SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 16
HBML2103
1
1.0 PENGENALAN
Tatabahasa adalah unsur yang penting dan asas dalam pembentukan bahasa.Nik Safiah Karim
(1996) dalam Tatabahasa Edisi Baharu mendefinisikan bahasa terdiri daripada kumpulan ayat
yang tidak terbilang jumlahnya.Manakala ayat pua terdiri daripada rentetan perkataan yang
bermakna. Kajian terhadap tatabahasa melibatkan dua aspek utama iaitu melalui cara
perkataan terbentuk daripada bunyi-bunyi bahasa serta bagaimana perkataan-perkataan ini
disusun menjadi ayat.Awang Sariyan dalam tulisannya Ceritera Bahasa (2002) mentakrifkan
bahawa tatabahasa merupakan peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa iaitu kata,
frasa dan ayat yang betul bagi bahasa tertentu. Unsur tatabahasa menentukan salah betunya
sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam lisan atau pun
tulisan. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996), mengertikan
tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana
perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan
ayat-ayat yang gramatis.
2.0 MAKSUD MORFOLOGI DAN SINTAKSIS
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata.
Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambing yang menjadi unit tatabahasa
yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatbahasa sama ada bentuk tunggal atau
hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula
ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan
anggota lain dlm golongan yang sama.
2.1 Definisi Morfologi
Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakannya (1997:83), morfologi ialah
disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini
merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu.
Mankal Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik
Am (2007), morfologi ialah bidang linguisti yang mengkaji bagaimana perkataan perlu
dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsure-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses
membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
HBML2103
2
Nik Safiah Karim (2004), berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang
mengkaji struktur bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan
bentuk bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna.
Semua definisi yang diketengahkan oleh para tokoh ini menyokong bahawa tatabahasa
merupakan salah satu cabang daripada linguistik umum yang memberi penerangan tentang
peraturan-peraturan dan hukum-hukum bahasa.Tatabahasa dalam Bahasa Malaysia terbahagi
kepada dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang
membicarakan struktur, pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudka
daripda bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Unit terkecil yang mempunyai
makna dan tugas nahu dikenali sebagai morfem.Jika kata tidak boleh dipecahkan kepada unit
bermakna atau nahu yng lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu morfem.Sebagai
contoh perkataan „makan‟. „Makan‟ tidak akan berfungsi dan memberikan makna jika
dipecahkan kepada „ma‟ dan „kan‟. Namun, kata „dimakan‟ boleh dipecahkan kepada dua
morfem, iaitu „di‟ dan „makan‟.Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat
(imbuhan).Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem.
2.2 Definisi Sintaksis
Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau
konstruksi ayat. Sintaksiis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum-
hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat.
Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksisi dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa
yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali
sebagai bidang kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah
penggabungan dan penyususnan perkataan atau kelompok perkataanuntuk membentuk ayat
dalam sesuatu bahasa.
Aspek sintaksis yang diberi tumpuan ialah:
a. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta
pembahagian subjek dan predikat.
b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan.
c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif.
d. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang
e. Binaan dan proses penerbitan ayat.
HBML2103
3
f. Ayat dasar.
g. Ayat tunggal
h. Ayat Terbitan/ majmuk
2.3 Konsep Pembentukan Kata
Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan
baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru,
Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana
sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam
sesuatu bahasa.
Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau
derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses
pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara
rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan
itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut.
Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama
dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini
demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah
melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan
golongan kata atau kasusnya. (Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu
1, halaman 134)
Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua
sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun
bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat
dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam
bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan
fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan,
penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan.
Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan,
majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri
serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan
HBML2103
4
tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza
dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza.
2.4 Proses pembentukan kata
Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk
kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan
bentuk kata gandaan. Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan
bentuk-bentuk kata yang berikut :
a. Bentuk kata tunggal
Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam
bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses
penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal,
iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang
mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola
gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh
perkataan :
Bentuk Kata Tunggal
(Pola suku kata beserta contoh perkataan)
Bil.
Pola Kata Tunggal
Satu Suku
Kata
Dua Suku
Kata
Tiga suku
kata
Empat suku kata dan
lebih
1. KV – yu V+K – aku KV+V+KV-
cuaca
KV+KV+VK+KV-
keluarga
2. 2. VK – am V+VK – aib KV+V+KVK
-biawak
KV+KVK+KV+KV-
sementara
3. 3. KVK – cat V+KVK –
adik
V+KV+V-
usia
KVK+KV+V+KV-
bendahari
4. 4. KKVK – stor VK+KV –
undi
KV+KV+V-
deria
KV+KV+KV+KV-
bidadari
HBML2103
5
b. Bentuk kata terbitan
Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu
proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan
antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan:
c. Bentuk kata majmuk
Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar
atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai
satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu,
biru laut dan telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa.
Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan
maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya
tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan ( rumah
dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang
( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan (
pinggan dan mangkuk).
Bentuk Kata Terbitan
Bil. Jenis imbuhan
Awalan Akhiran Apitan Sisipan
1. Kata nama
(pe) -pelari,
(pem) -pembuat
Kata nama
(-an) -
pakaian,
(-wati) -
seniwati
Kata nama
(pe-..-an) –
perasaan
Kata nama
(-el)- telunjuk
2. Kata kerja
(me) - melawan,
di - diatur
Kata kerja
(-kan) -
buatkan, (-di)
- diduduki
Kata kerja
(me-…-kan )–
memainkan
Kata kerja
(-er) - gerodak
3. Kata adjektif
(ter) -terbesar,
(se) -secantik
-
Kata adjektif
(ke-…-an) –
keakraban
Kata adjektif
(-el) - gelegak
HBML2103
6
Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan
bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan
bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur
lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil
berdasarkan tiga kelompok :
Bentuk Kata Majmuk
Bil. Rangkaian kata
bebas
Istilah khusus Kiasan
1. gambar rajah Perdana Menteri hak milik
2. alat tulis Raja Muda batu kapur
3. air hujan Maib Canselor daerah panas
4. nasi minyak Timbalan Ketua
