SlideShare a Scribd company logo
1 of 63
• Karangan sebagai binaan yang disebut wacana biasanya
dapat dilihat sebagai sehimpunan perenggan yang
saling berkaitan.
• Kekecualian berlaku hanya pada wacana tertentu yang
ringkas seperti pengumuman, nota telegram dan
ucapan pada kad.
• Perenggan terbina daripada sehimpunan ayat.
• Ayat pula dijalinkan sedemikian rupa sehingga menjadi
seakan-akan anyaman yang kemas
• Maksudnya, sesebuah perenggan bukan sekadar terdiri
daripada beberapa ayat, tetapi semua ayat itu mestilah
memperlihatkan pertalian antara satu dengan yang
lain.
• Karangan yang berkesan bergantung juga pada ayat
yang berkesan.
• Yang dikatakan ayat yang berkesan ialah ayat
yang dapat menampilkan sesuatu fikiran atau
maklumat dengan jelas.
• Hal ini dapat dikaitkan dengan takrif ayat yang
dikemukakan oleh ahli tatabahasa tradisional,
iaitu bentuk bahasa yang mengandungi fikiran
yang lengkap.
• Ayat yang tidak sempurna, baik dari segi
bentuknya mahupun maknanya, dengan
sendirinya ayat yang tidak berkesan.
• Ayat yang tidak dapat menyatakan buah
fikiran secara berkesan dengan sendirinya
menghasilkan karangan yang tidak berkesan.
• Enam syarat dan kaedah untuk menghasilkan
ayat yang berkesan ialah:
 Kesatuan gagasan
 Kepaduan
 Penekanan
 Kepelbagaian
 Kesejajaran
 Penalaran dan logika
• Syarat yang pertama, yang kedua, dan yang
keenam adalah syarat yang paling utama.
• Syarat ketiga, keempat, dan kelima dapat
dianggap sebagai unsur pelengkap.
• Tanpa unsur yang pertama, yang kedua, dan
yang keenam itu, tiga unsur pelengkap itu
tidak bererti apa-apa.
KESATUAN GAGASAN
APA ITU KESATUAN GAGASAN?
• Setiap ayat hendaklah mendukung sesuatu
gagasan atau idea.
• Gagasan atau idea berfungsi mengembangkan
tema atau isu yang menjadi asas karangan.
Sesebuah karangan perlu bertunjangkan satu
tema atau isu pokok.
• Tema itu memerlukan huraian dan
pengembangan dan melalui ayatlah huraian itu
dapat dibuat.
• Maka jelaslah, setiap ayat dalam sesebuah
karangan seharusnya berisi satu gagasan yang
jelas.
• Kesatuan gagasan bererti bahawa ayat yang
dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema
ayat tersebut.
• Dengan kata lain, ayat itu perlu mempunyai
fokus.
• Untuk menghasilkan ayat yang mempunyai
kesatuan gagasan, elakkan penulisan beberapa
idea atau gagasan dalam satu ayat.
• Hal ini demikian kerana, ayat yang terlalu panjang
mempunyai kecenderungan berisi lebih daripada
satu gagasan.
• Ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan akan
kehilangan fokus dan menjadi ayat yang lemah.
• Ayat yang lemah bukanlah ayat yang berkesan.
• Untuk memahami ayat yang berisi daripada satu
gagasan, perhatikan contoh yang berikut:
“ Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah
membimbing anak ke arah kebebasan berfikir
untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi,
diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan
saksama daripada orang tua yang sekali gus perlu
memahami kejiwaan anaknya”.
• Ada beberapa gagasan yang digabungkan dalam
ayat tersebut, iaitu:
1. Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan
daya cipta.
2. Pentingnya pengawasan yang teliti dan saksama
daripada ibu bapa.
3. Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan
anaknya.
• Dengan adanya tiga gagasan penting dalam
satu ayat, maka ayat itu kehilangan fokus.
• Ayat tersebut tidak dapat dilihat sebagai ayat
yang memiliki kesatuan gagasan, tetapi
sebaliknya ayat yang tidak mempunyai arah
jelas.
• Ayat itu akan menjadi ayat yang jelas apabila
dipecahkan kepada tiga ayat yang berasingan.
Berikut merupakan contoh ayat yang memiliki
kesatuan gagasan:
“ Hanya dengan pendidikan sahajalah anak itu
kelak akan dapat menempatkan dirinya
sebagai anggota masyarakat yang berguna”.
• Ayat tersebut jelas memiliki satu gagasan
sahaja. Maksudnya cukup jelas dan pembaca
tidak terkacau dengan gagasan yang lain.
• Pembaca dengan mudah dapat menangkap
gagasan yang ingin ditonjolkan, iaitu
pentingnya pendidikan kepada anak.
Ayat yang Padu
Kepaduan ayat
• Kepaduan bererti hubungan timpal balik yang
baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat.
Pembentuk ayat
• Kata dan frasa,kerana daripada jalinan
antara kata dengan kata dan frasa dengan
frasalah yang membentuk ayat.
• Hubungan antara satu kata atau frasa dengan
satu kata atau frasa yang lain.
Contoh ayat:
Tentukan yang manakah ayat yang padu?
1.Hakim menjatuhkan pengedar dadah itu
hukuman gantung hingga mati.
2.Hakim menjatuhkan hukuman gantung
hingga mati kepada pengedar dadah itu.
• Untuk menentukan kepaduan ketiga-tiga ayat
perlu tahu aturan susunan kata kerja transitif
yang berakhiran -kan dan kata kerja transitif
yang berakhiran -i.
• Dalam ayat 1 dan ayat 2 akhiran –kan pada
kata kerja transitif menjatuhkan menunjukkan
objek bergerak.
• Objek ayat 1 ialah pengedar dadah itu,
sementara objek ayat 2 ialah hukuman
gantung hingga mati
• Ayat 1 menimbulkan makna bahawa hakim
menjatuhkan pengedar dadah itu,sementara
ayat 2 bererti hakim menjatuhkan hukuman
gantung sampai mati.
• Ayat yang tepat maknanya ialah ayat yang
kedua,kerana yang dijatuhkan ialah
hukuman,bukan pengedar dadah.
• Kepaduan ayat akan terjejas jika susunan kata
dalam konteks fasa nama tidak menurut
Hukum D-M.
• Menurut aturan ini,kata yang diterangkan (
kata utama) letaknya di hadapan kata yang
menerangkan (penerang)
Contoh susunan kata
Salah
• Anita Klinik
• Dengan lain perkataan…..
• Lain-lain hal
• ….mempunyai cukup modal
• ….memerlukan banyak
pekerja
• Kedua-dua cara mempunyai
sama faedah
Betul
• Klinik Anita
• Dengan perkataan lain…..
• Hal-hal lain
• ….mempunyai modal yang
cukup
• …banyak memerlukan
pekerja
• Kedua-dua cara itu sama
faedahnya
• Apabila sesuatu kata yang tidak perlu
digunakan,ayat menjadi tidak padu.
• Kata yang sering digunakan walhal tidak
diperlukan ialah kata sendi sesudah kata kerja
transitif. Contohnya:
1) Mereka tidak mengetahui akan kelebihan
menuntut ilmu
2) Kami berusaha memahami tentang
penderitaan rakyat terbanyak
• Ayat-ayat itu dikatakan salah atau tidak
gramatis kerana memecahkan hubungan
antara kata kerja transitif dengan objeknya.
• Kesalahan itu menyebabkan kepaduan ayat
terjejas.
PENEGASAN SEBAGAI CIRI AYAT
YANG BERKESAN
PENEGASAN
