2. PKB 3104 : KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Pengenalan kepada Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu
1. Teori : Bahasa dan Komunikasi
2. Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
3. Kemahiran Lisan
4. Kemahiran Membaca
5. Kemahiran Menulis
.
6 Kajian Sukatan dalam Huraian Sukatan Pelajaran
7. Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa
3. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1 : Teori:Bahasa & Komunikasi
Pengenalan Kepada Bahasa
Bahasa merupakan alat berkomunikasi yang sangat penting dalam
konteks perhubungan sesama manusia. Melalui bahasa manusia
dapat melahirkan idea, perasaan, dan berhubung di antara satu
sama lain. Bahasa dikuasai secara semula jadi atau dipelajari secara
formal atau tidak formal. Keupayaan berbahasa dengan baik
membolehkan seseorang itu berkomunikasi dengan lebih berkesan
lagi.
Kanak-kanak keperluan khas bermasalah pembelajaran memang
diakui mengalami masalah dalam bahasa kemahiran berbahasa.
Justeru mereka mengalami masalah untuk mengikuti pelajaran dan
juga berkomunikasi dengan rakan sebaya mereka. Guru perlu
memahami masalah yang dihadapi pelajarnya supaya ia dapat
merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.
4. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori:Bahasa & Komunikasi
Definisi dan Konsep Bahasa
Bahasa merupakan alat untuk manusia berkomunikasi. Oleh itu ketidakupayaan berbahasa
akan menjejaskan keberkesanan komunikasi seseorang. Tedapat berbagai-bagai definisi bahasa
yang diberikan oleh tokoh-tokoh bahasa dan juga linguistik. Di antaranya adalah seperti
berikut:
”Bahasa adalah lambang-lambang yang kita jadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk
mewakili sesuatu.” (Reed, C.A., 1994)
”Satu struktur yang unik daripada bunyi-bunyi dan ucapan yang dipilih dan disusun secara
sewenang-wenangnya (arbitrary) untuk dipakai oleh sesuatu masyarakat untuk berhubung.”
(Simanjuntak, 1978)
”Lambang-lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui
dan digunakan untuk berkomunikasi.” (Bloom, 1988)
Daripada definisi bahasa di atas, jelas bahawa bahasa terdiri daripada lambang-lambang
pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang (arbitrari). Menurut Hayakawa (1964),
arbitrari bermaksud sebagai “ no necessary connection between the symbol and that which is
symbolized…”
5. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Komponen Bahasa
Bahasa terdiri daripada 3 komponen iaitu bentuk, kandungan dan penggunaan.
Komponen bentuk terdiri daripada fonologi, morfologi dan sintaksis. Komponen
kandungan terdiri daripada semantik, manakala pragmatik termasuk dalam
komponen penggunaan. Gabungan ketiga-tiga komponen ini mewujudkan bahasa
interaksi.
1.2.1 Bentuk bahasa
Fonologi adalah sistem bunyi bahasa dan peraturan linguistik yang menentukan
kombinasi bunyi.
Morfologi adalah peraturan linguistik yang menentukan struktur perkataan dan
pembentukan perkataan daripada unsur makna yang asas (morfem).
Sintaksis adalah peraturan linguistik yang menentukan susunan dan gabungan
perkataan-perkataan bagi membentuk ayat dan hubungan di antara unsur dalam
lingkungan ayat tersebut.
6. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Komponen Bahasa
1.2.2 Kandungan Bahasa
Semantik adalah sistem psikolinguistik yang mencorak kandungan
pertuturan, kehendak, dan makna perkataan dan ayat.
1.2.3 Fungsi Bahasa
Pragmatik adalah sistem sosiolinguistik yang mencorak penggunaan bahasa
dalam komunikasi, yang mungkin disampaikan secara pergerakan atau
percakapan.
7. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Penguasaan Tatabahasa
Perkataan nahu atau tatabahasa adalah terjemahan daripada perkataan
„grammar‟. Perkataan „grammar‟ ini sebenarnya berasal daripada
perkataan Greek yang memberi gambaran makna “suatu seni bacaan dan
penulisan”. Perkataan ini kemudiannya digunakan sebagai istilah umum
untuk kajian dan pemerian (penghuraian) bahasa.
