SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
MZU3117 Muzik Malaysia
TAJUK 9
Muzik Ensembel Sosial Popular – Orkestra Cina
Moden (Huayue Tuan)
Sinopsis
Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Orkestra Cina Moden
Hasil Pembelajaran
1. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6)
2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang
digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5)
Kerangka Tajuk Ini
Rajah 1: Kerangka Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)
38
Repertoir
Alat-alat muzik
Orkestra Cina Moden
(Huayue Tuan)
MZU3117 Muzik Malaysia
9.0 Pengenalan
Pada awal kurun ke 20 negara Cina telah terpengaruh dengan budaya dan
idea-idea Barat. Ramai pelajar telah mempelajari muzik di negera-negara Eropah
dan membawa pulang nilai dan budaya Barat ke tanahair mereka. Mereka
menadapati bahawa wilayah Cina telah banyak ketinggalan zaman maka
diwujudkan satu jenis orkestra yang tak pernah ada di Cina. Hasil ciptaan mereka
merupakan satu sintesis di antara muzik cina dan muzik barat. Tahun 30an ini
menandakan titik bermulanya orkestra moden di Cina.
Pada dekad ke 60, masyarakat Cina di Malaysia diperkenalkan dengan
corak ensembel ini apabila beberapa pelajar cina tempatan telah melanjutkan
pelajaran ke Hong Kong. Mereka telah membawa pulang corak ensembel ini dan
berkembang pesat melalui rakaman-rakaman piring hitam. Alat-alat muzik
tradisional Cina telah dibawa masuk ke Malaysia pada hujung abad ke 19 dan awal
abad ke 20 apabila orang-orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad
60an, alat-alat baru telah diubahsuai dan diimpot dari negeri Cina untuk kegunaan
Huayue Tuan. Kini huayue tuan wujud di seluruh Malaysia terutamanya di bandar-
bandar besar dimana terdapat bilangan kaum cina seperti di Pulau Pinang, Kuala
Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuching. (Matusky dan
Tan, 1997).
9.1. Alat-alat muzik
Pengaruh barat telah memberi implikasi yang besar terhadap muzik di
negera Cina walaubagaimana mereka masih mengekalkan beberapa unsur cina.
Alat-alat muzik tradisional ini diimprovisasi supaya sesuai digandingakan dengan
alat-alat muzik Barat. Alat-alat muzik ini diubahsuai supaya menjadi lebih kuat dan
jarak suara yang lebih besar supaya pemain alat muzik boleh bermodulasi dengan
cara yang mudah. Alat muzik seperti violin I dan II dan viola I dan II dari barat
digantikan dengan er hu I dan II dan zhonghu I dan II. Hasilnya wujudnya karya
39
MZU3117 Muzik Malaysia
muzik yang menggabungkan melodi, skel dan terkstur muzik heterafoni Cina
dengan harmoni barat.
Nama alat-alat muzik di bawah adalah mengikut istilah Mandarin. Alat-
alat muzik huayue tuan dibahagikan kepada 4 bahagian:
9.1.1. Alat bertali yang digesek
9.1.2. Alat bertali yang dipetik dan dipukul
9.1.3. Alatiup dan,
9.1.4. Alat perkusi
9.1.1. Alat bertali yang digesek
Alat kategori kordofon ini adalah seksyen yang paling besar antara
semua seksyen lain dalam orkestra cina moden kerana mengambil sempena
orkestra barat yang juga mempunyai seksyen alat bertali yang besar. Nama
umum alat bertali yang digesek ialah huqin yaqng berbentuk silinder atau
heksagon yang diperbuat daripada buluh, kayu atau tempurung kelapa. Muka
belakangnya terbuka manakala muka depannya dilitupi dengan kulit ular.
Lehernya yang panjang dilekatkan pada sekeping kayu pada bahagian
bawah badannya.Terdapat kekuda kayu dilekatkan untuk dijadikan titian tali
pada tengah muka hadapannya. Dua utas tali logam diregang dari hujung
bawah badan ke pemulas di bahagian atas leher huqin. Tali ditala pada jeda
perfek ke 5. Huqin tidak mempunyai fret pada lehernya. Alat ini digesek
dengan menggunakan penggesek yang diperbuat dari rotan dan bulu ekor
kuda. Dimainkan secara menegak dan diletakkan pada riba pemain.
Alat bertali yang digesek boleh dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu,
1. Seksyen trebel yang terdiri dari erhu, panhu dan gaohu
2. Seksyen tenor yang terdiri dari zhonghu dan
3. Seksyen bes yang terdiri dari gehu dan beida gehu
40
MZU3117 Muzik Malaysia
1. Seksyen trebel
a) Erhu: seumpama violin yang mempunyai fungsi yang sama seperti
violin dalam orkestra barat. Ton erhu sangat ekspressif dan
terkenal (Matusky dan Tan, 1997). Erhu membawa maksud dua
(er) dan tidak bertamadun (hu) menggunakan 2 utas tali yang
dilaraskan pada pic D dan A. Walaubagaimanpun ianya boleh
diubah mengikut kesesuaian lagu dalam persembahan. Apabila
digunakan sebagai alat solo. Alat ini mempunyai jarak suara 3
oktaf. Dalam huayue tuan, erhu dibahagikan kepada erhu 1 dan
erhu 2.
b) Panhu: diperbuat daripada kayu sempena namanya pan (kayu) hu
(orang yang tidak bertamadun) dan saiznya adalah lebih kecil
daripada erhu. Alat muzik ini mengeluarkan suara yang lebih
nyaring. Bermuka bulat ianya dilaraskan satu oktaf lebih tinggi dari
erhu. Lazimnya hanya satu panhu digunakan dalam orkestra.
41
Gambar .1 dan 2. Di sebelah kiri bahagian badan erhu muka kulit
ular dan di kanan erhu dengan pemainnya
MZU3117 Muzik Malaysia
c) Gaohu : gao bermaksud tinggi dan rupanya hampir serupa dengan
erhu. Bunyi gaohu adalah lebih tinggi dari erhu tetapi lembut dari
panhu. Alat ini sesuai untuk memainkan not-not yang panjang dan
melodi yang cantik. Pada amnya gaohu mempunyai larasan jarak
ke empat lebih tinggi dari larasan erhu (Matusky dan Tan, 1997).
2. Seksyen tenor
a) Zhonghu: Alat muzik ini dicipta pada 1937 dan jarak suaranya
adalah jarak suara antara bahagian bes dan trebel alat muzik
bertali yang digesek. Zhong bermaksud tengah. Rupanya seperti
erhu walaubagaimanapun ianya lebih besar dan mengeluarkan
suara yang lebih rendah. Zhonghu diciptakan dalam tiga saiz.
Larasannya ialah GD, AE atau DA mengikut saiz.
42
Gambar 3 dan 4. Panhu dan bahagian sisi panhu
Gambar 5. Sepasang gaohu
MZU3117 Muzik Malaysia
3. Seksyen bes
a) Gehu: ge membawa maksud berubah dan alat ini dipanggil
demikian seumpama cello yasng mempunyai 4 tali dan dimainkan
secara digesek atau dipetik. Tali dilaraskan pada C, G, D, A.
b) Beida gehu: Beida bermaksud banyak kali dan besar. Alat ini
mengikut prinsip double bes dan talinya dilarsakan pada E, A, D,
G. Alat ini dimainkan satu oktaf lebih rendah dari geihu. (Matusky
dan Tan, 1997).
9.1.2. Alat Bertali yang dipetik atau dipukul
1. Alat Bertali yang dipetik
Alat ini adalah alat yang dipetik dengan jari, kuku atau plektrum di
panggil pipa, liuyueqin, ruan, sanxian dan guzheng.
43
Gambar 6. Seorang pemain zhonghu
Gambar 7. Alat Muzik Gehu
MZU3117 Muzik Malaysia
a) Pipa: pi bermaksud gerakan tangan ke depan menolak tali dan pa
bermaksud gerakkan tali dipetik ke belakang. Pipa ialah sejenis lut
berleher pendek dan berbentuk buah pir yang cetek. Dikatakan
berasal dari Dinasti Tang, badannya diperbuat daripada kayu. Alat
ini mempunyai 4 tali melambangkan 4 musim di negeri China dan
dilaraskan pada not A, D, E, A. Pipa mempunyai jarak suara 4 ½
oktaf dan ton kromatik boleh dimainkan.
b) Liuyueqin: liu bermaksud pokok willow, yue bermaksud bulan atau
daun dan qin membawa maksud alat bertali. Badannya diperbuat
dari pada kayu dan berleher pendek. Alat ini mempunyai 9 atau
10 fret kayu dan 4 utas tali logam.Sepasang tali dilaraskan pada A
dan sepasang pada D digunakan supaya mendapat bunyi yang
lebih kuat (Matusky dan Tan, 1997).
c) Ruan: ialah nama pencipta alat muzik ini. Badannya juga seperti
yueqin iaiatu bulat dan diperbuat daripada kayu. Badannya
dipasang dengan dua lubang bunyi yang dihasilkan oleh plastik
yang diukir. Terdapat 2 jenis ruan yang berbeza saiz digunakan.
Ada 4 tali yang dilaraskan pada G, D, A, E, dan satu lagi pada
C,G,D,A. Lehernya lebih panjang dari leher yueqin. Alat ini
digunakan sebagai alat bes yang dipetik
44
Gambar 8. Alat Muzik Pipa
MZU3117 Muzik Malaysia
d) Sanxian: membawa maksud 3 tali. Dipetik dengan menggunakan
plektrum alat ini dikatakan diimpot dari Asia Barat. Badannya
diperbuat daripada kayu, berbentuk segi empat bujur. Kedua-dua
muka ditutupi dengan kulit ular. Leher yang panjang tetapi alat ini
tidak mempunyai fret.
e) Guzheng:gu membawa maksud lama dan zheng bermaksud
ziter.Guzheng ialah sejenis ziter yang mempunyai 12,13,15 atau
16 tali. Tali ini dinaikkan menggunakan kekuda kayu boleh gerak.
Pada suatu ketika tali sutera digunakan tetapi kini tali logam
digunakan. Pemain alat ini akam memetik tali di sebelah kanannya
dan menekan tali di sebelah kiri untuk menghasilkan bunyi. Alat ini
adakalanya digunakan dalam persembahan solo dan adakalanya
langsung tidak digunakan dalam orkestra cina moden.
2. Alat Bertali yang dipukul
Alat ini pula dipanggil yangqin yang talinya dipukul dengan
pemukul buluh.
45
Gambar 9. Alat Muzik Ruan
Gambar 10. Seorang pemain Guzheng
MZU3117 Muzik Malaysia
a) Yangqin: Yang membawa maksud asing dan qin bermaksud
alat bertali. Alat ini dipanggil alat muzik asing kerana ianya
berasal dari turki atau Eropah yang dibawa masuk ke Cina
pada abad ke 16. Yangqin ialah dulcimer yang berbentuk
seperti sebuah peti trapizoid iaitu, 4 in tinggi, 2 kaki panjang
dan 1 kaki lebar. Alat ini diletakkan di atas meja. Semua tali
logam di regangkan melalui kekuda kayu yang diikat pada
pemulas melaras pada kiri dan kanan. Tali ini dipukul dengan
sepasang batang buluh(Matusky dan Tan, 1997).
Gambar 11 dan 12. Alat Muzik Yangqin dan gambar seorang
pemain muzik memainkan alat muzik ini.
9.1.3. Alat Tiup
Seksyen alatiup dalam orkestra cina moden adalah kecil sahaja. Alat-
alat ini adalah alat erofon iaitu dizi, xiao dan sheng yang serupa bunyi
seperti orkestra barat dan sona yang menyerupai alat muzikk bras dalam
orkestra barat.
a) Dizi: membawa maksud seruling melintang merupakan alat
seruling ditiup dari sisi. Mempunyai 8 lubang iaitu 6 lubang jari
dan 1 lubang mulut dan satu lubang selaput. Dizi mempunyai
bunyi yang amat cemerlang kerana getaran udara pada
46
MZU3117 Muzik Malaysia
selaput menjadikan bunyi yang lebih nyaring. Terdapat
berbagai-bagai jenis dizi bergantung kepada bahan yang
dibuat iaitu buluh, kayu atau logam. Dalam orkestra huayue
dizi amat penting kerana mempunyai warna ton yang amat
cemerlang.
b) Xiao: membawa maksud seruling tegak. Alat seruling ini ditiup
menegak seperti memiup rekoder. Seruling ini mempunyai 6
lubang jari (5 di depan dan 1 di belakang) Bunyinya adalah
lembut dan jaraknya ialah 2 oktaf.
47
Gambar13 dan 14. Alat Muzik Dizi dan gambar lubang yang dilitupi
selaput
Gambar 15. Xiao – bahagian tiupanya
MZU3117 Muzik Malaysia
c) Sheng: membawa maksud organ mulut. Ia terdiri dari satu
ruang angin yang diperbuat dari logam. Rupanya seperti
dengan pemipit yang pendek dan 17 batang tiub buluh yang
dimasukkan kedalam ruang angin dalam satu bulatan. Setiap
tiub ini ditambah dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan
gema. Tiub ini juga dipasangkan pelidah atau reed bebas.Alat
muzik ini mirip kepada alat muzik sompoton (alat muzik negeri
Sabah). Alat muzik sheng Alat ini melambang dipercayai
dicipta oleh dewi maharaja mitos iaitu Nu Wo. Alat ini
melambangkan burung mitos cenderawasih (phoenix). Bunyi
dikeluarkan apabila pemain menyedut udara dan meniup
melalui ruang angin dan jari digunakan untuk menutup lubang
jari. Alat ini boleh memainkan melodi panjang.
d) Sona: dibawa masuk ke Cina dan berasal dari Rusia-Arab.
Sona merupai serunai yang diperbuat daripada kayu dan
bahagian bawahnya berbentuk loceng yang diperbuat dari
perenggu. Mempunyai 7 lubang jari di depan dan satu di
belakang. Alat ini mempunyai 2 pelidah pada pemipitnya.
Dimainkan secara meniup pada penyandar bibir. Sona mirip
48
Gambar 16 dan 17. Di sebelah kiri ialah alat muzik sheng dan
kanan ialah sona
MZU3117 Muzik Malaysia
oboe dalam orkestra Barat. Sona boleh didapati dalam 3
ukuran mengikut panjang alat muzik tersebut (Matusky dan
Tan, 1997).
9.1.4. Alat Perkusi
Seksyen perkusi terdiri dari gendang, gong, blok kayu dan alat-alat
muzik yang diketuk seperti idiofon dan alat-alat muzik gendang seperti
membranofon. Alat-alat ini melengkapkan orkestra Cina moden ini. Alalat-
alat perkusi adalah seperti berikut:
a) Gu: gendang dua muka yang diperbuat dari kayu dan kulit
diregangkan dan dipaku disisi rangkanya. Terdapat 2 saiz gu iaitu,
xiao (kecil) dan da (besar). Gendang ini dipalu dengan pemalu
kayu pada sebelah muka. Pemukul gendang besar pula dibaluti.
b) Bo: bo ialah simbal tangan yang diperbuat dari perunggu dan
berbonggol di bahagian luar simbal tersebut. Bo dicipta dalam
berbagai-bagai ukuran untuk menghasilkan pic yang berbeza
(Matusky dan Tan, 1997).
49
Gambar 18 dan 19. Rajah sebelah kiri ialah Gu dan rajah sebelah
kanan ialah sebuah Da gu iaitu gendang besar.
MZU3117 Muzik Malaysia
c) Luo: ialah sejenis gong gantung yang tidak berbonggol diperbuat
dari perunggu dan dipalu dengan pemalu kayu yang berbalut.
Paluan dilakukan pada bahagian tengah luo yang mempunyai
bingkai cetek serta dinding yang nipis.
d) Shimian luo: shi membawa maksud sepuluh, mian bermaksud
muka dan luo ialah gong. Shimian luo ialah 10 jenis gong kecil
yang tidak berbonggol dan setiap gong diikat pada bingkai logam
dengan 3 tali. Shimian luo dipalu dengan pemalu kayu (Matusky
dan Tan, 1997).
e) Ling: membawa maksud loceng yang terdiri dari cangkir kecil
tembaga atau gangsa. Ling dipasang pada setangkai kayu dan di
pegang di sebelah tangan dan dipalu dengan pemalu logam.
f) Maling: ma bermaksud kuda dan ling ialah loceng. 5 loceng diikat
dengan tali logam. Gaya digunakan menggambarkan gerakan
kuda dalam muzik Cina menyebabkan alat muzik dinamakan
sedemikian.
50
Gambar 20. Sorang pemain muzik sedang
memegang bo
Gambar 21. Alat muzik Luo
MZU3117 Muzik Malaysia
g) Shuangyin Mu: shuang membawa maksud sepasang, yin
bermaksud bunyi dan mu membawa maksud kayu. Alat ini alah
sejenis blok kayu yang berbentuk T. Sebatang kayu digunakan
untuk memukul kedua-dua hujungnya. Rupanya seperti alat
perkusi tik-tok.
h) Bangzi: merupakan sebuah blok kayu juga yang berbentuk
trapizoid dipukul oleh dua batang kayu. Alat ini dipanggil bangzi
kerana alat ini dimainkan dalam opera bangzi.
i) Muyu: mu bermaksud papan dan yu bermaksud ikan. Muyu ialah
sejenis blok kayu dan berbentuk ikan.
9.2. Repertoir
Kebanyakan muzik yang dimainkan dalam orkestra cina moden di
Malaysia diimport dari Hong Kong, Taiwan dan Cina. Di Malaysia,
biasanya ada 3 jenis lagu yang dipersembahkan, iaitu:
9.2.1. Repertoir muzik wilayah yang dimainkan secara heterafoni
seperti Tarian Gila Ular Emas (Crazy Dance Of The Golden
Snake) dan Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga
(Moonlight Over the Spring River). Dalam lagu-lagu ini, alat-
alat muzik akan memainkan pelbagai warna ton untuk
menggambarkan suasana.
51
Gambar 22 dan 23. Alat muzik Muyu
MZU3117 Muzik Malaysia
9.2.2. Lagu yang menggunakan harmoni triad seperti Tarian Orang
Yao (Dance of the Yao People) yang merupakan lagu rakyat
atau lagu kategori 9.2.1. yang telah digubah semula.
e) Concerto seperti Lagu Baru Penjaga Kuda (A New Song of the
Herdsmen) untuk dizi dan orkestra. (Matusky dan Tan, 1997).
Di dalam concerto dizi solo boleh menonjolkan kemahiran
pemainnya.
Okestra Huayue Tuan wilayah Cina yang memainkan muzik
instrumental dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut program.
Contohnya lagu Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga (Moonlight
Over the Spring River) menggambarkan permandangan cahaya bulan yang
’bermain-main’ di atas sungai. Pencipta muzik orkestra akan
menggabungkan ciri-ciri muzik orkestra barat dan Cina untuk mengwujudkan
sejenis muzik autentik. Unsur muzik Cina seperti melodi, skel dan notasi
digabungkan dengan harmoni triad Barat.
Di Malaysia, Okestra cina moden boleh memainkan lagu-lagu patriotik
atau lagu-lagu rakyat seperti Berjaya, Tanahair ku, Ayam Didik, Inang Cina
dan lain-lain. Alat-alat muzik bermain secara heterafoni dan melodi Melayu
seperti not-not kromatik turut dimainkan. (Matusky dan Tan, 1997). Antara
pengubah lagu ini ialah LeeMalayDance oleh Saw Yeong Chin yang
menggunakan rentak inang dan melodi melayu.
Sebagai kesimpulan orkestra ini sangat popular di kalangan kaum
Cina kerana walaupun mempunyai ciri-ciri moden ia masih dapat
mengekalkan ciri-ciri muzik Cina yang tradisional. Walaupun orkestra ini
masih merupakan entiti orang Cina tetapi lama-kelamaan ia menyerapkan
unsur-unsur tempatan. (Matusky dan Tan, 1997).
52
MZU3117 Muzik Malaysia
Cuba kategorikan alat-alat muzik dalam orkestra ini dalam klasifikasi Von
Hornbostel-Sach.
Cari dari pelbagai sumber dan bahan lagi tentang Muzik Huayue Tuan dan
bincangkan dalam kumpulan secara OLL
Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda.
RUJUKAN
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik,
Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre.
Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku
1, Pulau Pinang: The Asian Centre.
53

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional@f!Q@H @F!N@
 
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : KompangB5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompangsmk pengkalan aur
 
Pengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikPengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikZainal Faryd
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power pointGladysWN
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikAmran Aris
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakanguest4b329ff
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuLim Yi Heng
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikWany Hardy
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalwati_harun5856
 
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1Maszuraidah Razali
 
Muzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratMuzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratStacey Rakey
 
Alat alat musik tradisional malaysia
Alat alat musik tradisional malaysiaAlat alat musik tradisional malaysia
Alat alat musik tradisional malaysiaBen Fishy
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalShaifull Niell
 

Mais procurados (20)

Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : KompangB5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
B5D1E9 : Muzik Rakyat Malaysia : Kompang
 
Pengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasikPengenalan muzik klasik
Pengenalan muzik klasik
 
TARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJATTARIAN NGAJAT
TARIAN NGAJAT
 
Dikir Barat
Dikir BaratDikir Barat
Dikir Barat
 
Caklempong power point
Caklempong power pointCaklempong power point
Caklempong power point
 
DIKIR BARAT
DIKIR BARATDIKIR BARAT
DIKIR BARAT
 
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi MuzikGamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
Gamelan MUZK3253 Apresiasi Muzik
 
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
Wayang Kulit Kelantan dan Mak Yong (Muzik Tradisional Malaysia)
 
Caklempong
CaklempongCaklempong
Caklempong
 
Muzik Dan Pergerakan
Muzik Dan PergerakanMuzik Dan Pergerakan
Muzik Dan Pergerakan
 
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat MelayuSeni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
Seni Muzik Tradisional Masyarakat Melayu
 
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzikTopik 5 pengetahuan asas dalam muzik
Topik 5 pengetahuan asas dalam muzik
 
Alat muzik tradisional
Alat muzik tradisionalAlat muzik tradisional
Alat muzik tradisional
 
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
Teknik Vokal dalam KSSR tahun 1
 
Muzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir BaratMuzik Malaysia - DIkir Barat
Muzik Malaysia - DIkir Barat
 
Asas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzikAsas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzik
 
Ppt mak yong
Ppt mak yongPpt mak yong
Ppt mak yong
 
Alat alat musik tradisional malaysia
Alat alat musik tradisional malaysiaAlat alat musik tradisional malaysia
Alat alat musik tradisional malaysia
 
Sejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisionalSejarah permainan tradisional
Sejarah permainan tradisional
 

Destaque

Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayangAmran Aris
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputergovernment
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalzura abdullah
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuRibut Taufan
 

Destaque (8)

Dondang sayang
Dondang sayangDondang sayang
Dondang sayang
 
47461418 pengenalan-kompang
47461418 pengenalan-kompang47461418 pengenalan-kompang
47461418 pengenalan-kompang
 
Tamadun china (seni muzik)
Tamadun china (seni muzik)Tamadun china (seni muzik)
Tamadun china (seni muzik)
 
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputerPengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
Pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu berbantukan komputer
 
Hbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisionalHbms 4203 muzik tradisional
Hbms 4203 muzik tradisional
 
Alat Musik Tradisional Nusantara
Alat Musik Tradisional NusantaraAlat Musik Tradisional Nusantara
Alat Musik Tradisional Nusantara
 
Membuat alat muzik
Membuat alat muzikMembuat alat muzik
Membuat alat muzik
 
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang MelayuBudaya dan Adat Resam Orang Melayu
Budaya dan Adat Resam Orang Melayu
 

Semelhante a Orkestra Cina Moden

Semelhante a Orkestra Cina Moden (7)

Orkestra Klasik India
Orkestra Klasik IndiaOrkestra Klasik India
Orkestra Klasik India
 
MENORA
MENORAMENORA
MENORA
 
TARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAUTARIAN SUMAZAU
TARIAN SUMAZAU
 
Zoltan Kodaly
Zoltan KodalyZoltan Kodaly
Zoltan Kodaly
 
Tekstur & orkestra
Tekstur & orkestraTekstur & orkestra
Tekstur & orkestra
 
Tugasan interaksi 1 8.8.2014
Tugasan interaksi 1 8.8.2014Tugasan interaksi 1 8.8.2014
Tugasan interaksi 1 8.8.2014
 
Ilayaraja
Ilayaraja Ilayaraja
Ilayaraja
 

Mais de Amran Aris

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Amran Aris
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURAmran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanAmran Aris
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikAmran Aris
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Amran Aris
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodAmran Aris
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibodAmran Aris
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043Amran Aris
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043Amran Aris
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Amran Aris
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yongAmran Aris
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyAmran Aris
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGAmran Aris
 

Mais de Amran Aris (20)

Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim Modul keyboard kuim
Modul keyboard kuim
 
MODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBURMODUL DIDIK HIBUR
MODUL DIDIK HIBUR
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Kuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 GamelanKuliah Minggu 2 Gamelan
Kuliah Minggu 2 Gamelan
 
Minggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi MuzikMinggu 1 Apresiasi Muzik
Minggu 1 Apresiasi Muzik
 
Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1Hbms 4103 topik 1
Hbms 4103 topik 1
 
Kemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibodKemahiran Asas kibod
Kemahiran Asas kibod
 
Kemahiran kibod
Kemahiran kibodKemahiran kibod
Kemahiran kibod
 
KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043KULIAH 2, PRM3043
KULIAH 2, PRM3043
 
KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043KULIAH 1, PRM3043
KULIAH 1, PRM3043
 
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
Pendekatan Pengajaran Muzik_MUZK3093
 
Tarian Ngajat
Tarian NgajatTarian Ngajat
Tarian Ngajat
 
Mak yong riau
Mak yong riauMak yong riau
Mak yong riau
 
Warisan mak yong
Warisan mak yongWarisan mak yong
Warisan mak yong
 
MAKYONG
MAKYONGMAKYONG
MAKYONG
 
WAYANG KULIT
WAYANG KULITWAYANG KULIT
WAYANG KULIT
 
Cara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoologyCara mendaftar aplikasi schoology
Cara mendaftar aplikasi schoology
 
DONDANG SAYANG
DONDANG SAYANGDONDANG SAYANG
DONDANG SAYANG
 
GAMELAN
GAMELANGAMELAN
GAMELAN
 
BANGSAWAN
BANGSAWANBANGSAWAN
BANGSAWAN
 

Último

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysiaadriz3008
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxDebbieFlorinaBilly1
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.pptLIMHOOTYUNMoe
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BalqisFahemi2
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 

Último (13)

LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap MalaysiaLAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
LAGU UNDANG-UNDANG untuk Pengakap Malaysia
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docxRPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
RPT 2024 Geografi Tingkatan 1 KSSM sumberpendidikan.docx
 
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.pptSistem Pengurusan  fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
Sistem Pengurusan fail Kokurikulum sekolah rendah.ppt
 
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
BAB 2 (ASAS NOMBOR) KSSM MATEMATIK TINGKATAN 4
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 

Orkestra Cina Moden

  • 1. MZU3117 Muzik Malaysia TAJUK 9 Muzik Ensembel Sosial Popular – Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan) Sinopsis Dalam tajuk ini anda akan mempelajari tentang Orkestra Cina Moden Hasil Pembelajaran 1. Menganalisis repertoire muzik dari segi sejarah dan asal-usul. (1.6) 2. Mengenal pasti, mengklasifikasi dan membanding beza alat muzik yang digunakan dari segi fungsi dan jenis. (1.5) Kerangka Tajuk Ini Rajah 1: Kerangka Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan) 38 Repertoir Alat-alat muzik Orkestra Cina Moden (Huayue Tuan)
  • 2. MZU3117 Muzik Malaysia 9.0 Pengenalan Pada awal kurun ke 20 negara Cina telah terpengaruh dengan budaya dan idea-idea Barat. Ramai pelajar telah mempelajari muzik di negera-negara Eropah dan membawa pulang nilai dan budaya Barat ke tanahair mereka. Mereka menadapati bahawa wilayah Cina telah banyak ketinggalan zaman maka diwujudkan satu jenis orkestra yang tak pernah ada di Cina. Hasil ciptaan mereka merupakan satu sintesis di antara muzik cina dan muzik barat. Tahun 30an ini menandakan titik bermulanya orkestra moden di Cina. Pada dekad ke 60, masyarakat Cina di Malaysia diperkenalkan dengan corak ensembel ini apabila beberapa pelajar cina tempatan telah melanjutkan pelajaran ke Hong Kong. Mereka telah membawa pulang corak ensembel ini dan berkembang pesat melalui rakaman-rakaman piring hitam. Alat-alat muzik tradisional Cina telah dibawa masuk ke Malaysia pada hujung abad ke 19 dan awal abad ke 20 apabila orang-orang Cina berhijrah ke Malaysia. Tetapi pada dekad 60an, alat-alat baru telah diubahsuai dan diimpot dari negeri Cina untuk kegunaan Huayue Tuan. Kini huayue tuan wujud di seluruh Malaysia terutamanya di bandar- bandar besar dimana terdapat bilangan kaum cina seperti di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Ipoh, Alor Star, Melaka, Johor Bahru, Kuantan dan Kuching. (Matusky dan Tan, 1997). 9.1. Alat-alat muzik Pengaruh barat telah memberi implikasi yang besar terhadap muzik di negera Cina walaubagaimana mereka masih mengekalkan beberapa unsur cina. Alat-alat muzik tradisional ini diimprovisasi supaya sesuai digandingakan dengan alat-alat muzik Barat. Alat-alat muzik ini diubahsuai supaya menjadi lebih kuat dan jarak suara yang lebih besar supaya pemain alat muzik boleh bermodulasi dengan cara yang mudah. Alat muzik seperti violin I dan II dan viola I dan II dari barat digantikan dengan er hu I dan II dan zhonghu I dan II. Hasilnya wujudnya karya 39
  • 3. MZU3117 Muzik Malaysia muzik yang menggabungkan melodi, skel dan terkstur muzik heterafoni Cina dengan harmoni barat. Nama alat-alat muzik di bawah adalah mengikut istilah Mandarin. Alat- alat muzik huayue tuan dibahagikan kepada 4 bahagian: 9.1.1. Alat bertali yang digesek 9.1.2. Alat bertali yang dipetik dan dipukul 9.1.3. Alatiup dan, 9.1.4. Alat perkusi 9.1.1. Alat bertali yang digesek Alat kategori kordofon ini adalah seksyen yang paling besar antara semua seksyen lain dalam orkestra cina moden kerana mengambil sempena orkestra barat yang juga mempunyai seksyen alat bertali yang besar. Nama umum alat bertali yang digesek ialah huqin yaqng berbentuk silinder atau heksagon yang diperbuat daripada buluh, kayu atau tempurung kelapa. Muka belakangnya terbuka manakala muka depannya dilitupi dengan kulit ular. Lehernya yang panjang dilekatkan pada sekeping kayu pada bahagian bawah badannya.Terdapat kekuda kayu dilekatkan untuk dijadikan titian tali pada tengah muka hadapannya. Dua utas tali logam diregang dari hujung bawah badan ke pemulas di bahagian atas leher huqin. Tali ditala pada jeda perfek ke 5. Huqin tidak mempunyai fret pada lehernya. Alat ini digesek dengan menggunakan penggesek yang diperbuat dari rotan dan bulu ekor kuda. Dimainkan secara menegak dan diletakkan pada riba pemain. Alat bertali yang digesek boleh dibahagikan kepada 3 seksyen iaitu, 1. Seksyen trebel yang terdiri dari erhu, panhu dan gaohu 2. Seksyen tenor yang terdiri dari zhonghu dan 3. Seksyen bes yang terdiri dari gehu dan beida gehu 40
  • 4. MZU3117 Muzik Malaysia 1. Seksyen trebel a) Erhu: seumpama violin yang mempunyai fungsi yang sama seperti violin dalam orkestra barat. Ton erhu sangat ekspressif dan terkenal (Matusky dan Tan, 1997). Erhu membawa maksud dua (er) dan tidak bertamadun (hu) menggunakan 2 utas tali yang dilaraskan pada pic D dan A. Walaubagaimanpun ianya boleh diubah mengikut kesesuaian lagu dalam persembahan. Apabila digunakan sebagai alat solo. Alat ini mempunyai jarak suara 3 oktaf. Dalam huayue tuan, erhu dibahagikan kepada erhu 1 dan erhu 2. b) Panhu: diperbuat daripada kayu sempena namanya pan (kayu) hu (orang yang tidak bertamadun) dan saiznya adalah lebih kecil daripada erhu. Alat muzik ini mengeluarkan suara yang lebih nyaring. Bermuka bulat ianya dilaraskan satu oktaf lebih tinggi dari erhu. Lazimnya hanya satu panhu digunakan dalam orkestra. 41 Gambar .1 dan 2. Di sebelah kiri bahagian badan erhu muka kulit ular dan di kanan erhu dengan pemainnya
  • 5. MZU3117 Muzik Malaysia c) Gaohu : gao bermaksud tinggi dan rupanya hampir serupa dengan erhu. Bunyi gaohu adalah lebih tinggi dari erhu tetapi lembut dari panhu. Alat ini sesuai untuk memainkan not-not yang panjang dan melodi yang cantik. Pada amnya gaohu mempunyai larasan jarak ke empat lebih tinggi dari larasan erhu (Matusky dan Tan, 1997). 2. Seksyen tenor a) Zhonghu: Alat muzik ini dicipta pada 1937 dan jarak suaranya adalah jarak suara antara bahagian bes dan trebel alat muzik bertali yang digesek. Zhong bermaksud tengah. Rupanya seperti erhu walaubagaimanapun ianya lebih besar dan mengeluarkan suara yang lebih rendah. Zhonghu diciptakan dalam tiga saiz. Larasannya ialah GD, AE atau DA mengikut saiz. 42 Gambar 3 dan 4. Panhu dan bahagian sisi panhu Gambar 5. Sepasang gaohu
  • 6. MZU3117 Muzik Malaysia 3. Seksyen bes a) Gehu: ge membawa maksud berubah dan alat ini dipanggil demikian seumpama cello yasng mempunyai 4 tali dan dimainkan secara digesek atau dipetik. Tali dilaraskan pada C, G, D, A. b) Beida gehu: Beida bermaksud banyak kali dan besar. Alat ini mengikut prinsip double bes dan talinya dilarsakan pada E, A, D, G. Alat ini dimainkan satu oktaf lebih rendah dari geihu. (Matusky dan Tan, 1997). 9.1.2. Alat Bertali yang dipetik atau dipukul 1. Alat Bertali yang dipetik Alat ini adalah alat yang dipetik dengan jari, kuku atau plektrum di panggil pipa, liuyueqin, ruan, sanxian dan guzheng. 43 Gambar 6. Seorang pemain zhonghu Gambar 7. Alat Muzik Gehu
  • 7. MZU3117 Muzik Malaysia a) Pipa: pi bermaksud gerakan tangan ke depan menolak tali dan pa bermaksud gerakkan tali dipetik ke belakang. Pipa ialah sejenis lut berleher pendek dan berbentuk buah pir yang cetek. Dikatakan berasal dari Dinasti Tang, badannya diperbuat daripada kayu. Alat ini mempunyai 4 tali melambangkan 4 musim di negeri China dan dilaraskan pada not A, D, E, A. Pipa mempunyai jarak suara 4 ½ oktaf dan ton kromatik boleh dimainkan. b) Liuyueqin: liu bermaksud pokok willow, yue bermaksud bulan atau daun dan qin membawa maksud alat bertali. Badannya diperbuat dari pada kayu dan berleher pendek. Alat ini mempunyai 9 atau 10 fret kayu dan 4 utas tali logam.Sepasang tali dilaraskan pada A dan sepasang pada D digunakan supaya mendapat bunyi yang lebih kuat (Matusky dan Tan, 1997). c) Ruan: ialah nama pencipta alat muzik ini. Badannya juga seperti yueqin iaiatu bulat dan diperbuat daripada kayu. Badannya dipasang dengan dua lubang bunyi yang dihasilkan oleh plastik yang diukir. Terdapat 2 jenis ruan yang berbeza saiz digunakan. Ada 4 tali yang dilaraskan pada G, D, A, E, dan satu lagi pada C,G,D,A. Lehernya lebih panjang dari leher yueqin. Alat ini digunakan sebagai alat bes yang dipetik 44 Gambar 8. Alat Muzik Pipa
  • 8. MZU3117 Muzik Malaysia d) Sanxian: membawa maksud 3 tali. Dipetik dengan menggunakan plektrum alat ini dikatakan diimpot dari Asia Barat. Badannya diperbuat daripada kayu, berbentuk segi empat bujur. Kedua-dua muka ditutupi dengan kulit ular. Leher yang panjang tetapi alat ini tidak mempunyai fret. e) Guzheng:gu membawa maksud lama dan zheng bermaksud ziter.Guzheng ialah sejenis ziter yang mempunyai 12,13,15 atau 16 tali. Tali ini dinaikkan menggunakan kekuda kayu boleh gerak. Pada suatu ketika tali sutera digunakan tetapi kini tali logam digunakan. Pemain alat ini akam memetik tali di sebelah kanannya dan menekan tali di sebelah kiri untuk menghasilkan bunyi. Alat ini adakalanya digunakan dalam persembahan solo dan adakalanya langsung tidak digunakan dalam orkestra cina moden. 2. Alat Bertali yang dipukul Alat ini pula dipanggil yangqin yang talinya dipukul dengan pemukul buluh. 45 Gambar 9. Alat Muzik Ruan Gambar 10. Seorang pemain Guzheng
  • 9. MZU3117 Muzik Malaysia a) Yangqin: Yang membawa maksud asing dan qin bermaksud alat bertali. Alat ini dipanggil alat muzik asing kerana ianya berasal dari turki atau Eropah yang dibawa masuk ke Cina pada abad ke 16. Yangqin ialah dulcimer yang berbentuk seperti sebuah peti trapizoid iaitu, 4 in tinggi, 2 kaki panjang dan 1 kaki lebar. Alat ini diletakkan di atas meja. Semua tali logam di regangkan melalui kekuda kayu yang diikat pada pemulas melaras pada kiri dan kanan. Tali ini dipukul dengan sepasang batang buluh(Matusky dan Tan, 1997). Gambar 11 dan 12. Alat Muzik Yangqin dan gambar seorang pemain muzik memainkan alat muzik ini. 9.1.3. Alat Tiup Seksyen alatiup dalam orkestra cina moden adalah kecil sahaja. Alat- alat ini adalah alat erofon iaitu dizi, xiao dan sheng yang serupa bunyi seperti orkestra barat dan sona yang menyerupai alat muzikk bras dalam orkestra barat. a) Dizi: membawa maksud seruling melintang merupakan alat seruling ditiup dari sisi. Mempunyai 8 lubang iaitu 6 lubang jari dan 1 lubang mulut dan satu lubang selaput. Dizi mempunyai bunyi yang amat cemerlang kerana getaran udara pada 46
  • 10. MZU3117 Muzik Malaysia selaput menjadikan bunyi yang lebih nyaring. Terdapat berbagai-bagai jenis dizi bergantung kepada bahan yang dibuat iaitu buluh, kayu atau logam. Dalam orkestra huayue dizi amat penting kerana mempunyai warna ton yang amat cemerlang. b) Xiao: membawa maksud seruling tegak. Alat seruling ini ditiup menegak seperti memiup rekoder. Seruling ini mempunyai 6 lubang jari (5 di depan dan 1 di belakang) Bunyinya adalah lembut dan jaraknya ialah 2 oktaf. 47 Gambar13 dan 14. Alat Muzik Dizi dan gambar lubang yang dilitupi selaput Gambar 15. Xiao – bahagian tiupanya
  • 11. MZU3117 Muzik Malaysia c) Sheng: membawa maksud organ mulut. Ia terdiri dari satu ruang angin yang diperbuat dari logam. Rupanya seperti dengan pemipit yang pendek dan 17 batang tiub buluh yang dimasukkan kedalam ruang angin dalam satu bulatan. Setiap tiub ini ditambah dengan tiub tembaga untuk mengeluarkan gema. Tiub ini juga dipasangkan pelidah atau reed bebas.Alat muzik ini mirip kepada alat muzik sompoton (alat muzik negeri Sabah). Alat muzik sheng Alat ini melambang dipercayai dicipta oleh dewi maharaja mitos iaitu Nu Wo. Alat ini melambangkan burung mitos cenderawasih (phoenix). Bunyi dikeluarkan apabila pemain menyedut udara dan meniup melalui ruang angin dan jari digunakan untuk menutup lubang jari. Alat ini boleh memainkan melodi panjang. d) Sona: dibawa masuk ke Cina dan berasal dari Rusia-Arab. Sona merupai serunai yang diperbuat daripada kayu dan bahagian bawahnya berbentuk loceng yang diperbuat dari perenggu. Mempunyai 7 lubang jari di depan dan satu di belakang. Alat ini mempunyai 2 pelidah pada pemipitnya. Dimainkan secara meniup pada penyandar bibir. Sona mirip 48 Gambar 16 dan 17. Di sebelah kiri ialah alat muzik sheng dan kanan ialah sona
  • 12. MZU3117 Muzik Malaysia oboe dalam orkestra Barat. Sona boleh didapati dalam 3 ukuran mengikut panjang alat muzik tersebut (Matusky dan Tan, 1997). 9.1.4. Alat Perkusi Seksyen perkusi terdiri dari gendang, gong, blok kayu dan alat-alat muzik yang diketuk seperti idiofon dan alat-alat muzik gendang seperti membranofon. Alat-alat ini melengkapkan orkestra Cina moden ini. Alalat- alat perkusi adalah seperti berikut: a) Gu: gendang dua muka yang diperbuat dari kayu dan kulit diregangkan dan dipaku disisi rangkanya. Terdapat 2 saiz gu iaitu, xiao (kecil) dan da (besar). Gendang ini dipalu dengan pemalu kayu pada sebelah muka. Pemukul gendang besar pula dibaluti. b) Bo: bo ialah simbal tangan yang diperbuat dari perunggu dan berbonggol di bahagian luar simbal tersebut. Bo dicipta dalam berbagai-bagai ukuran untuk menghasilkan pic yang berbeza (Matusky dan Tan, 1997). 49 Gambar 18 dan 19. Rajah sebelah kiri ialah Gu dan rajah sebelah kanan ialah sebuah Da gu iaitu gendang besar.
  • 13. MZU3117 Muzik Malaysia c) Luo: ialah sejenis gong gantung yang tidak berbonggol diperbuat dari perunggu dan dipalu dengan pemalu kayu yang berbalut. Paluan dilakukan pada bahagian tengah luo yang mempunyai bingkai cetek serta dinding yang nipis. d) Shimian luo: shi membawa maksud sepuluh, mian bermaksud muka dan luo ialah gong. Shimian luo ialah 10 jenis gong kecil yang tidak berbonggol dan setiap gong diikat pada bingkai logam dengan 3 tali. Shimian luo dipalu dengan pemalu kayu (Matusky dan Tan, 1997). e) Ling: membawa maksud loceng yang terdiri dari cangkir kecil tembaga atau gangsa. Ling dipasang pada setangkai kayu dan di pegang di sebelah tangan dan dipalu dengan pemalu logam. f) Maling: ma bermaksud kuda dan ling ialah loceng. 5 loceng diikat dengan tali logam. Gaya digunakan menggambarkan gerakan kuda dalam muzik Cina menyebabkan alat muzik dinamakan sedemikian. 50 Gambar 20. Sorang pemain muzik sedang memegang bo Gambar 21. Alat muzik Luo
  • 14. MZU3117 Muzik Malaysia g) Shuangyin Mu: shuang membawa maksud sepasang, yin bermaksud bunyi dan mu membawa maksud kayu. Alat ini alah sejenis blok kayu yang berbentuk T. Sebatang kayu digunakan untuk memukul kedua-dua hujungnya. Rupanya seperti alat perkusi tik-tok. h) Bangzi: merupakan sebuah blok kayu juga yang berbentuk trapizoid dipukul oleh dua batang kayu. Alat ini dipanggil bangzi kerana alat ini dimainkan dalam opera bangzi. i) Muyu: mu bermaksud papan dan yu bermaksud ikan. Muyu ialah sejenis blok kayu dan berbentuk ikan. 9.2. Repertoir Kebanyakan muzik yang dimainkan dalam orkestra cina moden di Malaysia diimport dari Hong Kong, Taiwan dan Cina. Di Malaysia, biasanya ada 3 jenis lagu yang dipersembahkan, iaitu: 9.2.1. Repertoir muzik wilayah yang dimainkan secara heterafoni seperti Tarian Gila Ular Emas (Crazy Dance Of The Golden Snake) dan Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga (Moonlight Over the Spring River). Dalam lagu-lagu ini, alat- alat muzik akan memainkan pelbagai warna ton untuk menggambarkan suasana. 51 Gambar 22 dan 23. Alat muzik Muyu
  • 15. MZU3117 Muzik Malaysia 9.2.2. Lagu yang menggunakan harmoni triad seperti Tarian Orang Yao (Dance of the Yao People) yang merupakan lagu rakyat atau lagu kategori 9.2.1. yang telah digubah semula. e) Concerto seperti Lagu Baru Penjaga Kuda (A New Song of the Herdsmen) untuk dizi dan orkestra. (Matusky dan Tan, 1997). Di dalam concerto dizi solo boleh menonjolkan kemahiran pemainnya. Okestra Huayue Tuan wilayah Cina yang memainkan muzik instrumental dibahagikan kepada beberapa bahagian mengikut program. Contohnya lagu Cahaya Bulan di Atas Sungai Musim Bunga (Moonlight Over the Spring River) menggambarkan permandangan cahaya bulan yang ’bermain-main’ di atas sungai. Pencipta muzik orkestra akan menggabungkan ciri-ciri muzik orkestra barat dan Cina untuk mengwujudkan sejenis muzik autentik. Unsur muzik Cina seperti melodi, skel dan notasi digabungkan dengan harmoni triad Barat. Di Malaysia, Okestra cina moden boleh memainkan lagu-lagu patriotik atau lagu-lagu rakyat seperti Berjaya, Tanahair ku, Ayam Didik, Inang Cina dan lain-lain. Alat-alat muzik bermain secara heterafoni dan melodi Melayu seperti not-not kromatik turut dimainkan. (Matusky dan Tan, 1997). Antara pengubah lagu ini ialah LeeMalayDance oleh Saw Yeong Chin yang menggunakan rentak inang dan melodi melayu. Sebagai kesimpulan orkestra ini sangat popular di kalangan kaum Cina kerana walaupun mempunyai ciri-ciri moden ia masih dapat mengekalkan ciri-ciri muzik Cina yang tradisional. Walaupun orkestra ini masih merupakan entiti orang Cina tetapi lama-kelamaan ia menyerapkan unsur-unsur tempatan. (Matusky dan Tan, 1997). 52
  • 16. MZU3117 Muzik Malaysia Cuba kategorikan alat-alat muzik dalam orkestra ini dalam klasifikasi Von Hornbostel-Sach. Cari dari pelbagai sumber dan bahan lagi tentang Muzik Huayue Tuan dan bincangkan dalam kumpulan secara OLL Simpankan hasil perbincangan dalam folio anda. RUJUKAN Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Muzik Malaysia: Tradisi Klasik, Rakyat dan Sinkretik. Pulau Pinang: The Asian Centre. Matusky, Patricia dan Tan Sooi Beng (1997). Pengantar Muzik Malaysia, Buku 1, Pulau Pinang: The Asian Centre. 53