O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.
KPS 4043            SEKOLAH DAN MASYARAKAT                 TUGASAN KUMPULANKAJIAN BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGA...
PENGHARGAANAssalamualaikum Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat jugakami menyiapkan kajian kami y...
ISI KANDUNGANBIL                     TAJUK           MUKA SURAT 1    1.0 PENGENALAN                        1      2.0 PERN...
SENARAI JADUALBIL                  JADUAL               MUKA SURAT      Jadual 1: Umur Pelajar 1                          ...
1.0 PENGENALANKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan perlakuan bulidi Sekolah Agama Izzud...
3.0 OBJEKTIF KAJIANKajian masalah buli di kalangan pelajar-pelajar dijalankan berdasarkan objektif-objektifberikut:   i)  ...
Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp, 1994).Menurut Olweus (1993) tingkah laku b...
8.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIANPopulasi kajian ini melibatkan 32 orang pelajar dalam dua kelas iaitu Kelas Tingkatan 4Ibnu ...
11.0 DAPATAN KAJIAN              Umur Pelajar (Tahun)               Jumlah (orang)                      15                ...
YA                                          TIDAK                 23 Orang                                       9 Orang  ...
tingkah laku buli yang dilakukan oleh pembuli dan yang dibuli. Kajian ini juga akanmemberi maklumat yang baru berkenaan ti...
13.0 KESIMPULAN DAN CADANGANMasalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dankeselamatan di seko...
9BIBLIOGRAFIAbd Bashid Harun. Gejala Buli di Sekolah Perlu di Perangi Habis-habisan.      http://gurubashid.com/blog/hal-e...
Azizi Hj Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa dan                             Zurhana Muhamad. 200...
Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah
Próximos SlideShares
Carregando em…5
×

Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah

27.989 visualizações

Publicada em

Publicada em: Educação
  • macam mane nk download?boleh tlong x
       Responder 
    Tem certeza que deseja  Sim  Não
    Insira sua mensagem aqui

Kajian Buli Dikalangan Sekolah Menengah

  1. 1. KPS 4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT TUGASAN KUMPULANKAJIAN BULI DI KALANGAN PELAJAR SEKOLAH MENENGAH NAMA PELAJAR (3): Zuzan Michael Japang L20111006574 Nurrulaisyah Baharom L20111006551 Ahmad Fauzul Azim L20111006699 Kumpulan B NAMA PENSYARAH: PROF MADYA DR AMIR HASAN DAWI
  2. 2. PENGHARGAANAssalamualaikum Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat jugakami menyiapkan kajian kami yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk KajianBuli Di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah.Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu kamisepanjang kami menyiapkan kajian ini. Pertama sekali kepada Prof Madya Dr AmirHasan Dawi kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepadakami serta memberi semangat kepada semua pelajar.Seterusnya, terima kasih juga kepada pengetua, guru-guru dan juga pelajar-pelajarSekolah Agama Izuddin Shah yang terlibat dan banyak membantu dalam kajian ini.Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulasdalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasiterkini mengenai kajian amat kami hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masauntuk memberikan kami maklumat tidak akan kami lupakan.Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu kami secara langsungatau tidak langsung sepanjang kajian kami dijalankan. Semoga kajian ini dapat membantusemua pihak dalam menyelesaikan masalah buli di sekolah.
