SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
FEUDALISME DI EROPAH



PENGENALAN



Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan.
Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan bermula dan
berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahlisejarawan telah
meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.dan berakhir pada
tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropahdikenali pula sebagai zaman
moden.



 Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politik
dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukankerajaan pusat. Pada
asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9memperlihatkan hubungan
peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal )yang disyaratkan untuk memberi
taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi
perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan
keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh
untuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan
keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure, tetapi secara keseluruhannya
berkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan
undang-undang dan peraturan.



Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yangdirancang. Dalam
mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancangadalah lebih baik daripada
anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanyamasyarakat Eropah akan mengalami
keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau.

 Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep
yangterbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan
berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat
feudal.



Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch,beliau mentakrifkan istilah feudaldigunakan bagi
menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu
serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang
didominasi kekuasaan golongan atasan.



Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.Di bahagian
bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atassekali ialah raja.
Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawabmenjadi „tali
penghubung‟ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan
tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satuhierarki yang jelas antara feudatories
dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorangraja. Kehidupan sosial masyarakat Eropah
pada Zaman Gelap yang berasaskan kepadasistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintah
dan golongan yang diperintah sepertirajah yang telah disediakan di bawah ini:Dalam masyarakat
feudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah rajaterdapat golongan bangsawan
yang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada pelbagai aspek, bangsawan lapisan
pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala bangsawan lapisan kedua lebih rapat dengan
bangsawan lapisan pertama.Raja Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan
berkuasa mutlak terhadaprakyat dan Negara.



Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan yang
terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh kerajaan
pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjangzaman feudal, negara dapat mengekalkan
kewujudannya dan raja masih terus memerintahwalaupun kuasa mereka semakin berkurangan.
Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera
kebangsaan.Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negaradengan
memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,golongan raja
mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan berhak memutuskan
kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.Oleh itu, seseorang yang
dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanahtersebut iaitu daripada golongan puak
Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahuludikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda
taat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan
Vassal ini adalahterdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan
tanah kepadagolongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai
balasan atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun,
sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk
tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah
amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut.



 Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong oleh
hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan supaya dosanya
yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II(contoh raja yang paling baik pada zaman
pertengahan) telah menggunakan hakim Pengadilan di England, mengadakan mahkamah
penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk
mengekalkan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang
telah dilakukan oleh datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan
kuasa Kepausanke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan
Paus.Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancis
tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada padazaman
pertengahan.



Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedah
untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golongan
bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golongan
bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintah
pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan mereka akan melindungi raja
daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun dalaman. Selain itu, mereka juga akan
memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja juga turut
memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan
bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut
bertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan
kemenangan bagi pihaknya.



Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua

Lord dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja
mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai

 feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah
dan hamba-hambanya.Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan
daripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal.



Selain itu juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh
memanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba
merekayang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang
megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan mengeluarkan
peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang
yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa
terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk
membicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya.
Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakantugas mereka
hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hambamereka bersama
apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awalzaman feudalisme,
kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau bagaimanapun, raja mempunyai
faedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain berasaskan teori keagungan keutuhan
yang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikansecara praktis. Dengan peredaran masa, raja-
raja di England dan kemudiannya diPerancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagai
satu realiti. Manakala, diJerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkan
dengan masalah yangluar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna.



Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan beraja feudal
adalah pergantungannya kepada watak raja. Organisasi seluruhnya adalah diasaskan kepada
kecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggunganyang harus dijelaskan
oleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pemerintahan
Stephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan cepat sekali seluruh sistem
kerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat orang yang lemah menduduki
takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan di
bahagian tenggara Eropah melainkan empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya.



Di barat, iaitu di Perancis dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk
kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang
lemah.



Bangsawan/ Baron

Kelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan ekonomi.
Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasadan pengaruhnya
tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun,
perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gaya
hidup mereka.



Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golonganini turut
memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zamantersebut. Terdapat
banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron(Lord), Count dan Vassal.
Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count dan Duke telah menjadi sesuatu
yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan
Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyai
kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripadagolongan raja. Golongan bangsawan juga diberi
sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia
kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun
temurun oleh keluarga bangsawan.



Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiran
sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab
terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu
juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diriseandainya terdapat sebarang lawatan atas
arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti
terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis.
Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan
pemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan
ilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal
yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan
politik kerajaan.



Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal disuatu kawasan
yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang besar itu
melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka mencari
kawasan yang luas dan selamat kerana bimbangakan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal
ini, golongan pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan.
Kebiasannya, rumahgolongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik
tidur yangcantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri
daripadaruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba-
hambamereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan
pembantumereka, vassal dan para petani.



Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah
mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuni
istana tersebut akan makan di meja yangdiperbuat daripada kayu panjang manakala para
tetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari
pula, semua ahli keluargagolongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala
golongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk
berehat bagi seisikeluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan
bangsawanuntuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut
disediakansebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan
upacarakeagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.
Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yangfeudalisme adalah
berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusatadalah berada di dalam tangan
golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalahsetakat kepada hambanya sendiri sahaja.
Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan
menjalankan semua kuasa-kuasakerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad
ke-13, “ Setiap baronmerupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh
mengadakanmahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan
serta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugasyang
diarahkan oleh baron-baron tersebut.



Sebagai contoh, Wencesles II, yangmeninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua-
dua Hungary dan Poland. Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga-
tiga kerajaan dalammasa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletus
dalam percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan
yangtelah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telahmenjadi
begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga danmenaiki takhta
melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan beraja yang dipilih
dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk memilih raja mereka supaya
mereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusahauntuk memanjangkan anarki kurun
ketiga belas selama tiga ratus tahun.




Kedudukan kaum wanita

Kedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalammasyarakat. Peranan
mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun danmenjahit sahaja. Wanita pada
zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti seorang isteri, seorang anak, seorang
bangsawan, seorang petani, seorang janda, seoranghamba mahupun seorang rahib. Rahib wanita
dikenali sebagai golongan yang zuhudkerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja.
Rahib wanita pada zaman pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja
seperti melakukanupacara keagamaan dan menyampaikan

sermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalamgereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupun
wanita berada pada kedudukan statusyang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka
mempunyai satu persamaaniaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki.
Mereka juga turutdinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar
iaituaktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,kerajaan,
falsafah, sains, perundangan dan keagamaan.



 Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkanadalah dianggap
sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berattanpa upah. Petani-petani
sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladangdan ia menjadi satu amalan yang
masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalamkalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi
kebebasan yang sedikit dalam tindakandan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan
memegang jawatan dalam pemerintahandan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak
mempunyai hak untuk bersuaradalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim
dan peguamsebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan.



Namun demikian, bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagai
alat perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi dia
adalahdianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin,
tugasmereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.Manakala
sekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkandiri ke biara.



Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan bertanggungjawab
menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk berdagang, ke bandar atau
memburu di hutan. Mereka turut membawa bayi semasa mereka bekerja ataupun membiarkan
anak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak mereka yang agak dewasa memerhatikan
kambing biri-biri atau memberi makanankepada binatang ternakan. Wanita atasan bagi keluarga
yang kaya dan mempunyairamai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladang
ternakan. Dalam situasiseperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan juga
ladang ketikaketiadaan suami mereka. Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status
wanita,wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat
dalam pantun.



Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambangatau pengaruh
dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar pengaruhnya.
Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak kerana dirinya boleh
dibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanitayang menjadi hamba tidak
mendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika merekadibunuh oleh pemiliknya maka pemilik
itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yang
dimiliknya dan harga seoranghamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan.
Sekiranya hambawanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.
Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam pertempuran. Antaranya
ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan padatanggal 16 Januari 1412 M di
Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d‟Arc danibunya Isabelle Romee. Seperti kanak-
kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeannetidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan
menulis. Dia lebih dikenali dengan namaJoan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle
yang bererti Joan “si dara” atau “si perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visi
mengenai Malaikat Mikailserta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnya
mengusir tentera Inggeris.



Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana padang
di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknyamenyelamatkan
Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan butahuruf, dia telah pergi ke
istana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tenteradengan wahyu yang diterimanya
dari St.Michael.




