SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
40│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
BAB 4
PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS
Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung
dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru
Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi
perancangan, pelaksanaan, penilian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar
merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan
makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan.
Penolong Kanan Pentadbiran/ Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan
Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan
pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan
kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian
dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk
memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar.
4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik
Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang
diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik.
4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Dilantik dalam kalangan guru sains/ matematik yang berpengalaman.
b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains/ matematik.
c. Gred jawatan DG 44.
4.1.2 Latihan yang diperlukan oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik
a. Pengurusan stok.
b. Pengendalian peralatan sains.
c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains.
d. Pengendalian peralatan ICT.
e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│41
4.1.3 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik
Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua
dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata
pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan,
pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains
dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional
kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah
untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang
pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program
perkembangan staf.
Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam
pengurusan makmal sains adalah seperti:
a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem
bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan
menepati ciri-ciri keselamatan.
b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan
bersih dan selamat digunakan.
c. Merancang dan menyediakan:
i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan.
ii. Peraturan keselamatan.
iii. Latihan kecemasan dan kebakaran.
iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan.
v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh
penggunaannya.
d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains
mematuhi sepenuhnya peraturan makmal.
e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan
makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut
dipatuhi.
f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat
sekurang-kurangnya enam bulan sekali.
g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains
dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan.
h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi
pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
42│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains
mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang
berkuatkuasa.
j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli
dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya.
k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja
Amali Sains (PEKA Sains).
l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains.
m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti
perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal.
n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains
dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan.
o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan
supaya menepati ciri-ciri keselamatan.
p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke
semasa.
4.2 Ketua Panitia Sains
Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua
Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan
penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal
dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri
daripada guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti
Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi.
Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua
dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di
bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat
dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan
tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan.
4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains
Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains
adalah seperti berikut:
a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan
dan bahan sains.
b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi
keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│43
c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan
hapus kira dan pelupusan.
d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual
operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem.
e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik
sains seperti berikut:
i. Pesanan peralatan dan bahan sains.
ii. Stok makmal sains.
iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains.
iv. Kerosakan dan kehilangan.
v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan.
vi. Kemalangan.
vii. Rekod penggunaan makmal sains.
f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna.
g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air,
gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri
keselamatan.
h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan
diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik
sains.
i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik
sains.
j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
k. Memberi bimbingan profesional kepada guru dalam panitianya dan
kakitangan makmal dan bilik sains.
l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya.
m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik
sains.
n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains.
o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan
bahan sains di bawah jagaannya.
p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
44│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru
sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan:
i. Pengurusan makmal dan bilik sains.
ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan.
iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan
berbahaya yang lain.
r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang
berkaitan dengan makmal dan bilik sains.
s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan.
t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains.
u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar
dari masa ke semasa.
4.3 Guru Sains
Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains
dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut:
a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains.
b. Melaksanakan PEKA Sains.
c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan
makmal dan bilik sains.
d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat.
e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan
dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan
kakitangan makmal dan bilik sains.
f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan
betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan.
g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod,
menyemak dan mengemas kini stok.
h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains.
i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar
dari masa ke semasa.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│45
4.4 Pembantu Makmal
4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal
a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia.
b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata
pelajaran sains.
