Anúncio

Laporan praktikum menjual

6 de Apr de 2014
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Anúncio
Laporan praktikum menjual
Laporan praktikum menjual
Próximos SlideShares
Mengenali ciri - ciri usahawanMengenali ciri - ciri usahawan
Carregando em ... 3
1 de 31
Anúncio

Mais conteúdo relacionado

Apresentações para você(20)

Anúncio

Laporan praktikum menjual

  1. 0 LOPORAN PRAKTIKUM PERNIAGAAN UW 00302 ASAS PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN NAMA PENSYARAH: DR. ABDUL SAID AMBOTANG BIL. NAMA PELAJAR NO. MATRIKS NO. TELEFON 01. TEO WEI SENG CT10210783 0168423352 02. WEE TECK FUAN CT10210806 0198700851 03. WONG HUI TZONG CT10210816 0146543361 04. WONG PIANG LOI CT10210819 0198302417 05. YAPP SIOW TENG CT10210825 0168106104 06. YEUNG FUI PING CT10210828 0138806261 07. YIP SING SONG CT10210829 0138119943 08. YONG NYUK JIN CT10210830 0128036739
  2. 1 SENARAI KANDUNGAN KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM 3 2.0 PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK PRAKTIKUM 4 3.0 PELAKSANAAN STRATEGI 3.1 PENGURUSAN 3.2 PEMASARAN 3.2.1 Harga 3.2.2 Promosi 3.2.3 Persaingan 3.3 OPERASI 3.3.1 Carta Operasi 3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi 5 6 7 4.0 KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING DENGAN RANCANGAN PERNIAGAAN 4.1 PERANCANGAN 4.2KEPIMPINAN 4.3PENGORGANISASIAN 4.4KAWALAN 8 9 10 11 12 5.0 LAPORAN KEWANGAN. 5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk penjualan pada 09 November 2013. 5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan. 5.3 Jualan Sebenar 13 14 15
  3. 2 5.4 Untung bersih 16 6.0 PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG DIBELAJARI DARI PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM 6.1Sebelum 6.1.1Kerjasama 6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan 6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam 6.1.4Kepimpinan 6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan 6.2Semasa 6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum 6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan 6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan 6.3Selepas 6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga 6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai 6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek 17 19 20 7.0 LAMPIRAN 7.1 Gambar 7.2 Minit Mesyuarat 21 23
  4. 3 1.0 PENGENALAN PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM Gerai buah-buahan “Saya suka” telah melaksanakan praktikum menjual buah-buahan pada 9 November 2013 (Sabtu). Sebelum memulakan penjualan, kami menempah buah- buahan pada hari selasa dan penghantaran buah-buahan pada hari Khamis. Buah- buahan yang dihantar ialah betik, jambu batu, belimbing, limau bali dan buah-buahan bermusim iaitu mangga. Setelah buah-buahan dihantar, kami mula mengasingkan buah-buahan yang masak dengan tidak masak serta juga mengasingkan buah-buahan yang rosak atau buruk. Bagi buah-buahan yang tidak masak, kami letakan ianya ke dalam kotak dan ditutup dengan guni untuk memasakkannya. Pada hari jumaat, kami menyimpan semua buah-buahan dalam bekas yang khas untuk simpan buah-buahan. Setelah itu, kami menaikan semua peralatan ke dalam trak kereta serta semua buah-buahan. Pada hari Sabtu pagi, setelah kami sampai tapak penjajahan. Kami mula mendirikan meja dan menyusun buah-buahan diatas meja. Susunan buah-buahan adalah berikut: betik, jambu batu, belimbing, mangga dan limau bali. Apabila semua barang dalam persediaan, ahli kumpulan kami mengagihkan tugas seperti dalam perancangan. Bagi ahli kumpulan yang bertanggungjawab promosi, mereka pergi mengedarkan risalah kepada orang awam dan rumah kediaman yang berdekatan dengan tamu Putatan. Semasa menjual buah-buahan, kami mendapati ramai orang membeli mangga. Ini adalah kerana orang ramai suka makan buah-buahan ini. Dan kami mendapati masa yang ramai orang kunjungi gerai kita diantara jam 9:00 pagi hingga 1:00petang. Pada masa ini, kami semua sibuk menjual buah-buahan. Kami juga menjumpa pelangan yang bermacam-macam. Ada pelangan yang cerewet dan yang suka memijik buah-buahan, terutamanya buah-buahan yang telah masak.
