Pentaksiran Tingkatan 3 [ PT3 ]
Rubrik Penskoran
Disediakan oleh
Encik Yu Kong Hwo
Ketua Pentaksir Kebangsaan
Rangkuman Rubrik Penskoran
1. Perancangan untuk melaksanakan tugasan
[ 10 markah ]
2. Proses awal pelaksanaan tugasan [ 20 markah ]
3. Penulisan pelaporan tugasan [ 70 markah ]
Perancangan Melaksanakan Tugasan [ 10 markah ]
Jadual Kerja / Senarai Semak
Bil
1
2
3
Perkara
Menerima tugasan daripada guru
Membuat catatan semasa mendengar taklimat
Menetapkan tajuk
Tarikh
24 Jun 2014
25 Jun 2014
25 Jun 2014
4
5
Mencari bahan sumber di perpustakaan
Membuat perancangan kajian
26 Jun 2014
26 Jun 2014
Perancangan Melaksanakan Tugasan
Jadual Kerja / Senarai Semak
Bil
6
7
8
Perkara
Menyediakan kerangka penulisan laporan
Mencari pengisian untuk menulis pelaporan
Menyediakan ilustrasi yang bervariasi
Tarikh
27 Jun 2014
27 Jun 2014
27 Jun 2014
9
10
Menulis pelaporan mengikut format
Membuat kemasan bersama-sama rakan
1-17 Jul 2014
18 Jul 2014
Perancangan Melaksanakan Tugasan
[ Objektif Kajian = dihuraikan + berkaitan dengan tajuk tugasan ]
Nyatakan dan huraikan tiga objektif kajian
Panduan Menulis Objektif Kajian
1. Kajian ini membolehkan saya mengaplikasikan
kemahiran pemikiran sejarah seperti mengumpul,
mengelas, mentafsir bahan sumber mengenai
……..di negara kita
2. Saya mendapat pengetahuan mendalam tentang
…….yang terdapat dalam kalangan masyarakat
berbilang kaum di Malaysia.
3. Kajian ini memberi pengalaman langsung kepada
diri saya tentang persediaan yang perlu dibuat
sebelum mengendalikan sesi temu bual dengan
orang sumber.
Perancangan Melaksanakan Tugasan
[ Menetapkan Kaedah Kajian ]
Kaedah Kajian = menyatakan kaedah + proses kerja
Mana-mana tiga kaedah
Saya telah menggunakan kaedah penyelidikan
perpustakaan untuk menjalankan kajian ini.
Saya telah memperoleh beberapa buah buku
ilmiah berkaitan dengan tajuk kajian saya.
Bahan-bahan ini saya kumpulkan untuk
dirujuk semasa menulis pelaporan kajian.
Kaedah Kajian
Analisis Dokumen Kaedah Audio Visual
Penyelidikan Perpustakaan
Temu Bual
Melayari Internet
Lawatan dan Pemerhatian
Perancangan Melaksanakan Tugasan
[ Menetapkan Tajuk ]
Berpandukan arahan dalam tugasan yang disediakan
oleh LPM dan menyatakan aspek kajian secara
Khusus.
Tugasan:
Isu-isu serantau yang menggugat
semangat permuafakatan ASEAN
Perancangan Melaksanakan Tugas
Menyediakan Kerangka Kasar Penulisan
Bil
1
Isu-Isu Serantau
Pengambilan pembantu
rumah Indonesia.
Pengisian Skop Kajian
Penderaan pembantu rumah/majikan
bertindak kejam/mengeruhkan hubungan
diplomatik/mengatur pertemuan pemimpin
Malaysia-Indonesia
2
3
.
Masalah jerebu.
.Penyeludupan di sempadan
Malaysia-Thailand
Hutan di Sumatera/pembakaran terbuka/
membersihkan tanah pertanian/menjimatkan
kos/menjejaskan kualiti udara/jangkitan
penyakit/pembenihan awan bersama
Penyeludupan barang keperluan dan
diesel/mencari keuntungan/kuat kuasa
undang-undang yang lemah/merugikan
Malaysia/mencabar kewibawaan imigresen/
menubuhkan pasukan pemantau sempadan
dan membuat rondaan bersama
Perancangan Melaksanakan Tugasan
[ Menyatakan Sumber ]
Disenaraikan secara umum bahan-bahan sumber
yang digunakan dalam mencari pengisian tugasan.
Pengisian untuk skop kajian hendaklah bersesuaian
dengan tugasan yang dibekalkan oleh LPM.
Cukup cakup pengisian yang disediakan menepati
tajuk dan kehendak tugasan.
Senarai bahan sumber:
1. Encik Loh Seth Heng, ASP bahagian jenayah
balai polis Sekinchan, Selangor.
2. Nordin Sufian, penulis rencana “Aktiviti
Penyeludupan di Sempadan”, majalah
MASTIKA.
Contoh Penulisan:
Proses Awal [ 20 markah ]
Berdasarkan cakupan dan rangkuman dalam kerangka
kasar penulisan yang disediakan oleh calon.
Berdasarkan kepelbagaian dan kesesuaian sumber-
sumber yang disenaraikan oleh calon secara kasar.
Menulis Tajuk Kajian:
Isu-isu serantau yang menggugat semangat
permuafakatan ASEAN.
Menulis bahagian pengenalan:
ASEAN sentiasa menghadapi isu-isu serantau. Isu-isu ini
akan menguji semangat permuafakatan ASEAN. Malaysia
selaku anggota ASEAN cuba mencari penyelesaian terbaik
untuk menangani isu-isu yang melibatkan anggota ASEAN.