c. Lulus Bahasa Melayu.
4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal
a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran).
b. Kemahiran menyediakan larutan piawai.
c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik.
d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan
mikroorganisma.
e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah
teroksida.
f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan
bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya.
g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains
yang sistematik.
h. Kemahiran mengendalikan komputer.
i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem
paip air.
j. Kemahiran menguruskan stok.
k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan
kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan.
l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur.
m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains.
4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal
4.4.3.1 Tugas Harian
a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains
sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu
makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
46│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar
sentiasa dalam keadaan bersih.
c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat.
d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan
oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/ radas atau borang
pesanan.
e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi
sebelum kerja amali dijalankan.
f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan
untuk kerja amali.
g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam
mengendalikan peralatan dan bahan sains.
h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang
kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan.
i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke
tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali.
j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas
dan lampu setelah selesai setiap kerja amali.
k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains
termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas.
l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid
mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali.
m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang
terakhir pada setiap hari:
i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah
digunakan.
ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik.
iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu
makmal sains.
iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan
pengetua.
n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera
sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru
sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau
Pengetua.
o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│47
seperti mengemaskini stok dan sebagainya.
p. Mencuci peralatan sains yang kotor.
q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima
bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal.
r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari
masa ke semasa.
4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah
a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains
mengemas kini rekod stok.
b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya
seperti yang diperlukan untuk kerja amali.
c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan
kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen
jika perlu.
d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai
supaya boleh digunakan di makmal sains.
e. Menghasilkan air suling.
f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains.
g. Mengecas dan discas akumulator.
h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model,
alat timbang dan sebagainya.
i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan
bersistem.
j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat
mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput
tarikh.
l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains
jika perlu.
m. Menyemak dan melaporkan bahan sains yang telah luput tarikh
kepada guru sains untuk tindakan seterusnya.
n. Mengemaskinikan butiran dalam kad stok berdasarkan rekod
invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang
baru diterima.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
48│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja
hapus kira dan pelupusan.
p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal
sains.
q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan
bahan biologi disusun dengan teratur.
r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk
perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang
kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera
kepada pihak sekolah.
s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta
berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan.
t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat
anggaran belanjawan.
4.4.3.3 Tugas-tugas Lain
a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains
dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu
pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan).
b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua
pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua/ Ketua Bidang Sains
dan Matematik/ Ketua Panitia.
c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua
berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik
sahaja diterima daripada pembekal.
d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas.
e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat
bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains.
f. Membantu mengurus buku stok/ inventori.
g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru
dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok
utama dan kad stok.
h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam
borang pesanan.
i. Memasang klip buaya pada dawai.
j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem
sains dan sebagainya.
k. Menajamkan alat-alat pemotong.
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│49
l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali.
m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan
binatang jika ada.
n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali.
o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan
baru.
p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah,
kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan.
q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat
dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan.
4.4.4 Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah
(diluluskan mulai tahun 2009).
Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)
Formula pengiraan kelayakan bagi:
a. Pembantu Makmal Gred C17.
b. Pembantu Makmal Gred C22.
Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua
buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu
jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud
perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan
Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei
2009.
Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut:
c. Pembantu Makmal Gred C26
Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi
jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu
Makmal gred C26.
4.5 Cadangan
Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja-
kerja di makmal sains sebelum penempatan dilakukan bagi membolehkan mereka
menjalankan tugas dengan berkesan.
Bilangan Makmal x 1
Bilangan Makmal x 1
Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains
50│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS
4.6 Rujukan
4.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan
Keselematan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan
Kurikulum. Kuala Lumpur.
4.6.2 Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam.
JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 14 Mei 2009.
4.6.3 Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)(BPO)253/2/11-
6/Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008.

