1. 1
1.0 PENGENALAN
Fitrah kejadian manusia dicipta dengan pelbagai keupayaan untuk membantu diri mereka dan
orang lain bagi meneruskan kehidupan di dunia ini. Manusia haruslah berusaha
membangunkan keupayaan tersebut supaya dapat dimanfaatkan kepada diri mereka sendiri
dan masyarakat yang mana bersesuaian dengan firman Allah S.W.T. yang bermaksud ‘Allah
tidak akan merubah sesuatu kaum itu melainkan mereka sendiri yang merubahnya’.
Masalah sukar mengingati pelajaran boleh didefinisikan sebagai seseorang yang susah untuk
mengingati apa yang dipelajarinya sama ada pembelajaran itu secara formal atau tidak
formal. Hal ini disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah tidak faham atau kurang
faham dengan mata pelajaran, gangguan di tempat belajar, kesihatan mental dan fizikal, tiada
kemahuan dan motivasi untuk belajar, hati tidak tenang atau tidak bersih dan tiada
keberkatan.
Tidak faham atau kurang faham dengan mata pelajaran tertentu. Jangan mengharapkan 100%
daripada hafalan semata-mata kerana kefahaman itu kunci utama di dalam menuntut ilmu.
Selain itu, kesihatan mental dan fizikal. Pepatah arab ada mengatakan minda yang sihat lahir
dari badan yang sihat. Elakkan fikiran negatif yang dapat merangsang otak untuk mudah
tertekan. Jaga pemakanan dan banyakkan makanan yang baik untuk kesihatan mental seperti
kismis, madu, kurma, badam dan sebagainya. Untuk kesihatan fizikal pula ialah dengan
melakukan senaman ringan setiap hari walaupun hanya sekejap.
2. 2
2.0 PUNCA MASALAH SUKAR MENGINGATI PELAJARAN
2.1 Tidak faham ataupun kurang faham dengan mata pelajaran tertentu
Jangan mengharapkan seratus-peratus dari hafalan semata-mata. Ini kerana
kefahaman itu utama di dalam kita menuntut ilmu. Jangan malu bertanya kepada
guru-guru ataupun teman-teman. Jangan menganggap bertanya itu sebagai
‘kurang pandai”. Kalau kita perhatikan dimana sekolah pun, pelajar yang bijak
akan rajin bertanya pada gurunya. Ingatlah tiada istilah malu dalam menuntut
ilmu.
2.2 Gangguan di tempat belajar
Suasana yang kondusif di tempat belajar memainkan peranan yang amat penting
semasa sesi pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana, keselesaan dan kebersihan
perlu diutamakan dalam proses menuntut ilmu. Islam turut menitikberatkan
kebersihan dalam adab-adab menuntut ilmu. Keselesaan juga perlu agar pelajar
boleh fokus di dalam pelajaran. Sekiranya mengulangkaji di rumah, cuba elakkan
bunyi-bunyi yang bising dimana boleh mengganggu konsentrasi belajar.. Jikalau
berada di rumah, masih ada ibu bapa yang boleh mengawal situasi. Sebaiknya
setiap pelajar harus peka akan tanggungjawab masing-masing kerana apabila
menginjak dewasa masing-masing akan punya ego untuk dipertahankan.
3. 3
2.3 Kesihatan mental dan fizikal
Pepatah Arab ada mengatakan, minda yang sihat lahir dari badan yang sihat.
Kesihatan itu perlu seimbang diantara mental dan fizikal barulah pelajar dapat
menumpukan perhatian sepenuhnya pada pelajaran. Elakkan fikiran negatif yang
dapat meransang otak pelajar untuk mudah “stress”. Jaga pemakanan dan
banyakkan makanan yang baik untuk kesihatan mental seperti kismis, madu,
kurma, badam dan sebagainya.
2.4 Tiada kemahuan dan motivasi untuk belajar
Tanpa dorongan dan motivasi daripada orang sekeliling menyebabkan pelajar
menjadi lemah semangat untuk belajar kerana mereka akan berfikir untuk siapa
mereka belajar untuk apa mereka belajar sekiranya mereka tiada matlamat untuk
sesuatu perkara yang mereka lakukan. Pada peringkat umur pelajar, mereka masih
tercari-cari haluan hidup mereka. Sehubungan dengan itu, menjadi tanggungjawab
ibu bapa, pihak sekolah dan pihak yang bertanggungjawab yang lain untuk
memberi kesedaran kepada pelajar untuk belajar tanpa jemu. Tanpa kemahuan
maka tiadalah jalan bagi mereka untuk menuju kecemerlangan di dalam pelajaran.
