SlideShare a Scribd company logo
1 of 17
http://assmntmp6093khadijah.blogspot.com/

Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti
dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang
silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh
belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh
belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar
mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara
belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak
belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan
kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran.

Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah
pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu
sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran
ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia
bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran-
kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara
kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis
dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan
nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat
menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma
mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi
dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik
serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan
kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula
menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan
membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang
mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain.
Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan,
sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak
disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf-
huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila
dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapi
masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah
apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat
matematik.

Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia
dan diskalulia
Bagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka
memerlukan perhatian dan pendekatan yang berbeza
dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini
merasakan diri mereka lemah dan malas dalam
pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai
proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka
menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam
menulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akan
mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi.
Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang
lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah
sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka
timbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembam
atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh
setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama.

Membina ’self-esteem’ dan keyakinan diri.

Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti
penggunaan ‟phoneme‟, buku-buku yang menarik dan
permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang
paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak
ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi.
Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak
kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang
tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan
diberikan. ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis,
tangannya patah. Tidak ada kaitan dengan
kecerdasannya.‟ Tetapi tidak ada sesiapa yang akan
berkata, ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telah
mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan
dengan kecerdasannya.‟

Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai
dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkan
terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri
dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka
agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran
yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu
mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana
kawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akan
memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina
gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini,
mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran
mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama
seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah
pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan
yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu.

Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai
kekuatan dalam bidang ‟fizikal co-coordination‟, kreatif
dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka
akan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa
yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara
yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan
menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak
yang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang
lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa
yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh
dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh;

Kekuatan saya Kelemahan saya
berenang membantu ibu
melukis menyapu sampah
mengemas meja menemani datuk
menjaga adik
membantu kawan
membaca
menulis
mengira

Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan
kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akan
menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang
mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka
juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang
berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu
dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya
kerana mereka pandai membaca atau pandai mengira,
tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka
mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka
membantu, rajin atau menghormati orang tua.
Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak
ini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yang
berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi
pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain.

Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan
menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksia
dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan ‟self-esteem‟
yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia
menerima pembelajaran dalam membina kemahiran
membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan
sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang
harus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan
akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang
berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang
telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak-
kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi
semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan
dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh
perhatian terhadap kerja yang diberikan. Dengan
mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak
bahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapat
markah penuh dalam setiap
peperiksaan.(B.W.,Tennessee).

Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinan
diri dan ‟self-esteem‟ kanak-kanak ialah dengan cara
menerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah ini
tentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segi
saintifik. Keyakinan diri berasaskan fakta-fakta saintifik
akan menghasilkan pemahaman, keupayaan membuat
keputusan dan ‟self-esteem‟. Ini telah disarankan oleh
Dr. Debby Zambo dari Arizona State University West,
College of Education.

Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifik
mengenai perbezaan saiz otak, disleksia, diskalkulia akan
menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yang
terlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dan
tidak kompleks, sesuai dengan tahap pemahaman
seorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yang
disampaikan perlu disertakan dengan keyakinan dan
boleh dipercayai serta bersesuaian dengan aras kanak-
kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yang
disampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akan
lebih faham perbezaan mereka dan mengerti bahawa
mereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperti
cara yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa.

Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia
Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi
perkomputeran sebenarnya memberikan banyak
kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan
diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang
bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak-
kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk
menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing
terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri
(Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan
enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran
pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar,
alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat
untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah
eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara.
Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajaran
dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter
(2004) namun keseronokan yang dialami semasa
penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh
mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan
sebagai alat bantu mengajar.

Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidak
hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan
perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain
turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah
pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin
putih, papan kekunci, „joystick‟, capaian internet, alat
pengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakan
sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah
menerima bekalan peralatan ICT hasil daripada
pelaksanaan program PPSMI yang telah mula
dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun
begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan
PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah
pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini
ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau
personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak-
kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah
kelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolah
adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas
berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru
sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau
guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan.
Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat Perkembangan
Kurikulum adalah “Satu program pendidikan disediakan
untuk murid yang mengalami masalah dalam
penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan
oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru
yang khusus, di ruang yang khusus.”

Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dan
diskalkulia telah diterjemahkan secara terperinci oleh
seorang penulis yang mempunyai anak disleksia. Anita
Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk
„Dyslexia and Information and Communications
Technology‟ telah menyatakan bahawa penggunaan ICT
memberikan capaian terhadap kurikulum dan
membekalkan keseronokan dan persekitaran
pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak-
kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran dan
pembelajaran kanak-kanak disleksia boleh dilaksanakan
melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah dengan
menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh
syarikat-syarikat ICT bagi mengesan disleksia dan
diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut
belajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS
(Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass
adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan
disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak.
Perisian ini telah dibangunkan oleh Syarikat Lucid
berpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian ini
menggunakan pendekatan permainan komputer untuk
menguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanak-kanak
yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia
dan diskalkulia. Wordshark, TextHelp Read and Write,
Co-Writer, Bailey‟s Book House, Numbershark, Millie‟s
Math House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah
contoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia untuk belajar menulis,
membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori.
Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia
di dalam sesebuah komputer seperti Microsoft Office
Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan
Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai
contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan
impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak
disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office
Power Point kerana perisian ini memberikan peluang
kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi
ringkas tetapi menarik.
Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet
yang secara langsung dapat menghubungkan guru atau
tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan
pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh
dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber
pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu
kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat
laman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan
oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia
dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah
pembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan
termaju yang dapat membantu menangani masalah
pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia.

Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method)
Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiap
murid mempunyai tahap, keupayaan serta
kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor
tertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu
memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti
kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedah
yang membolehkan proses pembelajaran matematik
lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan
pengajaran di sekolah adalah menggunakan sama ada
deria penglihatan atau pendengaran semata-mata.
Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya
suatu pengalaman yang amat sukar untuk memahami
konsep matematik.
Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak
berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagi
mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya
terhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu,
kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik
adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali
sebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods).
Kajian daripada The National Institute of Child Health and
Human Development menunjukkan bahawa kaedah
pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan
untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah
pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud
membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih
daripada satu deria terutamanya melalui sentuhan(touch)
dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat
merangsang pembelajaran kanak-kanak dan
menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau
kesemua deria untuk :

(a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan;
(b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka
telah sedia ketahui dan fahami;
(c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan
masalah;
(d) „tap into non-verbal reasoning skill‟;
(e) memahami perhubungan di antara konsep;
(f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk
diingati pada masa akan datang.

Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah
pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru
menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian
beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid
memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka
diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten
dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka
persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih
mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar
dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan
konsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya.

Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang
pembelajaran secara visual. Bahan visual yang
mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna
warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi
yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk,
ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan
bahan visual adalah poster, model, computer, filem,
video, “multi-image media”, penggunaan warna untuk
memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang
sesuai.

Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang
terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat
merangsang “verbal reasoning”. Contoh penggunaan
bahan audio adalah pembaca teks berkomputer
(computerized text readers), video, filem, muzik, lagu
dan lain-lain bahan audio yang sesuai.

Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu
lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang
dinamakan “tactile method”. Dalam kaedah ini guru boleh
menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk
mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran
matematik seperti mengira, melakukan proses
penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan
bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan
sebagainya untuk membina model terutamanya yang
melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder
dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga
dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti
menggunting dan menampal keratan-keratan.
Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan
badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic
method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh
murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam
mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke
peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan
anggota badan dalam melakukan gerak hasil
penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan
kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang
melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan
dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang
kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa
belajar. Permainan komputer seperti Solitaire juga
membantu murid melakukan penyusunan bersiri.

TEN-FRAME
Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid
dyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajari
matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang
setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah
lanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalam
aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten-
frame dapat membantu murid untuk melihat secara
visual & mengingati secara mental pola bintik untuk
nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan
menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama
serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selain
daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat
membantu murid mengenalpasti dan menentukan nilai
tempat sesuatu digit

Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat
digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan
imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10.
Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu
nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun
murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih
atau kurang nilainya.

Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untuk
menemukan strategi mudah dalam memahami hubungan
antara nombor. Ini dapat membantu guru untuk
mengajar murid dalam matematik. Antara contoh Ini
dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam
matematik. Antara contoh teknik pengajaran yang boleh
yang boleh digunakan untuk mengajar murid ialah
mencerakinkan nombor, menggunakan 5 & 5,
menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertib
dalam penambahan

CHILD LANGUAGE APPROCH
Child language approach adalah pendekatan yang
menggunakan bahasa sebagai pedekatan pengajaran.
Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasa
mereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatan
yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak ini
adalah dengan menggunakan laras bahasa mereka.
Pendekatan Child language approach di bahagikan
kepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama, pengajaran
sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaan
bahan samada berbentuk gambar, video atau sebarang
simulasi. Murid perlu menceritakan apa yang dilihat
dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh
murid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Material
Language, murid perlu mencaritakan tentang objek-objek
yang terdapat di dalam gambar samada tentang bentuk,
warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru boleh
membimbing murid untuk meneroka perkataan-
perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkat
ketiga ialah peringkat Mathematical Language. Pada
peringkat ini guru perlu merangsang murid untuk
mendapatkan idea matematik ataupun penyataan
matematik daripada gambar tadi. Murid juga perlu
menyatakan bilangan objek yang terdapat pada gambar
tersebut. Peringkat terakhir adalah Mathematical
Symbols. Peringkat ini adalah peringkat dimana
penggunaan nombor, ayat matematik dan operasi mula
diperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing murid
untuk menyatakan nombor, menyatakan operasi dan
seterusnya membina ayat matematik.

Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkan
kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka
mempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahami
penggunaan nombor dan operasi sepatutnya seiring
dengan keupayaan mereka menggunakannya dalam
pelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid-
murid mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidak
terbatas kepada algoritma biasa sahaja.
Walaubagaimanapun, pedekatan Child language
approach ini adalah berasaskan kepada pendekatan
secara penerokaan. Guru perlu menghindari penggunaan
perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guru
perlu mengawal diri daripada memberikan jawapan terus
kepada murid sebaliknya guru perlu membimbing murid
untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhir
sekali, guru perlu membimbing murid untuk
mengemukakan idea dan pendapat mereka.

Setiap pendekatan yang digunakan mempunyai
keistimewaan. Child language approach memberikan
murid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
pembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikir
dan mereka juga dapat menyumbangkan buah fikiran
meraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada itu
guru juga dapat membaca dan menilai apa yang
difikirkan oleh murid. Pendekatan ini adalah pendekatan
yang menarik dan mengembirakan murid disamping
dapat memberikan persekitaran yang selesa kepada
murid . Murid dapat menjadi penutur yang aktif. Mereka
juga memperkayakan perbendaharaan kata dan
mencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yang
bermakna adalah pembelajaran yang terbaik.


Bibliografi

K.A.Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar
Belajar? Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional.
Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ?
Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur :
PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Florian, L. (2004), “Uses of technology that support
pupils with special educational needs”, in Florian, L. and
Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a
Tool for Inclusion, Open University Press, Buckingham,
pp. 7-20.
Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas
2008 (Edisi Percubaan), Kuala Lumpur: Jabatan
Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Ke, A. (2002). Dyslexia and Information and
Communications Technology, A Guide for Teachers and
Parents (2nd edition), London: David Fulton Publishers.

