SlideShare a Scribd company logo
1 of 19
Download to read offline
Hassan Mohd Ghazali
1
Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung
pada peranan pentadbiran pengetua
Hassan Mohd Ghazali
UPSI
Pendahuluan
Kecemerlangan sesebuah sekolah itu akan dikur dari banyak aspek,
antaranya kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, pentadbiran, hubungkait
antara guru dan ibu bapa dan sikap dan disiplin guru. Sementara itu hasrat
Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kualiti pendidikan di
tingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi
kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan.
Terdapat anugerah diberi untuk aspek bukan akademi kepada peringkat
negeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’. ‘Johan
Pertandingan Landskap’ dan sebagainya. Untuk pencapaian akademik
pula, ada sekolah menerima ‘Sijil penghargaan UPSR’, Hadiah
Kecemerlangan Matematik UPSR’ dan sebagainya. Pada peringkat negeri
anugerah yang berprestij ialah Sekolah Harap Negeri dan pada peringkat
kebangsaan anugerah yang berpretij ialah Sekolah Harapan Negara dan
Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan. Keadaan ini mencerminkan
pihak kerajaan amat komited untuk mewujudkan institusi pendidikan
sekolah yang berkualiti dan cemerlang. Paling penting di sebalik
kecemerlangan itu ialah seorang ketua pentadbir yang bernama pengetua.
Hassan Mohd Ghazali
2
Ciri-ciri sekolah cemerlang
Sebelum mengupas ciri-ciri sekolah yang cemerlang, lihat dulu penyataan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencerminkan kepelbagaian
matlamat kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi penekanan kepada
usaha sekolah untuk mempamirkan kecemerlangan
“....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara”.
Melihat persoalan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawa
kecemerlangan sesebuah sekolah dilihat dari sudut untuk melahirkan
manusia yang seimbang dari aspek itelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat untuk
menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian,
pernanan yang dimaikan oleh pentadbir khususnya pengetua, menyusun
dan mengurus bagaimana caranya mencapai matlamat itu.
Banyak negara-negara di dunia seperti di Amerika Syarikat mengukur
keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’ iaitu pencapaian dalam ujian
piawaian mata pelajaran matematik dan bacaan. Di UK, pembolehubah
proses seperti kedatangan, kelakuan, kelakuan pelajar dan peningkatan
skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan dan
Hassan Mohd Ghazali
3
kecemerlangan.
Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspek
keberkesanan. Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan
sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan. Mengikut
beliau, keberkesanan sekolah di ukur berdasarkan kejayaannya
meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung
sehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang
menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah
yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan
dan cemerlang jika tidak memberi kesaksamaam peluang pendidikan.
Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah
yang cemerlang:
1. menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus pelajar
yang mencapai lebih daripada median kebangsaan,
2. analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu
telah meningkat dari semasa ke semasa,
3. skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan
4. pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang
pelajarnya.
Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan dan cemerlang
ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang
diharapkan jika di ambil kira latar belakang mereka.
Hassan Mohd Ghazali
4
Sergi ovanni (1987) juga mendefinisikan keberkesanan sekolah
cemerlang berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan
kriteria untuk mengukur kecemerlangan
1. peningkatan dalam skor ujian,
2. peningkatan dalam kehadiran,
3. pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja
rumah,
4. pertambahan peruntukan untuk Matematik, Bahasa Inggeris,
Sains dan Sejarah,
5. penglibatan komuniti dan ibu bapa,
6. penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum,
7. ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan
8. sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa.
Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan cemerlanag sesebuah sekolah
bergantung kepada:
1. sentiasa meningkat dari tahun ke tahun,
2. menggalakan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada
apa yang di jangkakan jika diambil latarbelakang dan kebolehan
asal mereka,
3. memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin
Hassan Mohd Ghazali
5
potensinya,
4. menggalakkan semua aspek perkembangan dan pencapaian
pelajar.
Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memberi
criteria untuk sekolah cemerlang yang dipanggil sebagi ‘Sekolah Harapan’
Tiap-tiap tahun Bahagian Sekolah KPM akan memilih sebuah sekolah
rendah dan sebuah sekolah menengah di bandar dan sebuah sekolah
rendah dan sebuah sekolah menengah di luar bandar sebagai Sekolah
Harapan Negara. Kriteria yang di gunakan adalah seperti berikut:
• matlamat sekol ah dan penyebarannya kepada warga sekolah
• ‘blue print’ sekolah
• budaya sekolah
• pencapaian akademik berasaskan peperiksaan
• kepemimpinan Guru Besar/Pengetua
• pencerapan pengajaran bilik darjah oleh Guru Besar/Pengetua
• jawatankuasa kurikulum sekolah
• pengurusan masa pembelajaran murid
• pengurusan kelab dan persatuan
• sokongan yang di berikan oleh PIBG
Hassan Mohd Ghazali
6
• program memupuk sikap yang positif di kalangan guru.
• hubungan antara guru dengan guru
• ganjaran kepada pelajar
• pengurusan kewangan
• strategi pengajaran yang di gunakan oleh guru dalam mengajar 3 M,
• kemahiran berfikir dan kemahiran belajar
• tindakan pemulihan bagi mengatasi masalah pelajar lemah
• kerjasama di kalangan guru
• kerjarumah yang di beri kepada pelajar
Berdasarkan criteria di atas dirumuskan bahawa kecemerlangan
sesebuah sekolah menurut KPM adalah seperti berikut:
1. mementingkan `outcome’ dari segi pencapaian akademik
dalam peperiksaan umum.
2. mementingkan `proses’ bagi mencapai kecemerlangan
akademik-kerja rumah, tindakan pemulihan, strategi
pengajaran guru.
3. mementingkan pengurusan dan pentadbi ran sekolah
4. mementingkan iklim - budaya sekolah, sikap yang positif
dikalangan guru, hubungan pengetua dengan guru,
Hassan Mohd Ghazali
7
kerjasama di kalangan guru dan displin sekolah.
5. mementingkan penglibatan ibu-bapa dalam PIBG
Peranan Pengetua terharap kecemerlangan Sekolah
Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung
kepada kepimpinan seseorang pengetua. Kerana dalam melayari bahtara
sesebuah organisasi, ketua sangat penting menentukan matlamat dan hala
tuju. Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana
kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Pengetua sebagai pemimpin
dan kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks.
Dalam pada itu, terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti
pemimpin politik, pemimpin organisasi, pemimpin pelajar dan lain–lain lagi.
Dalam konteks ini, pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang
diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang, bahawa pemimpin
mempunyai pengaruh, berwibawa, dan mempunyai kuasa sama ada jangka
pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini, maka
adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh
kedudukan. Seseorang yang dilantik sebagai pengetua, dijangka akan
memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan .
Oleh yang demikian dalam organisasi sekolah kedudukan pengetua
adalah yang paling penting. Oleh itu pengetua mempunyai kuasa, autoriti dan
tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari
Hassan Mohd Ghazali
8
kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan pengetua amat penting
dalam memastikan keberkesanan sekolah dan kecekapan pentadbiran.
Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan
dan tugas pengetua dalam mengendalikan sekolah masing-masing. Hasil
daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah efektif ini,
pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi
sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah.
Walau bagaimanapun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua-
dua peranan di atas malahan lebih daripada itu. Sebagai seorang pengurus
pendidikan, tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja
pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan
pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi
pengurusan seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan
mengawal, terutama sumber manusia, kurikulum, ko kurikulum,
perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan
tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, pemimpin,
pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'.
Beberapa kriteria pengetua yang dianggap baik atau ‘unggul’
antaranya ialah:
1. seorang yang mempunyai kesungguhan dalam tugas,
2. mempunyai visi ke arah mencapai matlamat serta,
3. berkemampuan tinggi dalam mencapai kemajuan akademik,
4. Berwawasan,
5. bercita-cita tinggi,
6. berusaha ke arah menepati hala tuju organisasi, serta
Hassan Mohd Ghazali
9
7. kental dalam menghadapi cabaran adalah antara keperluan kendiri.
Segala keriteria di atas adalah berhubungkait penentu kepada
penghasilan sekolah cemerlang. Melalui keunggulan pengetua yang
mempunyai kriteria di atas dapat menguruskan sekolah seperti diharapkan
oleh Kementerian, guru-guru, staf sokongan dan Ibu bapa yang mengantar
anaknya di sekolah.
Dalam penentuan pengetua yang berkesan sebagai perancang dan
pentadbir beberapa ciri khas yang perlu dimiliki oleh pengetua antaranya:
1. Ciri-ciri Kepimpinan; iaitu mempunyai personaliti kepimpinan yang
boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina iklim
dan persekitaran sekolah yang kondusif.
2. Personaliti yang mulia dan dihormati dengan perwatakan mesra
dan mempunyai ketegasan yang bertempat
3. Kapasiti minda yang tinggi iaitu berilmu dan intelek
4. Kemahiran berkomunikasi dengan baik
5. Mempunyai Visi, Misi dan objektif yang jelas
6. Menepati fokus pentadibiran iaitu ‘the classroom view’ dan ‘the
school-wide view’.
Hassan Mohd Ghazali
10
Rajah: Tugas dan tanggungjawab pengetua disekolah
Pendaftaran murid
Disiplin
Kebajikan(biasiswa/bantuan
makanan/pakaian
Skim pinjaman buku teks
Kesihatan
Keselamatan
Bimbingan dan kaunserling
Program kecemerlangan
Kurikulum
Hubungan
Luar
PIBG
Jabatan
Jurujual
Agensi Kerajaan
Kokurikulum
Persatuan/Kelab/Badan
Beruniform
Sukan
Permainan
Hal Ehwal
Murid
Pentadbiran
Pengurusan staf
Perancangan sekolah
Peraturan sekolah
Kemudahan fizikal
Pengurusan pejabat
Pengurusan kewangan
Maklumat/Data/Inventori
Iklim Pendidikan dan
Persekolahan
Mengajar
J/k Kurikulum Sekolah
Panitia mata pelajaran
Jadual Waktu Kelas/Makmal/
PSS/Bengkel
Pemeriksaan Buku Rekod
Mengajar
Analisis keputusan
peperiksaan
Pencerapan dan penyeliaan
P&P
Penyemakan Kerja Latihan
Murid
Kelas pemulihan/bimbingan
Pusat Sumber Sekolah
TANGGUNGJAWAB
PENGETUA
Hassan Mohd Ghazali
11
Berhubung dengan pentadbiran sesebuah sekolah, maka gaya
kepimpinan seseorang pengetua juga menjadi penentu kecemerlang sekolah
Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu:
1. gaya kepimpinan Demokratik,
2. gaya kepimpinan Autokratik, dan
3. gaya kepimpinan Laissez-faire .
Gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetua dalam
mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan
pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru-
guru dan kakitangan. Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi
mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat
menggerakkannya, supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu penggerak
adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi.
Mengikut gaya kepimpinan seperti ini, mereka yang akan terlibat dalam
perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada
perubahan itu, diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan.
Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat
dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada
perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua
pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan, dan membuat
keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu. Cara ini boleh menimbulkan
semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu
program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka.
Hassan Mohd Ghazali
12
Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan
inovasi yang hendak dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang
bijaksana, beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan
sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian, kepimpinan merupakan
tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu
program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi
itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah
bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan
semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam
menyelesaikan masalah secara bersama-sama.
Paling penting pengetua adalah sebagai pemimpin di sekolah haruslah
melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa
perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di
sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama
dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru, pelajar, dan staf
sekolah . Dengan cara demikian, inovasi dapat dilaksanakan, idea-idea baru
dapat dikemukakan oleh pemimpin, matlamat sekolah dan matlamat
pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan, keberkesanan
pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi.
Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan
dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf.
Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di
samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada
seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya kepimpinan paling efektif
Hassan Mohd Ghazali
13
akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang
paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan
dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas.
Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih
banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini
akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat
menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira
serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan .
Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas
kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran
sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood`
pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi
kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada
pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah .
Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang
difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa
takut atau rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan pengetua sendiri.
Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan
atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa
kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Di dalam organisasi sekolah ,
keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia
bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar
serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan wujud prestasi, tanpa
kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses
pembelajaran. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang
Hassan Mohd Ghazali
14
membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain
adalah kepimpinan pengetuanya.
Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai, seseorang
pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketerampilan
seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan
peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan
kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi
strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum.
Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan ,
dan penyelarasan . Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini
pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya
pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia
dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan
stafnya. Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan
bersama .
Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan peranan sebagai
penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan
sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan. Ini termasuklah aktiviti
seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara
rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga
mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya. Kepimpinan seperti
ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan
pelajar
Hassan Mohd Ghazali
15
Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini ,
pengetua memainkan peranan sebagai “high priest” . Kepimpinan budaya ini
sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Pengetua yang
menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari
,mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang
dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini
termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya
sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau
penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini
sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di
samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian
setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap
pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra.
Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri-
ciri humaniratin atau “modestly effective” . Fokus utama pengetua bercirikan
demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila
membuat keputusan, pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang
bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat
keputusan bersama. Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai .
Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat
keputusan yang melibatkan aspek iklim . Jika sesuatu keputusan yang akan
diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta
keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian
penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat
keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan
Hassan Mohd Ghazali
16
meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat
jangka pendek digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf
, agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga
menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan
mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di
sekolah dan di bilik darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula
pada matlamat faktor , konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau
bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini
banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya .
Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut dan
pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional .
Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas
matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan strategi
yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan
kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan
antara sekolah serta dengan komuniti.
Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan
sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana
pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan
perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan
dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan
suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran.
Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat
berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi
melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
Hassan Mohd Ghazali
17
sekolah. Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea – idea yang
dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati apabila segala idea
yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan pendididikan di
sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik
pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar .
Kesimpulan
Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah
kepada kita bahawa untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan
terutama untuk mencapai matlamat sekolah cemerlang, pengetua perlu
mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran
dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam
masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang berwibawa dan
berkesan. Oleh yang demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta
kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul
seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber
kewangan dan sebagainya.
Pentadbir pendidikan seperti pengetua perlu mengikuti pelbagai
kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini sesuai
dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Sekolah yang berjaya
dan cemerlang memerlukan semangat kerja berpasukan harus diutamakan.
Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal
atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada
keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada
tercapainya matlamat sekolah cemerlang.
Hassan Mohd Ghazali
18
Paling penting sebagai pengetua harus mengharungi dasar-dasar yang
diutarakan oleh KPM antara paling penting ialah ‘Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan (PIPP) 2006-2010’. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan
berlandaskan teras utama berikut:-
• Akses kepada pendidikan
• Ekuiti dalam pendidikan
• Kualiti dalam pendidikan
• Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan
Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan
dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan.
Antaranya:
• Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan
insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek
(JERI).
• Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar.
• Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang
hayat.
• Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan
bertaraf dunia.
• Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan
• Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
Segala dasar dan matlamat yang ditentukan oleh KPM akan menjadi factor
Hassan Mohd Ghazali
19
penggerak kepada kecemerlangan sekolah melalui kepimpinan pengetua.
Bibliografi
Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep
Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Bahagian Sekolah Sekolah KPM. (2007). Memperkasa Kepimpinan
Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: KPM
Campell, Roald F. (1997). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Kuala
Lumpur: Aslina Sdn Bhd.
Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
James A.F. Stoner, Charles Wankel. (1989). Pengurusan (Edisi Ketiga).
Petaling Jaya: Aniza Publishing Sdn Bhd
Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di
Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Logmans Malaysia Sdn Bhd.
Razali Mat Zin. (1991). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur:
Utusan Melayu.

