ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.
2 ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa
terjemahan.
Teknik Mengajar
1 ) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus
itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut
sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang
simple.
3 ) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami
teks yang dibaca.
4 Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang
membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan
pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks.
5 Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya
membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja,
katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif
tidak diutamakan.
6 Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan,
pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang
dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan
rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku
teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan.
Kelemahan
1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan
mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan
membaca.
2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk
kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat
memahami apa yang dibaca .
3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks
tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain.ataupun
menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan
bertutur dalam bahasa yang dipelajari.
Kaedah Terus
Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan
untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu.
Tujuan
1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran
bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis.
2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam
masyarakat yang berkenaan.
Teknik Mengajar
1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar it uterus
dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan
system bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan
ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung.
2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian,
lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain.
3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar
dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang
tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat .
4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada
kaitan dengann latihan lisan yang dibuat.
Sifat-sifat
1 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana
penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam
pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara
mendengar dan bertutur.
2 Pellajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak
diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung.
3 Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu
fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan
pengajaran bahasa.
Kelemahan-kelemahan
1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak
dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur
natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid-
murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh
sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing.
2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama,
ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain
juga perlu diajar.
3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan
yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka
ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang
sistematik.
Kaedah Kod Kognitif
J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan
pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan.
Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus
bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah
dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak
telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya
dalam jangka masa yang singkat.
Pada umumnya Diller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai
andaian berikut terhadap bahasa :
1 ) Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan-
peraturan.
2 Boleh digunakan untuk berfikir.
3 Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi.
4 Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa.
Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap
pembelajaran bahasa ( khusus bahasa kedua )
• Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan
leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar.
• Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti
pembelajaran ilmu pengetahuan .
• Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa
daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang
bermakna.
• Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif
yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan
berkembang secara automatic.
Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi
murid –murid memahami rumus-rumus tatabahasa.Ayat –ayat pecahan
digunakan dan huraian unsure-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif.
Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur
tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat
digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang
diajar . Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi
imbuhan akhiran – kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami
imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian
unsure-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan
peneguhan.
Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar ,
bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan
penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar.
Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini
mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa
dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa
melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah
secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan
ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih
mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.
Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur )
Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk
dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan
lisan.Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi
dan dialog dijalankan secara realistic dengan memberi perhatian kepada
intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah
sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan
sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar
itu.
Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya
dibentuk dalam situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar
yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang
telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan
secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata
misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks
yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja
frekuensi tetapi juga kepada gunanya.
Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti
menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah
dipelajari , dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan.
Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur )
Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan
pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu :
mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar
dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan
asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan
pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa.
Kaedah Komunikatif
1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang
kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa
mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab
proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan
proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi
kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan
penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan )
2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara
yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian
terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses
pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai
makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat
menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang
tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah
menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan,
dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya
mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang
diajar.
3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian
unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana .
4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada
aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi
pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan
unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi.
5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa,
dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan
merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam
proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang
kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam
situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja
bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan
bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan
pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur
yang dipelajari dalam berbagai konteks.
6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti
ini ,pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif
dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap-
tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pellajar-pelajar
memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah
dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social
yang diberi.
7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan
yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan
konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi
digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur
bahasa dalam praakktiviti.
8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan
kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara
kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara
abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat
menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu
aktiviti pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid
daripada guru.Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat
untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan
kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung
semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran.
Soalan :
Berdasarkan kaedah komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan berpandukan kaedah
ini.
Jelaskan kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur.
TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN
Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di
dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia
bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan
segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh
digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat
memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih
bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan.
Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan
digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka.
1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB
Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang
paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru
memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah
bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik
darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan
pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan
sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan
dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.
Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan
dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang
digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah
dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa
yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka
sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan
menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru
merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru
ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar.
Soalan:
Cuba beri contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar menggunakan
teknik bersoal jawab dalam bilik darjah .
2 ) TEKNIK MAIN PERANAN
Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam
pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat
gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan
melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan
dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan
kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang
mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi
kumpulan.
Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil
atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan
masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara
membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar
rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya.
Aktiviti :
Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan
dalam bilik darjah oleh para pelajar .
3 ) TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI
Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah
lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan
oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang
bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan
secara yang amat berkesan sekali.
Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut :
( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta
Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.
( b ) Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih
berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan
pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya.
( c ) Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya
orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan
yang mungkin berlaku.
( d ) Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat
terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan
secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia
menjadi lebih kekal.
Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di
samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan
untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai
sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina
ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.
Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga
mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan
kebebasab berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu,
pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini
amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak
digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang
hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan.
Soalan :
i) Bandingkan dan bezakan teknik menghafaz dengan teknik latih tubi
ii ) Beri contoh –contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah.
4 ) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH
Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang
dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus
mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 )
telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu :
( a ) Kenal masalah
Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah
dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam
situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui
perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat
dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini
dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang
bebas tanpa banyak sekatan .

