SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 37
BAB 1

                                              PENGENALAN

[1.1]PENDAHULUAN

Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan
memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jualbeli, tukar-menukar. pinjam-meminjam
dan sebagainya.1

Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia
untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah Subahanahu
Wata‟ala yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan dalam
bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperolehi kesenangan hidup di
dunia dan kebahagian di Akhirat.2

Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai
kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat
memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap
agama.

Dalam mencari harta kekayaan, Umat Islam dikehendaki menggunakan hartanya pada jalan
kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi                              yang
dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. , Islam
telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut.

Takrif:Jual Beli


Al-bai‟ (jual beli) daripada segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, samaada
kedua2nya dalam bentuk benda atau bukan benda.3



1
  www.al-azim.com/masjid/infoislam.muamalat/home.htm
2
  Ibid
3
  Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1195




                                                       1
Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada
orang-orangyang beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan (balasan) bahwa
mereka akan beroleh syurga.
                                                                             (At-taubah: 111)
Kemudian Allah berfirman:
Yang maksudnya: Oleh itu, bergembiralah dengan jual beli yang kamu telah jalankan itu.
                                                                             (At-Taubah: 111)


Al-bai‟ dan Asy-syira‟ dalam bahasa Arab boleh digunakan untuk makna jual dan juga beli.
Maksudnya, kedua-dua istilah ini boleh digunakan untuk merujuk kepada makna yang sama.
Contohnya, firman Allah:
Maksudnya: dan (setelah berlaku perundingan), mereka menjualnya dengan harga yang murah.
                                                                                  (Yusuf: 20)
       Maksud Asy-Syira dalam ayat ini ialah menjual.


Sementara dalam sebuah hadis ada dinyatakan:
“Janganlah seseorang itu menjual atas jualan saudaranya”.
Maksud menjual atas jualan disini sebenarnya ialah jangan membeli.Menurut kamus Mukhtar
Ash-Shihah, sebenarnya larangan ini ditujukan kepada pembeli bukannya penjual.




Kesahihan menurut syarak:


Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak.Perakuan ini berpandukan kepada Al-Quran,
Sunnah dan juga Ijmak ulama.
1. Al-quran
Al-quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika menjawab golongan yang ingkar dan mahu
mempertahankan amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti jual beli.Allah swt
berfirman:
Maksudnya: padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba.
                                                                            (Al-Baqarah: 275)



                                               2
2. Sunnah
Terdapat banyak hadis berbentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah s.a.w yang
memperakui amalan para sahabat baginda.Kesemua hadis ini menjadi dalil bahawa amalan jual
beli diakui oleh syarak.


Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda:
Maksudnya: sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalau dia memikul
seikat kayu api diatas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya
(maruahnya) adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ihsan orang ramai, samada
mereka memberi kepadanya atau tidak.


Maksud Allah menjaga mukanya ialah apabila dia menjual kayu tersebut, Allah akan memelihara
maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya. Manakala Sunnah melalui perbuatan
baginda ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a:
Maksudnya: sesungguhnya Nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara
bayaran tertangguh (Nasi‟ah) dan baginda menggadaikan sebuah baju besi kepadanya.
Nasi‟ah ialah melewatkan bayaran iaitu menangguh pembayaran pada suatu tempoh tertentu.4




Rukun Jual Beli


Terdapat 3 rukun dalam kontrak jual beli:5
Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak


Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut persetujuan mereka berdua.
Kedua-duapihak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:


1. Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik.
Dalilnya dalam firman Allah Ta‟ala:

4
 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, op cit , hlmn : 1196
5
 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1199



                                                       3
Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur
(dewasa). Kemudian,jika kamu nampak daripada keadaan mereka (tanda-tanda yang
menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga harta mereka, maka
serahkanlah kepada mereka harta mereka”.
                                                                                                 (An-nisa‟: 6)


2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak.
Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli, dia melakukannya dengan bebas dan
dengan sepenuh hatinya serta meredhai urusan yang ingin dijalankan.
Dalilnya firman Allah Ta‟ala:
Maksudnya: Kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara
kamu.


3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan.
Mestilah wujud dua pihak berlainan yang mengikat kontrak tersebut; penjual serta pembeli
bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan.


4.Boleh melihat
Oleh itu, jual beli orang yang buta tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang ketara. Untuk
tujuan jual beli, orang buta ini perlu mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau
menjual bagi pihaknya.


Rukun kedua: sighah kontrak 6


Sighah kontrak adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak
dengan menyatakan kemahuan , kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak, sepertimana
yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.Kontrak ini merangkumi
penawaran (ijab) oleh penjual.



6
 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1202 - 1206



                                                       4
Contohnya:
Penjual berkata: saya menjual baju ini kepada anda dengan harga sekian. Juga merangkumi
persetujuan (qabul) oleh pembeli.
Contohnya seperti kata pembeli: “saya setuju” atau “saya membelinya” atau dengan ucapan yang
seumpama dengannya.


Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah).
Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada
jual beli.


Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud
jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain.


Syarat sighah kontrak


Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh
menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima.
2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam
semua sudut.
3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk
tempoh tertentu.


Rukun ketiga: barang jualan dan harganya.7


Ini yang dinamakan sebagai subjek kontrak (akad).Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak
merujuk kepada barangan yang dijual dan barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua
perkara ini perlu memenuhi beberapa syarat:



7
 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1206 - 1211



                                                       5
1. Barang jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dijalankan.
Contohnya:
Penjual yang mahu menjual anak kambing yang sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang
masih berada pada kantung susu.
Dalil hukum ini ialah tindakan Nabi SAW yang pernah penjual mejual barangan yang tidak
dimiliki. Para penulis sunan meriwayatkan, Hakim bin Hizam r.a berkata:
Saya telah berkata: “Wahai Rasulullah, seseorang lelaki datang kepadaku tentang jual beli
sesuatu barang, sedang aku tidak mempunyai barang yang hendak aku jual kepadanya.
Kemudian aku membeli barang tersebut dipasar”.Baginda bersabda: “ Jangan engkau jual barang
yang tiada disisimu.”


2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak.
Dalilnya ialah sabda Nabi SAW:
Sesungguhnya Allah dan Rasul-nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan
berhala. Lalu ada yang berkata: “Wahai Rasulullah, apa kata tuan tentang lemak bangkai?
Sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat kapal, disapukan pada kulit dan orang ramai
menyalakan lampu dengannya?”Baginda menjawab:” Tidak, ia haram.” Kemudian Rasulullah
s.a.w bersabda: Semoga Allah memerangi (membinasakan )kaum Yahudi.Sesungguhnya apabila
Allah mengharamkan lemak haiwan , mereka pun mencairkannya, kemudian menjualnya dan
memakan hasil jualannya”.


3. Barangan jualan mestilah yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai).


4. Barangan tersebut hendaklah dapat diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak.


5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa keatas barangan yang ingin
dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik.
Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidak harus jual beli melainkan pada barang yang
kamu miliki”.


6. Barangan tersebut mestilah dalam pemgetahuan kedua-dua belah pihak.



                                               6
[1.2] PENYATA MASALAH

Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya, Muamalat adalah semua hukum syariat yang
bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti
jualbeli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya, yang mana semua perkara yang
tersebut itu haruslah dilakukan secara adil dan saksama menurut peraturan yang telah ditetapkan.

Kertas kerja ini akan membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh
penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh mengenai dengan tatacara, jenis jual beli yang digunakan
dan prosedur dalam berjual beli ditempat tersebut.

       Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut:

       Tentang jenis berjual beli yang telah diamalkan di Tamu Kianggeh.
       Tentang harga jualan, barang jualan serta akad yang lazim digunakan oleh penjual dan
       pembeli di Tamu Kianggeh tersebut.



[1.3] TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN

Adapun tujuan kami melakukan kajian ini adalah untuk mencapai objektif berikut:

Objektif Am: Supaya dapat mengetahui caraatau proses berjual beli di Tamu Kianggeh.

Objektif khusus:

   1. Untuk mengetahui barang yang dijual beli atau diperniagakan di Tamu Kianggeh.
   2. Untuk mengetahui jenis-jenis jual beli yang digunakan di Tamu Kianggeh.
   3. Untuk mengetahui akad yang digunakan di Tamu Kianggeh.


[1.4] METOD KAJIAN

Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah menggunakan metod temubual secara rambang,
terhadap beberapa penjual dan pembeli yang telah berjualbeli ditempat tersebut, mengenai
dengan perkara yang akan kami bincangkan iaitu „bagaimana cara yang lazim mereka lakukan
apabila berlaku akad jualbeli di tempat tersebut‟. Di samping menggunakan metod temubual,




                                               7
kami juga menggunakan metod perpustakaan dalam mencari isi kajian dan menjalankan
pemerhatian.




[1.4.1] PERPUSTAKAAN

Adapun metod kajian ini kami gunakan perpustakaan adalah kerana kami mendapatkan isi
kandungan dan keterangan mengenai jenis-jenis jual beli melalui buku yang kami perolehi.Oleh
itu kami kaitkan dengan kajian kami bagi memperolehi maklumat lebih lanjut dan terperinci.




[1.4.2] TEMUBUAL

Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah temubual bagi memudahkan kami berbicara
dengan terang-terangan dan boleh mengetahui jenis dan cara jual beli di sana dengan lebih
terperinci. Alhamdulillah, para penjual dan pembeli dapat bekerjasama dengan baik.Mereka
boleh berkomunikasi dengan sopan samaada secara formal atau tidak formal. Begitu juga budaya
hormat-menghormati diantara satu sama lain.



[1.4.3] PEMERHATIAN

Pemerhatian ini difokuskan kepada cara jual beli dikawasan tersebut. Dalam kajian ini tidak
dikhususkan kepada mana-mana gerai akan kerana kami telah melawat seluruh kawasan tersebut.

Tamu kianggeh ini adalah salah sebuah tempat bagi orang Brunei untuk melakukan perniagaan
dan mendapatkan rezeki.Tamu ini sudah lama tertubuh.Walaupun kemudahan sudah diberikan,
penjual menyediakan lagi barang keperluan seperti meja untuk menambah tempat penyimpanan
barang.Akan tetapi tamu tersebut boleh beroperasi dengan baik dan aman.




                                              8
[1.4.4] Soal Selidik


              Carta Jenis Jual Beli Yang Digunakan


                          10%

                                        30%
                                                                        Jual Beli Salam


                        50%                                             Jual Beli Istisnaa

                                                                        Jual Beli Hutang

                                                                        Jual Beli Khiyar



Setelah melakukan kajian, kami mendapati diantara jenis jual beli yang kaji, iaitu jual beli salam,
jual beli istisnaa, jual beli hutang dan jual beli khiyar, hanya tiga jenis jual beli sahaja yang
diamalkan di Tamu Kianggeh, iaitu jual beli salam, jual beli istisnaa dan juak beli hutang.
Sementara jual beli khiyar, memang tidak digunakan kerana sebab-sebab tertentu yang akan
diterangkan pada bab yang seterusnya.

Walaubagaimanapun, diantara tiga jenis jual beli itu, jual beli istisnaa adalah purata yang paling
tinggi (50%), kemudian jual beli salam sebanyak 30%, jual beli hutang hanya 10% dan jual beli
khiyar 0% (tidak digunakan).




[1.5] SKOP KAJIAN

Kajian ini bertujuan untuk menyenaraikan beberapa maklumat yang telah diperolehi dari Tamu
Kianggeh, Daerah Brunei dan muara.




                                                9
1. Masa kajian
          Kajian ini dijalankan sepanjang cuti semester, iaitu bemula pada 04.Mac.2012 hingga
          11.Mac.2012, yang mana ianya bermula pada pukul 9 pagi hingga kira-kira 2 petang.
      2. Tempat kajian.


          Nama Rasmi                       : Tamu Kianggeh
          Nama Bekas                       : Taman Peranginan Sungai Kianggeh
          Lokasi                           : Pusat Bandar Seri Begawan di tebing sungai Kianggeh
                                           bertentangan dengan kuil cina.
          Pentadbiran Kementerian          : Kementerian Dalam Negeri
          Pejabat Pentadbiran              : Pejabat Perbandaran (Seksyen Pelesenan)
          Objektif                         : untuk memberi peluang dan membantu pengeluar Brunei
                                           untuk menjual produk mereka sendiri
          Operasi waktu                    : 6.00 pagi hingga 6.00petang (Jumaat adalah hari
                                           kemuncak jual beli)8



[1.6] PEMBAHAGIAN KAJIAN / BAB

Bab 1              : Pendahuluan yang mengandungi :-

                   1.1 - Pengenalan

                   1.2 - Penyata masalah

                   1.3 - Tujuan dan Objektif Kajian

                   1.4 - Metod Kajian

                   1.5 - Skop Kajian

                   1.6 - Pembahagian Kajian / Bab

Bab 2              : Latar Belakang Tamu Kianggeh

                   2.1 - Pengenalan

                   2.2 - Sejarah Perniagaan di Brunei


8
    www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html



                                                    10
2.3 - Penubuhan Tamu Kianggeh

        2.4 - Jenis-jenis dan barang yang dijual

        2.5 - Penjual terdiri daripada:

        2.6 - Pembeli terdiri daripada:

Bab 3   : Jual beli di Tamu Kianggeh

        3.1 - Pendahuluan

        3.2 - Jenis-jenis jual beli di Tamu Kiangggeh

Bab 4   : Analisis Kajian

        4.1 - Pendahuluan

        4.2 - Jual Beli Hutang

        4.3 - Jual Beli Salam

        4.4 - Jual Beli Istisna

        4.5 - Kesimpulan

Bab 5   : Penutup

        5.1 - Kesimpulan

        5.2 - Cadangan




                                          11
BAB 2

                        (LATAR BELAKANG TAMU KIANGGEH)



[2.1] PENGENALAN

Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai jenis yang telah
digunakan untuk berjualbeli di salah sebuah tamu di Negara Brunei Darussalam iaitu Tamu
Kianggeh. Kertas kerja ini lebih menekankan mengenai keadaan, suasana dan tatacara serta
prosedur yang mereka gunakan selama melakukan jualbeli ditempat tersebut.



[2.2] LATAR BELAKANG ATAU SEJARAH TAMU KIANGGEH

Ia ialah satu tempat yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada zaman dahulu, sebelumkedai-
kedairuncitdibinaatau    pasarwujud       di   Brunei,     penduduk       terpaksapergi   kesebuah
kampunguntukmembeliatau       menjualsesuatu.     Terdapat        beberapatempat-tempatatau'pasaran
terbuka' yangbertaburandi seluruh negara danorang-orang darikampung-kampungkecildi
sekitarpergi ke sanasebagai haritrippersdanoleh itu, dianggapsebagai tetamu.

Sebelum                 pasaranterbuka,                  tempat                ituadalahhanyatebing
sungaiyangdikenalisebagaiSungaiKianggeh.




                                    ‘Peta Tamu Kianggeh’




                                                12
[2.3] PENUBUHAN TAMU KIANGGEH

Tamu          Kianggehbermulapadaawal1960-anpada                masa        yang     samawujud'padian'
wanitamenjualproduk                                  mereka                        dibotyangdigunakan
untukmenjadiperniagaanyangdiamalkanpendudukdi                                           KampungAyer.
Tidaklewatselepaspupus'padian', penduduk tempatanlebihmemilih untukpergidan kerja-kerjadi
atas tanahdengan kerajaan dansektor swastadi Bandar Seri Begawan, mereka pergidan
bergerakuntukmenjalankan          perniagaanmerekadisatu         tempatyang     bernamaTamuKianggeh.
Merekamendapatibahawatempattersebutsesuaiuntukmerekamenjalankan                            perniagaan.
Iaberhampiran denganpusatkomersil, bandardantempatkerjamereka. Lebih ramai orangdatang,
akan      dapat      banyak   pendapatan      yang    lebih    tinggidan   keuntungankepadaperniagaan
tempatanyangdatang dariempat daerahdantempat inimenjadimengembangsehingga sekarang.

Sejarah       juga     menyatakanbahawasekitartahun           1980-an,     TamuKianggehtelahdigunakan
untukdilawatioleh Ratu Elizabethduakalidan begitu juga dengananaknya, Putera Charles.




[2.3.1] OBJEKTIF ATAU VISI
Objektif ataupun visi bagi Tamu Kianggeh ini adalah untuk memberi peluang dan membantu
rakyat Brunei menjual barang-barang jualan mereka.9




[2.3.2] WAKTU OPERASI

Ada diantara Para penjual datang ke tamu kianggeh selepas sembahyang subuh dan ada juga
yang datang selepas jam 6.00 pagi yang mana para penjual akan menyediakan barang-barang
mereka agar boleh beroperasi dengan baik.

Antara barang yang mereka jual adalah dari hasil mereka sendiri dan ada yang mereka beli dari
pemborong-pemborong yang berjual ditepi tangga naik ke tamu kianggeh.Manakala tamu
kianggeh adalah tempat utama bagi para pembeli untuk membeli barang-barang keperluan
rumah.

9
    www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html



                                                      13
Para penjual akan balik ke rumah adakalanya jam 6.00 petang manakala pada hari jumaat pula
adakalanya sampai jam 1.00 pagi.




[2.4] JENIS-JENIS DAN BARANG YANG DIJUAL

Tamu di Bandar Seri Begawanmempunyai banyak sekali barang-barang untuk jualan, termasuk
pelbagai jenis kesturi, sayur-sayuran tempatan, kapur-kapur dan cili ialah dua bahan biasa dalam
Brunei masakan, ikan masin, herba-herba berubat, buah, beras, tumbuhan berpasu, bunga-bunga,
pasu-pasu dan jambangan-jambangan, bakul-bakul atau untuk makanan bertutup seperti daun
nyirik, daun mengkuang, buluh-buluh, ikan kering dan udang-udang, bahan perasa, ayam hidup
dan makanan dimasak segar seperti nasi goreng, daging lembu, ikan, udang, mi goreng, pisang
goreng dan sebagainya. Beberapa sayuran dan buah-buahan diimport dari negara jiran dengan
Negara Brunei Darussalam dan Malaysia juga dijual di sini.Sekali-sekala, tamu tersebut menjual
bukan sahaja makanan dan minuman tetapi juga permainan.

Untuk pelawat-pelawat yang mahu untuk merasai juadah hidangan Brunei, tamu ialah tempat
terbaik untuk dilawat.Beberapa pelawat mendakwa bahawa jika anda mahu mengalami hidangan
Brunei Tamu Kianggeh ialah tempat untuk memulakan.Di sini pelanggan-pelanggan dilihat
pembelian beberapa makanan-makanan panggang seperti ayam panggang madu, sate (dibuat
ketulan kecil daging lembu atau ayam diperapkan dalam rempah ratus aromatik manis,
mencucuk dalam tulang rusuk daun kelapa dan kemudian panggang, suka akan sos kacang dan
ketupat) dan keseronokan masak memasak tradisional dikenali sebagai pais, yang dibungkus
dalam daun-daun dan kemudian memanggang atas api arang batu. Yang lainseperti kesukaan
(ikan tenggiri perapan yang mana diadunkan dengan cili, bawang, menumbuk kekunyit, garam
dan asam jawa. Biasanya dimasaknya anak ikan), belutak, lalap, dan lain-lain.

Juadah lain telah dijual di sini ialah kuih Melayu Brunei dan biskut tradisional (basah atau
kering), pasu-pasu dan jambangan-jambangan, ikan-ikan, snek dan minuman, lampu-lampu,
serbuk dan sebagainya. Anda mungkin juga mendapati pelbagai macamhiasan, barang-barang
antik, produk-produk kraftangan tradisional tempatan seperti tudung dulang (tudung saji cantik
dan hiasan), nyiru, pemarang (seperti parang atau pisau), bakul-bakul, pengayuh (dayung bot)




                                              14
dan sebagainya di tempat ini.Pelanggan boleh membeli $5 hingga $30 hanya untuk tudung
dulang.

Tarikan utama tamu bukan sahaja harga rendah dan produk berkualiti tingginya yang dibuat oleh
hasil tangan penduduk tempatan yang pengalaman dan memiliki kepakaran khusus tetapi juga
kerana banyak benda yang dijual disini tidak ada didapati di pasaran konvensional dan pembeli-
belah kraftangan boleh mendapat tawaran-tawaran yang menguntungkan di sini.


[2.5] PENJUAL TERDIRI DARIPADA:

Hampir kesemua penjual berusia 40 tahun keatas dan berbangsa brunei, hanya 20-30% yang
berbangsa lain seperti cina dan india. Tamu Kianggeh dikumpulkan bersama-sama dengan
beratus-ratus pengusaha kecil, orang Melayu yang kebanyakannya Brunei dan beberapa
Cina.Kebanyakan daripada ialah wanita tempatan tua dan beberapa ialah lelaki.Beberapa
penjaja-penjaja suka untuk meletakkan apa mereka menjual di gerai-gerai.


[2.6] PEMBELI TERDIRI DARIPADA:

Hampir kesemua pembeli berusia dalam lingkungan 20 tahun keatas dari warganegara tempatan
dan warganegara asing seperti para pelancong.Tamu Kianggeh ini adalah salah satu tempat yang
menjadi tarikan bagi para pelancong.Ini adalah kerana mereka sangat tertarik dengan barang-
barang yang dijualkan di Tamu tersebut.Tambahan lagi, harga bagi setiap barang yang dijual
adalah sangat bersesuaian dan berpatutan. Pembeli-pembeli dari warganegara tempatan juga ada
mengatakan bahawa barang-barang yang dijual di sana adalah lebih murah daripada barangan di
kedai-kedai.




                                             15
BAB 3

                                (JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH)



[3.1] PENDAHULUAN

Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati mereka hanya menggunakan
tiga jenis jual beli. Alhamdulillah, bagi mereka yang beragama Islam mereka telah menggunakan
kaedah yang menepati hukum syarak, dan alhamdulillah, orang yang bukan beragama Islam juga
mengikut kaedah jualbeli di dalam Islam, malahan mereka masing-masing mengamalkan sikap
saling bersedekah dan bantu-membantu bagi mereka yang dalam kesusahan.




[3.2] JENIS-JENIS JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH

Jenis-jenis jual beli yang digunakan ada tiga jenis iaitu:

     1. Hutang
     2. Salam
     3. Istisna

Manakala, khiyar tidak digunakan.



[3.2.1] HUTANG

Hutang (Qardh) dari segi bahasa ialah potong. Manakala dari segi istilah para fuqaha pula ialah
memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut
memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.10

Proses ini dinamakan qardh kerana proses ini menyebabkan tuan punya barangan memotong
sebahagian hak miliknya untuk diberikan kepada penghutang.




10
  Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1323.



                                                      16
Daripada firman Allah Taala :




         
245. Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman
Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda
banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian
rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.11

Oleh itu hutang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Orang yang memerlukannya
dibenarkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Malah ia menjadi tanggungjawab orang yang
diminta.

Selain daripada itu, terdapat hadith yang membolehkan proses berhutang ini iaitu :

Hadith Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda :




Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya
semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk
memusnahkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan
akhirat).

Ijma‟ ulama pula mengatakan seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman
Rasulullah s.a.w. hinggalah ke zaman kita ini. Para ulama pula telah menerima sistem ini dan
tidak ada seorang pun yang menentangnya.




11
     al-quran , albaqarah , 245



                                               17
Hikmah berhutang

      1. Merealisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong untuk
          tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam.
      2. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau kesengsaraan.
      3. Berusaha mnyelesaikan masalah secara bekerjasama.
      4. Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain.12



Hukum memberi Hutang

Kita dapat fahami bahawa memberi hutang adalah sunat sementara meminta hutang adalah
harus. Inilah hukum hutang dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, hukum ini mungkin
berubah bergantung kepada niat orang yang berhutang. Oleh itu hutang menjadi :

     1. Haram : Jika pemiutang mengetahui hutamg tersebut akan digunakan untuk tujuan yang
        diharamkan seperti minum arak, judi atau sebagainya.
     2. Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang
        tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk. Ataupun penghutang tahu dia tidak mampu
        membayar semula hutang tersebut.
     3. Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang
        tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tidak ada cara lain untuk dia
        memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.13



[3.2.2] SALAM

Salam juga dikenali dengan perkataan salaf. Dinamakan salam kerana menyerahkan bayaran
pada majlis akad dan dinamakan salaf kerana didahulukan bayaran daripada menerima barang
jualan.14
12
   Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1326 - 1327.
13
   Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1328.



                                                       18
Bertitik tolak daripada huraian tersebut, salam daripada segi syarak ialah pendahuluan.
Sementara pengertian salam dari segi istilah ialah menjual suatu barang yang penyerahan ditunda
atau menjual suatu barang yang ciri-cirinya jelas dengan bayaran modal lebih awal sedangkan
barangnya diserahkan kemudian hari.




Jual salam (jual beli secara tempahan)

     Menjual sesuatu yang tidak dilihat barangannya hanya ditentukan sifat-sifatnya dan barang
     tersebut adalah dalam tanggungan penjual.
     Jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad
     dilakukan tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harha serta sifatnya.
     Contohnya: kata penjual, “saya jual kepada awak satu almari kain diperbuat dengan kayu
     meranti, besarnya dengan harga sekian.” Jawab pembeli, “saya beli almari tersebut dengan
     sifat dan harga sekian.




Dalil harus salam:

1. Firman allah:
“Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang
     piutang (yang diberi tempoh) hingga kesuatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis
     (hutang dan masa bayarannya itu).


2. Sabda Rasulullah Salallah alaihi wassalam:
“Sesiapa yang berjual salam pada sesuatu barang, hendaklah barang itu ditentukan sukatannya,
     timbangannya dan tempoh masa penyerahannya.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, abu daud an nasaie, at tarmizi, ibnu majah dan ibnu abbas.)




14
 Fiqh imam syafiie, mengupas masalah fiqhiyah berdasarkan alquran dan hadis,2011, prof.dr.wahbah azzuhaili,
m.s 25.



                                                     19
3. Berdasarkan ijmak:
Berkata ibnu almunzir telah bersepakat oleh ahli ulama dengan mengharuskan jual salam kerana
  orang ramai sangat-sangat memerlukan kepadanya. Begitu juga para petani, pekedai dan ahli
  perniagaan, mereka memerlukan wang untuk membantu mereka dan membesarkan pertanian
  dan perdagangan. Oleh sebab itulah diharuskan jual salam untuk membantu keperluan
  mereka.



Rukun jual beli salam:

1. Penjual dan pembeli
2. Barangan yang dijual
3. Harga bayaran
4. Sighah(lafaz akad ijab dan qabul)



Syarat barang jual salam

1. Hendaklah dinyatakan jenis barang yang dijual seperti beras laila dan beras wangi dan sifat-
  sifatnya seperti beras wangi no.1 atau telur ayam gred B.
2. Barang yang dijual itu mesti ada tempoh waktu yang ditetapkan (tempoh masa penyerahan
  barangan). Sekiranya seorang itu menjual salam suatu barang yang tidak dapat diserahkan
  pada masa yang dijanjikan, hukumnya adalah tidak sah. Contohnya menjual rambutan yang
  masih berpohon rendah yang dijanjikan penyerahannya dalam masa sebulan.
3. Barang tersebut kebiasaannya ada bukan barang yang jarang-jarang ada kerana barang yang
  jarang-jarang ada itu tidak diyakini untuk memperolehinya diwaktu yang telah ditetapkan.
4. Barang yang dijual itu hendaklah daripada jenis yang boleh dijual beli.
5. Barang jualan tersebut menjadi hutang penjual. Maka tidak sah jual salam sekiranya penjual
  berkata: “aku jual kepada engkau meja ini dengan hargna $80.00.”
6. Barang itu mestilah diberikan kepada pembeli apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan.
7. Hendaklah penyerahan atau penerimaan barang tersebut ditangguh penyerahannya pada masa
  yang tertentu.




                                               20
Menurut mazhab syafie-> minima 15hari, manakala menurut mazhab maliki pula-> tempoh
     penangguhan tidak disyaratkan.15



Syarat harga jual saham.

1. Bayaran bagi barang yang ditempah hendaklah secara tunai.
2. Bayaran diserahkan dalam khiyar majlis akad jual beli itu juga.
Jadi tidak boleh dianggap mengandungi khiyar syarat kerana tempoh tanggu penyerahan barang
     bukan tempoh khiyar.Khiyar telah dipersetujui semasa akad.




Syarat sah akad jual salam.

1. Harga barangan mestilah dibayar pada majlis akad(dibayar terlebih dahulu).
2. Hendaklah disebut semasa akad jual salam itu jenis barang yang dijual dengan sifat-sifat yang
     berbeza, seperti lembu jantan dan kambing jantan berusia 2 tahun.
3. Hendaklah disebut tempoh masa yang tertentu semasa akad seperti bulan Januari dan bulan
     Muharam.
4. Disebutkan tempat penerimaannya sekiranya tempat akad itu tidak sesuai untuk menjadi
     tempat penyerahan barangan. Contohnya seperti kawasan terpencil atau pendalaman.
5. Hendaklah berterimaan kedua-dua belah pihak dimajlis akad sebelum berpisah. Kerana
     seandainya dilambatkan bayaran, bukan lagi namanya jual salam bahkan jual hutang dengan
     hutang.
6. Akad jual beli salam adalah tunai (terlaksana). Dalam erti kata lain. Tidak boleh disyaratkan
     khiyar (khiyar syarat) sama ada kedua-dua belah pihak atau salah seorang daripadanya.




15
  Hukum muamalat dan hukum perkahwinan dalam islam, 2009, Haji   rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s
61.



                                                 21
Budi pekerti dalam jual salam

     Masing-masing penjual dan pembeli hendaklah bersifat jujur dan tulus ikhlas serta amanah
     dalam perjanjian yang telah dibuat.
     Penjual hendaklah berusaha memenuhi syarat yang telah ditetapkan.
     Pembeli janganlah pula cuba menolak barang yang telah dijanjikan itu dengan membuat
     pelbagai alasan palsu.
     Apabila diserahkan barang itu sebagaiman yang disfatkan didalam akadnya atau lebih baik
     lagi. Wajib bagi pembeli menerimanya.
     Sekiranya barang yang telah dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat yang telah dibuat,
     masing-masing hendaklah bertoleransi dan mencari keputusan yang sebaiknya, pembeli (tidak
     wajib) dibolehkan tidak menerima barang tersebut.



Perbezaan diantara jual salam dengan jual beli:

No. Jual salam                                      Jual beli
1.      Harga barang dalam jual beli salam          Dalam jual beli biasa, pembeli dibolehkan
        tidak boleh diubah-ubah , namun             membayar barangan jual beli sama ada
        harus diserahkan semasa akad.               dengan cara hutang, harga tetap atau tawaran.
2.      Harga yang diberikan dalam jual             Harga barangan boleh dilakukan sama ada
        salam adalah tunai. Seandainya              dengan cara tunai atau cek dan yang
        menggunakan cek, hukumnya tidak             sebanding dengannya.
        sah kerana penjual atau pengusaha
        memerlukan modal.
3.      Penjual atau pengusaha tidak boleh          Bagi jual beli biasa, baaran bagi Sesutu
        menentukan pembeli membayar                 barang yang dibeli boleh dibayar tunai dan
        barang tersebut secara hutang(bayar         boleh juga dengan cara hutang mengikut budi
        kemudian).                                  bicara masing-masing.
4.      Dalam jual salam, barang jualan             Dalam jual beli biasa, barang jualan boleh
        belum dapat dilihat semasa akad jual        dilihat semasa akad.
        beli.



