SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
TEKS UCAPAN PENGETUA
Sempena
MAJLIS PERSARAAN
1
TEKS UCAPAN PENGETUA
MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK Sijangkang Jaya
Yang Berhormat,
Dr Hj Ahmad Yunus bin Hairi,
ADUN Kawasan Sijangkang.
Yang Berbahagia,
Encik...
Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan,
Jabatan Pelajaran Selangor.
Yang Berbahagia,
Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat,
Pn Hajah Foziah bt Haji Mohamad Azahari.
Yang Berbahagia,
Dato’ Hj Sulaiman bin Karli,
Penyelaras Pembangunan Parlimen Kuala Langat
Yang Berbahagia,
Dato’ Hj Nordin bin Selamat,
Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang,
Yang Berusaha,
Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib,
YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya,
Yang Berusaha dan diraikan
Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini
Pengetua SMK Sijangkang Jaya
Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan,
Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran.
En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid.
Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum
Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang
Yang Dohormati,
Para Tetamu Jemputan,
2
Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Para
Guru, dan seterusnya para pelajar yang dikasihi.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan
izin dan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama di Foyer Cempaka SMK
Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang
penuh bermakna iaitu Majlis Bakti Disemai Budi Dituai. Saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah
bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis pada pagi ini. Saya amat
terharu dan berbesar hati kerana diraikan dalam majlis ini. Terima kasih
kepada guru yang beriltizam tinggi menyempurnakan majlis ini dalam
suasana gilang gemilang.
Hadirian yang dihormati,
Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada
semua tetamu yang sudi hadir dalam majlis pada pagi ini, terutamanya
kepada YB Dr Ahmad Yunus b Hairi, Ketua Sektor Pengurusan
Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan PPD, Yang
Berbahagia Dato’ Sulaiman dan Dato Nordin . Kehadiran Dato’, tuan/puan
sangat besar ertinya kepada saya.
Tiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Permulaan kerjaya
saya sejak 1980 akan berakhir pada 1 Disember 2012. Selama 32 tahun
3
saya mengabdikan diri dalam dunia pendidikan. Suatu perjalanan yang
sangat panjang dan sudah semestinya mencatatkan seribu satu macam
pengalaman suka dan duka serta manis dan pahit. Bermula dari seorang
guru biasa dan dengan izinNYA, dapat menjadi seorang pentadbir. Saya
yakin dan percaya, semua yang hadir pada hari ini juga bermula dari bawah
dan meniti tapak demi tapak untuk menuju ke puncak jaya. Semoga
pengalaman ini menjadi inspirasi oleh anak-anak pelajar yang berada di
Foyer Cempaka ini untuk meneruskan langkah mengharungi alam kehidupan
yang mendatang.
Sayugia diingatkan bahawa, Jika pelajar ingin berjaya, mereka perlu
merancang proses pembelajaran mereka. Kegigihan, ketekunan dan
kerajinan adalah faktor utama untuk berjaya. Kalau pelajar terleka dan alpa,
dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat ketika anda
keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan
pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan
cemerlang dalam bidang pembelajaran.
Saya percaya kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini bukan sahaja
disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar,
tetapi termasuklah kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan
dibantu oleh semua warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu-
jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak di sini. Kejayaan
4
anak-anak ini pada keseluruhannya adalah hasil daripada usaha secara
kolektif dan kerja berpasukan.
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima
kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan
komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan sehingga
membolehkan pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR dan
SPM dari tahun ke tahun, begitu juga dengan pencapaian ko-akademik, ko
kurikulum, sahsiah dan sukan permainan. Atas kejayaan demi kejayaan
inilah yang membolehkan sekolah ini mendapat pengiktirafan dari
Kementerian Pelajaran Malaysia dalam program Baiah (Tawaran Baru
Pengetua) pada tahun 2011.
Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan
puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat
kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pentadbir di sekolah,
saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati dengan
pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya
ini. Keputusan kedua-dua peperiksaan awam kerajaan iaitu PMR dan SPM
amat membanggakan iaitu peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti.
Tahniah dan syabas guru-guru SMK Sijangkang Jaya yang dapat bekerja
bersama-sama dengan saya. Namun begitu, saya yakin selepas ini pihak
sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian
anak-anak kita ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja
dalam aspek kurikulum bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah,
daerah dan seterusnya yang lebih tinggi. Teruskan usaha yang baik ini dan
5
saya pasti ganjaran yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan
semua.
Hadirin sekalian,
Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu
dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman.
Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas dan
cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja
lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia menilai dan
bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang
harus diperbaiki, hatta mempelajari daripada mereka yang lebih cemerlang.
Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari
rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah
yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi
membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi
manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara.
Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada
proses ini.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk
hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu pula
merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya yakin,
6
sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru dapat
menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul
tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk
mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Pengaruh negatif yang datang dari
kanan dan kiri dan boleh diakses dimana-mana, menyebabkan proses
mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah dalam zaman siber
semakin sukar. Oleh yang demikian kesepaduan kata dan muafakat dalam
kalangan masyarakat amat diperlukan untuk menangani gejala negatif yang
boleh merosakkan bangsa, negara dan agama.
Tuan-tuan dan puan-puan
Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa
yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat
meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi.
Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari
masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai
minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya
dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak
kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak
menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk mencipta
masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus digunakan
sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang
7
cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak-
anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi anak-anak kita
pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan
ekonomi kian bertambah.
Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan
guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat
saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk
menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak
menyesal nanti.
Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab
pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu
Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi
polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya
benar-benar berharap PIBG dan masyarakat dapat seia sekata dan berfungsi
sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah
terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar.
Hadirin sekalian,
Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti
kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan
masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti
8
bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang
berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak.
Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan
berjaya melanjutkan ke kolej atau universiti. Markah sebanyak 10 peratus
telah diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Maka anak-anak yang aktif
dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan
pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti.
Hadirin sekalian,
Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak
kita yang berjaya. Saya telah sedaya upaya membantu dengan kemampuan
yang terhad dalam menyediakan prasarana sekolah untuk kemudahan
Pembelajaran dan Pengajaran serta kemudahan untuk kegiatan kokurikulum.
Pihak sekolah dan PIBG sedang berusaha menggarap idea bagi
membangunkan prasarana sekolah agar anak-anak kita dapat mengikuti
program kurikulum dan kokurikulum dengan lebih kondusif dan efisyen.
Sokongan ibu bapa dan PIBG amat saya harapkan kerana setiap antara kita
boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita .
Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit.
Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar.
Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA,
SATU SIJANGKJANG JAYA.
9
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian.
Menjadi harapan saya, di bawah kepimpinan dan pentadbiran yang
baru, sekolah ini boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam
semua aspek, di samping kerjasama semua pihak yang ingin melihat
Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya benar-benar berada di
puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang
Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang. Saya juga berharap usaha untuk
melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita
dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada anak-anak kita pada hari ini
dan masa depan
Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih
tidak terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya yang sudi
merancang, mengatur dan mengadakan majlis ini. Saya sangat berbesar hati
di atas majlis yang diadakan Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT
dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktahkan bicara,
terimalah dua rangkap pantun.
Tinggi bukit silang-gemilang,
Air pasang tenang-tenangan,
Budi sedikit takkan hilang,
Dalam hati kenang-kenangan
10
Jejaran mengkudu bias kesuma,
Di celah angsana di Kuala Sedeli,
Akhir di sini nokhtah bersama,
Di lain masa bersua kembali
Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi
wabarakatuh
Terima Kasih.
11

