O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Kajian Ilmiah ekonomi STPM

Tajuk kajian : imbangan akaun dagangan Malaysia dalam akaun semasa

  • Entre para ver os comentários

Kajian Ilmiah ekonomi STPM

  1. 1. 950719-10-5858 1 1. LATAR BELAKANG KAJIAN 1.1. Pengenalan Akaun Semasa Sejajar dengan kenaikan harga komoditi pada tahun 2008, lebihan akaun semasa mencatat paras tertinggi pada 17.6% daripada PNK pada tahun tersebut. Namun, Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis, GFC), menandakan permulaan trend yang lebih sederhana dalam lebihan akaun semasa. Permintaan global yang lebih lembap dan harga komoditi yang lebih rendah menyebabkan eksport Malaysia menurun beberapa tahun kebelakangan ini. Import sebaliknya meningkat dengan ketara, didorong oleh permintaan dalam negeri yang lebih kukuh.Hasil daripada trend tersebut ialah lebihan simpanan-pelaburan yang lebih kecil.1 Meskipun imbangan akaun semasa mencerminkan lebihan eksport berbanding dengan import, namun imbangan ini turut memaparkan lebihan simpanan-pelaburan dalam sesebuah ekonomi. Dalam kata lain,imbangan akaun semasa boleh dinilai dari sudut perdagangan antarabangsa dan juga tingkahlaku simpanan-pelaburan dalam ekonomi. Dalam ekonomi tertutup, aktiviti pelaburan dibiayai oleh simpanan dalam negeri sahaja.Walaubagaimanapun, dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia, aktiviti pelaburan boleh dibiayai melalui simpanan dalam negeri atau luar negeri. Jika sesebuah ekonomi lebih banyak menyimpan daripada melabur, ekonomi itu akan mencatat lebihan akaun semasa. Simpanan lebihan ini boleh digunakan untuk mengumpul rizab yang berfungsi sebagai penampan terhadap ketidaktentuan luar atau disalurkan ke luar negeri untuk membiayai aktiviti penggunaan dan pelaburan ekonomi lain, sama ada dalam bentuk pemberian pinjaman atau pelaburan di luar negeri. Defisit akaun semasa sebaliknya
  2. 2. 950719-10-5858 2 menandakan bahawa sesebuah ekonomi lebih banyak melabur daripada menyimpan. Dalam hal ini, ekonomi tersebut sama ada akan meminjam dana dari luar negeri atau menerima aliran masuk pelaburan asing untuk membiayai keperluan penggunaan dan pelaburan dalam negerinya. Lebihan akaun semasa yang menjadi semakin kecil di Malaysia dan beberapa negara Asia lain baru- baru ini adalah sejajar dengan pengimbangan semula persekitaran global yang berterusan, disokong oleh peralihan dalam sumber pertumbuhan ekonomi serantau. Bagi Malaysia, permintaan dalam negeri yang berdaya tahan telah menyokong pertumbuhan import yang teguh, dengan itu mengatasi empat sektor awam merujuk kepada Kerajaan Am dan perusahaan awam. Lima sektor awam mencatat defisit 2.2% daripada PNK dalam tempoh 2000-2002. Akaun ini ialah rekod transaksi antarabangsa bagi barangan, perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa.Ia mencerminkan pendapatan dan perbelanjaan Malaysia dari segi tukaran asing dalam tempoh tertentu. Lebihan akaun semasa berlaku apabila pendapatan melebihi perbelanjaan, jika sebaliknya, maka berlaku defisit. Anggaran imbangan pembayaran Malaysia memaparkan prestasi ekonomi Malaysia berbanding negara-negara lain dari segi magnitud dan jenis transaksi dalam Akaun Semasa dan juga di dalam aliran Akaun Modal serta Kewangan. Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan bahawa imbangan akaun semasa mencatatkan lebihan dari tahun ke tahun.Secara khususnya, kedudukan Akaun Semasa menunjukkan ringkasan tentang transaksi yang berlaku dalam item/ komponen barangan, perkhidmatan, pendapatan primer dan pendapatan sekunder, dan menggambarkan tentang pendapatan dan perbelanjaan yang dinilai dari segi pertukaran asing keseluruhan Malaysia bagi tempoh di bawah kajian. Akaun semasa mencatatkan semua urus niaga barangan (dagangan), perkhidmatan, pendapatan dan pindahan semasa. Segala hasil yang diterima dari luar negara kerana mengeksport barang dan perkhidmatan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebagai contoh, Malaysia mengeksport minyak kelapa sawit dan barang elektronik ke luar negara serta pelajar asing melanjutkan pelajaran di Negara kita. Segala pembayaran ke luar Negara akibat mengimport barang dan perkhidmatan akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, Malaysia mengimport barang perantaraan seperti makanan dan minuman yang diproses, bahan api dan pelincir serta alat ganti dan
