O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Part A dan Part C PCE Bahasa Malaysia Set B

15.102 visualizações

Publicada em

Set B soalan peperiksaan tahun lepas untuk PCEIA part A dan part C

Publicada em: Recrutamento e RH
  • Seja o primeiro a comentar

Part A dan Part C PCE Bahasa Malaysia Set B

  1. 1. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 1 PCE A & C BAHASA MALAYSIA SET B AGENCY TRAINING & DEVELOPMENT DEPT. AIA CO. LTD
  2. 2. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 2 1. Perolehan polisi insurans nyawa boleh dibayar kepada: A. hanya waris pemegang polisi. B. orang yang diinsuranskan atau warisnya. C. hanya orang yang diinsuranskan. D. saudara kepada pemegang polisi. 2. Polisi yang luput ialah satu polisi dimana A. pemegang polisi gagal membayar premium di sepanjang tempoh polisi tersebut. B. bayaran premium tidak dibuat pada 30 hari yang akhir dalam tempoh polisi itu. C. pemegang polisi gagal membayar premium didalam tempoh pertangguhan. D. Pemegang polisi gagal memenuhi keperluan dari segi undang-undang yang dikemukan oleh akta insurans nyawa. 3. Apabila polisi menjadi luput, orang yang diinsuranskan biasanya akan menghidupkan semula polisi asalkan A. bukti boleh dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap tempoh termasuk faedah telah dibayar semula. B. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap tempoh telah dibayar semula. C. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap tempoh termasuk pinjaman yang diambil telah dibayar semula. D. bukti boleh insurans dikemukakan dan semua premium bertunggak yang genap tempoh serta pinjaman yang diambil termasuk faedah telah dibayar semula. 4. Apakah “opsyen tidak lucut hak”yang menyediakan pengumpulan nilai tunai yang berterusan? I. Opsyen nilai Serahan Tunai. II. Opsyen Insurans Jelas dibayar yang menurun. A. I sahaja B. II sahaja C. Kedua-dua I dan II D. Tidak satupun yang betul. 5. Bilakah Syarikat Inusrans Nyawa boleh membatalkan satu polisi insurans nyawa? A. Apabila pinjaman polisi yang belum dijelaskan termasuk faedah bersamaan dengan nilai tunai polisi itu. B. Apabila pinjaman polisi yang belum dijelaskan termasuk faedah bersamaan dengan nilai muka polisi tersebut. C. Apabila pemegang polisi tidak lagi membuat bayaran bagi pinjaman. D. Apabila pinjaman polisi tidak dibayar semula dalam tempoh yang ditentukan itu.
  3. 3. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 3 6. Yang mana diantara kenyataan berikut mengenai purata bilangan orang yang meninggal dunia setiap tahun adalah benar? I. Ia dipanggil faktor kematian (mortaliti). II. Ia adalah satu daripada faktor yang menentukan kadar insurans nyawa. A. I sahaja B. II sahaja C. Kedua-dua I dan II D. Tiada satupun dari jawapan atas 7. Encik Muthu mempunyai polisi inusurans yang bernilai $15,000 dengan nilai tunai sebanyak $2,100. Juga terdapat pinjaman tertunggak sebanyak $200 dan premium genap tempoh yang belum dibayar sebanyak $300. Encik Muthu mendapati beliau tidak lagi sanggup membayar premium atas polisinya. Sekiranya Encik Muthu memilih opsyen nilai Serahan Tunai, berapakah yang akan diterima oleh beliau? A. $2,100 B. $1,600 C. $1,800 D. $1,900 8. Pembayaran mengikut tempoh yang dibuat kepada Syarikat Insurans nyawa oleh orang yang diinsuranskan. I. dipanggil premium. II. seperti yang ditetapkan didalam kontrak polisi. III. dibayar disepanjang tempoh usia pemegang polisi tersebut. A. I sahaja B. I dan II sahaja C. I dan III sahaja D. I, II dan III 9. Premium tahunan tidak dibebankan dengan satu tambahan yang sesuai jika dibanding dengan frekuensi bayaran yang lain kerana A. premium tahunan adalah lebih besar. B. terdapat perbelanjaan yang meningkat dalam pengumpulan premium pada frekuensi yang lebih besar. C. pengumpulan tahunan adalah satu aggregate premium yang sentiasa dikutip pada frekuensi yang lebih besar. D. tidak satupun dari jawapan diatas. 10. Dalam perniagaan perkhidmatan rumah ke rumah, premium biasanya A. dikutip dari rumah pemegang polisi oleh agen yang diberi kuasa. B. dibayar dalam tempoh yang melebihi dari 2 bulan. C. diselaraskan untuk memenuhi keperluan sebarang kumpulan pendapatan. D. semua jawapan diatas.