Sebenarnya pengertian nahu atau tatabahasa ini sangat luas. Namun
secara mudahnya dapatlah ditakrifkan nahu atau tatabahasa ini sebagai
satu bidang linguistik yang mengkaji dan memerikan bahasa secara
saintifik dan kajiannya adalah ditumpukan kepada perkataan, proses
pembentukannya dan proses penyusunannya dalam bentuk ayat
(Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham, 1987).
8. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Dalam konteks penguasaan tatabahasa murid-murid bermasalah
pembelajaran, ternyata ianya merupakan suatu masalah yang sangat
rumit dan membelenggu kehidupan mereka. Ciri-ciri kemahiran bahasa
dalam kalangan murid-murid bermasalah pembelajaran meliputi
ketidakupayaan memperolehi bahasa reseptif yang tepat, ketidakupayaan
memproses bahasa dengan tepat dan ketidakupayaan menguasai serta
melahirkan bahasa ekspresif.
Secara khusus masalah bahasa yang dihadapi oleh pelajar yang
bermasalah pembelajaran termasuklah ;
i. Mengingat kembali perkataan
ii. Memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna
iii. Menyatakan perkara atau bentuk yang abstrak
iv. Menggunakan ayat yang betul dan lengkap (struktur tatabahasa)
v. Meminta penjelasan untuk mesej yang kurang difahami
vi. Mempelbagaikan gaya berkomunikasi untuk menyesuaikannya dengan
pendengar yang berbeza
vii. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis
viii.Memaklumkan sesuatu maklumat kepada orang lain.
9. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Jenis Bahasa
Bahasa dapat digolongkan kepada dua jenis iaitu bahasa penerimaan / reseptif dan bahasa
penglahiran / ekspresif. Kedua-dua jenis bahasa ini penting dalam melengkapkan proses berbahasa
seseorang. Bagi individu normal, mereka mungkin tidak mempunyai masalah dari segi penguasaan
kedua-dua jenis bahasa ini, akan tetapi bagi individu bermasalah pembelajaran ianya merupakan
suatu masalah yang amat merumitkan.
1. Penerimaan / Reseptif
Proses memahami lambang-lambang bahasa pertuturan dinamakan „Bahasa Penerimaan‟
(Reseptive Language). Gangguan dalam proses ini disebut sebagai „Reseptive Aphasia‟. Gangguan
ini berlaku kerana masalah diskriminasi pendengaran, lemah daya ingatan pendengaran dan sukar
mengaitkan makna perkataan. Kerencatan otak yang biasa dialami oleh kanak-kanak bermasalah
pembelajaran juga menyebabkan mereka mempunyai masalah dalam bahasa reseptif ini.
Permasalahan yang timbul dalam konteks bahasa reseptif ini ialah kesukaran menurut arahan,
bergerak balas terhadap sesuatu rangsangan, memaham perkataan, membentuk konsep,
memahami jenaka atau „gestures‟ dan mengikuti pelajaran lisan dan bacaan.
10. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
2. Penglahiran / Ekspresif
Proses menghasilkan pertuturan (sebutan) dan penulisan (tulisan) dinamakan „Bahasa
Penglahiran‟ (Expressive Language). Gangguan di dalam proses ini disebut sebagai
„Expressive Aphasia‟. Lain-lain istilah yang berkaitan ialah „Dysnomia‟ atau „Anomia‟ iaitu
kesukaran mengingat dan menyebut perkataan atau nama-nama objek; dan „Apraxia‟
iaitu kesukaran menghasilkan (membunyikan) perkataan kerana gangguan saraf untuk
motor alat artikulasi.
Kanak-kanak yang mengalami bahasa penglahiran ini boleh mengumpul perbendaharaan
kata, memaham makna perkataan dan mengikut arahan, tetapi tidak boleh mencari
perkataan untuk digunakan dalam pertuturan, melahirkan (menyebut) perkataan dan
menyusun perkataan-perkataan menjadikan ayat dalam sama ada dalam pertuturan dan
penulisan.
11. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
Masalah Bahasa Dan Komunikasi Dalam Kalangan Murid-
murid Bermasalah Pembelajaran
Seperti mana kanak-kanak normal yang lain, murid-murid
bermasalah pembelajaran memerlukan bahasa untuk mereka
dapat berkomunikasi dalam ruang lingkup hidup bermasyarakat.
