SlideShare a Scribd company logo
1 of 15
1


                                           BAB 1

                                      PENGENALAN




1.1    Pendahuluan

       Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna
dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik
dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara.

       Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang
boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam
pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang
mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata
pelajaran yang lain.

       Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin
mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan
Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan
pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian,
namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan
memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang
boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.
2


1.2    Pernyataan Masalah

       Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah
ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan
seharian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli-
belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya.
Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran
matematik di kalangan pelajar kita.

       Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat untuk
mempelajari mata pelajaran matematik. Pelajar lelaki bersikap sambil lewa dalam memahami
objektif pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Berbeza dengan pelajar perempuan yang
lebih fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan.

       Perkara ini perlu dilihat secara serius dan satu kajian tentang permasalahan ini haruslah
dijalankan untuk mengenalpasti indikator-indikator masalah yang berkaitan agar langkah
penyelesaian dapat diambil.




1.3    Tujuan Kajian

       Secara amnya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar
terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian
Matematik. Kajian yang akan dibuat adalah ke atas dua kategori pelajar iaitu pelajar yang baik
dan yang kurang baik pencapaian Matematiknya. Tujuannya adalah untuk mengetahui hubungan
diantara pembolehubah dengan minat mereka terhadap pencapaian Matematik.




1.4    Objektif Kajian

       Objektif kajian ini adalah untuk :

       1.4.1   Untuk mengetahui sejauh mana faktor minat dan jantina pelajar dapat
       mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik mereka.
3


      1.4.2   Untuk mengkaji sama ada faktor minat dan jantina mempunyai hubungan yang
      signifikan di antara satu sama lain atau sebaliknya.




1.5   Persoalan Kajian

      Persoalan kajian berikut telah dikenalpasti sebagai faktor utama kajian :

      1.5.1   Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran
      Matematik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar ?

      1.5.2   Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran
      Matematik dengan jantina pelajar ?

      1.5.3   Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan
      pencapaian pelajar ?




1.6   Hipotesis Kajian

      Berikut adalah hipotesis yang akan dikaji :

      Bagi soalan kajian 1.6.1 :

      H       : Terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran Matematik di antara pelajar
      pencapaian baik dengan pelajar kurang baik dalam mata pelajaran Matematik.

      Bagi soalan kajian 1.6.2 :

      H       : Terdapat perbezaan minat terhadapa mata pelajaran Matematik di antara pelajar
      lelaki dengan pelajar perempuan.

      Bagi soalan kajian 1.6.3 :

      H       : Terdapat hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar.
4


1.7   Definisi Istilah

      1.7.1   Minat
      Minat selalunya dirujuk sebagai kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek
      atau keinginannya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. Super (1957, dalam
      Muskamal Mohemad Jonan, 1991) telah membahagikan minat kepada 4 jenis;


      1.      Kecenderungan atau hobi
      2.      Minat yang dinyatakan dalam bentuk tindak balas melalui penglibatan di dalam
              aktiviti.
      3.      Minat yang berasaskan kepada tindak balas terhadap skop soal selidik yang
              berhubung dengan aktiviti.
      4.      Minat yang diuji.


      Minat juga dikatakan sebagai kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara atau
      objek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap objek
      itu (Rohani Nasir, 1984, m.s.12). Menurut Liong Kon Thai (1997) dalam latihan
      ilmiahnya, beliau menyatakan bahawa minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap
      pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkah laku individu.
      Manakala minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokkan semasa melibatkan diri
      dalam aktiviti-aktiviti dan berkecederungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang
      diberi. Menurut Crow & Crow ( tahun tidak dinyatakan, dalam Abdul Halim, 1998) minat
      boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian
      kepada seseorang, sesuatu benda, kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang
      berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca
      kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan tersebut. Minat di
      dalam kajian ini adalah merujuk sebagai kecenderungan murid-murid untuk memberi
      tumpuan kepada mata pelajaran Matematik.
5


1.7.2   Pencapaian
Pencapaian seseorang dikaitkan dengan keputusan peperiksaan sekolah yang mana
kemudiannya di kira sebagai prestasi pelajar. Kerlinger (1973, dalam Muskamal
Mohemad Jonan, 1991, m.s.9) menyatakan bahawa pencapaian akademik secara
operationalnya merujuk kepada skor-skor atau gred-gred yang dicapai oleh murid-murid
di dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Ia juga boleh dinyatakan berdasarkan penilaian
guru terhadap prestasi pelajar di dalam kelas dalam bidang pendidikan formal.
Pencapaian juga adalah merupakan tingkat kecekapan yang dicapai dalam akademik.
Pencapaian boleh juga dirujuk sebagai prestasi akademik seseorang pelajar sekolah dan ia
diperolehi bukan hanya berasaskan kepada kecerdasan tetapi juga bergantung kepada
usaha-usaha keupayaan dan teknik mengulang kaji pelajaran. Allinson (dalam Abdul
Halim Kamaruddin, 1998) menyatakan orientasi pencapaian seseorang individu adalah
hasil daripada dua kecenderungan yang bertentangan untuk mendapatkan kejayaan dan
kecenderungan untuk mengelakkan kegagalan.
6


                                            BAB 2

                                   TINJAUAN LITERATUR




2.1    Pengenalan

Dalam bahagian ini, adalah menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji
sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan berhubung dengan minat, jantina dan pencapaian
murid dalam pembelajaran telah lama dibuat. Kebanyakkan kajian telah melangkau puluhan
tahun. Kebelakangan ini tidak ramai penyelidik yang gemar membuat kajian tentang perkara ini.
Oleh itu, diharapkan dengan hasil kajian saya ini akan menyumbangkan salah satu kajian terbaru
tentang perkara ini. Kajian-kajian berkenaan adalah melibatkan hubungan ketiga-tiga pemboleh
ubah tersebut.