  3. 3. 950719-10-5858 3 aksesori. Barang modal pula seperti jentera dan mesin serta menggunakan perkhidmatan perkapalan dan insurans dari negara lain. Segala pendapatan yang diterima dari luar Negara seperti pendapatan pelaburan dalam bentuk faedah dan dividen , pampasan pekerja, urus niaga kerajaan akan dikreditkan ke dalam akaun semasa dan semua pendapatan yang dibayar ke luar negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Semua bayaran pindahan rasmi dan swasta yang diterima dari luar negara akan dikreditkan ke dalam akaun semasa. Sebaliknya, semua bayaran pindahan rasmi dan swasta ke luar Negara akan didebitkan ke dalam akaun semasa. Contohnya, bayaran pindahan seperti bantuan kewangan, ekonomi dan ketenteraan (pindahan rasmi)dan kiriman individu (pindahan swasta) kepada negara luar. Akaun semasa merangkumi komponen berikut: (i) Barangan (ii) Perkhidmatan (iii) Pendapatan (iv) Pindahan semasa 1.2 Pengenalan Akaun Dagangan( Barangan ) Imbangan perdagangan membentuk sebahagian daripada akaun semasa yang juga termasuk transaksi lain seperti pendapatan daripada kedudukan pelaburan antarabangsa dan juga bantuan antarabangsa. Jika akaun semasa berada dalam lebihan, kedudukan aset antarabangsa negara bersih meningkat dan juga sebaliknya. Imbangan perdagangan sama seperti perbezaan antara keluaran negara dan permintaan domestik (perbezaan antara barangan yang dikeluaran oleh negara dan barangan yang dibeli dari luar ini tidak termasuk wang yang diguna semula untuk saham asing juga tidak termasuk import barangan yang digunakan untuk mengeluarkan barangan bagi pasaran tempatan).Pengiraan imbangan perdagangan boleh menimbulkan masalah kerana masalah merekod dan mengumpul data. Imbangan perdagangan atau eksport bersih, juga kadangkala diwakilkan dengan simbol NX adalah perbezaan antara nilai eksportbarang nampak dengan nilai import barang nampak
  4. 4. 950719-10-5858 4 bagi sesebuah negara dalam masa-masa tertentu.Imbangan perdagangan yang positif dikenali sebagai lebihan perdagangan dan menunjukkan eksport melebihi import, sementara imbangan perdagangan negatif dikenali sebagai defisit perdagangan atau jurang perdagangan. Barangan meliputi komponen dagangan am, barangan untuk diproses, perkhidmatan penyelenggaraan atas barangan, barangan diperoleh oleh pesawat di lapangan terbang dan kapal di pelabuhan dan emas bukan monetari. Kredit merupakandagangan eksport yang diperoleh daripada data perdagangan luar negeri (pengisytiharan kastam) perlu dibuat penyesuaian liputan yang tidak diliputi dalam perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milikseperti air yang dieksport ke Singapura dan penjualan kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke luar Malaysia. Ia juga tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran hak milik. Barangan tersebut adalah seperti barangan yang dikembalikan. Barangan ini telah diimport dan dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasidan kenderaan terpakai yang dieksport untuk kegunaan persendirian. Debit merupakan nilai barangan diimport yang diperoleh daripada dokumen pengisytiharan kastam, dibuat penyesuaian liputan termasuk item yang tidak diliputi dalam perangkaan perdagangan tetapi melibatkan pertukaran hak milik sepertibarangan tentera,pembelian kapal dan pesawat udara komersial oleh syarikat residen yang dihantar ke luar Malaysia dan air yang diproses diimport dari Singapura. Ia juga tidak termasuk tambang (muatan) dan insurans untuk mendapatkan nilai import bersih. Sebaliknya, tambang (muatan) dan insurans diklasifikasikasi di bawah komponen „Pengangkutan‟.Ia tidak termasuk barangan yang tidak melibatkan pertukaran hak miliksepertibarangan yang dikembalikan. Barangan ini telah dieksport tetapi telah dikembalikan semula kerana didapati rosak atau tidak menepati spesifikasi dan kenderaan terpakai bagi kegunaan persendirian.