                                               22
5.    Barang jual salam mesti ditentukan              Barang     yang     dijual   tidak    semestinya
      sifat-sifat dan ciri-ciri barang jualan.        ditentukan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.16




Hikmat Jual Salam

Untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli perusahaan atau ahli perniagaan mendapatkan
modal bagi menjalankan urusan perusahaan dan perniagaan.
Memberi peluang berunding dengan lebih baik antara penjual dan pembeli mengikut cara yang
dizinkan oleh syarak.
Memberi peluang kepada penjual menyediakan barang yang tidak ada atau belum siap seperti
yang diperlukan oleh pembeli.
Pembeli akan mendapatkan barangan yang lebih baik dan selesa sebagaimana yang
dikehendakinya, menurut bentuk-bentuk yang telah ditetapkan sekaligus memberi kepuasan
kepada pelanggan (pembeli).
Meningkatkan daya kreativiti penjual dalam menyediakan berang (benda) yang ditempah.
Membolehkan para peniaga merancang pembangunan perniagaan berdasarkan selera pelanggan
yang berbagai-bagai ragam.
Merupakan salah satu bentuk pertolongan antara sesama manusia.17




[3.2.3] ISTISNAA

Takrif:

Akad jual beli dimana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu
barang yang dikehendaki supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu
dan cara bayaran yang telah ditetapkan.




16
  Hukum muamalt dan hukum perkahwinan dalam Islam, 2009,   Haji rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s
61.




                                                 23
Dalil:

Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli
dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda:




Maksudnya: Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (Salam), maka hendaklah dia berjual beli salaf
(Salam) dengan sukatan yang dimaklumkan, dan timbangan yang dimaklumi, sehingga tempoh
yang dimaklumi.18




Hukum:

Jual beli secara tempahan memberi kemudahan dimana orang ramai dapat Membeli barang-
barang mengikut rupa, bentuk dan fesyen yang mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara
tunai sahaja.




Hukum tempahan:

Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halal kerana ia sudah menjadi kebiasaan orang
ramai mengamalkannya sepanjang zaman.
Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang
yang ditempah.
Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah.
Bahan-bahan untuk membuat barang tersebut hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan-
bahan itu daripada pihak penempah, maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan.
Pihak tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan
sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.


18
  Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka
Salam, 2011, hlm: 1259.



                                                      24
Pihak tukang boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat
   tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya
   yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah.
   Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan
   antara pihak tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain
   yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi.



   Rukun:

   Terdapat lima rukun jual beli secara tempahan (Bai‟ Al-Istisnaa) iaitu penjual, pembeli, barang
   yang ditempah, harga dan sighah.

1. Penjual
   Penjual ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan.




2. Pembeli
   Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang
   dikehendaki.


   Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikut kontrak menurut persetujuan mereka berdua.


3. Barang yang ditempah
   Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual beli dalam kontrak dan penjual berjanji
   menyerahkan kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran
   yang didahulukan.


4. Harga
   Pembayaran hendaklah dengan wang, atau jika bukan wang, hendaklah dengan bentuk barang
   dan hendaklah jelas barang tersebut dan ada persetujuan dari kedua belah pihak.




                                                     25
Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar:
   Kesemuanya semasa akad
   Kesemuanya semasa penyerahan barang
   Sebahagiannya semasa akad dan sebahagian yang baki itu semasa penyerahan barang (bayar
   deposit)
   Atau kesemuanya secara ansuran mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli
   dan penjual.


5. Sighah

   Sighah adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikut kontrak dengan
   menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikut kontrak.Sepertimana yang
   dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.




   [3.2.4] KHIYAR

   Telah menjadi dasar di dalam jualbeli, melakukan kontrak adalah dianggap sah selagi segala
   rukun dan syarat jualbeli telah dipenuhi.Allah Taala tetap mengambil kira kepentingan
   manusia.Kedua-dua pihak yang menjalankan kontrak mungkin bersikap gopoh dan tidak teliti
   dalam membuat keputusan.Oleh itu, mereka dibenarkan untuk memilih samaada meneruskan
   jualbeli ataupun membatalkannya.Langkah ini sebagai tanda prihatin dan bertujuan memastikan
   agar kontrak tersebut berjalan dengan penuh kerelaan.


   Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan
   pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun membatalkannya, mengikut
   syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu.


   Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh
   syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jualbeli dalam tiga keadaan yang disebut sebagai
   khiyar, iaitu:




                                                   26
1. Khiyar Majlis
2. Khiyar Syarat
3. Khiyar aib


Asalnya, Khiyar ini terbahagi kepada banyak pecahan, tetapi hanya 3 sahaja yang selalu berlaku
dan digunakan. Keterangan mengenai khiyar-khiyar tersebut adalah seperti berikut:


1. Khiyar Majlis
Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jualbeli walaupun kontrak tersebut telah
dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya,
mereka masih belum berpisah daripada tempat akad.


Jika mereka berada dirumah kecil, perpisahan dianggap apabila salah satu pihak keluar daripada
rumah tersebut.Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau dikapal dan sebagainya,
perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah
pergi dalam beberapa tapak.Sekiranya mereka kluar bersama-sama atau berjalan bersama-sama,
majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar sehinggalah mereka
berpisah.


Dalil Rasulullah s.a.w: “Dua pihak yang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak
berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang diantara mereka memberi pilihan
kepada yang seorang lagi”.                                          (Riwayat Al-Bukhari)


2. Khiyar Syarat
Khiyar syarat ini berlaku apabila salah seorang atau salah satu daripada kedua belah pihak
menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam
tempoh tertentu. Syarat ini mestilah dibuat sebelum mereka berpisah daripada majlis tersebut.
Khiyar ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut:
1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu.
2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada 3 hari, jika barangan tersebut tidak mudah
rosak dalam masa 3 hari.



                                               27
3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak.


Khiyar syarat ini akan terbatal dan tamat apabila:
1. Tamat tempoh yang disyaratkan.
2. Jualbeli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar.
3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan
oleh seorang pemilik.


3. Khiyar Aib
Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan orang lain mestilah dijalankan dengan cara saling
menjaga hak dan bersih daripada unsur penipuan. Penipuan beerti mengambil harta orang lain
dengan jalan yang salah.


Salah satu contoh penipuan dalam perniagaan adalah penjual menyembunyikan kecacatan yang
ada pada barangan yang dijual walaupun dia mengetahuinya.


Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w, “Seseorang muslim adalah saudara kepada seseorang
muslim yang lain.Tidak ahal bagi seorang muslim yang menjual sesuatu barang yang ada
kecacatan kepada saudaranya kecuali dia menjelaskan kecatatan itu kepadanya”.
       (Riwayat Ibnu Majah)


Syarat bagi melakukan khiyar aib ini adalah seperti berikut:
1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Jika kecacatan itu berlaku
selepas barangan diterima, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kecuali jika kecacatan itu
berpunca daripada sesuatu sebab yang datangnya daripada penjual atau sebelum diterima oleh
pembeli.
2. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh
menjelaskan nilai barangan. Maksudnya, jika barang itu hanya menjejaskan fizikal tanpa
menjejaskan nilainya, maka pembeli tidak berhak memulangkan barang tersebut.




                                                28
3. Pada kebiasaanya, kecacatan itu tidak wujud. seperti seseorang menjual kereta baru yang
didapati daripada ejen kereta, kemudian didapati tayar kereta itu botak, maka pembeli boleh
menbatalkan pembeliannya. Tetapi berbeza dengan orang yang membeli barangan terpakai.Jika
pembeli mendapati kereta terpakai itu mempunyai tayar yang botak, maka pembeli tidak berhak
menuntut khiyar aib kerana barangan terpakai ini biasanya mempunyai kecacatan sedemikian.


Objektif bagi Khiyar adalah supaya kedua belah pihak itu tidak mengalami kerugian atau
penyesalan dibelakang hari oleh sebab-sebab tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan
sesuatu barang samada mengenai barang atau harga.




                                             29
BAB 4

                                      (ANALISIS KAJIAN)



[4.1] PENDAHULUAN

Kebanyakkan peniaga yang berniaga di Tamu Kianggeh ini sudah lama menjalankan perniagaan
mereka dan banyak berpengalaman dalam proses jual beli yang dilakukan bagi setiap pembelian
dan penjualan yang mereka hadapi sehari-hari sejak mereka mula berniaga sehingga sekarang.
Hasil daripada temubual di Tamu Kianggeh di dapati wujud jual beli, salam, hutang dan istisnaa
manakala khiyar tidak digunakan di dalam jual beli.

Sebagai tambahan, Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah
pihak (penjual dan pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun
membatalkannya, mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu.


Setelah melakukan kajian tentang khiyar, kami dapati mereka tidak menggunakan jual beli
khiyar kerana bagi mereka jual beli khiyar ini tidak sesuai dilakukan di sana kerana barang-
barang yang mereka jual, kebanyakkannya terdiri daripada makanan seperti buah-buahan, sayur-
sayuran dan sebagainya, yanag mana



[4.2] JUAL BELI

   1. Hasil temubual dari: Penjual.
       Nama: Dayang Baun Yee.
       Umur: 48tahun.

Menurut Dayang Baun Yee,48 tahun, beliau mula berniaga di tamu Kianggeh ini pada tahun
2009.Beliau mula berniaga bermula pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang.Barang yang
diperjualkan oleh beliau di tamu Kianggeh ialah kraf tangan.Beliau mendapatkan lesen dan
permohonan kebenaran dalam melakukan jual beli disana ialah melalui jabatan Bandaran. Modal
barang yang beliau jual adalah dari tempatan dan luar negeri seperti Malaysia. Menurut Dayang
Baun Yee, selama beliau menguruskan perniagaaan ini,beliau        tidak pernah menggunakan



                                              30
khidmat „qardh‟ (hutang), beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai sahaja. Beliau
menggunakan akad jual beli secara isyarat sahaja tanpa menyebutkan akad jual beli kerana
penjual dan pembeli saling memahami etika jual beli.




   2. Hasil temubual dari: Pembeli
       Nama: Asmah Binti Tahir.
       Umur: 35tahun.



Menurut dayang Asmah binti Haji Tahir, 35 tahun, beliau berpuas hati dengan barangan yang
dijual di tamu Kianggeh ini.Barangan yang dijual di tamu ini bertepatan dengan cita rasa beliau
dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di tamu Kianggeh
ini.Beliau tidak pernah menggunakan khidmat hutang semasa membeli barang di tamu Kianggeh
ini, beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai.




[4.3] JUAL BELI CARA HUTANG

   1. Hasil temubual dari: Penjual.
      Nama : Dyg. Halus binti Salleh.
      Umur : 64 tahun.


Beliau telah bekerja selama 6 tahun selepas sahaja dia pencen dan dia bekerja dengan
menggunakan lesen tahunan. Tinggal di Kampung Tanah Jambu, selepas sahaja sembahyang
fardhu subuh, dia berangkat pergi ke Tamu Kianggeh untuk bekerja (berjual) dan kebiasaannya
balik pada selepas waktu mahgrib.Barang yang selalu dijualnya ialah kelapa dan pisang. Kelapa
dan pisang ini didapati daripada negeri Sabah (Malaysia). Kegunaannya pula diantaranya ialah
untuk membuat kelupis, santan untuk memasak dan sebagainya.


Barang-barang dagangannya ini ditinggalkan atau bermalaman di Tamu Kianggeh. Hanya
bertawakal kepada Allah Taala sahaja. Cara proses jualbeli beliau bagi orang Islam, dia
menggunakan akad jualbeli seperti contohnya “Aku jual beberapa biji kelapa dengan harga



                                              31
sekian” kemudian si pembeli pula mengatakan “Aku beli beberapa biji kelapa ini dengan harga
sekian”. Bagi orang yang bukan Islam pula, hanya menyatakan harga barang tersebut dan
diberikan dengan wang ringgit yang sama dengan harganya.


Beliau tidak menggunakan istilah hutang dan tidak pernah berlaku dalam pengalamannya
berjualbeli ini.Barang-barang yang dijualnya ini sering ditempah oleh pedagang-dagang di pasar
malam untuk jualan mereka di pasar malam. Meja yang disediakan untuk beliau telah disediakan
oleh pihak kerajaan.




[4.4] HASIL JUAL BELI CARA SALAM

   1. Hasil temubual dari: Penjual.
      Nama : Dyg. Salmah binti Haji Besar.
      Umur : 50 tahun

Menurut Dayang Salmah binti Haji Besar (peniaga kuih-kuih kering), 50tahun, beliau terlibat
dalam perniagaan selama 30tahun, mereka menggunakan khidmat Salam bagi pelanggan kerana
para pelanggan boleh menempah terlebih awal. Ini kerana untuk kegunaan para pelanggan
seperti memberi campur dalam majlis perkahwinan, majlis berbedak dan sebagainya.Mereka
meminta para pembeli untuk menempah seminggu atau beberapa hari sebelum hari yang
diperlukan.Ini adalah bagi memudahkan para penjual menyediakan barang yang diperlukan.


   2. Hasil temubual dari: Penjual.
      Nama : Awang Hj Ali Bin Hj Said.
      Umur : 35tahun

Manakala menurut Awang Hj Ali bin Hj Said (peniaga buah-buahan), 35tahun, beliau terlibat
dalam perniagaan selama 5tahun, mereka tidak pernah menggunakan khidmat ini, kerana barang
yang mereka perlukan adakalanya ada dan adakalanya tidak disebabkan barang yang mereka
tempeh itu mengikut musim dan susah untuk diperolehi. Jadi para pembeli susah untuk
menempahnya. Sebagai contoh buah durian dan sebagainya.


   3. Hasil temubual dari: Pembeli.



                                             32
Nama : Dyg. Siti Fatimah Binti Hj Abdullah..
       Umur : 28 tahun


Bagi Dayang Siti Fatimah binti Hj Abdullah, (pembeli), 28tahun, beliau selalu datang ke Tamu
Kianggeh bagi membeli barang keperluan sehari.Dia juga pernah menempah barang di tamu
tersebut semasa dia hendak mengadakan majlis di rumahnya. Dia membeli kuih-kuih kering
yang memerlukan barang tersebut lebih daripada 100.Jadi beliau membuat tempahan dengan
penjual yang biasa dilangganinya dan menyatakan barang yang diperlukannya.



[4.5] JUAL BELI CARA ISTISNAA

   1. Hasil temubual dari: Penjual.
      Nama : Awg Hj Esmet bin Hj Ibrahim.
      Umur : 50 tahun

Menurut Haji Esmet Bin Hj Ibrahim (peniaga ikan), 50 tahun, 4hb Mac 2012, yang mana beliau
baru memulakan perniagaan beliau sejak setahun yang lalu ini jua ada mengamalkan jual beli
secara tempahan Al-Istisnaa ini dimana jika ada pembeli yang menginginkan ikan yang mereka
kehendaki, mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu, ada jua pembeli yang membuat
pembayaran penuh semasa akad, dan ada juga yang membayar wang pendahuluan (deposit) dan
akan membayar bakinya sesudah sampai tempoh penyerahan barang tempahan tersebut,

   2. Hasil temubual dari: Pembeli.
      Nama : Dyg. Hajah Hawa.
      Umur : 29 tahun

Begitu juga menurut Hjh Hawa (pembeli), 29 tahun, beliau jua pernah membuat tempahan secara
Al-Istisnaa dengan membayar deposit terlebih dahulu sementara menunggu tempoh masa
penyerahan barang tempahan pada waktu yang telah ditetapkan bersama penjual.

