O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Bab1 pengenalan teknologi pendidikan

  • Entre para ver os comentários

Bab1 pengenalan teknologi pendidikan

  1. 1. Bab 1 Pengenalan K e pa da Te k nol ogi PendidikanHASIL PEMBELAJARANDi akhir pembelajaran ini, pelajar akan dapat:1. Menerangkan konsep “Teknologi”, “pengajaran” dan “Pendidikan”.2. Membezakan Teknologi Pengajaran dan Teknologi Pendidikan.3. Menyenaraikan fungsi dan peranan Teknologi Pengajaran.
  2. 2. 2 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.1 PENGENALAN Pengajaran dan pembelajaran ialah satu proses yang mendorong penemuan pengetahuan serta kemahiran yang akan mengubah sikap seseorang. Perkembangan teknologi telah menyebabkan reformasi ke atas corak dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Sesuatu perubahan yang menyeluruh perlu disedarkan dan diamalkan untuk memastikan hasil pembelajaran akan tetap dicapai, tetapi, dengan corak dan pendektan yang berbeza. Menerima dan menghayati perubahan memerlukan pemahaman yang betul untuk membentuk sikap yang positif terhadap kegunaan dan kebolehgunaan sesuatu integrasi atau perubahan yang dihadapinya. 1.2 DEFINISI “TEKNOLOGI” Kamus umum menyatakan bahawa “teknologi” ialah aplikasi pengetahuan saintifik untuk sesuatu matlamat yang praktikal. Jelas sekali bahawa teknologi bukan semata-mata peralatan canggih seperti komputer, LCD, kamera video dan sebagainya. Teknologi dalam pendidikan mempunyai skop yang lebih luas. “Technology provides a tool for solving problems such as instructional problems (Cennamo KS2010). Aplikasi teknologi adalah bertujuan untuk membantu penyelesaian masalah pengajaran dan pembelajaran. Seseorang guru mungkin menghadapi masalah dalam penyempaian yang berkesan kepada pelajarnya yang terdiri dari campuran gaya pembelajaran yang pelbagai. Oleh sebab itu, beliau perlu menerokai model dan prinsip penyampaian, ciri-ciri gaya pembelajaran, kaedah mereka bentuk bahan instruktional yang lebih fleksible
  3. 3. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 3serta interaktif. Beliau perlu juga merancang pengajarannya dengan integrasipendekatan yang pelbagai seperti aktiviti permainan, perbincangan dangabungan bahan-bahan pengajaran. Beliau perlu juga menilai danmenambahbaik persediaannya agar keperluan dan pencapaian objektifpembelajaran lebih ternyata.Berdasarkan situasi yang tersebut atas, “teknologi” dalam pendidikanmempunyai sekurang-kurangnya perkara berikut: - Pengetahuan yang teruji dan aplikasinya dalam pendidikan - Proses-proses yang menunju kepada pencapaian objektif - Idea-idea yang dijana - Kaeah-kaedah atau pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaranAktiviti-aktiviti yang dirancang dan dilaksanakan itu perlu berlandaskan satusistem yang konsisten, praktikal dan bersesuaian dengan ciri-ciri masalahpendidikan.Smaldino S.E. et al (2005) mengcadangkan bahawa anggapan orang ramaiterhdap teknologi dikaitkan dengan produk seperti komputer, pemain CD danLCD boleh dirujuk sebagai teknologi instruktional (instructional technology)apabila ianya digunakan untuk tujuan pengajaran. Contoh-contoh teknologisedemikian termasuk juga perkakasan pembelajaran jarak jauh dan internet.Apabila teknologi merujuk kepada sesuatu proses untuk memantapkanpembelajaran, ianya boleh digelar sistem instruktional.“An instructional system consists of a set of interrelated components that worktogether, efficiently and reliably, within a particular framework to provide learningactivities necessary to accomplish a learning goal.” Smaldino(2005)
  4. 4. 4 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN Contoh sistem instruktional adalah seperti cooperative learning, simulations, and programmed instruction. 1.3 DEFINISI “PENGAJARAN” Pengajaran ialah aktiviti atau proses yang menyebabkan pemindahan dan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran dari satu pihak kepada satu pihak yang lain melalui saluran komunikasi yang bersesuai dalam situasi yang tertentu. Pengajaran meliputi peringkat perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Matlamat sesuatu sesi pengajaran adalah berharapan untuk mengujudkan perubahan tingkahlaku sesuatu pihak yang menerima pengajaran itu melalui perolehan pengetahuan dan kemahiran yang baru. Mengikut Ramsden (93) dan Posser dan Lyons (97), Pengajraan ialah proses berkerja bersama pelajar dan berkemungkinan untuk belajar. Ia melibatkan usaha mencari dan mengenal pasti salah tafsiran pelajar terhadap sesuatu yang diajarkan, mengambil tindakan untuk memastikan perubahan kefahaman dan mencipta konteks pembelajaran yang menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam pelajaran yang diikuti.
