O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 11 Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Semelhante a BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL (20)

Anúncio

Mais recentes (20)

BAB 2 PERKEMBANGAN PERUBAHAN SOSIAL

  1. 1. Perkembangan Perubahan Sosial KPS4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT DISEDIAKAN OLEH : NAMA PENSYARAH : PROF. DR AMIR HASAN BIN DAWI BIL NAMA NO MATRIK 1. YOUAZLIN BINTI ARIS (KETUA) L20221012725 2. MAIZATUL HANA BINTI MOHAMMAD SOM L20221012700 3. AZIZON BINTI AHMAD L20221012710
  2. 2. Definisi Perubahan Sosial Ø Perubahan sosial masyarakat merupakan perubahan yang berlaku pada struktur sosial, pola interaksi dan hubungan antara anggota- anggota dalam sesebuah masyarakat atau negara. Ø Perubahan sosial masyarakat merupakan perubahan pola kehidupan sosial seluruh anggota sesebuah masyarakat, bukannya perubahan kehidupan seorang individu atau beberapa orang anggota masyarakat.
  3. 3. Teori Perubahan Sosial • Perubahan sosial adalah satu hukum alam Yang universal. • Nisbet (1969) - berubah dari mudah ke komples, kehomogenan ke keheterigenan, kemunduran kepada kemajuan. • Perubahan tidak berlaku secara progresif seperti dakwaan teori evolusi. • Perubahan bersifat kitaran yang bersilih ganti antara jatuh & bangun, maju & mundur dan antara lemah & kuat. • Faktor ekonomi (ekonomi kapitalis) sebagai pemangkin perubahan sosial. • Dari infrastruktur (DNA kemusnahan) iaitu penguasaan oleh kapitalis akan menimbulkan konflik kelas) kepada superstruktur (masyarakat tanpa kelas yang stabil) TEORI EVOLUSI TEORI KITARAN TEORI EKONOMI TEORI KONFLIK TEORI TEKNOLOGI TEORI PLURALISME • Konflik adalah pemangkin perubahan. • C Wright Mills (1958) - konflik wujud apabila pemikiran sumber kehidupan berbeza antara kumpulan dalam masyarakat. • Lewis A.Coser (1956) - konflik bukan sahaja tidak dapat dielakkan, tetapi ianya adalah baik untuk memperbaiki kehidupan manusia • Sains & teknologi adalah pemangkin kepada perubahan sosial. • Teknologi mengubah peranan dan fungsi isntitusi sosial - W.F.Ogbum (1922) penciptaan radio telah mencetuskan 150 jenis perubahan sosial di Amerika Syarikat. • Teknologi juga telah mencetuskan revolusi industri dan urbanisasi yang telah mengubah landskap kehidupan sosial masyarakat moden. • Masyarakat Malaysia berubah daripada bersifat homogen (masyarakat tradisonal Melayu pelbagai suku kaum) kepada masyarakat heterogen (masyarakat berbilang kaum) • Pemangkin perubahan ialah kolonialisasi & penggabungan entiti politik (seperti kemasukan Sabah & Sarawak ke Tanah Melayu) • Menurut Teori Ekologi, krisis hubungan ras disebabkan oleh prejudis oleh sekelompok manusia terhadap kelompok yang lain.
  4. 4. Ciri-ciri Perubahan Sosial Perubahan sosial adalah bersifat sosial – proses sosial, perubahan interaksi dan nilai sosial & perubahan organisasi sosial Perubahan sosial bersifat universal – kehidupan masyarakat bersifat dinamik Perubahan sosial merupakan satu keperluan – untuk meningkatkan kualiti dan kemajuan kehidupan masyarakat Perubahan sosial bersifat berterusan – perubahan mengikut era perkembangan supaya masyarakat tidak ketinggalan Perubahan sosial adalah berbeza antara masyarakat – bentuk dan kadar perubahan Perubahan sosial boleh berlaku secara dirancang ataupun tidak dirancang
  5. 5. Bentuk-bentuk Perubahan Sosial Perubahan Evolusi & Revolusi Perubahan evolusi adalah perubahan sosial yang terjadi dalam proses lambat dengan waktu yang cukup lama tanpa ada kehendak tertentu dari masyarakat bersangkutan. Perubahan revolusi merupakan perubahan yang berlangsung cepat tanpa direncanakan sebelumnya. Perubahan ini seringkali memicu ketegangan dan konflik sosial di awal prosesnya. Program Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt utlaoreet dolore magna Perubahan yang Dikehendaki dan Tidak Dikehendaki Perubahan yang dikehendaki adalah perubahan yang terjadi kerana ada perencanaan dari pelaku perubahan (agen of change), iaitu seseorang atau sekelompok orang yang mendapat kepercayaan masyarakat sebagai pemimpin pada lembaga-lembaga kemasyarakatan. Perubahan yang tidak dikehendaki atau tidak direncanakan ialah perubahan yang berlangsung di luar jangkauan dan pengawasan masyarakat. Perubahan ini dapat menyebabkan timbulnya akibat-akibat sosial yang tidak diharapkan masyarakat. Perubahan Kecil dan Besar Perubahan kecil berarti perubahan pada struktur sosial yang tidak membawa pengaruh langsung bagi lembaga kemasyarakatan. Contoh: perubahan model rambut, pakaian, kasut dan lainnya. Sementara perubahan besar adalah perubahan yang memberi pengaruh langsung dalam kehidupan masyarakat. Perubahan ini terjadi sebab ada hal baru yang mampu menggantikan fungsi sesuatu yang lama. Misalnya, pemakaian mesin traktor dalam membajak sawah menggantikan peranan dari tenaga kerbau dalam cara pertanian tradisional.
  6. 6. Faktor-faktor Perubahan Sosial Faktor internal Faktor internal merupakan faktor-faktor yang berasal dari dalam masyarakat itu sendiri, baik yang berupa kolektif atau pun individu. Dalam faktor internal terdapat empat hal yang menjadi penyebab terjadinya perubahan sosial budaya pada masyarakat. 1. Perubahan Jumlah Penduduk (Populasi) 2. Adanya Penemuan atau Inovasi Baru 3. Konflik sosial 4. Terjadinya Pemberontakan dan Revolusi dalam Masyarakat Program Lorem ipsum dolor sit amet, consectetuer adipiscing elit, sed diam nonummy nibh euismod tincidunt utlaoreet dolore magna Faktor eksternal Faktor Eksternal ialah faktor-faktor penyebab perubahan sosial yang berasal dari luar masyarakat. Faktor-faktor eksternal itu terdiri dari tiga. 1. Perubahan Lingkungan Alam - terjadi akibat bencana alam banjir, gempa bumi, tsunami, puting beliung dan sebagainya. 2. Peperangan 3. Pengaruh Budaya Masyarakat Lain
  7. 7. Contoh- Contoh Perubahan Sosial Ø Perubahan Teknologi Kenderaan Pada zaman dahulu manusia menggunakan kereta roda yang memanfaatkan tenaga haiwan seperti kuda ataupun lembu untuk menggerakkannya. Namun kini penemuan mesin pada kendaraan bermotor, manusia dapat bergerak dengan selesa dengan menggunakan kereta dan motorsikal. Ø Pakaian Zaman moden dan globalisasi di masa sekarang sangat mempengaruhi cara berpakaian masyarakat. Jika pada masa lalu masyarakat kerap memakai pakaian tradisional dan baju adat, namun kini ianya semakin sukar untuk dimiliki. Ramai orang kini memakai pakaian sesuai dengan trend yang sedang viral ataupun sekadar ingin mengenakan pakaian sesuai dengan kemahuan mereka. Manakala pakaian adat hanya dikenakan di masa-masa tertentu sahaja seperti dalam acara pernikahan. Ø Alat Komunikasi Pada zaman dahulu manusia menggunakan surat dan telefon awam sebagai alat komunikasi jarak jauh. Namun sekarang, setelah wujudnya smartphone (telepon pintar) ramai orang berkomunikasi dengan lebih mudah dan cepat dengan jaringan internet. Ø Pendidikan Ilmu pendidikan dapat dipelajari dengan lebih mudah dengan penggunaan jaringan internet yang sangat meluas. Segala maklumat dapat diperolehi dengan mudah dan tidak terhad berbanding pada zaman dahulu. Penggunaan buku, surat khabar atau media cetak semakin berkurang penggunaanya kerana terdapatnya e- media, e-book, e-journal dan e-news melalui jaringan internet.
  8. 8. Tokoh-tokoh & Kajian Perubahan • Mengkaji perubahan sosial mengikut perspektif islam. • Mengkaji perkaitan antara institusi sosial. • Membezakan masyarakat primitif dan moden. • Unsur-unsur sosiologi mengikut perspektif islam - berteraskan agama • Memperkenalkan perkataan sosiologi. • Analisa struktur sosial dan perubahan sosial - ciri-ciri sistematik masyarakat, evolusi dunia, kepentingan konsensus, teori abstrak dan kaedah penyelidikan sosiologi. • Law of three stages - teologikal, metafizikal, positif • Ekonomi penentu perubahan sosial. • Menganalisis hubungan masyarakat dengan sistem kapitalis. IBNU KHALDUN (1332 - 1406) AUGUSTE COMTE (1798 - 1857) KARL MARX (1818 - 1883) MAX WEBER (1864 - 1920) HERBERT SPENCER (1820 - 1903) EMILE DURKHE (1858 - 1917) • Kapitalisme moden - ekonomi, status, kuasa. • Teori rasionalisasi (birokrasi). • Kajian sosial mestilah mengambil kira niat, nilai, kepercayaan dan sikap manusia. • Sosiologist mestilah bebas nilai, neutraliti, objektiviti. • Menyamakan masyarakat dengan orgnisma biologi. • Dunia berkembang secara progresif. • Mata yang tahan akan terus hidup dan sebaliknya. • Teori pertambahan saiz masyarakat -penggandaan anggota - penyatuan kumpulan. • Bertambah saiz - bertambah perbezaan struktur sosial, bertambah perbezaan integrasi • Militan - industri • Kestabilan dan kesejahteraan hidup (moraliti) • Mengkaji fakta sosial, sosial material dan bukan sosial material. • Perkembangan pembahagian tugas dlam masyarakat. • Ketuhanan (Sacred) VS keduniaan (Profane) • Perubahan sosial - masalah sosial (bunuh diri) • Keseimbangan antara peraturan dan kebebasan • bunuh diri - egoistik - altuiristik - patalistik - anomik GEORGE HERBERT MEAD (1863 - 1931) • Memusatkan kajiannya terhadap konsep simbol dan bahasa. • Bentuk-bentuk simbol terdiri daripada perkataan, perlakuan, objek dan bahasa.
  9. 9. Pendekatan Kajian Pendidikan Pendekatan kajian yang dipraktikkan dalam sosiologi pendidikan dapat dibahagi kepada dua bentuk iaitu pendekatan mikro dan pendekatan makro. pendekatan mikro melibatkan teori interaksionisme simbolik. TEORI INTERAKSIONISME SIMBOLIK Teori ini mengkritik teori fungsionalisme dan teori konflik yang terlalu bergantung kepada manusia secara keseluruhan dan didasari oleh sistem sosial. Teori interaksionisme beranggapan bahawa manusia bukanlah makhluk yang pasif dan memerlukan interaksi sosial untuk membentuk sebuah realiti. Teori ini berfokuskan penelitian makna-makna yang dibentuk oleh masyarakat seperti antara guru dan pelajar. Contohnya, membuat kajian bagaimana pelajar mempunyai perangai yang tidak baik di sekolah dengan membuat penelitian terhadap cara mereka berinteraksi dengan guru. PENDEKATAN MIKRO
  10. 10. Pendekatan Kajian Pendidikan (samb.....) Pendekatan makro amat berkait rapat dengan teori fungsionalisme dan teori konflik TEORI FUNGSIONALISME Menyatakan bahawa setiap ahli masyarakat dan institusi dalam sesebuah komuniti saling bergantung antara satu sama lain. Contohnya, pelajar di sekolah bergantung terhadap guru bagi memperolehi ilmu, guru pula bergantung kepada kurikulum yang mereka akan terapkan dalam proses mengajar. Pendekatan teori ini diibaratkan seperti setiap anggota badan manusia mempunyai peranan yang tersendiri dan setiap daripada anggota tersebut bergantung antara satu sama lain untuk berfungsi. Teori ini bertujuan untuk melahirkan masyarakat yang harmoni agar dapat memastikan kestabilan negara. TEORI KONFLIK Teori konflik ini melibatkan ketegangan yang berlaku antara individu dan kumpulan-kumpulan dalam sesebuah masyarakat bagi memperoleh kepentingan yang diingini. Max Weber adalah individu yang telah mengaitkan teori konflik dengan pendidikan. Beliau menegaskan bahawa fungsi utama sekolah ialah mendidik pelajar tentang status budaya. Penglibatan kuasa dan kepentingan mewujudkan konflik antara individu dan kumpulan maka mempengaruhi sistem pendidikan dalam masyarakat tersebut. Contohnya, para guru perlu melakukan tugas-tugas pentadbiran dan pada masa yang sama juga mesti melakukan tugas mengajar. Dari segi perspektif pelajar pula mereka perlu mendapatkan keputusan yang cemerlang kerana tekanan oleh ibu bapa yang ingin melihat anak mereka berjaya. Oleh itu, timbullah konflik kerana anak tersebut perlu sering mengulang kaji pelajaran dan mengurangkan sesi bermain. PENDEKATAN MAKRO
  11. 11. Terima Kasih. Sekian

×