Malangnya mereka mengalami ketidakupayaan dalam aspek
berbahasa menjadikan kehidupan mereka agak janggal pada
pandangan masyarat sekeliling. Masalah mereka tidak harus
dibiarkan begitu sahaja. Mereka perlu diberikan intervensi bahasa
agar mereka dapat hidup secara lebih bermakna dalam kehidupan
bermasyarakat.
12. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU
1. Masalah Bahasa dan Linguistik
Dalam membicarakan masalah bahasa dan linguistik kanak-kanak
bermasalah pembelajaran, masalah utama yang timbul ialah kesukaran
dalam memahami arahan, masalah dalam komunikasi yang melibatkan
kemahiran penguasaan bahasa reseptif dan bahasa penglahiran, masalah
dalam amalan bersosial dan juga melibatkan masalah dalam bacaan,
ejaan dan tulisan. Masalah bahasa dan linguistik bagi kanak-kanak
bermasalah pembelajaran juga dapat diperjelaskan dalam kelompok atau
komponen berikut;
i. Fonologi
Kanak-kanak dengan masalah fonologi berkemungkinan
menghadapi masalah dalam bahasa lisan. Mereka kerap
membuat kesalahan menggantikan bunyi dalam perkataan seperti
“nama” untuk “mama”, “blink” untuk ”drink”.
13. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi
ii. Morfologi
Kecelaruan yang melibatkan morfologi termasuklah penggunaan
imbuhan yang luar biasa, struktur ayat yang salah, dan
penggunaan “tenses” yang salah (bahasa Inggeris).
iii. Sintaksis
Masalah yang berkaitan sintaksis (ayat) pula melibatkan
kesalahan tatabahasa yang boleh memberi kesan dalam
menyusun dan menyampaikan pendapat yang kompleks.
14. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi
iv. Semantik
Masalah semantik dapat dilihat melalui perkembangan
perbendaharaan kata yang lemah, menggunakan makna
perkataan yang tidak sesuai, dan tida berupaya memahami
makna perkataan.
v. Pragmatik
Masalah berkaitan pragmatik melibatkan ketidakupayaan
kanak-kanak memahami atau menggunakan bahasa dalam
konteks atau perbualan dalam situasi yang berbeza.
15. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 1: Teori : Bahasa & Komunikasi
2. Masalah Artikulasi
Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah pengeluaran
bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal, sehingga menyebabkan
percakapan menjadi tidak tepat, tidak jelas, sukar difahami atau
percakapan yang tidak sesuai. Masalah artikulasi terdiri daripada
perkara-perkara berikut:
i. penggantian
ii. pengguguran
iii. pengubahan, dan
iv. penambahan
Penggantian bunyi terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu
perkataan digantikan dengan bunyi yang lain, misalnya “malan”
untuk “makan”, dan ” wabbit” untuk “rabbit”. Kesilapan ini sering
berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum matang.
16. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU.Tajuk 1: Teori: Bahasa & Komunikasi
Pengguguran bunyi pula melibatkan pengguguran atau
menghilangkan sesuatu bunyi konsonan. Pengguguran boleh
berlaku di permulaan, tengah, atau akhir perkataan, misalnya
“idung” untuk “hidung”, “besa” untuk “besar”, dan lain-lain.
Pengubahan bunyi terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga
boleh menghilangkan maknanya. Masalah ini ketara dalam
penyebutan bahasa Inggeris misalnya perkataan “sip” disebut
“shlip”. Sekiranya untuk perkataan “susah”, konsonan “s” disebut
dengan hembusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh
mengubah bunyi perkataan tersebut, misalnya “sssyusyah”
Penambahan bermaksud menambah bunyi tertentu dalam
perkataan seperti “bawa” disebut “bawah atau bawuah”, “animal”
disebut “ ammanimal” atau “ammaminal”.
17. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk1 :Teori : Bahasa & Komunikasi
3. Masalah Kefasihan dan Rentak
Gangguan kelancaran (masalah kefasihan dan rentak) melibatkan
aliran pertuturan yang mempengaruhi kadar dan kelicinan
pertuturan seseorang. Gagap adalah bentuk gangguan
kelancaran pertuturan yang paling biasa. Seseorang dikatakan
gagap apabila menyebut sesuatu perkataan berulang-ulang,
tersekat-sekat, dan diikuti ketegangan otot tekak. Keadaan ini
terjadi akibat gangguan pernafasan yang berpunca daripada
penyelarasan otot pertuturan yang tidak sempurna. Gagap
berlaku secara berselang-seli di antara pertuturan normal dan
gagap mengikut kelonggaran dan ketegangan otot pertuturan.
18. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
BAHASA
Jenis-jenis Prinsip-prinsip
Tahap
Teori-Teori Pendekatan Intervensi
Perkembangan
Pemerolehan Bahasa Bahasa
Bahasa jenijenis
pendekatan
- Induktif - Sedikit kepada banyak
Fonologi Teori Kognitif
- Deduktif - Mudah kepada sukar
Morfologi Teori Behavioris
- Cerakinan - Konkrit kepada abstrak
Sintaksis Teori Mentalis
- Eklektik / - Pelbagai situasi
Semantik Teori Interaksionis
Gabungan - Pelbagai media
Pragmatik
19. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
Tahap Perkembangan Bahasa Mengikut Umur
Rajah 1. Tahap Perkembangan/Penguasaan Bahasa Kanak-
kanak Normal
Umur Ciri-ciri Penguasaan Bahasa
3 bulan Bermula dengan pelbagai bunyi bahasa dan semakin lama melupuskan
penggunaan bunyi-bunyi tersebut yang tidak digunakan dalam
persekitarannya.
12 bulan ( 1 tahun ) Menggunakan kata tunggal seperti 'mama' dan 'baba'.,Perkataan ini
melambangkan keseluruhan
ayat yang hendak dikatakan.
18 bulan Menggunakan dua atau tiga patah perkataan seperti tengok ayam. Kanak-
( 11/2 tahun ) kanak mewujudkan peraturan-peraturan berbahasa yang tersendiri. Kosa
kata yang kuasai lebih kurang 300 patah
perkataan.
24 bulan - 36 bulan Kanak-kanak menggunakan perkataan dari pelbagai jenis kata. Kanak-
( 2 tahun - 3 tahun ) kanak boleh menggunakan ayat mudah dan ayat majmuk. Mula
memasukkan konsep banyak dan sedikit dalam ayat.
20. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
36 bulan - 48 bulan Penggunaan kata-kata yang berunsur negatif mula
( 3 tahun - 4 tahun ) digunakan. Konsep nombor seperti satu, dua dan
tiga dapat difahami. Pertuturan semakin kompleks
dengan penggunaan lebih banyak kata adjektif, kata
kerja, kata ganti diri dan kata hubung. Anggaran
penguasaan kosa kata ialah 1500 perkataan.
48 bulan - 60 bulan Bahasa semakin abstrak dan dapat menguasai
( 4 tahun - 5 tahun ) peraturan-peraturan asas berbahasa. Kanak-kanak
menggunakan ayat-ayat yang betul dari segi struktur
tatabahasa. Perbendaharaan kata lebih kurang 2500
perkataan.
5 tahun - 6 tahun Kebanyakan kanak-kanak menggunakan ayat-ayat
kompleks. Betul penggunaan kata ganti diri dan
struktur tatabahasa. Purata jumlah perkataan ialah
6.8. kanak - kanak menguasai lebih kurang 6000
perkataan.
21. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
6 tahun – 7 Kanak – kanak bertutur menggunakan ayat kompleks
tahun dan perkataan seperti kalau, jika dsb. Bahasa semakin
simbolik. Kanak-kanak mula membaca dan menulis serta
memahami konsep masa dan musim. Purata panjang
ayat ialah 7.5 perkataan.
8 tahun – 10 Kanak-kanak mula menghubungkan konsep kepada
tahun idea-idea umum dengan menggunakan kata hubung
seperti walaupun, sementara dan manakala. Purata
perkataan dalam ayat ialah 9 perkataan.
10 tahun – 12 Kanak- kanak menggunakan ayat-ayat majmuk dalam
tahun kehidupan. Perkataan seperti mungkin dan pasti
semakin kerap digunakan. Purata perkataan dalam ayat
ialah 9.5 perkataan.