Institusi Gereja

Pada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umumhanyalah
untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk menyucikan dosa dan
membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk menjalani kehidupan sebagai
paderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadatdan menyucikan diri dari dosa.Pada
zaman masa zaman pertengahan ini gerejamengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah.



Gereja secara realitinya dikawaloleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja
sebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah
sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas.Hilang ketaatan kepada gereja
ataumempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja
dan boleh dihukum mati.



Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antara
gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting padazaman Pertengahan.
Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbanganahli-ahlinya. Gereja
memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang
besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe
.Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara.



Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundangan
yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri.

Pope sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman
PertengahanEropah.



Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik .Gereja Katholik di Eropah
semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapatingkat hierarki. Pope berada pada
kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot,
vicar dan paling bawah ialah nuns. Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi.
Jawatan Pope wujud dalam institusiagama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Peter
sebagai Popepertama dalam Annurio Pontificio

( buku tahunan rasmi Vatican).



Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Pope
ialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Pope
berkuasa dalam melantik archbishop, bishops dan abbot. Cardinal ialah jawatan kedua
tertinggidalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja
Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.Tugas
cardina ialah membantu Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,cardinal juga turut
membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia.Tugas cardinal yang paling besar
ialah dalam memilih Pope.



 Selepas cardinal ialah archbishop.Archbishop merupakan orang yang berada atau orang kaya
serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan.Antara tugas lain
archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalan
raja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasa
ke atas semua wilayah

bishop.
Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu orang yang memegang jawatan bishop

adalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti archbishop bishop juga merupakan orang yang
berada ataupun kaya serta berpengaruhdalam gereja terutamanya dalam aspek
perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang
dipindahkan kepada mereka dengankekuasaan tuhan. Bishop mewakili gereja Sedunia dalam
daerah masing-masing. Adalahmenjadi tanggungjawab bishop

untuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya. Bishop mempunyai kuasa yang besar
ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yanglain dalam daerah mereka.



 Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah kerohanian. Bishop
secara rasmi diiktiraf untuk menjalankantanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatan
jiwa. Bishop merupakan pusaka kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semua
perayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint. Kedua ialah bishop biasanya datang daripada
keluarga yang berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours (
573-594)datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama
beberapagenerasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hak
milik kekeluargaan.



Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau pendeta. Tugas
yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinyaserta mengurus gereja
di bawah pengendalianya.Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah
berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripadakeluarga yang penting dan menikmati
pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal daripada keluarga miskin seperti jemaah
gerejanya dan tidak mampu membaca kitab danmengendalikan upacara sembahyang di gereja
dengan baik.




 Deacons merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendah
dalam hierarkiatasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-hal
duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja. Deacon juga menjalankan
kewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma
kepada golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau
langkah permulaan ke arah kepaderian.
Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk mementingkan
aktiviti pemujaan. Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga termasuklah melakukan
meditasi peribadi dan membaca.



Seterusnya ialah jawatan Abbot yang juga dikenali sebagai „ father of the monastery‟ . Jawatan
abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini
bersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa.



 Jawatan vicar wujud dalamhierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawah
abbot. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot . Dengan kata lain vicar bertindak
sebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika
abbot tidak ada.



Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Seperti
monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Namun semasa kemerosotan moral gereja
berlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan
yang dipunyai oleh rahib dangolongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan
dalam syair seperti Piers Plowman oleh Langland danCanterbury Tales oleh Chaucer.



Langland melahirkan penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa
mengharapkan belaskasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah.Beliau bukanlah
seorangrevolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalam
kalangangolongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka
sendiri.Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan”
yangdijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli pengampunan
dosa yang mereka lakukan.



 Manakala Chaucer menulis dalam masa yang sama , memberi gambaran yang serupa walaupun
dari kacamata berlainan. Chaucer lebihmerupakan seorang ahli satire, seorang penyair istana
yang bijak dan tidak sibuk dengan pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada para
pembacanya mengenai jenisgolongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalami
kemerosotan akhlak iaiturahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulang
babi sebagai bahansuci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing
kecil danakhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.
Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifatsederhana dan beliau
merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpinkebangsaan yang agung selain
daripada menjadi seorang pemulih agama.Dia mengecam gereja sama seperti golongan Lollard,
menyebut tentang keburukan upacarayang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiada
kuasa boleh didapati dalam kitabInjil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan
yang dinikmati oleh golongan paderi.



Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernahdilakukan oleh Wycliffe dan
mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlumematuhi kewibawaan agama orang yang
membiarkan diri mereka hidup dalam dosa besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa dan
maksiat tidak patut dipatuhi bilamereka sendiri sudah pasti dilaknati.



Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauhmerumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa
pemerintah sekular, raja dan menterimengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelas
melemahkan semua undang-undangdan peraturan sama ada golongan awam atau gereja dan
menentang setiap institusi yangteratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Ini
membangkitkan tentangan serta mertadari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss ini
merebak dengan cepat ke seluruhBohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancam
untuk melemahkan kesatuandan prestij gereja.



Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja melalui usaha
bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa, peguam dan saudagar
juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Parismula mengemukakan idea
Majlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang berseteru dan mengembalikan
perpaduan dan peraturan.



Pada zaman akhir Empayar Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja
Kristian. Biskop-biskopyang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telah
merumuskanAkidah-Kristian. Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyak
perhimpunanseperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristian
danmembasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dariMakhluk
Suci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Pausdan Kuasabaka.



Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barattetapi ini dijalankan oleh
Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggapolehnya sebagai majlis
perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sahmelainkan diakui dan dikeluarkan
olehnya sendiri.



Dakwaan Paus sebagai hakimtertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang
boleh mewakilikehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telah
punmenolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenaran
dalamKitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan jujur
mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu.



Kesatuan Petukang dan Pedagang



Perubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini bukanlah
khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awalzaman pertengahan
bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di bandar terpaksa menjadi aprantis
kepada seorang yang mahir dan belajar segala kemahiran.



Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jikadia cermat dan rajin
dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapandengan pertukanganya sendiri
dan tukang-tukang yang bekerja denganya.

Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batastertentu. Ini
adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar danindustri atau prinsip
yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahansosial yang paling utama ialah
pertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas ini dikenali sebagai burghers.



 Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar yang bertembok atau dinamakan burgs
dan mereka ini merupakan kelas baru dalammasyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiri
daripada orang bebas dan bukanorang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjaya
dalam kehidupanyasebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi
kaya hasildaripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di
tanganya, pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lama
yangmasih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.
Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuankesemua kelas
burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan barang. Mereka
ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual barang-barang pembuatan kepada
pembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawabkorporat wujud dalam kalangan ahli
persatuan. Ini amat penting kerana untuk menjaminkebebasan hak dan mengelakkan persaingan
yang tidak sihat dalam kalangan pedagang.Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini
jualah yang menentukan dan mengawalharga barang, gaji dan masa bekerja.



Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan danindustri dan pada
masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah paraartisan yang membuat
barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya para petukang kasut. Mereka
yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilahmempunyai kemahiran dan kepandaian
membuat sesuatu barang dan mesti terlebihdahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali
sebagai apprentice. Jangka masa apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh
hingga dua belas tahun.Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka
dinaikkan ke taraf journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yang
dibayar upahsecara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkan
perkhidmatanmereka.



Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman dan
kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memilikisebuah kedai
sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli penuh dalam kesatuan
petukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan peperiksaan di hadapan ketua
petukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinyadan juga mesti mempunyai kelakuan
yang baik.