  5. 4 Dalam pengendalian gerai buah-buahan “ Saya suka”, kami mendapat pengalaman yang sangat berguna dari mula perancangan hingga praktikum menjual. 2.0 PENCAPAIAN MAKLAMAT ATAU OBJEKTIF PROJEK PRAKTIKUM Matlamat yang telah dirancang ialah mencapai keuntungan perniagaan gerai selain daripada menawarkan perkhimatan menjual buah-buahan yang segar dan berkualiti agar dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan. Kami telah mencapai maklamat yang kami telah rancang sebelum ini. Dalam perniagaan ini, kami telah mendapat untung dalam keadaan yang memuaskan. Dan kami juga telah menawarkan perkhidmatan yang baik kepada pelangan yang menkunjungi. Buah- buahan yang kami tempah adalah segar dan berkualiti. Dalam melaksanakan perniagaan, kami juga bermatlamatkan untuk menerapkan semangat berkumpulan di dalam diri setiap ahli kumpulan. Dari apa yang dapat diperhatikan, matlamat ini dapat dicapai kerana setiap ahli kumpulan kami sentiasa memberikan kerjasama dalam menangani sebarang masalah yang tidak diduga. Sebarang masalah yang berlaku kami selesaikan dengan kadar yang segera secara bersama-sama dan tidak hanya meletakkan beban tersebut hanya pada ketua seorang sahaja. Disamping itu dangan wujudnya perniagaan ini, kami dapat mempraktikan segala pengajaran yang telah diajar bagi memastikan perjalanan operasi kami berjalan dengan baik. Sikap keusahawanan kami serapkan dalam diri bagi mencapai matlamat projek. Menurut sumber didalam buku keusahawanan, untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, setiap ahli kumpulan mestilah mempunyai ciri-ciri usahawan agar perniagaan yang dijalankan dapat berkembang dan terus maju.
  6. 5 3.0PELAKSANAAN STRATEGI 3.1 PENGURUSAN Dari segi pengurusan, Kumpulan kami telah membuat pengagihan tugas untuk menjaga gerai. Dengan ini, ia memudahkan Kumpulan kami untuk menjalankan perniagaan tanpa gangguan. Selain itu, setiap ahli Kumpulan mempunyai tanggungjawab mengikut kepakaran masing-masing. Menurut buku Williams (2007), Management, 4th Edition Thomson/South-Western juga menyokong dengan mendefinisikan ”Work teams consists of a small number of people with complementary skills who hold themselves mutually accountable for pursuing a common purpose, achieving performance goals, and improving interdependent work processes”. 3.2 PEMASARAN 3.2.1 Harga Dari segi strategi harga, Kumpulan kami telah menawarkan harga dengan untungnya 100% untuk menampung buah-buahan yang buruk serta buah-buahan yang dijual secara lelong pada penghabisannya. Contohnya, harga datang bagi jambu batu ialah RM3.00 dan dijual dengan harga RM6.00. Dengan harga jualan ini, gerai kami dapat mengelakkan kerugiaan daripada buah-buahan yang buruk dan buah-buahan yang dijual secara lelong. 3.2.2 Promosi Dari segi promosi, Kumpulan kami telah menggunakan pelbagai strategi. Pertama, pengedaran risalah. Ahli kumpulan kami telah mengedarkan risalah kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan dengan tamu Putatan. Tujuan utama pengedaran risalah adalah produk-produk yang dijual dikenali dan diketahui oleh orang ramai serta menarik ramai lagi pelangan mengunjungi gerai untuk membeli buah-buahan. Ini disokong dalam buku Barringer, B.R & Ireland, R.P.(2006) Entrepreneurship: Successfully Launching New
  7. 6 Ventures. New Jersey: Pearson Prentice Hall iaitu iklan membuat consumer sedar akan produk yang dijual dengan harapan mereka akan terdorong untuk membelinya. Selain itu, Kumpulan kami juga meletakkan sample bagi setiap jenis buah-buahan. Tujuan meletakkan sample ini adalah untuk meyakinkan pelangan membeli buah-buahan tersebut. 3.2.3 Persaingan Oleh kerana dalam tamu Putatan tiada gerai yang menjual buah-buahan yang segar dan berkualiti dengan di gerai ini, maka keadaan ini telah memberi peluang kepada kami untuk melakukan jualan buah-buahan dengan persaingan yang kurang serta dapat meningkatkan nilai keuntungan yang lebih banyak.