More Related Content

What's hot

Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Nirwanah Snd
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
Cik Sakura
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i think
Cikgu Bibi
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
cik noorlyda
 

What's hot (20)

Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp) Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
Pelan induk pembangunan pendidikan (pipp)
 
Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini  Dasar Dasar KPM Terkini
Dasar Dasar KPM Terkini
 
Pembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusanPembangunan profesionalisme berterusan
Pembangunan profesionalisme berterusan
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025PPPM 2013 - 2025
PPPM 2013 - 2025
 
Bab 8 keselamatan
Bab 8  keselamatanBab 8  keselamatan
Bab 8 keselamatan
 
Amalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolahAmalan kebersihan sekolah
Amalan kebersihan sekolah
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Kod etika perguruan
Kod etika perguruanKod etika perguruan
Kod etika perguruan
 
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
STANDARD 1 - KEPIMPINAN (Standard Kualiti Pendidikan Malaysia Gelombang 2) - ...
 
PPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakanPPPM 11 anjakan
PPPM 11 anjakan
 
Bab 2 zaman air batu
Bab 2 zaman air batuBab 2 zaman air batu
Bab 2 zaman air batu
 
apa itu program i think
apa itu program i thinkapa itu program i think
apa itu program i think
 
Instrumen lisan
Instrumen lisanInstrumen lisan
Instrumen lisan
 
Falsafah tvet
Falsafah tvetFalsafah tvet
Falsafah tvet
 
Surat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling IkhtisasSurat Pekeliling Ikhtisas
Surat Pekeliling Ikhtisas
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
Bab4 visual tayang
Bab4 visual tayangBab4 visual tayang
Bab4 visual tayang
 
Pembugaran Kepimpinan Instruksional
Pembugaran Kepimpinan InstruksionalPembugaran Kepimpinan Instruksional
Pembugaran Kepimpinan Instruksional
 
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
kecerdasan pelbagai & gaya pembelajaran (1)
 

Viewers also liked (7)

Pengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmalPengurusan pdp di_makmal
Pengurusan pdp di_makmal
 
Pengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaranPengurusan pembelajaran
Pengurusan pembelajaran
 
08 isi pelajaran 1
08  isi pelajaran 108  isi pelajaran 1
08 isi pelajaran 1
 
Makmal sekolah pendahuluan
Makmal sekolah   pendahuluanMakmal sekolah   pendahuluan
Makmal sekolah pendahuluan
 
Amali Kerja Kaca
Amali Kerja KacaAmali Kerja Kaca
Amali Kerja Kaca
 
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia BerbahayaKeselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
Keselamatan Semasa Mengendalikan Bahan Kimia Berbahaya
 
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINSBAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
BAB 1 PENGENALAN KEPADA SAINS
 

Similar to Peranan guru & pembantu makmal

Tugas kakitangan makmal
Tugas kakitangan makmalTugas kakitangan makmal
Tugas kakitangan makmal
Pendidikan
 
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdfMANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
feri834972
 
Penjadualn pengajaran di sekolah
Penjadualn pengajaran di sekolahPenjadualn pengajaran di sekolah
Penjadualn pengajaran di sekolah
Hanis Nadiah
 
Rpp biologi smk kelas x (eek)
Rpp biologi smk kelas  x (eek)Rpp biologi smk kelas  x (eek)
Rpp biologi smk kelas x (eek)
ochidtea
 

Similar to Peranan guru & pembantu makmal (20)

Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Contoh program kerja lab ipa
Contoh program kerja lab ipaContoh program kerja lab ipa
Contoh program kerja lab ipa
 
Tugas kakitangan makmal
Tugas kakitangan makmalTugas kakitangan makmal
Tugas kakitangan makmal
 
Kegiatan lab
Kegiatan labKegiatan lab
Kegiatan lab
 
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdfMANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
MANAJEMEN LABORATORIUM.pdf
 
Penjadualn pengajaran di sekolah
Penjadualn pengajaran di sekolahPenjadualn pengajaran di sekolah
Penjadualn pengajaran di sekolah
 
BAB 2. PENGELOLAAN DAN MANAJEMEN LAB..pptx
BAB 2. PENGELOLAAN DAN MANAJEMEN LAB..pptxBAB 2. PENGELOLAAN DAN MANAJEMEN LAB..pptx
BAB 2. PENGELOLAAN DAN MANAJEMEN LAB..pptx
 
RPT SAINS THN 2 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 2 2022-2023 By Rozayus Academy.pdfRPT SAINS THN 2 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
RPT SAINS THN 2 2022-2023 By Rozayus Academy.pdf
 
Kelompok 4_Administrasi Laboratorium.pdf
Kelompok 4_Administrasi Laboratorium.pdfKelompok 4_Administrasi Laboratorium.pdf
Kelompok 4_Administrasi Laboratorium.pdf
 
RPT-SAINS-THN-2.docx
RPT-SAINS-THN-2.docxRPT-SAINS-THN-2.docx
RPT-SAINS-THN-2.docx
 
Struktur lab
Struktur labStruktur lab
Struktur lab
 
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docxRPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
RPH MINGGU 6 SAINS THN 1 BY CIKGU GORGEOUS.docx
 
Tugas mandiri pengelolaan laboratorium tingkat lanjut
Tugas mandiri pengelolaan laboratorium tingkat lanjutTugas mandiri pengelolaan laboratorium tingkat lanjut
Tugas mandiri pengelolaan laboratorium tingkat lanjut
 
Skt pk1
Skt pk1Skt pk1
Skt pk1
 
Pengurusanbengkel
PengurusanbengkelPengurusanbengkel
Pengurusanbengkel
 
Sop laboratorium
Sop laboratoriumSop laboratorium
Sop laboratorium
 
Tata cara untuk memakai laboratorium ipa.ppt
Tata cara untuk memakai laboratorium ipa.pptTata cara untuk memakai laboratorium ipa.ppt
Tata cara untuk memakai laboratorium ipa.ppt
 
