SlideShare a Scribd company logo
1 of 16
Download to read offline
FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA




           DASAR DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS




                               KBK 3083




                  ULASAN JURNAL ( TUGASAN INDIVIDU )




NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR

NO. MATRIK : D20121058364

NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED FAWZI BIN HJ. YUSOF
Jurnal tempatan

Tajuk 1 :       Pendidikan Inklusif di Brunei

Ulasan jurnal

Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan dengan pendidikan inklusif di Brunei. Brunei
adalah merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan khas disebabkan oleh
terdapatnya segelintir pelajar yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran sebagaimana pelajar
biasa dalam arus perdana. Di Brunei, pendidikan mereka mengamalkan sistem paten 7-3-2-2.
Paten tersebut merujuk kepada pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pra-
universiti. Pelajar perlu menduduki empat peperiksaan awam sepanjang persekolahan.

       Berdasarkan daripada slogan “ Pendidikan untuk semua ”, kerajaan Brunei tetap
memberikan peluang belajar kepada kanak-kanak bekeperluan untuk belajar sama seperti pelajar-
pelajar lain walaupun terdapat kekurangan pada diri mereka. Segala kebajikan kanak-kanak
bekeperluan khas ini diambil kira. Di dalam jurnal ini penulis membincangkan mengenai arah
alir pendidikan inklusif di Brunei.

       Penulis turut membincangkan mengenai polisi, inisiatif guru, serta pelaksanaan model
mengenai pendidikan inklusif.         Setiap perkara dibincangkan dengan teliti      mengikut
perkembangan dari semasa ke semasa. Menurut Polisi Pendidikan Nasional daripada
Kementerian Pendidikan, 1992 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat
pendidikan di Brunei sekurang-kurangnya pada peringkat menengah atas ataupun pada peringkat
vokasional supaya dapat membangunkan potensi yang dapat memainkan peranan mereka pada
negara pada masa akan datang.

       Menurut penulis, Kementerian Pelajaran Brunei telah memperkenalkan pendidikan khas
setelah terdapatnya pelajar yang gagal untuk meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya.
Setelah itu Unit Pendidikan Khas ( UPK ) telah menyediakan proposal untuk dibentangkan
kepada Kementerian Pelajaran. Pendidikan khas di negara ini bermula daripada cadangan yang
dikemukakan oleh UPK yang telah mencadangkan supaya unit tersebut ditubuhkan sesegera
mungkin untuk merancang serta melaksanakan pendidikan khas di Brunei. UPK ini telah
merencanakan atau perlu untuk melaksanakan hal-hal seperti mengenalpasti pelajar-pelajar
bekeperluan khas yang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar
bekeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pelajaran seperti pelajar lain. Mereka juga perlu
untuk mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kepentingan dan
keperluan pendidikan khas. Berikutnya mereka juga perlu untuk menilai program pendidikan
khas yang dilaksanakan mencapai objektif ataupun tidak disamping perlu untuk meyediakan
garis panduan serta membantu dalam merumuskan keberkesanan pelaksanaan program dan
servis pendidikan khas yang disediakan.

       Melalui Deklarasi Hak Orang Kurang Upaya telah menyeru supaya negara-negara yang
terlibat untuk menyokong hak manusia, pendidikan, integrasi, guna tenaga penut (GTP), serta
keadaan ekonomi dan sosial kepada orang kurang upaya. Hal ini yang lebih membangkitkan rasa
untuk mempertingkatkan hak orang kurang upaya di Brunei setelah mereka turut menyertai
deklarasi tersebut. Negara ini turut menyertai beberapa persidangan seperti Persidangan
Kebangsaan UNESCO mengenai Pendidikan Untuk Semua di Thailand pada tahun 1990 dan
Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Khas di Salamanca pada tahun 2002. Brunei juga telah
mengadakan dua persidangan mengenai pendidikan khas yang menekankan mengenai
pendidikan untuk semua serta pelaksanaannya di Brunei sendiri.

       Melalui persidangan tersebut jugalah Menteri Pendidikan telah memperkenalkan
beberapa kurikulum utama yang menggantikan bidang dasar pendidikan dwibahasa, teknologi
maklumat dan rujukan kurikulum untuk beberapa subjek di sekolah. Bergerak seiring dengan
tujuan ini, perubahan turut berlaku kepada peringkat latihan pendidikan guru. Institut Pendidikan
Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah menggantikan keseluruhan kurikulum yang melibatkan
kurikulum khusus yang mengarah kepada artikulasi, keseimbangan, perpaduan dan pembezaan
terhadap pendidikan. Berkaitan dengan itu, pihak institusi telah melaksanakan beberapa perkara
seperti memperkenalkan kursus teras mengenai pendidikan inklusif yang dikhaskan kepada
program sekolah rendah, kaedah pengajaran kanak-kanak bekeperluan khas di dalam beberapa
kursus kurikulum pendidikan, penukaran kepada penambahbaikan program dalam ijazah sarjana
muda pendidikan peringkat pendidikan rendah yang di spesifikkan kepada beberapa bidang
termasuklah bidang pendidikan khas serta lain-lain lagi. IPSHB ini turut bekerjasama dengan
UPK dalam Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru pendidikan khas yang dipanggil
sebagai pembantu pendidikan khas.
Menurut penulis, pelaksanaan pendidikan khas di Brunei adalah berdasarkan Model
Pembantu Pelajaran. Satu draf Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disediakan oleh pembantu
pendidikan khas yang berdasarkan daripada maklumat ibubapa serta guru kelas. Draf tersebut
kemudiannya di hantar kepada sistem maklumat sekolah. Setelah RPI pelajar tersebut diluluskan
maka pelaksanaan dan pengawasan dari pembantu pendidikan khas yang bergabing dengan guru
kelas biasa. Pelajar tersebut dari semasa ke semasa akan dipantau, dan sekiranya perlu mereka
akan dihantar ke Pusat Bantuan Pelajaran secara individu atu berkumpulan yang diarahkan oleh
pembantu pendidikan khas. Di dalam pusat tersebut pembantu pendidikan khas akan
melaksanakan pelbagai strategi dan juga bahan pengajaran termasuklah arahan lisan dan sistem
token.

         Sejak daripada tahun 1994, beberapa perkembangan besar berlaku dalam pendidikan khas
di sekolah. Hal ini demi memastikan hak kanak-kanak bekeperluan khas terjaga. Pekembangan
pendidikan khas di Brunei bermula pada tahun 1994 apabila Universiti Brunei Darussalam telah
bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei. Perkembangan pendidikan khas dinegara
ini berkembang dari tahun ke tahun sehingga kini.

         Kesimpulannya, memandangkan pendidikan inklusif ini melibatkan tenaga kerja guru
yang besar maka sebuah kajian yang lebih menyeluruh diperlukan untuk meneruskan
pemantauan dan meningkatkan keupayaan pendidikan inklusif pada masa sekarang. Sebelum ini,
Brunei telah mencapai satu tahap yang menggalakkan dalam memperkenalkan pendidikan
inklusif ini kepada arus perdana. Kajian selanjutnya pasti akan dapat membantu negara ini untuk
terus membangunkan pendidikan inklusif ini.
Tajuk 2 :       Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan
khas

Ulasan jurnal

Di dalam pendidikan khas terdapat pelbagai jenis masalah yang termasuk di dalam golongan ini.
Di antaranya termasuklah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran dalam singkatan
penerangan boleh dikategorikan sebagai masalah 3M iaitu masalah membaca, mengira, serta
menulis. Kanak-kanak yang menghadapi ini sudah pastinya mempunyai masalah untuk
menjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyebabkan keputusan mereka lebih rendah berbanding
pelajar yang normal.

       Soalan peperiksaan awam lazimnya disediakan tanpa mengambil kira masalah dan
ketidakupayaan murid-murid yang dikategorikan sebagai pendidikan khas. Oleh itu, mereka
sering mempunyai keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Murid-murid bermasalah
pembelajaran juga memerlukan masa yang lebih lama ketika menjawab soalan peperiksaan
objektif dan subjektif. Struktur ayat dan penggunaan bahasa dalam soalan peperiksaan awam
negara adalah sememangnya sesuai untuk pelajar biasa tetapi kurang sesuai bagi pelajar
bermasalah pembelajaran.

       Dengan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah e-
suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran dalam
menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi kandungan atau kualiti
soalan peperiksaan berkenaan.