   3. Hasil temubual dari: Penjual
      Nama : Dyg. Hajah Piut Binti Hj Ali.
      Umur : 70 tahun

Tambahan lagi, menurut Hajah Piut bin Haji Aji, 70 tahun, beliau menjual ubat-ubatan
traditional, atau lebih dikenali dengan ubat-ubatan kampong. Beliau mendapat barang-barang
tersebut adalah daripada hasil buatannya sendiri dan terdapat juga sebahagian daripada barang
tersebut dibeli daripada pihak yang lain. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia



                                             33
perniagaan ini, dan dianggarkan ianya sudah mencecah 40 tahun.Beliau menjelaskan bahawa
beliau sendiri ada menerima tempahan daripada para pembeli, dengan mensyaratkan, pembeli
harus memberikan wang pendahuluan (deposit) terlebih dahulu semasa berlakunya akad.



[4.6] JUAL BELI CARA KHIYAR

   1. Hasil temubual: penjual

Jenis khiyar ini tidak diamalkan di Tamu Kianggeh kerana menurut mereka jenis khiyar ini tidak
sesuai digunakan di tempat itu, disebabkan oleh barang-barang mereka, hampir keseluruhannya
adalah barang yang tidak memerlukan khiyar.


[4.7] KESIMPULAN

Sepanjang kajian, hanya 4jenis jual beli yang digunakan, iaitu:

1. Hutang
2. Salam
3. Al-Istisnaa

Jenis jual beli yang dilakukan oleh para penjual dan pembeli ialah kadang-kadang menggunakan
akad dan adakalanya tidak ini kerana para penjual dan para pembeli sudah faham dengan
aturannya. Ada juga yang menggunakan sistem hutang, para penjual         menggunakan sistem
hutang bagi memudahkan para pembeli yang kekuranggan duit. Begitu juda dengan sistem lain
seperti salam dan istisna. Ini adalah memudahkan bagi pembeli untuk menempah lebih awal
sebelum mereka memerlukannya, adapun para penjual tidak menggunakan sistem khiyar kerana
bagi mereka itu adalah tidak sesuai.




                                               34
BAB 5

                                         (PENUTUP)



[5.1] KESIMPULAN

Sepanjang menjalani kajian di Tamu Kianggeh, banyak perkara yang kami pelajari, walaupun
tempoh kajian dijalankan hanya sekejap sahaja.

Namun penjual dan pembeli memberikan kerjasama yang baik dan mereka melayan kami dengan
penuh ramah dan mesra.Ini membuatkan kami merasa selesa duntuk menjalankan tugas kami
sebagai pengkaji di tamu kianggeh.

Walaupun kami hanya mahasiswi dalam perkhidmatan (pre-service), namun kami masih
berpeluang mempelajari banyak perkara baru dalam hukum jual beli dalam Islam, berbanding
mempelajari dengan cara tidak melihat dunia luar.




[5.2] CADANGAN

Sebagai cadangan dari kami, Pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Kementerian Hal
Ehwal Ugama, bolehlah mengambil peranan dalam mengadakan bengkel, tazkirah ataupun
ceramah mengenai cara-cara berjual beli kepada masyarakat luar, khususnya kepada mereka
yang melakukan perniagaan supaya mereka tetap dengan cara berjual beli yang betul dan tidak
terpesong kepada jalan yang salah, yang boleh merosakkan tujuan asal jual beli.




                                              35
Bibliografi

    Al-Quran


    Al-Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, 2000, Kuala Lumpur ; Pustaka Antara Sdn.
       Bhd.


    Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab
       Syafie, 2011, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.


    Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Manhaj FiqhMazhab
       Al-Syafi’i, 2009, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.


    Haji Mohd. Zain bin Haji Seruddin, Zainut Talib, 2010, Brunei Darussalam, Syarikat
       Mega Sdn. Bhd.


    Haji Rose De Yusof Haji Mohd. Ramlee, 2009, Hukum Muamalat dan Hukum
       Perkahwinan Dalam Islam, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei
       Darussalam.




Temubual

   1. Asmah Binti Tahir, Suri rumahtangga, pembeli, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur
       35 tahun. Temubual pada 05.03.2012.
   2. Awang Haji Ali bin Haji Said, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh,
       berumur 35 tahun. Temubual pada 05.03.2012.
   3. Dayang Baun Yee, Penjual Kraf Tangan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 48
       tahun.Temubual pada 05.03.2012.
   4. Dayang Halus Bte Salleh, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur
       64 tahun. Temubual pada 06.03.2012.




                                             36
5. Dayang Salmah bte Haji Besar, Penjual kuih-kuih kering, bertempat di Tamu Kianggeh,
   berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012.
6. Dayang Siti Fatimah Binti Haji Abdullah, Pembeli, Pejabat Kerajaan, bertempat di Tamu
   Kianggeh, berumur 28 tahun. Temubual pada 09.03.2012.
7. Awang Haji Esmet bin Haji Ibrahim, Penjual Ikan, bertempat di Tamu Kianggeh,
   berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012.
8. Dayang Hajah Hawa, Pembeli, Suri Rumahtangga, bertempat di Tamu Kianggeh,
   berumur 29 tahun. Temubual pada 05.02.2012.
9. Dayanag Hajah Piut bin Haji Ali, Penjual Ubat-ubat kampong, bertempat di Tamu
   Kianggeh, berumur 70 tahun. Temubual pada 05.03.2012.




                                         37

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Mais procurados (20)

Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.Syariah, as-Syarikat.
Syariah, as-Syarikat.
 
1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli1.1 konsep jual beli
1.1 konsep jual beli
 
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
Akad Bay' Salam dan Bau' Istisna'
 
Al ijarah
Al ijarahAl ijarah
Al ijarah
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam MuamalatTeori Kontrak/Akad dalam Muamalat
Teori Kontrak/Akad dalam Muamalat
 
Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)Kontrak sewa (al ijarah)
Kontrak sewa (al ijarah)
 
Fiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual BeliFiqh Muamalat - Jual Beli
Fiqh Muamalat - Jual Beli
 
Riba
RibaRiba
Riba
 
Jenis jual beli
Jenis jual beliJenis jual beli
Jenis jual beli
 
Syarikat
SyarikatSyarikat
Syarikat
 
Bai Al- Tawarruq
Bai Al- TawarruqBai Al- Tawarruq
Bai Al- Tawarruq
 
1.2 jenis jual beli
1.2 jenis jual beli1.2 jenis jual beli
1.2 jenis jual beli
 
Jual Beli - Khiyar
Jual Beli - KhiyarJual Beli - Khiyar
Jual Beli - Khiyar
 
Konsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam IslamKonsep Harta Dalam Islam
Konsep Harta Dalam Islam
 
Pengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalatPengharaman gharar dalam muamalat
Pengharaman gharar dalam muamalat
 
Barangan Ribawi
Barangan RibawiBarangan Ribawi
Barangan Ribawi
 
Syuf'ah
Syuf'ahSyuf'ah
Syuf'ah
 
Sistem Kewangan Islam
Sistem Kewangan Islam Sistem Kewangan Islam
Sistem Kewangan Islam
 
Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.Usul fiqh, rukhsah.
Usul fiqh, rukhsah.
 

Destaque

contoh perjanjian jual beli kenderaan
contoh perjanjian jual beli kenderaancontoh perjanjian jual beli kenderaan
contoh perjanjian jual beli kenderaanMat Yus
 
Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh
Kes kajian Jual Beli Di Tamu KianggehKes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh
Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggehezz_ally
 
Contoh Surat perjanjian jual beli
Contoh Surat perjanjian jual beliContoh Surat perjanjian jual beli
Contoh Surat perjanjian jual beliJohanez Diaz
 
JUAL BELI PERUSAHAAN/ PERNIAGAAN
JUAL BELI PERUSAHAAN/PERNIAGAANJUAL BELI PERUSAHAAN/PERNIAGAAN
JUAL BELI PERUSAHAAN/ PERNIAGAANFair Nurfachrizi
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanMahrajan Lanthanum
 
5. oa teknologi maklumat
5. oa teknologi maklumat5. oa teknologi maklumat
5. oa teknologi maklumatHayati Hafidz
 
Jual beli perniagaan fix
Jual beli perniagaan fixJual beli perniagaan fix
Jual beli perniagaan fixLisa SYP
 
Manual hpai
Manual hpaiManual hpai
Manual hpaiZam Scar
 
20403474 format-kertas-kerja
20403474 format-kertas-kerja20403474 format-kertas-kerja
20403474 format-kertas-kerjaM Ariff Ramli
 
Pembelian & perolehan
Pembelian & perolehanPembelian & perolehan
Pembelian & perolehanHanis Nadiah
 
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajar
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajarPpp contoh-kertas-kerja-program-pelajar
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajarsyah Syahidan
 
Surat-perjanjian-sewa kenderaan
 Surat-perjanjian-sewa kenderaan Surat-perjanjian-sewa kenderaan
Surat-perjanjian-sewa kenderaanAnisah Mokhtar
 
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraanAbdillah Syafei
 
Contoh surat jual beli tanah
Contoh surat jual beli tanahContoh surat jual beli tanah
Contoh surat jual beli tanahsyahrulhtb
 
Surat perjanjian sewa stand kantin
Surat perjanjian sewa stand kantinSurat perjanjian sewa stand kantin
Surat perjanjian sewa stand kantinSamsul Huda
 

Destaque (20)

contoh perjanjian jual beli kenderaan
contoh perjanjian jual beli kenderaancontoh perjanjian jual beli kenderaan
contoh perjanjian jual beli kenderaan
 
Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh
Kes kajian Jual Beli Di Tamu KianggehKes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh
Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh
 
Contoh Surat perjanjian jual beli
Contoh Surat perjanjian jual beliContoh Surat perjanjian jual beli
Contoh Surat perjanjian jual beli
 
JUAL BELI PERUSAHAAN/ PERNIAGAAN
JUAL BELI PERUSAHAAN/PERNIAGAANJUAL BELI PERUSAHAAN/PERNIAGAAN
JUAL BELI PERUSAHAAN/ PERNIAGAAN
 
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukanProposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
Proposal Bengkel Perniagaan (iProtect Automotif)-rujukan
 
5. oa teknologi maklumat
5. oa teknologi maklumat5. oa teknologi maklumat
5. oa teknologi maklumat
 
Jual beli perniagaan fix
Jual beli perniagaan fixJual beli perniagaan fix
Jual beli perniagaan fix
 
T4 1
T4 1T4 1
T4 1
 
Format kertas kerja [compatibility mode]
Format kertas kerja [compatibility mode]Format kertas kerja [compatibility mode]
Format kertas kerja [compatibility mode]
 
Manual hpai
Manual hpaiManual hpai
Manual hpai
 
20403474 format-kertas-kerja
20403474 format-kertas-kerja20403474 format-kertas-kerja
20403474 format-kertas-kerja
 
Pembelian & perolehan
Pembelian & perolehanPembelian & perolehan
Pembelian & perolehan
 
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajar
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajarPpp contoh-kertas-kerja-program-pelajar
Ppp contoh-kertas-kerja-program-pelajar
 
Sporadik
SporadikSporadik
Sporadik
 
Surat-perjanjian-sewa kenderaan
 Surat-perjanjian-sewa kenderaan Surat-perjanjian-sewa kenderaan
Surat-perjanjian-sewa kenderaan
 
Surat pernyataan penguasaan fisik tanah
Surat pernyataan penguasaan fisik tanahSurat pernyataan penguasaan fisik tanah
Surat pernyataan penguasaan fisik tanah
 
Kontrak jual beli
Kontrak jual beliKontrak jual beli
Kontrak jual beli
 
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan
3. surat perjanjian sewa menyewa kendaraan
 
Contoh surat jual beli tanah
Contoh surat jual beli tanahContoh surat jual beli tanah
Contoh surat jual beli tanah
 
Surat perjanjian sewa stand kantin
Surat perjanjian sewa stand kantinSurat perjanjian sewa stand kantin
Surat perjanjian sewa stand kantin
 

Semelhante a Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh, Kertas kerja

Jual beli di tamu kianggeh
Jual  beli di tamu kianggehJual  beli di tamu kianggeh
Jual beli di tamu kianggehezz_ally
 
ayat muamalat jual beli
ayat muamalat jual beliayat muamalat jual beli
ayat muamalat jual beliTaufik Rahman
 
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islamPrinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islamKirana Pratiwi
 
Perdagangan online dalam islam
Perdagangan online dalam islamPerdagangan online dalam islam
Perdagangan online dalam islamMuhammad Azmi
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahADHP
 
JUAL BELI DALAM ISLAM.docx
JUAL BELI DALAM ISLAM.docxJUAL BELI DALAM ISLAM.docx
JUAL BELI DALAM ISLAM.docxRahmat Hidayat
 
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13Hevliza Tiara
 
5.hukum islamtentangmuamalah
5.hukum islamtentangmuamalah5.hukum islamtentangmuamalah
5.hukum islamtentangmuamalahinspekturade
 
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beli
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beliMakalah aik dasar2 muamalah dlm jual beli
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beliAbu Aghniya
 
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Marhamah Saleh
 
Transaksi jual beli
Transaksi jual beliTransaksi jual beli
Transaksi jual belidediromli
 

Semelhante a Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh, Kertas kerja (20)

Jual beli di tamu kianggeh
Jual  beli di tamu kianggehJual  beli di tamu kianggeh
Jual beli di tamu kianggeh
 
ayat muamalat jual beli
ayat muamalat jual beliayat muamalat jual beli
ayat muamalat jual beli
 
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islamPrinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
Prinsip prinsip dan praktek ekonomi islam
 
Perdagangan online dalam islam
Perdagangan online dalam islamPerdagangan online dalam islam
Perdagangan online dalam islam
 
Hukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalahHukum islam tentang muamalah
Hukum islam tentang muamalah
 
Bay jual beli
Bay jual beliBay jual beli
Bay jual beli
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 
Hukum akad dan jualbeli
Hukum akad dan jualbeliHukum akad dan jualbeli
Hukum akad dan jualbeli
 
Bab 2 jual beli
Bab 2 jual beliBab 2 jual beli
Bab 2 jual beli
 
Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8
 
Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8Presentasi Fiqh 8
Presentasi Fiqh 8
 
KEL 3 HI (2).pptx
KEL 3 HI (2).pptxKEL 3 HI (2).pptx
KEL 3 HI (2).pptx
 
JUAL BELI DALAM ISLAM.docx
JUAL BELI DALAM ISLAM.docxJUAL BELI DALAM ISLAM.docx
JUAL BELI DALAM ISLAM.docx
 
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
Prinsip Dan Praktik Ekonomi Islam K13
 
5.hukum islamtentangmuamalah
5.hukum islamtentangmuamalah5.hukum islamtentangmuamalah
5.hukum islamtentangmuamalah
 
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beli
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beliMakalah aik dasar2 muamalah dlm jual beli
Makalah aik dasar2 muamalah dlm jual beli
 
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
Presentasi Fiqh SiyasahMuamalah 9
 
jual beli dalam islam
jual beli dalam islamjual beli dalam islam
jual beli dalam islam
 