  3. 3. ISI KANDUNGANBIL TAJUK MUKA SURAT 1 1.0 PENGENALAN 1 2.0 PERNYATAAN MASALAH 2 3.0 OBJEKTIF KAJIAN 4.0 SOALAN-SOALAN KAJIAN 2 5.0 DEFINISI KONSEP 3 6.0 KEPENTINGAN KAJIAN 3 7.0 TEMPAT KAJIAN 4 8.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIAN 9.0 BATASAN KAJIAN 4 10.0KAEDAH KAJIAN 5 11.0DAPATAN KAJIAN 5 6 12.0PERBINCANGAN 7 7 13.0KESIMPULAN DAN CADANGAN 8 8 14.0BIBLIOGRAFI 10 9 15.0LAMPIRAN 11
  4. 4. SENARAI JADUALBIL JADUAL MUKA SURAT Jadual 1: Umur Pelajar 1 5 Jadual 2: Pernahkah anda dibuli? 2 5 Jadual 3: Umur Pembuli 3 5 Jadual 4: Pernahkah anda membuli? 4 6 Jadual 5: Umur yang Dibuli 5 6
  5. 5. 1.0 PENGENALANKajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor-faktor yang menyebabkan perlakuan bulidi Sekolah Agama Izzuddin Shah, Ipoh, Perak yang melibatkan 32 orang pelajar dalamdua kelas iaitu Kelas Tingkatan 4 Ibnu Sina dan Tingkatan 4 Ibnu Khaldun . Instrumenkajian yang digunakan dalam kajian ini ialah set soal selidik. Hasil kajian menunjukkanbahawa terdapat perbezaan persepsi antara pelajar yang membuli dan juga dibuli dikalangan pelajar sekolah menengah tersebut. Kebanyakan pelajar yang membulimengatakan tujuan mereka membuli kerana ingin pelajar lain menghormati mereka danjuga ingin membalas dendam. Manakala pelajar yag dibuli mengatakan mereka dibulikerana berpunca daripada sikap mereka sendiri.2.0 PERNYATAAN MASALAHDewasa ini, gejala perlakuan ganas di kalangan pelajar sekolah semakin meningkat dansemakin hangat diperkatakan di dada-dada akhbar. Ini menunjukkan betapa tindakansegara oleh pihak-pihak tertentu perlu bagi memastikan masalah ini tidak terus menulardan meningkat. Perlakuan buli merupakan sejenis perlakuan salah laku yang bolehmeninggalkan kesan negatif terhadap kesejahteraan emosi dan kemajuan akademikpelajar yang dibuli. Kajian ini selain membincangkan masalah buli di kalangan pelajarsekolah juga akan mengutarakan punca-punca yang mempengaruhi buli serta membuli.Buli dikatakan seringg berlaku di dalam bilik darjah, padang, koridor, dewan, kantin,tandas dan juga di luar pagar sekolah. Terdapat banyak punca yang menyumbangkankepada perlakuan yang tidak sihat ini umpamanya pengaruh persekitaran dan rakan-rakan. Langkah-langkah pencegahan turut diketengahkan yang dirasakan sesuaidilakukan oleh pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat dalam membendungkan keadaanini. Persekitaran sekolah yang selesa dan selamat amat diperlukan untuk menjana prosespengajaran dan pembelajaran yang sempurna bagi pelajar sekolah. 1
  6. 6. 3.0 OBJEKTIF KAJIANKajian masalah buli di kalangan pelajar-pelajar dijalankan berdasarkan objektif-objektifberikut: i) Untuk melihat perbezaan masalah buli mengikut umur. ii) Untuk mengenalpasti bahawa pelajar pernah dibuli dan membuli. iii) Untuk mengenalpasti perbezaan umur pelajar yang dibuli dan yang membuli iv) Untuk mengenalpasti punca-punca pelajar membuli. v) Untuk mengenalpasti punca-punca pelajar dibuli.4.0 SOALAN-SOALAN KAJIAN i) Apakah perbezaan masalah buli mengikut umur? ii) Adakah pelajar pernah membuli dan dibuli? iii) Apakah perbezaan umur pelajar yang dibuli dan yang membuli? iv) Apakah punca-punca pelajar membuli? v) Apakah punca-punca pelajar dibuli?5.0 DEFINISI KONSEPMenurut Wikipedia, ensiklopedia bebas, buli bermaksud perbuatan mengasari orang yanglemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Inisecara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormatimereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkahlaku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secaraberulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman,tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatanyang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta bolehmendatangkan ketidakselesaan kepada orang lain. 2
  7. 7. Tingkah laku buli merupakan satu bentuk tingkah laku aggresif (Smith dan Sharp, 1994).Menurut Olweus (1993) tingkah laku buli adalah tingkah laku agresif yang dilakukansecara berulang kali terhadap orang lain secara individu atau berkumpulan. Tingkah lakuagresif boleh jadi dalam bentuk fizikal atau lisan yang boleh menyebabkan kecederaanatau ketidak selesaan atau kesakitan ke atas individu lain iaitu mangsa buli. Tingkah lakubuli termasuklah tindakkan –tindakan seperti mengejek, pemulauan dan memukul(Olweus, 1991; Rigby, 1997; Thompson dan Sharp, 1998).6.0 KEPENTINGAN BULIKajian ini diharap dapat membolehkan para pelajar memahami, mengenal pasti jenis-jenis perlakuan perlakuan buli serta dapat mewujudkan kesedaran kepada pelajar tentangkeburukan perlakuan buli dan betapa perlunya perlakuan ini dijauhi. Di samping itu jugadapatan kajian ini diharapkan membolehkan pelajar yang menjadi pembuli dan pelajaryang menjadi mangsa buli mendapatkan bantuan daripada pihak sekolah bagimenyelesaikan konflik dan trauma yang dialami.Dapatan kajian ini juga diharap dapatdigunakan oleh pihak sekolah untuk merangka, meningkatkan dan melaksanakanperaturan anti perlakuan buli, program-program pencegahan serta langkah-langkahkeselamatan bagi mewujudkan persekitaran sekolah yang selamat. Selain itu, dapatankajian ini diharapkan dapat digunakan dan dijadikan panduan oleh pihak KementerianPelajaran Malaysia untuk merangka program serta langkah-langkah bagi menanganimasalah perlakuan buli ini di sekolah-sekolah, membentuk program latihan berkenaanpencegahan perlakuan buli kepada guru-guru dan menyediakan garis panduan umumkepada semua sekolah bagi menangani masalah perlakuan buli ini.7.0 TEMPAT KAJIANKajian ini dilakukan di sebuah sekolah menengah agama di Sekolah Agama IzzuddinShah, Ipoh, Perak. 3
  8. 8. 8.0 POPULASI DAN SAMPEL KAJIANPopulasi kajian ini melibatkan 32 orang pelajar dalam dua kelas iaitu Kelas Tingkatan 4Ibnu Sina dan Tingkatan 4 Ibnu Khaldun di Sekolah Agama Izzudin Shah, Ipoh, Perak.9.0 BATASAN KAJIANKajian ini adalah terhad kepada objektif dan persoalan seperti yang dinyatakan sebelumini. Dapatan kajian ini juga adalah terbatas kepada penggunaan sampel pelajar SekolahAgama Izzudin Shah yang melibatkan dua kelas sahaja. Dapatan kajian ini juga amatbergantung pada kejujuran pelajar-pelajar yang terpilih sebagai responden dalammemberikan jawapan tepat dan benar kepada soal selidik yang dikemukakan.10.0 KAEDAH KAJIANDalam kajian ini set soal selidik pelajar digunakan untuk mengumpul data. Set soalselidik pelajar terdiri daripada tiga bahagian iaitu:-(a) Bahagian A: Umur pelajarIa dibentuk sendiri oleh penyelidik dan bertujuan untuk mengetahui umur pelajar yangterlibat dalam kajian ini.(b) Bahagian B: Pernah dibuli dan mengapa dibuli.Penyelidik membentuk soalan untuk mengetahui adakah pelajar pernah dibuli danmengapa mereka dibuli.(c) Bahagian C: Pernah membuli dan mengapa membuliPenyelidik membentuk soalan untuk mengetahui adakah pelajar pernah membuli danmengapa mereka membuli. 4
  9. 9. 11.0 DAPATAN KAJIAN Umur Pelajar (Tahun) Jumlah (orang) 15 1 16 31 Jadual 1: Umur PelajarKajian ini melibatkan 32 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar yang berumur 15tahun iaitu seorang dan pelajar yang berumur 16 tahun iaitu 31 orang. Pernahkah Anda Dibuli? YA TIDAK 11 Orang 21 Orang Jadual 2: Pernahkah anda dibuli?Didapati seramai 11 orang pelajar mengatakan mereka pernah dibuli manakala 21 orangmengatakan mereka tidak pernah dibuli. Umur Pembuli Umur Pembuli (Tahun) Jumlah (Orang) 16 1 17 3 18 6 19 0 20 0 21 1 22 0 23 0 24 0 25 1 Jadual 3: Umur Pembuli 5Kebanyakkan pelajar mengatakan umur pembuli banyak dikalangan mereka yangberumur 18 tahun iaitu seramai 6 orang manakala seorang di umur 16 tahun, 3 orang diumur 17 tahun. Selain itu, terdapat pelajar mengatakan bahawa terdapat seorang pembulidikalangan umur 21 tahun dan 25 tahun. Pernahkah Anda Membuli?