Thomas, M. (Ed.) (1992), I.T. and Students with
Emotional and Behavioural Difficulties, National Council
for Educational Technology, Coventry.

Annette Karmiloff-Smith (1999), A Functional Approach
to Child Language: A Study of
Determiners and Reference, New York, University of
Cambridge.

Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). Retrieved
January 24, 2010, from
http://www.dyslexia –teacher.com/t66.html

href="http://learningdisabilities.about.com/od/instruction
almaterials/p/multisensory.htm">http://learningdisabiliti
es.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.ht
m http://www.teachingexpertise.com/articles/multisenso
ry-maths-teaching-sen-5209 January
http://www.dyslexia-teacher.com/t61.html
http://child-1st.typepad.com/my_weblog/dyscalculic-
learners/
http://www.heidisongs.net/HeidiSongs_Downloads/Downl
oads.html
http://www.apsu.edu/education/MathEd/TenFrames.html


POSTED BY KHADIJAH ISHAK AT 2:48 AM 0
COMMENTS

SATURDAY, MARCH 20, 2010
Pendidikan Khas SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar

More Related Content

What's hot

Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasRosida Ida
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakKakchik Aina
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananFatin Zafrina Rulez
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdasCik BaCo
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakBudakpro Bapapro
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanakAzyyati Zainudin
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakAntasha Kamaruzzaman
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKaren So Yongfen
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...SK SUNGAI KAJANG
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Suhaiza Shuib
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanakSyaza Yasmin
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakNormala Mehat
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...darminladiro
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyPieja Hanhae
 

What's hot (20)

Isu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khasIsu isu pendidikan khas
Isu isu pendidikan khas
 
Perkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanakPerkembangan fizikal kanak-kanak
Perkembangan fizikal kanak-kanak
 
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan PengesananRekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
Rekod-Rekod Perkembangan dan Pengesanan
 
Perkembangan moral
Perkembangan moral Perkembangan moral
Perkembangan moral
 
kanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdaskanak-kanak pintar cerdas
kanak-kanak pintar cerdas
 
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanakPerkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
Perkembangan Bahasa,Komunikasi & Literasi Awal Kanak-kanak
 
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanakFaktor-faktor yang mempengaruhi  perkembangan sosioemosi kanak-kanak
Faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan sosioemosi kanak-kanak
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-KanakFalsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Falsafah Pendidikan Awal Kanak-Kanak
 
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan KhasKategori Kanak-kanak Keperluan Khas
Kategori Kanak-kanak Keperluan Khas
 
Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
Pringkat pringkat perkembangan kanak-kanak dan teori-teori perkembangan yang ...
 
Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi Perkembangan sosio emosi
Perkembangan sosio emosi
 
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanakMotor Halus & Kasar  serta Perkembangan Kanak-kanak
Motor Halus & Kasar serta Perkembangan Kanak-kanak
 
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanakAmalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
Amalan bersesuaian dengan perkembangan kanak-kanak
 
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
Pemikiran kreatif dalam kalangan kanak-kanak bergantung kepada pengalaman dan...
 
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copyTeori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
Teori perkembangan kanak kanak lev vygotsky - copy
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Teori erikson
Teori eriksonTeori erikson
Teori erikson
 
47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan47598047 khidmat-sokongan
47598047 khidmat-sokongan
 

Viewers also liked

Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaFatiha Khaidzir
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksiaNur Kareena
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksiapeggylau9318
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksiaspear_cml
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksiaNur Kareena
 
Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiasyakhira husna
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Rasimah Imah
 
Artikel.tugasan.emb415
Artikel.tugasan.emb415Artikel.tugasan.emb415
Artikel.tugasan.emb415Aziz Haseng
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIANira Nufus
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdLee Cyee
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaFarizam Mohd Noor
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awalNor Saroni
 

Viewers also liked (20)

Strategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksiaStrategi pengajaran kanak disleksia
Strategi pengajaran kanak disleksia
 
Tugasan disleksia
Tugasan disleksiaTugasan disleksia
Tugasan disleksia
 
Pengenalan disleksia
Pengenalan disleksiaPengenalan disleksia
Pengenalan disleksia
 
Model Disleksia
Model DisleksiaModel Disleksia
Model Disleksia
 
Masalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & DisleksiaMasalah Pembelajaran & Disleksia
Masalah Pembelajaran & Disleksia
 
Slide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksiaSlide kanak-kanak disleksia
Slide kanak-kanak disleksia
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksiaMurid pemulihan khas dan masalah   pembelajaran khusus disleksia
Murid pemulihan khas dan masalah pembelajaran khusus disleksia
 
Analisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksiaAnalisis jurnal disleksia
Analisis jurnal disleksia
 
Assignment PKU
Assignment PKUAssignment PKU
Assignment PKU
 
171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117171610790 modul-pkp-3117
171610790 modul-pkp-3117
 
Assignment bmm3106
Assignment bmm3106Assignment bmm3106
Assignment bmm3106
 
Artikel.tugasan.emb415
Artikel.tugasan.emb415Artikel.tugasan.emb415
Artikel.tugasan.emb415
 
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIAANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
ANALISIS ARTIKEL DISLEKSIA
 
Pendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonikPendekatan kaedah mnemonik
Pendekatan kaedah mnemonik
 
Tingkahlaku bermasalah
Tingkahlaku bermasalahTingkahlaku bermasalah
Tingkahlaku bermasalah
 
Kbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhdKbk 3073 adhd
Kbk 3073 adhd
 
Terapi main
Terapi mainTerapi main
Terapi main
 
Instrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksiaInstrumen pengesanan disleksia
Instrumen pengesanan disleksia
 
Intervensi awal
Intervensi awalIntervensi awal
Intervensi awal
 

Similar to Masalah Pembelajaran

Makalah pendidikan anak berbakat mys
Makalah pendidikan anak berbakat mysMakalah pendidikan anak berbakat mys
Makalah pendidikan anak berbakat mysMitha Ye Es
 