  8. 7 3.3 OPERASI 3.3.1 Carta Operasi 3.3.2 Cabaran yang dihadapi semasa operasi Dalam pengendalian operasi gerai buah-buahan ini, kami semua kurang pengalaman untuk mengurus gerai. Terutamanya penempahan buah-buahan, kami perlu mencari pembekal yang menawarkan harga yang rendah serta buah-buahan yang segar kepada kami. Perkara ini, kami meminta saudara yang pengalaman untuk memberi bantuan menempah buah-buahan. Semasa operasi menjual juga kami manghadapi pelangan yang cerewet. Pelangan ini suka menawarkan harga yang rendah. Untuk menyelesaikan masalah ini, kami menawarkan harga yang berpatutan kepadanya. Membuat tempahan buah-buahan dari pembekal pada hari Selasa oleh En. Wee Teck Fuan Menerima buah-buah dari pembekal pada hari Khamis Menyemak kualiti buah-buahan Mengasingkan buah-buahan yang belum masak dan masak serta buah yang rosak Susun atur buah-buahan di meja untuk dijual mengikut susunan yang dirancang Meletakkan papan tanda harga pada buah-buahan serta sample Membuat timbangan buah-buahan mengikut permintaan pelanggan Masukkan buah-buahan ke dalam plastik.
  9. 8 4.0KEBERKESANAN PROJEK PRAKTIKUM BERBANDING DENGAN RANCANGAN PERNIAGAAN. Kami telah menilai keberkesanan projek praktikum keusahawanan kami berdasarkan empat fungsi pengurusan iaitu fungsi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan juga kawalan. 4.1 PERANCANGAN Merujuk buku Management edisi yang keempat daripada Williams, perancangan merupakan proses menentukan matlamat organisasi dan maksud untuk mencapainya. Jika dilihat dari segi perancangan, terdapat beberapa aspek yang perlu diambilkira untuk menentukan samada perancangan yang telah dilakukan adalah berkesan untuk perlaksanaan projek praktikum ini. Di antara aspek-aspek tersebut adalah seperti harga produk jualan kami, promosi, masa, produk, sewa, perancangan sumber manusia, serta pembekal dan pelanggan kami. Produk utama yang dijual oleh perniagaan kami adalah buah-buahan tempatan seperti betik, jambu batu, belimbing, limau bali dan mangga. Walaubagaimanapun kami telah berjaya mendapat buah-buahan yang segar serta berkualiti. Jika dilihat dari aspek perletakan harga, kami telah mengenakan harga sebanyak satu kali ganda daripada harga pembekal. Perancangan terhadap harga jualan ini adalah untuk mengelakkan daripada risiko buah rosak dan jualan lelong pada penghabisan. Manakala dari segi promosi pula, kami telah menjalankan beberapa jenis strategi promosi termasuklah mengedarkan risalah kepada sasaran pelanggan kami terutamanya kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan tamu Putatan. Walaubagaimanapun, promosi yang dilakukan ini adalah kurang berkesan disebabkan beberapa faktor seperti pelangan lebih suka datang ke gerai beli terus. Selain itu, tempat untuk meletakkan banner juga adalah kurang sesuai kerana ia dihadang oleh kenderaan yang berhenti disana.
  10. 9 Promosi lain yang dilakukan oleh kumpulan kami adalah meletakkan sample buah-buahan. Ini sangat berkesan kerana pelangan boleh terus nampak kualiti buah-buahan tersebut. Mereka juga menbeli dengan penuh keyakinaan dan berpuas hati. Tahap keberkesanan dari segi perancangan sumber manusia adalah agak berkesan dimana setiap ahli perlu bertugas apabila tiada aktiviti pengajaran dan pembelajaran dilakukan pada 09 November 2013 (Sabtu). Walaubagaimapun, berlaku masalah pada awal perniagaan kami beroperasi dimana kami telah menetapkan operasi jualan pada minngu yang lebih awal, memandangkan ada ahli kumpulan mempunyai aktiviti sekolah. Maka praktikum penjualan dioperasikan pada 09 November 2013 (Sabtu). Melihat perancangan dari aspek pembekal dan pelanggan, tahap keberkesananya adalah baik. Pembekal utama bagi perniagaan kami menghantar bekalan pada masa yang dijangkakan kepada kami. Keadaan ini memudahkan peracangan untuk aktiviti perniagaan kami. Bagaimanpun, kami juga tidak menghadapi masalah untuk berurusan dengan pembekal bagi barangan-barangan lain yang diperlukan dimana kami sendiri telah mengambil barang tersebut daripada mereka. Perancangan dari aspek pelanggan juga agak memuaskan, dimana jumlah pelanggan yang berkunjung ke gerai kami pada jam 9:00pagi hingga 1:00petang agak ramai. Terdapat beberapa faktor yang dikenalpasti waktu yang ramai orang ini, diantaranya ialah pada waktu ini pelangan adalah suri rumah dan mereka telah siap tugas dirumah. Maka mereka keluar membeli sayur dan buah di tamu Putatan. Pada waktu jam 12:00 tengahari hingga 1:00petang adalah pelangan dari lepas kerja dan singgah tamu membeli sayur dan buah, serta faktor cuaca yang dianggap baik juga banyak mempengaruhi jualan buah-buahan kami.