  10. 10. YA TIDAK 23 Orang 9 Orang Jadual 4: Pernahkah anda membuli?Didapati seramai 23 orang pelajar mengatakan mereka pernah membuli manakala 9 orangmengatakan mereka tidak pernah membuli. Umur Yang Dibuli Umur Dibuli (Tahun) Jumlah (Orang) 7 1 8 0 9 0 10 1 11 2 12 1 13 9 14 7 15 3 16 1 Jadual 5: Umur yang DibuliDidapati pelajar ini lebih banyak membuli pelajar yang berumur 13 tahun iaitu sebanyak9 orang diikuti pelajar berumur 14 tahun iaitu 7 orang dan 3 orang untuk pelajar berumur 615 tahun. Untuk umur 7 tahun, 10 tahun, 12 tahun dan 16 tahun masing-masing adalahseorang sahaja. Manakala untuk 11 tahun adalah seramai 2 orang sahaja.12.0 PERBINCANGANKajian ini akan dapat memberikan satu gambaran yang umum tentang tahap tingkah lakubuli di kalangan pelajar sekolah. Dapatan daripada kajian ini juga akan dapatmenjelaskan lagi tentang tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah terutama dari segipunca-punca kejadian tingkah laku buli ini berlaku dan perbezaan di antara jenis tingkahlaku buli yang dialami oleh pelajar sekolah mengikut umur mereka. Juga perbezaan jenis
  11. 11. tingkah laku buli yang dilakukan oleh pembuli dan yang dibuli. Kajian ini juga akanmemberi maklumat yang baru berkenaan tingkah laku buli di kalangan pelajar sekolah diMalaysia .Daripada kajian yang dilakukan didapati pelajar yang menjadi pembuli adalah lebihberumur daripada yang dibuli. Untuk faktor umur, mereka lebih selesa melakukan bulidengan orang yang lebih muda daripada mereka contohnya pelajar berumur 16 tahuntidak membuli pelajar berumur 18 tahun tapi mereka lebih berani membuli pelajar yangberumur 14 tahun. Selain itu didapati terdapat juga yang dibuli oleh mereka yangberumur 18 tahun ke atas.Daripada kajian yang dilakukan didapati punca-punca mereka dibuli kerana sikap merekasendiri iaitu salah diri sendiri terhadap pembuli, bersikap biadap, penakut, sikap cemburu,”skema” dan perangai yang menunjuk-nunjuk sehingga menyebabkan mereka dibuli.Selain itu, punca badan berbau busuk juga menyebabkan mereka dibuli. Ada juga pelajardibuli juga apabila ingin menyelamatkan kawan mereka yang dibuli.Terdapat seorangpelajar yang mengatakan dia tidak tahu mengapa dia dibuli manakala ada yangmengatakan dibuli hanya kerana pembuli ingin mengisi masa lapang atau sekadar suka-suka. 7Kajian ini juga mendapati 4 responden mengatakan mereka membuli adalah kerana inginmembalas dendam dan ini adalah sebab yang paling tinggi kenapa mereka membuli.Punca kedua tinggi iaitu sebanyak 3 responden mengatakan mereka membuli adalahuntuk keseronokan dan suka-suka serta untuk kepuasan mereka. Selain itu, terdapat jugapunca lain yang menyebabkan mereka membuli iaitu pelajar menganggap membulisebagai satu aktivit senaman, melepaskan rasa tidak puas hati, melepaskan rasa marah,terpengaruh dengan filem-filem ganas, ingin dihormati dan ingin memberi pengajarankepada mereka yang dibuli.