Pustakawan
atur cara
d. Bentuk kata ganda
Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan
menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara
keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan.
Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar
atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang
boleh mendahului atau mengikuti dasarnya.
Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar.
Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau
penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan
rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang
dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :
HBML2103
7
3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU
Merujuk kepada Kamus Dewan (2002), prinsip didefinisikan sebagai asas dan dasar
yang menjadi suatu pemikiran, kajian dan tindakan.Pengajaran pula ditakrifkan sebagai
aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan serta kemahiran
tertentu. Pengajaran meliputi aspek perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan
penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada
murid-murid dengan berkesan.Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai
aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan,
mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Manakala
Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk
membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.Selain itu, Yaxley turut
Bentuk Kata Gandaan
(berserta contoh perkataan)
Bil. Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak
1. Kata tunggal
Meja-meja, ayat-ayat
Kata tunggal
Laki-lelaki, tikus-
tetikus
Pengulangan vokal
Kuih-muih,cerai-berai
2. Kata berimbuhan
Awalan-pelatih-pelatih
Akhiran-amalan-amalan
Apitan-persatuan-
persatuan
Kata berimbuhan
Awalan-berlari-lari
Akhiran-sayur-
sayuran
Apitan-kekuning-
kuningan
Pengulangan konsonan
Batu-batan, gunung,
ganang, dolak-dalik
3. - - Bebas
Anak-pinak, ulang-alik,
lintang-pukang.
HBML2103
8
menyatakan pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan
penilaian.
Maka, prinsip pengajaran bolehlah diertikan sebagai satu pegangan yang sehaluan
dengan teori yang praktikal mengikut teknik, kaedah dan pendekatan yang bersesuaian
dengan kepercayaan kita terhadap cara pengajaran yang sudah menjadi kebiasaan kita selama
ini. Selain itu, prinsip pengajaran menjadi panduan khusus kepada para guru dalam
memastikan penyampaian ilmu itu berjaya dilaksanakan.Pengetahuan terhadap tatabahasa
dalam kalangan murid diuji berdasarkan pada keupayaan merekadalam menguasai perkara
asas pembentukkan kata dan ayat serta menggunakannya mengikut sistem, hukum dan
peraturan yang betul semasa membina ayat.Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa prinsip
pengajaran tatabahasa telah mencorakkan usaha guru dalam menyampaikan pengajaran
tatabahasa berdasarkan aktiviti, program dan proses yang membantu dalam penyebaran ilmu
pengetahuan.
Oleh itu, prinsip pengajaran merupakan pegangan utama guru dalam melaksanakan
tugas penyampaian ilmu.Warga pendidik seharusnya cemerlang dalam profesionnya demi
mewujudkan pengajaran berkesan.Tuner, R. (2001) menyatakan bahawa pengajaran berkesan
itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain seperti mengajar
dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan kreatif (Woods et al., (1996) dan
Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992).Namun semua pandangan tokoh ini didasari oleh prinsip
pengajaran yang utuh.
Prinsip pengajaran boleh dikategorikan kepada 5 bahagian iaitu :
a. Asas prinsip pengajaran
b. Strategi pengajaran
c. Pendekatan pengajaran
d. Kaedah pengajaran
e. Teknik pengajaran
Kelima-lima unsur ini membentuk prinsip pengajaran yang menjadi panduan utama guru
dalam penyampaian ilmu tatabahasa Bahasa Malaysia dalam kalangan murid.
HBML2103
9
Asas Prinsip Pengajaran
Sebelum masuk kepada 4 unsur prinsip pengajaran lain, adalah baik untuk kita mengenal
asas-asasnya terlebih dahulu :
a. Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah.
Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu
dikuasai terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila
menimba ilmu yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian
ciri dalam kalangan murid.Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran
tatabahasa dengan cepat dan ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan
pengajaran yang mengikut aras tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara
adil dan saksama.
b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan
dapat memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan
kefahaman yang cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu
murid dalam penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya
terhadap kuliah yang diberikan oleh guru.
c. Memberikan latih tubi
Tidak dapat dinafikan lagi, untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid,
latih tubi sejak dari dahulu mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan.Ia
melibatkan pengulangan sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar
dapat mencapai objekif pembelajaran. Latih tubi membantu murid untuk
mengekalkan ingatan terhadap aspek tatabahasa yang dipelajari.Selain itu, murid
dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam pembelajaran
tatabahasa.
d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas.
Guru perlulah jelas dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir
dalam profesionnya agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam
kalangan murid. Guru perlu peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah
unsur yang sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman.
HBML2103
10
e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan yang
digunakan.
Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman terhadap hukum
tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa Malaysia.Sebagai
contoh perkataan „perang‟.Untuk kata sifat, „perang‟ bermaksud warna dan disebut
secara „e-taling‟.Manakala untuk kata kerja, „perang‟ bermaksud suatu perlakuan
yang melibatkan pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan disebut secara „e-
pepet‟. Oleh itu, guru perlu membantu murid memahami aspek sedemikan untuk
mengelakkan kekeliruan.Selain itu, murid juga harus memahami cara penggunaan
ayat dalam konteks yang berlainan contohnya dalam aspek penulisan. Murid haruslah
dapat membezakan format dan gaya bahasa penulisan karangan fakta dengan
keperihalan.
Strategi Pengajaran
Perkataan „strategi’ berasal daripada bahasa Yunani "strategia" yang bermaksud
sebagai "the art of the general" atau seni seorang panglima yang biasanya digunakan dalam
peperangan.Strategi merupakan penyusunan langkah-langkah ke depan dalam
membangunkan visi dan misi sesuatu organisasi. Dalam aspek pendidikan, strategi
pengajaran dibahagikan kepada 3 iaitu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan
bahan.Strategi pemusatan guru menekankan kawalan guru terhadap segala aktiviti
pembelajaran.Kaedah dan teknik yang biasa digunakan untuk strategi ini ialah penerangan,
demonstrasi,syarahan,bercerita dan pengajaran mikro.
Strategi pemusatan murid pula lebih memberi tumpuan terhadap akifnya murid dalam
pembelajaran. Guru tidak menggunakan kuasa mutlak sebaliknya berperanan sebagai
fasilitator dan pembimbing sahaja. Kaedah dan teknik yang digunakan adalah seperti inkuiri
penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran. Dalam pemusatan bahan pula,
guru menyampaikan pengajaran dengan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai.
Penggunaan alat dan bahan bantu dapat membantu guru memudahkan penyampaian
pengajaran. Selain itu, strategi ini berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid dalam
pengajaran tatabahasa.Penggunaan bahan adalah sangat perlu terutama sekali jika terdapat
murid yang mempunyai daya pembelajaran yang lambat.Strategi ini banyak menggunakan
bahan audio-visual seperti projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.Oleh itu, ketiga-
HBML2103
11
tiga strategi ini wajarlah digunakan oleh guru untuk mewujudkan pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dalam kelas.
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA
Kelas Tahun 4 Arif
Masa 8.30 – 9.30 (60 minit)
Tarikh 11 Julai 2015
Bil. Murid 20 orang
Tema “Sentiasa Berhemat Kita Selamat”
Tajuk Pencemaran Air
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat :
a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya enam penanda wacana
yang terdapat dalam teks petikan yang dibaca.
b. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul
dan menarik.
c. Melengkapkan ayat dengan penanda wacana yang sesuai.
