SlideShare a Scribd company logo
1 of 82
Download to read offline
BAHASA
MELAYU
Sekolah Rendah
Sekolah Menengah
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
2015
PANDUAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN
Diterbitkan oleh
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62604 Putrajaya
Cetakan Pertama 2015
© Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan
ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula
atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara
elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin
daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
i
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera,
Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan
Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata
Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program-
program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan
kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan
tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan.
Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan
kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program
kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan
warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan
kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa.
Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan
dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada
sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan
sendiri.
Selamat Maju Jaya.
DatO’ SERI MAHDZIr BIN KHALID
Kata Alu-Aluan
MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
ii
Kata Alu-Aluan
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan
Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan
komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia
dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada
landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.
Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan
kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti
pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga
ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga
pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan
negara.
Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti
pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama
berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti
bagi melahirkan modal insan cemerlang.
Sekian, terima kasih.
DatO’ SRI Dr. KhAir Bin Mohamad Yusof
iii
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera.
Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan
limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan
untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor
Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman
untuk merealisasikan penerbitan buku ini.
Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan
dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah
ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha
peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah
seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-
2025).
Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk
membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan
panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini
dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan
oleh warga pendidik.
SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA.
Sekian, terima kasih.
(DatO’ HAJI MAHMUD BIN KARIM)
Kata Alu-Aluan
KETUA NAZIR SEKOLAH
iv
JAWATANKUASA PENERBITAN
BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
BAHASA MELAYU
Penasihat
Dato’ Hj. Mahmud bin Karim
Ketua Nazir Sekolah
Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
Kementerian Pendidikan Malaysia
Pengerusi 1
Hjh. Normah binti Ismail KMN
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi)
Pengerusi 2
Encik Hashim bin Mohd Zin
Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar)
Timbalan Pengerusi
Dr. Harery bin Abu Saad
Ketua Sektor Penaziran Kurikulum
Setiausaha
Noora binti Hj Sidek
Ketua Penolong Pengarah
Ahli
Siti Hatifah binti Yahaya (JNJK)
Salmah binti Abd. Murad (JNJK)
Dr. Hamid bin Idris (JNJK)
Mohd Salleh bin Haji Hassan (JNJK)
Haji Zamani bin Ashaari (JNJK)
Mohd Azman bin Omar (JNJK)
Dayang Rositer binti Awang Ibrahim (JNJK)
Zaharuddin bin Zamin (JNJK)
Ismail bin Arshad (JNJK)
Haji Ismail bin Muhamad Ali (JNJK)
Wan Nur Afni binti Wan Risad (JNJK)
Chin Fong Phin (BPK)
Noraziah binti Ahmad Ghazali (BPK)
Masrol bin Samingon (LP)
Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)
v
ISI KANDUNGAN
Bil.	Tajuk	 Muka
		 Surat
	 Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia	 i
	 Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia.	 ii
	 Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah	 iii
	 Jawatankuasa Penerbitan	 iv
	 Isi Kandungan	 v
	 Pengenalan	 vii
	 Objektif Buku Panduan Pengurusan	 ix
		
BAB 1	 PROFIL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU	
1.1	 Pendahuluan	 1
1.2	 Matlamat 	 1
1.3	 Objektif	 2
1.4	 Organisasi Kurikulum	 4
1.5	 Peruntukan Waktu	 12
		
BAB 2	 PENGURUSAN MATA PELAJARAN 	
2.1	 Pendahuluan	 15
2.2	 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 	 15
2.3	 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah	 16
2.4	 Peranan Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu	 17
2.5	 Peranan Pengetua atau Guru Besar	 19
2.6	 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan	 19
	 Petang	
2.7	 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran	 20
2.8	 Peranan Ketua Panitia Bahasa Melayu	 20
2.9	 Peranan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu	 22
2.10	 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu	 23
2.11	 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita	 24
2.12	 Program Perkembangan Staf	 26
2.13	 Dokumentasi atau Pengurusan Fail Panitia Bahasa Melayu	 26
vi
2.14	 Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Bahasa Melayu	 27
2.15	 Persatuan Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu	 27
BAB 3	 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN	
3.1	 Pendahuluan	 29
3.2	 Standard 4: SKPM 2010	 29
3.3	 Strategi Pengajaran 	 30
3.4	 Penerapan Elemen Merentas Kurikulum Dalam Pengajaran	 32
	 dan Pembelajaran	
3.5	 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi	 33
3.6	 Didik Hibur	 34
3.7	 Pendekatan Berpusatkan Murid	 34
3.8	 Prinsip 5P	 40
3.9	 Hasil Kerja Murid dan Latihan	 41
3.10	 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan	 42
3.11	 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian	 43
		
BAB 4	 PENTAKSIRAN	
4.1	 Pendahuluan	 46
4.2	 Peperiksaan Awam	 46
4.3	 Pentaksiran Berasaskan Sekolah	 48
4.4	 Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu	 57
		
BAB 5	 PENYELIAAN	
5.1	 Pendahuluan	 61
5.2	 Tujuan Penyeliaan	 61
5.3	 Bidang Penyeliaan	 63
5.4	 Prinsip Penyeliaan	 64
5.5	 Peringkat Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran	 65
5.6	 Tindakan Penambahbaikan	 66
	
