SlideShare a Scribd company logo
1 of 11
Download to read offline
1
KAJIAN TINDAKAN: APLIKASI MODEL SFA DALAM KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5
DI SK PEKAN KENINGAU, SABAH
Oleh:
SAIFUL BIN ALI
SK Beladin, Bentong, Sarawak
saifulali@yahoo.com
FARIDAH MARIANI BINTI JOHARI
Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah
faridah.mariani@ipgm.edu.my
ABSTRAK
Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dan memupuk minat 20
orang murid Tahun 5 Kristal di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau Sabah terhadap
subjek Kemahiran Hidup melalui aplikasi Model SFA adaptasi dari Model STAD.
Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan Pos, Borang Soal
Selidik dan Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur. Data dianalisis menggunakan
perisian SPSS 11.5 dengan nilaian kekerapan, peratus, sisihan piawai dan min. Dapatan
kajian menunjukkan peningkatan +100% bagi murid yang mendapat Gred A dan +83%
mendapat Gred B manakala penurunan -44.4% bagi yang mendapat Gred C dan -100%
bagi yang mendapat Gred D pada ujian pos. Min minat murid selepas rawatan
mengaplikasikan model SFA berada pada tahap yang tinggi (min= 4.214; SP = 0.268;
minimum 3.71). Adalah diharapkan guru Kemahiran Hidup dapat mengaplikasikan
model SFA semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Kata Kunci : Model STAD, Kemahiran Hidup, Minat dan Pencapaian
PENGENALAN
Perubahan transformasi dalam pendidikan pada masa kini menuntut guru sebagai agen reformasi pendidikan
berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p)
dalam bilik darjah. P&p di dalam bilik darjah memberi pengalaman berharga kepada proses pembelajaran
murid. Suasana pembelajaran kondusif dapat memupuk minat dan meningkatkan pencapaian murid dalam
sesuatu mata pelajaran. Guru harus berupaya mewujudkan suasana yang meransang minda murid. Pelaksanaan
p&p berkesan yang terancang menjadi faktor ke arah peningkatkan pencapaian dan memupuk minat murid.
Pelbagai strategi dan kaedah pengajaran diperkenalkan agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan.
Namun tiada satu pun telah dinobatkan sebagai yang terbaik. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti
persekitaran, budaya sekolah, kepelbagaian latar belakang murid dan sebagainya. Model STAD ini mempunyai
kelebihan kerana murid lebih banyak peluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi sesama
mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan model ini merupakan satu inovasi dalam strategi
pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar.
Aplikasi model SFA adaptasi dari Model STAD, membolehkan murid saling berinteraksi dan berkerjasama
bagi mencapai matlamat kumpulan. Wujudnya interaksi positif dan kerjasama erat dalam kalangan murid
mampu memupuk minat mereka terhadap pelajaran. Selain itu, ia juga berupaya membolehkan murid menguasai
dan memahami isi pelajaran yang disampaikan sewaktu pengajaran guru sekaligus meningkatkan pencapaian
2
mereka. Aktiviti berkumpulan seperti kuiz, perbincangan kumpulan dan melengkapkan lembaran kerja dalam
model SFA dapat mengelak berlakunya kebosanan bilik darjah.
REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Semasa saya mengajar Kemahiran Hidup bagi kelas Tahun 5 Kristal di S.K Pekan Keningau, saya dapati
prestasi akademik murid kelas ini berada pada tahap sederhana dan rendah. Majoriti murid kelas ini terdiri
daripada murid lelaki dan dari pelbagai latar belakang dan status ekonomi. Saya dapati murid kelas ini pasif dan
tidak dapat menjawab soalan yang diajukan bila disoal. Murid kelas ini juga tidak dapat menjawab kuiz pendek
yang diberikan kepada mereka dengan baik.
Keadaan ini menimbulkan persoalan dan mengusarkan saya. Ini kerana teknik dan kaedah pengajaran serta
BBM yang digunakan untuk mengajar kelas ini sama seperti kelas lain. Saya telah berbincang dengan guru KH
mengenai isu ini dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Hasil perbincangan memberikan input
dan gambaran lebih jelas berkaitan kelas ini. Menurut beliau, murid kelas ini kurang berminat untuk
mempelajari subjek KH.
Secara peribadi saya telah bertanya kepada murid kelas ini, adakah mereka berminat untuk belajar subjek
KH. Respons mereka mengukuhkan lagi dakwaan guru tersebut kerana hanya segelintir murid sahaja yang
mengangkat tangan tanda meminati subjek ini. Saya bercadang menggunakan aktiviti kumpulan untuk mengajar
kelas ini, kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang lama terhadap sesi pengajaran dan
pembelajaran terutamanya pengajaran berpusatkan guru.
FOKUS KAJIAN
Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu 20 orang murid Tahun 5 Kristal meningkatkan pencapaian
dan memupuk minat mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup dengan menggunakan model SFA yang
diadaptasi dari Model STAD bagi memperbaiki amalan saya dalam proses p&p.
Berdasarkan maklumat yang diperolehi sebelum ini, saya telah membuat rujukan mengenai teknik dan
kaedah pembelajaran kumpulan yang sesuai bagi mengajar kelas ini. Hasil penelitian saya, pendekatan
pembelajaran koperatif model pembelajaran SFA adalah sesuai kerana model SFA mempunyai aktiviti yang
sesuai untuk murid kelas ini seperti aktiviti kuiz, perbincangan dalam kumpulan dan juga melengkapkan
lembaran kerja. Berpegangkan kepercayaan ini, saya yakin model SFA dapat meningkatkan pencapaian dan juga
memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup.
OBJEKTIF KAJIAN
i. Mengenal pasti adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 Kristal di
Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau.
ii. Mengenal pasti adakah model SFA dapat memupuk minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran
subjek Kemahiran Hidup.
iii. Mengenal pasti tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan.
3
PERSOALAN KAJIAN
i. Adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid?
ii. Adakah aplikasi model SFA dapat memupuk minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran
subjek Kemahiran Hidup?
iii. Apakah tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan?
METODOLOGI KAJIAN
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini adalah kajian tindakan yang menggunakan reka bentuk kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988).
Instrumen Kajian
Kajian ini menggunakan Ujian Pra dan Pos, Borang Soal Selidik dan juga Borang Pemerhatian Berstruktur.
Borang soal selidik telah dirintis dan kebolehpercayaan serta keesahannya adalah tinggi iaitu Cronbach Alpha
ialah 0.8667. Ini menunjukkan instrumen berkenaan dapat mengukur item yang hendak diuji dengan baik.
Populasi dan Sampel Kajian
Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 di S.K Pekan Keningau seramai 111 orang. Sebuah
kelas iaitu kelas Tahun 5 Kristal telah dipilih secara persampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada 20 orang
murid yang mempunyai pencapaian akedemik yang sederhana dan telah mencapai Gred C pada Peperiksaan
Akhir Tahun yang lepas untuk subjek Kemahiran Hidup. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang murid lelaki
dan 8 orang murid perempuan.
Kelas ini juga memiliki ciri-ciri unik lain yang menjadikan kelas ini dipilih sebagai sampel seperti murid
lelaki agak pasif berbanding murid perempuan dan mereka tidak dapat memberikan fokus semasa guru
mengajar. Mereka juga lebih gemar melakukan aktiviti individu berbanding melakukan aktiviti secara
berkumpulan.
ANALISIS DATA
Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat
kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Markah ujian dikelaskan mengikut skala pemarkahan yang standard
diguna pakai seperti dalam jadual dibawah.
Jadual 1: Skala Pemarkahan
Markah Gred Kedudukan
80-100 A Tinggi
60-79 B Baik
40-59 C Sederhana
0-39 D Lemah
Tahap min minat diukur dengan menggunakan interprestasi skor min yang dikemukakan oleh Wiersma (1995)
sebagai rujukan interprestasi skor min seperti dalam jadual di bawah.
4
Jadual 2: Interpretasi Skor Min Wiersma (1995).
Skor Min Tahap Minat
1.00 – 2.33 Rendah
2.34 – 3.67 Sederhana
3.68 – 5.00 Tinggi
DAPATAN KAJIAN
Jadual 3 menunjukkan taburan demografi responden kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan lebih daripada
separuh responden adalah murid lelaki dan diikuti murid perempuan. Kebanyakkan responden adalah dari suku
kaum Dusun dan diikuiti oleh kaum Murut dan lain-lain. Majoriti responden beragama Islam. Hampir separuh
bapa responden berkerja sebagai petani.
Jadual 3: Taburan Demografi Responden
Items Kategori Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 12 60.0 %
Perempuan 8 40.0 %
Suku Kaum
Dusun 7 35.0 %
Murut 5 25.0 %
Bugis 2 10.0 %
Bajau 2 10.0 %
Lain-lain 4 20.0 %
Agama
Islam 12 60.0 %
Kristian 8 40.0 %
Pekerjaan Bapa
Petani 9 45.0 %
Kerja Pejabat 7 35.0 %
Buruh 2 10.0 %
Lain-lain 2 10.0 %
Persoalan Kajian 1 : Adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid?
Jadual 4 menunjukkan taburan gred markah responden dalam Ujian Pra dan Pos. Hasil kajian menunjukkan
hanya segelintir responden yang mendapat Gred A dalam Ujian Pra dan majoriti mendapat Gred C dan ke
bawah. Peratus responden mendapat Gred A 10% Gred B 30%, Gred C 45% dan Gred D 15% dalam Ujian Pra.
Manakala dalam Ujian Pos, 20% responden mendapat Gred A, 55% Gred B, 25% Gred C dan 0% mendapat
Gred D. Ujian Pos menunjukkan peningkatan sekali ganda bagi responden yang mendapat Gred A dan majoriti
responden mendapat Gred B. Peningkatan selepas rawatan adalah +100% bagi Gred A, +83% Gred B dan
penurunan -44.44% bagi yang mendapat Gred C dan -100% bagi yang mendapat Gred D.
