O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
1.0    PENDAHULUAN1.1    PengenalanAktiviti kokurikulum merujuk kepada aktiviti di luar kelas yang melibatkan aktviti yang...
Malah, pembabitan pelajar secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum            jugamenyebabkan pelajar banyak ketnggalan ...
Objektif kajian pengkaji adalah seperti berikut:      1. Untuk melihat perkaitan antara kokurikulum dan kurikulum (akademi...
Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah...
1.8    Populasi dan Sampel KajianPopulasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di MRSM Bentong, Pahang ...
Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumatmengenai latar belakang sampel kajian sert...
Sampel Kajian soal selidik ini terdiri daripada pelajar tingkan 2 dan pelajar tingkatan 5. 67%orang pelajar merujuk kepada...
Carta 3Item B2 77% menunjukkan pelajar merasa letih selepas menjalani aktiviti kokurikulum.                               ...
Carta 5Item B4 mendapati bahawa 27% pelajar berjumpa dengan guru selepas menjalani aktivitikokurikulum berbanding 73% yang...
Carta 7Item B6 menjelaskan 97% pelajar yang bertanyakan rakan tentang kerja sekolah yangdiberikan oleh guru, manakala 3% a...
Carta 9       Bagi item B8, dapatan kajian menunjukkan 27% orang pelajar yang pernah mengikutiaktiviti kokurikulum semasa ...
Carta 11Item B10 menunjukkan 27% pelajar yang mempunyai masa yang secukupnya untuk membuatpersediaan bagi mengambil peperi...
Carta 13       Item C2 menjelaskan 47% pelajar yang mengulangkaji pelajaran secara persendirian,manakala 43% pelajar yang ...
Carta 15       Item C4 menerangkan 90% pelajar yang mengikuti aktiviti kerana minat, 7% pulaadalah kerana disuruh oleh gur...
Carta 173.0      PERBINCANGANKajian menjelaskan bilangan pelajar yang menyertai badan beruniform Kadet Polis mencatatjumla...
Berdasarkan kajian, hanya 13 peratus pelajar mendapat gred purata 3.50 hingga 4.00.Manakala, sebanyak 47 peratus pelajar m...
Pencapaian cemerlang pelajar adalah penting bagi menjamin arah tuju pelajar pada masa akandatang. Kajian yang dijalankan j...
3. Rancangan Pendidikan Malaysia. Retrieved January 7, 2010, from http://moe.gov.my4. Kurikulum Sekolah. Retrieved January...
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

44457716 laporan-penuh

3.351 visualizações

Publicada em

  • Seja o primeiro a comentar

  • Seja a primeira pessoa a gostar disto

44457716 laporan-penuh

  1. 1. 1.0 PENDAHULUAN1.1 PengenalanAktiviti kokurikulum merujuk kepada aktiviti di luar kelas yang melibatkan aktviti yangberpersatuan, lasak dan mungkin memerlukan kemahiran tertentu. Kegiatan luar kelas iniberupaya untuk memberikan satu perspektif baru kepada pelajar dalam menjalani kehidupanmereka di sekolah dan luar sekolah. Kelebihan kegiatan ini turut dipaparkan di dalam pelbagaimedia massa di negara ini yang membuktikan manfaat menyertainya. Jadi, pembabitan pelajardalam kegiatan ini memang membawa pelbagai impak positif dalam kehidupan mereka.Namun, kegiatan kokurikulum ini turut memberikan impak negatif kepada pelajar yang terlaluaktif menyertainya. Sememangnya pembabitan pelajar dalam aktiviti kokurikulum membolehkan pelajarmemiliki tahap disiplin diri yang tinggi. Pemilikan disiplin yang tinggi ini terhasil kerana semuaaktiviti kokurikulum memerlukan seseorang pelajar itu mematuhi beberapa peraturan tertentuyang meliputi pakaian