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada Anak
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada AnakDeteksi Dini Gangguan Belajar pada Anak
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada AnakLukman Izyan
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Ruslan Mauliady
 
Individual differences
Individual differencesIndividual differences
Individual differencesAlfonsus Sam
 
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarMakalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarFian DeBoris
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajarDedi Yulianto
 
Mengenal gifted visual_spatial_learner
Mengenal gifted visual_spatial_learnerMengenal gifted visual_spatial_learner
Mengenal gifted visual_spatial_learnerSepti Peni
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza cik noorlyda
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajarajengpujir
 
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...SekarWahyuni3
 
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...Arfan La Angka
 
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiMakalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiSeptian Muna Barakati
 
Index2
Index2Index2
Index2liza
 
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPresentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPremiumLagi1
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosiNoraini Che Embong
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosiNoraini Che Embong
 

Similar to Masalah Pembelajaran (20)

Makalah pendidikan anak berbakat mys
Makalah pendidikan anak berbakat mysMakalah pendidikan anak berbakat mys
Makalah pendidikan anak berbakat mys
 
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada Anak
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada AnakDeteksi Dini Gangguan Belajar pada Anak
Deteksi Dini Gangguan Belajar pada Anak
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
 
Individual differences
Individual differencesIndividual differences
Individual differences
 
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan BelajarMakalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
Makalah Psikologi Pendidikan ABK Kesulitan Belajar
 
Masalah masalah belajar
Masalah masalah belajarMasalah masalah belajar
Masalah masalah belajar
 
Mengenal gifted visual_spatial_learner
Mengenal gifted visual_spatial_learnerMengenal gifted visual_spatial_learner
Mengenal gifted visual_spatial_learner
 
Makalah pertemuan 9
Makalah pertemuan 9Makalah pertemuan 9
Makalah pertemuan 9
 
Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza
 
Kesulitan belajar
Kesulitan belajarKesulitan belajar
Kesulitan belajar
 
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...
Modul 3 - Bagaimana membangun kemampuan literasi numerasi secara bertahap sej...
 
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...
Menemukan Road Map Masa Depan Melalui Multiple Intelligences Oleh Edy Suhardo...
 
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiMakalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
 
Index2
Index2Index2
Index2
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptxPresentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
Presentasi Materi Ganguan Belajar.pptx
 
Perkembangan anak
Perkembangan anakPerkembangan anak
Perkembangan anak
 
Soal baru
Soal baruSoal baru
Soal baru
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
 
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosiKepelbagaian kecerdasan  & kecerdasan emosi
Kepelbagaian kecerdasan & kecerdasan emosi
 