  11. 10 4.2KEPIMPINAN Sekiranya dilihat dari segi kepimpinan, tahap keberkesananya adalah agak baik dimana ketua kumpulan dan ahli bagi setiap bahagian telah melaksanakan tugas masing- masing dengan penuh tanggungjawab. Walaubagaimanapun, beberapa kesilapan dan kesalahan tetap wujud disebabkan beberapa faktor seperti kekurangan pengalaman, kepakaran, keberanian dalam membuat keputusan dan mengambil risiko, serta kemahiran berkomunikasi yang kurang baik. Seorang ketua sememangnya sangat penting dalam mengurus dan mentadbir sesebuah perniagaan. Ketua mestilah seorang yang berkebolehan dan mempunyai kelayakan-kelayakan yang diperlukan untuk memimpin ahli kumpulan yang lain. Secara keseluruhannya, ketua kumpulan kami telah berusaha menjalankan tugas yang diamanahkan dengan baik dengan memberikan hala tuju dan panduan untuk menjalankan perniagaan, dan telah mengagihkan tugas kepada ahli kumpulan berdasarkan kemahiran serta kepakaran setiap ahli. Ketua kumpulan kami akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan sesama ahli kumpulan dan menilai baik buruk padangan setiap ahli sebelum membuat keputusan yang penting dalam perniagaan kami dan sentiasa berjumpa dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang kesilapan dan kekeliruan. Di samping itu, ahli-ahli bagi bahagian lain juga turut memainkan peranan yang sangat penting di dalam memastikan aktiviti praktikum kami berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang ditetapkan. Sebagai contohnya, pengurus bahagian kewangan telah berusaha menyediakan belanjawan untuk menganggar kos yang akan dilibatkan serta sasaran jualan dan keuntungan yang perlu dicapai oleh perniagaan kami. Begitu juga dengan pengurus di bahagian pengeluaran yang bertugas menyediakan keperluan peralatan dan tenaga sumber manusia yang diperlukan dalam aktiviti pengeluaran dan operasi.
  12. 11 Pengurus lain seperti pengurus bahagian pemasaran juga telah berusaha merancang dan melaksanakan aktivti-aktiviti promosi yang perlu dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk menarik minat pelanggan agar memilih untuk berkunjung ke gerai kami. Sementara pengurus di bahagian risiko pula telah berusaha mengenalpasti masalah-masalah dan risiko yang berkemungkinan timbul dan terpaksa ditanggung oleh perniagaan ini serta langkah- langkah yang pelu diambil untuk mengatasinya. Setiap ahli kumpulan telah berusaha memainkan peranan masing-masing untuk memastikan aktiviti perniagaan dapat dijalankan dengan lancar dan teratur. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kelemahan yang berlaku disebabkan kekurangan pengalaman secara praktikal dan amali didalam menjalankan tugas masing-masing, kepakaran yang masih belum cukup untuk menjalankan kerja yang diberi dengan sempurna, keberanian dalam membuat keputusan dan tindakan bagi permasalahan yang timbul, mengambil risiko, serta kekurangan kemahiran berkomunikasi serta berurusan dengan pelanggan dan pembekal. 4.3PENGORGANISASIAN Sekiranya dilihat dari segi pengorganisasian pula, tahap keberkesanannya adalah agak memuaskan. Seperti yang diketahui, kumpulan kami telah ditubuhkan untuk memenuhi aktiviti praktikum yang diperlukan untuk subjek penghantar kepada keusahawanan di UMS. Kami semua telah sepakat untuk menjalankan aktiviti perniagaan menjual buah-buahan tempatan untuk praktikum ini dan telah menamakan pernaigaan kami sebagai Gerai Buah- Buahan “Saya Suka”. Bagi lebih menjayakan projek ini, kami telah melantik seorang ketua kumpulan dan seorang penolong untuk mengetuai perniagaan kami dengan memberikan autoriti kepadanya untuk membuat keputusan setelah menilai dan mengambilkira pandangan setiap ahli kumpulan. Ketua kumpulan kemudiannya telah mengagihkan tugas- tugas yang diberikan kepada setiap ahli berdasarkan kemahiran masing-masing.