seragam, aktiviti, masa berlatih dan tempoh akhir untuk menyiapkansesuatu projek itu. Namun, semua aktiviti ini hanya boleh dilakukan jika seseorang pelajar itumempunyai disiplin yang tinggi kerana masa untuk belajar dan beraktivti hanya bolehdiseimbangkan menerusi satu disiplin yang tinggi. Aktiviti kokurikulum juga menyebabkan pelajar sering memberikan alasan penat dantidak bermaya ketika di dalam kelas. Akibat daripada keletihan itu, pelajar kurang memberikanpenumpuan ketika guru mengajar. Pelajar lebih cenderung untuk tidur di dalam kelas dan tidakmengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kelas. Pelajar yang seringmelibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum juga selalunya tidak menyiapkan kerja sekolahyang diberikan oleh guru. Alasan yang sering diberikan adalah mereka tidak mempunyai masayang mencukupi untuk membuat kerja sekolah tersebut. Ini disebabkan banyak masadiluangkan untuk berlatih aktiviti kokurikulum sebagai contoh aktiviti kawad. 1
  2. 2. Malah, pembabitan pelajar secara aktif di dalam aktiviti kokurikulum jugamenyebabkan pelajar banyak ketnggalan pelajaran. Ini menjadi satu masalah bukan sahajakepada pelajar tersebut malah kepada guru subjek juga yang perlu mencari masa untukmembolehkan pelajar tersebut tidak ketinggalan subjek itu. Lebih-lebih lagi sekiranya aktivitikokurikulum yang diceburi memakan masa yang agak lama seperti 4 hingga 5 hari dan dalamwaktu terdekat untuk menghadapi ujian atau peperiksaan semester. Ini turut menimbulkan sikap sambil lewa pelajar terhadap akademik mereka.Berdasarkan pemantauan yang pernah dibuat sebelum ini, pelajar yang sudah jauh ketinggalanpelajaran ini berasa malas untuk mengulangkaji pelajaran yang tertinggal. Apatah lagi untukberjumpa guru subjek mereka. Selain faktor masa, pelajar juga memberikan alasan yangmereka terlalu banyak kerja sekolah yang perlu disiapkan. Maka, kebanyakkan pelajar belajarsendiri atau melalui kawan mereka yang belum tentu betul apa yang diajarkan. Konklusinya,pelajar yang melibatkan diri mereka dalam aktiviti kokurikulum secara aktif akanmenyebabkan prestasi akademik mereka menurun.1.2 Pernyataan MasalahKokurikulum merupakan aktiviti-aktiviti di luar kurikulum dan menjadi sampingan ataupelengkap kepada aktiviti-aktiviti kurikulum. Di sekolah pelajar-pelajar diwajibkan mengikutikegiatan kokurikulum samada yang berbentuk persatuan, unit berniform, sukan atau permainan(Amir Hasan Dawi, 2009). Perkara yang selalu dibahaskan ialah sejauh manakah kegiatankokurikulum patut disertai oleh para pelajar. Ini kerana kejayaan pelajar dikaitkan denganpencapaian dalam kurikulum bukan dalam kejayaan kokurikulum. Kegiatan kokurikulum yang berlebihan dan melibatkan waktu (PnP) menimbulkanbeberapa masalah seperti:- 1. Pelajar tidak dapat mengikuti sesi pembelajaran dengan secukupnya kerana aktiviti kokurikulum yang dijalankan melibatkan waktu PnP. 2. Prestasi akademik pelajar merosot kerana pelajar tidak dapat mengulangkaji pelajaran dengan sebaiknya 3. Pelajar juga hilang tumpuan terhadap pelajaran kerana keletihan. 4. Sikap pelajar yang tidak mengambil berat terhadap pelajaran1.3 Objektif Kajian 2
