1. Cerita ini menceritakan tentang persahabatan erat antara rusa, kura-kura, dan kenari yang saling tolong menolong ketika berhadapan dengan bahaya.
2. Ketika rusa terperangkap, kura-kura dan kenari bekerjasama untuk membebaskannya dari perangkap sementara mengelakkan diri dari ancaman pemburu.
3. Akhirnya ketiga haiwan itu dapat terselamatkan berkat kerjasama dan tolong-menolong
1. Assalamualaikumwarahmatullahiwabarokatuh. Salam sejahtera dan salam satu
Malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis , yang mengizinkan saya berdiri
disini, para hakim yang bertunjangkan keadilan lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan sekalian.
Tajuk cerita saya ialah Ayam Jantan Yang berani.
Ayam jantan dan ibu ayam berdua membawa anak-nak mereka ke padang.
Mereka sekeluarga menangkap cacing sambil bermain-main di situ dengan
gembira.
Pada ketika itu seekor helang yang lapar terbang tinggi di udara di kawasan
itu. Ia terbang ke sana ke mari untuk mencari makanan. Ibu ayam terlihat
helang yang terbang tinggi itu. Ia menyuruh anak-anakya supaya berlindung
di bawah kepaknya. Dengan demikianlah helang tidak dapat menangkap
anak-anak ayam itu.
Kawan-kawan
Akhirnya helang mahu menangkap ibu ayam pula. Ia berlegar-legar di udara.
Ia menunggu masa itu untuk menangkap ibu ayam.
Tiba-tiba helang menjunam lalu hinggap ke atas belakang ibu ayam. Ia
mencengkam belakang ibu ayam dengan kukunya yang tajam itu. Helang
hendak membawa ibu ayam ke udara. Pada ketika itu,ia berasa sesuatu yang
berat sedang mencengkam belakangnya. Ia terperanjat melihat ayam jantan
di atas belakangnya.
Ayam jantan mematuk bulu kepala helang. Helang berasa sakit lalu
melepaskan ibu ayam. Ibu ayam bangun lalu berlari bersama anak-anaknya
jauh dari tempat itu.
2. Helang hendak melepaskan diri daripada cengkaman ayam jantan. Walaupun
mencuba sedaya upaya, namun ia tidak sanggup berbuat demikian.
Kemudian helang berfikir, “biar aku bawa ayam jantan ini ke sarang aku di
gunung. Maka dapatlah aku makan ayam jantan sepuas-puasnya.”
Helang pun membuka kepaknya lalu terbang ke udara bersama ayam jantan.
Kuku ayam jantan tetap mencengkam kuat ke dalam badan helang. Helang
berasa sakit lalu menjerit-jerit.
Kemudian helang menjunam sepantas kilat. Ia mahu menjatuhkan ayam
jantan dari atas belakangnya. Tiba-tiba ia terjatuh ke bumi bersama ayam
jantan.
Sekarang mereka berdua berlawan pula. Helang menerkam ke arah ayam
jantan. Ayam jantan pandai mengelak. Helang sangat marah kepada ayam
jantan.
Helang menerkam ayam jantan lagi lalu menggigit kakinya. Ayam jantan pula
mencakar sebelah mata helangg itu sekuat-kuat hatinya menggunakan
kukunya yang tajam itu.
Kawan-kawan
Mata helang tercedera. Ia tidak mahu berlawan dengan ayam jantan lagi. Ia
membuka sayapnya lalu terbang pergi dari situ. Stelah helang terbang jauh,
ayam jantan pun pulang ke rumah. Ibu ayam dengan anak-anaknya sedang
menunggu kepulangan ayam jantan.Mereka terlalu gembira melihat ayam
jantan pulang dengan selamat.
3. Oleh itu kawan-kawan, dapat dinyatakan di sini bahwa kasih sayang ibu bapa
kepada anak-anaknya tidak ternilai sehingga ke hujung nyawa.
4. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh. Salam sejahtera dan salam
satu Malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis yang mengizinkan saya berdiri
di sini, para hakim yang bertunjangkan keadilan lagi bijaksana, guru-guru dan
rakan sekalian. Di pagi yang indah ini, saya ingin menyampaikan sebuah
cerita Ibu Buaya Dengan Serigala.
Kawan-kawan
Ibu buaya mempunyai enam ekor anak yang masih kecil. Ia sangat sayang
kepada kepada anak-anaknya. Pada suatu hari, ia ingin mencari guru untuk
mengajar anak-anaknya.
Terdapat seekor serigala yang tinggal berjiranan dengan keluarga buaya. Ibu
buaya mengetahui serigala itu guru yang bijak. Ia pun meminta serigala
supaya mengajar anak-anaknya.
“Saya sentiasa sibuk pada waktu siang,” kata serigala kepada ibu buaya,
“akan tetapi saya saya boleh ajar anak-anak awak itu pada waktu malam jika
mereka rela tinggal bersama saya.”
Ibu buaya bersetuju dengan cadangan serigala tersebut. Pada keesokan
harinya, ia menghantar keenam-enam ekor anaknya ke rumah serigala.
Serigala mendapati keenam-enam ekor anak buaya itu sangat montel. Air
liurnya meleleh. Ia menunggu peluang itu hendak makan anak-anak buaya.
Setelah ibu buaya pulang serigala pun berkata kepada anak-anak
buaya.”anak-anak ke mari, cikgu akan ajar kamu semua membaca.
5. Beberapa lama kemudian, serigala menyurah anak-anak buaya keluar untuk
bermain-main. Pada ketika itu ia memerhati segala gerak-geri anak-anak
buaya itu.
Serigala menunggu peluang itu untuk menangkap salah seekor anak buaya.
