SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS, KAUM dan SOSIOBUDAYA

              SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN




ISI KANDUNGAN                                                      MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN                                                         2

2.0 PERNYATAAN MASALAH

    Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas               3

3.0 KESAN-KESAN

       3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di       4-5

       dalam bilik darjah terhadap guru.

       3.2 Implikasi kepelbagaian etnk, ras dan sosio-budaya di        6-7

       dalam bilik darjah terhadap pelajar

4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU                           7-14

5.0 KESIMPULAN                                                         15

6.0 PETA MINDA                                                         16




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                        Page 1
1.0 PENGENALAN



Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan

dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang

etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah

dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik

mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu.

Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban.

       Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari ras,

etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di

dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza.

Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar

belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain John Dewey

menunjukkan seorang guru mempunyai tanggungjawab bagi menggalakkan generasi baru

berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam konteks

kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka guru

merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk pelajar daripada pelbagai etnik dan

latarbelakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan

pembelajaran di bilik darjah.Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik

darjah. Jika wujud perbezaan     di kalangan pelajar dengan guru dari segi cara mereka

berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi

antara mereka.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 2
2.0 PERNYATAAN MASALAH



     PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS



     Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran.

     Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau

     pergantungan,     mempengaruhi      tahap    pergantungan     pelajar   dalam   proses

     pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai

     yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat,

     melahirkan pelajar yang lebih dependent sebagai pembelajar.

              Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya

     terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah

     diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti

     yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di

     Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan

     merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar

     mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini

     mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat

     jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara

     mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 3
3.0 KESAN – KESAN



       3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI

       DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU



              Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi

       satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga

       mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat

       dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit

       analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru,

       dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga dan tahap

       sosio-ekonomi yang berbeza- beza.

              Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi

       dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar, tidak

       mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar dari kaum yang

       berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang

       untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar

       tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira

       sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang

       ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio-

       budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan

       pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum.             Sebagai

       seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran

       yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 4
darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas-

       tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya.

                  Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru

       dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran

       bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar

       merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar

       dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan.

       Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar

       murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar

       belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan

       perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil

       kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak

       dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang

       dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau

       secara ringkasnya, Guru perlu :

             1.         Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar

             2.         Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional

             3.         Membantu pelajar memilih kerjaya

             4.         Sentiasa menepati masa

             5.         Menghormati pelajar dan bersifat adil

             6.         Tidak menyentuh kepercayaan pelajar

             7.         Kurangkan penggunaan bahasa dialek

             8.         Catat kemajuan dan kelemahan pelajar

             9.         Guru mempunyai wawasan




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 5
3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK

       DARJAH TERHADAP PELAJAR



               Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan

       bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik

       darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang

       terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan

       antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru

       menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah

       amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang

       tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat.

              Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan

       tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya            dan

       mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan

       agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat

       dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam

       masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu

       pembangunan negara.

              Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi

       sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa

       diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar

       digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina.

       Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut.

       Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan

       tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                               Page 6
mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik

       yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar.

                 Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan

       komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap

       memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada

       sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan ,

       menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif

       dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan

       sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat

       melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang ingin

       melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan

       sosial.



4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU



       Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh

digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik

dan budaya mereka.Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru adalah seperti

berikut :


1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini adalah kerana guru

seharusnya mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum

masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa

membezakan murid dengan kelas sosial mereka. pembelajaran koperatif merupakan kaedah

pedagogi yang berlandaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan pelajar

bekerjasama untuk belajar dan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                 Page 7
mencapai tujuan pembelajaran yang sama. Ini bermakna guru akan meletakkan beberapa

orang murid bersama di dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untuk

diselesaikan secara bersama. Tugasan yang diberikan pula memerlukan ahli bekerjasama

supaya ia dapat diselesaikan.


2. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang kedua ialah amalan penggunaan bahasa

yang sesuai. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang mempunyai makna bagi

menyampaikan mesej daripada penghantar kepada pihak penerima samada dalam bentuk lisan

mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala di antara

guru dan murid, justeru laras bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan tahap umur

murid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai

dialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan

bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa

kedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa

di antara guru dan murid.


3. Ketiga, amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses pengajaran dan

pembelajaran. Proses penerapan dilakukan oleh guru dengan menyelitkan nilai-nilai murni

secara implisit dan eksplisit melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah

dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah yang terkandung nilai-nilai murni

dan berbentuk mesra budaya serta memberikan contoh melalui tauladan iaitu mempamerkan

perlakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti

tolong-menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktiviti

secara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta peraturan-

peraturan yang menggalakkan interaksi murid daripada pelbagai kaum di dalam bilik darjah

seperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan bahasa Melayu”.

Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkahlaku positif kepada murid-murid

Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                              Page 8
seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasa

yang sesuai dan lemah-lembut serta menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa

mengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosial mahupun perbezaan jantina mereka.