More Related Content

What's hot

Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiSalahhuddin Salleh
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruAzmi Bokhari
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanSuryadi Lagga
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruSuryadi Lagga
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxJULIZABINTIALLIMoe
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxNHazaarifaAinS
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineMaimunah Sibli
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruputeracho
 
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docUCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docridzwanali
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Nurulhuda Sharif
 
Ladap buku yusa
Ladap buku yusaLadap buku yusa
Ladap buku yusaYusa Yusuf
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxAhmadTermiziBaharum1
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarperiabalado
 
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Riduan Selimin
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Jamalludin Llud Lee
 
MEnjana Negara Sejahtera dan Bahagia
MEnjana Negara Sejahtera dan BahagiaMEnjana Negara Sejahtera dan Bahagia
MEnjana Negara Sejahtera dan BahagiaAmnah Saayah Ismail
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanUstZulZul
 

What's hot (20)

Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagiContoh teks pengacara perhimpunan pagi
Contoh teks pengacara perhimpunan pagi
 
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guruTeks ucapan wakil murid sempena hari guru
Teks ucapan wakil murid sempena hari guru
 
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan KemerdekaanTeks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
Teks Pengacara Majlis Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan
 
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun GuruTeks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
Teks Pengacara Majlis Jamuan Akhir Tahun Guru
 
Penilaianku
PenilaiankuPenilaianku
Penilaianku
 
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docxMinit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
Minit Mesyuarat Panitia BM 1.docx
 
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptxPENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
PENGURUSAN MINGGU PERTAMA PERSEKOLAHAN (1).pptx
 
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnlineTeks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
Teks pengacara majlis mesyaurat agung pibg. onnline
 
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guruContoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
Contoh teks ucapan pengacara majlis sempena hari guru
 
KBAT dalam PdP
KBAT dalam PdPKBAT dalam PdP
KBAT dalam PdP
 
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.docUCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
UCAPAN PELAJAR RESTU ILMU SPM 2021.doc
 
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
Teks pengacara majlis tamat prasekolah dan apresiasi tahun 6
 
Ladap buku yusa
Ladap buku yusaLadap buku yusa
Ladap buku yusa
 
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docxGuru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
Guru Akademik Biasa Sek Men MYPORTFOLIO.docx
 
Ucapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajarUcapan wakil pelajar
Ucapan wakil pelajar
 
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
Kertas Kerja Lawatan Penanda Aras 2020
 
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
Senarai tugas Guru Data Dan Maklumat (GDM)
 
Sistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan deweySistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan dewey
 
MEnjana Negara Sejahtera dan Bahagia
MEnjana Negara Sejahtera dan BahagiaMEnjana Negara Sejahtera dan Bahagia
MEnjana Negara Sejahtera dan Bahagia
 
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukanTeks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
Teks pengacara perasmian dan penutupan kejohanan sukan
 

Similar to Teks persaran pengetua.

Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangKementerian Pelajaran Malaysia
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaKementerian Pelajaran Malaysia
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Mohamad Aminuddin
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015Chon Seong Hoo
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Azman Adnan
 
PORTOFOLIO PJAS AMAN DI SMPN 1 LAMONGAN.docx
PORTOFOLIO    PJAS  AMAN DI  SMPN  1 LAMONGAN.docxPORTOFOLIO    PJAS  AMAN DI  SMPN  1 LAMONGAN.docx
PORTOFOLIO PJAS AMAN DI SMPN 1 LAMONGAN.docxEdySantoso45
 
Ucapan gb
Ucapan gbUcapan gb
Ucapan gbslomb
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Chon Seong Hoo
 
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolah
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolahSambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolah
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolahWian Satria
 
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTUcapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTMohamed Nazul Ismail
 
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTA
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTAHASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTA
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTAfirafaris
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19mdzaini
 

Similar to Teks persaran pengetua. (20)

Ucapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasiUcapan perasmian majlis graduasi
Ucapan perasmian majlis graduasi
 
Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016Ucapan pengetua 2016
Ucapan pengetua 2016
 
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkangTeks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
Teks ucapan timbalan kppm perasmian ma pibg smk sijangkang
 
Teks ucapan bmk
Teks ucapan bmkTeks ucapan bmk
Teks ucapan bmk
 
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jayaTeks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
Teks ucapan perasmian penutup mesyuarat agung pibg smk sijangkang jaya
 
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkangTeks ucapan kppm edited smk sijangkang
Teks ucapan kppm edited smk sijangkang
 
Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012Perutusan hari guru tahun 2012
Perutusan hari guru tahun 2012
 
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
TEKS UCAPAN YAB TPM SEMPENA MAJLIS PERASMIAN SAMBUTAN HARI GURU 2015
 
Teks ucapan
Teks ucapanTeks ucapan
Teks ucapan
 
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
Teks ucapan menteri pelajaran malaysia perutusan 2011
 
PORTOFOLIO PJAS AMAN DI SMPN 1 LAMONGAN.docx
PORTOFOLIO    PJAS  AMAN DI  SMPN  1 LAMONGAN.docxPORTOFOLIO    PJAS  AMAN DI  SMPN  1 LAMONGAN.docx
PORTOFOLIO PJAS AMAN DI SMPN 1 LAMONGAN.docx
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Pidato
PidatoPidato
Pidato
 
Ucapan gb
Ucapan gbUcapan gb
Ucapan gb
 
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
Teks ucapan yab tpm sempena majlis anugerah tawaran baharu kepada guru besar ...
 