More Related Content

What's hot

Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
Nur ja
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Fairus Razally
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Kalai Shan
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
Siti Mariam
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
ibnussomad
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Nurul Nazirah Zaidin
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
zabidah awang
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
ULak MuLai
 

What's hot (20)

Pengenalan kepentingan rph
Pengenalan   kepentingan rphPengenalan   kepentingan rph
Pengenalan kepentingan rph
 
Bab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruanBab3.etika perguruan
Bab3.etika perguruan
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermaknakapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Faktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulumFaktor perubahan kurikulum
Faktor perubahan kurikulum
 
Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025Ringkasan pppm 2013 2025
Ringkasan pppm 2013 2025
 
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
Aplikasi 4 tonggak pendidikan UNESCO dalam melengkapkan diri sebagai guru yan...
 
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulumFaktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
Faktor faktor mempengaruhi perubahan kurikulum
 
Sekolah dan Masyarakat
Sekolah dan MasyarakatSekolah dan Masyarakat
Sekolah dan Masyarakat
 
Akauntabiliti guru
Akauntabiliti guruAkauntabiliti guru
Akauntabiliti guru
 
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdekaPerbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
Perbandingan sistem pendidikan sebelum dan selepas merdeka
 
Jenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulumJenis jenis kurikulum
Jenis jenis kurikulum
 
Guru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidikGuru berjiwa pendidik
Guru berjiwa pendidik
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Pembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstualPembelajaran secara kontekstual
Pembelajaran secara kontekstual
 
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
Tugasan edu 3093 analisis isu dan cabaran guru.
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 

Similar to kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pengetua

Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Mohd Khoeirul Fahmi Hamid
 
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
Muhamad Putraauliansyah
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolah
sman 2 mataram
 
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Fauzi Pozi
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Resti Ws
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Resti Ws
 

Similar to kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pengetua (20)

Transformasi kepsek iklim guru
Transformasi kepsek  iklim guruTransformasi kepsek  iklim guru
Transformasi kepsek iklim guru
 
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaanKertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
Kertas kerja kajian sistem pendidikan kebangsaan
 
JURNAL TESIS MANAJERIAL KEPALA SEKOLAH MENCIPTAKAN SEKOLAH YANG EFEKTIF
JURNAL TESIS MANAJERIAL KEPALA SEKOLAH MENCIPTAKAN SEKOLAH YANG EFEKTIFJURNAL TESIS MANAJERIAL KEPALA SEKOLAH MENCIPTAKAN SEKOLAH YANG EFEKTIF
JURNAL TESIS MANAJERIAL KEPALA SEKOLAH MENCIPTAKAN SEKOLAH YANG EFEKTIF
 