More Related Content

What's hot

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
Wan Nor Faezah
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Puyam Sabar
 
Strategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalahStrategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalah
Ilya Shuhada
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Izzat Najmi
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
Ahmad NazRi
 
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
Suhaida Anior
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
Qamariah sabariah
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
rozitasksp
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Mazri Muhammad
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Sara Zaleha
 

What's hot (20)

PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORALPENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
PENDEKATAN, KAEDAH DAN STRATEGI PENDIDIKAN MORAL
 
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
Contoh RPH BM Tahun 4 (PdPr)
 
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisionalKaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
Kaedah pengajaran dan pembelajaran tradisional
 
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
Pendidikan Inklusif, isu, cabaran dan langkah mengatasi, faktor kritikal keja...
 
Model Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model AddieModel Assure dan Model Addie
Model Assure dan Model Addie
 
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajarKaedah hands-on dalam kalangan pelajar
Kaedah hands-on dalam kalangan pelajar
 
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSRRph  1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
Rph 1 dengar tutur BM TAHUN 4 KSSR
 
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
Pendidikan Inklusif (Pengenalan Program Pendidikan Khas)
 
Strategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalahStrategi penyelesaian masalah
Strategi penyelesaian masalah
 
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada muridImplikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
Implikasi kepelbagaian sosiobudaya kepada murid
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
RPH KSSR BM ( kemahiran membaca)
 
Kaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaranKaedah & teknik pengajaran
Kaedah & teknik pengajaran
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Pembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalahPembelajaran berasaskan masalah
Pembelajaran berasaskan masalah
 
Aspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utamaAspek seni bahasa-_utama
Aspek seni bahasa-_utama
 
Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2Perkembangan bahasa,2
Perkembangan bahasa,2
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Kepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanakKepentingan seni lukis kepada kanak
Kepentingan seni lukis kepada kanak
 
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
Definisi dan contoh pentaksiran, pentafsiran, penilaian, pengukuran dan pengu...
 

Similar to Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
Shida Abu Bakar
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Rini Adiani
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasa
Ai Rahayu
 

Similar to Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran (20)

Kaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayuKaedah pengajaran bahasa melayu
Kaedah pengajaran bahasa melayu
 
Kuliah 2 p, k, t, s
Kuliah 2   p, k, t, sKuliah 2   p, k, t, s
Kuliah 2 p, k, t, s
 
Kajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatifKajian pendekatan komunikatif
Kajian pendekatan komunikatif
 
Summary of ALM
Summary of ALMSummary of ALM
Summary of ALM
 
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptxPPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
PPT BAHASA INDONESIA PEMEROLEHAN BAHASA ANAK MODUL ANAK.pptx
 
Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15Pertemuan ke 15
Pertemuan ke 15
 
Bmm-siap
 Bmm-siap Bmm-siap
Bmm-siap
 
Bmm sem4 kk
Bmm sem4 kkBmm sem4 kk
Bmm sem4 kk
 
METODE STRATEGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB.pptx
METODE STRATEGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB.pptxMETODE STRATEGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB.pptx
METODE STRATEGI PENDIDIKAN BAHASA ARAB.pptx
 
Metodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slametMetodologi pengajaran umat slamet
Metodologi pengajaran umat slamet
 
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptxMODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
MODUL 3 PENDEKATAN, METODE, DAN TEKNIK PEMBELAJARAN BAHASA.pptx
 
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
Pengajaran Bahasa Indonesia Penutur Asing Tingkat Madya (Menulis)
 
kemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajar
kemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajarkemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajar
kemahiran mendengar dan bertutur bagi para pelajar
 
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas TinggiMakalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
Makalah Metode Khusus Pembelajaran Bahasa Indonesia Kelas Tinggi
 
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatifPendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
Pendekatan induktif, deduktif, elektik, komunikatif
 
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
Pendekatan, Strategi, Metode, Teknik, Dan Evaluasi Pembelajaran Bahasa Indone...
 
jurnal metode.pptx
jurnal metode.pptxjurnal metode.pptx
jurnal metode.pptx
 
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docxSRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
SRISURYAS_858946008_TT1BI.docx
 
Metodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasaMetodologi pengajaran-bahasa
Metodologi pengajaran-bahasa
 
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatif
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatifBagian ii-e-peendekatan-komunikatif
Bagian ii-e-peendekatan-komunikatif
 

Recently uploaded

.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
furqanridha
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
subki124
 

Recently uploaded (20)

Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx.....................Swamedikasi 2-2.pptx
.....................Swamedikasi 2-2.pptx
 
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas pptsistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
sistem digesti dan ekskresi pada unggas ppt
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 5 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptxPrakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
Prakarsa Perubahan dan kanvas ATAP (1).pptx
 
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugasTeks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
Teks Debat Bahasa Indonesia Yang tegas dan lugas
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAHCeramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
Ceramah Antidadah SEMPENA MINGGU ANTIDADAH DI PERINGKAT SEKOLAH
 
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerakMateri Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
Materi Modul 1.4_Fitriani Program guru penggerak
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdfWebinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
Webinar 1_Pendidikan Berjenjang Pendidikan Inklusif.pdf
 
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
Panduan Memahami Data Rapor Pendidikan 2024
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR SENI RUPA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdfAksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
Aksi Nyata Menyebarkan Pemahaman Merdeka Belajar.pdf
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 

Modul Kaedah Dan Strategi Pengjaran

  • 1. STRATEGI ,PENDEKATAN, KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA Apakah kaedah pengajaran ?. Setiap orang guru mesti tahu apakah kaedah hendak digunakan semasa mengajar dalam bilik darjah. Kaedah merupakan prosedur-prosedur mengajar yang terbentuk melalui pendekatan pengajaran yang tertentu . Teknik pula merupakan cara-cara mengajar yang khusus dalam sesuatu kaedah pengajaran. Mengajar bahasa merupakan satu amali .Sebagai tugas amali pengajaran i ) Dengan cara mengikut prosedur yang lengkap tentang tatacara untuk melaksanakannya . ii) Dengan cara menggunakan satu set prinsip umum bagi melaksanakan tugas tersebut. Oleh itu, Corder ( 1975 ) berpendapat bahawa seseorang guru bahasa yang baik tidak melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan –peraturan atau resipi. Guru tersebut mempunyai satu set prinsip yang dijadikan panduan bagi melaksanakan tugasnya berasaskan peraturan-peraturan.. Dengan perkataan lain, guru tersebut mempunyai pegangan umum tentang apa yang terjadi apabila seseorang pelajar belajar bahasa ataupun guru tersebut mempunyai satu teori tidak formal tentang cara mengajar bahasa . Dalam pengajaran bahasa terdapat empat pendekatan pengajaran iaitu : • Pendekatan Deduktif • Pendekatan Induktif • Pendekatan Elektif • Pendekatan Komunikatif Pendekatan Deduktif Pendekatan pengajaran ini mengutamakan penguasaan undang-undang ataupun peraturan bahasa daripada penggunaan bahasa . Guru –guru yang menggunakan pendekatan ini biasanya memulakan pengajaran bahasa mereka