       Di dalam jurnal ini juga penulis menyatakan mengenai tahap kebolehan membaca murid-
murid bermasalah pembelajaran sebelum mengambil peperiksaan PMR, perbezaan di antara
pencapaian peperiksaan kaedah biasa dengan kaedah e-suara dan perbezaan di antara pencapaian
peperiksaan yang menggunakan kaedah biasa bahagian objektif bagi matapelajaran Bahasa
Melayu dengan kaedah e-suara.

       Menurut penulis kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah sistem pentaksiran bagi
murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan memilih
murid-murid integrasi di sekolah menengah yang pernah mengambil PMR, murid-murid
bermasalah pembelajaran dalam program integrasi yang diminta oleh ibu bapa, murid-murid
bermasalah pembelajaran dari aliran perdana Tingkatan 3 serta murid-murid gagal dalam semua
matapelajaran di peringkat PMR. Mereka yang terpilih ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang
menggunakan tiga kaedah yang berlainan iaitu kaedah biasa, kaedah e-suara I dan kaedah e-suara
II. Kesemua responden adalah seramai 163 orang murid-murid bermasalah pembelajaran
mengikuti kelas aliran perdana secara separa inklusif atau inklusif sepenuhnya.

       Kaedah biasa adalah kaedah tradisional atau konvensional berbebtuk penggunaan kertas
dan pensel. Manakala kaedah e-suara I pula memerlukan responden untuk melihat dan
mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab soalan di dalam kertas OMR atau
kertas saranan jawapan dan kaedah e-suara II pula ialah melalui mendengar item soalan dengan
komputer serta menjawab soalan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Terdapat 20 item
yang diuji mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU) mengandungi ketiga-tiga tahap aras tertinggi,
aras sederhana dan aras rendah.

       Berdasarkan kajian tersebut menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang paling
tinggi bagi soalan yang dijawab dengan betul iaitu seramai 92 responden. Manakala item 1 pula
mencapai keputusan yang paling rendah berbanding dengan 20 item yang lain. Dalam
peperiksaan Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara I menunjukkan bahawa item 3 telah
mencapai tahap skor yang paling tinggi manakala item 15 mencapai tahap yang paling rendah.

       Berdasarkn dapatan kajian skor pencapaian Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara
II menunjukkan bahawa item 11 mendapat peratusan menjawab dengan betul paling tinggi dan
peratusan yang terendah adalah item 19.

       Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam hasil analisis keseluruhan keputusan dimana
kaedah e-suara II telah mendapat peratusan sebanyak 49 peratus berbanding dengan kaeadh biasa
hanya 30 peratusa dan keadah e-suara I mendapat peratus sebanyak 40 peratus sahaja.

       Kesimpulannya, kaedah e-suara II boleh digunakan sebagai satu penaksiran baru yang
dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia bagi mengimbangi
pencapaian mereka dengan pencapaian murid-murid tipikal. Keseluruhan data telah
membuktikan bahawa kebanyakkan murid-murid yang menghadapi masalah dalam peperiksaan
disebabkan oleh masalah kesukaran mereka untuk membaca atau menulis. Hal ini harus dititik
beratkan agar tidak ada murid yang ketinggalan dalam pendidikan.
Jurnal antarabangsa

Tajuk 1:        Pembangunan pengukuran berasaskan kurikulum

Ulasan jurnal

Pengukuran berasaskan kurikulum (PBK) dibina untuk menguji keberkesanan model intervensi
dalam pendidikan khas. Model tersebut adalah berdasarkan idea di mana guru pendidikan khas
boleh untuk mengulangi data pengukuran menilai formatif pengajaran serta meningkatkan
keberkesanannya. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu penyelidikan dan pembangunan
yang telah dibuat selama 6 tahun dibiayai oleh Universiti Minnesota, Institut Penyelidikan
Pendidikan Khas. Berdasarkan penyelidikan tersebut satu pemantauan prosedur dalam membaca,
mengeja dan menulis iaitu kemahiran 3M. Di antara prosedur yang termasuk dalam penyelidikan
tersebut adalah peraturan penentuan digunakan untuk meningkatkan program pendidikan serta
hasil utama penyelidikan yang terhasil hendaklah haruslah diukur.

       Di antara ciri-ciri PBk adalah melengkapi aspek teknikal. Ini keran PBK diterima pakai
dan disahkan telah dicapai melalui pemerhatian yang telah distandardkan. Seterusnya adalah
standard pengukuran tugasan. Standard pengukuran tugasan ini dikenalpasti digunakan dalam
PBK termasuklah membaca secara lisan daripada teks dan perkataan yang telah dipilih daripada
teks, membaca, menulis perkataan mengikut turutan apabila diberi satu cerita bergambar,
menulis jawapan yang betul atau angka dalam meyelesaikan tugasan matematik. Selain daripada
itu, PBK adalah sebagai satu kemasukan dan pemarkahan. PBK prosedur adalah termasuk
spesifikasi , kemasukan, objektif pelajar dan prosedur pemarkahan yang digabungkan untuk
memastikan kecukupan kesahan dan kemampuan daripada data sebara individu dan berkumpulan
yang diukur melalui perbezaan mengikut masa. Pensampelan prestasi juga merupakan diantara
ciri PBK. Hal ini kerana, prestasi akademik disampelkan melalui prosedur pemerhatian. Dalam
membaca contohnya pelajar diminta untuk membaca teks secara lisan dalam masa 1 minit dan
akan terdapat pemerhati yang akan mengira perkataan yang disebut dengan betul ataupun tidak
betul. Dengan itu, keputusan pelajar dapat diketahui dan guru dapat mengetahui kebolehan dan
tahap pelajar tersebut. Berikutnya adalah kebekesanan masa. PBK adalah dibina untuk
keberkesanan.
Kepelbagaian pensampelan prestasi memerlukan pengukuran dengan tempoh masa yang
singkat. Pensampelan prestasi adalah di antara satu sehingga tiga minit, bergantung kepada
kemahiran yang diukur serta jumlah sampel yang diperlukan utnuk memaksimumkan
kebolehpercayaan. Ciri yang terakhir adalah mudah untuk diajar. PBK yang dibina telah dibuat
utnuk meringankan kerja ahli-ahli profesional, paraprofesional dan ibubapa yang boleh dipelajari
utnuk menggunakan prosedur.

       Selain daripada ciri dan latar belakang mengenai PBK ini, penulis turut ada
mengemukakan beberapa kegunaan biasa PBK. Tujuan sebenar kegunaan PBK adalah untuk
membolehkan guru-guru untuk menilai formatif arahan mereka. Di antara kegunaan biasa PBK
adalah untuk meningkatkan program arahan individu, meningkatkan keringanan dalam
komunikasi, meningkatkan rancangan pengajaran guru, meramal prestasi dalam kriteria penting,
membangunkan norma, menyaring untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko dalam
akademik mereka, menilai keberkesanan intervensi di dalam kelas, mengurangkan penindasan
dalam penilaian, menyarankan dan menilai kelas inklusif, memberikan alternatif untuk
mengenalapasti prosedur pendidikan khas, meramalkan prestasi dalam keperluan penilaian,
mengukur perkembangan dalam program sekolah menengah dan berkaitan serta meramalkan
kejayaan dalam pendidikan awal kanak-kanak.

       Berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang
dikenalpasti sebagai penghalang untuk melaksanakan PBK, didapati bahawa sehingga 85 peratus
daripada 300 orang guru yang telah diuji mengatakan bahawa mereka sedara akan kekerapan
pengukuran dalam prestasi pelajar di mana hanya setengah prosedur yang digunakan mereka
pernah digunakan. Apa yang menariknya, terdapat hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang
menggunakan PBK memerlukan masa yang kurang sebanyak 10 peratus untuk melaksanakan
pengukuran.

       Kegunaan PBK sebagai alat untuk mnegukur perkembangan dalam bacaan dugunakan
secara intensif sebagai contoh masa terhad dalam bacaan lisan. Dalam literasi am berkaitan
perkembangan bacaan dimana kelajuan membaca pelajar boleh digunakan untuk menukarkan
teks kepada bahasa pertuturan yang dikatakan satu perkara penting dalam kemahiran membaca.
Walaupun begitu, kelajuan dalam bacaan tidak dapat menentukan ketepatan dalam
mengenalpasti perkataan.
Kegunaan yang paling berkesan dalam PBK ini adalah menilai formatif dalam program
pelajar secara individu yang hampir selalunya berlaku untuk menetapkan dimana seseorang guru
pelajar pendidikan khas untuk membentuk kemahiran dan masa untuk merancang pengajaran
kepada mereka. Guru pendidikan khas mereka model penilaian formatif yang didemonstrasi
secara efektif untuk meningkatkan keberkesanan pelajaran pelajar pendidikan khas. Selalunya,
ini bermaksud bahawa kejayaan guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar pendidikan khas
dalam kurikulum aliran arus perdana berjaya.