Model SFA berkesan digunakan bagi meningkatkan gred pencapaian responden. Hasil dapatan kajian ini
disokong oleh dapatan kajian oleh Allen dan Van Sickle (1984), dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar
yang lemah pencapaian akademik diajar menggunakan model STAD sebagai rawatan dalam subjek Geografi
Dunia mendapat skor yang lebih baik berbanding pelajar yang diajar menggunakan kaedah lain
5
Jadual 4 : Taburan Gred Markah Responden.
Gred
Ujian
Peratus Peningkatan
( - / + )
Pra Pos
Bil. Murid
Peratus
( % )
Bil.
Murid
Peratus
( % )
A 2 10.0 % 4 20.0 % + 100.0 %
B 6 30.0 % 11 55.0 % + 83.0 %
C 9 45.0 % 5 25.0 % - 44.4 %
D 3 15.0 % 0 0.0 % - 100.0 %
Persoalan Kajian 2 : Adakah aplikasi model SFA dapat memupuk minat murid dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup?
Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi pengajaran dan pembelajaran
guru di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju mereka menyukai cara
pengajaran guru di dalam bilik darjah dan pengajaran guru menarik minat mereka selepas rawatan. Lebih
daripada separuh responden setuju mereka memahami isi pelajaran semasa guru mengajar serta pengajaran guru
menarik minat mereka. Hampir semua responden setuju mereka mendapat maklumat baru melalui pengajaran
dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah.
Jadual 5 : Taburan p&p Guru di Dalam Bilik Darjah.
Pengajaran dan Pembelajaran Guru di
dalam Bilik Darjah.
TS TP S
Sisihan
Piawai
Min
Jumlah dan
Peratus (%)
Peningkatan
Min
Saya suka cara pengajaran guru di
dalam bilik darjah
Pra 6 (10.0%) 7(35.0%) 7(35.0%) 1.146 3.05 1.25
(40.9%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17(85.0%) 0.865 4.30
Saya memahami pelajaran semasa
guru mengajar.
Pra 10(50.0%) 4(20.0%) 6(30.0%) 1.302 2.70 1.50
(55.5%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20
Pengajaran guru menarik minat
saya.
Pra 10(50.0%) 6(30.0%) 4(20.0%) 1.276 2.55 1.75
(68.6%)Pos 2(10.0%) 1(5.0%) 17(85.0%) 0.979 4.30
Pengajaran guru meningkatkan
minat saya terhadap subjek KH.
Pra 10(50.0%) 5(25.0%) 5(25.0%) 1.314 2.60 1.60
(61.5%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20
Saya mendapat maklumat baru
melalui pengajaran guru di dalam
bilik darjah.
Pra 11(55.0%) 4(20.0%) 5(25.0%) 1.357 2.50 1.50
(60.0%)Pos 2(10.0%) 2(10.0%) 18(90.0%) 1.076 4.00
Jadual 6 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi penggunaan Model SFA yang
digunakan di dalam bilik barjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan hampir
semua responden setuju Model SFA guru menarik minat mereka untuk belajar selepas rawatan. Majoriti
responden setuju guru menggunakan sepenuhnya bahan bantu mengajar semasa mengajar di dalam bilik darjah
dan memahami isi pelajaran apabila guru menggunakan Model SFA. Lebih daripada separuh responden
6
bersetuju guru menggunakan Model SFA semasa mengajar dan memahami isi pelajaran yang di sampaikan guru
menggunakan model itu.
Jadual 6 : Taburan Penggunaan SFA Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran
Penggunaan SFA Dalam Bilik
Darjah Semasa Sesi P&P.
TS TP S Sisihan
Piawai
Min
Jumlah
dan
Peratus
(%) Pening-
katan Min
Guru menggunakan
SFA semasa di dalam
bilik darjah.
Pra 9(45.0%) 5 (25.0%) 6 (30.0%) 1.496 2.65 1.50
(56.6%)
Pos 1(5.0%) 3 (15.0%) 16 (80.0%) 0.875 4.15
SFA guru menarik
minat saya untuk
belajar.
Pra 8(40.0%) 5 (25.0%) 7 (35.0%) 1.373 2.90 1.45
(50.0%)Pos 0(0.0%) 2 (10.0%) 18 (90.0%) 0.671 4.35
Guru menggunakan
sepenuhnya SFA
semasa mengajar di
dalam bilik darjah
Pra 8(40.0%) 7 (35.0%) 5 (25.0%) 1.196 2.80
1.40
(50.0%)Pos 1(5.0%) 2 (10.0%) 17 (85.0%) 0.834 4.20
Saya memahami isi
pelajaran
menggunakan SFA
guru
Pra 9(45.0%) 6(30.0%) 5 (25.0%) 1.309 2.65
1.50
(56.6%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17 (85.0%) 0.813 4.15
Saya memahami
pelajaran apabila guru
menggunakan SFA.
Pra 11(55.0%) 4(20.0%) 5 (25.0%) 1.317 2.55 1.70
(66.6%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17 (85.0%) 0.851 4.25
Hasil kajian mendapati majoriti responden setuju aktiviti kuiz memudahkan mereka mengingati isi pelajaran dan
meminati aktiviti kuiz semasa sesi pembelajaran selepas rawatan. Lebih separuh responden setuju aktiviti kuiz
dapat memupuk minat dan mereka bersemangat untuk belajar subjek Kemahiran Hidup melalui aktiviti kuiz
seperti dalam Jadual 7.
Penggunaan aktiviti kuiz dalam model SFA dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek KH.
Hasil dapatan kajian mendapati pengunaan aktiviti kuiz sesuai untuk meningkatkan minat murid terhadap subjek
KH. Ini kerana peningkatan min minat selepas rawatan pada aras yang tinggi. Semangat bersaing sesama murid
dapat ditingkatkan dengan penggunaan aktiviti kuiz dalam model SFA, ini kerana ramai murid meminati aktiviti
kuiz semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.
Jadual 7 : Taburan Aktiviti Kuiz di Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran.
Aktiviti Kuiz di Dalam Bilik Darjah
Semasa Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran.
TS TP S Sisihan
Piawai
Min
Jumlah
dan
Peratus
(%) Pening-
katan Min
Saya meminati aktiviti kuiz
semasa sesi pembelajaran.
Pra 10(50.0%) 4 (20.0%) 6 (30.0%) 1.273 2.60 1.65
(63.4%)Pos 0 (0.0%) 3 (15.0%) 17(85.0%) 0.716 4.25
Saya mudah mengingat
pelajaran menerusi aktiviti
kuiz
Pra 7 (35.0%) 8 (40.0%) 5 (50.0%) 1.105 2.80 1.45
(51.7%)Pos 1 (5.0%) 2 (10.0%) 17(85.0%)
0.851 4.25
Aktiviti kuiz memupuk Pra 8 (40.0%) 6 (30.0%) 6 (30.0%) 1.281 2.80 1.30
7
meminati saya terhadap
subjek Kemahiran Hidup.
Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.5%)
0.852 4.10
(46.4%)
Saya memahami isi pelajaran
menggunakan aktiviti kuiz.
Pra 9 (45.0%) 5 (25.0%) 6 (30.0%) 1.293 2.75 1.45
(52.7%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20
Saya bersemangat untuk
belajar melalui aktiviti kuiz.
Pra 10 (50.0%) 4 (20.0%) 6 (30.0%) 1.418 2.70 1.45
(53.7%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15
Jadual 8 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi aktiviti perbincangan dalam
kumpulan di bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati hampir kesemua
responden setuju bahawa mereka suka melakukan aktiviti perbincangan kumpulan selepas rawatan. Majoriti
responden setuju aktiviti pembelajaran kumpulan memudahkan mereka belajar dan memupuk minat mereka
terhadap subjek Kemahiran Hidup. Lebih separuh responden setuju mereka suka melakukan aktiviti dalam
kumpulan.
Seperti dapatan kajian Johnson, Johnson & Holube (1986), menyatakan bahawa aktiviti pembelajaran
berkumpulan dalam model STAD akan menggalakkan pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan
memberi dan menerima penjelasan, justeru dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman,
kualiti penaakulan, dan meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang.
Jadual 8 : Taburan Aktiviti Perbincangan Kumpulan di Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan
Pembelajaran.
Aktiviti Perbincangan Kumpulan di
Bilik Darjah Semasa Sesi p&p
TS TP S
Sisihan
Piawai
Min
Jumlah
Dan
Peratus (%)
Peningkatan
Min
Saya suka melakukan
aktiviti perbincangan
kumpulan.
Pra 7 (35.0%) 5 (25.0%) 8 (40.0%) 1.373 3.10
1.15
(37.0%)Pos 1 (5.0%) 2 (10.0%) 17 (85.0%) 0.851 4.25
Saya suka melakukan
aktiviti dalam kumpulan.
Pra 7 (35.0%) 7 (35.0%) 6 (30.0%) 1.268 2.85 1.15
(40.3%)Pos 1 (5.0%) 4 (20.0%) 15 (75.0%) 0.858 4.00
Saya memahami isi
pelajaran melalui aktiviti
kumpulan
Pra 8 (40.0%) 5 (25.0%) 7 (35.0%) 1.424 2.85 1.35
(47.3%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16 (80.0%) 0.894 4.20
Aktiviti pembelajaran
kumpulan memudahkan
saya belajar.
Pra 8 (40.0%) 6 (30.0%) 6 (30.0%) 1.380 2.70 1.50
(55.5%)Pos 0 (0.0%) 4 (20.0%) 16 (80.0%) 0.768 4.20
Aktiviti perbincangan
kumpulan memupuk minat
saya terhadap subjek KH
Pra 8 (40.0%) 4 (20.0%) 8 (40.0%) 1.395 2.95 1.20
(40.6%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15
Hasil kajian menunjukkan hampir semua responden setuju mereka mengingati isi pelajaran menggunakan
lembaran kerja selepas rawatan. Majoriti responden setuju mereka mudah memahami isi pelajaran dan minat
mereka dapat dipupuk untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup melalui lembaran kerja. Lebih separuh
responden setuju pengetahuan mereka bertambah dan model SFA membantu mereka dalam menjawab soalan
ujian dan dengan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
8
Jadual 9 : Taburan Penggunaan Lembaran Kerja Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik
Darjah.
Penggunaan Lembaran Kerja Semasa
Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di
Dalam Bilik Darjah.
TS TP S
Sisihan
Piawai
Min
Jumlah
Dan
Peratus (%)
Peningkatan
Min
Saya mengingati isi pelajaran
menggunakan lembaran kerja.
Pra 10(50.0%) 5(25.0%) 5(25.0%) 1.429 2.60 1.90
(73.0%)Pos 1(5.0%) 1(5.0%) 18(90.0%) 0.827 4.50
Saya mudah memahami
pelajaran melalui lembaran
kerja.
Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.356 2.95 1.40
(47.4%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.933 4.35
Lembaran kerja memupuk
minat saya mempelajari subjek
Kemahiran Hidup.
Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.333 2.75 1.40
(50.9%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15
Lembaran kerja membantu saya
menjawab soalan ujian.
Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.234 2.95 1.25
(42.3%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20
Pengetahuan saya bertambah
dengan melengkapkan
lembaran kerja yang diberikan
guru.
Pra 4(20.0%) 7(35.0%) 9(45.0%) 1.226 3.35
1.00
(29.8%)Pos 0(0.0%) 4(20.0%) 16(80.0%) 0.813 4.35
Jadual 10 : Taburan Pemerhatian Semasa Pengajaran Guru di Dalam Bilik Darjah.
Pemerhatian Semasa Pengajaran Guru
Dalam Bilik Darjah TS TP S
Sisihan
Piawai
Min
Jumlah
Peningkatan
Min
Murid kelihatan bosan bila
guru sedang mengajar.
Pra 5(25%) 4(20%) 11(55.0%) 1.261 2.70 -1.00
(-58.82%)Pos 9(45%) 9(45%) 2(10.0%) 0.801 1.70
Murid memberi perhatian
semasa guru sedang mengajar.
Pra 10(50%) 4(20%) 6(30.0%) 0.988 1.88 1.72
(91.48%)
Pos 0(0%) 1(5%) 19(95.0%) 0.598 3.60
Murid membuat aktiviti yang
di arahkan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran.
Pra 7(35%) 4(20%) 9(45.0%) 1.056 2.20 1.25
(56.81%)
Pos 0(0%) 3(15%) 17(85.0%) 0.759 3.45
Murid terlibat aktif semasa
sesi pengajaran dan
pembelajaran.
Pra 6(30%) 6(30%) 8(40.0%) 1.129 2.30
1.45
(63.04%)Pos 0(0%) 1(5%) 19(95.0%) 0.550 3.75
Murid bekerjasama melakukan
aktiviti dalam kumpulan.
Pra 5(25%) 5(25%) 10(50.0%) 1.118 2.35
1.20
(51.06)Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.686 3.55
Murid tidak suka terlibat
dalam aktiviti kumpulan
Pra 7(35%) 4(20%) 9(45.0%) 1.118 2.25 -0.79
(-54.10)Pos 13(65%) 5(25%) 2(10.0%) 0.686 1.46
Murid suka melengkapkan
lembaran kerja.
Pra 10(50%) 7(35%) 3(15.0%) 0.865 1.70 1.80
(105.88%)Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.688 3.50
Murid suka bertanya apabila
tidak memahami isi pelajaran
Pra 8(40%) 7(35%) 5(25.0%) 0.999 1.95 1.45
(74.35%)
Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.681 3.40
Jadual 10 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan pemerhatian terhadap responden semasa
sesi pengajaran guru di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati hanya segelintir responden kelihatan bosan
bila guru sedang mengajar dan tidak suka terlibat dalam aktiviti kumpulan selepas rawatan. Hampir semua
responden memberi perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah dan terlibat secara aktif
9
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Majoriti responden membuat aktiviti yang diarahkan oleh guru
semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta berkerjasama dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan. Lebih
separuh responden suka melengkapkan lembaran kerja dan suka bertanya apabila tidak memahami isi pelajaran.
Hasil kajian mendapati bahawa model SFA ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Model SFA juga meningkatkan kadar kerjasama murid semasa aktiviti dalam
kumpulan. Hasil dapatan kajian mendapati semangat saling membantu antara murid semakin baik setelah model
SFA diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kerana ahli kumpulan akan
membantu ahli yang lain utuk menjawab soalan dalam kuiz dan melengkapkan lembaran kerja. Ini menjurus
kepada kajian yang menfokuskan kepada pencapaian individu adalah pencapaian kumpulan. Secara keseluruhan
model SFA berjaya memupuk minat murid terdapat subjek Kemahiran Hidup.
Hasil dapatan ini selari dengan dapatan kajian Panitz (1996), yang mendapati apabila pelajar diberi
tanggungjawab untuk memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam
proses pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Ini bukan sahaja menimbulkan
sikap positif dalam pembelajaran bahkan juga membentuk hubungan baik di antara ahli dalam pembelajaran
kumpulan yang sama terutamanya kumpulan yang dimana di dalamnya terdapat perbezaan latar belakang
budaya dan sosio ekonomi kususnya untuk pelajar diperingkat tertiari (pengajian atas) yang berbilang kaum di
Malaysia.
Hasil analisis kajian mendapati bahawa kesemua min minat selepas rawatan menunjukkan peningkatan
berbanding min minat sebelum rawatan. Ini menunjukkan bahawa model SFA memang dapat memupuk minat
murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup di dalam bilik darjah. Ini
bertepatan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Daud Hamzah (2009), dapatan kajian ini
menyatakan minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mempelajari subjek
yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain
seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah. Maka boleh mendapati bahawa minat pelajar
merupakan sumber penggerak untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup.
Persoalan Kajian 3 : Apakah tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan?
Hasil dapatan kajian menunjukkan minat sebelum rawatan dijalankan adalah nilaian (min = 2.736) berada pada
tahap sederhana dengan sisiham piawai .495 dan nilai minimum adalah 1.86 menunjukkan pada tahap rendah.
Selepas aplikasi model SFA dijalankan terdapat peningkatan min murid dengan nilaian (min = 4.214) berada
pada tahap yang tinggi dengan sisihan piawai .268 dan nilai minimum adalah 3.71 menunjukkan berapa pada
tahap yang tinggi. Hasil Kajian mendapati setelah model SFA diaplikasikan min minat murid terhadap subjek
KH berada pada tahap min yang tinggi.
Jadual 11 : Analisis Tahap Minat Murid Sebelum dan Selepas Aplikasi Model SFA.
Perkara Pra Pos
Min 2.736 4.214
Sisihan Piawai 0.495 0.268
Minimum 1.86 3.71
Maksimum 3.71 4.71
10
IMPLIKASI KAJIAN
Hasil dapatan kajian, beberapa tindakan dan langkah perlu diambil bagi memantapkan proses pengajaran dan
pembelajaran subjek Kemahiran Hidup menggunakan model SFA. Model SFA harus diamalkan oleh murid,
kerana model ini ternyata memberi impak positif dan banyak kajian yang telah dijalankan membuktikan model
ini sangat membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka.
Guru-guru KH patut mengaplikasikan model SFA dalam proses p&p KH menggunakan model
SFA kerana model ini telah banyak diuji dan didapati sangat berkesan membantu memupuk minat dan
meningkatkan pencapaian murid. Pihak sekolah harus menekankan dan memberi kursus dalaman berkaitan
penggunaan model SFA kepada guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah, kerana
hal ini adalah selaras dengan konsep KBSR dan konsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja
kumpulan.
Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri harus memberi ruang kepada pihak sekolah dan
guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan mengadakan lebih banyak kursus, seminar, bengkel dan
sebagainya. Pihak Institut Pendidikan Guru perlu memberi latihan yang menekankan aktiviti pembelajaran
kumpulan terutamanya model pembelajaran SFA kepada guru-guru pelatih agar mereka dapat mengaplikasikan
model SFA apabila mereka ditugaskan di sekolah kelak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa
menyemak Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah agar sesuai dan seiring dengan
perubahan semasa dengan memasukkan elemen kerja berpasukan atau aktiviti pembelajaran berkumpulan.
KESIMPULAN
Model SFA merupakan model pembelajaran yang sesuai diaplikasikan guru-guru terutamanya guru Kemahiran
Hidup. Kajian ini diharap dapat membantu murid Tahun 5 Kristal S.K Pekan Keningau meningkatkan
pencapaian dan memupuk minat mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup.
RUJUKAN
Allen W.H., & VanSickel, R.L. (1984). Learning teams and low achievers. Social Educations, 48, 60-64.
Cheah Tong Tiat, Adlan b. Abdul, Baskaran a/l Nadeson, & Lim Chin Li (2000). Keberkesanan kaedah
pembelajaran koperatif, dalam pembelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid sjk (c) dan sjk
(t). Colombo Plan Staff College for Technician Educations (1984).
Effendi Zakaria, (1998), Pembelajaran koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Ph D. Tidak
Diterbitkan.
Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuruteraan Awam Di
Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidak Diterbitkan.
Hidhir Ismail (2004), “Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Bagi Matapelajaran Balaqah Peringkat
Sijil Menengah Agama Di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar”, Universiti Teknologi
Malaysia, Tesis Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan.
Johnson, D. W.Johnson, & R. T., Holubec (1986), Revised circle of learning: Coperation in the classroom.
Minnesota: Interaction Book Company.
11
Pairulhelmi Katip, Bazitah Abu Bakar & Florence Fletcher Malia (2009), Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran
Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru, Fakulti
Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Johor.
Lilia Halim, Norlena Salamuddin (2002), Orientasi Akademik: Pendekatan Alternatif dalam Program
Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia. Akademik, 56, 47-64.
Mohd Daud Hamzah (1990), Dorongan dan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur.
Panitz, (1996). 67 Benefits of cooperative learning. http:/home.capercod.net/-tpanitz/tedarticles/cooperative.htm
(26/01/2011).
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik
Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd.
Slavin, R. E. (1982). Cooperative learning: Student teams. what research says to the teacher. Washington, D. C.
: National Education Association
Slavin, R. E., (1983). Coperative learning: where bahavioral and humanistic approaches to classroom motivation
meet. The Elementery School Jurnal, 88 (1), 29-37.
Slavin, R.E., (1996), Research on coperative learning and achieviement. What we know, what we need to know.
Cotemporary Educational Psychological, 21, 433-69.
Suhaida Abdul Kadir (2002), Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional Terhadap Pretasi,
Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan,
Tesis Ijazah Doktof Falsafah, Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan.
Teor Geok Hwa, (2004), Masalah pembelajaran sejarah: Kajian tindakan, Universiti Utara Malaysia.
Woolfolk, A. E. (1995). Educational Psychology (6th Edition). Boston: All

More Related Content

What's hot

Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruFatim Fauziani
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdIzudin Hasan
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariAminah Rahmat
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanfiznina86
 
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...Siti Saharudin
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guruAmeer Chann
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...ikhwankmk92
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanMuss Miey
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahDgMasniah
 
Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Farah Waheeda
 
Tugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianTugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianHaryadi Vj
 

What's hot (19)

Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guruInovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
Inovasi pengajaran dan_pembelajaran_dalam_kalangan_guru
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
Kajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpdKajian tindakan-kpd
Kajian tindakan-kpd
 
Refleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue fullRefleksi trends n issue full
Refleksi trends n issue full
 
Unit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporariUnit 2 isu2 kontemporari
Unit 2 isu2 kontemporari
 
Smk ungku aziz
Smk ungku azizSmk ungku aziz
Smk ungku aziz
 
Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
Isu isu
Isu   isuIsu   isu
Isu isu
 
TUGASAN 5
TUGASAN 5 TUGASAN 5
TUGASAN 5
 
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslanAssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
AssignmentindividuNurulsyamsinarRoslan
 
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
ANALISIS KESALAHAN PELAJAR DALAM MEMPERMUDAHKAN UNGKAPAN ALGEBRA YANG MELIBAT...
 
Kepercayaan guru
Kepercayaan guruKepercayaan guru
Kepercayaan guru
 
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
Kepercayaan Guru Terhadap Kurikulum, Sifat, Pengajaran dan Pembelajaran Matem...
 
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisanSoal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
Soal selidik merupakan satu set soalan atau item dalam bentuk tulisan
 
Jurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideqJurnal ithink sideq
Jurnal ithink sideq
 
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolahSme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
Sme6044 kumpulan 3 budaya sekolah
 
Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)Programe International Student Assessment (PISA)
Programe International Student Assessment (PISA)
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Tugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitianTugas proposal ptk metode penelitian
Tugas proposal ptk metode penelitian
 

Viewers also liked

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Samsul Hamdan
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11greenfrog88
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sainsJuprin Togor
 

Viewers also liked (6)

Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
Artikel: Tahap Pengaplikasian Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) Dalam P...
 
Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2Thesis zamatun 2
Thesis zamatun 2
 
03.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .1103.baharom.atikan.jun .11
03.baharom.atikan.jun .11
 
Peranan teknologi maklumat
Peranan teknologi maklumatPeranan teknologi maklumat
Peranan teknologi maklumat
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains
 
kajian
kajiankajian
kajian
 

Similar to Aplikasi stad libre

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Muhammad Nazri Abdul Halim
 
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxPPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxMusdalifahZA
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirIeta Yahya
 
10 janting
10 janting10 janting
10 jantingsp k
 
Proposal Model Problem Based Learning
Proposal Model Problem Based LearningProposal Model Problem Based Learning
Proposal Model Problem Based LearningMuhajirin Hajir
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bNarendra
 
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1Muhamad Fanani
 
PPT_ST. HANURAH.pptx
PPT_ST. HANURAH.pptxPPT_ST. HANURAH.pptx
PPT_ST. HANURAH.pptxMusdalifahZA
 
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...Operator Warnet Vast Raha
 

Similar to Aplikasi stad libre (20)

Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
Diges Politeknik & Kolej Komuniti Zon Sarawak/Bil 1/ISSN 2180 - 1916 APRIL 2010
 
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptxPPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
PPT_NURZAMZANI ARIF IRSYAD.pptx
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
 
Kajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifirKajian tindakan sifir
Kajian tindakan sifir
 
Seminar kajtin
Seminar kajtinSeminar kajtin
Seminar kajtin
 
Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3Tugasan kelas : Aktiviti 3
Tugasan kelas : Aktiviti 3
 
10 janting
10 janting10 janting
10 janting
 
Demostratos
DemostratosDemostratos
Demostratos
 
Proposal Model Problem Based Learning
Proposal Model Problem Based LearningProposal Model Problem Based Learning
Proposal Model Problem Based Learning
 
5464 17940-1-pb
5464 17940-1-pb5464 17940-1-pb
5464 17940-1-pb
 
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/bContoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
Contoh Jurnal/Artikel PTK Kenaikan Pangkat ke IV/b
 
widyaa.pdf
widyaa.pdfwidyaa.pdf
widyaa.pdf
 
Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08Kk seminar utm 08
Kk seminar utm 08
 
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1
Artikel76 cbc7a6937794c070f7b643701e4fc1
 
Proposal 2014
Proposal 2014Proposal 2014
Proposal 2014
 
Pts diklat
Pts diklatPts diklat
Pts diklat
 
PPT_ST. HANURAH.pptx
PPT_ST. HANURAH.pptxPPT_ST. HANURAH.pptx
PPT_ST. HANURAH.pptx
 
ABDB
ABDBABDB
ABDB
 
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...
Meningkatkan hasil belajar bilangan bulat melalui penerapan model pembelajara...
 
karil revisi4.docx
karil revisi4.docxkaril revisi4.docx
karil revisi4.docx
 

Aplikasi stad libre

  • 1. 1 KAJIAN TINDAKAN: APLIKASI MODEL SFA DALAM KEMAHIRAN HIDUP TAHUN 5 DI SK PEKAN KENINGAU, SABAH Oleh: SAIFUL BIN ALI SK Beladin, Bentong, Sarawak saifulali@yahoo.com FARIDAH MARIANI BINTI JOHARI Institut Pendidikan Guru Kampus Keningau, Sabah faridah.mariani@ipgm.edu.my ABSTRAK Kajian tindakan ini bertujuan untuk meningkatkan pencapaian dan memupuk minat 20 orang murid Tahun 5 Kristal di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau Sabah terhadap subjek Kemahiran Hidup melalui aplikasi Model SFA adaptasi dari Model STAD. Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah Ujian Pra dan Pos, Borang Soal Selidik dan Senarai Semak Pemerhatian Berstruktur. Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5 dengan nilaian kekerapan, peratus, sisihan piawai dan min. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan +100% bagi murid yang mendapat Gred A dan +83% mendapat Gred B manakala penurunan -44.4% bagi yang mendapat Gred C dan -100% bagi yang mendapat Gred D pada ujian pos. Min minat murid selepas rawatan mengaplikasikan model SFA berada pada tahap yang tinggi (min= 4.214; SP = 0.268; minimum 3.71). Adalah diharapkan guru Kemahiran Hidup dapat mengaplikasikan model SFA semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Kata Kunci : Model STAD, Kemahiran Hidup, Minat dan Pencapaian PENGENALAN Perubahan transformasi dalam pendidikan pada masa kini menuntut guru sebagai agen reformasi pendidikan berubah menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan proses pengajaran dan pembelajaran (p&p) dalam bilik darjah. P&p di dalam bilik darjah memberi pengalaman berharga kepada proses pembelajaran murid. Suasana pembelajaran kondusif dapat memupuk minat dan meningkatkan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran. Guru harus berupaya mewujudkan suasana yang meransang minda murid. Pelaksanaan p&p berkesan yang terancang menjadi faktor ke arah peningkatkan pencapaian dan memupuk minat murid. Pelbagai strategi dan kaedah pengajaran diperkenalkan agar pengajaran guru menjadi lebih berkesan. Namun tiada satu pun telah dinobatkan sebagai yang terbaik. Ini bergantung kepada beberapa faktor seperti persekitaran, budaya sekolah, kepelbagaian latar belakang murid dan sebagainya. Model STAD ini mempunyai kelebihan kerana murid lebih banyak peluang untuk memberikan idea, berbincang dan berinteraksi sesama mereka semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pendekatan model ini merupakan satu inovasi dalam strategi pengajaran dan pembelajaran berpusatkan pelajar. Aplikasi model SFA adaptasi dari Model STAD, membolehkan murid saling berinteraksi dan berkerjasama bagi mencapai matlamat kumpulan. Wujudnya interaksi positif dan kerjasama erat dalam kalangan murid mampu memupuk minat mereka terhadap pelajaran. Selain itu, ia juga berupaya membolehkan murid menguasai dan memahami isi pelajaran yang disampaikan sewaktu pengajaran guru sekaligus meningkatkan pencapaian
  • 2. 2 mereka. Aktiviti berkumpulan seperti kuiz, perbincangan kumpulan dan melengkapkan lembaran kerja dalam model SFA dapat mengelak berlakunya kebosanan bilik darjah. REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU Semasa saya mengajar Kemahiran Hidup bagi kelas Tahun 5 Kristal di S.K Pekan Keningau, saya dapati prestasi akademik murid kelas ini berada pada tahap sederhana dan rendah. Majoriti murid kelas ini terdiri daripada murid lelaki dan dari pelbagai latar belakang dan status ekonomi. Saya dapati murid kelas ini pasif dan tidak dapat menjawab soalan yang diajukan bila disoal. Murid kelas ini juga tidak dapat menjawab kuiz pendek yang diberikan kepada mereka dengan baik. Keadaan ini menimbulkan persoalan dan mengusarkan saya. Ini kerana teknik dan kaedah pengajaran serta BBM yang digunakan untuk mengajar kelas ini sama seperti kelas lain. Saya telah berbincang dengan guru KH mengenai isu ini dan langkah yang sesuai untuk mengatasi masalah ini. Hasil perbincangan memberikan input dan gambaran lebih jelas berkaitan kelas ini. Menurut beliau, murid kelas ini kurang berminat untuk mempelajari subjek KH. Secara peribadi saya telah bertanya kepada murid kelas ini, adakah mereka berminat untuk belajar subjek KH. Respons mereka mengukuhkan lagi dakwaan guru tersebut kerana hanya segelintir murid sahaja yang mengangkat tangan tanda meminati subjek ini. Saya bercadang menggunakan aktiviti kumpulan untuk mengajar kelas ini, kerana mereka tidak dapat menumpukan perhatian yang lama terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran terutamanya pengajaran berpusatkan guru. FOKUS KAJIAN Fokus kajian tindakan ini adalah untuk membantu 20 orang murid Tahun 5 Kristal meningkatkan pencapaian dan memupuk minat mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup dengan menggunakan model SFA yang diadaptasi dari Model STAD bagi memperbaiki amalan saya dalam proses p&p. Berdasarkan maklumat yang diperolehi sebelum ini, saya telah membuat rujukan mengenai teknik dan kaedah pembelajaran kumpulan yang sesuai bagi mengajar kelas ini. Hasil penelitian saya, pendekatan pembelajaran koperatif model pembelajaran SFA adalah sesuai kerana model SFA mempunyai aktiviti yang sesuai untuk murid kelas ini seperti aktiviti kuiz, perbincangan dalam kumpulan dan juga melengkapkan lembaran kerja. Berpegangkan kepercayaan ini, saya yakin model SFA dapat meningkatkan pencapaian dan juga memupuk minat murid terhadap pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup. OBJEKTIF KAJIAN i. Mengenal pasti adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid Tahun 5 Kristal di Sekolah Kebangsaan Pekan Keningau. ii. Mengenal pasti adakah model SFA dapat memupuk minat murid terhadap pembelajaran dan pengajaran subjek Kemahiran Hidup. iii. Mengenal pasti tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan.
  • 3. 3 PERSOALAN KAJIAN i. Adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid? ii. Adakah aplikasi model SFA dapat memupuk minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup? iii. Apakah tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan? METODOLOGI KAJIAN Reka Bentuk Kajian Kajian ini adalah kajian tindakan yang menggunakan reka bentuk kajian tindakan Kemmis & McTaggart (1988). Instrumen Kajian Kajian ini menggunakan Ujian Pra dan Pos, Borang Soal Selidik dan juga Borang Pemerhatian Berstruktur. Borang soal selidik telah dirintis dan kebolehpercayaan serta keesahannya adalah tinggi iaitu Cronbach Alpha ialah 0.8667. Ini menunjukkan instrumen berkenaan dapat mengukur item yang hendak diuji dengan baik. Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian ini terdiri daripada murid-murid Tahun 5 di S.K Pekan Keningau seramai 111 orang. Sebuah kelas iaitu kelas Tahun 5 Kristal telah dipilih secara persampelan bertujuan. Sampel terdiri daripada 20 orang murid yang mempunyai pencapaian akedemik yang sederhana dan telah mencapai Gred C pada Peperiksaan Akhir Tahun yang lepas untuk subjek Kemahiran Hidup. Sampel kajian terdiri daripada 12 orang murid lelaki dan 8 orang murid perempuan. Kelas ini juga memiliki ciri-ciri unik lain yang menjadikan kelas ini dipilih sebagai sampel seperti murid lelaki agak pasif berbanding murid perempuan dan mereka tidak dapat memberikan fokus semasa guru mengajar. Mereka juga lebih gemar melakukan aktiviti individu berbanding melakukan aktiviti secara berkumpulan. ANALISIS DATA Data dianalisis menggunakan perisian SPSS 11.5. Analisis statistik deskriptif digunakan untuk melihat kekerapan, peratus, min dan sisihan piawai. Markah ujian dikelaskan mengikut skala pemarkahan yang standard diguna pakai seperti dalam jadual dibawah. Jadual 1: Skala Pemarkahan Markah Gred Kedudukan 80-100 A Tinggi 60-79 B Baik 40-59 C Sederhana 0-39 D Lemah Tahap min minat diukur dengan menggunakan interprestasi skor min yang dikemukakan oleh Wiersma (1995) sebagai rujukan interprestasi skor min seperti dalam jadual di bawah.
  • 4. 4 Jadual 2: Interpretasi Skor Min Wiersma (1995). Skor Min Tahap Minat 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi DAPATAN KAJIAN Jadual 3 menunjukkan taburan demografi responden kajian. Hasil dapatan kajian menunjukkan lebih daripada separuh responden adalah murid lelaki dan diikuti murid perempuan. Kebanyakkan responden adalah dari suku kaum Dusun dan diikuiti oleh kaum Murut dan lain-lain. Majoriti responden beragama Islam. Hampir separuh bapa responden berkerja sebagai petani. Jadual 3: Taburan Demografi Responden Items Kategori Kekerapan Peratus (%) Jantina Lelaki 12 60.0 % Perempuan 8 40.0 % Suku Kaum Dusun 7 35.0 % Murut 5 25.0 % Bugis 2 10.0 % Bajau 2 10.0 % Lain-lain 4 20.0 % Agama Islam 12 60.0 % Kristian 8 40.0 % Pekerjaan Bapa Petani 9 45.0 % Kerja Pejabat 7 35.0 % Buruh 2 10.0 % Lain-lain 2 10.0 % Persoalan Kajian 1 : Adakah aplikasi model SFA dapat meningkatkan pencapaian murid? Jadual 4 menunjukkan taburan gred markah responden dalam Ujian Pra dan Pos. Hasil kajian menunjukkan hanya segelintir responden yang mendapat Gred A dalam Ujian Pra dan majoriti mendapat Gred C dan ke bawah. Peratus responden mendapat Gred A 10% Gred B 30%, Gred C 45% dan Gred D 15% dalam Ujian Pra. Manakala dalam Ujian Pos, 20% responden mendapat Gred A, 55% Gred B, 25% Gred C dan 0% mendapat Gred D. Ujian Pos menunjukkan peningkatan sekali ganda bagi responden yang mendapat Gred A dan majoriti responden mendapat Gred B. Peningkatan selepas rawatan adalah +100% bagi Gred A, +83% Gred B dan penurunan -44.44% bagi yang mendapat Gred C dan -100% bagi yang mendapat Gred D. Model SFA berkesan digunakan bagi meningkatkan gred pencapaian responden. Hasil dapatan kajian ini disokong oleh dapatan kajian oleh Allen dan Van Sickle (1984), dalam kajiannya mendapati bahawa pelajar yang lemah pencapaian akademik diajar menggunakan model STAD sebagai rawatan dalam subjek Geografi Dunia mendapat skor yang lebih baik berbanding pelajar yang diajar menggunakan kaedah lain