( Ubah suai daripada D.C Norton ( 1985 ). The Effective Teaching of Language Arts )
22. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
Teori-teori Pemerolehan Bahasa
1. Teori Behavioris
Teori Behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa yang
berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B.F.Skinner (1938). Menurut
Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau ahli keluarga yang
lain mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan memberi ganjaran setiap
kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan yang diajar itu. Ganjaran yang
diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu perlakuan bahasa yang betul yang berjaya
dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”,
senyuman, ciuman, tepuk tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak
bercakap.
B.F. Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan manusia
yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan prinsip Teori Behavioris
iaitu;
Rangsangan --------------- tindak balas
Dalam mempelajari bahasa, persekitaran mempunyai pengaruh yang sangat penting terhadap
kanak-kanak. Pengaruh rangsangan persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa
akan membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan
yang diberi akan merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya.
23. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
2. Teori Mentalis
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky (1959) yang mengatakan bahawa pemerolehan bahasa
berlaku secara mentalis. Menurutnya, kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang
bersifat universal. Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa apa sahaja
Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu Hipotesis Nurani ( The Innateness
Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik)
untuk berbahasa. Otak manusia telah diperlengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali
sebagai LAD ( Language Acquisition Device).
Bagi menguatkan teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i. proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak boleh dikatakan sama;
ii. proses pemerolehan bahasa ini tidak ada kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah
juga juga memperoleh bahasa pada masa dan cara yang hampir sama );
iii. proses pemerolehan bahasa tidak pula dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak ; dan
iv. tatabahasa yang dihasilkan oleh semua kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate) kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya,
Chomsky memberikan tiga hujah berikut;
i. wjujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri
daripada ciri-ciri tatabahasa dan kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
ii. bentuk-bentuk ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperolehinya tanpa keupayaan
sejadi; dan
iii. kanak-kanak boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa
keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
24. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
3. Teori Kognitif
Teori Kognitif berlandaskan pandangan Piaget seorang ahli psikologi
berbangsa Swiss. Menurut Piaget, perkembangan bahasa kanak-kanak berkait
rapat dengan perkembangan mentalnya. Malah beliau berpendapat bahawa
bahasa kanak-kanak itu adalah manifestasi penting daripada perkembangan
mentalnya. Untuk memperoleh penguasaan bahasa seseorang kanak-kanak
perlu melalui beberapa peringkat perkembangan kognitifnya.
Peringkat pertama dikatakan sebagai peringkat deria-motor iaitu kanak-kanak
berumur dalam lingkungan 18 bulan hingga 2 tahun. Pada peringkat ini kanak-
kanak membentuk skemata atau struktur kognitif hasil daripada interaksi yang
aktif dengan persekitaran. Pengetahuan digambarkan dalam pelbagai bentuk
simbolik. Dari umur 2 hingga 7 tahun, kanak-kanak memasuki peringkat tahap
pemikiran praoperasi konkrit. Dalam peringkat ini penguasaan bahasa kanak-
kanak semakin berkembang. Dalam lingkungan umur 4 tahun kanak-kanak
sudah mula pandai bercakap dan boleh membentuk ayat serta memahami
percakapan orang lain. Peringkat ketiga adalah operasi konkrit (7 – 12 tahun)
iaitu sudah dapat menguasai beberapa kemahiran seperti hukum pengekalan,
konsep hubungan, pengkategorian, dan persirian. Umur selepas 12 tahun
dikatakan sebagai peringkat operasi formal.
25. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
Jenis-jenis Pendekatan
Pendekatan mencerminkan satu falsafah, pandangan, pegangan, atau pendirian bagi
melihat, memahami, dan mendekati sesuatu perkara. Dalam bidang pedagogi bahasa,
pendekatan bersifat abstrak, dan falsafah yang berkaitan dengan pendekatan itu
bersifat teoritis. Kekuatan sesuatu pendekatan itu hanya dapat dinilai setelah
dilaksanakan, misalnya di dalam bilik darjah (Abd. Aziz Talib, 2000).
Berkaitan dengan pengajaran bahasa, Kamarudin Hj.Husin (1988) memberikan empat
jenis pendekatgan iaitu:
i. pendekatan induktif
ii. pendekatan deduktif
iii. pendekatan eklektik, dan
iv. pendekatan komunikatif
Guru perlu jelas apakah pendekatan yang hendak diambilnya, apakah kaedah yang
sesuai digunakan untuk tajuk dan pada situasi tertentu, dan akhirnya apakah teknik
pengajaran yang sesuai dengan pendekatan dan kaedah yang telah dipilih. Dari situlah
dipilih aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan kebolehan
muridnya.
26. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
1.Pendekatan Induktif
Berdasarkan pendekatan induktif, pengajaran dimulakan
secara melihat contoh-contoh unsur bahasa yang diajar.
Melalui contoh-contoh yang diberi itu akan membantu
pelajar membuat kesimpulan atau keputusan tentang aspek
bahasa yang diajar. Guru hanya membantu murid melalui
soalan-soalan, berbincang, memerhati, memberi contoh-
contoh dan sebagainya, dan akhir sekali memberi peluang
kepada murid membuat kesimpulan sendiri berdasarkan
pemahamannya.
27. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
2.Pendekatan Deduktif
Pendekatan deduktif adalah berlawanan dengan pendekatan induktif,
iaitu dalam pendekatan ini pengajaran dibuat dengan memberi
kesimpulan atau generalisasi terlebih dahulu di awal pengajaran dan
kemudian barulah dikemukakan contoh-contoh yang sesuai selepasnya.
28. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
Ternyata kedua-dua pendekatan deduktif dan induktif mempunyai perbezaan dari beberapa
segi. Koh Boh Boon (1990) menjelaskan perbezaan tersebut seperti berikut:
Aspek Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif
1. Andaian Satu penyusunan awal (advanced Pelajar memperolehi manfaat jika
organiser) amat berguna kepada pelajar menemui jawapan sendiri
2. Cara Generalisasi Contoh Contoh Generalisasi
3. Peranan Guru Sebagai pembentang dan penghurai Sebagai pendorong dan pengarah
jawapan dalam pencarian jawapan
4. Peranan Sebagai pencari jawapan yang aktif
pelajar Sebagai penerima jawapan yang agak
pasif
29. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
3. Pendekatan Cerakinan
Pendekatan ini berdasarkan prinsip ‟analisis; yang mendahulukan unsur-unsur
besar, kemudian unsur-unsur itu dicerakinkan kepada unsur-unsur yang kecil.
Pengajaran bahasa (contohnya bacaan) mengikut pendekatan ini mungkin
dimulakan dengan memperkenalkan ayat kepada murid-murid . Ayat itu
kemudiannya dicerakinkan kepada perkataan-perkataan. Daripada perkataan itu
dicerakinkan pula menjadi suku kata dan huruf-huruf. Misalnya :
Langkah 1 : Mengenalkan ayat : ‟Ali ada baju baru‟
Langkah 2 : Mengenalkan rangkai kata : Ali ada
baju baru
Langkah 3 : Mengenalkan perkataan : [Ali] [ada] [baju] [baru]
Langkah 4 : Mengenalkan suku kata : [a] [li] [da] [ba] [ju] [ru]
Langkah 5 : Mengenalkan huruf : [a] [b] [d] [i] [j] ]l] [r] [u]
30. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
4. Pendekatan Eklektik
Pendekatan eklektik adalah gabugan kedua-dua pendekatan induktif dan
pendekatan deduktif bagi membentuk satu strategi pengajaran. Model
pendekatan eklektik bergantung kepada pendekatan mana yang diberi
penekanan . Model-model di bawah akan membantu anda memahami
penggunaan pendekatan eklektik.
a) Penekanan kepada pendekatan induktif:
Contoh/fakta Kesimpulan Contoh
a) Penekanan kepada pendekatan deduktif:
Kesimpulan Contoh Generalisasi
31. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
Intervensi Pengajaran Bahasa
Kanak-kanak yang dikenal pasti menghadapi masalah bahasa hendaklahlah
diberi perhatian untuk dipulihkan dengan segera. Tindakan awal untuk
membantu memulihkan atau mengurangkan masalah yang dihadapi oleh kanak-
kanak ini dikenali sebagai intervensi. Apabila mengajar bahasa kepada kanak-
kanak masalah pembelajaran, guru hendaklah menggunakan beberapa teknik
pengajaran yang khusus bagi memenuhi keperluan bahasa kanak-kanak
tersebut. Di antara intervensi pengajaran bahasa untuk membantu kanak-
kanak mengatasi masalah penguasaan bahasa mereka adalah seperti berikut:
i. Ajar bahasa di dalam situasi
Mengajar bahasa di dalam situasi yang diadakan akan membantu kanak-
kanak memahami isi pelajaran dan seterusnya menguasai kemahiran
bahasa yang diajar.