Rpp biologi smk kelas x (eek)
Rpp biologi smk kelas  x (eek)Rpp biologi smk kelas  x (eek)
Rpp biologi smk kelas x (eek)
 
Program kerja lab bio
Program kerja lab bioProgram kerja lab bio
Program kerja lab bio
 
Lab sekolah
Lab sekolahLab sekolah
Lab sekolah
 

More from Siti Alias (20)

Chemical for consumer
Chemical for consumerChemical for consumer
Chemical for consumer
 
Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)
Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)
Chapter 5 medicines kumpulan anis(3)
 
Soap & detergent che nur nadira
Soap & detergent che nur nadiraSoap & detergent che nur nadira
Soap & detergent che nur nadira
 
Soap & detergent kump syahirah
Soap & detergent kump syahirahSoap & detergent kump syahirah
Soap & detergent kump syahirah
 
Elements in period 3 smkbbst
Elements in period 3 smkbbstElements in period 3 smkbbst
Elements in period 3 smkbbst
 
Preparing alcohols
Preparing alcoholsPreparing alcohols
Preparing alcohols
 
Naming alcohols
Naming alcoholsNaming alcohols
Naming alcohols
 
Alcohol
AlcoholAlcohol
Alcohol
 
Sample p2 kimia 2013
Sample p2 kimia 2013Sample p2 kimia 2013
Sample p2 kimia 2013
 
Bonds
BondsBonds
Bonds
 
Relative atomic mass
Relative atomic massRelative atomic mass
Relative atomic mass
 
Chemical formulae
Chemical formulaeChemical formulae
Chemical formulae
 
Homologous series
Homologous seriesHomologous series
Homologous series
 
Combustion of hydrocarbon
Combustion of hydrocarbonCombustion of hydrocarbon
Combustion of hydrocarbon
 
Carbon compound
Carbon compoundCarbon compound
Carbon compound
 
Alkane
AlkaneAlkane
Alkane
 
Tuition mole exercise revision
Tuition mole exercise revisionTuition mole exercise revision
Tuition mole exercise revision
 
Concept of mole
Concept of moleConcept of mole
Concept of mole
 
Factors affecting rate of reaction (recovered)
Factors affecting rate of reaction (recovered)Factors affecting rate of reaction (recovered)
Factors affecting rate of reaction (recovered)
 
Finding instantaneous rate of reaction from a graph
Finding instantaneous rate of reaction from a graphFinding instantaneous rate of reaction from a graph
Finding instantaneous rate of reaction from a graph
 

