SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 15
Baixar para ler offline
Siri Panduan Asas
PENTERNAKAN KAMBING




  IBUPEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR
               PUTRAJAYA
PENTERNAKAN KAMBING


1. PENGENALAN

  Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang
  boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang,
  sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran
  tersendiri. Berikut ialah kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai
  komersial dan berpotensi untuk dipasarkan.

     i) Kambing – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan
        peliharaan

     ii) Susu kambing

     iii) Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil

     iv) Tanduk kambing – kraftangan.

     v) Usus – benang jahitan pembedahan.

     vi) Tinja – baja organik.

  Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan
  keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar
  atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu
  kawasan perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai
  kawasan pengeluaran makanan ternakan – sama ada sebagai foder (sistem potong
  dan angkut) atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas).



2. PROSPEK PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA

  Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding
  komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (121.39%), telur
  (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging
  kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%.

                                                                                 1
Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan
  daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika
  Selatan dan Thailand. Berikut adalah jadual perangkaan pengimportan kambing dan
  daging dari tahun 2003 hingga 2007.

              Jadual 1: Perangkaan import kambing dan daging kambing.

     Tahun               2003       2004       2005      2006         2007
     Jumlah import      61,152     61,000     67,579    133,335      126,406
     kambing
     Jumlah import      11,671     16,127     15,298     16,086       17,740
     daging kambing
                                                         Sumber: Statistik JPV



      Peningkatan import di antara 3 hingga 5% pada setiap tahun dengan tahap sara
  diri hanya mencapai 9% pada tahun 2008 dengan sasaran untuk mencapai 35%
  pada tahun 2015, penternakan kambing adalah industri yang sentiasa mempunyai
  permintaan yang tinggi.

2. MEMAHAMI PERKARA ASAS 1: KAMBING

       Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja
  menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran
  sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini
  untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai
  ini.

      Secara saintifiknya, kambing(Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang
  diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki
  berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan.
  Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas
  berbanding sejuk.

      Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing
  lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda
  berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah
  pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk



                                                                                  2
hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan
ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan.

    Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain
iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi
masalah pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi
intensif atau ekstensif.

   Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing
boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu

   i) Kambing pedaging
      Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia.

   ii) Kambing susu
       Alpine, Saanen, Toggenburg

   iii) Kambing dwi fungsi (diternak
        bertujuan mendapatkan susu dan
        daging)
        Jamnapari
        Anglo-Nubian




                                                                                3
3. MEMAHAMI PERKARA ASAS 2: SISTEM PENTERNAKAN


      Penternakan kambing boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan
  kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, semi
  intensif dan ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan
  kelemahan yang tersendiri.

      Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam
  kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang
  dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak
  langsung, ia menambahkan beban kerja kepada tenaga buruh. Walaupun
  bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan
  berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping
  itu, ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding sistem penternakan
  secara bebas lepas.

      Sistem penternakan semi intensif bermakna ternakan dilepaskan untuk
  tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja
  memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress
  atau tekanan kepada ternakan.

     Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang
  dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak
  kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat
  kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan
  pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah
  penternakan sistem ini ialah

     i) Kehilangan ternakan
     ii) Penyakit      parasit
          (kecacingan)
     iii) Keracunan makanan
     iv) Kekurangan nutrien.

      Amalan      perladangan
  campuran atau ringkasnya
  perladangan secara integrasi
  ternakan    dan     tanaman
  merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah
  kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan.
                                                                                   4
Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang
  tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan
  pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan
  sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini memberi kelebihan dan
  keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa
  yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan
  bahan organik sisa ternakan.



4. PROJEK PENTERNAKAN KAMBING.

  Projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu

  1)   Perancangan projek.
  2)   Pembangunan perumahan dan kandang kambing.
  3)   Makanan ternakan.
  4)   Pengurusan ternakan
  5)   Pemasaran

4.1 Perancangan projek


    Parameter-parameter berikut adalah penting untuk digunakan di          dalam
    merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing.

    Bil.   Parameter                              Jantan             Betina
    1      Keperluan keluasan seekor kambing              12 -15 kaki
    2.     Berat lahir                         1.5 – 1.8 kg        1.2 – 1.8 kg
    3.     Umur kematangan                       9 bulan              6 bulan
    4.     Berat matang                         28 – 32 kg          18 -23 kg.
    5.     Kenaikan berat badan (ADG)             100gm hingga 250 sehari.
    6.     Nisbah jantan kepada betina              1                   25
    7.     Usia cerai susu                             2 – 3 bulan atau
    8.     Berat cerai susu                               12 – 15 kg
    9.     Usia pembiakan pertama                        18 – 20 bulan
    10.    Kitaran estrus                                             21 hari
    11.    Tempoh kebuntingan                                     147 – 150 hari




                                                                                   5
4.2 PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING.

    Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap
    sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun
    demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa
    untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu, binaan rumah berkenaan sebaik-
    baiknya membantu mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan
    dilakukan.



4.2.1 Susunatur rumah

     Rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan
     dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu
     pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan
     merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa
     kering.

     Jarak minima perumahan kambing di antara satu dan la in perlu sekurang-
     kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini
     bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan
     merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah
     lain.

4.2.2 Atap

                                            Pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis
                                            atap yang terdapat di pasaran seperti
                                            zink, asbestos dan aluminium. Namun
                                            demikian, pemilihan bahan sebagai
                                            atap perumahan kambing perlu
                                            mengambil kira daripada segi kos dan
                                            keupayaan untuk tidak menyimpan
                                            haba.




                                                                                  6
Kawasan kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat
     melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara
     atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di
                                           bahagian tepi rumah kambing, jarak
                                           minima di antara atap dan lantai ialah 8
                                           kaki.

                                             Adalah baik sekiranya di antara atap
                                             rumah kambing yang biasa, diletakkan
                                             atap      yang       bersifat   tembus
                                             cahaya(translucent).     Ini  bertujuan
                                             memberikan pencahayaan semulajadi ke
                                             dalam kandang di samping membantu
                                             merendahkan kadar kelembapan di
     dalam kandang.

4.2.3 Lantai Kandang

     Bahan yang digunakan sebagai lantai kandang kambing sama ada plastik
     ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit
     dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1
     hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya
     batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X
     2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerja-
     kerja pembersihan dilakukan.

     Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaik-
     baiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan
     kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar
     bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang.