Pelajar itu sendiri perlu memotivasikan diri mereka untuk terus berjaya dengan
cemerlang. Mereka harus ada kemahuan untuk belajar, barulah semangat dan
motivasi itu akan tumbuh di dalam diri. Ini akan meransang pelajar untuk belajar
lebih gigih lagi.
4. 4
2.4 Hati tidak tenang dan tidak bersih
Ini antara salah satu aspek utama yang jarang dititik beratkan oleh mana-mana
pelajar. Hati yang kotor akan menyebabkan kerisauan, malas, tidak semangat dan
sebagainya. Solat lima waktu hendaklah dijaga sebaiknya. Membaca Al-Quran
dan berdoa kepada-NYA sebelum dan sesudah belajar dan menjauhi diri dari
segala larangan-NYA.
2.5 Tiada keberkatan
Hubungan yang kurang baik antara ibu bapa menyebabkan seseorang pelajar sukar
untuk menerima dan menyimpan ilmu yang dipelajari kerana keberkatan hidup itu
ada pada redha ibu bapa. Sebagai anak, selalulah memohon kemaafan daripada
ibu bapa dan guru walaupun tidak melakukan sebarang kesilapan terhadap
mereka. Selain itu, sentiasa memanjatkan doa kepada yang Maha Esa supaya
diberi keberkatan dalam menuntut ilmu. Sentiasa berkelakuan baik supaya redha
mereka sentiasa mengiringi perjalanan hidup kita. Bukan hanya pada ibu bapa dan
guru, pelajar juga perlu berbuat baik pada rakan-rakan dan orang lain
disekelilingnya dan jangan sesekali menyakiti hati orang lain. Jangan malu untuk
meminta mereka mendoakan kejayaan pelajar untuk berjaya. Doa ibu bapa tiada
hijabnya dengan Allah S.W.T.
5. 5
2.6 Stress
Dalam kehidupan seorang pelajar seringkali dikaitkan dengan ‘stress’ terutama
pelajar di peringkat IPT. Masalah tugasan yang berlambak-lambak, masalah
kewangan, masalah peribadi dan sebagainya. Masalah tekanan perasaan ini tidak
baik untuk kesihatan mental dan emosi kerana ia berupaya mempengaruhi diri
pelajar jadi seorang yang pemarah dan perasaannya sentiasa tidak stabil. Hal ini
demikian kerana ianya dapat mengganggu pemikiran seseorang yang menyimpan
maklumat.
2.7 Pengaruh zat kimia
Ada kebiasaan hidup yang kurang menyokong pemikiran otak. Kebiasaannya
ialah merokok, minuman alkohol dan sebagainya. Kajian membuktikan bahawa
nikoten yang terdapat pada asap rokok dapat membunuh sel otak kita. Selain itu,
pemakanan yang mengandungi zat kimia yang tinggi berupaya merosakkan minda
pelajar.
6. 6
3.0 CARA MENGATASI MASALAH SUKAR MENGINGATI PELAJARAN
3.1 Amalkan pemakanan yang sihat
Setiap otak manusia sentiasa berfungsi untuk menerima ransangan dan maklumat,
mengolah, mengembangkan fikiran dan emosi serta menyimpan memori. Zat
pemakanan amat diperlukan untuk menjaga otak agar dapat berfungsi secara
optimum. Penjagaan atau pemeliharaan cara pemakanan penting untuk
mengoptimumkan keupayaan dan kecerdikan seseorang serta membantu
menguatkan daya ingatan pelajar. Antara pemakanan yang sesuai adalah, sayuran
hijau, bijirin, telur, buah delima, kismis dan madu.
3.2 Jangan terlalu stress
Kadang kala kehidupan pelajar penuh dengan beban yang menyebabkan pelajar
tersebut stress dengan kehidupan mereka. Stress yang melampau memberi kesan
yang dapat mengganggu proses pembelajaran seseorang pelajar. Oleh yang
demikian, setiap pelajar haruslah mengelakkan diri mereka dari stress. Antara cara
yang boleh diamalkan oleh pelajar untuk mengatasi stress ialah mendengar musik,
minum air putih yang banyak, dan bersenam pada hujung minggu untuk
menghilangkan stress.