Transaksi jual beli
Transaksi jual beliTransaksi jual beli
Transaksi jual beli
 
Jual beli
Jual beliJual beli
Jual beli
 

Mais de ezz_ally

Faraidh tawazun complete
Faraidh tawazun completeFaraidh tawazun complete
Faraidh tawazun completeezz_ally
 
Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahezz_ally
 
Jadual spisifikasi ujian
Jadual spisifikasi ujianJadual spisifikasi ujian
Jadual spisifikasi ujianezz_ally
 
Perancangan ujian (lctr 5)
Perancangan ujian (lctr 5)Perancangan ujian (lctr 5)
Perancangan ujian (lctr 5)ezz_ally
 
Item analysis (lctr 7)
Item analysis (lctr 7)Item analysis (lctr 7)
Item analysis (lctr 7)ezz_ally
 
Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2ezz_ally
 
Faraaidh kuliah 1
Faraaidh kuliah 1Faraaidh kuliah 1
Faraaidh kuliah 1ezz_ally
 
Aras kemahiran (lctr 4)
Aras kemahiran (lctr 4)Aras kemahiran (lctr 4)
Aras kemahiran (lctr 4)ezz_ally
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianezz_ally
 
Jual Beli - Riba
Jual Beli - RibaJual Beli - Riba
Jual Beli - Ribaezz_ally
 
Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahezz_ally
 

Mais de ezz_ally (12)

Faraidh tawazun complete
Faraidh tawazun completeFaraidh tawazun complete
Faraidh tawazun complete
 
Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyah
 
Jadual spisifikasi ujian
Jadual spisifikasi ujianJadual spisifikasi ujian
Jadual spisifikasi ujian
 
Perancangan ujian (lctr 5)
Perancangan ujian (lctr 5)Perancangan ujian (lctr 5)
Perancangan ujian (lctr 5)
 
Item analysis (lctr 7)
Item analysis (lctr 7)Item analysis (lctr 7)
Item analysis (lctr 7)
 
Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2Waris KULIAH 2
Waris KULIAH 2
 
Faraaidh kuliah 1
Faraaidh kuliah 1Faraaidh kuliah 1
Faraaidh kuliah 1
 
Aras kemahiran (lctr 4)
Aras kemahiran (lctr 4)Aras kemahiran (lctr 4)
Aras kemahiran (lctr 4)
 
Pengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaianPengukran dan penilaian
Pengukran dan penilaian
 
jual beli
jual belijual beli
jual beli
 
Jual Beli - Riba
Jual Beli - RibaJual Beli - Riba
Jual Beli - Riba
 
Tawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyahTawazun dan wasatiyyah
Tawazun dan wasatiyyah
 