2.2    Hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah

       2.2.1     Hubungan antara minat terhadap matematik dengan pencapaian
                 dalam matematik
Aiken (1976, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.15) telah mendapati hubungan di
antara minat terhadap matematik dengan pencapaian untuk pelajar rendah, menengah dan kolej,
mempunyai kolerasi yang positif. Keputusan mengesahkan minat positif adalah penting untuk
menjadi cekap dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh Boswell dan Katz (1980,
dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 9) di mana hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa
perbezaan dalam pencapaian matematik di antara lelaki dan perempuan bukan disebabkan oleh
kebolehan mereka, sebaliknya dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna hubungan antara minat
dengan pencapaian adalah wujud.


Selain itu Hussin Abdullah (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s. 50) juga mempunyai pendapat
yang sama. Beliau menyatakan selain dari faktor lain seperti pelajaran jasmani, tingkahlaku dan
tanggungjawab di luar sekolah, minat juga boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam
pelajaran matematik.
7


Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuanuntuk melihat sejauh mana
hubungan minat terhadap pencapaian dalammatematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar
tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik
berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat
terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat
adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara
minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik.


Begitu juga dengan Gooi Ai Wei (2000) di mana beliau mendapati hasil daripada kajiannya ialah
bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai
pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif.


Minat juga boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam
matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah
tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran
guru
di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru
untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya.


                                         Jadual 2.1
                           Hubungan antara minat dengan pencapaian
                                     Terdapat Hubungan               Tiada Hubungan
Aiken (1976)                                 X
Boswell dan Kaltz (1980)                     X
Gooi Ai Wei (2000)                           X
Hussin Abdullah (1988)                       X
Muskamal Mohamed Jonan                       X
(1991)
Tang Ching Tong (1992)                       X
8


       2.2.2 Hubungan antara minat dengan jantina

       (Keeves, 1973; Hilton dan Berglund, 1974) (dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991)
       menyatakan bahawa kaum perempuan kurang berminat terhadap matematik berbanding
       lelaki. Ini telah dibuktikan oleh (Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 14; Muskamal Mohemad
       Jonan,1992, m.s. 16) di mana hasil kajian yang dibuat nilai yang diperolehi menunjukkan
       terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan min. Ini bermakna terdapat pembezaan
       minat terhadap matematik dikalangan pelajar lelaki dengan perempuan.


       Menurut Haron Khsim dan Zainal Abidin Daud (1988, dalam Rokiah Palil, 1990,
       m.s.51), didapati keputusan hasil kajian masing-masing adalah sama. Mereka mendapati
       murid lelaki yang berminat dengan matematik adalah 40%, manakala murid perempuan
       pula adalah 60%. Ini juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara minat dengan
       jantina.


       Begitu juga dengan Hillary dan Schofield (tahun tidak dinyatakan, dalam Samsudin
       Husin, 2000, m.s.18) di mana hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan di antara
       minat dan pencapaian lebih signifikan bagi pelajar lelaki jika dibandingkan dengan
       pelajar perempuan. Beliau juga mendapati bahawa hubungan di antara minat dan
       pencapaian lebih signifikan di akhir tahun jika dibandingkan dengan awal tahun. Ini
       mungkin kerana pelajar sedar akan pentingnya peperiksaan yang akan mereka hadapi
       terhadap kehidupan.
                                             Jadual 2.2
                                Hubungan antara minat dan jantina
                                    Terdapat Hubungan                 Tiada Hubungan
Gooi Ai Wei (2000)                            X
Haron Khasim dan Zainal                       X
Abidin Daud (1988)
Hillary dan Schofield (tidak                  X
dinyatakan)
Hilton dan Berglund (1974)                    X
9


Keeves (1973)                                   X
Muskamal Mohamed Jonan                          X
(1992)


         2.2.3 Hubungan antara jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik
         pelajar
         Kajian-kajian yang menghubungkaitkan faktor jantina dengan prestasi murid di dalam
         matematik telah banyak dijalankan. Cohn (1979, dalam Tang Ching Tong, 1992, m.s.14)
         telah menunjukkan bahawa hasil kajian mereka terdapat perbezaan antara pencapaian
         dengan jantina dalam matematik di kalangan murid-murid yang cerdas. Ada juga
         pendapat yang menyatakan bahawa, bukan sahaja faktor jantina yang mempengaruhi
         pencapaian dan minat terhadap matematik tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor sosial-
         budaya (Beckmann dan Stephen, 1982, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991,m.s. 18).


         Hasil kajian Benbow dan Stanley (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s.13) yang
         mengambil masa selama 8 tahun, terhadap murid cerdas yang terpilih. Keputusan dari
         kajian mereka juga sama iaitu murid lelaki yang terbaik menunjukkan pencapaian yang
         lebih baik daripada murid perempuan yang terbaik.


         Satu kajian telah dijalankan oleh Yaziz Salim (1987, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.50) di
         mana beliau menyatakan bahawa pencapaian muridmurid perempuan dalam matematik
         Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) melebihi pencapaian murid-murid lelaki.
         Bagaimanapun dalam matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kebolehan
         murid-murid lelaki melebihi murid-murid perempuan dalam semua bidang kecuali
         operasi. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina mempengaruhi pencapaian matematik
         murid. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa jantina tidak
         memberikan apa-apa pengaruh atau kesan ke atas pencapaian matematik murid.


         Foo Siet Chooi (1988) mendapati hasil kajiannya menunjukkan bahawa, tidak ada
         pengaruh yang jelas di antara jantina dengan pencapaian pelajar terhadap matematik.
         Beliau mendapati keputusan Anova menunjukkan bahawa pencapaian matematik
10


       mengikut jantina dan tahap penguasaan konsep asas matematik murid perempuan lebih
       baik jika dibandingkan dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun hasil dari keputusan
       ujian statistik pula, beliau mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan di antara
       jantina dengan pencapaian matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang di kaji. Dengan
       ini didapati faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian dalam matematik. Perkara ini
       juga telah dibuktikan oleh kajian (Low Yoke Ken, 1989, Gooi Ai Wei, 2000) yang turut
       menyatakan perkara yang sama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara
       lelaki dan perempuan dalam pencapaian matematik.