  13. 12 Semua ahli kumpulan telah melaksanakan kerja yang diberi dengan bersungguh- sungguh baik didalam menyediakan rancangan perniagaan mahupun ketika menjalankan aktiviti praktikum iaitu menjual buah-buahan. Setiap ahli juga akan bertanggungjawab didalam tugas yang diberikan dan akan berbincang dengan penolong dan ketua kumpulan sekiranya terdapat masalah atau kekeliruan, dan ketua kumpulan pula akan berjumpa dengan pihak-pihak yang bertanggungjawab untuk mendapatkan garis panduan dan langkah yang betul didalam mengendalikan aktiviti praktikum kami ini. Dari segi pengorganisasian masa pula, tahap keberkesanannya adalah agak baik dimana kami telah merancang masa pernaigaan kami iaitu bermula dari jam 7.00 pagi sehingga 5:00petang. Walaubagaimanapun, masa beroperasi pernaigaan kami ini boleh berubah mengikut keadaan persekitaran pada waktu tersebut. 4.4KAWALAN Fungsi terakhir yang dinilai adalah fungsi kawalan dimana tahap keberkesanannya adalah agak baik dan memuaskan. Kami telah berusaha menjalankan proses kawalan melalui beberapa aspek didalam perniagaan kami. Diantaranya adalah aspek kualiti produk, promosi, sumber manusia, dan masa. Sekiranya dilihat dari aspek kualiti produk, tahap keberkesanannya adalah agak baik. Sebagai contohnya, kami telah mengasingkan buah yang baik dan buruk. Dari segi kawalan promosi, kami telah menyediakan risalah kepada orang awam dan perumahan yang berdekatan. Bagi sumber manusia, kami cukup tenaga pekerja untuk mengurus gerai buah- buahan. Akhirnya ialah masa, masa yang dirancangkan agak sesuai kerana semua ahli dapat hadir dalam perniagaan penjualan.
  14. 13 5.0 LAPORAN KEWANGAN. 5.1 Jadual harga buah-buahan dari pembekal untuk penjualan pada 09 November 2013. BIL BUAH-BUAHAN HARGA BELIAN (per kg) HARGA JUALAN (per kg) UNTUNG (per kg) 1 Betik RM 1.80 RM 3.00 RM 1.20 2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00 3 Jambu Merah RM 4.00 RM 8.00 RM 4.00 4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 RM 3.00 5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.00 RM 1.50 6 Mangga Telur RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00 7 Mangga Kahwin RM 5.00 RM 10.00 RM 5.00 8 Mangga Gajah RM 6.00 RM 12.00 RM6.00 9 Mangga Taiwan RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00 10 Mangga Madu RM 6.00 RM 12.00 RM6.00 11 Mangga Kelapa RM 6.00 RM 12.00 RM 6.00
  15. 14 5.2 Anggaran harga penjualan dan keuntungan. BIL BUAH- BUAHAN HARGA BELIAN (per kg) HARGA JUALAN (per kg) KUANTITI (kg) JUMLAH UNTUNG KASAR 1 Betik RM 1.80 RM 3.00 25 RM 75 RM 30 2 Jambu RM 3.00 RM 6.00 20 RM 120 RM 60 3 Jambu Merah RM 4.00 RM 8.00 10 RM 80 RM 40 4 Belimbing RM 3.00 RM 6.00 10 RM 60 RM 30 5 Limau Bali RM 2.50 RM 4.00 25 RM 100 RM 37.50 6 Mangga Telur RM 5.00 RM 10.00 10 RM 100 RM 50 7 Mangga Kahwin RM 5.00 RM 10.00 10 RM 100 RM 50 8 Mangga Gajah RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60 9 Mangga Taiwan RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60 10 Mangga Madu RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60 11 Mangga Kelapa RM 6.00 RM 12.00 10 RM 120 RM 60 JUMLAH RM 1115 RM 537.50 JUMLAH BELIAN =RM 1115 – RM 537.50 = RM 577.50
  16. 15 5.3 Jualan Sebenar BIL BUAH- BUAHAN HARGA JUALAN (per kg) KUANTITI JUALAN (kg) KUANTITI ROSAK (kg) JUALAN LELONG JUMLAH 1 Betik RM 3.00 20 1 kg RM 10 RM 70 2 Jambu RM 6.00 18 0.3 kg RM 8 RM 116 3 Jambu Merah RM 8.00 8 0 kg RM 12 RM 76 4 Belimbing RM 6.00 7 0.5 kg RM 10 RM 52 5 Limau Bali RM 4.00 20 0 kg RM 15 RM 95 6 Mangga Telur RM 10.00 8 0.4 kg RM 10 RM 90 7 Mangga Kahwin RM 10.00 7 0.3 kg RM 20 RM 90 8 Mangga Gajah RM 12.00 8 0 kg RM 18 RM 114 9 Mangga Taiwan RM 12.00 9 0.4 kg RM 5 RM 113 10 Mangga Madu RM 12.00 8 0.3 kg RM 15 RM 111 11 Mangga Kelapa RM 12.00 7 0 kg RM 25 RM 109 JUMLAH RM 148 RM 1036 JUMLAH UNTUNG KASAR = RM 1036 – RM 577.50 =RM 458.50