• Salah satu cara untuk menimbulkan penegasan
ialah mengubah kedudukan bahagian tertentu
dalam ayat.
• Bahagian yang berisi gagasan yang hendak
ditegaskan hendaklah dipindahkan ke hadapan.
• Dalam tatabahasa, ada susunan ayat yang disebut
sebagai ayat songsang dan proses yang disebut
penyongsangan ayat.
• Ia bermaksud, dalam susunan ayat yang biasa,
bahagian subjek ayat diletakkan di hadapan
manakala bahagian predikat terletak di belakang.
• Apabila kedudukan tersebut diterbalikkan, maka
terbentuklah ayat songsang.
• Berikut merupakan contoh ayat biasa dan ayat
songsang:
AYAT BIASA
+
Contoh: Lukisan itu/sungguh cantik.
AYAT SONGSANG
+
Contoh: Sungguh cantik/lukisan itu.
SUBJEK PREDIKAT
PREDIKAT SUBJEK
• Penegasan dengan cara penyongsangan ayat bukan
sahaja berlaku untuk subjek dan predikat.
• Seringkali bahagian yang disebut keterangan, iaitu
predikat tambahan, dikedepankan untuk maksud
penekanan. Bandingkan contoh ayat tersebut:
1. Amira menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal
yang sebenarnya.
2. Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya , Amira
menjadi tenang.
• Ayat 1 menonjolkan perihal pelaku (Amira) dan
keadaannya, namun keterangan ayat diletakkan di
belakang kerana bukan itu yang hendak ditegaskan.
• Ayat 2 pula menonjolkan penegasan kepada
keterangan ayat bagi menjelaskan perilaku (Amira)
menjadi tenang.
• Selain penyongsangan, penegasan juga dapat dilakukan
dengan pemasifan ayat. Dalam tatabahasa, ayat aktif
menekankan pelaku, sementara ayat pasif menekankan
objek yang dikenai. Contohnya:
3a. Aku ingin sekali menemui ibu kandungku.(ayat aktif)
3b. Ibu kandungku ingin sekali aku temui.(ayat pasif)
• Cara lain untuk menimbulkan penegasan ialah mengulang
unsur yang tertentu dalam ayat.
• Pengulangan dengan sendirinya menghasilkan penegasan.
Perhatikan contoh pengulangan dalam ayat yang berikut:
“ Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu
kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan
kesejahteraan mental”.
• Dengan pengulangan kata kesejahteraan, pembaca dengan
cepat dapat menangkap tema ayat yang ingin disampaikan.
• Penegasan sesuatu gagasan dalam satu ayat
dapat juga dihasilkan dengan
mempertentangkan dua kenyataan.
• Teknik ini membolehkan kita berfikir secara
positif dan negatif sekaligus. Contoh ayat
ialah:
“ Kita tidak ingin generasi yang memuja
kebendaan, tetapi generasi yang berpegang
kuat pada nilai akhlak”.
• Dengan mempertentangkan kedua-duanya,
ayat tersebut dapat menampilkan gagasan
positif untuk diterima oleh pembaca.
• Selain itu, penegasan dapat juga ditimbulkan dengan
penggunaan partikel kah, lah, dan dah.
• Semua partikel itu disebut partikel pementing predikat.
• Penggunaan partikel ini berkaitan dengan proses
penyongsangan ayat. Contoh ayat:
“ Dia yang datang semalam”.
• Ayat tersebut bukan sahaja tidak bertenaga malah
tidak gramatis.
“ Dialah yang datang semalam”.
• Ayat ini dengan terang memberikan penekanan kepada
dia yang menjadi predikat ayat.
• Demikianlah akhirnya huraian tentang ciri penegasan
dalam konteks melahirkan ayat yang berkesan.
CIRI KEPELBAGAIAN DALAM AYAT
YANG BERKESAN
KEPELBAGAIAN
• Bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk
menyatakan sesuatu maksud.
• Dalam bahasa memang terdapat kelainan
tetapi sama maknanya.
• Kepelbagaian bentuk bahasa dapat kita
zahirkan dalam tulisan dengan memanfaatkan
unsur seperti sinonim(kata seerti),
kepelbagaian pola dan jenis ayat,
kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, serta
kepelbagaian yang melibatkan perubahan
kedudukan sesuatu unsur dalam ayat.
• Paduan kepelbagaian tersebut itu dapat
menghidupkan tulisan, di samping dapat
mengelakkan rasa jemu pada pembaca.
Kepelbagaian Sinonim
• Sinonim sering juga disebut oleh orang
sebagai kata seerti.
• Tidak banyak kata yang betul-betul seerti
dengan kata lain, tetapi ada pertindanan
ertinya.
• Sebagai contoh, kata gembira dan suka ada
pertindanan maknanya, tetapi dalam konteks
tertentu, kedua-dua patah kata itu tidak dapat
bertukar ganti. Misalnya :
“Orang itu suka menulis pada waktu lapang”
• Kata suka tepat ertinya dalam konteks ayat itu.
• Tetapi cuba kata itu digantikan dengan kata
gembira. Tentu janggal dan tidak dapat
diterima ayat
“Orang itu gembira menulis pada waktu lapang”
• Berkaitan dengan hal ini, yang perlu dikuasai
oleh penulis ialah kata dengan maknanya yang
tepat.
• Cara yang terbaik adalah dengan selalu
merujuk kepada kamus, baik kamus umum,
kamus istilah, mahupun kamus peribahasa.
• Tesaurus merupakan satu lagi sumber rujukan
yang penting dalam hal penguasaan kosa kata
atau perbendaharaan kata.
• Penguasaan perbendaharaan kata yang luas
menjadi aset yang penting bagi seseorang
penulis.
• Kata yang disesuaikan daripada bahasa asing
banyak memberikan konsep baharu.
• Kata industri, misalnya, boleh digunakan
sebagai kelainan sinonim bagi kata
perusahaan.
• Kata generasi boleh digunakan seiring dengan
kata keturunan.
• Demikian jugalah dengan kata kontradiksi bagi
percanggahan, konfrontasi bagi
pertentangan, situasi bagi suasana, konteks
bagi keadaan, formal bagi rasmi, persepsi
bagi pengamatan, justifikasi bagi kewajaran,
dan koleksi bagi kumpulan.
• Ada juga kelainan sinonim yang dicipta oleh
orang daripada lama yang arkaik atau
daripada kata bahasa daerah.
• Belakangan ini, popular sekali kata seperti
canggih sebagai kelainan sinonim bagi
sofistikated, tuntas bagi lengkap, penataran
bagi peningkatan, mangkus bagi efektif, dan
terampil bagi mahir.
• Kalau pada satu pihak ada kecenderungan
orang memilih kelainan sinonim dengan
menggunakan kata ambilan daripada bahasa
Eropah, khususnya Inggeris, maka pada satu
pihak lagi ada pula kecenderungan orang
memilih kata yang dianggap asli.
Kepelbagaian pola dan jenis ayat
• Kepelbagaian pola dan jenis ayat yang dapat
dihasilkan dengan menggunakan pola ayat inti
atau ayat tunggal dan ayat terbitan menurut
kesesuaian konteks.
• Pemilihan bergantung pada kesesuaian dan
keperluan menyatakan mesej.
• Bandingkan 2 cara menerangkan fakta yang
berikut:
1. Negara kita masih perlu mengimport beras walaupun
penanaman padi merupakan salah satu kegiatan
pertanian yang utama di negara ini.
2. Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian
utama di negara ini. Namun, negara kita masih perlu
mengimport beras.
• Dalam cara (1), fakta dinyatakan dengan
menggunakan ayat majmuk keterangan. Cara
ini menunjukkan pertalian yang rapat antara
fakta “negara kita masih mengimport beras”
dengan fakta “penanaman padi merupakan
kegiatan pertanian utama”.
• Ini menonjolkan pertentangan dua fakta dan
penggunaan ayat majmuk keterangan jenis
pertentangan dengan menggunakan kata
hubung walaupun.
• Dalam cara (2) pula, ayatnya telah dipecahkan
menjadi dua ayat tunggal. Penekanan yang
diberikan tentang “penanaman padi sebagai
salah satu kegiatan utama”, sementara fakta
“negara kita masih perlu mengimport beras”
hanya faktor sampingan.
• Empat pola ayat inti
Frasa nama + Frasa nama
Frasa nama + Frasa sendi
Frasa nama + Frasa adjektif
Frasa nama + Frasa kerja
• Ayat terbitan satu dasar
Ayat songsang
Ayat nafi
Ayat penegas
Ayat pasif
Ayat perintah
Ayat tanya
Ayat seru
Ayat penggalan
Ayat dengan kata kerja berpelengkap
Ayat dengan adjektif berpelengkap
• Ayat terbitan dua dasar (ayat majmuk)
Ayat gabungan
Ayat pancangan
• Ayat terbitan banyak dasar (ayat majmuk
campuran)
Kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif
• Ayat aktif ialah ayat yang menekankan pelaku,
sementara ayat pasif menekankan subjek yang
dikenal.
• Penggunaan kedua-dua “binaan ayat” secara bersilih
ganti dapat menghidupkan tulisan.
• Contoh: “kita perlu membangkitkan kesedaran dalam
kalangan siswazah kita tentang pentingnya
penglibatan mereka dalam sektor perindustrian.
Kesedaran itu dapat kita bangkitkan dengan memberi
mereka maklumat tentang peluang pekerjaan dan
faedah yang dapat diperoleh dalam sektor tersebut.
• Ayat pertama ialah ayat aktif, sementara ayat
kedua ialah ayat pasif.
• Kedua-dua ayat itu berhasil memperlihatkan
urutan gagasan yang lancar dan bertaut erat.
• Kepelbagaian ayat biasa dan ayat songsang
• Kepelbagaian jenis ini bertindan dengan
beberapa kepelbagaian jenis yang lain
PENTINGNYA KESEJAJARAN
DALAM AYAT YANG BERKESAN
APA ITU KESEJAJARAN?
• Kesejajaran bererti bahawa sesuatu gagasan atau
idea yang dinyatakan dalam bentuk kata
nama(gaya nominal) hendaklah diikuti oleh
gagasan lain(yang sama fungsinya) dalam bentuk
kata nama juga.
• Contoh ciri kesejajaran:
“ Langkah pemulihan ekonomi negara hendaklah
dimulakan dengan penghematan belanja negara
dan individu, pengurangan import bagi barangan
yang kurang penting, penggalakan industri
setempat, dan peningkatan guna tenaga secara
optimum”.
• Semua kata yang berhuruf tebal merupakan
kata kunci yang mendukung gagasan dalam
ayat tersebut. Semua kata berbentuk kata
nama atau gaya nominal.
• Andai kata salah satu kata itu ditukar bentuk
menjadi kata kerja, hilanglah ciri kesejajaran.
• Hal ini mengurangkan kelancaran penampilan
gagasan sehingga ayat menjadi kurang
berkesan.
• Contoh ayat yang hilang ciri kesejajaran:
I. Langkah memulihkan ekonomi negara
hendaklah dimulakan dengan penghematan
belanja negara dan individu, pengurangan
import barangan yang kurang penting,
penggalakan industri setempat, dan
peningkatan guna tenaga secara optimum.
II. Langkah pemulihan ekonomi negara hendaklah
dimulakan dengan penghematan belanja negara
dan individu, mengurangkan import barang
yang kurang penting, penggalakan industri
setempat, dan peningkatan guna tenaga secara
optimum.
• Perubahan bentuk salah satu kata yang sama
fungsinya dalam ayat menghilangkan ciri
kesejajaran dan akan menjejaskan
keberkesanan ayat.
• Pemilihan bentuk kata kerja(gaya verbal) perlu
digunakan secara tekal agar terpelihara ciri
kesejajaran ayat. Contoh ayat:
“ Langkah memulihkan ekonomi negara
hendaklah dimulakan dengan menghematkan
belanja negara dan individu, mengurangkan
import barangan yang kurang penting,
menggalakkan industri setempat, dan
meningkatkan guna tenaga secara optimum”.
• Kita mempunyai pilihan sama ada mahu
menggunakan ayat gaya nominal ataupun
gaya verbal
• Perbincangan mengenai ciri kesejajaran dapat
melahirkan ayat yang berkesan.
PENALARAN DAN LOGIKA
DALAM AYAT YANG BERKESAN
APA ITU PENALARAN ?
• Nalar yang menjadi kata dasar penalaran
berkaitan rapat dengan konsep daya hujah.
• Penalaran dapat kita ertikan sebagai
keupayaan untuk menggunakan daya hujah
yang baik.
• Dalam bahasa Inggeris, ada konsep reasoning
yang kira-kira sama ertinya dengan penalaran
Apa itu logika??
• Logika dapat diertikan sebagai sistem berfikir,
iaitu sesuatu gagasan disusun sehingga dapat
diterima akal yang sihat.
• Sistem berfikir inilah yang memungkinkan
berlakunya penalaran atau keupayaan untuk
menggunakan daya hujah secara baik
Contoh Ayat berdasarkan prinsip
penalaran atau logika
Kerajaan memang bertanggungjawab untuk
memberikan kemudahan pendidikan kepada
rakyat, tetapi kerajaan tidak patut dibebani
tanggungjawab untuk memberikan pelajaran
kepada semua lepasan sekolah, maktab dan
universiti.
• Ayat tersebut menggambarkan bagaimana
teraturnya dan jelasnya pemikiran penulis
sewaktu menghasilkan gagasan melalui ayat
itu.
• Inilah syarat yang patut dipenuhi oleh setiap
penulis supaya pembaca tidak terseksa oleh
kekabutan pemikiran penulis.
Dua dasar berfikir secara logis
1. Takrif dan batasan tentang sesuatu gagasan
• Takrif dan batasan bagi sesuatu yang ingin
kita perkatakan amat penting supaya hal
tersebut cukup jelas dan tidak menyimpang
daripada maksud yang sebenarnya.
• Ada beberapa jenis takrif
I. Takrif sinonim
II. Takrif yang berdasar etimologi
III. Takrif formal atau Takrif logis
IV. Takrif logis
2) Generalisasi tentang sesuatu gagasan
• Generalisasi beerti bahawa sesuatu sifat atau
hal bagi sesuatu berlaku juga bagi kebanyakan
atau semua yang lain.
Contoh : Kita menyaksikan bahawa manusia dan
haiwan membesar.
• Generalisasi harus logis
• Generalisasi yang tidak logis melahirkan ayat
yang tidak nalar dan tidak logis
Contohnya : Orang Jepun ialah bangsa yang
zalim kerana pada zaman pendudukannya di
Tanah Melayu dahulu banyak rakyat yang
diseksa.
Generalisasi tersebut tidak logis kerana dibuat
berdasarkan fakta sejarah semata-mata tanpa
berdasarkan fakta semasa.
TERIMA KASIH….
Tertib Mengarang[Slaid].pptx
Tertib Mengarang[Slaid].pptx
Tertib Mengarang[Slaid].pptx
Tertib Mengarang[Slaid].pptx
Tertib Mengarang[Slaid].pptx

More Related Content

Similar to Tertib Mengarang[Slaid].pptx

Makalah individu
Makalah individuMakalah individu
Makalah individu
taufiq99
 

Similar to Tertib Mengarang[Slaid].pptx (20)

Makalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiffMakalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiff
 
Makalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiffMakalah kalimat efektiff
Makalah kalimat efektiff
 
kalimat yang efektif
kalimat yang efektifkalimat yang efektif
kalimat yang efektif
 
5 kalimat efektif dan contohnya
5 kalimat efektif dan contohnya5 kalimat efektif dan contohnya
5 kalimat efektif dan contohnya
 
Jenis-Jenis Kesalahan dan Kekeliruan Berbahasa (Kalimat Efektif).pdf
Jenis-Jenis Kesalahan dan Kekeliruan Berbahasa (Kalimat Efektif).pdfJenis-Jenis Kesalahan dan Kekeliruan Berbahasa (Kalimat Efektif).pdf
Jenis-Jenis Kesalahan dan Kekeliruan Berbahasa (Kalimat Efektif).pdf
 
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
ULASAN BUKU : Strategi Bahasa: Panduan Nahu dan Retorik Untuk Penulisan
 
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektifMakalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
 
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektifMakalah bahasa indonesia kalimat efektif
Makalah bahasa indonesia kalimat efektif
 
Makalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa IndonesiaMakalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa Indonesia
 
Makalah individu
Makalah individuMakalah individu
Makalah individu
 
MODUL 3 - PARAGRAF (KET. MENULIS) (1).pptx
MODUL 3 - PARAGRAF (KET. MENULIS) (1).pptxMODUL 3 - PARAGRAF (KET. MENULIS) (1).pptx
MODUL 3 - PARAGRAF (KET. MENULIS) (1).pptx
 
paragraf
paragrafparagraf
paragraf
 
Tugas tik firda
Tugas tik firdaTugas tik firda
Tugas tik firda
 
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
BAHASA MELAYU STPM ( PROSES PENERBITAN AYAT )
 
Kalimat efektif jadi
Kalimat efektif jadiKalimat efektif jadi
Kalimat efektif jadi
 
ini adalaha sebuah makalah tentang -paragraf.pdf
ini adalaha sebuah makalah tentang -paragraf.pdfini adalaha sebuah makalah tentang -paragraf.pdf
ini adalaha sebuah makalah tentang -paragraf.pdf
 
Kalimat efektif
Kalimat efektifKalimat efektif
Kalimat efektif
 
Tinpus ppt
Tinpus pptTinpus ppt
Tinpus ppt
 
Teori Analisis Kalimat.pdf
Teori Analisis Kalimat.pdfTeori Analisis Kalimat.pdf
Teori Analisis Kalimat.pdf
 
Teori Analisis Kalimat.docx
Teori Analisis Kalimat.docxTeori Analisis Kalimat.docx
Teori Analisis Kalimat.docx
 

Recently uploaded

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
pipinafindraputri1
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
IvvatulAini
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
RIMA685626
 

Recently uploaded (20)

Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
Modul 2 - Bagaimana membangun lingkungan belajar yang mendukung transisi PAUD...
 