                                            Jadual 2.3
       Hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik


                                   Terdapat Hubungan                 Tiada Hubungan
Benbow dan Stanley (1978)                    X
Cohn (1979)                                  X
Foo Siet Chooi (1988)                                                        X
Gooi Ai Wei (2000)                                                           X
Loo Yoke Ken (1987)                          X
Yaziz Salim (1987)                           X
11


                                            BAB 3

                                    METODOLOGI KAJIAN

3.1    Pendahuluan

       Satu kajian adalah merupakan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Ia
menerangkan proses dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pelajar.




3.2    Reka Bentuk Kajian

       Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat minat murid-murid terhadap mata pelajaran
Matematik serta hubungan dengan pencapaian. Satu set soalan soal selidik disediakan untuk di
jawab oleh murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Dalam
kajian ini seramai 40 orang murid Tahun Lima akan di pilih secara rawak berdasarkan rekod
profil murid yang diperolehi dari guru kelas mereka. Soal selidik diedar kepada responden untuk
mendapatkan maklum balas tentang minat, jantina dan pencapaian mereka.


       Saya berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain
berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden
yang terdiri dari kalangan murid Tahun Lima ini diharapkan dapat memberikan data yang sesuai
untuk digunakan dalam kajian ini.




3.3    Lokasi Kajian


       Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan jaraknya
lebih kurang 10 km dari pecan Kajang iaitu pusat bandar bagi daerah Kajang.
12


3.4    Persampelan


       Seramai lebih kurang 820 orang murid di sekolah ini iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun
Enam. Memandangkan bilangan murid yang agak ramai dan kawasan sekolah yang tidak begitu
besar, sekolah ini mengendalikan persekolahan pada sesi pagi dan sesi petang. Kesemua murid
di sekolah ini datangnya dari kawasan perumahan Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima yang
terletak sekitar 2 km dari kawasan sekolah dan terdiri dari semua pelajar Melayu. Rata-rata ibu
bapa mereka adalah terdiri dari pekerja kerajaan. Keputusan mata pelajaran Matematik di dalam
peperiksaan Penggal Pertama akan dijadikan asas untuk pemilihan murid di dalam kajian ini.


       Berdasarkan keputusan tersebut murid-murid dibezakan kepada dua kategori iaitu murid-
murid yang rendah dan tinggi pencapaiannya di dalam matematik. Pencapaian gagal merujuk
kepada skor yang kurang dari 50% sementara pencapaian lulus pula merujuk kepada skor yang
sama dan lebih dari 50%. Dari 65 orang murid Tahun Lima, 40 orang sahaja yang terlibat
berdasarkan kepada jantina dan pencapaian mereka. Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang
murid perempuan dipilih untuk setiap kategori iaitu pencapaian lulus dan kategori pencapaian
gagal. Pemilihan murid mengikut kategori ini dibuat secara rawak berdasar.


                                          Jadual 3.1
                     Menunjukkan taburan responden mengikut jantina
           Jantina                       Kekerapan                       Peratus (%)
            Lelaki                            20                              50
         Perempuan                            20                              50
           Jumlah                             40                              100
13


                                        Rajah 3.1
                                    Taburan responden




         50
         45
         40
         35
         30
         25
         20
         15
         10
          5
          0
                         Lelaki                      Perempuan




                                     Jadual 3.2
    Menunjukkan taburan jantina dan pencapaian tinggi dan rendah responden
  Pencapaian               Lelaki                 Perempuan           Jumlah
     Lulus                    10                     10                 20
     Gagal                    10                     10                 20
    Jumlah                    20                     20                 40


                                     Jadual 3.3
               Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian awal
Pencapaian Awal                     Kekerapan                         Jumlah
                           Lelaki                 Perempuan
     Lulus                    10                     10                 20
     Gagal                    10                     10                 20
    Jumlah                    20                     20                 40
14


3.5    Instrumen Kajian


       Soal selidik yang menumpukan kepada minat murid terhadap matapelajaran matematik.
Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.


       Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu pencapaian matematik dalam penggal pertama
dan jantina. Manakala bahagian B pula terdiri daripada soalansoalan tentang minat murid
terhadap pelajaran matematik. Sebanyak 30 soalan tentang minat terhadap pelajaran matematik
yang berbentuk skala likert akan digunakan dalam kajian ini. Skala ini digunakan kerana ia
senang difahami oleh murid dan sesuai digunakan oleh semua pengkaji dalam membuat analisis.


       Jawapan responden adalah jawapan pilihan nilai berdasarkan kepada sangat tidak setuju
(1), tidak setuju (2), setuju (3), dan sangat setuju (4). Murid hanya perlu bulatkan pada jawapan
yang dirasakan munasabah.




3.6    Tatacara Pengumpulan Data


       Sebelum kajian dijalankan di sekolah, saya terlebih dahulu akan mendapatkan kebenaran
daripada Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Penerangan diberikan kepada
Guru Besar tentang tujuan kajian ini di buat.


       Selepas memberi penerangan dan penjelasan, saya meminta kerja sama dari pihak
sekolah untuk membantu menjayakan kajian ini. Dengan berpandukan keputusan matapelajaran
Matematik dalam Peperiksaan Penggal Pertama, maka saya mengkategorikan responden kepada
dua peringkat pencapaian mereka. Selepas pemilihan dibuat, saya memberikan penerangan
kepada responden yang terpilih tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu
dilengkapkan. Saya akan memberi penjelasan bagi setiap soalan soal selidik, supaya responden
lebih memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Set soal selidik akan dikumpulkan setelah
murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.
15


3.7    Kaedah Kajian


       Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah.
Proses menganalisa melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi.
Analisa deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti
jantina dan pencapaian awal pelajar. Ia juga digunakan untuk menghuraikan minat murid
terhadap pembelajaran matematik. Statistik yang akan digunakan adalah kekerapan, peratus, min
dan sisishan piawai.


       Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis nul. Analisis inferensi yang
digunakan ialah ujian t. Ia digunakan bagi menguji pembezaan min dua kumpulan dan
menentukan sama ada pembezaan itu berlaku atau sebaliknya. Bagi ujian ini aras signifikan
ditetapkan pada tahap a = 0.05.

More Related Content

What's hot

Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
SiTi Nurhidayah
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
ikhwankmk92
 
Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2
Babaxk Mat
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
grace_tyler12
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
MahmudAhmad21
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
Ryabbi Imp
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Zainal Mohd
 
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaranDidik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Kaswati Tukino
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
pikaosman
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
Jerry Jessy
 

What's hot (20)

Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagaiTeori pengajaran kecerdasan pelbagai
Teori pengajaran kecerdasan pelbagai
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Isu Yang Berkaitan Dengan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
 
Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2Catatan nota lapangan 2
Catatan nota lapangan 2
 
Pendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
 
Borang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajianBorang soal selidik kajian
Borang soal selidik kajian
 
Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1Rph perbincangan 1
Rph perbincangan 1
 
Jenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalanJenis jenis item soalan
Jenis jenis item soalan
 
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptxRubrik Analitik dan Holistik.pptx
Rubrik Analitik dan Holistik.pptx
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018Refleksi praktikum 2018
Refleksi praktikum 2018
 
TEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISMETEORI KONSTRUKTIVISME
TEORI KONSTRUKTIVISME
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
Kajian tindakan
Kajian tindakanKajian tindakan
Kajian tindakan
 
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATAManual penggunaan Kit Media CARI KATA
Manual penggunaan Kit Media CARI KATA
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaranDidik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
Didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran
 
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaranKumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
Kumpulan 4 strategi, pendekatan, kaedah & teknik pengajaran
 
Contoh kajian tindakan matematik
Contoh kajian tindakan  matematik Contoh kajian tindakan  matematik
Contoh kajian tindakan matematik
 
Pembinaan jsu
Pembinaan jsuPembinaan jsu
Pembinaan jsu
 

Viewers also liked

Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Teacher Nasrah
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
Payeh NorMan
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
Noor Abidin
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
huda hamdan
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
huda hamdan
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Siti Sara Kuseri
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Mohamed Firdaus
 
Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012
Cik Syarifah
 

Viewers also liked (20)

Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesisLampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
Lampiran a dan b(borang maklumat pelajar dan soal selidik) thesis
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)Borang kaji selidik (2)
Borang kaji selidik (2)
 
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaianSoal selidik    sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
Soal selidik sikap, motivasi, la & ujian pencapaian
 
Borang soal selidik
Borang soal selidikBorang soal selidik
Borang soal selidik
 
JURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIKJURNAL MATEMATIK
JURNAL MATEMATIK
 
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
HUBUNGAN DI ANTARA PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DENGAN MINAT PELAJAR TAHUN...
 
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematikKepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
Kepercayaan pelajar terhadap pembelajaran matematik
 
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatihKaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
Kaedah mengajar matematik oleh guru pelatih
 
Tabii matematik , nilai dan peranan
Tabii matematik , nilai dan perananTabii matematik , nilai dan peranan
Tabii matematik , nilai dan peranan
 
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukmGgge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
Ggge 2123 esei tahap penguasaan ict dalam kalangan jururawat di ppukm
 
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendahTugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
Tugasan 1 pengajaran matematik sekolah rendah
 
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yiKemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
Kemahiran penyelesaian masalah nombor berarah berdasarkan model polya cai yi
 
Kaedah lattice
Kaedah latticeKaedah lattice
Kaedah lattice
 
Laporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vleLaporan taklimat frog vle
Laporan taklimat frog vle
 
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di MalaysiaIsu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
Isu 2 - Jurang Pencapaian Matematik Dalam Kalangan Pelajar di Malaysia
 
soalan soal selidik
soalan soal selidiksoalan soal selidik
soalan soal selidik
 
Penulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan MatematikPenulisan Kajian Tindakan Matematik
Penulisan Kajian Tindakan Matematik
 
Modul Transformasi Akademik Matematik UPSR 2014
Modul Transformasi Akademik Matematik UPSR 2014Modul Transformasi Akademik Matematik UPSR 2014
Modul Transformasi Akademik Matematik UPSR 2014
 
Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012Soal selidik sim 2012
Soal selidik sim 2012
 

Similar to Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Kasturi Nusi
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
jejakakunak
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
chummyk
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tengku Firdaus
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
stephchun93
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Arifah Nur Zul
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
zahjannanti
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
hidadaus
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
Ummi Azilla
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Ummi Azilla
 
Combined
CombinedCombined
Combined
098zxc
 

Similar to Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik (20)

Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematikAziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
Aziziyahaya sumbang sikap_terhadap_matematik
 
Propasal cuti semester
Propasal cuti semesterPropasal cuti semester
Propasal cuti semester
 
Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002Jsme 2011-1-002
Jsme 2011-1-002
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
Dr. abd. sukor shaari, yahya don dan yaakob daud 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
Bincangkan jurang pencapaian matematik murid sekolah rendah atau sekolah mene...
 
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kiniTahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
Tahap disiplin pelajar_sekolah_masa_kini
 
Teaching approach 2
Teaching approach 2Teaching approach 2
Teaching approach 2
 
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematikKeberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
Keberkesanan kaedah konstruktivisme_dalam_pengajaran_dan_pembelajaran_matematik
 
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
Keberkesanan kaedah petak_sifir_dalam_penguasaan_fakta_asas_darab_dalam_matem...
 