  17. 16 5.4 Untung bersih BUTIRAN RM RM Untung Kasar Tolak belanja : Sewa gerai Plastik bag Banner 4.00 8.00 150.00 458.50 Jumlah untung bersih 296.50 6.0 PENGALAMAN, PENGAJARAN DAN KEMAHIRAN YANG DIBELAJARI DARI PELAKSANAAN PROJEK PRAKTIKUM Selama kami melakukan aktiviti penjualan buah-buahan tempatan bermula rancangan pada 12 Oktober hingga hari praktikum penjualan pada 09 November 2013 ,pelbagai pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi.Tidak kiralah sama ada ia manis atau pun pahit,seronok mahupun duka. Terlalu banyak pengalaman atau pengajaran yang kami perolehi bermula daripada perancangan yang dibuat sehinggalah perlaksanaannya.Pengalaman tersebut kami kategori kan kepada tiga bahagian iaitu sebelum kami melakukan urusniaga,semasa dan selepas kami selesai melakukannya. Bermula dengan pengalaman yang kami perolehi di awal pertemuan perbicangan untuk membuat perancangan perniagaan dan berurusan dengan pelbagai pihak yang
  18. 17 berkenaan.Pengalaman tersebut kami pecahkan mengikut persamaan pengalaman secara umum antara ahli kumpulan. 6.1Sebelum 6.1.1Kerjasama Hampir setiap ahli kumpulan mengatakan mereka semua dapat melakukan kerja masing-masing dengan selesa dan tenang.Mereka mengatakan melalui perbincangan yang dibuat ia dapat memupuk semangat kerjasama untuk melakukan sesuatu perkara.Contohnya dalam proses pembuatan kertas kerja perniagaan setiap ahli kumpulan bersama-sama bekerjasama menyiapkannya dan saling bantu-membantu di antara satu sama yang lain.Selain itu pengalaman kerjasama ini dapat di rasai ketika beberapa ahli kumpulan keluar ke bandar mencari lokasi para pembekal yang sesuai kumpulan yang lain menguruskan sewa tapak gerai dengan pihak atasan. 6.1.2Berinteraksi dengan orang luar dan pihak atasan Pengalaman berinteraksi dengan orang luar iaitu para pembekal dan pihak atasan adalah sesuatu yang amat janggal maklum sajalah mereka merupakan orang dewasa yang mempunyai kerjaya yang berjaya.Dalam hal ini kami terpaksa menjaga penampilan seperti pertuturan,pemakaian dan etika serta bersedia berhadapan dengan sebarang kemungkinan. Pengalaman tersebut mengajar kami untuk belajar berinteraksi dengan cara yang betul iaitu melalui kaedah ‘softskill’. Tidak dapat dinafikan sepanjang sesi dua hala kami dengan orang luar dan pihak atasan berlaku sedikit konflik dalam pertuturan, namun ia tidaklah begitu ketara sehingga menimbulkan pergaduhan. Tetapi apa yang jelas cara percakapan kami perlu penambahbaikan dan pemulihan yang sempura agar sebarang perselisihan tidak akan berlaku lagi di suatu hari kelak.
  19. 18 6.1.3Mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam Tidak dapat dinafikan setiap ahli kumpulan mula mengenali dunia perniagaan dengan lebih mendalam semasa pembuatan kertas kerja lagi. Hal ini kerana setiap ahli kumpulan telah diberikan tugas mengikut kepakaran masing-masing dan mahir akan perkara terebut.Jika sebelum ini terdapat ahli kummpulan yang langsung atau tahu akan serba sedikit mengenai dunia perniagaan, namun melalui perancangan dan pembuatan kertas kerja yang telah pun disempurnakan pengalaman tersebut dapat dirasai. 6.1.4Kepimpinan Sememangnya setiap ahli kumpulan mempunyai tugas dan kewajipan serta komitmen masing-masing. Semasa proses penyiapan kertas kerja setiap ahli belajar untuk mengarah diri agar melakukan tugas yang dberikan dengan sempurna, selain belajar untuk mengikut setiap arahan yang di berikan oleh ketua mahupun ahli kumpulan yang mempunyai autoriti dalam sesuatu perkara.Pengalaman tersebut menjadikan diri kami dapat merasai sifat kepimpinan yang semakin menebal dalam diri. 6.1.5Timbul perasaan minat dalam dunia perniagaan Pengalaman menyiapkan kertas kerja bersama-sama ahli kumpulan kami rasakan amat seronok dan menjadikan kami semua bertambah rapat. Ini sekaligus menimbulkan rasa minat dalam dunia perniagaan dan bercita-cita untuk membuat suatu perniagaan yang komersial di suatu hari kelak bersama-sama dengan semua ahli kumpulan. Jika sebelum ini kami hanya tahu menjual sahaja, namun kini kami sudah pandai membuat ketas kerja perniaggan dengan lebih mendalam.