Masa itu pun tibalah apabila ia menangkap anak buaya yang keluar akhir
sekali itu. Ia menelan anak buaya tersebut dengan gelogoh
Pada hari kedua, ibu buaya datang untuk melawat anak-anaknya. Serigala
membawa keluar anak-anak buaya ke hadapan ibu buaya seekor demi
seekor. Ia membawa keluar anak buaya yang kelima itu sebanyak dua kali.
Apabila mendapat anak-anaknya itu masih ada serta juga berkeadaan sihat,
ibu buaya pun pulang sepuas-puasnya. Setelah itu serigala makan seekor lagi
anak buaya.
Pada hari ketiga, ibu buaya datang untuk melawat anak-anaknya lagi.
Serigala melakukan penipuan seperti sebelumnya itu. Ia membawa keluar
anak buaya yang keempat itu sebanyak tiga kali. Ibu buaya nendapati anak-anaknya
itu genap enam ekor. Ia pun pulanglah sepuas-puasnya.
Setelah itu serigala makan seekor anak buaya lagi. Kini anak buaya tinggal tiga
ekor sahaja. Pada hari keempat, ibu buaya datang lagi. Serigala membawa
anak-anak buaya yang ketinggalan itu seekor demi eekor. Setiap ekor anak
buaya itu dibawa keluar sebanyak dua kali. Ibu buaya mendapati anak-anaknya
itu genap enam ekor. Ia pun pulanglah sepuas-puasnya.
Serigala terus makan seekor anak buaya sehari sampai habis. Setiap hari ibu
buaya tertipu oleh serigala. Pada hari ketujuh, ibu buaya datang ke rumah
serigala lagi tetapi rumah itu sudah kosong. Ibu buaya baru sedar yang ia
tertipu oleh srigala. Ia berasa terlalu sedih. “ Saya hanya tahu yang serigala itu
6. bijak,” kata ibu buaya kepada dirinya dengan perasaan penuh sesal, “ tetapi
saya tidak tahu tentang perangainya.
Kawan-kawan disini dapatlah saya berpesan bahawa kita hendaklah
menyiasat seseorang itu sebelum diberi kepercayaan penuh kepadanya.
7. Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarokatuh. Selamat sejahtera dan salam
1 malaysia. Terima kasih tuan pengerusi majlis yang mengizinkan saya berdiri
disini. Para panel hakim yang bertunjangkan keadilan lagi bijaksana, guru-guru
dan rakan sekalian. Di pagi yang indah ini, ingin saya menyampaikan sebuah
cerita yang bertajuk Tiga Sahabat karib
Kawan-kawan
Dipinggir sebuah hutan itu tinggal tiga sahabat baik. Mereka ialah rusa, kura-kura
dan kenari. Ketiga-tiga sahabat itu sentiasa tolong-menolong antara satu
sama lain. Mereka hidup bersama dengan aman damai dan bahagia.
Pada suatu hari, rusa terkena perangkap. Ia meronta-ronta hendak keluar dari
dalam perangkap itu tetapi tidak berjaya. “Tolong, tolong aku!” jerit rusa.
Jeritan rusa itu didengar oleh kura-kura dan kenari berdua. Mereka datang
menolongnya. “tunggu dulu, kata kura-kura, “biar aku gigit jaring ini.”
Selepas beberapa ketika, kura-kura masih belum berjaya melepaskan rusa dari
dalam perangkap. Sementara itu kenari terbang ke sana ke mari untuk
mengawal kawasan itu. Ia takut kalau-kalau pemburu itu datang.
Tiba-tiba kenari ternampak pemburu itu sedang menuju ke tempat mereka. Ia
segera mencari akal supaya pemburu itu tidak datang ke arah perangkap.
Kenari pun terbanglah rendah di hadapan pemburu itu untuk menarik
perhatiannya. Kemudian pemburu hendak menangkap kenari itu itu pula. Dia
cepat-cepat mengejarnya.
Sementara itu kura-kura telah berjaya mengoyakkan jaring itu. Perangkap itu
pun terbukalah. Akhirnya rusa berjaya keluar dari perangkap itu
8. Pemburu itu gagal menangkap kenari. Dia berpatah balik lalu berjalan menuju
ke perangkap melihat jaring yang koyak itu.
“Siapa pula yang koyakkan jaring aku ini!” kata pemburu kemarahan. Pada
ketika itu pemburu ternampak kenari yang sedang bertenggek di atas dahan
pokok itu. Dia hendak menembak kenari. Dia mengangkat senapang lalu
membidik kenari. Seketika itu kura-kura kebetulan nampak pemburu yang
hendak menembak kenari itu. Ia pun menggigitlah kaki pemburu itu sekuat-kuat
hatinya. Pemburu menjerit kesakitan. Kenari terdengar jeritan pemburu itu
lalu terbang pergi dari situ. Pemburu mendapati kura-kura itulah yang
menggigit kakinya.. dia sungguh marah lalu menangkapnya.
Dia memasukkannya ke dalam beg yang dibawanya. Pemburu itu terus
memburu kenari tetapi tidak berjaya menangkapnya. Pada ketika itu pemburu
berasa terlalu letih. Dia menyandar pada pangkal pokok lalu tertidur.
Apabila pemburu itu sedang tidur dengan nyenyaknya, rusa berjalan
menghampirinya dengan diam-diam sahaja. Ia mengambil beg yang
tergantung pada dahan pokok itu menggunakan tanduknya itu. Kemudian
kenari membuka beg itu dengan paruhnya untuk membebaskan kura-kura.
Akhirnya mereka bertiga terselamat daripada pemburu itu.
Kawan-kawan
Oleh itu kawan-kawan ingin saya berpesan hendaklh tolong-menolong antara
satu sama lain.