4.2.4 Lantai bumi

     Ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan
     lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan
     pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh
     perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari
     lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi
     pasir atau tanah.
                                                                                     7
4.2.5 Tangga rumah kambing

     Kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu. Namun demikian
     alternatif yang baik ialah penggunaan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar
     dan kesat. Ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan
     penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa
     menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Pergeseran di
     antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara
     pasifnya membantu mengurangkan masalah kuku panjang.

4.2.6 Kandang kambing

     Keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12
     hingga 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor
     jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan.

     Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman.
                                                Terdapat     pelbagai    jenis
                                                bahan yang boleh digunakan
                                                sebagai palong makanan. Di
                                                antaranya ialah penggunaan
                                                penakung air hujan plastik,
                                                tong plastik dan palong
                                                buatan yang diperbuat dari
                                                kayu.    Ketinggian    palong
                                                makan sebaik-baiknya tidak
                                                lebih tinggi dari paras dada
                                                kambing dan bersekat. Ini
     bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan
     mengotorinya.

     Palong minuman adalah lebihkurang sama dengan palong makanan. Namun
     demikian kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari
     takungan atau palong air yang kurang bersih.




                                                                                  8
Oleh yang demikian, alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan
     paip minuman automatik (automated water drinker).



                                                      Penggunaan paip minuman
                                                      automatik ini bukan sahaja
                                                      menjaga kebersihan minuman
                                                      ternakan tetapi juga mampu
                                                      mengurangkan pembaziran air.




4.2.7 Pemagaran kawasan.

     Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku
     perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau
     pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa
     penyakit.

     Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock
     high tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link
     atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif
     berbanding penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile.

     Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I
     pipe), angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya.
     Tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5
     kaki untuk tujuan pemagaran. Jarak di antara tiang ialah 10 kaki.




                                                                                    9
4.3 MAKANAN DAN MINUMAN

   Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk
   menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah
   daripada sudut kos pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70 peratus kos
   pengurusan datang dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan
   ternakan kesan dari kenaikan harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha
   projek ternakan untuk meletakkan pergantungan ke atas sumber makanan
   ternakan komersil. Oleh yang demikian, adalah penting agar pengusaha projek
   ternakan untuk membangunkan sendiri pengeluaran sumber makanan ternakan
   atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian yang boleh dimanfaatkan
   sebagai sumber makanan ternakan.

   Seperti manusia, ternakan juga memerlukan makanan seimbang yang
   mengandungi zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan
   garam galian. Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa
   kepada masalah kesihatan di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung
   menjejaskan prestasi ternakan dan projek ternakan secara amnya.
   Setiap zat-zat nutrien mempunyai fungsinya yang tertentu. Zat protein diperlukan
   oleh badan untuk membina otot-otot yang kuat selain menjadi elemen penting di
   dalam proses pemulihan. Karbohidrat diperlukan sebagai bekalan tenaga.
   Demikian juga dengan lemak selain daripada berfungsi sebagai penebat haba, ia
   juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk digunakan apabila kekurangan
   karbohidrat.

                                       Vitamin merupakan zat nutrien yang penting
                                       walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti
                                       yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh
                                       menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ
                                       terjejas yang mana membawa kepada
                                       berlakunya penyakit kepada haiwan.

                                     Garam galian yang penting seperti kalsium
                                     dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan
                                     tulang, gigi dan kesihat. Kekurangan garam
   seperti natrium boleh ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam badan.
   Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan
   seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu
   menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut.
                                                                                 10
Air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan. 70% daripada
     badan terdiri daripada air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan
     sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa.

     Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan
     utama: rumput atau dedaunan hijau dan makanan tambahan. Penternak selalu
     digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan untuk tanaman makanan
     ternakan terutamanya Rumput Napier atau Jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman
     ini mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan
     yang kecil. Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan
     dijadikan sebagai makanan ternakan. Di antaranya ialah

        a)   Rumput Guinea
        b)   Rumput Humidicola
        c)   Setaria
        d)   Centrosema (tanaman kekacang)
        e)   Petai Belalang (Leucaena leucocephala)
        f)   Daun nangka
        g)   Glyridisia

      Selain daripada itu, penternak boleh menggunakan bahan-bahan makanan
      seperti hampas kacang soya, mil kacang, mil ikan sebagai sumber protein.
      Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi
      juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga.



4.4 PENGURUSAN TERNAKAN

     Secara am, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada
     pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah
     peringkat-peringkat pengurusan ternakan:-

4.4.1 Peringkat kelahiran.

      Selepas kelahiran, anak kambing mesti diberikan susu awal ataupun kolostrum.
      Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal kambing yang dihasilkan di
      sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang

                                                                                 11
diperlukan bagi melindungi dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum
      mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh badan untuk tumbesaran.
      Pada kebiasaannya, anak kambing akan menghisap sendiri. Sekiranya anak
      kambing lemah atau tidak berbuat sedemikian, tindakan memerah dan
      menggunakan botol susu atau syringe perlu dilakukan bagi memastikan anak
      kambing kolostrum secukupnya.

      Selain daripada memastikan anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak
      kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah
      inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan
      mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal
      peringkat kelahiran dalam tempoh 4 hingga 6 minggu pertama, makanan yang
      secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini
      membolehkan induk berkenaan berehat dan memulihkan diri untuk bersedia
      pada peringkat seterusnya.



4.4.2 Peringkat cerai susu.

      Cerai susu adalah peringat anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun
      demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak
      kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput
      atau dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada
      usia ini anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada
      lingkungan usia selewat 4 bulan, anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari
      ibunya. Selalunya kelewatan melakukan cerai susu kepada anak kambing
      menyebabkan prestasi kambing berkenaan seperti berat badan dewasa, tempoh
      kematangan dan pembiakan akan terjejas. Anak-anak kambing jantan yang
      mencapai usia 9 bulan perlu dipisahkan daripada anak-anak kambing betina. Ini
      adalah kerana umur ini adalah untuk yang mana kambing jantan mula mencapai
      kematangan seksual dan berkebolehan untuk membiak.

4.4.3 Penjagaan kambing dewasa

      Kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantina. Kambing jantan dan
      betina dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan. Nisbah kambing jantan
      kepada kambing betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25 ekor kambing
      betina. Pada ketika tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diletakkan di dalam
      kandang individual dan tidak dicampurkan dengan kambing jantan yang lain. Ini
                                                                                   12
bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan akibat dominasi kambing jantan yang
       lain.

       Salah satu proses yang penting di dalam penternakan ialah proses pemilihan.
       Proses ini adalah bertujuan menentukan ternakan yang berprestasi tinggi
       sentiasa berada di dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan
       prestasi yang baik selalunya dikeluarkan dari ladang dan dijual sama ada sebagai
       ternakan hidup atau disembelih untuk daging.

       Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap
       ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir,
       berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang
       singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa
       singkat.

4.5   PEMASARAN.

      Secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini
      dapat dilihat meningkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya
      dan Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlaku kekurangan
      daging kambing dalam negara dan menyebakan fenomena peningkatan
      sementara pengimportan kambing hidup untuk sembelihan dan daging kambing
      sebagai makanan. Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging
      kambing tetap ada walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di
      antara RM 15 hingga 25 sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia
      masih berada di tahap rendah iaitu 0.8 hingga 0.9kg. Ini berkemungkinan besar
      didorong oleh persepsi orang ramai tentang perkaitan di antara pemakanan
      daging kambing dan kesihatan. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh
      USDA mendapati daging kambing kurang daripada segi kandungan kolestrol dan
      lain-lain parameter yang dipercayai boleh menyumbang kepada masalah
      kesihatan.




                                                                                    13
Perkara          Kambing     Ayam      Lembu             Bebiri           Khinzir
Kalori           122         162       179               175              180
Lemak (g)        2.6         6.3       7.9               8.1              8.2
Lemak Tepu (g)   0.79        1.70      3.0               2.90             2.90
Protein (g)      23          25        25                25               24
Kolesterol (g)   63.8        76.0      73.1              78.2             73.1
                                             Sumber: Piawai Pengkalan Data Nutrient USDA
                                                    rujukan dikeluarkan pada 14 Julai 2001


  Daging kambing mendapat permintaan oleh dipasarkan melalui pasar raya besar
  atau hypermart seperti TESCO, JUSCO dan Giant. Selain daripada itu boleh
  dibekalkan untuk memenuhi permintaan hotel dan restoran. Cabaran utama di
  dalam industri ini ialah berkemampuan untuk membekalkan di dalam kuantiti yang
  besar dan berterusan. Namun demikian dengan minat, usaha dan sabar serta
  menyusun atur strategi yang bersesuaian pasti mampu mengatasi cabaran
  seterusnya memberi hasil dan pulangan yang lumayan.




                                                                                       14

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Baja organik
Baja organikBaja organik
Baja organikAkma Ija
 
Kadazan dusun kertas 1
Kadazan dusun kertas 1Kadazan dusun kertas 1
Kadazan dusun kertas 1Shika Nara
 
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak Kelinci
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak KelinciPanduan Lengkap Budidaya & Ternak Kelinci
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak KelinciMARMOSM
 
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009Atam Atam
 
Lecture 1: Cattle Management
Lecture 1: Cattle Management Lecture 1: Cattle Management
Lecture 1: Cattle Management Rabie Fayed
 
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASTINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASSiti Basroh Khayan
 
Kemahiran hdup kemasan
Kemahiran hdup kemasanKemahiran hdup kemasan
Kemahiran hdup kemasanMasliza Masri
 
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5Dina Hanani
 
Establish poultry industry and its distribution network
Establish poultry industry and its distribution networkEstablish poultry industry and its distribution network
Establish poultry industry and its distribution networkemonfaisal
 
Pentaksiran pusat
Pentaksiran pusatPentaksiran pusat
Pentaksiran pusatnortatar
 
Poultry farming By Naveed Akhtar and his Group
Poultry farming By Naveed Akhtar and his GroupPoultry farming By Naveed Akhtar and his Group
Poultry farming By Naveed Akhtar and his GroupNaveed Akhtar Isamu
 
Baka Lembu Pedaging di Malaysia
Baka Lembu Pedaging di MalaysiaBaka Lembu Pedaging di Malaysia
Baka Lembu Pedaging di MalaysiaNorziela Anuar
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranmnorzainiz
 

Mais procurados (20)

Baja organik
Baja organikBaja organik
Baja organik
 
Kadazan dusun kertas 1
Kadazan dusun kertas 1Kadazan dusun kertas 1
Kadazan dusun kertas 1
 
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak Kelinci
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak KelinciPanduan Lengkap Budidaya & Ternak Kelinci
Panduan Lengkap Budidaya & Ternak Kelinci
 
Hidroponik ( tugasan )
Hidroponik ( tugasan )Hidroponik ( tugasan )
Hidroponik ( tugasan )
 
Doktor Haiwan
Doktor HaiwanDoktor Haiwan
Doktor Haiwan
 
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009
Maklumat Klon Getah Di Malaysia 2009
 
Panduan menanam jagung
Panduan menanam jagungPanduan menanam jagung
Panduan menanam jagung
 
AYAM PPT.pptx
AYAM PPT.pptxAYAM PPT.pptx
AYAM PPT.pptx
 
Lecture 1: Cattle Management
Lecture 1: Cattle Management Lecture 1: Cattle Management
Lecture 1: Cattle Management
 
Kambing boer
Kambing boerKambing boer
Kambing boer
 
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASASTINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
TINGKATAN 1 KHB ERT - JAHITAN ASAS
 
Kemahiran hdup kemasan
Kemahiran hdup kemasanKemahiran hdup kemasan
Kemahiran hdup kemasan
 
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5
Iklim Ternakan, Sains pertanian tingkatan 5
 
Establish poultry industry and its distribution network
Establish poultry industry and its distribution networkEstablish poultry industry and its distribution network
Establish poultry industry and its distribution network
 
Pentaksiran pusat
Pentaksiran pusatPentaksiran pusat
Pentaksiran pusat
 
Poultry farming By Naveed Akhtar and his Group
Poultry farming By Naveed Akhtar and his GroupPoultry farming By Naveed Akhtar and his Group
Poultry farming By Naveed Akhtar and his Group
 
Baka Lembu Pedaging di Malaysia
Baka Lembu Pedaging di MalaysiaBaka Lembu Pedaging di Malaysia
Baka Lembu Pedaging di Malaysia
 
T1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuranT1 tanaman sayuran
T1 tanaman sayuran
 
Pemakanan Ikan
Pemakanan IkanPemakanan Ikan
Pemakanan Ikan
 
makanan ikan
makanan ikanmakanan ikan
makanan ikan
 

Destaque

Contoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingContoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingmirulas
 
Projek Ternakan Lembu FarmFresh
Projek Ternakan Lembu FarmFreshProjek Ternakan Lembu FarmFresh
Projek Ternakan Lembu FarmFreshSarif Salleh
 
model kandang kambing
model kandang kambingmodel kandang kambing
model kandang kambingnihaoplus
 
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJA
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJAMANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJA
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJABBPP_Batu
 
