SlideShare a Scribd company logo
1 of 18
AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR 
TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan 
tangan dengan betul. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas dan memberikan pelajar gambaran sebenar 
kerja mengegas. 
1.0 Pengenalan kepada kikir 
Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir 
dibuat dengan cara menghentakan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap 
terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan 
kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, 
menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses 
memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir. 
1.0.1 Pengelasan kikir 
Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. 
Panjang 
Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (Rajah 1). Panjang kikir ialah 
antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm 
Rajah 1 kikir 
Bentuk 
Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat 
dan separuh bulat
Jenis Potongan Gigi 
Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: 
(a) Gigi selari 
(b) Gigi bersilang 
(c) Gigi lengkung 
(d) Gigi parut
(Rajah 2) 
(a) Gigi selari 
Gigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir (rajah 2(a)). Kikir 
jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. 
(b) Gigi bersilang 
Gigi junam dipotong pada sudut 45º manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70º hingga 80º 
(rajah 2(b)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam 
dapat dibuang dengan cepat. 
(c) Gigi lengkung 
Kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium dan 
kuprum (tembaga), kerana kerak-kerak ahan tersebut tidak mudah melekat pada gigi kikir (rajah 
2(c)). 
(d) Gigi parut 
Kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. 
Bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut. 
Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah (rajah 2(d)).
1.0.2 Jenis Kikir 
Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin, 
pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir-kikir yang berikut biasanya 
digunakan dalam bengkel kejuteraan: 
1. Kikir pipih tirus 
2. Kikir pipih kasar 
3. Kikir belah rotan 
4. Kikir bulat 
5. Kikir segiempat sama 
6. Kikir segitiga 
7. Kikir pipih nipis 
8. Kikir bentuk pisau 
1. Kikir Pipih Tirus 
Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibakan berbagai-bagai jenis kerja yang 
berlainan.Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada 
satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua 
belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya 
ke hujung bentuk tirus (Rajah 3). 
Rajah 3 kikir pipih tirus 
2. Kikir Pipih Kasar 
Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir 
tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. (Tepi selamat digunakan semasa
mengikir tepi penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat 
halus (Rajah 4). 
Rajah 4 kikir pipih kasar. 
3. Kikir Belah Rotan 
Kikir belah rotan digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada 
permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk 
silang (Rajah 5). Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus 
Rajah 5 kikir belah rotan 
4. Kikir Bulat 
Kikir bulat kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan 
lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar 
hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang (Rajah 6) 
Rajah 6 kikir bulat 
5. Kikir Segiempat Sama 
Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama 
secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk 
segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan 
kepada kasar hingga sangat halus (Rajah 7)
Rajah 7 kikir segiempat sama 
6. Kikir Segitiga 
Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk 
membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga 
sangat halus (Rajah 8) 
Rajah 8 kikir segitiga 
7. Kikir Pipih Nipis 
Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah 
pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir 
jenis ini Cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150 mm dan 200 mm. 
Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 9)
Rajah 9 kikir pipih nipis. 
8. Kikir Bentuk Pisau 
Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat 
pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15º. Grednya daripada kasar 
hingga sangat halus (Rajah 10). 
Rajah 10 kikir bentuk pisau 
2.0 Gaya Mengikir 
Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir 
dengan tepat tetapi juga boleh memasang benda kerja dengan menggunakan alat tangan. 
Semasa mengikir, pekara-pekara yang berikut perlu diberi perhatian: 
1. Gaya mengikir yang betul adalah penting apabila mengikir. Semasa berdiri,kaki mestilah 
renggang. Kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50 cm ke 
belakang (gambar foto 11) 
2. Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. 
Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter (1 meter)
Rajah 11 Gaya mengikir yang betul 
3. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan seperti dalam 
gambar foto 11. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan. 
Lepaskan tekanan jika tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir 
dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan 
tekanan semasa menarik ke belakang. 
4. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja. 
Cara Dan Gaya Memegang Kikir 
Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada 
mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu. Rajah 12 menunjukkan empat 
cara dan gaya memegang kikir. 
(a) Mengikir biasa-untuk kerja-kerja am (biasa). 
(b) Mengikir berat-untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja. 
(c) Mengikir rata-untuk mengikir rata 
a) Mengikir biasa
b) Mengikir berat 
c) Mengikir rata 
Rajah 12 cara dan gaya memegang kikir
Mengikir Melinntang 
Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang 
dikikir itu rata atau tidak. Rajah 13 menunjukkan dua cara mengikir melintang 
Rajah 13 cara mengikir melintang 
Mengikir Rata 
Semasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan 
cara ini benda kerja akan dapat dikikir dengan rata (Rajah14)
Rajah 14 cara mengikir rata 
Mengikir Tarik 
Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan 
kedudukan kedua-dua tangan stabil (Rajah 15). Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda 
kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang 
nipis.
(Rajah 15) 
Mengikir Penjuru Bulat 
Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.6. 
Mula-mula kikir kasar melintang (Rajah 16(a)) dan kemudian kikir bahagian penjuru yang bulat 
pula (Rajah 16(b)).
Rajah 16 Mengikir penjuru bulat 
Mengikir Permukaan Melengkung 
Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan 
dengan kikir belah rotan (Rajah 17).
Rajah 17 mengikir permukaan melengkung 
Menguji Kerataan Permukaan 
Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-bahagian yang tinggal dan 
rendah boleh dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun 
sesiku L (Rajah 18). 
Rajah18 menguji keratin permukaan. Cara ini juga digunakan untuk menguji permukaan 
bersudut tepat 
Menguji Permukaan Bersudut Tepat 
Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak, boleh juga menggunakan 
sesiku L seperti yang ditunjukkan dalam rajah 18. Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah 
satu pekara yang mudah. Pelatih harus berhati-hati supaya tidak mengikir terlalu rendah 
sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa 
direndahkan ke paras yang sama 
3.0 Penjagaan kikir 
kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping 
membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama. Berikut ini digariskan beberapa panduan untuk 
menjaga kikir.
1. Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. 
Terdapat dua jenis hulu. Iaitu hulu biasa (Rajah 19(a)) dan hulu khas (Rajah 19 (b)). Hulu khas 
digunakan apabila hendak mengikir permukaan yang lebar. 
Rajah19 hulu kikir 
2. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada 
kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan 
dengan menggunakan. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan 
kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunaka 
berus kikir (Rajah 20) ataupun kertas kikir
Rajah 20 Berus kikir 
3. Selepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. 
Letakan kikir pad rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun berasingan. Perhatikan gigi kikir 
yang masih tajam (rajah 21(a)) dan gigi kikir yang telah rosak (Rajah 21(b)). 
4. Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir. 
5. Gunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan yang tertentu.kikir yang lebih halus 
digunakan untuk bahan yang lebih keras. 
6. Elakan kikir daripada terkena air atau minyak. Jika terkena air ia akan mudah berkarat dan jika 
terkena minyak ia mudah tergelincir semasa mengikir.
(Rajah 21) 
SOALAN : 
1. Berikan lima (5) jenis kikir yang biasa terdapat di bengkel kejuruteraa 
2. Terangkan secara ringkas fungsi kikir bulat. 
3. Berikan empat(4) jenis potongan gigi kikir. 
4. Terangkan secara ringkas fungsi kikir belah rotan atau kikir pipih nipis? 
Rujukan: 
1. Buku rujukan teknologi bengkel mesin 
2. http://www.slideshare.net/hamdangulam/peralatan-tangan-13053881?from_search=3
Pengenalan kikir