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolah
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolahSambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolah
Sambutan menteri-hari-pertama-masuk-sekolah
 
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPTUcapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
Ucapan dalam Majlis Pelajar Baru 2015 IPGKPT
 
Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34Esei Guru Cemerlang DG34
Esei Guru Cemerlang DG34
 
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTA
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTAHASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTA
HASIL OBSERVASI DI TK AL- ISLAM 9 AL-FAJAR SURAKARTA
 
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
MAJALAH SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA TOK BACHOK EDISI 19
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia

Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKementerian Pelajaran Malaysia
 

More from Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdfTeknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
Teknik Menukarkan Bahasa Melayu Standard.pdf
 
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptxTIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
TIPS Menjelang Peperiksaan.pptx
 
Sinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnanSinopsis leftenan adnan
Sinopsis leftenan adnan
 
Sinopsis novel tirani
Sinopsis novel tiraniSinopsis novel tirani
Sinopsis novel tirani
 
Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021Rangka karangan spm 2021
Rangka karangan spm 2021
 
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaanKarangan   memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
Karangan memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan
 
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remajaRangka karangan cara mengatasi masalah remaja
Rangka karangan cara mengatasi masalah remaja
 
Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020Karangan permainan tradisional 2020
Karangan permainan tradisional 2020
 
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayangKarangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
Karangan peranan sekolah memupuk budaya penyayang
 
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplinKarangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
Karangan peranan ibu bapa mengatasi masalah disiplin
 
Karangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awamKarangan pengangkutan awam
Karangan pengangkutan awam
 
Karangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covidKarangan hikmah di sebalik covid
Karangan hikmah di sebalik covid
 
Gurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketigaGurindam 12 fasal ketiga
Gurindam 12 fasal ketiga
 
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
Pengajaran rumusan (usaha usaha perpaduan)
 
Teknik menjawab kertas 2
Teknik menjawab  kertas 2Teknik menjawab  kertas 2
Teknik menjawab kertas 2
 
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remajaKepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
Kepentingan ilmu dalam kehidupan remaja
 
B7 novel
B7 novelB7 novel
B7 novel
 
B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)B6 tatabahasa (peribahasa)
B6 tatabahasa (peribahasa)
 
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasaB5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
B5 latihan kesalahan kata, istilah dan tatabahasa
 
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhanB4 kesalahan ejaan dan imbuhan
B4 kesalahan ejaan dan imbuhan
 

Recently uploaded

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptnovibernadina
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANwawan479953
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfEniNuraeni29
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXIksanSaputra6
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...nuraji51
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxwawan479953
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaAndreRangga1
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdfAfriYani29
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxIvvatulAini
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxsyahrulutama16
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfAndiCoc
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...Kanaidi ken
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfIwanSumantri7
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxJuliBriana2
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxnursariheldaseptiana
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...Kanaidi ken
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanAyuApriliyanti6
 

Recently uploaded (20)

Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).pptKenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
Kenakalan Remaja (Penggunaan Narkoba).ppt
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
Aksi Nyata Menyebarkan (Pemahaman Mengapa Kurikulum Perlu Berubah) Oleh Nur A...
 
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptxDEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
DEMONSTRASI KONTEKSTUAL MODUL 1.3 CGP 10.pptx
 
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INGGRIS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 3 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, FigmaPengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
Pengenalan Figma, Figma Indtroduction, Figma
 
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
668579210-Visi-Gp-Berdasarkan-Tahapan-Bagja.pdf
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdfProv.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
Prov.Jabar_1504_Pengumuman Seleksi Tahap 2_CGP A11 (2).pdf
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan BerkelanjutanTopik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
Topik 4_Eksplorasi Konsep LK Kelompok_Pendidikan Berkelanjutan
 

Teks persaran pengetua.