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
Penulisan ilmiah (kepercayaan guru terhadap matematik)
 
Ulasan Jurnal
Ulasan JurnalUlasan Jurnal
Ulasan Jurnal
 
Jurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paperJurnal hubungan motivasi full paper
Jurnal hubungan motivasi full paper
 
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
Jurnal hubungan motivasi , gaya pembelajaran dengan pencapaianmatematik kejur...
 
Contoh abstrak
Contoh abstrakContoh abstrak
Contoh abstrak
 
Combined
CombinedCombined
Combined
 
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sainsSikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
Sikap terhadap sains_dalam_kalangan_pelajar_sains
 
Ulasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdfUlasan Jurnal.pdf
Ulasan Jurnal.pdf
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 

Sikapdan Minat Pelajar terhadap Matematik

  • 1. 1 BAB 1 PENGENALAN 1.1 Pendahuluan Matematik merupakan satu bidang ilmu pengetahuan yang amat penting dan berguna dalam dunia kita hari ini. Ia tidak terasing dari kehidupan seharian. Mata pelajaran Matematik dapat menyumbang kea rah pencapaian hasrat negara. Pengetahuan Matematik amat diperlukan oleh negara kea rah melahirkan warga yang boleh membangunkan negara di masa hadapan. Negara kita memerlukan pakar-pakar dalam pelbagai bidang seperti saintis, perubatan, kejuruteraan melalui satu sistem pendidikan yang mantap. Perkara ini sudah pastinya melibatkan mata pelajaran Matematik dan juga mata pelajaran yang lain. Keperluan inilah yang mengakibatkan ilmu Matematik semakin berkembang dan semakin mendapat perhatian umum. Matematik membekalkan murid-murid dengan ilmu pengetahuan Matematik untuk memperkembangkan kemahiran, penyelesaian masalah, komunikasi dan pemikiran mantik serta bersistem. Walaupun ilmu Matematik semakin mendapat perhatian, namun masih ramai lagi murid yang tidak berminat terhadap mata pelajaran tersebut. Ini akan memberikan kesan buruk kepada negara kita. Ianya boleh diumpamakan sebagai virus yang boleh merosakkan perkembangan negara di masa hadapan.
  • 2. 2 1.2 Pernyataan Masalah Mata pelajaran Matematik merupakan mata pelajaran teras baik di sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Mempelajari matematik adalah penting kerana dalam kehidupan seharian kita tidak boleh mengelak daripada aplikasi matematik contohnya semasa membeli- belah, pembinaan bangunan, membuat pengukuran, membuat perbandingan dan sebagainya. Sejak kebelakangan ini, sering didengari bahawa terdapatnya kemerosotan mata pelajaran matematik di kalangan pelajar kita. Kemerosotan ini sering dikaitkan dengan sikap mereka seperti tidak berminat untuk mempelajari mata pelajaran matematik. Pelajar lelaki bersikap sambil lewa dalam memahami objektif pembelajaran yang disampaikan oleh guru. Berbeza dengan pelajar perempuan yang lebih fokus semasa guru sedang mengajar di hadapan. Perkara ini perlu dilihat secara serius dan satu kajian tentang permasalahan ini haruslah dijalankan untuk mengenalpasti indikator-indikator masalah yang berkaitan agar langkah penyelesaian dapat diambil. 1.3 Tujuan Kajian Secara amnya, tujuan kajian ini dibuat adalah untuk melihat sejauh mana minat pelajar terhadapa mata pelajaran Matematik dan juga perbezaan jantina pelajar terhadap pencapaian Matematik. Kajian yang akan dibuat adalah ke atas dua kategori pelajar iaitu pelajar yang baik dan yang kurang baik pencapaian Matematiknya. Tujuannya adalah untuk mengetahui hubungan diantara pembolehubah dengan minat mereka terhadap pencapaian Matematik. 1.4 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk : 1.4.1 Untuk mengetahui sejauh mana faktor minat dan jantina pelajar dapat mempengaruhi pencapaian mata pelajaran Matematik mereka.
  • 3. 3 1.4.2 Untuk mengkaji sama ada faktor minat dan jantina mempunyai hubungan yang signifikan di antara satu sama lain atau sebaliknya. 1.5 Persoalan Kajian Persoalan kajian berikut telah dikenalpasti sebagai faktor utama kajian : 1.5.1 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran Matematik dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar ? 1.5.2 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara minat terhadap mata pelajaran Matematik dengan jantina pelajar ? 1.5.3 Adakah wujud hubungan yang signifikan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar ? 1.6 Hipotesis Kajian Berikut adalah hipotesis yang akan dikaji : Bagi soalan kajian 1.6.1 : H : Terdapat perbezaan minat terhadap mata pelajaran Matematik di antara pelajar pencapaian baik dengan pelajar kurang baik dalam mata pelajaran Matematik. Bagi soalan kajian 1.6.2 : H : Terdapat perbezaan minat terhadapa mata pelajaran Matematik di antara pelajar lelaki dengan pelajar perempuan. Bagi soalan kajian 1.6.3 : H : Terdapat hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian pelajar.
  • 4. 4 1.7 Definisi Istilah 1.7.1 Minat Minat selalunya dirujuk sebagai kecenderungan seseorang untuk mendekati sesuatu objek atau keinginannya untuk melihat diri kepada objek berkenaan. Super (1957, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991) telah membahagikan minat kepada 4 jenis; 1. Kecenderungan atau hobi 2. Minat yang dinyatakan dalam bentuk tindak balas melalui penglibatan di dalam aktiviti. 3. Minat yang berasaskan kepada tindak balas terhadap skop soal selidik yang berhubung dengan aktiviti. 4. Minat yang diuji. Minat juga dikatakan sebagai kecenderungan atau tarikan terhadap sesuatu perkara atau objek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap objek itu (Rohani Nasir, 1984, m.s.12). Menurut Liong Kon Thai (1997) dalam latihan ilmiahnya, beliau menyatakan bahawa minat adalah salah satu dimensi sikap dan sikap pula adalah lebih bersifat kearah yang kita boleh nampak melalui tingkah laku individu. Manakala minat pula dikatakan sebagai perasaan keseronokkan semasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti dan berkecederungan untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberi. Menurut Crow & Crow ( tahun tidak dinyatakan, dalam Abdul Halim, 1998) minat boleh dianggap sebagai daya pengerak yang mendorong kita supaya memberi perhatian kepada seseorang, sesuatu benda, kegiatan atau ia merupakan pengalaman yang berpengaruh yang telah dirangsang oleh kegiatan itu sendiri. Minat boleh menjadi punca kepada sesuatu kegiatan dan hasil dari penyertaan dalam kegiatan tersebut. Minat di dalam kajian ini adalah merujuk sebagai kecenderungan murid-murid untuk memberi tumpuan kepada mata pelajaran Matematik.
  • 5. 5 1.7.2 Pencapaian Pencapaian seseorang dikaitkan dengan keputusan peperiksaan sekolah yang mana kemudiannya di kira sebagai prestasi pelajar. Kerlinger (1973, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.9) menyatakan bahawa pencapaian akademik secara operationalnya merujuk kepada skor-skor atau gred-gred yang dicapai oleh murid-murid di dalam sesuatu ujian atau peperiksaan. Ia juga boleh dinyatakan berdasarkan penilaian guru terhadap prestasi pelajar di dalam kelas dalam bidang pendidikan formal. Pencapaian juga adalah merupakan tingkat kecekapan yang dicapai dalam akademik. Pencapaian boleh juga dirujuk sebagai prestasi akademik seseorang pelajar sekolah dan ia diperolehi bukan hanya berasaskan kepada kecerdasan tetapi juga bergantung kepada usaha-usaha keupayaan dan teknik mengulang kaji pelajaran. Allinson (dalam Abdul Halim Kamaruddin, 1998) menyatakan orientasi pencapaian seseorang individu adalah hasil daripada dua kecenderungan yang bertentangan untuk mendapatkan kejayaan dan kecenderungan untuk mengelakkan kegagalan.
  • 6. 6 BAB 2 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Dalam bahagian ini, adalah menerangkan tentang kajian yang telah dijalankan oleh pengkaji sebelum ini. Banyak kajian dan penulisan berhubung dengan minat, jantina dan pencapaian murid dalam pembelajaran telah lama dibuat. Kebanyakkan kajian telah melangkau puluhan tahun. Kebelakangan ini tidak ramai penyelidik yang gemar membuat kajian tentang perkara ini. Oleh itu, diharapkan dengan hasil kajian saya ini akan menyumbangkan salah satu kajian terbaru tentang perkara ini. Kajian-kajian berkenaan adalah melibatkan hubungan ketiga-tiga pemboleh ubah tersebut. 2.2 Hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah 2.2.1 Hubungan antara minat terhadap matematik dengan pencapaian dalam matematik Aiken (1976, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991, m.s.15) telah mendapati hubungan di antara minat terhadap matematik dengan pencapaian untuk pelajar rendah, menengah dan kolej, mempunyai kolerasi yang positif. Keputusan mengesahkan minat positif adalah penting untuk menjadi cekap dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh Boswell dan Katz (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 9) di mana hasil kajian mereka telah menunjukkan bahawa perbezaan dalam pencapaian matematik di antara lelaki dan perempuan bukan disebabkan oleh kebolehan mereka, sebaliknya dipengaruhi oleh minat. Ini bermakna hubungan antara minat dengan pencapaian adalah wujud. Selain itu Hussin Abdullah (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s. 50) juga mempunyai pendapat yang sama. Beliau menyatakan selain dari faktor lain seperti pelajaran jasmani, tingkahlaku dan tanggungjawab di luar sekolah, minat juga boleh mempengaruhi pencapaian murid dalam pelajaran matematik.
  • 7. 7 Tang Ching Tong (1992) menjalankan satu kajian yang bertujuanuntuk melihat sejauh mana hubungan minat terhadap pencapaian dalammatematik. Beliau menggunakan 80 orang pelajar tingkatan 4. Hasil yang diperolehi pelajar jurusan sains lebih berminat terhadap matematik berbanding pelajar jurusan sastera. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pelajar yang minat terhadap matematik akan memperolehi pencapaian yang tinggi. Beliau juga menyatakan, minat adalah salah satu faktor yang mempengaruhi pencapaian kerana terdapat hubungan positif antara minat terhadap matematik moden dengan pencapaian dalam matematik. Begitu juga dengan Gooi Ai Wei (2000) di mana beliau mendapati hasil daripada kajiannya ialah bahawa pelajar yang mempunyai minat yang lebih positif terhadap matematik mempunyai pencapaian yang lebih tinggi berbanding dengan pelajar yang mempunyai minat yang negatif. Minat juga boleh menentukan kecemerlangan atau kemunduran seseorang pelajar di dalam matematik (“Minat tentukan", 2002, m.s. 1). Akibat tidak berminat terhadap matematik, sudah tentulah murid tersebut tidak akan memberikan tumpuan yang sepenuhnya terhadap pengajaran guru di dalam kelas. Mereka juga tidak akan menyiapkan kerja atau latihan yang diberi oleh guru untuk disiapkan sama ada di dalam kelas mahu pun di rumah dan sebagainya. Jadual 2.1 Hubungan antara minat dengan pencapaian Terdapat Hubungan Tiada Hubungan Aiken (1976) X Boswell dan Kaltz (1980) X Gooi Ai Wei (2000) X Hussin Abdullah (1988) X Muskamal Mohamed Jonan X (1991) Tang Ching Tong (1992) X