  5. 5. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 5Pengajaran ialah satu proses komunikasi diantara dua atau beberapa pihak yangberkaitan. Pengirim (guru) akan merancang, menyusun dan mengstrukturkanmaklumat yang ingin diajar untuk disalukan melalui sesuatu media (pendekatan,peralatan) untuk disampaikan kepada penerima(pelajar). Pelajar akan menerimaisyarat-isyarat dalam pelbagai bentuk (teks, grafik, suara), cuba memahami,menyusun semula dan mengstrukturkan dalam bentuk yang senang difaham dandisimpan dalam ruang ingatannya. Sekiranya terdapat maklumat yang kurangdifahami, penerima akan memberi maklum balas dan meminta sesuatupenjelasan diberi. Kitaran komunikasi ini akan berulang untuk memastikanobjektif pengirim maklumat disempurnakan dengan pencapaian objektif yangdipamerkan oleh penerima melalui maklum balas, jawapan kepada persoalanpenilaian serta perubahan tingkahlaku yang dapat dikesan. Pengirim Enkod media Dekod Penerima
  6. 6. 6 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.5 DEFINISI “TEKNOLOGI PENGAJARAN” DAN “TEKNOLOGI PENDIDIKAN” AECT(2001) memberikan definisi teknologi pengajaran sebagai teori dan amalan mereka bentuk, membangun, mengguna, mengurus dan menilai proses dan sumber pembelajaran. Teknologi Pengajaran ialah satu disiplin yang mencari teknik dan cara untuk mengujudkan pembelajaran lebih efisen berlandaskan teori (konsep, konstruk, prinsip dan cadangan). Manakala amalan ialah proses aplikasi pengetahuan untuk menyelesaikan masalah. Proses ialah satu siri operasi atau aktiviti untuk mencapai sesuatu objektif. Sumber pula, ialah punca sokongan untuk pembelajaran belaku, ianya termasuk sistem sokongan, bahan instruktional dan persekitaran. Tujuan teknologi pengajaran adalah untuk memberikan kesan yang ketara kepada pembelajaran (Seels & Richey, 1994. Pp 1-9). Teknologi Pengajaran bukan Teknologi Pendidikan.. Teknologi Pendidikan ialah satu konsep yang luas. Ia bermula dari pembentukan dasar pendidikan, pembentukan kurikulum, penyediaan sumber manusia, prasarana pelaksanaan, sistem penilaian dan tidak ketinggalan juga teknologi pengajaran yang bersesuain dengan kehendak semasa. Teknologi Pengajaran pula, mendapat banyak kefahaman dan penjelasan. Elok juga pendidik memegang kepada suatu versi penjelasan dari punca yang diterima ramai seperti The Association for Education Communications and Technology (AECT)
  7. 7. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 71.5.1 SejarahAECT ialah suatu persatuan professional yang ahlinya terdiri dari pendidik-pedidikan dan orang perseorangan yang terlibat dengan penambahbaikanproses instruktional melalui integrasi teknologi Oleh sebab sejarahnya yanglama serta skop kerjanya yang dipercayai ramai, AECT dirujuk sebagai badanprofessional yang akan menentukan definisi, standard serta perkara-perkarayang berkaitan dengan komunikasi pendidikan dan teknologi. Berikut merupakanvisi misi AECT:AECT Mission Statement:The mission of the Association for Educational Communications andTechnology is to provide international leadership by promoting scholarship andbest practices in the creation, use, and management of technologies foreffective teaching and learning in a wide range of settingsGoals: - Define the disciplines and professional activities that comprise the field of educational communications and technology. - Serve and represent professionals in the field and support professional growth. - Advance scholarship and practice that contribute to and enlarge the knowledge base of the field. - Promote policies that ensure the humane and ethical use of educational communications and technology at all levels, from the personal through the international
  8. 8. 8 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.5.2 Definisi Teknologi Pengajaran mengikut AECT Definisi yang dikemukakan oleh AECT(Januszewski & Molenda, 2008)dirujuk sebagai defini yang telah dimurnikan besesuaian dengan abad yang ke 21. Educational technology is the study and ethical practice of facilitating learning and improving performance by creating, using, and managing appropriate technological processes and resources. Definisi ini mengandungi empat komponen yang perlu diberi penerangan lanjut. Komponen Fokus 1: “study and ethical practice” Kenyataan ini telah dengan jelasnya memperluaskan konsepnya daripada skop peralatan sahaja. Teknologi Pengajaran bukan satu peralatan sahaja, ia meliputi juga teori yang teruji serta amalan yang beretika. Komponen Fokus 2: “facilitating learning and improving performance” Matlamat teknologi pengajaran adalah untuk mendorong pembelajaran dan menambahbaikkan prestasi. Teknologi memainkan peranan yang penting dalam pencapaian kedua-dua komponen ini. Pengajaran bukan setakat penyampaian dan peminddahan maklumat dari guru kepada murid, tetapi matlamat yang lebih mustahak ialah membantu pelajar membentuk motivasi untuk terus belajar dan membantu mereka memperbaiki prestasi dari semasa ke semasa yang lain. Pembelajaran perlu dibuktikan dan dikenalpasti oleh prestasi. Prestasi yang lebih baik dari dahulu akan menentukan keberkesanan sesautu sesi pengajaran.