Peranan guru & pembantu makmal

  • 1. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 40│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS BAB 4 PERANAN GURU SAINS DAN KAKITANGAN MAKMAL SAINS Semua anggota di bawah organisasi Bidang Sains adalah terlibat secara langsung dalam pengurusan dan pentadbiran makmal dan bilik sains di sekolah. Pengetua dan Guru Besar sekolah bertanggungjawab atas keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penilian dan pemantauan. Pengetua dan Guru Besar merupakan pemimpin kurikulum yang bertanggungjawab ke atas guru-guru dan kakitangan makmal dan bilik sains dalam aspek profesional dan pengurusan. Penolong Kanan Pentadbiran/ Akademik, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, Penolong Kanan Kokurikulum, Penolong Kanan Petang dan Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar dalam keseluruhan pengurusan makmal dan bilik sains berkaitan pengendalian program kurikulum dan kokurikulum sains di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Setiap anggota mestilah mempunyai komitmen dan berkemahiran untuk memastikan Bidang Sains berjalan dengan lancar. 4.1 Ketua Bidang Sains dan Matematik Bidang Sains dianggotai oleh semua guru sains dan kakitangan makmal sains yang diketuai oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik. 4.1.1 Syarat Kelayakan Perlantikan Ketua Bidang Sains dan Matematik a. Dilantik dalam kalangan guru sains/ matematik yang berpengalaman. b. Mempunyai pengkhususan dalam bidang sains/ matematik. c. Gred jawatan DG 44. 4.1.2 Latihan yang diperlukan oleh Ketua Bidang Sains dan Matematik a. Pengurusan stok. b. Pengendalian peralatan sains. c. Prosedur pelupusan bahan kimia dan peralatan sains. d. Pengendalian peralatan ICT. e. Pengurusan dan keselamatan makmal sains.
  • 2. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│41 4.1.3 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik Ketua Bidang Sains dan Matematik bertanggungjawab kepada Pengetua dalam pengendalian program kurikulum dan kokurikulum semua mata pelajaran sains dan matematik di sekolah dari segi perancangan, pelaksanaan, penyelarasan, penilaian dan pemantauan. Ketua Bidang Sains dan Matematik juga bertanggungjawab dalam memberi bimbingan profesional kepada guru-guru sains dan kakitangan makmal sains. Bimbingan ini adalah untuk memastikan peningkatan kemahiran mereka, khususnya dalam bidang pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal melalui program perkembangan staf. Tugas dan tanggungjawab Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam pengurusan makmal sains adalah seperti: a. Menyelia dan memastikan segala kemudahan fizikal seperti sistem bekalan elektrik, gas, air, kerusi dan meja secukupnya, berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. b. Memastikan segala kelengkapan makmal sentiasa berada dalam keadaan bersih dan selamat digunakan. c. Merancang dan menyediakan: i. Pelan tindakan keselamatan semasa kecemasan. ii. Peraturan keselamatan. iii. Latihan kecemasan dan kebakaran. iv. Kelengkapan pencegahan kebakaran dan jadual penyelenggaraan. v. Kit pertolongan cemas yang lengkap dan tidak luput tarikh penggunaannya. d. Menyelia dan memastikan guru, murid dan kakitangan makmal sains mematuhi sepenuhnya peraturan makmal. e. Merancang serta menyediakan senarai tugas dan waktu kerja kakitangan makmal sains serta memastikan senarai dan waktu kerja tersebut dipatuhi. f. Mengurus dan memastikan penyemakan stok makmal sains dibuat sekurang-kurangnya enam bulan sekali. g. Memastikan kerja hapus kira dan pelupusan peralatan serta bahan sains dijalankan mengikut peraturan yang ditetapkan. h. Merancang dan menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan bagi pengajaran dan pembelajaran sains serta keperluan makmal sains.
  • 3. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 42│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS i. Mengenal pasti dan menguruskan perolehan peralatan dan bahan sains mengikut Arahan Perbendaharaan dan Surat Pekeliling yang berkuatkuasa. j. Menguruskan dan memeriksa peralatan dan bahan sains yang baru dibeli dan yang baru diterima mengikut bilangan dan spesifikasinya. k. Mengurus dan mengelola persediaan dan pelaksanaan Pentaksiran Kerja Amali Sains (PEKA Sains). l. Merancang jadual waktu penggunaan makmal sains. m. Merancang, mengenal pasti dan melaksanakan program atau aktiviti perkembangan staf yang melibatkan guru sains dan kakitangan makmal. n. Memastikan tugas penyelenggaraan komputer dalam makmal sains dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan. o. Menyelia dan menyelenggara semua kemudahan fizikal dan peralatan supaya menepati ciri-ciri keselamatan. p. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 4.2 Ketua Panitia Sains Panitia bertanggungjawab membantu Pengetua dan Guru Besar serta Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam perancangan, perlaksanaan, penyelarasan dan penilaian daripada aspek pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan makmal dan bilik sains sekolah. Panitia sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains terdiri daripada guru yang bertanggungjawab mengajar mata pelajaran sains seperti Sains, Sains Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Panitia Sains yang diketuai oleh Ketua Panitia Sains yang dilantik oleh Pengetua dan Guru Besar secara rasmi untuk memimpin guru-guru mata pelajaran sains di bawah tanggungjawabnya. Ketua Panitia Sains secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Bagi memastikan semua tugas dapat dilaksanakan oleh panitia, Ketua Panitia bertanggungjawab untuk memastikan tugas panitia dilaksanakan dengan berkesan. 4.2.1 Tugas dan Tanggungjawab Ketua Panitia Sains Tugas Ketua Panitia Sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut: a. Membantu merancang perbelanjaan tahunan bagi perolehan peralatan dan bahan sains. b. Menyemak dan mengemas kini stok makmal dan bilik sains dari segi keperluan peralatan dan bahan sains sepanjang tahun.
  • 4. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│43 c. Merekod peralatan dan bahan sains yang rosak dan hilang untuk tujuan hapus kira dan pelupusan. d. Memastikan kaedah penyimpanan peralatan, bahan sains dan manual operasi peralatan sains mengikut prosedur dan bersistem. e. Menyemak dan mengemas kini rekod pengurusan makmal dan bilik sains seperti berikut: i. Pesanan peralatan dan bahan sains. ii. Stok makmal sains. iii. Pinjaman atau pemindahan peralatan dan bahan sains. iv. Kerosakan dan kehilangan. v. Penyelenggaraan dan pemeriksaan. vi. Kemalangan. vii. Rekod penggunaan makmal sains. f. Menyelenggara peralatan dan bahan eksperimen dengan sempurna. g. Memastikan fizikal makmal dan bilik sains, sistem bekalan elektrik, air, gas, perabot dan kemudahan lain berfungsi dan menepati ciri-ciri keselamatan. h. Memastikan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains dipatuhi dan diamalkan oleh semua pihak yang menggunakan makmal dan bilik sains. i. Memberi bimbingan dan menyelia kerja kakitangan makmal dan bilik sains. j. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. k. Memberi bimbingan profesional kepada guru dalam panitianya dan kakitangan makmal dan bilik sains. l. Membantu merancang anggaran perbelanjaan tahunan bagi panitianya. m. Membantu menyediakan jadual waktu penggunaan makmal dan bilik sains. n. Merekod dan mengemaskinikan stok makmal dan bilik sains. o. Menyelaras penggunaan makmal dan bilik sains serta peralatan dan bahan sains di bawah jagaannya. p. Membantu dalam penyelenggaraan makmal dan bilik sains.
  • 5. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 44│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS q. Merancang dan melaksanakan program perkembangan staf untuk guru sains dan kakitangan makmal dan bilik sains berkaitan dengan: i. Pengurusan makmal dan bilik sains. ii. Pengendalian dan penyelenggaraan peralatan. iii. Pengendalian dan penyimpanan bahan toksik, radioaktif dan bahan berbahaya yang lain. r. Membantu merancang dan melaksanakan arahan dan peraturan yang berkaitan dengan makmal dan bilik sains. s. Membantu merancang dan melaksanakan penyemakan stok tahunan. t. Merancang dan mengendalikan PEKA Sains. u. Menjalankan tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa. 4.3 Guru Sains Guru sains secara automatik menjadi anggota Panitia Sains. Tugas guru sains dalam pengurusan makmal dan bilik sains adalah seperti berikut: a. Mematuhi jadual penggunaan makmal dan bilik sains. b. Melaksanakan PEKA Sains. c. Memastikan murid mematuhi dan mengamalkan peraturan keselamatan makmal dan bilik sains. d. Memastikan makmal dan bilik sains sentiasa bersih, ceria dan selamat. e. Mengenal pasti keperluan peralatan dan bahan sains yang akan digunakan dalam kerja amali serta mengisi borang atau buku pesanan untuk tindakan kakitangan makmal dan bilik sains. f. Mengawasi penggunaan peralatan dan bahan sains supaya digunakan dengan betul, cermat, jimat dan mematuhi langkah keselamatan. g. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Ketua Panitia merekod, menyemak dan mengemas kini stok. h. Mengendalikan sistem maklumat bagi senarai dan bahan sains. i. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Guru Besar dari masa ke semasa.
