O slideshow foi denunciado.

Skema Bm Kertas2 Set1

1.743 visualizações

Publicada em

BM SPM SKOR A

Publicada em: Turismo, Negócios
  • Seja o primeiro a comentar

Skema Bm Kertas2 Set1

  1. 1. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 1103/2 Bahasa Melayu Kertas 2 2005 2½ jam JABATAN PELAJARAN PERAK LEARNING TO SCORE 2005 BAHASA MELAYU Kertas 2 Dua jam tiga puluh minit JANGAN BUKA SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU 1. Kertas soalan ini mengandungi empat soalan. 2. Jawab semua soalan. 3. Jawapan bagi Soalan 2(b), Soalan 2(c) dan Soalan 2(d) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5. 4. Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi. Kertas soalan ini mengandungi 8 halaman bercetak [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 1
  2. 2. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 Soalan 1: Rumusan [30 markah] Pendahuluan/Pengenalan [2 markah] Petikan membincangkan akibat-akibat/ keburukan/ implikasi kemasukan buruh asing di Malaysia. Isi Tersurat [4 hingga 12 markah] Markah 1. Buruh asing amat berpotensi menyebarkan pelbagai penyakit berjangkit serta wabak 2m 2. Kerajaan perlu membelanjakan wang yang banyak untuk mencegah penyakit berjangkit atau wabak menular/ Kerajaan perlu menggerakkan tenaga profesional bidang perubatan untuk mencegahnya 2m 3. Pengaliran wang keluar negara. 2m 4. Kerajaan terpaksa menambah peruntukan untuk menyediakan persekolahan anak- anak buruh asing. 2m 5. Wujudnya jenayah yang dilakukan oleh buruh-buruh asing. 2m 6. Operasi mencegah jenayah memerlukan peruntukan kewangan yang besar/ Mengambil masa serta tenaga pasukan keselamatan untuk mengatasinya. 2m 7. Kejadian jenayah meninggalkan trauma yang mendalam kepada mangsa/ rakyat tempatan. 2m Isi Tersirat [4 hingga 12 markah] 1. Menghantar pulang pendatang tanpa izin. 2m 2. Membawa masuk secara sah pekerja-pekerja mahir dalam bidang-bidang tertentu 2m sahaja. 3. Mengetatkan kawalan di semua pintu masuk dan di sepanjang perairan Malaysia. 2m 4. Rondaan di sempadan dan di perairan Malaysia dipertingkatkan. 2m 5. Hadkan tempoh bekerja buruh-buruh asing di Malaysia. 2m 6. Membuka kilang/ industri/ ladang-ladang secara usaha sama di negara-negara jiran 2m Isi-isi tersirat yang lain boleh diterima sekiranya sesuai. Kesimpulan/ Penutup [2 markah] Semua pihak perlulah bekerjasama bagi mengatasi masalah kemasukan buruh asing supaya keselamatan dan kesejahteraan penduduk tempatan terus terpelihara. [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 2
  3. 3. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 Soalan 2 : Pemahaman Soalan 2(a) Petikan Umum 1. Maksudnya memberikan kesan yang sangat menyedihkan/ meniggalkan kesan yang sangat memilukan. 2 2. Negara Malaysia yang aman dan makmur. 1 Kemiskinan/ kedaifan. 1 Kekurangan peluang kerja di negara asal. 1 (maksimun 3 markah) 3. Mempertingkat penggunaan teknologi moden yang boleh mengurangkan keperluan tenaga manusia/ teknologi robotik dipertingkatkan. 2 Menyeru rakyat tempatan supaya mengubah sikap tidak terlalu memilih pekerjaan. 2 Rakyat tempatan diseru tidak memandang rendah dan jijik terhadap kerja-kerja di sektor perladangan dan pembinaan. 2 Tenaga-tenaga muda yang menganggur masih ramai dan harus dimanfaatkan oleh kerajaan atau pihak swasta. 2 (maksimun 4 markah) Soalan 2(b) Petikan Cerpen (i) Maksudnya : - dalam melakukan sesuatu pekerjaan / perkara hendaklah dilakukan sampai habis/berjaya [2 markah] (ii) Langkah-langkah menangani masalah ini: - pegawai-pegawai Jabatan Hutan sentiasa meronda di kawasan tersebut 1m - menempatkan pejabat Jabatan Hutan yang berdekatan dengan kawasan hutan simpanan 1m - orang ramai melaporkan kegiatan pembalakan haram kepada Jabatan Hutan 1m - menguatkuasakan undang-undang / mengenakan hukuman yang lebih berat kepada pembalak haram 1m - melancarkan kempen pemeliharaan hutan /pendidikan cintai keindahan alam sekitar kepada masyarakat 1m [Maksimum 3 markah] (iii) Dua persoalan dalam petikan : - cinta akan alam sekitar - Daneng amat serasi dengan alam sekitarnya sehingga tidak sanggup berpisah dengannya 1m - peluang menambah ilmu jangan dipersia-siakan - Daneng tidak harus mensia-siakan peluang melanjutkan pelajaran. 1m [Maksimum 2 markah] Dua persoalan dalam cerpen : - kegigihan guru - Cikgu Jo cuba sedaya upaya memujuk Daneng melanjutkan pelajaran 1m - kemiskinan dan keperitan hidup orang asli - orang asli hidup dalam keadaan serba kekurangan 1m - keharmonian hidup di kawasan pedalaman - masyarakat orang asli hidup dengan aman di hutan 1m [Maksimum 2 markah] [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 3
  4. 4. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 Nota : Jika calon memberikan persoalan dalam petikan untuk persoalan dalam cerpen, boleh diterima tetapi bukan sebaliknya. Soalan 2(c) Petikan Prosa Klasik (i) Apakah yang dimaksudkan dengan seperti tikam bayang-bayang lakunya berdasarkan petikan di atas? - Perbuatan/tindakan yang sia-sia 2m - Penat sahaja/membazir tenaga sahaja 2m (Maksimum 2 markah) (ii) Nyatakan kehebatan yang dimiliki oleh Laksamana. - dapat mengelak tikaman / serangan Hang Jebat dengan mudah - pantas seperti mesin atau jentera - sanggup menghadapi tentangan Hang Jebat / tidak akan melarikan diri walaupun tidak bersenjata - petah berdebat/bertikam lidah ( Maksimum 3 markah) (iii) Andaikan anda Laksamana Hang Tuah, bagaimana anda dapat mengelakkan pertarungan dengan Hang Jebat? - Berunding/berbincang dengan ikhlas - Fikir akan baik buruk/akibat pertarungan - Dalam mana-mana pertarungan, kedua-dua pihak akan rugi - Mengajak Hang Jebat melakukan kerja-kerja kebajikan / lebih berfaedah (Maksimum 3 markah) Soalan 2(d) Petikan Puisi 1. Bermula dari saat itu aku tidak menyesal menghadapi segala cabaran dan rintangan/ aku tabah menghadapi segala pancaroba. 2m 2. Sedia berkhidmat/ berkorban untuk negara. - Tidak belot kepada negara. - Tidak membocorkan rahsia negara kepada pihak musuh. - Mengamalkan Rukunegara. - Patuh pada undang-undang negara. (maksimun 4 markah) 3. Sebagai rakyat kita mesti taat dan setia kepada negara. - Kita hendaklah berani dan cekal untuk menghadapi rintangan hidup. - Kita mesti sanggup berkorban untuk mengekalkan kegemilangan negara. - Kita mesti sama-sama sanggup menghadapi susah senang di negara kita. (maksimun 3 markah) [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 4
  5. 5. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa [30 markah] a) Membina ayat. i) Suriati baik orangnya, malahan jarang-jarang sekali ia menyakiti hati kawan-kawannya. ii) Guru meminta pelajar membaca petikan itu dan kemudian merumuskannya. iii)Ayah Ahmad rajin bekerja di ladang tetapi anak-anaknya tidak berminat sama sekali. iv) Remaja itu melambai-lambaikan tangan kepada penyanyi terkenal itu sambil meneriakkan namanya. v) Mary menyimpan buku-bukunya ke dalam beg sekolah lalu masuk ke bilik untuk tidur. vi) Selepas acara sukan itu tamat, mereka berlari, melompat-lompat dan menjerit keriangan kerana rumah sukan mereka menjadi johan. (6 markah) b) Memisahkan kandungan ayat itu kepada enam ayat dasar. i) Remaja merupakan aset yang tidak ternilai kepada negara. ii) Remaja ialah golongan pelapis pemimpin negara pada masa akan datang. iii) Remaja perlu memperlengkapkan diri masing-masing dengan ilmu pengetahuan . iv) Remaja perlu memperlengkapkan diri masing-masing dengan segala kemahiran. v) Remaja perlu mampu bersaing dengan masyarakat global. vi) Pembinaan sahsiah juga harus dipupuk dari semasa ke semasa. vii)Pembinaan sahsiah harus dipupuk pada setiap remaja. (6 markah) c) Membetulkan kesalahan ejaan dan imbuhan ( i ) Produk seni kraf tangan kini menjadi penjana sumber kewangan khasnya bagi penduduk kampung, golongan wanita termasuk ibu tunggal dan suri rumah. ( ii ) Pihak berkuasa sedang berusaha mengatasi masalah kebersihan, keselamatan dan kesesakan lalu lintas di ibu kota. ( iii ) Beberapa batang jalan raya di bandar itu terpaksa ditutup kerana dinaiki air setinggi 4 meter selepas hujan turun selama 6 jam semalam. (6 markah) d) Membetulkan kesalahan kata/istilah dan kesalahan bahasa i) memainkan akan – memainkan, penternakan – pembiakan ii) membincangkan – berbincang, olehnya – oleh mereka iii) penduduk-penduduk - penduduk, perjalanan - perkhidmatan (6 markah) e) Peribahasa 1. - Orang mengantuk disorongkan bantal - Kecil tapak tangan, nyiru kami tadahkan 2. - Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan - Usaha tangga kejayaan [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 5
  6. 6. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 3. - Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (6 markah) Soalan 4 : Novel [15 markah] (a) Berdasarkan novel yang anda baca, berikan sinopsis novel tersebut. [7 markah] a) Sinopsis Perlumbaan Kedua. Perlumbaan Kedua mengisahkan perlumbaan antara sang arnab dengan tuk kura. Perlumbaan ini berpunca daripada sikap sang kancil merendah-rendahkan kebolehan sang arnab kerana nenek moyangnya pernah tewas kepada nenek moyang kura-kura. Sang arnab berasa tercabar lalu bersetuju berlumba dengan tuk kura. Tuk kura menerima cabaran itu demi mempertahankan maruah nenek moyangnya dan bersetuju berlumba dengan sang arnab. Setelah berunding, akhirnya sang arnab putih dan tuk kura mewakili suku sakat/kumpulan masing-masing dalam perlumbaan tersebut. Kedua-dua pihak berusaha gigih membuat persediaan bagi menghadapi perlumbaan tersebut. Pelbagai cabaran/ halangan telah dilalui dan akhirnya, dengan menggunakan kebijaksanaanya, tuk kura berjaya memenangi perlumbaan tersebut. Sang arnab putih dan pengikut-pengikutnya yang sombong itu akhirnya menyesal atas kesilapan yang dilakukan. Tuk kura telah berjaya membuktikan kebijaksanaannya. Tuk kura dikagumi oleh suku sakatnya dan suku sakatnya memohon maaf atas kesilapan mereka. Tuk kura berjaya mempertahankan maruah nenek moyang. Julia Novel ini mengisahkan kehidupan Julia yang menghadapi pelbagai dugaan. Julia dihantar belajar ke Hidayah Islamic College, Perth, Australia. Dia terpaksa meninggalkan kenangan sebagai remaja yang hampir rosak akhlak di Kuala Lumpur. Setelah belajar di Australia, Julia menjadi remaja yang insaf, bersopan santun dan matang. Ketika itu Julia telah terpikat dengan Jun, seorang pemuda keturunan Cina. Jun sangat mengambil berat tentang diri Julia. Pada suatu hari, Julia terpaksa pulang ke Kuala Lumpur kerana kedua-dua orang tuanya meninggal dunia dalam kemalangan. Julia terpaksa mengambil alih perniagaan bapanya sebagai pengurus BMPRO Holding Berhad. Pada mulanya, Julia menghadapi masalah menyesuaikan diri dengan tugasnya itu. Timbul pula masalah dalam syarikatnya akibat kegawatan ekonomi dan penyelewengan/kelemahan pengurusan. Julia bertindak bijak dengan mengenal pasti masalah dan berusaha mengatasinya. Pada masa yang sama Jun muncul memberikan sokongan/bantuan/menawarkan kerjasama dengan perniagaan keluarganya. Akhirnya dalam program homestay yang dirancang, Julia dan Jun menjadi raja sehari setelah diijabkabulkan.. [7 markah] [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 6
  7. 7. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 (b) Pengarang menggunakan pelbagai teknik plot dalam menghasilkan novel mereka. Satu daripada teknik plot yang lazim digunakan ialah teknik ‘Imbas Kembali’. Berdasarkan novel yang anda baca, kemukakan peristiwa-peristiwa yang menggunakan teknik ‘imbas kembali’ itu. [8 markah] Konsep Imbas Kembali: Imbas kembali ialah satu daripada teknik plot yang sering digunakan oleh penulis dalam novel. Imbas kembali merujuk kepada teknik pengemukaan semula peristiwa yang telah berlaku. Pengemukaan semula peristiwa ini mungkin melalui ingatan watak, penceritaan semula oleh watak atau cara-cara lain. NOVEL PERLUMBAAN KEDUA: • Imbasan Kembali peristiwa kekalahan sang arnab berlumba dengan kura-kura Peristiwa dikemukakan melalui penceritaan semula oleh sang kancil. Sang kancil mengemukakan peristiwa ketika dia menyindir arnab putih yang memperagakan kehebatannya sedangkan hutang kekalahan datuk neneknya masih belum berbayar. Sang kancil menyatakan bahawa kekalahan arnab dalam perlumbaan dengan kura- kura masih belum tertebus. Akibat tindakan sang kancil yang mengimbas semula kisah kekalahan arnab inilah yang menyebabkan arnab mengemukakan cadangan untuk mengadakan pelumbaaan kedua dengan kura-kura. • Imbasan kembali perisitiwa berkaitan dengan tingkah laku cucu-cucu tuk kura. Peristiwa ini diceritakan semula oleh sang tedung kepada bapa sang arnab. Tedung menceritakan tindakan cucu-cucu tuk kura yang menghairankanya. Satu kumpulan mencari batang-batang pokok yang tumbang dan satu kumpulan lagi mencari sungai. Kumpulan pertama apabila terjumpa batang-batang pokok yang tumbang terus sahaja merunduk di bawah batang tumbang dan bagi yang berjaya akan cuba merunduk di bawah batang tumbang yang lain. Kumpulan yang pergi ke sungai pula, apabila terjumpa sungai mereka membaling ranting ke sungai. Di samping itu, mereka juga meneliti jeram, batu hampar dan lumut-lumut yang tumbuh di celah batu. Tindakan cucu-cucu tuk kura ini menimbulkan tanda tanya kepada sang tedung dan bapa sang arnab tentang maksud dan tujuannya. Kewujudan tanda tanya ini menyebabkan khidmat sang tedung untuk mengintip gerak-geri tuk kura dan kaumnya terus diperlukan oleh bapa sang arnab. • Imbasan kembali tentang kisah yang meyebabkan tuk kura menghilangkan diri. Perisitwa ini diceritakan oleh sang tedung kepada sang gajah dan binatang-binatang lain. Sang tedung menyatakan bahawa kehilangan tuk kura ada kaitan dengan tindakan beratus-ratus suku kura-kura tasik, kuala dan rimba terhadap tuk kura. Mereka datang ke paya tempat kediaman tuk kura. Mereka memaksa tuk kura keluar menemui mereka. Mereka mengepung tuk kura dan kemudiannya mereka menyepak, menendang, dan memijak tuk kura. Suku kura-kura tasik, kuala dan rimba mengambil tindakan demikian kerana mereka tidak puas hati cara tuk kura melatih anak-anak mereka. Mereka menuduh tuk kura mendera anak-anak mereka dan mereka juga menuduh tuk kura gila. [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 7
  8. 8. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 Novel Julia • Imbasan kembali tentang peristiwa / pergaulan Julia dan adik-adiknya. Ketika Julia berada dalam kapal terbang menuju ke Australia dia megimbas kembali / teringat kepada adik-adiknya Adi, Fatin dan Sufi. Hubungan mereka sangat intim. Selama ini Julia sering membantu mengawasi perkembangan pelajaran adik-adiknya. Sementara menunggu kemasukan ke kolej, Julia sering membantu Adi yang lemah Matematik • Imbasan kembali perisitiwa berkaitan hubungan Julia dengan Rashid. Ketika Julia berada di Perth/rumah Pak Cik Khairil, dia megimbas kembali kenangan manisnya ketika bersama Rashid. Dia teringat bagaimana Rashid cuba memujuk rayu dan berniat jahat terhadap dirinya. Walau bagaimanapun, Julia berjaya bertahan. • Imbasan kembali tentang peristiwa/perbualan Julia dengan ibunya. Ketika Julia berada di rumahnya Banglo Seri Idaman, Taman Tun Dr. Ismail iaitu setelah sepuluh hari kematian ibu bapanya, Julia mengimbas kembali kata-kata ibu yang mengharapkan Julia faham tujuan mereka menghantar Julia belajar ke Perth. Kedua- dua orang tuanya mengharapkan Julia berubah sikap dan menjadi anak yang baik dan berjaya. • Imbasan kembali peristiwa perbualan Julia dengan bapanya. Ketika Julia, berada di pejabat BMPRO Holding, Julia mengimbas kembali kata-kata arwah bapanya. Dato’ Bakar yang memberitahu Julia bahawa perniagaan merupakan fardhu kifayah kepada orang Islam. Julia perlu berusaha bersunguh-sungguh memajukan perniagaan dan minat akan datang kemudian. • Imbasan kembali perisitiwa berkaitan kata-kata nasihat Jun kepada. Julia, ketika membaca akhbar di pejabatnya mengimbas kembali perbualannya dengan Jun. Jun menasihati Julia agar rajin membaca buku-buku berkaitan perniagaan. Dia menyatakan bahawa bisnes merupakan satu permainan, jika kita leka dan lalai kita akan tewas. • Imbasan kembali perisitiwa di majlis makan malam bersama keluarga Jun. Julia, ketika menunggu nenek bersiap-siap untuk pergi ke tanah perkuburan, mengimbas kembali peristiwa majlis makan malam bersama keluarga Jun. Julia terharu menerima penghormatan keluarga Jun pada malam itu. [maksimum: 8 markah] [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 8
  9. 9. SULIT SKEMA SET 1 1103/2 JAWAPAN TAMAT [Lihat sebelah 1103/2 © 2005 Hak Cipta Jabatan Pelajaran Perak Halaman 9

×