Selain itu, penekanan diberikan dalam skop seperti berikut :


       ISI KANDUNGAN (CONTENT)

       Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk

       menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila

       perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini

       akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses

       pembelajaran dalam bilik darjah.



       MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP

       Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya

       yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan :

           1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap

               ras dan kelompok lain.

           2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti

               terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah

               ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh

               pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan.



       MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF

       Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan

       iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                               Page 9
yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar

       yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan.



       MENGGUNAKAN             BAHAN-BAHAN           DAN      KAEDAH          YANG     BOLEH

       MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK

       Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan

       keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka           penerimaan pelajar terhadap

       pengajarannya lebih mudah.



       PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN

       Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu

       itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat

       unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara

       mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada

       yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan

       pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu

       berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat

       merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat

       strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :



       Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence)

  Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti

  berikut:

    Pembelajar Field dependent                  Pembelajar Field Independence

             Persepsi global                            Melihat     sesuatu    dalam    bentuk


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                  Page 10
bahagian-bahagian tertentu

           Lemah        dalam   menyelesaikan           Pemikiran abstrak dan analitikal

           masalah analitikal

           Suka menerima sahaja apa yang                Individualistik, tidak sensitif ( kepada

           dipelajari                                   emosi orang lain, kemahiran sosial

                                                        yang lemah)

           Memerlukan       motivasi   luaran,          Suka belajar bersendirian, pemikiran

           responsif kepada ganjaran sosial.            cara tersendiri untuk belajar dan

                                                        bentuk    motivasi    dalaman,      tidak

                                                        responsif kepada ganjaran sosial.



       Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ

       (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu

       anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis

       ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field

       independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field

       dependent kepada bidang sastera.

       Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan

       pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut :

   1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya

      Pembelajar Field dependent                 Pembelajar Field Independence

              Suka bekerja dengan orang lain            Suka bekerja bersendirian

              Suka membantu orang lain                  Suka berlumba-lumba

              Sensitif kepada perasaan orang            Berorientasikan tugas, tidak peka

              lain                                      terhadap persekitaran sosial semasa


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                    Page 11
membuat sesuatu tugas.



   2. Hubungan sosial dengan guru

      Pembelajar Field dependent                Pembelajar Field Independence

              Melahirkan perasaan positif               Jarang berhubung dengan guru

              kepada guru secara terbuka

              Menjadikan      guru    sebagai           Hubungan dengan guru formal dan

              contoh dan role model                     terhad kepada tugas yang dilakukan



   3. Hubungan Instruksi dengan guru

      Pembelajar Field dependent                Pembelajar Field Independence

              Memerlukan bimbingan yang                 Diterangkan konsep dengan terperinci

              jelas dan terperinci

              Konsep dibentangkan dalam                 Suka   konsep-konsep     sains    dan

              bentuk cerita dan berkaitan               matematik

              minat dan pengalaman pelajar




  Keperluan Pelajar kepada Struktur

              Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka

       untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan

       mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet

       (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam

       proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang

       memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja


Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                  Page 12
struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai

       tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir

       sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri

       sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan

       yang singkat kepada soalan yang diajukan.

              Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan

       jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak

       suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu,

       dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul

       atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa

       gemar kerja berkumpulan.

              Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka

       menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka

       dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh

       berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama

       kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan

       orang lain.

              Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar

     dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar

     yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri

     perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar,

     estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.



   Modaliti Perseptual




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 13
Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk

       belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek

       atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat

       membantu mereka belajar secara lebih sempurna.

              Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula

       yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada

       pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota

       atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara

       belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan

       pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang

       berkesan.



   Inventori Stail Pembelajaran

              Dunn dan Dunn ( 1979) – dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori

       stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas

       mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran

       (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance),

       tanggungjawab     dan    struktur   sosiologi    (berkawan,   sendiri,   berpasangan,

       berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa,

       pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek

       asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah

       menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global,

       kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif)




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                                Page 14
5.0 KESIMPULAN



 Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam

 masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat

 membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan

 minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu

 diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian

 akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar

 supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani.

       Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa

 sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat

 dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu

 pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran

 menjadi lebih bermakna kepada pelajar.

       Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai

 dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli

 fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak

 mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar

 tanpa prejudis.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                             Page 15
PETA MINDA


 KEPELBAGAIAN PELAJAR
 DALAM ETNIK, RAS DAN
     SOSIO-BUDAYA




       Impak kepada GURU




                                                                    Minat
                                                                    pelajar



   STRATEGI PENGAJARAN
      yang BERKESAN                                Impak kepada      Bakat
                                                     PELAJAR         pelajar


         Isi kandungan (content)
         Mengurangkan prasangka
         dan streotaip                                              Nilai-nilai
         Memupuk budaya sekolah                                      murni
         yang positif
         Menggunakan bahan yang
         sesuai
         Stail Pembelajaran


                                                MODAL INSAN YANG
                                                SEIMBANG ( JERIS)




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya               Page 16
BIBLIOGRAFI



   1. Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong “PERBEZAAN RAS /
      ETNIK DI DALAM BILIK DARJAH” di akses pada 26 November 2012 dari URL
      http://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/perbezaan-ras-etnik-di-dalam-bilik.html

   2. Implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah di akses pada 25 November
      2012 di URL http://www.scribd.com/doc/46594253/Implikasi-kepelbagai-sosio-
      budaya-dalam-bilik-darjah


   3. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan
      Multimedia


   4. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC.




Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya                            Page 17

More Related Content

What's hot

Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaSalmah Md Amin
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Pensil Dan Pemadam
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09harithhamizan
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranNur Fateha
 
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budayaK01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budayaJANGAN TENGOK
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106sk zainab 2
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaAhmad NazRi
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3shockgadof
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaNaim Manaf
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budayazuraidanasri
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaArif AirfAce
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAKementerian Pelajaran Malaysia
 
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaHazel Bug
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaNor Laily Samsinar
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanAhmad Fahmi
 

What's hot (19)

Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
Kepentingan membina persekitaran bilik darjah yang mesra budaya dalam konteks...
 
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 0906 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
06 unit 1 budaya dlm pembelajaran 09
 
budaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaranbudaya dalam pembelajaran
budaya dalam pembelajaran
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budayaK01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
K01947 20180528092600 k11 pengurusan pelbagai budaya
 
Budaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaranBudaya dan pembelajaran
Budaya dan pembelajaran
 
Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106Contoh soalan 2-edu-3106
Contoh soalan 2-edu-3106
 
Keperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budayaKeperluan kepelbagaian budaya
Keperluan kepelbagaian budaya
 
P E N Gumpulan 3
P  E  N  Gumpulan 3P  E  N  Gumpulan 3
P E N Gumpulan 3
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
Bab11  pengurusan pelbagai budayaBab11  pengurusan pelbagai budaya
Bab11 pengurusan pelbagai budaya
 
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budayaKriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Kriteria pembinaan persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYAEDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
EDU-PELAN TINDAKAN MEWUJUDKAN PERSEKITARAN MESRA BUDAYA
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budayaBab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
Bab 5 persekitaran bilik darjah yang mesra budaya
 
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasaEdu 3083 guru dan cabaran semasa
Edu 3083 guru dan cabaran semasa
 
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (anjakan 3)
 
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam PendidikanGPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
GPP1063: Integrasi Nasional dalam Pendidikan
 

Similar to Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last

Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaMickgun
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayataliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayataliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayataliafaridah
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayataliafaridah
 
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptx
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptxColored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptx
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptxBIEYLA1
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranLee Hua
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahROSLINDAWATI LIN
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13NurulHazrati
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budayarosedainty
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahAzizi Ahmad
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikansookvon
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13NurulHazrati
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Thomas Liew
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...KaNa RaJan
 

Similar to Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last (20)

Bdp power point
Bdp power pointBdp power point
Bdp power point
 
Isu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysiaIsu pendidikan di malaysia
Isu pendidikan di malaysia
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Bilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budayaBilik darjah mesra budaya
Bilik darjah mesra budaya
 
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptx
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptxColored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptx
Colored-Pencils-Education-Concept-PowerPoint-Template-.pptx
 
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaranEdu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
Edu pengurusan pengajaran dan pembelajaran
 
Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2Esei tema 4psk 2
Esei tema 4psk 2
 
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
46594253 implikasi-kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13Artikel kumpulan 13
Artikel kumpulan 13
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra BudayaEDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
EDUP3073 Penulisan Akademik Bilik Darjah Mesra Budaya
 
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjahPengurusan pembinaan bilik_darjah
Pengurusan pembinaan bilik_darjah
 
K2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikanK2 pendemokrasian pendidikan
K2 pendemokrasian pendidikan
 
Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13Artikel Kumpulan 13
Artikel Kumpulan 13
 
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
Budayadanpembelajaranedu3106 121115172426-phpapp01
 
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
Analisis terhadap falsafah pendidikan kebangsaan dengan falsafah pendidikan b...
 
Hsp psk thn6
Hsp psk thn6Hsp psk thn6
Hsp psk thn6
 

More from Radziah Mokhtar

Courseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingCourseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingRadziah Mokhtar
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahRadziah Mokhtar
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedRadziah Mokhtar
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upRadziah Mokhtar
 

More from Radziah Mokhtar (6)

Courseware & modul microteaching
Courseware & modul microteachingCourseware & modul microteaching
Courseware & modul microteaching
 
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolahSejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
Sejarah perlaksanaan kbkk di dalam kurikulum sekolah
 
Pengajaran langsung edited
Pengajaran langsung editedPengajaran langsung edited
Pengajaran langsung edited
 
Full write up
Full write up Full write up
Full write up
 
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write upKepelbagaian pelajar dalam etnik write up
Kepelbagaian pelajar dalam etnik write up
 
Mikroteaching radziah
Mikroteaching radziahMikroteaching radziah
Mikroteaching radziah
 