       Kesimpulannya, penggunaan PBK dapat menyokong           guru biasa bersedia dengan
peningkatan diversiti dalam kelas termasuklah di dalam kelas inklusif dengan kecacatan. PBK
boleh digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas dalam merencakan sesebuah
pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sesuai dengan kebolehan dan kemampuan setiap
pelajar tersebut kerana kanak-kanak atau pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai
masalah yang kadangkala sukar untuk diatasi.
Tajuk 2 :       10 Tanggapan Negatif Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran
yang Mengurangkan Keberkesanan Program Pendidikan Khas.

Ulasan jurnal

Seringkali pendidikan khas dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat. Hanya segelintir
sahaja yang memberikan tanggapan yang positif terhadap pendidikan khas. Perkara ini yang
menyebabkan pelbagai lontaran pandangan negatif dikeluarkan dan disampaikan dari mulut ke
mulut sehingga boleh menyebabkan tujuan sebenar kewujudan pendidikan khas diabaikan.
Kebiasaannya tanggapan-tanggapan negatif mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P)
mempengaruhi guru-guru mahupun pelajar pendidikan khas itu sendiri. Melalui jurnal ini,
disertakan antara 10 tanggapan negatif yang menghadkan keberkesanan dalam pendidikan khas
akibat yang akan berlaku berdasarkan penyelidikan berdasarkan amalan pengajaran. Setiap
tanggapan tersebut diterangakan secara terperinci dan penulis turut menyertakan beberapa cara
utnuk mengatasi masalah ini.

       Sebelum kita pergi kepada masalah utama, penulis ada menyebut mengenai empat
perspektif yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya adalah pelajar yang mempunyai
kecacatan mempunyai hak untuk mendapatkan dalam pelajaran, pendidikan khas seharusnya
lebih terarah, di spesifikasikan serta intensif, penyelidikan yang terhasil adalah berguna serta
diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai berasakan pengetahuan lingkungan
pendidikan khas dan penyelidikan berasaskan pengajaran adalah berdasarkan pendidikan khas.
Menerusi perspektif yang pertama, guru-guru pendidikan khas mempunyai tanggungjawab untuk
merekacipta satu pelaksana dan menilai pengajaran yang dapat membantu pelajar dengan
masalah kecacatan, diumumkan, dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk
meningkatkan kualiti kehidupan di sekolah, rumah, komuniti dan tempat bekerja.

       Seterusnya kita pergi kepada tanggapan negatif yang mempengaruhi P&P pendidikan
khas. Di antaranya adalah kurikulum berstruktur menghalang pembelajaran sebenar. Hal ini lebih
kepada pendidikan yang sudah ditetapkan dalam P&P. Kerajaan telah menetapkan beberapa
perkara atau pelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada pelajar pendidikan khas, namun begitu
ada yang bependapat bahawa tidak seharusnya semua perkara harus diajar kepada pelajar
pendidikan khas.
Berikutnya adalah mengajar pendidikan kemahiran yang remeh lalu mengabaikan
keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan kemahiran ini lebih merujuk kepada kemahiran yang
diajar mengikut prosedur yang ada menyebabkan pelajar terabai. Hal ini kerana pelajar
pendidikan khas bukan seperti pelajar aliran perdana yang mudah untuk mendapat apa yang telah
dipelajari dengan cepat, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapat apa yang
dipelajari disebabkan beberapa penghalang atau kekurangan yang menghadkan pembelajaran
mereka secara cepat. Oleh itu, mereka menganggap bahawa kanak-kanak ini akan terabai.

          Seterusnya adalah pemahaman latihan dan amalan terhad pelajar dan melemahkan
kreativiti. Guru sekarang mengatakan bahawa latihan dan amalan terhadap kemahiran asas
adalah tidak penting. Disebabkan itu, guru mengajar tetapi tidak mengambil kira tahap kelehahan
sesorang pelajar untuk diajarkan kepada mereka.

       Selain daripada itu, guru dikatakan tidak perlu untuk mengukur tahap pencapaian pelajar.
Sesorang pelajar pendidikan khas tidak boleh untuk diukur prestasi pembelajaran mereka kerana
matlamat pengajaran pendidikan khas adalah untuk menyesuaikan diri mereka menghadapi
masayarakat serta mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, walaupun kanak-kanak ini
diajar beberapa subjek pengajaran tetapi mereka tidak boleh untuk di ukur tahap kejayaan
mereka.

       Pelajar hendaklah bersedia dari segi dalaman sepenuhnya, hal ini bermaksud seseorang
pelajar pendidikan khas haruslah mempunyai kesediaan dalaman sepenuhnya untuk belajar.
Namun begitu, tidak semua pelajar pendidikan khas mampu untuk bertindak seperti berkenaan
kerana terdapatnya halangan fizikal mahupun emosi yang menghalang mereka untuk bertindak
seperti pelajar dalam aliran arus perdana.

       Kemudiaannya lagi, antara tanggapan negatif yang ada ialah pembinaan self esteem
pelajar pendidikan khas adalah sepenuhnya dibawah taggungjawab guru. Ini merupakan satu
kekangan yang tidak mampu untuk di bendung kerana kebanyakkan minda pelajar yang
mengikuti pendidikan khas mempunyai kelemahan merendah diri yang tinggi. Bukannya mudah
untuk membentuk peribadi seseorang supaya mereka berubah kepada yang lebih baik tambahan
lagi kepada kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai banyak halangan yang merencatkan
sesuatu P&P untuk berlaku secara berkesan.
Pengajaran kepada pelajar pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran yang tidak
berbelah bahagi. Ya, memang ada benarnya dalam hal ini, namun begitu setiap insan membuat
kesilapan dalam melaksanakan sesuatu perkara tambahan menghadapi mereka-mereka ini yang
boleh dikategorikan sebagai lambat belajar.

       Seterusnya lagi adalah setiap kanak-kanak belajar secara berlainan daripada yang lain.
Memang benar tanggapan tersebut, namun begitu kita tidak boleh untuk hanya menumpukan
kepada satu murid secara berterusan tanpa melihat yang lainnya. Elektisme adalah baik serta
seoarang guru yang baik adalah seorang guru yang kreatif juga merupakan antara tanggapan
yang mempengaruhi P&P pendidikan khas.

       Penulis juga ada menyebut mengenai antara amalan yang tidak berjaya di antaranya ialah
membiarkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa mengajar atau memberi mereka rujukan.
Manakala di antara cadangan penulis untuk menangani masalah ini adalah melalui
memperkenalkan keistimewaan profesion pendidikan khas, menyelidik data dan menilai
kebolehannya serta fokus kepada kepelbagaian.

       Kesimpulannya, sesetengah kanak-kanak mendapat pelbagai kelebihan dalam pendidikan
khas kerana kerajaan sekarang menyediakan pelbagai frasarana yang baru dan terkini kepada
pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka tidak pernah dipinggirkan malah semakin rancak
penyelidikan yang dilakukan untuk menaiktaraf pendidikan khas di setiap negara.
Tajuk 3 :       Kesan Kepada Gaya Pergerakan Amerika Afrika dalam
Tindakan dan Tanggapan Guru

Ulasan jurnal

Menurut penulis kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai tanggapan guru terhadap
tingkahlaku orang Amerika Afrika yang agak ganas dan pencapaian mereka serta keperluan
kepada pendidikan khas berdasarkan pelajar Amerika Afrika kehidupan normal mereka di sana.
Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 136 orang guru sekolah menengah dengan
menggunakan pendekatan melalui video serta soal selidik. Pencapaian akademik sekolah orang
Amerika Afrika ini mulai meningkat apabila mereka mengganggap diri mereka sebagai seorang
bukan Amerika Afrika dan juga melibatkan guru yang sentiasa memahami mengenai gaya hidup
atau norma masyarakat di sana. Apabila guru-guru di sana memahami gaya hidup mereka, maka
mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru.

       Guru yang memahami gaya hidup orang Amerika Afrika ini sentiasa mengekalkan tahap
dan tanggapan yang baik kepada pelajar-pelajar disana mengenai sekolah, tingkahlaku dan
persaingan akademik. Mereka juga menyatakan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajar
tersebut dengan menyokong persekitaran pembelajaran yang menunjukkan identiti budaya dan
kejayaan prestasi akademik.

