O slideshow foi denunciado.
Utilizamos seu perfil e dados de atividades no LinkedIn para personalizar e exibir anúncios mais relevantes. Altere suas preferências de anúncios quando desejar.

Ceramah batasan aurat

2.044 visualizações

Publicada em

  • Seja o primeiro a comentar

  • Seja a primeira pessoa a gostar disto

Ceramah batasan aurat

  1. 1. WHO AM I ? Kenali diri anda َ‫أ‬ ْ‫ن‬َ‫م‬‫ا؟‬َ‫ن‬
  2. 2. Smart nampak!!! Dari mana, nak ke mana? •DARI MANA KITA DATANG? •APA TUJUAN KITA DATANG KE DUNIA INI? •KE MANAKAH KESUDAHAN KITA?
  3. 3. Maka Bermulalah Perjalanan Hidup Seorang Insan
  4. 4. ALLAH JADIKAN MANUSIA TERDIRI DARIPADA LELAKI DAN PEREMPUAN Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal- kenalan. AL-HUJURAT
  5. 5. Demi menjaga kesejahteraan, kebahagiaan dan keselamatan hidup manusia MAKA ALLAH telah mengadakan peraturan dan undang-undang. Peraturan dalam makan minum, jual beli, hiburan, bermasyarakat, politik dan lain-lain. Begitu juga peraturan dan undang- undang dalam berpakaian dan pergaulan antara lelaki dan perempuan……..Jika tidak ….
  6. 6. BATASAN AURAT DAN ETIKA PERGAULAN MUSLIM DAN MUSLIMAT
  7. 7. PENGERTIAN ‘AURAT Secara mudahnya aurat dapat diertikan sebagai bahagian tubuh badan, sama ada lelaki ataupun wanita yang diwajibkan oleh syarak menutupnya daripada pandangan mata.
  8. 8. HUKUM Menutup aurat adalah wajib kepada setiap orang yang beragama Islam sama ada lelaki atau perempuan terutama apabila ber- hadapan dengan pandangan orang yang bukan mahramnya ( yang diharuskan kahwin dengannya)
  9. 9. BATASAN ‘AURAT Lelaki : Antara pusat dan lutut. Perempuan : Seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan.
  10. 10. ANTARA SESAMA MAHRAM DAN AJNABI BATASAN ‘AURAT
  11. 11. Mahram : Mereka yang haram dikahwini. Ajnabi : Mereka yang boleh dikahwini.
  12. 12. Aurat di khalayak awam 1. Aurat lelaki di khalayak ramai ialah antara pusat dan lutut. Namun begitu dilarang keluar rumah seperti ke pejabat atau pasar hanya dengan menutup bahagian itu kerana nilai adab turut dihormati oleh Islam dalam pembinaan syarak. 2. Aurat perempuan di khalayak ramai ialah seluruh tubuh badan, kecuali muka dan dua tapak tangan. Namun jika wajah yang dimilikinya sangat cantik, sehinggakan menimbul fitnah, wajib ditutup wajahnya. Batasan-batasan ‘Aurat:
  13. 13. Pusat dan Lutut Seluruh anggota badan kecuali muka dan dua tapak tangan Tiada Batas Aurat Di hadapan mahramnya Dihadapan wanita mukminah Ketika seorang diri Di hadapan lelaki ajnabi Di hadapan wanita fasik dan kafir Bersama suami Batasan Aurat Wanita
  14. 14. Batasan aurat wanita : 1. Di hadapan mahramnya - wajib menutup anggota antara pusat dan lututnya. - Haram menampakkan peha atau anggota di bawah pusat. 2. Di hadapan lelaki ajnabi - Semua anggota kecuali muka dan dua tapak tangan ( hingga kepergelangan tangan ).
  15. 15. 3. Di hadapan wanita mukminah - Auratnya antara pusat dan lutut. . 4. Di hadapan wanita fasik dan kafir - Semua anggota kecuali muka dan dua tapak tangan. 5. Ketika seorang diri ( di dalam bilik atau di dalam bilik air ) - Auratnya antara pusat dan lutut. 6.Bersama suami - Tiada batasan aurat
  16. 16. Pusat dan Lutut Tiada Batas Aurat Menutup qubul dan dubur Di hadapan mahramnya Dihadapan lelaki Muslim Di hadapan perempuan ajnabi Di hadapan lelaki fasik dan kafir Ketika seorang diri Bersama isteri Batasan Aurat Lelaki