Kepelbagaian pelajar dalam etn ik last

  • 1. KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK / RAS, KAUM dan SOSIOBUDAYA SERTA STRATEGI GURU dan STAIL PEMBELAJARAN ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN 2 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pengaruh Budaya terhadap Kepelbagaian di dalam Kelas 3 3.0 KESAN-KESAN 3.1 Implikasi kepelbagaian etnik, ras dan sosio-budaya di 4-5 dalam bilik darjah terhadap guru. 3.2 Implikasi kepelbagaian etnk, ras dan sosio-budaya di 6-7 dalam bilik darjah terhadap pelajar 4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU 7-14 5.0 KESIMPULAN 15 6.0 PETA MINDA 16 Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 1
  • 2. 1.0 PENGENALAN Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosio-budaya sukar untuk dinafikan dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir dari kelompok masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi majoriti terbesar serta kaum peribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai sosio-budaya yang berbeza yang diwarisi dari nenek moyang yang terdahulu. Budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Dalam konteks pendidikan, kepelbagaian sosio-budaya bukan sahaja dilhat dari ras, etnik dan adat budaya mereka sahaja, malah ia juga merangkumi skop yang lebih luas. Di dalam bilik darjah, terdapat pelbagai ras, etnik dan budaya yang tersendiri dan berbeza-beza. Sebagai guru, kita perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga dan tahap sosioekonomi yang berbeza antara satu sama lain John Dewey menunjukkan seorang guru mempunyai tanggungjawab bagi menggalakkan generasi baru berfikir untuk membentuk masyarakat yang lebih baik pada masa hadapan. Dalam konteks kepelbagaian sosio-budaya yang mempengaruhi sistem pendidikan di negara kita, maka guru merupakan orang yang paling sesuai untuk membentuk pelajar daripada pelbagai etnik dan latarbelakang melalui pendidikan yang seimbang khususnya melalui amalan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.Guru juga membawa budaya mereka tersendiri di dalam bilik darjah. Jika wujud perbezaan di kalangan pelajar dengan guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan nilai dan sebagainya, maka akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 2
  • 3. 2.0 PERNYATAAN MASALAH PENGARUH BUDAYA TERHADAP KEPELBAGAIAN DI DALAM KELAS Pengaruh budaya telah memainkan peranan yang penting dalam proses pembelajaran. Cara pelajar disosialisasi, terutama sekali yang memupuk nilai-nilai kebebasan atau pergantungan, mempengaruhi tahap pergantungan pelajar dalam proses pembelajarannya. Para pengkaji mendapati masyarakat tradisional yang memberi nilai yang tinggi terhadap hubungan kekeluargaan, yang mempunyai kaitan sosial yang ketat, melahirkan pelajar yang lebih dependent sebagai pembelajar. Belum ada kajian yang dilakukan untuk mengenal pasti pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran di negara kita. Di Amerika Syarikat kaitan sedemikian telah diselidik, melibatkan pelajar kulit hitam, kulit putih dan beberapa kumpulan minoriti yang lain. Pengetahuan tentang pengaruh budaya terhadap stail pembelajaran pelajar di Malaysia yang berlainan ras, etnik boleh membantu para pendidik memahami dan merancang strategi Pengajaran dan Pembelajaran yang paling berkesan untuk pelajar mereka. Lazimnya, guru mengajar mengikut stail pembelajaran mereka sendiri, ini mungkin tidak sesuai dengan keperluan pelajar mereka. Prestasi pelajar akan meningkat jika mereka berasa seronok belajar dan mendapati mereka boleh menggunakan cara mereka sendiri yang paling berkesan untuk belajar. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 3
  • 4. 3.0 KESAN – KESAN 3.1 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN ETNIK, RAS DAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP GURU Malaysia mempunyai kurikulum yang sama bagi semua pelajar. Ianya menjadi satu cabaran besar kepada guru lebih-lebih lagi dalam era globalisasi. Pendidikan juga mengalami perubahan seiring dengan perkembangan kemajuan teknologi maklumat dan komunikasi. Di dalam ruang lingkup bilik darjah, guru perlu membuat sedikit analisis mengenai latar belakang pelajar sebelum merancang pengajaran. Sebagai guru, dia perlu tahu bahawa setiap pelajar mempunyai latar belakang keluarga dan tahap sosio-ekonomi yang berbeza- beza. Semua guru di dalam kelas perlu melaksanakan tugas dengan penuh dedikasi dan bertanggungjawab. Guru tidak sepatutnya membezakan bangsa pelajar, tidak mengelompokkan pelajar mengikut kaum mereka sahaja. Pelajar dari kaum yang berlainan juga harus ditempatkan dalam satu kumpulan yang sama supaya peluang untuk berkomunikasi dan berinteraksi terbuka luas. Guru digalakkan mengajar pelajar tanpa membezakan kelas mereka. Pelajar hendaklah dilayan sama rata tanpa mengira sama ada mereka dari kelas atasan atau bawahan dan tidak ada pinggiran yang ditunjukkan. Guru perlu berkemahiran untuk menangani masalah kepelbagaian sosio- budaya pelajar. Sepatutnya, guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai seorang guru, perkara-perkara asas seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 4