Masalah Pembelajaran

  • 1. http://assmntmp6093khadijah.blogspot.com/ Seseorang yang bermasalah pembelajaran bukan bererti dia tidak mampu belajar. Adalah satu tanggapan yang silap apabila kita katakan kanak-kanak ini tidak boleh belajar dan tidak akan dapat belajar. Mereka boleh belajar dan bijak seperti orang lain. Cuma cara belajar mereka mungkin berbeza. Mereka mempunyai cara belajar yang berbeza dan tersendiri. Setiap kanak-kanak belajar dengan cara yang berbeza. Begitu juga dengan kanak-kanak yang mengalami masalah pembelajaran. Walaupun dikumpulkan semua kanak-kanak bermasalah pembelajaran , mereka masih tidak sama antara satu sama lain. Di antara jenis-jenis masalah pembelajaran ialah diskalkulia dan disleksia. Perkataan diskalkulia bermakna kesulitan pengiraan dalam kemahiran- kemahiran yang tertentu dalam matematik. Ada di antara kanak-kanak diskalkulia yang mahir berbahasa, menulis dan membaca tetapi akan lemah apabila melibatkan nombor. Namun, ini tidak bermakna mereka tidak dapat menguasai kemahiran-kemahiran matematik ini cuma mereka memerlukan jumlah masa yang mencukupi dalam melaksanakan operasi-operasi dalam matematik serta kaedah-kaedah yang bersesuaian dengan kebolehan mereka. Kanak-kanak disleksia pula menghadapi masalah dalam mengenali huruf dan membaca perkataan. Tidak akan ada pada mereka yang mengalami disleksia persamaan di antara satu sama lain. Terdapat perbezaan tahap disleksia dari yang ringan, sederhana dan yang serius. Ada di antara kanak-kanak disleksia melihat huruf-huruf secara terbalik dan huruf- huruf itu seakan-akan bergerak dan berselerak apabila
  • 2. dibaca. Kanak-kanak disleksia kurang menghadapi masalah dalam nombor tetapi akan menghadapi masalah apabila wujudnya perkataan-perkataan dalam ayat matematik. Pembentukan keyakinan diri asas pendidikan disleksia dan diskalulia Bagi kanak-kanak disleksia mahupun diskalkulia, mereka memerlukan perhatian dan pendekatan yang berbeza dalam proses pembelajaran. Kebanyakan kanak-kanak ini merasakan diri mereka lemah dan malas dalam pembelajaran apabila mereka tidak boleh menguasai proses pembelajaran tersebut. Apabila mereka menghadapi kesulitan yang berpanjangan baik dalam menulis, membaca maupun dalam pengiraan, ini akan mengakibatkan permasalahan yang lebih serius lagi. Mereka akan merasakan bahawa kebanyakan murid yang lain dapat melakukan aktiviti tanpa sebarang masalah sedangkan mereka susah untuk memahaminya. Maka timbul persoalan bahawa adakah mereka ini lembam atau bodoh. Inilah kesimpulan yang sering dilakukan oleh setiap orang yang berhadapan dengan situasi yang sama. Membina ’self-esteem’ dan keyakinan diri. Sebaik manapun teknik pembelajaran seperti penggunaan ‟phoneme‟, buku-buku yang menarik dan permainan yang melibatkan perkataan, perkara yang paling asas yang perlu diterapkan kepada kanak-kanak ini ialah pembinaan keyakinan diri yang tinggi. Permasalahannya, disleksia dan diskalkulia tidak kelihatan secara fizikal. Jika seorang kanak-kanak yang tangannya patah, pertimbangan dan simpati akan
  • 3. diberikan. ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis, tangannya patah. Tidak ada kaitan dengan kecerdasannya.‟ Tetapi tidak ada sesiapa yang akan berkata, ‟Sudah tentu dia tidak boleh menulis, dia telah mengalami brain circuit yang berbeza, tidak ada kaitan dengan kecerdasannya.‟ Tanggapan kanak-kanak ini bahawa dirinya tidak pandai dan lembab adalah tidak tepat, ini perlu diperbetulkan terlebih dahulu jika kita ingin membina keyakinan diri dan meningkatkan semula self-esteem pada diri mereka agar lebih bersedia dan positif menerima pembelajaran yang seterusnya. Ini bukan sekadar memberitahu mereka bahawa mereka adalah bijak sepertimana kawan-kawan yang lain kerana usaha ini tidak akan memberi kesan. Mereka memerlukan bukti dan membina gambaran tentang diri sendiri. Hanya dengan cara ini, mereka akan melihat bahawa masalah pembelajaran mereka dapat di atasi dalam situasi yang sebenar, sama seperti kanak-kanak lain yang tidak mengalami masalah pembelajaran. Mereka juga ada kelemahan dan kekuatan yang tersendiri dalam bidang-bidang yang tertentu. Kebanyakkan kanak-kanak disleksia mempunyai kekuatan dalam bidang ‟fizikal co-coordination‟, kreatif dan perasaan impati terhadap orang lain dan mereka akan dapati bahawa terdapat juga kanak-kanak biasa yang lemah dalam bidang yang sama. Salah satu cara yang mudah dan boleh dijalankan adalah dengan menyenaraikan kekuatan dan kelemahan kanak-kanak yang terlibat. Masa yang diperlukan adalah lebih kurang lima atau sepuluh minit untuk berbincang tentang apa yang disenaraikan. Aktiviti ini amat berkesan dan boleh
  • 4. dilakukan oleh guru ataupun ibu bapa. Sebagai contoh; Kekuatan saya Kelemahan saya berenang membantu ibu melukis menyapu sampah mengemas meja menemani datuk menjaga adik membantu kawan membaca menulis mengira Apabila kanak-kanak ini menulis sendiri kekuatan dan kelemahan dirinya mengikut fahaman mereka, dia akan menyedari bahawa terdapat banyak kekuatan lain yang mampu dilakukan dan ini membuktikan bahawa mereka juga mempunyai kekuatan di bidang-bidang yang berbeza. Namun, kekuatan dan kelemahan ini perlu dibincangkan, kita tidak menghargai seseorang hanya kerana mereka pandai membaca atau pandai mengira, tetapi kita menghargai seseorang apabila mereka mempunyai kriteria-kriteria yang lain seperti suka membantu, rajin atau menghormati orang tua. Perbincangan ini boleh diteruskan sehingga kanak-kanak ini dapat melihat bahawa diri mereka juga seorang yang berjaya walaupun mengalami berbezaan dari segi pembelajaran berbanding dengan kanak-kanak lain. Melihat diri mereka dalam satu cahaya yang baru akan menjadi satu titik permulaan bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia memupuk keyakinan diri dan ‟self-esteem‟ yang akan merangsang mereka untuk lebih bersedia menerima pembelajaran dalam membina kemahiran