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptxContoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
Contoh PPT Seminar Proposal Teknik Informatika.pptx
 
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdfMODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
MODUL PENDIDIKAN PANCASILA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA.pdf
 
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
RENCANA & Link2 Materi Pelatihan_ "Teknik Perhitungan TKDN, BMP, Preferensi H...
 
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptxRegresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
Regresi Linear Kelompok 1 XI-10 revisi (1).pptx
 
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptxPPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
PPT MODUL 6 DAN 7 PDGK4105 KELOMPOK.pptx
 
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTXAKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
AKSI NYATA TOPIK 1 MERDEKA BELAJAR. PPTX
 
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKAKELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
KELAS 10 PERUBAHAN LINGKUNGAN SMA KURIKULUM MERDEKA
 
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
PELAKSANAAN (dgn PT SBI) + Link2 Materi Pelatihan _"Teknik Perhitungan TKDN, ...
 
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
power point bahasa indonesia "Karya Ilmiah"
 
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAYSOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
SOAL PUBLIC SPEAKING UNTUK PEMULA PG & ESSAY
 
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHANTUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
TUGAS RUANG KOLABORASI 1.3 PRAKARSA PERUBAHAN
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptxAKSI NYATA  Numerasi  Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
AKSI NYATA Numerasi Meningkatkan Kompetensi Murid_compressed (1) (1).pptx
 
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptxModul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
Modul Projek Bangunlah Jiwa dan Raganya - Damai Belajar Bersama - Fase C.pptx
 
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
BAHAN PAPARAN UU DESA NOMOR 3 TAHUN 2024
 
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMKAksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
Aksi Nyata Disiplin Positif Keyakinan Kelas untuk SMK
 
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptxMemperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
Memperkasakan Dialog Prestasi Sekolah.pptx
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 