Fokus utama 8.5 Aras 1(i) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana
yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam
sebuah karangan.
Fokus sampingan 5.1 Aras 3(i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi
yang betul dan menarik.
Kemahiran berbahasa Mendengar, membaca, menulis dan bertutur
Sistem bahasa Tatabahasa – Penanda wacana
Ilmu Sains, Kajian Tempatan
Nilai Kerjasama, kebersihan
Kemahiran bernilai
tambah
a. Kemahiran berfikir : Menghubungkait
b. Kemahiran belajar : Perbincangan, aktiviti berkumpulan,
mendengar aktif, membaca luncur dan simulasi.
c. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, visual,
interpersonal, kinestetik, intrapersonal.
Strategi dan pendekatan Konstruktivisme, kontekstual
Pengetahuan sedia ada a. Murid pernah melihat pencemaran air.
b. Murid mengetahui beberapa kesan negatif pencemaran air.
BSPP a. Teks petikan
b. Paparan Video dan Powerpoint (Laptop dan Speaker)
c. 2 botol mineral
d. Lembaran kerja (individu dan kumpulan)
e. Kad-kad soalan
Konsep 5P a. Penggabungjalinan :Kemahiran membaca, menulis,
mendengar.
b. Penyerapan : Ilmu Sains dan Kajian Tempatan
c. Pemulihan : Lembaran kerja pemulihan
HBML2103
12
d. Pengayaan : Tugasan susulan – membina ayat
e. Penilaian : Pemahaman murid terhadap penanda wacana
Langkah/
Masa
Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan
pembelajaran
Catatan
Set induksi
5 minit
1.Paparan video
tentang „air‟.
2.Aktiviti simulasi
1.Murid menonton video
tentang air dari aspek
kepentingan, punca
pencemaran dan penyakit-
penyakit.
2.Sesi soal jawab .
3.Guru membuat simulasi – 2
murid melakonkan meminum
air bersih dan air tercemar.
(Menguji pengetahuan sedia
ada murid)
KB : Menghubungkait
BCB : Aktivtiti
simulasi, soal jawab
KP : Visual, verbal
linguitik, interpersonal
BSPP :2 botol mineral,
paparan video.
Langkah 1
5 minit
1.Petikan bertajuk
„Pencemaran Air‟
1.Murid membaca dan
memahami teks terlebih
dahulu.
2.Murid membaca teks dengan
intonasi dan sebutan yang
betul.
KB : Menghubungkait
BCB : Kemahiran
membaca
KP : Verbal linguitik,
interpersonal
BSPP : Teks petikan
Langkah 2
10 minit
1.Soal jawab
berdasarkan petikan.
1.Guru memberikan kad-kad
soalan kepada setiap
kumpuan.
2.Soalan untuk kumpulan 1 :
a. Mengapakah air sangat
penting untuk manusia ?
b. Apa yang perlu kita
lakukan untuk menjaga
kesihatan badan ?
3.Soalan untuk kempulan 3 :
a. Nyataka contoh-contoh
penyakit yang
disebabkan oleh
pencemaran air.
b. Nyatakan punca-punca
berlakunya pencemaran
air.
KB : Menghubungkait
BCB : Memproses
maklumat, bacaan
luncur
KP : Interpersonal,
Verbal linguitik,
BSPP :Teks petikan,
kad-kad soalan.
Langkah 3
10 minit
1.Penanda wacana 1.Guru menggunakan Power
Point untuk menunjukkan
contoh-contoh penanda
wacana.
2.Beberapa orang murid dipilih
daripada setiap kumpulan
untuk membina ayat
berdasarkan penanda wacana
tersebut.
3.Guru menerangkan definisi
KB : Menghubungkait
BCB : Perbincangan
KP : Verbal linguitik,
BSPP : Powerpoint,
teks petikan
HBML2103
13
atau cara penggunaan
penanda wacana.
4.Guru memberikan pelbagai
contoh penanda wacana.
Langkah 4
5 minit
1.Mengesan penanda
wacana di dalam
teks petikan.
1.Murid mencari penanda
wacana yang terdapat di
dalam teks petikan.
2.Contoh penanda wacana
yang terdapat dalam teks :
a. Oleh itu
b. Namun
c. Seterusnya
d. Oleh sebab itu
e. Walaubagaimanapun
f. Selain itu
KB : Menghubungkait,
BCB : Bacaan luncur,
memproses maklumat,
menganalisis
KP : Verbal linguitik,
BSPP : Teks petikan
Langkah 5
20 minit
1.Aktiviti
melengkapkan ayat
dengan penanda
wacana.
1.Lembaran kerja (Berskala 9
x A4) diberikan untuk setiap
kumpulan.
2.Aktiviti perbincangan :
Murid akan melengkapkan
ayat tersebut berdasarkan
kad jawapan yang diberikan.
3.Murid lemah diberi latihan
pemulihan seperti menyalin
semula ayat dan mengisi
tempat kosong dengan huruf
yang tepat.
KB : Menghubungkait,
BCB : Bacaan luncur,
memproses maklumat,
menganalisis
KP : Verbal linguitik,
BSPP : Lembaran kerja
beserta kad jawapan.
Penutup
5 minit
1.Guru merumuskan
isi pelajaran tentang
:
a. Topik petikan
b. Penanda
wacana
2.Memberikan kerja
rumah sebagai
aktiviti pengayaan
dan pemulihan.
1. Guru membuat rumusan
terhadap isi pelajaran.
2. Sesi soal jawab.
3. Kerja rumah :
“Berdasarkan 6 penanda
wacana yang telah anda
perolehi melalui petikan,
bina ayat yang sesuai”.
KP : Menghubungkait
KP : Verbal linguistik
Rumusan Terhadap Rancangan Pengajaran Harian
Strategi Pengajaran
Strategi pengajaran yang telah diaplikasikan oleh guru ialah strategi pemusatan guru, murid
dan bahan.Pemusatan guru dilaksanakan semasa sesi penerangan rumus atau peraturan
tatabahasa tentang aspek kata terbitan.Selain itu, pemusatan guru adalah perlu untuk
bertujuan mengawal kelas dan disiplin murid.Dalam strategi pemusatan murid pula, mereka
terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara berkumpulan.Sebagai contoh aktiviti
HBML2103
14
mencari penanda wacana dalam teks. Aktiviti ini memerlukan komunikasi dalam kalangan
murid. Penggunaan bahan bantu pengajaran sudah membuktikan bahawa guru ini
menggunakan strategi pemusatan bahan. Pelbagai bahan yang digunakan untuk mengukuhkan
pemahaman murid sama ada bahan maujud, bercetak dan digital.
HBML2103
15
5.0 KESIMPULAN
Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di
peringkat global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut
cabaran ini.Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu
di persada antarabangsa.Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan
penggunaan bahasa yang standard.
Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa
yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan,
pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan
secara murni. Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi
menjayakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari.
Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu proses
yang berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung mahupun
secara tidak langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa yang
disampaikan oleh guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi. Murid
bukan sahaja dapat memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan
baik sama ada dalam pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih awal
oleh guru adalah penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian. Walaupun
setiap proses pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan
murid, namun sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif dan terbuka dalam mengajar
murid aspek tatabahasa ini agar dapat mencapai objektif. Guru juga perlu memikirkan
langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan
cara yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen
tatabahasa itu.
(3,254 patah perkataan)
HBML2103
16
6.0 BIBLIOGRAFI
Aidah Zaraman (2012). Prinsip, Teknik, Kaedah dan Masalah Pengajaran dan Pembelajaran
Tatabahasa.http://aidahzaraman.blogspot.com/2013/05/prinsip-teknikkaedah-dan-
masalah.html. Dilayari pada 6 Julai 2015.
Aziah Mohamed (2012). Konsep Tatabahasa.
http://gen2bhs4533.blogspot.com/p/blog-page_13.html. Dilayari pada 6 Julai 2015.
Fairullizam (2011). Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks.
http://anthonydouglasd046622q03-forsharing.blogspot.com/2011/11/pengajaran-tatabahasa-
dalam-konteks.html. Dilayari pada 6 Julai 2015.
Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj. Musa,Abdul Hamid Mahmood (2013), Tatabahasa
Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Sazali Mohd. Bee (2012). Definisi Tatabahasa.
http://sazalippgbm2011.blogspot.com/p/definisi-tatabahasa.html
Dilayari pada 6 Julai 2015.
Yew Wen Nee (2012). Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu.
http://wenneeyew.blogspot.com/2012/10/sistem-tatabahasa-bahasa
melayu.html#.UeNESmLiM24.Dilayari pada 31 Jun 2013.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalBM2062204RohaiyuBint
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuArifahAzlanShah1
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasaxiaomei1029
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...Maizatul Mansor
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanPihin Hassanal
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAvhieyna Andhrew
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptxIPG
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuAtykah Aura
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturSYIZIDAM BNK
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Ranjene Ramaya
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaAlia Maisarah
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 