	 RUJUKAN	 67
vii
PENGENALAN
Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan
Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun
potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi
yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan
menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah
melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi
cabaran semasa dan masa depan.
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani,
berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketerampilan,berakhlakmulia,bertanggungjawabdanberkeupayaanmencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera
MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi
Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara
VISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa
MISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan
Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika.
viii
OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI
i.	 Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran
dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti
penaziran;
ii.	 Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya
menjadi efektif dan cekap;
iii.	 Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua
pihak dalam bidang pendidikan;
iv.	 Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian
maklumat yang cekap dan berkesan;
v.	 Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara
berterusan dalam bidang penaziran; dan
vi.	 Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan
negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan
nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi
perhatian.
ix
OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENGURUSAN
MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Bahasa
Melayu adalah seperti berikut:
i.	 Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai
	 pemimpin kurikulum yang profesional.
ii.	 Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar
	 menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses
	 pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan berkesan.
iii.	 Membolehkan Ketua Panitia Bahasa Melayu mengurus dan mentadbir
	 panitia dengan berkesan.
iv.	 Membolehkan guru Bahasa Melayu mengurus dan melaksanakan
	 proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih terancang dan
	 berkesan.
v.	 Membantu guru bukan opsyen Bahasa Melayu memahami matlamat,
	 objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata
	 pelajaran Bahasa Melayu.
vi.	 Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum
	 dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Bahasa Melayu)
	 dalam melaksanakan pengurusan persatuan.
vii.	 Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia
	 dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tentang cara
	 meningkatkan penguasaan dan prestasi Bahasa Melayu di sekolah.
1
BAB 1
PROFIL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
1.1	 PENDAHULUAN
Perlembagaan Persekutuan Fasal 152 telah mengangkat dan
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa
rasmi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewajibkan
bahasa Melayu dipelajari sebagai mata pelajaran dan dijadikan
bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan.
Berdasarkan kedudukan atau status yang begitu istimewa, bahasa
Melayu telah dapat menjadi bahasa perpaduan dan bahasa
perhubungan utama dalam kalangan rakyat berbilang kaum.
Kemampuan berbahasa ini mencerminkan akal budi rakyat seluruhnya.
Penggunaan bahasa Melayu penting bagi mengekalkan jati diri
masyarakat dan citra negara bangsa. Selain menjadi bahasa
kebangsaan, bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi
penyaluran pemikiran dan budaya.
1.2	 MATLAMAT
1.2.1	 Sekolah Rendah
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal
untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan
boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh
pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta
hubungan sosial dalam kehidupan harian.
2
1.2.2	 Sekolah Menengah
Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah
untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa
dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang
pendidikan, pekerjaan dan urusan harian.
1.3	 OBJEKTIF
1.3.1	 Sekolah Rendah
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah
rendah murid dapat:
a.	 Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi
persekitaran dengan teliti dan betul.
b.	 Mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu
abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
c.	 Mendengar, memahami dan memberikan respons
berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul.
d.	 Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang
sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan
betul secara bertatasusila.
e.	 Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula
perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan
sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
f.	 Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara
bertatasusila.
g.	 Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu
perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila.
h.	 Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara
mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul.
i.	 Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada
pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan
intonasi yang betul.
3
j.	 Membaca dan memahami maklumat yang tersurat
dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons
dengan betul.
k.	 Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat
yang terdapat dalam pelbagai bahan.
l.	 Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkaya kosa
kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca.
m.	 Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul.
n.	 Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas.
o.	 Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
p.	 Menulis imlak dengan tepat.
q.	 Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat
tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang
santun.
r.	 Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre
dengan betul.
s.	 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan.
t.	 Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh
daripada pelbagai sumber.
u.	 Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan,
pembacaan dan penulisan.
v.	 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif,
semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti
berbahasa.
1.3.2	 Sekolah Menengah
Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah
menengah murid dapat;
a.	 Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan,
perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta
mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan.
4
b.	 Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada
pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk
memperoleh ilmu dan maklumat.
c.	 Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan
menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta
menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan.
d.	 Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons
kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan
sastera.
e.	 Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan
penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan
berkesan.
f.	 Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif,
semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara.
1.4	 ORGANISASI KURIKULUM
1.4.1	 Sekolah Rendah
a.	 Standard Kurikulum
Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah
digubal dengan memberikan penekanan pada standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui
dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan
standard pembelajaran ini berpaksikan kemahiran bahasa
dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian
kurikulum.
Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan standard
kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai
oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk
modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang
mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni,
kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.
5
	 i.	 Standard Kandungan
Standard kandungan ialah pernyataan tentang bidang
ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid
dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi
aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
	 ii.	 Standard Pembelajaran
Standard pembelajaran ialah pernyataan tentang
penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran
dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan.
b.	 Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa merupakan teras Standard Kurikulum
Bahasa Melayu dan pendekatan modular. Kemahiran
bahasa meliputi kemahiran berikut:
	 i.	 Kemahiran mendengar
	 ii.	 Kemahiran bertutur
	 iii.	 Kemahiran membaca
	 iv.	 Kemahiran menulis
c.	 Pendekatan Modular
Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan dengan
menggunakan pendekatan modular untuk memastikan
penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan
modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada
unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu terdapat lima modul iaitu Modul
Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis,
Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul
yang pertama berasaskan empat kemahiran bahasa iaitu
kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran
membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan
6
Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk
mengukuhkan kecekapan berbahasa murid.
	 i.	 Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur
Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi
penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur.
Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid
mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati
secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai
situasi pengucapan serta dapat memberikan respons.
Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid
berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea
yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang
betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan
tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam
kemahiran bertutur.
	 ii.	 Modul Kemahiran Membaca
Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada
kemahiran membaca di samping penggabungjalinan
kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca
merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan,
intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan
perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan
pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan
teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul
kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati
teks yang dibaca.
7
	 iii.	 Modul Kemahiran Menulis
Modul Kemahiran Menulis berfokuskan kemahiran
menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid
menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai
jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan
dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan
perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis,
tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas
dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti
mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur
pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran
bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam
pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik.
	 iv.	 Modul Seni Bahasa
Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan,
keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang
perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan
aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami,
mengungkap dan menghayati bahasa yang indah.
Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan
mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara
lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik.
Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang
menyeronokkan secara didik hibur.
	 v.	 Modul Tatabahasa
Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis
bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh
murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang
terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan
supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa
dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara
lisan dan bertulis.
8
d.	 Sistem Bahasa
Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan,
sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa.
Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu membolehkan murid
menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku.
Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah.
	 i.	 Tatabahasa
Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan
sintaksis:
•	 Morfologi
Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata
ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang
(tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna.
Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada
bentuk tunggal atau hasil daripada proses
pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan.
Golongan kata pula ialah proses menjeniskan
perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau
fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan
yang sama.
•	 Sintaksis
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji
bentuk, struktur dan binaan ayat. Melalui sintaksis
hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan
atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat
dapat dipelajari.
9
•	 Sistem Ejaan
Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi
tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga
makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah
mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan
tanda baca yang betul dapat membantu bacaan dan
penulisan.
•	 Sebutan dan Intonasi
Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid
dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul
serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang
ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan
membezakan pelbagai aspek sebutan dan intonasi
supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan
tepat.
•	 Kosa kata
Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah.
Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan
dikembangkan agar murid dapat mengungkap
maklumat dan buah fikiran selaras dengan
penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari
pada peringkat sekolah rendah.
•	 Peribahasa
Peribahasa merangkumi simpulan bahasa,
perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan
kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah
mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni
masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
10
e.	 Elemen Merentas Kurikulum
Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang
diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
selain yang ditetapkan dalam standard kandungan.
Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan
kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan
serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan.
Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan
elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar,
nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme dan ditambah
dengan elemen baharu iaitu Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan
inovasi.
1.4.2	 Sekolah Menengah
a.	 Organisasi Kurikulum
Organisasi kandungan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu
sekolah menengah mengandungi:
	 i.	 Penggunaan Bahasa
Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama,
iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang
Estetik. Bagi setiap bidang tersebut terdapat hasil
pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus
yang perlu dikuasai oleh murid.
	 ii.	 Kemahiran Bahasa
Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar,
bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini
merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
11
	 iii.	 Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan
daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil
pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang
perkara yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil
pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus
pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar
murid menguasai hasil tersebut. Oleh itu, hasil
pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan,
kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan
dan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga
membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian
pencapaian murid.
	 iv.	 Sistem Bahasa
Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran
merujuk bahasa Melayu baku yang terdiri daripada
tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan dan sebutan,
dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi
dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada
kosa kata umum dan istilah.
	 v.	 Komponen Sastera Melayu dalam Mata Pelajaran
Bahasa Melayu
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000:
Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu
Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah
Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) Bermula
Tahun 2000. Komponen Sastera Melayu dalam mata
pelajaran Bahasa Melayu merangkumi genre novel,
cerpen, prosa tradisional, drama, sajak dan puisi
tradisional. Melalui komponen ini diharapkan dapat
memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam
12
kalangan murid serta memperkukuh kemahiran
berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur,
membaca dan menulis.
	 vi.	 Pengisian Kurikulum
Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang
mencantumkan teras utama dalam kehidupan
masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam
pendidikan, iaitu ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan
sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu
kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar,
kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian
masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran
konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua
elemen ini dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan.
Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan
patriotisme diberikan penekanan selaras dengan
matlamat negara untuk membangunkan masyarakat
madani.
1.5	 PERUNTUKAN WAKTU
1.5.1	 Sekolah Rendah
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010: Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap I Mulai 2011.
Tahap 1
Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu
SK 360 12
SJKC 300 10
SJKT 300 10
13
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013: Pelaksanaan Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Tahap II Secara Berperingkat-
peringkat Mulai Tahun 2014, jumlah masa yang diperuntukkan
untuk pelaksanaan KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut:
Tahap 2
Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu
SK 300 10
SJKC 240 8
SJKT 240 8
Bagi murid Pendidikan Khas, jumlah masa yang diperuntukkan
adalah seperti berikut:
Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu
Masalah Pendengaran
dan Penglihatan
300 10
Masalah Pembelajaran 180 6
1.5.2	 Sekolah Menengah
a.	 Menengah Rendah
Penetapan jumlah masa pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.
17/1988: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk
Mata-mata Pelajaran Program KBSM bagi Kelas
Peralihan, Tingkatan I dan Tingkatan II Mulai 1989 dan
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan
Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran
Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga
Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000.
14
Tingkatan Minit Seminggu Bilangan Waktu
Peralihan 520 13
1 hingga 3
240
(80 minit Komponen
Sastera Melayu)
6
b.	 Menengah Atas
Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi
Sekolah Menengah KBSM merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk
Mata-mataPelajaranProgramKurikulumBersepaduSekolah
Menengah Atas Mulai Tahun 1992 dan Surat Pekeliling
Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan
Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah
Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun
2000.
Tingkatan Minit Seminggu Bilangan Waktu
4 dan 5
240
(80 minit Komponen
Sastera Melayu)
6
15
BAB 2
PENGURUSAN MATA PELAJARAN
2.1	 PENDAHULUAN
Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan
pelaksanaan kurikulum yang lebih terancang dan sistematik. Pengurusan
mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan
sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu juga penting
agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab,
berwawasan, berinovasi dan berupaya melaksanakan tugas dengan
berkesan. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan
dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya
mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi KPM iaitu
“Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”.
2.2	 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam
bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab
dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang jelas ke arah merealisasikan
pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah akan memandu
dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti Panitia Bahasa Melayu
dan Persatuan Bahasa Melayu yang dilaksanakan supaya mencapai
matlamatnya.
16
Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti
berikut:
Sumber Rujukan: PPK, KPM (2001)
2.3	 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH
Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah:
a.	 Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah
	 dengan jelas.
b.	 Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan
	 Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan.
c.	 Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek
	 dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat
	 kurikulum.
d.	 Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah
	 baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik keadaan,
	 suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran.
e.	 Merancang latihan/kursus perkembangan staf dengan tujuan
	 meningkatkan mutu pendidikan.
17
f.	 Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di
	 sekolah.
g.	 Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan
	 aktiviti kurikulum.
h.	 Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan
	 aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan.
i.	 Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan
	 dengan pendidikan semasa.
j.	 Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan
	 mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan
	 oleh panitia.
k.	 Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia.
l.	 Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan
	 berkesan.
m.	 Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan
	 mengemukakan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum
	 daerah/negeri.
2.4	 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata
Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran
secara rasmi. Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit,
adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata
pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran
sebagai satu panitia.
Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata
pelajaran Bahasa Melayu sejajar dengan peranannya sebagai sebuah
badan ikhtisas:
a.	 Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran,
dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan
pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
18
	 (Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli
	 panitia.
b.	 Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa
	 selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan
	 takwim sekolah.
c.	 Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada
	 pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid.
d.	 Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan
	 menyediakan bank soalan.
e.	 Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap
	 peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai
	 bagi penambahbaikan.
f.	 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang-
	 kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan
	 secara semerta jika perlu.
g.	 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia
	 (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah
	 atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan
	 kaedah untuk mengajar serta mencari penyelesaian masalah
	 bagi sesuatu isu.
h.	 Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh
	 setelah mengikuti kursus atau seminar.
i.	 Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di
	 sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu
	 pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran.
j.	 Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran
	 dengan panitia di sekolah berhampiran.
k.	 Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu
	 usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid.
l.	 Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk
	 menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli
	 panitia.
m.	 Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan
	 mesyuarat, surat menyurat dan rekod.
19
2.5	 PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR
Pengetua/guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang,
pelaksana perubahan, dan inovasi kurikulum. Selain itu, mereka juga
merupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang dan pengurus
program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan
pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam
meningkatkan tahap profesionalisme keguruan.
Pengetua/guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di
samping itu, pengetua/guru besar perlu menubuhkan panitia mata
pelajaran. Mereka juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan/
pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak.
2.6	 PERANAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN PENOLONG
KANAN PETANG
a.	 Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang
	 berperanan dalam urusan penyediaan jadual waktu induk,
	 jadual waktu kelas, dan jadual guru ganti. Selain itu, mereka
	 juga berperanan bagi menentukan tenaga pengajar mengikut
	 kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana
	 dan menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru.
	 Beliau juga memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama
	 ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan lancar serta
	 memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik.
b.	 Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang juga
	 berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas
	 tambahan dan bimbingan, dan mengenal pasti dan mencalonkan
	 guru untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan
	 mata pelajaran Bahasa Melayu.
20
2.7	 PERANAN GURU KANAN MATA PELAJARAN
Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam
merancang dan melaksanakan penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran, mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran.
Selain itu, guru kanan mata pelajaran perlu memastikan penggunaan
bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas yang berkaitan
bidang bahasa, melaksanakan penilaian, kemajuan staf dan penyediaan
bahan bantu mengajar.
2.8	 PERANAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU
Keperluan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dimaklumkan melalui
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua
Panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras,
memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata
pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh
pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran
bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai
oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran tersebut di sekolah.
Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan
perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh dijalankan
oleh ketua panitia adalah seperti berikut:
a.	 Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa
	 untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum.
b.	 Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
	 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan
	 Perkembangan Pembelajaran Murid terkini serta merancang,
	 menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran tahunan dengan
	 mengambil kira takwim persekolahan semasa.
c.	 Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan
	 Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru
	 mata pelajaran dalam penyediaan rancangan pelajaran harian.
21
d.	 Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta
	 menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan penambahbaikan.
e.	 Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti
	 peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum
	 akademik.
f.	 Menyelaras tugasan dan jenis buku latihan serta buku nota yang
	 akan digunakan.
g.	 Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan bilangan,
	 bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian.
h.	 Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti
	 perkembangan staf.
i.	 Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan
	 tahunan bagi mata pelajaran.
j.	 Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan
	 mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang
	 berkuat kuasa.
k.	 Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan
	 pusat sumber sekolah.
l.	 Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan
	 diterima mengikut  bilangan dan spesifikasi.
m.	 Memastikan guru mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan
	 unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan dan elemen
	 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
n.	 Memastikan bilik-bilik khas seperti makmal bahasa, bilik bahasa
	 dan sudut mata pelajaran digunakan secara optimum dan
	 menyeluruh kepada semua murid.
o.	 Memastikan bilik-bilik khas sentiasa berada dalam keadaan
	 bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.
22
2.9	 PERANAN GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
a.	 Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran,
	 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan
	 Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini.
b.	 Menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan
	 pelajaran harian yang berasaskan sukatan pelajaran, huraian
	 sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran
	 dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan
	 ini hendaklah mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai
	 dan selaras dengan kebolehan serta keperluan murid.
c.	 Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya
	 pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.
d.	 Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan
	 sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan
	 pembelajaran.
e.	 Menyedia pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan
	 dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, teknologi
	 maklumat dan komunikasi, cakera padat, video dan sebagainya
	 yang difikirkan sesuai.
f.	 Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang
	 sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan
	 pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat.
g.	 Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium
	 berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata
	 pelajaran atau badan profesional tertentu.
h.	 Memberikan latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi
	 kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut
	 ketetapan yang diputuskan.
i.	 Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional untuk
	 menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran
	 serta merancang penambahbaikan.
23
j.	 Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan serta
	 elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi.
k.	 Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang
	 ditetapkan.
2.10	 MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU
Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal
sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut
ketetapan berikut:
a.	 Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua
	 kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia
	 Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara semerta juga boleh
	 diadakan mengikut keperluan.
b.	 Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa
	 Kurikulum Sekolah.
c.	 Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan,
	 perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata
	 pelajaran, analisis peperiksaan awam dan sekolah dan
	 perancangan kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan
	 dalam mesyuarat panitia.
d.	 Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara
	 berikut:
i.	 Ucapan pengerusi
ii.	 Pengesahan minit mesyuarat yang lalu
iii.	 Perkara berbangkit
iv.	 Perbincangan isu/masalah profesional
v.	 Hal-hal lain
e.	 Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan
	 kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh
	 yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
	Awam (PKPA) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat
	 dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
24
2.11	 PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PERKAPITA
a.	 Bantuan geran perkapita merupakan bantuan kewangan yang
	 diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah
	 kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan.
b.	 Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan
	 mata pelajaran/ketua panitia dalam mesyuarat jawatankuasa
	 pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah
	 peruntukan geran perkapita yang diterima serta agihannya
	 supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan
	 dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid
	 sepenuhnya.
c.	 Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua
	 kumpulan iaitu :
i.	 Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan
	 & Bahasa Asing dan Elektif
ii.	 Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber
	 Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain
	 Perbelanjaan Berulang Tahun/Khas (LPBT/LPK) Sekolah
	 dan LPBT/LPK Asrama.
d.	 Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran
	 perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang
	 digariskan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012:
	 Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan
	 Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan
	 Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil.
	 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang
	 berkuat kuasa. Maksud perbelanjaan seperti yang terdapat dalam
	 surat pekeliling berkenaan adalah:
i.	 Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan
	 pengajaran dan pembelajaran.
ii.	 Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera
	 padat dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk
	 tujuan pengajaran dan pembelajaran.
25
iii.	 Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta
	 modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan
	 pembelajaran.
iv.	 Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains,
	 taman herba dan sebagainya yang boleh memberikan
	 pengukuhan kepada program pengajaran dan
	 pembelajaran.
v.	 Program berunsurkan pendidikan yang boleh
	 memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan
	 pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau
	 hari persekolahan.
vi.	 Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah
	 dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata
	 pelajaran atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua
	 sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan
	 ketetapan semasa.
vii.	 Bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah
	 hendaklah mematuhi tatacara perolehan teknologi
	 maklumat dan komunikasi yang berkuat kuasa.
viii.	 Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang
	 ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu
	 daripada Ketua Pusat Tanggungjawab.
e.	 Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012,
	 maksud perbelanjaan geran perkapita diperluas seperti berikut:
i.	 Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan
	 peruntukan geran perkapita mata pelajaran.
ii.	 Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan
	 LPBT sekolah dan LPBT asrama.
iii.	 Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli
	 mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama
	 dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT
	 asrama.
26
iv.	 Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/
	 warden/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan
	 berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan
	 menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT asrama.
2.12	 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF
Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk
mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang perlu
diberikan perhatian adalah seperti berikut:
a.	 Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui
	 kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses,
	 Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf.
b.	 Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan
	 supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau
	 persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
c.	 Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan
	 kursus dalaman peringkat panitia.
d.	 Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk
	 memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh
	 idea-idea dan pendekatan baharu.
e.	 Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap
	 sesuatu program/aktiviti yang dijalankan.
2.13	 DOKUMENTASI ATAU PENGURUSAN FAIL PANITIA BAHASA MELAYU
Panitia Bahasa Melayu hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk
menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus
dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan
teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan
data dan maklumat panitia.
27
2.14	 BILIK KHAS ATAU SUDUT MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
Guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipertanggungjawabkan
perlu:
a.	 Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran dapat berfungsi
dengan efektif.
a.	 Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran sentiasa bersih dan
kemas untuk digunakan.
b.	 Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik
khas/sudut mata pelajaran untuk proses pengajaran dan
pembelajaran dan kegiatan persatuan.
c.	 Menyediakan panduan penggunaan bilik khas serta memastikan
peraturan penggunaannya dipatuhi.
d.	 Merekodkan penggunaan bilik khas serta mengemas kini
penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi
perhatian sewajarnya.
2.15	 PERSATUAN KOKURIKULUM AKADEMIK BAHASA MELAYU
a.	 Penubuhan persatuan koakademik adalah bertujuan untuk
pengukuhan, pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta
meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Oleh itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu
dirancang.
b.	 Persatuan koakademik boleh memainkan peranan dengan
merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian
objektif mata pelajaran tersebut dan menjalankannya pada masa
tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan
kefahaman serta penguasaan murid di samping menimbulkan
minat dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan.
c.	 Persatuan koakademik yang ditubuhkan perlu mempunyai
peraturan dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka
kepada semua murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa
sebarang sekatan.
28
d.	 Struktur organisasi persatuan koakademik terletak bawah
Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti
panitia berkenaan.
e.	 Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh
ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang
diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut:
i.	 Pengerusi
ii.	 Naib Pengerusi
iii.	 Setiausaha
iv.	 Bendahari, dan
v.	 Beberapa orang ahli jawatankuasa
f.	 Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa
dari semasa ke semasa bergantung pada kehendak
perlembagaan dan keperluan.
g.	 Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil
berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai
matlamat kegiatan yang dirancang.
29
BAB 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
3.1	 PENDAHULUAN
	 Pengajaran dan pembelajaran ialah satu bentuk komunikasi dua hala
	 yang melibatkan guru dan murid. Kedua-duanya perlu bertindak untuk
	 memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah
	 seperti yang dirancang. Untuk mencapai objektif pengajaran dan
	 pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu menjalankan pengajaran
	 berlandaskan prinsip-prinsip yang mendasari kurikulum bahasa Melayu.
	 Pemilihan dan penggunaan bahan, kaedah dan teknik perlu disejajarkan
	 dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan
	 Kurikulum.
3.2	 STANDARD 4: SKPM 2010
Bagi memastikan mutu pembelajaran dan pengajaran bahasa
Melayu ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti
pengajaran di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada
aspek PdP mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia 2010 (SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard
4 iaitu:
a.	 Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi
membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan.
b.	 Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang
ditetapkan.
c.	 Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran.
d.	 Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran.
e.	 Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan
pencapaian objektif pelajaran.
30
f.	 Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepatkan
pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid.
g.	 Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan
pembelajaran murid.
h.	 Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan
pembelajaran dan pengajaran.
i.	 Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid.
j.	 Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran
disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat.
k.	 Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan suasana
yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan
pengajaran.
l.	 Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi mewujudkan
keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru.
SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4
berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard 4
masih dikekalkan.
3.3.	 STRATEGI PENGAJARAN
Strategi merupakan satu perancangan pengurusan operasi yang
digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks
pengajaran dan pembelajaran, istilah ini merujuk satu set aktiviti
pengajaran yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran
dan pembelajaran. Strategi pengajaran yang berkesan akan dapat
mengintegrasikan pendekatan, kaedah dan teknik secara harmoni. Oleh
itu, guru yang mempunyai strategi pengajaran yang baik dapat
melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.
(Rujuk Rajah 1).
31
RAJAH 1 : STRATEGI PENGAJARAN
STRATEGI PENGAJARAN
PENDEKATAN
Contoh:
	 Induktif
	 Deduktif
	 Elektif
	 Komunikatif
	 Kolaboratif
	 Koperatif
	 Berfikir
	 Kontektual
	 Konstruktif
KAEDAH
Contoh:
	 Terus
	 Audio-Lingual
	 Audio-Visual
	 Nahu terjemahan
	 Situasi
	 Struktur stimulus respon
	 Kod kognitif
	 Natural
TEKNIK
Contoh:
	 Simulasi
	 Main peranan
	 Bercerita	
	 Permainan
	 Sosiodrama
	 Berbahas
	 Berbincang
	 Nyanyian
i.	 Pendekatan
	 Pendekatan merupakan pelbagai prinsip yang menjadi pegangan
	 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pendekatan
	 itu berlandaskan beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat
	 semula jadi dalam proses pembelajaran seseorang. Oleh itu,
	 pendekatan dalam pengajaran bahasa merujuk satu kumpulan
	 prinsip berdasarkan teori bahasa dan teori pengajaran bahasa
	 yang menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan
	 pembelajaran bahasa.
ii.	 Kaedah
	 Kaedah ialah cara pelaksanaan sesuatu pengajaran yang teratur,
	 kemas dan sistematik yang melibatkan langkah dan peringkat
	 untuk mengajarkan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa sesuai
	 dengan pendekatan yang dipegang bagi mencapai sesuatu
	 objektif pengajaran dan pembelajaran.
32
iii.	 Teknik
	 Teknik ialah satu cara atau taktik yang digunakan oleh guru untuk
	 menyampaikan isi pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran
	 yang telah ditetapkan. Teknik yang direalisasikan di dalam bilik
	 darjah akan menjadi aktiviti pembelajaran.
3.4	 PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Elemen merentas kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan
dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan
mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang
dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa
hadapan. Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan
elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni,
sains dan teknologi dan patriotisme serta ditambah dengan elemen
baharu iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan serta
kreativiti dan inovasi.
3.4.1	 Elemen Kreativiti dan Inovasi
	 Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam
	 pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan
	 mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan
	 murid. Selain itu, kreativiti merujuk tindakan penghasilan idea,
	 pendekatan atau tindakan yang baharu. Inovasi pula ialah proses
	 penjanaan dan pengaplikasian idea secara kreatif dalam konteks
	 tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu dilaksanakan dalam
	 pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan
	 yang dihasratkan.
33
3.4.2	 Elemen Keusahawanan
	 Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan bagi
	 membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan
	 pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai moral dan
	 etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan
	 bertujuan untuk membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan
	 sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid.
3.4.3	 Teknologi Maklumat dan Komunikasi
	 Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan
	 kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer
	 untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel,
	 menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan
	 harian dan mengakses maklumat melalui internet.
3.5	 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI
a.	 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
	 mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
	 membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah,
	 membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta
	 sesuatu.
b.	 Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menggunakan alat
	 berfikir antaranya ialah i-Think yang merupakan alat untuk
	 mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam
	 kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif,
	 kritis serta inovatif.
c.	 I-Think merangkumi lapan peta pemikiran yang boleh
	 diaplikasikan oleh guru dan murid dalam pengajaran dan
	 pembelajaran di samping teknik penyoalan dan penaakulan.
34
3.6	 DIDIK HIBUR
Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran yang
menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan akan wujud
melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna dan
memikat seterusnya dapat membantu memperkukuh pemahaman dan
mendorong murid untuk belajar.
3.7	 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID
Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran
Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka
berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman
sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa.
3.7.1	 Pendekatan Tematik
	 Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu
	 diajar berdasarkan tema. Ilmu daripada mata pelajaran dan
	 disiplin lain lebih mudah diserapkan dan kosa kata bertambah
	 dan dapat dikembangkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan
	 penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal
	 persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan,
	 mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu-
	 isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti
	 yang berikut:
a.	 Kekeluargaan
	 Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga
	 yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan Tema
	 ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai
	 dan menghormati setiap ahli keluarga.
35
b.	 Kemasyarakatan
	 Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan
	 dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan
	 keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini
	 sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat
	 melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat-
	 menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab.
c.	 Kesihatan dan Kebersihan
	 Tema kesihatan dan kebersihan, merujuk kesempurnaan dari
	 segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai
	 diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat
	 pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan
	 kesihatan dan amalan gaya hidup sihat.
d.	 Keselamatan
	 Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri
	 daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran.
	 Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi
	 kesedaran agar mengutamakan keselamatan.
e.	 Perpaduan
	 Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang
	 terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk
	 Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha
	 memupuk semangat perpaduan.
f.	 Kebudayaan, Kesenian dan Estetik
	 Tema kebudayaan, kesenian dan estetik merangkumi elemen-
	 elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum
	 di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai
	 diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat
	 dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga
	 Malaysia.
36
g.	 Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan
	 Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk
	 keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang
	 seimbang daripada segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta
	 mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi
	 negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk
	 melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat
	 kekitaan dan setia kepada negara.
h.	 Sains, Teknologi dan Inovasi
	 Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan
	 yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan
	 kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu.
	 Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan
	 insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu
	 yang berinovasi.
i.	 Alam Sekitar dan Teknologi Hijau
	 Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan
	 murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk
	 kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan
	 bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema
	 ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta
	 bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan
	 teknologi hijau.
j.	 Pertanian dan Penternakan
	 Tema pertanian dan penternakan memberi murid
	 pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara
	 tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan
	 untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang
	 bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.
37
k.	 Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan
	 Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang
	 perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan
	 dan pengurusan perdagangan. Manakala pengurusan
	 kewangan pula menekankan tentang tanggungjawab dalam
	 menguruskan kewangan dengan bijak. Tema ini sesuai
	 diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan
	 bidang ekonomi, membudayakan sikap keusahawanan dan
	 celik kewangan dalam kehidupan.
3.7.2	 Penyelesaian Masalah
	 Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan
	 pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk perkataan,
	 masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan
	 kemahiran matematik dalam situasi sebenar. Murid perlu
	 menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka
	 pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah
	 ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif.
3.7.3	 Pembelajaran Berasaskan Projek
	 Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk
	 menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan
	 murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan
	 mempersembahkan dapatannya. Ini juga dapat membantu guru
	 menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid
	 lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk.
3.7.4	 Pembelajaran Koperatif
	 Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan yang
	 membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan
	 membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu
	 tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan
	 peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan.
	 Pembelajaran koperatif ini dapat menghasilkan satu tugasan
38
	 kumpulan, di samping mewujudkan interaksi antara murid,
	 kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat.
3.7.5	 Kecerdasan Pelbagai
	 Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi
	 kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap
	 individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza.
	 Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik,
	 logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal,
	 intrapersonal dan naturalis.
3.7.6	 Pembelajaran Kontekstual
	 Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang
	 mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu,
	 masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila
	 murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu
	 secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran
	 dalam kehidupan mereka.
3.7.7	 Pembelajaran Konstruktivisme
	 Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat
	 melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina
	 pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri
	 berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini
	 menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar
	 sepanjang hayat mereka.
3.7.8	 Kemahiran Belajar Cara Belajar
	 Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid
	 supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang
	 berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid
	 meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi
	 dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan
	 pembelajaran seumur hidup.
39
3.7.9	 Kajian Masa Depan
	 Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk
	 mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara
	 atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa
	 depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan,
	 menjangka akibat serta menangani perubahan supaya mereka
	 mendapat manfaat yang maksimum.
3.7.10	 Pembelajaran Akses Kendiri
	 Pembelajaran akses kendiri ialah satu program yang
	 membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan
	 bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti,
	 menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar
	 mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap
	 pembelajaran mereka.
3.7.11	 Pembelajaran Luar Bilik Darjah
	 Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara
	 terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini
	 dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang
	 dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman
	 pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan
	 kemahiran sosial dan kerja berpasukan.
3.7.12	 Pembelajaran Masteri
	 Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil
	 pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit
	 pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada
	 unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai
	 80 peratus aras masteri sebelum berpindah ke unit
	 pembelajaran yang baharu.
40
3.8	 PRINSIP 5P
	 Usaha mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran
dan pembelajaran bahasa Melayu perlu menekankan prinsip 5P iaitu
penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan.
Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan
pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut:
3.8.1	 Penggabungjalinan
	 Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses
	 pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa
	 kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat
	 mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran.
	 Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran
	 mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat
	 dalam standard kandungan.
3.8.2	 Penyerapan
	 Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu
	 menerapkan unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai
	 tambah. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin
	 daripada mata-mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat
	 Malaysia serta kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan
	 kemahiran yang lain membolehkan murid menguasai kemahiran
	 secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran bahasa.
3.8.3	 Penilaian
	 Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses
	 pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu
	 aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi
	 menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan
	 pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan
41
	 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses
	 penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan
	 jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid
	 sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan.
3.8.4	 Pemulihan
	 Program pemulihan disediakan untuk membantu murid
	 menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam
	 tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri
	 daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan dan lain-lain
	 yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada
	 yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini
	 adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu
	 kemahiran.
3.8.5	 Pengayaan
	 Program pengayaan disediakan untuk memantapkan
	 kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah
	 diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara
	 bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan
	 tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan
	 kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka
	 masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa
	 yang ditentukan.
3.9	 HASIL KERJA MURID DAN LATIHAN
Bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, pelbagai
latihan berkaitan kemahiran bahasa iaitu lisan, bacaan atau tulisan perlu
disediakan oleh guru seperti membuat persembahan, bersoal jawab,
tugasan bertulis dan lembaran kerja. Hasil kerja murid yang baik akan
dapat menjelaskan keupayaan murid sama ada mereka menguasai
kemahiran yang diajar atau sebaliknya. Guru boleh menggunakan kaedah
pemerhatian sambil membetulkan kesilapan murid untuk memastikan
42
murid menguasai kemahiran lisan dan bacaan. Bagi latihan bertulis pula,
guru perlu menyemak latihan tersebut secara konstruktif. Murid perlu tahu
dan faham akan kesalahan yang dilakukan dalam latihan bertulis yang
diberi oleh guru dan membuat pembetulan secara konsisten.
3.10	 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran
tahunan mengandungi secara ringkas isi kandungan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang
dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, rancangan
pelajaran tahunan perlu mengandungi perkara-perkara seperti ruang
minggu, tajuk atau tema, kemahiran dan catatan. Beberapa aspek yang
perlu diberi pertimbangan dalam menyediakan rancangan pelajaran
tahunan ialah:
a.	 Mengenal pasti murid yang menjadi kumpulan sasar dan
keupayaan yang berbeza bagi setiap sekolah.
b.	 Mengubah suai rancangan pelajaran tahunan berdasarkan takwim
persekolahan dan/atau kumpulan murid tahun semasa.
c.	 Membuat pemetaan isi pelajaran dengan memilih, menentukan dan
menyusun kemahiran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau Dokumen
Standard Kurikulum dan Pentaksiran.
d.	 Menyediakan rancangan pelajaran tahunan pada awal tahun
persekolahan dalam apa-apa juga bentuk.
e.	 Menyatakan unsur-unsur ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni
dalam rancangan pelajaran tahunan.
43
3.11	 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod
Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran
harian merupakan terjemahan daripada rancangan pelajaran tahunan
yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara
untuk mencapai objektif dan kenyataan berkaitan pencapaian objektif itu.
Rancangan pelajaran harian seelok-eloknya disediakan:
a.	 Sehari sebelum sesuatu pelajaran itu disampaikan.
b.	 Merujuk dan diselaraskan dengan rancangan pelajaran tahunan.
c.	 Berdasarkan tahap kebolehan murid di dalam kelas yang
berkenaan.
d.	 Mempunyai kesinambungan dengan pelajaran-pelajaran yang
terdahulu.
e.	 Mengambil kira refleksi yang dibuat.
3.11.1	 Penulisan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran
	 Rasional penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran
	 adalah untuk:
	 a.	 Menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran guru.
	 b.	 Membantu guru membuat penilaian, pengukuran atau
		 pentaksiran sama ada murid faham, berupaya dan boleh
		 menghasilkan seperti yang ditetapkan dalam objektif.
	 c.	 Membantu pihak pentadbir untuk menyelia, mencerap dan
		 menilai keberkesanan pengajaran guru.
	 Penulisan objektif perlulah jelas dan spesifik serta menjurus
	 kepada tingkah laku yang hendak dicapai kerana penyataan
	 yang tepat dan jelas sahaja akan membolehkan seseorang guru
	 itu memilih kaedah, prosedur, bahan, sumber dan aktiviti serta
	 arahan yang betul dan sesuai untuk menghasilkan tingkah laku
	 atau hasil yang diingini. Ciri-ciri yang perlu ada dalam objektif
	 adalah:
44
	 a.	 Dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur.
	 b.	 Menetapkan syarat pembelajaran dan tahap pencapaian
		 dengan menentukan bilangan tingkah laku yang hendak
		 dicapai.
	 c.	 Sesuai dengan isi pelajaran yang diberi fokus dalam
		 pengajaran dan pembelajaran.
	 d.	 Mempunyai pelbagai aras supaya sesuai dengan tahap
		 kebolehan murid yang pelbagai.
3.11.2	 Cara Penulisan Objektif
	 Cara untuk mencapai objektif seperti yang dinyatakan dalam
	 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod
	 Pengajaran dan Pembelajaran merujuk aktiviti atau langkah-
	 langkah pengajaran yang akan dilaksanakan dalam pengajaran
	 dan pembelajaran. Rasional aktiviti perlu dinyatakan dengan
	 jelas bagi:
	 a.	 Memudahkan guru menyediakan bahan atau sumber yang
		 diperlukan, pengurusan masa dan pengurusan kelas.
	 b.	 Memudahkan guru memilih dan merancang strategi,
		 kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai objektif.
	 c.	 Membantu guru ganti mengajar berdasarkan aktiviti yang
		 telah dirancang.
3.11.3	 Cara penulisan aktiviti dalam RPH ialah:
	 a.	 Ringkas dengan menyatakan aktiviti yang akan dilakukan
		 oleh murid.
	 b.	 Berfokus pada perkara yang harus dibuat oleh murid. Hal
		 ini akan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran
		 supaya lebih berpusatkan murid.
	 c.	 Berbentuk ringkas (boleh difahami oleh orang lain apabila
		 membaca) dan mengikut urutan langkah pengajaran.
45
3.11.4	 Penulisan Kenyataan Pencapaian Objektif
	 “Kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” atau
	 refleksi/impak/penilaian seperti yang dinyatakan dalam Surat
	 Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 itu perlulah ditulis setelah guru
	 selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rasional
	 penulisan refleksi adalah untuk:
	 a.	 Membantu guru mengukur pencapaian murid pada akhir
		 proses pengajaran dan pembelajaran.
	 b.	 Membantu guru menilai pengajarannya.
	 c.	 Digunakan untuk merancang dan menetapkan pengajaran
		 seterusnya.
46
BAB 4
PENTAKSIRAN
4.1	 PENDAHULUAN
	 Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul
maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada
maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens dan
membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap
murid untuk memperbaik pembelajarannya. Proses pengajaran,
pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan
bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran
untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di
samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia
yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Proses
pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan
pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan
menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali,
kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan
dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang
kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya.
4.2	 PEPERIKSAAN AWAM
Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan
ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah
Rendah (sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil
Pelajaran Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia.
Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Pusat dikendalikan
oleh Lembaga Peperiksaan bermula daripada penyediaan
instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat
peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pengeluaran keputusan dan
pensijilan.
47
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun
1987 dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang
diduduki oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah rendah. Ujian Pencapaian
Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap
penguasaan calon dalam kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan
mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan
potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan
Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal
tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan
rendah.
Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk
pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan
yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat
pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan
Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi
peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil
Pelajaran Malaysia untuk mendapat Sijil Cambridge International
Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga
Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development
International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon yang
menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat sijil
LCCI Level 2 Book Keeping and Account.
Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al Azhar Al-Syarif,
Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia (STPM) dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad Bu’uth
Al-Islamiyyah Al Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan
sepenuhnya ialah bahasa Arab.
48
4.3	 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH
Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah
memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah
rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012.
Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-
2025 berkaitan pembelajaran murid; pengajaran dan pembelajaran
perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda
aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran
serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang
berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami
penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang
berteraskan assessment of learning, assessment for learning dan
assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid
secara holistik dapat direalisasikan. (Rujuk Panduan Pengurusan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2014: Lembaga Peperiksaan).
Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang
mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu
menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor
(jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara
menyeluruh,   berterusan, fleksibel, autentik dan pelbagai situasi.
Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi
kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi
individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan
tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir
kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan
sahsiah, motivasi diri dan sosial individu yang dipupuk bersama
dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran
Berasaskan Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan
modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran
49
menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu,
mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan
persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah.
Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan,
penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah,
daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan
Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan.
Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan
kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan
dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan
Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula
dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran
bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan
prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat
keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam
pentaksiran.
Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang
akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada
Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan
akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan
Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini
memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan
pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah.
4.3.1	 Pentaksiran Sekolah
a.	 Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang,
dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di
sekolah. Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan
50
	 organisasi luar dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran
formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran
dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif pada akhir
tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk mengukuhkan
pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan
memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang
telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses
pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Sekolah amat
penting untuk menentukan keberkesanan guru dan sekolah
dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan
seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang
berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta
hala tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran
Sekolah juga memberi empowerment kepada guru dan
sekolah untuk menjalankan pentaksiran dan melaporkan
hasil pentaksiran sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah
berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran
(assessment for learning) dan pentaksiran tentang
pembelajaran (assessment of learning).
b.	 Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah
sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan
untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth)
pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid.
Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses bagi
mendapatkan maklumat tentang kemampuan murid sama
ada tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai
perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard
	