  3. 3. Objektif kajian pengkaji adalah seperti berikut: 1. Untuk melihat perkaitan antara kokurikulum dan kurikulum (akademik). 2. Untuk melihat aktiviti kokurikulum sebagai faktor yang menyumbang kepada kemerosotan pelajar dalam akademik 3. Untuk mencadangkan langkah-langkah yang wajar dalam mengatasi masalah yang mempengaruhi prestasi pelajar.1.4 Soalan KajianPersoalan kajian ini bertujuan untuk meninjau pelajar-pelajar yang aktif dalam aktiviti kokurikulumdan kesannya terhadap pencapaian akademik berdasarkan objektif kajian: 1. Bagaimanakah kokurikulum mempunyai kaitan dengan kurikulum? 2. Adakah aktiviti kokurikulum merupakan faktor kemerosotan akademik pelajar? 3. Apakah cadangan yang wajar dalam mengatasi masalah yang mempengaruhi prestasi pelajar?1.5 Definisi KonsepMenurut Amir Hasan Dawi (2009), kokurikulum merupakan aktviti-aktiviti di luar kurikulumdan menjadi sampingan atau pelengkap kepada aktiviti-aktiviti kurikulum. Di sekolah pelajar-pelajar diwajibkan mengikuti kegiatan kokurikulum sama ada yang berbentuk persatuan, unitberuniform, sukan atau permainan. Kokurikulum penting untuk perkembangan seseorangpelajar. Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar-pelajar akan mempunyai peluang berekreasi danberinteraksi. Kokurikulum juga dapat membina sifat-sifat kepimpinan dalam kalangan parapelajar. Kokurikulum adalah aktiviti pelengkap kepada proses pengajaran dan pembelajarandi bilik kuliah. 3
  4. 4. Kegiatan kokurikulum adalah kegiatan yang dirancang lanjutan daripada prosespengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Pelajar diberi peluang untuk menambah,mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang telah dipelajari didalam bilik darjah. Aktiviti kokurikulum juga merupakan sebahagian daripada pendidikanyang membantu memantapkan lagi keupayaan dan prestasi pelajar. Kokurikulum juga bolehdikatakan sebagai proses pembangunan modal insan. Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkanpelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan serta berteraskan konsep pendidikandan pembangunan insan yang bersepadu dan menyeluruh. Ia juga merangkumi pengetahuan,pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri,kepimpinan, keusahawanan, kreativiti dan inovasi, kecintaan kepada alam semula jadi,kewarganegaraan dan kesetiaan kepada bangsa dan negara, kebudayaan integrasi nasional dansebagainya. Kokurikulum akan membantu murid-murid menentukan hala tuju kehidupan masadepan masing-masing.1.6 Kepentingan KajianKajian ini dilakukan oleh penyelidik untuk membantu guru, Pengetua, Jawatankuasa KerjaSekolah, Unit Kokurikulum Jabatan Pelajaran Peringkat Daerah dan Negeri, dan agensi yangberkaitan dalam merancang program kokurikulum di sekolah. Kajian ini juga bertujuan untukmembantu mempertingkatkan lagi prestasi akademik pelajar dan kualiti keseimbanganpenglibatan program kokurikulum di sekolah agar lebih teratur dan efisen. Dapatan kajian inidiharap dapat membantu dan menggalakkan penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulumyang seimbang seterusnya masyarakat akan lebih prihatin terhadap kepentingan akademik dankokurikulum demi masa depan pelajar.1.7 Tempat KajianKajian ini dijalankan di MRSM Bentong, Pahang. 4