7. 7
3.3 Fokus di dalam kelas
Kegagalan memberikan tumpuan dalam kelas menyebabkan ramai pelajar gagal
meraih keputusan yang baik dalam peperiksaan. Oleh itu, pelajar harus
memberikan sepenuh perhatian di dalam kelas semasa guru sedang mengajar agar
mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Jangan bermain ketika
guru sedang mengajar agar tidak terlepas perkara-perkara yang penting di dalam
kelas. Pelajar juga harus cuba duduk di barisan depan dalam kelas agar dapat
memahami pengajaran yang diajar oleh guru dan elakkan duduk di bahagian
belakang.
8. 8
4.0 TEKNIK BELAJAR YANG BERKESAN
4.1 Mula belajar dengan lebih awal
Kebanyakan para pelajar menunggu tarikh peperiksaan hampir barulah hendak
mula ulang kaji mahupun belajar. Masa yang singkat beberapa minggu sebelum
exam bukanlah masa yang sesuai untuk pelajar mengingati ilmu-ilmu baru. Oleh
itu, pelajar perlu mula belajar lebih awal dan tidak perlu tunggu saat-saat akhir
untuk segalanya.
4.2 Buat nota ringkas atau mind-map
Nota ringkas atau mind-map sangat berguna terutamanya disaat beberapa hari
sebelum pelajar menghadapi peperiksaan ketika mengulang kaji pelajaran . pelajar
digalakkan untuk membuat nota ringkas atau mind-map untuk rujukan. Nota
ringkas ini mampu memudahkan pelajar tanpa membaca semua buku. Ini kerana,
hari-hari menghadapi peperiksaan bukanlah masa untuk kita menghadap semua
buku yang ada pada kita.
4.3 Manfaatkan kemahiran mengingat
Terdapat banyak kemahiran yang boleh para pelajar manfaatkan untuk
memudahkan mereka mengingat apa yang telah dipelajari antaranya, tampal nota-
nota penting di dinding dan gunakan kaedah akronim. Yang kedua pula ialah,
tukar perkataan, ayat, atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah . Selain itu,
pelajar boleh menggunakan ayat yang memahami apa yang ingin dihafalnya
9. 9
4.4 Menghafal atau memahami
Waktu untuk belajar, cuba fahamkan konsep yang ingin kita belajar iaitu terlebih
dahulu faham kerana itu yang paling penting untuk belajar. Fahamkan konsep dan
idea sesuatu topik itu untuk difahami. Apabila telah faham mudahlah untuk
ingatkan dan hafal tanpa seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu. Jangan
belajar saat-saat akhir kerana ia akan memberi kesan yang buruk dalam
penghafalan dan pemahaman kita.
4.5 Belajar mengikut waktu yang sesuai
Pelajar seharusnya belajar dan mengulang kaji pelajaran mengikut waktu yang
sesuai dengan diri masing-masing. Walau bagaimanapun, pelajar perlu tahu
waktu-waktu yang sesuai untuk diri pelajar masing-masing.
10. 10
5.0 TAHAP PEMBENTUKAN DAYA INGATAN PELAJAR
5.1 Mencatat
Pembentukan daya ingatan dimulakan dengan mencatat maklumat selama
dipersepsi. Data kemudian didokumentasi dalam sistem daya ingatan jangka
pendek yang jumlahnya disimpan pada waktu terbatas. Kalau maklumat itu tidak
diulang secara kerap, maklumat pada daya ingatan jangka pendek akan hilang
dalam waktu beberapa minit dan diisi oleh maklumat lain.
5.2 Menyimpan
Maklumat yang penting tidak hilang, tetapi dikirimkan ke daya ingatan jangka
panjang dan disimpan. Proses menyimpan ini melibatkan pembuatan gabungan
antara kata, erti, imaginasi visual atau pengalaman lain seperti bau atau bunyi.
Orang yang cenderung menyimpan maklumat pada subjek yang mereka ketahui
dengan lengkap kerana maklumat ini lebih bererti bagi mereka.
5.3 Pemanggilan kembali
Tahap akhir daya ingatan adalah mengingat kembali, iaitu maklumat yang
disimpan dalam tingkat tidak sedar dibawa ke pikiran sedar. Sejauh mana
maklumat itu dapat dipercayai, pakar menyakini, bahawa ini bergantung pada
sebaik mana maklumat ini diingat buat pada pertama kalinya.