  • 5. darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Tugas- tugas ini perlu dipikul oleh guru dalam konteks memahami setiap pelajarnya. Perbezaan tahap kecerdasan yang perlu dititikberatkan oleh seseorang guru dalam menyampaikan pelajaran iatu dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran bersesuaian dengan tahap pelajar. Perkara ini sangat perlu bagi mengelakkan pelajar merasa bosan dan seterusnya akan mengakibatkan masalah disiplin yang sukar dikawal. Guru harus bijak mencetuskan situasi pembelajaran yang mesra rakan. Aktiviti yang melibatkan interaksi di kalangan murid haruslah sentiasa dijalankan agar murid dalam menjalinkan hubungan yang mesra sesama mereka tanpa mengira latar belakang sosial dan kecerdasan individu. Sebagai seorang yang menawarkan perkhidmatan, pelanggan iaitu pelajar haruslah sentiasa dihormati dan bersikap adil kepada mereka. Hukuman berbentuk deraan dan memalukan seharusnya tidak dilaksanakan kerana akan menyebabkan hubungan guru dengan pelajar akan renggang dan seterusnya menghilangkan minat mereka untuk belajar. Dengan kata lain atau secara ringkasnya, Guru perlu : 1. Mengajar tanpa mengira sosial dan budaya pelajar 2. Menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan profesional 3. Membantu pelajar memilih kerjaya 4. Sentiasa menepati masa 5. Menghormati pelajar dan bersifat adil 6. Tidak menyentuh kepercayaan pelajar 7. Kurangkan penggunaan bahasa dialek 8. Catat kemajuan dan kelemahan pelajar 9. Guru mempunyai wawasan Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 5
  • 6. 3.2 IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIO –BUDAYA DI DALAM BILIK DARJAH TERHADAP PELAJAR Pelajar adalah pelanggan bagi setiap guru di dalam bilik darjah. Mereka akan bersama setiap kali aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung di dalam bilik darjah. Hati dan jiwa mereka perlu dibersihkan dengan memberikan pendidikan yang terbaik dan tidak melampaui tingkah laku manusia. Kerapkali terdapat perbezaaan antara individu atau kumpulan pelajar dengan yang lain. Faktor ini mendesak guru menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah dan adalah amat penting guru mendalami tingkah laku dan budaya pelajar supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Setiap pelajar mempunyai kepercayaan dan amalan agama yang dianuti dan tidak harus dipertikaikan. Aktiviti menyemai semangat saling percaya dan mempercayai perlulah diterapkan. Proses sosialisasi antara kaum tanpa mengira anutan agama hendaklah dikembangkan supaya proses pembentukan kendiri pelajar dapat dilaksanakan. Secara langsung semangat perpaduan dapat dijalankan dalam masyarakat dan seterusnya berupaya membentuk masyarakat yang toleran memacu pembangunan negara. Pelajar digalakkan menggunakan bahasa standard semasa berkomunikasi sesama rakan. Dialek mengikut kaum hendaklah dielakkan. Pelajar hendaklah sentiasa diingatkan untuk sentiasa berinteraksi dengan menggunakan bahasa yang betul. Pelajar digalakkan berinteraksi dan berhubung dengan rakan-rakan yang berlainan jantina. Mereka perlu diberikan kesedaran batasan perhubungan dalam interaksi tersebut. Dalam pengurusan bilik darjah, setiap pelajar perlu diberikan peranan dan tanggungjawab tertentu untuk menanam semangat kerjasama dan cinta akan kelas Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 6
  • 7. mereka. Biasanya nilai-nilai ini diterapkan oleh guru dalam subjek Pendidikan Sivik yang menjadi pokok kepada pembentukkan nilai setiap pelajar. Pelajar perlu diberi motivasi secara berhemah. Guru perlu menggunakan komunikasi dengan berkesan dengan membiasakan diri dengan senyuman selain kerap memberi penghargaan apabila pelajar mempamerkan sesuatu yang lebih baik daripada sebelumnya. Pelajar biasanya suka akan budaya belajar yang ceria, menyeronokkan , menyentuh emosi disamping meningkatkan kecergasan mental, kreatif dan inovatif dan bermatlamat. Pelajar perlu mendapat dorongan dan bimbingan guru serta rakan sebaya. Tahap disiplin yang terkawal melalui tindakan yang berhemah dapat melahirkan modal insan selaras dengan Falsafah Pendidikan Malaysia yang ingin melahirkan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial. 4.0 STRATEGI YANG BOLEH DIGUNAKAN OLEH GURU Di dalam bilik darjah yang berbilang kaum, terdapat beberapa strategi yang boleh digunakan oleh guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras, etnik dan budaya mereka.Antara aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru adalah seperti berikut : 1. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran bersifat koperatif. Faktor ini adalah kerana guru seharusnya mengajar murid-muridnya tanpa mengelompokkan mereka mengikut kaum masing-masing dalam satu kumpulan sahaja. Perkara yang sama juga harus dilakukan tanpa membezakan murid dengan kelas sosial mereka. pembelajaran koperatif merupakan kaedah pedagogi yang berlandaskan prinsip pengajaran dan pembelajaran dengan melibatkan pelajar bekerjasama untuk belajar dan mempunyai tanggungjawab ke atas tugas masing-masing bagi Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 7
  • 8. mencapai tujuan pembelajaran yang sama. Ini bermakna guru akan meletakkan beberapa orang murid bersama di dalam sebuah kumpulan dan kemudian memberikan tugasan untuk diselesaikan secara bersama. Tugasan yang diberikan pula memerlukan ahli bekerjasama supaya ia dapat diselesaikan. 2. Amalan pengajaran dan pembelajaran guru yang kedua ialah amalan penggunaan bahasa yang sesuai. Bahasa merupakan satu sistem komunikasi yang mempunyai makna bagi menyampaikan mesej daripada penghantar kepada pihak penerima samada dalam bentuk lisan mahupun bukan lisan. Penggunaan bahasa amat penting dalam komunikasi dua hala di antara guru dan murid, justeru laras bahasa yang digunakan adalah bersesuaian dengan tahap umur murid yang mana ia boleh difahami oleh murid-murid berbilang kaum yang turut mempunyai dialek daripada bahasa ibunda mereka. Contoh yang mudah adalah amalan penggunaan bahasa Melayu yang merupakan bahasa penghantar rasmi dan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua di sekolah semasa proses pengajaran dan pembelajaran ataupun ketika perbualan biasa di antara guru dan murid. 3. Ketiga, amalan penerapan nilai-nilai murni dan disiplin semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Proses penerapan dilakukan oleh guru dengan menyelitkan nilai-nilai murni secara implisit dan eksplisit melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancangkan, mewujudkan peraturan di dalam bilik darjah yang terkandung nilai-nilai murni dan berbentuk mesra budaya serta memberikan contoh melalui tauladan iaitu mempamerkan perlakuan guru sendiri. Sebagai contoh, guru sentiasa menekankan nilai-nilai murni seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan kerjasama semasa meminta murid melakukan aktiviti secara berkumpulan dan juga aktiviti perbincangan. Guru juga boleh mencipta peraturan- peraturan yang menggalakkan interaksi murid daripada pelbagai kaum di dalam bilik darjah seperti, “Dilarang bercakap menggunakan bahasa dialek. Sila gunakan bahasa Melayu”. Contoh yang terakhir ialah guru mempamerkan tingkahlaku positif kepada murid-murid Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 8
  • 9. seperti datang awal ke bilik darjah, bercakap dengan sopan santun, menggunakan laras bahasa yang sesuai dan lemah-lembut serta menunjukkan sikap adil kepada murid-murid tanpa mengambil kira perbezaan kaum, jurang kelas sosial mahupun perbezaan jantina mereka. Selain itu, penekanan diberikan dalam skop seperti berikut : ISI KANDUNGAN (CONTENT) Guru boleh menggunakan bahan-bahan dan contoh daripada pelbagai budaya untuk menerangkan konsep yang di ajar. Pelajar akan berasa bangga dan yakin diri apabila perkara-perkara positif daripada budaya mereka diketengahkan dan dibincangkan. Ini akan menarik minat mereka dan mereka akan memberi tumpuan terhadap proses pembelajaran dalam bilik darjah. MENGURANGKAN PRASANGKA DAN STREOTAIP Guru perlu membantu pelajar supaya bersikap positif terhadap kepelbagaian budaya yang terdapat di kalangan rakan-rakan mereka dengan : 1. Memberi ganjaran kepada pelajar jika mereka berpandangan positif terhadap ras dan kelompok lain. 2. Menambahkan kontak pelbagai latar belakang dengan aktiviti-aktiviti terancang dan dengan mengamalkan pembelajaran koperatif. Dalam kaedah ini, pelajar bekerjasama belajar dalam kelompok kecil yang dianggotai oleh pelajar berbilang kaum, kebolehan dan keistimewaan. MEMUPUK BUDAYA SEKOLAH YANG POSITIF Segala bentuk amalan pengelompokkan pelajar perlulah dihentikan dan situasi dan iklin yang bekerjasama, tolong menolong dan hormat-menghormati serta sikap guru Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 9