Tertib Mengarang[Slaid].pptx

  • 1.
  • 2.
  • 3. • Karangan sebagai binaan yang disebut wacana biasanya dapat dilihat sebagai sehimpunan perenggan yang saling berkaitan. • Kekecualian berlaku hanya pada wacana tertentu yang ringkas seperti pengumuman, nota telegram dan ucapan pada kad. • Perenggan terbina daripada sehimpunan ayat. • Ayat pula dijalinkan sedemikian rupa sehingga menjadi seakan-akan anyaman yang kemas • Maksudnya, sesebuah perenggan bukan sekadar terdiri daripada beberapa ayat, tetapi semua ayat itu mestilah memperlihatkan pertalian antara satu dengan yang lain. • Karangan yang berkesan bergantung juga pada ayat yang berkesan.
  • 4. • Yang dikatakan ayat yang berkesan ialah ayat yang dapat menampilkan sesuatu fikiran atau maklumat dengan jelas. • Hal ini dapat dikaitkan dengan takrif ayat yang dikemukakan oleh ahli tatabahasa tradisional, iaitu bentuk bahasa yang mengandungi fikiran yang lengkap. • Ayat yang tidak sempurna, baik dari segi bentuknya mahupun maknanya, dengan sendirinya ayat yang tidak berkesan. • Ayat yang tidak dapat menyatakan buah fikiran secara berkesan dengan sendirinya menghasilkan karangan yang tidak berkesan.
  • 5. • Enam syarat dan kaedah untuk menghasilkan ayat yang berkesan ialah:  Kesatuan gagasan  Kepaduan  Penekanan  Kepelbagaian  Kesejajaran  Penalaran dan logika
  • 6. • Syarat yang pertama, yang kedua, dan yang keenam adalah syarat yang paling utama. • Syarat ketiga, keempat, dan kelima dapat dianggap sebagai unsur pelengkap. • Tanpa unsur yang pertama, yang kedua, dan yang keenam itu, tiga unsur pelengkap itu tidak bererti apa-apa.
  • 8. APA ITU KESATUAN GAGASAN? • Setiap ayat hendaklah mendukung sesuatu gagasan atau idea. • Gagasan atau idea berfungsi mengembangkan tema atau isu yang menjadi asas karangan. Sesebuah karangan perlu bertunjangkan satu tema atau isu pokok. • Tema itu memerlukan huraian dan pengembangan dan melalui ayatlah huraian itu dapat dibuat. • Maka jelaslah, setiap ayat dalam sesebuah karangan seharusnya berisi satu gagasan yang jelas.
  • 9. • Kesatuan gagasan bererti bahawa ayat yang dihasilkan harus dapat memperlihatkan tema ayat tersebut. • Dengan kata lain, ayat itu perlu mempunyai fokus. • Untuk menghasilkan ayat yang mempunyai kesatuan gagasan, elakkan penulisan beberapa idea atau gagasan dalam satu ayat. • Hal ini demikian kerana, ayat yang terlalu panjang mempunyai kecenderungan berisi lebih daripada satu gagasan. • Ayat yang berisi lebih daripada satu gagasan akan kehilangan fokus dan menjadi ayat yang lemah. • Ayat yang lemah bukanlah ayat yang berkesan.
  • 10. • Untuk memahami ayat yang berisi daripada satu gagasan, perhatikan contoh yang berikut: “ Oleh sebab itu, salah satu jalan ialah membimbing anak ke arah kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta yang lebih tinggi, diiringi pula oleh pengawasan yang teliti dan saksama daripada orang tua yang sekali gus perlu memahami kejiwaan anaknya”. • Ada beberapa gagasan yang digabungkan dalam ayat tersebut, iaitu: 1. Pentingnya kebebasan berfikir untuk meninggikan daya cipta. 2. Pentingnya pengawasan yang teliti dan saksama daripada ibu bapa. 3. Pentingnya ibu bapa memahami masalah kejiwaan anaknya.
  • 11. • Dengan adanya tiga gagasan penting dalam satu ayat, maka ayat itu kehilangan fokus. • Ayat tersebut tidak dapat dilihat sebagai ayat yang memiliki kesatuan gagasan, tetapi sebaliknya ayat yang tidak mempunyai arah jelas. • Ayat itu akan menjadi ayat yang jelas apabila dipecahkan kepada tiga ayat yang berasingan. Berikut merupakan contoh ayat yang memiliki kesatuan gagasan: “ Hanya dengan pendidikan sahajalah anak itu kelak akan dapat menempatkan dirinya sebagai anggota masyarakat yang berguna”.
  • 12. • Ayat tersebut jelas memiliki satu gagasan sahaja. Maksudnya cukup jelas dan pembaca tidak terkacau dengan gagasan yang lain. • Pembaca dengan mudah dapat menangkap gagasan yang ingin ditonjolkan, iaitu pentingnya pendidikan kepada anak.
  • 14. Kepaduan ayat • Kepaduan bererti hubungan timpal balik yang baik dan jelas antara unsur pembentuk ayat. Pembentuk ayat • Kata dan frasa,kerana daripada jalinan antara kata dengan kata dan frasa dengan frasalah yang membentuk ayat. • Hubungan antara satu kata atau frasa dengan satu kata atau frasa yang lain.
  • 15. Contoh ayat: Tentukan yang manakah ayat yang padu? 1.Hakim menjatuhkan pengedar dadah itu hukuman gantung hingga mati. 2.Hakim menjatuhkan hukuman gantung hingga mati kepada pengedar dadah itu.
  • 16. • Untuk menentukan kepaduan ketiga-tiga ayat perlu tahu aturan susunan kata kerja transitif yang berakhiran -kan dan kata kerja transitif yang berakhiran -i. • Dalam ayat 1 dan ayat 2 akhiran –kan pada kata kerja transitif menjatuhkan menunjukkan objek bergerak. • Objek ayat 1 ialah pengedar dadah itu, sementara objek ayat 2 ialah hukuman gantung hingga mati
  • 17. • Ayat 1 menimbulkan makna bahawa hakim menjatuhkan pengedar dadah itu,sementara ayat 2 bererti hakim menjatuhkan hukuman gantung sampai mati. • Ayat yang tepat maknanya ialah ayat yang kedua,kerana yang dijatuhkan ialah hukuman,bukan pengedar dadah.
  • 18. • Kepaduan ayat akan terjejas jika susunan kata dalam konteks fasa nama tidak menurut Hukum D-M. • Menurut aturan ini,kata yang diterangkan ( kata utama) letaknya di hadapan kata yang menerangkan (penerang)
  • 19. Contoh susunan kata Salah • Anita Klinik • Dengan lain perkataan….. • Lain-lain hal • ….mempunyai cukup modal • ….memerlukan banyak pekerja • Kedua-dua cara mempunyai sama faedah Betul • Klinik Anita • Dengan perkataan lain….. • Hal-hal lain • ….mempunyai modal yang cukup • …banyak memerlukan pekerja • Kedua-dua cara itu sama faedahnya
  • 20. • Apabila sesuatu kata yang tidak perlu digunakan,ayat menjadi tidak padu. • Kata yang sering digunakan walhal tidak diperlukan ialah kata sendi sesudah kata kerja transitif. Contohnya: 1) Mereka tidak mengetahui akan kelebihan menuntut ilmu 2) Kami berusaha memahami tentang penderitaan rakyat terbanyak
  • 21. • Ayat-ayat itu dikatakan salah atau tidak gramatis kerana memecahkan hubungan antara kata kerja transitif dengan objeknya. • Kesalahan itu menyebabkan kepaduan ayat terjejas.
  • 22. PENEGASAN SEBAGAI CIRI AYAT YANG BERKESAN