Muka depan Assignment IPG
Muka depan Assignment IPGMuka depan Assignment IPG
Muka depan Assignment IPGmirulas
 
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulum
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulumLaporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulum
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulumMohd Norrazli Md Rasdi
 
Kamdang kambing
Kamdang kambingKamdang kambing
Kamdang kambingBBPP_Batu
 
Tingkah laku reproduksi betina
Tingkah laku reproduksi betinaTingkah laku reproduksi betina
Tingkah laku reproduksi betinaIntan Sari
 
Penyakit pada kambing & penanggulanganya
Penyakit pada kambing & penanggulanganyaPenyakit pada kambing & penanggulanganya
Penyakit pada kambing & penanggulanganyaBustami Muchtar
 
Proposal usaha ayam daging
Proposal usaha ayam dagingProposal usaha ayam daging
Proposal usaha ayam dagingSuratno X-fRiend
 

Destaque (20)

Contoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambingContoh projek ternakan kambing
Contoh projek ternakan kambing
 
Rp Kambing
Rp KambingRp Kambing
Rp Kambing
 
Projek Ternakan Lembu FarmFresh
Projek Ternakan Lembu FarmFreshProjek Ternakan Lembu FarmFresh
Projek Ternakan Lembu FarmFresh
 
Rancangan perniagaan
Rancangan perniagaanRancangan perniagaan
Rancangan perniagaan
 
Lembu
LembuLembu
Lembu
 
model kandang kambing
model kandang kambingmodel kandang kambing
model kandang kambing
 
Pakan dan Hijauan kambing
Pakan dan Hijauan kambingPakan dan Hijauan kambing
Pakan dan Hijauan kambing
 
Rp ikankeli
Rp ikankeliRp ikankeli
Rp ikankeli
 
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJA
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJAMANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJA
MANAJEMEN PENGGEMUKAN KAMBING BOER DI PERUSAHAAN PETERNAKAN CV.BOERJA
 
Muka depan Assignment IPG
Muka depan Assignment IPGMuka depan Assignment IPG
Muka depan Assignment IPG
 
Kambing Domestik: Capra aegagrus hircus
Kambing Domestik: Capra aegagrus hircusKambing Domestik: Capra aegagrus hircus
Kambing Domestik: Capra aegagrus hircus
 
Pemeliharaan Ternak Kambing
Pemeliharaan Ternak KambingPemeliharaan Ternak Kambing
Pemeliharaan Ternak Kambing
 
RP Puyuh
RP PuyuhRP Puyuh
RP Puyuh
 
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulum
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulumLaporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulum
Laporan ilmiah kumpulan 9 isu kurikulum
 
Kamdang kambing
Kamdang kambingKamdang kambing
Kamdang kambing
 
Manajemen pemeliharaan ternak kambing
Manajemen pemeliharaan ternak kambingManajemen pemeliharaan ternak kambing
Manajemen pemeliharaan ternak kambing
 
Tahap 3
Tahap 3Tahap 3
Tahap 3
 
Tingkah laku reproduksi betina
Tingkah laku reproduksi betinaTingkah laku reproduksi betina
Tingkah laku reproduksi betina
 
Penyakit pada kambing & penanggulanganya
Penyakit pada kambing & penanggulanganyaPenyakit pada kambing & penanggulanganya
Penyakit pada kambing & penanggulanganya
 
Proposal usaha ayam daging
Proposal usaha ayam dagingProposal usaha ayam daging
Proposal usaha ayam daging
 

Semelhante a Panduan Asas Penternakan Kambing

Budidaya ternak kelinci
Budidaya ternak kelinciBudidaya ternak kelinci
Budidaya ternak kelinciAinul Yaqin
 
Memilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potongMemilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potongBBPP_Batu
 
Bab vi kandang dan peralatan
Bab vi kandang dan peralatanBab vi kandang dan peralatan
Bab vi kandang dan peralatanRMontong
 
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...Tri Sutopo
 
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdf
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdfMenternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdf
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdfAhmad Awang
 
AT Modul 6 kb 4
AT Modul 6 kb 4AT Modul 6 kb 4
AT Modul 6 kb 4PPGhybrid3
 
Teknis budidaya sapi potong
Teknis budidaya sapi potongTeknis budidaya sapi potong
Teknis budidaya sapi potongsujononasa
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutyoga ardy permana
 
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaAnalisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaOperator Warnet Vast Raha
 
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaAnalisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaSeptian Muna Barakati
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutyoga_permana
 
Budidaya Sapi Potong
Budidaya Sapi PotongBudidaya Sapi Potong
Budidaya Sapi PotongBBPP_Batu
 
FGD 3 . Kambing dan domba
FGD 3 . Kambing dan domba FGD 3 . Kambing dan domba
FGD 3 . Kambing dan domba Dewi Atana
 
Manajemen Agroindustri
Manajemen AgroindustriManajemen Agroindustri
Manajemen AgroindustriMala Wijayanti
 
Budidaya ayam ras pedaging
Budidaya ayam ras pedagingBudidaya ayam ras pedaging
Budidaya ayam ras pedagingLaf Fianss
 
AT Modul 1 kb 1
AT Modul 1 kb 1AT Modul 1 kb 1
AT Modul 1 kb 1PPGhybrid3
 
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptx
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptxbudidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptx
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptxDipoTriMartiano
 
0812 2838-0678 budidaya beternak kambing
0812 2838-0678 budidaya  beternak kambing0812 2838-0678 budidaya  beternak kambing
0812 2838-0678 budidaya beternak kambingusahakambingternak
 

Semelhante a Panduan Asas Penternakan Kambing (20)

Budidaya ternak kelinci
Budidaya ternak kelinciBudidaya ternak kelinci
Budidaya ternak kelinci
 
Memilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potongMemilih bibit k.potong
Memilih bibit k.potong
 
Bab vi kandang dan peralatan
Bab vi kandang dan peralatanBab vi kandang dan peralatan
Bab vi kandang dan peralatan
 
Studi banding ayam buras
Studi banding ayam burasStudi banding ayam buras
Studi banding ayam buras
 
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...
7, Wira Usaha, Tri Sutopo, Hapzi Ali, Kuliah Umum Studi Kasus, Universitas Me...
 
