OBJEKTIF BAB
Setelah mengikuti bab ini, anda seharusnya boleh:
1. Membezakan antara sumber manusia dahulu dan sekarang.
2. Mendefinisikan pengurusan sumber manusia.
3. Menyatakan matlamat dan peranan pengurusan sumber
manusia.
4. Menyenaraikan aktiviti-aktiviti dalam pengurusan sumber
manusia.
5. Membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi
pengurusan sumber manusia masa kini.
6. Mempraktikkan undang-undang yang berkaitan dengan
pengurusan sumber manusia.
1.1 PENGENALAN
Pada hari ini,beberapa nilai baru telah wujud seperti
konsep kerja berpasukan telah menggantikan konsep
individualisme, pasaran global telah menggantikan
pasaran domestik dan pemfokusan terhadap pelanggan
telahmenggantikan keuntungan jangka masa pendek.
Oleh itu, hanya organisasi yang fleksibel sahaja mampu
bertahan dalam dunia ekonomi global yang sukar diduga
ini.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Pengurusan sumber manusia moden sangat berbeza dengan
pengurusan personal yang diamalkan berabad-abad dahulu. Lapan
puluh tahun yang lampau, pendekatan pengurusan saintifik dan
hubungan manusia telah muncul dan lama-kelamaan ia mulai
menurun.
Pada masa kini, pendekatan yang dikenali sebagai pengurusan sumber
manusia telah mendapat tempat. Kemunculan trend yang berlaku
dalam pengurusan sumber manusia sebenarnya membawa faedah
kepada organisasi dalam dua cara, iaitu meningkatnya:
(i) keberkesanan organisasi; dan
(ii) Kepuasan pekerja
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Pada awal kurun yang ke-20, Frederick W. Taylor telah
menyumbang kepada pembentukan amalan pengurusan.
Penekanan kepentingan membangunkan satu skema yang
bersifat analitikal dalam memilih, melatih, menilai dan
memberi ganjaran kepada pekerja sebagai satu bentuk
motivasi dan untuk mengawal tingkah laku serta
meningkatkan produktiviti mereka.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Pada suku abad yang kedua pula (1930-an), tumpuan
pengurusan telah berubah kepada mengiktiraf pentingnya
pengaruh kerja berpasukan ke atas pekerja.
Tumpuan terhadap peningkatan produktiviti individu dengan
menukarkan komposisi kumpulan kerja, bentuk insentif dan
keadaan persekitaran tempat kerja.
Perang dunia kedua telah memperlihatkan penumpuan semula
terhadap pentingnya meningkatkan prosedur pemilihan individu
bagi kerja-kerja yang lebih kompleks seperti juruterbang
perang dan agen rahsia.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Dalam tahun-tahun 1950-an dan 1960-an, beberapa pengamalan
yang terdapat dalam ketenteraan seperti pusat penilaian telah
diamalkan dengan meluas oleh sektor swasta.
Bermula daripada tahun 1920-an, pendekatan birokratik
terhadap aktiviti personal adalah dominan.
Pada masa itu, penggunaan penilaian prestasi yang formal,
pengujian pemilihan dan pembuatan keputusan yang berpusat;
kehadiran pengarah personal yang bekerja sepenuh masa serta
buku peraturan dan penyimpanan rekod telah menunjukkan
peningkatan dalam kebanyakan sektor ekonomi yang telah
disokong oleh kesatuan industri.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Terma ‘pengurusan sumber manusia’ telah wujud dalam
tahun 1970-an dan ia mula digunakan bagi menggantikan
terma yang lama iaitu ‘pengurusan personal.’
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah,
dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan
pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.
Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas
dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan
kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan
pekerja dan hubungan industri.
1.2 SUMBER MANUSIA: DAHULU DAN
SEKARANG
Dalam erti kata lain, penggunaan terma pengurusan
sumber manusia adalah sebagai mengiktiraf pentingnya
pekerja sebagai aset korporat di pasaran, tetapi nilai bagi
satu-satu potensi yang dimiliki hanya akan diperolehi
dengan kerjasama daripada pekerja.
Selain daripada itu, sumber manusia kini telah dikenali
sebagai satu sumber yang mempunyai potensi kelebihan
bersaingan (competitive advantage).
Kelebihan bersaingan boleh diperolehi dengan
melaksanakan strategi pembentukan nilai yang sukar bagi
pesaing untuk meniru dan mengekalkannya.
SOALAN DALAM BAB 1
1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.
2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?
3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada
perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia.
JAWAPAN :
1. Berikan definisi Pengurusan Sumber Manusia.
Pengurusan sumber manusia merujuk kepada falsafah,
dasar, prosedur dan amalan yang berkaitan dengan
pengurusan tenaga kerja dalam organisasi.
Terma baru ini menggambarkan perspektif yang lebih luas
dengan merangkumi isu-isu seperti keselamatan dan
kesihatan pekerja, tekanan di tempat kerja, kepuasan
pekerja dan hubungan industri.
SOALAN DALAM BAB 1
2. Bilakah Terma Pengurusan Sumber Manusia wujud?
Sekitar Tahun 1970-an
SOALAN DALAM BAB 1
3. Nyatakan 2 faedah kepada Organisasi daripada
perubahan trend dalam Pengurusan Sumber Manusia.
(i) Meningkatnya keberkesanan organisasi
(ii) Meningkatnya kepuasan pekerja