  • 10. yang lebih terbuka perlu diwujudkan. Tidak perlu ada amalan prejudis terhadap pelajar yang berbeza latar belakang dan sentiasa mewujudkan kesefahaman dan perpaduan. MENGGUNAKAN BAHAN-BAHAN DAN KAEDAH YANG BOLEH MENINGKATKAN PENCAPAIAN AKADEMIK Jika guru mengendalikan kelas mereka supaya lebih selaras dengan budaya dan keperluan serta stail pembelajaran pelajar, maka penerimaan pelajar terhadap pengajarannya lebih mudah. PERBEZAAN STAIL PEMBELAJARAN Stail pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai gaya pembelajaran seseorang individu itu. Setiap individu mempunyai gaya sendiri untuk belajar. Manusia adalah sangat unik dan berbeza dari segi mereka melihat sesuatu, membuat keputusan, dan cara mereka berinteraksi. Ada orang yang membentuk persepsi berasaskan sensasi, ada yang berasaskan intuisi, ada yang menggunakan pengetahuan, ada yang menggunakan pemikiran logikal. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh personaliti setiap individu itu berbeza. Guru-guru perlu peka terhadap stail pengajaran mereka supaya pelajar dapat merealisasikan potensi dirinya setinggi mungkin, Bennet (1990) menyarankan empat strategi untuk mengenal pasti stail pembelajaran iaitu :  Dimensi Stail Pembelajaran penggantungan (field independence) Mengikut Bennet(1990), ciri-ciri pelajar mengikut dimensi pergantungan adalah seperti berikut: Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Persepsi global Melihat sesuatu dalam bentuk Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 10
  • 11. bahagian-bahagian tertentu Lemah dalam menyelesaikan Pemikiran abstrak dan analitikal masalah analitikal Suka menerima sahaja apa yang Individualistik, tidak sensitif ( kepada dipelajari emosi orang lain, kemahiran sosial yang lemah) Memerlukan motivasi luaran, Suka belajar bersendirian, pemikiran responsif kepada ganjaran sosial. cara tersendiri untuk belajar dan bentuk motivasi dalaman, tidak responsif kepada ganjaran sosial. Ada sesetengah pihak beranggapan pelajar field dependent mempunyai IQ (intelligence quotient) yang kurang berbanding field independence. Ini adalah satu anggapan yang kurang tepat kerana apa yang berbeza antara kedua-dua pelajar jenis ini adalah stail pembelajaran mereka mengikut bidang yang diminati. Field independent menjurus kepada pelajar yang meminati aliran sains manakala field dependent kepada bidang sastera. Castenda dan rakan-rakan (1974) dipetik oleh Bennet (1990) telah mencadangkan pendekatan P&P yang sesuai mengikut stail pembelajaran pelajar seperti berikut : 1. Hubungan pelajar dengan rakan sebaya Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Suka bekerja dengan orang lain Suka bekerja bersendirian Suka membantu orang lain Suka berlumba-lumba Sensitif kepada perasaan orang Berorientasikan tugas, tidak peka lain terhadap persekitaran sosial semasa Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 11
  • 12. membuat sesuatu tugas. 2. Hubungan sosial dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Melahirkan perasaan positif Jarang berhubung dengan guru kepada guru secara terbuka Menjadikan guru sebagai Hubungan dengan guru formal dan contoh dan role model terhad kepada tugas yang dilakukan 3. Hubungan Instruksi dengan guru Pembelajar Field dependent Pembelajar Field Independence Memerlukan bimbingan yang Diterangkan konsep dengan terperinci jelas dan terperinci Konsep dibentangkan dalam Suka konsep-konsep sains dan bentuk cerita dan berkaitan matematik minat dan pengalaman pelajar  Keperluan Pelajar kepada Struktur Pelajar berbeza dari segi kebolehan mereka bekerja sendiri, keperluan mereka untuk mendapat penjelasan sebelum melakukan sesuatu tugasan, dan kemampuan mereka untuk menyelesaikan sesuatu tugasan itu. Hunt (1979) dipetik oleh Bennet (1990) mengenal pasti cri-ciri pelajar dan tahap keperluan struktur mereka dalam proses pembelajaran. Ada pelajar yang memerlukan lebih banyak struktur, ada yang memerlukannya pada tahap sederhana, ada pula yang memerlukan sedikit sahaja Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 12
  • 13. struktur dalam proses pembelajaran mereka. Menurut Hunt, pelajar yang mempunyai tunjuk ajar lebih (struktur) tidak boleh duduk diam,disruptif, tidak suka berfikir sendiri(suka bertanya), tidak pandai membuat inferensi, tidak yakin terhadap diri sendiri, mahu maklumat asas sahaja, bekerja hanya sebab disoal dan memberi jawapan yang singkat kepada soalan yang diajukan. Pelajar yang memerlukan tunjuk ajar yang sederhana lazimnya pentingkan jawapan yang betul, mahu disukai oleh guru, mengikut kata, bekerja sendiri, tidak suka cuba sesuatu yang baru(takut salah) , tidak suka bertanya, tidak suka diganggu, dan sering meminta pandangan guru sama ada apa yang dilakukan oleh mereka betul atau tidak, dan apakah yang seterusnya dilakukan, tidak berimaginatif dan tidak berapa gemar kerja berkumpulan. Pelajar yang memerlukan sedikit struktur, suka berbincang dan berdebat, suka menyoal dan memberi pendapat, mahu menyelesaikan masalah sendiri, tidak suka dibimbing dengan terperinci dan kurang memerlukan input guru. Mereka boleh berfikir secara abstrak, tidak takut gagal mencuba, boleh memberi tumpuan yang lama kepada sesuatu tugas, lebih mementingkan diri sendiri dan kurang menghiraukan orang lain. Para guru perlu menggunakan strategi yang sesuai dengan keperluan pelajar dan pada masa yang sama memupuk sikap yang diingini di kalangan mereka. Pelajar yang terlalu bergantung perlulah dilatih berdikari, yang terlalu mementingkan diri perlulah dilatih bekerjasama. Pendekatan guru perlu meningkatkan keyakinan pelajar, estim diri mereka dan kemahiran belajar mereka.  Modaliti Perseptual Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 13