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdf
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdfMenternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdf
Menternak-Ayam-Penelur. Satu perniagaanpdf
 
AT Modul 6 kb 4
AT Modul 6 kb 4AT Modul 6 kb 4
AT Modul 6 kb 4
 
Teknis budidaya sapi potong
Teknis budidaya sapi potongTeknis budidaya sapi potong
Teknis budidaya sapi potong
 
Beternak babi
Beternak babiBeternak babi
Beternak babi
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belut
 
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaAnalisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
 
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. munaAnalisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
Analisis sosial ekonomi penggemukan sapi potong gaduhan kab. muna
 
Mencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belutMencoba peruntungan di peternakan belut
Mencoba peruntungan di peternakan belut
 
Budidaya Sapi Potong
Budidaya Sapi PotongBudidaya Sapi Potong
Budidaya Sapi Potong
 
FGD 3 . Kambing dan domba
FGD 3 . Kambing dan domba FGD 3 . Kambing dan domba
FGD 3 . Kambing dan domba
 
Manajemen Agroindustri
Manajemen AgroindustriManajemen Agroindustri
Manajemen Agroindustri
 
Budidaya ayam ras pedaging
Budidaya ayam ras pedagingBudidaya ayam ras pedaging
Budidaya ayam ras pedaging
 
AT Modul 1 kb 1
AT Modul 1 kb 1AT Modul 1 kb 1
AT Modul 1 kb 1
 
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptx
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptxbudidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptx
budidaya_ternak_unggas_petelur_pptx.pptx
 
0812 2838-0678 budidaya beternak kambing
0812 2838-0678 budidaya  beternak kambing0812 2838-0678 budidaya  beternak kambing
0812 2838-0678 budidaya beternak kambing
 