       Tanggapan negatif yang dilemparkan oleh guru-guru dari luar terhadap mereka
mendatangkan masalah terhadap proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Seperti mana
yang kita dapat lihat sendiri, apabila seseorang guru membuat satu tanggapan negatif terhadap
seseorang murid disekolah pastinya berita tersebut akan sampai kepada guru-gur lain dan secara
tidak lansung membuatkan pelajar tersebut dipandang serong walaupun pelajar tersebut
mempunyai prestasi akademik yang cemerlang. Apatah lagi kalau kita lihat dengan lebih
mendalam dalam aspek pendidikan khas. Hal ini kerana, pelajar pendidikan khas sudah
semestinya mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun intelek mereka, jika
seorang guru turut bertindak untuk membiarkan hal ini terjadi maka tiada kesudahan terhadap hal
pembelajaran mereka. Pelajar pendidikan khas turut mempunyai hak pembelajaran sama seperti
pelajar dalam aliran arus perdana.
Pergerakan tubuh badan atau bahasa tubuh badan pelajar Amerika Afrika ini sangat
berlainan jika mahu dibandingkan tubuh badan pelajar-pelajar di Malaysia yang bertubuh
sederhana dan ketinggian yang hampir sama. Namun begitu, berlainan dengan pelajar Amerika
Afrika, mereka mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi dan juga besar. Mereka juga
mempunyai tingkahlaku yang agak kasar dan suara yang besar. Disebabkan oleh fizikal mereka
inilah guru-guru daripada luar sering memberikan tanggapan negatif kerana bimbang akan norma
hidup mereka yang agak kasar teresbut. Salah satu contoh yang diberikan oleh penulis melalui
jurnal ini adalah cara berjalan ‘stroll’ dimana mereka ini tidak mempunyai gaya berjalan yang
standard seperti orang lain yang menggunakan postur sedikit mencanggung dan mengheret kaki
semasa berjalan.

        Tanggapan seseorang guru dianggap sebgai satu rujukan yang menafsirkan tingkahlaku
akan datang atau pencapaian mereka pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian guru-guru
terhadap seseorang pelajar itu sendiri. Oleh itu, tindakan timbalbalik harus dilakukan oleh guru
iaitu untuk memberikan satu tanggapan negatif kepada pelajar. Bagi kajian ini, seseorang gur
haruslah menerima keadaan sebenar pelajar tersebut walaupun perlakuan mereka itu kadangkala
kurang sesuai yang memungkinkan mereka kurang berjaya di dalam kelas biasa.

        Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 136 guru daripada sekolah menengah, pita
video serta soal selidik. Video yang disediakan oleh pengkaji adalah melibatkan 4 jenis video.
Video-video tersebut dibahagikan kepada dua video yang mempunyai tujuan yang sama atau
perlakuan yang sama tetapi hanya berbeza bahan kajian di dalamnya. Pakaian, berat, tinggi, cara
berjalan dan sifat sumber kajian dipilih secara sama atau lebih kurang supaya tidak berlaku
sebarang kekeliruan. Video yang dimainkan kepada responden sebelum itu telah disahkan oleh 5
pemerhati yang terdiri daripada psikologi pendidikan, konsultan perilaku pelajar, psikologi
bersama berserta dua orang pentadbir pendidikan. Soal selidik pula disediakan berdasarkan
senarai adjektif.

        Berdasarkan daripada hasil kajian didapati bahawa pencapaian pelajar Amerika Afrika
adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar Eropah Afrika yang turut di gelar sebagai
‘stroll’. Melalui hasil ini, boleh dibuktikan bahawa tanggapan yang baik terhadap mereka
mampu meningkatkan prestasi pelajar Amerika Afrika walaupun mempunyai mempunyai
budaya yang berbeza daripada orang lain.
Kesimpulannya, tanggapan terhadapa budaya hidup sesuatu bangsa adalah tidak
seharusnya melebihi had yang ada. Hal ini kerana mereka hanya mempunyai perbezaan budaya
walaupun agak ketara tetapi mereka tetap mempunyai akademik dan pelajaran yang sama seperti
yang lainnya. Guru seharusnya memandang positif terhadap pelajar-pelajar Amerika Afrika
kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan walaupun selalu
dipandang serong oleh pelbagai pihak kerana kewujudan diri serta budaya mereka yang agak
kasar.

More Related Content

What's hot

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANIeta Sa'ad
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Mialen Eja
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)FaFai S.
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialFirdaus Zailan
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikelnurinbatrisyia
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)Aiisy Afifah
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean PiagetCHIANG JIE CHYNG
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanElizabeth beth
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridfiro HAR
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANFazHani Faz
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)Aiisy Afifah
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatIkhram Johari
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Azlinda Abdullah
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosialparydave
 

What's hot (20)

TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGANTEORI-TEORI PERKEMBANGAN
TEORI-TEORI PERKEMBANGAN
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif Pendidikan inklusif
Pendidikan inklusif
 
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
Indeks diskriminasi item (EDUP3063 Pentaksiran dalam Pendidikan)
 
teori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosialteori pembelajaran sosial
teori pembelajaran sosial
 
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
134819243 tugasan-ulasan-kritikal-jurnal-dan-artikel
 
Contoh senarai semak
Contoh senarai semakContoh senarai semak
Contoh senarai semak
 
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
PENYELIDIKAN TINDAKAN (MODEL KURT LEWIN)
 
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
Kepentingan Teori Pembelajaran Konstruktivisme dan Implikasi terhadap Pengaja...
 
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piagetperkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
perkembangan kognitif kanak-kanak mengikut teori Jean Piaget
 
Mobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikanMobiliti sosial melalui pendidikan
Mobiliti sosial melalui pendidikan
 
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan muridPembelajaran berpusatkan guru dan murid
Pembelajaran berpusatkan guru dan murid
 
My presentation
My presentationMy presentation
My presentation
 
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATANGURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
GURU RESOS DAN BILIK RESOS BAGI MURID BERMASALAH PENGLIHATAN
 
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
ARAS PENILAIAN (TAKSONOMI BLOOM)
 
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayatEsei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
Esei guru dahulu dan sekarang serta pembelajaran sepanjang hayat
 
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
Pentaksiran dalam pendidikan khas pku 3106
 
Kecerdasan Pelbagai
Kecerdasan PelbagaiKecerdasan Pelbagai
Kecerdasan Pelbagai
 
Mobiliti sosial
Mobiliti sosialMobiliti sosial
Mobiliti sosial
 

Similar to Laporan ulasan jurnal

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalSayshare
 
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdfaapdoank
 
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdfE-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdfMiftakhulAzizah2
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)novanisa febrina
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranNgan Jiaing
 
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdfsuwarnohaji
 
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxTugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxAndrioN4
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatAde Muslimat
 
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususMakalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususDedy Wiranto
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edusihah
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budayaguest49fcffbc
 
Ipa smp 7 guru
Ipa smp 7 guruIpa smp 7 guru
Ipa smp 7 guruBudhi Emha
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanyelti
 
2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)cikgusyahril
 

Similar to Laporan ulasan jurnal (20)

Contoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnalContoh ulasan jurnal
Contoh ulasan jurnal
 
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
128-Article Text-317-1-10-20221230 (1).pdf
 
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdfE-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
E-Paper Esai Kamaresa X Rembang FABs.pdf
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)Nova nisa febrina (tugas eldarni)
Nova nisa febrina (tugas eldarni)
 
PPT INKLUSI.pptx
PPT INKLUSI.pptxPPT INKLUSI.pptx
PPT INKLUSI.pptx
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf
8-Article Fulltext-18-1-10-20200712.pdf
 
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptxTugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
Tugas UAS perencanaan pembelajaran Andrio N.pptx
 
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade MuslimatJurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
Jurnal Homeschooling hj. Ade Muslimat
 
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas KhususMakalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
Makalah Model Pengembangan Kurikulum Adaptif Pada Pendidikan Kelas Khusus
 
Asement edu
Asement eduAsement edu
Asement edu
 
Ptk ipa
Ptk ipaPtk ipa
Ptk ipa
 
Pp bab 6
Pp bab 6Pp bab 6
Pp bab 6
 
Komitmen guru
Komitmen guruKomitmen guru
Komitmen guru
 
Bahan Internet Budaya
Bahan Internet BudayaBahan Internet Budaya
Bahan Internet Budaya
 
Bab 1234 (1)
Bab 1234 (1)Bab 1234 (1)
Bab 1234 (1)
 
Ipa smp 7 guru
Ipa smp 7 guruIpa smp 7 guru
Ipa smp 7 guru
 
Presentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikanPresentation pengantar pendidikan
Presentation pengantar pendidikan
 
2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)2 dr md amin (siap edit)
2 dr md amin (siap edit)
 

More from Nur Kareena

Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School Nur Kareena
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATANur Kareena
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasNur Kareena
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianNur Kareena
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUNur Kareena
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest schoolNur Kareena
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Nur Kareena
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiNur Kareena
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalNur Kareena
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee newNur Kareena
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual beeNur Kareena
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual beeNur Kareena
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Nur Kareena
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Nur Kareena
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersNur Kareena
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experientialNur Kareena
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulumNur Kareena
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksiaNur Kareena
 

More from Nur Kareena (20)

Unit study
Unit studyUnit study
Unit study
 
Rph Forest School
Rph Forest School Rph Forest School
Rph Forest School
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan KhasRancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
Rancangan Pengajaran Harian RPH Pendidikan Khas
 
Jadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi UjianJadual Spesifikasi Ujian
Jadual Spesifikasi Ujian
 
pamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKUpamplet Maraton OKU
pamplet Maraton OKU
 
Refleksi forest school
Refleksi forest schoolRefleksi forest school
Refleksi forest school
 
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
Adakah Perfectionism Membunuh Masa Hadapan Pelajar Pintar Cerdas?
 