  5. 5. 950719-10-5858 5 Berdasarkan rajah di atas, jumlah eksport barangan bersih menunjukkan peningkatan dalam peratusan dari tahun 1978 hingga tahun 2012.Hal ini menunjukkan bahawa eksport barangan bersih memberi sumbangan terbanyak kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia Jadual 1 : Contoh eksport dan import barang Nampak Eksport barang Nampak Import barang nampak *Elektrik dan elektronik *Tekstil, pakaian, dan kasut *Keluaran Kayu *Keluaran Getah *Makanan, minuman, dan tembakau *keluaran petroleum *kimia, keluaran kimia, dan plastic *Besi,keluli, dan keluaran logam *Kelengkapan pengangkutan *Minyak sawit *Kayu Gergaji *Getah *Kayu Balak *Minyak isirung kelapa sawit *Lada hitam *koko *barang penggunaan *barang perantaran *barang pelaburan (modal) *barang import untuk dieksport semula *barang import lain
  6. 6. 950719-10-5858 6 2. PENYATAAN MASALAH Sejak dilanda krisis kewangan Asia, imbangan akaun semasa Malaysia telah mencatat lebihan secara konsisten dan sentiasa meningkat. Eksport barangan telah mengatasi import, dan lebih daripada mengimbangi defisit dalam akaun perkhidmatan dan pendapatan.Prestasi kukuh eksport Malaysia sebahagian besarnya disebabkan oleh pempelbagaian produk yang meluas dan pengembangan perdagangan dalam pasaran baharu. Secara khusus, eksport komoditi, yang mempunyai kandungan import yang rendah memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertambahan lebihan akaun semasa. Seterusnya , arah aliran akaun dagangan menunjukkan data yang tidak konsisten iaitu mengalami turun naik pada setiap tahun. Imbangan akaun dagangan meningkat disebabkan oleh peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang manakala imbangan akaun dagangan menurun kerana peningkatan jumlah import melebihi peningkatan jumlah eksport. Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 dan mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012. Eksport barangan yang terjejas oleh permintaan luar negeri yang lemah dan harga komoditi yang lebih rendah. Pertumbuhan aktiviti pelaburan yang lebih kukuh dan simpanan yang lebih rendah juga menyebabkan lebihan akaun semasa menjadi lebih kecil. Eksport barangan tumbuh 4.2 peratus pada 2011 selepas merekodkan pertumbuhan dua digit 11.3% pada 2010. Pertumbuhan ini disokong oleh permintaan bagi Produk Petroleum, Barangan Perkilangan dan Minyak , Lemak Binatang serta Sayur-sayuran. Eksport barangan meningkat RM5.8 bilion (3.5 %) kepada RM170.9 bilion berbanding RM165.0 bilion pada suku lalu.Pertumbuhan dalam eksport disebabkan oleh peningkatan eksport dalam petroleum mentah, cecair gas asli dan getah.Republik Rakyat China, Singapura dan Jepun adalah tiga destinasi eksport utama. Sementara itu, Import mengalami pertumbuhan 6.2 % berbanding 15.6 % pada 2010.Barang-barang perantaraan, modal dan penggunaan telah mendorong pertumbuhan dalam Import. Import barangan menurun RM4.2 bilion atau 3.2% kepadaRM128.5 bilion daripada RM132.7 bilion yang dicatatkan pada S4 2010. Penurunan ini disebabkan oleh permintaan yang berkurangan bagi tiga kategori utama import penggunaan-akhir iaitu barang modal, barang penggunaan dan barang pengantara yang menurun, masing-masing sebanyak