  9. 9. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 9Komponen Fokus 3: “by creating, using and managing”Komponen definisi ini menunjukkan bagaimana pengajaran dilaksanakan.Semasa zaman specialization, tugas memreka bentuk, mengguna dan mengurusmerupakan tidak skop tugas yang memerlukan kepakaran teknikal yang tinggidan bisanya dikendalikan oleh tiga kumpulan individu yang berbeza. Tetapidalam abad yang ke 21, perkembangan teknologi komputer menyebabkan aktivitiatau tugas yang memerlukan tahap kepakaran yang kompleks telahdipermudahkan demi penggunaan orang ramai yang tidak memerlukankompetensi penggunaanyang tinggi. Seseorang guru boleh merakamkan bahanpengajaran dengan menggunakan telefon bimbit, kamera digital atau kameravideo yang dilengkapi dengan ciri-ciri automatik. Bahan rakaman boleh dimuatnaik ke dalam komputer dan disunting dengan menggunakan perisian yangmudah dan mesra pengguna seperti photoshop, movie maker, powerpoint.Kemudian, bahan-bahan tersebut boleh dipersembahkan melalui platform yangpelbagai dengan animasi atau transisi yang manarik. Kemudahan teknologikomputer seperti pengujudan folder, perisian media manager, cakera simpananmemudahkan pengurusan dan pencarian bahan.Komponen Fokus 4: “technologial processes and resources”Komponen yang keempat menjelaskan bahawa teknologi pengajaran memberifokus utama kepada pembelajaran dan prestasi dan penumpuan kedua ialahpada proses yang melibatkan teknologi dan bahan.
  10. 10. 1 BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1.5.3 Domain Teknologi Pengajaran Teknologi pengajaran adalah teori dan amalan reka bentuk, pengembangan, penggunaan, pengurusan dan penilaian proses dan sumber untuk pembelajaran (Yusup Hashim 1998) pengembangan Penggunaan Teori Dan Amalan Reka Bentuk Pengurusan Penilaian Definisi : Teori: ialah pengetahuan saintifik yang teruji. Ianya mengandungi konsep, konstruk, prinsip dan saranan yang menyumbang kepada pembinaan pengetahuan baru. Amalan: ialah proses aplikasi konsep, konstruk, prinsip dan saranan untuk menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran untuk mencapai objektif pembelajaran yang terancang.
  11. 11. BBP 10303: TEKNOLOGI PENDIDIKAN 1Reka Bentuk: mengandungi reka bentuk sistem pengajaran, mesej/maklumat, strategi pengajaran dan penentuan ciri-ciri dan keperluan pembelajaran.Pengembangan: mengendungi teknologi cetak, teknologi pandan dengar, teknologi berasaskan komputer dan teknologi bersepadu.Penggunaan: mengandungi penggunaan media, penyerapan inovasi, pelaksanaan dan institutionalisasi dan polisi dan peraturanPengurusan mengandungi pengurusan projek, pengurusan sumber, pengurusan sistem penyampaian dan pengurusan maklumat.Penilaian; mengandungi analisis masalah, pengukuran rujukan kriteria, penilaian formatif dan penilaian sumatif.** ringkasan di atas dipetik dari Yusuf Hashim (1998) “Tekologi Pengajaran”.Rujuk buku tersebut untuk penjelasan yang lebih mendalam setiap domain.”1.6 TUGASANAnda diminta menjelaskan perbincangan berikut: 1) Teknologi Pengajaran berbeza daripada Teknologi Pendidikan. 2) Huraikan domain Teknologi Pengajaran dan berikan contoh semasa yang bersesuaian. 3) Jelaskan definisi Teknologi Pengajaran yang dihuraikan oleh AECT(Januszewski & Molenda, 2008)untuk abad ke 21.

×