  • 5. membaca atau menulis. Usaha ini memerlukan masa dan sokongan yang lain contohnya dari segi puji-pujian yang harus diberikan bagi kejayaan dalam bidang bukan akademik, memberi penghargaan kepada mereka yang berusaha dan sentiasa menfokuskan usaha-usaha yang telah dilakukan dan bukan hasilnya. Tidak semua kanak- kanak akan menghasilkan keputusan yang baik tetapi semua kanak-kanak boleh berbangga dengan ketekunan dan usaha gigih mereka serta menumpukan sepenuh perhatian terhadap kerja yang diberikan. Dengan mengutamakan etika kerja, kita mengajar kanak-kanak bahawa mencuba adalah lebih penting dari mendapat markah penuh dalam setiap peperiksaan.(B.W.,Tennessee). Salah satu kaedah lain yang boleh membina keyakinan diri dan ‟self-esteem‟ kanak-kanak ialah dengan cara menerangkan kepada kanak-kanak yang bermasalah ini tentang diri mereka sendiri dan kelainan mereka dari segi saintifik. Keyakinan diri berasaskan fakta-fakta saintifik akan menghasilkan pemahaman, keupayaan membuat keputusan dan ‟self-esteem‟. Ini telah disarankan oleh Dr. Debby Zambo dari Arizona State University West, College of Education. Guru-guru yang mahir dan faham secara saintifik mengenai perbezaan saiz otak, disleksia, diskalkulia akan menyampaikan maklumat kepada kanak-kanak yang terlibat. Penerangan yang diberikan perlulah ringkas dan tidak kompleks, sesuai dengan tahap pemahaman seorang kanak-kanak. Apa yang penting, maklumat yang disampaikan perlu disertakan dengan keyakinan dan boleh dipercayai serta bersesuaian dengan aras kanak-
  • 6. kanak itu. Dengan kefahaman dan informasi yang disampaikan, kanak-kanak yang bermasalah ini akan lebih faham perbezaan mereka dan mengerti bahawa mereka boleh membaca dan mengira cuma tidak seperti cara yang dilakukan oleh kanak-kanak biasa. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia Kemajuan di dalam bidang komunikasi dan teknologi perkomputeran sebenarnya memberikan banyak kelebihan dan peluang kepada kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, atau mana-mana kanak-kanak yang bermasalah pembelajaran untuk belajar seperti kanak- kanak normal lain. ICT mempunyai keupayaan untuk menambah faktor motivasi, menerap rasa ingin bersaing terhadap diri sendiri serta membina keyakinan diri (Thomas , 1992) dan Florian (2004) telah menyenaraikan enam kelebihan menggunakan ICT dalam persekitaran pembelajaran antaranya sebagai alat bantu mengajar, alat menilai pelajar, alat pengurusan pembelajaran, alat untuk berkomunikasi, alat bagi memperbaiki kaedah eksplorasi dalam pembelajaran dan alat pemudahcara. Kelebihan penggunaan ICT di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran turut disokong oleh Barnes dan Walter (2004) namun keseronokan yang dialami semasa penggunaan komputer dan peralatan ICT yang lain boleh mengambil alih nilai dan fungsi komponen ICT berkenaan sebagai alat bantu mengajar. Mengintegrasikan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia tidak hanya termaktub kepada penggunaan komputer dan perisian khas sahaja bahkan pelbagai komponen ICT lain
  • 7. turut diguna sama. Komponen ICT yang lain termasuklah pembesar suara, mesin pencetak, projektor LCD, skrin putih, papan kekunci, „joystick‟, capaian internet, alat pengimbas dan papan putih interaktif. Kebanyakan sekolah di Malaysia, malahan hampir semua telah menerima bekalan peralatan ICT hasil daripada pelaksanaan program PPSMI yang telah mula dilaksanakan secara rasmi pada tahun 2003. Namun begitu penggunaan alatan ICT ini hanya berpusatkan PPSMI, lalu keperluan ICT bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia terabai. Ini ditambah pula dengan ketidakupayaan guru atau personalia pendidikan yang lain mengenalpasti kanak- kanak bermasalah pembelajaran di dalam sesebuah kelas. Mekanisme biasa yang dibuat oleh pihak sekolah adalah menubuhkan kelas pemulihan, iaitu sebuah kelas berasingan dari kelas biasa dan diajar oleh guru-guru sama ada yang mempunyai opsyen pendidikan khas atau guru biasa yang tiada asas mengajar murid pemulihan. Definisi program pemulihan khas yang ditakrifkan dalam Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas Edisi Percubaan (2008) oleh Pusat Perkembangan Kurikulum adalah “Satu program pendidikan disediakan untuk murid yang mengalami masalah dalam penguasaan kemahiran 3M yang kompleks disebabkan oleh faktor persekitaran. Program ini dijalankan oleh guru yang khusus, di ruang yang khusus.” Penggunaan ICT dan hubungannya dengan disleksia dan diskalkulia telah diterjemahkan secara terperinci oleh seorang penulis yang mempunyai anak disleksia. Anita Keates (2002), di dalam buku beliau yang bertajuk „Dyslexia and Information and Communications
  • 8. Technology‟ telah menyatakan bahawa penggunaan ICT memberikan capaian terhadap kurikulum dan membekalkan keseronokan dan persekitaran pembelajaran kreatif yang sangat ideal terhadap kanak- kanak disleksia. Integrasi ICT terhadap pengajaran dan pembelajaran kanak-kanak disleksia boleh dilaksanakan melalui beberapa kaedah. Kaedah pertama ialah dengan menggunakan perisian khas yang dibangunkan oleh syarikat-syarikat ICT bagi mengesan disleksia dan diskalkulia seterusnya membantu kanak-kanak tersebut belajar. Sebagai contoh, perisian yang dinamakan CoPS (Cognitive Profiling System), CoPs Baseline dan Lass adalah tiga perisian khusus yang dapat mengesan disleksia dan diskalkulia di kalangan kanak-kanak. Perisian ini telah dibangunkan oleh Syarikat Lucid berpusat di East Yorkshire, Britain. Perisian ini menggunakan pendekatan permainan komputer untuk menguji kekuatan dan kelemahan kognitif kanak-kanak yang dapat memberi gambaran awal potensi disleksia dan diskalkulia. Wordshark, TextHelp Read and Write, Co-Writer, Bailey‟s Book House, Numbershark, Millie‟s Math House, Earobics, Easy Book dan Kid Pix adalah contoh-contoh perisian yang membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia untuk belajar menulis, membaca, mengira, dan mengukuhkan sistem memori. Namun begitu, perisian-perisian lain yang telah tersedia di dalam sesebuah komputer seperti Microsoft Office Word, Microsoft Office Excell, Microsoft Office Paint dan Microsoft Office Power Point juga turut membolehkan kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Sebagai contoh, perisian yang paling mudah dan meninggalkan impak yang besar terhadap pembelajaran kanak-kanak disleksia dan diskalkulia adalah perisian Microsoft Office