	 prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian
seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum.
Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan di
sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid
51
dalam pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang
diukur dan berperanan mengukuhkan pembelajaran murid,
meningkatkan pengajaran guru serta memberikan maklumat
yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam satu-satu
proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Rujukan
Standard juga tidak membandingkan pencapaian seseorang
murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid
dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan
pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk
pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan
saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan
keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri
tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah
mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam
bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala
aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan
pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami,
menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai
insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk
menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa
mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing.
c.	 Pentaksiran Sekolah dijalankan secara:
	 i.	 Pentaksiran formatif
Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses
pembelajaran dan pengajaran sebagai sebahagian
prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan
pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan
maklum balas tentang kemajuan pembelajaran dan
pengajaran sesuatu topik atau aspek.
	 ii.	 Pentaksiran Sumatif
Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit
52
pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir
pencapaian murid tentang pembelajaran (assessment of
learning).
d.	 Instrumen Pentaksiran Sekolah
Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan
konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran
digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan
ialah :
	 i.	 Pemerhatian
Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan
dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara
secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa
yang dihasratkan.
	 ii.	 Pensel dan kertas/Ujian Bertulis
Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif.
	 iii.	 Persembahan
Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan
tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek
pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai
situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen
praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan
bagaimana murid menggabungkan teori dan amali.
	 iv.	 Projek
Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan
dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu
tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti
pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan.
Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau
secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini
53
membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan
serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan
tugasan.
	 v.	 Produk
Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau
membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan
tugasan yang diberikan.
.
	 vi.	 Amali
Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau
melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori.
	 vii.	 Tugasan Bertulis/Karya Penulisan
Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan
laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan
mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan
berpandukan kepada tugasan yang diberi.
	 viii.	 Lembaran kerja
	 ix.	 Soal jawab
	 x.	 Kuiz
	 xi.	 Senarai semak
	 xii.	 Latihan/tugasan rumah
4.3.2	 Pentaksiran Pusat
Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik
dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi
melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu
program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan
instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala
pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah
54
dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran
Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan
pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara
sumatif.
	 Pentaksiran Tingkatan 3
Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang
dikendalikan kepada murid-murid pada akhir peringkat
menengah rendah iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam
instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam
skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga
berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran
tersebut.   Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran
Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa
Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen
pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains,
Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu,
Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban,
Bahasa Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan
instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran
Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai
instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian
lapangan (field study) atau kajian kes (case study).
4.3.3	 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK)
a.	 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal
dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan
dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan,
kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pentaksiran Aktiviti
55
	 Jasmani, Sukan dan Kokurikulum memerlukan murid
melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada
di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan
murid.
b.	 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan dan Body Mass Index (BMI),
Kokurikulum dan Ekstrakurikulum.
c.	 Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid
sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan
kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang
ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan
dengan menggunakan indeks skor standard yang telah
diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan
Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu
“Naik turun bangku”, “Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa”
dan “Jangkauan Melunjur”. Body Mass Index tertumpu
kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang
murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index.
d.	 Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk
mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan
merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di
peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti kokurikulum
merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan,
Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan koakademik
56
	 di peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri,
kebangsaan dan antarabangsa.
e.	 Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu
usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian
dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang
dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu
persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/
penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti
ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh
membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah
yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk
kepentingan masyarakat setempat dan umum.
f.	 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum
ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan,
penglibatan dan pencapaian murid dalam Standard
Kecergasan Fizikal Kebangsaan, Body Mass Index,
aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra
kurikulum.
4.3.4	 Pentaksiran Psikometrik (PPsi)
a.	 Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang
kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran
berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat,
kecenderungan, sikap dan personaliti murid dapat
membantu guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam
Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan
Ujian Personaliti.
57
b.	 Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat
khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau
kecenderungan murid. Maklumat yang diperoleh
membantu murid mengenal potensi diri serta membantu
guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik
pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana
pembelajaran yang berkesan.
c.	 Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan
untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap
murid melalui maklumat inventori tret personaliti dan
inventori minat kerjaya.
4.4	 PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU
	 4.4.1	 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)
		 Instrumen pentaksiran yang digunakan bagi mata pelajaran
		 Bahasa Melayu adalah Ujian Bertulis dan Ujian Lisan.
		 a.	 Ujian Lisan:
			 Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur dilaksanakan mengikut
			 jadual ujian lisan yang ditetapkan oleh sekolah dan Panduan
			 dan Peraturan Am Ujian Lisan-Mendengar yang disediakan
			 oleh Lembaga Peperiksaan.
			 i.	 Ujian Lisan-Mendengar
Pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar memerlukan murid
untuk mendengar rakaman audio dan memberikan
respons secara individu serta untuk mengukur kemahiran
mendengar dan memahami murid. Tempoh pelaksanaan
Ujian Lisan-Mendengar ialah selama 30 minit dengan
menggunakan bahan audio yang sama melalui salah satu
cara berikut:
58
	 •	 Dewan sekolah secara serentak
	 •	 Kelas secara serentak
	 •	 Kelas mengikut jadual sidang
Audio rakaman dimainkan kepada calon yang
mengandungi:
	 •	 Arahan menjawab soalan
	 •	 Bacaan petikan
	 •	 Bacaan soalan
(Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan)
	 ii.	 Ujian Lisan-Bertutur
Pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur memerlukan murid untuk
memberikan respons terhadap tugasan/tajuk secara lisan.
Pentaksiran ujian lisan bertutur adalah untuk mengukur
kemahiran mendengar dan bertutur murid. Berikut adalah
pentadbiran pentaksiran Ujian Lisan- Bertutur:
				 a.	 Pentaksiran dijalankan dalam bentuk kumpulan yang
					 melibatkan 4 hingga 5 orang calon.
				 b.	 Pentaksir menetapkan kumpulan calon bagi setiap
					 sesi sebelum bermulanya pentaksiran.
				 c.	 Calon perlu mengisi butiran peribadi pada borang
					 penskoran Ujian Lisan-Bertutur.
				 d.	 Pentaksir memberi tugasan (tema atau tajuk
					 perbincangan) kepada setiap kumpulan. Ahli
					 kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk
					 berbincang sebagai persiapan sebelum pentaksiran
					 dijalankan.
59
				 e.	 Pentaksiran dijalankan selama 10 hingga 12 minit.
				 f.	 Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan
					 kemampuan bertutur. Pentaksiran dijalankan sekali
					 sahaja dan tidak boleh diulang.
Susun Atur Calon dan Pentaksir Semasa Pelaksanaan
Ujian Lisan-Bertutur Bahasa Melayu:
(Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur
Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan)
	 iii.	 Ujian Bertulis
		 Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respons
secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif.
Ujian bertulis dijalankan selama 2 jam yang mengukur
pengetahuan dan kefahaman tentang sistem bahasa,
kemahiran aplikasi bahasa dan kemahiran kreatif
apresiasi (membaca dan menulis).
60
4.4.2	 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu
Tingkatan 4 dan Tingkatan 5
Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu
dilaksanakan adalah untuk melengkapkan murid dengan
keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi
keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan
harian. Konsep ULBS Bahasa Melayu adalah seperti berikut:
a.	 Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan
kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan.
b.	 Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan
bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima.
c.	 Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan
empat hingga tingkatan lima.
d.	 Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti
secara individu dan kumpulan.
e.	 Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran lisan dan
kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk
memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan.
f.	 Ujian ini memberikan peluang kepada murid
meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal
ini bertepatan dengan konsep pentaksiran untuk
penambahbaikan dalam pembelajaran.
(Rujuk Manual Pengendalian Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, 2002:
Lembaga Peperiksaan Malaysia)
61
BAB 5
PENYELIAAN
5.1	 PENDAHULUAN
Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang
diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan.
Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The
Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk
mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam
pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi
dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,”
Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum
dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah
memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak
pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi
aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran
serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab
pentadbir sekolah.
5.2	TUJUAN PENYELIAAN
	 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran-
Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah
menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan
pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan
seperti rajah di sebelah.
62
a.	 Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua/guru besar
dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui
proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah,
matlamat dan objektif sistem pendidikan negara.
b.	 Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan
sumber maklumat kepada pengetua/guru besar untuk
memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh
pengetua/guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang
guru bagi tujuan tertentu.
c.	 Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan
profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua/guru
besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan
murid.
d.	 Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih
berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
63
5.3	 BIDANG PENYELIAAN
Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan
kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan
pembelajaran.
5.3.1	 Bidang Organisasi
		 Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian adalah:
a.	 Iklim kelas
	 i.	 Organisasi kelas
	 ii.	 Kawalan murid
	 iii.	 Komunikasi
	 iv.	 Motivasi
	 v.	 Sikap murid
	 vi.	 Kebersihan dan keceriaan
	 vii.	 Penyeliaan gerak kerja
	 viii.	 Penilaian prestasi
	 ix.	 Profil murid
	 x.	 Pengurusan panitia mata pelajaran
b.	 Bidang Pengajaran dan Pembelajaran
	 Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah:
	 i.	 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
	 ii.	 Rancangan Pelajaran Harian (RPH)
•	 Objektif pengajaran dan pembelajaran
•	 Aktiviti pengajaran dan pembelajaran
•	 Refleksi pengajaran dan pembelajaran
	 iii.	 Persediaan sumber pendidikan
	 iv.	 Penyampaian isi pelajaran
	 v.	 Teknik penyoalan
	 vi.	 Interaksi guru dan murid
	 vii.	 Penggunaan masa
64
Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan aspek
pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan,
pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan.
5.4	 PRINSIP PENYELIAAN
Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut:
a.	 Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan
oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru.
b.	 Rekod penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatat
dengan ringkas dan tepat.
c.	 Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang
dengan seimbang daripada segi masa, mata pelajaran,
tingkatan/tahun dan guru.
d.	 Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong
kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun,
tanggungjawab sepenuhnya terletak pada tangan pengetua/
guru besar; penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah
dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan
profesionalisme dengan guru. Pengetua/guru besar
membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk
meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran.
e.	 Pengetua/guru besar boleh merujuk Standard Kualiti Pendidikan
Malaysia (SKPM) berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam
kalangan guru.
65
5.5	 PERINGKAT PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Peringkat Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga
peringkat seperti rajah di bawah.
Peringkat Penyeliaan
Prapenyeliaan
Penyeliaan
Pascapenyeliaan
5.5.1	 Prapenyeliaan
Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua/guru besar
dengan guru adalah untuk:
a.	 Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru
dengan pengetua/guru besar.
b.	 membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang
hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran
yang akan dilaksanakan.
c.	 Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang
perlu diberi perhatian khusus.
d.	 Penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan.
5.5.2	 Penyeliaan
a.	 Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh
dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui
atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan
sekiranya pihak pengetua/guru besar tidak dapat
melaksanakan penyeliaan. Guru penolong kanan boleh
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm
Jnjk buku panduan bm

More Related Content

What's hot

PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxPEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxYOUAZLIN
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdfShafizad Kamaludin
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahMohd Abdul Nasir
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumAton Minaton
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionMokhzani Fadir
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumZai Muhd
 
Manual kerja-gpk-koko
Manual kerja-gpk-kokoManual kerja-gpk-koko
Manual kerja-gpk-kokoZaidi Shafie
 
penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuanpudeans
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfShafizad Kamaludin
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Aida Fizleen
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2smstspg8
 
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018saari senik
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATUR
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATURCONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATUR
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATURNur Dieya
 

What's hot (20)

Kod kognitif
Kod kognitifKod kognitif
Kod kognitif
 
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
1.2 Hala tuju TS25 Tahun 2020.ppt
 
Penyeliaan dan Pemantauan (Sudar bin Kiman)
Penyeliaan dan Pemantauan (Sudar bin Kiman)Penyeliaan dan Pemantauan (Sudar bin Kiman)
Penyeliaan dan Pemantauan (Sudar bin Kiman)
 
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptxPEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
PEDAGOGI TERBEZA UNTUK PENGAJARAN GURU TERHADAP KEPELBAGAIAN MURID .pptx
 
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
1 Slaid Penataran SKPM Kualiti@Sekolah_10102022_221013_092420.pdf
 
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin SekolahPelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
Pelan Pembangunan Profesional Guru dan Pemimpin Sekolah
 
Ucapan dialog prestasi
Ucapan dialog prestasiUcapan dialog prestasi
Ucapan dialog prestasi
 
Modul plc
Modul plcModul plc
Modul plc
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing SessionKomuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
Komuniti Pembelajaran Profesional : Teacher Sharing Session
 
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulumFail meja-penolong-kanan-kurikulum
Fail meja-penolong-kanan-kurikulum
 
Manual kerja-gpk-koko
Manual kerja-gpk-kokoManual kerja-gpk-koko
Manual kerja-gpk-koko
 
penubuhan persatuan
penubuhan persatuanpenubuhan persatuan
penubuhan persatuan
 
Borang soal selidik kepimpinan guru besar
Borang soal selidik kepimpinan guru besarBorang soal selidik kepimpinan guru besar
Borang soal selidik kepimpinan guru besar
 
