Majalah Sekolah tahun 2009 dipuji karena hasil kerjasama dan komitmen tinggi semua warga sekolah. Pendidikan berkualiti penting untuk menghadapi cabaran abad ke-21 dengan kemahiran seperti bahasa asing, ICT, berfikir, dan sosial. Kementerian Pelajaran menekankan pembangunan modal insan secara menyeluruh untuk menghasilkan pelajar berakhlak mulia, berilmu, berketerampilan, dan dap
1. KATA ALU-ALUAN
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada pihak sekolah
atas penerbitan Majalah Sekolah tahun 2009 ini. Saya percaya penerbitan
majalah ini adalah hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi semua warga
sekolah terhadap kejayaan sekolah.
Pendidikan yang berkualiti menjamin masa depan yang lebih cerah. Dalam
mengharungi cabaran abad ke-21 yang semakin hari semakin kompleks dan
mencabar para pelajar perlu melengkapkan diri dengan kemahiran yang relevan
dengan tuntutan semasa dan masa akan datang. Antara kemahiran tersebut
ialah penguasaan bahasa kedua, kemahiran ICT, kemahiran berfikir, dan
kemahiran-kemahiran sosial seperti kemahiran berkomunikasi dan kemahiran
bekerja dalam pasukan.
Kementerian Pelajaran mengambil pendekatan menyeluruh dan bersepadu
terhadap pendidikan. Keseimbangan ini dijuruskan kepada pembangunan modal
insan yang bersepadu dari segi pembangunan jasmani, emosi, rohani dan
inteleknya. Ini adalah bertujuan untuk melahirkan pelajar yang tinggi akhlaknya,
menguasai ilmu dan kemahiran, memiliki keterampilan, dan mampu
menyumbang kepada kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Selain itu, pemupukan semangat patriotik dan jati diri adalah faktor gandingan
yang penting. Perkara ini hendaklah diterjemahkan dalam bentuk amalan
perpaduan dan integrasi nasional yang baik. Pelajar hendaklah berasa bangga
dengan pencapaian-pencapaian negara dan mereka hendaklah meyakini
bahawa mereka turut berupaya untuk menyumbang kepada kemajuan negara
pada suatu hari nanti.
Sehubungan itu, saya menyeru agar pihak sekolah akan terus mengambil
langkah aktif dan proaktif untuk mendedahkan pelajar kepada pengalaman-
pengalaman pembelajaran yang berkesan dan dapat memupuk mereka menjadi
warganegara yang patriotik, berfikiran progresif, maju dan prihatin.
SELAMAT MAJU JAYA
DATO’ HAJI ALIMUDDIN BIN HAJI MOHD. DOM
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia