Peranan ict dalam bilik darjah 2

Peranan ict dalam bilik darjah 2

3.5.1 Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku Pembelajaran Kendiri Dan Menggalakkan
Pembelajaran Eksploratori (Penerokaan)
Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya
berlakuapabilaICTdigunakansebagai mediumuntukmencari danmengaksesmaklumatdaripadaCD-
ROM, internet,portal maklumatdansumber-sumbermaklumatyanglain.ICTjugadapatmemberikan
pengalaman,mempelajari danmengkaji sesuatufenominasecarasimulasi sertamelihatdemonstrasi
sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang
diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT
berdasarkan kehendak mereka.
Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan beberapa alamat yang
berkaitanyangbolehdilayari olehmuridmelaluiintenet.Dengancaraini membolehkanmurid-murid
mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan
daripadainternet.Murid-muridakanmengumpul bahan-bahanini,danmaklumatiniakandigunakan
untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah.
Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah, saya membimbing dan
menggalakkanmurid-muridmelayari lamanwebyang tersedia,antaranyaPortal PendidikanUtusan,
dan Trengganu. Com. Memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan . Murid-murid yang
melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk
menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi
maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh
maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus
boleh memotivasikan murid dengan peneguhan positif yang diberi apabila murid memberikan
jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukansendiri oleh muridsaya sama ada di rumah atau di Pusat Akses
sekolah.
Dalam mata pelajaranTasawwurIslamterdapatpengetahuanyangtidakdapat dijangkauolehpanca
indera manusia apatah lagi kalau ianya perkara yang berlaku di luar ruang lingkup dan pengalaman
murid-murid. Jusetru, saya membimbing murid-murid mengakses internet untuk mendapatkan
pengetahuandangambaran yang lebihjelas.Contohnya,Bab4 Tasawwur IslamTingkatan4 tentang
Konsep Alam. Saya bimbing murid-murid saya melayari lamanweb berkaitan pengetahuan geografi,
contohnya murid-murid saya dapat melihat kejadianletupan gunung berapi secara jelas seolah-olah
ianya berlaku depan mata. Saya kaitkan gambaran itu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang
mencipta alam ini. Murid-murid saya dapat memahami dan mudah mengingatinya, malah dapat
menghuraikankejadiantersebutsecaraterperinci.Murid-muidsayajugamerujukkepadaWorldFacts
Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) dan ensaiklopedia untuk mendapatkan lebih
banyak maklumat. Murid-murid saya juga buat capaian di rumah untuk ulangkaji dan ulang tayang.
Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang secukupnya sebagai
persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang
lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari
sendiri hasil-hasil penyelidikansupayamerekabolehmajuke hadapantanpamengikuti denganjemu
rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada murid-murid saya.
Kesimpulannya,ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P
menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat berfiki secara kritis, penyelesaian
masalah,pengelaamanbelajaryangautentik,pengetahuanyangdibinaadalahmelalui interaksi sosial.
Murid-murid saya telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan
selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan.
3.5.2 Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran
Penggunaantekssama ada dalambentukperkataanatau nombor menimbulkanmasalahbagaimana
untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui
penggunaanteks.Makapenggunaanmultimediadapatmemudahkanpelajarmemahamikonsepyang
abstrakdenganbantuanadunanelemen-elementeks,audio,video,animasi,dangrafik.Ini menjadikan
membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya
dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan
rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan
kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Saya menggunakan
aplikasi Photo Story untuk menyediakan bahan bantu belajar. Pada akhir sesi pembelajaran saya
dapati murid-muridsayadapatmenguasai isipelajarandenganlebihcepat.Ini terbukti apabilamurid-
muridsaya menuliskarangantentangkesan-kesanpencemaranalamterhadapmanusiadanhidupan
air.
Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik,
teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap
sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan murid-murid saya
lebihmemberikanperhatianterhadapapayangsayaajar.Murid-muriddapatmenghayatiisi pelajaran
denganlebihjelas.ContohnyadalampembelajaranKOMSAS,sayatayangkanrakamandrama,selepas
pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat memahami unsur-unsur plot, struktur plot dan
dapat menilai perwatakan serta nilai-nilai murni dari drama yang dipelajari.
Saya juga menggunakanMicrosoftExcel untukmerekodsertamenggredmarkahsetiapkali diadakan
ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek kelemahan dan kekuatan pelajar.
Aplikasi ini membolehkansaya membuat head count untuk setiap orang murid yang saya ajar. Hasil
daripada analisis yang saya perolehi membolehkan saya menyediakan bahan atau soalan dengan
memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan,
memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan
pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan
pengayaan.
Pengajaran yang saya sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat
melihatsendiriapayangditerangkanolehsayadenganbantuankomputer.Kaedahini membolehkan
murid memahami dan menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dalam pengajaran Bahasa
Melayu penekanan diberikan untuk menguasai empat kemahiran iaitu membaca, memahami,
menulis, dan bertutur. Bagi mengajar kemahiran bertutur, murid-murid mesti mempunyai idea dan
pengetahuanyangluas.Bagi pelajaryangkurangmembaca,masalahakantimbul keranamerekatiada
idea untuk bercakap. Dengan kemudahan ICT yang saya miliki, saya muat turun maklumat, gambar
dan rakaman video dari internet. Saya juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan
bantuankameradigital masukkangambar-gambardansayatayangkankepadamurid-muridmenerusi
projektorLCD. Murid-muridsayamendapatideadanpengetahuanuntukbertuturdanmenceritakan
apa yang disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses
pembelajaran yang berkesan telah berlaku.
Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan saya membuat pembetulan setiap
kesalahan yang murid serta-merta. Murid membuat tugasan menggunakan papan interaktif, hasil
tugasanmerekadipancarkanmenerusiprojektorLCD.Sayamembuatpenilaianterhadaphasiltugasan
mereka dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu juga. Murid dapat mengetahui di mana
kekuatan dan kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid, dalam
masa yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan serta merta.
Jelaslah di sini, dengan menggunakan ICT telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan
murid-murid saya terhadap mata pelajaran yang saya diajar. Proses pengajaran dan pengajaran
menjadi lebihmudahdanlebihmenarik.Hasilnyamuriddapatmenghasilkantugasanyangsempurna.
Hal ini dapatmembantumemudahdanmempercepatkanprosespengajarandanpembelajarandalam
bilikdarjahkeranapenggunaanICTdalamP& Ptelahmemudahkantugasgurudan muridmenguasai
pengajaran dan pembelajaran.
3.5.3 Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah
Melalui ICTpelbagaibentukmaklumatdapatdisampaikandenganberkesandanmenarik.Penggunaan
grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan
dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi
yangdinamikdapatmeyampaikanmaklumatdenganlebihefektif lagibiladiadunkandenganteksdan
grafik.
Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian
maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza
menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalampelbagai bentuk elemenmultimedia. Hal ini
akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan
kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan,
perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan
menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi
murid-murid.
Interaksi sayadan muriddapat dipertingkatkanmelalui ICTdi mana saya dan muridberhubungterus
melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet murid dapat berhubung
dengansesiapasahajawalaudimanaberadakeranakadarcaj yangdikenakanjauhlebihrendahdalam
masa yang pantas teknologi. Teknologi multimedia membolehkan saya melihat wajah murid yang
menghubungi sayapadapaparanskrinkomputer.Muridsayadapatberbual secaraterusdengansaya
menerusi skrin komputer. Murid-murid saya akan merujuk kepada saya apabila ada masalah yang
berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan.
Interaksi dankomunikasi sebegini jugamemudahkansayauntukmemantauhasil kerjamuridapabila
mereka menge-melkan kepada saya. Murid-murid oleh bertanya secara terus dan saya pula akan
menjawab dengan cepat
Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru
dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan murid dan murid sesama
murid. Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin
komputermenggunakanhujungjari sahaja.Ini menggambarkankemahiranICTyangsaya miliki telah
dapat menumbuhkan inspirasi kepada murid-murid saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang
efektif, cepat dan mudah.
3.5.4 Pengekalan informasi yang berkesan
Multimediadigunakansebagai perantaradalamsesebuahpenyampaianataupesembahanmaklumat
kepadaparapelajar.Iadigunakanolehindividuyangmahukankemudahansertaimpakyangberkesan
dalam persembahan maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan
elemen multimedia dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi
sertavideo.Setkomputeryangdilengkapkandenganmultimediatelahdiadaptasikanuntukmemberi
maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna.
Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan
untukmengingatberdasarkankepadaapayangmerekadengar,lihatdanlakukan,40peratusdaripada
apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja.
Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang
tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri.
Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses
penyampaian maklumat, maka saya tidak teragak-agak menggunakan ICT untuk membantu
meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P dalam bilik darjah.
Saya menggunakan perisian Autoware untuk menyediakan set-set soalan pelbagai aras secara
interaktif. Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu saya sediakan jawapan yang
membolehkan murid-murid saya membuat penilaian secara sendiri. Bila murid dapat menjawab
soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba lagi. Cara ini membolehkan
murid saya merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam
sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum itu saya pastikan murid saya telah menguasai terlebih
dahulu konsep atau isi pelajaran yang saya ajar sebelum saya benarkan mempelajari konsep atau isi
pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Murid-murid saya boleh mengulang belajar sesuatu konsep
atau isi pelajaranitupadabila-bilamasaatauseberapabanyakyangdiamahu.Ditambahpuladengan
penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan murid tidak merasa bosan untuk mengulangi
mempelajarinya.Keadahini telahmemperkuatkanlagi ingatandanmeningkatkanpemahamanserta
minat pelajar terhadap apa yang dipelajari.
Saya melayari laman-lamanwebyangberkaitansubjekyangsayaajar, kemudian maklumattersebut
saya simpandalamCD-ROMseperti ensaikopedia,pangkalandatadanlain-lainmaklumatyangboleh
diperolehi di pasaran. Bahan-bahan ini saya gunakan dalam bilik darjah dan pelajar boleh
tayangkannya berulang kali. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman muridsaya terhadap apa yang
sayasampaikan.Buktinyaapabilasayamemintapelajarmenyediakanpenulisankarangan,sayadapati
idea yang dikemukakan adalah menggambarkan kematangan dan penguasaan pengetahuan pada
tahap yang membanggakan. Ini menggambarkan ICT dapat meningkatkan pemahaman dan
menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran
Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di
mana murid dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. Cara ini memberi peluang
kepada murid saya untuk mengubah sesuatu untuk melihat pembaharuan. Situasi begini
membenarkan murid saya menguji dan mengemukakan idea baru yang terbaik dan seterusnya
membuat kesimpulan. Perisian pendidikan seperti ini menggalakkan murid saya telah dapat
meningkatkan kemahiran, mengekalkan maklumat yang diperolehi, serta memberi peluang kepada
murid-murid saya melakukan penyelesaian masalah.
Tegasnya saya nyatakan di sini bahawa, ICT telah dapat membantu meningkatkan pemahamandan
mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi
maklumat telah memudahkan tugasan guru dan murid serta dapat membantu murid-murid
mempertingkatkandayaingatan.Apa yang didengar,dilihatdandialami oleh muridlebihlamakekal
dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif.
3.5.5 Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap
ICT dikatakansebagai alataplikasiapabilamembantupelajarmelaksanakantugasanpembelajaran,di
samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan
perisianaplikasiumumseperti pemerosesanperkataanolehpelajardalampenghasilankaranganatau
penggunaanperisianhamparanelektronikakanmenghasilkanplotgraf.Pelbagai perisianaplikasiyang
boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft
Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya.
Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka.
Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran.
Perisianaplikasi MicrosoftExcell yangsesuai bolehdigunakanuntukmembantumuridmembinagraf-
graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat
pembentangan hasil tugasan yang saya berikan sama ada secara kumpulan atau individu.
Dalam pelajaran bahasa Melayu saya berikan tugasan kumpulan untuk membuat kupasan teks
KomponanSastera(KOMSAS).Sayabimbingmurid-muridsayauntukmendapatkanisi pelajaran,saya
galakkanmuridsayamenggunakanperisianMicrosoftPowerpointdanjugaPhotoStoryataumemilih
mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka untuk menghasilkan
tugasan. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu murid-murid melaksanakan aktiviti
pembelajarandanmenyiapkantugasanyangsaya berikan.ContohnyadalampembelajaranKOMSAS
murid-muriddiberikantugasankumpulan.Hasilkerjakumpulandibentangolehmuriddenganaplikasi
Microsoft Powerpoint. Hasilnya saya dapati murid-murid saya lebih bersemangat serta dapat
menghasilkan satu kerjasama yang padu dalam kumpulan di samping menghasilkan satu
persembahanyangamat menarikyangmenggambarkanmerekabetul-betul fahamdenganapayang
dipelajari pada sepanjang proses P & P berlaku itu.
Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi
pelajaruntukterusbelajardanmencubasesuatuyangbarudalamhidupmereka.Aplikasi multimedia
yangmelibatkanpelbagai jenismediayangmenarikdandinamikdapatmeningkatkanminatseseorang
pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selainitu penggunaan ICT dan multimedia
daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar.
Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai
kemahiran ICT supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalammendidik anak bangsa.
Kelainan dalam paparan maklumat dapat membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus
mendalami ilmu pengetahuanatau maklumat yang tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila
minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah
dilaksanakan.P&PmenggunakanICTdanmultimediadapatmewujudkansuasanapembelajaranyang
menyeronokkan dan mencabar.
Saya juga mendapati penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan
dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai
kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan
pembentangandenganmenggunakanalat-alatteknologi.Kemahirandanpenguasaandalamteknologi
akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.Kaedah
pembelajaran begini amat menarik dan hasil dari pemerhatian dan penilaian saya terhadap mutu
tugasan, saya dapati murid-murid saya telah berjaya menghasilkan tugasan yang berkualiti,lengkap
dan mantap.
4.0 Penutup
Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti
pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih
kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti
pendidikan. ICT menjadi pemangkinkepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi
impian Malaysia.
Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi
pendorongkepadakejayaandankemajuanmurid.Teknologiperludilihatsebagai satualatdanbukan
segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk
mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau
secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran.
Pembelajaranmemerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid.
Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina
keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan
sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus
mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam
membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi
meningkatkankualitipendidikanyangdiberi kepadamurid-muridseterusnyaberjayamembangunkan
modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan
ICT sebagai medium paling berkesanke arah merealisasaikanimpiantersebut. Apa lagi dalam usaha
kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia
glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.

Recomendados

Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2 por
Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2Unit 2  Modul 1  Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2
Unit 2 Modul 1 Matlamat Dan Objektif Pengajaran V2一世 一生
24.9K visualizações22 slides
Gamifikasi por
GamifikasiGamifikasi
GamifikasiHafniza Latib
8.8K visualizações17 slides
Aras intelektual berbeza por
Aras intelektual berbeza Aras intelektual berbeza
Aras intelektual berbeza cik noorlyda
1K visualizações36 slides
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell por
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellKonsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewell
Konsep pengajaran dan pembelajaran gagne dan ewellAi Li
17K visualizações43 slides
Teori pembelajaran behavioris por
Teori pembelajaran behaviorisTeori pembelajaran behavioris
Teori pembelajaran behaviorisnurzaharuddin
49.7K visualizações11 slides
Pentaksiran Autentik por
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikIPG Kampus Sultan Mizan
10.8K visualizações7 slides

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Peranan guru n kurikulum por
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulumNorazul89
12.3K visualizações40 slides
Teori pembelajaran behaviorisme por
Teori pembelajaran behaviorismeTeori pembelajaran behaviorisme
Teori pembelajaran behaviorismeUNIVERSITY FOR TEACHERS XD
31.2K visualizações15 slides
Model tyler por
Model tylerModel tyler
Model tylerZulkifli Abdul Rahman
13.1K visualizações1 slide
Bab 1 teknologi pendidikan por
Bab 1 teknologi pendidikanBab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikanpeggylau9318
5.2K visualizações24 slides
Teori dan model pembinaan kurikulum por
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulumchenta miamor
35.8K visualizações18 slides
Pentaksiran autentik por
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentikPpg Pathma Nathan
19.4K visualizações11 slides

Mais procurados(20)

Peranan guru n kurikulum por Norazul89
Peranan guru n kurikulumPeranan guru n kurikulum
Peranan guru n kurikulum
Norazul8912.3K visualizações
Bab 1 teknologi pendidikan por peggylau9318
Bab 1 teknologi pendidikanBab 1 teknologi pendidikan
Bab 1 teknologi pendidikan
peggylau93185.2K visualizações
Teori dan model pembinaan kurikulum por chenta miamor
Teori dan model pembinaan kurikulumTeori dan model pembinaan kurikulum
Teori dan model pembinaan kurikulum
chenta miamor35.8K visualizações
Pentaksiran autentik por Ppg Pathma Nathan
Pentaksiran autentikPentaksiran autentik
Pentaksiran autentik
Ppg Pathma Nathan19.4K visualizações
Ulasan artikel por Ker0
Ulasan artikelUlasan artikel
Ulasan artikel
Ker038.3K visualizações
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI por Siti Ayu Megawati
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRIBuku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Buku Panduan Pembelajaran Berasaskan INKUIRI
Siti Ayu Megawati63.7K visualizações
Apakah itu pengajaran por Didie Patient
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
Didie Patient17.3K visualizações
Nota teori pelaziman operan por Eyzan Rashid
Nota teori pelaziman operanNota teori pelaziman operan
Nota teori pelaziman operan
Eyzan Rashid14.9K visualizações
Media pengajaran por Tien Yu Yu
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
Tien Yu Yu21.3K visualizações
Pendekatan pengajaran por Qamariah sabariah
Pendekatan pengajaranPendekatan pengajaran
Pendekatan pengajaran
Qamariah sabariah20.8K visualizações
MODEL-MODEL KURIKULUM por hudhud321
MODEL-MODEL KURIKULUMMODEL-MODEL KURIKULUM
MODEL-MODEL KURIKULUM
hudhud32110.9K visualizações
JENIS UJIAN (UJIAN PRESTASI/PERFOMANCE TEST) por Hadliwati Daud
JENIS UJIAN (UJIAN PRESTASI/PERFOMANCE TEST)JENIS UJIAN (UJIAN PRESTASI/PERFOMANCE TEST)
JENIS UJIAN (UJIAN PRESTASI/PERFOMANCE TEST)
Hadliwati Daud8.2K visualizações
Report kaedah mengajar (dr khalid) por Sufi Lee Fizah Chuswan
Report kaedah mengajar (dr khalid)Report kaedah mengajar (dr khalid)
Report kaedah mengajar (dr khalid)
Sufi Lee Fizah Chuswan2.9K visualizações
Kurikulum Tersembunyi por Nur Kareena
Kurikulum TersembunyiKurikulum Tersembunyi
Kurikulum Tersembunyi
Nur Kareena9.8K visualizações
Kemahiran set induksi por Sohib AlQuran
Kemahiran set induksiKemahiran set induksi
Kemahiran set induksi
Sohib AlQuran15.5K visualizações
Kemahiran pembelajaran abad ke 21 por Fairus Razally
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Fairus Razally20.3K visualizações
Pendekatan & strategi pengajaran tematik por Moon Joanne
Pendekatan & strategi pengajaran tematikPendekatan & strategi pengajaran tematik
Pendekatan & strategi pengajaran tematik
Moon Joanne11.2K visualizações

Similar a Peranan ict dalam bilik darjah 2

Tugasan ind soalan 1 & 3 baru por
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 barusmugilah
3.1K visualizações10 slides
Tugasan 3 por
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3Zurina Husain
653 visualizações10 slides
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran por
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajarantugaspasca
333 visualizações8 slides
Tes skripsi lia por
Tes skripsi liaTes skripsi lia
Tes skripsi liaMarcelina Dahlia Repi
2.2K visualizações86 slides
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men... por
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...Jenifer Andalangi
115 visualizações11 slides
Pengembangan media pendidikan berbasis internet por
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internetShinta Naili Fitrisari
2.6K visualizações18 slides

Similar a Peranan ict dalam bilik darjah 2(20)

Tugasan ind soalan 1 & 3 baru por smugilah
Tugasan ind soalan 1 & 3 baruTugasan ind soalan 1 & 3 baru
Tugasan ind soalan 1 & 3 baru
smugilah3.1K visualizações
Tugasan 3 por Zurina Husain
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
Zurina Husain653 visualizações
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran por tugaspasca
Pemanfatan ict dalam_pembelajaranPemanfatan ict dalam_pembelajaran
Pemanfatan ict dalam_pembelajaran
tugaspasca333 visualizações
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men... por Jenifer Andalangi
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia  Untuk Men...
Dampak Pemanfaatan Sistem E-learning Pada PT. Kereta Api Indonesia Untuk Men...
Jenifer Andalangi 115 visualizações
Pengembangan media pendidikan berbasis internet por Shinta Naili Fitrisari
Pengembangan media pendidikan berbasis internetPengembangan media pendidikan berbasis internet
Pengembangan media pendidikan berbasis internet
Shinta Naili Fitrisari2.6K visualizações
Makalah media pembelajaran berbasis tik por Mayapuspitasari20
Makalah media pembelajaran berbasis tikMakalah media pembelajaran berbasis tik
Makalah media pembelajaran berbasis tik
Mayapuspitasari2012.9K visualizações
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx por ManEdyMan2
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docxMAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
MAKALAH MODEL-MODEL PEMBELAJARANn.docx
ManEdyMan22 visualizações
Ict por Yuslipah
IctIct
Ict
Yuslipah581 visualizações
Tugasan 3 por rubiha86
Tugasan 3Tugasan 3
Tugasan 3
rubiha863.6K visualizações
Tugas ict 2 por umidastania
Tugas ict 2Tugas ict 2
Tugas ict 2
umidastania452 visualizações
Pembelajaran berbantuan komputer por FKIP UHO
Pembelajaran berbantuan komputerPembelajaran berbantuan komputer
Pembelajaran berbantuan komputer
FKIP UHO3K visualizações
Presentation1 hasil observasi por miaparamita95
Presentation1 hasil observasiPresentation1 hasil observasi
Presentation1 hasil observasi
miaparamita95646 visualizações
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT) por yatitarbiyah
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
MODUL MEDIA PEMBELAJARAN BERBASIS INFORMATION COMMUNICATION TECHNOLOGY (ICT)
yatitarbiyah1.2K visualizações
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan por SMP Negeri 5 Lahat
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan KewarganegaraanPenggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
Penggunaan Media Tik Dalam Pengajaran Pendidikan Kewarganegaraan
SMP Negeri 5 Lahat6.9K visualizações
Modul multimedia por uncume12
Modul multimediaModul multimedia
Modul multimedia
uncume123.1K visualizações
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction) por raniayulatifa
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
Tugas 5 tik. rani ayu latifa.(correction)
raniayulatifa78 visualizações
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE" por yuniasih331
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
TUGAS MEDIA PEMBELAJARAN "MEDIA ASSURE"
yuniasih3312.2K visualizações
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE" por suciherna
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
MEDIA PEMBELAJARAN TIK "ASYURE"
suciherna698 visualizações

Último

ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx por
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptxADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptxAdityaGustiRamadhan
12 visualizações9 slides
KESETIMBANGAN KIMIA por
KESETIMBANGAN KIMIAKESETIMBANGAN KIMIA
KESETIMBANGAN KIMIAlyricsong1117
9 visualizações24 slides
Kepemimpinan Pramuka por
Kepemimpinan Pramuka Kepemimpinan Pramuka
Kepemimpinan Pramuka Kafe Buku Pak Aw
14 visualizações23 slides
SK Satgas PPKS.pdf por
SK Satgas PPKS.pdfSK Satgas PPKS.pdf
SK Satgas PPKS.pdfIrawan Setyabudi
54 visualizações3 slides
Kel.10- PBA Presentation.pdf por
Kel.10- PBA Presentation.pdfKel.10- PBA Presentation.pdf
Kel.10- PBA Presentation.pdfIBNUFAIZMUBAROK
27 visualizações10 slides
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptx por
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptxTugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptx
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptxNormanAdji
20 visualizações9 slides

Último(20)

ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx por AdityaGustiRamadhan
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptxADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx
ADITYA GUSTI R. PPT PENKOM.pptx
AdityaGustiRamadhan12 visualizações
KESETIMBANGAN KIMIA por lyricsong1117
KESETIMBANGAN KIMIAKESETIMBANGAN KIMIA
KESETIMBANGAN KIMIA
lyricsong11179 visualizações
Kepemimpinan Pramuka por Kafe Buku Pak Aw
Kepemimpinan Pramuka Kepemimpinan Pramuka
Kepemimpinan Pramuka
Kafe Buku Pak Aw14 visualizações
SK Satgas PPKS.pdf por Irawan Setyabudi
SK Satgas PPKS.pdfSK Satgas PPKS.pdf
SK Satgas PPKS.pdf
Irawan Setyabudi54 visualizações
Kel.10- PBA Presentation.pdf por IBNUFAIZMUBAROK
Kel.10- PBA Presentation.pdfKel.10- PBA Presentation.pdf
Kel.10- PBA Presentation.pdf
IBNUFAIZMUBAROK27 visualizações
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptx por NormanAdji
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptxTugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptx
TugasPPT6_NormanAdjiPangestu _E1G022079.pptx
NormanAdji20 visualizações
SAS SENI TARI.docx por HERMAN511894
SAS SENI TARI.docxSAS SENI TARI.docx
SAS SENI TARI.docx
HERMAN5118947 visualizações
ppt biologi katabolisme lemak dan protein pptx por raraksm12
ppt biologi katabolisme  lemak dan protein pptxppt biologi katabolisme  lemak dan protein pptx
ppt biologi katabolisme lemak dan protein pptx
raraksm1280 visualizações
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx por irpandialbantani1
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptxSEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx
SEJARAH HIJRAH NABI KE MADINAH.pptx
irpandialbantani111 visualizações
Info Session Bangkit Academy "Empowering Through Bangkit: Unveiling the Essen... por pmgdscunsri
Info Session Bangkit Academy "Empowering Through Bangkit: Unveiling the Essen...Info Session Bangkit Academy "Empowering Through Bangkit: Unveiling the Essen...
Info Session Bangkit Academy "Empowering Through Bangkit: Unveiling the Essen...
pmgdscunsri9 visualizações
Latihan 6_ Aldy 085.pptx por justneptun
Latihan 6_ Aldy 085.pptxLatihan 6_ Aldy 085.pptx
Latihan 6_ Aldy 085.pptx
justneptun14 visualizações
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2 por I Putu Hariyadi
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2
Panduan Praktikum Administrasi Sistem Jaringan Edisi 2
I Putu Hariyadi30 visualizações
Kel.10-PBA.pdf por IBNUFAIZMUBAROK
Kel.10-PBA.pdfKel.10-PBA.pdf
Kel.10-PBA.pdf
IBNUFAIZMUBAROK8 visualizações
MATERI LHO X AYU.pptx por DelviaAndrini1
MATERI LHO X AYU.pptxMATERI LHO X AYU.pptx
MATERI LHO X AYU.pptx
DelviaAndrini150 visualizações
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf por Irawan Setyabudi
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdfEdukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf
Edukasi dan Peran Aktif dalam Pencegahan.pdf
Irawan Setyabudi43 visualizações
Senyawa Turunan Alkana.ppt por lyricsong1117
Senyawa Turunan Alkana.pptSenyawa Turunan Alkana.ppt
Senyawa Turunan Alkana.ppt
lyricsong111712 visualizações
Salinan_UU_Nomor_12_Tahun_2022 TPKS.pdf por Irawan Setyabudi
Salinan_UU_Nomor_12_Tahun_2022 TPKS.pdfSalinan_UU_Nomor_12_Tahun_2022 TPKS.pdf
Salinan_UU_Nomor_12_Tahun_2022 TPKS.pdf
Irawan Setyabudi46 visualizações
Kel.10-PBA.pdf por YanDiyant
Kel.10-PBA.pdfKel.10-PBA.pdf
Kel.10-PBA.pdf
YanDiyant12 visualizações
PPT PENGEMBANGAN KEWIRAUSAHAAN SEKOLAH.pptx por WartoyoWartoyo3
PPT PENGEMBANGAN KEWIRAUSAHAAN SEKOLAH.pptxPPT PENGEMBANGAN KEWIRAUSAHAAN SEKOLAH.pptx
PPT PENGEMBANGAN KEWIRAUSAHAAN SEKOLAH.pptx
WartoyoWartoyo311 visualizações

Peranan ict dalam bilik darjah 2

  • 1. 3.5.1 Mengubah Stail Pembelajaran Murid-Murid: Berlaku Pembelajaran Kendiri Dan Menggalakkan Pembelajaran Eksploratori (Penerokaan) Penggunaan ICT untuk pembelajaran menggalakkan pembelajaran kendiri dan penerokaan. Ianya berlakuapabilaICTdigunakansebagai mediumuntukmencari danmengaksesmaklumatdaripadaCD- ROM, internet,portal maklumatdansumber-sumbermaklumatyanglain.ICTjugadapatmemberikan pengalaman,mempelajari danmengkaji sesuatufenominasecarasimulasi sertamelihatdemonstrasi sesuatu kejadian. Melalui cara ini murid-murid boleh mengawal dan menentukan maklumat yang diterima melalui ICT. Murid-murid mempunyai kebebasan dalam menggunakan kemudahan ICT berdasarkan kehendak mereka. Berdasarkan tajuk-tajuk yang dipelajari dalam bilik darjah, saya memberikan beberapa alamat yang berkaitanyangbolehdilayari olehmuridmelaluiintenet.Dengancaraini membolehkanmurid-murid mencari dan mengakses sendiri maklumat daripada ensaiklopedia multimedia atau bahan-bahan daripadainternet.Murid-muridakanmengumpul bahan-bahanini,danmaklumatiniakandigunakan untuk menjana dan menguji hipotesis dalam penyelesaian masalah. Bagi mata pelajaran Bahasa Melayu peringkat menengah rendah, saya membimbing dan menggalakkanmurid-muridmelayari lamanwebyang tersedia,antaranyaPortal PendidikanUtusan, dan Trengganu. Com. Memuatkan antaranya koleksi soalan dan nota panduan . Murid-murid yang melayari laman web ini dapat menjawab terus soalan-soalan yang tersedia, mereka diminta untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh komputer dan komputer akan menilai serta memberi maklum balas yang sesuai berdasarkan kepada jawapan yang diberikan. Mereka akan memperoleh maklum balas terhadap jawapan secara serta merta. Hal ini menimbulkan keseronokan sekaligus boleh memotivasikan murid dengan peneguhan positif yang diberi apabila murid memberikan jawapan. Aktiviti ini boleh dilakukansendiri oleh muridsaya sama ada di rumah atau di Pusat Akses sekolah. Dalam mata pelajaranTasawwurIslamterdapatpengetahuanyangtidakdapat dijangkauolehpanca indera manusia apatah lagi kalau ianya perkara yang berlaku di luar ruang lingkup dan pengalaman murid-murid. Jusetru, saya membimbing murid-murid mengakses internet untuk mendapatkan pengetahuandangambaran yang lebihjelas.Contohnya,Bab4 Tasawwur IslamTingkatan4 tentang Konsep Alam. Saya bimbing murid-murid saya melayari lamanweb berkaitan pengetahuan geografi, contohnya murid-murid saya dapat melihat kejadianletupan gunung berapi secara jelas seolah-olah ianya berlaku depan mata. Saya kaitkan gambaran itu dengan kebesaran dan kekuasaan Allah yang mencipta alam ini. Murid-murid saya dapat memahami dan mudah mengingatinya, malah dapat menghuraikankejadiantersebutsecaraterperinci.Murid-muidsayajugamerujukkepadaWorldFacts Book di laman web Central Intelligence Agency (CIA) dan ensaiklopedia untuk mendapatkan lebih banyak maklumat. Murid-murid saya juga buat capaian di rumah untuk ulangkaji dan ulang tayang. Pembelajaran kendiri ini membolehkan murid saya mempunyai latihan yang secukupnya sebagai persediaan menghadapai peperiksaan. Manakala pembelajaran penerokaan menjadikan murid yang lebih pintar lebih berminat dengan isi kandungan yang lebih tinggi dan mencabar. Mereka mencari sendiri hasil-hasil penyelidikansupayamerekabolehmajuke hadapantanpamengikuti denganjemu rakan mereka yang kurang pintar. Hal ini memberikan keseronokan kepada murid-murid saya. Kesimpulannya,ICT memudahkan pelajar meneroka ilmu-ilmu baru yang menjadikan proses P & P menjadi lebih menarik dan berkesan. Murid-murid saya dapat berfiki secara kritis, penyelesaian masalah,pengelaamanbelajaryangautentik,pengetahuanyangdibinaadalahmelalui interaksi sosial.
  • 2. Murid-murid saya telah bertukar sikapnya daripada seorang yang pasif menjadi aktif semasa dan selepas proses pembelajaran dan pembelajaran berjalan. 3.5.2 Memudah Dan Mempercepatkan Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Penggunaantekssama ada dalambentukperkataanatau nombor menimbulkanmasalahbagaimana untuk menerangkan bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami melalui penggunaanteks.Makapenggunaanmultimediadapatmemudahkanpelajarmemahamikonsepyang abstrakdenganbantuanadunanelemen-elementeks,audio,video,animasi,dangrafik.Ini menjadikan membolehkan sesuatu proses penerangan dilakukan dengan lebih mudah dan pantas. Contohnya dalam menghuraikan kesan pencemaran alam kepada hidupan dan manusia. Saya menayangkan rakaman video tentang punca-punca pencemaran dan gambar-gambar yang dirakam menggunakan kamera digital akibat daripada tindakan manusia yang tidak bertanggungjawab. Saya menggunakan aplikasi Photo Story untuk menyediakan bahan bantu belajar. Pada akhir sesi pembelajaran saya dapati murid-muridsayadapatmenguasai isipelajarandenganlebihcepat.Ini terbukti apabilamurid- muridsaya menuliskarangantentangkesan-kesanpencemaranalamterhadapmanusiadanhidupan air. Bahan-bahan multimedia interaktif dibangunkan dengan dengan menggunakan bahan visual grafik, teks, muzik, video serta animasi yang membantu mengukuhkan lagi kefahaman pelajar terhadap sesuatu konsep. Penggunaan muzik dan video sebagai alat bantu membolehkan murid-murid saya lebihmemberikanperhatianterhadapapayangsayaajar.Murid-muriddapatmenghayatiisi pelajaran denganlebihjelas.ContohnyadalampembelajaranKOMSAS,sayatayangkanrakamandrama,selepas pembelajaran saya dapati murid-murid saya dapat memahami unsur-unsur plot, struktur plot dan dapat menilai perwatakan serta nilai-nilai murni dari drama yang dipelajari. Saya juga menggunakanMicrosoftExcel untukmerekodsertamenggredmarkahsetiapkali diadakan ujian dan peperiksaan. Markah ini dianalisis untuk melihat aspek kelemahan dan kekuatan pelajar. Aplikasi ini membolehkansaya membuat head count untuk setiap orang murid yang saya ajar. Hasil daripada analisis yang saya perolehi membolehkan saya menyediakan bahan atau soalan dengan memberikan perisian berbentuk latih tubi kepada pelajar yang lemah untuk tujuan pemulihan, memberikan perisian yang berbentuk tutorial kepada pelajar yang sederhana untuk tujuan pengukuhan dan memberikan perisian berbentuk exploratory kepada pelajar pintar untuk tujuan pengayaan. Pengajaran yang saya sampaikan lebih berkesan melalui media elektronik kerana pelajar dapat melihatsendiriapayangditerangkanolehsayadenganbantuankomputer.Kaedahini membolehkan murid memahami dan menghayati situasi pembelajaran yang sebenar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu penekanan diberikan untuk menguasai empat kemahiran iaitu membaca, memahami, menulis, dan bertutur. Bagi mengajar kemahiran bertutur, murid-murid mesti mempunyai idea dan pengetahuanyangluas.Bagi pelajaryangkurangmembaca,masalahakantimbul keranamerekatiada idea untuk bercakap. Dengan kemudahan ICT yang saya miliki, saya muat turun maklumat, gambar dan rakaman video dari internet. Saya juga menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bantuankameradigital masukkangambar-gambardansayatayangkankepadamurid-muridmenerusi projektorLCD. Murid-muridsayamendapatideadanpengetahuanuntukbertuturdanmenceritakan apa yang disaksinya dari awal hingga akhir dengan penuh keyakinan , ini menunjukkan proses pembelajaran yang berkesan telah berlaku.
  • 3. Penggunaan papan interaktif semasa mengajar membolehkan saya membuat pembetulan setiap kesalahan yang murid serta-merta. Murid membuat tugasan menggunakan papan interaktif, hasil tugasanmerekadipancarkanmenerusiprojektorLCD.Sayamembuatpenilaianterhadaphasiltugasan mereka dan membetulkan kesalahan mereka pada masa itu juga. Murid dapat mengetahui di mana kekuatan dan kelemahan tugasan mereka. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman murid, dalam masa yang sama saya dapat membetulkan kesalahan yang dilakukan serta merta. Jelaslah di sini, dengan menggunakan ICT telah dapat meningkatkan pemahaman dan penguasaan murid-murid saya terhadap mata pelajaran yang saya diajar. Proses pengajaran dan pengajaran menjadi lebihmudahdanlebihmenarik.Hasilnyamuriddapatmenghasilkantugasanyangsempurna. Hal ini dapatmembantumemudahdanmempercepatkanprosespengajarandanpembelajarandalam bilikdarjahkeranapenggunaanICTdalamP& Ptelahmemudahkantugasgurudan muridmenguasai pengajaran dan pembelajaran. 3.5.3 Membentuk Jaringan Komunikasi Yang Efektif, Cepat Dan Mudah Melalui ICTpelbagaibentukmaklumatdapatdisampaikandenganberkesandanmenarik.Penggunaan grafik, ilustrasi, dan apa bentuk gambar rajah yang digunakan dapat meningkatkan keberkesanan dalam pembelajaran. Tambahan pula penggunaan pelbagai media seperti audio, video dan animasi yangdinamikdapatmeyampaikanmaklumatdenganlebihefektif lagibiladiadunkandenganteksdan grafik. Penggunaan ICT sebagai alat komunikasi merupakan serampang dua mata dalam perkongsian maklumat dan komunikasi. ICT membolehkan murid dan guru daripada lokasi yang berbeza menghantar, menerima dan berkongsi maklumat dalampelbagai bentuk elemenmultimedia. Hal ini akan mewujudkan hubungan kerja berpasukan dalam kalangan murid di samping memantapkan kemahiran berkomunikasi. Penilaian boleh dijalankan oleh guru secara individu dan kumpulan, perbincangan akan dibuat selepas hasil tugasan dibentangkan di dalam kelas. Hal ini akan menggalakkan percambahan pemikiran dan memantapkan kemahiran berfikir serta komunikasi murid-murid. Interaksi sayadan muriddapat dipertingkatkanmelalui ICTdi mana saya dan muridberhubungterus melalui internet, e-mail atau berkunjung ke laman blog. Melalui internet murid dapat berhubung dengansesiapasahajawalaudimanaberadakeranakadarcaj yangdikenakanjauhlebihrendahdalam masa yang pantas teknologi. Teknologi multimedia membolehkan saya melihat wajah murid yang menghubungi sayapadapaparanskrinkomputer.Muridsayadapatberbual secaraterusdengansaya menerusi skrin komputer. Murid-murid saya akan merujuk kepada saya apabila ada masalah yang berkaitan dengan pembelajaran dan pada masa mereka memerlukan nota dan bahan rujukan. Interaksi dankomunikasi sebegini jugamemudahkansayauntukmemantauhasil kerjamuridapabila mereka menge-melkan kepada saya. Murid-murid oleh bertanya secara terus dan saya pula akan menjawab dengan cepat Jelaslah di sini melalui ICT jalinan komunikasi yang mantap dapat dilakukan secara berkesan. Guru dapat membantu meningkatkan jalinan komunikasi antara guru dengan murid dan murid sesama murid. Murid dapat berkomunikasi dengan ramai orang di seluruh dunia hanya menerusi skrin komputermenggunakanhujungjari sahaja.Ini menggambarkankemahiranICTyangsaya miliki telah
  • 4. dapat menumbuhkan inspirasi kepada murid-murid saya dan dapat meningkatkan komunikasi yang efektif, cepat dan mudah. 3.5.4 Pengekalan informasi yang berkesan Multimediadigunakansebagai perantaradalamsesebuahpenyampaianataupesembahanmaklumat kepadaparapelajar.Iadigunakanolehindividuyangmahukankemudahansertaimpakyangberkesan dalam persembahan maklumat mereka dengan sesebuah komputer peribadi yang lengkap dengan elemen multimedia dapat memberikan kesan bunyi, paparan grafik yang berwarna warni, animasi sertavideo.Setkomputeryangdilengkapkandenganmultimediatelahdiadaptasikanuntukmemberi maklumat-maklumat tambahan dalam bentuk yang menarik kepada pengguna. Terdapat fakta telah membuktikan bahawa orang ramai telah menggunakan 75 peratus keupayaan untukmengingatberdasarkankepadaapayangmerekadengar,lihatdanlakukan,40peratusdaripada apa yang mereka lihat serta dengar manakala 20 peratus daripada apa yang mereka dengar sahaja. Oleh sebab itu, ciri interaktif dalam persembahan multimedia merupakan komponen penting yang tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh menyokong keupayaan ingatan manusia Itu sendiri. Memandangkan keupayaan multimedia banyak memberi kesan yang positif terhadap proses penyampaian maklumat, maka saya tidak teragak-agak menggunakan ICT untuk membantu meningkatkan keberkesanan pengurusan P&P dalam bilik darjah. Saya menggunakan perisian Autoware untuk menyediakan set-set soalan pelbagai aras secara interaktif. Soalan-soalan yang melibatkan konsep dan isi pelajaran itu saya sediakan jawapan yang membolehkan murid-murid saya membuat penilaian secara sendiri. Bila murid dapat menjawab soalan dengan betul mereka akan berasa seronok dan ingin mencuba lagi. Cara ini membolehkan murid saya merasai pengalaman pembelajaran yang berbeza berdasarkan prestasinya di dalam sesuatu konsep atau isi pelajaran. Sebelum itu saya pastikan murid saya telah menguasai terlebih dahulu konsep atau isi pelajaran yang saya ajar sebelum saya benarkan mempelajari konsep atau isi pelajaran pada tahap yang lebih tinggi. Murid-murid saya boleh mengulang belajar sesuatu konsep atau isi pelajaranitupadabila-bilamasaatauseberapabanyakyangdiamahu.Ditambahpuladengan penggunaan multimedia yang menarik menyebabkan murid tidak merasa bosan untuk mengulangi mempelajarinya.Keadahini telahmemperkuatkanlagi ingatandanmeningkatkanpemahamanserta minat pelajar terhadap apa yang dipelajari. Saya melayari laman-lamanwebyangberkaitansubjekyangsayaajar, kemudian maklumattersebut saya simpandalamCD-ROMseperti ensaikopedia,pangkalandatadanlain-lainmaklumatyangboleh diperolehi di pasaran. Bahan-bahan ini saya gunakan dalam bilik darjah dan pelajar boleh tayangkannya berulang kali. Hal ini dapat meningkatkan pemahaman muridsaya terhadap apa yang sayasampaikan.Buktinyaapabilasayamemintapelajarmenyediakanpenulisankarangan,sayadapati idea yang dikemukakan adalah menggambarkan kematangan dan penguasaan pengetahuan pada tahap yang membanggakan. Ini menggambarkan ICT dapat meningkatkan pemahaman dan menguatkan ingatan murid-murid terhadap isi pelajaran Komputer menyediakan satu suasana yang seakan-akan serupa dengan keadaan yang sebenar di mana murid dibenarkan untuk berinteraksi dengan cara yang realistik. Cara ini memberi peluang kepada murid saya untuk mengubah sesuatu untuk melihat pembaharuan. Situasi begini membenarkan murid saya menguji dan mengemukakan idea baru yang terbaik dan seterusnya membuat kesimpulan. Perisian pendidikan seperti ini menggalakkan murid saya telah dapat