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdfMinggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
Minggu Persekolahan Kumpulan A 20232024.pdf
 
Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1Surat pekeliling ikhtisas 1
Surat pekeliling ikhtisas 1
 
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
PENCERAPAN PdPc - SKPMg2
 
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018
Minit mesyuarat panitia rbt kali pertama 2018
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATUR
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATURCONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATUR
CONTOH LAPORAN MESYUARAT AGUNG CATUR
 

Similar to Jnjk buku panduan bm

Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdflina629260
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014nadzrah
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfbaizuraharun
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfbaizuraharun
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6Rainne Lee
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfHemarani Munisamy
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017Mohd Suhaimin Isnen
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanAng Xiao Yean
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanUder Ahmad
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuMohd Syukri
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssmgirlfrida
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)Temeji Sabu
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menrosmizai
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMChon Seong Hoo
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM Mokhzani Fadir
 

Similar to Jnjk buku panduan bm (20)

Buku panduan sejarah
Buku panduan sejarahBuku panduan sejarah
Buku panduan sejarah
 
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdfBuku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
Buku_Panduan_PdP_Matematik_Program22.pdf
 
Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014Buku pengurusan sekolah 2014
Buku pengurusan sekolah 2014
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdfKPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
KPM-Garis Panduan Prasekolah (vPortal) (1) (1).pdf
 
nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6nota SPP Bab 6
nota SPP Bab 6
 
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdfDasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
Dasar_Pendidikan_Kebangsaan.pdf
 
DKSP TAHUN_2.pdf
DKSP TAHUN_2.pdfDKSP TAHUN_2.pdf
DKSP TAHUN_2.pdf
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 (SK) KSSR SEMAKAN 2017
 
Buku dasar
Buku dasarBuku dasar
Buku dasar
 
Buku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaanBuku dasar pendidikan kebangsaan
Buku dasar pendidikan kebangsaan
 
Dasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan KebangsaanDasar Pendidikan Kebangsaan
Dasar Pendidikan Kebangsaan
 
Piawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganuPiawai sekolah terengganu
Piawai sekolah terengganu
 
009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm009 buku penerangan kssm
009 buku penerangan kssm
 
009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)009 buku penerangan kssm (1)
009 buku penerangan kssm (1)
 
Prakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-menPrakata garis-panduan-men
Prakata garis-panduan-men
 
DSKP BAHASA ARAB T1.pdf
DSKP BAHASA ARAB T1.pdfDSKP BAHASA ARAB T1.pdf
DSKP BAHASA ARAB T1.pdf
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUMELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM ELEMEN KBAT DALAM  KOKURIKULUM
ELEMEN KBAT DALAM KOKURIKULUM
 

Recently uploaded

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxRyno Hardie
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfa190303
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023supianzainuddin1
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxTaniaNaggelas2
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxdaud5530
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxNORADILAHBINTIMOHAMA
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfcrvwr4zf9r
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................MOHDFAIRUZBINALIPEB1
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahzatonain1
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERgerald585856
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.gp19065393
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxFadhillahRahim
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptxChungHuey
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.AfifahSalim2
 

Recently uploaded (14)

Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptxTaklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
Taklimat Peruntukan Balkis sekolah r.pptx
 
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdfA190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
A190303 KOAY KE YING - Bahan Mengajar Membaca.pdf
 
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
TEKS PENGACARA MAJLIS, MAJLIS GRADUASI DAN APRESIASI TAHUN 2023
 
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptxMESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
MESYUARAT KOKURIKULUM BIL 4 & 1 2023 PPT.pptx
 
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcxAKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
AKTIVITI KELAB PENCEGAHAN JENAYAH DAN RUKUN NEGARAcx
 
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptxASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
ASSIGNMENT 1_10 BARANG SELALU DIPEGANG KANAK-KANAK KECIL (A186111).pptx
 
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdfTEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
TEMPLATE CONTOH PENULISAN KERTAS CADANGAN KAJIAN TINDAKAN.pdf
 
2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................2024 T5 RPT SEJ..............................................
2024 T5 RPT SEJ..............................................
 
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolahBUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
BUKU PROGRAM MERENTAS DESA 2024.pptx sekolah
 
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTERPENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
PENJAMINAN KUALITI PAPR PENTAKSIRAN ALTER
 
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
Rekod Pengajaran Harian Kokurikulum sukan olahraga.
 
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptxperanan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
peranan guru panitia dalam sesebuah sekolah.pptx
 
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptxBAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit  3SAUDARA MARA SAYApptx
BAHASA MELAYU TAHUN 2 -Unit 3SAUDARA MARA SAYApptx
 
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
Malaysia sebagai hub halal antarabangsa.
 