  4. 4. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 4 11. Umur orang yang diinsuranskan adalah satu faktor penting didalam menentukan A. sama ada polisi insurans boleh dikeluarkan kepada seseorang. B. kadar premium yang dikenakan. C. jumlah insurans yang dibayar atas kematian atau kemalangan. D. semua jawapan diatas. 12. Pengakusaksian (Attestation) dalam satu dokumen polisi I. mengesahkan tujuan penginsurans untuk memasuki kontrak insurans. II. Mesti ditandatangani oleh pegawai penginsurans yang diberi kuasa. A. I sahaja B. II sahaja C. I dan II sahaja D. Tidak satupun dari jawapan diatas 13. Kenyataan berikut mengenai “salah nyata umur” adalah benar kecuali satu A. umur di kurang nyatakan. B. jumlah insurans akan diselaraskan bersamaan dengan umur sebenar. C. umur dilebih nyatakan. D. premium berlebihan tidak akan dibayar semula. 14. Dalam formula perhitungan nilai jelas dibayar bagi suatu polisi, satu daripada kenyataan berikut tidak diambil kira: A. bilangan tahun-tahun dimana premium dibayar. B. jumlah insurans. C. bilangan tahun-tahun dimana premium boleh dibayar. D. amaun premium yang dibayar secara tahunan. 15. Nilai Serahan ialah A. wang tunai yang dibayar kepada pemegang polisi yang telah menyerahkan polisi-polisi mereka selepas 3 tahun. B. dijamin untuk semua polisi-polisi. C. ditentukan berasaskan pendapat penginsurans. D. tidak bersamaan dengan nilai tunai. 16. Ia adalah satu syarat dan kelebihan bahawa polisi insurans nyawa tidak akan luput sekiranya premium pembaharuan dibayar dalam tempoh I. 15 hari di dalam kes bayaran premium secara bulanan, dan II. 30 hari di dalam kes mod pembayaran yang lain A. I sahaja. B. II sahaja. C. I dan II sahaja. D. Tidak satupun dari jawapan diatas.
  5. 5. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 5 17. Berikut adalah perkara-perkara yang menyebabkan polisi luput, kecuali satu: A. terlebih insurans (Over-insurance) B. salah nyata (Misrepresentation) C. pembelitan (Twisting) D. Terkurang insurans (Under insurance) 18. Polisi yang diperbaharui boleh dikuatkuasakan melalui A. pengagihan premium bertunggak termasuk kadar faedah dalam tempoh polisi yang masih ada. B. mengambil polisi baru dimana premium adalah berdasarkan umur seperti yang tercatit dalam polisi asal. C. mengambil pinjaman jika polisi telah berkuatkuasa untuk kurang dari 3 tahun. D. Tidak satupun daripada jawapan diatas. 19. Penyerahan hak dalam polisi insurans nyawa ialah I. pemindahan hak dan obligasi dibawah satu kontrak insurans II. pemindahan hak disisi undang-undang atau keempunyaan A. I sahaja B. II sahaja C. I dan II D. tidak satupun dari jawapan diatas 20. Penyerahan hak sesuatu polisi boleh dikuatkuasakan melalui A. notis penyerahan hak yang dihantar kepada pejabat utama Syarikat insurans nyawa. B. kontrak lisan (verbal contract) C. kontrak tersirat (implied contract) D. tidak satupun dari jawapan diatas 21. Perubahan-perubahan yang terdapat dalam polisi insurans adalah tercatit seperti berikut: I. penurunan, jumlah yang diinsuranskan II. pertukaran dalam mod pembayaran premium III. peningkatan jumlah insurans IV. pertukaran nama orang yang diinsuranskan A. I dan II sahaja B. II dan III sahaja C. I, II dan III sahaja D. semua jawapan sahaja 22. Semasa membuat perubahan dalam polisi insurans nyawa, Syarikat insurans akan A. mempastikan bahawa tiada pilihan yang bertentangan terhadapnya. B. melakukan seperti yang diarahkan oleh pemegang polisi C. tidak mempertimbangkan permintaan pemegang polisi kerana terdapatnya belanja tambahan D. bertindak seperti yang dikehendaki olehnya.
  6. 6. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 6 23. Setelah pemberitahuan tentang kematian diterima maka Syarikat insurans nyawa akan memohon bukti-bukti dokumentasi untuk mengesahkan bahawa orang yang diinsurankan telah meninggal dunia. Syarikat insurans nyawa akan bergantung kepada dokumen yang manakah? A. Laporan Koroner. B. perintah mahkamah yang mengumumkan jangkaan statutori tentang kematian. C. sijil kematian. D. semua jawapan di atas. 24. Syarikat insurans nyawa akan sentiasa mempastikan bahawa tuntutan dibayar kepada orang yang sah menerima tuntutan wang tersebut. Dokumen yang menunjukkan bukti hakmilik dan keempunyaan ialah A. jangkaan statutori tentang kematian. B. penukaran nama yang dikuatkuasakan melalui pengendorsan. C. suratikatan penyerahan hak. D. tidak satupun jawapan yang betul. 25. Dalam tuntutan matang, opsyen penyelesaian I. menerima perolehan matang secara tunai II. menukai nilai tunai matang kepada polisi seumur hidup jelas dibayar. III. menyerahkan perolehan polisi kepada Syarikat insurans nyawa. A. I sahaja B. II sahaja C. I dan II sahaja D. I, II dan III 26. “Kadar penutupan”(closing rate) merujuk kepada A. bilangan orang yang dijual semasa memprospek B. bilangan polisi yang dijual semasa memprospek C. nisbah bilangan polisi yang dijual kepada bilangan orang yang ditemui semasa memprospek D. nisbah bilangan orang yang ditemui kepada bilangan polisi yang dijual semasa memprospek 27. Pendapatan pembaharuan adalah berdasarkan A. bilangan polisi-polisi insurans yang luput pada tahun atau tahun-tahun yang lepas B. bilangan polisi-polisi insurans yang dijual pada tahun atau tahun-tahun yang lepas C. bilangan polisi-polisi insurans yang luput pada tahun atau tahun-tahun yang lepas dan polisi yang dijual pada tahun semasa D. bilangan polisi-polisi insurans yang dijual pada tahun atau tahun-tahun yang lepas asalkan polisi-polisi tersebut masih berkuatkuasa
  7. 7. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 7 28. Keperluan-keperluan yang harus dihadapi oleh seseorang agen sekiranya beliau ingin berjaya dalam kerjayanya ialah I. pengetahuan II. sikap penjualan yang sesuai/betul III. sikap prefesional IV. kemahiran A. I dan II sahaja B. I, II dan III sahaja C. I, II dan IV sahaja D. semua jawapan diatas 29. Pembelitan merugikan pemegang polisi kerana A. pemegang polisi mempunyai perlindungan insurans nyawa. B. agen dikehendaki memanjangkan tempoh pinjaman premium secara automatik kepada pemegang polisi C. pemegang polisi dekehendaki membayar premium yang lebih tinggi bagi polisi baru D. tiada kesan yang merugikan dari pembelitan 30. Kebaikan-kebaikan perniagaan bukan perubatan ialah A. perbelanjaan permulaan dapat dijimatkan B. masa dapat dijimatkan C. kelewatan dan kesulitan adalah kurang D. semua jawapan diatas adalah betul 31. Tujuan sesuatu borang cadangan I. ia adalah sebagai bukti dalam sebarang perselisihan II. ia membekalkan maklumat bagi perhitungan premium III. ia membentuk kontrak diantara Syarikat dan pemohon A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja C. II dan III sahaja D. I, II dan III sahaja 32. Sekiranya mod baru bagi pembayaran premium memerlukan bayaran yang kurang kerap maka jumlah premium tahunan yang dibayar oleh pemegang polisi akan A. naik B. turun C. sama sahaja D. berubah 33. Apabila seorang agen sedar akan kematian orang yang diinsuranskan ia akan A. mententeramkan balu orang yang di insurans B. memberikan nasihat kewangan C. menemuinya warisnya D. memberitahu Syarikat insurans nyawa
  8. 8. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 8 34. Bayaran perolehan polisi selain dari jumlah bayaran sekali gus secara tunai dipanggil A. opsyen penyelesaian (settlement option) B. nilai tidak lucut hak (non-forfeiture value) C. dividen (dividend) D. kemudahan pembayaran (facility of payment) 35. Yang mana diantara amalan berikut dianggap tidak beretika? A. Mengrebet (Rebating) B. Pembelitan (Twisting) C. Penipuan (Fraud) D. Semua jawapan diatas adalah betul 36. Yang mana diantara berikut tidak dikelaskan dibawah perkhidmatan lepas jualan? A. penyampaian polisi B. menghidupkan semula atau memperbaharui C. memprospek D. tuntutan-tuntutan 37. Pilih kenyataan yang betul A. seseorang agen tidak dibenarkan menukar butiran-butiran yang terdapat pada polisi B. seseorang agen boleh menukar butiran-butiran polisi sekiranya pemilik polisi mengkehendakinya. C. kerana polisi insurans nyawa adalah satu kontrak insurans maka tiada pertukaran dalam butiran polisi yang dibenarkan. D. pegawai syarikat insurans nyawa dibenarkan menukar butiran-butiran yang terdapat pada polisi walaupun tanpa pengetahuan dan persetujuan dari pemegang polisi itu. 38. Seseorang agen A. diberi kuasa untuk memberitahu orang yang dicadangkan bahawa polisi insurans akan dikeluarkan oleh syarikat insurans seperti yang dimohon olehnya. B. tidak diberi kuasa untuk memberitahu orang yang dicadangkan bahawa polisi akan dikeluarkan kepadanya oleh syarikat insurans seperti yang dikehendaki. C. diberi kuasa untuk meluluskan semua kenyataan yang dibuat oleh orang yang dicadangkan bagi permohonan insuransnya. D. harus memeriksa semua kenyataan yang dibuat oleh pemohon bagi permohonan insurans. 39. Jenis-jenis tuntutan yang dialami adalah I. Tuntutan terhadap kontrak tambahan II. Tuntutan matang III. Tuntutan kematian A. I sahaja B. I dan III sahaja C. II, III D. semua jawapan diatas adalah betul.
  9. 9. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 9 40. Sistem rekod-rekod seseorang agen haruslah meliputi I. rekod memprospek II. daftar pemegang polisi-pemegang polisi A. I sahaja B. II sahaja C. I dan II sahaja D. tidak satupun yang berkaitan 41. Butir-butir seorang pemegang polisi yang prospektif seperti nama, alamat, umur, pekerjaan dan lain-lain adalah direkodkan dalam A. polisi-polisi daftar B. daftar pemegang polisi C. rekod memprospek D. rekod-rekod daftar 42. Dalam bayaran premium dari pendapatan pekerja, potongan yang di buat adalah mengikut A. Akta Insurans, 1963 B. Akta Hubungan Perindustrian, 1955 C. Akta Pekerjaan, 1955 D. Akta Cukai Pendapatan, 1967 43. Jenis-jenis borang cadangan yang biasanya digunakan adalah I. borang cadangan perubatan II. borang cadangan bukan perubatan A. I sahaja B. II sahaja C. I dan II sahaja D. Tidak satupun yang berkaitan 44. Polisi insurans nyawa merupakan proses__________dari bukan proses__________. A. belian, jualan B. jualan, belian C. jualan, mahal D. ekonomikal, jualan 45. Sekiranya seseorang agen ketemu kes yang sub-standard semasa memprospek beliau harus A. memberitahu syarikat insurans mengenai perkara tersebut. B. Menerangkan kepada prospek bahawa cadangannya bagi insurans nyawa mungkin dibatalkan atau diterima pada kos yang lebih tinggi. C. Menggalakkan prospeknya memberitahu semua “fakta” dengan sepenuhnya dan sebenarnya. D. Semua jawapan diatas adalah betul.
  10. 10. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 10 46. Diskaun biasanya diberi bagi premium yang dikenakan untuk kaum wanita kerana A. pendapatan kaum wanita biasanya lebih rendah B. kaum wanita kurang mengidap penyakit daripada kaum lelaki C. kadar mortaliti kaum wanita adalah rendah D. wanita kurang mampu membayar premium yang tinggi. 47. “Terlebih insurans” bererti A. seseorang yang membeli polisi-polisi dari terlalu banyak syarikat insurans. B. Seseorang yang membeli terlalu banyak polisi dari satu syarikat insurans sahaja. C. Seseorang yang berupaya membayar premium bagi polisi-polisinya. D. Seseorang yang tidak beupaya membayar premium bagi polisi-polisinya. 48. Jumlah komisyen yang diterima oleh seseoraang agen bergantung kepada I. bilangan prospek yang ditemui oleh agen. II. banyaknya perniagaan baru. III. Banyaknya perniagaan pembaharuan. IV. Banyaknya perniagaan baru dan peluputan. A. I dan IV sahaja. B. II dan III sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. II, III dan IV sahaja. 49. Untuk mempastikan bahawa Etika kerja yang profesional dapat dikawal di kalangan agen-agen maka Pesatuan Insurans Nyawa Malaysia telah mengeluarkan satu set I. Kod Etika bagi agen II. Kod Jualan yang profesional untuk agen-agen III. Kod Kelakuan bagi agen. A. I dan II sahaja. B. I dan III sahaja. C. II dan III sahaja. D. I, II dan III 50. Pembelitan adalah A. menguntungkan pemegang polisi. B. menguntungkan syarikat insurans nyawa. C. menguntungkan agen pemegang polisi tersebut D. tidak satupun jawapan yang betul.
  11. 11. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 11 51. Encik Ramalingam membeli satu polisi insurans seumur hidup (bukan penyertaan) pada tahun 1977. Dalam tahun 1981, premium tahunan telah jatuh pada 1 hb Mac, tetapi beliau sedang bercuti pada masa itu. Sekembalinya dari bercuti, beliau terlalu sibuk dan terlupa untuk membayar premium sungguhpun notis terakhir sudah diterima. Pada 20hb Apil 1981, beliau meninggal dunia akibat sakit jantung maka waris beliau akan menerima. A. jumlah insurans jelas dibayar sehungga 20 April, 1981 B. jumlah nilai muka setelah ditolak nilai serahan tunai. C. jumlah nilai muka setelah ditolak pendahuluan premium secara automatik. D. Tiada apa-apa bayaran. 52. Polisi Insurans bertempoh I ialah satu bentuk insurans yang tertua dan ringkas. II membekalkan pembayaran jumlah wang sekali gus atas kematian seseorang, jika kematian berlaku di dalam tempoh polisi yang ditetapkan. III jika seorang masih hidup sehingga akhir tempoh yang ditentukan, tiada pembayaran yang akan dibuat. IV tempoh polisi adalah berbeza dari beberapa bulan sehingga 20-25 tahun. A. I, II, III B. I, III, IV C. II, III, IV D. I, II, III, IV 53. Berikut adalah kebaikan-kebaikan perniagaan bukan perubatan insurans nyawa kecuali satu. Yang manakah? A. penjimatan dalam perbelanjaan untuk pemeriksaan perubatan. B. menghapuskan kelewatan dan kesulitan. C. lebih mudah bagi agen untuk menyelesaikan kes/ perniagaannya. D. menunjukkan satu pengurangan dalam kematian berbanding dengan perniagaan perubatan. 54. Apakah sifat-sifat utama satu polisi perkhidmatan rumah ke rumah? I. polisi yang disimpan di rumah. II premium polisi dibayar pada tempoh dua bulan atau kurang. III perolehan polisi hanya akan dibayar sekiranya orang yang diinsuranskan meninggal dunia dirumah. IV premium-premium dikutip dirumah-rumah pemegang polisi. A. I dan II sahaja. B. II dan III sahaja. C. II dan IV sahaja. D. IV sahaja.
  12. 12. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 12 55.Insurans menyediakan perlindungan terhadap kehilangan ekonomi dengan membolehkan pemegang polisi A. memindahkan tanggungjawab kehilangan itu kepada orang lain. B. mengambil risiko yang spekulatif supaya dapat memampaskan kerugian tersebut. C. mengurangkan kemungkinan terjadinya situasi yang menyebabkan kerugian tersebut.. D. mengongsi tekanan kerugian itu dengan mereka yang terdedah kepada risiko yang sama. 56. Pemilihan nyawa-nyawa adalah satu proses untuk mengenali faktor-faktor yang bertentangan. Faktor-faktor ini dibahagikan dengan luasnya kepada dua kategori iaitu: I bahaya fizikal II bahaya sumulajai III bahaya besar/bencana IV bahaya moral A. I, II B. III, IV C. I, IV D. I, II, IV 57. Tujuan “pernilaian aktuari” adalah untuk membolehkan syarikat insurans mengetahui A. sama ada aset-aset syarikat adalah mencukupi untuk membiayai tanggungan masa kini dan pada masa akan datang. B. sama ada pendapatan premium syarikat adalah mencukupi untuk menampung tuntutan dan perbelanjaan. C. sama ada pendapatan pelaburan syarikat adalah mencukupi untuk menampung tanggungan masa kini syarikat. D. sama ada syarikat mempunyai tabungan yang mencukupi untuk operasi pada tahun hadapan. 58. Kehilangan dua anggota badan atau penglihatan pada kedua-dua belah mata biasanya dikelaskan sebagai A. hilang keupayaan sepenuh sementara. B. hilang keupayaan sebahagian sementara. C. hilang keupayaan kekal dan sepenuhnya. D. hilang keupayaan kekal dan sebahagiannya. 59. Satu jenis bonus yang diisytihar sebagai tambahan biasa kepada jumlah insurans di dalam keadaan yang sama dengan jumlah insurans asal dipanggil A. bonus kembalian biasa / ringkas (Simple Reversionary Bonus) B. bonus kembalian kompaun / bercampur (Compound Reversionary Bonus) C. bonus dijamin (Guaranteed Bonus) D. bonus interim (Interim Bonus)
  13. 13. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 13 60. Apakah yang dimaksudkan dengan “Sistem Premium Biasa”? A. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang bertambah disepanjang tempoh polisi tersebut. B. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang sama di sepanjang tempoh polisi tersebut. C. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium berlainan di sepanjang tempoh polisi tersebut. D. ia adalah satu kaedah yang mengenakan premium yang lebih tinggi pada permulaan polisi dam premium yang lebih rendah pada tahun-tahun berikutnya. 61. Apabila fasal bunuh diri dimasukkan kedalam polisi insurans nyawa, adalah biasa bagi syarikat insurans nyawa untuk membayar satu daripada berikut apabila orang yang diinsuranskan mambunuh diri didalam tempoh yang tidak dilindungi. A. amaun muka (jumlah insurans) B. amaun muka (jumlah insurans) ditolak satu tahun premium. C. pengembalian premium sahaja. D. pengembalian premium dengan faedah 62. Kebanyakan borang-borang cadangan biasanya mengkehendaki keterangan berikut: I. butir-butir peribadi seperti umur, jantina dan pekerjaan. II. butir-butir mengenai lain-lain insurans. III. butir-butir mengenai hobi dan kegemaran orang yang dicadangkan itu. IV. butir-butir mengenai warisnya. A. I, II B. II, III C. III, IV D. I, II, III, IV 63. Encik Peter sebelum ini adalah agen bagi Syarikat A. Sekarang beliau adalah agen bagi Syarikat B. Baru-baru ini beliau berjaya meyakinkan seorang daripada pelanggan beliau untuk memberhentikan polisi yang diambil dengan Syarikat A dan mengambil satu polisi baru menerusi Syarikat B. Tindakan ini dipanggil A. mengebet (rebating) B. salah nyata (misrepresentation) C. pembelitan (twisting) D. pengunderaitan yang tidak beretika (unethical underwriting) 64. Premium tahunan sebanyak $200 untuk polisi yang bernilai $10,000 kepunyaan Encik Ramasamy jatuh dua minggu yang lalu tetapi sehingga hari ini masih lagi belum dijelaskan. Juga terdapat pinjaman bertunggak sebanyak $3000 dan dividen tunai terkumpul sebanyak $400. Jika beliau meninggal dunia hari ini, waris beliau dibawah polisi ini akan menerima sebanyak A. $7,400 B. $7,200 C. $10,000 D. tiada apa-apa
  14. 14. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 14 65. Premium didefinasikan sebagai A. Wang yang dibayar oleh syarikat insurans kepada orang yang diinsuranskan untuk faedah-faedah yang terdapat dalam polisi. B. Wang yang dibayar oleh orang yang di insurans bagi menjadikan kontrak insurans sah dari segi undang-undang. C. wang yang dibayar oleh orang yang diinsuranskan kepada syarikat insurans sebagai pertimbangan untuk faedah yang terdapat dalam polisi. D. wang yang dilaburkan oleh syarikat insurans bagi mempertingkatkan pendapatannya. 66. Apakah yang dimaksudkan dengan peruntukan “pandangan percuma”? A. satu peruntukan yang membenarkan orang yang dicadangkan meneliti dengan cermat polisi tersebut sebelum memohonnya. B. satu peruntukan yang membenarkan orang yang di insurans mengembalikan polisi dalam tempoh limabelas hari dan menerima bayaran balik premium sepenuhnya sekiranya beliau kurang puas hati. C. satu peruntukan yang membenarkan orang yang dicadangkan meneliti dengan cermat permohonan tersebut sebelum mengisinya. D. satu peruntukan yang membenarkan syarikat insurans memperolehi pemeriksaan perubatan orang yang dicadangkan sebelum mengeluarkan polisi insurans kepadanya. 67. Insurans kumpulan (Group Insurance) dikeluarkan bagi melindungi A. sebilangan orang yang mempunyai majikan yang sama. B. sebilangan orang yang mempunyai minat dalam memperolehi perlindungan insurans. C. sebilangan kecil orang tertentu yang mempunyai majikan atau kepentingan yang sama selain dari tujuan khusus bagi memperolehi insurans. D. sebilangan kecil orang tertentu yahg mempunyai majikan atau kepentingan yang sama untuk tujuan memeperolehi insurans. 68. Berdasarkan pengalaman, syarikat insurans nyawa telah mengredkan risiko insurans mengikut faktor-faktor tertentu, iaitu A. umur, jantina dan tempat permastautinan B. tempat permastautinan, latar belakang keluarga dan pendapatan. C. pekerjaan, tempat permastautinan dan saiz bandar. D. umur, jantina dan pekerjaan. 69. Kenyataan berikut merupakan satu fungsi insurans kemalangan dan hilang keupayaan: Yang manakah? A. untuk membekalkan faedah bagi kehilangan nyawa, anggota badan dan penglihatan akibat kemalangan. B. untuk membekalkan faedah bagi kehilangan masa dari pekerjaan akibat kemalangan tersebut. C. untuk membekalkan faedah bagi bayaran perubatan hospital, pembedahan dan belanja perubatan yang timbul kerana rawatan yang diberi akibat kecederaan dari kemalangan. D. semua jawapan diatas adalah betul.
  15. 15. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 15 70. Encik Low membeli polisi Insurans Endowmen dijangka bagi tempoh 15 tahun dengan amaun muka sebanyak $20,000 yang memberikan bayaran sebanyak 25% dari amaun muka bagi tiap- tiap ulang tahun polisi yang kelima dan kesepuluh. Sekiranya Encik Low meninggal dunia pada hari ulang tahun polisi yang kesepuluh, berapakah perolehan polisi yang akan diterima oleh warisnya? A. $25,000 B. $20,000 C. $15,000 D. $10,000 71. Kes-kes yang sub-standard merujuk kepada A. kes-kes dimana premium yang dikenakan adalah tidak standard tetapi berubah dari masa ke masa. B. kes-kes dimana pemohon-pemohon insurans membayar premium yang lebih rendah dari kadar purata. C. kes-kes dimana insurans diperolehi tetapi dengan premium tambahan. D. kes-kes dimana hanya sebilangan kecil sahaja orang yang akan diinsuranskan. 72. Diberi tarikh lalui seorang prospek adalah pada 10hb Ogos, 1954 dan cadangan pula berakhir 1hb Jun, 1985. Jika umur semasa memasuki insurans dikira mengikut umur yang paling hampir (nearest birthday) maka “umur sebenar” prospek itu ialah A. 30 B. 31 C. 32 D. 33 73. Polisi Insurans bertempoh adalah berbeza dari polisi kekal kerana A. insurans bertempoh membentuk nilai tunai tetapi tidak membayar faedah kematian. B. insurans bertempoh membayar balik wang kepada orang yang di insurans yang masih hidup. C. insurans bertempoh tidak membentuk nilai tunai tetapi membayar faedah kematian sahaja. D. insurans bertempoh mempunyai premium yang lebih tinggi bagi setiap $1000 dari insurans. 74. Berikut adalah kaedah dalam menentukan umur pemohon insurans nyawa kecuali A. umur pada peperiksaan fizikal yang lepas. B. umur pada hari jadi yang lepas (age at last birthday). C. umur pada hari lahir terdekat (age at nearest birthday). D. umur hari lahir yang akan datang (age at next birthday). 75. Pihak yang biasanya membayar premium polisi dan membendung semua haknya, nilai-nilai dan opsyen dipanggil A. pemohon (applicant) B. pemilik polisi (policy owner) C. waris (beneficiary) D. orang yang dicadangkan (proposed insured)