  • 2. TEKS UCAPAN PENGETUA MAJLIS PERSARAAN PENGETUA SMK Sijangkang Jaya Yang Berhormat, Dr Hj Ahmad Yunus bin Hairi, ADUN Kawasan Sijangkang. Yang Berbahagia, Encik... Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Selangor. Yang Berbahagia, Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Pn Hajah Foziah bt Haji Mohamad Azahari. Yang Berbahagia, Dato’ Hj Sulaiman bin Karli, Penyelaras Pembangunan Parlimen Kuala Langat Yang Berbahagia, Dato’ Hj Nordin bin Selamat, Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang, Yang Berusaha, Tn Hj Zulkapli bin Mat Taib, YDP PIBG SMK Sijangkang Jaya, Yang Berusaha dan diraikan Pn Hajjah Noor Hayati binti Sarbini Pengetua SMK Sijangkang Jaya Yang Dihormati, Barisan Kepimpinan Penolong Kanan, Pn. Ramlah bt Hj Hashim - PK Pentadbiran. En. Kowangid bt Taufik - PK Hal Ehwal Murid. Pn. Zaleha bt Selamat - PK Kokurikulum Pn. Rubi’ah bt Hayat - PK Petang Yang Dohormati, Para Tetamu Jemputan, 2
  • 3. Yang Dikasihi, Guru-guru Kanan Matapelajaran, Guru-Guru Cemerlang, Para Guru, dan seterusnya para pelajar yang dikasihi. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera. Alhamdulillah, saya bersyukur ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan izin dan limpah kurniaNya kita dapat bersama-sama di Foyer Cempaka SMK Sijangkang Jaya yang serba indah ini untuk menyempurnakan majlis yang penuh bermakna iaitu Majlis Bakti Disemai Budi Dituai. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Jawatankuasa Pelaksana yang telah bertungkus lumus membuat persiapan untuk majlis pada pagi ini. Saya amat terharu dan berbesar hati kerana diraikan dalam majlis ini. Terima kasih kepada guru yang beriltizam tinggi menyempurnakan majlis ini dalam suasana gilang gemilang. Hadirian yang dihormati, Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan penghargaan kepada semua tetamu yang sudi hadir dalam majlis pada pagi ini, terutamanya kepada YB Dr Ahmad Yunus b Hairi, Ketua Sektor Pengurusan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Negeri Selangor, Tuan PPD, Yang Berbahagia Dato’ Sulaiman dan Dato Nordin . Kehadiran Dato’, tuan/puan sangat besar ertinya kepada saya. Tiap yang bermula pasti akan ada pengakhirannya. Permulaan kerjaya saya sejak 1980 akan berakhir pada 1 Disember 2012. Selama 32 tahun 3
  • 4. saya mengabdikan diri dalam dunia pendidikan. Suatu perjalanan yang sangat panjang dan sudah semestinya mencatatkan seribu satu macam pengalaman suka dan duka serta manis dan pahit. Bermula dari seorang guru biasa dan dengan izinNYA, dapat menjadi seorang pentadbir. Saya yakin dan percaya, semua yang hadir pada hari ini juga bermula dari bawah dan meniti tapak demi tapak untuk menuju ke puncak jaya. Semoga pengalaman ini menjadi inspirasi oleh anak-anak pelajar yang berada di Foyer Cempaka ini untuk meneruskan langkah mengharungi alam kehidupan yang mendatang. Sayugia diingatkan bahawa, Jika pelajar ingin berjaya, mereka perlu merancang proses pembelajaran mereka. Kegigihan, ketekunan dan kerajinan adalah faktor utama untuk berjaya. Kalau pelajar terleka dan alpa, dibimbangi proses pembelajaran akan terbantut dan tersekat ketika anda keluar dari kawasan sekolah. Insya Allah, jika berlaku pertautan pembelajaran di rumah dan di sekolah, para pelajar akan berjaya dengan cemerlang dalam bidang pembelajaran. Saya percaya kejayaan pelajar-pelajar pada hari ini bukan sahaja disebabkan oleh hasil pemusatan mereka terhadap pelajaran yang diajar, tetapi termasuklah kerja keras yang mereka usahakan selama ini dengan dibantu oleh semua warga guru di sekolah serta ibu bapa yang tidak jemu- jemu berusaha ke arah pencapaian maksimum anak-anak di sini. Kejayaan 4