Kurikulum Tersembunyi
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
 
Tugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikalTugasan pengantar geografi fizikal
Tugasan pengantar geografi fizikal
 
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show   visual bee newKolej aminuddin baki slide show   visual bee new
Kolej aminuddin baki slide show visual bee new
 
Ekonomi token visual bee
Ekonomi token   visual beeEkonomi token   visual bee
Ekonomi token visual bee
 
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas   visual beePenggunaan ict dalam pendidikan khas   visual bee
Penggunaan ict dalam pendidikan khas visual bee
 
Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364Assignment individu d20121058364
Assignment individu d20121058364
 
Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki Tugasan Aminuddin Baki
Tugasan Aminuddin Baki
 
Soalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogersSoalan mengenai teori carls rogers
Soalan mengenai teori carls rogers
 
Laporan experiential
Laporan experientialLaporan experiential
Laporan experiential
 
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
Diari mingguan  pengurusan kokurikulumDiari mingguan  pengurusan kokurikulum
Diari mingguan pengurusan kokurikulum
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
 

Laporan ulasan jurnal

  • 1. FAKULTI PENDIDIKAN DAN PEMBANGUNAN MANUSIA DASAR DAN PENGURUSAN DALAM PENDIDIKAN KHAS KBK 3083 ULASAN JURNAL ( TUGASAN INDIVIDU ) NAMA : NUR KAREENA AQILA BINTI MAHDZIR NO. MATRIK : D20121058364 NAMA PENSYARAH : EN. MOHAMED FAWZI BIN HJ. YUSOF
  • 2. Jurnal tempatan Tajuk 1 : Pendidikan Inklusif di Brunei Ulasan jurnal Di dalam jurnal ini, penulis menulis hal berkaitan dengan pendidikan inklusif di Brunei. Brunei adalah merupakan salah satu negara yang mementingkan pendidikan khas disebabkan oleh terdapatnya segelintir pelajar yang masih tidak dapat mengikuti pelajaran sebagaimana pelajar biasa dalam arus perdana. Di Brunei, pendidikan mereka mengamalkan sistem paten 7-3-2-2. Paten tersebut merujuk kepada pendidikan rendah, menengah rendah, menengah atas dan pra- universiti. Pelajar perlu menduduki empat peperiksaan awam sepanjang persekolahan. Berdasarkan daripada slogan “ Pendidikan untuk semua ”, kerajaan Brunei tetap memberikan peluang belajar kepada kanak-kanak bekeperluan untuk belajar sama seperti pelajar- pelajar lain walaupun terdapat kekurangan pada diri mereka. Segala kebajikan kanak-kanak bekeperluan khas ini diambil kira. Di dalam jurnal ini penulis membincangkan mengenai arah alir pendidikan inklusif di Brunei. Penulis turut membincangkan mengenai polisi, inisiatif guru, serta pelaksanaan model mengenai pendidikan inklusif. Setiap perkara dibincangkan dengan teliti mengikut perkembangan dari semasa ke semasa. Menurut Polisi Pendidikan Nasional daripada Kementerian Pendidikan, 1992 menyatakan bahawa setiap kanak-kanak perlu mendapat pendidikan di Brunei sekurang-kurangnya pada peringkat menengah atas ataupun pada peringkat vokasional supaya dapat membangunkan potensi yang dapat memainkan peranan mereka pada negara pada masa akan datang. Menurut penulis, Kementerian Pelajaran Brunei telah memperkenalkan pendidikan khas setelah terdapatnya pelajar yang gagal untuk meneruskan pengajian pada peringkat seterusnya. Setelah itu Unit Pendidikan Khas ( UPK ) telah menyediakan proposal untuk dibentangkan kepada Kementerian Pelajaran. Pendidikan khas di negara ini bermula daripada cadangan yang dikemukakan oleh UPK yang telah mencadangkan supaya unit tersebut ditubuhkan sesegera mungkin untuk merancang serta melaksanakan pendidikan khas di Brunei. UPK ini telah merencanakan atau perlu untuk melaksanakan hal-hal seperti mengenalpasti pelajar-pelajar
  • 3. bekeperluan khas yang memerlukan pendidikan. Hal ini kerana terdapat segelintir pelajar bekeperluan khas yang tidak dapat mengikuti pelajaran seperti pelajar lain. Mereka juga perlu untuk mempertingkatkan kesedaran kepada masyarakat luar mengenai kepentingan dan keperluan pendidikan khas. Berikutnya mereka juga perlu untuk menilai program pendidikan khas yang dilaksanakan mencapai objektif ataupun tidak disamping perlu untuk meyediakan garis panduan serta membantu dalam merumuskan keberkesanan pelaksanaan program dan servis pendidikan khas yang disediakan. Melalui Deklarasi Hak Orang Kurang Upaya telah menyeru supaya negara-negara yang terlibat untuk menyokong hak manusia, pendidikan, integrasi, guna tenaga penut (GTP), serta keadaan ekonomi dan sosial kepada orang kurang upaya. Hal ini yang lebih membangkitkan rasa untuk mempertingkatkan hak orang kurang upaya di Brunei setelah mereka turut menyertai deklarasi tersebut. Negara ini turut menyertai beberapa persidangan seperti Persidangan Kebangsaan UNESCO mengenai Pendidikan Untuk Semua di Thailand pada tahun 1990 dan Persidangan Dunia mengenai Pendidikan Khas di Salamanca pada tahun 2002. Brunei juga telah mengadakan dua persidangan mengenai pendidikan khas yang menekankan mengenai pendidikan untuk semua serta pelaksanaannya di Brunei sendiri. Melalui persidangan tersebut jugalah Menteri Pendidikan telah memperkenalkan beberapa kurikulum utama yang menggantikan bidang dasar pendidikan dwibahasa, teknologi maklumat dan rujukan kurikulum untuk beberapa subjek di sekolah. Bergerak seiring dengan tujuan ini, perubahan turut berlaku kepada peringkat latihan pendidikan guru. Institut Pendidikan Sultan Hassanal Bolkiah (IPSHB) telah menggantikan keseluruhan kurikulum yang melibatkan kurikulum khusus yang mengarah kepada artikulasi, keseimbangan, perpaduan dan pembezaan terhadap pendidikan. Berkaitan dengan itu, pihak institusi telah melaksanakan beberapa perkara seperti memperkenalkan kursus teras mengenai pendidikan inklusif yang dikhaskan kepada program sekolah rendah, kaedah pengajaran kanak-kanak bekeperluan khas di dalam beberapa kursus kurikulum pendidikan, penukaran kepada penambahbaikan program dalam ijazah sarjana muda pendidikan peringkat pendidikan rendah yang di spesifikkan kepada beberapa bidang termasuklah bidang pendidikan khas serta lain-lain lagi. IPSHB ini turut bekerjasama dengan UPK dalam Kementerian Pendidikan untuk melatih guru-guru pendidikan khas yang dipanggil sebagai pembantu pendidikan khas.
  • 4. Menurut penulis, pelaksanaan pendidikan khas di Brunei adalah berdasarkan Model Pembantu Pelajaran. Satu draf Rancangan Pendidikan Individu (RPI) disediakan oleh pembantu pendidikan khas yang berdasarkan daripada maklumat ibubapa serta guru kelas. Draf tersebut kemudiannya di hantar kepada sistem maklumat sekolah. Setelah RPI pelajar tersebut diluluskan maka pelaksanaan dan pengawasan dari pembantu pendidikan khas yang bergabing dengan guru kelas biasa. Pelajar tersebut dari semasa ke semasa akan dipantau, dan sekiranya perlu mereka akan dihantar ke Pusat Bantuan Pelajaran secara individu atu berkumpulan yang diarahkan oleh pembantu pendidikan khas. Di dalam pusat tersebut pembantu pendidikan khas akan melaksanakan pelbagai strategi dan juga bahan pengajaran termasuklah arahan lisan dan sistem token. Sejak daripada tahun 1994, beberapa perkembangan besar berlaku dalam pendidikan khas di sekolah. Hal ini demi memastikan hak kanak-kanak bekeperluan khas terjaga. Pekembangan pendidikan khas di Brunei bermula pada tahun 1994 apabila Universiti Brunei Darussalam telah bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan Brunei. Perkembangan pendidikan khas dinegara ini berkembang dari tahun ke tahun sehingga kini. Kesimpulannya, memandangkan pendidikan inklusif ini melibatkan tenaga kerja guru yang besar maka sebuah kajian yang lebih menyeluruh diperlukan untuk meneruskan pemantauan dan meningkatkan keupayaan pendidikan inklusif pada masa sekarang. Sebelum ini, Brunei telah mencapai satu tahap yang menggalakkan dalam memperkenalkan pendidikan inklusif ini kepada arus perdana. Kajian selanjutnya pasti akan dapat membantu negara ini untuk terus membangunkan pendidikan inklusif ini.