  7. 7. 950719-10-5858 7 17.7 %, 3.4 % dan 2.1%. Tiga sumber import utama adalah Singapura, Jepun dan Republik Rakyat China. Tahun-ke-tahun, kedua-dua eksport barangan dan import barangan meningkat masing-masing sebanyak 7.5 % dan 12.2 %. Peningkatan import pada kadar yang lebih pantas daripada eksport menyebabkan penurunan dalam lebihan akaun barangan sebanyak RM2.1 bilion atau 4.6 % daripada RM44.4 bilion dicatatkan dalam tempoh yang sama setahun lalu. Melangkah ke hadapan, dalam keadaan pemulihan pertumbuhan global yang sederhana dan pengembangan berterusan dalam permintaan dalam negeri, kajian ini diharapkan lebihan akaun semasa Malaysia dijangka menjadi lebih kecil dalam tempoh terdekat. Sebagai ekonomi yang sangat terbuka, perubahan dalam akaun semasa Malaysia, terutamanya eksport, banyak bergantung pada faktor luaran (exogenous) terhadap ekonomi. Diharapkan pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Konklusinya, kajian ini amat penting untuk mengetahui jumlah import dan eksport Negara serta masalah eksport barangan melebihi import perlu diatasi supaya imbangan akaun semasa atau akaun dagangan Malaysia tidak mencapai tahap defisit yang akan menyebabkan hutang Negara semakin bertambah ekoran pinjaman Negara kian meningkat serta peningkatan dalam lebihan akaun dagangan dapat diatasi.
  8. 8. 950719-10-5858 8 3. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenalpasti jumlah eksport dan jumlah import Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 ii. Mengenalpasti arah aliran jumlah dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga tahun 2012 4. KAEDAH KAJIAN Data sekunder merupakan kaedah mengumpul, merekod, menyalin, kajian kepustakaan, mengumpul laporan agensi kerajaan dan swasta serta muat turun sumber daripada Internet . Pengumpulan data sekunder tidak melibatkan kos yang tinggi serta menjimatkan masa dan tenaga kerja berbanding pengumpulan data primer. i. Data sekunder Penyelidik banyak mendapatkan maklumat daripada sumber internet dan kebanyakannya sumber melalui rencana tentang akaun dagangan Malaysia seperti Laman Sesawang Jabatan Perangkaan Malaysia dan buku rujukan Ekonomi Malaysia. Penyelidik memuat turun data-data terkini tentang jumlah dagangan Malaysia supaya maklumat yang ditampilkan dalam tugasan ini adalah benar. ii. Penganalisisan data Kaedah diskriptif dalam bentuk nilai peratusan dan graf telah digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Analisis data telah dilakukan selepas memperolehi data sekunder daripada Laporan Ekonomi Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012, Imbangan Pembayaran (BPM6), Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Mulai tahun 2013, format imbangan akaun semasa telah disusun berdasarkan Manual Imbangan Pembayaran Edisi Keenam yang dikeluarkan oleh Tabung Kewangan Antarabangsa pada tahun 2009. Data-data yang diperolehi akan dipastikan, disunting, dan ditukarkan kepada analisis dalam bentuk angkabagi mencapai tahap analisis yang tepat.