  • 5. anak-anak ini pada keseluruhannya adalah hasil daripada usaha secara kolektif dan kerja berpasukan. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada semua tenaga pengajar yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi terhadap tugas dan amanah yang diberikan sehingga membolehkan pencapaian yang cemerlang di dalam peperiksaan PMR dan SPM dari tahun ke tahun, begitu juga dengan pencapaian ko-akademik, ko kurikulum, sahsiah dan sukan permainan. Atas kejayaan demi kejayaan inilah yang membolehkan sekolah ini mendapat pengiktirafan dari Kementerian Pelajaran Malaysia dalam program Baiah (Tawaran Baru Pengetua) pada tahun 2011. Saya yakin dan percaya , keikhlasan dan usaha yang tuan-tuan dan puan-puan berikan kepada anak-anak didik ini, pasti akan mendapat kebaikan dan rahmat daripada Allah SWT. Sebagai Pentadbir di sekolah, saya sudah semestinya berasa gembira dan berpuas hati dengan pencapaian murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya ini. Keputusan kedua-dua peperiksaan awam kerajaan iaitu PMR dan SPM amat membanggakan iaitu peningkatan dari segi kualiti dan juga kuantiti. Tahniah dan syabas guru-guru SMK Sijangkang Jaya yang dapat bekerja bersama-sama dengan saya. Namun begitu, saya yakin selepas ini pihak sekolah akan terus berusaha tanpa jemu untuk mempertingkat pencapaian anak-anak kita ini ke tahap yang lebih baik dan cemerlang bukan sahaja dalam aspek kurikulum bahkan aktiviti kokurikulum di peringkat sekolah, daerah dan seterusnya yang lebih tinggi. Teruskan usaha yang baik ini dan 5
  • 6. saya pasti ganjaran yang baik juga akan datang kepada pihak tuan puan semua. Hadirin sekalian, Warga sekolah termasuklah para guru serta murid bukan sahaja perlu dilihat sebagai cemerlang tetapi harus sentiasa dilihat mendahului zaman. Walaupun kita boleh berbangga dengan pencapaian sehingga kini, tugas dan cabaran masa depan memerlukan kita bersama-sama untuk terus bekerja lebih keras dan lebih strategik. Setiap detik kita perlu bersedia menilai dan bermuhasabah diri untuk mengenalpasti kekurangan dan kelemahan yang harus diperbaiki, hatta mempelajari daripada mereka yang lebih cemerlang. Usaha mencapai kecemerlangan pelajaran sebenarnya bermula dari rumah, ibu bapa ialah guru pertama yang dikenali anak-anak. Merekalah yang bertanggungjawab menanam nilai-nilai mulia yang sesuai bagi membolehkan anak-anak cemerlang pada masa depan serta menjadi manusia yang dapat memanfaatkan agama , bangsa, dan negara. Pendidikan seharusnya bersifat seumur hidup, tidak ada nokhtah kepada proses ini. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Saya percaya bahawa murid-murid yang cemerlang merupakan produk hasilan guru-guru yang cemerlang. Manakala kedua-keduanya itu pula merupakan hasil dari persekitaran sekolah yang turut cemerlang. Saya yakin, 6
  • 7. sikap terbuka pengurusan sekolah dan sikap profesional guru-guru dapat menggalakkan penyertaan masyarakat untuk bersama-sama memikul tanggungjawab memastikan kejayaan di sekolah ini. Bukan mudah untuk mendidik anak-anak pada abad ke-21 ini. Pengaruh negatif yang datang dari kanan dan kiri dan boleh diakses dimana-mana, menyebabkan proses mendidik anak-anak menjadi insan soleh dan solehah dalam zaman siber semakin sukar. Oleh yang demikian kesepaduan kata dan muafakat dalam kalangan masyarakat amat diperlukan untuk menangani gejala negatif yang boleh merosakkan bangsa, negara dan agama. Tuan-tuan dan puan-puan Saya percaya semua yang berada di sini juga bersetuju dengan apa yang saya nyatakan ini. Saya berharap semua guru di sekolah ini dapat meneruskan usaha mendidik anak bangsa tanpa jemu dan penuh dedikasi. Kita sedar bahawa dunia pendidikan mengalami banyak perubahan dari masa ke masa. Kita berharap dapat melahirkan generasi yang mempunyai minda kelas pertama di sebalik kemudahan kelas pertama. Hakikatnya dengan segala kemudahan dan pelbagai jenis bantuan yang diberikan pihak kerajaan tidak ada sebab atau alasan mengapa anak-anak kita tidak menggunakan sepenuhnya kemudahan pendidikan yang ada untuk mencipta masa depan yang lebih baik. Peluang pendidikan harus digunakan sepenuhnya bagi menguasai ilmu, kemahiran dan membina personaliti yang 7