  • 5. Tajuk 2 : Kaedah E-suara dalam peperiksaan murid-murid pendidikan khas Ulasan jurnal Di dalam pendidikan khas terdapat pelbagai jenis masalah yang termasuk di dalam golongan ini. Di antaranya termasuklah masalah pembelajaran. Masalah pembelajaran dalam singkatan penerangan boleh dikategorikan sebagai masalah 3M iaitu masalah membaca, mengira, serta menulis. Kanak-kanak yang menghadapi ini sudah pastinya mempunyai masalah untuk menjawab soalan peperiksaan. Hal ini menyebabkan keputusan mereka lebih rendah berbanding pelajar yang normal. Soalan peperiksaan awam lazimnya disediakan tanpa mengambil kira masalah dan ketidakupayaan murid-murid yang dikategorikan sebagai pendidikan khas. Oleh itu, mereka sering mempunyai keputusan yang rendah dalam peperiksaan. Murid-murid bermasalah pembelajaran juga memerlukan masa yang lebih lama ketika menjawab soalan peperiksaan objektif dan subjektif. Struktur ayat dan penggunaan bahasa dalam soalan peperiksaan awam negara adalah sememangnya sesuai untuk pelajar biasa tetapi kurang sesuai bagi pelajar bermasalah pembelajaran. Dengan itu, satu kajian telah dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah e- suara dalam membantu murid-murid pendidikan khas kategori masalah pembelajaran dalam menjawab soalan peperiksaan tanpa melakukan modifikasi dari segi kandungan atau kualiti soalan peperiksaan berkenaan. Di dalam jurnal ini juga penulis menyatakan mengenai tahap kebolehan membaca murid- murid bermasalah pembelajaran sebelum mengambil peperiksaan PMR, perbezaan di antara pencapaian peperiksaan kaedah biasa dengan kaedah e-suara dan perbezaan di antara pencapaian peperiksaan yang menggunakan kaedah biasa bahagian objektif bagi matapelajaran Bahasa Melayu dengan kaedah e-suara. Menurut penulis kajian ini adalah untuk memperkenalkan sebuah sistem pentaksiran bagi murid-murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran. Kajian ini dilakukan dengan memilih murid-murid integrasi di sekolah menengah yang pernah mengambil PMR, murid-murid
  • 6. bermasalah pembelajaran dalam program integrasi yang diminta oleh ibu bapa, murid-murid bermasalah pembelajaran dari aliran perdana Tingkatan 3 serta murid-murid gagal dalam semua matapelajaran di peringkat PMR. Mereka yang terpilih ini dibahagikan kepada 3 kumpulan yang menggunakan tiga kaedah yang berlainan iaitu kaedah biasa, kaedah e-suara I dan kaedah e-suara II. Kesemua responden adalah seramai 163 orang murid-murid bermasalah pembelajaran mengikuti kelas aliran perdana secara separa inklusif atau inklusif sepenuhnya. Kaedah biasa adalah kaedah tradisional atau konvensional berbebtuk penggunaan kertas dan pensel. Manakala kaedah e-suara I pula memerlukan responden untuk melihat dan mendengar item soalan melalui komputer tetapi menjawab soalan di dalam kertas OMR atau kertas saranan jawapan dan kaedah e-suara II pula ialah melalui mendengar item soalan dengan komputer serta menjawab soalan yang terdapat di dalam komputer tersebut. Terdapat 20 item yang diuji mengikut Jadual Penentuan Ujian (JPU) mengandungi ketiga-tiga tahap aras tertinggi, aras sederhana dan aras rendah. Berdasarkan kajian tersebut menunjukkan bahawa item 13 mencatatkan skor yang paling tinggi bagi soalan yang dijawab dengan betul iaitu seramai 92 responden. Manakala item 1 pula mencapai keputusan yang paling rendah berbanding dengan 20 item yang lain. Dalam peperiksaan Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara I menunjukkan bahawa item 3 telah mencapai tahap skor yang paling tinggi manakala item 15 mencapai tahap yang paling rendah. Berdasarkn dapatan kajian skor pencapaian Bahasa Melayu menggunakan kaedah e-suara II menunjukkan bahawa item 11 mendapat peratusan menjawab dengan betul paling tinggi dan peratusan yang terendah adalah item 19. Terdapat perbezaan yang agak ketara dalam hasil analisis keseluruhan keputusan dimana kaedah e-suara II telah mendapat peratusan sebanyak 49 peratus berbanding dengan kaeadh biasa hanya 30 peratusa dan keadah e-suara I mendapat peratus sebanyak 40 peratus sahaja. Kesimpulannya, kaedah e-suara II boleh digunakan sebagai satu penaksiran baru yang dapat membantu murid-murid bermasalah pembelajaran di Malaysia bagi mengimbangi pencapaian mereka dengan pencapaian murid-murid tipikal. Keseluruhan data telah membuktikan bahawa kebanyakkan murid-murid yang menghadapi masalah dalam peperiksaan
  • 7. disebabkan oleh masalah kesukaran mereka untuk membaca atau menulis. Hal ini harus dititik beratkan agar tidak ada murid yang ketinggalan dalam pendidikan.
  • 8. Jurnal antarabangsa Tajuk 1: Pembangunan pengukuran berasaskan kurikulum Ulasan jurnal Pengukuran berasaskan kurikulum (PBK) dibina untuk menguji keberkesanan model intervensi dalam pendidikan khas. Model tersebut adalah berdasarkan idea di mana guru pendidikan khas boleh untuk mengulangi data pengukuran menilai formatif pengajaran serta meningkatkan keberkesanannya. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu penyelidikan dan pembangunan yang telah dibuat selama 6 tahun dibiayai oleh Universiti Minnesota, Institut Penyelidikan Pendidikan Khas. Berdasarkan penyelidikan tersebut satu pemantauan prosedur dalam membaca, mengeja dan menulis iaitu kemahiran 3M. Di antara prosedur yang termasuk dalam penyelidikan tersebut adalah peraturan penentuan digunakan untuk meningkatkan program pendidikan serta hasil utama penyelidikan yang terhasil hendaklah haruslah diukur. Di antara ciri-ciri PBk adalah melengkapi aspek teknikal. Ini keran PBK diterima pakai dan disahkan telah dicapai melalui pemerhatian yang telah distandardkan. Seterusnya adalah standard pengukuran tugasan. Standard pengukuran tugasan ini dikenalpasti digunakan dalam PBK termasuklah membaca secara lisan daripada teks dan perkataan yang telah dipilih daripada teks, membaca, menulis perkataan mengikut turutan apabila diberi satu cerita bergambar, menulis jawapan yang betul atau angka dalam meyelesaikan tugasan matematik. Selain daripada itu, PBK adalah sebagai satu kemasukan dan pemarkahan. PBK prosedur adalah termasuk spesifikasi , kemasukan, objektif pelajar dan prosedur pemarkahan yang digabungkan untuk memastikan kecukupan kesahan dan kemampuan daripada data sebara individu dan berkumpulan yang diukur melalui perbezaan mengikut masa. Pensampelan prestasi juga merupakan diantara ciri PBK. Hal ini kerana, prestasi akademik disampelkan melalui prosedur pemerhatian. Dalam membaca contohnya pelajar diminta untuk membaca teks secara lisan dalam masa 1 minit dan akan terdapat pemerhati yang akan mengira perkataan yang disebut dengan betul ataupun tidak betul. Dengan itu, keputusan pelajar dapat diketahui dan guru dapat mengetahui kebolehan dan tahap pelajar tersebut. Berikutnya adalah kebekesanan masa. PBK adalah dibina untuk keberkesanan.