Panduan Asas Penternakan Kambing

  • 1. Siri Panduan Asas PENTERNAKAN KAMBING IBUPEJABAT PERKHIDMATAN VETERINAR PUTRAJAYA
  • 2. PENTERNAKAN KAMBING 1. PENGENALAN Penternakan kambing adalah perniagaan. Ia merupakan satu bidang usaha yang boleh mendatangkan keuntungan sekiranya ia dijalankan secara terancang, sistematik dan berterusan. Setiap komponen kambing mempunyai nilai pasaran tersendiri. Berikut ialah kegunaan komponen kambing yang mempunyai nilai komersial dan berpotensi untuk dipasarkan. i) Kambing – jualan hidup sebagai baka, daging sebagai makanan, haiwan peliharaan ii) Susu kambing iii) Kulit dan bulu kambing – kraftangan, tekstil iv) Tanduk kambing – kraftangan. v) Usus – benang jahitan pembedahan. vi) Tinja – baja organik. Berbanding dengan penternakan lembu, penternakan kambing tidak memerlukan keluasan kawasan yang besar. Keluasan kawasan minima yang ideal ialah 3 ekar atau bersamaan 1.2 hektar. Kawasan ini boleh dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu kawasan perumahan kambing (seekar) dan selebihnya boleh digunakan sebagai kawasan pengeluaran makanan ternakan – sama ada sebagai foder (sistem potong dan angkut) atau ragutan berpusingan (sistem bebas lepas). 2. PROSPEK PENTERNAKAN KAMBING DI MALAYSIA Secara am di Malaysia, industri penternakan kambing adalah kecil berbanding komoditi-komoditi ternakan lain. Jika dibandingkan dengan ayam (121.39%), telur (113.79%) dan lembu (24.88%), tahap saradiri pengeluaran kambing dan daging kambing pada tahun 2007 hanya mencapai 8.75%. 1
  • 3. Pada ketika ini, Malaysia masih bergantung kepada pengimportan kambing dan daging kambing dari luar negara seperti Australia, New Zealand, Indonesia, Afrika Selatan dan Thailand. Berikut adalah jadual perangkaan pengimportan kambing dan daging dari tahun 2003 hingga 2007. Jadual 1: Perangkaan import kambing dan daging kambing. Tahun 2003 2004 2005 2006 2007 Jumlah import 61,152 61,000 67,579 133,335 126,406 kambing Jumlah import 11,671 16,127 15,298 16,086 17,740 daging kambing Sumber: Statistik JPV Peningkatan import di antara 3 hingga 5% pada setiap tahun dengan tahap sara diri hanya mencapai 9% pada tahun 2008 dengan sasaran untuk mencapai 35% pada tahun 2015, penternakan kambing adalah industri yang sentiasa mempunyai permintaan yang tinggi. 2. MEMAHAMI PERKARA ASAS 1: KAMBING Penternakan kambing adalah satu bidang usaha yang mencabar. Ia bukan sahaja menuntut keupayaan penternak untuk menyediakan makanan dan persekitaran sesuai tetapi juga memerlukan sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang ini untuk sentiasa peka dan memahami tingkah laku serta keperluan aset hidup bernilai ini. Secara saintifiknya, kambing(Capra hircus) adalah haiwan ruminan kecil yang diletakkan di dalam keluarga Bovidae dengan subfamili Caprinae. Haiwan empat kaki berkuku dua ini berkeupayaan untuk menyesuaikan diri di dalam apa jua keadaan. Namun demikian ia lebih mudah mengadaptasi kawasan yang bercuaca yang panas berbanding sejuk. Berbeza berbanding ternakan ruminan lain seperti lembu dan bebiri, kambing lebih cenderung untuk memilih dan memamah pucuk serta daun-daun yang muda berbanding meragut di padang rumput. Keupayaan haiwan ini untuk memamah pucuk dan batang tanaman bukan sahaja menjadikan ia berkemampuan untuk 2
  • 4. hidup di kawasan yang sukar seperti gurun dan bukit-bukau, tetapi juga menjadikan ia sebagai agen biologi kawalan tanaman dan rumpai yang berkesan. Kambing mempunyai sifat unik yang kurang terdapat pada haiwan gerompok lain iaitu kecenderungan untuk meneroka kawasan. Sifat ini adakalanya memberi masalah pengurusan terutama sekiranya kambing diternak di dalam sistem semi intensif atau ekstensif. Setiap baka kambing mempunyai ciri-ciri yang unik. Secara am, baka kambing boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan baka ternakan mengikut fungsi iaitu i) Kambing pedaging Boer, Kacang, Black Bengal, Savanna, Kalahari Red, Jermasia. ii) Kambing susu Alpine, Saanen, Toggenburg iii) Kambing dwi fungsi (diternak bertujuan mendapatkan susu dan daging) Jamnapari Anglo-Nubian 3
  • 5. 3. MEMAHAMI PERKARA ASAS 2: SISTEM PENTERNAKAN Penternakan kambing boleh dikategorikan kepada 3 jenis sistem berdasarkan kaedah pengurusan dan penjagaan ternakan iaitu penternakan secara intensif, semi intensif dan ekstensif. Setiap sistem penternakan ini mempunyai kekuatan dan kelemahan yang tersendiri. Sistem penternakan intensif menekankan penternakan kambing di dalam kandang. Konsep ini menyamai konsep penternakan lembu fidlot. Ternakan yang dikurung diberikan makanan menggunakan kaedah potong dan angkut. Secara tidak langsung, ia menambahkan beban kerja kepada tenaga buruh. Walaupun bagaimanapun, penggunaan sistem ini boleh mengurangkan kemungkinan berlakunya masalah kecacingan (helmintiasis) dan keracunan makanan. Di samping itu, ternakan lebih mudah dijaga dan dipantau berbanding sistem penternakan secara bebas lepas. Sistem penternakan semi intensif bermakna ternakan dilepaskan untuk tujuan meragut pada masa ditentukan di kawasan yang ditetapkan. Ini bukan sahaja memudahkan kerja-kerja pembersihan kandang tetapi juga mengurangkan stress atau tekanan kepada ternakan. Sistem penternakan ekstensif adalah sistem penternakan yang paling kurang dipraktikan oleh ladang-ladang komersil. Sistem ini lebih diamalkan oleh penternak kecil-kecilan atau yang menjalankan aktiviti ternakan sebagai satu hobi. Sifat kambing yang gemar meneroka menyukarkan pengurusan, pengawalan dan pemantauan ternakan. Di antara masalah-masalah yang dihadapi di bawah penternakan sistem ini ialah i) Kehilangan ternakan ii) Penyakit parasit (kecacingan) iii) Keracunan makanan iv) Kekurangan nutrien. Amalan perladangan campuran atau ringkasnya perladangan secara integrasi ternakan dan tanaman merupakan salah satu konsep kaedah pengoptimaan tanah bagi mengatasi masalah kekurangan tanah bagi tujuan pertanian dan penternakan. 4
  • 6. Di dalam konsep ini, ternakan menggunapakai sumber bahan makanan yang tumbuh melata di antara tanaman utama. Di samping itu, bahan-bahan sampingan pertanian seperti daun sawit di dalam perladangan kelapa sawit boleh digunakan sebagai bahan makanan ternakan. Hubungan duahala ini memberi kelebihan dan keuntungan. Ia mengurangkan kos mendapatkan makanan ternakan dan pada masa yang sama rumput rumpai dibersihkan secara biologi serta tanah dibajai dengan bahan organik sisa ternakan. 4. PROJEK PENTERNAKAN KAMBING. Projek penternakan kambing dibahagikan kepada 5 komponen utama iaitu 1) Perancangan projek. 2) Pembangunan perumahan dan kandang kambing. 3) Makanan ternakan. 4) Pengurusan ternakan 5) Pemasaran 4.1 Perancangan projek Parameter-parameter berikut adalah penting untuk digunakan di dalam merancang dan memantau perkembangan projek penternakan kambing. Bil. Parameter Jantan Betina 1 Keperluan keluasan seekor kambing 12 -15 kaki 2. Berat lahir 1.5 – 1.8 kg 1.2 – 1.8 kg 3. Umur kematangan 9 bulan 6 bulan 4. Berat matang 28 – 32 kg 18 -23 kg. 5. Kenaikan berat badan (ADG) 100gm hingga 250 sehari. 6. Nisbah jantan kepada betina 1 25 7. Usia cerai susu 2 – 3 bulan atau 8. Berat cerai susu 12 – 15 kg 9. Usia pembiakan pertama 18 – 20 bulan 10. Kitaran estrus 21 hari 11. Tempoh kebuntingan 147 – 150 hari 5