  • 23. PENEGASAN • Salah satu cara untuk menimbulkan penegasan ialah mengubah kedudukan bahagian tertentu dalam ayat. • Bahagian yang berisi gagasan yang hendak ditegaskan hendaklah dipindahkan ke hadapan. • Dalam tatabahasa, ada susunan ayat yang disebut sebagai ayat songsang dan proses yang disebut penyongsangan ayat. • Ia bermaksud, dalam susunan ayat yang biasa, bahagian subjek ayat diletakkan di hadapan manakala bahagian predikat terletak di belakang. • Apabila kedudukan tersebut diterbalikkan, maka terbentuklah ayat songsang.
  • 24. • Berikut merupakan contoh ayat biasa dan ayat songsang: AYAT BIASA + Contoh: Lukisan itu/sungguh cantik. AYAT SONGSANG + Contoh: Sungguh cantik/lukisan itu. SUBJEK PREDIKAT PREDIKAT SUBJEK
  • 25. • Penegasan dengan cara penyongsangan ayat bukan sahaja berlaku untuk subjek dan predikat. • Seringkali bahagian yang disebut keterangan, iaitu predikat tambahan, dikedepankan untuk maksud penekanan. Bandingkan contoh ayat tersebut: 1. Amira menjadi tenang apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya. 2. Apabila diberitahu tentang hal yang sebenarnya , Amira menjadi tenang. • Ayat 1 menonjolkan perihal pelaku (Amira) dan keadaannya, namun keterangan ayat diletakkan di belakang kerana bukan itu yang hendak ditegaskan. • Ayat 2 pula menonjolkan penegasan kepada keterangan ayat bagi menjelaskan perilaku (Amira) menjadi tenang.
  • 26. • Selain penyongsangan, penegasan juga dapat dilakukan dengan pemasifan ayat. Dalam tatabahasa, ayat aktif menekankan pelaku, sementara ayat pasif menekankan objek yang dikenai. Contohnya: 3a. Aku ingin sekali menemui ibu kandungku.(ayat aktif) 3b. Ibu kandungku ingin sekali aku temui.(ayat pasif) • Cara lain untuk menimbulkan penegasan ialah mengulang unsur yang tertentu dalam ayat. • Pengulangan dengan sendirinya menghasilkan penegasan. Perhatikan contoh pengulangan dalam ayat yang berikut: “ Kesejahteraan mestilah dilihat secara luas, iaitu kesejahteraan ekonomi, kesejahteraan sosial dan kesejahteraan mental”. • Dengan pengulangan kata kesejahteraan, pembaca dengan cepat dapat menangkap tema ayat yang ingin disampaikan.
  • 27. • Penegasan sesuatu gagasan dalam satu ayat dapat juga dihasilkan dengan mempertentangkan dua kenyataan. • Teknik ini membolehkan kita berfikir secara positif dan negatif sekaligus. Contoh ayat ialah: “ Kita tidak ingin generasi yang memuja kebendaan, tetapi generasi yang berpegang kuat pada nilai akhlak”. • Dengan mempertentangkan kedua-duanya, ayat tersebut dapat menampilkan gagasan positif untuk diterima oleh pembaca.
  • 28. • Selain itu, penegasan dapat juga ditimbulkan dengan penggunaan partikel kah, lah, dan dah. • Semua partikel itu disebut partikel pementing predikat. • Penggunaan partikel ini berkaitan dengan proses penyongsangan ayat. Contoh ayat: “ Dia yang datang semalam”. • Ayat tersebut bukan sahaja tidak bertenaga malah tidak gramatis. “ Dialah yang datang semalam”. • Ayat ini dengan terang memberikan penekanan kepada dia yang menjadi predikat ayat. • Demikianlah akhirnya huraian tentang ciri penegasan dalam konteks melahirkan ayat yang berkesan.
  • 29. CIRI KEPELBAGAIAN DALAM AYAT YANG BERKESAN
  • 30. KEPELBAGAIAN • Bererti kelainan bentuk yang digunakan untuk menyatakan sesuatu maksud. • Dalam bahasa memang terdapat kelainan tetapi sama maknanya. • Kepelbagaian bentuk bahasa dapat kita zahirkan dalam tulisan dengan memanfaatkan unsur seperti sinonim(kata seerti), kepelbagaian pola dan jenis ayat, kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif, serta kepelbagaian yang melibatkan perubahan kedudukan sesuatu unsur dalam ayat.
  • 31. • Paduan kepelbagaian tersebut itu dapat menghidupkan tulisan, di samping dapat mengelakkan rasa jemu pada pembaca.
  • 32. Kepelbagaian Sinonim • Sinonim sering juga disebut oleh orang sebagai kata seerti. • Tidak banyak kata yang betul-betul seerti dengan kata lain, tetapi ada pertindanan ertinya. • Sebagai contoh, kata gembira dan suka ada pertindanan maknanya, tetapi dalam konteks tertentu, kedua-dua patah kata itu tidak dapat bertukar ganti. Misalnya : “Orang itu suka menulis pada waktu lapang”
  • 33. • Kata suka tepat ertinya dalam konteks ayat itu. • Tetapi cuba kata itu digantikan dengan kata gembira. Tentu janggal dan tidak dapat diterima ayat “Orang itu gembira menulis pada waktu lapang” • Berkaitan dengan hal ini, yang perlu dikuasai oleh penulis ialah kata dengan maknanya yang tepat. • Cara yang terbaik adalah dengan selalu merujuk kepada kamus, baik kamus umum, kamus istilah, mahupun kamus peribahasa.
  • 34. • Tesaurus merupakan satu lagi sumber rujukan yang penting dalam hal penguasaan kosa kata atau perbendaharaan kata. • Penguasaan perbendaharaan kata yang luas menjadi aset yang penting bagi seseorang penulis. • Kata yang disesuaikan daripada bahasa asing banyak memberikan konsep baharu. • Kata industri, misalnya, boleh digunakan sebagai kelainan sinonim bagi kata perusahaan.
  • 35. • Kata generasi boleh digunakan seiring dengan kata keturunan. • Demikian jugalah dengan kata kontradiksi bagi percanggahan, konfrontasi bagi pertentangan, situasi bagi suasana, konteks bagi keadaan, formal bagi rasmi, persepsi bagi pengamatan, justifikasi bagi kewajaran, dan koleksi bagi kumpulan. • Ada juga kelainan sinonim yang dicipta oleh orang daripada lama yang arkaik atau daripada kata bahasa daerah.
  • 36. • Belakangan ini, popular sekali kata seperti canggih sebagai kelainan sinonim bagi sofistikated, tuntas bagi lengkap, penataran bagi peningkatan, mangkus bagi efektif, dan terampil bagi mahir. • Kalau pada satu pihak ada kecenderungan orang memilih kelainan sinonim dengan menggunakan kata ambilan daripada bahasa Eropah, khususnya Inggeris, maka pada satu pihak lagi ada pula kecenderungan orang memilih kata yang dianggap asli.
  • 37. Kepelbagaian pola dan jenis ayat • Kepelbagaian pola dan jenis ayat yang dapat dihasilkan dengan menggunakan pola ayat inti atau ayat tunggal dan ayat terbitan menurut kesesuaian konteks. • Pemilihan bergantung pada kesesuaian dan keperluan menyatakan mesej. • Bandingkan 2 cara menerangkan fakta yang berikut: 1. Negara kita masih perlu mengimport beras walaupun penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian yang utama di negara ini.
