aksi nyata pendidikan inklusif.pelatihan mandiri pmm
D5 m5unit12
1. Topik pelajaran minggu ini:
– Kata Bantu
Objektif minggu ini :
Binakan ayat dengan menggunakan Kata Bantu yang digunakan untuk
menerangkan masa (time) sesuatu perbuatan atau ragam (manner) yang
berkaitan dengan perbuatan.
Elak membuat kesilapan membina ayat dengan kata bantu
Sumber rujukan – Buku UPSR Longman Pearson Darjah 5
2. Kata Bantu (Auxiliary Verb) :
Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang
berkaitan dengan perbuatan.
Contoh:
Contoh-contoh lain:
Boleh Patut Wajib Mungkin Ada
tak jadi kena Pernah sudah sedang
3. Contoh-contoh penggunaan kata bantu dalam ayat:
Kereta api dari utara telah sampai. (The train from the north has arrived.)
Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara. (You ought to have completed the
task immediately.)
Adik Rahimah belum tahu berjalan. (Rahimah’s sister is not walking yet.)
Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera. (Dad got to complete this task
immediately.)
Encik Borhan hendak pergi memancing esok. (Mr. Borhan wants to go fishing
tomorrow.)
4. a. Dalam tulisan, kata bantu akan tidak buleh dipendekkan menjadi kan dan ditulis
serangkai dengan tak.
Azira yakin bahawa ayah takkan sanggup mengabaikan dia dan ibunya.
Azira yakin bahawa ayah tidak akan sanggup mengabaikan dia dan ibunya.
b. Kata bantu sedang dan perkataan tengah menerangkan bahawa sesuatu
perbuatan itu terus berlangsung dan belum selesai dilakukan. Walau
bagaimanapun dalam tulisan, tengah tidak boleh menggantikan
penggunaan sedang secara sewenang-wenangnya dalam sesuatu ayat;
Mariam tengah sibuk mengemaskan biliknya.
Mariam sedang sibuk mengemaskan biliknya.
5. c. Kata bantu boleh dan dapat tidak boleh digunakan secara sewenang-wenangnya. Kata
bantu boleh lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan keizinan.
Manakala dapat pula lebih sesuai digunakan untuk maksud yang berkaitan dengan
keupayaan;
Dahlia tidak boleh menerima kenyataan yang menimpa keluarganya.
Dahlia tidak dapat menerima kenyataan yang menimpa keluarganya.
d. Kata bantu hendak tidak boleh digunakan dalam ayat tanya;
“Hendakkah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali
“Mahukah kamu mengikut kami ke tempat perkelahan itu?” tanya Zali
6. e. Hanya kata bantu mahu boleh digunakan dalam ayat nafi yang mempunyai
perkataan tidak atau belum;
Kalau boleh, Ros tidak hendak melihat mukanya lagi
Kalau boleh, Ros tidak mahu melihat mukanya lagi
f. Bentuk lemah atau pemendekkan kata bantu hendak, mahu atau sudah, iaitu nak,
mau atau dah tidak boleh digunakan dalam bahasa tulisan;
Kami sekeluarga dah lama tinggal di sini
Kami sekeluarga sudah lama tinggal di sini