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolahApakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah
Apakah yang anda faham dengan sekolah berkesan dan penambahbaikan sekolah
 
swot
swotswot
swot
 
Mkalah menejemen ok
Mkalah menejemen okMkalah menejemen ok
Mkalah menejemen ok
 
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
Manajemensekolahefektifdanunggul 120115092945-phpapp01
 
23377494 makalah
23377494 makalah23377494 makalah
23377494 makalah
 
Guru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikanGuru dan dilema pendidikan
Guru dan dilema pendidikan
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolah
 
Kemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolahKemampuan manajerial kepala sekolah
Kemampuan manajerial kepala sekolah
 
Proposal tesis
Proposal tesisProposal tesis
Proposal tesis
 
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignmentperanan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
peranan guru pendidikan islam sebagai pembimbing di sekolah Bab 1 5 assignment
 
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
Hubungan kepemimpinan kepala sekolah edu 3083
 
Sbt
SbtSbt
Sbt
 
Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013Proposal Hibah PPM 2013
Proposal Hibah PPM 2013
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
 
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guruPeningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
Peningkatan efektivitas sekolah melalui peningkatan kualitas guru
 
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
PROFESI PENDIDIKAN (KEPROFESIAN BIDANG KEKEPALA SEKOLAHAN)
 

Recently uploaded

BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
JuliBriana2
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
nabilafarahdiba95
 

Recently uploaded (20)

Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL AJAR BAHASA INDONESIA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.pptStoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
Stoikiometri kelas 10 kurikulum Merdeka.ppt
 
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptxBAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
BAB 5 KERJASAMA DALAM BERBAGAI BIDANG KEHIDUPAN.pptx
 
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.pptHAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
HAK DAN KEWAJIBAN WARGA NEGARA ppkn i.ppt
 
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdfAksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
Aksi Nyata PMM Topik Refleksi Diri (1).pdf
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
Intellectual Discourse Business in Islamic Perspective - Mej Dr Mohd Adib Abd...
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
PELAKSANAAN + Link2 Materi BimTek _PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) & Perhi...
 
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsxvIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
vIDEO kelayakan berita untuk mahasiswa.ppsx
 
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptxMateri Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
Materi Sosialisasi US 2024 Sekolah Dasar pptx
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 

kecemerlangan-sesebuah-sekolah-sangat-bergantung-pada-peranan-pentabiran-pengetua