  16. 16. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 16 76. Kepentingan boleh insurans didalam insurans nyawa mesti ada A. pada masa membuat tuntutan B. pada masa membuat cadangan C. pada kedua-dua masa iaitu semasa mengeluarkan polisi dan semasa membuat tuntutan D. pada bila-bila masa dari pengeluaran polisi dan sehingga membuat tuntutann 77. kanak-kanak yang belum cukup umur dewasa tidak mempunyai keupayaan untuk mengikat kontrak tetapi dibawah Akta Inusrans 1963, seseorang yang telah mencapai umur berikut adalah dibenarkan memasuki kontrak polisi insurans. A. 14 tahun B. 16 tahun C. 18 tahun D. 21 tahun 78. Urusniaga yang sah di sisi undang-undang yang meminda semua hak-hak keempunyaan polisi insurans nyawa dari pemilik polisi kepada orang lain dipanggil A. penyerahan hak mutlak (an absolute assignment) B. penyerahan hak bersyarat (a conditional assignment) C. penyerahan hak bersampingan ( a collateral assignment) D. penyerahan hak sepenuhnya (a complete assignment) 79. Satu dokumen yang membolehkan seseorang membahagikan harta pesakanya selepas kematiannya dipanggil A. surat ikatan amanah (trust deed) B. probet (probate) C. wasiat (will) D. surat pentadbiran (letter of administration) 80. Yang mana diantara kenyataan berikut adalah salah? A. opsyen penyelesaian disediakan untuk kedua-dua tuntutan kematian dan matang B. opsyen penyelesaian hanya disediakan untuk tuntutan matang sahaja. C. penyerahan hak polisi-polisi insurans nyawa mungkin dipengaruhi oleh pengendorsan. D. penyerahan hak polisi insurans nyawa mungkin dipengaruhi oleh surat ikatan yang lain. 81. Di dalam urusniaga perniagaan insurans nyawa, penginsurans menghadapi risiko-risiko A. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan. B. Sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan diterima oleh orang yang dicadangkan. C. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan premium pertama dibayar. D. sebaik sahaja surat penerimaan dikeluarkan dan premium pertama dibayar dan diterima oleh syarikat insurans.
  17. 17. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 17 82. Kemungkiran penuh percaya boleh berlaku dalam keadaan berikut:- I. tidak memberitahu (non-disclosure) II. penyembunyian (concealment) III. salahnyata ikhlas (innocent misrepresentation) IV. salah nyata secara menipu (fraudulent misrepresentation) A. I, II, III, IV B. I, II, IV C. I, III, IV D. II, III, IV 83. Pilih kenyataan-kenyataan berikut yang dianggap betul I. kontrak adalah sah iaitu, ia boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang. II. Kontrak adalah sah hanya sekiranya kedua-dua pihak secara sukarela mematuhi syarat-syarat perjanjian tersebut. III kontrak membabitkan dua atau lebih pihak. IV pertimbangan mestilah membentuk sebahagian dan perjanjian tersebut. A. I, II B. I, II, III C. I, III, IV D. semua jawapan diatas 84. Satu dokumen yang mengandungi perjanjian tertulis diantara pihak penginsuran dan pemegang polisi dipanggil A. cadangan (proposal) B. surat penerimaan (letter of acceptance) C. polisi (policy) D. borang permohonan (application forms) 85. Syarat-syarat yang terkandung di dalam polisi insurans nyawa meliputi A. hak-hak orang yang diinsuranskan tetapi bukan obligasinya. B. hak-hak dan obligasi kedua-dua penginsurans dan orang yan diinsuranskan. C. hanya hak-hak dan obligasi penginsurans. D. tidak satupun yang berkaitan. 86. Apabila seseorang ingin membeli polisi insurans nyawa, beliau mestilah memberitahu syarikat insurans mengenai permohonan tersebut. Ini dilakukan dengan mengemukakan satu permohonan insurans. Oleh kerana ini maka permohonan itu A. mempunyai kepentingan khusus iaitu syarikat insurans tidak akan mengeluarkan polisi tanpanya. B. adalah penting tetapi tidak diperlukan semasa mengeluarkan polisi insurans nyawa. C. boleh dihapuskan sama sekali sekiranya agen menulis memo kepada pejabat insurans menerangkan fakta-fakta tepat yang berhubungan dengan orang yang dicadangkan itu. D. tidak penting sama sekali.