  12. 12. 13.0 KESIMPULAN DAN CADANGANMasalah buli memberi implikasi yang sangat besar terhadap emosi pelajar dankeselamatan di sekolah. Buli dikenal pasti sebagai situasi serangan suatu pihak di manapenyerang lebih berkuasa dan mangsa pula jarang membalasnya atau merasa untukmembalas semula. Jenis perlakuan buli sama ada secara langsung atau tidak langsungmemberi impak negatif kepada pertumbuhan dan perkembangan pelajar yang menjadimangsa buli dan juga kepada mereka yang terlibat dalam melakukan tingkah laku ini.Pihak sekolah terutama sekali pihak guru perlu peka terhadap masalah ini di sekolah.Persepsi serta kepirihatinan mereka dalam mengenal pasti punca dan tanda-tanda awalperlakuan buli adalah amat penting untuk merangka strategi pencegahan bagi menanganimasalah perlakuan buli di sekolah.Sekolah seharusnya menjadi kawasan yang selamat untuk pertumbuhan danperkembangan anak-anak. Persekitaran sekolah yang selamat dan selesa dapat menjanaproses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Sebarang ancaman serta rasa tidakselamat di kalangan pelajar akibat daripada masalah perlakuan buli ini sedikit sebanyakakan mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. 8Kefahaman pihak-pihak yang terlibat dengan para pelajar sekolah seperti pengetua, guru,ibu-bapa dan masyarakat adalah amat penting di dalam usaha merangka danmelaksanakan program-program pencegahan dan polisi anti buli di peringkat sekolah
  13. 13. 9BIBLIOGRAFIAbd Bashid Harun. Gejala Buli di Sekolah Perlu di Perangi Habis-habisan. http://gurubashid.com/blog/hal-ehwal-murid/gejala-buli-di-sekolah-mesti- diperangi-habis-habisan.htmlAmir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Quantum Books.Anuar bin Jais. Tatacara Menangani Buli. http://ejurnalsmkbandarputra.blogspot.com/2011/03/artikel-8-tatacara-menangani- buli.htmlAzizi Hj Yahaya dan Abdul Latif Ahmad. 2005. Persepsi Guru dan Pelajar Terhadap Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar Sekolah Menengah Daerah Batu Pahat. Jurnal Teknologi, 43(E) Dis. 2005: 63–86
  14. 14. Azizi Hj Yahaya, Yusof Boon, Shahrin Hashim, Mohammad Sharif Mustaffa dan Zurhana Muhamad. 2008. Indeks Perlakuan Buli di Kalangan Pelajar-Pelajar di Sekolah Menengah dan Rendah di Malaysia. Jabatan Asas Pendidikan, FakultiMasalah buli : Pelajar tandatangani perjanjian Pendidikan UTM08/06/2005 12:44 p.m. Oleh MARZITA ABDULLAHSATU perjanjian berupa kontrak antara pelajar, ibu bapa danMislan dan Siti Mislia bagi menangani masalah buli di sekolah terutama di sekolah berasrama Azneeral Ar- Rashid, Nora pihak sekolah perlu diwujudkan Selamat. Gejala Buli.penuh. http://gejalabuli.blogspot.com/2007/03/abstrak-kajian-tentang-buli.htmlKontrak tersebut merupakan perakuan yang ditandatangani oleh pelajar dan ibu bapa untuk mematuhi peraturan sekolah dan sanggup menerima hukuman yangditetapkan sekolah jika didapati bersalah melanggar peraturan yang telah Adakah Anda Dibuli. http://ebuli.upsi.edu.my/ Universiti Pendidikan Sultan Idris. termaktub. Wikipedia, ensiklopedia bebas. Buli. http://ms.wikipedia.org/wiki/BuliPresiden Persatuan Psikologi Malaysia Prof. Datin Dr. Noran Fauziah Yaakob berkata, peraturan sedemikian telah dilaksanakan di negara-negara maju dan berjayamengurangkan masalah tersebut.Setiap pelajar diwajib menandatangani kontrak tersebut dan Abdul Samad Md. sesi persekolahan.Pelakuan Zurhana Bin Muhamad setiap awal tahun atau permulaan Din. 2006. Buli di Sekolah : Ciri dan Kesannya. Jurnal Akademik IPTAR 2006: 88-94Bagaimana pun beliau mahu pihak sekolah bersikap tegas dalam melaksanakan pendekatan itu tanpa tolak ansur terhadap pelajar mahupun ibu bapa pelajar yangterlibat.