  • 1. Hassan Mohd Ghazali 1 Kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung pada peranan pentadbiran pengetua Hassan Mohd Ghazali UPSI Pendahuluan Kecemerlangan sesebuah sekolah itu akan dikur dari banyak aspek, antaranya kecemerlangan akademik, ko-kurikulum, pentadbiran, hubungkait antara guru dan ibu bapa dan sikap dan disiplin guru. Sementara itu hasrat Kementerian Pendidikan Malaysia yang inginkan kualiti pendidikan di tingkatkan dapat dilihat melalui berbagai-bagai anugerah yang diberi kepada sekolah pada peringkat negeri dan juga peringkat kebangsaan. Terdapat anugerah diberi untuk aspek bukan akademi kepada peringkat negeri seperti ‘Sekolah Cantik’, ‘Sekolah Dalam Taman’. ‘Johan Pertandingan Landskap’ dan sebagainya. Untuk pencapaian akademik pula, ada sekolah menerima ‘Sijil penghargaan UPSR’, Hadiah Kecemerlangan Matematik UPSR’ dan sebagainya. Pada peringkat negeri anugerah yang berprestij ialah Sekolah Harap Negeri dan pada peringkat kebangsaan anugerah yang berpretij ialah Sekolah Harapan Negara dan Anugerah Kualiti Kementerian Pendidikan. Keadaan ini mencerminkan pihak kerajaan amat komited untuk mewujudkan institusi pendidikan sekolah yang berkualiti dan cemerlang. Paling penting di sebalik kecemerlangan itu ialah seorang ketua pentadbir yang bernama pengetua.
  • 2. Hassan Mohd Ghazali 2 Ciri-ciri sekolah cemerlang Sebelum mengupas ciri-ciri sekolah yang cemerlang, lihat dulu penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mencerminkan kepelbagaian matlamat kekeberkesanan pendidikan. FPN memberi penekanan kepada usaha sekolah untuk mempamirkan kecemerlangan “....melahirkan insan yang cemerlang yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. Melihat persoalan di atas tidak keterlaluan menyatakan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah dilihat dari sudut untuk melahirkan manusia yang seimbang dari aspek itelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepatuhan kepada Tuhan. Ini adalah kunci matlamat untuk menentukan kecemerlangan sesebuah sekolah. Oleh yang demikian, pernanan yang dimaikan oleh pentadbir khususnya pengetua, menyusun dan mengurus bagaimana caranya mencapai matlamat itu. Banyak negara-negara di dunia seperti di Amerika Syarikat mengukur keberkesanan sekolah berasaskan ‘output’ iaitu pencapaian dalam ujian piawaian mata pelajaran matematik dan bacaan. Di UK, pembolehubah proses seperti kedatangan, kelakuan, kelakuan pelajar dan peningkatan skor pencapaian digunakan sebagai pengukur keberkesanan dan
  • 3. Hassan Mohd Ghazali 3 kecemerlangan. Aspek kecemerlangan sekolah juga harus dilihat dari aspek keberkesanan. Edmonds (1979) mendefinisikan keberkesanan bukan sahaja dari segi kualiti hasil tetapi juga dari segi kesaksamaan. Mengikut beliau, keberkesanan sekolah di ukur berdasarkan kejayaannya meningkatkan penguasaan akademik kanak-kanak kurang beruntung sehingganya kadar bilangan kanak-kanak kurang beruntung yang menguasai akademik sama seperti bilangan anak-anak kelas menengah yang menguasainya. Juga, sekolah tidak layak diiktiraf sebagai berkesan dan cemerlang jika tidak memberi kesaksamaam peluang pendidikan. Rowan (1983) pula menyarankan empat cara mengenal pasti sekolah yang cemerlang: 1. menentukan kriteria ini yang khusus seperti peratus pelajar yang mencapai lebih daripada median kebangsaan, 2. analisis tren yang menunjukkan skor dalam gred yang tertentu telah meningkat dari semasa ke semasa, 3. skor yang meningkat bagi sesuatu kohort, dan 4. pencapaian sekolah berbanding dengan latar belakang pelajarnya. Mortimore (1991) merumuskan sekolah yang kerkesan dan cemerlang ialah sekolah yang pelajarnya meningkat lebih daripada apa yang diharapkan jika di ambil kira latar belakang mereka.
  • 4. Hassan Mohd Ghazali 4 Sergi ovanni (1987) juga mendefinisikan keberkesanan sekolah cemerlang berasaskan peningkatan sekolah. Beliau menyenaraikan lapan kriteria untuk mengukur kecemerlangan 1. peningkatan dalam skor ujian, 2. peningkatan dalam kehadiran, 3. pertambahan dalam bilangan tugasan penulisan dan kerja rumah, 4. pertambahan peruntukan untuk Matematik, Bahasa Inggeris, Sains dan Sejarah, 5. penglibatan komuniti dan ibu bapa, 6. penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum, 7. ganjaran dan pengiktirafan bagi pelajar dan guru, dan 8. sokongan yang berkualiti untuk pelajar istimewa. Stoll dan Fink (1996) mendefinisikan cemerlanag sesebuah sekolah bergantung kepada: 1. sentiasa meningkat dari tahun ke tahun, 2. menggalakan peningkatan untuk semua pelajar lebih daripada apa yang di jangkakan jika diambil latarbelakang dan kebolehan asal mereka, 3. memastikan setiap pelajar mencapai setinggi yang mungkin
  • 5. Hassan Mohd Ghazali 5 potensinya, 4. menggalakkan semua aspek perkembangan dan pencapaian pelajar. Sementara itu Kementerian Pelajaran Malaysia juga telah memberi criteria untuk sekolah cemerlang yang dipanggil sebagi ‘Sekolah Harapan’ Tiap-tiap tahun Bahagian Sekolah KPM akan memilih sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di bandar dan sebuah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah di luar bandar sebagai Sekolah Harapan Negara. Kriteria yang di gunakan adalah seperti berikut: • matlamat sekol ah dan penyebarannya kepada warga sekolah • ‘blue print’ sekolah • budaya sekolah • pencapaian akademik berasaskan peperiksaan • kepemimpinan Guru Besar/Pengetua • pencerapan pengajaran bilik darjah oleh Guru Besar/Pengetua • jawatankuasa kurikulum sekolah • pengurusan masa pembelajaran murid • pengurusan kelab dan persatuan • sokongan yang di berikan oleh PIBG
  • 6. Hassan Mohd Ghazali 6 • program memupuk sikap yang positif di kalangan guru. • hubungan antara guru dengan guru • ganjaran kepada pelajar • pengurusan kewangan • strategi pengajaran yang di gunakan oleh guru dalam mengajar 3 M, • kemahiran berfikir dan kemahiran belajar • tindakan pemulihan bagi mengatasi masalah pelajar lemah • kerjasama di kalangan guru • kerjarumah yang di beri kepada pelajar Berdasarkan criteria di atas dirumuskan bahawa kecemerlangan sesebuah sekolah menurut KPM adalah seperti berikut: 1. mementingkan `outcome’ dari segi pencapaian akademik dalam peperiksaan umum. 2. mementingkan `proses’ bagi mencapai kecemerlangan akademik-kerja rumah, tindakan pemulihan, strategi pengajaran guru. 3. mementingkan pengurusan dan pentadbi ran sekolah 4. mementingkan iklim - budaya sekolah, sikap yang positif dikalangan guru, hubungan pengetua dengan guru,
