Beginners Guide to TikTok for Search - Rachel Pearson - We are Tilt __ Bright...
Tolak dalam lingkungan 18-2
1. TOLAK DALAM LINGKUNGAN 18
Tarikh : 20 Jun 2011
Masa : 1120 - 1220
Kelas : TAHUN 1
Bilangan pelajar : 31 orang
Mata Pelajaran : Matematik
Bidang : Nombor Bulat
Tajuk : Tolak Dalam Lingkungan 18
Standard Kandungan : Murid-murid dibimbing untuk mencari beza dua nombor .
Standard Pembelajaran : Murid-murid berupaya untuk menentukan kurang satu
daripada suatu nombor.
Objektif pelajaran : Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran ini,
murid-murid dapat :
a) menolak dalam lingkungan 18
Pengetahuan Sedia Ada : Murid-murid bolah membilang nombor „0‟ hingga
„10‟
Nilai : Bertanggungjawab
Bahan Bantu Mengajar : Kad petak 100 bersaiz besar, kad petak 100, Pen
Marker, Kad nombor (11 hingga 18), Balang lutsinar,
gula-gula
2. Langkah-langkah pengajaran :
1. Murid duduk secara berpasangan. Lekatkan kad Petak 100 bersaiz besar pada
papan tulis. Edarkan kad Petak 100 dan pem marker kepada setiap pasangan.
2. Tunjukkan mereka kad nombor yang telah di susun secara rawak. Minta seorang
murid mencabut sekeping kad nombor, contohnya „15‟, dan memasukkan
sejumlah gula-gula ke dalam sebuah baling lutsinar mengikut bilangan nombor
yang dicabut.
Ada beberapa biji gula-gula di dalam balang?
(murid akan menjawab “Lima belas biji gula-gula”)
Saya ambil satu biji.
Ada beberapa biji gula-gula di dalam balang itu sekarang?
(murid akan menjawab “Empat belas biji gula-gula”)
Kurang satu daripada lima belas ialah empat belas. Jika saya ambil satu biji lagi,
berapa biji gula-gula yang ada sekarang?
(murid akan menjawab “Tiga belas biji gula-gula”)
Bagaimana kamu tahu? Tunjukkan saya.
(Murid boleh membilang baki gula-gula tersebut)
Kurang satu daripada empat belas ialah tiga belas
3. Kaitkan „kurang satu daripada‟ melalui kad petak 100 seperti berikut:
Kurang satu daripada lima belas……..
(tunjuk pada nombor „15‟)
………….. ialah empat belas
(tunjuk pada nombor „14‟ dan lukiskan satu lompatan anak panah ke petak
sebelumnya)
Teruskan sehingga “Kurang satu daripada sebelas ialah sepuluh.”
4. Guru membimbing murid untuk memahami bahawa kurang satu daripada suatu
nombor adalah nombor yang sebelumnya.
3. REFLEKSI
KEKUATAN
Murid-murid boleh menentukan kurang satu daripada suatu nombor adalah
nombor sebelumnya . Dengan menunjukkan contoh yang konkrit , murid dengan
mudahnya dapat menyatakan hasil jawapan . Seterusnya , dengan menggunakan
garis nombor , murid dapat melibatkan diri secara terus dalam mencari hasil
tolak . Garis nombor merupakan salah satu kaedah mengajar yang paling
berkesan dengan menerangkan konsep tolak .Disiplin murid agak terkawal pada
hari ini . Mereka menumpukan sepenuh perhatian dalam aktiviti yang
dijalankan.
KELEMAHAN
Dengan menggunakan garis nombor pada hari ini , murid-murid pada mulanya
masih lagi keliru dengan penggunaan garis nombor dalam operasi tambah
dalam pelajaran yang sebelumnya.Walaupun ada di antara mereka dengan
mudah menyatakan secara spontan kurang satu daripada suatu nombor , namun
terdapat di antara mereka yang keliru dalam menggerakkan garis nombor .
CARA MENGATASI
Saya telah mengambil sedikit masa untuk memberi penjelasan kepada murid-
murid bagaimana menggunakan garis nombor apabila berhadapan dengan
operasi tolak . Langkah-langkah menggerakkan telah saya terangkan secara
teliti . Dengan menunjukkan beberapa contoh yang lain , mereka dapat
menguasai isi pelajaran . Bagi murid yang lemah , yang sememangnya tidak
dapat menggunakan garis nombor saya membimbing mereka dengan
menggunakan bahan konkrit .