Jnjk buku panduan bm

  • 1. BAHASA MELAYU Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti 2015 PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN
  • 2. Diterbitkan oleh Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Aras 3-6, Blok E15, Kompleks Kerajaan Parcel E Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan 62604 Putrajaya Cetakan Pertama 2015 © Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Semua hak cipta terpelihara. Tiada mana-mana bahagian jua daripada penerbitan ini boleh diterbit semula atau disimpan dalam bentuk yang boleh diperoleh semula atau disiar dalam sebarang bentuk dengan apa cara sekalipun sama ada secara elektronik, mekanikal, fotokopi, rakaman atau sebaliknya tanpa mendapat izin daripada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti.
  • 3.
  • 4. i Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Salam Sejahtera, Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti (JNJK) kerana berjaya menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran yang bakal digunakan sebagai panduan untuk melaksanakan program- program kurikulum di sekolah. Usaha dan komitmen JNJK ini menggambarkan kesungguhan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan tranformasi pendidikan yang direncanakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025) dapat direalisasikan. Penerbitan buku panduan seperti ini diharap dapat membantu KPM mengupayakan kepimpinan sekolah dalam merancang, melaksana, mengawal dan menilai program kurikulum di sekolah. Penerbitan buku ini juga dapat memperkaya koleksi rujukan warga pendidikan dan pihak-pihak berkepentingan dalam usaha kita memastikan kualiti pendidikan negara dapat dipertingkatkan setanding di persada antarabangsa. Semoga kandungan yang tersedia dalam buku ini dapat dijadikan rujukan dan dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak dan menjadi sebahagian daripada sumbangan kita dalam usaha melahirkan modal insan holistik mengikut acuan sendiri. Selamat Maju Jaya. DatO’ SERI MAHDZIr BIN KHALID Kata Alu-Aluan MENTERI PENDIDIKAN MALAYSIA
  • 5. ii Kata Alu-Aluan KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam Perpaduan Saya merakamkan tahniah atas daya usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti menerbitkan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran. Usaha ini melambangkan komitmen Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti dan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memastikan pengurusan program kurikulum di sekolah sentiasa berada pada landasan yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan. Saya yakin buku ini dapat memberi seribu makna kepada kita dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah dan dijadikan rujukan untuk melonjakkan kualiti pengurusan kurikulum seiring dengan transformasi pendidikan negara. Semoga ilmu dan panduan, yang terkandung dalam buku ini dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik dalam usaha mencorakkan hala tuju dan kecemerlangan pendidikan negara. Saya berharap semoga usaha murni ini akan dapat mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pengajaran mata pelajaran di sekolah. Marilah kita sama-sama berganding bahu merealisasikan matlamat untuk menyediakan pendidikan berkualiti bagi melahirkan modal insan cemerlang. Sekian, terima kasih. DatO’ SRI Dr. KhAir Bin Mohamad Yusof
  • 6. iii Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera. Saya memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran dapat dihasilkan untuk kegunaan semua sekolah di Malaysia. Saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua warga Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti, khususnya Sektor Penaziran Kurikulum yang berusaha gigih menjana idea dan berkongsi pengalaman untuk merealisasikan penerbitan buku ini. Penerbitan buku ini merupakan salah satu usaha Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti membantu Kementerian Pendidikan Malaysia mengekalkan tahap kecemerlangan dan kualiti pendidikan negara agar sentiasa berada pada standard yang telah ditetapkan. Selain itu, buku panduan ini juga merupakan salah satu usaha peningkatan kecemerlangan dalam sistem pengurusan serta pentadbiran di sekolah seperti yang diharapkan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013- 2025). Buku panduan ini juga merupakan inisiatif Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti untuk membantu pihak sekolah dalam usaha untuk memberi khidmat bimbingan dan panduan pengurusan kurikulum di sekolah. Justeru, saya berharap agar buku ini dijadikan sebahagian daripada bahan rujukan profesional yang dapat dimanfaatkan oleh warga pendidik. SELAMAT MAJU JAYA DAN SALAM 1MALAYSIA. Sekian, terima kasih. (DatO’ HAJI MAHMUD BIN KARIM) Kata Alu-Aluan KETUA NAZIR SEKOLAH
  • 7. iv JAWATANKUASA PENERBITAN BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Penasihat Dato’ Hj. Mahmud bin Karim Ketua Nazir Sekolah Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti Kementerian Pendidikan Malaysia Pengerusi 1 Hjh. Normah binti Ismail KMN Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Operasi) Pengerusi 2 Encik Hashim bin Mohd Zin Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Dasar) Timbalan Pengerusi Dr. Harery bin Abu Saad Ketua Sektor Penaziran Kurikulum Setiausaha Noora binti Hj Sidek Ketua Penolong Pengarah Ahli Siti Hatifah binti Yahaya (JNJK) Salmah binti Abd. Murad (JNJK) Dr. Hamid bin Idris (JNJK) Mohd Salleh bin Haji Hassan (JNJK) Haji Zamani bin Ashaari (JNJK) Mohd Azman bin Omar (JNJK) Dayang Rositer binti Awang Ibrahim (JNJK) Zaharuddin bin Zamin (JNJK) Ismail bin Arshad (JNJK) Haji Ismail bin Muhamad Ali (JNJK) Wan Nur Afni binti Wan Risad (JNJK) Chin Fong Phin (BPK) Noraziah binti Ahmad Ghazali (BPK) Masrol bin Samingon (LP) Khalid bin Ahmad Dahlan (LP)
  • 8. v ISI KANDUNGAN Bil. Tajuk Muka Surat Kata Alu-aluan YB. Menteri Pendidikan Malaysia i Kata Alu-aluan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia. ii Kata Alu-aluan Ketua Nazir Sekolah iii Jawatankuasa Penerbitan iv Isi Kandungan v Pengenalan vii Objektif Buku Panduan Pengurusan ix BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 1.1 Pendahuluan 1 1.2 Matlamat 1 1.3 Objektif 2 1.4 Organisasi Kurikulum 4 1.5 Peruntukan Waktu 12 BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN 2.1 Pendahuluan 15 2.2 Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 15 2.3 Peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah 16 2.4 Peranan Panitia Mata Pelajaran Bahasa Melayu 17 2.5 Peranan Pengetua atau Guru Besar 19 2.6 Peranan Penolong Kanan Pentadbiran dan Penolong Kanan 19 Petang 2.7 Peranan Guru Kanan Mata Pelajaran 20 2.8 Peranan Ketua Panitia Bahasa Melayu 20 2.9 Peranan Guru Mata Pelajaran Bahasa Melayu 22 2.10 Mesyuarat Panitia Bahasa Melayu 23 2.11 Pengurusan Pemberian Bantuan Geran PerKapita 24 2.12 Program Perkembangan Staf 26 2.13 Dokumentasi atau Pengurusan Fail Panitia Bahasa Melayu 26
  • 9. vi 2.14 Bilik Khas atau Sudut Mata Pelajaran Bahasa Melayu 27 2.15 Persatuan Kokurikulum Akademik Bahasa Melayu 27 BAB 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 Pendahuluan 29 3.2 Standard 4: SKPM 2010 29 3.3 Strategi Pengajaran 30 3.4 Penerapan Elemen Merentas Kurikulum Dalam Pengajaran 32 dan Pembelajaran 3.5 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi 33 3.6 Didik Hibur 34 3.7 Pendekatan Berpusatkan Murid 34 3.8 Prinsip 5P 40 3.9 Hasil Kerja Murid dan Latihan 41 3.10 Penyediaan Rancangan Pelajaran Tahunan 42 3.11 Penyediaan Rancangan Pelajaran Harian 43 BAB 4 PENTAKSIRAN 4.1 Pendahuluan 46 4.2 Peperiksaan Awam 46 4.3 Pentaksiran Berasaskan Sekolah 48 4.4 Pentaksiran Bagi Mata Pelajaran Bahasa Melayu 57 BAB 5 PENYELIAAN 5.1 Pendahuluan 61 5.2 Tujuan Penyeliaan 61 5.3 Bidang Penyeliaan 63 5.4 Prinsip Penyeliaan 64 5.5 Peringkat Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran 65 5.6 Tindakan Penambahbaikan 66 RUJUKAN 67
  • 10. vii PENGENALAN Visi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ialah “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. Pendidikan di Malaysia bertujuan membangun potensi individu melalui pendidikan berkualiti dengan cara menyediakan generasi yang berkeupayaan berfikir dan warga negara beriltizam. KPM secara berterusan menyemak kurikulum bagi memastikan pelaksanaan kurikulum di sekolah melengkapkan murid dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai untuk menghadapi cabaran semasa dan masa depan. FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,berakhlakmulia,bertanggungjawabdanberkeupayaanmencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. VISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera MISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA Melestarikan Sistem Pendidikan Yang Berkualiti Untuk Membangunkan Potensi Individu Bagi Memenuhi Aspirasi Negara VISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI JNJK Institusi Pemastian Standard Kualiti Pendidikan Berwibawa MISI JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI Menaziri dan Mempertingkatkan Kualiti Pendidikan di Institusi Pendidikan Secara Profesional, Berkualiti dan Beretika.
  • 11. viii OBJEKTIF JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI i. Meningkatkan keupayaan JNJK, mengesan tahap kualiti pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan, melakukan pelbagai aktiviti penaziran; ii. Meningkatkan keupayaan pengurusan institusi pendidikan supaya menjadi efektif dan cekap; iii. Mewujud dan menggalakkan kerjasama dalam kalangan semua pihak dalam bidang pendidikan; iv. Menyalurkan maklumat penaziran melalui sistem rangkaian maklumat yang cekap dan berkesan; v. Menggiatkan program peningkatan kecekapan Nazir Sekolah secara berterusan dalam bidang penaziran; dan vi. Menjalinkan hubungan kerja yang erat dengan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan bahagian/daerah bagi memastikan nasihat dan syor-syor JNJK kepada institusi pendidikan diberi perhatian.
  • 12. ix OBJEKTIF BUKU PANDUAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Objektif penyediaan Buku Panduan Pengurusan Mata Pelajaran Bahasa Melayu adalah seperti berikut: i. Membolehkan pengetua/guru besar mengetahui peranannya sebagai pemimpin kurikulum yang profesional. ii. Sebagai garis panduan untuk memudahkan Pengetua dan Guru Besar menjalankan penyeliaan dalam bidang pengurusan dan proses pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan berkesan. iii. Membolehkan Ketua Panitia Bahasa Melayu mengurus dan mentadbir panitia dengan berkesan. iv. Membolehkan guru Bahasa Melayu mengurus dan melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran dengan lebih terancang dan berkesan. v. Membantu guru bukan opsyen Bahasa Melayu memahami matlamat, objektif, pengurusan, pengelolaan dan strategi pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu. vi. Memberi garis panduan kepada Guru Penolong Kanan Kokurikulum dan guru penasihat Persatuan Kokurikulum Akademik (Bahasa Melayu) dalam melaksanakan pengurusan persatuan. vii. Mencetuskan idea kepada pihak pengurusan sekolah, ketua panitia dan guru yang mengajar mata pelajaran Bahasa Melayu tentang cara meningkatkan penguasaan dan prestasi Bahasa Melayu di sekolah.
  • 13. 1 BAB 1 PROFIL MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 1.1 PENDAHULUAN Perlembagaan Persekutuan Fasal 152 telah mengangkat dan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Dasar Pendidikan Kebangsaan telah mewajibkan bahasa Melayu dipelajari sebagai mata pelajaran dan dijadikan bahasa pengantar di semua peringkat persekolahan. Berdasarkan kedudukan atau status yang begitu istimewa, bahasa Melayu telah dapat menjadi bahasa perpaduan dan bahasa perhubungan utama dalam kalangan rakyat berbilang kaum. Kemampuan berbahasa ini mencerminkan akal budi rakyat seluruhnya. Penggunaan bahasa Melayu penting bagi mengekalkan jati diri masyarakat dan citra negara bangsa. Selain menjadi bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga merupakan bahasa penting bagi penyaluran pemikiran dan budaya. 1.2 MATLAMAT 1.2.1 Sekolah Rendah Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal untuk membolehkan murid berketerampilan dalam berbahasa dan boleh berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh pengetahuan, ilmu, kemahiran, maklumat, nilai dan idea serta hubungan sosial dalam kehidupan harian.
  • 14. 2 1.2.2 Sekolah Menengah Matlamat Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. 1.3 OBJEKTIF 1.3.1 Sekolah Rendah Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah rendah murid dapat: a. Mendengar, mengecam, mengajuk dan menentukan arah bunyi persekitaran dengan teliti dan betul. b. Mendengar, memahami dan menyebut bunyi bahasa iaitu abjad, perkataan, frasa dan ayat dengan betul. c. Mendengar, memahami dan memberikan respons berdasarkan arahan, pesanan dan pertanyaan dengan betul. d. Bertutur dan berbual serta menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara dalam situasi formal dan tidak formal dengan betul secara bertatasusila. e. Bercerita tentang sesuatu perkara dan menceritakan semula perkara yang didengar, dibaca dan ditonton menggunakan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul. f. Berbicara untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber dengan tepat secara bertatasusila. g. Berbincang dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu perkara daripada pelbagai sumber secara bertatasusila. h. Membaca pelbagai perkataan, frasa dan ayat secara mekanis dengan sebutan dan intonasi yang betul. i. Membaca, memahami perkataan, frasa dan ayat daripada pelbagai sumber dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul.
  • 15. 3 j. Membaca dan memahami maklumat yang tersurat dan tersirat daripada pelbagai bahan untuk memberi respons dengan betul. k. Membaca dan menaakul untuk memindahkan maklumat yang terdapat dalam pelbagai bahan. l. Membaca pelbagai bahan bacaan untuk memperkaya kosa kata dan maklumat untuk memupuk minat membaca. m. Melakukan aktiviti pramenulis dengan betul. n. Menulis secara mekanis dengan betul dan kemas. o. Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan betul. p. Menulis imlak dengan tepat. q. Mencatat dan menulis untuk menyampaikan maklumat tentang sesuatu perkara dengan menggunakan bahasa yang santun. r. Menghasilkan penulisan kreatif dalam pelbagai genre dengan betul. s. Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. t. Menulis ulasan berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada pelbagai sumber. u. Menggunakan sistem bahasa yang betul dalam pertuturan, pembacaan dan penulisan. v. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, bersikap positif, semangat patriotik dan kewarganegaraan melalui aktiviti berbahasa. 1.3.2 Sekolah Menengah Pada akhir pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu sekolah menengah murid dapat; a. Melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan dan penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan dan berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan.
  • 16. 4 b. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat. c. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan. d. Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan jenis maklumat dan bahan sastera. e. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan imaginatif secara kreatif dan berkesan. f. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik dan perasaan cinta akan negara. 1.4 ORGANISASI KURIKULUM 1.4.1 Sekolah Rendah a. Standard Kurikulum Standard Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah digubal dengan memberikan penekanan pada standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu diketahui dan boleh dilakukan oleh murid. Standard kandungan dan standard pembelajaran ini berpaksikan kemahiran bahasa dan sistem bahasa yang disokong oleh elemen pengisian kurikulum. Standard ini digubal dalam bentuk pernyataan standard kandungan dan standard pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Standard ini dipersembahkan dalam bentuk modular yang dibahagikan kepada bahagian dan unit yang mengandungi elemen pengetahuan, kemahiran, nilai murni, kreativiti dan inovasi yang perlu dikuasai oleh murid.
  • 17. 5 i. Standard Kandungan Standard kandungan ialah pernyataan tentang bidang ilmu yang patut diketahui dan dapat dilakukan oleh murid dalam suatu tempoh persekolahan yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. ii. Standard Pembelajaran Standard pembelajaran ialah pernyataan tentang penetapan kriteria untuk memastikan kualiti pembelajaran dan pencapaian murid bagi setiap standard kandungan. b. Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa merupakan teras Standard Kurikulum Bahasa Melayu dan pendekatan modular. Kemahiran bahasa meliputi kemahiran berikut: i. Kemahiran mendengar ii. Kemahiran bertutur iii. Kemahiran membaca iv. Kemahiran menulis c. Pendekatan Modular Standard Kurikulum Bahasa Melayu distrukturkan dengan menggunakan pendekatan modular untuk memastikan penguasaan kecekapan berbahasa yang baik. Pendekatan modular bermaksud memecahkan kemahiran kepada unit-unit kecil yang dikenali sebagai modul. Dalam mata pelajaran Bahasa Melayu terdapat lima modul iaitu Modul Mendengar dan Bertutur, Modul Membaca, Modul Menulis, Modul Seni Bahasa dan Modul Tatabahasa. Tiga modul yang pertama berasaskan empat kemahiran bahasa iaitu kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Modul Seni Bahasa dan
  • 18. 6 Modul Tatabahasa menyokong modul-modul tersebut untuk mengukuhkan kecekapan berbahasa murid. i. Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur Modul Kemahiran Mendengar dan Bertutur memberi penekanan pada kemahiran mendengar dan bertutur. Kemahiran mendengar merujuk pada keupayaan murid mendengar dengan teliti, memahami dan menghayati secara lisan perkara yang didengar dalam pelbagai situasi pengucapan serta dapat memberikan respons. Kemahiran bertutur pula merujuk keupayaan murid berkomunikasi untuk menjalin hubungan dan menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea yang kritis dan kreatif dengan sebutan dan intonasi yang betul secara sopan dan bertatasusila. Penggunaan tatabahasa yang betul diberikan penekanan dalam kemahiran bertutur. ii. Modul Kemahiran Membaca Modul Kemahiran Membaca memberikan tumpuan pada kemahiran membaca di samping penggabungjalinan kemahiran bahasa yang lain. Kemahiran membaca merujuk keupayaan murid membaca dengan sebutan, intonasi, jeda, dan kelancaran yang betul. Penekanan perlu diberikan pada aspek pemahaman dan penaakulan pelbagai bahan secara kritis dengan menggunakan teknik-teknik membaca. Di samping itu, melalui modul kemahiran membaca murid juga berupaya menghayati teks yang dibaca.
  • 19. 7 iii. Modul Kemahiran Menulis Modul Kemahiran Menulis berfokuskan kemahiran menulis. Kemahiran menulis merujuk keupayaan murid menulis perkataan dan melahirkan idea melalui pelbagai jenis penulisan yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dan pengalaman peribadi yang telah dilalui. Penekanan perlu diberikan pada penggunaan ayat yang gramatis, tanda baca dan ejaan yang betul, serta tulisan yang jelas dan kemas. Murid digalakkan menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan penulisan berunsur pengetahuan dan imaginasi. Penguasaan kemahiran bahasa ini diperoleh melalui situasi dan konteks dalam pelbagai bahan prosa, puisi dan grafik. iv. Modul Seni Bahasa Modul Seni Bahasa merujuk aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan dalam bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Penguasaan aspek seni bahasa merangkumi kecekapan memahami, mengungkap dan menghayati bahasa yang indah. Melalui pembelajaran modul ini, murid menghasilkan dan mempersembahkan karya kreatif pelbagai genre secara lisan dan bertulis melalui variasi teknik yang menarik. Aspek seni bahasa juga menzahirkan pembelajaran yang menyeronokkan secara didik hibur. v. Modul Tatabahasa Modul Tatabahasa merujuk aspek morfologi dan sintaksis bahasa Melayu yang perlu difahami dan dikuasai oleh murid. Aspek ini perlu diajarkan melalui pengajaran yang terancang dengan teknik yang sesuai dan berkesan supaya murid memahami dan menggunakan tatabahasa dengan betul dan tepat dalam pelbagai konteks secara lisan dan bertulis.
  • 20. 8 d. Sistem Bahasa Sistem Bahasa terdiri daripada tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata dan peribahasa. Pelaksanaan sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu membolehkan murid menggunakan dan mengamalkan bahasa Melayu baku. Penerangan bagi perkara tersebut dinyatakan di bawah. i. Tatabahasa Kandungan tatabahasa terdiri daripada morfologi dan sintaksis: • Morfologi Morfologi ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji struktur, bentuk dan golongan kata. Struktur kata ialah susunan bentuk bunyi ujaran atau lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Bentuk kata pula ialah unit tatabahasa sama ada bentuk tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Golongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk atau fungsi dengan anggota yang lain dalam golongan yang sama. • Sintaksis Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur dan binaan ayat. Melalui sintaksis hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dapat dipelajari.
  • 21. 9 • Sistem Ejaan Tanda baca penting dikuasai dalam komunikasi tulisan untuk memastikan keselarasan dan juga makna yang tepat. Misalnya, koma dan tanda noktah mewakili hentian dalam pertuturan. Penggunaan tanda baca yang betul dapat membantu bacaan dan penulisan. • Sebutan dan Intonasi Sebutan dan intonasi diajarkan supaya murid dapat menyebut perkataan dan ayat dengan betul serta memahami intonasi dan jeda. Kemahiran yang ditekankan ialah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek sebutan dan intonasi supaya murid dapat menyampaikan maksud dengan tepat. • Kosa kata Kosa kata terdiri daripada kata umum dan istilah. Penguasaan kosa kata perlu ditingkatkan dan dikembangkan agar murid dapat mengungkap maklumat dan buah fikiran selaras dengan penambahan ilmu dalam mata pelajaran yang dipelajari pada peringkat sekolah rendah. • Peribahasa Peribahasa merangkumi simpulan bahasa, perumpamaan, pepatah, bidalan, perbilangan dan kata-kata hikmat perlu diajarkan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Pemilihan peribahasa hendaklah mengutamakan falsafah, keperibadian dan nilai murni masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
  • 22. 10 e. Elemen Merentas Kurikulum Elemen Merentas Kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Penerapan elemen ini bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi, patriotisme dan ditambah dengan elemen baharu iaitu Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. 1.4.2 Sekolah Menengah a. Organisasi Kurikulum Organisasi kandungan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah mengandungi: i. Penggunaan Bahasa Penggunaan bahasa merangkumi tiga bidang utama, iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang Estetik. Bagi setiap bidang tersebut terdapat hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus yang perlu dikuasai oleh murid. ii. Kemahiran Bahasa Kemahiran bahasa meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Kemahiran bahasa ini merupakan teras kepada penguasaan bahasa baku.
  • 23. 11 iii. Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran ialah pernyataan yang ditafsirkan daripada objektif kurikulum bahasa. Pernyataan hasil pembelajaran merupakan petunjuk yang jelas tentang perkara yang harus dicapai oleh murid. Oleh itu, hasil pembelajaran memerlukan pendekatan yang berfokus pada strategi bilik darjah yang paling berkesan agar murid menguasai hasil tersebut. Oleh itu, hasil pembelajaran dapat membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan prosedur pengajaran yang relevan dan berkesan. Selain itu, hasil pembelajaran juga membantu dalam membuat pengukuran dan penilaian pencapaian murid. iv. Sistem Bahasa Sistem bahasa dalam pengajaran dan pembelajaran merujuk bahasa Melayu baku yang terdiri daripada tatabahasa, kosa kata, peribahasa, ejaan dan sebutan, dan intonasi. Aspek tatabahasa merangkumi morfologi dan sintaksis manakala aspek kosa kata terdiri daripada kosa kata umum dan istilah. v. Komponen Sastera Melayu dalam Mata Pelajaran Bahasa Melayu Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Komponen Sastera Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu merangkumi genre novel, cerpen, prosa tradisional, drama, sajak dan puisi tradisional. Melalui komponen ini diharapkan dapat memupuk dan meningkatkan minat membaca dalam