  • 9. Power Point kerana perisian ini memberikan peluang kepada guru atau tenaga pengajar membuat animasi ringkas tetapi menarik. Kaedah kedua adalah menggunakan capaian internet yang secara langsung dapat menghubungkan guru atau tenaga pengajar mengakses sumber pengajaran dan pembelajaran melalui laman-laman sesawang di seluruh dunia. Melalui internet, banyak maklumat dan sumber pengajaran dan pembelajaran yang dapat membantu kanak-kanak disleksia dan diskalkulia belajar. Terdapat laman-laman sesawang khusus untuk yang dibangunkan oleh individu berpengalaman atau persatuan disleksia dan diskalkulia untuk membantu menangani masalah pembelajaran. Kesimpulannya, ICT adalah pembangunan termaju yang dapat membantu menangani masalah pembelajaran seperti disleksia dan diskalkulia. Kaedah Pelbagai Deria (Multisensory Method) Dalam kontek pengajaran dan pembelajaran, setiap murid mempunyai tahap, keupayaan serta kecenderungan yang berbeza mengikut faktor-faktor tertentu. Oleh yang demikian, guru-guru perlu memainkan peranan yang penting bagi mengenalpasti kaedah yang berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mencari satu cara atau kaedah yang membolehkan proses pembelajaran matematik lebih menyeronokkan dan bermakna. Kebanyakan pengajaran di sekolah adalah menggunakan sama ada deria penglihatan atau pendengaran semata-mata. Namun bagi kanak-kanak disleksia dan diskalkulia, ianya suatu pengalaman yang amat sukar untuk memahami konsep matematik.
  • 10. Walau bagaimanapun, sekiranya seseorang kanak-kanak berpeluang menjalankan pelbagai aktiviti bagi mengukuhkan konsep yang dipelajari, ingatannya terhadap konsep itu akan menjadi lebih baik. Oleh itu, kaedah yang paling berkesan untuk mengajar matematik adalah dengan melibatkan pelbagai deria yang dikenali sebagai kaedah pelbagai deria(Multisensory methods). Kajian daripada The National Institute of Child Health and Human Development menunjukkan bahawa kaedah pelbagai deria adalah pendekatan yang paling berkesan untuk kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran. Menggunakan kaedah ini bermaksud membantu kanak-kanak tersebut belajar melalui lebih daripada satu deria terutamanya melalui sentuhan(touch) dan pergerakan (kinestetik). Kaedah ini dapat merangsang pembelajaran kanak-kanak dan menggalakkan mereka menggunakan sebahagian atau kesemua deria untuk : (a) mengumpul maklumat tentang sesuatu tugasan; (b) menghubungkan maklumat kepada idea yang mereka telah sedia ketahui dan fahami; (c) melihat logik yang terlibat dalam menyelesaikan masalah; (d) „tap into non-verbal reasoning skill‟; (e) memahami perhubungan di antara konsep; (f) mempelajari maklumat dan menyimpannya untuk diingati pada masa akan datang. Terdapat banyak kelebihan menggunakan kaedah pelbagai deria. Kaedah ini dapat membantu guru menyesuaikan gaya pembelajaran murid. Hasil kajian beberapa orang penyelidik mendapati ramai murid
  • 11. memiliki gaya pembelajaran mereka sendiri. Jika mereka diajar dengan menggunakan teknik yang konsisten dengan cara dan gaya pembelajaran mereka, maka persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Justeru, mereka dapat belajar dengan lebih mudah, pantas dan boleh mengaplikasikan konsep matematik untuk pembelajaran yang seterusnya. Kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang pembelajaran secara visual. Bahan visual yang mengandungi animasi yang menarik dan juga berwarna warni membolehkan murid memperolehi daya imaginasi yang tinggi sehingga dapat menggambarkan bentuk, ruang, saiz, warna dan garisan. Contoh penggunaan bahan visual adalah poster, model, computer, filem, video, “multi-image media”, penggunaan warna untuk memaparkan nombor dan lain-lain bahan visual yang sesuai. Teknik penggunaan bunyi (auditory techniques) yang terdapat di dalam kaedah pelbagai deria juga dapat merangsang “verbal reasoning”. Contoh penggunaan bahan audio adalah pembaca teks berkomputer (computerized text readers), video, filem, muzik, lagu dan lain-lain bahan audio yang sesuai. Selain daripada teknik yang disebut di atas, terdapat satu lagi teknik yang melibatkan deria sentuhan yang dinamakan “tactile method”. Dalam kaedah ini guru boleh menggunakan objek-objek kecil seperti batu untuk mewakilkan nilai nombor untuk mengajar kemahiran matematik seperti mengira, melakukan proses penambahan, penolakan, pendaraban dan pembahagian.
  • 12. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan bahan-bahan maujud seperti plastisin, tanah liat dan sebagainya untuk membina model terutamanya yang melibatkan tajuk 3-dimensi seperti kiub, kuboid, silinder dan lain-lain. Selain daripada itu, konsep pecahan juga dapat dipelajari dengan menggunakan aktiviti menggunting dan menampal keratan-keratan. Kaedah pelbagai deria yang menggunakan pergerakan badan yang dinamakan kaedah kinestetik (kinesthetic method). Ia merupakan kebolehan yang dimiliki oleh murid-murid umumnya, ini kerana minat yang mendalam mempengaruhi kecerdasan mereka sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. Ia merupakan kebolehan anggota badan dalam melakukan gerak hasil penyampaian idea, perasaan serta mencari keputusan kepada masalah. Sebagai contoh, permainan yang melibatkan aktiviti mengira seperti permainan Ludo dan dam ular adalah sangat sesuai bagi memberi peluang kepada murid mengira tanpa merasa mereka dipaksa belajar. Permainan komputer seperti Solitaire juga membantu murid melakukan penyusunan bersiri. TEN-FRAME Penggunaan Ten-Frame dalam pengajaran murid dyscalculia dapat membantu mereka untuk mempelajari matematik. Ten-frame adalah susunan dua baris yang setiap satunya mengandungi lima kotak kecil. Ia adalah lanjutan dari penggunaan benda maujud dan chip dalam aktiviti membilang. Susunan bintik-bintik di dalam ten- frame dapat membantu murid untuk melihat secara visual & mengingati secara mental pola bintik untuk nombor 1 hingga 10. Murid yang diajar dengan menggunakan Ten-frame ini juga dapat mengingat nama