  • 7. Hassan Mohd Ghazali 7 kerjasama di kalangan guru dan displin sekolah. 5. mementingkan penglibatan ibu-bapa dalam PIBG Peranan Pengetua terharap kecemerlangan Sekolah Sebenarnya ciri-ciri kecemerlangan sesebuah sekolah banyak bergantung kepada kepimpinan seseorang pengetua. Kerana dalam melayari bahtara sesebuah organisasi, ketua sangat penting menentukan matlamat dan hala tuju. Pengetua sentiasa disifatkan sebagai pemimpin sekolah kerana kedudukan dan jawatannya yang berwibawa. Pengetua sebagai pemimpin dan kepimpinanan adalah satu konsep yang sukar dan kompleks. Dalam pada itu, terdapat berbagai – bagai jenis pemimpin seperti pemimpin politik, pemimpin organisasi, pemimpin pelajar dan lain–lain lagi. Dalam konteks ini, pemimpin boleh dilihat sebagai seseorang yang diiktirafkan oleh satu atau lebih daripada satu orang, bahawa pemimpin mempunyai pengaruh, berwibawa, dan mempunyai kuasa sama ada jangka pendek atau jangka panjang dalam situasi yang tertentu . Dengan ini, maka adalah jelas bahawa pemimpin ditentukan oleh peranan dan bukannya oleh kedudukan. Seseorang yang dilantik sebagai pengetua, dijangka akan memainkan peranan “ pemimpin “ , iaitu , sebagai pemimpin pendidikan . Oleh yang demikian dalam organisasi sekolah kedudukan pengetua adalah yang paling penting. Oleh itu pengetua mempunyai kuasa, autoriti dan tanggungjawab untuk melaksanakan visi dan matlamat pendidikan. Dari
  • 8. Hassan Mohd Ghazali 8 kajian yang dijalankan, didapati bahawa peranan pengetua amat penting dalam memastikan keberkesanan sekolah dan kecekapan pentadbiran. Kajian tentang sekolah efektif juga banyak membicarakan peranan dan tugas pengetua dalam mengendalikan sekolah masing-masing. Hasil daripada dapatan dan saranan para penyelidik tentang sekolah efektif ini, pihak pengetua sekolah-sekolah menghadapi dilema sama ada berfungsi sebagai pemimpin pengajaran dan pentadbir atau pengurus sekolah. Walau bagaimanapun pengetua bukan sahaja memerlukan kedua- dua peranan di atas malahan lebih daripada itu. Sebagai seorang pengurus pendidikan, tanggungjawab utama pengetua ialah menjalankan kerja-kerja pentadbiran dan sekali gus bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran. Amalan pengurusan yang dijalankan adalah meliputi fungsi pengurusan seperti membuat rancangan, mengorganisasi, mengetuai dan mengawal, terutama sumber manusia, kurikulum, ko kurikulum, perkembangan staf, kewangan, persekitaran dan sebagainya. Peranan tersebut juga meliputi tugas-tugas sebagai pentadbir, pengurus, pemimpin, pendidik atau guru secara 'verbal' dan 'bukan verbal'. Beberapa kriteria pengetua yang dianggap baik atau ‘unggul’ antaranya ialah: 1. seorang yang mempunyai kesungguhan dalam tugas, 2. mempunyai visi ke arah mencapai matlamat serta, 3. berkemampuan tinggi dalam mencapai kemajuan akademik, 4. Berwawasan, 5. bercita-cita tinggi, 6. berusaha ke arah menepati hala tuju organisasi, serta
  • 9. Hassan Mohd Ghazali 9 7. kental dalam menghadapi cabaran adalah antara keperluan kendiri. Segala keriteria di atas adalah berhubungkait penentu kepada penghasilan sekolah cemerlang. Melalui keunggulan pengetua yang mempunyai kriteria di atas dapat menguruskan sekolah seperti diharapkan oleh Kementerian, guru-guru, staf sokongan dan Ibu bapa yang mengantar anaknya di sekolah. Dalam penentuan pengetua yang berkesan sebagai perancang dan pentadbir beberapa ciri khas yang perlu dimiliki oleh pengetua antaranya: 1. Ciri-ciri Kepimpinan; iaitu mempunyai personaliti kepimpinan yang boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif. 2. Personaliti yang mulia dan dihormati dengan perwatakan mesra dan mempunyai ketegasan yang bertempat 3. Kapasiti minda yang tinggi iaitu berilmu dan intelek 4. Kemahiran berkomunikasi dengan baik 5. Mempunyai Visi, Misi dan objektif yang jelas 6. Menepati fokus pentadibiran iaitu ‘the classroom view’ dan ‘the school-wide view’.
  • 10. Hassan Mohd Ghazali 10 Rajah: Tugas dan tanggungjawab pengetua disekolah Pendaftaran murid Disiplin Kebajikan(biasiswa/bantuan makanan/pakaian Skim pinjaman buku teks Kesihatan Keselamatan Bimbingan dan kaunserling Program kecemerlangan Kurikulum Hubungan Luar PIBG Jabatan Jurujual Agensi Kerajaan Kokurikulum Persatuan/Kelab/Badan Beruniform Sukan Permainan Hal Ehwal Murid Pentadbiran Pengurusan staf Perancangan sekolah Peraturan sekolah Kemudahan fizikal Pengurusan pejabat Pengurusan kewangan Maklumat/Data/Inventori Iklim Pendidikan dan Persekolahan Mengajar J/k Kurikulum Sekolah Panitia mata pelajaran Jadual Waktu Kelas/Makmal/ PSS/Bengkel Pemeriksaan Buku Rekod Mengajar Analisis keputusan peperiksaan Pencerapan dan penyeliaan P&P Penyemakan Kerja Latihan Murid Kelas pemulihan/bimbingan Pusat Sumber Sekolah TANGGUNGJAWAB PENGETUA
  • 11. Hassan Mohd Ghazali 11 Berhubung dengan pentadbiran sesebuah sekolah, maka gaya kepimpinan seseorang pengetua juga menjadi penentu kecemerlang sekolah Terdapat tiga gaya kepimpinan utama yang dipraktikkan oleh pemimpin iaitu: 1. gaya kepimpinan Demokratik, 2. gaya kepimpinan Autokratik, dan 3. gaya kepimpinan Laissez-faire . Gaya kepimpinan demokratik oleh seorang pengetua dalam mewujudkan kecermelangan pencapaian akedemik dan sahsiah di kalangan pelajar serta menanam semangat profesionalisme yang tinggi terhadap guru- guru dan kakitangan. Kajian tentang perubahan atau kemajuan organisasi mengatakan bahawa sesuatu inovasi memerlukan keadaan yang dapat menggerakkannya, supaya ia dapat dilaksanakan . Salah satu penggerak adalah dengan adanya cara kepimpinan demokrasi. Mengikut gaya kepimpinan seperti ini, mereka yang akan terlibat dalam perlaksanaan perubahan atau mereka yang mendapat kesan daripada perubahan itu, diberi peluang untuk berbincang dan membuat keputusan. Misalnya , dalam perlaksanaan kurikulum baru di sekolah , pihak yang terlibat dengan perubahan itu ialah guru , dan pihak yamg mendapat kesan daripada perubahan itu ialah pelajar . Mengikut cara kepimpinan demokrasi, kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan, dan membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum itu. Cara ini boleh menimbulkan semangat kesanggupan untuk bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu program . Cara demikian dikatakan dapat memberi kepuasan kepada mereka.