  • 6. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│45 4.4 Pembantu Makmal 4.4.1 Syarat Kelayakan Lantikan Pembantu Makmal a. Mempunyai sekurang-kurangnya Sijil Pelajaran Malaysia. b. Lulus dalam mata pelajaran matematik atau salah satu daripada mata pelajaran sains. c. Lulus Bahasa Melayu. 4.4.2 Keperluan Latihan Pembantu Makmal a. Kemahiran melabel bahan kimia dan kepekatan larutan (kemolaran). b. Kemahiran menyediakan larutan piawai. c. Kemahiran mengendalikan bahan kimia terutamanya bahan toksik. d. Kemahiran mengendalikan eksperimen yang berkaitan dengan mikroorganisma. e. Kemahiran mengendalikan bahan mudah berkulat, berkarat dan mudah teroksida. f. Kemahiran mengendalikan keadaan kecemasan, seperti tumpahan bahan organik, bahan mengkakis, rejatan elektrik dan seumpamanya. g. Kemahiran mengendalikan stok dan penyimpanan alat atau bahan sains yang sistematik. h. Kemahiran mengendalikan komputer. i. Kemahiran membaiki kerosakan kecil sistem pendawaian dan sistem paip air. j. Kemahiran menguruskan stok. k. Kemahiran mengendalikan peralatan sains terutama yang memerlukan kejituan seperti dalam pengukuran dan timbangan. l. Kemahiran menyelenggarakan peralatan sains mengikut prosedur. m. Kemahiran melupuskan bahan-bahan kimia dan peralatan sains. 4.4.3 Tugas-tugas Pembantu Makmal 4.4.3.1 Tugas Harian a. Membuka pintu makmal dan pintu bilik persediaan makmal sains sebelum waktu sesi pembelajaran bermula dan mengunci pintu makmal apabila sesi pembelajaran makmal berakhir.
  • 7. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 46│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS b. Memastikan kerja-kerja pembersihan makmal sains agar sentiasa dalam keadaan bersih. c. Memastikan makmal dalam keadaan ceria dan selamat. d. Menyediakan alat, radas dan bahan sains seperti yang dipesan oleh guru sains dalam buku penyediaan alat/ radas atau borang pesanan. e. Memastikan semua peralatan dan bahan sains berfungsi sebelum kerja amali dijalankan. f. Memelihara dan menjaga tumbuhan dan haiwan yang diperlukan untuk kerja amali. g. Melaksanakan semua langkah keselamatan dalam mengendalikan peralatan dan bahan sains. h. Mengambil tindakan yang sewajarnya jika berlaku sebarang kecemasan seperti kebakaran dan kecederaan. i. Membersih dan menyimpan peralatan dan bahan sains ke tempat asal yang telah ditetapkan setelah selesai kerja amali. j. Membersih meja makmal, sinki dan menutup paip gas, air, kipas dan lampu setelah selesai setiap kerja amali. k. Memeriksa dan menyelenggara kemudahan makmal sains termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. l. Membantu guru sains, mengawas dan membantu murid mendapatkan peralatan dan bahan sains semasa amali. m. Memastikan tindakan berikut diambil selepas kerja amali yang terakhir pada setiap hari: i. Membersih bekas dan sisa bahan sains yang telah digunakan. ii. Menutup bekalan gas, air dan elektrik. iii. Menutup tingkap, mengunci pintu bilik persediaan dan pintu makmal sains. iv. Menyimpan kunci bilik makmal sains mengikut arahan pengetua. n. Mengambil tindakan sewajarnya serta melapor dengan segera sebarang kehilangan, kerosakan dan kebocoran kepada guru sains, Ketua Panitia, Ketua Bidang Sains dan Matematik atau Pengetua. o. Membantu mengendalikan sistem maklumat makmal sains
  • 8. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│47 seperti mengemaskini stok dan sebagainya. p. Mencuci peralatan sains yang kotor. q. Membantu membuat pesanan untuk pembelian dan menerima bahan-bahan serta radas daripada pihak pembekal. r. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dari masa ke semasa. 4.4.3.2 Tugas Semasa Cuti sekolah a. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dan guru sains mengemas kini rekod stok. b. Menyediakan reagen kimia, larutan penunjuk dan sebagainya seperti yang diperlukan untuk kerja amali. c. Menokoktambahkan kandungan botol reagen dengan larutan kimia yang berkenaan dan mengganti label pada botol reagen jika perlu. d. Mengubah suai dan membuat inovasi daripada bahan terpakai supaya boleh digunakan di makmal sains. e. Menghasilkan air suling. f. Membantu membaik pulih kerosakan kecil peralatan sains. g. Mengecas dan discas akumulator. h. Menyelenggarakan mikroskop, kanta, neraca, slaid, carta, model, alat timbang dan sebagainya. i. Menyusun peralatan dan bahan sains dengan selamat dan bersistem. j. Menyemak dan memastikan bahan beracun dan bahan berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. k. Memeriksa dan memastikan kit pertolongan cemas serta alat mencegah kebakaran sentiasa lengkap, berfungsi dan tidak luput tarikh. l. Mengecat permukaan meja makmal sains dan peralatan sains jika perlu. m. Menyemak dan melaporkan bahan sains yang telah luput tarikh kepada guru sains untuk tindakan seterusnya. n. Mengemaskinikan butiran dalam kad stok berdasarkan rekod invois bagi peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi yang baru diterima.