  • 14. Pelajar juga berbeza dari segi deria yang dominan yang digunakan untuk belajar. Pelajar yang visual belajar dengan lebih baik jika mereka dapat melihat objek atau aktviti yang ingin dipelajari. Gambar, filem dan model dan demonstrasi dapat membantu mereka belajar secara lebih sempurna. Ada pelajar yang lebih selesa membaca apa yang perlu dipelajari, ada pula yang lebih suka mendengar untuk mendapat manfaat daripada pembelajaran. Ada pembelajar kinestetik, mereka belajar dengan baik melalui pergerakan- menulis nota atau membuat akiviti, menggaris nota dan sebagainya. Para guru boleh mengesan cara belajar yang paling berkesan dikalangan pelajar mereka dan cuba menggunakan pendekatan yang memerlukan pelbagai cara dan deria untuk pembelajaran yang berkesan.  Inventori Stail Pembelajaran Dunn dan Dunn ( 1979) – dipetik oleh Bennet (1990), telah membina inventori stail pembelajaran dengan menggunakan bagaimana empat rangsangan (stimuli) asas mempengaruhi pembelajaran seseorang itu. Rangsangan asas itu adalah persekitaran (bunyi, cahaya, suhu dan keadaan susunan), emosi (motivasi), ketekalan(persistance), tanggungjawab dan struktur sosiologi (berkawan, sendiri, berpasangan, berkumpulan,orang dewasa dan kepelbagaian sumber), fizikal (fizikal,makanan,masa, pergerakan). Inventori ini boleh mengesan keperluan pembelajar dari segi semua aspek asas yang penting baginya untuk belajar dengan berkesan. Dunn dan Dunn telah menambah satu lagi rangsangan asas iaitu proses kognitif (analitikal / global, kecenderungan cerebal dan reflektf / impulsif) Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 14
  • 15. 5.0 KESIMPULAN Pelbagai ras, etnik dan budaya di Malaysia telah mewujudkan norma-norma baru di dalam masyarakat terutama di dalam bilik darjah. Guru sebagai “agen perubahan” yang dapat membentuk interaksi sosial pelajar serta berperanan dalam memperkembangkan bakat dan minat pelajar tanpa mempunyai pemikiran yang diskriminasi antara kaum. Guru perlu diingatkan bahawa kejayaan seseorang pelajar bukan boleh dilihat dar segi pencapaian akademik sahaja tetapi juga mengambil kira pembentukkan sahsiah diri bagi setiap pelajar supaya mereka seimbang dari segi intelek dan rohani. Oleh itu, profesyen keguruan bukanlah satu kerjaya yang boleh diceburi oleh sesiapa sahaja. Hanya mereka yang mempunyai kualiti, ketrampilan, kewibawaan, kelayakan, minat dan iltzam serta berjiwa pendidik sahaja yang patut menjadi guru. Pengetahuan ilmu pedagogi yang relevan menggunakan pelbagai strategi pengajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna kepada pelajar. Konsep kebudayaan dalam sosiologi dikatakan cara hidup yang dipelajari, diubahsuai dan diturunkan dari satu generasi ke generasi yang seterusnya. Dari sudut perspektif ahli fungsionalisme , sekolah dilihat berfungsi sebagai proses sosialisasi mendidik anak-anak mengikut kehendak masyarakat dah guru bertanggungjawab memenuhi keperluan pelajar tanpa prejudis. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 15
  • 16. PETA MINDA KEPELBAGAIAN PELAJAR DALAM ETNIK, RAS DAN SOSIO-BUDAYA Impak kepada GURU Minat pelajar STRATEGI PENGAJARAN yang BERKESAN Impak kepada Bakat PELAJAR pelajar Isi kandungan (content) Mengurangkan prasangka dan streotaip Nilai-nilai Memupuk budaya sekolah murni yang positif Menggunakan bahan yang sesuai Stail Pembelajaran MODAL INSAN YANG SEIMBANG ( JERIS) Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 16
  • 17. BIBLIOGRAFI 1. Program Intergrasi Pendidikan Khas SMK Kolombong “PERBEZAAN RAS / ETNIK DI DALAM BILIK DARJAH” di akses pada 26 November 2012 dari URL http://ppkismkkl.blogspot.com/2012/01/perbezaan-ras-etnik-di-dalam-bilik.html 2. Implikasi kepelbagaian sosio budaya dalam bilik darjah di akses pada 25 November 2012 di URL http://www.scribd.com/doc/46594253/Implikasi-kepelbagai-sosio- budaya-dalam-bilik-darjah 3. Mok Soon Sang, Prinsip Teras Pengajaran& Pembelajaran, 2012, Penerbitan Multimedia 4. Moreno R, Educational Psychology, (2010), John Wiley & Sons, INC. Kepelbagaian Pelajar dalam Etnik, Ras dan Sosiobudaya Page 17