  • 2. dengan huraian undang-undang bahasa yang hendak diajar sebelum memberi contoh-contoh penggunaannya. Contohnya ,apabila seseorang guru mengajar ayat tunggal , guru akan memberi takrif ayat tersebut sebelum menunjukkkan contoh-contoh penggunaanya . Pendekatan Induktif Pendekatan ini pula mengutamakan contoh penggunaan bahasa daripada undang-undang atau peraturan bahasa.Pengajaran dimulakan dengan memberi contoh penggunaan unsur-unsur bahasa yang diajar sebelum guru menghuraikan undang-undang bagi unsur tersebut. Contohnya ,dalam pengajaran tentang ayat tunggal , guru akan memulakan pengajarannya dengan menunjukkan contoh-contoh ayat tunggal.Kemudian berpandukan contoh-contoh yang dibuat , guru akan memandu murid-murid supaya sampai kepada takrif ayat tunggal. Pendekatan Eklektif Pendekatan ini menggabungkan kedua-dua pendekatan di atas untuk menghasilkkan satu strategi pengajaran. Misalnya, guru memulakan pengajaran dengan memberi contoh-contoh yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak diajar, ini ditambah dengan contoh-contoh murid-murid. Murid-murid dipandu untuk sampai kepada undang-undang bahasa. Murid-murid kemudiannya didorongkan untuk memberi contoh-contoh lain dalam konteks yang hampir sama . Sebaliknya guru boleh juga memulakan pengajarannya dengan menyatakan undang-undang yang berkenaan dengan aspek bahasa yang diajar. Kemudian memberi contoh-contoh.Contoh-contoh lain didapati oleh murid untuk menerangkan undang-undang tadi. Akhirnya undang itu digunakan dalam konteks atau misalan-misalan yang hampir sama. Pendekatan Komunikatif Pendekatan ini mengutamakan kecekaapan berkomunikasi .Pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa yakni penguasaan system tatabahasa serta kecekapan berkomunikasi,kecekapan yang pertama
  • 3. membolehkan seseorang murid menguasai struktur bahasa yang tepat bagi menyampaikan mesej kepada khayalaknya . Kecekapan yang kedua membolehkan murid tersebut menggunakan bahasa yang sesuai dengan khalayak yang dihadapinya. Pengajaran dimulakan dengan latihan menggunakan struktrur bahasa yang tepat dan sesuai dengan sesuatu aktiviti komunikasi yang dipilih oleh guru . Pendekatan induktif dan deduktif digunakan dalam latihan ini.Kemudian murid- murid akan melibatkan diri dalam aktiviti berkomunikasi atau berinteraksi bagi membolehkan mereka menggunakan struktur ayat yang dilatih.Pendekatan pengajaran ini lebih berpusatkan murid daripada guru. Soalan : Cuba banding dan bezakan pendekatan deduktif, induktif,eklektif dan komunikatif. Beri contoh-contoh tatabahasa dengan menggunakan pendekatan tersebut. KAEDAH PENGAJARAN BAHASA Pendekatan pengajaran bahasa di atas menghasilkan beberapa jenis kaedah pengajaran . Di antaranya ialah : • kaedah Nahu –Terjemahan/ traditional • kaedah membaca • kaedah Terus • kaedah fonetik/linguistic • Kaedah Eklektif • Kaedah Audio-Lingual Kaedah Nahu Terjemahan Tujuan kaedah Nahu Terjemahan : 1 ) Membolehkan pelajar-pelajar memahami nahu sesuatu bahasa dan juga melatih pelajar menulis menggunakan bahasa yang betul.
  • 4. 2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menterjemahkan bahasa asing ke bahasa natif dan sebaliknya. 3 ) Melengkapkan pelajar dengan perbendaharaan kata yang luas yang dapat digunakan dalam penulisan. 4) Membolehkan pelajar-pelajar membaca dan menterjemahkan makna buku- buku yang dibaca ke bahasa ibuanda dan membolehkan mereka menikmati nilai kesusasteraan yang dibaca. Teknik Mengajar 1 ) Pelajar –pelajar diperkenalkan kepada undang-undang nahu dahulu.Guru memberi penerangan kepada pelajar mengenai undang-undang ini dan kemudiannya memberi misalan. Undang-undang nahu ini perlu dihafalkan. 2 ) Pelajar-pelajar diberi senarai perbendaaraan kata yang perlu dihafal.Dalam pembelajaran bahasa kedua senarai perbendaharaan ini dipasangkan dengan makna dalam bahasa kedua.Pelajar –pelajar kemudianya disuruh membuat ayat- ayat dengan menggunakan senarai perbendaharaan kata itu berdasarrkan undang-undang yang dipelajari. Dalam pembelajaran bahasa kedua asing pelajar-pelajar juga dikehendaki membuat terjemahan ayat-ayat daripada bahasa asing/kedua ke bahasa ibuanda atau sebaliknya. Sifat-sifatnya 1 ) Kaedah ini bersifat deduktif 2 ) Kaedah ini lebih mementingkan bahasa tulisan daripada bahasa lisan. Kaedah Bacaan Kaedah bacaan ini merupakan satu “ short cut “ untuk penguasaan bahasa. Tujuan 1 ) Untuk memperkembangkan kebolehan mereka membaca.