Setelah journeymen ini berjaya melalui halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi
ketua petukang. Tujuan diadakan kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripada
membuat sesuatu yang akan menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan ini
juga menjaga keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan atau
kemalangan.“

 Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading practices to be
observed and the conditions under which trade could be conducted. Thecraft guilds similarly
imposed regulations on their members concerning prices, quality of goods, conditions of labor
and quantity of production. They also controlled theconditions for entering a trade. Boys began
as apprentice to a master, working from twoto seven years under his guidance and living in his
household. The apprentice thenbecame a journeymen who worked for hire until he saved
sufficient money and developed adequate skill to open his own shop and become a master.”
Sistem feudalisme

More Related Content

What's hot

sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 saadiah alidrus
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaJimmy Mogolid
 
Ketua audit negara
Ketua audit negaraKetua audit negara
Ketua audit negaraAmir Hyung
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxerNoha Fiq
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negerinasywah79
 
Bab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir UrusBab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir Urusnasywah79
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuhanifah mohiji
 
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsaNasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsaAdnan Mohd Rafi
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak AsasiKhai Khairy
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraaminahjhr9811
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Allan Nacha
 
Dominasi golongan feudal STPM
Dominasi golongan feudal STPMDominasi golongan feudal STPM
Dominasi golongan feudal STPMZafarul_Irshard
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanZoul Omar
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanfiro HAR
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17saadiah alidrus
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjayadamiamaysa
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihnelson fredoline
 

What's hot (20)

sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20 sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
sejarah stpm sem 1 -Perkembangan perindustrian di jerman abad ke 19 & 20
 
Pengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep NegaraPengajian Am Konsep Negara
Pengajian Am Konsep Negara
 
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agrariaKonsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
Konsep dan ciri ciri utama masyarakat agraria
 
Ketua audit negara
Ketua audit negaraKetua audit negara
Ketua audit negara
 
Pemberontakan boxer
Pemberontakan boxerPemberontakan boxer
Pemberontakan boxer
 
Pentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeriPentadbiran peringkat negeri
Pentadbiran peringkat negeri
 
Bab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir UrusBab 6 Tadbir Urus
Bab 6 Tadbir Urus
 
Sejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayuSejarah perkembangan bahasa melayu
Sejarah perkembangan bahasa melayu
 
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsaNasionalsime dan pembentukan negara bangsa
Nasionalsime dan pembentukan negara bangsa
 
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5   kerajaan tempatanPengajian am topik 5   kerajaan tempatan
Pengajian am topik 5 kerajaan tempatan
 
Pengajian Am Hak Asasi
Pengajian Am  Hak AsasiPengajian Am  Hak Asasi
Pengajian Am Hak Asasi
 
Sejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggaraSejarah malaysia dan asia tenggara
Sejarah malaysia dan asia tenggara
 
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)Bab 2   sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
Bab 2 sistem pembesar di china (sejarah - tingkatan 6 - penggal 1)
 
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpaPengajian am kertas 1 spb ydpa
Pengajian am kertas 1 spb ydpa
 
Dominasi golongan feudal STPM
Dominasi golongan feudal STPMDominasi golongan feudal STPM
Dominasi golongan feudal STPM
 
Sistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuanSistem pemerintahan persekutuan
Sistem pemerintahan persekutuan
 
Penerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahanPenerokaan dan penjelajahan
Penerokaan dan penjelajahan
 
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
sejarah stpm sem 1 - masyarakat maritim di jepun abad ke 16&17
 
Pengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am SuruhanjayaPengajian Am Suruhanjaya
Pengajian Am Suruhanjaya
 
Adat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatihAdat temengung dan adat perpatih
Adat temengung dan adat perpatih
 

Viewers also liked

Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)azam_hazel
 
pemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandpemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandQaseh Nur Husna
 
1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaranIsa Jali
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 SukanAdila Dila
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996hasnu
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukanmond niel
 
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)sktdamai
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)Syuq Ahmad
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShareSlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareSlideShare
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksSlideShare
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareSlideShare
 

Viewers also liked (16)

Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
Masyarakat feudal di england abad ke 16 dan 17 (sej stpm sem 1)
 
pemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di englandpemerintahan raja mutlak di england
pemerintahan raja mutlak di england
 
1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran1 m 1s isu cabaran
1 m 1s isu cabaran
 
1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan1 Murid 1 Sukan
1 Murid 1 Sukan
 
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
Pajsk   terkini sr -13 julai 2016Pajsk   terkini sr -13 julai 2016
Pajsk terkini sr -13 julai 2016
 
Lampiran c pajsk semua
Lampiran c pajsk semuaLampiran c pajsk semua
Lampiran c pajsk semua
 
36323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-199636323067 akta-pendidikan-1996
36323067 akta-pendidikan-1996
 
Slide PAJSK
Slide PAJSKSlide PAJSK
Slide PAJSK
 
1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan1 murid 1 sukan
1 murid 1 sukan
 
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
PENTAKSIRAN AKTIVITI JASMANI, SUKAN DAN KOKURIKULUM (PAJSK)
 
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
Dasar 1 murid 1 sukan (1m1s)
 
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
2015 Upload Campaigns Calendar - SlideShare
 
What to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShareWhat to Upload to SlideShare
What to Upload to SlideShare
 
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & TricksHow to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
How to Make Awesome SlideShares: Tips & Tricks
 
Getting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShareGetting Started With SlideShare
Getting Started With SlideShare
 

Similar to Sistem feudalisme

Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Berajahomogenus
 
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSSejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSPatarMahadyThangShiH
 
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSSejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSPatarMahadyThangShiH
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jimmy Mogolid
 
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)Dedi Setiadi
 
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era Reformasi
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era ReformasiKorupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era Reformasi
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era ReformasiSatrio Arismunandar
 
Sistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaSistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaNurhawa Rosman
 
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAN
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLANPERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAN
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLANsuziana15
 
Negara dan usaha bina negara di masa lampau
Negara dan usaha bina negara di masa lampauNegara dan usaha bina negara di masa lampau
Negara dan usaha bina negara di masa lampauListiana Nurwati
 
10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawaliDody Irawan
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaansmk batu sapi
 
Sejarah
Sejarah Sejarah
Sejarah ieffaa
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1azlina_ab
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunSuhada Sohot
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfNor Azlina Nordin
 

Similar to Sistem feudalisme (20)

Raja mutlak
Raja mutlakRaja mutlak
Raja mutlak
 
Sistem Beraja
Sistem BerajaSistem Beraja
Sistem Beraja
 
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSSejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
 
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPSSejarah Hukum Internasional by Patar MPS
Sejarah Hukum Internasional by Patar MPS
 
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
Jelaskan konsep dan peranan raja melayu sebelum th 1874
 
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)
Makalah sistem pemerintahan monarki (remake: putriyani)
 
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era Reformasi
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era ReformasiKorupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era Reformasi
Korupsi Elite Politik dari Zaman Kerajaan ke Era Reformasi
 
Sistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan rajaSistem pemerintahan raja
Sistem pemerintahan raja
 
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAN
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLANPERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAN
PERTIKAIAN RAJA BERKUASA MUTLAK DAN RAJA BERPELEMBAGAAN DI ENGLAN
 
Negara dan usaha bina negara di masa lampau
Negara dan usaha bina negara di masa lampauNegara dan usaha bina negara di masa lampau
Negara dan usaha bina negara di masa lampau
 
92816410 sistem-pemerintahan-negara
92816410 sistem-pemerintahan-negara92816410 sistem-pemerintahan-negara
92816410 sistem-pemerintahan-negara
 
Sejara
SejaraSejara
Sejara
 
10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali10. jodoh rajawali
10. jodoh rajawali
 
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaanPertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
Pertikaian raja berkuasa mutlak dan raja berpelembagaan
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Sejarah
Sejarah Sejarah
Sejarah
 
Note topik 1
Note topik 1Note topik 1
Note topik 1
 
Kerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldunKerja kursus titas ibn khaldun
Kerja kursus titas ibn khaldun
 
SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)
 
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdfSulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu).pdf
 

Recently uploaded

PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............SenLord
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxdonny761155
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxGyaCahyaPratiwi
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaruSilvanaAyu
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxFranxisca Kurniawati
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxUlyaSaadah
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docNurulAiniFirdasari1
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfGugunGunawan93
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaAbdiera
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfHeriyantoHeriyanto44
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxSelviPanggua1
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasihssuserfcb9e3
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaSABDA
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxKaista Glow
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptTaufikFadhilah
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfandriasyulianto57
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlineMMario4
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptssuser940815
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxFardanassegaf
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024MALISAAININOORBINTIA
 

Recently uploaded (20)

PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
PERTEMUAN 9 KESEIM 3 SEKTOR.............
 
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptxAksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
Aksi Nyata PERENCANAAN BERBASIS DATA.pptx
 
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptxElemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
Elemen Jurnalistik Ilmu Komunikasii.pptx
 
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
(NEW) Template Presentasi UGM yang terbaru
 
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptxUNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
UNSUR - UNSUR, LUAS, KELILING LINGKARAN.pptx
 
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptxppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
ppt MTeaching Pertidaksamaan Linier.pptx
 
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.docSilabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
Silabus Mata Pelajaran Biologi SMA Kelas X.doc
 
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdfrpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
rpp bangun-ruang-sisi-datar kelas 8 smp.pdf
 
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum MerdekaModul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
Modul Ajar IPA Kelas 7 Fase D Kurikulum Merdeka
 
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdfAKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
AKSI NYATA MODUL 1.3 VISI GURU PENGGERAK.pdf
 
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptxKualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
Kualifikasi dan Kompetensi Guru Profesi Kependidikan .pptx
 
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian KasihTeks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
Teks ucapan Majlis Perpisahan Lambaian Kasih
 
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 TesalonikaMateri Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
Materi Kelas Online Ministry Learning Center - Bedah Kitab 1 Tesalonika
 
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptxProduct Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
Product Knowledge Rapor Pendidikan - Satuan Pendidikan Dasmen&Vokasi.pptx
 
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.pptmateri pembelajaran tentang INTERNET.ppt
materi pembelajaran tentang INTERNET.ppt
 
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdfPanduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
Panduan Mengisi Dokumen Tindak Lanjut.pdf
 
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi OnlinePPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
PPT PERLINDUNGAN KONSUMEN .Pengertian Transaksi Online
 
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.pptSejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
Sejarah Perkembangan Teori Manajemen.ppt
 
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptxSBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
SBM_Kelompok-7_Alat dan Media Pembelajaran.pptx
 
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
PAMPHLET PENGAKAP aktiviti pengakap 2024
 