  • 9. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 48│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS o. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik dalam kerja hapus kira dan pelupusan. p. Menyelia dan membantu kerja membaik pulih perabot makmal sains. q. Memastikan bahawa semua peralatan sains, bahan kimia dan bahan biologi disusun dengan teratur. r. Memeriksa, menyelenggara kemudahan makmal termasuk perabot, bekalan elektrik, air dan gas. Jika berlaku sebarang kerosakan atau kebakaran, laporkan perkara ini dengan segera kepada pihak sekolah. s. Menyemak semula dan memastikan bahan yang beracun serta berbahaya disimpan mengikut peraturan yang ditetapkan. t. Membantu Ketua Bidang Sains dan Matematik membuat anggaran belanjawan. 4.4.3.3 Tugas-tugas Lain a. Menyediakan senarai barang yang diperlukan oleh guru sains dan meminta sebut harga dari syarikat-syarikat yang tertentu pada awal tahun (sebelum penggal persekolahan). b. Membantu menulis pesanan dalam borang pesanan. Semua pesanan mestilah dibuat melalui Pengetua/ Ketua Bidang Sains dan Matematik/ Ketua Panitia. c. Memeriksa alat-alat dan bahan-bahan pesanan supaya semua berkeadaan baik dan mengikut kehendak guru sains sebaik sahaja diterima daripada pembekal. d. Menyimpan baucer pesanan dalam fail khas. e. Menyediakan carta-carta, model, slaid mikroskop, CD dan alat bantu mengajar lain yang diperlukan untuk pengajaran sains. f. Membantu mengurus buku stok/ inventori. g. Menerima dan menyemak radas dan bahan kimia yang baru dibeli serta memasukkan ke stor dan mencatat dalam buku stok utama dan kad stok. h. Menyenaraikan radas dan bahan utama yang kurang dalam borang pesanan. i. Memasang klip buaya pada dawai. j. Menyediakan radas dan bahan kimia untuk pameran sains, kem sains dan sebagainya. k. Menajamkan alat-alat pemotong.
  • 10. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│49 l. Merekod radas rosak atau pecah semasa amali. m. Mencuci kit sejuk, akuarium dan tempat-tempat pemeliharaan binatang jika ada. n. Membantu melakukan pembelian runcit bahan untuk amali. o. Membantu mengadakan kursus dalaman kepada kakitangan baru. p. Membuat catatan dalam buku kerosakan atau pecah, kemalangan, pinjaman dan lain-lain yang berkaitan. q. Berada dalam bilik makmal atau bilik persediaan supaya dapat dihubungi oleh guru sains apabila pertolongan diperlukan. 4.4.4 Norma Perjawatan Pembantu Makmal di Sekolah Menengah (diluluskan mulai tahun 2009). Norma Perjawatan Perakuan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Formula pengiraan kelayakan bagi: a. Pembantu Makmal Gred C17. b. Pembantu Makmal Gred C22. Sekolah Menengah (SM) yang mempunyai sekurang-kurangnya dua buah kelas Tingkatan Enam Sains adalah layak diwujudkan satu jawatan Pembantu Makmal C22. Dalam pelaksanaan KUP, akan wujud perjawatan C22 di sekolah harian biasa. (Rujuk Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 (11) bertarikh 14 Mei 2009. Jawatan ini termasuk dalam perkiraan formula berikut: c. Pembantu Makmal Gred C26 Norma ini turut terpakai di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) tetapi jawatan Pembantu Makmal Gred C22 diganti dengan jawatan Pembantu Makmal gred C26. 4.5 Cadangan Pembantu Makmal yang baru dilantik wajib menghadiri kursus asas berkaitan kerja- kerja di makmal sains sebelum penempatan dilakukan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas dengan berkesan. Bilangan Makmal x 1 Bilangan Makmal x 1
  • 11. Bab 4 - Peranan Guru Sains Dan Kakitangan Makmal Sains 50│PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS 4.6 Rujukan 4.6.1 Kementerian Pelajaran Malaysia (1999). Pengurusan Dan Keselematan Makmal Sains Sekolah. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. 4.6.2 Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)NP.134/1/Klt.19/s.k 2 bertarikh 14 Mei 2009. 4.6.3 Surat Siaran Jabatan Perkhidmatan Awam. JPA(S)(BPO)253/2/11- 6/Klt.27(36) bertarikh 30 Disember 2008.