  • 12. Hassan Mohd Ghazali 12 Hord (1986) telah mengatakan bahawa sebarang perubahan dan inovasi yang hendak dilaksanakan, perlulah dilakukan dengan cara yang bijaksana, beserta dengan usahasama antara pemimpin dengan rakan sejawatannya atau stafnya. Oleh yang demikian, kepimpinan merupakan tingkahlaku pemimpin bagi mencari jalan untuk melaksanakan sesuatu program atau tugasan , yang bertujuan untuk mencapai matlamat organisasi itu . Walau bagaimanapun kepimpinan pengetua yang berkesan bukanlah bererti kepimpinan yang berjaya mendorong stafnya membuat perubahan semata-mata, tetapi juga merupakan kepimpinan yang berjaya dalam menyelesaikan masalah secara bersama-sama. Paling penting pengetua adalah sebagai pemimpin di sekolah haruslah melakonkan peranannya dengan cara yang berkesan bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolahnya . Dengan ini sesiapa yang menjadi pemimpin perlu berkerjasama dengan orang lain dan bekerja melalui mereka iaitu guru, pelajar, dan staf sekolah . Dengan cara demikian, inovasi dapat dilaksanakan, idea-idea baru dapat dikemukakan oleh pemimpin, matlamat sekolah dan matlamat pengajaran serta peranan masing-masing dapat ditetapkan, keberkesanan pelaksanaan inovasi dapat dinilai dan pelbagai lagi. Pengetua sebagai pemimpin sekolah hendaklah menjadi teladan dengan bekerjasama dengan rakan sejawatan atau dengan staf. Boleh dikatakan bahawa gaya kepimpinan demokratik amat berkesan di samping bergantung kepada kawalan dan pengaruh yang diberikan kepada seseorang pemimpin oleh sesuatu situasi. Gaya kepimpinan paling efektif
  • 13. Hassan Mohd Ghazali 13 akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif . Dalam situasi mana seorang pemimpin mempunyai kawalan dan pengaruh yang tinggi terhadap pemimpin berkenaan sesuatu tugas. Gaya kepimpinan ini amat disukai oleh para guru dan staf lain kerana ia lebih banyak berbincang atau membuat keputusan bersama-sama. Dengan ini akan menimbulkan suasana kondusif menyebabkan guru-guru dapat menumpukan sesi pengajaran dan pembelajaran dengan tenang dan gembira serta semangat yang jitu demi memartabatkan lagi profesion perguruan . Guru juga berasa bebas semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di kelas kerana gaya pengajaran tidak perlu terikat dengan sukatan mata pelajaran sepenuhnya tetapi mengikut tahap atau kemampuan murid serta `mood` pembelajaran pada sesuatu masa . Sesi perbincangan juga dapat memberi kesempatan kepada guru-guru untuk mereka memberi idea-idea kepada pentadbir demi untuk memajukan lagi pendidikan di sesebuah sekolah . Perbincangan sebegini sebenarnya boleh mencetuskan lagi idea-idea yang difikirkan masing-masing serta membuat teguran yang positif tanpa merasa takut atau rendah diri terhadap rakan setugas yang lain dan pengetua sendiri. Keberkesanan sekolah lazimnya diukur dan dinilai dari segi kejayaan atau pencapaian sekolah dalam peperiksaan di samping mewujudkan rasa kepuasan bekerja dalam sesebuah sekolah itu. Di dalam organisasi sekolah , keberkesanannya adalah tanggungjawab pengetua sekolah itu sendiri . Dia bertanggung jawab terhadap prestasi dirinya sendiri dan juga guru , pelajar serta staf-staf yang lain di sekolahnya. Tidak akan wujud prestasi, tanpa kepemimpinan yang berkesan, yang perlu dikuasai melalui proses pembelajaran. Dengan ini dapat dibuat kesimpulan bahawa apa yang
  • 14. Hassan Mohd Ghazali 14 membezakan keberkesanan sesebuah sekolah dengan sekolah yang lain adalah kepimpinan pengetuanya. Sekiranya kecemerlangan sekolah hendak dicapai, seseorang pengetua itu mestilah memainkan peranan pemimpin yang berketerampilan seperti menjadi pemimpin yang teknikal yang seharusnya memainkan peranan sebagai jurutera pengurusan. Kepimpinan seumpama ini ditumpukan kepada teknik pengurusan yang cekap dan mahir dalam memanipulasi strategi dan keadaan demi untuk menjamin keberkesanan yang maksimum. Kemahiran ini termasuklah aspek perancangan , pengelolaan , penjadualan , dan penyelarasan . Pengetua juga sebagai pemimpin manusia . Dalam hal ini pengetua memainkan peranan sebagai jurutera manusia . Maksudnya pengetua sewajarnya mahir dan cekap dalam aspek perhubungan manusia dan perhubungan individu serta mampu menggerakkan atau memotivasikan stafnya. Ini adalah langkah untuk melibatkan staf dalam membuat keputusan bersama . Seterusnya pengetua juga mestilah memainkan peranan sebagai penghulu yang memberi isyarat tentang nilai dan kepentingan atau tujuan sesuatu yang hendak dicapai melalui perbincangan. Ini termasuklah aktiviti seperti melawat kebilik darjah dan di kawasan sekolah , mengetuai upacara rasmi di sekolah . Di samping itu pengetua yang memainkan peranan ini juga mempunyai wawasan sebagai satu unsur kepimpinannya. Kepimpinan seperti ini meletakkan pengetua sebagai tumpuan perhatian bagi semua guru dan pelajar