  • 13. serta nilai nombor tersebut secara langsung. Selain daripada itu penggunaan ten- frame juga dapat membantu murid mengenalpasti dan menentukan nilai tempat sesuatu digit Titik yang terdapat pada ten-frame itu juga dapat digunakan sebagai penanda aras bagi mengambarkan imej bagi setiap nombor dengan menggunakan 5 dan 10. Contohnya, murid boleh menentukan nilai bagi sesuatu nombor. Sama ada nilainya banyak atau sedikit. Ataupun murid boleh juga menentukan nombor yang mana lebih atau kurang nilainya. Penggunaan ten-frame juga dapat membantu guru untuk menemukan strategi mudah dalam memahami hubungan antara nombor. Ini dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam matematik. Antara contoh Ini dapat membantu guru untuk mengajar murid dalam matematik. Antara contoh teknik pengajaran yang boleh yang boleh digunakan untuk mengajar murid ialah mencerakinkan nombor, menggunakan 5 & 5, menggenapkan 10, gandaan, dan hukum tukar- tertib dalam penambahan CHILD LANGUAGE APPROCH Child language approach adalah pendekatan yang menggunakan bahasa sebagai pedekatan pengajaran. Bagi kanak-kanak dyslexia, tahap penguasaan bahasa mereka adalah pada tahap minima. Oleh itu, pendekatan yang boleh digunakan untuk mengajar kanak-kanak ini adalah dengan menggunakan laras bahasa mereka. Pendekatan Child language approach di bahagikan kepada 4 peringkat. Pada peringkat pertama, pengajaran
  • 14. sesuatu konsep perlu dimulakan dengan penggunaan bahan samada berbentuk gambar, video atau sebarang simulasi. Murid perlu menceritakan apa yang dilihat dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami oleh murid. Pada peringkat kedua iaitu peringkat Material Language, murid perlu mencaritakan tentang objek-objek yang terdapat di dalam gambar samada tentang bentuk, warna atau sebagainya. Selain daripada itu , guru boleh membimbing murid untuk meneroka perkataan- perkataan baru sepanjang mereka bercerita. Peringkat ketiga ialah peringkat Mathematical Language. Pada peringkat ini guru perlu merangsang murid untuk mendapatkan idea matematik ataupun penyataan matematik daripada gambar tadi. Murid juga perlu menyatakan bilangan objek yang terdapat pada gambar tersebut. Peringkat terakhir adalah Mathematical Symbols. Peringkat ini adalah peringkat dimana penggunaan nombor, ayat matematik dan operasi mula diperkenalkan oleh guru. Guru perlu membimbing murid untuk menyatakan nombor, menyatakan operasi dan seterusnya membina ayat matematik. Pengetahuan tentang nombor perlu di perkenalkan kepada murid terlebih dahulu sebelum mereka mempelajari ilmu matematik. Keupayaan memahami penggunaan nombor dan operasi sepatutnya seiring dengan keupayaan mereka menggunakannya dalam pelbagai cara. Setiap guru perlu membimbing murid- murid mereka dengan menggunakan pelbagai cara tidak terbatas kepada algoritma biasa sahaja. Walaubagaimanapun, pedekatan Child language approach ini adalah berasaskan kepada pendekatan secara penerokaan. Guru perlu menghindari penggunaan
  • 15. perkataan betul atau salah semasa pengajaran. Guru perlu mengawal diri daripada memberikan jawapan terus kepada murid sebaliknya guru perlu membimbing murid untuk mendapatkan jawapan yang betul. Dan akhir sekali, guru perlu membimbing murid untuk mengemukakan idea dan pendapat mereka. Setiap pendekatan yang digunakan mempunyai keistimewaan. Child language approach memberikan murid peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pembelajaran. Mereka dapat membina kemahiran berfikir dan mereka juga dapat menyumbangkan buah fikiran meraka dalam aktiviti yang dijalankan selain daripada itu guru juga dapat membaca dan menilai apa yang difikirkan oleh murid. Pendekatan ini adalah pendekatan yang menarik dan mengembirakan murid disamping dapat memberikan persekitaran yang selesa kepada murid . Murid dapat menjadi penutur yang aktif. Mereka juga memperkayakan perbendaharaan kata dan mencambah pemikiran mereka. Pembelajaran yang bermakna adalah pembelajaran yang terbaik. Bibliografi K.A.Razhiyah. (2006). Mengapa Kanak-kanak Sukar Belajar? Kuala Lumpur: Penerbitan PTS Professional. Devaraj, S. & Samsilah, R. (2008). Apa itu Disleksi ? Panduan Untuk Ibu Bapa & Kaunselor. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Florian, L. (2004), “Uses of technology that support pupils with special educational needs”, in Florian, L. and
  • 16. Hegarty, J. (Eds), ICT and Special Educational Needs: a Tool for Inclusion, Open University Press, Buckingham, pp. 7-20. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemulihan Khas 2008 (Edisi Percubaan), Kuala Lumpur: Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran Malaysia. Ke, A. (2002). Dyslexia and Information and Communications Technology, A Guide for Teachers and Parents (2nd edition), London: David Fulton Publishers. Thomas, M. (Ed.) (1992), I.T. and Students with Emotional and Behavioural Difficulties, National Council for Educational Technology, Coventry. Annette Karmiloff-Smith (1999), A Functional Approach to Child Language: A Study of Determiners and Reference, New York, University of Cambridge. Dyslexia Teacher- confidence Building. (n.d). Retrieved January 24, 2010, from http://www.dyslexia –teacher.com/t66.html href="http://learningdisabilities.about.com/od/instruction almaterials/p/multisensory.htm">http://learningdisabiliti es.about.com/od/instructionalmaterials/p/multisensory.ht m http://www.teachingexpertise.com/articles/multisenso ry-maths-teaching-sen-5209 January http://www.dyslexia-teacher.com/t61.html http://child-1st.typepad.com/my_weblog/dyscalculic- learners/ http://www.heidisongs.net/HeidiSongs_Downloads/Downl
  • 17. oads.html http://www.apsu.edu/education/MathEd/TenFrames.html POSTED BY KHADIJAH ISHAK AT 2:48 AM 0 COMMENTS SATURDAY, MARCH 20, 2010 Pendidikan Khas SK Raja Muda Musa, Kuala Kangsar