Contoh: membantu ayah di kebun.
32. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
ii. Ikut urutan perkembangan bahasa normal
Pengajaran bahasa hendaklah berdasarkan kemampuan berbahasa kanak-
kanak mengikut peringkat umur mereka.
iii. Guna strategi pengajaran yang khusus dan berkesan ketika
memperkenalkan konsep baru
Pelbagai strategi pengajaran khusus boleh digunakan untuk mengajar
kanak-kanak masalah pembelajaran seperti teknik REBUS, kaedah VAKT,
kaedah fonik dan sebagainya.
iv. Bercakap tentang apa yang mereka fikir atau lakukan
Kanak-kanak mesti dilatih bercakap dan menyampaikan buah fikiran
mereka. Satu cara mudah merangsang mereka bercakap adalah dengan
meminta mereka bercakap tentang apa yang mereka sedang fikirkan atau
perkara yang mereka sedang lakukan.
33. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 2: Pendekatan P & P Bahasa
v. Terangkan apa yang orang lain lakukan
Kemahiran menerang boleh ditingkatkan dengan cara meminta mereka menceritakan
perkara yang dilakukan oleh orang lain. Menceritakan apa yang dilihat adalah lebih
mudah dilakukan oleh kanak-kanak masalah pembelajaran.
vi. Gunakan contoh yang betul untuk memberikan latihan bagi kemahiran bahasa yang
khusus
Menunjukkan contoh yang betul atau modeling digunakan supaya kanak-kanak dapat
meniru kemahiran bahasa yang betul. Kemahiran bacaan mekanis misalnya boleh
dajar dengan cara guru menunjukkan cara bacaan yang betul atau menayangkan
rakaman pembaca berita TV membaca berita.
vii. Gunakan aktiviti harian dalam menyediakan latihan kemahiran-kemahiran bahasa
dalam lingkungan konteksnya
Aktiviti harian kanak-kanak sama ada di rumah atau di sekolah boleh dimanfaatkan
untuk menyediakan pengalaman-pengalaman bahasa yang boleh mereka pelajari.
Selain itu, aktiviti harian pelajar juga boleh digunakan sebagai bahan atau tema
pengajaran bahasa.
Dalam merangka intervensi pengajaran dan pembelajaran bahasa kepada kanak-kanak
masalah pembelajaran, aktiviti hendaklah berfokuskan pelajar.
34. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
Pengenalan Kepada Kemahiran Lisan
• Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur,
ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga
melibatkan kemahiran mendengar.
• Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting
iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan
baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini.
• Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran
akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat
bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu.
35. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
Definisi dan konsep lisan
• Dalam definisi bahasa jelas dinyatakan bahawa bahasa sebagai
lambang-lambang pertuturan atau dalam bentuk lisan. Manusia
mencipta lambang-lambang pertuturan terlebih dahulu sebelum
mencipta simbol-simbol tulisan.
• Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula
daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru
atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap.
Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak
sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik.
• Kesimpulannya, kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting
iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai
kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-dua aspek ini
dengan baik terlebih dahulu.
36. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
Jenis kemahiran lisan
Berdasarkan definisi mendengar di atas, dapatlah dikatakan bahawa
kemahiran lisan melibatkan tiga jenis atau perkara yang penting iaitu;
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi
ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi
pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi,
mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi
iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-
petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada
pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh
makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi
sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.
37. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
Penilaian Bahasa Lisan
• Kemahiran mendengar dan bertutur atau lisan adalah kemahiran asas
bahasa. Oleh itu penilaian kemahiran lisan sangat penting dalam pengajaran
bahasa untuk mengetahui tahap pencapaian sebenar pelajar supaya guru
dapat merancang strategi pengajarannya dengan lebih berkesan. Ujian lisan
adalah kompleks dan agak rumit untuk dilaksanakan berbanding dengan ujian-
ujian bahasa yang lain.