Mais procurados (20)

Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi TradisionalManifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
Manifestasi Akal Budi Dalam Puisi Tradisional
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Konsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan MelayuKonsep Kesusasteraan Melayu
Konsep Kesusasteraan Melayu
 
teori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasateori pemerolehan-bahasa
teori pemerolehan-bahasa
 
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
BMMB1114 TOPIK 1 sejarah perkembangan tulisan jawi pada zaman kesultanan mela...
 
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata TerbitanBMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
BMMB3023 Pembentukan Kata Tunggal Dan Kata Terbitan
 
Aktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalisAktiviti penulisan mentalis
Aktiviti penulisan mentalis
 
Teori psikolinguistik
Teori psikolinguistikTeori psikolinguistik
Teori psikolinguistik
 
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
2. Fungsi Sastera Melayu.pptx
 
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayuProses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
Proses pembentukan perkataan baharu dalam bahasa melayu
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
Kemahiran Bertutur
Kemahiran BertuturKemahiran Bertutur
Kemahiran Bertutur
 
Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa Kemahiran Bahasa
Kemahiran Bahasa
 
Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)Kesantunan berbahasa (3)
Kesantunan berbahasa (3)
 
Definisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membacaDefinisi kemahiran membaca
Definisi kemahiran membaca
 
kemahiran menulis
kemahiran menuliskemahiran menulis
kemahiran menulis
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 

Destaque (9)

Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 
Kata Majmuk
Kata MajmukKata Majmuk
Kata Majmuk
 
Morfologi
MorfologiMorfologi
Morfologi
 
Kata majmuk edu
Kata majmuk eduKata majmuk edu
Kata majmuk edu
 
zawil arham
zawil arhamzawil arham
zawil arham
 
Kata majmuk
Kata majmuk Kata majmuk
Kata majmuk
 
Kata Majmuk
Kata MajmukKata Majmuk
Kata Majmuk
 
Kata majmuk
Kata majmukKata majmuk
Kata majmuk
 

Semelhante a ASSIGNMENT MORFOLOGI

Assignement
AssignementAssignement
AssignementSJKCHAU
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIAZURYATI1
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Hildadp
 
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK LiswiAnisa
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Operator Warnet Vast Raha
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarDedi Damhudi
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaDarwis Maulana
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganmaee68
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)maee68
 

Semelhante a ASSIGNMENT MORFOLOGI (20)

Assignement
AssignementAssignement
Assignement
 
BAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIABAHASA INDONESIA
BAHASA INDONESIA
 
Proses morfologi 3
Proses morfologi 3Proses morfologi 3
Proses morfologi 3
 
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
PROSES MORFOFONEMIK DAN PROSES MORFOLOGIK
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
Makalah pembentukan kata dan kalimat SMA NEGERI 1 RAHA
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
Makalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimatMakalah pembentukan kata dan kalimat
Makalah pembentukan kata dan kalimat
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Tata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasarTata bahasa indonesia dasar
Tata bahasa indonesia dasar
 
ppt indo.pptx
ppt indo.pptxppt indo.pptx
ppt indo.pptx
 
Morfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa IndonesiaMorfologi Bahsa Indonesia
Morfologi Bahsa Indonesia
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Sintaksis
SintaksisSintaksis
Sintaksis
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
Bm cik umar individu
Bm cik umar individuBm cik umar individu
Bm cik umar individu
 
Struktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesiaStruktur morfologi bahasa indonesia
Struktur morfologi bahasa indonesia
 
Kuiz morfologi
Kuiz morfologiKuiz morfologi
Kuiz morfologi
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandinganBml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
Bml 3053 morfologi bahasa melayu tugasan perbandingan
 
Morfofonemik
MorfofonemikMorfofonemik
Morfofonemik
 
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
Bml 3053 morfologi bahasa melayu(perbandingan kata adjektif)
 

Último

SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptxHalomoanHutajulu3
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfHendroGunawan8
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdfWahyudinST
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxjohan effendi
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfwaktinisayunw93
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunnhsani2006
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaAbdiera
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKArifinAmin1
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...NiswatuzZahroh
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfNURAFIFAHBINTIJAMALU
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsBismaAdinata
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdfHeriyantoHeriyanto44
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 

Último (20)

SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
704747337-Ppt-materi-Presentasi-Program-Kerja-Organisasi-kangguru.pptx
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdfJaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
Jaringan VOIP Ringkasan PTT Pertemuan Ke-1.pdf
 
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
5. HAK DAN KEWAJIBAN JEMAAH indonesia.pdf
 
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docxKISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
KISI-KISI Soal PAS Geografi Kelas XII.docx
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdfAminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 21_11 April 2024.pdf
 
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdfProgram Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
Program Roots Indonesia/Aksi Nyata AAP.pdf
 
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaunModul persamaan perakaunan prinsip akaun
Modul persamaan perakaunan prinsip akaun
 
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum MerdekaModul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
Modul Ajar Informatika Kelas 11 Fase F Kurikulum Merdeka
 
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAKSANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
SANG BUAYA DI TIMPA POKOK CERITA KANAK-KANAK
 
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
Pembuktian rumus volume dan luas permukaan bangung ruang Tabung, Limas, Keruc...
 
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdfslide presentation bab 2 sain form 2.pdf
slide presentation bab 2 sain form 2.pdf
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran HaditsHakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
Hakikat Penciptaan Manusia - Al-Quran Hadits
 
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf1.3.a.8  KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
1.3.a.8 KONEKSI ANTAR MATERI MODUL 1.3 (Heriyanto).pdf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 