Sistem feudalisme

  • 1. FEUDALISME DI EROPAH PENGENALAN Banyak cadangan telah dikemukakan bagi mengehadkan tempoh masa zaman pertengahan. Namun hasilnya, tiada satu pun tarikh yang ditetapkan untuk menandakan bermula dan berakhirnya zaman pertengahan. Walau bagaimanapun, kebanyakan ahlisejarawan telah meletakkan tarikh permulaan Zaman Pertengahan iaitu pada tahun 500M.dan berakhir pada tahun 1500M. Selepas berakhirnya tahun 1500M, maka Eropahdikenali pula sebagai zaman moden. Feudalisme secara umumnya boleh didefinisikan sebagai satu bentuk kerajaan,iaitu kuasa politik dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu persendirian dan bukankerajaan pusat. Pada asasnya, sistem ini seperti yang wujud di Eropah sejak abad ke-9memperlihatkan hubungan peribadi yang erat antara tuan tanah (lord) dan petani (vassal )yang disyaratkan untuk memberi taat setia kepada lord. Satu pihak akan memberi perlindungan sementara satu pihak lagi memberi perkhidmatan ketenteraan dan keselamatan kepada raja. Selain aspek ketenteraan dan keselamatan, feudotari juga dikehendaki menyediakan keperluan tertentu termasuklah buruh untuk sistem kerah.Hubungan ini menentukan kedua-dua pihak memperoleh faedah dan keuntungan bersama. Sistem feudal menyediakan satu unsure, tetapi secara keseluruhannya berkesan, pertahanan dalam masa peperangan dan rangka yang perlu untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan. Selain itu, feudalisme juga sering dikenali sebagai satu sistem anarki yangdirancang. Dalam mentafsirkan feudalisme, perlu diingat bahawa anarki yang dirancangadalah lebih baik daripada anarki yang tidak mempunyai organisasi dan tanpanyamasyarakat Eropah akan mengalami keadaan yang tidak teratur dan kacau-bilau. Disamping itu juga, feudalisme turut didefinisikan sebagai satu istilah atau konsep yangterbentuk di Eropah Barat selepas kejatuhan Empayar Charlemagne dan berlanjutansehingga abad ke-14. Abad tersebut memperlihatkan era yang digelar masyarakat feudal. Dalam buku Feudal Society karya Marc Bloch,beliau mentakrifkan istilah feudaldigunakan bagi menerangkan seluruh kelakuan dan adab yang sekian lama diterima dan wujud pada ketika itu
  • 2. serta organisasi kelas atasan masyarakat itu yang meliputi perjanjian secara bertulis yang didominasi kekuasaan golongan atasan. Jika dilihat dari segi strukturnya, sistem feudal memaparkan satu bentuk piramid.Di bahagian bawah sekali ialah golongan rakyat atau petani manakala di bahagian atassekali ialah raja. Bahagian tengah pula ialah golongan pembesar yang bertanggungjawabmenjadi „tali penghubung‟ antara raja dengan rakyat dan secara praktikalnya turut bertindak sebagai tuan tanah. Dalam pemerintahan bercorak feudal ini, wujud satuhierarki yang jelas antara feudatories dan subfeudatories di bawah pemerintahan seorangraja. Kehidupan sosial masyarakat Eropah pada Zaman Gelap yang berasaskan kepadasistem feudal ini diwakili oleh golongan pemerintah dan golongan yang diperintah sepertirajah yang telah disediakan di bawah ini:Dalam masyarakat feudal, golongan pemerintah terdiri daripada raja dan di bawah rajaterdapat golongan bangsawan yang menjadi pengikut setia raja. Jika dilihat daripada pelbagai aspek, bangsawan lapisan pertama lebih rapat dengan golongan raja manakala bangsawan lapisan kedua lebih rapat dengan bangsawan lapisan pertama.Raja Raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal dan berkuasa mutlak terhadaprakyat dan Negara. Dalam sistem yang kompleks daripada pengagihan kuasa pusat ini,idea tentang kerajaan yang terdiri daripada rakyat yang terdiri daripada rakyat yangdiperintah secara langsung oleh kerajaan pusat tidak wujud lagi. Namun, di sepanjangzaman feudal, negara dapat mengekalkan kewujudannya dan raja masih terus memerintahwalaupun kuasa mereka semakin berkurangan. Pada masa itu, tidak terdapat sistem percukaian, undang-undang atau mahkamah serta tentera kebangsaan.Golongan raja merupakan golongan penaung utama dalam sesebuah negaradengan memiliki tanah di negeri masing-masing secara mutlak. Dalam erti kata lain,golongan raja mempunyai kuasa yang penuh ke atas tanah-tanah di dalam negara dan berhak memutuskan kepada sesiapa untuk memajakkan tanah yang menjadi miliknya.Oleh itu, seseorang yang dipercayai sahaja yang diberikan hak untuk memajak tanahtersebut iaitu daripada golongan puak Vassal. Akan tetapi, Vassal terlebih dahuludikehendaki untuk mengangkat sumpah sebagai tanda taat setia kepada raja dan harusmenjalankan tugas mengikut arahan raja. Kebiasaannya, golongan Vassal ini adalahterdiri daripada golongan lelaki. Di samping itu juga, raja turut memberikan tanah kepadagolongan bangsawan yang terdiri daripada Barons, Bishops dan Knight sebagai balasan atau pun ganjaran terhadap perkhidmatan yang telah mereka berikan. Namun, sebagai balasannya, golongan bangsawan haruslah membekalkan askar-askar untuk tujuan peperangan. Dalam masyarakat feudal, kesetiaan yang tidak berbelah bahagi adalah amat penting dan perlu dititikberatkan oleh semua golongan pada masa tersebut. Tanah-tanah telah dapat dikumpulkan melalui pemberian oleh generasi, raja yang didorong oleh hasrat untuk menyatukan dirinya dengan Tuhan dan membuat kerja kebajikan supaya dosanya yang lalu dapat diampunkan. Sebagai contoh, Henry II(contoh raja yang paling baik pada zaman pertengahan) telah menggunakan hakim Pengadilan di England, mengadakan mahkamah
  • 3. penyiasatan kes atas tindak tanduk pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab untuk mengekalkan undang-undang dan peraturan. Baginda tidak memasuki perang salib, seperti yang telah dilakukan oleh datuknya dan satu daripada kejayaan terpentingnya ialah mengehadkan kuasa Kepausanke atas Gereja Perancis dengan mengadakan perjanjian atau persetiaan dengan Paus.Baginda kurang menghiraukan Kesatuan Dunia Kristian daripada kemakmuran Perancis tetapi Henry II merupakan salah satu contoh terbaik di antara raja-raja yang ada padazaman pertengahan. Walaupun raja berkuasa dalam sesebuah wilayah namun golongan itu perlu mencari kaedah untuk mengekalkan kedudukannya. Mereka perlu memberikan ganjaran kepada golongan bangsawan untuk mengawal golongan bangsawan tersebut. Secara tidak langsung, golongan bangsawan akan dikurniakan tanah dan sekali gus golongan ini akan terikat dengan pemerintah pada zaman itu. Taat setia akan ditumpahkan kepada raja dan mereka akan melindungi raja daripada sebarang ancaman baik secara luaran mahu pun dalaman. Selain itu, mereka juga akan memaklumkan dan memberi sokongan bersenjata kepada pemerintah. Golongan raja juga turut memperolehi hasil pendapatan daripada cukai-cukai yang dikenakan kepada golongan bangsawan hasil daripada tanah yang telah mereka berikan. Dalam bidang ketenteraan, raja turut bertanggungjawab untuk mengepalai tentera dalam peperangan dan seterusnya mencetuskan kemenangan bagi pihaknya. Di bawah sistem feudal, raja diiktiraf sebagai penguasa ke atas semua Lord dan pemilik kesemua tanah dalam kerajaannya. Raja memerintah bukan sekadar raja mutlak atau pun sebagai raja berpelembagaan, tetapi sebagai feudal overlord iaitu golongan bangsawan yang berkuasa penuh ke atas tanah, anak-anak buah dan hamba-hambanya.Hasil perbelanjaan negara juga diperolehi oleh raja menerusi pendapatan daripada tanahnya sendiri, estet-estet di raja dan bantuan daripada pihak vassal. Selain itu juga, beliau tidak dapat membentuk pasukan tentera kebangsaan tetapi boleh memanggil hambanya untuk melaksanakan perkhidmatan tentera yang disertai oleh hamba merekayang lain. Di samping itu juga, beliau tidak boleh mengisytiharkan perundangan yang megikut semua ahli dalam negeri tetapi beliau boleh mengarahkan hambanya dan mengeluarkan peraturan pihak berkuasa dengan harapan bahawa hambanya akanmenyampaikan kepada orang yang berada di bawah pemerintahan mereka. Golongan raja juga tidak mempunyai bidang kuasa terhadap sebahagian besar rakyat tetapi beliau boleh mengadakan mahkamah feudal untuk membicarakan hambanya yang terdekat dan tanggungannya.