  9. 9. 950719-10-5858 9 5. HASIL DAN PERBINCANGAN KAJIAN 5.1. Jumlah Eksport dan Import Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 Tahun Akaun Semasa ( RM/juta ) Akaun Barangan ( RM/juta ) Peratus ( % ) Eksport Import Eksport Import 2005 78,367 540,681 410,529 56.84 % 43.16 % 2006 96,029 592,215 452,726 56.67 % 43.32 % 2007 102,190 606,512 475,687 56.04 % 43.95 % 2008 131,414 662,455 492,076 57.37 % 42.62 % 2009 110,727 552,920 412,565 57.26 % 42.73 % 2010 87,183 641,135 504,384 55.96 % 44.03 % 2011 102,426 699,591 548,026 56.07 % 43.92 % 2012 57,348 703,152 577,538 54.90 % 45.09 % Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia; Bank Negara Malaysia Jadual 2 :Jadual perangkaan imbangan pembayaran malaysia 2005-2012 (RM juta) Perkembangan dalam imbangan akaun semasa boleh dinilai dari segi perubahan dalam eksport serta import barangan dan perkhidmatan, dan juga imbangan bersih pendapatan dan pemindahan semasa. Di Malaysia, lebihan akaun semasa didorong terutamanya oleh lebihan dalam akaun barangan, manakala komponen lain kekal dalam defisit. Berdasarkan jadual 2 di atas, secara keseluruhannya , didapati bahawa peratusan jumlah eksport dan import barangan adalah tidak konsisten namun tidak mempunyai jurang yang besar. Jika dapat kita lihat, jumlah eksport barangan semakin meningkat dari tahun 2005 hingga tahun 2008 namun menurun pada tahun 2009 dan kemudiannya meningkat kembali pada tahun seterusnya hinga tahun 2012. Seterusnya, jumlah import barangan pula mengalami peningkatan dari tahun 2005 hingga tahun 2008 kemudian menurun pada tahun 2009 dan meningkat pada tahun seterusya hingga tahun 2012.
  10. 10. 950719-10-5858 10 Eksport dan Import Barangan 2005 57% 43% Eksport Import Rajah 1 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2005 Berdasarkan rajah 2, pada tahun 2005, Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 1.3 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 540 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangn sebanyak RM 410 juta bersamaan 43 %. Eksport dan Import Barangan 2006 57% 43% Eksport Import Rajah 2: Eksport dan Import barangan pada tahun 2006 Pada tahun 2006 , Malaysia telah mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 139 juta iaitu jumlah eksport barangan RM 592 juta besamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyakRM 452 juta bersamaan 43 %.
  11. 11. 950719-10-5858 11 Eksport dan Import Barangan 2007 56% 44% Eksport Import Rajah 3 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2007 Nilai dagangan pada tahun 2007 mencatatkan jumlah sebanyak RM130 juta di mana jumlah eksport barangan RM 606 juta bersamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 475 juta bersamaan 44 %. Eksport dan Import Barangan 2008 57% 43% Eksport Import Rajah 4 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2008 Pada tahun 2008, nilai dagangan Malaysia mencatatkan sebanyak RM 170 juta di mana jumlah eksport barangan sebanyak RM 662 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 492 juta bersamaan 43 %.
  12. 12. 950719-10-5858 12 Eksport dan Import Barangan 2009 57% 43% Eksport Import Rajah 5 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2009 Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 140 juta pada tahun 2009 dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 552 juta bersamaan 57 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 412 juta bersamaan 43 %. Eksport dan Import Barangan 2010 56% 44% Eksport Import Rajah 6 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2010 Nilai dagangan Malaysia pada tahun 2010 pula mencatatkan sebanyak RM 136 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 641 juta barsamaan 56 % dan jumlah import barangan RM 504 juta bersamaan 44 %.