  • 5. meningkatkan kemahiran, mengekalkan maklumat yang diperolehi, serta memberi peluang kepada murid-murid saya melakukan penyelesaian masalah. Tegasnya saya nyatakan di sini bahawa, ICT telah dapat membantu meningkatkan pemahamandan mengekalkan maklumat murid yang diperolehi melalui kaedah ulangan dan penerokaan.Teknologi maklumat telah memudahkan tugasan guru dan murid serta dapat membantu murid-murid mempertingkatkandayaingatan.Apa yang didengar,dilihatdandialami oleh muridlebihlamakekal dalam memori ditambah dengan penggunaan teknologi yang menarik dan interaktif. 3.5.5 Menghasilkan Kerja Yang Berkualiti, Lengkap Dan Mantap ICT dikatakansebagai alataplikasiapabilamembantupelajarmelaksanakantugasanpembelajaran,di samping sebagai mekanisma penyaluran maklumat pengajaran dan pembelajaran. Penggunaan perisianaplikasiumumseperti pemerosesanperkataanolehpelajardalampenghasilankaranganatau penggunaanperisianhamparanelektronikakanmenghasilkanplotgraf.Pelbagai perisianaplikasiyang boleh dimanfaatkan dalam melaksanakan tugasan pembelajaran seperti Microsoft Word, Microsoft Excell, Microsoft Access, Microsoft Power Point, Paintshop, dan sebagainya. Pelajar boleh memilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan aktiviti pembelajaran. Perisianaplikasi MicrosoftExcell yangsesuai bolehdigunakanuntukmembantumuridmembinagraf- graf yang diperlukan. Manakala perisian Microsoft Powerpoint membolehkan murid membuat pembentangan hasil tugasan yang saya berikan sama ada secara kumpulan atau individu. Dalam pelajaran bahasa Melayu saya berikan tugasan kumpulan untuk membuat kupasan teks KomponanSastera(KOMSAS).Sayabimbingmurid-muridsayauntukmendapatkanisi pelajaran,saya galakkanmuridsayamenggunakanperisianMicrosoftPowerpointdanjugaPhotoStoryataumemilih mana-mana perisian yang sesuai dengan kehendak dan kemampuan mereka untuk menghasilkan tugasan. Penggunaan perisian aplikasi ini dapat membantu murid-murid melaksanakan aktiviti pembelajarandanmenyiapkantugasanyangsaya berikan.ContohnyadalampembelajaranKOMSAS murid-muriddiberikantugasankumpulan.Hasilkerjakumpulandibentangolehmuriddenganaplikasi Microsoft Powerpoint. Hasilnya saya dapati murid-murid saya lebih bersemangat serta dapat menghasilkan satu kerjasama yang padu dalam kumpulan di samping menghasilkan satu persembahanyangamat menarikyangmenggambarkanmerekabetul-betul fahamdenganapayang dipelajari pada sepanjang proses P & P berlaku itu. Menggunakan komputer semasa mengajar dan belajar dapat meningkatkan semangat atau motivasi pelajaruntukterusbelajardanmencubasesuatuyangbarudalamhidupmereka.Aplikasi multimedia yangmelibatkanpelbagai jenismediayangmenarikdandinamikdapatmeningkatkanminatseseorang pelajar terhadap bahan pembelajaran yang disediakan. Selainitu penggunaan ICT dan multimedia daapt mewujudkan persekitaran pembelajaran yang merangsang pelajar untuk terus belajar. Apa yang penting sebagai guru, saya mestilah terus belajar dan memahirkan diri dengan pelbagai kemahiran ICT supaya menjadi lebih inovatif, efektif dan berinformasi dalammendidik anak bangsa. Kelainan dalam paparan maklumat dapat membangkitkan minat dan motivasi murid untuk terus mendalami ilmu pengetahuanatau maklumat yang tentang mata pelajaran yang diminati. Apabila minat dan motivasi pelajar sudah dirangsang, proses pembelajaran seterusnya lebih mudah
  • 6. dilaksanakan.P&PmenggunakanICTdanmultimediadapatmewujudkansuasanapembelajaranyang menyeronokkan dan mencabar. Saya juga mendapati penggunaan ICT membolehkan murid-murid menghasilkan segala penciptaan dan menyelesaikan kerja yang rumit. Melalui penggunaan ICT murid dapat menguasai pelbagai kemahiran manipulatif seperti kemahiran pemprosesan perkataan, pangkalan data dan pembentangandenganmenggunakanalat-alatteknologi.Kemahirandanpenguasaandalamteknologi akan melahirkan murid yang lebih bersedia dan yakin untuk memasuki alam pekerjaan.Kaedah pembelajaran begini amat menarik dan hasil dari pemerhatian dan penilaian saya terhadap mutu tugasan, saya dapati murid-murid saya telah berjaya menghasilkan tugasan yang berkualiti,lengkap dan mantap. 4.0 Penutup Penggunaan ICT dalam pendidikan selaras dengan hasrat Malaysia untuk meningkatkan kualiti pendidikan bertaraf dunia. Pembangunan pendidikan pada abad ke-21 di negara kita menjadi lebih kompetitif di mana Malaysia perlu melangkah ke hadapan bagi mengantarabangsakan kualiti pendidikan. ICT menjadi pemangkinkepada perkembangan pendidikan bertaraf dunia yang menjadi impian Malaysia. Guru bukan sahaja merupakan sumber inspirasi kepada murid-murid, malah guru-guru menjadi pendorongkepadakejayaandankemajuanmurid.Teknologiperludilihatsebagai satualatdanbukan segala-galanya yang boleh mengambil peranan penting seseorang guru. Guru diperlukan untuk mencorakkan perkembangan pelajar kerana tugas ini tidak boleh dilakukan oleh teknologi walau secanggih mana sekalipun teknologi boleh mencorakkan pembelajaran. Pembelajaranmemerlukan hubungan manusia dengan manusia dan sentuhan guru terhadap murid. Peranan guru yang berterusan sebagai seorang pakar untuk membimbing, mendorong, membina keyakinan, menunjuk ajar, menangani masalah pembelajaran, mengembang kemahiran diri, dan sebagainya tidak ambil alih oleh teknologi.dalam menangani arus ledakan teknologi ini guru harus mempertingkatkan kecekapan dalam pengurusan pendidikan, meluaskan peranan guru dalam membantu dan membimbing murid-murid serta membantu guru meningkatkan usaha bagi meningkatkankualitipendidikanyangdiberi kepadamurid-muridseterusnyaberjayamembangunkan modal insan cemerlang, gemilang dan terbilang. Konsep pembelajaran sepanjang hayat menjadikan ICT sebagai medium paling berkesanke arah merealisasaikanimpiantersebut. Apa lagi dalam usaha kerajaan untuk mengangkasakan pendidikan di Malaysia dalam usaha melahirkan bangsa Malaysia glokal berminda kelas pertama dalam menyahut Sembilan Cabaran Wawasan 2020.