• Dalam pengajaran dan pembelajaran lisan, kemahiran yang terdapat di
dalamnya boleh dinilai secara formal atau tidak formal. Pada peringkat rendah,
penilaian lisan biasanya menekankan kapada penguasaan sesuatu aspek
kemahiran tertentu sama ada kemahiran mendengar atau bertutur. Manakala
pada peringkat yang lebih tinggi, penilaian lisan sama ada mendengar atau
bertutur boleh dijalankan serentak dan dilakukan dalam bentuk formal.
• Dalam konteks pendidikan khas, ujian lisan boleh dijalankan dalam kedua-dua
bentuk ini. Kaedahnya mungkin lebih spesifik dengan mengambil kira jenis
ketidakupayaan murid khas itu sendiri.
38. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
• Pelbagai jenis ujian lisan boleh dilaksanakan oleh guru pendidikan khas atau
terapis pertuturan seperti ujian lisan (pendengaran), ujian lisan (pertuturan) dan
ujian lisan (pemahaman). Kebiasaannya ujian-ujian kemahiran lisan ini boleh
terbina dalam jenis atau dikenali sebagai Ujian Diagnostik Lisan.
• Antara bentuk ujian mendengar yang boleh dilaksanakan terhadap murid-
murid bermasalah pembelajaran ialah seperti:
a. mendengar dan mengecam bunyi
b. mendengar untuk mendiskriminasi butiran
c. mendengar dan memadan
d. melaksanakan arahan
e. mendengar untuk mendapatkan maklumat
f. Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
g. memaham maksud ayat
h. mendengar dan menulis, dan sebagainya.
39. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
• Dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru, ujian kemahiran mendengar
boleh dilaksanakan dalam bentuk soal jawab. Walaupun ujian bentuk ini sukar
bagi guru memberi penilaian tetapi sekurang-kurangnya guru dapat mengenal
pasti kelemahan dan kekuatan pelajarnya.
• Contoh ujian mendengar (Kamarudin Hj. Husin, 1990).
Kemahiran : Mendengar dan mengenal objek dengan perkataan
Isi : Nama benda-benda dalam kelas
Bahan : Sehelai kertas dipenuhi dengan gambar-gambar benda di dalam kelas
Prosedur : 1. Murid diberi sehelai kertas yang dipenuhi dengan gambar-gambar
benda yang terdapat dalam kelas (misalnya pen, pensel, pembaris,
bakul sampah, dan sebagainya)
2. Guru menyebut nama benda-benda itu dan murid-murid diminta menunjuk
atau menandakan benda-benda tersebut di kertas bergambar tersebut.
40. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 3: Kemahiran Lisan
• Matlamat menguji kemahiran bertutur juga adalah untuk membantu
guru merancang strategi pembelajaran yang akan digunakannya.
Antara cara yang boleh digunakan oleh guru untuk menguji kemahiran
bertutur pelajarnya adalah seperti berikut:
a. bertutur berdasarkan gambar
b. bercerita berdasarkan gambar bersiri
c. mendengar dan bercakap
d. melaporkan peristiwa yang dialami
e. menerangkan cara membuat sesuatu, dan sebagainya.
41. KAEDAH PENGAJARAN KHAS BAHASA MELAYU. Tajuk 4: Kemahiran Membaca
Pengenalan Kepada Membaca
Selain berkomunikasi secara lisan manusia juga berkomunikasi melalui tulisan. Oleh itu,
kemahiran membaca penting bagi membolehkan seseorang memahami mesej yang
hendak disampaikan kepadanya melalui hasil penulisan orang lain.
Definisi bacaan
“Membaca adalah satu aktiviti pentafsiran menterjemahkan lambang-lambang bercorak
kepada bunyi-bunyi yang dimaksudkan.(Charles Frie 1963)
“Membaca adalah satu psikolinguistik. Ia merupakan satu langkah lanjutan dalam
perkembangan pembelajaran bahasa dan memproses perkembangan-perkembangan yang
diterima. (Frank Smith 1971)
“Membaca adalah proses kebalikan daripada proses menulis ................. mentafsirkan
kembali lambang-lambang bertulis dan mendapatkan makna-makna tersebut dengan
pengalaman yang sedia ada.” (Prof. Atan Long 1976)
Daripada definisi-definisi di atas dapat disimpulkan bahawa membaca merupakan
beberapa proses yang kompleks iaitu gabungan beberapa proses seperti proses sensori,
proses pengamatan, proses linguistik dan proses mental.