  13. 13. 950719-10-5858 13 Eksport dan Import Barangan 2011 56% 44% Eksport Import Rajah 7 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2011 Pada tahun 2011 pula, nilai dagangan Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM 152 juta dengan jumlah eksport barangan sebanyak RM 699 bersamaan 56 % dan jumlah import barangan sebanyak RM 548 juta bersamaan 44 %. Eksport dan Import Barangan 2012 55% 45% Eksport Import Rajah 8 : Eksport dan Import barangan pada tahun 2012 Malaysia mencatatkan nilai dagangan berjumlahRM1.3 trilion pada tahun 2012. Walaupunberhadapan dengan situasi yang mencabardaripada luar negara, eksport barangan mencapai tahap barupada RM702.2 bilion bersamaan 55 % dan import barangan meningkat kepadaRM607.4 bilion bersamaan 45 %.
  14. 14. 950719-10-5858 14 Malaysia juga berjaya menarikRM162.4 bilion pelaburan langsung pada tahun2012, melebihi nilai tahun-tahun sebelum ini.Secara keseluruhannya, pencapaian Malaysia didalam perdagangan dan pelaburan adalahmembanggakan, di sebalik keadaan ekonomi duniayang tidak menentu. Negara kita telahmenunjukkan perkembangan yang memuaskandi dalam pembangunan industri bagi teknologibaru dan baru muncul, dan pada masa yang sama,negara juga berupaya meningkatkan tarikannyasebagai hab global dan serantau bagi pembuatandan perkhidmatan. 5.2 Arah aliran akaun dagangan Malaysia dari tahun 2005 hingga 2012 Tahun Akaun Semasa ( RM/juta ) Akaun Barangan ( RM/juta ) Jumlah lebihan akaun Eksport Import barangan ( RM/ juta ) 2005 78,367 540,681 410,529 130,152 2006 96,029 592,215 452,726 139,489 2007 102,190 606,512 475,687 130,825 2008 131,414 662,455 492,076 170,380 2009 110,727 552,920 412,565 140,355 2010 87,183 641,135 504,384 136,751 2011 102,426 699,591 548,026 151,565 2012 57,348 703,152 577,538 125,190 Imbangan akaun barangan dari tahun 2005 hingga tahun 2012 adalah tidak konsisten. Pada tahun 2005, jumlah lebihannya ialah RM 130,152 juta meningkat kepada RM 139,489 juta pada tahun 2006. Akaun barangan mengalami penurunan kepada RM 130,825 juta pada tahun 2007 dan menunjukkan peningkatan yang banyak pada tahun 2008 kepada RM 170,380 juta seterusnya menurun kepada RM 140,355 juta pada tahun 2009 begitu juga bagi tahun 2010 RM 136,751 juta. Pada tahun 2011 , mencatatkan lebihan sebanyak RM 151,565 dan menurun kepada RM 125,190 juta pada tahun 2012. Secara keseluruhannya, jumlah akaun barangan mengalami turun naik dan mengalami kenaikan apabila peningkatan jumlah eksport barang melebihi peningkatan jumlah import barang serta mengalami penurunan apabila peningkatan jumlah import barang melebihi peningkatan jumlah eksport barang.
