SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 14
Cuba-cuba
Resepi
Daripada
Ada Resepi
Jom Kongsi
MENU ORANG DALAM PANTANG
Ikan Kukus
bahan2nya :
ikan tenggiri
kunyit
halia muda
lada hitam
garam
bawang merah
bawang putih
sayur campur (carrot, sawi, brokoli)
cara2nya :
kunyit, halia, lada hitam dan garam tumbuk dan dilomor/gaul pada ikan..
masukkan ikan dalam pinggan,
susun/tabur carrot, halia muda, bawang putih, bawang merah (yang dihiris)
sebelah/keliling ikan tadi..
kukus sampai ikan masak...
sampai carrot lembut...
tambahkan sayur2 hijau atas ikan tadi..
dan kukus sekejap...
kukus sampai sayur layu (tapi still ranggup)...
QUICK PIZZA
Bahan2:
6 keping roti
6 batang sosej (potong kecil-kecil/ikut suka -
satu untuk setiap keping)
1 biji bawang besar cicang halus (in cubes)
cheese (ikut suka banyak - disagat halus)
mayonese secukupnya (topping)
sos tomato/cili (toping)
Cara:
1. Sapu roti dengan sedikit mayonese
2. Campur sosej dan bawang (dah
dipotong/cincang) dan tabur atas roti
3. Taburkan cheese di atasnya dan letakkan sos
tomato/cili serta mayonese
4. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana
selama 5 mins
krim puff
Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur
Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula
Cara-cara
Cara-cara untuk puff
Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan
tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk
bintang
Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven
hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung
Cara-cara untuk inti
Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair
dan gula.Kacau hingga naik wap
Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan
sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff
Resepi Dorayaki
Bahan-bahan:
100gm tepung kek atau tepung gandum
½ sudu teh baking soda
60gram gula halus
2 sudu madu2 biji telur
½ sudu minyak masak
½ sudu teh esen vanilla
Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak
Inti:
kacang merah yg manis/ kaya
Cara Penyediaan:
Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang.
Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra.
Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur.
Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan
terlalu pekat).
Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api
kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm.
Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk
masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai
habis (20 keping).
Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn
satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan
kacang merah / kaya.
Sedia untuk dihidangkan
SEKARANG MUSIM DURIAN DAH BOLEH BUAT TEMPOYAK
Gulai Tempoyak Pucuk Ubi
BAHAN-BAHAN :
1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja
5 helai daun kunyit
4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja
4 atau 5 batang serai
5 papan petai - ambil buah petai saja
1-2 genggam ikan bilis - bersihkan
3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya
pati santan secukupnya
garam secukupnya
BAHAN DITUMBUK LUMAT :
10 biji cili hidup - boleh tambah
1 inci kunyit hidup
* Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah
asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa .
CARA MASAK :
- pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di
bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak
cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu..
- Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali
serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan
semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk .
Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau
lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur
dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .
RESEPI RINGKAS SESUAI UNTUK SAHUR
Ikan Tenggiri Masak Cuka
Bahan-bahannya:
4 potong ikan tenggiri-dibersihkan
1 sudu makan cuka
1 biji timun-buang biji & potong memanjang
1 biji cili hijau-belah 2
1 biji cili merah-belah 2
3 biji bawang merah-hiris
2 ulas bawang putuh-hiris
1 sm halia-hiris
1 sudu kecil halba campur
Air-secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
Minyak-menumis
Caranya:
Lumur ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing-ketepikan.
Dengan sedikit minyak tumis semua bahan yang di hiris dan halba campur
hingga wangi.
Masukkan air dan cuka makan.Biar hingga mendidih.
Masukkan ikan,timun,cili merah/hijau dan perasakan dengan garam dan gula.
Bila sudah masak bolehlah di angkat dan hidangan.
Ikan Masak Taucu
Bahan-bahan:
2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh guna seperti kembung, bawal dll)
2 sudu besar atau secukupnya taucu
Air asam jawa secukupnya
1 batang karot ~ potong kecil
1 batang timun ~ potong kecil
1/2 biji lada benggala ~ potong kecil
Serbuk kunyit
Garam dan gula
Air
Minyak.
Bahan hiris/mayam:
3 ulas bawang putih
2 biji bawang besar(boleh kurangkan)
1/2 inci halia
5 biji atau lebih cili api.
Cara penyediaan:
1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan
ketepikan.
2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi.
3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula(jika tidak masin bolehlah tambah
garam/taucu). Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya.
Kuah bergantung pada citarasa.
4. Masukkan carrot, lada benggala dan timun, kacau rata.
5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.
KACANG POTONG
BAHAN:
600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak
100grm bijan- digoreng tanpa minyak
600grm gula pasir
2 sudu besar majerin
CARA:
masak gula hingga semuanya hancur.
masukkan majerin
bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata
canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing-
masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi
bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong,
pastikan pisau anda tajam.
agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena
bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.
TALAM SUJI
KUIH TALAM SUJI
Lapisan Bawah:
140 gm tepung suji
20 gm tepung gandum
2 biji telur
120 gm gula pasir
700 ml santan cair
1/2 tsp garam
Pewarna kuning lemon
Caranya:
1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati
dan kacaukan adunan di atas api sederhana hingga separuh
masak.
2. Masukkan di dalam loyang 10"x10" yang telah disapu sedikit
minyak dan kukus selama 20 minit atau hingga masak.
Lapisan Atas:
2 biji telur
700 ml santan pekat
1 tsp esen vanilla (optional)
1/2 tsp garam
150 gm tepung gandum
60 gm gula pasir
200 gm gula melaka
1 tsp coklat emulco (optional)
Caranya:
1. Cincang halus gula melaka.
2. Satukan semua bahan dan masak hingga naik wap.
Tuangkan ke atas lapisan suji tadi dan kukus lagi selama 30
minit atau sehingga masak.
TALAM KACANG MERAH
Bahan-bahan
Lapisan Bawah - Kacang Merah
1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit]
225 g tepung beras
50 g tepung kanji
150 g gula
700 ml santan cair + sikit garam
pewarna merah
Lapisan Atas - Santan
1 cawan tepung beras
3 cawan santan pekat + garam sikit
Cara Memasak
Lapisan Bawah
1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau
rata. Tapiskan
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga
masak dalam 30 minit.
Lapisan Atas
1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan
ni diatas api yg perlahan.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn
garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang
merah tad.
3. Kukus lagi selama 25 minit.
4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
TALAM JAGUNG
Bahan A
(Lapisan bawah-Jagung)
-1 cawan krim jagung dalam tin (Saya guna Ayam Brand)
-1 cawan tepung beras
-3 sudu makan tepung kastard
-3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)-saya guna santan kotak,
bancuh ngan air
-1/2 cawan gula pasir
Bahan B
Lapisan Atas-Tepung Beras)
-1 cawan tepung beras
-3 cawan santan pekat
-1 sudu teh garam
Cara-cara
1. Gaulkan semua bahan A dan kacau di dalam kuali tidak
lekat di atas api sebentar hingga sedikit pekat.
2.Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit
minyak masak
3. kukuskan selama 30 minit/sehingga masak
4. Campurkan semua bahan B untuk bahagian atas
5. cakarkan bahagian A yang telah masak dikukus tadi (ini
untuk memastikan lapisan A dan lapisan B melekat dengan
baik), tuangkan Bahan B yang telah dibancuh
6. kukus lagi selama 20 minit
7. Tunggu sejuk sebelum boleh dipotong dan dihidangkan
*Santan serbuk/paket kurang sesuai digunakan sebab
kurang lemak
Mesti potong bila dah sejuk kalau tak memang tak cantik,
hari tu buat tak sabar nak rasa, cepat-cepat potong pastu tak
cantik la potongnya sebab talam tak betul-betul keras lagi
Puding Roti Kukus
Bahan-bahan
4 keping roti – dipotong kecil-kecil
1 tin susu cair (375 mL)
2 biji telur
4 sudu besar gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu besar butter
Sedikit kismis
Cara-cara
Masukkan telur, gula dan esen vanilla di
dalam bekas dan kacau hingga sekata.
Masukkan susu cair dan kacau adunan
hingga sekata.
Sapu butter pada roti dan susun dalam
loyang.
Tuang adunan ke atas susunan roti dan
tabur kismis.
Kukus dengan api yang sederhana selama
20-25 minit.
Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti
sejuk sebelum dihidangkan.
Lompat Tikam
Bahan-bahan (2-3 bekas)
* Lapisan hijau
8 sudu besar tepung beras
650 mL air
3 sudu besar air pandan
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur
* Lapisan putih
3 sudu besar tepung beras
600 g santan pekat
1/2 sudu kecil garam
* Air gula melaka
2 keping gula melaka
250 mL air
1 helai daun pandan – disimpul
Cara-cara
Campur bahan-bahan lapisan hijau di
dalam periuk, kacau rata dan masak
sehingga pekat dan berkilat. Matikan api
dan tuang adunan ke dalam bekas.
Masak lapisan putih pula sehingga pekat
dan tuang ke atas lapisan hijau tadi.
Sejukkan pada suhu bilik.
Masak gula melaka sehingga sekata dan
tuang di atas lapisan putih. Siap untuk
dimakan

Mais conteúdo relacionado

Mais de Aisah Ibrahim (20)

Sahabat
SahabatSahabat
Sahabat
 
Carta hem 2014
Carta hem 2014Carta hem 2014
Carta hem 2014
 
Kelasa baru
Kelasa baruKelasa baru
Kelasa baru
 
Kelasa baru
Kelasa baruKelasa baru
Kelasa baru
 
Abc pensel
Abc penselAbc pensel
Abc pensel
 
Abc pensel
Abc penselAbc pensel
Abc pensel
 
Kad bacaan
Kad bacaanKad bacaan
Kad bacaan
 
Gc4 1
Gc4 1Gc4 1
Gc4 1
 
Ain maisarah
Ain maisarahAin maisarah
Ain maisarah
 
Gc9 1
Gc9 1Gc9 1
Gc9 1
 
Gc26 1
Gc26 1Gc26 1
Gc26 1
 
Gc26
Gc26Gc26
Gc26
 
Sukan sekolah kebangsaan taman johor jaya 2
Sukan sekolah kebangsaan taman johor jaya 2Sukan sekolah kebangsaan taman johor jaya 2
Sukan sekolah kebangsaan taman johor jaya 2
 
Sukan sktjj2
Sukan sktjj2Sukan sktjj2
Sukan sktjj2
 
Sakit
SakitSakit
Sakit
 
Sakit
SakitSakit
Sakit
 
Penjodoh bilangan
Penjodoh bilanganPenjodoh bilangan
Penjodoh bilangan
 
Perdana menteri
Perdana menteriPerdana menteri
Perdana menteri
 
Nama malaikat
Nama malaikatNama malaikat
Nama malaikat
 
Nama rasul
Nama rasulNama rasul
Nama rasul
 

Jom kongsi resepi

  • 2. MENU ORANG DALAM PANTANG Ikan Kukus bahan2nya : ikan tenggiri kunyit halia muda lada hitam garam bawang merah bawang putih sayur campur (carrot, sawi, brokoli) cara2nya : kunyit, halia, lada hitam dan garam tumbuk dan dilomor/gaul pada ikan.. masukkan ikan dalam pinggan, susun/tabur carrot, halia muda, bawang putih, bawang merah (yang dihiris) sebelah/keliling ikan tadi.. kukus sampai ikan masak... sampai carrot lembut... tambahkan sayur2 hijau atas ikan tadi.. dan kukus sekejap... kukus sampai sayur layu (tapi still ranggup)...
  • 3. QUICK PIZZA Bahan2: 6 keping roti 6 batang sosej (potong kecil-kecil/ikut suka - satu untuk setiap keping) 1 biji bawang besar cicang halus (in cubes) cheese (ikut suka banyak - disagat halus) mayonese secukupnya (topping) sos tomato/cili (toping) Cara: 1. Sapu roti dengan sedikit mayonese 2. Campur sosej dan bawang (dah dipotong/cincang) dan tabur atas roti 3. Taburkan cheese di atasnya dan letakkan sos tomato/cili serta mayonese 4. Bakar dalam oven dengan suhu sederhana selama 5 mins
  • 4. krim puff Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff ) 125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder 100 gm butter 250 ml air 1/2 sudu teh gula 3 biji telur Bahan-bahan untuk inti jagung 1 cawan air 1/2 cawan susu cair 1 cawan jagung dalam tin 1/2 cawan tepung kastad 5 sudu besar gula Cara-cara Cara-cara untuk puff Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung Cara-cara untuk inti Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff
  • 5. Resepi Dorayaki Bahan-bahan: 100gm tepung kek atau tepung gandum ½ sudu teh baking soda 60gram gula halus 2 sudu madu2 biji telur ½ sudu minyak masak ½ sudu teh esen vanilla Sedikit marjerin/ mentega / minyak masak Inti: kacang merah yg manis/ kaya Cara Penyediaan: Masukkan telur dan gula dalam mangkuk besar, pukul sehingga kembang. Masukkan madu, minyak dan esen vanilla. Kacau hingga mesra. Ayak tepung bersama baking soda dan masukkan ke dalam campuran telur. Kacau adunan secara kaup balik (tambah sedikit susu cair jika adunan terlalu pekat). Panaskan marjerin/ mentega / minyak masak atas kuali leper dengan api kecil.Tuang suku cawan adunan, buat bulatan berdiameter 10cm. Masakkan bahagaian bawah sehingga berwarna perang, balikkan untuk masak sebelah atas pula sehingga adunan nampak masak. Ulang sampai habis (20 keping). Letak 1 sudu besar kacang merah / kaya ditengah sekeping kuih, tutup dgn satu keping kuih. Tekan dengan tangan pelahan-lahan untuk meratakan kacang merah / kaya. Sedia untuk dihidangkan
  • 6. SEKARANG MUSIM DURIAN DAH BOLEH BUAT TEMPOYAK Gulai Tempoyak Pucuk Ubi BAHAN-BAHAN : 1 pucuk ubi - ambil pucuk yang muda saja 5 helai daun kunyit 4 atau 5 helai pucuk kaduk - yg pucuk muda saja 4 atau 5 batang serai 5 papan petai - ambil buah petai saja 1-2 genggam ikan bilis - bersihkan 3-4 sudu besar tempoyak atau secukupnya pati santan secukupnya garam secukupnya BAHAN DITUMBUK LUMAT : 10 biji cili hidup - boleh tambah 1 inci kunyit hidup * Tambah atau kurangkan bahan ikut selera sendiri , saya tak tambah asam keping atau pun gula sebab tempoyak ni dah cukup semua rasa . CARA MASAK : - pilih pucuk ubi sahaja , daun kunyit , pucuk kaduk , serai dan di bersihkan semuanya kemudian dihiris halus-halus supaya bila dimasak cepat empuk terutama serai . Ketepikan dulu.. - Masukkan santan dengan bahan ditumbuk , ikan bilis ke dalam kuali serta dikacau rata dan masak santan ni sampai mendidih . Masukkan semua pucuk ulam dan dikacau dan dibiarkan masak sehingga empuk . Masukkan tempoyak secukupnya bersama garam secukup rasa . Kacau lagi sehingga sambal mendidih dan masak . Boleh la ditutup api dapur dan biarkan sambal sejuk dahulu sebelum dihidangkan .
  • 7. RESEPI RINGKAS SESUAI UNTUK SAHUR Ikan Tenggiri Masak Cuka Bahan-bahannya: 4 potong ikan tenggiri-dibersihkan 1 sudu makan cuka 1 biji timun-buang biji & potong memanjang 1 biji cili hijau-belah 2 1 biji cili merah-belah 2 3 biji bawang merah-hiris 2 ulas bawang putuh-hiris 1 sm halia-hiris 1 sudu kecil halba campur Air-secukupnya Garam dan gula secukup rasa Minyak-menumis Caranya: Lumur ikan dengan garam kunyit dan goreng hingga garing-ketepikan. Dengan sedikit minyak tumis semua bahan yang di hiris dan halba campur hingga wangi. Masukkan air dan cuka makan.Biar hingga mendidih. Masukkan ikan,timun,cili merah/hijau dan perasakan dengan garam dan gula. Bila sudah masak bolehlah di angkat dan hidangan.
  • 8. Ikan Masak Taucu Bahan-bahan: 2 keping ikan tenggiri (ikan lain pun boleh guna seperti kembung, bawal dll) 2 sudu besar atau secukupnya taucu Air asam jawa secukupnya 1 batang karot ~ potong kecil 1 batang timun ~ potong kecil 1/2 biji lada benggala ~ potong kecil Serbuk kunyit Garam dan gula Air Minyak. Bahan hiris/mayam: 3 ulas bawang putih 2 biji bawang besar(boleh kurangkan) 1/2 inci halia 5 biji atau lebih cili api. Cara penyediaan: 1. Bersihkan ikan, gaul dengan garam dan kunyit. Goreng sehingga garing dan ketepikan. 2. Panaskan minyak, tumis bawang putih, merah, halia dan cili api sehingga wangi. 3. Masukkan taucu, air asam jawa dan gula(jika tidak masin bolehlah tambah garam/taucu). Biarkan mendidih dan rasakan masin, masam dan manis secukupnya. Kuah bergantung pada citarasa. 4. Masukkan carrot, lada benggala dan timun, kacau rata. 5. Biarkan pekat sikit dan boleh tuangkan atas ikan tadi.
  • 9. KACANG POTONG BAHAN: 600grm kacang tanah - digoreng tanpa minyak 100grm bijan- digoreng tanpa minyak 600grm gula pasir 2 sudu besar majerin CARA: masak gula hingga semuanya hancur. masukkan majerin bila majerin dah larut dalam gula, masukkan kacang dan bijan, gaul rata canai adunan yang dah rata tadi setebal 0.5cm -1 macam, ikut cita rasa masing- masing, jangan terlalu tebal nanti masa nak makan boleh sakit gigi bila dah canai, cepat-cepat potong.nanti adunan keras dah susah nak potong, pastikan pisau anda tajam. agak mencabar kerana kita kena bertindak pantas, cabarannya ialah kena bertindak semasa adunan panas dan adunan cepat sangat keras/membeku.
  • 10. TALAM SUJI KUIH TALAM SUJI Lapisan Bawah: 140 gm tepung suji 20 gm tepung gandum 2 biji telur 120 gm gula pasir 700 ml santan cair 1/2 tsp garam Pewarna kuning lemon Caranya: 1. Campurkan semua bahan dalam periuk, kacau hingga sebati dan kacaukan adunan di atas api sederhana hingga separuh masak. 2. Masukkan di dalam loyang 10"x10" yang telah disapu sedikit minyak dan kukus selama 20 minit atau hingga masak. Lapisan Atas: 2 biji telur 700 ml santan pekat 1 tsp esen vanilla (optional) 1/2 tsp garam 150 gm tepung gandum 60 gm gula pasir 200 gm gula melaka 1 tsp coklat emulco (optional) Caranya: 1. Cincang halus gula melaka. 2. Satukan semua bahan dan masak hingga naik wap. Tuangkan ke atas lapisan suji tadi dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.
  • 11. TALAM KACANG MERAH Bahan-bahan Lapisan Bawah - Kacang Merah 1 tin kacang merah [425 gm][mesin halus sikit] 225 g tepung beras 50 g tepung kanji 150 g gula 700 ml santan cair + sikit garam pewarna merah Lapisan Atas - Santan 1 cawan tepung beras 3 cawan santan pekat + garam sikit Cara Memasak Lapisan Bawah 1. Panaskan kukusan dan sapukan minyak pada loyang. 2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapiskan 3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata. 4. Masukkan adunan kedalam loyang dan kukuskan sehingga masak dalam 30 minit. Lapisan Atas 1. Gaulkan semua bahan dan tapiskan. Masakkan sikit adunan ni diatas api yg perlahan. 2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sikit dgn garfu dan tuangkan adunan santan atas permukaan kacang merah tad. 3. Kukus lagi selama 25 minit. 4. Sejukkan betui2 sebelum potong dan hidangkan.
  • 12. TALAM JAGUNG Bahan A (Lapisan bawah-Jagung) -1 cawan krim jagung dalam tin (Saya guna Ayam Brand) -1 cawan tepung beras -3 sudu makan tepung kastard -3 cawan santan cair (1/2 biji kelapa)-saya guna santan kotak, bancuh ngan air -1/2 cawan gula pasir Bahan B Lapisan Atas-Tepung Beras) -1 cawan tepung beras -3 cawan santan pekat -1 sudu teh garam Cara-cara 1. Gaulkan semua bahan A dan kacau di dalam kuali tidak lekat di atas api sebentar hingga sedikit pekat. 2.Masukkan ke dalam loyang yang sudah disapukan sedikit minyak masak 3. kukuskan selama 30 minit/sehingga masak 4. Campurkan semua bahan B untuk bahagian atas 5. cakarkan bahagian A yang telah masak dikukus tadi (ini untuk memastikan lapisan A dan lapisan B melekat dengan baik), tuangkan Bahan B yang telah dibancuh 6. kukus lagi selama 20 minit 7. Tunggu sejuk sebelum boleh dipotong dan dihidangkan *Santan serbuk/paket kurang sesuai digunakan sebab kurang lemak Mesti potong bila dah sejuk kalau tak memang tak cantik, hari tu buat tak sabar nak rasa, cepat-cepat potong pastu tak cantik la potongnya sebab talam tak betul-betul keras lagi
  • 13. Puding Roti Kukus Bahan-bahan 4 keping roti – dipotong kecil-kecil 1 tin susu cair (375 mL) 2 biji telur 4 sudu besar gula 1 sudu kecil esen vanilla 1 sudu besar butter Sedikit kismis Cara-cara Masukkan telur, gula dan esen vanilla di dalam bekas dan kacau hingga sekata. Masukkan susu cair dan kacau adunan hingga sekata. Sapu butter pada roti dan susun dalam loyang. Tuang adunan ke atas susunan roti dan tabur kismis. Kukus dengan api yang sederhana selama 20-25 minit. Selepas dikukus, sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.
  • 14. Lompat Tikam Bahan-bahan (2-3 bekas) * Lapisan hijau 8 sudu besar tepung beras 650 mL air 3 sudu besar air pandan 1/2 sudu kecil pewarna hijau 1/2 sudu kecil garam 1 sudu kecil air kapur * Lapisan putih 3 sudu besar tepung beras 600 g santan pekat 1/2 sudu kecil garam * Air gula melaka 2 keping gula melaka 250 mL air 1 helai daun pandan – disimpul Cara-cara Campur bahan-bahan lapisan hijau di dalam periuk, kacau rata dan masak sehingga pekat dan berkilat. Matikan api dan tuang adunan ke dalam bekas. Masak lapisan putih pula sehingga pekat dan tuang ke atas lapisan hijau tadi. Sejukkan pada suhu bilik. Masak gula melaka sehingga sekata dan tuang di atas lapisan putih. Siap untuk dimakan