  • 8. 8 2.2.2 Hubungan antara minat dengan jantina (Keeves, 1973; Hilton dan Berglund, 1974) (dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991) menyatakan bahawa kaum perempuan kurang berminat terhadap matematik berbanding lelaki. Ini telah dibuktikan oleh (Gooi Ai Wei, 2000, m.s. 14; Muskamal Mohemad Jonan,1992, m.s. 16) di mana hasil kajian yang dibuat nilai yang diperolehi menunjukkan terdapatnya perbezaan yang signifikan dengan min. Ini bermakna terdapat pembezaan minat terhadap matematik dikalangan pelajar lelaki dengan perempuan. Menurut Haron Khsim dan Zainal Abidin Daud (1988, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.51), didapati keputusan hasil kajian masing-masing adalah sama. Mereka mendapati murid lelaki yang berminat dengan matematik adalah 40%, manakala murid perempuan pula adalah 60%. Ini juga menunjukkan bahawa wujudnya hubungan antara minat dengan jantina. Begitu juga dengan Hillary dan Schofield (tahun tidak dinyatakan, dalam Samsudin Husin, 2000, m.s.18) di mana hasil kajian menunjukkan bahawa hubungan di antara minat dan pencapaian lebih signifikan bagi pelajar lelaki jika dibandingkan dengan pelajar perempuan. Beliau juga mendapati bahawa hubungan di antara minat dan pencapaian lebih signifikan di akhir tahun jika dibandingkan dengan awal tahun. Ini mungkin kerana pelajar sedar akan pentingnya peperiksaan yang akan mereka hadapi terhadap kehidupan. Jadual 2.2 Hubungan antara minat dan jantina Terdapat Hubungan Tiada Hubungan Gooi Ai Wei (2000) X Haron Khasim dan Zainal X Abidin Daud (1988) Hillary dan Schofield (tidak X dinyatakan) Hilton dan Berglund (1974) X
  • 9. 9 Keeves (1973) X Muskamal Mohamed Jonan X (1992) 2.2.3 Hubungan antara jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik pelajar Kajian-kajian yang menghubungkaitkan faktor jantina dengan prestasi murid di dalam matematik telah banyak dijalankan. Cohn (1979, dalam Tang Ching Tong, 1992, m.s.14) telah menunjukkan bahawa hasil kajian mereka terdapat perbezaan antara pencapaian dengan jantina dalam matematik di kalangan murid-murid yang cerdas. Ada juga pendapat yang menyatakan bahawa, bukan sahaja faktor jantina yang mempengaruhi pencapaian dan minat terhadap matematik tetapi ia juga dipengaruhi oleh faktor sosial- budaya (Beckmann dan Stephen, 1982, dalam Muskamal Mohemad Jonan, 1991,m.s. 18). Hasil kajian Benbow dan Stanley (1980, dalam Gooi Ai Wei, 2000, m.s.13) yang mengambil masa selama 8 tahun, terhadap murid cerdas yang terpilih. Keputusan dari kajian mereka juga sama iaitu murid lelaki yang terbaik menunjukkan pencapaian yang lebih baik daripada murid perempuan yang terbaik. Satu kajian telah dijalankan oleh Yaziz Salim (1987, dalam Rokiah Palil, 1990, m.s.50) di mana beliau menyatakan bahawa pencapaian muridmurid perempuan dalam matematik Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) melebihi pencapaian murid-murid lelaki. Bagaimanapun dalam matematik Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) kebolehan murid-murid lelaki melebihi murid-murid perempuan dalam semua bidang kecuali operasi. Ini menunjukkan bahawa faktor jantina mempengaruhi pencapaian matematik murid. Namun begitu terdapat juga kajian yang mengatakan bahawa jantina tidak memberikan apa-apa pengaruh atau kesan ke atas pencapaian matematik murid. Foo Siet Chooi (1988) mendapati hasil kajiannya menunjukkan bahawa, tidak ada pengaruh yang jelas di antara jantina dengan pencapaian pelajar terhadap matematik. Beliau mendapati keputusan Anova menunjukkan bahawa pencapaian matematik
  • 10. 10 mengikut jantina dan tahap penguasaan konsep asas matematik murid perempuan lebih baik jika dibandingkan dengan murid lelaki. Walau bagaimanapun hasil dari keputusan ujian statistik pula, beliau mendapati tidak ada perbezaan yang signifikan di antara jantina dengan pencapaian matematik bagi kedua-dua buah sekolah yang di kaji. Dengan ini didapati faktor jantina tidak mempengaruhi pencapaian dalam matematik. Perkara ini juga telah dibuktikan oleh kajian (Low Yoke Ken, 1989, Gooi Ai Wei, 2000) yang turut menyatakan perkara yang sama iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan di antara lelaki dan perempuan dalam pencapaian matematik. Jadual 2.3 Hubungan di antara faktor jantina dengan pencapaian mata pelajaran Matematik Terdapat Hubungan Tiada Hubungan Benbow dan Stanley (1978) X Cohn (1979) X Foo Siet Chooi (1988) X Gooi Ai Wei (2000) X Loo Yoke Ken (1987) X Yaziz Salim (1987) X