11. 11
6.0 CARA MENINGKATKAN DAYA INGATAN BAGI PELAJAR MELALUI GAYA
HIDUP
6.1 Daya ingatan dan tekanan
Masalah dalam mengingat boleh menimbulkan tekanan yang lebih banyak serta
mempengaruhi daya ingatan seseorang pelajar. Kecemasan dan kemurungan boleh
menjadi sebab utama masalah daya ingatan pada seseorang. Hal ini kerana,
keadaan fisiologi itu mengganggu fikiran serta membuat seseorang sukar
menumpukan perhatian pada hal lain. Ketika berada dalam kemurungan atau
tekanan yang berlebihan, seseorang itu lebih cenderung menarik diri dari masalah.
Ini kerana, mereka sukar untuk merakam maklumat dengan cara yang normal dan
fikiran mungkin terganggu oleh perkara negatif.
6.2 Daya ingatan dan diet
Diet yang baik dapat meningkatkan kemampuan daya mengingat seseorang
terutamanya pelajar. Ketidakseimbangan dalam diet boleh membawa masalah.
Kemampuan seseorang untuk mengingat dapat dipengaruhi oleh kekurangan zat
besi, mineral, vitamin dan protein serta oleh zat-zat makanan tambahan yang
terlalu banyak gula.
12. 12
6.3 Minum banyak air
Air dapat membantu menjaga sistem daya ingatan terutamanya kepada pelajar.
Kerana air mengandungi oksigen yang mampu mengekalkan kecerdasan minda
seseorang. Kekurangan air pada badan seseorang dapat menyebabkan kesan
terhadap daya ingatan akibat berlakunya dehidrasi yang menimbulkan masalah
berfikir tentang masalah lain.
13. 13
7.0 PENDEKATAN UNTUK MENINGKATKAN DAYA INGTAN MEMORI
7.1 Pendekatan SQ3R
Pendekatan SQ3R iaitu soal selidik, kajian, membaca, mendeklamasi dan
mengupas dengan cara sistematik dalam aktiviti pembelajaran dan mengingati
bahan baru. Bagi menggunakan pendekatan ini, pecahkan tugas kepada unit-unit
kecil. Pertama, dengan cepat kaji dan selidik bahan dalam setiap unit, menanyakan
persoalan tentang aspek terpenting dalam apa yang dikaji, membaca bahan itu dan
dengan cepat menyatakan isi-isi penting dengan kuat dan akhir sekali mengupas
dan mengulas semua bahan yang terlibat.
7.2 Melatih dan melaksanakan pengulangan
Pengulangan membantu menukar ataupun memindahkan informasi daripada
memori jangka pendek kepada memori jangka panjang. Mengekalkan
pengulangan mungkin dilihat lebih mekanikal bagi pelajar yang pandai, tetapi
jangan lupa inilah cara yang digunakan dalam mempelajari huruf dan membuat
pengiraan. Misalnya kita menulis ejaan perkataan berulang kali bagi
mengingatinya. Apabila kita mahir dengannya, kita dapat menggunakan masa
untuk berfikir dan mengaplikasikannya dan bukan cuba memerah otak untuk
mengingat semula.
14. 14
7.3 Mengaitkan informasi baru dengan apa yang diketahui
Merupakan cara memperincikan pengulangan yang membantu dalam mengingati
sesuatu. Lazimnya kita meluaskan pengetahuan dengan menghubungkan item-
item baru dengan perkara yang sedia maklum. Contohnya kita mengingati
maklumat tentang ikan paus dengan mengaitkannya dengan mamalia lain.
15. 15
8.0 KESIMPULAN
Masalah kesukaran mengingati pelajaran boleh dibantu dan dirawat dengan pelbagai cara.