  • 5. 2 ) Membolehkan pelajar mempelajari bahasa kedua/ asing tanpa terjemahan. Teknik Mengajar 1 ) Guru cuba menggunakan cara yang paling berkesan supaya di akhir kursus itu pelajar dapat membaca bersendirian. Pelajar-pelajar dilatih menyebut sebutan-sebutan dengan betul dan menggunakan pola-pola pertuturan yang simple. 3 ) Bacaan secara kuat dan senyap dijalankan untuk mereka memahami teks yang dibaca. 4 Latihan bertulis hanya didasarkan kepada latihan-latihan yang membolehkan pelajar-pelajar mengingatkan struktur-struktur dan pembendaharaan kata yang penting pada fahaman teks. 5 Pembelajaran tatabahasa hanya didasarkan pada bacaan supaya membolehkan pelajar-pelajar mengenali beberapa bentuk katakerja, katanama dan lain-lain.Penghasilan struktur-struktur ayat secara aktif tidak diutamakan. 6 Biasanya kaedah ini memulakan pelajaran bahasa dengan bahagian lisan, pelajar-pelajar diperkenalkan dengan system bunyi bahasa yang dipelajari dengan cara mendengar dan bertutur dengan menggunakan rangkaikata simple . Bila ini sudah tercapai pelajar-pelajar membaca buku teks, ini diikuti dengan latihan lisan dan menjawab soalan. Kelemahan 1 ) Menambahkan kebolehan pelajar-pelajar yang baik dalam bacaan tetapi akan mendatangkan kesusahan kepada pelajar-pelajar yang mempunyai kesulitan membaca. 2 ) Hasil kaedah ini mungkin dalam bentuk kuantiti tetapi tidak dalam bentuk kualiti.Pelajar-pelajar mungkin habis membaca sebuah buku tetapi tidak dapat memahami apa yang dibaca . 3 ) Kaedah ini juga menimbulkan pelajar-pelajar yang dapat membaca buku teks tetapi tidak dapat membaca serta memahami bahan bacaan lain.ataupun menghasilkan pelajar-pelajar yang boleh membaca tetapi dapat memahami dan bertutur dalam bahasa yang dipelajari.
  • 6. Kaedah Terus Kaedah ini dikenali sebagai kaedah tentera kerana kaedah ini mula digunakan untuk melatih pegawai tentera dan diplomat dalam perang Dunia Kedua dahulu. Tujuan 1 ) Membolehkan pelajar-pelajar menguasai keempat-empat kemahiran bahasa,contohnya mendengar, bertutur, mmembaca dan menulis. 2 ) Membolehkan pelajar-pelajar menggunakan bahasa yang dipelajari di dalam masyarakat yang berkenaan. Teknik Mengajar 1 ) Pelajaran bahasa dimulai dengan menghubungkan pelajar-pelajar it uterus dengan bahasa yang hendak dipelajari. Kanak-kanak diperkenalkan dengan system bunyi bahasa itu. Sebutan penutur natif dijadikan model dan pertuturan ini ditiru oleh pelajar-pelajar ..Terjemahan tidak digunakan langsung. 2) Segala makna perkataan yang tidak difahami dijelaskan dengan cara huraian, lukisan, aksi, perkataan seerti, perrkataan berlawan dan lain-lain. 3) Pelajaran tatabahasa diajar secara induktif ,pola-pola ayat yang hendak diajar dilatihtubi dahulu sehingga pelajar-pelajar dapat menguasainya. Undang-undang tatabahasa hanya diajar selepas penguasaan struktur ayat . 4 ) Bahan-bahan bacaan yang digunakan merupakan bahan-bahan yang ada kaitan dengann latihan lisan yang dibuat. Sifat-sifat 1 Pengajaran bahasa kaedah ini mengutamakan bahasa lisan kerana penganjur-penganjur kaedah ini menganggap bahawa dalam pembelajaran bahasa pertama/ibuanda/natif kanak-kanak belajar secara mendengar dan bertutur. 2 Pellajar-pelajar dihubung terus dengan bahasa yang hendak diajar.Terjemahan tidak digunakan langsung. 3 Oleh kerana sebutan yang betul diutamakan, kaedah ini memerlukan ilmu fonetik. Jadi kaedah ini merupakan gabungan linguistic dengan pengajaran bahasa.
  • 7. Kelemahan-kelemahan 1 ) Oleh kerana kaedah ini mengutamakan bahasa lisan ,pelajar-pelajar tidak dapat menulis dengan betul. Hasil tulisan mereka merupakan struktur-struktur natif yang disalut dengan perbendaharaan kata asing. Ini adalah kerana murid- murid telah mempunyai kebiasaan pertuturan bahasa ibuanda yang kukuh sebelum belajar bahasa kedua atau bahasa asing. 2 ) Oleh kerana masa yang diperlukan untuk pengajaran kaedah ini terlalu lama, ia mungkin dapat dipraktikkan di sekolah, keraana di sekolah mata pelajaran lain juga perlu diajar. 