  • 11. 11 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pendahuluan Satu kajian adalah merupakan persiapan yang rapi untuk mengumpul maklumat. Ia menerangkan proses dan prosedur yang digunakan untuk mendapatkan maklumat pelajar. 3.2 Reka Bentuk Kajian Kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat minat murid-murid terhadap mata pelajaran Matematik serta hubungan dengan pencapaian. Satu set soalan soal selidik disediakan untuk di jawab oleh murid-murid Tahun Lima di Sekolah Kebangsaan Taman Jasmin, Kajang. Dalam kajian ini seramai 40 orang murid Tahun Lima akan di pilih secara rawak berdasarkan rekod profil murid yang diperolehi dari guru kelas mereka. Soal selidik diedar kepada responden untuk mendapatkan maklum balas tentang minat, jantina dan pencapaian mereka. Saya berpendapat adalah sukar untuk mendapat data melalui kaedah yang lain berdasarkan kekangan masa dan persekitaran yang akan dihadapi oleh penyelidik. Responden yang terdiri dari kalangan murid Tahun Lima ini diharapkan dapat memberikan data yang sesuai untuk digunakan dalam kajian ini. 3.3 Lokasi Kajian Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah rendah di daerah Kajang, Selangor Darul Ehsan. Sekolah ini di kategorikan sebagai sekolah yang terletak di kawasan luar bandar dan jaraknya lebih kurang 10 km dari pecan Kajang iaitu pusat bandar bagi daerah Kajang.
  • 12. 12 3.4 Persampelan Seramai lebih kurang 820 orang murid di sekolah ini iaitu dari Tahun Satu hingga Tahun Enam. Memandangkan bilangan murid yang agak ramai dan kawasan sekolah yang tidak begitu besar, sekolah ini mengendalikan persekolahan pada sesi pagi dan sesi petang. Kesemua murid di sekolah ini datangnya dari kawasan perumahan Taman Jasmin dan Taman Kajang Prima yang terletak sekitar 2 km dari kawasan sekolah dan terdiri dari semua pelajar Melayu. Rata-rata ibu bapa mereka adalah terdiri dari pekerja kerajaan. Keputusan mata pelajaran Matematik di dalam peperiksaan Penggal Pertama akan dijadikan asas untuk pemilihan murid di dalam kajian ini. Berdasarkan keputusan tersebut murid-murid dibezakan kepada dua kategori iaitu murid- murid yang rendah dan tinggi pencapaiannya di dalam matematik. Pencapaian gagal merujuk kepada skor yang kurang dari 50% sementara pencapaian lulus pula merujuk kepada skor yang sama dan lebih dari 50%. Dari 65 orang murid Tahun Lima, 40 orang sahaja yang terlibat berdasarkan kepada jantina dan pencapaian mereka. Seramai 10 orang murid lelaki dan 10 orang murid perempuan dipilih untuk setiap kategori iaitu pencapaian lulus dan kategori pencapaian gagal. Pemilihan murid mengikut kategori ini dibuat secara rawak berdasar. Jadual 3.1 Menunjukkan taburan responden mengikut jantina Jantina Kekerapan Peratus (%) Lelaki 20 50 Perempuan 20 50 Jumlah 40 100
  • 13. 13 Rajah 3.1 Taburan responden 50 45 40 35 30 25 20 15 10 5 0 Lelaki Perempuan Jadual 3.2 Menunjukkan taburan jantina dan pencapaian tinggi dan rendah responden Pencapaian Lelaki Perempuan Jumlah Lulus 10 10 20 Gagal 10 10 20 Jumlah 20 20 40 Jadual 3.3 Menunjukkan taburan pelajar mengikut pencapaian awal Pencapaian Awal Kekerapan Jumlah Lelaki Perempuan Lulus 10 10 20 Gagal 10 10 20 Jumlah 20 20 40
  • 14. 14 3.5 Instrumen Kajian Soal selidik yang menumpukan kepada minat murid terhadap matapelajaran matematik. Soal selidik ini terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B. Bahagian A terdiri daripada 2 item iaitu pencapaian matematik dalam penggal pertama dan jantina. Manakala bahagian B pula terdiri daripada soalansoalan tentang minat murid terhadap pelajaran matematik. Sebanyak 30 soalan tentang minat terhadap pelajaran matematik yang berbentuk skala likert akan digunakan dalam kajian ini. Skala ini digunakan kerana ia senang difahami oleh murid dan sesuai digunakan oleh semua pengkaji dalam membuat analisis. Jawapan responden adalah jawapan pilihan nilai berdasarkan kepada sangat tidak setuju (1), tidak setuju (2), setuju (3), dan sangat setuju (4). Murid hanya perlu bulatkan pada jawapan yang dirasakan munasabah. 3.6 Tatacara Pengumpulan Data Sebelum kajian dijalankan di sekolah, saya terlebih dahulu akan mendapatkan kebenaran daripada Guru Besar sekolah berkenaan untuk menjalankan kajian. Penerangan diberikan kepada Guru Besar tentang tujuan kajian ini di buat. Selepas memberi penerangan dan penjelasan, saya meminta kerja sama dari pihak sekolah untuk membantu menjayakan kajian ini. Dengan berpandukan keputusan matapelajaran Matematik dalam Peperiksaan Penggal Pertama, maka saya mengkategorikan responden kepada dua peringkat pencapaian mereka. Selepas pemilihan dibuat, saya memberikan penerangan kepada responden yang terpilih tentang kajian dan cara bagaimana borang soal selidik perlu dilengkapkan. Saya akan memberi penjelasan bagi setiap soalan soal selidik, supaya responden lebih memahami apa yang dikehendaki oleh soalan. Set soal selidik akan dikumpulkan setelah murid selesai menjawabnya tanpa menghadkan masa.
  • 15. 15 3.7 Kaedah Kajian Data yang diperolehi akan dianalisa dengan melihat hubungan antara pembolehubah. Proses menganalisa melibatkan dua jenis analisis iaitu analisis deskriptif dan analisis inferensi. Analisa deskriptif digunakan untuk memerihalkan maklumat tentang profil responden seperti jantina dan pencapaian awal pelajar. Ia juga digunakan untuk menghuraikan minat murid terhadap pembelajaran matematik. Statistik yang akan digunakan adalah kekerapan, peratus, min dan sisishan piawai. Analisis inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis nul. Analisis inferensi yang digunakan ialah ujian t. Ia digunakan bagi menguji pembezaan min dua kumpulan dan menentukan sama ada pembezaan itu berlaku atau sebaliknya. Bagi ujian ini aras signifikan ditetapkan pada tahap a = 0.05.