  • 4. Dari segi amalan, sememangnya ketua hamba mematuhi raja dan melaksanakantugas mereka hanya jika difikirkan perlu dan mereka jarang membawa sebahagian hambamereka bersama apabila dipanggil untuk memberi perkhidmatan ketenteraan. Pada awalzaman feudalisme, kebiasaannya mereka telah mengenepikan perintah raja. Walau bagaimanapun, raja mempunyai faedah yang dapat mengatasi tuan besar feudal yang lain berasaskan teori keagungan keutuhan yang biasa diiktiraf sebagai sah apabila diketepikansecara praktis. Dengan peredaran masa, raja- raja di England dan kemudiannya diPerancis telah berupaya untuk menjadikan teori itu sebagai satu realiti. Manakala, diJerman dan Itali, kebangkitan pemerintahan beraja telah dirumitkan dengan masalah yangluar biasa yang telah menyekat proses itu daripada menjadi sempurna. Walau bagaimanapun, bahaya yang paling besar dan jelas kepada pemerintahan beraja feudal adalah pergantungannya kepada watak raja. Organisasi seluruhnya adalah diasaskan kepada kecekapan pertuanan. Jika baginda gagal menguatkuasakan tanggunganyang harus dijelaskan oleh ketua penyewa, maka keadaan akan menjadi tidak terkawal. Contohnya, pemerintahan Stephen di England telahpun menunjukkan bagaimana dengan cepat sekali seluruh sistem kerajaan berkecai dalam suasana kacau-bilau apabila terdapat orang yang lemah menduduki takhta dan ini adalah merupakan penyebab utama wujudnya keadaan huru hara di Jerman dan di bahagian tenggara Eropah melainkan empayar Byzantine, dari kurun ketiga belas dan seterusnya. Di barat, iaitu di Perancis dan England, pemerintahan beraja feudal tidak lagi memegang tampuk kuasa namun akhirnya kedua-duanya menjadi mangsa kepada sengketa warisan dan raja yang lemah. Bangsawan/ Baron Kelas-kelas tradisional Eropah Barat sangat terjejas dengan kepesatan perkembangan ekonomi. Golongan bangsawan kekal mendominasi kumpulan sosial, yang mana kuasadan pengaruhnya tetap kukuh dalam sistem feudal dan struktur-struktur manor itu. Walau bagaimanapun, perubahan keadaan ekonomi telah membawa perubahan baru yangmenjejaskan status dan gaya hidup mereka. Golongan bangsawan menduduki hierarki kedua selepas golongan raja. Golonganini turut memainkan peranan yang penting dalam system pemerintahan pada zamantersebut. Terdapat banyak gelaran bagi golongan bangsawan antaranya Duke, Baron(Lord), Count dan Vassal. Dalam Empayar Carolingian, kedudukan dan pangkat Count dan Duke telah menjadi sesuatu yang diwarisi secara turun temurun. Keadaan tersebut menjadi mudah kepada golongan
  • 5. Count dan Duke untuk mendapatkan lebih pengaruh kerana dikatakan mereka mempunyai kekuasaan dan hak yang lebih hebat daripadagolongan raja. Golongan bangsawan juga diberi sebahagian tanah yang dimiliki oleh raja dan tanah tersebut dikenakan cukai sebagai taat setia kepada raja. Selain itu, tanah yang diberi oleh golongan raja ini boleh diwarisi secara turun temurun oleh keluarga bangsawan. Golongan bangsawan akan memainkan peranan penting dalam sesuatu urusan pentadbiran sekiranya ketiadaan raja dalam wilayah. Peranan golongan bangsawan ialah bertanggungjawab terhadap golongan raja iaitu menyediakan makanan, tempat tinggaldan hiburan. Di samping itu juga, golongan bangsawan perlu menghadirkan diriseandainya terdapat sebarang lawatan atas arahan pemerintah. Golongan ini berkhidmat dengan pemerintah melalui pelbagai kaedah seperti terlibat dalam peperangan, sebagai penegak keadilan serta melibatkan diri dalam Dewan Majlis. Selain itu, golongan bangsawan juga berperanan dalam memberi nasihat kepada golongan pemerintah dalammembuat sesuatu keputusan. Manakala, dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu agama pula, golongan bangsawan turut memainkan peranan dalam mentabir hal-hal yang berkaitan dengan gereja di samping mengendalikan urusan pentadbiran dan politik kerajaan. Di samping itu, dari segi penempatan golongan bangsawan ini, mereka tinggal disuatu kawasan yang luas berserta dengan rumah yang besar. Secara tidak langsung,rumah yang besar itu melambangkan tahap kekayaan dan taraf hidup golongan bangsawan tersebut. Mereka mencari kawasan yang luas dan selamat kerana bimbangakan serangan daripada pihak musuh. Dalam hal ini, golongan pahlawan atau knight bertanggungjawab untuk melindungi golongan bangsawan. Kebiasannya, rumahgolongan bangsawan ini mempunyai dua bilik yang besar, dewan dan bilik tidur yangcantik serta dilengkapi dengan almari pakaian. Dewan yang besar pula terdiri daripadaruang tamu, dewan makan, bilik tetamu dan turut disediakan bilik untuk hamba- hambamereka. Dalam dewan tersebut, golongan ini turut menjalankan urusan dengan pembantumereka, vassal dan para petani. Kebiasaannya, petani yang tidak berkemampuan untuk membayar cukai menyerahkan tanah mereka kepada golongan tuan tanah dan terpaksamenjadi hamba. Selain itu, semua penghuni istana tersebut akan makan di meja yangdiperbuat daripada kayu panjang manakala para tetamunya akan duduk di tempat yangagak tinggi di hujung dewan tersebut. Pada malam hari pula, semua ahli keluargagolongan bangsawan akan tidur di bilik persendirian, manakala golongan hamba merekaakan tidur di atas lantai. Bilik tidur pula merupakan ruangan untuk berehat bagi seisikeluarga. Di samping itu, kelengkapan almari pula digunakan oleh golongan bangsawanuntuk menyimpan kesemua pakaian mereka. Di dalam rumah itu juga, turut disediakansebuah gereja kecil yang digunakan untuk memudahkan mereka mengadakan upacarakeagamaan yang kecil atau pun sebagai tempat sembahyang secara persendirian.
  • 6. Di sebalik teori keutuhan pemerintahan beraja feudal, dapat dilihat yangfeudalisme adalah berbentuk tagonistik kepada kerajaan pusat. Semua kerajaan pusatadalah berada di dalam tangan golongan bangsawan. Kuasa langsung raja hanyalahsetakat kepada hambanya sendiri sahaja. Dalam lingkungan feudalnya sendiri, setiap bangsawan mempunyai bidang kuasa penuh dan menjalankan semua kuasa-kuasakerajaan. Seperti kata seorang ahli undang-undang pada abad ke-13, “ Setiap baronmerupakan raja berdaulat dalam kawannya sendiri.” Beliau boleh mengadakanmahkamah bagi tanggungnya, mengenakan cukai, tol di jalan raya dan jambatan serta boleh membentuk tentera yang terdiri daripada hambanya untuk menjalankan tugasyang diarahkan oleh baron-baron tersebut. Sebagai contoh, Wencesles II, yangmeninggal pada tahun 1305 telah Berjaya menguasai kedua- dua Hungary dan Poland. Namun, tidak ada seorang pun yang telah berjaya menguasai ketiga- tiga kerajaan dalammasa yang lama dan kematian setiap raja bermakna perang baru akan meletus dalam percubaan untuk membahagi-bahagikan warisannya. Akhirnya, ketiga-tiga kerajaan yangtelah dipelopori oleh golongan bangsawan iaitu daripada golongan Magnates telahmenjadi begitu kuat dan cukup merdeka untuk mengelakkan mana-mana keluarga danmenaiki takhta melalui hak pewarisan. Sebaliknya mereka mewujudkan pemerintahan beraja yang dipilih dengan mereka sendiri mempunyai keistimewaan dan hak untuk memilih raja mereka supaya mereka dapat melemahkan lagi kerajaan pusat serta berusahauntuk memanjangkan anarki kurun ketiga belas selama tiga ratus tahun. Kedudukan kaum wanita Kedudukan wanita pada zaman pertengahan adalah dipandang rendah dalammasyarakat. Peranan mereka adalah terhad kepada aktiviti memasak, menenun danmenjahit sahaja. Wanita pada zaman pertengahan mempunyai pelbagai status seperti seorang isteri, seorang anak, seorang bangsawan, seorang petani, seorang janda, seoranghamba mahupun seorang rahib. Rahib wanita dikenali sebagai golongan yang zuhudkerana mempunyai hubungan yang rapat dengan gereja. Rahib wanita pada zaman pertengahan ini tidak dibenarkan menjalankan tugas-tugas gereja seperti melakukanupacara keagamaan dan menyampaikan sermon. Hanya bishop berkuasa penuh dalamgereja dan dibantu oleh rahib lelaki. Walaupun wanita berada pada kedudukan statusyang berbeza namun tidak dapat dinafikan bahawa mereka mempunyai satu persamaaniaitu hak-hak mereka sering dihadkan di bawah kekuasaan lelaki. Mereka juga turutdinafikan hak dan sering dikecualikan daripada menyertai aktiviti-aktiviti luar
  • 7. iaituaktiviti-aktiviti yang sangat penting bagi masyarakat ketika itu seperti kebajikan,kerajaan, falsafah, sains, perundangan dan keagamaan. Selain itu juga, pada awal zaman pertengahan isteri-isteri orang kebanyakkanadalah dianggap sebagai barang, iaitu suri rumahtangga yang membuat kerja-kerja berattanpa upah. Petani-petani sering memaksa kaum wanita membuat kerja berat di ladangdan ia menjadi satu amalan yang masih wujud sehingga hari ini. Sedangkan dalamkalangan kelas pemerintah, kaum wanita diberi kebebasan yang sedikit dalam tindakandan pemikiranya. Mereka juga tidak dibenarkan memegang jawatan dalam pemerintahandan juga dalam sistem sosial itu sendiri. Mereka tidak mempunyai hak untuk bersuaradalam politik atau berkhidmat sebagai komander tentera, hakim dan peguamsebagaimana kaum lelaki melakukannya dalam sistem pemerintahan. Namun demikian, bagi seorang wanita yang belum berkahwin mereka masih berguna sebagai alat perundingan, jika seseorang wanita itu mempunyai emas kahwin yang tinggi dia adalahdianggap bahan bernilai untuk dimiliki oleh tuan-tuan tanah. Apabila berkahwin, tugasmereka ini ialah menjadi isteri yang patuh kepada perintah dan melahirkan waris.Manakala sekiranya seseorang wanita itu tidak berkahwin mereka akan menghilangkandiri ke biara. Golongan wanita juga turut membantu dalam kerja-kerja perladangan dan bertanggungjawab menjaga ladang ternakan sewaktu suami mereka keluar