ASSIGNMENT MORFOLOGI

  • 1. HBML2103 1 1.0 PENGENALAN Tatabahasa adalah unsur yang penting dan asas dalam pembentukan bahasa.Nik Safiah Karim (1996) dalam Tatabahasa Edisi Baharu mendefinisikan bahasa terdiri daripada kumpulan ayat yang tidak terbilang jumlahnya.Manakala ayat pua terdiri daripada rentetan perkataan yang bermakna. Kajian terhadap tatabahasa melibatkan dua aspek utama iaitu melalui cara perkataan terbentuk daripada bunyi-bunyi bahasa serta bagaimana perkataan-perkataan ini disusun menjadi ayat.Awang Sariyan dalam tulisannya Ceritera Bahasa (2002) mentakrifkan bahawa tatabahasa merupakan peraturan yang membina bentuk-bentuk bahasa iaitu kata, frasa dan ayat yang betul bagi bahasa tertentu. Unsur tatabahasa menentukan salah betunya sesuatu bentuk bahasa yang dilahirkan oleh penuturnya sama ada dalam lisan atau pun tulisan. Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam tulisannya Menurut Siti hajar (1996), mengertikan tatabahasa sebagai peraturan-peraturan bagaimana perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan-perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasilkan ayat-ayat yang gramatis. 2.0 MAKSUD MORFOLOGI DAN SINTAKSIS Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Struktur kata bermaksud susunan bunyi ujaran atau lambing yang menjadi unit tatabahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatbahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dlm golongan yang sama. 2.1 Definisi Morfologi Menurut Kamaruddin Hj. Husin dan rakan-rakannya (1997:83), morfologi ialah disiplin ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan penggolongan kata. Bentuk kata ini merujuk bentuk bunyi atau ujaran sesuatu kata itu. Mankal Abdullah Hassan juga menyatakan definisi morfologi dalam buku Linguistik Am (2007), morfologi ialah bidang linguisti yang mengkaji bagaimana perkataan perlu dibina. Kajian ini dilakukan terhadap unsure-unsur yang membentuk perkataan, proses-proses membentuk perkataan dan bentuk-bentuk perkataan ialah morfem dan kata.
  • 2. HBML2103 2 Nik Safiah Karim (2004), berpendapat morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur bentuk dan penggolongan kata. Dengan struktur kata dimaksudkan susunan bentuk bunyi ujaran atau lambing yang turut menjadi unit bahasa yang bermakna. Semua definisi yang diketengahkan oleh para tokoh ini menyokong bahawa tatabahasa merupakan salah satu cabang daripada linguistik umum yang memberi penerangan tentang peraturan-peraturan dan hukum-hukum bahasa.Tatabahasa dalam Bahasa Malaysia terbahagi kepada dua bidang utama iaitu morfologi dan sintaksis. Morfologi adalah bidang yang membicarakan struktur, pembentukan kata dan golongan kata serta cara perkataan diwujudka daripda bunyi bahasa dan pengaruhnya terhadap makna kata. Unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu dikenali sebagai morfem.Jika kata tidak boleh dipecahkan kepada unit bermakna atau nahu yng lebih kecil, maka kata-kata itu terdiri daripada satu morfem.Sebagai contoh perkataan „makan‟. „Makan‟ tidak akan berfungsi dan memberikan makna jika dipecahkan kepada „ma‟ dan „kan‟. Namun, kata „dimakan‟ boleh dipecahkan kepada dua morfem, iaitu „di‟ dan „makan‟.Morfem terbahagi kepada morfem bebas dan morfem terikat (imbuhan).Kesimpulannya, perkataan boleh terdiri daripada beberapa morfem. 2.2 Definisi Sintaksis Sintaksis ialah cabang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksiis bukan sahaja mengkaji proses pembinaan ayat tetapi juga hokum- hukum yang menentukan bagaimana perkataan disusun dalam ayat. Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksisi dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan atau konstruksi ayat. Sintaksis juga dikenali sebagai bidang kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyususnan perkataan atau kelompok perkataanuntuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Aspek sintaksis yang diberi tumpuan ialah: a. Unsur utama yang terdiri daripada kata frasa, klausa dan aspek pembinaannya serta pembahagian subjek dan predikat. b. Jenis ayat iaitu ayat penyata, ayat tanya, ayat perintah dan ayat seruan. c. Ragam ayat iaitu ayat aktif dan ayat pasif. d. Susunan ayat iaitu susunan biasa dan songsang e. Binaan dan proses penerbitan ayat.
  • 3. HBML2103 3 f. Ayat dasar. g. Ayat tunggal h. Ayat Terbitan/ majmuk 2.3 Konsep Pembentukan Kata Dalam istilah linguistik, pembentukan kata ialah satu proses yang mana perkataan baru dibentuk. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz di dalam bukunya Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, pada halaman 133, proses pembentukan kata menerangkan bagaimana sesuatu kata itu dibina dan dibentuk sehingga dapat menghasilkan ayat dan ujaran dalam sesuatu bahasa. Bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa di dunia yang bersifat algunatif atau derivatif. Jenis bahasa yang sedemikian membentuk kebanyakan perkataannya melalui proses pengimbuhan atau penggabungan morfem kata dasar dengan morfem imbuhan secara rentetan mendatar iaitu imbuhan digabungkan serentak dengan kata dasar, sama ada imbuhan itu mnedahului (awalan), menyisipi (sisipan) atau mengikuti (akhiran) kata dasar tersebut. Kaedah pembentukan kata seperti yang terdapat dalam bahasa Melayu ini tidak sama dengan pembentukan kata dalam bahasa yang bersifat fleksi seperti bahasa Arab. Hal ini demikian kerana, dalam bahasa Arab, cara membentuk dan mewujudkan perkataan adalah melalui kejadian perubahan fonem atau bunyi kata dasar bahasa itu sendiri, iaitu berdasarkan golongan kata atau kasusnya. (Siti Hajar Abdul Aziz, Siri Pendidikan Guru, Bahasa Melayu 1, halaman 134) Secara umumnya, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu wujud melalui dua sumber, iaitu melalui asal usul bahasa Melayu itu sendiri. Bahasa Melayu berasal rumpun bahasa Austronesia dan melalui sumber yang diwarisi itu, sejumlah perkataan yang terdapat dalam bahasa Melayu telah diwujudkan sehingga hari ini. Kedua, perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu juga wujud melalui proses-proses tertentu seperti akronim, analogi, peleburan fonem, peluasan makna, pemberian makna khusus, peminjaman kata, penambahan, penciptaan , penggemblengan, penyempitan makna, dan penyingkatan. Perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu ada yang berbentuk tunggal, terbitan, majmuk dan gandaan. Setiap bentuk tersebut mempunyai cara pengejaannya yang tersendiri serta membawa makna yang khusus sebagai rujukan. Dalam struktur ayat, kesemua perkataan