  • 5. 5 Jadual 4 : Taburan Gred Markah Responden. Gred Ujian Peratus Peningkatan ( - / + ) Pra Pos Bil. Murid Peratus ( % ) Bil. Murid Peratus ( % ) A 2 10.0 % 4 20.0 % + 100.0 % B 6 30.0 % 11 55.0 % + 83.0 % C 9 45.0 % 5 25.0 % - 44.4 % D 3 15.0 % 0 0.0 % - 100.0 % Persoalan Kajian 2 : Adakah aplikasi model SFA dapat memupuk minat murid dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup? Jadual 5 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati majoriti responden bersetuju mereka menyukai cara pengajaran guru di dalam bilik darjah dan pengajaran guru menarik minat mereka selepas rawatan. Lebih daripada separuh responden setuju mereka memahami isi pelajaran semasa guru mengajar serta pengajaran guru menarik minat mereka. Hampir semua responden setuju mereka mendapat maklumat baru melalui pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah. Jadual 5 : Taburan p&p Guru di Dalam Bilik Darjah. Pengajaran dan Pembelajaran Guru di dalam Bilik Darjah. TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah dan Peratus (%) Peningkatan Min Saya suka cara pengajaran guru di dalam bilik darjah Pra 6 (10.0%) 7(35.0%) 7(35.0%) 1.146 3.05 1.25 (40.9%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17(85.0%) 0.865 4.30 Saya memahami pelajaran semasa guru mengajar. Pra 10(50.0%) 4(20.0%) 6(30.0%) 1.302 2.70 1.50 (55.5%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20 Pengajaran guru menarik minat saya. Pra 10(50.0%) 6(30.0%) 4(20.0%) 1.276 2.55 1.75 (68.6%)Pos 2(10.0%) 1(5.0%) 17(85.0%) 0.979 4.30 Pengajaran guru meningkatkan minat saya terhadap subjek KH. Pra 10(50.0%) 5(25.0%) 5(25.0%) 1.314 2.60 1.60 (61.5%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20 Saya mendapat maklumat baru melalui pengajaran guru di dalam bilik darjah. Pra 11(55.0%) 4(20.0%) 5(25.0%) 1.357 2.50 1.50 (60.0%)Pos 2(10.0%) 2(10.0%) 18(90.0%) 1.076 4.00 Jadual 6 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi penggunaan Model SFA yang digunakan di dalam bilik barjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian menunjukkan hampir semua responden setuju Model SFA guru menarik minat mereka untuk belajar selepas rawatan. Majoriti responden setuju guru menggunakan sepenuhnya bahan bantu mengajar semasa mengajar di dalam bilik darjah dan memahami isi pelajaran apabila guru menggunakan Model SFA. Lebih daripada separuh responden
  • 6. 6 bersetuju guru menggunakan Model SFA semasa mengajar dan memahami isi pelajaran yang di sampaikan guru menggunakan model itu. Jadual 6 : Taburan Penggunaan SFA Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran Penggunaan SFA Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi P&P. TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah dan Peratus (%) Pening- katan Min Guru menggunakan SFA semasa di dalam bilik darjah. Pra 9(45.0%) 5 (25.0%) 6 (30.0%) 1.496 2.65 1.50 (56.6%) Pos 1(5.0%) 3 (15.0%) 16 (80.0%) 0.875 4.15 SFA guru menarik minat saya untuk belajar. Pra 8(40.0%) 5 (25.0%) 7 (35.0%) 1.373 2.90 1.45 (50.0%)Pos 0(0.0%) 2 (10.0%) 18 (90.0%) 0.671 4.35 Guru menggunakan sepenuhnya SFA semasa mengajar di dalam bilik darjah Pra 8(40.0%) 7 (35.0%) 5 (25.0%) 1.196 2.80 1.40 (50.0%)Pos 1(5.0%) 2 (10.0%) 17 (85.0%) 0.834 4.20 Saya memahami isi pelajaran menggunakan SFA guru Pra 9(45.0%) 6(30.0%) 5 (25.0%) 1.309 2.65 1.50 (56.6%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17 (85.0%) 0.813 4.15 Saya memahami pelajaran apabila guru menggunakan SFA. Pra 11(55.0%) 4(20.0%) 5 (25.0%) 1.317 2.55 1.70 (66.6%)Pos 1(5.0%) 2(10.0%) 17 (85.0%) 0.851 4.25 Hasil kajian mendapati majoriti responden setuju aktiviti kuiz memudahkan mereka mengingati isi pelajaran dan meminati aktiviti kuiz semasa sesi pembelajaran selepas rawatan. Lebih separuh responden setuju aktiviti kuiz dapat memupuk minat dan mereka bersemangat untuk belajar subjek Kemahiran Hidup melalui aktiviti kuiz seperti dalam Jadual 7. Penggunaan aktiviti kuiz dalam model SFA dapat meningkatkan minat murid terhadap subjek KH. Hasil dapatan kajian mendapati pengunaan aktiviti kuiz sesuai untuk meningkatkan minat murid terhadap subjek KH. Ini kerana peningkatan min minat selepas rawatan pada aras yang tinggi. Semangat bersaing sesama murid dapat ditingkatkan dengan penggunaan aktiviti kuiz dalam model SFA, ini kerana ramai murid meminati aktiviti kuiz semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jadual 7 : Taburan Aktiviti Kuiz di Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Aktiviti Kuiz di Dalam Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran. TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah dan Peratus (%) Pening- katan Min Saya meminati aktiviti kuiz semasa sesi pembelajaran. Pra 10(50.0%) 4 (20.0%) 6 (30.0%) 1.273 2.60 1.65 (63.4%)Pos 0 (0.0%) 3 (15.0%) 17(85.0%) 0.716 4.25 Saya mudah mengingat pelajaran menerusi aktiviti kuiz Pra 7 (35.0%) 8 (40.0%) 5 (50.0%) 1.105 2.80 1.45 (51.7%)Pos 1 (5.0%) 2 (10.0%) 17(85.0%) 0.851 4.25 Aktiviti kuiz memupuk Pra 8 (40.0%) 6 (30.0%) 6 (30.0%) 1.281 2.80 1.30
  • 7. 7 meminati saya terhadap subjek Kemahiran Hidup. Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.5%) 0.852 4.10 (46.4%) Saya memahami isi pelajaran menggunakan aktiviti kuiz. Pra 9 (45.0%) 5 (25.0%) 6 (30.0%) 1.293 2.75 1.45 (52.7%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20 Saya bersemangat untuk belajar melalui aktiviti kuiz. Pra 10 (50.0%) 4 (20.0%) 6 (30.0%) 1.418 2.70 1.45 (53.7%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15 Jadual 8 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan piawai bagi aktiviti perbincangan dalam kumpulan di bilik darjah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil kajian mendapati hampir kesemua responden setuju bahawa mereka suka melakukan aktiviti perbincangan kumpulan selepas rawatan. Majoriti responden setuju aktiviti pembelajaran kumpulan memudahkan mereka belajar dan memupuk minat mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup. Lebih separuh responden setuju mereka suka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Seperti dapatan kajian Johnson, Johnson & Holube (1986), menyatakan bahawa aktiviti pembelajaran berkumpulan dalam model STAD akan menggalakkan pemikiran elaboratif dan meningkatkan kekerapan memberi dan menerima penjelasan, justeru dipercayai berpotensi untuk menambahkan tahap pemahaman, kualiti penaakulan, dan meningkatkan tahap ketepatan ingatan jangka panjang. Jadual 8 : Taburan Aktiviti Perbincangan Kumpulan di Bilik Darjah Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran. Aktiviti Perbincangan Kumpulan di Bilik Darjah Semasa Sesi p&p TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah Dan Peratus (%) Peningkatan Min Saya suka melakukan aktiviti perbincangan kumpulan. Pra 7 (35.0%) 5 (25.0%) 8 (40.0%) 1.373 3.10 1.15 (37.0%)Pos 1 (5.0%) 2 (10.0%) 17 (85.0%) 0.851 4.25 Saya suka melakukan aktiviti dalam kumpulan. Pra 7 (35.0%) 7 (35.0%) 6 (30.0%) 1.268 2.85 1.15 (40.3%)Pos 1 (5.0%) 4 (20.0%) 15 (75.0%) 0.858 4.00 Saya memahami isi pelajaran melalui aktiviti kumpulan Pra 8 (40.0%) 5 (25.0%) 7 (35.0%) 1.424 2.85 1.35 (47.3%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16 (80.0%) 0.894 4.20 Aktiviti pembelajaran kumpulan memudahkan saya belajar. Pra 8 (40.0%) 6 (30.0%) 6 (30.0%) 1.380 2.70 1.50 (55.5%)Pos 0 (0.0%) 4 (20.0%) 16 (80.0%) 0.768 4.20 Aktiviti perbincangan kumpulan memupuk minat saya terhadap subjek KH Pra 8 (40.0%) 4 (20.0%) 8 (40.0%) 1.395 2.95 1.20 (40.6%)Pos 1 (5.0%) 3 (15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15 Hasil kajian menunjukkan hampir semua responden setuju mereka mengingati isi pelajaran menggunakan lembaran kerja selepas rawatan. Majoriti responden setuju mereka mudah memahami isi pelajaran dan minat mereka dapat dipupuk untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup melalui lembaran kerja. Lebih separuh responden setuju pengetahuan mereka bertambah dan model SFA membantu mereka dalam menjawab soalan ujian dan dengan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan oleh guru.