Kes kajian Jual Beli Di Tamu Kianggeh, Kertas kerja

  • 1. BAB 1 PENGENALAN [1.1]PENDAHULUAN Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jualbeli, tukar-menukar. pinjam-meminjam dan sebagainya.1 Muamalat juga merupakan tatacara atau peraturan dalam perhubungan manusia sesama manusia untuk memenuhi keperluan masing-masing yang berlandaskan syariat Allah Subahanahu Wata‟ala yang melibatkan bidang ekonomi dan sosial Islam. Muamalat yang dimaksudkan dalam bidang ekonomi yang menjadi tumpuan semua orang bagi memperolehi kesenangan hidup di dunia dan kebahagian di Akhirat.2 Mencari harta kekayaan amat digalakkan oleh Islam, kerana harta merupakan alat bagi mencapai kesenangan hidup di dunia dan kebahagiaan di akhirat. Dengan harta tersebut seseorang itu dapat memenuhi keperluan hidupnya di samping dapat menunaikan tanggungjawabnya terhadap agama. Dalam mencari harta kekayaan, Umat Islam dikehendaki menggunakan hartanya pada jalan kebaikan dan kebajikan untuk faedah bersama. Bagi memastikan kegiatan ekonomi yang dilakukan oleh manusia dilaksanakan dengan baik dan mencapai keredhaan Allah s.w.t. , Islam telah menggariskan beberapa peraturan bagi mencapai matlamat tersebut. Takrif:Jual Beli Al-bai‟ (jual beli) daripada segi bahasa ialah pertukaran sesuatu dengan sesuatu, samaada kedua2nya dalam bentuk benda atau bukan benda.3 1 www.al-azim.com/masjid/infoislam.muamalat/home.htm 2 Ibid 3 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1195 1
  • 2. Sebagaimana firman Allah, yang bermaksud: Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orangyang beriman akan jiwa raga dan harta benda mereka dengan (balasan) bahwa mereka akan beroleh syurga. (At-taubah: 111) Kemudian Allah berfirman: Yang maksudnya: Oleh itu, bergembiralah dengan jual beli yang kamu telah jalankan itu. (At-Taubah: 111) Al-bai‟ dan Asy-syira‟ dalam bahasa Arab boleh digunakan untuk makna jual dan juga beli. Maksudnya, kedua-dua istilah ini boleh digunakan untuk merujuk kepada makna yang sama. Contohnya, firman Allah: Maksudnya: dan (setelah berlaku perundingan), mereka menjualnya dengan harga yang murah. (Yusuf: 20) Maksud Asy-Syira dalam ayat ini ialah menjual. Sementara dalam sebuah hadis ada dinyatakan: “Janganlah seseorang itu menjual atas jualan saudaranya”. Maksud menjual atas jualan disini sebenarnya ialah jangan membeli.Menurut kamus Mukhtar Ash-Shihah, sebenarnya larangan ini ditujukan kepada pembeli bukannya penjual. Kesahihan menurut syarak: Akad jual beli adalah akad yang diakui oleh syarak.Perakuan ini berpandukan kepada Al-Quran, Sunnah dan juga Ijmak ulama. 1. Al-quran Al-quran dengan jelas menghalalkan jual beli ketika menjawab golongan yang ingkar dan mahu mempertahankan amalan riba, kerana bagi mereka riba adalah sama seperti jual beli.Allah swt berfirman: Maksudnya: padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Al-Baqarah: 275) 2
  • 3. 2. Sunnah Terdapat banyak hadis berbentuk perkataan, perbuatan dan perakuan Rasulullah s.a.w yang memperakui amalan para sahabat baginda.Kesemua hadis ini menjadi dalil bahawa amalan jual beli diakui oleh syarak. Dalam sebuah hadis baginda s.a.w bersabda: Maksudnya: sesungguhnya perbuatan seseorang kamu mengambil talinya, lalau dia memikul seikat kayu api diatas belakangnya kemudian menjualnya, dengan itu Allah menjaga mukanya (maruahnya) adalah lebih baik daripada dia meminta-minta belas ihsan orang ramai, samada mereka memberi kepadanya atau tidak. Maksud Allah menjaga mukanya ialah apabila dia menjual kayu tersebut, Allah akan memelihara maruahnya daripada dihina dan menjaga air mukanya. Manakala Sunnah melalui perbuatan baginda ialah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a: Maksudnya: sesungguhnya Nabi s.a.w telah membeli makanan daripada seorang yahudi secara bayaran tertangguh (Nasi‟ah) dan baginda menggadaikan sebuah baju besi kepadanya. Nasi‟ah ialah melewatkan bayaran iaitu menangguh pembayaran pada suatu tempoh tertentu.4 Rukun Jual Beli Terdapat 3 rukun dalam kontrak jual beli:5 Rukun pertama: Pihak yang mengikat kontrak Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikat kontrak menurut persetujuan mereka berdua. Kedua-duapihak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Waras; iaitu baligh, berakal dan boleh menguruskan harta dengan baik. Dalilnya dalam firman Allah Ta‟ala: 4 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, op cit , hlmn : 1196 5 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1199 3
  • 4. Maksudnya: “Dan ujilah anak-anak yatim itu (sebelum baligh) sehingga mereka cukup umur (dewasa). Kemudian,jika kamu nampak daripada keadaan mereka (tanda-tanda yang menunjukkan bahawa mereka) telah cerdik dan berkebolehan menjaga harta mereka, maka serahkanlah kepada mereka harta mereka”. (An-nisa‟: 6) 2. Bebas membuat pilihan ketika mengikat kontrak. Maksudnya apabila seseorang menjual atau membeli, dia melakukannya dengan bebas dan dengan sepenuh hatinya serta meredhai urusan yang ingin dijalankan. Dalilnya firman Allah Ta‟ala: Maksudnya: Kecuali dengan cara perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka diantara kamu. 3. Penjual dan pembeli adalah individu yang berlainan. Mestilah wujud dua pihak berlainan yang mengikat kontrak tersebut; penjual serta pembeli bukanlah orang yang sama. Ini kerana kepentingan kedua-dua pihak sentiasa berlainan. 4.Boleh melihat Oleh itu, jual beli orang yang buta tidak sah kerana wujudnya kejahilan yang ketara. Untuk tujuan jual beli, orang buta ini perlu mewakilkannya kepada orang lain untuk membeli atau menjual bagi pihaknya. Rukun kedua: sighah kontrak 6 Sighah kontrak adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikat kontrak dengan menyatakan kemahuan , kerelaan dan niat mereka untuk mengikat kontrak, sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli.Kontrak ini merangkumi penawaran (ijab) oleh penjual. 6 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1202 - 1206 4
  • 5. Contohnya: Penjual berkata: saya menjual baju ini kepada anda dengan harga sekian. Juga merangkumi persetujuan (qabul) oleh pembeli. Contohnya seperti kata pembeli: “saya setuju” atau “saya membelinya” atau dengan ucapan yang seumpama dengannya. Sighah terbahagi kepada sighah secara langsung (sarih) dan sighah tidak langsung (kinayah). Sighah secara langsung (sarih) bermaksud setiap ungkapan yang secara jelas merujuk kepada jual beli. Sighah secara tidak langsung (kinayah) pula bermaksud ungkapan yang boleh membawa maksud jual beli dan pada masa yang sama juga boleh membawa maksud yang lain. Syarat sighah kontrak Sighah kontrak ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Tidak wujud tempoh yang lama antara penawaran (ijab) dan persetujuan (qabul) yang boleh menggambarkan pada adatnya penawaran tersebut tidak diterima. 2. Perlu wujud persamaan antara persetujuan oleh pembeli dan penawaran oleh penjual dalam semua sudut. 3. Kesahihan jual beli tersebut tidak boleh dikaitkan dengan sebarang syarat atau dihadkan untuk tempoh tertentu. Rukun ketiga: barang jualan dan harganya.7 Ini yang dinamakan sebagai subjek kontrak (akad).Dalam kontrak jual beli, subjek kontrak merujuk kepada barangan yang dijual dan barangan yang dijadikan sebagai bayaran. Kedua-dua perkara ini perlu memenuhi beberapa syarat: 7 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1206 - 1211 5
  • 6. 1. Barang jualan hendaklah wujud ketika kontrak jual beli dijalankan. Contohnya: Penjual yang mahu menjual anak kambing yang sedang dikandung oleh ibunya atau susu yang masih berada pada kantung susu. Dalil hukum ini ialah tindakan Nabi SAW yang pernah penjual mejual barangan yang tidak dimiliki. Para penulis sunan meriwayatkan, Hakim bin Hizam r.a berkata: Saya telah berkata: “Wahai Rasulullah, seseorang lelaki datang kepadaku tentang jual beli sesuatu barang, sedang aku tidak mempunyai barang yang hendak aku jual kepadanya. Kemudian aku membeli barang tersebut dipasar”.Baginda bersabda: “ Jangan engkau jual barang yang tiada disisimu.” 2. Barangan yang dijual mestilah dalam bentuk harta yang bernilai menurut syarak. Dalilnya ialah sabda Nabi SAW: Sesungguhnya Allah dan Rasul-nya telah mengharamkan jual beli arak, bangkai, babi dan berhala. Lalu ada yang berkata: “Wahai Rasulullah, apa kata tuan tentang lemak bangkai? Sesungguhnya ia digunakan untuk mengecat kapal, disapukan pada kulit dan orang ramai menyalakan lampu dengannya?”Baginda menjawab:” Tidak, ia haram.” Kemudian Rasulullah s.a.w bersabda: Semoga Allah memerangi (membinasakan )kaum Yahudi.Sesungguhnya apabila Allah mengharamkan lemak haiwan , mereka pun mencairkannya, kemudian menjualnya dan memakan hasil jualannya”. 3. Barangan jualan mestilah yang bermanfaat menurut syarak dan uruf (kebiasaan orang ramai). 4. Barangan tersebut hendaklah dapat diserahkan, daripada segi fizikal dan syarak. 5. Pihak yang berkontrak mestilah orang yang mempunyai kuasa keatas barangan yang ingin dijual beli sama ada kuasa sebagai seorang penjaga atau kuasa sebagai pemilik. Ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW: “Tidak harus jual beli melainkan pada barang yang kamu miliki”. 6. Barangan tersebut mestilah dalam pemgetahuan kedua-dua belah pihak. 6
  • 7. [1.2] PENYATA MASALAH Sebagaimana yang telah diterangkan sebelumnya, Muamalat adalah semua hukum syariat yang bersangkutan dengan urusan dunia, dengan memandang kepada aktiviti hidup seseorang seperti jualbeli, tukar-menukar, pinjam-meminjam dan sebagainya, yang mana semua perkara yang tersebut itu haruslah dilakukan secara adil dan saksama menurut peraturan yang telah ditetapkan. Kertas kerja ini akan membongkarkan sedikit sebanyak tentang masalah yang dihadapi oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh mengenai dengan tatacara, jenis jual beli yang digunakan dan prosedur dalam berjual beli ditempat tersebut. Diantara perkara-perkara yang ingin dibincangkan disini adalah seperti berikut: Tentang jenis berjual beli yang telah diamalkan di Tamu Kianggeh. Tentang harga jualan, barang jualan serta akad yang lazim digunakan oleh penjual dan pembeli di Tamu Kianggeh tersebut. [1.3] TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIAN Adapun tujuan kami melakukan kajian ini adalah untuk mencapai objektif berikut: Objektif Am: Supaya dapat mengetahui caraatau proses berjual beli di Tamu Kianggeh. Objektif khusus: 1. Untuk mengetahui barang yang dijual beli atau diperniagakan di Tamu Kianggeh. 2. Untuk mengetahui jenis-jenis jual beli yang digunakan di Tamu Kianggeh. 3. Untuk mengetahui akad yang digunakan di Tamu Kianggeh. [1.4] METOD KAJIAN Sepanjang kami melakukan kajian, kami telah menggunakan metod temubual secara rambang, terhadap beberapa penjual dan pembeli yang telah berjualbeli ditempat tersebut, mengenai dengan perkara yang akan kami bincangkan iaitu „bagaimana cara yang lazim mereka lakukan apabila berlaku akad jualbeli di tempat tersebut‟. Di samping menggunakan metod temubual, 7
  • 8. kami juga menggunakan metod perpustakaan dalam mencari isi kajian dan menjalankan pemerhatian. [1.4.1] PERPUSTAKAAN Adapun metod kajian ini kami gunakan perpustakaan adalah kerana kami mendapatkan isi kandungan dan keterangan mengenai jenis-jenis jual beli melalui buku yang kami perolehi.Oleh itu kami kaitkan dengan kajian kami bagi memperolehi maklumat lebih lanjut dan terperinci. [1.4.2] TEMUBUAL Dalam kajian ini, kami menggunakan kaedah temubual bagi memudahkan kami berbicara dengan terang-terangan dan boleh mengetahui jenis dan cara jual beli di sana dengan lebih terperinci. Alhamdulillah, para penjual dan pembeli dapat bekerjasama dengan baik.Mereka boleh berkomunikasi dengan sopan samaada secara formal atau tidak formal. Begitu juga budaya hormat-menghormati diantara satu sama lain. [1.4.3] PEMERHATIAN Pemerhatian ini difokuskan kepada cara jual beli dikawasan tersebut. Dalam kajian ini tidak dikhususkan kepada mana-mana gerai akan kerana kami telah melawat seluruh kawasan tersebut. Tamu kianggeh ini adalah salah sebuah tempat bagi orang Brunei untuk melakukan perniagaan dan mendapatkan rezeki.Tamu ini sudah lama tertubuh.Walaupun kemudahan sudah diberikan, penjual menyediakan lagi barang keperluan seperti meja untuk menambah tempat penyimpanan barang.Akan tetapi tamu tersebut boleh beroperasi dengan baik dan aman. 8
  • 9. [1.4.4] Soal Selidik Carta Jenis Jual Beli Yang Digunakan 10% 30% Jual Beli Salam 50% Jual Beli Istisnaa Jual Beli Hutang Jual Beli Khiyar Setelah melakukan kajian, kami mendapati diantara jenis jual beli yang kaji, iaitu jual beli salam, jual beli istisnaa, jual beli hutang dan jual beli khiyar, hanya tiga jenis jual beli sahaja yang diamalkan di Tamu Kianggeh, iaitu jual beli salam, jual beli istisnaa dan juak beli hutang. Sementara jual beli khiyar, memang tidak digunakan kerana sebab-sebab tertentu yang akan diterangkan pada bab yang seterusnya. Walaubagaimanapun, diantara tiga jenis jual beli itu, jual beli istisnaa adalah purata yang paling tinggi (50%), kemudian jual beli salam sebanyak 30%, jual beli hutang hanya 10% dan jual beli khiyar 0% (tidak digunakan). [1.5] SKOP KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk menyenaraikan beberapa maklumat yang telah diperolehi dari Tamu Kianggeh, Daerah Brunei dan muara. 9
  • 10. 1. Masa kajian Kajian ini dijalankan sepanjang cuti semester, iaitu bemula pada 04.Mac.2012 hingga 11.Mac.2012, yang mana ianya bermula pada pukul 9 pagi hingga kira-kira 2 petang. 2. Tempat kajian. Nama Rasmi : Tamu Kianggeh Nama Bekas : Taman Peranginan Sungai Kianggeh Lokasi : Pusat Bandar Seri Begawan di tebing sungai Kianggeh bertentangan dengan kuil cina. Pentadbiran Kementerian : Kementerian Dalam Negeri Pejabat Pentadbiran : Pejabat Perbandaran (Seksyen Pelesenan) Objektif : untuk memberi peluang dan membantu pengeluar Brunei untuk menjual produk mereka sendiri Operasi waktu : 6.00 pagi hingga 6.00petang (Jumaat adalah hari kemuncak jual beli)8 [1.6] PEMBAHAGIAN KAJIAN / BAB Bab 1 : Pendahuluan yang mengandungi :- 1.1 - Pengenalan 1.2 - Penyata masalah 1.3 - Tujuan dan Objektif Kajian 1.4 - Metod Kajian 1.5 - Skop Kajian 1.6 - Pembahagian Kajian / Bab Bab 2 : Latar Belakang Tamu Kianggeh 2.1 - Pengenalan 2.2 - Sejarah Perniagaan di Brunei 8 www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html 10
  • 11. 2.3 - Penubuhan Tamu Kianggeh 2.4 - Jenis-jenis dan barang yang dijual 2.5 - Penjual terdiri daripada: 2.6 - Pembeli terdiri daripada: Bab 3 : Jual beli di Tamu Kianggeh 3.1 - Pendahuluan 3.2 - Jenis-jenis jual beli di Tamu Kiangggeh Bab 4 : Analisis Kajian 4.1 - Pendahuluan 4.2 - Jual Beli Hutang 4.3 - Jual Beli Salam 4.4 - Jual Beli Istisna 4.5 - Kesimpulan Bab 5 : Penutup 5.1 - Kesimpulan 5.2 - Cadangan 11
  • 12. BAB 2 (LATAR BELAKANG TAMU KIANGGEH) [2.1] PENGENALAN Adapun tajuk yang akan dibincangkan dalam kertas kerja ini adalah mengenai jenis yang telah digunakan untuk berjualbeli di salah sebuah tamu di Negara Brunei Darussalam iaitu Tamu Kianggeh. Kertas kerja ini lebih menekankan mengenai keadaan, suasana dan tatacara serta prosedur yang mereka gunakan selama melakukan jualbeli ditempat tersebut. [2.2] LATAR BELAKANG ATAU SEJARAH TAMU KIANGGEH Ia ialah satu tempat yang mempunyai sejarahnya tersendiri. Pada zaman dahulu, sebelumkedai- kedairuncitdibinaatau pasarwujud di Brunei, penduduk terpaksapergi kesebuah kampunguntukmembeliatau menjualsesuatu. Terdapat beberapatempat-tempatatau'pasaran terbuka' yangbertaburandi seluruh negara danorang-orang darikampung-kampungkecildi sekitarpergi ke sanasebagai haritrippersdanoleh itu, dianggapsebagai tetamu. Sebelum pasaranterbuka, tempat ituadalahhanyatebing sungaiyangdikenalisebagaiSungaiKianggeh. ‘Peta Tamu Kianggeh’ 12
  • 13. [2.3] PENUBUHAN TAMU KIANGGEH Tamu Kianggehbermulapadaawal1960-anpada masa yang samawujud'padian' wanitamenjualproduk mereka dibotyangdigunakan untukmenjadiperniagaanyangdiamalkanpendudukdi KampungAyer. Tidaklewatselepaspupus'padian', penduduk tempatanlebihmemilih untukpergidan kerja-kerjadi atas tanahdengan kerajaan dansektor swastadi Bandar Seri Begawan, mereka pergidan bergerakuntukmenjalankan perniagaanmerekadisatu tempatyang bernamaTamuKianggeh. Merekamendapatibahawatempattersebutsesuaiuntukmerekamenjalankan perniagaan. Iaberhampiran denganpusatkomersil, bandardantempatkerjamereka. Lebih ramai orangdatang, akan dapat banyak pendapatan yang lebih tinggidan keuntungankepadaperniagaan tempatanyangdatang dariempat daerahdantempat inimenjadimengembangsehingga sekarang. Sejarah juga menyatakanbahawasekitartahun 1980-an, TamuKianggehtelahdigunakan untukdilawatioleh Ratu Elizabethduakalidan begitu juga dengananaknya, Putera Charles. [2.3.1] OBJEKTIF ATAU VISI Objektif ataupun visi bagi Tamu Kianggeh ini adalah untuk memberi peluang dan membantu rakyat Brunei menjual barang-barang jualan mereka.9 [2.3.2] WAKTU OPERASI Ada diantara Para penjual datang ke tamu kianggeh selepas sembahyang subuh dan ada juga yang datang selepas jam 6.00 pagi yang mana para penjual akan menyediakan barang-barang mereka agar boleh beroperasi dengan baik. Antara barang yang mereka jual adalah dari hasil mereka sendiri dan ada yang mereka beli dari pemborong-pemborong yang berjual ditepi tangga naik ke tamu kianggeh.Manakala tamu kianggeh adalah tempat utama bagi para pembeli untuk membeli barang-barang keperluan rumah. 9 www.norismahpinkie.tripod.com/id21.html 13