  • 4. HBML2103 4 tidak boleh ditukar ganti kehadirannya dalam ayat kerana setiap bentuk perkataan itu berbeza dari segi makna dan mempunyai fungsi yang berbeza. 2.4 Proses pembentukan kata Proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu boleh dilihat dari segi bentuk-bentuk kata yang terhasil seperti bentuk kata tunggal, bentuk kata terbitan, bentuk kata majmuk, dan bentuk kata gandaan. Seterusnya, kita boleh lihat proses pembentukan kata berdasarkan bentuk-bentuk kata yang berikut : a. Bentuk kata tunggal Perkataan yang berada dalam bentuk kata tunggal ialah perkataan-perkataan dalam bahasa Melayu yang tidak menerima sebarang imbuhan atau tidak mengalami proses penggandaan dan perangkaian. Terdapat sekurang-kurangnya dua jenis kata tunggal, iaitu kata tunggal yang mengandungi hanya satu suku kata dan kata tunggal yang mengandungi dua suku kata atau lebih. Jadual di bawah menunjukkan antara pola gabungan konsonan-vokal dalam kata tunggal bahasa Melayu beserta contoh perkataan : Bentuk Kata Tunggal (Pola suku kata beserta contoh perkataan) Bil. Pola Kata Tunggal Satu Suku Kata Dua Suku Kata Tiga suku kata Empat suku kata dan lebih 1. KV – yu V+K – aku KV+V+KV- cuaca KV+KV+VK+KV- keluarga 2. 2. VK – am V+VK – aib KV+V+KVK -biawak KV+KVK+KV+KV- sementara 3. 3. KVK – cat V+KVK – adik V+KV+V- usia KVK+KV+V+KV- bendahari 4. 4. KKVK – stor VK+KV – undi KV+KV+V- deria KV+KV+KV+KV- bidadari
  • 5. HBML2103 5 b. Bentuk kata terbitan Kata terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Jadual di bawah menunjukkan antara kata terbitan yang terhasil melalui proses pengimbuhan berserta contoh perkataan: c. Bentuk kata majmuk Kata Majmuk ialah perkataan yang dibentuk dengan merangkaikan dua kata dasar atau lebih, dan perkataan yang terhasil membawa makna tertentu, bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja berpisah. Contoh kata majmuk kerani besar, ruang tamu, biru laut dan telefon dail terus. Kata majmuk hendaklah dibezakan daripada frasa. Dua perkataan digabungkan menjadi kata majmuk bertindak sebagi unit, dengan maksud tidak boleh menerima sebarang penyisipan. Anatara rumah batu, misalnya tidak dapat disisipkan perkataan yang ( rumah yang batu) atau perkataan dan ( rumah dan batu). Ini berbeza dengan rumah besar, sebuah frasa yang boleh menerima yang ( rumah yang besar) atau dengan frasa pinggan mangkuk, yang boleh menerima dan ( pinggan dan mangkuk). Bentuk Kata Terbitan Bil. Jenis imbuhan Awalan Akhiran Apitan Sisipan 1. Kata nama (pe) -pelari, (pem) -pembuat Kata nama (-an) - pakaian, (-wati) - seniwati Kata nama (pe-..-an) – perasaan Kata nama (-el)- telunjuk 2. Kata kerja (me) - melawan, di - diatur Kata kerja (-kan) - buatkan, (-di) - diduduki Kata kerja (me-…-kan )– memainkan Kata kerja (-er) - gerodak 3. Kata adjektif (ter) -terbesar, (se) -secantik - Kata adjektif (ke-…-an) – keakraban Kata adjektif (-el) - gelegak
  • 6. HBML2103 6 Proses pemajmukan ialah proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih dan bentuk yang terhasil membawa makna yang khusus. Kata majmuk dieja terpisah dan bertindak sebagai satu unit, iaitu tidak boleh menerima sebarang penyisipan unsur lain. Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata majmuk yang terhasil berdasarkan tiga kelompok : Bentuk Kata Majmuk Bil. Rangkaian kata bebas Istilah khusus Kiasan 1. gambar rajah Perdana Menteri hak milik 2. alat tulis Raja Muda batu kapur 3. air hujan Maib Canselor daerah panas 4. nasi minyak Timbalan Ketua Pustakawan atur cara d. Bentuk kata ganda Menurut Nik Safiah Karim, kata ganda ialah bentuk kata yang dihasilkan dengan menggandakan atau mengulangi kata dasar, sama ada kata ganda tersebut diulangi secara keseluruhan atau pada bahagian-bahagian tertentu dan dengan imbuhan atau tanpa imbuhan. Arbak Othman memberikan definisi penggandaan sebagai proses bagaimana suatu kata dasar atau sebahagian daripadanya diulang. Bahagian yang diulang ini dipanggil gandaan yang boleh mendahului atau mengikuti dasarnya. Bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ialah proses yang menggandakan kata dasar. Dalam proses yang demikian, kata dasar boleh mengalami penggandaan penuh atau penggandaan separa. Penggandaan juga boleh berlaku secara berentak, iaitu berdasarkan rentak bunyi tertentu. . Jadual di bawah menunjukkan antara contoh kata gandaan yang dibahagikan mengikut tiga jenis penggandaan berikut :
  • 7. HBML2103 7 3.0 PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN TATABAHASA BAHASA MELAYU Merujuk kepada Kamus Dewan (2002), prinsip didefinisikan sebagai asas dan dasar yang menjadi suatu pemikiran, kajian dan tindakan.Pengajaran pula ditakrifkan sebagai aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu pengetahuan dan serta kemahiran tertentu. Pengajaran meliputi aspek perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian yang bertujuan untuk menyebarkan ilmu pengetahuan dan kemahiran kepada murid-murid dengan berkesan.Sharifah Alwiah (1983) menganggap pengajaran sebagai aktiviti atau proses kerana apabila mengajar, aktiviti seperti menyoal, menerangkan, mendengar, menggalakkan sesuatu, dan berbagai-bagai aktiviti lain akan berlaku. Manakala Yaxley (1991) berpendapat, pengajaran merupakan satu tindakan yang bertujuan untuk membawa perubahan dari segi kepercayaan, nilai dan makna.Selain itu, Yaxley turut Bentuk Kata Gandaan (berserta contoh perkataan) Bil. Penggandaan Penuh Penggandaan Separa Penggandaan Berentak 1. Kata tunggal Meja-meja, ayat-ayat Kata tunggal Laki-lelaki, tikus- tetikus Pengulangan vokal Kuih-muih,cerai-berai 2. Kata berimbuhan Awalan-pelatih-pelatih Akhiran-amalan-amalan Apitan-persatuan- persatuan Kata berimbuhan Awalan-berlari-lari Akhiran-sayur- sayuran Apitan-kekuning- kuningan Pengulangan konsonan Batu-batan, gunung, ganang, dolak-dalik 3. - - Bebas Anak-pinak, ulang-alik, lintang-pukang.
  • 8. HBML2103 8 menyatakan pengajaran sebagai aktiviti intelek yang melibatkan pemikiran, perasaan dan penilaian. Maka, prinsip pengajaran bolehlah diertikan sebagai satu pegangan yang sehaluan dengan teori yang praktikal mengikut teknik, kaedah dan pendekatan yang bersesuaian dengan kepercayaan kita terhadap cara pengajaran yang sudah menjadi kebiasaan kita selama ini. Selain itu, prinsip pengajaran menjadi panduan khusus kepada para guru dalam memastikan penyampaian ilmu itu berjaya dilaksanakan.Pengetahuan terhadap tatabahasa dalam kalangan murid diuji berdasarkan pada keupayaan merekadalam menguasai perkara asas pembentukkan kata dan ayat serta menggunakannya mengikut sistem, hukum dan peraturan yang betul semasa membina ayat.Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa prinsip pengajaran tatabahasa telah mencorakkan usaha guru dalam menyampaikan pengajaran tatabahasa berdasarkan aktiviti, program dan proses yang membantu dalam penyebaran ilmu pengetahuan. Oleh itu, prinsip pengajaran merupakan pegangan utama guru dalam melaksanakan tugas penyampaian ilmu.Warga pendidik seharusnya cemerlang dalam profesionnya demi mewujudkan pengajaran berkesan.Tuner, R. (2001) menyatakan bahawa pengajaran berkesan itu ialah pengajaran pakar dan cemerlang. Terdapat penggunaan istilah lain seperti mengajar dengan baik (Brown et al., 1993), mengajar dengan kreatif (Woods et al., (1996) dan Pengajaran Berkualiti (Stones, 1992).Namun semua pandangan tokoh ini didasari oleh prinsip pengajaran yang utuh. Prinsip pengajaran boleh dikategorikan kepada 5 bahagian iaitu : a. Asas prinsip pengajaran b. Strategi pengajaran c. Pendekatan pengajaran d. Kaedah pengajaran e. Teknik pengajaran Kelima-lima unsur ini membentuk prinsip pengajaran yang menjadi panduan utama guru dalam penyampaian ilmu tatabahasa Bahasa Malaysia dalam kalangan murid.