  • 15. Hassan Mohd Ghazali 15 Pengetua juga diibaratkan sebagai pemimpin budaya, dalam hal ini , pengetua memainkan peranan sebagai “high priest” . Kepimpinan budaya ini sangat penting bagi mencapai kecermelangan sekolah. Pengetua yang menjalankan peranan ini dapat dilihat menerusi usaha-usahanya mencari ,mentafsir dan memperkukuhkan nilai , kepercayaan dan unsur budaya yang dapat menjadikan sekolah itu sebagai sebuah sekolah yang unik . Peranan ini termasuklah mengadakan aktiviti sosialisasi guru dan pelajar dengan budaya sekolah . Ini termasuklah mengadakan upacara memberi hadiah atau penghargaan kepada sesuatu kejayaan yang dicapai . Kepimpinan seperti ini sering memperlihatkan usaha bagi mengekalkan imej dan prestij sekolah . Di samping itu , peranan ini juga melibatkan usaha untuk menarik perhatian setiap orang guru dan pelajar di sekolah dan juga orang lain terhadap pencapaian matlamat sekolah dan perhubungan yang mesra. Dalam gaya kepimpinan demokratik , pengetua juga menggunakan ciri- ciri humaniratin atau “modestly effective” . Fokus utama pengetua bercirikan demikain adalah iklim sekolah atau perhubungan antara perorangan . Apabila membuat keputusan, pengetua ini mengamalkan penglibatan bersama , yang bertujuan untuk menglibatkan dan mendorong staf dalam membuat keputusan bersama. Oleh yang demikian staf akan merasa dihargai . Pengetua seperti ini menunjukkan tingkahlaku yang proaktif dalam membuat keputusan yang melibatkan aspek iklim . Jika sesuatu keputusan yang akan diambil , pengetua terlebih dahulu akan berbincang dengan stafnya serta keputusan yang akan dibuat adalah berasaskan maklumat dan kajian penyelidikan dan hasil analisis maklumat ini menjadi sumber untuk membuat keputusan . Dari segi matlamat pula , pengetua memilih pelbagai sumber dan
  • 16. Hassan Mohd Ghazali 16 meletakkan pengharapan yang tinggi kepada para pelajarnya . Matlamat jangka pendek digubal dan digunakan sebagai landasan interaksi dengan staf , agar haluan yang hendak ditujui dapat dipersetujui bersama .Pengetua juga menggunakan pelbagai strategi bagi memajukan pelajaran dengan mengambil kira kesemua faktor yang mempengaruhi pengalaman pelajar di sekolah dan di bilik darjah . Kriteria pemilihan strategi itu bergantung pula pada matlamat faktor , konteks , dan masalah yang ditanggapkan . Walau bagaimanapun , pengetua yang bertindak sebagai penyelesai masalah ini banyak menggunakan strategi faktor khusus untuk mencapai matlamatnya . Dia juga mempunyai pemahaman yang jelas tentang faktor tersebut dan pemahaman ini berasaskan penyelidikan dan pertimbangan professional . Dengan gaya kepimpinan ini pengetua dapat menyebarkan dengan jelas matlamat mereka kepada komuniti sekolah dengan menggunakan strategi yang berkesan , seperti membina dan mengekalkan perhubungan dan kemahiran staf , mengadakan kemudahan komunikasi dalam sekolah dan antara sekolah serta dengan komuniti. Sebagai pentadbir sekolah , kepimpinan demokratik dapat memastikan sekolah itu berjalan dengan lancar , demi untuk memastikan suasana pembelajaran yang kondusif untuk pelajar . Pengetua seperti ini menumpukan perhatian , misalnya kepada penyediaan senarai tugas stafnya , peraturan dan disiplin pelajar , pesanan alat pembelajaran dan di samping memastikan suasana sekolah kondusif bagi proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan mengekalkan suasana yang kondusif ini semua perancangan dapat berjalan dengan lancar dengan mendapat kerjasama semua pihak bagi melicinkan lagi pentadbiran serta perjalanan pengajaran dan pembelajaran di
  • 17. Hassan Mohd Ghazali 17 sekolah. Semua yang terlibat juga dapat menyumbangkan idea – idea yang dapat membantu dengan rasa gembira serta berpuas hati apabila segala idea yang disumbangkan dibincang bersama demi untuk kemajuan pendididikan di sekolah . Dengan perbincangan seperti ini maka idea-idea yang paling baik pasti digunakan dan dijalankan bagi kepentingan sokolah dan pelajar-pelajar . Kesimpulan Berdasarkan kepada perbincangan yang diperkatakan di atas maka jelaslah kepada kita bahawa untuk menerajui sesebuah organisasi pendidikan terutama untuk mencapai matlamat sekolah cemerlang, pengetua perlu mempunyai ilmu pengetahuan yang relevan serta mempunyai kepakaran dalam pendidikan di samping mempunyai kebolehan memimpin. Dalam masa yang sama pengetua adalah sebagai perancang yang berwibawa dan berkesan. Oleh yang demikian aspek ini memerlukan ketelitian serta kemahiran yang tinggi bagi menangani pelbagai situasi yang mungkin timbul seperti soal keberkesanan program, kerjasama antara staf, sumber kewangan dan sebagainya. Pentadbir pendidikan seperti pengetua perlu mengikuti pelbagai kaedah atau program yang berkaitan dengan pendidikan terkini sesuai dengan era kemajuan komunikasi dan maklumat (ICT). Sekolah yang berjaya dan cemerlang memerlukan semangat kerja berpasukan harus diutamakan. Tanpa penyertaan semua pihak, perancangan yang diatur mungkin gagal atau tidak berkesan. Amalan seperti ini boleh membawa kepada keberkesanan pembelajaran dan pengajaran serta memberi impak kepada tercapainya matlamat sekolah cemerlang.
  • 18. Hassan Mohd Ghazali 18 Paling penting sebagai pengetua harus mengharungi dasar-dasar yang diutarakan oleh KPM antara paling penting ialah ‘Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010’. Pembangunan sistem pendidikan kebangsaan berlandaskan teras utama berikut:- • Akses kepada pendidikan • Ekuiti dalam pendidikan • Kualiti dalam pendidikan • Kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan Berdasarkan teras utama ini, KPM merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan pendidikan bagi mencapai matlamat pendidikan. Antaranya: • Memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). • Meningkatkan kreativiti , inovasi dan budaya ilmu pelajar. • Membudayakan sains dan teknologi dan pembelajaran sepanjang hayat. • Menyediakan sistem pendidikan yang lebih cekap, berkesan dan bertaraf dunia. • Menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan • Meningkatkan martabat pendidikan Malaysia pada peringkat antarabangsa. Segala dasar dan matlamat yang ditentukan oleh KPM akan menjadi factor
  • 19. Hassan Mohd Ghazali 19 penggerak kepada kecemerlangan sekolah melalui kepimpinan pengetua. Bibliografi Abdul Rahman Aroff dan Zakaria Kasa. (1987). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Petaling Jaya: Fajar Bakti. Bahagian Sekolah Sekolah KPM. (2007). Memperkasa Kepimpinan Instruksional Di Sekolah. Kuala Lumpur: KPM Campell, Roald F. (1997). Pengenalan Pentadbiran Pendidikan. Kuala Lumpur: Aslina Sdn Bhd. Hussein Mahmood. (1993). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. James A.F. Stoner, Charles Wankel. (1989). Pengurusan (Edisi Ketiga). Petaling Jaya: Aniza Publishing Sdn Bhd Mohd Salleh Lebar. (2000). Pentadbiran Pendidikan & Pendidikan Di Malaysia. Petaling Jaya: Addison Wesley Logmans Malaysia Sdn Bhd. Razali Mat Zin. (1991). Kepimpinan dalam Pengurusan. Kuala Lumpur: Utusan Melayu.