rumah untuk berdagang, ke bandar atau memburu di hutan. Mereka turut membawa bayi semasa mereka bekerja ataupun membiarkan anak-anak mereka berlatih berjalan sementara anak mereka yang agak dewasa memerhatikan kambing biri-biri atau memberi makanankepada binatang ternakan. Wanita atasan bagi keluarga yang kaya dan mempunyairamai hamba ditugaskan untuk membantu kerja-kerja di ladang ternakan. Dalam situasiseperti ini seorang isteri bertanggungjawab terhadap hamba dan juga ladang ketikaketiadaan suami mereka. Zaman keperwiraan telah banyak mengubah status wanita,wanita menjadi objek pemujaan yang romantis dan sering dipuja dengan hebat dalam pantun. Di samping itu juga, pada zaman pertengahan, hamba wanita merupakan lambangatau pengaruh dan kekayaan kepada tuannya. Semakin ramai hamba maka makin besar pengaruhnya. Biasanya, wanita yang menjadi hamba tidak mempunyai sebarang hak kerana dirinya boleh dibeli dan dijual kepada pemilik hamba yang lain. Seorang wanitayang menjadi hamba tidak mendapat keadilan yang sepatutnya kerana jika merekadibunuh oleh pemiliknya maka pemilik itu tidak akan dianggap sebagai pembunuh.Pemilik hamba berkuasa penuh terhadap hamba yang dimiliknya dan harga seoranghamba boleh disamakan dengan harga sebidang ladang ternakan. Sekiranya hambawanita itu mempunyai anak, secara automatik anak itu adalah milik tuannya.
  • 8. Pada zaman pertengahan ini terdapat juga wanita yang terlibat dalam pertempuran. Antaranya ialah kemunculan Joan Of Arc. Joan Of Arc dilahirkan padatanggal 16 Januari 1412 M di Domremy, Perancis. Ayahnya bernama Jacques d‟Arc danibunya Isabelle Romee. Seperti kanak- kanak perempuan yang lain pada masa itu, Jeannetidak bersekolah dan tidak dapat membaca dan menulis. Dia lebih dikenali dengan namaJoan Of Arc. Di Perancis dia digelar Jeanne la Pucelle yang bererti Joan “si dara” atau “si perawan”. Sekitar tahun 1424M, Jeanne mula mendapat visi mengenai Malaikat Mikailserta Santa Catherine dan Santa Margaret yang menyuruhnya mengusir tentera Inggeris. Dia percaya yang dia telah mendengar bunyi loceng gereja, berdering memecah suasana padang di mana dia mengembala lembu ternakan bapanya, suara wali mendesaknyamenyelamatkan Perancis. Sungguhpun dia hanya berumur lapan belas tahun dan butahuruf, dia telah pergi ke istana Perancis untuk menaikkan semangat pemimpin tenteradengan wahyu yang diterimanya dari St.Michael. Institusi Gereja Pada zaman pertengahan, kehidupan para paderi di rahib-rahib dan masyarakat umumhanyalah untuk mengabdikan diri kepada agama dan sentiasa memikirkan untuk menyucikan dosa dan membuat amal ibadat. Tetapi ramai orang tidak sanggup untuk menjalani kehidupan sebagai paderi dan hidup di rahib-rahib untuk membuat amal ibadatdan menyucikan diri dari dosa.Pada zaman masa zaman pertengahan ini gerejamengawal seluruh aspek kehidupan penduduk Eropah. Gereja secara realitinya dikawaloleh pemerintah negara iaitu raja. Raja menggunakan gereja sebagai alat untuk memanipulasikan golongan rakyat bagi mengaut keuntungan. Gereja ialah sebuah badan bebas dan mempunyai kuasa yang luas.Hilang ketaatan kepada gereja ataumempersoalkan arahan atau ajaran dianggap sebagai pengkhianatan terhadapa gereja dan boleh dihukum mati. Penekanan ke atas peranan bebas gereja membolehkan kemunculan dua struktur kuasa antara gereja dan negara yang salah satunya membentuk elemen terpenting padazaman Pertengahan. Gereja pada zaman Pertengahan tidak bergantung pada sumbanganahli-ahlinya. Gereja memperoleh pendapatan melalui hasil daripada tanah ladang yang luas, pelbagai bayaran yang besar dan hasil daripada pungutan cukai tetap iaitu tithe
  • 9. .Raja, putera raja dan tuan tanah yang kaya memberi sumbangan derma kepada gereja dan biara. Fungsi gereja bukan hanya sebagai badan keagamaan tetapi mempunyai sistem perundangan yang teliti. Gereja juga mempunyai organisasi tersendiri. Pope sebagai ketua agung semua anggota gereja dan persatuan keagamaan pada zaman PertengahanEropah. Gereja di Eropah semasa zaman Pertengahan ialah gereja Katholik .Gereja Katholik di Eropah semasa zaman Pertengahan terdiri daripada beberapatingkat hierarki. Pope berada pada kedudukan yang tertinggi diikuti oleh cardinal,archbishop, bishop, priest, deacons, monk, abbot, vicar dan paling bawah ialah nuns. Pope dianggap sebagai wakil Tuhan di muka bumi. Jawatan Pope wujud dalam institusiagama Roman Khatolik dengan penyenaraian Saint Peter sebagai Popepertama dalam Annurio Pontificio ( buku tahunan rasmi Vatican). Pengaruh dan kekuasaan Pope adalah luas. Antara perkara yang tertakluk di bawah kuasa Pope ialah hal-hal yang berkaitan dengan perlantikan archbishop, bishops dan abbot di mana Pope berkuasa dalam melantik archbishop, bishops dan abbot. Cardinal ialah jawatan kedua tertinggidalam institusi gereja Katholik selepas Pope. Cardinal merupakan pegawai tinggi gereja Roman Khatolik yang kanan di bawah Pope dan mewakili Golongan paderi Roman.Tugas cardina ialah membantu Pope dalam menguruskan gereja. Selain itu,cardinal juga turut membantu Pope dalam mahkamah yang dikenali sebagai curia.Tugas cardinal yang paling besar ialah dalam memilih Pope. Selepas cardinal ialah archbishop.Archbishop merupakan orang yang berada atau orang kaya serta berpengaruh dalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan.Antara tugas lain archbishop ialah menjalankan fungsi membaca doa umum dan upacara pertabalan raja. Archbishop mempunyai kawalan ke atas semua bishop dalam wilayahnya dan juga berkuasa ke atas semua wilayah bishop.
  • 10. Seterusnya adalah jawatan bishop iaitu orang yang memegang jawatan bishop adalah dilarang untuk berkahwin. Sama seperti archbishop bishop juga merupakan orang yang berada ataupun kaya serta berpengaruhdalam gereja terutamanya dalam aspek perniagaan. Bishop dianggap sebagai pengganti kepada pemimpin dan kuasa yang dipegang dipindahkan kepada mereka dengankekuasaan tuhan. Bishop mewakili gereja Sedunia dalam daerah masing-masing. Adalahmenjadi tanggungjawab bishop untuk mengawasi tanah dan pemilikan dalam wilayahnya. Bishop mempunyai kuasa yang besar ke atas harta, priest dan juga kakitangan gereja yanglain dalam daerah mereka. Kuasa Bishop merangkumi pelbagai aspek. Pertama dan paling penting ialah kerohanian. Bishop secara rasmi diiktiraf untuk menjalankantanggungjawab dalam gerejanya iaitu penyelamatan jiwa. Bishop merupakan pusaka kepada saint tempatan dan bertanggungjawab untuk semua perayaan dan upacara yang diperlukan oleh saint. Kedua ialah bishop biasanya datang daripada keluarga yang berkuasa. Penulis dan ahli sejarah yang terkenal iaitu Gregory, Bishop Tours ( 573-594)datang daripada keluarga Gallo-Roman yang lama dan kaya dan selama beberapagenerasi memegang kuasa ke atas Tours and Langers dan hampir sebagai hak milik kekeluargaan. Seterusnya di bawah hierarki bishop ialah pries. Priest merupakan paderi atau pendeta. Tugas yang dilakukan oleh priest ialah mentadbir jemaah gereja dan ahli-ahlinyaserta mengurus gereja di bawah pengendalianya.Latar belakang antara priest bandar dengan priest luar bandar adalah berbeza. Priest di bandar kemungkinan berasal daripadakeluarga yang penting dan menikmati pendidikan yang baik. Priest luar bandar berasal daripada keluarga miskin seperti jemaah gerejanya dan tidak mampu membaca kitab danmengendalikan upacara sembahyang di gereja dengan baik. Deacons merupakan jawatan di bawah priest dan terletak pada kedudukan yang paling rendah dalam hierarkiatasan gereja. Deacon merupakan pegawai gereja yang menyelenggara hal-hal duniawi dan juga hal-hal yang berkenaan dengan gereja. Deacon juga menjalankan kewajipan penting yang bukan berkaitan dengan gereja seperti memberi sumbangan derma kepada golongan miskin. Jawatan deacon ini boleh menjadi pekerjaan seumur hidup atau langkah permulaan ke arah kepaderian.
