O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×

KAQ1063 Kuliah 3 (2).ppt

Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Próximos SlideShares
Muzik
Muzik
Carregando em…3
×

Confira estes a seguir

1 de 33 Anúncio
Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Anúncio

KAQ1063 Kuliah 3 (2).ppt

  1. 1. HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan peranan muzik, pergerakan kreatif dan drama dalam pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). 2. Menyatakan peranan muzik, pergerakan kreatif dan drama dalam pendidikan awal kanak-kanak berdasarkan Kurikulum PERMATA Negara.
  2. 2. PENGENALAN • Muzik, pergerakan dan drama secara khususnya adalah implementasi yang perlu dibaja kepada kanak-kanak pada peringkat awal lagi. • Pelbagai teori telah diperkenalkan bagi memudahkan pakar untuk membuat rujukan dan panduan terhadap perkembangan kanak- kanak terutamanya dalam bidang muzik, pergerakan dan drama.
  3. 3. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
  4. 4. KREATIVITI & ESTETIKA 1. Muzik • Muzik, gerakan dan drama di prasekolah merupakan asas kepada pendidikan muzik yang boleh dikembangkan melalui pelbagai aktiviti yang kreatif, menyeronokkan dan menghiburkan. • Murid diberi peluang untuk menunjukkan bakat dan minat dalam meneroka melalui dunia muzik pada tahap perkembangan masing-masing.
  5. 5. 2. Drama • Drama di prasekolah merupakan asas untuk murid meniru kehidupan mengikut plot yang terbina dari tiga perkara iaitu aksi, tempat dan masa. • Murid akan diberi peluang untuk mengekspresi emosi melalui watak yang dilakonkan berdasarkan cerita serta menggunakan imaginasi mereka.
  6. 6. 3. Seni Visual • Seni visual di prasekolah menekankan penghasilan karya kreatif dan menghargai hasil seni yang berasaskan empat bidang iaitu menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan serta mengenal kraf tradisional. • Kesepaduan bidang ini akan memberi peluang kepada murid untuk memupuk minat, memperkembangkan keperibadian, memberi kesedaran dan kepekaan kepada nilai-nilai kesenian dan alam sekitar.
  7. 7. Selepas mengikuti aktiviti pembelajaran yang berteraskan kreativiti dan estetika, murid boleh: • Menghayati pelbagai jenis muzik. • Melakukan gerakan mengikut muzik yang didengar. • Melakonkan pelbagai watak berdasarkan cerita. • Mengaplikasi pengetahuan dalam menghasilkan karya seni. • Menghasil karya seni secara kreatif dengan menggunakan pelbagai teknik dan bahan. • Menghargai karya seni ciptaan sendiri dan orang lain.
  8. 8. Pembelajaran Tahap Umur 4-6 Tahun Aktiviti menyanyi; • Menyanyi mengikut melodi. • Menyanyi lagu dengan iringan muzik. • Menyanyi dengan sebutan yang jelas. • Menyanyi mengikut perasaan. Aktiviti main perkusi; • Mengecam bunyi alatan perkusi. • Menghasilkan bunyi perkusi dengan menggunakan anggota badan seperti tepuk tangan dan hentak kaki. • Main perkusi dengan iringan muzik.
  9. 9. Aktiviti meneroka bunyi; • Meneroka bunyi mengguna bahan atau objek. • Menghasilkan kesan bunyi untuk sesuatu situasi. • Memainkan alatan muzik buatan sendiri dan alatan muzik improvisasi dengan iringan muzik. Aktiviti mengapresiasi muzik; • Bergerak mengikut elemen muzik(tempo) dan lirik lagu. • Menyatakan perasaan dan bercerita terhadap muzik atau lagu yang diperdengarkan. • Bergerak mengguna props seperti reben dan bola.
  10. 10. Muzik & Pergerakan dalam Kurikulum PERMATA Negara
  11. 11. Lahir – 4 Bulan • Ketika bayi tidur, muzik sebagai pengulit dan bayi menjadi aktif ketika muzik dimainkan. Aspek Muzik