  • 7. 4.2 PERUMAHAN DAN KANDANG KAMBING. Terdapat pelbagai jenis, bentuk dan rupa rumah serta kandang kambing. Setiap sesuatu rekaan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Namun demikian, setiap binaan berkenaan perlu memberikan persekitaran yang selesa untuk didiami oleh ternakan. Di samping itu, binaan rumah berkenaan sebaik- baiknya membantu mempermudahkan kerja-kerja pengurusan harian ternakan dilakukan. 4.2.1 Susunatur rumah Rumah kambing perlu mengikuti susunatur memanjang yang bertentangan dengan arah pergerakan matahari. Sebaik-baiknya cahaya matahari di waktu pagi dan petang boleh mencecah di bahagian tengah rumah. Ini bertujuan merendahkan kadar kelembapan dan menjadikan rumah kambing sentiasa kering. Jarak minima perumahan kambing di antara satu dan la in perlu sekurang- kurangnya 30 kaki atau sama dengan lebar rumah kambing berkenaan. Ini bertujuan memberi ruang aliran udara di antara perumahan yang baik dan merendahkan perpindahan penyakit melalui udara dari satu rumah ke rumah lain. 4.2.2 Atap Pada ketika ini, terdapat pelbagai jenis atap yang terdapat di pasaran seperti zink, asbestos dan aluminium. Namun demikian, pemilihan bahan sebagai atap perumahan kambing perlu mengambil kira daripada segi kos dan keupayaan untuk tidak menyimpan haba. 6
  • 8. Kawasan kandang secara keseluruhannya sebaik-baiknya dilitupi atap yang dapat melindungi ternakan dari hujan dan panas terik matahari. Jarak minima di antara atap bahagian tengah rumah dengan lantai ialah 12 kaki. Sementara itu di bahagian tepi rumah kambing, jarak minima di antara atap dan lantai ialah 8 kaki. Adalah baik sekiranya di antara atap rumah kambing yang biasa, diletakkan atap yang bersifat tembus cahaya(translucent). Ini bertujuan memberikan pencahayaan semulajadi ke dalam kandang di samping membantu merendahkan kadar kelembapan di dalam kandang. 4.2.3 Lantai Kandang Bahan yang digunakan sebagai lantai kandang kambing sama ada plastik ataupun kayu perlu bersifat tahan lama, tidak mudah rosak, tidak mudah melekit dan cepat kering. Lantai kandang kambing perlu mempunyai ruang di antara 1 hingga 1.5 cm bagi membolehkan tinja kambing jatuh ke bawah. Sebaik-baiknya batang kayu atau plastik yang digunakan sebagai lantai tidak terlalu lebar (1” X 2”). Ruang keluasan batang kayu atau plastik yang kecil memudahkan kerja- kerja pembersihan dilakukan. Jarak di antara lantai kandang dan lantai bawah di permukaan tanah sebaik- baiknya di antara 5 – 5.5 kaki. Jarak yang lebih rendah akan memungkinkan kambing menghadapi masalah kesihatan seperti mata berair, batuk dan sukar bernafas berpunca dari tinja yang terkumpul di bawah kandang. 4.2.4 Lantai bumi Ruang lantai bumi sebaik-baiknya disimen dan mempunyai kecerunan lebihkurang 2%. Ini bertujuan menjadikan kerja-kerja pembersihan dan pengumpulan tinja di bahagian hujung kandang lebih mudah kerana dibantu oleh perbezaan titik graviti. Baja organik yang dihasilkan dari tinja yang dikutip dari lantai bersimen adalah lebih berkualiti berbanding lantai bumi yang cuma dilapisi pasir atau tanah. 7
  • 9. 4.2.5 Tangga rumah kambing Kebiasaanya tangga rumah kambing diperbuat dari kayu. Namun demikian alternatif yang baik ialah penggunaan tangga yang diperbuat dari konkrit kasar dan kesat. Ini amat berguna terutama sekiranya penternak mengamalkan penternakan sistem semi intensif yang menyebabkan ternakan sentiasa menggunakan tangga untuk turun dan naik ke kawasan kandang. Pergeseran di antara tangga konkrit yang kasar dan kesat dengan kuku kaki kambing secara pasifnya membantu mengurangkan masalah kuku panjang. 4.2.6 Kandang kambing Keluasan yang bersesuai untuk seekor kambing betina dewasa ialah di antara 12 hingga 15 kaki persegi. Bagi kegunaan 25 ekor kambing betina dan seekor jantan, sebanyak 312 kaki persegi kawasan diperlukan. Setiap kandang perlu disediakan palong makanan dan palong minuman. Terdapat pelbagai jenis bahan yang boleh digunakan sebagai palong makanan. Di antaranya ialah penggunaan penakung air hujan plastik, tong plastik dan palong buatan yang diperbuat dari kayu. Ketinggian palong makan sebaik-baiknya tidak lebih tinggi dari paras dada kambing dan bersekat. Ini bertujuan menggelakkan kambing dari memasuki tempat makanan dan mengotorinya. Palong minuman adalah lebihkurang sama dengan palong makanan. Namun demikian kambing mempunyai sifat untuk tidak menggunakan air minuman dari takungan atau palong air yang kurang bersih. 8
  • 10. Oleh yang demikian, alternatif terbaik kepada palong minuman ialah penggunaan paip minuman automatik (automated water drinker). Penggunaan paip minuman automatik ini bukan sahaja menjaga kebersihan minuman ternakan tetapi juga mampu mengurangkan pembaziran air. 4.2.7 Pemagaran kawasan. Kawasan projek penternakan adalah perlu dipagar bagi mengelakkan berlaku perkara yang tidak diingin seperti kehilangan ternakan akibat kecurian atau pemangsaan haiwan lain dan kemasukan agen yang berpotensi membawa penyakit. Jenis pagar perimeter yang boleh digunakan ialah pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Alternatif kepada pagar ini ialah penggunaan pagar jenis chain link atau kawat duri. Namun demikian, penggunaan 2 jenis pagar ini kurang efektif berbanding penggunaan pagar jenis cyclone tightlock high tensile. Terdapat 3 jenis tiang pagar yang boleh digunakan iaitu jenis besi galvani (G.I pipe), angle iron dan kayu. Setiap tiang perlu berukuran 7 kaki keseluruhannya. Tiang berkenaan akan ditanam sedalam 2 kaki dan meninggalkan ketinggian 5 kaki untuk tujuan pemagaran. Jarak di antara tiang ialah 10 kaki. 9
  • 11. 4.3 MAKANAN DAN MINUMAN Survival projek penternakan adalah bergantung kepada keupayaan untuk menyediakan makanan ternakan yang cukup kandungan nutriennya dan murah daripada sudut kos pengurusan. Ini adalah kerana lebih dari 70 peratus kos pengurusan datang dari kos makanan ternakan. Kenaikan harga bahan makanan ternakan kesan dari kenaikan harga bahan bakar dunia menyukarkan pengusaha projek ternakan untuk meletakkan pergantungan ke atas sumber makanan ternakan komersil. Oleh yang demikian, adalah penting agar pengusaha projek ternakan untuk membangunkan sendiri pengeluaran sumber makanan ternakan atau mengenalpasti sumber hasil sampingan pertanian yang boleh dimanfaatkan sebagai sumber makanan ternakan. Seperti manusia, ternakan juga memerlukan makanan seimbang yang mengandungi zat-zat nutrien seperti protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam galian. Kekurangan zat-zat ini di dalam makanan ternakan akan membawa kepada masalah kesihatan di dalam jangka masa panjang. Secara tidak langsung menjejaskan prestasi ternakan dan projek ternakan secara amnya. Setiap zat-zat nutrien mempunyai fungsinya yang tertentu. Zat protein diperlukan oleh badan untuk membina otot-otot yang kuat selain menjadi elemen penting di dalam proses pemulihan. Karbohidrat diperlukan sebagai bekalan tenaga. Demikian juga dengan lemak selain daripada berfungsi sebagai penebat haba, ia juga berfungsi sebagai elemen simpanan untuk digunakan apabila kekurangan karbohidrat. Vitamin merupakan zat nutrien yang penting walaupun ia cuma diperlukan dalam kuantiti yang sedikit. Kekurangan vitamin boleh menyebabkan beberapa fungsi sel dan organ terjejas yang mana membawa kepada berlakunya penyakit kepada haiwan. Garam galian yang penting seperti kalsium dan fosforus diperlukan untuk pertumbuhan tulang, gigi dan kesihat. Kekurangan garam seperti natrium boleh ketidakseimbangan tekanan bendalir di dalam badan. Berbanding zat-zat lain yang boleh didapati pada sumber makanan ternakan seperti rumput dan dedaun hijau, pemberian garam jilat boleh membantu menampung kekurangan yang mungkin berlaku pada sumber makanan tersebut. 10