  20. 19 6.2Semasa 6.2.1Menbuka gerai pada hari praktikum Sememangnya setiap ahli berasa berdebar-debar ketika membuka gerai pada hari praktikum dan debaran tersebut telah pun dirasai sejak pembentukan kertas kerja lagi. Maklum sajalah ini merupakan pengalaman pertama membuka gerai hasil daripada usaha kami sendiri. Perasaan bedebar itu semakin melonjak apabila melihat para pesaing yang turut membuka gerai di sekitar tapak perniagaan kami .Namun semuanya berjalan dengan lancar dan setiap ahli kumpulan menjalankan tugas masing-masing. 6.2.2Berinteraksi dengan para pelanggan Pengalaman berinteraksi dengan pelanggan merupakan sesuatu yang amat menyeronokkan dan merupakan satu pengalaman yang tidak mungkin akan dilupakan. Melalui perniagaan tersebut kami berhadapan dengan pelbagai ragam pelanggan yang singgah berkunjung membeli buah-buahan kami. Di situ kami semua belajar untuk menjaga hati para pelanggan kami kerana mereka merupakan ‘raja’ yang mesti di layan dengan sebaik mungkin dan memujuk mereka agar membeli buah-buahan yang kami jual. Pengalaman tersebut menjadikan kami semakin mahir berinteraksi dengan orang ramai tidak kira kanak-kanak,muda,dewasa mahupun tua. 6.2.3 Kerjasama antara ahli kumpulan Bekerja bersama-sama antara sesama ahli kumpulan merupakan pengalaman yang manis dan menyeronokkan. Setiap ahli dapat melakukan sesuatu tugas dengan sempura dan berjaya hasil daripada pertolongan ahli yang lain. Masing-masing melakukan tugas yang diberikan dengan sebaik mungkin dan dengar akan arahan daripada ketua. Secara keseluruhannya kerjasama yang ditunjukkan oleh ahli kumpulan agak baik.
  21. 20 6.3Selepas 6.3.1Mula tahu akan susahnya berniaga Sebelum ini kami semua menyangkakan menubuh serta menguruskan perniagaan sanggatlah muda kerana bagi kami perniagaan adalah sekadar menjual sesuatu dan mendapat hasilnya. Namun sangkaan kami itu meleset sama sekali. Perniagaan memerlukankan perancangan yang rapi dan melaksanakannya mengikut apa yang telah dirancang. Melalui perniagaan inilah kami tahu akan risiko-risiko yang bakal dihadapi oleh sesebuah perniagaan dan dapat menganggarkan untung atau rugi perniagaan yang diusahakan. Namun apa yang penting sesuatu perniagaan akan menjadi amat susah sekiranya tidak ada pernacangan menyeluruh dan kerjasama antara ahli kumpulan itu sendiri. 6.3.2Berani berhadapan dengan orang ramai Pengalaman berinteraksi dengan pelbagai ragam dan jenis orang telah meningkatkan tahap keyakinan kami untuk bergaul dengan orang sekeliling. Jika sebelum ini kami agak kekok atau tidak biasa bergaul dengan orang ramai disebabkan perasaan malu yang menyelubungi diri, namun sekarang ia telahpun berubah. Bahkan kami menjadi semakin mesra dengan sesiapa sahaja yang kami temui dan bijak mengatur ayat dalam pertuturan. 6.3.3Semakin matang dalam melihat pelbagai aspek Pengalaman lalu betul-betul bermakna bagi kami kerana menjadikan kami insan yang lebih matang dalam melihat sesuatu perkara terutamanya dalam dunia perniagaan. Maklumlah sebelum ini kami kurang arif dalam bab-bab perniagaan, namun sekarang kami sudah pandai melihat sesuatu dengan jelas walaupun belum lagi di lakukan. Contohnya dalam aspek perletakan harga, strategi promosi dan pemilihan pembekal dimana kami dapat membuat sesuatu keputusan dengan lebih tepat dan berkesan.
  22. 21 7.0 LAMPIRAN 7.1 Gambar 1. Stok 2. Menaikkan peralatan dan buah-buahan ke dalam trak kereta. 3. Tapak penjualan buah-buahan 4. Persedian meja untuk menjual buah-buahan 5. Pandangan dari luar 6. Buah-buahan disusun dengan ada tanda harga
  23. 22 7. Ahli kumpulan mengangkat stok 8.Semua ahli sedang menyusun buah-buahan 9. Menyusun buah-buahan 10. Urus niaga dengan pelangan. 11. Layanan yang mesra dengan pelangan 12. Mengedar risalah di perumahan
  24. 23 7.2 Minit mesyuarat Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu) Masa : 1:30Pm – 3:30Pm Tempat : Bilik mesyuarat 1 AGENDA UCAPAN PENGERUSI 2 PENGAGIHAN TUGAS 3 ALAT-ALAT KEPERLUAN 4 HAL-HAL LAIN Disediakan oleh, ..........................................……… ( CIK YONG NYUK JIN ) Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”
  25. 24 Minit mesyuarat ( 1 ) MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Tarikh : 21.09.2013 (Sabtu) Masa : 1:30Pm – 3:30Pm Tempat : Bilik mesyuarat Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping Kehadiran(Bilangan) : 8 orang Turut Hadir (Jika ada) :- 1 UCAPAN PENGERUSI Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir. Beliau menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah untuk berbincang tentang Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”. 2 PENGAGIHAN TUGAS a. Yeung Fui Ping Mengurus keseluruhan operasi gerai. b. Teo Wei Seng Membantu mengurus dalam operasi keseluruhan gerai.