More Related Content

What's hot

Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
ahhafizi2
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik
090080
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
Asyraf Iqbal
 
Cutting fluid
Cutting fluidCutting fluid
Cutting fluid
maslina
 
Teknologi Pembuatan- Mesin Larik
Teknologi Pembuatan- Mesin LarikTeknologi Pembuatan- Mesin Larik
Teknologi Pembuatan- Mesin Larik
Farid Fahimi
 

What's hot (20)

Gerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudiGerudi & mesin gerudi
Gerudi & mesin gerudi
 
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)Smn 1013   topik 2 peralatan tangan (1)
Smn 1013 topik 2 peralatan tangan (1)
 
Power point mesin mencanai
Power point mesin mencanaiPower point mesin mencanai
Power point mesin mencanai
 
Topik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegasTopik 8 kerja menggegas
Topik 8 kerja menggegas
 
Pengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larikPengenalan mesin larik
Pengenalan mesin larik
 
Unit6
Unit6Unit6
Unit6
 
Mesin gerudi
Mesin gerudiMesin gerudi
Mesin gerudi
 
Workshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machineWorkshop technology-milling machine
Workshop technology-milling machine
 
topik 6 menggerudi (1)
topik 6 menggerudi (1)topik 6 menggerudi (1)
topik 6 menggerudi (1)
 
Edm wire cut presentation
Edm wire cut presentationEdm wire cut presentation
Edm wire cut presentation
 
Peralatan tangan
Peralatan tanganPeralatan tangan
Peralatan tangan
 
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIKPENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
PENGENALAN KEPADA MESIN LARIK
 
Sistem Padan dan Had
Sistem Padan dan HadSistem Padan dan Had
Sistem Padan dan Had
 
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDINGPENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
PENGENALAN KEPADA MESIN GRINDING
 
Report mesin larik
Report mesin larikReport mesin larik
Report mesin larik
 
Hand tools
Hand toolsHand tools
Hand tools
 
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
ASSIGNMENT MESIN EDM WIRE CUT ( MPI 4013 )
 
Cutting fluid
Cutting fluidCutting fluid
Cutting fluid
 
Teknologi Pembuatan- Mesin Larik
Teknologi Pembuatan- Mesin LarikTeknologi Pembuatan- Mesin Larik
Teknologi Pembuatan- Mesin Larik
 
oxy-acetylene welding
oxy-acetylene weldingoxy-acetylene welding
oxy-acetylene welding
 

Similar to Pengenalan kikir

Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetakBab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
Slamet Setiyono
 
Menggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tanganMenggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tangan
nur cholis
 

Similar to Pengenalan kikir (20)

Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknikKd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
Kd 3.3 jobsheet kerja bengkel dan gambar teknik
 
Apa itu kerja bangku
Apa itu kerja bangkuApa itu kerja bangku
Apa itu kerja bangku
 
Perform chipping and chisellng.pptx
Perform chipping and chisellng.pptxPerform chipping and chisellng.pptx
Perform chipping and chisellng.pptx
 
TEKNIK MESIN PEMESINAN PROSES KERJA BANGKU
TEKNIK MESIN PEMESINAN PROSES KERJA BANGKUTEKNIK MESIN PEMESINAN PROSES KERJA BANGKU
TEKNIK MESIN PEMESINAN PROSES KERJA BANGKU
 
Cutting tool
Cutting toolCutting tool
Cutting tool
 
Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetakBab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
Bab 6 -penggunaan-peralatan-dan-perlengkapan-perbaikan-siap-cetak
 
Folio bengkel logam
Folio bengkel logamFolio bengkel logam
Folio bengkel logam
 
Pengenalan kerja bangku
Pengenalan kerja bangkuPengenalan kerja bangku
Pengenalan kerja bangku
 
Ava tooling
Ava toolingAva tooling
Ava tooling
 
Joko setyo prabowo
Joko setyo prabowoJoko setyo prabowo
Joko setyo prabowo
 
Peralatan tangan......
Peralatan tangan......Peralatan tangan......
Peralatan tangan......
 
alatan_tangan.ppt
alatan_tangan.pptalatan_tangan.ppt
alatan_tangan.ppt
 
Laporan Praktikum Pemesinan
Laporan Praktikum PemesinanLaporan Praktikum Pemesinan
Laporan Praktikum Pemesinan
 
Menggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tanganMenggunakan perkakas tangan
Menggunakan perkakas tangan
 
Peralatan kerja bangku
Peralatan kerja bangkuPeralatan kerja bangku
Peralatan kerja bangku
 
Peralatan kerja bangku untuk smk kelas 10
Peralatan kerja bangku untuk smk kelas 10Peralatan kerja bangku untuk smk kelas 10
Peralatan kerja bangku untuk smk kelas 10
 
Filing
FilingFiling
Filing
 
Alat alat kerja bangku mesin
Alat alat kerja bangku mesinAlat alat kerja bangku mesin
Alat alat kerja bangku mesin
 
Makalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelatMakalah teknik kerja bangku dan pelat
Makalah teknik kerja bangku dan pelat
 
Mesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar LubangMesin Gergaji dan Pembesar Lubang
Mesin Gergaji dan Pembesar Lubang
 

Pengenalan kikir

  • 1. AJUK : PENGENALAN KEPADA KIKIR TUJUAN : Kertas penerangan bertujuan Memberikan pengetahuan dan melatih pelajar menggunakan peralatan tangan dengan betul. Menjadikan pelajar mahir dalam kerja mengegas dan memberikan pelajar gambaran sebenar kerja mengegas. 1.0 Pengenalan kepada kikir Kikir adalah sejenis alat tangan yang diperbuat daripada keluli bermutu tinggi. Permukaan kikir dibuat dengan cara menghentakan pahat yang dikenakan pada blank yang telah disepuh lindap terlebih dahulu. Selepas gigi kikir habis dipotong, batang kikir dikeraskan pada suhu 800ºC dan kemudian dilakukan penormalan dengan larutan khas. Kegunaan kikir ialah untuk memotong, menipiskan atau melicinkan permukaan sesuatu komponen atau benda kerja. Proses memotong, menipiskan dan melicinkan ini dinamakan mengikir. 1.0.1 Pengelasan kikir Kikir berbeza dari segi panjang, bentuk, jenis potongan gigi dan kasar atau halusnya gigi. Panjang Panjang sesuatu kikir diukur dari hujung hingga ke bahunya (Rajah 1). Panjang kikir ialah antara 100 mm hingga 400 mm dengan kadar tambahan 50 mm Rajah 1 kikir Bentuk Kikir yang biasa digunakan berbentuk segiempat sama, segiempat tepat, segitiga tirus, bulat dan separuh bulat
  • 2. Jenis Potongan Gigi Terdapat empat jenis potongan gigi kikir iaitu: (a) Gigi selari (b) Gigi bersilang (c) Gigi lengkung (d) Gigi parut
  • 3. (Rajah 2) (a) Gigi selari Gigi selari dipotong condong pada sudut 65º hingga 85º pada permukaan kikir (rajah 2(a)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja penyudahan. (b) Gigi bersilang Gigi junam dipotong pada sudut 45º manakala gigi dongak dipotong pada sudut 70º hingga 80º (rajah 2(b)). Kikir jenis ini digunakan untuk kerja-kerja am. Dengan menggunakan kikir ini logam dapat dibuang dengan cepat. (c) Gigi lengkung Kikir jenis gigi lengkung digunakan untuk mengikir logam yang lembut seperti aluminium dan kuprum (tembaga), kerana kerak-kerak ahan tersebut tidak mudah melekat pada gigi kikir (rajah 2(c)). (d) Gigi parut Kikir jenis gigi parut digunakan untuk membuang bahan-bahan yang lembut dengan cepat. Bahan-bahan yang sangat lembut seperti timah dan kayu boleh dikikir dengan kikir parut. Bentuk gigi ini membolehkan bahan yang dipotong keluar dengan mudah (rajah 2(d)).
  • 4. 1.0.2 Jenis Kikir Untuk menghasilkan sesuatu kerja dengan tepat, cepat dan dengan permukaan yang licin, pemilihan kikir mestilah dibuat dengan cermat. Kikir-kikir yang berikut biasanya digunakan dalam bengkel kejuteraan: 1. Kikir pipih tirus 2. Kikir pipih kasar 3. Kikir belah rotan 4. Kikir bulat 5. Kikir segiempat sama 6. Kikir segitiga 7. Kikir pipih nipis 8. Kikir bentuk pisau 1. Kikir Pipih Tirus Kikir pipih tirus digunakan dalam kerja-kerja am yang melibakan berbagai-bagai jenis kerja yang berlainan.Gigi kikir ini dikelaskan kepada gred kasar, sederhana, halus dan sangat halus. Pada satu permukaan kikir, giginya dipotong bersilang intan dan terdapat gigi lurus pada kedua-dua belah tepi. Dua pertiga panjangnya dari pangkal berbentuk selari dan satu pertiga panjangnya ke hujung bentuk tirus (Rajah 3). Rajah 3 kikir pipih tirus 2. Kikir Pipih Kasar Kikir pipih kasar digunakan untuk kerja-kerja penyudahan rata. Salah satu daripada tepi kikir tersebut tidak ada gigi dan tepi ini disebut tepi selamat. (Tepi selamat digunakan semasa
  • 5. mengikir tepi penjuru dalam). Gred kikir pipih kasar terdiri daripada gred kasar hingga sangat halus (Rajah 4). Rajah 4 kikir pipih kasar. 3. Kikir Belah Rotan Kikir belah rotan digunakan untuk menyudahkan bahagian-bahagian yang telah siap. Gigi pada permukaan yang rata berbentuk wajik dan gigi pada permukaan yang melengkung berbentuk silang (Rajah 5). Gigi kikir ini digredkan kepada kasar, halus dan sangat halus Rajah 5 kikir belah rotan 4. Kikir Bulat Kikir bulat kadangkala disebut kikir bentuk ekor tikus. Gunanya ialah untuk membesarkan lubang yang berbentuk bulat dan lubang yang melengkung. Gred kikir ini terdiri daripada kasar hingga sangat halus. Giginya berbentuk lurus dan bersilang (Rajah 6) Rajah 6 kikir bulat 5. Kikir Segiempat Sama Kikir segiempat sama digunakan untuk membesarkan lubang yang berbentuk segiempat sama secara kasar. Kikir jenis ini juga boleh digunakan untuk mengikir lurah atau alur berbentuk segiempat sama dan juga berbagai-bagai bentuk sudut pada sesendal. Kikir ini digredkan kepada kasar hingga sangat halus (Rajah 7)
  • 6. Rajah 7 kikir segiempat sama 6. Kikir Segitiga Kikir segitiga digunakan untuk mengikir sudut-sudut dalam yang tajam. Ia juga digunakan untuk membersihkan penjuru yang bersudut. Giginya bersilang dan terdapat dalam gred kasar hingga sangat halus (Rajah 8) Rajah 8 kikir segitiga 7. Kikir Pipih Nipis Kikir pipih nipis digunakan untuk mengikir celah-celah yang nipis seperti untuk memotong celah pada kunci. Kikir ini tirus pada hujung tetapi tebalnya sama pada keseluruhan panjangnya. Kikir jenis ini Cuma terdapat dengan panjang yang terhad iaitu 100mm, 150 mm dan 200 mm. Giginya bersilang dan grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 9)
  • 7. Rajah 9 kikir pipih nipis. 8. Kikir Bentuk Pisau Kikir bentuk pisau digunakan untuk menajamkan gigi-gigi yang terdapat pada gergaji dan alat-alat pemotong. Bentuknya sama seperti pisau dengan bersudut 15º. Grednya daripada kasar hingga sangat halus (Rajah 10). Rajah 10 kikir bentuk pisau 2.0 Gaya Mengikir Mengikir memerlukan kemahiran yang tinggi. Seorang jurugegas bukan sahaja boleh mengikir dengan tepat tetapi juga boleh memasang benda kerja dengan menggunakan alat tangan. Semasa mengikir, pekara-pekara yang berikut perlu diberi perhatian: 1. Gaya mengikir yang betul adalah penting apabila mengikir. Semasa berdiri,kaki mestilah renggang. Kaki kiri ke hadapan dan kaki kanan terletak lebih kurang 45 cm hingga 50 cm ke belakang (gambar foto 11) 2. Tinggi benda kerja mestilah sesuai supaya kerja mengikir dapat dilakukan dengan berkesan. Ketinggian yang sesuai ialah lebih kurang 100 sentimeter (1 meter)
  • 8. Rajah 11 Gaya mengikir yang betul 3. Semasa mengikir, tekan kikir pada benda kerja dan gerakkan tangan dan badan seperti dalam gambar foto 11. Tekanan dikenakan ke atas kikir semasa kikir itu disorongkan ke hadapan. Lepaskan tekanan jika tekanan dikenakan semasa kikir itu ditarik ke belakang. Gigi kikir dibentuk hanya untuk memotong ke hadapan sahaja dan akan menjadi tumpul jika dikenakan tekanan semasa menarik ke belakang. 4. Gaya mengikir juga boleh disesuaikan mengikut kedudukan benda kerja serta jenis benda kerja. Cara Dan Gaya Memegang Kikir Cara dan gaya memegang kikir bergantung pada cara mengikir yang dilakukan sama ada mengikir biasa, mengikir berat, mengikir rata dan mengikir jitu. Rajah 12 menunjukkan empat cara dan gaya memegang kikir. (a) Mengikir biasa-untuk kerja-kerja am (biasa). (b) Mengikir berat-untuk membuang logam yang banyak daripada benda kerja. (c) Mengikir rata-untuk mengikir rata a) Mengikir biasa
  • 9. b) Mengikir berat c) Mengikir rata Rajah 12 cara dan gaya memegang kikir