  • 24. 12 kalangan murid serta memperkukuh kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. vi. Pengisian Kurikulum Pengisian kurikulum terdiri daripada elemen yang mencantumkan teras utama dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan perkembangan terkini dalam pendidikan, iaitu ilmu, nilai, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah iaitu kemahiran berfikir, kemahiran belajar cara belajar, kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi, kajian masa depan, kecerdasan pelbagai, pembelajaran konstruktivisme dan pembelajaran kontekstual. Semua elemen ini dapat diaplikasikan dalam dunia pekerjaan. Di samping itu, pendidikan nilai, kewarganegaraan dan patriotisme diberikan penekanan selaras dengan matlamat negara untuk membangunkan masyarakat madani. 1.5 PERUNTUKAN WAKTU 1.5.1 Sekolah Rendah Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 11/2010: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap I Mulai 2011. Tahap 1 Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu SK 360 12 SJKC 300 10 SJKT 300 10
  • 25. 13 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 2/2013: Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah Tahap II Secara Berperingkat- peringkat Mulai Tahun 2014, jumlah masa yang diperuntukkan untuk pelaksanaan KSSR Tahap 2 adalah seperti berikut: Tahap 2 Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu SK 300 10 SJKC 240 8 SJKT 240 8 Bagi murid Pendidikan Khas, jumlah masa yang diperuntukkan adalah seperti berikut: Jenis Sekolah Minit Seminggu Bilangan Waktu Masalah Pendengaran dan Penglihatan 300 10 Masalah Pembelajaran 180 6 1.5.2 Sekolah Menengah a. Menengah Rendah Penetapan jumlah masa pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 17/1988: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa untuk Mata-mata Pelajaran Program KBSM bagi Kelas Peralihan, Tingkatan I dan Tingkatan II Mulai 1989 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000.
  • 26. 14 Tingkatan Minit Seminggu Bilangan Waktu Peralihan 520 13 1 hingga 3 240 (80 minit Komponen Sastera Melayu) 6 b. Menengah Atas Peruntukan waktu bagi mata pelajaran Bahasa Melayu bagi Sekolah Menengah KBSM merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8/1990: Sukatan Pelajaran dan Peruntukan Masa Untuk Mata-mataPelajaranProgramKurikulumBersepaduSekolah Menengah Atas Mulai Tahun 1992 dan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2000: Pelaksanaan Komponen Kesusasteraan Melayu Dalam Mata Pelajaran Bahasa Malaysia Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5) Bermula Tahun 2000. Tingkatan Minit Seminggu Bilangan Waktu 4 dan 5 240 (80 minit Komponen Sastera Melayu) 6
  • 27. 15 BAB 2 PENGURUSAN MATA PELAJARAN 2.1 PENDAHULUAN Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu amat penting bagi memastikan pelaksanaan kurikulum yang lebih terancang dan sistematik. Pengurusan mata pelajaran yang cemerlang akan memantapkan prestasi akademik dan sahsiah murid. Pengurusan mata pelajaran Bahasa Melayu juga penting agar guru bersedia untuk menjadi pendidik yang prihatin, bertanggungjawab, berwawasan, berinovasi dan berupaya melaksanakan tugas dengan berkesan. Kerjasama antara guru dalam pengurusan mata pelajaran akan dapat meningkatkan prestasi mata pelajaran Bahasa Melayu dan seterusnya mampu melahirkan insan yang seimbang sejajar dengan visi KPM iaitu “Pendidikan Berkualiti Insan Terdidik Negara Sejahtera”. 2.2 JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Jawatankuasa Kurikulum Sekolah merupakan jawatankuasa tertinggi dalam bidang kurikulum di peringkat sekolah. Jawatankuasa ini bertanggungjawab dalam menetapkan hala tuju dan ketetapan yang jelas ke arah merealisasikan pendidikan cemerlang. Jawatankuasa Kurikulum Sekolah akan memandu dan memberi panduan kepada guru melalui aktiviti Panitia Bahasa Melayu dan Persatuan Bahasa Melayu yang dilaksanakan supaya mencapai matlamatnya.
  • 28. 16 Carta Organisasi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah seperti berikut: Sumber Rujukan: PPK, KPM (2001) 2.3 PERANAN JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH Antara peranan Jawatankuasa Kurikulum Sekolah adalah: a. Membuat ketetapan berkenaan pelaksanaan kurikulum sekolah dengan jelas. b. Memastikan semua dasar dan program Kementerian Pendidikan Malaysia dibincangkan dan dilaksanakan. c. Merancang pelaksanaan program kurikulum jangka pendek dan jangka panjang bagi menentukan pencapaian matlamat kurikulum. d. Menyelaras, melaksana, memantau, menilai, dan menambah baik pelaksanaan aktiviti kurikulum untuk memperbaik keadaan, suasana dan amalan pengajaran dan pembelajaran. e. Merancang latihan/kursus perkembangan staf dengan tujuan meningkatkan mutu pendidikan.
  • 29. 17 f. Membincangkan masalah pendidikan semasa yang dihadapi di sekolah. g. Memantau dan menilai keberkesanan program, projek dan aktiviti kurikulum. h. Melaksanakan penambahbaikan terhadap program, projek dan aktiviti kurikulum hasil daripada penilaian impak yang dijalankan. i. Memberi ruang yang luas kepada idea baharu yang berkaitan dengan pendidikan semasa. j. Memastikan penubuhan panitia mata pelajaran dan mempertimbangkan pandangan dan syor yang dikemukakan oleh panitia. k. Memaklumkan jumlah peruntukan kewangan kepada panitia. l. Memastikan kurikulum kebangsaan dilaksanakan dengan berkesan. m. Menilai dan meneliti pelaksanaan kurikulum kebangsaan dan mengemukakan maklum balas kepada jawatankuasa kurikulum daerah/negeri. 2.4 PERANAN PANITIA MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran, semua sekolah perlu menubuhkan panitia mata pelajaran secara rasmi. Sekolah-sekolah kecil yang bilangan gurunya sedikit, adalah difikirkan tidak perlu menubuhkan pelbagai panitia mata pelajaran. Sekolah boleh menggabungkan beberapa mata pelajaran sebagai satu panitia. Berikut adalah antara perkara yang perlu dilaksanakan oleh panitia mata pelajaran Bahasa Melayu sejajar dengan peranannya sebagai sebuah badan ikhtisas: a. Memperoleh sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid
  • 30. 18 (Panduan PPM) yang terkini dan kemas kini untuk kegunaan ahli panitia. b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan bagi tahun semasa selaras dengan sukatan pelajaran dan bersesuaian dengan takwim sekolah. c. Memilih dan mencadangkan buku rujukan yang sesuai kepada pentadbir sekolah untuk keperluan guru dan murid. d. Menyelaraskan soalan ujian atau instrumen pentaksiran dan menyediakan bank soalan. e. Menganalisis keputusan peperiksaan murid dalam setiap peperiksaan atau pentaksiran seterusnya merancang pascanilai bagi penambahbaikan. f. Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala, sekurang- kurangnya sekali sepenggal dan mengadakan perjumpaan secara semerta jika perlu. g. Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia (secara formal atau tidak formal) untuk membincangkan masalah atau isu yang berkaitan seperti masalah yang berhubung dengan kaedah untuk mengajar serta mencari penyelesaian masalah bagi sesuatu isu. h. Berkongsi pengalaman dan pengetahuan baharu yang diperoleh setelah mengikuti kursus atau seminar. i. Mewujudkan semangat bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu pencapaian matlamat pengajaran dan pembelajaran. j. Bekerjasama dan berkongsi pengalaman serta kepakaran dengan panitia di sekolah berhampiran. k. Bekerjasama dengan panitia lain di sekolah dalam memacu usaha ke arah peningkatan kualiti pembelajaran murid. l. Melantik seorang setiausaha dalam kalangan ahli panitia untuk menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia. m. Menyelenggarakan fail panitia dan semua minit atau laporan mesyuarat, surat menyurat dan rekod.
  • 31. 19 2.5 PERANAN PENGETUA ATAU GURU BESAR Pengetua/guru besar berperanan sebagai peneraju, perancang, pelaksana perubahan, dan inovasi kurikulum. Selain itu, mereka juga merupakan penentu mata pelajaran elektif, perancang dan pengurus program pengajaran dan pembelajaran, memastikan sumber bahan pengajaran dan pembelajaran mencukupi dan sebagai contoh dalam meningkatkan tahap profesionalisme keguruan. Pengetua/guru besar perlu mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sekolah berkaitan sumber tenaga manusia, kewangan dan fizikal. Di samping itu, pengetua/guru besar perlu menubuhkan panitia mata pelajaran. Mereka juga perlu merekodkan segala hasil penyeliaan/ pencerapan yang dibuat bagi memudahkan rujukan pelbagai pihak. 2.6 PERANAN PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN PENOLONG KANAN PETANG a. Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang berperanan dalam urusan penyediaan jadual waktu induk, jadual waktu kelas, dan jadual guru ganti. Selain itu, mereka juga berperanan bagi menentukan tenaga pengajar mengikut kesesuaian opsyen, pembangunan staf, merancang, melaksana dan menilai program peningkatan kurikulum serta membimbing guru. Beliau juga memastikan peperiksaan dan pentaksiran sama ada dalaman atau awam dilaksanakan dengan lancar serta memastikan pusat sumber berfungsi dengan baik. b. Penolong kanan pentadbiran/penolong kanan petang juga berperanan sebagai penyelaras program pemulihan, kelas tambahan dan bimbingan, dan mengenal pasti dan mencalonkan guru untuk mengikuti kursus dalam perkhidmatan yang berkaitan mata pelajaran Bahasa Melayu.
  • 32. 20 2.7 PERANAN GURU KANAN MATA PELAJARAN Guru kanan mata pelajaran berperanan membantu pengetua dalam merancang dan melaksanakan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran, mengurus dan menggerakkan panitia mata pelajaran. Selain itu, guru kanan mata pelajaran perlu memastikan penggunaan bahan, mengurus jadual waktu, mengurus bilik-bilik khas yang berkaitan bidang bahasa, melaksanakan penilaian, kemajuan staf dan penyediaan bahan bantu mengajar. 2.8 PERANAN KETUA PANITIA BAHASA MELAYU Keperluan penubuhan Panitia Mata Pelajaran dimaklumkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran. Ketua Panitia bertanggungjawab merancang, melaksana, menyelaras, memantau, menilai, dan menambah baik semua hal berkaitan mata pelajaran. Ketua panitia dilantik berdasarkan kekananan oleh pengetua/guru besar secara rasmi untuk memimpin guru mata pelajaran bawah tanggungjawabnya. Panitia mata pelajaran hendaklah dianggotai oleh semua guru yang mengajarkan mata pelajaran tersebut di sekolah. Bagi memastikan panitia berfungsi dengan baik dan selari dengan perkembangan pendidikan semasa, antara tugas yang boleh dijalankan oleh ketua panitia adalah seperti berikut: a. Merancang dan mengadakan mesyuarat dari semasa ke semasa untuk mengkaji dan mengesan pelaksanaan kurikulum. b. Memperoleh Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid terkini serta merancang, menyedia dan menyelaras rancangan pelajaran tahunan dengan mengambil kira takwim persekolahan semasa. c. Memastikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran dipatuhi oleh semua guru mata pelajaran dalam penyediaan rancangan pelajaran harian.
  • 33. 21 d. Menyelaras penyediaan soalan ujian dan peperiksaan serta menganalisis keputusan penilaian untuk tujuan penambahbaikan. e. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti peningkatan prestasi mata pelajaran dan kegiatan kokurikulum akademik. f. Menyelaras tugasan dan jenis buku latihan serta buku nota yang akan digunakan. g. Menyelaras tugasan kepada murid dengan menetapkan bilangan, bentuk, aras kesukaran dan kekerapan yang bersesuaian. h. Mengenal pasti, merancang dan melaksanakan program/aktiviti perkembangan staf. i. Membantu dalam merancang dan menyedia anggaran perbelanjaan tahunan bagi mata pelajaran. j. Mengenal pasti dan mengurus perolehan peralatan serta bahan mengikut arahan perbendaharaan dan surat pekeliling yang sedang berkuat kuasa. k. Memilih dan mencadangkan buku yang sesuai untuk kegunaan pusat sumber sekolah. l. Mengurus pembelian alatan dan bahan yang baru dibeli dan diterima mengikut bilangan dan spesifikasi. m. Memastikan guru mata pelajaran Bahasa Melayu menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan dan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). n. Memastikan bilik-bilik khas seperti makmal bahasa, bilik bahasa dan sudut mata pelajaran digunakan secara optimum dan menyeluruh kepada semua murid. o. Memastikan bilik-bilik khas sentiasa berada dalam keadaan bersih, kemas dan selamat untuk digunakan.
  • 34. 22 2.9 PERANAN GURU MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU a. Menggunakan Sukatan Pelajaran, Huraian Sukatan Pelajaran, Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid yang terkini. b. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan rancangan pelajaran harian yang berasaskan sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran, dokumen standard kurikulum dan pentaksiran dan Panduan Perkembangan Pembelajaran Murid. Persediaan ini hendaklah mempunyai peringkat perkembangan yang sesuai dan selaras dengan kebolehan serta keperluan murid. c. Mengkaji dan menganalisis kaedah penyampaian supaya pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan. d. Membantu ketua panitia membuat pemilihan buku rujukan dan sumber pendidikan yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran. e. Menyedia pelbagai sumber pendidikan yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran seperti gambar, teknologi maklumat dan komunikasi, cakera padat, video dan sebagainya yang difikirkan sesuai. f. Menghadiri mesyuarat panitia mata pelajaran bagi merancang sesuatu aktiviti dan menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran di samping saling berkongsi maklumat. g. Menghadiri mesyuarat, taklimat, seminar, bengkel dan kolokium berkaitan mata pelajaran sama ada dianjurkan oleh panitia mata pelajaran atau badan profesional tertentu. h. Memberikan latihan atau tugasan kerja rumah yang mencukupi kepada semua murid serta memeriksa hasil kerja murid mengikut ketetapan yang diputuskan. i. Melaksanakan program komuniti pembelajaran profesional untuk menilai kekuatan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran serta merancang penambahbaikan.
  • 35. 23 j. Menerapkan unsur didik hibur seperti nyanyian, lakonan serta elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi. k. Melaksanakan aktiviti pentaksiran mengikut garis panduan yang ditetapkan. 2.10 MESYUARAT PANITIA BAHASA MELAYU Panitia mata pelajaran perlu menjalankan mesyuarat secara formal sebagaimana ditetapkan oleh Jawatankuasa Kurikulum Sekolah mengikut ketetapan berikut: a. Mengadakan mesyuarat secara berkala, sekurang-kurangnya dua kali setahun (rujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1986: Panitia Mata Pelajaran). Selain itu, mesyuarat secara semerta juga boleh diadakan mengikut keperluan. b. Mesyuarat panitia diadakan selepas mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. c. Semua perkara asas seperti perancangan aktiviti tahunan, perkembangan staf, pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran, analisis peperiksaan awam dan sekolah dan perancangan kewangan perlu dibincangkan serta diputuskan dalam mesyuarat panitia. d. Agenda mesyuarat sekurang-kurangnya mengandungi perkara berikut: i. Ucapan pengerusi ii. Pengesahan minit mesyuarat yang lalu iii. Perkara berbangkit iv. Perbincangan isu/masalah profesional v. Hal-hal lain e. Minit mesyuarat hendaklah disediakan dan salinannya diedarkan kepada ahli panitia dan pihak pengurusan sekolah dalam tempoh yang telah ditetapkan dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam (PKPA) Bil. 2/1991: Panduan Pengurusan Mesyuarat dan Urusan Jawatankuasa-Jawatankuasa Kerajaan.
  • 36. 24 2.11 PENGURUSAN PEMBERIAN BANTUAN GERAN PERKAPITA a. Bantuan geran perkapita merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid yang bersekolah di sekolah kerajaan atau sekolah bantuan kerajaan. b. Pengurus sekolah hendaklah memaklumkan kepada guru kanan mata pelajaran/ketua panitia dalam mesyuarat jawatankuasa pengurusan kewangan dan akaun sekolah mengenai jumlah peruntukan geran perkapita yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilaksanakan dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya. c. Geran perkapita yang layak dituntut terbahagi kepada dua kumpulan iaitu : i. Geran Perkapita Mata Pelajaran – Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif ii. Geran Perkapita Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun/Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama. d. Panitia mata pelajaran perlu merancang peruntukan geran perkapita bagi mencapai maksud perbelanjaan seperti yang digariskan dalam Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Persekolahan Ke Sekolah Berdasarkan Perkapita dan Enrolmen Murid dan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012 bertarikh 17 Jun 2013 serta pekeliling yang sedang berkuat kuasa. Maksud perbelanjaan seperti yang terdapat dalam surat pekeliling berkenaan adalah: i. Pembelian inventori dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. ii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan bahan-bahan lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.
  • 37. 25 iii. Penyelenggaraan dan pembaikan inventori dan harta modal yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. iv. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan sebagainya yang boleh memberikan pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. v. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberikan pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. vi. Perolehan harta modal dibenarkan tetapi hendaklah dibincangkan dan dipersetujui oleh guru kanan mata pelajaran atau ketua panitia dan diluluskan oleh pengetua sekolah. Pembelian hendaklah mematuhi peraturan dan ketetapan semasa. vii. Bagi perolehan teknologi maklumat dan komunikasi, sekolah hendaklah mematuhi tatacara perolehan teknologi maklumat dan komunikasi yang berkuat kuasa. viii. Perolehan harta modal yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab. e. Berdasarkan Pindaan Surat Pekeliling Kewangan Bil. 8/2012, maksud perbelanjaan geran perkapita diperluas seperti berikut: i. Bayaran elaun penceramah dibenarkan menggunakan peruntukan geran perkapita mata pelajaran. ii. Pembelian inventori dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah dan LPBT asrama. iii. Perbelanjaan bagi penyediaan makan minum ahli mesyuarat pentadbiran dan pengurusan sekolah/asrama dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT asrama.
  • 38. 26 iv. Bayaran balik tambang pengangkutan kepada guru/ warden/kakitangan sekolah bagi urusan kecemasan berdasarkan kelayakan tambang teksi dibenarkan menggunakan peruntukan LPBT sekolah/LPBT asrama. 2.12 PROGRAM PERKEMBANGAN STAF Program perkembangan staf perlu dirancang dan dilaksanakan untuk mempertingkat pengetahuan dan kemahiran guru. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian adalah seperti berikut: a. Mengenal pasti bidang yang memerlukan peningkatan melalui kajian keperluan atau analisis SWOT (Strength, Weaknesses, Opportunity, Threat) bagi merancang perkembangan staf. b. Mengenal pasti dan mengesyorkan kepada pihak pengurusan supaya menghantar guru menghadiri kursus, seminar atau persidangan berkaitan pengajaran dan pembelajaran. c. Menggunakan kepakaran guru sedia ada bagi menjalankan kursus dalaman peringkat panitia. d. Menjemput pakar berkaitan mata pelajaran dari luar untuk memberi ceramah kepada guru supaya mereka memperoleh idea-idea dan pendekatan baharu. e. Membuat penilaian dan mengambil tindakan susulan terhadap sesuatu program/aktiviti yang dijalankan. 2.13 DOKUMENTASI ATAU PENGURUSAN FAIL PANITIA BAHASA MELAYU Panitia Bahasa Melayu hendaklah mewujudkan fail rasmi untuk menyimpan dokumen mata pelajaran. Dokumen hendaklah diurus dengan sistematik, kemas kini serta mudah diakses. Kemudahan teknologi maklumat dan komunikasi boleh digunakan untuk menyimpan data dan maklumat panitia.
  • 39. 27 2.14 BILIK KHAS ATAU SUDUT MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU Guru mata pelajaran Bahasa Melayu yang dipertanggungjawabkan perlu: a. Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran dapat berfungsi dengan efektif. a. Memastikan bilik khas/sudut mata pelajaran sentiasa bersih dan kemas untuk digunakan. b. Menggunakan sepenuhnya kemudahan yang disediakan di bilik khas/sudut mata pelajaran untuk proses pengajaran dan pembelajaran dan kegiatan persatuan. c. Menyediakan panduan penggunaan bilik khas serta memastikan peraturan penggunaannya dipatuhi. d. Merekodkan penggunaan bilik khas serta mengemas kini penggunaannya dan memastikan aspek keselamatan diberi perhatian sewajarnya. 2.15 PERSATUAN KOKURIKULUM AKADEMIK BAHASA MELAYU a. Penubuhan persatuan koakademik adalah bertujuan untuk pengukuhan, pengayaan, dan meluaskan pengetahuan serta meningkatkan minat murid dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Oleh itu, program yang berfaedah dan menarik minat murid perlu dirancang. b. Persatuan koakademik boleh memainkan peranan dengan merancang aktiviti yang ada hubung kait dengan pencapaian objektif mata pelajaran tersebut dan menjalankannya pada masa tertentu di luar bilik darjah. Aktiviti ini boleh mengukuhkan kefahaman serta penguasaan murid di samping menimbulkan minat dalam penulisan, perbincangan atau perbahasan. c. Persatuan koakademik yang ditubuhkan perlu mempunyai peraturan dan perlembagaannya. Keahlian adalah terbuka kepada semua murid yang berminat di sesebuah sekolah tanpa sebarang sekatan.
  • 40. 28 d. Struktur organisasi persatuan koakademik terletak bawah Jawatankuasa Kokurikulum Sekolah dan menjadi pelengkap aktiviti panitia berkenaan. e. Semua ahli jawatankuasa terdiri daripada murid yang dipilih oleh ahli dalam mesyuarat agung tahunan. Jawatan-jawatan yang diwujudkan dalam persatuan ini adalah seperti berikut: i. Pengerusi ii. Naib Pengerusi iii. Setiausaha iv. Bendahari, dan v. Beberapa orang ahli jawatankuasa f. Persatuan dikehendaki mengadakan mesyuarat jawatankuasa dari semasa ke semasa bergantung pada kehendak perlembagaan dan keperluan. g. Mesyuarat tersebut boleh menubuhkan jawatankuasa kecil berdasarkan kepentingan persatuan bagi mencapai matlamat kegiatan yang dirancang.
  • 41. 29 BAB 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 3.1 PENDAHULUAN Pengajaran dan pembelajaran ialah satu bentuk komunikasi dua hala yang melibatkan guru dan murid. Kedua-duanya perlu bertindak untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam bilik darjah seperti yang dirancang. Untuk mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan, guru perlu menjalankan pengajaran berlandaskan prinsip-prinsip yang mendasari kurikulum bahasa Melayu. Pemilihan dan penggunaan bahan, kaedah dan teknik perlu disejajarkan dengan prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Bahagian Pembangunan Kurikulum. 3.2 STANDARD 4: SKPM 2010 Bagi memastikan mutu pembelajaran dan pengajaran bahasa Melayu ditingkat dan dikekalkan serta memenuhi piawaian kualiti pengajaran di bilik darjah, guru perlu memberikan perhatian kepada aspek PdP mengikut ketetapan dalam Standard Kualiti Pendidikan Malaysia 2010 (SKPM). Terdapat 12 kriteria kritikal dalam Standard 4 iaitu: a. Penglibatan murid dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran bagi membolehkan berlakunya pembelajaran berkesan. b. Penguasaan pembelajaran murid selaras dengan objektif yang ditetapkan. c. Hasil kerja murid berkualiti bagi mengukuhkan pembelajaran. d. Perancangan dan persediaan yang rapi bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran. e. Kaedah penyampaian yang bersesuaian bagi meningkatkan pencapaian objektif pelajaran.