  • 12. Air adalah antara komponen terbesar di dalam badan ternakan. 70% daripada badan terdiri daripada air. Oleh yang demikian, adalah wajar supaya ternakan sentiasa diberikan sumber air minuman bersih sepanjang masa. Sumber makanan kambing secara amnya boleh dibahagi kepada 2 iaitu makanan utama: rumput atau dedaunan hijau dan makanan tambahan. Penternak selalu digalakkan untuk memperuntukkan sebahagian kawasan untuk tanaman makanan ternakan terutamanya Rumput Napier atau Jagung. Ini adalah kerana 2 tanaman ini mempunyai pengeluaran yang tinggi dan sangat sesuai ditanam untuk kawasan yang kecil. Walaupun demikian, terdapat tanaman lain yang sesuai ditanam dan dijadikan sebagai makanan ternakan. Di antaranya ialah a) Rumput Guinea b) Rumput Humidicola c) Setaria d) Centrosema (tanaman kekacang) e) Petai Belalang (Leucaena leucocephala) f) Daun nangka g) Glyridisia Selain daripada itu, penternak boleh menggunakan bahan-bahan makanan seperti hampas kacang soya, mil kacang, mil ikan sebagai sumber protein. Penggunaan hampas sagu rumbia, dedak padi, lebihan makanan seperti nasi juga boleh diberikan sebagai sumber tenaga. 4.4 PENGURUSAN TERNAKAN Secara am, kitaran pengurusan ternakan bermula dengan kelahiran kepada pembiakan seterusnya kebuntingan dan beranak kembali. Berikut adalah peringkat-peringkat pengurusan ternakan:- 4.4.1 Peringkat kelahiran. Selepas kelahiran, anak kambing mesti diberikan susu awal ataupun kolostrum. Pemberian susu ini adalah penting kerana susu awal kambing yang dihasilkan di sepanjang 3 hari pertama selepas kelahiran mengandungi antibodi yang 11
  • 13. diperlukan bagi melindungi dari serangan penyakit. Selain daripada itu kolostrum mengandungi zat protein yang tinggi diperlukan oleh badan untuk tumbesaran. Pada kebiasaannya, anak kambing akan menghisap sendiri. Sekiranya anak kambing lemah atau tidak berbuat sedemikian, tindakan memerah dan menggunakan botol susu atau syringe perlu dilakukan bagi memastikan anak kambing kolostrum secukupnya. Selain daripada memastikan anak kambing mendapat kolostrum, talipusat anak kambing yang didapati panjang perlulah dipotong sekurang-kurangnya setengah inci dari badan. Iodin perlu disapukan pada pusat berkenaan bertujuan mengelakkan menjadi sumber laluan kepada agen penyakit. Di masa awal peringkat kelahiran dalam tempoh 4 hingga 6 minggu pertama, makanan yang secukupnya perlu disediakan secara potong angkut kepada ibu kambing. Ini membolehkan induk berkenaan berehat dan memulihkan diri untuk bersedia pada peringkat seterusnya. 4.4.2 Peringkat cerai susu. Cerai susu adalah peringat anak kambing dipisahkan daripada ibunya. Namun demikian, peringkat ini perlu dilakukan secara beransur-ansur. Pada ketika anak kambing berusia menghampir 3 atau 4 bulan, sumber makanan seperti rumput atau dedaunan hijau boleh diberikan secara sedikit demi sedikit. Selalunya pada usia ini anak kambing sudah mulai belajar memamah dedaun hijau. Pada lingkungan usia selewat 4 bulan, anak kambing sepatutnya sudah dipisahkan dari ibunya. Selalunya kelewatan melakukan cerai susu kepada anak kambing menyebabkan prestasi kambing berkenaan seperti berat badan dewasa, tempoh kematangan dan pembiakan akan terjejas. Anak-anak kambing jantan yang mencapai usia 9 bulan perlu dipisahkan daripada anak-anak kambing betina. Ini adalah kerana umur ini adalah untuk yang mana kambing jantan mula mencapai kematangan seksual dan berkebolehan untuk membiak. 4.4.3 Penjagaan kambing dewasa Kambing-kambing dewasa dikandangkan mengikut jantina. Kambing jantan dan betina dicampurkan hanya apabila hendak dibiakkan. Nisbah kambing jantan kepada kambing betina ialah satu ekor jantan untuk 20 hingga 25 ekor kambing betina. Pada ketika tidak dibiakkan, kambing jantan perlu diletakkan di dalam kandang individual dan tidak dicampurkan dengan kambing jantan yang lain. Ini 12
  • 14. bertujuan untuk mengelakkan pemangsaan akibat dominasi kambing jantan yang lain. Salah satu proses yang penting di dalam penternakan ialah proses pemilihan. Proses ini adalah bertujuan menentukan ternakan yang berprestasi tinggi sentiasa berada di dalam ladang. Kambing-kambing yang gagal menunjukkan prestasi yang baik selalunya dikeluarkan dari ladang dan dijual sama ada sebagai ternakan hidup atau disembelih untuk daging. Pemilihan dilakukan berdasarkan pemerhatian dan pengamatan terhadap ternakan dan dibantu oleh data-data yang telah direkodkan seperti berat lahir, berat cerai susu, kenaikan berat badan harian yang tinggi, jarak kelahiran yang singkat, sentiasa beranak kembar dan berat matang yang dicapai dalam masa singkat. 4.5 PEMASARAN. Secara amnya, permintaan terhadap daging kambing adalah bermusim dan ini dapat dilihat meningkat terutamanya ketika perayaan-perayaan seperti Hari Raya dan Deepavali. Hasilnya pada ketika musim-musim perayaan, berlaku kekurangan daging kambing dalam negara dan menyebakan fenomena peningkatan sementara pengimportan kambing hidup untuk sembelihan dan daging kambing sebagai makanan. Selain daripada musim perayaan, permintaan terhadap daging kambing tetap ada walaupun harga borong daging kambing agak mahal iaitu di antara RM 15 hingga 25 sekilo. Penggunaan perkapita daging kambing di Malaysia masih berada di tahap rendah iaitu 0.8 hingga 0.9kg. Ini berkemungkinan besar didorong oleh persepsi orang ramai tentang perkaitan di antara pemakanan daging kambing dan kesihatan. Namun demikian, kajian yang dilakukan oleh USDA mendapati daging kambing kurang daripada segi kandungan kolestrol dan lain-lain parameter yang dipercayai boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. 13
  • 15. Perkara Kambing Ayam Lembu Bebiri Khinzir Kalori 122 162 179 175 180 Lemak (g) 2.6 6.3 7.9 8.1 8.2 Lemak Tepu (g) 0.79 1.70 3.0 2.90 2.90 Protein (g) 23 25 25 25 24 Kolesterol (g) 63.8 76.0 73.1 78.2 73.1 Sumber: Piawai Pengkalan Data Nutrient USDA rujukan dikeluarkan pada 14 Julai 2001 Daging kambing mendapat permintaan oleh dipasarkan melalui pasar raya besar atau hypermart seperti TESCO, JUSCO dan Giant. Selain daripada itu boleh dibekalkan untuk memenuhi permintaan hotel dan restoran. Cabaran utama di dalam industri ini ialah berkemampuan untuk membekalkan di dalam kuantiti yang besar dan berterusan. Namun demikian dengan minat, usaha dan sabar serta menyusun atur strategi yang bersesuaian pasti mampu mengatasi cabaran seterusnya memberi hasil dan pulangan yang lumayan. 14