  • 9. HBML2103 9 Asas Prinsip Pengajaran Sebelum masuk kepada 4 unsur prinsip pengajaran lain, adalah baik untuk kita mengenal asas-asasnya terlebih dahulu : a. Pengajaran haruslah dimulai daripada perkara yang mudah kepada yang susah. Pengajaran seharusnya mematuhi prinsip ansur maju. Perkara yang mudah perlu dikuasai terlebih dahulu kerana itulah asas yang akan dibawa ke hadapan apabila menimba ilmu yang lebih dalam. Selain itu, guru berhadapan dengan kepelbagaian ciri dalam kalangan murid.Terdapat murid yang dapat memahami pengajaran tatabahasa dengan cepat dan ada murid yang lambat (slow learner). Justeru, dengan pengajaran yang mengikut aras tertibnya, pengajaran dan pembelajaran berlaku secara adil dan saksama. b. Penggunaan bahan maujud serta Bahan Bantu Mengajar (BBM) yang berkesan dapat memudahkan penyampaian guru. Selain itu, ia diakui dapat memberikan kefahaman yang cepat dalam kalangan murid. Penggunaan BBM juga membantu murid dalam penerokaaan ilmu secara kendiri dan tidak bergantung sepenuhnya terhadap kuliah yang diberikan oleh guru. c. Memberikan latih tubi Tidak dapat dinafikan lagi, untuk mengukuhkan pembelajaran dalam kalangan murid, latih tubi sejak dari dahulu mendominasi sebagai teknik pengajaran berkesan.Ia melibatkan pengulangan sama ada dalam bentuk pemulihan atau pengayaan agar dapat mencapai objekif pembelajaran. Latih tubi membantu murid untuk mengekalkan ingatan terhadap aspek tatabahasa yang dipelajari.Selain itu, murid dapat mengenal pasti kesalahan yang sering dilakukan dalam pembelajaran tatabahasa. d. Mengenal pasti struktur isi dengan jelas. Guru perlulah jelas dengan hala tuju objektif pengajarannya. Justeru, guru perlu mahir dalam profesionnya agar tidak ralat dalam penyampain ilmu tatabahasa dalam kalangan murid. Guru perlu peka terhadap isu bahasa terkini kerana bahasa adalah unsur yang sentiasa berkembang mengikut perubahan zaman.
  • 10. HBML2103 10 e. Menitikberatkan makna dan aspek tatabahasa mengikut konteks petikan yang digunakan. Tatabahasa melibatkan hukum dan peraturan. Ketidakfahaman terhadap hukum tatabahasa menyebabkan kerosakan pada penggunaan Bahasa Malaysia.Sebagai contoh perkataan „perang‟.Untuk kata sifat, „perang‟ bermaksud warna dan disebut secara „e-taling‟.Manakala untuk kata kerja, „perang‟ bermaksud suatu perlakuan yang melibatkan pergaduhan, perlawanan dan pertelingkahan dan disebut secara „e- pepet‟. Oleh itu, guru perlu membantu murid memahami aspek sedemikan untuk mengelakkan kekeliruan.Selain itu, murid juga harus memahami cara penggunaan ayat dalam konteks yang berlainan contohnya dalam aspek penulisan. Murid haruslah dapat membezakan format dan gaya bahasa penulisan karangan fakta dengan keperihalan. Strategi Pengajaran Perkataan „strategi’ berasal daripada bahasa Yunani "strategia" yang bermaksud sebagai "the art of the general" atau seni seorang panglima yang biasanya digunakan dalam peperangan.Strategi merupakan penyusunan langkah-langkah ke depan dalam membangunkan visi dan misi sesuatu organisasi. Dalam aspek pendidikan, strategi pengajaran dibahagikan kepada 3 iaitu pemusatan guru, pemusatan murid dan pemusatan bahan.Strategi pemusatan guru menekankan kawalan guru terhadap segala aktiviti pembelajaran.Kaedah dan teknik yang biasa digunakan untuk strategi ini ialah penerangan, demonstrasi,syarahan,bercerita dan pengajaran mikro. Strategi pemusatan murid pula lebih memberi tumpuan terhadap akifnya murid dalam pembelajaran. Guru tidak menggunakan kuasa mutlak sebaliknya berperanan sebagai fasilitator dan pembimbing sahaja. Kaedah dan teknik yang digunakan adalah seperti inkuiri penemuan, perbincangan, main peranan dan sumbangsaran. Dalam pemusatan bahan pula, guru menyampaikan pengajaran dengan alat dan bahan bantu mengajar yang sesuai. Penggunaan alat dan bahan bantu dapat membantu guru memudahkan penyampaian pengajaran. Selain itu, strategi ini berkesan dalam meningkatkan pemahaman murid dalam pengajaran tatabahasa.Penggunaan bahan adalah sangat perlu terutama sekali jika terdapat murid yang mempunyai daya pembelajaran yang lambat.Strategi ini banyak menggunakan bahan audio-visual seperti projektor, televisyen, komputer dan sebagainya.Oleh itu, ketiga-
  • 11. HBML2103 11 tiga strategi ini wajarlah digunakan oleh guru untuk mewujudkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kelas. 4.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MALAYSIA Kelas Tahun 4 Arif Masa 8.30 – 9.30 (60 minit) Tarikh 11 Julai 2015 Bil. Murid 20 orang Tema “Sentiasa Berhemat Kita Selamat” Tajuk Pencemaran Air Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat : a. Menyenaraikan sekurang-kurangnya enam penanda wacana yang terdapat dalam teks petikan yang dibaca. b. Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. c. Melengkapkan ayat dengan penanda wacana yang sesuai. Fokus utama 8.5 Aras 1(i) Memilih dan mengenal pasti penanda wacana yang sesuai dalam satu perenggan atau antara perenggan dalam sebuah karangan. Fokus sampingan 5.1 Aras 3(i) Membaca petikan dengan sebutan dan intonasi yang betul dan menarik. Kemahiran berbahasa Mendengar, membaca, menulis dan bertutur Sistem bahasa Tatabahasa – Penanda wacana Ilmu Sains, Kajian Tempatan Nilai Kerjasama, kebersihan Kemahiran bernilai tambah a. Kemahiran berfikir : Menghubungkait b. Kemahiran belajar : Perbincangan, aktiviti berkumpulan, mendengar aktif, membaca luncur dan simulasi. c. Kecerdasan pelbagai : Verbal linguistik, visual, interpersonal, kinestetik, intrapersonal. Strategi dan pendekatan Konstruktivisme, kontekstual Pengetahuan sedia ada a. Murid pernah melihat pencemaran air. b. Murid mengetahui beberapa kesan negatif pencemaran air. BSPP a. Teks petikan b. Paparan Video dan Powerpoint (Laptop dan Speaker) c. 2 botol mineral d. Lembaran kerja (individu dan kumpulan) e. Kad-kad soalan Konsep 5P a. Penggabungjalinan :Kemahiran membaca, menulis, mendengar. b. Penyerapan : Ilmu Sains dan Kajian Tempatan c. Pemulihan : Lembaran kerja pemulihan