  • 10. Mengikir Melinntang Mengikir melintang dilakukan sekali-sekala untuk menentukan sama ada permukaan yang dikikir itu rata atau tidak. Rajah 13 menunjukkan dua cara mengikir melintang Rajah 13 cara mengikir melintang Mengikir Rata Semasa mengikir rata, permukaan yang dikikir hendaklah sentiasa dilitupi oleh kikir. Dengan cara ini benda kerja akan dapat dikikir dengan rata (Rajah14)
  • 11. Rajah 14 cara mengikir rata Mengikir Tarik Semasa mengikir tarik, tekanan pada kedua-dua tangan hendaklah sama dan pastikan kedudukan kedua-dua tangan stabil (Rajah 15). Cara ini digunakan untuk menyudahkan benda kerja supaya kelihatan licin dan cantik. Cara ini juga digunakan untuk mengikir logam yang nipis.
  • 12. (Rajah 15) Mengikir Penjuru Bulat Penjuru bulat boleh dikikir berpandukan dua langkah seperti yang ditunjukkan dalam rajah 2.6. Mula-mula kikir kasar melintang (Rajah 16(a)) dan kemudian kikir bahagian penjuru yang bulat pula (Rajah 16(b)).
  • 13. Rajah 16 Mengikir penjuru bulat Mengikir Permukaan Melengkung Permukaan yang melengkung boleh dikikir dengan kikir segiempat dan seterusnya disudahkan dengan kikir belah rotan (Rajah 17).
  • 14. Rajah 17 mengikir permukaan melengkung Menguji Kerataan Permukaan Permukaan yang dikikir rata mestilah sentiasa diuji supaya bahagian-bahagian yang tinggal dan rendah boleh dibetulkan. Ini boleh dilakukan dengan menggunakan pembaris keluli ataupun sesiku L (Rajah 18). Rajah18 menguji keratin permukaan. Cara ini juga digunakan untuk menguji permukaan bersudut tepat Menguji Permukaan Bersudut Tepat Untuk menguji sama ada permukaan itu bersudut tepat atau tidak, boleh juga menggunakan sesiku L seperti yang ditunjukkan dalam rajah 18. Mengikir dan menguji sudut tepat bukanlah satu pekara yang mudah. Pelatih harus berhati-hati supaya tidak mengikir terlalu rendah sesuatu penjuru itu kerana ini akan menyebabkan keseluruhan permukaan terpaksa direndahkan ke paras yang sama 3.0 Penjagaan kikir kikir hendaklah dijaga dengan baik untuk menjamin hasil kerja yang memuaskan disamping membolehkan kikir tersebut tahan lebih lama. Berikut ini digariskan beberapa panduan untuk menjaga kikir.
  • 15. 1. Sebelum menggunakan kikir,pastikan kikir itu dipasang dengan hulu yang baik dan sesuai. Terdapat dua jenis hulu. Iaitu hulu biasa (Rajah 19(a)) dan hulu khas (Rajah 19 (b)). Hulu khas digunakan apabila hendak mengikir permukaan yang lebar. Rajah19 hulu kikir 2. Kikir mestilah sentiasa dalam keadaan bersih. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunakan. Kerak-kerak besi yang dibiarkan melekat pada kikir akan merosakan kikir dan juga permukaan yang sedang dikikir. Kikir boleh dibersihkan dengan menggunaka berus kikir (Rajah 20) ataupun kertas kikir
  • 16. Rajah 20 Berus kikir 3. Selepas digunakan, kikir hendaklah disimpan dengan cermat supaya tidak mudah rosak. Letakan kikir pad rak dan tiap-tiap satu hendaklah disusun berasingan. Perhatikan gigi kikir yang masih tajam (rajah 21(a)) dan gigi kikir yang telah rosak (Rajah 21(b)). 4. Jangan gunakan kikir selain untuk tujuan mengikir. 5. Gunakan kikir yang sesuai dengan sesuatu bahan yang tertentu.kikir yang lebih halus digunakan untuk bahan yang lebih keras. 6. Elakan kikir daripada terkena air atau minyak. Jika terkena air ia akan mudah berkarat dan jika terkena minyak ia mudah tergelincir semasa mengikir.
  • 17. (Rajah 21) SOALAN : 1. Berikan lima (5) jenis kikir yang biasa terdapat di bengkel kejuruteraa 2. Terangkan secara ringkas fungsi kikir bulat. 3. Berikan empat(4) jenis potongan gigi kikir. 4. Terangkan secara ringkas fungsi kikir belah rotan atau kikir pipih nipis? Rujukan: 1. Buku rujukan teknologi bengkel mesin 2. http://www.slideshare.net/hamdangulam/peralatan-tangan-13053881?from_search=3