  • 14. Para penjual akan balik ke rumah adakalanya jam 6.00 petang manakala pada hari jumaat pula adakalanya sampai jam 1.00 pagi. [2.4] JENIS-JENIS DAN BARANG YANG DIJUAL Tamu di Bandar Seri Begawanmempunyai banyak sekali barang-barang untuk jualan, termasuk pelbagai jenis kesturi, sayur-sayuran tempatan, kapur-kapur dan cili ialah dua bahan biasa dalam Brunei masakan, ikan masin, herba-herba berubat, buah, beras, tumbuhan berpasu, bunga-bunga, pasu-pasu dan jambangan-jambangan, bakul-bakul atau untuk makanan bertutup seperti daun nyirik, daun mengkuang, buluh-buluh, ikan kering dan udang-udang, bahan perasa, ayam hidup dan makanan dimasak segar seperti nasi goreng, daging lembu, ikan, udang, mi goreng, pisang goreng dan sebagainya. Beberapa sayuran dan buah-buahan diimport dari negara jiran dengan Negara Brunei Darussalam dan Malaysia juga dijual di sini.Sekali-sekala, tamu tersebut menjual bukan sahaja makanan dan minuman tetapi juga permainan. Untuk pelawat-pelawat yang mahu untuk merasai juadah hidangan Brunei, tamu ialah tempat terbaik untuk dilawat.Beberapa pelawat mendakwa bahawa jika anda mahu mengalami hidangan Brunei Tamu Kianggeh ialah tempat untuk memulakan.Di sini pelanggan-pelanggan dilihat pembelian beberapa makanan-makanan panggang seperti ayam panggang madu, sate (dibuat ketulan kecil daging lembu atau ayam diperapkan dalam rempah ratus aromatik manis, mencucuk dalam tulang rusuk daun kelapa dan kemudian panggang, suka akan sos kacang dan ketupat) dan keseronokan masak memasak tradisional dikenali sebagai pais, yang dibungkus dalam daun-daun dan kemudian memanggang atas api arang batu. Yang lainseperti kesukaan (ikan tenggiri perapan yang mana diadunkan dengan cili, bawang, menumbuk kekunyit, garam dan asam jawa. Biasanya dimasaknya anak ikan), belutak, lalap, dan lain-lain. Juadah lain telah dijual di sini ialah kuih Melayu Brunei dan biskut tradisional (basah atau kering), pasu-pasu dan jambangan-jambangan, ikan-ikan, snek dan minuman, lampu-lampu, serbuk dan sebagainya. Anda mungkin juga mendapati pelbagai macamhiasan, barang-barang antik, produk-produk kraftangan tradisional tempatan seperti tudung dulang (tudung saji cantik dan hiasan), nyiru, pemarang (seperti parang atau pisau), bakul-bakul, pengayuh (dayung bot) 14
  • 15. dan sebagainya di tempat ini.Pelanggan boleh membeli $5 hingga $30 hanya untuk tudung dulang. Tarikan utama tamu bukan sahaja harga rendah dan produk berkualiti tingginya yang dibuat oleh hasil tangan penduduk tempatan yang pengalaman dan memiliki kepakaran khusus tetapi juga kerana banyak benda yang dijual disini tidak ada didapati di pasaran konvensional dan pembeli- belah kraftangan boleh mendapat tawaran-tawaran yang menguntungkan di sini. [2.5] PENJUAL TERDIRI DARIPADA: Hampir kesemua penjual berusia 40 tahun keatas dan berbangsa brunei, hanya 20-30% yang berbangsa lain seperti cina dan india. Tamu Kianggeh dikumpulkan bersama-sama dengan beratus-ratus pengusaha kecil, orang Melayu yang kebanyakannya Brunei dan beberapa Cina.Kebanyakan daripada ialah wanita tempatan tua dan beberapa ialah lelaki.Beberapa penjaja-penjaja suka untuk meletakkan apa mereka menjual di gerai-gerai. [2.6] PEMBELI TERDIRI DARIPADA: Hampir kesemua pembeli berusia dalam lingkungan 20 tahun keatas dari warganegara tempatan dan warganegara asing seperti para pelancong.Tamu Kianggeh ini adalah salah satu tempat yang menjadi tarikan bagi para pelancong.Ini adalah kerana mereka sangat tertarik dengan barang- barang yang dijualkan di Tamu tersebut.Tambahan lagi, harga bagi setiap barang yang dijual adalah sangat bersesuaian dan berpatutan. Pembeli-pembeli dari warganegara tempatan juga ada mengatakan bahawa barang-barang yang dijual di sana adalah lebih murah daripada barangan di kedai-kedai. 15
  • 16. BAB 3 (JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH) [3.1] PENDAHULUAN Hasil daripada kajian yang telah kami jalankan, kami mendapati mereka hanya menggunakan tiga jenis jual beli. Alhamdulillah, bagi mereka yang beragama Islam mereka telah menggunakan kaedah yang menepati hukum syarak, dan alhamdulillah, orang yang bukan beragama Islam juga mengikut kaedah jualbeli di dalam Islam, malahan mereka masing-masing mengamalkan sikap saling bersedekah dan bantu-membantu bagi mereka yang dalam kesusahan. [3.2] JENIS-JENIS JUAL BELI DI TAMU KIANGGEH Jenis-jenis jual beli yang digunakan ada tiga jenis iaitu: 1. Hutang 2. Salam 3. Istisna Manakala, khiyar tidak digunakan. [3.2.1] HUTANG Hutang (Qardh) dari segi bahasa ialah potong. Manakala dari segi istilah para fuqaha pula ialah memberi hak milik sesuatu barangan kepada orang lain dengan syarat orang tersebut memulangkan semula gantinya tanpa sebarang tambahan.10 Proses ini dinamakan qardh kerana proses ini menyebabkan tuan punya barangan memotong sebahagian hak miliknya untuk diberikan kepada penghutang. 10 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1323. 16
  • 17. Daripada firman Allah Taala :     245. Siapakah orangnya Yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman Yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya Dengan berganda-ganda banyaknya? dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.11 Oleh itu hutang dibenarkan dan bertepatan dengan syarak. Orang yang memerlukannya dibenarkan meminta tanpa perlu rasa bersalah. Malah ia menjadi tanggungjawab orang yang diminta. Selain daripada itu, terdapat hadith yang membolehkan proses berhutang ini iaitu : Hadith Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : Sesiapa yang mengambil harta-benda orang lain dalam keadaan dia mahu membayarnya semula, maka Allah akan membayar untuknya. Sesiapa yang mengambil dengan niat untuk memusnahkannya (tidak mahu membayarnya), maka Allah akan memusnahkannya (di dunia dan akhirat). Ijma‟ ulama pula mengatakan seluruh umat Islam telah mengamalkan sistem ini semenjak zaman Rasulullah s.a.w. hinggalah ke zaman kita ini. Para ulama pula telah menerima sistem ini dan tidak ada seorang pun yang menentangnya. 11 al-quran , albaqarah , 245 17
  • 18. Hikmah berhutang 1. Merealisasikan kehendak Allah yang mahukan wujudnya suasana tolong-menolong untuk tujuan kebaikan dan ketakwaan sesama umat Islam. 2. Menghulurkan bantuan kepada mereka yang ditimpa kesusahan atau kesengsaraan. 3. Berusaha mnyelesaikan masalah secara bekerjasama. 4. Menghalang manusia mengambil kesempatan daripada kesusahan dan hajat orang lain.12 Hukum memberi Hutang Kita dapat fahami bahawa memberi hutang adalah sunat sementara meminta hutang adalah harus. Inilah hukum hutang dalam keadaan biasa. Walau bagaimanapun, hukum ini mungkin berubah bergantung kepada niat orang yang berhutang. Oleh itu hutang menjadi : 1. Haram : Jika pemiutang mengetahui hutamg tersebut akan digunakan untuk tujuan yang diharamkan seperti minum arak, judi atau sebagainya. 2. Makruh : Jika pemiutang mengetahui hutang tersebut akan digunakan untuk perkara yang tidak bermanfaat atau untuk menunjuk-nunjuk. Ataupun penghutang tahu dia tidak mampu membayar semula hutang tersebut. 3. Wajib : Jika pemiutang mengetahui orang yang berhutang amat memerlukan hutang tersebut untuk menampung hidupnya dan keluarganya dan tidak ada cara lain untuk dia memperolehinya kecuali dengan cara berhutang.13 [3.2.2] SALAM Salam juga dikenali dengan perkataan salaf. Dinamakan salam kerana menyerahkan bayaran pada majlis akad dan dinamakan salaf kerana didahulukan bayaran daripada menerima barang jualan.14 12 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1326 - 1327. 13 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1328. 18
  • 19. Bertitik tolak daripada huraian tersebut, salam daripada segi syarak ialah pendahuluan. Sementara pengertian salam dari segi istilah ialah menjual suatu barang yang penyerahan ditunda atau menjual suatu barang yang ciri-cirinya jelas dengan bayaran modal lebih awal sedangkan barangnya diserahkan kemudian hari. Jual salam (jual beli secara tempahan) Menjual sesuatu yang tidak dilihat barangannya hanya ditentukan sifat-sifatnya dan barang tersebut adalah dalam tanggungan penjual. Jual beli yang dilakukan terhadap sesuatu barangan yang belum wujud pada waktu akad dilakukan tetapi ia sudah ditentukan jenis, kadar harha serta sifatnya. Contohnya: kata penjual, “saya jual kepada awak satu almari kain diperbuat dengan kayu meranti, besarnya dengan harga sekian.” Jawab pembeli, “saya beli almari tersebut dengan sifat dan harga sekian. Dalil harus salam: 1. Firman allah: “Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang (yang diberi tempoh) hingga kesuatu masa tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya itu). 2. Sabda Rasulullah Salallah alaihi wassalam: “Sesiapa yang berjual salam pada sesuatu barang, hendaklah barang itu ditentukan sukatannya, timbangannya dan tempoh masa penyerahannya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim, abu daud an nasaie, at tarmizi, ibnu majah dan ibnu abbas.) 14 Fiqh imam syafiie, mengupas masalah fiqhiyah berdasarkan alquran dan hadis,2011, prof.dr.wahbah azzuhaili, m.s 25. 19
  • 20. 3. Berdasarkan ijmak: Berkata ibnu almunzir telah bersepakat oleh ahli ulama dengan mengharuskan jual salam kerana orang ramai sangat-sangat memerlukan kepadanya. Begitu juga para petani, pekedai dan ahli perniagaan, mereka memerlukan wang untuk membantu mereka dan membesarkan pertanian dan perdagangan. Oleh sebab itulah diharuskan jual salam untuk membantu keperluan mereka. Rukun jual beli salam: 1. Penjual dan pembeli 2. Barangan yang dijual 3. Harga bayaran 4. Sighah(lafaz akad ijab dan qabul) Syarat barang jual salam 1. Hendaklah dinyatakan jenis barang yang dijual seperti beras laila dan beras wangi dan sifat- sifatnya seperti beras wangi no.1 atau telur ayam gred B. 2. Barang yang dijual itu mesti ada tempoh waktu yang ditetapkan (tempoh masa penyerahan barangan). Sekiranya seorang itu menjual salam suatu barang yang tidak dapat diserahkan pada masa yang dijanjikan, hukumnya adalah tidak sah. Contohnya menjual rambutan yang masih berpohon rendah yang dijanjikan penyerahannya dalam masa sebulan. 3. Barang tersebut kebiasaannya ada bukan barang yang jarang-jarang ada kerana barang yang jarang-jarang ada itu tidak diyakini untuk memperolehinya diwaktu yang telah ditetapkan. 4. Barang yang dijual itu hendaklah daripada jenis yang boleh dijual beli. 5. Barang jualan tersebut menjadi hutang penjual. Maka tidak sah jual salam sekiranya penjual berkata: “aku jual kepada engkau meja ini dengan hargna $80.00.” 6. Barang itu mestilah diberikan kepada pembeli apabila sampai tempoh masa yang dijanjikan. 7. Hendaklah penyerahan atau penerimaan barang tersebut ditangguh penyerahannya pada masa yang tertentu. 20
  • 21. Menurut mazhab syafie-> minima 15hari, manakala menurut mazhab maliki pula-> tempoh penangguhan tidak disyaratkan.15 Syarat harga jual saham. 1. Bayaran bagi barang yang ditempah hendaklah secara tunai. 2. Bayaran diserahkan dalam khiyar majlis akad jual beli itu juga. Jadi tidak boleh dianggap mengandungi khiyar syarat kerana tempoh tanggu penyerahan barang bukan tempoh khiyar.Khiyar telah dipersetujui semasa akad. Syarat sah akad jual salam. 1. Harga barangan mestilah dibayar pada majlis akad(dibayar terlebih dahulu). 2. Hendaklah disebut semasa akad jual salam itu jenis barang yang dijual dengan sifat-sifat yang berbeza, seperti lembu jantan dan kambing jantan berusia 2 tahun. 3. Hendaklah disebut tempoh masa yang tertentu semasa akad seperti bulan Januari dan bulan Muharam. 4. Disebutkan tempat penerimaannya sekiranya tempat akad itu tidak sesuai untuk menjadi tempat penyerahan barangan. Contohnya seperti kawasan terpencil atau pendalaman. 5. Hendaklah berterimaan kedua-dua belah pihak dimajlis akad sebelum berpisah. Kerana seandainya dilambatkan bayaran, bukan lagi namanya jual salam bahkan jual hutang dengan hutang. 6. Akad jual beli salam adalah tunai (terlaksana). Dalam erti kata lain. Tidak boleh disyaratkan khiyar (khiyar syarat) sama ada kedua-dua belah pihak atau salah seorang daripadanya. 15 Hukum muamalat dan hukum perkahwinan dalam islam, 2009, Haji rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s 61. 21
  • 22. Budi pekerti dalam jual salam Masing-masing penjual dan pembeli hendaklah bersifat jujur dan tulus ikhlas serta amanah dalam perjanjian yang telah dibuat. Penjual hendaklah berusaha memenuhi syarat yang telah ditetapkan. Pembeli janganlah pula cuba menolak barang yang telah dijanjikan itu dengan membuat pelbagai alasan palsu. Apabila diserahkan barang itu sebagaiman yang disfatkan didalam akadnya atau lebih baik lagi. Wajib bagi pembeli menerimanya. Sekiranya barang yang telah dibawa itu terkurang sedikit daripada syarat yang telah dibuat, masing-masing hendaklah bertoleransi dan mencari keputusan yang sebaiknya, pembeli (tidak wajib) dibolehkan tidak menerima barang tersebut. Perbezaan diantara jual salam dengan jual beli: No. Jual salam Jual beli 1. Harga barang dalam jual beli salam Dalam jual beli biasa, pembeli dibolehkan tidak boleh diubah-ubah , namun membayar barangan jual beli sama ada harus diserahkan semasa akad. dengan cara hutang, harga tetap atau tawaran. 2. Harga yang diberikan dalam jual Harga barangan boleh dilakukan sama ada salam adalah tunai. Seandainya dengan cara tunai atau cek dan yang menggunakan cek, hukumnya tidak sebanding dengannya. sah kerana penjual atau pengusaha memerlukan modal. 3. Penjual atau pengusaha tidak boleh Bagi jual beli biasa, baaran bagi Sesutu menentukan pembeli membayar barang yang dibeli boleh dibayar tunai dan barang tersebut secara hutang(bayar boleh juga dengan cara hutang mengikut budi kemudian). bicara masing-masing. 4. Dalam jual salam, barang jualan Dalam jual beli biasa, barang jualan boleh belum dapat dilihat semasa akad jual dilihat semasa akad. beli. 22
  • 23. 5. Barang jual salam mesti ditentukan Barang yang dijual tidak semestinya sifat-sifat dan ciri-ciri barang jualan. ditentukan ciri-ciri atau sifat-sifatnya.16 Hikmat Jual Salam Untuk memberi kemudahan kepada ahli-ahli perusahaan atau ahli perniagaan mendapatkan modal bagi menjalankan urusan perusahaan dan perniagaan. Memberi peluang berunding dengan lebih baik antara penjual dan pembeli mengikut cara yang dizinkan oleh syarak. Memberi peluang kepada penjual menyediakan barang yang tidak ada atau belum siap seperti yang diperlukan oleh pembeli. Pembeli akan mendapatkan barangan yang lebih baik dan selesa sebagaimana yang dikehendakinya, menurut bentuk-bentuk yang telah ditetapkan sekaligus memberi kepuasan kepada pelanggan (pembeli). Meningkatkan daya kreativiti penjual dalam menyediakan berang (benda) yang ditempah. Membolehkan para peniaga merancang pembangunan perniagaan berdasarkan selera pelanggan yang berbagai-bagai ragam. Merupakan salah satu bentuk pertolongan antara sesama manusia.17 [3.2.3] ISTISNAA Takrif: Akad jual beli dimana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendaki supaya disiapkan dalam masa yang tertentu dengan harga yang tertentu dan cara bayaran yang telah ditetapkan. 16 Hukum muamalt dan hukum perkahwinan dalam Islam, 2009, Haji rose de yusof haji mohd. Ramlee, m.s 61. 23
  • 24. Dalil: Diriwayatkan bahawa Nabi S.A.W tiba di Madinah, penduduk Madinah mengamalkan jual beli dalam jual beli buah-buahan selama setahun atau dua tahun. Baginda bersabda: Maksudnya: Sesiapa yang ingin berjual beli salaf (Salam), maka hendaklah dia berjual beli salaf (Salam) dengan sukatan yang dimaklumkan, dan timbangan yang dimaklumi, sehingga tempoh yang dimaklumi.18 Hukum: Jual beli secara tempahan memberi kemudahan dimana orang ramai dapat Membeli barang- barang mengikut rupa, bentuk dan fesyen yang mereka suka tanpa terikat dengan jual beli secara tunai sahaja. Hukum tempahan: Tempahan adalah sejenis jual beli yang sah dan halal kerana ia sudah menjadi kebiasaan orang ramai mengamalkannya sepanjang zaman. Penempah hendaklah menentukan jenis, rupa, bentuk, sifat dan jumlah atau banyaknya barang yang ditempah. Boleh ditentukan tempoh masa bagi menyiapkan dan menyerahkan barang yang ditempah. Bahan-bahan untuk membuat barang tersebut hendaklah daripada pihak tukang. Jika bahan- bahan itu daripada pihak penempah, maka ia bukanlah tempahan tetapi upahan. Pihak tukang boleh menjual barang yang dibuat oleh orang lain yang mempunyai sifat-sifat dan sama seperti yang dikehendaki oleh penempah. 18 Dr. Mustofa Al-Khin. Dr.Mustofa Al-Bugho & Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, Kuala Lumpur, Puataka Salam, 2011, hlm: 1259. 24