  • 42. 30 f. Komunikasi yang berkesan bagi memudah dan mempercepatkan pemahaman dan menggalakkan pembelajaran murid. g. Penggunaan sumber pendidikan yang berkesan bagi mengukuhkan pembelajaran murid. h. Pentaksiran yang berterusan bagi meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. i. Teknik penyoalan yang berkesan meningkatkan pemahaman murid. j. Penguasaan isi kandungan yang mendalam membolehkan pelajaran disampaikan dengan yakin, jelas, dan tepat. k. Pengurusan kelas atau bilik khas yang cekap mewujudkan suasana yang kondusif untuk meningkatkan keberkesanan pembelajaran dan pengajaran. l. Pematuhan etika kerja dan amalan nilai yang positif bagi mewujudkan keyakinan dan kepercayaan murid terhadap guru. SKPM 2010 sedang dibuat penambahbaikan meliputi Standard 4 berkaitan PdP. Walau bagaimanapun, elemen asas PdP dalam Standard 4 masih dikekalkan. 3.3. STRATEGI PENGAJARAN Strategi merupakan satu perancangan pengurusan operasi yang digunakan untuk mencapai sesuatu matlamat. Dalam konteks pengajaran dan pembelajaran, istilah ini merujuk satu set aktiviti pengajaran yang bertujuan untuk mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Strategi pengajaran yang berkesan akan dapat mengintegrasikan pendekatan, kaedah dan teknik secara harmoni. Oleh itu, guru yang mempunyai strategi pengajaran yang baik dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. (Rujuk Rajah 1).
  • 43. 31 RAJAH 1 : STRATEGI PENGAJARAN STRATEGI PENGAJARAN PENDEKATAN Contoh: Induktif Deduktif Elektif Komunikatif Kolaboratif Koperatif Berfikir Kontektual Konstruktif KAEDAH Contoh: Terus Audio-Lingual Audio-Visual Nahu terjemahan Situasi Struktur stimulus respon Kod kognitif Natural TEKNIK Contoh: Simulasi Main peranan Bercerita Permainan Sosiodrama Berbahas Berbincang Nyanyian i. Pendekatan Pendekatan merupakan pelbagai prinsip yang menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sesuatu pendekatan itu berlandaskan beberapa teori yang berkaitan dengan sifat-sifat semula jadi dalam proses pembelajaran seseorang. Oleh itu, pendekatan dalam pengajaran bahasa merujuk satu kumpulan prinsip berdasarkan teori bahasa dan teori pengajaran bahasa yang menjadi pegangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. ii. Kaedah Kaedah ialah cara pelaksanaan sesuatu pengajaran yang teratur, kemas dan sistematik yang melibatkan langkah dan peringkat untuk mengajarkan sesuatu kemahiran atau aspek bahasa sesuai dengan pendekatan yang dipegang bagi mencapai sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran.
  • 44. 32 iii. Teknik Teknik ialah satu cara atau taktik yang digunakan oleh guru untuk menyampaikan isi pelajaran bagi mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan. Teknik yang direalisasikan di dalam bilik darjah akan menjadi aktiviti pembelajaran. 3.4 PENERAPAN ELEMEN MERENTAS KURIKULUM DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Elemen merentas kurikulum ialah unsur nilai tambah yang diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran selain yang ditetapkan dalam standard kandungan. Elemen-elemen ini diterapkan bertujuan mengukuhkan kemahiran dan keterampilan modal insan yang dihasratkan serta dapat menangani cabaran semasa dan masa hadapan. Dalam kurikulum, elemen merentas kurikulum melibatkan elemen sedia ada iaitu bahasa, pendidikan alam sekitar, nilai murni, sains dan teknologi dan patriotisme serta ditambah dengan elemen baharu iaitu teknologi maklumat dan komunikasi, keusahawanan serta kreativiti dan inovasi. 3.4.1 Elemen Kreativiti dan Inovasi Elemen kreativiti dan inovasi perlu diintegrasikan dalam pengajaran dan pembelajaran KSSR bagi membangun dan mengembangkan tahap potensi kreativiti mengikut keupayaan murid. Selain itu, kreativiti merujuk tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan yang baharu. Inovasi pula ialah proses penjanaan dan pengaplikasian idea secara kreatif dalam konteks tertentu. Kreativiti dan inovasi perlu dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membangunkan modal insan yang dihasratkan.
  • 45. 33 3.4.2 Elemen Keusahawanan Elemen keusahawanan merupakan satu pendekatan bagi membudayakan keusahawanan. Proses ini melibatkan pembentukan sikap keusahawanan serta amalan nilai moral dan etika dalam keusahawanan. Penerapan elemen keusahawanan bertujuan untuk membentuk ciri-ciri dan amalan keusahawanan sehingga menjadi satu budaya dalam kalangan murid. 3.4.3 Teknologi Maklumat dan Komunikasi Kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi perlu diajarkan kepada murid supaya mereka dapat menggunakan komputer untuk tujuan komunikasi seperti menghantar dan menerima e-mel, menggunakan aplikasi perisian dalam menyempurnakan tugasan harian dan mengakses maklumat melalui internet. 3.5 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI a. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. b. Pelaksanaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi menggunakan alat berfikir antaranya ialah i-Think yang merupakan alat untuk mempertingkat dan membudayakan kemahiran berfikir dalam kalangan murid ke arah menghasilkan murid berfikiran kreatif, kritis serta inovatif. c. I-Think merangkumi lapan peta pemikiran yang boleh diaplikasikan oleh guru dan murid dalam pengajaran dan pembelajaran di samping teknik penyoalan dan penaakulan.
  • 46. 34 3.6 DIDIK HIBUR Didik hibur merupakan satu pendekatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang menekankan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan secara terancang. Unsur keseronokan akan wujud melalui pembelajaran yang santai, menarik, menghibur, bermakna dan memikat seterusnya dapat membantu memperkukuh pemahaman dan mendorong murid untuk belajar. 3.7 PENDEKATAN BERPUSATKAN MURID Strategi pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Bahasa Melayu haruslah berpusatkan murid bagi membolehkan mereka berinteraksi dan menguasai kemahiran belajar melalui pengalaman sendiri. Oleh itu, murid dapat membina keyakinan berbahasa. 3.7.1 Pendekatan Tematik Pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu diajar berdasarkan tema. Ilmu daripada mata pelajaran dan disiplin lain lebih mudah diserapkan dan kosa kata bertambah dan dapat dikembangkan. Bagi tujuan ini, perancangan dan penentuan tema pengajaran meliputi pelbagai bidang ilmu, hal persendirian dan isu kemasyarakatan, menghargai warisan, mencungkil daya kreativiti dan inovasi dalam diri murid serta isu- isu semasa. Cakupan tema yang ditekankan adalah seperti yang berikut: a. Kekeluargaan Tema kekeluargaan merangkumi hubungan sesuatu keluarga yang melibatkan keluarga asas dan keluarga kembangan Tema ini diajarkan kepada murid sekolah rendah agar menghargai dan menghormati setiap ahli keluarga.
  • 47. 35 b. Kemasyarakatan Tema ini merujuk tanggungjawab individu dan kumpulan dalam kalangan pelbagai bangsa untuk mewujudkan keharmonian dan kepentingan hidup bersama. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar dapat melahirkan masyarakat yang berakhlak mulia, hormat- menghormati, bekerjasama dan bertanggungjawab. c. Kesihatan dan Kebersihan Tema kesihatan dan kebersihan, merujuk kesempurnaan dari segi kesihatan fizikal, mental dan sosial. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid sekolah rendah agar mendapat pendedahan awal berkaitan penjagaan kebersihan dan kesihatan dan amalan gaya hidup sihat. d. Keselamatan Tema keselamatan merujuk keupayaan murid melindungi diri daripada bahaya ketika berada dalam pelbagai persekitaran. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid supaya dapat memberi kesedaran agar mengutamakan keselamatan. e. Perpaduan Tema perpaduan merujuk kepentingan hubungan erat yang terbentuk hasil daripada toleransi dalam kalangan penduduk Malaysia. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid dalam usaha memupuk semangat perpaduan. f. Kebudayaan, Kesenian dan Estetik Tema kebudayaan, kesenian dan estetik merangkumi elemen- elemen budaya yang terdapat dalam masyarakat pelbagai kaum di Malaysia yang meliputi adat dan budaya. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar kehalusan seni budaya ini dapat dihayati oleh murid sebagai asas pembentukan jati diri warga Malaysia.
  • 48. 36 g. Jati diri, Patriotisme dan Kewarganegaraan Tema jati diri, patriotisme dan kewarganegaraan merujuk keupayaan murid menzahirkan keperibadian insan yang seimbang daripada segi fizikal, mental, emosi dan rohani serta mempunyai semangat juang dan sanggup berkorban demi negara. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid untuk melahirkan masyarakat madani, yang mempunyai semangat kekitaan dan setia kepada negara. h. Sains, Teknologi dan Inovasi Tema sains, teknologi dan inovasi merujuk ilmu pengetahuan yang teratur atau sistematik yang boleh diuji, dibuktikan kebenarannya dan dapat menghasilkan sesuatu yang baharu. Tema ini sesuai diajarkan kepada murid agar dapat melahirkan insan yang berupaya menjana idea untuk menghasilkan sesuatu yang berinovasi. i. Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Tema alam sekitar dan teknologi hijau merujuk keupayaan murid menjaga dan mengurus alam sekitar untuk kesejahteraan kehidupan manusia, haiwan serta tumbuhan bagi kelangsungan kehidupan generasi akan datang. Tema ini sesuai diajarkan agar murid cinta dan prihatin serta bertanggungjawab dalam menjaga alam sekitar dan teknologi hijau. j. Pertanian dan Penternakan Tema pertanian dan penternakan memberi murid pendedahan perihal asas-asas pertanian dan penternakan secara tradisional dan moden. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang bioteknologi pertanian dan penternakan dalam kehidupan.
  • 49. 37 k. Ekonomi, Keusahawanan dan Pengurusan Kewangan Tema ekonomi memberi murid pendedahan perihal bidang perniagaan dan keusahawanan dalam menjana pendapatan dan pengurusan perdagangan. Manakala pengurusan kewangan pula menekankan tentang tanggungjawab dalam menguruskan kewangan dengan bijak. Tema ini sesuai diajarkan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan bidang ekonomi, membudayakan sikap keusahawanan dan celik kewangan dalam kehidupan. 3.7.2 Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, masalah bukan mekanis, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran matematik dalam situasi sebenar. Murid perlu menggunakan kemahiran, prinsip dan teori yang telah mereka pelajari untuk menyelesaikan masalah yang diberikan. Kaedah ini menggalakkan murid berfikir secara kritis dan kreatif. 3.7.3 Pembelajaran Berasaskan Projek Murid menggunakan maklumat lama dan baharu untuk menghasilkan sesuatu yang nyata. Kaedah ini melibatkan murid-murid mengkaji sesuatu isu, menyiasat dan mempersembahkan dapatannya. Ini juga dapat membantu guru menilai perkembangan atau kualiti pembelajaran murid. Murid lebih bermotivasi kerana dapat menghasilkan sesuatu produk. 3.7.4 Pembelajaran Koperatif Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam kumpulan yang membolehkan murid belajar bersama-sama, saling belajar dan membantu antara satu sama lain untuk menyelesaikan sesuatu tugasan. Ahli kumpulan bekerja, berkongsi idea, bahan dan peralatan untuk mencapai matlamat sendiri dan kumpulan. Pembelajaran koperatif ini dapat menghasilkan satu tugasan
  • 50. 38 kumpulan, di samping mewujudkan interaksi antara murid, kerjasama dan semangat berpasukan yang kuat. 3.7.5 Kecerdasan Pelbagai Kecerdasan pelbagai dapat mengembangkan potensi kecerdasan, minat dan kecenderungan murid kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai merangkumi kecerdasan verbal linguistik, logik matematik, muzik, kinestetik, visual ruang, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. 3.7.6 Pembelajaran Kontekstual Pembelajaran kontekstual ialah kaedah pembelajaran yang mengaitkan isi pelajaran dengan pengalaman harian individu, masyarakat dan alam pekerjaan. Pembelajaran berlaku apabila murid berupaya menghubungkaitkan pengetahuan baharu secara bermakna dan menghayati kerelevanan pembelajaran dalam kehidupan mereka. 3.7.7 Pembelajaran Konstruktivisme Pembelajaran konstruktivisme dalam pendidikan dapat melahirkan murid yang berkeupayaan untuk membina pemahaman dan pengetahuan baharu mereka sendiri berdasarkan pengalaman sedia ada. Pembelajaran ini menjadikan murid lebih faham, yakin dan seronok belajar sepanjang hayat mereka. 3.7.8 Kemahiran Belajar Cara Belajar Kemahiran belajar cara belajar perlu diajarkan kepada murid supaya mereka peka terhadap teknik pembelajaran yang berkesan. Penguasaan kemahiran ini membolehkan murid meningkatkan pengetahuan, cekap bertindak untuk menghadapi dunia yang sering berubah dan berkeupayaan mengamalkan pembelajaran seumur hidup.
  • 51. 39 3.7.9 Kajian Masa Depan Kajian masa depan ialah satu pendekatan pengajaran untuk mendidik murid agar lebih prihatin terhadap sesuatu perkara atau isu yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Hal ini bermakna, murid dapat membuat ramalan, menjangka akibat serta menangani perubahan supaya mereka mendapat manfaat yang maksimum. 3.7.10 Pembelajaran Akses Kendiri Pembelajaran akses kendiri ialah satu program yang membolehkan murid belajar secara kendiri melalui penggunaan bahan pembelajaran. Murid diberi peluang memilih aktiviti, menilai hasil kerja dan memantau kemajuan mereka sendiri agar mereka bertanggungjawab dan berdikari terhadap pembelajaran mereka. 3.7.11 Pembelajaran Luar Bilik Darjah Aktiviti kurikulum yang dilaksanakan di luar bilik darjah secara terancang dan berstruktur serta berpusatkan murid. Kaedah ini dapat mengukuhkan pemahaman murid terhadap konsep yang dipelajari semasa di dalam bilik darjah, memberi pengalaman pembelajaran dalam situasi yang sebenar, mengembangkan kemahiran sosial dan kerja berpasukan. 3.7.12 Pembelajaran Masteri Pembelajaran ini memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran dalam sesuatu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang lain. Pembelajaran ini dipecahkan kepada unit yang lebih kecil untuk mudah dikuasai. Murid mesti menguasai 80 peratus aras masteri sebelum berpindah ke unit pembelajaran yang baharu.
  • 52. 40 3.8 PRINSIP 5P Usaha mencapai hasrat dan matlamat KSSR, strategi pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu menekankan prinsip 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hal ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Strategi pengajaran dan pembelajaran tersebut adalah seperti yang berikut: 3.8.1 Penggabungjalinan Penggabungjalinan memainkan peranan penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses ini, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak. Cara ini juga dapat mengelakkan kebosanan dalam proses pembelajaran. Kemahiran dapat digabungjalinkan, sama ada kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis yang terdapat dalam standard kandungan. 3.8.2 Penyerapan Pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu perlu menerapkan unsur ilmu, nilai murni dan kemahiran bernilai tambah. Penyerapan ini mengandungi pelbagai ilmu dan disiplin daripada mata-mata pelajaran lain, nilai murni masyarakat Malaysia serta kemahiran berfikir, kemahiran menaakul dan kemahiran yang lain membolehkan murid menguasai kemahiran secara bersepadu menerusi pengalaman pembelajaran bahasa. 3.8.3 Penilaian Penilaian dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Penilaian merupakan suatu aktiviti untuk mendapatkan maklumat yang berguna bagi menentukan pencapaian sesuatu objektif pengajaran dan pembelajaran. Penilaian perlulah dijalankan secara berterusan
  • 53. 41 dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Melalui proses penilaian berterusan segala kelemahan dapat dikenal pasti dan jenis tindakan susulan dapat diambil terhadap seseorang murid sama ada berbentuk pemulihan atau pengayaan. 3.8.4 Pemulihan Program pemulihan disediakan untuk membantu murid menguasai kemahiran asas yang belum dapat dikuasai dalam tempoh yang ditetapkan. Bahan untuk program ini terdiri daripada kad, carta, bahan maujud, alat permainan dan lain-lain yang boleh digunakan secara berperingkat-peringkat daripada yang mudah kepada yang sukar. Pelaksanaan program ini adalah mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran. 3.8.5 Pengayaan Program pengayaan disediakan untuk memantapkan kebolehan, keupayaan, bakat dan minat murid. Murid hendaklah diberikan bahan yang berbeza untuk digunakan secara bersendirian atau dengan bimbingan guru. Bahan bacaan tambahan, kad, permainan dan bahan aktiviti boleh diberikan kepada murid yang telah menguasai kemahiran dalam jangka masa yang ditetapkan atau lebih awal daripada jangka masa yang ditentukan. 3.9 HASIL KERJA MURID DAN LATIHAN Bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai, pelbagai latihan berkaitan kemahiran bahasa iaitu lisan, bacaan atau tulisan perlu disediakan oleh guru seperti membuat persembahan, bersoal jawab, tugasan bertulis dan lembaran kerja. Hasil kerja murid yang baik akan dapat menjelaskan keupayaan murid sama ada mereka menguasai kemahiran yang diajar atau sebaliknya. Guru boleh menggunakan kaedah pemerhatian sambil membetulkan kesilapan murid untuk memastikan
  • 54. 42 murid menguasai kemahiran lisan dan bacaan. Bagi latihan bertulis pula, guru perlu menyemak latihan tersebut secara konstruktif. Murid perlu tahu dan faham akan kesalahan yang dilakukan dalam latihan bertulis yang diberi oleh guru dan membuat pembetulan secara konsisten. 3.10 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN TAHUNAN Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran tahunan mengandungi secara ringkas isi kandungan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Oleh itu, rancangan pelajaran tahunan perlu mengandungi perkara-perkara seperti ruang minggu, tajuk atau tema, kemahiran dan catatan. Beberapa aspek yang perlu diberi pertimbangan dalam menyediakan rancangan pelajaran tahunan ialah: a. Mengenal pasti murid yang menjadi kumpulan sasar dan keupayaan yang berbeza bagi setiap sekolah. b. Mengubah suai rancangan pelajaran tahunan berdasarkan takwim persekolahan dan/atau kumpulan murid tahun semasa. c. Membuat pemetaan isi pelajaran dengan memilih, menentukan dan menyusun kemahiran berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah/Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah atau Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran. d. Menyediakan rancangan pelajaran tahunan pada awal tahun persekolahan dalam apa-apa juga bentuk. e. Menyatakan unsur-unsur ilmu pengetahuan dan nilai-nilai murni dalam rancangan pelajaran tahunan.
  • 55. 43 3.11 PENYEDIAAN RANCANGAN PELAJARAN HARIAN Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran, penyediaan rancangan pelajaran harian merupakan terjemahan daripada rancangan pelajaran tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara untuk mencapai objektif dan kenyataan berkaitan pencapaian objektif itu. Rancangan pelajaran harian seelok-eloknya disediakan: a. Sehari sebelum sesuatu pelajaran itu disampaikan. b. Merujuk dan diselaraskan dengan rancangan pelajaran tahunan. c. Berdasarkan tahap kebolehan murid di dalam kelas yang berkenaan. d. Mempunyai kesinambungan dengan pelajaran-pelajaran yang terdahulu. e. Mengambil kira refleksi yang dibuat. 3.11.1 Penulisan Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Rasional penulisan objektif pengajaran dan pembelajaran adalah untuk: a. Menentukan arah tuju pengajaran dan pembelajaran guru. b. Membantu guru membuat penilaian, pengukuran atau pentaksiran sama ada murid faham, berupaya dan boleh menghasilkan seperti yang ditetapkan dalam objektif. c. Membantu pihak pentadbir untuk menyelia, mencerap dan menilai keberkesanan pengajaran guru. Penulisan objektif perlulah jelas dan spesifik serta menjurus kepada tingkah laku yang hendak dicapai kerana penyataan yang tepat dan jelas sahaja akan membolehkan seseorang guru itu memilih kaedah, prosedur, bahan, sumber dan aktiviti serta arahan yang betul dan sesuai untuk menghasilkan tingkah laku atau hasil yang diingini. Ciri-ciri yang perlu ada dalam objektif adalah:
  • 56. 44 a. Dalam bentuk perlakuan yang boleh diukur. b. Menetapkan syarat pembelajaran dan tahap pencapaian dengan menentukan bilangan tingkah laku yang hendak dicapai. c. Sesuai dengan isi pelajaran yang diberi fokus dalam pengajaran dan pembelajaran. d. Mempunyai pelbagai aras supaya sesuai dengan tahap kebolehan murid yang pelbagai. 3.11.2 Cara Penulisan Objektif Cara untuk mencapai objektif seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran merujuk aktiviti atau langkah- langkah pengajaran yang akan dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Rasional aktiviti perlu dinyatakan dengan jelas bagi: a. Memudahkan guru menyediakan bahan atau sumber yang diperlukan, pengurusan masa dan pengurusan kelas. b. Memudahkan guru memilih dan merancang strategi, kaedah dan teknik yang digunakan untuk mencapai objektif. c. Membantu guru ganti mengajar berdasarkan aktiviti yang telah dirancang. 3.11.3 Cara penulisan aktiviti dalam RPH ialah: a. Ringkas dengan menyatakan aktiviti yang akan dilakukan oleh murid. b. Berfokus pada perkara yang harus dibuat oleh murid. Hal ini akan mengawal proses pengajaran dan pembelajaran supaya lebih berpusatkan murid. c. Berbentuk ringkas (boleh difahami oleh orang lain apabila membaca) dan mengikut urutan langkah pengajaran.
  • 57. 45 3.11.4 Penulisan Kenyataan Pencapaian Objektif “Kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” atau refleksi/impak/penilaian seperti yang dinyatakan dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1999 itu perlulah ditulis setelah guru selesai melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Rasional penulisan refleksi adalah untuk: a. Membantu guru mengukur pencapaian murid pada akhir proses pengajaran dan pembelajaran. b. Membantu guru menilai pengajarannya. c. Digunakan untuk merancang dan menetapkan pengajaran seterusnya.
  • 58. 46 BAB 4 PENTAKSIRAN 4.1 PENDAHULUAN Pentaksiran dalam pendidikan ialah integrasi proses mengumpul maklumat tentang pembelajaran murid, memberi nilai kepada maklumat, menginterpretasi maklumat, membuat inferens dan membuat keputusan tentang perkara yang perlu dilakukan terhadap murid untuk memperbaik pembelajarannya. Proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berlaku secara timbal balik dan bersepadu. Hal ini bermakna seseorang guru membuat pentaksiran untuk mengetahui tahap penguasaan murid ketika mengajar. Di samping itu, guru akan menerapkan nilai-nilai murni dan akhlak mulia yang holistik sifatnya semasa proses tersebut berjalan. Proses pengumpulan maklumat pembelajaran murid dilakukan dengan pelbagai cara sama ada secara tidak formal atau formal dengan menggunakan instrumen pentaksiran seperti ujian, soal selidik, amali, kerja kursus dan pemerhatian. Maklumat yang dikumpulkan akan dinilai dan diinterpretasikan supaya keputusan dapat dibuat tentang kebolehan seseorang murid dalam pembelajarannya. 4.2 PEPERIKSAAN AWAM Peperiksaan awam yang ditadbirkan oleh Lembaga Peperiksaan ialah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah (sehingga tahun 2013), Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Pelajaran Malaysia (Ulangan), dan Sijil Tinggi Agama Malaysia. Peperiksaan Awam atau Peperiksaan Pusat dikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan bermula daripada penyediaan instrumen pentaksiran, pengendalian peperiksaan di pusat-pusat peperiksaan, pemeriksaan skrip jawapan, pengeluaran keputusan dan pensijilan.