3 )Bahan-bahan yang digunakan dalam kaedah ini merupakan bahan-bahan yang boleh dihafalkan, ataupun bahan perrbualan yang telah ditetapkan ,maka ini mungkin tidak sesuai untuk perkembangan kebiasaan pertuturan yang sistematik. Kaedah Kod Kognitif J. B . Carroll berpendapat kaedah kod kognitif merupakan pembaharuan dan pengubahsuaian terhadap kaedah nahu terjemahan. Chomsky berpendapat bahawa bahasa merupakan sitem rumus-rumus bahasa yang ternyata melalui bentuk linguistic.Pengetahuan bahasa adalah dalam bentuk abstrak dan bersifat sejadi dan sejagat.Seorang kanak-kanak telah dianugerahkan keceekapan semula jadi rumus-rumus bahasa ibuandanya dalam jangka masa yang singkat. Pada umumnya Diller ( 1971 ) berpendapat bahawa kaedah ini mempunyai andaian berikut terhadap bahasa : 1 ) Merupakan satu tingkah laku yang ditetapkan dengan peraturan- peraturan. 2 Boleh digunakan untuk berfikir. 3 Peraturan-peraturan tatabahasa nyata dari segi psikologi. 4 Manusia mempunyai kecekapan untuk berbahasa. Di samping itu kaedah ini pula mempunyai andaian berikut terhadap pembelajaran bahasa ( khusus bahasa kedua )
  • 8. • Merupakan proses menguasai pola-pola fonologi, tatabahasa dan leksikal sesuatu bahasa kedua secara sedar. • Dapat dilaksanakan melalui pengkajian dan analisis sama seperti pembelajaran ilmu pengetahuan . • Mengutamakan pemahaman murid-murid terhadap struktur bahasa daripada kebolehan mereka menggunakan bahasa dalam situasi yang bermakna. • Setelah pelajar dapat menguasai struktur bahasa pada taraf kognitif yang tertentu, maka kebolehan untuk menggunakan bahasa akan berkembang secara automatic. Langkah-langkah pengajaran dalam kaedah ini merupakan penerangan bagi murid –murid memahami rumus-rumus tatabahasa.Ayat –ayat pecahan digunakan dan huraian unsure-unsur tatabahasa pula dibuat secara deduktif. Dalam pengajaran bahasa kedua perbezaan-perbezaan antara unsure-unsur tatabahasa sasaran dengan bahasa pertama, unsur perbandingan struktur ayat digunakan untuk memastikan kefahaman murid tentang rumus bahasa yang diajar . Contohnya membandingkan struktur-struktur ayat yang mengandungi imbuhan akhiran – kan dan - i bagi membolehkan murid-murid memahami imbuhan transitif dan transitif lokatif. Setelah murid-murid memahami huraian unsure-unsur tatabahasa yang diajar baharulah mereka diberi latihan peneguhan. Langkah-langkah pengajaran untuk kemahiran bahasa iaitu mendengar , bertutur ,membaca dan menulis juga adalah berasaskan huraian dan penerangan guru tentang konsep-konsep yang diajar. Hakikat yang dinyatakan di atas memberi gambaran bahawa kaedah ini mengutamakan pengajaran kecekapan bahasa atau rumus-rumus tatabahasa dalam pengajaran bahasa. Ciri ini adalah sama dengan cirri pengajaran bahasa melalui kaedah nahu terjemahan. Pengajaran unsur-unsur bahasa pula adalah secara deduktif dan huraian tatabahasa dibuat berasaskan ayat pencilan bukan ayat-ayat dalam kontkes penggunaan. Pengajaran bahasa pula lebih mengutamakan kecekapan bahasa daripada kecekapan berbahasa.
  • 9. Kaedah Oral –Aural ( Dengar –tutur ) Kaedah oral-aural atau kaedah dengar –tutur ini menggunakan dialog untuk dihafaz dan diikuti secara ajukan. Kaedah ini bermula dengan sebutan lisan.Dialog dianggap realistic dan ia dilatih tubi secara berulang kali.Latih tubi dan dialog dijalankan secara realistic dengan memberi perhatian kepada intonasinya yang betul.Perkara yang menjadi objektif bagi kaedah ini ialah sebutan penutur jati bahasa itu. Bahan pita rakaman boleh digunakan sepenuhnya ,lebih –lebih lagi jika gurunya bukan penutur jati bahasa yang diajar itu. Alat pandang –dengar digunakan dengan luasnya. Latih tubi semuanya dibentuk dalam situasi yang realistic, disertai dengan bahan pandang dengar yang lengkap. Latihan menyebut dan membaca bahan dikawal oleh bahan yang telah sisusun rapi.Sistem tatabahasa yang diberi kepada pelajar diperkenalkan secara induktif dan dengan pemeringkatan yang teratur. Perbendaharaan kata misalnya diberi sedikit demi sedikit pada awalnya dan selalunya dalam konteks yang bermakna. Kata-kata yang diberi itu aalah berdasarkan bukan sahaja frekuensi tetapi juga kepada gunanya. Setelah pelajar menguasai bacaan, latihan diteruskan pula kepada aktiviti menulis. Mula-mula latihan menulis ini dikawal oleh bahan-bahan yang telah dipelajari , dan hanya selepas itu baharulah latihan menulis bebas dibenarkan. Tujuan Kaedah