  • 8. 8 Jadual 9 : Taburan Penggunaan Lembaran Kerja Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik Darjah. Penggunaan Lembaran Kerja Semasa Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Dalam Bilik Darjah. TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah Dan Peratus (%) Peningkatan Min Saya mengingati isi pelajaran menggunakan lembaran kerja. Pra 10(50.0%) 5(25.0%) 5(25.0%) 1.429 2.60 1.90 (73.0%)Pos 1(5.0%) 1(5.0%) 18(90.0%) 0.827 4.50 Saya mudah memahami pelajaran melalui lembaran kerja. Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.356 2.95 1.40 (47.4%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.933 4.35 Lembaran kerja memupuk minat saya mempelajari subjek Kemahiran Hidup. Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.333 2.75 1.40 (50.9%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.875 4.15 Lembaran kerja membantu saya menjawab soalan ujian. Pra 7(35.0%) 6(30.0%) 7(35.0%) 1.234 2.95 1.25 (42.3%)Pos 1(5.0%) 3(15.0%) 16(80.0%) 0.894 4.20 Pengetahuan saya bertambah dengan melengkapkan lembaran kerja yang diberikan guru. Pra 4(20.0%) 7(35.0%) 9(45.0%) 1.226 3.35 1.00 (29.8%)Pos 0(0.0%) 4(20.0%) 16(80.0%) 0.813 4.35 Jadual 10 : Taburan Pemerhatian Semasa Pengajaran Guru di Dalam Bilik Darjah. Pemerhatian Semasa Pengajaran Guru Dalam Bilik Darjah TS TP S Sisihan Piawai Min Jumlah Peningkatan Min Murid kelihatan bosan bila guru sedang mengajar. Pra 5(25%) 4(20%) 11(55.0%) 1.261 2.70 -1.00 (-58.82%)Pos 9(45%) 9(45%) 2(10.0%) 0.801 1.70 Murid memberi perhatian semasa guru sedang mengajar. Pra 10(50%) 4(20%) 6(30.0%) 0.988 1.88 1.72 (91.48%) Pos 0(0%) 1(5%) 19(95.0%) 0.598 3.60 Murid membuat aktiviti yang di arahkan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pra 7(35%) 4(20%) 9(45.0%) 1.056 2.20 1.25 (56.81%) Pos 0(0%) 3(15%) 17(85.0%) 0.759 3.45 Murid terlibat aktif semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Pra 6(30%) 6(30%) 8(40.0%) 1.129 2.30 1.45 (63.04%)Pos 0(0%) 1(5%) 19(95.0%) 0.550 3.75 Murid bekerjasama melakukan aktiviti dalam kumpulan. Pra 5(25%) 5(25%) 10(50.0%) 1.118 2.35 1.20 (51.06)Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.686 3.55 Murid tidak suka terlibat dalam aktiviti kumpulan Pra 7(35%) 4(20%) 9(45.0%) 1.118 2.25 -0.79 (-54.10)Pos 13(65%) 5(25%) 2(10.0%) 0.686 1.46 Murid suka melengkapkan lembaran kerja. Pra 10(50%) 7(35%) 3(15.0%) 0.865 1.70 1.80 (105.88%)Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.688 3.50 Murid suka bertanya apabila tidak memahami isi pelajaran Pra 8(40%) 7(35%) 5(25.0%) 0.999 1.95 1.45 (74.35%) Pos 0(0%) 2(10%) 18(90.0%) 0.681 3.40 Jadual 10 menunjukkan taburan kekerapan, min, peratus dan sisihan pemerhatian terhadap responden semasa sesi pengajaran guru di dalam bilik darjah. Hasil kajian mendapati hanya segelintir responden kelihatan bosan bila guru sedang mengajar dan tidak suka terlibat dalam aktiviti kumpulan selepas rawatan. Hampir semua responden memberi perhatian semasa guru sedang mengajar di dalam bilik darjah dan terlibat secara aktif
  • 9. 9 semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Majoriti responden membuat aktiviti yang diarahkan oleh guru semasa sesi pengajaran dan pembelajaran serta berkerjasama dalam melakukan aktiviti dalam kumpulan. Lebih separuh responden suka melengkapkan lembaran kerja dan suka bertanya apabila tidak memahami isi pelajaran. Hasil kajian mendapati bahawa model SFA ini dapat meningkatkan penglibatan aktif murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Model SFA juga meningkatkan kadar kerjasama murid semasa aktiviti dalam kumpulan. Hasil dapatan kajian mendapati semangat saling membantu antara murid semakin baik setelah model SFA diaplikasikan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Kerana ahli kumpulan akan membantu ahli yang lain utuk menjawab soalan dalam kuiz dan melengkapkan lembaran kerja. Ini menjurus kepada kajian yang menfokuskan kepada pencapaian individu adalah pencapaian kumpulan. Secara keseluruhan model SFA berjaya memupuk minat murid terdapat subjek Kemahiran Hidup. Hasil dapatan ini selari dengan dapatan kajian Panitz (1996), yang mendapati apabila pelajar diberi tanggungjawab untuk memastikan kejayaan kumpulan, mereka lebih berminat untuk melibatkan diri dalam proses pembelajaran dan berakhir dengan memikul lebih banyak tanggungjawab. Ini bukan sahaja menimbulkan sikap positif dalam pembelajaran bahkan juga membentuk hubungan baik di antara ahli dalam pembelajaran kumpulan yang sama terutamanya kumpulan yang dimana di dalamnya terdapat perbezaan latar belakang budaya dan sosio ekonomi kususnya untuk pelajar diperingkat tertiari (pengajian atas) yang berbilang kaum di Malaysia. Hasil analisis kajian mendapati bahawa kesemua min minat selepas rawatan menunjukkan peningkatan berbanding min minat sebelum rawatan. Ini menunjukkan bahawa model SFA memang dapat memupuk minat murid di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup di dalam bilik darjah. Ini bertepatan dengan dapatan kajian yang telah dijalankan oleh Mohd Daud Hamzah (2009), dapatan kajian ini menyatakan minat pelajar boleh mendorong pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh mempelajari subjek yang diminati. Ilmu yang diperolehi meransang minat dan naluri dalam diri untuk menambah ilmu yang lain seterusnya akan terbentuk satu sikap belajar dalam bilik darjah. Maka boleh mendapati bahawa minat pelajar merupakan sumber penggerak untuk mempelajari subjek Kemahiran Hidup. Persoalan Kajian 3 : Apakah tahap minat murid sebelum dan selepas aplikasi model SFA dijalankan? Hasil dapatan kajian menunjukkan minat sebelum rawatan dijalankan adalah nilaian (min = 2.736) berada pada tahap sederhana dengan sisiham piawai .495 dan nilai minimum adalah 1.86 menunjukkan pada tahap rendah. Selepas aplikasi model SFA dijalankan terdapat peningkatan min murid dengan nilaian (min = 4.214) berada pada tahap yang tinggi dengan sisihan piawai .268 dan nilai minimum adalah 3.71 menunjukkan berapa pada tahap yang tinggi. Hasil Kajian mendapati setelah model SFA diaplikasikan min minat murid terhadap subjek KH berada pada tahap min yang tinggi. Jadual 11 : Analisis Tahap Minat Murid Sebelum dan Selepas Aplikasi Model SFA. Perkara Pra Pos Min 2.736 4.214 Sisihan Piawai 0.495 0.268 Minimum 1.86 3.71 Maksimum 3.71 4.71
  • 10. 10 IMPLIKASI KAJIAN Hasil dapatan kajian, beberapa tindakan dan langkah perlu diambil bagi memantapkan proses pengajaran dan pembelajaran subjek Kemahiran Hidup menggunakan model SFA. Model SFA harus diamalkan oleh murid, kerana model ini ternyata memberi impak positif dan banyak kajian yang telah dijalankan membuktikan model ini sangat membantu murid dalam meningkatkan pencapaian mereka. Guru-guru KH patut mengaplikasikan model SFA dalam proses p&p KH menggunakan model SFA kerana model ini telah banyak diuji dan didapati sangat berkesan membantu memupuk minat dan meningkatkan pencapaian murid. Pihak sekolah harus menekankan dan memberi kursus dalaman berkaitan penggunaan model SFA kepada guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran di bilik darjah, kerana hal ini adalah selaras dengan konsep KBSR dan konsep sekolah bestari yang mementingkan gerak kerja kumpulan. Pejabat Pendidikan Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri harus memberi ruang kepada pihak sekolah dan guru-guru meningkatkan ilmu dan kemahiran dengan mengadakan lebih banyak kursus, seminar, bengkel dan sebagainya. Pihak Institut Pendidikan Guru perlu memberi latihan yang menekankan aktiviti pembelajaran kumpulan terutamanya model pembelajaran SFA kepada guru-guru pelatih agar mereka dapat mengaplikasikan model SFA apabila mereka ditugaskan di sekolah kelak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu sentiasa menyemak Huraian Sukatan Pelajaran yang digunakan di sekolah-sekolah agar sesuai dan seiring dengan perubahan semasa dengan memasukkan elemen kerja berpasukan atau aktiviti pembelajaran berkumpulan. KESIMPULAN Model SFA merupakan model pembelajaran yang sesuai diaplikasikan guru-guru terutamanya guru Kemahiran Hidup. Kajian ini diharap dapat membantu murid Tahun 5 Kristal S.K Pekan Keningau meningkatkan pencapaian dan memupuk minat mereka terhadap subjek Kemahiran Hidup. RUJUKAN Allen W.H., & VanSickel, R.L. (1984). Learning teams and low achievers. Social Educations, 48, 60-64. Cheah Tong Tiat, Adlan b. Abdul, Baskaran a/l Nadeson, & Lim Chin Li (2000). Keberkesanan kaedah pembelajaran koperatif, dalam pembelajaran bacaan pemahaman teks di kalangan murid sjk (c) dan sjk (t). Colombo Plan Staff College for Technician Educations (1984). Effendi Zakaria, (1998), Pembelajaran koperatif. Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis Ph D. Tidak Diterbitkan. Hashim Andimori (2000), Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pemilihan Jurusan Kejuruteraan Awam Di Kalangan Pelajar UTM, Projek Sarjana Muda UTM. Tidak Diterbitkan. Hidhir Ismail (2004), “Penggunaan Kaedah Pembelajaran Koperatif Bagi Matapelajaran Balaqah Peringkat Sijil Menengah Agama Di Sekolah Menengah Agama Lughatul Quran, Muar”, Universiti Teknologi Malaysia, Tesis Sarjana Muda. Tidak Diterbitkan. Johnson, D. W.Johnson, & R. T., Holubec (1986), Revised circle of learning: Coperation in the classroom. Minnesota: Interaction Book Company.
  • 11. 11 Pairulhelmi Katip, Bazitah Abu Bakar & Florence Fletcher Malia (2009), Tinjauan Perlaksanaan Pembelajaran Berkumpulan Di Kalangan Pelajar Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) Di Johor Bahru, Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia, Johor. Lilia Halim, Norlena Salamuddin (2002), Orientasi Akademik: Pendekatan Alternatif dalam Program Pendidikan Guru Siswazah di Malaysia. Akademik, 56, 47-64. Mohd Daud Hamzah (1990), Dorongan dan Pembelajaran. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur. Panitz, (1996). 67 Benefits of cooperative learning. http:/home.capercod.net/-tpanitz/tedarticles/cooperative.htm (26/01/2011). Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub & Mohd. Zohir Ahmad. (2007). Pedagogi: Strategi dan Teknik Mengajar Dengan Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn.Bhd. Slavin, R. E. (1982). Cooperative learning: Student teams. what research says to the teacher. Washington, D. C. : National Education Association Slavin, R. E., (1983). Coperative learning: where bahavioral and humanistic approaches to classroom motivation meet. The Elementery School Jurnal, 88 (1), 29-37. Slavin, R.E., (1996), Research on coperative learning and achieviement. What we know, what we need to know. Cotemporary Educational Psychological, 21, 433-69. Suhaida Abdul Kadir (2002), Perbandingan Pembelajaran Koperatif Dan Tradisional Terhadap Pretasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik Dan Hubungan Sosial Dalam Pendidikan Perakaunan, Tesis Ijazah Doktof Falsafah, Universiti Putra Malaysia. Tidak diterbitkan. Teor Geok Hwa, (2004), Masalah pembelajaran sejarah: Kajian tindakan, Universiti Utara Malaysia. Woolfolk, A. E. (1995). Educational Psychology (6th Edition). Boston: All