  5. 5. 1.8 Populasi dan Sampel KajianPopulasi kajian adalah terdiri dari pelajar-pelajar yang belajar di MRSM Bentong, Pahang yangberlainan latar belakang. Pelajar yang terpilih adalah pelajar-pelajar dari Tingkatan Dua danTingkatan Lima. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah berasrama penuh. Puratapencapaian akademik agak menurun prestasi pencapaiannya jika dibandingkan tahunsebelumnya. Menurut Tuckman (1978) saiz sampel perlu dimaksimumkan supaya dapatmeminimakan persampelan. Manakala menurut Mohd Majid Konting (1990), penggunaan saizsampel perlu digalakkan melebihi 30 kerana andaian bahawa taburan normal biasanya dipenuhiapabila saiz subjek melebihi 30. Saiz subjek seramai 30 orang ini akan mengurangkan ralatpersampelan. Subjek kajian adalah terdiri daripada 50 orang di kalangan pelajar lelaki danperempuan yang belajar di MRSM Bentong, Pahang Pelajar yang terpilih merupakan pelajar-pelajar yang sedang menuntut di Tingkatan 2 dan 5. Pemilihan sampel adalah menggunakanpersampelan rawak mudah kerana populasi sample tidak seragam dan teknik dapatmengurangkan ralat persampelan (Mohd Majid Konting 1998).1.9 Batasan KajianKajian dijalankan di MRSM Bentong, Pahang ke atas 30 orang pelajar yang terdiri daripadaTingkatan 2 dan Tingkatan 5, semasa soal selidik diedarkan pelajar sedang membuat persiapanuntuk menghadapi ujian selaras bagi Semester 1. Walaubagaimanapun semua responden telahmemberikan kerjasama yang baik sepanjang sesi menjawab soal selidik dijalankan.1.10 Kaedah Kajian 5
  6. 6. Penyelidik menggunakan soal selidik sebagai alat kajian untuk mengumpul maklumatmengenai latar belakang sampel kajian serta menjawab item-item soalan yang berkaitandengan kajian ini.. Rasionalnya penyelidik menggunakan set soal selidik ini adalah berasaskankepada pendapat Majid Konting (1993) yang berpendapat bahawa soal selidik digunapakaiuntuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dansebagainya. Tuckman (1985), berpendapat bahawa soal selidik merupakan satu cara berkesan untukmendapatkan maklumat daripada responden selain daripada pemerhatian terhadap tingkahlaku.Isaac dan Michael dalam Ghazali (2002) juga mengutarakan idea yang hamper sama iaitu soalselidik digunakan untuk memperolehi maklumat mengenai fakta, kepercayaan, perasaan dansebagainya. Dalam kajian ini data dikumpulkan dengan mengunakan borang soal selidik yangtelah dibentuk. Borang soal selidik ini telah diagih kepada responden untuk mengkajipenglibatan pelajar dalam kokurikulum.2.0 DAPATAN KAJIANKajian 6
  7. 7. Sampel Kajian soal selidik ini terdiri daripada pelajar tingkan 2 dan pelajar tingkatan 5. 67%orang pelajar merujuk kepada pelajar lelaki dan 33% orang pelajar adalah perempuan. Carta 1 Berdasarkan sampel kajian soal selidik ini, hasil dapatan kajian penyelidik mendapatibahawa sebanyak 40% orang pelajar yang mengikuti badan beruniform Kadet Polis, 17% orangpelajar bagi badan beruniform Bomba, diikuti dengan 13% badan beruniform Pancaragam,10% badan beruniform Persatuan Bulan Sabit Merah, 7% badan berunifoirm Kadet RemajaMaktab, 7% badan beruniform Jabatan Pertahanan Awam, 3% badan beruniform Puteri Islamdan 3% badan beruniform Pengangkap. Carta 2 Merujuk kepada dapatan dari item B1, terdapat 87% pelajar yang menyertai lebihdaripada 1 kegiatan kokurikulum. Berdasarkan peratusan yang diperolehi, ini menyumbangkepada kesan pencapaian akademik pelajar. 7
  8. 8. Carta 3Item B2 77% menunjukkan pelajar merasa letih selepas menjalani aktiviti kokurikulum. Carta 4Item B3 menunjukkan 47% pelajaran pelajar akan terganggu disebabkan oleh penglibatandalam aktiviti kokurikulum. 8
  9. 9. Carta 5Item B4 mendapati bahawa 27% pelajar berjumpa dengan guru selepas menjalani aktivitikokurikulum berbanding 73% yang sebaliknya. Carta 6Item B5 menunjukkan pelajar mengulangkaji sendiri mencapai peratus tertinggi iaitu 80%. 9
  10. 10. Carta 7Item B6 menjelaskan 97% pelajar yang bertanyakan rakan tentang kerja sekolah yangdiberikan oleh guru, manakala 3% adalah sebaliknya. Carta 8Item B7 menghuraikan 93% pelajar yang mendapat sokongan ibubapa untuk terlibat denganaktiviti kokurikulum. 10
  11. 11. Carta 9 Bagi item B8, dapatan kajian menunjukkan 27% orang pelajar yang pernah mengikutiaktiviti kokurikulum semasa minggu ujian dan peperiksaan. Perkara ini juga adalah antarafaktor utama yang menyumbang kemerosotan akademik pelajar. Carta 10Item B9 menjelaskan 37% pelajar mengambil semula peperiksaan bagi mata pelajaran yangtidak dapat diikuti. 11
  12. 12. Carta 11Item B10 menunjukkan 27% pelajar yang mempunyai masa yang secukupnya untuk membuatpersediaan bagi mengambil peperiksaan ulangan. Carta 12 Bagi item C1, peratusan tertinggi adalah 23% yang menunjukkan tempoh masa palinglama pelajar-pelajar meninggalkan sekolah untuk mengikuti aktiviti kokurikulum iaitu 5-6 hariberdasarkan sampel kajian penyelidik. Diikuti pula 37% selama 3-4 hari, seterusnya 27% danbagi tempoh masa 1-2 hari. 12
  13. 13. Carta 13 Item C2 menjelaskan 47% pelajar yang mengulangkaji pelajaran secara persendirian,manakala 43% pelajar yang belajar dengan rakan dan 10% pelajar memilih untuk belajarbersama guru subjek. Carta 14 Item C3 pula menunjukkan 53% bergiat aktif dalam bidang Unit Beruniform. Diikuti10% Kelab dan Persatuan dan 37% pelajar yang menyertai Sukan dan Permainan. 13
  14. 14. Carta 15 Item C4 menerangkan 90% pelajar yang mengikuti aktiviti kerana minat, 7% pulaadalah kerana disuruh oleh guru dan 3% pelajar adalah kerana terpaksa. Carta 16 Item C5 mendapati 17% pencapaian pelajar adalah meningkat, manakala 10% orangpelajar menunjukkan keputusan merosot dan 57% orang pelajar pula tiada perubahan dalampencapaian mereka. 14
  15. 15. Carta 173.0 PERBINCANGANKajian menjelaskan bilangan pelajar yang menyertai badan beruniform Kadet Polis mencatatjumlah tertinggi iaitu sebanyak 40 peratus. Ini berbeza dengan penyertaan badan beruniformlain yang masing-masing memperolehi peratusan yang rendah. Keadaan ini berlaku disebabkanaktiviti Kadet Polis adalah lebih menarik berbanding aktiviti unit lain. Kadet Polis juga banyakmenertai aktiviti luar lain seperti di peringkat negeri dan peringkat kebangsaan. Kajian ini juga jelas menunjukkan kebanyakkan pelajar yang aktif dalam menyertaiaktiviti kokurikulum adalah pelajar lelaki iaitu sebanyak 67 peratus berbanding pelajarperempuan yang hanya 33 peratus. Ini mungkin disebabkan pelajar lelaki lebih cenderungterhadap aktiviti luar bilik darjah. Mereka lebih berminat dengan aktiviti yang melibatkanfizikal. Manakala pelajar perempuan pula agak pasif dan kurang berminat terhadap aktivitilasak. 15
  16. 16. Berdasarkan kajian, hanya 13 peratus pelajar mendapat gred purata 3.50 hingga 4.00.Manakala, sebanyak 47 peratus pelajar mendapat gred purata 3.00 hingga 3.40. Peratusanpelajar yang mendapat gred purata 2.50 hingga 2.90 sebanyak 27 peratus. Terdapat 10 peratuspelajar yang mendapat gred purata 2.00 hingga 2.40 dan 3 peratus pelajar mendapat gredpurata 1.5 hingga 1.90. Jika dinilai secara keseluruhan hanya terdapat 13 peratus sahaja pelajaryang mendapat gred purata 3.50 hingga 4.00. Ini menunjukkan penglibatan yang aktif dalamaktiviti kokurikulum, menyebabkan bilangan pelajar yang mendapat gred purata yangcemerlang merosot. Mereka yang terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum sehingga kurangmemberi tumpuan terhadap prestasi akademik. Daripada kajian yang dilakukan, peratusan pelajar yang menyertai lebih daripada satukegiatan kokurikulum lebih banyak daripada peratusan pelajar yang menyertai hanya satukegiatan kokurikulum. Ini menunjukkan sistem kokurikulum di tempat kajian lebihmenitikberatkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Keletihan adalah salah satufaktor yang menyebabkan tumpuan pelajar terhadap pelajaran sedikit sebanyak terganggu.Sikap pelajar yang tidak berjumpa guru setelah ketinggalan pelajaran juga menyebabkanprestasi akademik mereka merosot. Pelajar juga tidak mengambil inisiatif untuk mengulangkajisendiri dan bertanya dengan rakan tentang kerja sekolah yang perlu diselesaikan. Hasil kajian mendapati tempoh paling lama pelajar meninggalkan waktu persekolahanuntuk mengikuti aktiviti kokurikulum adalah selama seminggu. Tempoh paling singkat pulaadalah sekurang-kurangnya 1 hingga 2 hari. Keadaan ini menyebabkan pelajar ketinggalanpelajaran ditambah pula dengan sikap pelajar yang tidak berjumpa dengan guru ataubertanyakan rakan-rakan. Berdasarkan kajian, hanya 17 peratus sahaja pelajar yang menyatakan keputusanpeperiksaan mereka meningkat berbanding dengan keputusan peperiksaan yang sebelumnya.Manakala, 83 peratus pelajar yang lain pula menyatakan bahawa keputusan peperiksaanmereka merosot.4.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 16
  17. 17. Pencapaian cemerlang pelajar adalah penting bagi menjamin arah tuju pelajar pada masa akandatang. Kajian yang dijalankan jelas menggambarkan penglibatan aktif dalam bidangkokurikulum mendatangkan impak negatif terhadap prestasi akademik. Bagi mengatasimasalah ini pelbagai cara boleh dilakukan agar situasi ini tidak berulang lagi. Pihak sekolahterutamanya perlu bijak mengatur tatacara dan perjalanan aktiviti agar seimbang serta tidakmenyentuh atau mengganggu waktu pengajaran dan pembelajaran hingga boleh menyebabkanpelajar tidak memasuki kelas pembelajaran. Di samping itu, guru-guru juga perlu memainkan peranan bagi memastikan pelajartidak ketinggalan dalam pelajaran dan kelas. Guru juga perlu mengambil perhatian terhadapperkembangan akademik pelajar. Kegiatan pelajar tanpa kawalan guru menjadikan merekatidak mengikuti peraturan akademik. Selain itu, ibu bapa perlu memantau dan memberi perhatian terhadap prestasi akademikanak-anak. Keadaan ini adalah untuk memastikan anak-anak tidak bebas dalam apa jua perkarayang dilakukan. Bagaimanapun, tanpa kesedaran pelajar itu sendiri, masalah ini tidak akandapat diselesaikan. Pelajar seharusnya bijak mengatur masa dan aktiviti mengikut kemampuandiri sendiri. Pelajar juga perlu peka terhadap prestasi pencapaian akademik mereka agar tidakmerosot. Kesimpulannya, hal ini perlu diatasi dengan segera bagi memastikan pencapaianakademik pelajar seimbang dengan penglibatan aktiviti kokurikulum.RUJUKAN 1. Amir Hasan Dawi, (2009), Sekolah dan Masyarakat, Kuala Lumpur: Prospecta Printers Sdn Bhd. 2. Kementerian Pelajaran Rangka Pembangunan Pendidikan bagi RMK-10. Retrieved January 7, 2010, from http://webesonline.rtm.gov.my/details 17
  18. 18. 3. Rancangan Pendidikan Malaysia. Retrieved January 7, 2010, from http://moe.gov.my4. Kurikulum Sekolah. Retrieved January 7, 2010, from http://wikipedia.org5. Rancangan Malaysia ke 9. Retrieved January 7, 2010, from http://wikipedia.org 18

×