Oral-aural ( Dengar-Tutur ) Objektif pengajaran bahasa mengikut kaedah ini adalah untuk membolehkan pelajar memperkembangkan keempat-empat kemahiran bahasa , iaiitu : mendengar , bertutur,membaca dan menulis. Tetapi dalam hal ini , mendengar dan bertutur diberi keutamaan. Kemahiran-kemahiran ini kemudiannya dijadikan asas untuk pembelajaran bacaan dan tulisan. Kaedah ini juga membolehkan pelajar memahami kebudayaan asing melalui pengalaman dalam bahasa. Kaedah Komunikatif 1) Kaedah ini berasaskan teori interaksi .Penganjur kaedah ini berpegang kepada beberapa prinsip penajaran bahasa pertama, pengajaran bahasa
  • 10. mestilah berpandukan proses perolehan bahasa kanak-kanak.Oleh sebab proses pemerolehan bahasa kanak –kanak melibatkan proses kognitif dan proses interaksi bahasa,maka pengajaran bahasa mestilah merangkumi kecekapan bahasa ( tatabahasa ) serta kecekapan komunikatif ( ketepatan penggunaan bahasa mengikut konteks penggunaan ) 2) Struktur bahasa dapat dikuasai oleh pelajar-pelajar dengan cara yang lebih berkesan sekiranya mereka memberi perhatian terhadap makna. Andaian ini juga berasaskan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak,kanak-kanak menguasai makna terlebih dahulu dan kemudian baharulah mereka dapat menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat yang tertentu.Oleh itu pengajaran bahasa pelajar mestilah menglibatkan aktiviti penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan lain-lain supaya mereka dapat berlatih menggunakan struktur bahasa yang diajar. 3) Pengajaran bahasa melalui kaedah ini mementingkan huraian unsure-unsur bahasa dalam teks dan wacana . 4) Pengajaran bahasa tidak boleh tertumpu semata-mata kepada aktiviti latih amal atau latih tubi unsure-unsur bahasa tetapi pengajaran perlu memasukkkan aktiviti-aktiviti penggunaan unsure-unsur tatabahasa yang dilatih tubi. 5) Kesilapan bahasa selalunya bukanlah kesalahan bahasa, dalam proses pemerolehan bahasa kanak-kanak, kesilapan merupakan satu ciri yang lumrah. Keadaan ini berlaku dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang memberi peluang kepada pelajar-pelajar untuk cuba menggunakan bahasa dalam situasi-situasi tertentu. Tegasnya kaedah ini bukan sahaja bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan bahasa , tetapi kaedah ini juga bertujuan untuk membolehkan pelajar menguasai kecekapan menggunakan unsure-unsur yang dipelajari dalam berbagai konteks. 6) Aktiviti komunikasi merupakan teras kaedah ini, dalam aktiviti ini ,pelajar diberi peluang untuk melibatkan diri secara aktif dalam melaksanakan tugas yang dirancangkan oleh guru.Tiap- tiap tugas yang dirancangkan ini memerlukan pellajar-pelajar memilih dan menggunakan unsure-unsur bahasa yang telah dilatih dalam praaktiviti untuk berinteraksi dalam kontkes social yang diberi. 7) Beberapa teknik pengajaran perlu digunakan untuk memastikan yang pelajar-pelajar dapat menguasai struktur tersebut dan konteks pewujudannya.Teknik-teknik soal jawab dan latih tubi digunakan bagi melatih pelajar-pelajar menguasai unsure-unsur bahasa dalam praakktiviti.
  • 11. 8) Kaedah ini didapati mempunyai beberapa kejayaan dan kelemahan bagi Bahasa Melayu di sekolah menengah. Antara kejayaannya ialah bahasa ( tatabahasa) tidak dipelajari secara abstrak tetapi sebagai alat berkomunikasi.Guru dapat menggabungjalinkan pelbagai kemahiran bahasa dalam satu aktiviti pengajaran.Pengajaran bahasa lebih berpusatkan murid daripada guru.Murid yang diajar mellalui kaedah ini berminat untuk belajar.Walau bagaimanapun , guru yang menggunakan kaedah ini berpendapat bahawa kaedah ini tidak bergantung semata-mata kepada buku teks sebagai bahan pengajaran. Soalan : Berdasarkan kaedah komunikatif bincangkan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang dapat dipraktikkan berpandukan kaedah ini. Jelaskan kekuatan kaedah ini berbandingankan dengan kaedah dengar-tutur. TEKNIK-TEKNIK PENGAJARAN Teknik adalah satu bentuk pelaksanaan aktiviti yang direalisasikan di dalam bilik darjah. Ia berlaku pada peringkat pelaksanaan . Biasanya, ia bertujuan utuk membolehkan sesuatu objektif pengajaran itu dicapai dengan segera. Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa, pelbagai teknik boleh digunakan.Keberkesanannya bergantung kepada sejauh mana guru dapat memahamkan perenan mereka serta merancangkan isi, memilih aktiviti , memilih bahan dan mengenal pasti alat serta contoh-contoh yang akan digunakan. Berikut ini diperlihatkan beberapa teknik mengajar yang boleh dipilih dan digunakan oleh guru-guru dalam pengajaran mereka. 1 ) TEKNIK BERSOAL JAWAB Teknik bersoal jawab ialah satu cara menyampaikan pelajaran yang paling popular dan paling kerap dilakukan oleh guru di sekolah.Guru- guru memilih teknik ini bukan kerana ia paling mudah dilaksanakan, tetapi ia adalah bentuk yang paling berupaya mewujudkan interaksi yang berkesan di dalam bilik darjah. Disamping itu , ia menjadi alat yang efekktif untuk mengesan pemahaman, mmenggerakkan minda untuk pecernaan idea, konsep falsafah dan sebagainya. Selain itu ,ia juga menggalakkan kesangupan melahirkan peerasaan dan fikiran, penglibatan dan percaya diri di kalangan pelajar.
  • 12. Teknik ini dilaksanakan dengan cara guru mengemukkan soalan-soalan dan pelajar memberi tindak balas sewajarnya. Biasanya , soalan-soalan yang digunakan adalah terdiri daripada jenis-jenis yang diperlukan untuk memerah dan mencunggkil fikiran. Ia bukan hanya bertujuan menguji atau menilai apa yang diajar, tetapi untuk membuka fikiran dan celik akal pelajar supaya mereka sedar atau nampak satu konsep atau prinsip baru yang akan dipelajari. Kejayaan menggunakan teknik ini biasanya bergantung kepada kebolehan guru merancang soalan-soalan dan mencetuskan secara spontan soalan-soalan baru ekoran daripada jawapan yang diberi oleh pelajar. Soalan: Cuba beri contoh soalan yang boleh dikemukan kepada pelajar menggunakan teknik bersoal jawab dalam bilik darjah . 2 ) TEKNIK MAIN PERANAN Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar diminta melakonkannya. Aktiviti : Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah oleh para pelajar .
  • 13. 3 ) TEKNIK MENGHAFAZ DAN LATIH TUBI Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkara-perkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut : ( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar diminta Menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat. ( b ) Mengulang bahan yang dipelajari : ini bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya. ( c ) Mengucapkan bahan di hadapan guru : Ini bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku. ( d ) Mengingtkan bahan yang dipelajari: Ini merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis, menyebut perkataan, membina ayat-ayat atau meningat fakta-fakta yang penting.
  • 14. Seperti teknik-teknik lain, teknik latih tubi dan menghafaz ini juga mempunyai kelemahan-kelemahannya.Antaranya ialah ia mengehadkan kebebasab berfikir dan menumpukan daya kreatif pelajar. Namun begitu, pengajaran yang isi kandunganya memerlukan ikutan dan ulangan, teknik ini amat sesuai sekali digunakan. Guru harus ingat bahawa teknik yang hendak digunakan itu harus ada dalam penguasaan mereka, jika tidak pengajaran yang hendak disampaikan itu akan menjadi tidak berkesan dan membosankan. Soalan : i) Bandingkan dan bezakan teknik menghafaz dengan teknik latih tubi ii ) Beri contoh –contoh aktiviti-aktiiviti latih tubi dalam bilik darjah. 4 ) TEKNIK PENYELESAIAN MASALAH Teknik penyelesaian masalah ialah teknik pembelajaran yang dilaksanakan bawah penyeliaan guru. Melalui teknik ini seseorang itu harus mengatasi rintangan atau halangan untuk mencapai tujuannya. Dewey ( 1933 ) telah mencadangkan lima langkah bagi melaksanakan teknik ini , iaitu : ( a ) Kenal masalah Biasanya teknik ini memerlukan pelajar mengenal dan mengesan masalah dan selepas itu perlu pula menyelesaikan masalah tersebut. Dalam situasi kelas pelajar boleh mengesan atau mengenal masalah melalui perbincangan atau melihat filem. Kemukakan soalan-soalan yang dapat dikaji sebagai masalah. Sewaktu proses mengenal masalah ini dijalankan, guru perlu mewujudkan persekitaran pembelajaran yang bebas tanpa banyak sekatan .