  • 11. Di bawah hierarki deacon ialah monk . Menurut peraturan Saint Benedict, monk mementingkan aktiviti pemujaan. Selain itu tugas yang dilakukan oleh monk juga termasuklah melakukan meditasi peribadi dan membaca. Seterusnya ialah jawatan Abbot yang juga dikenali sebagai „ father of the monastery‟ . Jawatan abbot adalah bersifat tradisional, kekuasaan yang tidak boleh dipersoal tetapi sejak kekuasaan ini bersifat kebapaan, ianya perlu diimbangkan dengan kasih bapa. Jawatan vicar wujud dalamhierarki institusi agama Kristian Katholik dan berada di bawah abbot. Tugas utama vicar adalah pembantu kepada abbot . Dengan kata lain vicar bertindak sebagai pembantu atau pengganti kepada abbot dalam menguruskan jemaah gereja jika abbot tidak ada. Dalam hierarki institusi agama, jawatan nuns merupakan jawatan yang paling rendah. Seperti monk nuns juga berkait dengan institusi kebiaraan. Namun semasa kemerosotan moral gereja berlaku, telah wujud rasa tidak puashati yang menyeluruh terhadap kekayaan dan keistimewaan yang dipunyai oleh rahib dangolongan paderi atasan. Dan kecenderungan ini jelas disuarakan dalam syair seperti Piers Plowman oleh Langland danCanterbury Tales oleh Chaucer. Langland melahirkan penyataan penderitaan kelas yang tertindas dan kelihatan putus asa mengharapkan belaskasihan biskop kaya dan paderi yang menerima rasuah.Beliau bukanlah seorangrevolusioner dan dia mencintai gereja, tetapi dia mendapati semua kelas dalam kalangangolongan paderi bersedia menipu orang ramai untuk kepentingan diri mereka sendiri.Biskop membenarkan cap mohar mereka digunakan dalam “Pengampunan” yangdijualkan kepada orang yang jahil yang menganggap mereka boleh membeli pengampunan dosa yang mereka lakukan. Manakala Chaucer menulis dalam masa yang sama , memberi gambaran yang serupa walaupun dari kacamata berlainan. Chaucer lebihmerupakan seorang ahli satire, seorang penyair istana yang bijak dan tidak sibuk dengan pemulihan, tetapi berpuas hati melukiskan kepada para pembacanya mengenai jenisgolongan gereja lelaki dan perempuan yang sedang mengalami kemerosotan akhlak iaiturahib yang ghairah pergi memburu, pengampun yang menjual tulang babi sebagai bahansuci, paderi perempuan yang bodoh dengan sifat duniawinya mengapit anjing kecil danakhirnya yang boleh disanjung hanyalah seorang paderi.
  • 12. Manakala John Huss memperlihatkan dirinya lebih revolusioner dan bersifatsederhana dan beliau merupakan salah seorang yang pertama menjadi pemimpinkebangsaan yang agung selain daripada menjadi seorang pemulih agama.Dia mengecam gereja sama seperti golongan Lollard, menyebut tentang keburukan upacarayang berlebih-lebihan dan menunjukkan bahawa tiada kuasa boleh didapati dalam kitabInjil Baru mengenai kekayaan, keistimewaan dan kebebasan yang dinikmati oleh golongan paderi. Huss mengecam golongan paderi lebih hebat dari yang pernahdilakukan oleh Wycliffe dan mengumumkan doktrin iaitu orang ramai tidak perlumematuhi kewibawaan agama orang yang membiarkan diri mereka hidup dalam dosa besar iaitu ajaran paderi yang melakukan dosa dan maksiat tidak patut dipatuhi bilamereka sendiri sudah pasti dilaknati. Dan ini akhirnya membawa dia lebih jauhmerumuskan dari segi logik menolak kuatkuasa pemerintah sekular, raja dan menterimengabaikan Hukum Isa. Doktrin seperti itu jelas melemahkan semua undang-undangdan peraturan sama ada golongan awam atau gereja dan menentang setiap institusi yangteratur sama ada di pihak gereja atau kerajaan. Ini membangkitkan tentangan serta mertadari pihak gereja dan maharaja serta golongan Huss ini merebak dengan cepat ke seluruhBohemia menjadikanya satu lagi skandal yang mengancam untuk melemahkan kesatuandan prestij gereja. Gerakan untuk menamatkan penyalahgunaan kuasa dalam kalangan gereja melalui usaha bersama telah mendapat sokongan sama kuatnya dari pihak rakyat biasa, peguam dan saudagar juga pegawai-pegawai gereja. Dalam tahun 1381 Universiti Parismula mengemukakan idea Majlis Am Gereja yang membuat keputusan antara Paus yang berseteru dan mengembalikan perpaduan dan peraturan. Pada zaman akhir Empayar Rom, Majlis Am ini merupakan kuasa tertinggi dalam Gereja Kristian. Biskop-biskopyang berhimpun di Nicaea dalam zaman pemerintahan Constatine telah merumuskanAkidah-Kristian. Dalam masa lima abad berikutnya,terdapat banyak perhimpunanseperti itu yang bertujuan memberi pengertian baru kepada doktrin Kristian danmembasmi fahaman sesat. Masyarakat percaya Majlis ini mendapat inspirasi dariMakhluk Suci luar biasa dan telah mengiktiraf keputusannya yang meliputi juga Pausdan Kuasabaka. Sejak pemisahan gereja Timur dan Barat terdapat majlis lain di Barattetapi ini dijalankan oleh Paus atau wakil yang menjadi sebagai pengerusi dan dianggapolehnya sebagai majlis
  • 13. perundingan di mana perintah yang dikeluarkan tiada sahmelainkan diakui dan dikeluarkan olehnya sendiri. Dakwaan Paus sebagai hakimtertinggi di dunia dan mempunyai kuatkuasa yang lebih tinggi yang boleh mewakilikehendak dan semangat yang tidak berbelah bahagi. Wycliffe dan Huss telah punmenolak untuk menerima dakwaan Kepausan kerana mereka mendapati kebenaran dalamKitab Suci menjelang awal kurun ke lima belas ramai orang alim gereja yang taat dan jujur mahu kembali kepada amal-amal sejarah gereja terdahulu. Kesatuan Petukang dan Pedagang Perubahan sosial yang penting telah berlaku di bandar dan juga di kampung. Dan ini bukanlah khusus kepada tempat tertentu di Eropah. Perdagangan dan industri pada awalzaman pertengahan bergantung seluruhnya atas kesatuan tukang tiap-tiap pekerja di bandar terpaksa menjadi aprantis kepada seorang yang mahir dan belajar segala kemahiran. Setelah tamat, dia boleh bekerja sebagai tukang yang boleh disewa dan jikadia cermat dan rajin dia ada harapan menjadi seorang yang mahir pada masa hadapandengan pertukanganya sendiri dan tukang-tukang yang bekerja denganya. Keseluruhan sistem kesatuan adalah satu peraturan yang teliti dengan batas-batastertentu. Ini adalah percubaan zaman pertengahan untuk menyusun kehidupan bandar danindustri atau prinsip yang sama menjadi asas organisasi feudal atas tanah. Perubahansosial yang paling utama ialah pertumbuhan kelas pertengahan di bandar-bandar. Kelas ini dikenali sebagai burghers. Mereka digelar burghers kerana mereka tinggal di bandar yang bertembok atau dinamakan burgs dan mereka ini merupakan kelas baru dalammasyarakat feudalisme. Pada asalnya mereka terdiri daripada orang bebas dan bukanorang bangsawan atau golongan knights. Mereka telah berjaya dalam kehidupanyasebagai pedagang dan peniaga serta dalam sektor perindustrian dan menjadi kaya hasildaripada usahanya sendiri. Dengan pengaruh dan kuasa kewangan yang ada di tanganya, pada akhirnya mereka ini telah dapat memusnahkan struktur sosial feudal lama yangmasih wujud pada zaman pertengahan lanjutan ini.
  • 14. Kesatuan pedagang adalah satu pertubuhan yang dianggotai oleh kesatuankesemua kelas burghers dalam bandar yang bergantung hidup pada penjualan dan perniagaan barang. Mereka ini termasuklah juga para artisan yang membuat dan menjual barang-barang pembuatan kepada pembeli. Satu ikatan yang kuat dan tanggungjawabkorporat wujud dalam kalangan ahli persatuan. Ini amat penting kerana untuk menjaminkebebasan hak dan mengelakkan persaingan yang tidak sihat dalam kalangan pedagang.Begitu juga kesatuan petukang dan pedagang ini jualah yang menentukan dan mengawalharga barang, gaji dan masa bekerja. Kesatuan petukang adalah mereka yang melibatkan diri dalam pembuatan danindustri dan pada masa sama mereka juga adalah pedagang. Mereka ini termasuklah paraartisan yang membuat barangan dan menjualkan kepada pembeli secara terus , contohnya para petukang kasut. Mereka yang hendak menjadi anggota kesatuan petukang mestilahmempunyai kemahiran dan kepandaian membuat sesuatu barang dan mesti terlebihdahulu menjalani latihan tertentu yang dikenali sebagai apprentice. Jangka masa apprentice ini memakan masa lebih kurang selama sepuluh hingga dua belas tahun.Selepas mereka menjalani masa apprentice ini dengan jayanya mereka dinaikkan ke taraf journeyman atau buruh harian. Golongan ini adalah pekerja bebas yang dibayar upahsecara harian dan boleh bekerja dengan mana-mana tuan yang inginkan perkhidmatanmereka. Pada masa itu juga journeyman dimestikan memperoleh lebih banyak pengalaman dan kecekapan dan dapat mengeumpul wang untuk mereka mendirikan dan memilikisebuah kedai sendiri. Dengan cara itu barulah mereka dapat memohon menjadi ahli penuh dalam kesatuan petukang. Selain itu, mereka juga mesti menjalani ujian dan peperiksaan di hadapan ketua petukang dengan menghantar sebuah hasil rekaan aslinyadan juga mesti mempunyai kelakuan yang baik. Setelah journeymen ini berjaya melalui halangan dan ujian barulah mereka diiktiraf menjadi ketua petukang. Tujuan diadakan kesatuan petukang ialah untuk mengawal ahli-ahli daripada membuat sesuatu yang akan menjejaskan perniagaan ahli yang lain. Di samping itu kesatuan ini juga menjaga keselamatan dan kebajikan para ahlinya jika ia ditimpa kesusahan atau kemalangan.“ Each guild enacted specific rules governing prices to be charged, trading practices to be observed and the conditions under which trade could be conducted. Thecraft guilds similarly imposed regulations on their members concerning prices, quality of goods, conditions of labor and quantity of production. They also controlled theconditions for entering a trade. Boys began as apprentice to a master, working from twoto seven years under his guidance and living in his household. The apprentice thenbecame a journeymen who worked for hire until he saved sufficient money and developed adequate skill to open his own shop and become a master.”