  • 9. Kepelbagaian pensampelan prestasi memerlukan pengukuran dengan tempoh masa yang singkat. Pensampelan prestasi adalah di antara satu sehingga tiga minit, bergantung kepada kemahiran yang diukur serta jumlah sampel yang diperlukan utnuk memaksimumkan kebolehpercayaan. Ciri yang terakhir adalah mudah untuk diajar. PBK yang dibina telah dibuat utnuk meringankan kerja ahli-ahli profesional, paraprofesional dan ibubapa yang boleh dipelajari utnuk menggunakan prosedur. Selain daripada ciri dan latar belakang mengenai PBK ini, penulis turut ada mengemukakan beberapa kegunaan biasa PBK. Tujuan sebenar kegunaan PBK adalah untuk membolehkan guru-guru untuk menilai formatif arahan mereka. Di antara kegunaan biasa PBK adalah untuk meningkatkan program arahan individu, meningkatkan keringanan dalam komunikasi, meningkatkan rancangan pengajaran guru, meramal prestasi dalam kriteria penting, membangunkan norma, menyaring untuk mengenalpasti pelajar yang mempunyai risiko dalam akademik mereka, menilai keberkesanan intervensi di dalam kelas, mengurangkan penindasan dalam penilaian, menyarankan dan menilai kelas inklusif, memberikan alternatif untuk mengenalapasti prosedur pendidikan khas, meramalkan prestasi dalam keperluan penilaian, mengukur perkembangan dalam program sekolah menengah dan berkaitan serta meramalkan kejayaan dalam pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan dua kajian yang telah dijalankan untuk mengenalpasti faktor yang dikenalpasti sebagai penghalang untuk melaksanakan PBK, didapati bahawa sehingga 85 peratus daripada 300 orang guru yang telah diuji mengatakan bahawa mereka sedara akan kekerapan pengukuran dalam prestasi pelajar di mana hanya setengah prosedur yang digunakan mereka pernah digunakan. Apa yang menariknya, terdapat hasil kajian menunjukkan bahawa guru yang menggunakan PBK memerlukan masa yang kurang sebanyak 10 peratus untuk melaksanakan pengukuran. Kegunaan PBK sebagai alat untuk mnegukur perkembangan dalam bacaan dugunakan secara intensif sebagai contoh masa terhad dalam bacaan lisan. Dalam literasi am berkaitan perkembangan bacaan dimana kelajuan membaca pelajar boleh digunakan untuk menukarkan teks kepada bahasa pertuturan yang dikatakan satu perkara penting dalam kemahiran membaca. Walaupun begitu, kelajuan dalam bacaan tidak dapat menentukan ketepatan dalam mengenalpasti perkataan.
  • 10. Kegunaan yang paling berkesan dalam PBK ini adalah menilai formatif dalam program pelajar secara individu yang hampir selalunya berlaku untuk menetapkan dimana seseorang guru pelajar pendidikan khas untuk membentuk kemahiran dan masa untuk merancang pengajaran kepada mereka. Guru pendidikan khas mereka model penilaian formatif yang didemonstrasi secara efektif untuk meningkatkan keberkesanan pelajaran pelajar pendidikan khas. Selalunya, ini bermaksud bahawa kejayaan guru dalam meningkatkan pencapaian pelajar pendidikan khas dalam kurikulum aliran arus perdana berjaya. Kesimpulannya, penggunaan PBK dapat menyokong guru biasa bersedia dengan peningkatan diversiti dalam kelas termasuklah di dalam kelas inklusif dengan kecacatan. PBK boleh digunakan untuk membantu guru-guru pendidikan khas dalam merencakan sesebuah pengajaran dan pembelajaran dalam kelas sesuai dengan kebolehan dan kemampuan setiap pelajar tersebut kerana kanak-kanak atau pelajar pendidikan khas yang mempunyai pelbagai masalah yang kadangkala sukar untuk diatasi.
  • 11. Tajuk 2 : 10 Tanggapan Negatif Mengenai Pengajaran dan Pembelajaran yang Mengurangkan Keberkesanan Program Pendidikan Khas. Ulasan jurnal Seringkali pendidikan khas dipandang rendah oleh setiap lapisan masyarakat. Hanya segelintir sahaja yang memberikan tanggapan yang positif terhadap pendidikan khas. Perkara ini yang menyebabkan pelbagai lontaran pandangan negatif dikeluarkan dan disampaikan dari mulut ke mulut sehingga boleh menyebabkan tujuan sebenar kewujudan pendidikan khas diabaikan. Kebiasaannya tanggapan-tanggapan negatif mengenai pengajaran dan pembelajaran (P&P) mempengaruhi guru-guru mahupun pelajar pendidikan khas itu sendiri. Melalui jurnal ini, disertakan antara 10 tanggapan negatif yang menghadkan keberkesanan dalam pendidikan khas akibat yang akan berlaku berdasarkan penyelidikan berdasarkan amalan pengajaran. Setiap tanggapan tersebut diterangakan secara terperinci dan penulis turut menyertakan beberapa cara utnuk mengatasi masalah ini. Sebelum kita pergi kepada masalah utama, penulis ada menyebut mengenai empat perspektif yang berkaitan dengan masalah ini. Di antaranya adalah pelajar yang mempunyai kecacatan mempunyai hak untuk mendapatkan dalam pelajaran, pendidikan khas seharusnya lebih terarah, di spesifikasikan serta intensif, penyelidikan yang terhasil adalah berguna serta diperolehi daripada sumber yang boleh dipercayai berasakan pengetahuan lingkungan pendidikan khas dan penyelidikan berasaskan pengajaran adalah berdasarkan pendidikan khas. Menerusi perspektif yang pertama, guru-guru pendidikan khas mempunyai tanggungjawab untuk merekacipta satu pelaksana dan menilai pengajaran yang dapat membantu pelajar dengan masalah kecacatan, diumumkan, dan mengekalkan pengetahuan dan kemahiran untuk meningkatkan kualiti kehidupan di sekolah, rumah, komuniti dan tempat bekerja. Seterusnya kita pergi kepada tanggapan negatif yang mempengaruhi P&P pendidikan khas. Di antaranya adalah kurikulum berstruktur menghalang pembelajaran sebenar. Hal ini lebih kepada pendidikan yang sudah ditetapkan dalam P&P. Kerajaan telah menetapkan beberapa perkara atau pelajaran yang perlu diajar oleh guru kepada pelajar pendidikan khas, namun begitu ada yang bependapat bahawa tidak seharusnya semua perkara harus diajar kepada pelajar pendidikan khas.
  • 12. Berikutnya adalah mengajar pendidikan kemahiran yang remeh lalu mengabaikan keseluruhan kanak-kanak. Pendidikan kemahiran ini lebih merujuk kepada kemahiran yang diajar mengikut prosedur yang ada menyebabkan pelajar terabai. Hal ini kerana pelajar pendidikan khas bukan seperti pelajar aliran perdana yang mudah untuk mendapat apa yang telah dipelajari dengan cepat, mereka terpaksa mengambil masa yang lama untuk mendapat apa yang dipelajari disebabkan beberapa penghalang atau kekurangan yang menghadkan pembelajaran mereka secara cepat. Oleh itu, mereka menganggap bahawa kanak-kanak ini akan terabai. Seterusnya adalah pemahaman latihan dan amalan terhad pelajar dan melemahkan kreativiti. Guru sekarang mengatakan bahawa latihan dan amalan terhadap kemahiran asas adalah tidak penting. Disebabkan itu, guru mengajar tetapi tidak mengambil kira tahap kelehahan sesorang pelajar untuk diajarkan kepada mereka. Selain daripada itu, guru dikatakan tidak perlu untuk mengukur tahap pencapaian pelajar. Sesorang pelajar pendidikan khas tidak boleh untuk diukur prestasi pembelajaran mereka kerana matlamat pengajaran pendidikan khas adalah untuk menyesuaikan diri mereka menghadapi masayarakat serta mampu untuk menguruskan diri sendiri. Oleh itu, walaupun kanak-kanak ini diajar beberapa subjek pengajaran tetapi mereka tidak boleh untuk di ukur tahap kejayaan mereka. Pelajar hendaklah bersedia dari segi dalaman sepenuhnya, hal ini bermaksud seseorang pelajar pendidikan khas haruslah mempunyai kesediaan dalaman sepenuhnya untuk belajar. Namun begitu, tidak semua pelajar pendidikan khas mampu untuk bertindak seperti berkenaan kerana terdapatnya halangan fizikal mahupun emosi yang menghalang mereka untuk bertindak seperti pelajar dalam aliran arus perdana. Kemudiaannya lagi, antara tanggapan negatif yang ada ialah pembinaan self esteem pelajar pendidikan khas adalah sepenuhnya dibawah taggungjawab guru. Ini merupakan satu kekangan yang tidak mampu untuk di bendung kerana kebanyakkan minda pelajar yang mengikuti pendidikan khas mempunyai kelemahan merendah diri yang tinggi. Bukannya mudah untuk membentuk peribadi seseorang supaya mereka berubah kepada yang lebih baik tambahan lagi kepada kanak-kanak pendidikan khas yang mempunyai banyak halangan yang merencatkan sesuatu P&P untuk berlaku secara berkesan.