  18. 18. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 18 87. Di dalam kebanyakan negara-negara, undang-undang insurans berhubung dengan A. pengurusan dan operasi syarikat tetapi bukan dengan kedudukan kewangannya. B. kedudukan kewangan, pengurusan dan operasi syarikat. C. kedudukan kewangan dan operasi syarikat. D. keadaan pemasaran syarikat sahaja. 88. Encik John, empunya kedai runcit, telah membeli polisi Insurans Endowmen sebanyak $30,000 bagi tempoh 10 tahun dari Syarikat XYZ. Premium tahunan yang dibayar ialah sebanyak $3200. Encik John tidak menyumbang kepada K.W.S.P. Berapakah relif cukai bagi premium beliau? A. $3,200 B. $2,100 C. $3,000 D. tiada relif cukai bagi premium yang dibayar. 89. Polisi amanah ialah polisi yang memenuhi peruntukan A. seksyen 23 Akta Insurans Nyawa. B. seksyen 33 Akta undang-undang Sivil. C. seksyen 23 Akta undang-undang Sivil. D. seksyen 23 Akta undang-undang Harta pesaka. 90. Suatu kontrak boleh dilepaskan mengikut cara-cara berikut, kecuali satu A. persetujuan diantara pihak-pihak yang terlibat B. kekecewaan C. kemungkiran/penyalahan D. warranti 91. Agen am boleh didefinasikan sebagai A. seorang yang dilantik untuk menjalankan tindakan atau urusniaga tertentu. B. seorang yang sanggup melakukan apa saja untuk prinsipalnya dalam had kuasa am yang diberi kepadanya. C. seorang yang mempunyai kuasa yang tidak terhad. D. seorang yang mempunyai tanggungjawab yang tidak terhad. 92. Kuasa seseorang agen boleh dikelaskan sebagai:- I. Kuasa nyata (Express Auhtority) II. Kuasa Tersisat (Implied Authority) III. Kuasa Biasa (Usual Authority) IV. Kuasa Zahir(Apparent Authority) A. I, II B. I, III C. I, II, IV D. semua jawapan diatas
  19. 19. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 19 93. Yang mana diantara berikut membentuk sebahagian dari keperluan-keperluan untuk menjadikan kontrak ikatan undang-undang? I. tawaran dan penerimaan (offer & acceptance) II. consensus Ad Idem (sepakat pemikiran) III. objek yang sah (legality of object) A. I dan II sahaja B. I dan III sahaja. C. II dan III sahaja. D. I, II dan III. 94. Satu daripada kenyataan berikut adalah tidak benar mengenai Persatuan Insurans Nyawa Malaysia (LIAM): A. ia bertanggungjawab dalam keperluan latihan dan pendidikan bagi keseluruhan industri insurans. B. adalah wajib disisi undang-undang bagi syarikat insurans nyawa menjadi ahli persatuan ini. C. ia adalah satu persatuan perdagangan. D. ia bertanggungjawab dalam menjaga kepentingan syarikat insurans nyawa di Malaysia. 95. Yang mana diantara kenyataan berikut adalah tidak benar apabila satu kontrak insurans dibentuk? A. ia boleh dikuatkuasakan melalui penyatuan dengan kontrak lain. B. Hak-hak dan tugas /tanggungjawab pihak-pihak yang mengikat kontrak akan lenyap. C. ia boleh dikuatkuasakan “tanpa penggantian”polisi yang wujud. D. Ia boleh dikuatkuasakan oleh kedua-dua pihak yang bersetuju membebaskan/ melepaskan satu sama lain dari obligasi tersebut. 96. Yang mana dari kenyataan berikut adalah betul mengenai kejujuran mutlak (utmost Good Faith)? I. ia adalah satu kontrak “uberrimae fides”. II. ia merupakan satu ikatan pada penginsurans. III. ia merupakan satu ikatan pada orang yang di insurans. IV. ia merupakan satu ikatan pada agen yang menjual polisi insurans itu. A. I sahaja. B. II dan IV sahaja. C. I, II dan III sahaja. D. semua jawapan diatas adalah betul. 97. Satu daripada kenyataan berikut adalah tidak benar mengenai sifat-sifat kontrak insurans nyawa. A. ia adalah satu kontrak kejujuran mutlak (contract of utmost good faith) B. ia adalah satu kontrak tanpa bersyarat (non-conditional contract) C. ia adalah kontrak satu pihak (unilateral contract) D. ia adalah satu kontrak wasi (executory contract)
  20. 20. PCE BAHAGIAN (A+C) Center for Learning Excellence – T & E Dept 20 98. Seorang agen insurans nyawa diberi kuasa untuk A. mengubah syarat-syarat dan peruntukan polisi. B. mengeluarkan polisi-polisi ikatan syarikat insurans. C. mencetak resit-resit bayaran premium. D. mendapat perniagaan baru, mengutip premium pertama dan menyerahkannya kepada syarikat insurans nyawa. 99. Pentadbiran sesuatu estet mesti memperolehi __________dari mahkamah sebelum beliau mentadbir estet tersebut. A. kebenaran tertulis dari keluarga simati. B. kebenaran tertulis dari doktor dan keluarga simati. C. probet. D. surat pentadbiran. 100.Syarikat insurans nyawa tidak akan menerima pemohon-pemohon insuran secara spontan walhal mereka akan meneliti semua unsur-unsur risiko dengan cermat. Proses ini dipanggil A. menjamin kepentingan boleh insurans. B. menentukan standard-standard. C. pemilihan yang bertentangan. D. pemilihan. Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)Powered by TCPDF (www.tcpdf.org)

×