Anúncio
Anúncio

Mais conteúdo relacionado

Anúncio

BAB 11 PROFESION GURU.pptx

  1. BAB 11 PROFESION GURU KPS4043 SEKOLAH DAN MASYARAKAT NAMA : YOUAZLIN BINTI ARIS NO. MATRIK : L20221012725 PENSYARAH : PROF DR. AMIR HASAN BIN DAWI
  2. Guru sebagai Profesion Apakah profesion? Pekerjaan yang khusus di mana ia dilaksanakan oleh orang yang berpendidikan tinggi atau mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu. Contoh : keguruan, penguaman, akauntan, perubatan, kaunseling, kejuruteraan dan perniagaan.
  3. Adakah seorang guru professional? Ciri-ciri profesion…… Perkhidmatan Unik Profesion perguruan tidak hanya profesion yang tertua di dunia tetapi adalah unik dan pelbagai. Guru tidak hanya penyampai ilmu tetapi juga kaunselor, pentadbir, perangsang (motivator), ibu bapa, pemimpin, pengurus intruksional dll. Latihan Khusus Untuk menjadi guru, individu perlu menerima latihan yang khusus. Program-program Sarjana Muda Pendidikan (B.Ed) yang di tawarkan university-universiti dan Institut Pendidikan Guru (IPG) mengambil masa 4 tahun yang termasuk praktikum atau latihan mengajar yang wajib untuk semua guru pelatih. Pengetahuan & Kemahiran Untuk menjadi guru bertauliah, seseorang mesti memperoleh pengetahuan dan kemahiran spesifik melalui latihan dalam suatu tempoh yang berpanjangan. Tanggungjawab Menurut Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia, guru bertanggungjawab terhadap pelajar, terhadap ibu bapa, kepada masyarakat dan negara, dan kepada rakan sejawat dan profesion. Autonomi Walau pun guru mempunyai autonomi, ia adalah terhad berbanding dengan profesion lain. Guru tidak boleh memilih pelajar yang diajar dan guru bebas menentukan kaedah mengajar yang memadai. Kod Etika Kod etika profesion perguruan ditentukan oleh „Ikrar Guru‟ dan „Tatasusila Kementerian Pendidikan Malaysia‟. Oleh kerana guru (kecuali guru disektor swasta) adalah pekerja kerajaan, tingkah laku dan tindakan mereka dipantau melalui Perintiah-Perintah Am Kerajaan yang memperincikan tindakan yang dilarang sama sekali dan tidakan yang boleh diakukan dengan izin. Badan Professional Mengenai badan atau kesatuan perguruan mengawasi kod etika perguruan, perkara ini tidak begitu berkesan. Kesatuan- kesatuan tersebut lebih mengutamakan perkara yang berkaitan dengan skim perhidmatan seperti gaji dan faedah-faedah lain. Bukan semua guru diwajibkan menjadi ahli sesuatu kesatuan. Tambahan pula terdapat banyak kesatuan dan persatuan guru yang mempunyai matlamat penubuhan mereka yang berbeza. KPS4043 SEKOLAH & MASYARAKAT 3
  4. Kepimpinan Guru Kepimpinan?  Kepemimpinan adalah satu proses yang melibatkan keupayaan dan kekuatan menyakinkan orang lain. Kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat yang ditetapkan.  Jika dilihat dalam konteks guru di sekolah dan peranan hakiki seorang guru untuk menyampaikan ilmu dan pengetahuan, seorang guru itu haruslah mempunyai kepimpinan dalam bilik darjah. Kepimpinan dalam bilik darjah merupakan satu set kemahiran di mana guru menggunakan kepimpinannya untuk mengurus dirinya sendiri dan berkomunikasi dengan yang lain.  Menurut perspektif islam, kepimpinan adalah amanah yang wajib ditunaikan. Pemimpin pula ialah orang memandu dan mengajak orang lain ke arah kebahagiaan, mendapat kredhaan Allah, membuat segala suruhanNYa dan meninggalkan segala laranganNya. KPS4043 SEKOLAH & MASYARAKAT 4
  5. Jenis-jenis Kepimpinan Autokratik • pentadbiran yang berbentuk hierarki yang mementingkan kedudukan serta melibatkan komunikasi satu hala. • guru-guru sentiasa menurut arahan tanpa banyak soal kerana kawalan yang ketat oleh pengetua dan kurang mempercayai orang lain. Demokratik • proses membuat keputusan menjadi lebih cepat dan lebih baik kerana gaya kepimpinan jenis ini lebih banyak berbincang, menerima dan memberi pandangan. • guru - guru diberikan peluang untuk melontarkan idea mereka. Laisszes-Faire • dilaksanakan apabila melibatkan golongan profesional seperti penyelidik, pereka bentuk dan pelukis kerana pemimpin atasan akan menjadi pemerhati senyap dan membiarkan guru-guru menjalankan aktiviti mengikut inisiatif masing-masing. Kontigensi (mengikut keadaan) • kepimpinan perlu dilaksanakan berdasarkan kepada penganalisisan terhadap kepentingan dan keperluan-keperluan sesuatu keadaan. • berubah mengikut situasi. KPS4043 SEKOLAH & MASYARAKAT 5
  6. Guru sebagai Agen Perubahan  Dalam konsep kepimpinan guru dan budaya sekolah, guru merupakan pemimpin yang berperanan sebagai agen perubahan.  Perubahan yang dimaksudkan adalah melibatkan perubahan ke atas sekolah dan pengajaran dalam bilik darjah.  Guru perlu membuat perubahan dalam penggunaan kaedah PdP yang berpusatkan guru kepada berpusatkan murid.  Guru perlu membuat perubahan dalam penggunaan sumber dan bahan bantu mengajar iaitu menggunakan sumber teknologi maklumat dan komunikasi untuk memantapkan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.  Guru harus menerapkan PdP dengan menggunakan pendekatan-pendekatan dan bahan-bahan terkini agar dapat memberi kesan yang positif kepada prestasi murid.
  7. Terima Kasih wangi #my lynmuiz@gmail.com
Anúncio