  17. 17. Batasan aurat lelaki : 1. Di hadapan mahramnya - wajib menutup anggota antara pusat dan lututnya. 2. Di hadapan perempuan ajnabi - Sebahagian besar anggota termasuk antara pusat dengan lutut 3. Di hadapan sesama lelaki muslim - Auratnya antara pusat dan lutut.
  18. 18. 4. Di hadapan lelaki fasik dan kafir - Sebahagian besar anggota termasuk antara pusat dengan lutut 5. Ketika seorang diri - Menutup qubul dan dubur (kemaluan hadapan dan belakang) 6. Bersama isteri - Tiada batasan aurat.
  19. 19. Batasan Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan Maksud pergaulan: ialah bergaul atau bercampur antara lelaki dan wanita ajnabi (yang sah kahwin) di satu tempat dalam bentuk pandang memandang, perbualan atau sebarang bentuk interaksi yang lain.
  20. 20. Menundukkan pandangan Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita Menutup Aurat Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan) Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis Memelihara kehormatan Diri Batasan Pergaulan Antara Lelaki Dan Perempuan
  21. 21. Menundukkan pandangan Katakanlah (Wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki Yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang Yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; Sesungguhnya Allah amat mendalam pengetahuannya tentang apa Yang mereka kerjakan. (An- Nuur : ayat 30)
  22. 22. Permakaian tudung dan menutup aurat adalah dua benda yang sangat berbeza. Dengan memakai tudung, perempuan itu tidak semestinya menutup aurat dan sekiranya pemakaian yang menutup seluruh badan pun tidak semestinya ia melambangkan aurat perempuan tersebut telah ditutup sepenuhnya. Penjelasan yang panjang sebenarnya diperlukan untuk menerang semua ini, namun Islam melarang perempuan muslim mendedahkan badannya (kecuali muka dan pergelangan tangan & tangan), bentuk badannya dan apa-apa yang boleh menarik perhatian spesis yang berlawanan jantina. Menutup Aurat
  23. 23. PAKAIAN MUSLIMAH MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH.
  24. 24. ● Berpakaian sopan menurut syarak, iaitu tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk badan dan tudung dilabuhkan melebihi paras dada. Tidak salah berfesyen asalkan menepati standard piawaian pakaian Islam. ● Elakkan daripada memakai pakaian yang tidak menggambarkan identiti kita sebagai seorang Islam. Hadith Nabi SAW menyebutkan : “Barangsiapa yang memakai pakaian menjolok mata, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat kelak..” ( Riwayat Ahmad, Abu Dawud, An-Nasai dan Ibnu Majah)
  25. 25. KEPENTINGAN MEMILIH KAWAN YANG BAIK Dipetik daripada kata-kata dalam sepotong Hadith Nabi SAW yang bermaksud, “Pilihlah rakan yang betul. Sekiranya kamu bersahabat dengan seorang penjual minyak wangi nescaya bauan kasturinya akan terkena kepada kamu. Tetapi, apabila kamu bersahabat dengan seorang tukang besi nescaya bau tengik besi akan terpalit juga kepada dirimu”. Demikianlah betapa pentingnya pengaruh kawan dalam kehidupan kita.
  26. 26. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK MENDORONG MINAT UNTUK BELAJAR DAN MENUNTUT ILMU. Rakan yang jahat lebih cenderung untuk melakukan kejahatan dan hatinya tertutup untuk menuntut ilmu. Ilmu tidak akan bertempat di hati yang kotor disebabkan dosa-dosa yang telah dilakukan. Bila ilmu diabaikan maka tunggulah kemusnahan dan kegelapan masa depannya.
  27. 27. Rakan yang baik akan sentiasa mendorong ke arah kebaikan, serta mempunyai motivasi yang tinggi ingin lebih berjaya. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK
  28. 28. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Rakan yang baik sentiasa mengingati apabila kita alpa atau lalai menjalankan tanggungjawab sebagai seorang murid dan anak.
  29. 29. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Rakan yang baik akan sentiasa melakukan amar ma’ruf nahi munkar dan berakhlak mulia.
  30. 30. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Sentiasa mementingkan pelajaran dan kejayaan.Dapat belajar bersama-sama dan membantu terutama dalam menyelesaikan masalah dalam pelajaran (peribahasa, meminta pada yang ada bertanya pada yang tahu)
  31. 31. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Kita akan menjadi baik atau kita akan memperoleh kebaikan yang dilakukan oleh teman kita. Sedangkan bergaul dengan teman yang jahat juga mempunyai dua kemungkinan yang kedua-duanya jahat, (buruk) iaitu: Kita akan menjadi jahat atau kita akan ikut memperoleh kejahatan yang dilakukan teman kita. Bahkan Rasulullah s.a.w menjadikan seorang teman sebagai contoh terhadap baik dan buruknya agama seseorang.
  32. 32. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Memiliki nilai-nilai peribadi yang luhur dan sentiasa berfikiran terbuka dan banyak membimbing kita ke jalan yang benar
  33. 33. PENTING MEMILIH RAKAN YANG BAIK Mempunyai prinsip dan teguh jati diri - tidak mudah terjebak dalam angkara yang memudaratkan seperti gejala sosial. Sentiasa menghindari daripada segala perbuatan yang tidak baik. (peribahasa, bak ikan di laut walaupun sepanjang hayat badannya tetap tidak masin).
  34. 34. Bahaya Pengaruh Negatif Rakan Sebaya Pengaruh Negatif Rakan Sebaya PONTENG PERGAULAN BEBAS LEPAK GANGSTERISME VANDALISME MEROKOK
  35. 35. PONTENG ●Kemunduran di dalam pelajaran. ●Terdedah kepada pengaruh luar sekolah dan jenayah. KESAN
  36. 36. MEROKOK Wang saku yang dibekalkan ibu bapa digunakan untuk membeli rokok. Rakan yang tidak merokok dijadikan mangsa untuk membawa rokok ke sekolah. Remaja mula memeras ugut pelajar lain bagi mendapatkan wang untuk membeli rokok. Kesan dalaman yang lebih bahaya ialah barah paru-paru. KESAN
  37. 37. VANDALISME KESAN ●Banyak harta benda sekolah dan awam musnah. Menyusahkan pengguna-pengguna lain. ●Mencemar persekitaran dengan grafiti yang biasanya menggunakan kata-kata kesat dan lucah.
  38. 38. GANGSTERISME KESAN ●Remaja memiliki sifat-sifat negatif. ●Remaja terpesong pegangan hidup. ●Pemikiran remaja dipenuhi keburukan. ●Menimbulkan pergaduhan. Berlakunya peras ugut.
  39. 39. LEPAK KESAN ●Pembaziran masa dan wang kepada perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah. ●Memudahkan lagi remaja terjebak dengan gejala sosial yang lebih buruk kerana pengaruh rakan-rakan lepak mereka. ●Melahirkan generasi yang tidak bertanggungjawab dan akhirnya akan menjatuhkan martabat negara.
  40. 40. ●Pergaulan bebas membawa kepada hubungan seks rambang. ●Berlakunya kes-kes remaja perempuan mengandung di luar nikah. ●Berlakunya gejala bohsia. ●Berlakunya kes pembuangan bayi. ●Melarikan diri dari rumah. KESAN PERGAULAN BEBAS
  41. 41. Umat Islam sepatutnya sedar bahawa kewajipan menutup aurat sama pentingnya seperti kewajipan menunaikan solat lima waktu yang tidak boleh ditinggalkan walau dalam apa jua keadaan kecuali bagi wanita yang sedang uzur syar’ie. Oleh itu marilah kita sama-sama menjunjung perintah Allah SWT agar hidup kita sentiasa diredaiNya, Amin.
  42. 42. MENUTUP AURAT SATU SYARIAT, KEPADA AGAMA KITA TAAT, HIDUP BERKAT, PAHALA BERLIPAT LIPAT, DIDUNIA KITA SELAMAT, AKHIRAT NANTI HEBAT. SEKIAN TERIMA KASIH USTAZAH HADIAH BINTI SALEHA

×