  • 25. Pihak tukang boleh menjual barang yang sudah siap dibuat sebelum penempah membuat tempahannya dan barang yang sudah siap itu hendaklah mempunyai sifat-sifat dan spesifikasinya yang sama seperti yang dikehendaki oleh penempah. Oleh kerana barang yang ditempah itu dibuat khas untuk penempah, maka dengan persetujuan antara pihak tukang dan penempah, harganya boleh berbeza daripada harga barang-barang lain yang sedia ada yang sama jenis dan spesifikasi. Rukun: Terdapat lima rukun jual beli secara tempahan (Bai‟ Al-Istisnaa) iaitu penjual, pembeli, barang yang ditempah, harga dan sighah. 1. Penjual Penjual ialah orang yang menerima wang sebagai bayaran kepada barangan yang akan diberikan. 2. Pembeli Pembeli ialah orang yang mendahulukan wangnya untuk mendapatkan barangan yang dikehendaki. Mereka ialah penjual dan pembeli yang mengikut kontrak menurut persetujuan mereka berdua. 3. Barang yang ditempah Barangan yang ditempah ialah barangan yang dijual beli dalam kontrak dan penjual berjanji menyerahkan kepada pembeli sebagai timbal balik kepada modal yang dibayar sebagai bayaran yang didahulukan. 4. Harga Pembayaran hendaklah dengan wang, atau jika bukan wang, hendaklah dengan bentuk barang dan hendaklah jelas barang tersebut dan ada persetujuan dari kedua belah pihak. 25
  • 26. Harga barang yang ditempah itu boleh dibayar: Kesemuanya semasa akad Kesemuanya semasa penyerahan barang Sebahagiannya semasa akad dan sebahagian yang baki itu semasa penyerahan barang (bayar deposit) Atau kesemuanya secara ansuran mengikut persetujuan antara kedua-dua belah pihak pembeli dan penjual. 5. Sighah Sighah adalah ucapan yang dilahirkan oleh kedua-dua pihak yang mengikut kontrak dengan menyatakan kemahuan, kerelaan dan niat mereka untuk mengikut kontrak.Sepertimana yang dimaklumi, kerelaan adalah syarat sah kontrak jual beli. [3.2.4] KHIYAR Telah menjadi dasar di dalam jualbeli, melakukan kontrak adalah dianggap sah selagi segala rukun dan syarat jualbeli telah dipenuhi.Allah Taala tetap mengambil kira kepentingan manusia.Kedua-dua pihak yang menjalankan kontrak mungkin bersikap gopoh dan tidak teliti dalam membuat keputusan.Oleh itu, mereka dibenarkan untuk memilih samaada meneruskan jualbeli ataupun membatalkannya.Langkah ini sebagai tanda prihatin dan bertujuan memastikan agar kontrak tersebut berjalan dengan penuh kerelaan. Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun membatalkannya, mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu. Pilihan untuk meneruskan atau membatalkan kontrak yang telah dipersetujui diberikan oleh syarak kepada pihak yang menjalankan kontrak jualbeli dalam tiga keadaan yang disebut sebagai khiyar, iaitu: 26
  • 27. 1. Khiyar Majlis 2. Khiyar Syarat 3. Khiyar aib Asalnya, Khiyar ini terbahagi kepada banyak pecahan, tetapi hanya 3 sahaja yang selalu berlaku dan digunakan. Keterangan mengenai khiyar-khiyar tersebut adalah seperti berikut: 1. Khiyar Majlis Kedua-dua pihak berhak menarik balik kontrak jualbeli walaupun kontrak tersebut telah dipersetujui dan disahkan. Dengan syarat ia dilakukan di majlis yang sama dan secara fizikalnya, mereka masih belum berpisah daripada tempat akad. Jika mereka berada dirumah kecil, perpisahan dianggap apabila salah satu pihak keluar daripada rumah tersebut.Jika mereka berada di pasar atau kawasan lapang atau dikapal dan sebagainya, perpisahan dianggap berlaku apabila salah satu pihak berpusing ke belakang dan melangkah pergi dalam beberapa tapak.Sekiranya mereka kluar bersama-sama atau berjalan bersama-sama, majlis tersebut masih berterusan dan mereka masih berhak menuntut khiyar sehinggalah mereka berpisah. Dalil Rasulullah s.a.w: “Dua pihak yang berjualbeli boleh membuat pilihan selagi mereka tidak berpisah dan sebelum itu mereka bertemu, atau salah seorang diantara mereka memberi pilihan kepada yang seorang lagi”. (Riwayat Al-Bukhari) 2. Khiyar Syarat Khiyar syarat ini berlaku apabila salah seorang atau salah satu daripada kedua belah pihak menetapkan syarat dia mempunyai hak khiyar iaitu hak untuk membatalkan kontrak dalam tempoh tertentu. Syarat ini mestilah dibuat sebelum mereka berpisah daripada majlis tersebut. Khiyar ini perlu memenuhi syarat-syarat berikut: 1. Mestilah terhad kepada tempoh tertentu. 2. Tempoh yang ditetapkan tidak boleh lebih daripada 3 hari, jika barangan tersebut tidak mudah rosak dalam masa 3 hari. 27
  • 28. 3. Tempoh mestilah berturutan dan bersambung dengan kontrak. Khiyar syarat ini akan terbatal dan tamat apabila: 1. Tamat tempoh yang disyaratkan. 2. Jualbeli tersebut diteruskan dan dipersetujui dalam tempoh khiyar. 3. Apabila pemegang hak khiyar melakukan sesuatu yang pada kebiasaannya hanya dilakukan oleh seorang pemilik. 3. Khiyar Aib Pada asasnya, urusan seorang muslim dengan orang lain mestilah dijalankan dengan cara saling menjaga hak dan bersih daripada unsur penipuan. Penipuan beerti mengambil harta orang lain dengan jalan yang salah. Salah satu contoh penipuan dalam perniagaan adalah penjual menyembunyikan kecacatan yang ada pada barangan yang dijual walaupun dia mengetahuinya. Sebagaimana Hadith Rasulullah s.a.w, “Seseorang muslim adalah saudara kepada seseorang muslim yang lain.Tidak ahal bagi seorang muslim yang menjual sesuatu barang yang ada kecacatan kepada saudaranya kecuali dia menjelaskan kecatatan itu kepadanya”. (Riwayat Ibnu Majah) Syarat bagi melakukan khiyar aib ini adalah seperti berikut: 1. Dapat dibuktikan kecacatan tersebut sememangnya sedia ada. Jika kecacatan itu berlaku selepas barangan diterima, pembeli tidak berhak menuntut khiyar kecuali jika kecacatan itu berpunca daripada sesuatu sebab yang datangnya daripada penjual atau sebelum diterima oleh pembeli. 2. Berdasarkan amalan perniagaan, kecacatan tersebut dianggap sebagai kecacatan yang boleh menjelaskan nilai barangan. Maksudnya, jika barang itu hanya menjejaskan fizikal tanpa menjejaskan nilainya, maka pembeli tidak berhak memulangkan barang tersebut. 28
  • 29. 3. Pada kebiasaanya, kecacatan itu tidak wujud. seperti seseorang menjual kereta baru yang didapati daripada ejen kereta, kemudian didapati tayar kereta itu botak, maka pembeli boleh menbatalkan pembeliannya. Tetapi berbeza dengan orang yang membeli barangan terpakai.Jika pembeli mendapati kereta terpakai itu mempunyai tayar yang botak, maka pembeli tidak berhak menuntut khiyar aib kerana barangan terpakai ini biasanya mempunyai kecacatan sedemikian. Objektif bagi Khiyar adalah supaya kedua belah pihak itu tidak mengalami kerugian atau penyesalan dibelakang hari oleh sebab-sebab tertentu yang timbul dari pembelian atau penjualan sesuatu barang samada mengenai barang atau harga. 29
  • 30. BAB 4 (ANALISIS KAJIAN) [4.1] PENDAHULUAN Kebanyakkan peniaga yang berniaga di Tamu Kianggeh ini sudah lama menjalankan perniagaan mereka dan banyak berpengalaman dalam proses jual beli yang dilakukan bagi setiap pembelian dan penjualan yang mereka hadapi sehari-hari sejak mereka mula berniaga sehingga sekarang. Hasil daripada temubual di Tamu Kianggeh di dapati wujud jual beli, salam, hutang dan istisnaa manakala khiyar tidak digunakan di dalam jual beli. Sebagai tambahan, Khiyar dalam jualbeli ialah hak memilih yang diberi kepada kedua-dua belah pihak (penjual dan pembeli) samada hendak melangsungkan jualbeli mereka ataupun membatalkannya, mengikut syarat-syarat atau sebab-sebab yang tertentu. Setelah melakukan kajian tentang khiyar, kami dapati mereka tidak menggunakan jual beli khiyar kerana bagi mereka jual beli khiyar ini tidak sesuai dilakukan di sana kerana barang- barang yang mereka jual, kebanyakkannya terdiri daripada makanan seperti buah-buahan, sayur- sayuran dan sebagainya, yanag mana [4.2] JUAL BELI 1. Hasil temubual dari: Penjual. Nama: Dayang Baun Yee. Umur: 48tahun. Menurut Dayang Baun Yee,48 tahun, beliau mula berniaga di tamu Kianggeh ini pada tahun 2009.Beliau mula berniaga bermula pada pukul 7 pagi sehingga 2 petang.Barang yang diperjualkan oleh beliau di tamu Kianggeh ialah kraf tangan.Beliau mendapatkan lesen dan permohonan kebenaran dalam melakukan jual beli disana ialah melalui jabatan Bandaran. Modal barang yang beliau jual adalah dari tempatan dan luar negeri seperti Malaysia. Menurut Dayang Baun Yee, selama beliau menguruskan perniagaaan ini,beliau tidak pernah menggunakan 30
  • 31. khidmat „qardh‟ (hutang), beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai sahaja. Beliau menggunakan akad jual beli secara isyarat sahaja tanpa menyebutkan akad jual beli kerana penjual dan pembeli saling memahami etika jual beli. 2. Hasil temubual dari: Pembeli Nama: Asmah Binti Tahir. Umur: 35tahun. Menurut dayang Asmah binti Haji Tahir, 35 tahun, beliau berpuas hati dengan barangan yang dijual di tamu Kianggeh ini.Barangan yang dijual di tamu ini bertepatan dengan cita rasa beliau dan berpuas hati dengan harga yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga di tamu Kianggeh ini.Beliau tidak pernah menggunakan khidmat hutang semasa membeli barang di tamu Kianggeh ini, beliau hanya menggunakan bayaran secara tunai. [4.3] JUAL BELI CARA HUTANG 1. Hasil temubual dari: Penjual. Nama : Dyg. Halus binti Salleh. Umur : 64 tahun. Beliau telah bekerja selama 6 tahun selepas sahaja dia pencen dan dia bekerja dengan menggunakan lesen tahunan. Tinggal di Kampung Tanah Jambu, selepas sahaja sembahyang fardhu subuh, dia berangkat pergi ke Tamu Kianggeh untuk bekerja (berjual) dan kebiasaannya balik pada selepas waktu mahgrib.Barang yang selalu dijualnya ialah kelapa dan pisang. Kelapa dan pisang ini didapati daripada negeri Sabah (Malaysia). Kegunaannya pula diantaranya ialah untuk membuat kelupis, santan untuk memasak dan sebagainya. Barang-barang dagangannya ini ditinggalkan atau bermalaman di Tamu Kianggeh. Hanya bertawakal kepada Allah Taala sahaja. Cara proses jualbeli beliau bagi orang Islam, dia menggunakan akad jualbeli seperti contohnya “Aku jual beberapa biji kelapa dengan harga 31
  • 32. sekian” kemudian si pembeli pula mengatakan “Aku beli beberapa biji kelapa ini dengan harga sekian”. Bagi orang yang bukan Islam pula, hanya menyatakan harga barang tersebut dan diberikan dengan wang ringgit yang sama dengan harganya. Beliau tidak menggunakan istilah hutang dan tidak pernah berlaku dalam pengalamannya berjualbeli ini.Barang-barang yang dijualnya ini sering ditempah oleh pedagang-dagang di pasar malam untuk jualan mereka di pasar malam. Meja yang disediakan untuk beliau telah disediakan oleh pihak kerajaan. [4.4] HASIL JUAL BELI CARA SALAM 1. Hasil temubual dari: Penjual. Nama : Dyg. Salmah binti Haji Besar. Umur : 50 tahun Menurut Dayang Salmah binti Haji Besar (peniaga kuih-kuih kering), 50tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 30tahun, mereka menggunakan khidmat Salam bagi pelanggan kerana para pelanggan boleh menempah terlebih awal. Ini kerana untuk kegunaan para pelanggan seperti memberi campur dalam majlis perkahwinan, majlis berbedak dan sebagainya.Mereka meminta para pembeli untuk menempah seminggu atau beberapa hari sebelum hari yang diperlukan.Ini adalah bagi memudahkan para penjual menyediakan barang yang diperlukan. 2. Hasil temubual dari: Penjual. Nama : Awang Hj Ali Bin Hj Said. Umur : 35tahun Manakala menurut Awang Hj Ali bin Hj Said (peniaga buah-buahan), 35tahun, beliau terlibat dalam perniagaan selama 5tahun, mereka tidak pernah menggunakan khidmat ini, kerana barang yang mereka perlukan adakalanya ada dan adakalanya tidak disebabkan barang yang mereka tempeh itu mengikut musim dan susah untuk diperolehi. Jadi para pembeli susah untuk menempahnya. Sebagai contoh buah durian dan sebagainya. 3. Hasil temubual dari: Pembeli. 32
  • 33. Nama : Dyg. Siti Fatimah Binti Hj Abdullah.. Umur : 28 tahun Bagi Dayang Siti Fatimah binti Hj Abdullah, (pembeli), 28tahun, beliau selalu datang ke Tamu Kianggeh bagi membeli barang keperluan sehari.Dia juga pernah menempah barang di tamu tersebut semasa dia hendak mengadakan majlis di rumahnya. Dia membeli kuih-kuih kering yang memerlukan barang tersebut lebih daripada 100.Jadi beliau membuat tempahan dengan penjual yang biasa dilangganinya dan menyatakan barang yang diperlukannya. [4.5] JUAL BELI CARA ISTISNAA 1. Hasil temubual dari: Penjual. Nama : Awg Hj Esmet bin Hj Ibrahim. Umur : 50 tahun Menurut Haji Esmet Bin Hj Ibrahim (peniaga ikan), 50 tahun, 4hb Mac 2012, yang mana beliau baru memulakan perniagaan beliau sejak setahun yang lalu ini jua ada mengamalkan jual beli secara tempahan Al-Istisnaa ini dimana jika ada pembeli yang menginginkan ikan yang mereka kehendaki, mereka akan membuat tempahan terlebih dahulu, ada jua pembeli yang membuat pembayaran penuh semasa akad, dan ada juga yang membayar wang pendahuluan (deposit) dan akan membayar bakinya sesudah sampai tempoh penyerahan barang tempahan tersebut, 2. Hasil temubual dari: Pembeli. Nama : Dyg. Hajah Hawa. Umur : 29 tahun Begitu juga menurut Hjh Hawa (pembeli), 29 tahun, beliau jua pernah membuat tempahan secara Al-Istisnaa dengan membayar deposit terlebih dahulu sementara menunggu tempoh masa penyerahan barang tempahan pada waktu yang telah ditetapkan bersama penjual. 3. Hasil temubual dari: Penjual Nama : Dyg. Hajah Piut Binti Hj Ali. Umur : 70 tahun Tambahan lagi, menurut Hajah Piut bin Haji Aji, 70 tahun, beliau menjual ubat-ubatan traditional, atau lebih dikenali dengan ubat-ubatan kampong. Beliau mendapat barang-barang tersebut adalah daripada hasil buatannya sendiri dan terdapat juga sebahagian daripada barang tersebut dibeli daripada pihak yang lain. Beliau sudah lama berkecimpung dalam dunia 33
  • 34. perniagaan ini, dan dianggarkan ianya sudah mencecah 40 tahun.Beliau menjelaskan bahawa beliau sendiri ada menerima tempahan daripada para pembeli, dengan mensyaratkan, pembeli harus memberikan wang pendahuluan (deposit) terlebih dahulu semasa berlakunya akad. [4.6] JUAL BELI CARA KHIYAR 1. Hasil temubual: penjual Jenis khiyar ini tidak diamalkan di Tamu Kianggeh kerana menurut mereka jenis khiyar ini tidak sesuai digunakan di tempat itu, disebabkan oleh barang-barang mereka, hampir keseluruhannya adalah barang yang tidak memerlukan khiyar. [4.7] KESIMPULAN Sepanjang kajian, hanya 4jenis jual beli yang digunakan, iaitu: 1. Hutang 2. Salam 3. Al-Istisnaa Jenis jual beli yang dilakukan oleh para penjual dan pembeli ialah kadang-kadang menggunakan akad dan adakalanya tidak ini kerana para penjual dan para pembeli sudah faham dengan aturannya. Ada juga yang menggunakan sistem hutang, para penjual menggunakan sistem hutang bagi memudahkan para pembeli yang kekuranggan duit. Begitu juda dengan sistem lain seperti salam dan istisna. Ini adalah memudahkan bagi pembeli untuk menempah lebih awal sebelum mereka memerlukannya, adapun para penjual tidak menggunakan sistem khiyar kerana bagi mereka itu adalah tidak sesuai. 34
  • 35. BAB 5 (PENUTUP) [5.1] KESIMPULAN Sepanjang menjalani kajian di Tamu Kianggeh, banyak perkara yang kami pelajari, walaupun tempoh kajian dijalankan hanya sekejap sahaja. Namun penjual dan pembeli memberikan kerjasama yang baik dan mereka melayan kami dengan penuh ramah dan mesra.Ini membuatkan kami merasa selesa duntuk menjalankan tugas kami sebagai pengkaji di tamu kianggeh. Walaupun kami hanya mahasiswi dalam perkhidmatan (pre-service), namun kami masih berpeluang mempelajari banyak perkara baru dalam hukum jual beli dalam Islam, berbanding mempelajari dengan cara tidak melihat dunia luar. [5.2] CADANGAN Sebagai cadangan dari kami, Pihak yang bertanggungjawab seperti Pihak Kementerian Hal Ehwal Ugama, bolehlah mengambil peranan dalam mengadakan bengkel, tazkirah ataupun ceramah mengenai cara-cara berjual beli kepada masyarakat luar, khususnya kepada mereka yang melakukan perniagaan supaya mereka tetap dengan cara berjual beli yang betul dan tidak terpesong kepada jalan yang salah, yang boleh merosakkan tujuan asal jual beli. 35
  • 36. Bibliografi  Al-Quran  Al-Ustaz H. Idris Ahmad S.H, Fiqh Syafii, 2000, Kuala Lumpur ; Pustaka Antara Sdn. Bhd.  Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Kitab Fikah Mazhab Syafie, 2011, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.  Dr. Mustofa Al-Khin, Dr. Mustofa Al-Bugho dan Ali Asy-Syarbaji, Manhaj FiqhMazhab Al-Syafi’i, 2009, Kuala Lumpur ; Pustaka Salam Sdn. Bhd.  Haji Mohd. Zain bin Haji Seruddin, Zainut Talib, 2010, Brunei Darussalam, Syarikat Mega Sdn. Bhd.  Haji Rose De Yusof Haji Mohd. Ramlee, 2009, Hukum Muamalat dan Hukum Perkahwinan Dalam Islam, diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka, Negara Brunei Darussalam. Temubual 1. Asmah Binti Tahir, Suri rumahtangga, pembeli, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 35 tahun. Temubual pada 05.03.2012. 2. Awang Haji Ali bin Haji Said, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 35 tahun. Temubual pada 05.03.2012. 3. Dayang Baun Yee, Penjual Kraf Tangan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 48 tahun.Temubual pada 05.03.2012. 4. Dayang Halus Bte Salleh, Penjual buah-buahan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 64 tahun. Temubual pada 06.03.2012. 36
  • 37. 5. Dayang Salmah bte Haji Besar, Penjual kuih-kuih kering, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012. 6. Dayang Siti Fatimah Binti Haji Abdullah, Pembeli, Pejabat Kerajaan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 28 tahun. Temubual pada 09.03.2012. 7. Awang Haji Esmet bin Haji Ibrahim, Penjual Ikan, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 50 tahun. Temubual pada 06.03.2012. 8. Dayang Hajah Hawa, Pembeli, Suri Rumahtangga, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 29 tahun. Temubual pada 05.02.2012. 9. Dayanag Hajah Piut bin Haji Ali, Penjual Ubat-ubat kampong, bertempat di Tamu Kianggeh, berumur 70 tahun. Temubual pada 05.03.2012. 37