  15. 15. 950719-10-5858 15 6. CADANGAN Nilai dagangan Malaysia sentiasa mengalami lebihan manakala arah aliran akaun dagangan pula tidak konsisten serta sentiasa mengalami turun naik pada setiap tahun. Pihak kerajaan perlu mengambil langkah yang lebih efektif bagi mengatasi masalah berikut. Antara langkah bernas yang boleh dilakukan oleh pihak kerajaan adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar bagi mengurangkan risiko pembayaran balik pinjaman berkenaan Pada masa yang sama, pihak kerajaan boleh mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Bank-bank tempatan disarankan untuk meningkatkan kadar bunga dalam usaha untuk meningkatkan simpanan. Ini secara tidak langsung dapat menarik pelaburan tempatan dan asing. Simpanan tersebut boleh digunakan untuk melabur dalam aktiviti yang melibatkan eksport. Pihak kerajaan boleh mengambil langkah mempromosikan dan mempelbagaikan aktiviti eksport dalam usaha untuk menstabilkan akaun semasa. Langkah ini akan dapat membantu menambah permintaan barangan eksport dalam jangka masa panjang. Perancangan dan perlaksanaan dasar fiskal yang sesuai perlu diaplikasikan seperti mengurangkan cukai pendapatan dan korporat untuk menggalakkan mereka melabur dalam pasaran domestik terutama aktiviti yang melibatkan eksport. Selain itu, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik. Pihak kerajaan perlu mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Seterusnya, langkah untuk mengatasi krisis kegawatan ekonomi ialah kerajaan mengawal pengaliran keluar wang negara ke negara lain. Jika sebelum ini, masyarakat Malaysia gemar melancong ke negara asing, maka sekarang mereka seharusnya melancong di dalam negara sendiri dan membatalkan rancangan untuk melancong di luar negara. Dengan berbuat demikian, kita dapat mengelakkan pengaliran mata wang ke negara yang kita lawati kerana salah satu penyebab dan punca kegawatan ekonomi ialah pengaliran wang yang banyak ke negara lain. Pengaliran mata wang Malaysia juga dapat dikurangkan dengan mengurangkan
  16. 16. 950719-10-5858 16 import dan menambahkan eksport. Ini perlu diberi penekanan yang sewajarnya kepada sektor tertentu seperti sektor perindustrian. Sektor pelancongan negara juga memainkan peranan penting, terutamanya di kawasan pedalaman yang belum diusahakan sepenuhnya oleh arus pembangunan. Mereka harus meningkatkan atau meluaskan promosi ke seluruh dunia untuk menggalakkan pelancong asing datang ke negara ini. Di samping itu, kita harus meningkatkan eksport negara yang dapat membantu kerajaan menangani krisis ini dan dapat menambah tabungan negara. Akhirnya, rakyat Malaysia perlu bijak berbelanja dan lebih mengutamakan barangan tempatan. Kesedaran ini wajar disemai dan dipupuk dalam sanubari setiap rakyat kerana pembelian barang import akan menyebabkan pengaliran keluar mata wang negara kita ke negara pengeksport. Oleh hal yang demikian, media massa memainkan peranan penting bagi mengatasi krisis ini dengan mengadakan kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”. Sebenarnya, penduduk Malaysia kini lebih terpengaruh dengan barangan buatan luar negara, iaitu barangan import yang dikatakan lebih tahan lama. Hal ini merupakan pemikiran yang tidak sihat kerana telah disalahtafsirkan, terutamanya oleh suri rumah.
  17. 17. 950719-10-5858 17 7. RUMUSAN KAJIAN Kesimpulan , hail kajian mendapati bahawa jumlah eksport sentiasa melebihi import barangan dari tahun ke tahun. Hal ini disebabkan adanya sekatan perdagangan antarabangsa di mana nilai import dapat dikurangkan dengan mengadakan sekatan terhadap kemasukan barang import melalui tarif import, kuota dan kawalan pertukaran asing. Galakan-galakan eksport seperti subsidi eksport digunakan untuk menambahkan nilai eksport. Jika nilai eksport melebihi nilai import barang, maka lebihan dagangan akan berlaku seperti data yang ditunjukkan dalam hasil kajian didapati bahawa lebihan akaun dagangan sentiasa meningkat dari tahun ke tahun. Selain itu, arah aliran akaun dagangan juga sentiasa mengalami turun naik dan ini menunjukkan bahawa arah aliran akaun dagangan Malaysia tidak konsisten. Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, permintaan dalam negeri muncul sebagai pemacu utama pertumbuhan. Penggunaan swasta dan jumlah pelaburan adalah berdaya tahan, lantas membolehkan ekonomi berkembang meskipun berdepan dengan prestasi eksport yang lembap. Pertumbuhan dan guna tenaga telah disokong oleh sektor berorientasikan dalam negeri, lalu mengimbangi kelemahan dalam industri berorientasikan eksport. Keadaan ini sebahagiannya dicapai susulan wujudnya pembaharuan struktur serta dasar ekonomi yang teguh sejak bertahun-tahun lamanya. Walau bagaimanapun, Malaysia kekal sebagai ekonomi yang sangat terbuka dengan eksport menjadi sumber utama permintaan. Oleh itu, pelaburan strategik dalam industri pertumbuhan yang tepat adalah amat penting bagi memastikan Malaysia berada pada kedudukan yang baik supaya dapat memanfaatkan peluang baharu dalam landskap global yang berubah-ubah. Yang ketara, keluaran dan pasaran eksport telah menjadi lebih pelbagai, berorientasikan ke arah industri pertumbuhan baharu dan ekonomi serantau yang pesat berkembang.Ini membolehkan Malaysia bergerak lebih tinggi dalam rantaian nilai di samping memanfaatkan pertumbuhan global yang utama. Melangkah ke hadapan, usaha menjana pertumbuhan yang kukuh, mampan dan seimbang akan memerlukan pembaharuan yang selanjutnya. Pertumbuhan yang mampan perlu disokong oleh peningkatan dalam produktiviti dan inovasi, bagi membolehkan peralihan ke arah ekonomi bernilai tambah lebih tinggi dan berpendapatan lebih tinggi. Langkah terkini
  18. 18. 950719-10-5858 18 seperti pengenalan dasar gaji minimum dan liberalisasi selanjutnya dalam industri terpilih akan menyokong peralihan ini, sekali gus menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi, yang seterusnya menyokong pertumbuhan yang berterusan dalam penggunaan. Pewujudan jaring keselamatan sosial yang komprehensif, termasuk penambahbaikan dalam sistem persaraan dan penjagaan kesihatan, serta usaha berterusan untuk menggalakkan rangkuman kewangan akan mengurangkan keperluan tabungan bagi tujuan kecemasan dan akan meningkatkan penggunaan. Oleh yang demikian, pihak kerajaan mengambil langkah efektif dalam menangani masalah di yang dinyatakan. Antara langkah yang boleh diambil adalah mengurangkan kebergantungan pada pinjaman daripada negara luar dan mengawal selia aliran keluar mata wang ke luar negara melalui bank-bank tempatan. Seterusnya, tekanan harga barangan mentah dan siap di pasaran domestik perlu dikawal ketat untuk memastikan tidak berlaku lambakan barangan di pasaran domestik , mengurangkan defisit fiskal kerajaan persekutuan secara beransur-ansur tanpa menjejaskan pertumbuhan keseluruhan dan sentiasa mengekalkan imbangan pembayaran dan kedudukan rizab yang kukuh. Kejayaan mengekalkan magnitud dan kualiti pelaburan akan bergantung pada kemajuan reformasi struktur, pembangunan sektor kewangan yang berterusan, keadaan perniagaan yang baik dan ketersediaan pekerja mahir. Pembaharuan ini, bersama-sama dengan pempelbagaian dalam pasaran dan keluaran eksport perlu diteruskan bagi memastikan pertumbuhan yang mampan pada masa hadapan.
  19. 19. 950719-10-5858 19 8. SENARAI RUJUKAN Imbangan akaun semasa di malaysia : perkembangan terkini http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf Laman Web Bank Negara Malaysia ( 14 Julai 2014 ) http://www.bnm.gov.my/files/publication/ar/bm/2012/cp01_001_rencana.pdf Laman Web Laporan Ekonomi Malaysia ( 19 Julai 2014 ) http://www.treasury.gov.my/ Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia ( 14 Julai 2014 ) http://statistics.gov.my/portal/index.php?option=com_content&view Suhiliah Mohd Salleh, 2014. Ace Ahead Teks STPM Ekonomi Penggal 3 (Ekonomi Malaysia ). Arah aliran Akaun Semasa , halaman 77 : Penerbitan Oxford Fajar Zaini Hassan dan Hassan Mohd Noor . Utusan Malaysia. 26 oktober 2013
  20. 20. 950719-10-5858 20 LAMPIRAN

×