``Jika ada tolak ansur bermakna peraturan itu tidak mempunyai makna dan tidak perlu dilaksanakan, katanya yang pernah melakukan kajian gejala buli dalamkalangan pelajar sekolah rendah dan menengah di negara ini.Jelas Noran Fauziah, menangani masalah buli tidak boleh dengan cara toleransi tetapi perlu tegas kerana kajian menunjukkan mereka yang terlibat dalam kes iniberpotensi terlibat dalam kegiatan jenayah apabila dewasa kelak.Katanya, kajian menunjukkan mereka yang terlibat dalam kegiatan buli semasa di bangku sekolah akhirnya menjadi seorang dewasa yang terlibat dalam kes jenayah,merogol dan mendera isteri.``Apa yang kita lakukan ialah untuk menyelamatkan pelajar dari cenderung ke arah perbuatan tersebut ketika dewasa kelak, tegas beliau.Ditanya mengenai kejadian buli yang kerap berlaku di sekolah berasrama penuh beliau berkata, ia sebenarnya telah menjadi budaya dalam kalangan pelajar sekolahsedemikian.Beliau mengulas kejadian buli terhadap Muhammad Afiq Qusyairi Baharuddin, 13, pelajar dari Sekolah Menengah Agama Padang Tengku, Kuala Lipis, Pahang.Namun tegas beliau, pihak sekolah seharusnya berperanan untuk memberi amaran terhadap pelajar mengenai natijah terlibat dalam kegiatan buli. 10 LAMPIRAN 1``Sepatutnya pihak sekolah sering mengingatkan pelajar masing-masing akibat membuli rakan-rakan atau pelajar junior, katanya.Malah beliau turut mempertikaikan proses pemantauan pihak sekolah terhadap pelajar-pelajar di sekolah berasrama penuh sehingga menyebabkan pelajar berkenaanboleh terlibat dalam kegiatan samseng.``Lazimnya pelajar yang terlibat dalam kumpulan samseng adalah pelajar daripada sekolah harian biasa, justeru timbul tanda tanya bagaimana pelajar sekolahberasrama penuh boleh terlibat dengan kumpulan ini, katanya.Sementara itu katanya, dalam kajian terhadap gejala buli di sekolah berasrama penuh melibatkan pelajar senior yang mahu menunjukkan kuasa terhadap pelajarjunior.``Pelajar senior akan menjadikan pelajar junior sebagai budak suruhan seperti membasuh baju pelajar senior, membasuh bilik air, membeli makanan atau mengambilmakanan untuk mereka, katanya.Buli fizikal akan berlaku apabila pelajar junior enggan menurut perintah pelajar senior.Dalam pada itu kajian beliau menunjukkan pelajar yang suka membuli pelajar lain terutama buli fizikal ialah kerana inginkan keseronokan.Faktor lain ialah mendorong mereka membuli ialah sengaja seronok melihat pelajar lain sengsara akibat perbuatan mereka.Malah membuli ini dilakukan oleh pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik kerana didorong sikap cemburu terhadap pelajar yang cemerlang.``Dengan cara tersebut dia boleh mengalihkan rasa tidak puas hati dan kekecewaannya pada orang lain, katanya.Faktor yang paling lumrah ialah pelajar membuli kerana merasa diri mereka hebat dapat memukul mangsa dan wujud perasaan benci terhadap mangsa.

×