Pada zaman serba moden ini, faktor pemakanan adalah faktor utama kepada masalah ini
kerana kini makanan segera dijadikan sebagai makanan utama sesetengah pelajar. Lambakan
makanan segera sangat membimbangkan ini kerana bahan-bahan yang digunakan mampu
menumpulkan ingatan. Pemantauan daripada ibu bapa sangat penting bagi membanteras
tabiat suka makan makanan segera. Bagi pelajar di IPT mereka perlu sering didedahkan
kepada keburukan makanan segera dan kesannya untuk jangka masa yang panjang. Kerajaan
perlu turut memainkan peranannya dalam membantu mahasiswa dan mahasiswi dengan
menyediakan duit poket yang lebih. Hal ini kerana duit pinjaman yang diperolehi tidak
mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian pelajar dan perbelanjaan bagi menyiapkan
tugasan menyebabkan mereka berjimat dengan hanya makan makanan segera. Selain itu,
kecanggihan zaman IT turut mempengaruhi masalah ingatan terhadap pelajaran kerana ia
mampu melalaikan dan merosakkan pemikiran kerana terdapat bahan-bahan porno dalam
internet yang mampu merosakkan hati dan minda pelajar. Tambahan pula, di institusi
pengajian tinggi disediakan dengan kemudahan bagi melayari internet dengan cepat dan ini
disalahgunakan oleh sesetengah pelajar.
16. 16
9.0 MODUL
RADIO KARAT
Bil Perkara Huraian
1 TUJUAN Penyerapan dan penyampaian maklumat yang
berkesan.
2 OBJEKTIF 1 Memupuk kepekaan terhadap maklumat yang
diterima
2 Memupuk kefahaman maklumat yang diterima
3 Memastikan penyampaian maklumat yang betul
3 RINGKASAN AKTIVITI Setiap kumpulan berada dalam satu barisan dan
kami akan memberi serangkai ayat kepada ahli.
Selepas itu, ahli pertama dikehendaki
menyampaikan secara berbisik kepada rakan
dibelakangnya dan seterusnya sehingga ahli yang
terakhir. Peserta terakhir akan menulis dan
membaca ayat yang diterima.
4 JANGKA MASA 5minit sahaja
5 PERALATAN DAN KELENGKAPAN Pen dan kertas A4
6 HASIL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1 Pelbagai halangan dalam komunikasi terhadap
persekitaran yang diterima perlu ditangani dengan
berhemah.
2 Ketelitian dalam penerimaan dan penyampaian
maklumat
17. 17
HARTA PERIBADI
Bil Perkara Huraian
1 TUJUAN Melihat kepekaan pelajar dalam menerima
maklumat
2 OBJEKTIF 1 Memupuk kefahaman pelajar dalam menerima
arahan.
2 Untuk menyedarkan pelajar betapa pentingnya
maklumat yang diberi.
3 Merangsang ketangkasan dalam memproses
maklumat.
3 JANGKA MASA 5 Minit sahaja
4 PERALATAN TIADA
5 HASIL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1 Kecekapan pelajar dalam menerima maklumat.
18. 18
MENARA MARSHMALLOW
Bi
l
Perkara Huraian
1 TUJUAN Meningkatkan semangat kesepakatan dalam
kumpulan
2 OBJEKTIF 1 Memupuk semangat bekerjasama dalam
kumpulan.
2 Mencungkil kreativiti setiap ahli kumpulan.
3 Menanam sifat bertolak ansur dan bantu
membantu menggunakan lidi yang diberikan.
3 JANGKA MASA 10 minit sahaja
4 PERALATAN Salotape, marshmallow, lidi
5 HASIL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1 Memupuk sikap kreatif dan semangat
berkumpulan
2 Mewujudkan perkongsian idea.
19. 19
BLIND COLOUR
Bi
l
Perkara Huraian
1 TUJUAN Untuk menguji ketajaman daya ingatan
seseorang.
2 OBJEKTIF 1 Untuk melihat sejauh mana ingatan seseorang
kepada sesuatu yang sering dilihat.
2 Untuk melihat bagaimana gambar mampu
mempengaruhi ingatan seseorang.
3 JANGKA MASA 5 minit sahaja
4 PERALATAN Gambar
Kertas A4
5 HASIL PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN
1 Mengurangkan sikap ambil mudah seseorang
pelajar terhadap sesuatu perkara yang kerap kali
dilihat.
20. 20
10.0 RUJUKAN
1. Muhamad Razali Kamaruddin, 2012.Belajar tanpa stress, National Bestseller:
2. Khalid Mohamad Nor,2002.Mengapa Sukar Belajar, PTS Millennia:
3. Imran Jaafar,1999.Langkah Menuju Daya Ingatan Lebih Baik, GOLDEN BOOKS
CENTRE SDN. BHD:
4. Ainon Mohd.Abdullah Hassan,1996.Belajar BErfikir, Utusan Publications &
Distributors Sdn Bhd: