2. Riwayat Hidup
Nama Penuh : al-Imam Hassan bin Sheikh Ahmad bin
Abdul Rahman al-Banna
Seorang tokoh pengasas dan aktivis gerakan Islam Ikhwan
al-Muslimin di Mesir
Dilahirkan di Iskandariah pada tahun 1906M
Berasal daripada keluarga yang berpegang teguh kepada
agama
3. Pendidikan awal: Madrasah Al-Rashad al-Diniah
Beliau merupakan pelajar yang rajin dan gemar membaca
buku-buku tasawuf, sejarah dan ilmu-ilmu Islam yang lain
Selepas lulus latihan perguruan rendah, beliau memasuki
Darul Ulum di Kaherah
Mendapat ijazah dari Darul Ulum dalam usia 21 tahun
4. Beliau mula menjadi guru bahasa Arab di Islamiah
Beliau meletakkan jawatan sebagai guru setelah berkhidmat
selama 19 tahun untuk bergiat sepenuh masa dalam gerakan
Ikhwanul Muslimin
Imam Hassan al-Banna syahid ditembak pada bulan
Februari tahun 1949M dalam usia 43 tahun
6. Peranan Hassan al-Banna dalam pertubuhan
Ikhwanul Muslimin
• Menubuhkan Ikhwanul Muslimin di bandar Iskandariah
untuk membawa pembaharuan pemikiran Islam kepada
masyarakat Mesir dan membebaskan seluruh dunia
Islam daripada belenggu penjajahan
• Ikhwanul Muslimin di bawah pimpinannya mendirikan
masjid, sekolah pengajian al-Quran dan as-Sunnah,
sekolah vokasional, kilang permaidani dan kain untuk
pembaharuan pemikiran masyarakat Islam Mesir
7. Peranan Hassan al-Banna dalam
pertubuhan Ikhwanul Muslimin
• Membawa Ikhwan ke dalam arena politik dengan
menyeru kerajaan pemerintah supaya membuat
pembaharuan yang menyeluruh dalam bidang
pendidikan, ekonomi, politik dan sosial agar bertepatan
dengan Islam
• Membentuk dan mendidik peribadi anggota Ikhwan
sebagai persediaan untuk berjihad
8. Sumbangan Hassan al-Banna
dalam bidang dakwah Islamiah
• Beliau menjalankan program dakwah dan ceramah di
masjid-masjid dan juga tempat tumpuan awam seperti
kedai makan untuk menyeru umat Islam Mesir kembali
kepada kehidupan Islam
• Menerbitkan majalah As-Sya’a’ dan Al-Ta’aruf dan
akhbar harian Al-Ikhwan untuk menentang kegiatan yang
bertentangan dengan Islam dan membaharui pemikiran
umat Islam
9. Karya Hassan al-Banna untuk
umat Islam
• Mazakirat al-Dakwah wa al-Daiyyah
• Ar-Rasail al-Imam as-Syahid
• Buku syarahan Imam Hassan al-Banna
• Maqalat Hassan al-Banna
• Al-Ma’thurat
• Ar-Rasail as-Salasah
10. Sebelum kematiannya, Hassan Al-Banna telah
meninggalkan 10 wasiat yang begitu berharga untuk
semua jemaah Islam. Sepuluh wasiatnya itu ialah:
11. 1. Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta
walaubagaimana keadaan sekalipun.
2. Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis
ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa
dalam perkara yang tiada memberi faedah.
3. Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab Fushah kerana
bahasa Arab yang betul itu adalah syiar Islam.
4. Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun kerana
pertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan.
5. Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung
dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.
12. 6. Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu
tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap
perkara.
7. Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang
dikehendaki oleh pendengar kerana percakapan yang nyaring itu
adalah suatu perbuatan yang sia-sia malah menyakiti hati orang.
8. Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam
pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa-
apa yang memberi kebajikan.
9. Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslim yang ditemui kerana
asas gerakan dakwah ialah berkenal-kenalan dan berkasih-
sayang.
10. Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada
pada kita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan
ringkaskanlah perlaksanaannya.