Antara isu yang terbabit adalah berkaitan dengan isu
pembantu rumah, pencemaran alam dan keselamatan di
sempadan bersama.
Kerangka penulisan pelaporan berdasarkan tugasan
1. Isu serantau yang menggugat semangat permuafakatan
ASEAN:
a) Fakta [ isu yang dinyatakan ]
b) Huraian [ penjelasan lanjut tentang isu berkaitan ]
c) Contoh [ tidak wajib / sertakan jika ada ]
2. Menghuraikan faktor yang mencetuskan sesuatu isu
serantau:
a) Fakta [ faktor yang dinyatakan ]
b) Huraian [ penjelasan lanjut tentang setiap faktor ]
c) contoh [ tidak wajib / sertakan jika ada ]
Kerangka penulisan pelaporan berdasarkan tugasan
3. Kesan sesuatu isu kepada semangat permuafakatan ASEAN:
Membuat huraian tentang kesan isu berkaitan.
4. Langkah mengatasi sesuatu isu.
Menghuraikan langkah yang diambil untuk mengatasi
isu berkaitan.
Contoh Penulisan
Isu Serantau – Masalah Jerebu
Masalah jerebu merupakan satu isu serantau yang menggugat
semangat permuafakatan ASEAN. Masalah jerebu melibatkan
negara serantau yang bergabung dalam ASEAN. Masalah jerebu
biasanya berlaku antara bulan Mac hingga Jun iaitu ketika kemuncak
musim kemarau.
Masalah jerebu berpunca daripada pembakaran kawasan hutan
di pulau Sumatera. Peladang-peladang di sana membersihkan
tanah pertanian dengan membakar sisa-sisa pokok yang ditebang.
Satu lagi punca masalah jerebu ialah aktiviti pertanian pindah. Para
petani meneroka tanah pertanian dengan membakar hutan sedia
ada. Lagipun kaedah ini dianggap paling menjimatkan kos.
Contoh Penulisan
Isu Serantau – Masalah Jerebu
Masalah jerebu telah mengakibatkan aktiviti luar bilik darjah tidak
boleh dijalankan di sekolah saya. Murid-murid terpaksa memakai
penutup mulut apabila keluar dari bilik darjah. Indeks pembacaan
udara di beberapa kawasan tidak tidak sihat. Rakyat mudah
dijangkiti penyakit seperti sesak nafas dan sakit mata. Kapal-kapal
sukar berlabuh kerana jarak penglihatan yang rendah. Pelabuhan
Singapura dan Kelang terjejas teruk kerana aktiviti pengendalian
kargo tidak dapat dijalankan dan mengakibatkan kerugian. Masalah ini
juga boleh menjejaskan hubungan antara negara anggota ASEAN
apabila berlaku tuduh-menuduh antara satu sama lain.
Contoh Penulisan
Isu Serantau – Masalah Jerebu
Dato’ Seri G. Palnivel, Menteri Alam Sekitar Malaysia telah dihantar
Ke Indonesia untuk mencari jalan mengatasi masalah jerebu. Beliau
telah bertemu dengan rakan sejawatan dari Indonesia untuk
mencari penyelesaian bersama. Hasilnya projek pembenihan awan
di kawasan yang dilanda pembakaran telah diusahakan oleh
Malaysia, Indonesia dan Singapura. Ketiga-tiga negara ini
mengeluarkan belanja untuk projek berkenaan. Negara kita juga
akan mendenda syarikat Malaysia yang membuka ladang-ladang di
Sumatera dengan melakukan pembakaran untuk membersihkan tanah
pertanian.
Rumusan
Bil
1
Aspek
Pengetahuan
Huraian
Ilmu pengetahuan yang diperoleh calon
hasil daripada kajian yang dijalankan.
Pengetahuan tersebut memperkukuh
pemahaman calon tentang kajian berkenaan
2
3
.
Iktibar [ diri/bangsa/negara]
.Harapan
Pengajaran yang dapat memberi
kesedaran kepada calon dan mewujudkan
rasa keinsafan dalam diri.
Pendirian calon tentang prospek masa
depan yang lebih baik dan boleh memberi
manfaat secara positif.
Kepelbagaian [ P + I + H ] dan
dihuraikan dengan jelas.
Rujukan [ mana-mana tiga kategori bahan rujukan dan
ditulis mengikut format yang betul ]
Jenis Sumber Spefikasi
Buku ilmiah
Jurnal
Nama pengarang/tahun terbit/
tajuk buku/tempat terbit/
penerbit
Nama pengarang/tajuk/
tahun
Akhbar
Nama akhbar/tarikh penuh
[ 16 Nov 2014 ] diikuti halaman
Majalah
Nama majalah/tarikh penuh
[ 12 Mac 2014 ] diikuti halaman
Ensiklopedia Tajuk/jilid/tahun
Jenis Sumber Spefikasi
Orang sumber
Melawat tempat
kajian
Nama/umur/alam
Salinan IC tidak diperlukan
Nama tempat/bangunan/
alamat penuh
Internet Alamat laman sesawang
Jenis Sumber Spefikasi
Radio
VCD/DVD
Tajuk program/tarikh penuh/masa/
rangkaian
Terbitan badan bertauliah/peribadi
Tajuk program/terbitan
Sumber-sumber
lain
Jenis sumber/alamat/
punca sumber
Televisyen Tajuk program/tarikh penuh/masa/
rangkaian