  • 38. 2. Penanaman padi merupakan salah satu kegiatan pertanian utama di negara ini. Namun, negara kita masih perlu mengimport beras. • Dalam cara (1), fakta dinyatakan dengan menggunakan ayat majmuk keterangan. Cara ini menunjukkan pertalian yang rapat antara fakta “negara kita masih mengimport beras” dengan fakta “penanaman padi merupakan kegiatan pertanian utama”. • Ini menonjolkan pertentangan dua fakta dan penggunaan ayat majmuk keterangan jenis pertentangan dengan menggunakan kata hubung walaupun.
  • 39. • Dalam cara (2) pula, ayatnya telah dipecahkan menjadi dua ayat tunggal. Penekanan yang diberikan tentang “penanaman padi sebagai salah satu kegiatan utama”, sementara fakta “negara kita masih perlu mengimport beras” hanya faktor sampingan. • Empat pola ayat inti Frasa nama + Frasa nama Frasa nama + Frasa sendi Frasa nama + Frasa adjektif Frasa nama + Frasa kerja
  • 40. • Ayat terbitan satu dasar Ayat songsang Ayat nafi Ayat penegas Ayat pasif Ayat perintah Ayat tanya Ayat seru Ayat penggalan Ayat dengan kata kerja berpelengkap Ayat dengan adjektif berpelengkap
  • 41. • Ayat terbitan dua dasar (ayat majmuk) Ayat gabungan Ayat pancangan • Ayat terbitan banyak dasar (ayat majmuk campuran)
  • 42. Kepelbagaian ayat aktif dan ayat pasif • Ayat aktif ialah ayat yang menekankan pelaku, sementara ayat pasif menekankan subjek yang dikenal. • Penggunaan kedua-dua “binaan ayat” secara bersilih ganti dapat menghidupkan tulisan. • Contoh: “kita perlu membangkitkan kesedaran dalam kalangan siswazah kita tentang pentingnya penglibatan mereka dalam sektor perindustrian. Kesedaran itu dapat kita bangkitkan dengan memberi mereka maklumat tentang peluang pekerjaan dan faedah yang dapat diperoleh dalam sektor tersebut.
  • 43. • Ayat pertama ialah ayat aktif, sementara ayat kedua ialah ayat pasif. • Kedua-dua ayat itu berhasil memperlihatkan urutan gagasan yang lancar dan bertaut erat. • Kepelbagaian ayat biasa dan ayat songsang • Kepelbagaian jenis ini bertindan dengan beberapa kepelbagaian jenis yang lain
  • 45. APA ITU KESEJAJARAN? • Kesejajaran bererti bahawa sesuatu gagasan atau idea yang dinyatakan dalam bentuk kata nama(gaya nominal) hendaklah diikuti oleh gagasan lain(yang sama fungsinya) dalam bentuk kata nama juga. • Contoh ciri kesejajaran: “ Langkah pemulihan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan penghematan belanja negara dan individu, pengurangan import bagi barangan yang kurang penting, penggalakan industri setempat, dan peningkatan guna tenaga secara optimum”.
  • 46. • Semua kata yang berhuruf tebal merupakan kata kunci yang mendukung gagasan dalam ayat tersebut. Semua kata berbentuk kata nama atau gaya nominal. • Andai kata salah satu kata itu ditukar bentuk menjadi kata kerja, hilanglah ciri kesejajaran. • Hal ini mengurangkan kelancaran penampilan gagasan sehingga ayat menjadi kurang berkesan.
  • 47. • Contoh ayat yang hilang ciri kesejajaran: I. Langkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan penghematan belanja negara dan individu, pengurangan import barangan yang kurang penting, penggalakan industri setempat, dan peningkatan guna tenaga secara optimum. II. Langkah pemulihan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan penghematan belanja negara dan individu, mengurangkan import barang yang kurang penting, penggalakan industri setempat, dan peningkatan guna tenaga secara optimum.
  • 48. • Perubahan bentuk salah satu kata yang sama fungsinya dalam ayat menghilangkan ciri kesejajaran dan akan menjejaskan keberkesanan ayat. • Pemilihan bentuk kata kerja(gaya verbal) perlu digunakan secara tekal agar terpelihara ciri kesejajaran ayat. Contoh ayat: “ Langkah memulihkan ekonomi negara hendaklah dimulakan dengan menghematkan belanja negara dan individu, mengurangkan import barangan yang kurang penting, menggalakkan industri setempat, dan meningkatkan guna tenaga secara optimum”.
  • 49. • Kita mempunyai pilihan sama ada mahu menggunakan ayat gaya nominal ataupun gaya verbal • Perbincangan mengenai ciri kesejajaran dapat melahirkan ayat yang berkesan.
  • 50. PENALARAN DAN LOGIKA DALAM AYAT YANG BERKESAN
  • 51. APA ITU PENALARAN ? • Nalar yang menjadi kata dasar penalaran berkaitan rapat dengan konsep daya hujah. • Penalaran dapat kita ertikan sebagai keupayaan untuk menggunakan daya hujah yang baik. • Dalam bahasa Inggeris, ada konsep reasoning yang kira-kira sama ertinya dengan penalaran
  • 52. Apa itu logika?? • Logika dapat diertikan sebagai sistem berfikir, iaitu sesuatu gagasan disusun sehingga dapat diterima akal yang sihat. • Sistem berfikir inilah yang memungkinkan berlakunya penalaran atau keupayaan untuk menggunakan daya hujah secara baik
  • 53. Contoh Ayat berdasarkan prinsip penalaran atau logika Kerajaan memang bertanggungjawab untuk memberikan kemudahan pendidikan kepada rakyat, tetapi kerajaan tidak patut dibebani tanggungjawab untuk memberikan pelajaran kepada semua lepasan sekolah, maktab dan universiti.
  • 54. • Ayat tersebut menggambarkan bagaimana teraturnya dan jelasnya pemikiran penulis sewaktu menghasilkan gagasan melalui ayat itu. • Inilah syarat yang patut dipenuhi oleh setiap penulis supaya pembaca tidak terseksa oleh kekabutan pemikiran penulis.
  • 55. Dua dasar berfikir secara logis 1. Takrif dan batasan tentang sesuatu gagasan • Takrif dan batasan bagi sesuatu yang ingin kita perkatakan amat penting supaya hal tersebut cukup jelas dan tidak menyimpang daripada maksud yang sebenarnya. • Ada beberapa jenis takrif I. Takrif sinonim II. Takrif yang berdasar etimologi III. Takrif formal atau Takrif logis IV. Takrif logis
  • 56. 2) Generalisasi tentang sesuatu gagasan • Generalisasi beerti bahawa sesuatu sifat atau hal bagi sesuatu berlaku juga bagi kebanyakan atau semua yang lain. Contoh : Kita menyaksikan bahawa manusia dan haiwan membesar. • Generalisasi harus logis
  • 57. • Generalisasi yang tidak logis melahirkan ayat yang tidak nalar dan tidak logis Contohnya : Orang Jepun ialah bangsa yang zalim kerana pada zaman pendudukannya di Tanah Melayu dahulu banyak rakyat yang diseksa. Generalisasi tersebut tidak logis kerana dibuat berdasarkan fakta sejarah semata-mata tanpa berdasarkan fakta semasa.