  • 13. Pengajaran kepada pelajar pendidikan khas perlu mempunyai tahap kesabaran yang tidak berbelah bahagi. Ya, memang ada benarnya dalam hal ini, namun begitu setiap insan membuat kesilapan dalam melaksanakan sesuatu perkara tambahan menghadapi mereka-mereka ini yang boleh dikategorikan sebagai lambat belajar. Seterusnya lagi adalah setiap kanak-kanak belajar secara berlainan daripada yang lain. Memang benar tanggapan tersebut, namun begitu kita tidak boleh untuk hanya menumpukan kepada satu murid secara berterusan tanpa melihat yang lainnya. Elektisme adalah baik serta seoarang guru yang baik adalah seorang guru yang kreatif juga merupakan antara tanggapan yang mempengaruhi P&P pendidikan khas. Penulis juga ada menyebut mengenai antara amalan yang tidak berjaya di antaranya ialah membiarkan pelajar untuk belajar sendiri tanpa mengajar atau memberi mereka rujukan. Manakala di antara cadangan penulis untuk menangani masalah ini adalah melalui memperkenalkan keistimewaan profesion pendidikan khas, menyelidik data dan menilai kebolehannya serta fokus kepada kepelbagaian. Kesimpulannya, sesetengah kanak-kanak mendapat pelbagai kelebihan dalam pendidikan khas kerana kerajaan sekarang menyediakan pelbagai frasarana yang baru dan terkini kepada pelajar-pelajar pendidikan khas. Mereka tidak pernah dipinggirkan malah semakin rancak penyelidikan yang dilakukan untuk menaiktaraf pendidikan khas di setiap negara.
  • 14. Tajuk 3 : Kesan Kepada Gaya Pergerakan Amerika Afrika dalam Tindakan dan Tanggapan Guru Ulasan jurnal Menurut penulis kajian ini dilakukan untuk mengkaji mengenai tanggapan guru terhadap tingkahlaku orang Amerika Afrika yang agak ganas dan pencapaian mereka serta keperluan kepada pendidikan khas berdasarkan pelajar Amerika Afrika kehidupan normal mereka di sana. Kajian ini dilakukan dengan melibatkan 136 orang guru sekolah menengah dengan menggunakan pendekatan melalui video serta soal selidik. Pencapaian akademik sekolah orang Amerika Afrika ini mulai meningkat apabila mereka mengganggap diri mereka sebagai seorang bukan Amerika Afrika dan juga melibatkan guru yang sentiasa memahami mengenai gaya hidup atau norma masyarakat di sana. Apabila guru-guru di sana memahami gaya hidup mereka, maka mudahlah bagi mereka untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan guru. Guru yang memahami gaya hidup orang Amerika Afrika ini sentiasa mengekalkan tahap dan tanggapan yang baik kepada pelajar-pelajar disana mengenai sekolah, tingkahlaku dan persaingan akademik. Mereka juga menyatakan keprihatinan mereka kepada pelajar-pelajar tersebut dengan menyokong persekitaran pembelajaran yang menunjukkan identiti budaya dan kejayaan prestasi akademik. Tanggapan negatif yang dilemparkan oleh guru-guru dari luar terhadap mereka mendatangkan masalah terhadap proses pembelajaran yang berlaku di sekolah. Seperti mana yang kita dapat lihat sendiri, apabila seseorang guru membuat satu tanggapan negatif terhadap seseorang murid disekolah pastinya berita tersebut akan sampai kepada guru-gur lain dan secara tidak lansung membuatkan pelajar tersebut dipandang serong walaupun pelajar tersebut mempunyai prestasi akademik yang cemerlang. Apatah lagi kalau kita lihat dengan lebih mendalam dalam aspek pendidikan khas. Hal ini kerana, pelajar pendidikan khas sudah semestinya mempunyai kekurangan sama ada dari segi fizikal mahupun intelek mereka, jika seorang guru turut bertindak untuk membiarkan hal ini terjadi maka tiada kesudahan terhadap hal pembelajaran mereka. Pelajar pendidikan khas turut mempunyai hak pembelajaran sama seperti pelajar dalam aliran arus perdana.
  • 15. Pergerakan tubuh badan atau bahasa tubuh badan pelajar Amerika Afrika ini sangat berlainan jika mahu dibandingkan tubuh badan pelajar-pelajar di Malaysia yang bertubuh sederhana dan ketinggian yang hampir sama. Namun begitu, berlainan dengan pelajar Amerika Afrika, mereka mempunyai susuk badan yang tegap, tinggi dan juga besar. Mereka juga mempunyai tingkahlaku yang agak kasar dan suara yang besar. Disebabkan oleh fizikal mereka inilah guru-guru daripada luar sering memberikan tanggapan negatif kerana bimbang akan norma hidup mereka yang agak kasar teresbut. Salah satu contoh yang diberikan oleh penulis melalui jurnal ini adalah cara berjalan ‘stroll’ dimana mereka ini tidak mempunyai gaya berjalan yang standard seperti orang lain yang menggunakan postur sedikit mencanggung dan mengheret kaki semasa berjalan. Tanggapan seseorang guru dianggap sebgai satu rujukan yang menafsirkan tingkahlaku akan datang atau pencapaian mereka pada masa akan datang berdasarkan pemerhatian guru-guru terhadap seseorang pelajar itu sendiri. Oleh itu, tindakan timbalbalik harus dilakukan oleh guru iaitu untuk memberikan satu tanggapan negatif kepada pelajar. Bagi kajian ini, seseorang gur haruslah menerima keadaan sebenar pelajar tersebut walaupun perlakuan mereka itu kadangkala kurang sesuai yang memungkinkan mereka kurang berjaya di dalam kelas biasa. Kajian yang dilakukan ini melibatkan seramai 136 guru daripada sekolah menengah, pita video serta soal selidik. Video yang disediakan oleh pengkaji adalah melibatkan 4 jenis video. Video-video tersebut dibahagikan kepada dua video yang mempunyai tujuan yang sama atau perlakuan yang sama tetapi hanya berbeza bahan kajian di dalamnya. Pakaian, berat, tinggi, cara berjalan dan sifat sumber kajian dipilih secara sama atau lebih kurang supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan. Video yang dimainkan kepada responden sebelum itu telah disahkan oleh 5 pemerhati yang terdiri daripada psikologi pendidikan, konsultan perilaku pelajar, psikologi bersama berserta dua orang pentadbir pendidikan. Soal selidik pula disediakan berdasarkan senarai adjektif. Berdasarkan daripada hasil kajian didapati bahawa pencapaian pelajar Amerika Afrika adalah lebih baik jika dibandingkan dengan pelajar Eropah Afrika yang turut di gelar sebagai ‘stroll’. Melalui hasil ini, boleh dibuktikan bahawa tanggapan yang baik terhadap mereka mampu meningkatkan prestasi pelajar Amerika Afrika walaupun mempunyai mempunyai budaya yang berbeza daripada orang lain.
  • 16. Kesimpulannya, tanggapan terhadapa budaya hidup sesuatu bangsa adalah tidak seharusnya melebihi had yang ada. Hal ini kerana mereka hanya mempunyai perbezaan budaya walaupun agak ketara tetapi mereka tetap mempunyai akademik dan pelajaran yang sama seperti yang lainnya. Guru seharusnya memandang positif terhadap pelajar-pelajar Amerika Afrika kerana mereka mempunyai pencapaian akademik yang membanggakan walaupun selalu dipandang serong oleh pelbagai pihak kerana kewujudan diri serta budaya mereka yang agak kasar.