  • 8. cemerlang, tanpa kelulusan dan ilmu yang mencukupi, sukar untuk anak- anak kita mempunyai masa depan yang cerah. Apatah lagi anak-anak kita pula hidup dalam zaman yang semakin mencabar kerana masalah sosial dan ekonomi kian bertambah. Selain itu, saya juga menasihati pelajar agar selalu berjumpa dengan guru-guru anak untuk berbincang mengenai pelajaran terutama dalam saat saat akhir menjelang peperiksaan. Gunakan waktu yang terhad ini untuk menyelesaiakan semua permasalahan dalam pelajaran agar anda tidak menyesal nanti. Penyelesaian masalah disiplin murid bukan hanya tanggungjawab pihak sekolah semata-mata tetapi harus dipikul bersama oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Kita bimbang isu masalah disiplin ini akan menjadi polemik malah lebih memburukkan keadaan jika ia menjadi isu politik. Saya benar-benar berharap PIBG dan masyarakat dapat seia sekata dan berfungsi sebagai pemangkin dengan sama-sama menyelesaikan masalah di sekolah terutama gejala disiplin dalam kalangan pelajar. Hadirin sekalian, Saya juga melihat bahawa penyertaan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat mengelakkan anak-anak daripada terlibat dengan masalah sosial. Apabila mereka mempunyai aktiviti yang baik seperti 8
  • 9. bersukan dan kawad kaki, masa mereka terisi dengan sesuatu yang berfaedah dan dapat membentuk disiplin anak-anak. Kita mahukan anak-anak kita cemerlang dalam peperiksaan dan berjaya melanjutkan ke kolej atau universiti. Markah sebanyak 10 peratus telah diperuntukkan dalam aspek kokurikulum. Maka anak-anak yang aktif dalam kokurikulum boleh menggunakan kelebihan itu disebabkan pencapaian yang baik dan keaktifan pelajar kita memang sudah terbukti. Hadirin sekalian, Kita sedang berada di landasan yang betul untuk melahirkan anak-anak kita yang berjaya. Saya telah sedaya upaya membantu dengan kemampuan yang terhad dalam menyediakan prasarana sekolah untuk kemudahan Pembelajaran dan Pengajaran serta kemudahan untuk kegiatan kokurikulum. Pihak sekolah dan PIBG sedang berusaha menggarap idea bagi membangunkan prasarana sekolah agar anak-anak kita dapat mengikuti program kurikulum dan kokurikulum dengan lebih kondusif dan efisyen. Sokongan ibu bapa dan PIBG amat saya harapkan kerana setiap antara kita boleh menyumbang demi kemajuan anak-anak kita . Kuat ikan kerana radai, kuat burung kerana sayap, kuat ketam kerana sepit. Bak kata orang tua- tua, kuat akar kerana tunjang, kuat tunjang kerana akar. Kuah sama dihirup, sambal sama dicolek. Itulah kita SATU MALAYSIA, SATU SIJANGKJANG JAYA. 9
  • 10. Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian. Menjadi harapan saya, di bawah kepimpinan dan pentadbiran yang baru, sekolah ini boleh mencapai prestasi yang lebih cemerlang dalam semua aspek, di samping kerjasama semua pihak yang ingin melihat Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya benar-benar berada di puncak bagi merealisasikan visi Sekolah Menengah Kebangsaan Sijangkang Jaya Unggul, Penjana Generasi Gemilang. Saya juga berharap usaha untuk melonjakkan kecemerlangan pendidikan akan dilipatgandakan lagi agar kita dapat menyediakan pendidikan terbaik kepada anak-anak kita pada hari ini dan masa depan Akhirnya, saya merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua warga SMK Sijangkang Jaya yang sudi merancang, mengatur dan mengadakan majlis ini. Saya sangat berbesar hati di atas majlis yang diadakan Semoga usaha kita akan diberkati Allah SWT dan segala perancangan kita dapat dilaksanakan dengan jayanya. Hanya ini yang dapat saya sampaikan, Sebelum kata saya noktahkan bicara, terimalah dua rangkap pantun. Tinggi bukit silang-gemilang, Air pasang tenang-tenangan, Budi sedikit takkan hilang, Dalam hati kenang-kenangan 10
  • 11. Jejaran mengkudu bias kesuma, Di celah angsana di Kuala Sedeli, Akhir di sini nokhtah bersama, Di lain masa bersua kembali Sekian, wabillahi taufiq walhidayah, Wassalamualaikum warrah matullahi wabarakatuh Terima Kasih. 11