  12. 12. 4 – 8 Bulan • Kesedaran terhadap muzik menjadi lebih aktif. • Mula mengamati semua bunyi yang didengari. • Kesedaran terhadap muzik dengan melakukan pergerakan kepala atau mencari arah sumber muzik.
  13. 13. 8 – 18 Bulan • Kecenderungan terhadap ekspresi muzik iaitu mula menunjukkan jenis muzik yang disukai. • Suka bunyi yang terhasil daripada peralatan seperti loceng mainan. • Tahu menunjukkan reaksi tidak suka terhadap jenis-jenis muzik tertentu dan menggoyangkan badan dan bertepuk tangan terhadap muzik yang digemari.
  14. 14. 18 – 24 Bulan • Kebolehan mengeksplorasi bunyi muzik yang meningkat. • Bunyi muzik dalam persekitaran menarik perhatian kanak-kanak yang sedang bertatih. • Mula mengembangkan kemahiran bahasa dan meningkatkan kebolehan terhadap muzik yang disukainya. • Tertarik kepada muzik dalam televisyen seperti iklan dan tertarik kepada alat muzik.
  15. 15. 2 – 3 Tahun • Pada peringkat ini, kanak-kanak berupaya ‘menari’ mengikut muzik. • Mereka gemar kepada irama yang jelas atau rancak dan lagu berunsur kanak-kanak. • Mampu menjaga masa untuk mengikuti muzik yang disukai. • Kanak-kanak dapat duduk dan mendengar muzik untuk sesuatu masa.
  16. 16. 3 – 4 Tahun • Pada peringkat ini, terdapat kanak-kanak yang dapat mendramatiskan lagu dengan emosi diri. • Sudah pandai mengalunkan irama semasa melakukan aktiviti lain, walaupun tidak semuanya tepat.
  17. 17. Aspek Nyanyian Lahir – 6 Bulan • Nyanyian pertama bayi dihasilkan melalui tangisan. • Tangisan untuk mengekspresikan perasaan dan keperluan mereka. • Bayi juga melakukan percubaan suara seperti berbisik, jeritan, bubling dan menuturkan perkataan yang sukar untuk difahami secara berperingkat.
  18. 18. 6 – 18 Bulan • Kemahiran bertutur semakin meningkat sehingga menghasilkan ciri-ciri muzikal yang lebih jelas. • Melakukan eksperimen melalui bebelan yang dilakukan pada tempoh luar sedar.
  19. 19. 18 Bulan – 3 Tahun • Mula melagukan nyanyian dengan betul. • Terdengar bayi merapu dengan merdu seperti sebuah lagu semasa mereka bermain. • Turut menggemari lagu yang didendangkan orang dewasa atau lagu yang biasa didengar. • Sering meminta supaya lagu tersebut dinyanyikan secara berulang-ulang.
  20. 20. 3 – 4 Tahun • Ketepatan atau keselarasan dalam persamaan ton(nada) telah dicapai. • Kebolehan menyanyi yang hampir sama dengan orang dewasa. • Dalam tindakan luar sedar, mereka mampu mencipta lagu sendiri mengikut kemampuan bahasa dan intelek mereka.
  21. 21. Aspek Bermain Alat Muzik 6 – 9 Bulan • Bayi gemar menghasilkan bunyi menggunakan objek yang tersedia. • Koordinasi mata-tangan bayi terbentuk. • Tertarik kepada objek dalam persekitaran dan menghasilkan bunyi dengan objek. • Bayi akan ketuk dan memukul objek tersebut sehingga menghasilkan bunyi.
  22. 22. 9 – 24 Bulan • Kanak-kanak mencari objek khas untuk menghasilkan bunyi.
  23. 23. 24 Bulan – 4 Tahun • Pada tahap ini, kanak-kanak menunjukkan minat dalam mendengar alat muzik dan rakaman lagu. • Galakkan daripada orang dewasa kepada pendedahan terhadap alat muzik adalah penting. • Alat muzik boleh dihasilkan sendiri.
  24. 24. KESIMPULAN • Dengan adanya modul ataupun rujukan daripada Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) dan Kurikulum PERMATA Negara membolehkan guru, pendidik dan pengasuh mengikut segala piawaian yang telah ditetapkan bagi menjamin kesejahteraan kanak-kanak apabila berada di prasekolah, tadika atau taska.
  25. 25. SEKIAN TERIMA KASIH…

×