  • 59. 47 Ujian Pencapaian Sekolah Rendah diperkenalkan mulai tahun 1987 dan merupakan peperiksaan awam/pusat peringkat kebangsaan yang diduduki oleh murid-murid Tahun 6 di sekolah rendah. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah dilaksanakan dengan tujuan untuk mengukur tahap penguasaan calon dalam kemahiran 3M, iaitu membaca, menulis dan mengira. Di samping itu, murid diberi peluang untuk membangunkan potensi diri masing-masing agar menjadi insan yang seimbang seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bukan merujuk kepada lulus atau gagal tetapi merujuk kepada tahap pencapaian murid pada akhir persekolahan rendah. Sijil Pelajaran Malaysia ialah sistem peperiksaan yang bertujuan untuk pensijilan. Selaras dengan usaha untuk memastikan peperiksaan yang dikendalikan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia mendapat pengiktirafan antarabangsa, kerjasama Lembaga Peperiksaan dengan Cambridge International Examinations, United Kingdom telah memberi peluang kepada calon yang menduduki Bahasa Inggeris 1119 Sijil Pelajaran Malaysia untuk mendapat Sijil Cambridge International Examinations O-Level bagi mata pelajaran berkenaan. Lembaga Peperiksaan juga bekerjasama dengan Education Development International, United Kingdom untuk memberi peluang kepada calon yang menduduki Prinsip Perakaunan Sijil Pelajaran Malaysia mendapat sijil LCCI Level 2 Book Keeping and Account. Bagi peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, sijil yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Al Azhar Al-Syarif, Republik Arab Mesir mendapat pengiktirafan setaraf dengan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Kurikulum Sijil Tinggi Agama Malaysia diambil daripada Maahad Bu’uth Al-Islamiyyah Al Azhar, Mesir dan bahasa pengantar yang digunakan sepenuhnya ialah bahasa Arab.
  • 60. 48 4.3 PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH Di samping peperiksaan awam, Lembaga Peperiksaan juga telah memperkenalkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) bagi sekolah rendah mulai tahun 2011 dan menengah rendah mulai tahun 2012. Berdasarkan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013- 2025 berkaitan pembelajaran murid; pengajaran dan pembelajaran perlu menyepadukan kurikulum dan pentaksiran berdasarkan tanda aras antarabangsa bagi melahirkan murid yang berkemahiran serta mampu bersaing di peringkat global. Sistem penilaian yang berorientasikan peperiksaan (examination orientation) perlu mengalami penambahbaikan bagi memastikan hala tuju pendidikan yang berteraskan assessment of learning, assessment for learning dan assessment as learning serta bertunjangkan kemenjadian murid secara holistik dapat direalisasikan. (Rujuk Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah, 2014: Lembaga Peperiksaan). Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan kaedah pentaksiran yang mencorakkan hala tuju sistem pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani), psikomotor (jasmani) dan sosial selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terarah kepada proses pembentukan personaliti murid secara menyeluruh, berterusan, fleksibel, autentik dan pelbagai situasi. Pentaksiran Berasaskan Sekolah dibangunkan untuk memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan menilai potensi individu secara menyeluruh dari awal hingga tamat persekolahan dan tidak tertumpu kepada perkembangan intelek sahaja. Pentaksiran Berasaskan Sekolah bersifat holistik iaitu bukan sahaja mentaksir kebolehan kognitif individu tetapi menjurus kepada pembinaan sahsiah, motivasi diri dan sosial individu yang dipupuk bersama dengan aspek kecemerlangan diri dan akademik individu. Pentaksiran Berasaskan Sekolah berupaya menyumbang kepada pembentukan modal insan yang berfikiran kritis dan kreatif, berkemahiran
  • 61. 49 menyelesaikan masalah, berdaya mencipta peluang baharu, mempunyai ketahanan dan kebolehan berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Mekanisme penjaminan kualiti pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah yang merangkumi komponen pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan diwujudkan di peringkat sekolah, daerah, negeri dan kementerian bagi memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah seperti yang dihasratkan. Pementoran merupakan bimbingan dan panduan yang diberikan kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran di sekolah. Pemantauan dijalankan untuk memastikan pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah mengikut prosedur yang telah ditetapkan. Penyelarasan pula dilaksanakan untuk memastikan keseragaman tugasan dan penskoran bagi menjamin kebolehpercayaan dalam perekodan dan pelaporan prestasi murid. Pengesanan pula dilaksanakan untuk melihat keberkesanan dan ketepatan instrumen yang digunakan dalam pentaksiran. Komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah terdiri daripada bidang akademik dan bukan akademik. Bidang akademik terdiri daripada Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat, manakala bidang bukan akademik terdiri daripada Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum dan Pentaksiran Psikometrik. Kedua-dua bidang ini memberi pengiktirafan dan autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif yang berasaskan sekolah. 4.3.1 Pentaksiran Sekolah a. Pentaksiran Sekolah ialah suatu pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa dan dilaporkan oleh guru di sekolah. Kaedah ini melibatkan murid, ibu bapa dan
  • 62. 50 organisasi luar dan dilaksanakan dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses pengajaran dan pembelajaran atau pentaksiran sumatif pada akhir tahun. Pentaksiran Sekolah berperanan untuk mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru dan memberikan maklumat yang sah tentang perkara yang telah dilaksanakan atau dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Sekolah amat penting untuk menentukan keberkesanan guru dan sekolah dalam usaha menghasilkan insan yang harmoni dan seimbang. Pentaksiran Sekolah merupakan aktiviti yang berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi serta hala tuju yang jelas daripada guru dan sekolah. Pentaksiran Sekolah juga memberi empowerment kepada guru dan sekolah untuk menjalankan pentaksiran dan melaporkan hasil pentaksiran sepenuhnya. Pentaksiran Sekolah berfungsi sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning) dan pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning). b. Dalam usaha penambahbaikan kepada Pentaksiran Sekolah sedia ada, Pentaksiran Rujukan Standard diperkenalkan untuk melihat kemajuan dan pertumbuhan (growth) pembelajaran serta pencapaian prestasi seseorang murid. Pentaksiran Rujukan Standard merupakan proses bagi mendapatkan maklumat tentang kemampuan murid sama ada tahu, faham dan boleh buat atau telah menguasai perkara yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan mengikut tahap-tahap pencapaian seperti yang dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pendekatan Pentaksiran Rujukan Standard dibangunkan di sekolah untuk melihat perkembangan pembelajaran murid
  • 63. 51 dalam pengetahuan, pemahaman dan kemahiran yang diukur dan berperanan mengukuhkan pembelajaran murid, meningkatkan pengajaran guru serta memberikan maklumat yang sah tentang aspek yang telah dicapai dalam satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran. Pentaksiran Rujukan Standard juga tidak membandingkan pencapaian seseorang murid dengan murid lain tetapi melaporkan prestasi murid dalam pembelajaran dengan menerangkan kemajuan dan pertumbuhan (growth) murid dalam pembelajaran merujuk pernyataan standard. Murid-murid dinilai secara adil dan saksama sebagai individu dalam masyarakat berdasarkan keupayaan, kebolehan, bakat, kemahiran dan potensi diri tanpa dibandingkan dengan orang lain. Pihak sekolah mampu mendapatkan maklum balas yang lengkap dalam bentuk data kualitatif dan kuantitatif yang merangkumi segala aspek tentang diri seseorang murid bagi membolehkan pihak yang bertanggung jawab mengenali, memahami, menghargai, mengiktiraf dan memuliakan anak didik sebagai insan yang berguna, penting dan mempunyai potensi untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan bangsa mengikut keupayaan dan kebolehan masing-masing. c. Pentaksiran Sekolah dijalankan secara: i. Pentaksiran formatif Pentaksiran formatif dilaksanakan seiring dengan proses pembelajaran dan pengajaran sebagai sebahagian prosesnya dan juga untuk mentaksir perkembangan pembelajaran murid sepanjang tahun untuk mendapatkan maklum balas tentang kemajuan pembelajaran dan pengajaran sesuatu topik atau aspek. ii. Pentaksiran Sumatif Pentaksiran sumatif dijalankan pada akhir unit
  • 64. 52 pembelajaran, penggal, bulan atau tahun untuk mentaksir pencapaian murid tentang pembelajaran (assessment of learning). d. Instrumen Pentaksiran Sekolah Pelbagai instrumen pentaksiran yang sesuai dengan konstruk yang ditaksir dalam sesuatu mata pelajaran digunakan. Antara instrumen pentaksiran yang digunakan ialah : i. Pemerhatian Instrumen yang memerlukan murid melakukan tugasan dengan cara melihat atau mengawasi sesuatu perkara secara berterusan, berkala atau berjadual tentang apa yang dihasratkan. ii. Pensel dan kertas/Ujian Bertulis Instrumen yang menggunakan item objektif atau subjektif. iii. Persembahan Instrumen yang bersifat lebih fleksibel melibatkan tugasan menyeluruh yang merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap dalam pelbagai situasi dan konteks. Persembahan meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dan amali. iv. Projek Projek ialah satu bentuk tugasan yang dilaksanakan dalam aktiviti pembelajaran yang dijalankan dalam satu tempoh masa yang ditentukan melibatkan aktiviti pengumpulan maklumat dan penyediaan laporan. Instrumen ini boleh dijalankan secara individu atau secara kumpulan. Pelaksanaan instrumen ini
  • 65. 53 membolehkan murid mengintegrasikan pengetahuan serta kemahiran interpersonal dalam melaksanakan tugasan. v. Produk Tugasan yang memerlukan murid melaksanakan atau membuat atau menghasilkan satu produk berdasarkan tugasan yang diberikan. . vi. Amali Tugasan yang memerlukan murid mempraktikkan atau melakukan apa yang telah dipelajari dalam bentuk teori. vii. Tugasan Bertulis/Karya Penulisan Instrumen yang memerlukan murid menghasilkan laporan/dokumen/karya kreativiti dalam bentuk penulisan mengikut spesifikasi atau format yang ditetapkan berpandukan kepada tugasan yang diberi. viii. Lembaran kerja ix. Soal jawab x. Kuiz xi. Senarai semak xii. Latihan/tugasan rumah 4.3.2 Pentaksiran Pusat Pentaksiran Pusat merupakan satu daripada komponen akademik dalam Pentaksiran Berasaskan Sekolah iaitu murid ditaksir bagi melihat penguasaan dan keupayaan intelek mereka di akhir satu program pembelajaran. Lembaga Peperiksaan menyediakan instrumen pentaksiran dan panduan penskoran manakala pentadbiran, pemeriksaan skrip jawapan, perekodan skor/ markah
  • 66. 54 dan pelaporan dikendalikan oleh pihak sekolah. Pentaksiran Pusat merupakan pelengkap kepada Pentaksiran Sekolah dan pencapaian murid dalam sesuatu mata pelajaran ditaksir secara sumatif. Pentaksiran Tingkatan 3 Pentaksiran Tingkatan 3 ialah pentaksiran pusat yang dikendalikan kepada murid-murid pada akhir peringkat menengah rendah iaitu di Tingkatan 3. Tugasan dalam instrumen Pentaksiran Tingkatan 3 dibangunkan dalam skop sukatan pelajaran tingkatan satu hingga tingkatan tiga berdasarkan matlamat, objektif dan kandungan mata pelajaran tersebut. Elemen yang mengukur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) turut diserapkan dalam tugasan Pentaksiran Tingkatan 3. Instrumen pentaksiran bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis dan ujian lisan. Mata pelajaran Sains, Matematik, Pendidikan Islam, Kemahiran Hidup Bersepadu, Bahasa Arab, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Iban, Bahasa Kadazandusun, dan Bahasa Punjabi menggunakan instrumen pentaksiran ujian bertulis sahaja. Mata pelajaran Sejarah dan Geografi pula ditaksir menggunakan pelbagai instrumen seperti tugasan bertulis (assignment), projek, kajian lapangan (field study) atau kajian kes (case study). 4.3.3 Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) a. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum adalah sebagai panduan untuk menilai aktiviti fizikal dan kesihatan serta mengukur penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam pelbagai aktiviti sukan, kokurikulum dan ekstrakurikulum. Pentaksiran Aktiviti
  • 67. 55 Jasmani, Sukan dan Kokurikulum memerlukan murid melibatkan diri dalam aktiviti bukan akademik sama ada di dalam atau di luar bilik darjah mengikut keupayaan murid. b. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merangkumi tiga komponen; Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dan Body Mass Index (BMI), Kokurikulum dan Ekstrakurikulum. c. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan dalam Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum merupakan aktiviti fizikal yang dilakukan oleh murid sekolah untuk mengukur kecergasan berdasarkan kepada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan yang ditetapkan. Skor mengikut tahap umur ini ditetapkan dengan menggunakan indeks skor standard yang telah diperakui di peringkat kebangsaan. Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan terdiri daripada empat aktiviti iaitu “Naik turun bangku”, “Tekan tubi”, “Ringkuk Tubi Separa” dan “Jangkauan Melunjur”. Body Mass Index tertumpu kepada mengukur berat badan dan ketinggian seseorang murid menggunakan piawaian ukuran Body Mass Index. d. Pentaksiran Sukan dan Kokurikulum adalah untuk mengukur aktiviti sukan dan kokurikulum yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Aktiviti sukan merangkumi aktiviti permainan dan pertandingan di peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. Aktiviti kokurikulum merangkumi aktiviti murid dalam Sukan dan Permainan, Kelab dan Persatuan, Badan Beruniform dan koakademik
  • 68. 56 di peringkat sekolah, zon/daerah/bahagian, negeri, kebangsaan dan antarabangsa. e. Pentaksiran Aktiviti Ekstrakurikulum merupakan satu usaha untuk mendapatkan maklumat, membuat penilaian dan memberi skor untuk aktiviti bermanfaat yang dijalankan sama ada di sekolah atau di luar waktu persekolahan dan mendapat kebenaran ibu bapa/ penjaga dan pengesahan pihak sekolah. Aktiviti ekstrakurikulum merupakan aktiviti yang boleh membentuk keperibadian yang terpuji, membina sahsiah yang baik, mendorong melakukan kerja amal untuk kepentingan masyarakat setempat dan umum. f. Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum ditadbir, direkod dan dilaporkan melalui penyertaan, penglibatan dan pencapaian murid dalam Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan, Body Mass Index, aktiviti sukan, aktiviti kokurikulum dan aktiviti ekstra kurikulum. 4.3.4 Pentaksiran Psikometrik (PPsi) a. Melalui Pentaksiran Psikometrik, maklumat tentang kebolehan (innate ability dan acquired ability), kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Instrumen yang digunakan dalam Pentaksiran Psikometrik ialah Ujian Aptitud Khusus dan Ujian Personaliti.
  • 69. 57 b. Ujian Aptitud Khusus bertujuan mendapatkan maklumat khusus tentang struktur kecerdasan serta minat atau kecenderungan murid. Maklumat yang diperoleh membantu murid mengenal potensi diri serta membantu guru mengenal pasti strategi, kaedah dan teknik pengajaran supaya dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang berkesan. c. Ujian Personaliti pula ialah instrumen yang digunakan untuk mengumpul maklumat tentang sahsiah untuk setiap murid melalui maklumat inventori tret personaliti dan inventori minat kerjaya. 4.4 PENTAKSIRAN BAGI MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU 4.4.1 Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) Instrumen pentaksiran yang digunakan bagi mata pelajaran Bahasa Melayu adalah Ujian Bertulis dan Ujian Lisan. a. Ujian Lisan: Ujian Lisan Mendengar dan Bertutur dilaksanakan mengikut jadual ujian lisan yang ditetapkan oleh sekolah dan Panduan dan Peraturan Am Ujian Lisan-Mendengar yang disediakan oleh Lembaga Peperiksaan. i. Ujian Lisan-Mendengar Pentaksiran Ujian Lisan-Mendengar memerlukan murid untuk mendengar rakaman audio dan memberikan respons secara individu serta untuk mengukur kemahiran mendengar dan memahami murid. Tempoh pelaksanaan Ujian Lisan-Mendengar ialah selama 30 minit dengan menggunakan bahan audio yang sama melalui salah satu cara berikut:
  • 70. 58 • Dewan sekolah secara serentak • Kelas secara serentak • Kelas mengikut jadual sidang Audio rakaman dimainkan kepada calon yang mengandungi: • Arahan menjawab soalan • Bacaan petikan • Bacaan soalan (Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Mendengar Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan) ii. Ujian Lisan-Bertutur Pentaksiran Ujian Lisan-Bertutur memerlukan murid untuk memberikan respons terhadap tugasan/tajuk secara lisan. Pentaksiran ujian lisan bertutur adalah untuk mengukur kemahiran mendengar dan bertutur murid. Berikut adalah pentadbiran pentaksiran Ujian Lisan- Bertutur: a. Pentaksiran dijalankan dalam bentuk kumpulan yang melibatkan 4 hingga 5 orang calon. b. Pentaksir menetapkan kumpulan calon bagi setiap sesi sebelum bermulanya pentaksiran. c. Calon perlu mengisi butiran peribadi pada borang penskoran Ujian Lisan-Bertutur. d. Pentaksir memberi tugasan (tema atau tajuk perbincangan) kepada setiap kumpulan. Ahli kumpulan diberikan masa selama 10 minit untuk berbincang sebagai persiapan sebelum pentaksiran dijalankan.
  • 71. 59 e. Pentaksiran dijalankan selama 10 hingga 12 minit. f. Setiap ahli dalam kumpulan perlu memperlihatkan kemampuan bertutur. Pentaksiran dijalankan sekali sahaja dan tidak boleh diulang. Susun Atur Calon dan Pentaksir Semasa Pelaksanaan Ujian Lisan-Bertutur Bahasa Melayu: (Rujuk Panduan Pentadbiran Ujian Lisan Bertutur Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3), 2014: Lembaga Peperiksaan) iii. Ujian Bertulis Tugasan memerlukan murid untuk memberikan respons secara bertulis dalam bentuk ujian objektif atau subjektif. Ujian bertulis dijalankan selama 2 jam yang mengukur pengetahuan dan kefahaman tentang sistem bahasa, kemahiran aplikasi bahasa dan kemahiran kreatif apresiasi (membaca dan menulis).
  • 72. 60 4.4.2 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Bahasa Melayu dilaksanakan adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam bidang pendidikan, pekerjaan dan urusan harian. Konsep ULBS Bahasa Melayu adalah seperti berikut: a. Ujian ini dilaksanakan berasaskan sekolah dengan kawalan langsung oleh Lembaga Peperiksaan. b. Pentaksir ujian ini ialah guru-guru yang mengajarkan bahasa Melayu di tingkatan empat dan di tingkatan lima. c. Ujian ini dijalankan secara berterusan dari tingkatan empat hingga tingkatan lima. d. Kemahiran bertutur murid ditaksir dalam pelbagai aktiviti secara individu dan kumpulan. e. Ujian ini dapat meningkatkan kemahiran lisan dan kesantunan berbahasa selaras dengan hasrat untuk memartabatkan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. f. Ujian ini memberikan peluang kepada murid meningkatkan pencapaian dalam kemahiran bertutur. Hal ini bertepatan dengan konsep pentaksiran untuk penambahbaikan dalam pembelajaran. (Rujuk Manual Pengendalian Ujian Lisan Berasaskan Sekolah, 2002: Lembaga Peperiksaan Malaysia)
  • 73. 61 BAB 5 PENYELIAAN 5.1 PENDAHULUAN Penyeliaan merupakan perkhidmatan bantuan (helping service) yang diberikan untuk membaiki serta meningkatkan mutu perkhidmatan. Menurut Morsher dan Purple (1972) dalam buku Supervision: The Reluctant Profession, menghuraikan ”...penyeliaan satu usaha untuk mengajar guru cara untuk mengajar dan kepimpinan profesional dalam pembentukan pendidikan masyarakat umum dan lebih khusus lagi dalam penggubalan kurikulum, pengajaran dan bentuk pendidikan,” Pentadbir Sekolah perlu melaksanakan penyeliaan mengikut Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran- Pembelajaran di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah terhadap guru-guru di sekolah masing-masing. Pelaksanaan kurikulum dijalankan melalui proses dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru dan keberkesanan pelaksanaan kurikulum di sekolah memerlukan penyeliaan yang rapi dan sistematik daripada pihak pengetua dan guru besar. Penyeliaan pelaksanaan kurikulum meliputi aspek pengurusan mata pelajaran, pengajaran dan pembelajaran serta menjadi perkara utama dalam senarai tugas dan tanggungjawab pentadbir sekolah. 5.2 TUJUAN PENYELIAAN Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/1987: Penyeliaan Pengajaran- Pembelajaran Di dalam Kelas oleh Pengetua/Guru Besar Sekolah menggariskan empat tujuan utama penyeliaan pengajaran dan pembelajaran dengan jelas. Keempat-empat tujuan ini digambarkan seperti rajah di sebelah.
  • 74. 62 a. Mempertingkatkan daya profesionalisme pengetua/guru besar dan guru-guru dalam melaksanakan kurikulum sekolah melalui proses pengajaran dan pembelajaran sejajar dengan falsafah, matlamat dan objektif sistem pendidikan negara. b. Berkongsi pengetahuan dan pengalaman bagi meluaskan sumber maklumat kepada pengetua/guru besar untuk memperbaik proses pengajaran dan pembelajaran di sekolahnya. Sumber maklumat ini juga boleh digunakan oleh pengetua/guru besar sebagai asas untuk menilai seseorang guru bagi tujuan tertentu. c. Memupuk, memelihara dan memperkukuh hubungan profesionalisme dan interaksi yang positif antara pengetua/guru besar dengan guru, guru dengan guru dan antara guru dengan murid. d. Membantu guru-guru menjalankan tugas harian dengan lebih berkesan dan membentuk sikap guru ke arah yang lebih positif.
  • 75. 63 5.3 BIDANG PENYELIAAN Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah ditumpukan kepada dua bidang iaitu bidang organisasi dan bidang pengajaran dan pembelajaran. 5.3.1 Bidang Organisasi Ciri-ciri organisasi yang perlu diberi perhatian adalah: a. Iklim kelas i. Organisasi kelas ii. Kawalan murid iii. Komunikasi iv. Motivasi v. Sikap murid vi. Kebersihan dan keceriaan vii. Penyeliaan gerak kerja viii. Penilaian prestasi ix. Profil murid x. Pengurusan panitia mata pelajaran b. Bidang Pengajaran dan Pembelajaran Antara perkara yang perlu diberi perhatian ialah: i. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) ii. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) • Objektif pengajaran dan pembelajaran • Aktiviti pengajaran dan pembelajaran • Refleksi pengajaran dan pembelajaran iii. Persediaan sumber pendidikan iv. Penyampaian isi pelajaran v. Teknik penyoalan vi. Interaksi guru dan murid vii. Penggunaan masa
  • 76. 64 Penyeliaan setiap mata pelajaran hendaklah menitikberatkan aspek pengurusan yang teratur dan sistematik melibatkan aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan, penilaian dan penambahbaikan. 5.4 PRINSIP PENYELIAAN Prinsip pelaksanaan penyeliaan yang ditetapkan adalah seperti berikut: a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan oleh pengetua atau guru besar ke atas semua guru. b. Rekod penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dicatat dengan ringkas dan tepat. c. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dirancang dengan seimbang daripada segi masa, mata pelajaran, tingkatan/tahun dan guru. d. Tugas penyeliaan ini boleh dijalankan dengan bantuan penolong kanan dan penolong kanan petang. Walau bagaimanapun, tanggungjawab sepenuhnya terletak pada tangan pengetua/ guru besar; penyeliaan pengajaran dan pembelajaran hendaklah dijalankan secara sistematik dan berlandaskan hubungan profesionalisme dengan guru. Pengetua/guru besar membincangkan hasil penyeliaan dan memberi bimbingan untuk meningkatkan prestasi pengajaran dan pembelajaran. e. Pengetua/guru besar boleh merujuk Standard Kualiti Pendidikan Malaysia (SKPM) berkaitan pengajaran dan pembelajaran bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam kalangan guru.
  • 77. 65 5.5 PERINGKAT PENYELIAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Peringkat Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran merangkumi tiga peringkat seperti rajah di bawah. Peringkat Penyeliaan Prapenyeliaan Penyeliaan Pascapenyeliaan 5.5.1 Prapenyeliaan Tujuan mengadakan prapenyeliaan antara pengetua/guru besar dengan guru adalah untuk: a. Mewujudkan perhubungan yang lebih mesra antara guru dengan pengetua/guru besar. b. membincangkan secara mendalam mengenai objektif yang hendak dicapai serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan. c. Memaklumkan guru tentang aspek-aspek tertentu yang perlu diberi perhatian khusus. d. Penetapan hari dan waktu untuk menjalankan penyeliaan. 5.5.2 Penyeliaan a. Penyeliaan pengajaran dan pembelajaran boleh dilaksanakan pada tarikh dan waktu yang telah dipersetujui atau pada bila-bila masa. Guru perlu dimaklumkan sekiranya pihak pengetua/guru besar tidak dapat melaksanakan penyeliaan. Guru penolong kanan boleh