  26. 25 c. Wee Teck Fuan Menempah stok buah-buahan dari pembekal d. Yong Nyuk Jin Memeriksa kualiti stok yang ditempah dari pembekal e. Wong Piang Loi Merancang strategi perniagaan membuat promosi serta publisiti untuk memastikan pelanggan tertarik dengan perkhimatan perniagaan yang ditawarkan. f. Yip Sing Song Menyediakan peralatan untuk gerai buah-buahan seperti meja, timbang, bekas buah-buahan. g. Wong Hui Tzong Mengurus aspek keluar masuk wang perniagaan serta menguruskan segala perbelanjaan dan pendapatan. h. Yapp Siow Teng Sebagai juruaudit. 3 ALAT-ALAT KEPERLUAN 3.1. Pn Yeung Fui Ping membincangkan dengan AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” masing-masing. 3.2 Pn Yeung Fui Ping memberitahu AJK peralatan menyediakan alat-alat seperti:- i. Plastik untuk pembungkusan ii. Timbangan iii. Meja iv. Pisau 4 HAL-HAL LAIN
  27. 26 4.1. Tiada PENUTUP a. Ucapan penangguhan olehPengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:30 pm. Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................…… ……...............................………. ( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING) Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi Tarikh : 22-09-2013 Tarikh : 22-09-2013
  28. 27 Kepada : Semua AJK Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu) Masa : 1:00 pm – 3:00 pm Tempat : Bilik mesyuarat 1 AGENDA UCAPAN PENGERUSI 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 4 HAL-HAL LAIN Disediakan oleh, ..........................................……… ( CIK YONG NYUK JIN ) Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”
  29. 28 Minit mesyuarat ( 2 ) MINIT MESYUARAT Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Tarikh : 12.10.2013 (Sabtu) Masa : 1:00 pm – 3:00 pm Tempat : Bilik mesyuarat Pengerusi : Pn Yeung Fui Ping Kehadiran(Bilangan) : 8 orang Turut Hadir (Jika ada) :- 1 UCAPAN PENGERUSI Pn Yeung Fui Ping mengucapakan ribuan terima kasih kepada AJK yang hadir. Beliau menjelaskan bahawa objektif untuk mesyuarat ini adalah untuk berbincang tentang Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA”. 2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU Dicadang untuk disahkan oleh En Wong Piang Loi Disokong untuk pengesahan oleh En Wee Teck Fuan
  30. 29 3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT 3.1 Pn Yeung Fui Ping mencadangkan Gerai Buah-buahan “SAYA SUKA” akan beroperasi di Putatan pada 9-11-2013. 3.2 En Wong Piang Loi mencadangkan menjual buah-buahan tempatan seperti:- - Betik - Jambu - Belimbing - Pemelo - Buah-buahan bermusim 3.3 En Yip Sing Song mencadangkan membuat Banner Gerai Buah-buahan “SAYA SUKA” supaya boleh menarik perhatian pelanggan mengunjungi ke gerai kami. 4 HAL-HAL LAIN 4.1. En Teo Wei Seng dan Pn Yapp Siow Teng akan berurusan dengan Majlis Daerah Putatan untuk menyewa tempat di Putatan untuk berniaga. 4.2 En Wee Teck Fuan dan En Wong Hui Tzong akan berurusan dengan pembekal buah-buahan dari Papar dan Tenom untuk mendapatkan buah-buahan sebelum gerai dibuka. PENUTUP a. Ucapan penangguhan oleh Pengerusi Mesyuarat / ahli mesyuarat dan penetapan tarikh mesyuarat yang berikutnya. b. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3:00 pm.
  31. 30 Disediakan oleh, Disemak Oleh, ..........................................……… ……...............................………. ( CIK YONG NYUK JIN) ( PN YEUNG FUI PING) Setiausaha Gerai Buah-Buahan “SAYA SUKA” Pengerusi Tarikh : 13-10-2013 Tarikh : 13-10-2013
Anúncio