  • 12. HBML2103 12 d. Pengayaan : Tugasan susulan – membina ayat e. Penilaian : Pemahaman murid terhadap penanda wacana Langkah/ Masa Isi pelajaran Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Catatan Set induksi 5 minit 1.Paparan video tentang „air‟. 2.Aktiviti simulasi 1.Murid menonton video tentang air dari aspek kepentingan, punca pencemaran dan penyakit- penyakit. 2.Sesi soal jawab . 3.Guru membuat simulasi – 2 murid melakonkan meminum air bersih dan air tercemar. (Menguji pengetahuan sedia ada murid) KB : Menghubungkait BCB : Aktivtiti simulasi, soal jawab KP : Visual, verbal linguitik, interpersonal BSPP :2 botol mineral, paparan video. Langkah 1 5 minit 1.Petikan bertajuk „Pencemaran Air‟ 1.Murid membaca dan memahami teks terlebih dahulu. 2.Murid membaca teks dengan intonasi dan sebutan yang betul. KB : Menghubungkait BCB : Kemahiran membaca KP : Verbal linguitik, interpersonal BSPP : Teks petikan Langkah 2 10 minit 1.Soal jawab berdasarkan petikan. 1.Guru memberikan kad-kad soalan kepada setiap kumpuan. 2.Soalan untuk kumpulan 1 : a. Mengapakah air sangat penting untuk manusia ? b. Apa yang perlu kita lakukan untuk menjaga kesihatan badan ? 3.Soalan untuk kempulan 3 : a. Nyataka contoh-contoh penyakit yang disebabkan oleh pencemaran air. b. Nyatakan punca-punca berlakunya pencemaran air. KB : Menghubungkait BCB : Memproses maklumat, bacaan luncur KP : Interpersonal, Verbal linguitik, BSPP :Teks petikan, kad-kad soalan. Langkah 3 10 minit 1.Penanda wacana 1.Guru menggunakan Power Point untuk menunjukkan contoh-contoh penanda wacana. 2.Beberapa orang murid dipilih daripada setiap kumpulan untuk membina ayat berdasarkan penanda wacana tersebut. 3.Guru menerangkan definisi KB : Menghubungkait BCB : Perbincangan KP : Verbal linguitik, BSPP : Powerpoint, teks petikan
  • 13. HBML2103 13 atau cara penggunaan penanda wacana. 4.Guru memberikan pelbagai contoh penanda wacana. Langkah 4 5 minit 1.Mengesan penanda wacana di dalam teks petikan. 1.Murid mencari penanda wacana yang terdapat di dalam teks petikan. 2.Contoh penanda wacana yang terdapat dalam teks : a. Oleh itu b. Namun c. Seterusnya d. Oleh sebab itu e. Walaubagaimanapun f. Selain itu KB : Menghubungkait, BCB : Bacaan luncur, memproses maklumat, menganalisis KP : Verbal linguitik, BSPP : Teks petikan Langkah 5 20 minit 1.Aktiviti melengkapkan ayat dengan penanda wacana. 1.Lembaran kerja (Berskala 9 x A4) diberikan untuk setiap kumpulan. 2.Aktiviti perbincangan : Murid akan melengkapkan ayat tersebut berdasarkan kad jawapan yang diberikan. 3.Murid lemah diberi latihan pemulihan seperti menyalin semula ayat dan mengisi tempat kosong dengan huruf yang tepat. KB : Menghubungkait, BCB : Bacaan luncur, memproses maklumat, menganalisis KP : Verbal linguitik, BSPP : Lembaran kerja beserta kad jawapan. Penutup 5 minit 1.Guru merumuskan isi pelajaran tentang : a. Topik petikan b. Penanda wacana 2.Memberikan kerja rumah sebagai aktiviti pengayaan dan pemulihan. 1. Guru membuat rumusan terhadap isi pelajaran. 2. Sesi soal jawab. 3. Kerja rumah : “Berdasarkan 6 penanda wacana yang telah anda perolehi melalui petikan, bina ayat yang sesuai”. KP : Menghubungkait KP : Verbal linguistik Rumusan Terhadap Rancangan Pengajaran Harian Strategi Pengajaran Strategi pengajaran yang telah diaplikasikan oleh guru ialah strategi pemusatan guru, murid dan bahan.Pemusatan guru dilaksanakan semasa sesi penerangan rumus atau peraturan tatabahasa tentang aspek kata terbitan.Selain itu, pemusatan guru adalah perlu untuk bertujuan mengawal kelas dan disiplin murid.Dalam strategi pemusatan murid pula, mereka terlibat dengan pelbagai aktiviti pembelajaran secara berkumpulan.Sebagai contoh aktiviti
  • 14. HBML2103 14 mencari penanda wacana dalam teks. Aktiviti ini memerlukan komunikasi dalam kalangan murid. Penggunaan bahan bantu pengajaran sudah membuktikan bahawa guru ini menggunakan strategi pemusatan bahan. Pelbagai bahan yang digunakan untuk mengukuhkan pemahaman murid sama ada bahan maujud, bercetak dan digital.
  • 15. HBML2103 15 5.0 KESIMPULAN Dalam usaha mempertingkatkan dan memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu di peringkat global, pihak sekolah terlebih dahulu memainkan peranan penting dalam menyahut cabaran ini.Oleh itu, guru merupakan pemangkin utama dalam melonjakkan Bahasa Melayu di persada antarabangsa.Aspek tatabahasa itu merupakan tonggak ke arah pembinaan dan penggunaan bahasa yang standard. Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan kata, susunan frasa atau ayat. Kesalahan tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni. Maka, guru wajarlah memperkasakan diri dengan kemahiran bahasa bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu setiap hari. Secara amnya, proses pengajaran aspek tatabahasa Bahasa Melayu adalah satu proses yang berterusan, sama ada ia disampaikan atau diajarkan baik secara langsung mahupun secara tidak langsung dan perlu mengikut prinsip-prinsip pengajarannya agar apa yang disampaikan oleh guru itu dapat diterima oleh murid dengan lebih berkesan lagi. Murid bukan sahaja dapat memahami malah dapat mengaplikasikan aspek tatabahasa ini dengan baik sama ada dalam pertuturan secara lisan mahupun secara bertulis. Perancangan lebih awal oleh guru adalah penting agar guru dapat memikirkan langkah-langkah pengajaran dan pembelajaran yang berkesan serta menarik melalui Rancangan Pengajaran Harian. Walaupun setiap proses pengajaran itu akan berhadapan dengan masalah terutamanya berkaitan dengan murid, namun sebagai seorang pendidik, guru perlu lebih kreatif dan terbuka dalam mengajar murid aspek tatabahasa ini agar dapat mencapai objektif. Guru juga perlu memikirkan langkah-langkah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh murid dengan memikirkan cara yang sesuai agar murid sekurang-kurangnya dapat memahami konsep sesuatu elemen tatabahasa itu. (3,254 patah perkataan)
  • 16. HBML2103 16 6.0 BIBLIOGRAFI Aidah Zaraman (2012). Prinsip, Teknik, Kaedah dan Masalah Pengajaran dan Pembelajaran Tatabahasa.http://aidahzaraman.blogspot.com/2013/05/prinsip-teknikkaedah-dan- masalah.html. Dilayari pada 6 Julai 2015. Aziah Mohamed (2012). Konsep Tatabahasa. http://gen2bhs4533.blogspot.com/p/blog-page_13.html. Dilayari pada 6 Julai 2015. Fairullizam (2011). Pengajaran Tatabahasa Dalam Konteks. http://anthonydouglasd046622q03-forsharing.blogspot.com/2011/11/pengajaran-tatabahasa- dalam-konteks.html. Dilayari pada 6 Julai 2015. Nik Safiah Karim, Farid M Onn, Hashim Hj. Musa,Abdul Hamid Mahmood (2013), Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Sazali Mohd. Bee (2012). Definisi Tatabahasa. http://sazalippgbm2011.blogspot.com/p/definisi-tatabahasa.html Dilayari pada 6 Julai 2015. Yew Wen Nee (2012). Sistem Tatabahasa Bahasa Melayu. http://wenneeyew.blogspot.com/2012/10/sistem-tatabahasa-bahasa melayu.html#.UeNESmLiM24.Dilayari pada 31 Jun 2013.