Anúncio
Nota pendidikan islam t5 solat jumaat
Nota pendidikan islam t5 solat jumaat
Próximos SlideShares
Muqaddimah ilmu usul fiqhMuqaddimah ilmu usul fiqh
Carregando em ... 3
1 de 2
Anúncio

Mais conteúdo relacionado

Anúncio

Nota pendidikan islam t5 solat jumaat

  1. SOLAT JUMAAT 1. PENGERTIAN SOLAT JUMAAT Solat Jumaat ialah solat fardu (dua rakaat) yang dilakukan pada hari Jumaat menggantikan solat Zohor, dan ia dilakukan secara berjemaah selepas mendengar Khutbah Jumaat. 2. HUKUM SOLAT JUMAAT Hukum Solat Jumaat ialah Fardu Ain, iaitu wajib dikerjakan atas setiap lelaki muslim dengan syarat-syarat tertentu. 3. DALIL WAJIB SOLAT JUMAAT    9. Hai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan Solat Jumaat, Maka bersegeralah kamu untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah jual beli, yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu Mengetahui. (Surah Al-Jumu’ah Ayat-9) 4. SYARAT WAJIB SOLAT JUMAAT 1. Islam - tidak wajib bagi orang kafir. 2. Baligh - tidak wajib bagi kanak-kanak yang belum baligh. 3. Berakal - tidak wajib bagi orang yang gila. 4. Merdeka - tidak wajib ke atas hamba abdi. 5. Lelaki - tidak diwajibkan untuk orang perempuan. 6. Sihat - tidak wajib bagi orang yang uzur dan berhalangan. 7. Bermastautin atau bermukim - tidak wajib bagi orang yang musafir. 5. SYARAT SAH SOLAT JUMAAT 1. Didirikan di dalam waktu Zuhur. 2. Tempat mendirikan solat Jumaat itu hendaklah di suatu tempat yang telah ditetapkan seperti masjid, dewan, padang dan sebagainya. 3. Mestilah berjemaah dengan sekurang- kurangnya 40 orang yang tinggal tetap di kawasan itu. 4. Didahului dengan dua khutbah 6. LAFAZ NIAT SOLAT JUMAAT 7. PERKARA SUNAT DILAKUKAN SEBELUM SOLAT JUMAAT 1. Mandi sunat hari Jumaat, terutama ketika hendak berangkat ke Masjid. 2. Memotong kuku. 3. Memotong, mencabut atau mengunting bulu [ketiak, hidung, misai]. 4. Bersugi. 5. Memakai wangi-wangian. 6. Berhias diri dengan memakai pakaian yang bersih dan cantik. 7. Bersegera pergi ke masjid. 8. Berniat Iktikaf. 9. Solat sunat Tahiyatul Masjid sebaik sahaja masuk ke dalam masjid. 10. Memperbanyakkan berzikir, membaca Al-Quran dan berselawat ke atas Nabi.
  2. 8. LARANGAN KETIKA KHUTBAH 1. Bercakap-cakap 2. Bermain 3. Melakukan perkara yang mengganggu Khatib atau Jemaah yang lain. 9. HIKMAH SOLAT JUMAAT 1. Lambang Perpaduan Umat Islam 2. Mengukuhkan persaudaraan Islam 3. Membuktikan ketaatan kepada Allah 4. Dapat mendengar nasihat.
Anúncio