O slideshow foi denunciado.
Seu SlideShare está sendo baixado. ×
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio
Anúncio

Confira estes a seguir

1 de 15 Anúncio

Mais Conteúdo rRelacionado

Diapositivos para si (20)

Semelhante a Pembentangan 4 (20)

Anúncio

Mais recentes (20)

Anúncio

Pembentangan 4

  1. 1. KAJIAN TERHADAP IMPAK GEO PELANCONGAN AIR PANAS DI MALAYSIA DAN INDONESIA NAMA AHLI KUMPULAN: 1.SARNIEZAH BINTI SAGI (A175939) 2. ATHIFAH BINTI TORLAN (A175918) 3.NUR SAADAH BINTI AZMAN (A176256) 4. FATIN NURJIHA BINTI AMRAN (A175943) 5. NURUL NAJWA BINTI JAMALUDDIN (A175962)
  2. 2. Sejarah Awal La Hot Spring Mata air panas Kampung La atau lebih dikenali sebagai LA Hot Spring di Besut, Terengganu telah ditemui oleh Penghulu Ibrahim Bin Haji Mat ketika memburu pada zaman pemerintahan British. Dengan keadaan masa itu di tengah hutan belantara, maka tiada sesiapa yang mengunjunginya. Keadaan mula berubah apabila pembukaan tanah rancangan persekutuan FELDA iaitu di Felda Tenang, ia memudahkan orang ramai untuk berkunjung dan sampai ke sini. Dan satu tempoh masa ke tempoh masa , kemudahan jalan raya dan kemudahan asas di kawasan ini dipertingkatkan dan dibangunkan secara berperingkat.
  3. 3. Sejarah Awal Cipanas Kecematan Tarogang Cipanas adalah kolam air panas paling terkenal di indonesia, dan kolam air panas ni menampilkan taman tema air yang menggunakan air panas dari gunung garut (semula jadi) yg pertama di indonesia. Tambahan pula, cipanas ni menerima ramai pelancong dalam dan luar negara kerana lokasi air panasi ini sangat strategik dan mudah diakses iaitu berjarak 10km daripadaKOTA GARUT
  4. 4. POTENSI GEO PELANCONGAN AIR PANAS DI MALAYSIA DAN INDONESIA Malaysia-LA Hot Spring, Terengganu. Terdapat banyak kelebihan daripada bermandi di kolam air panas. Antaranya ialah membantu kesihatan badan. Air panas mampu membantu mengalirkan peredaran darah dengan baik (Nusae. 2020). Ini menunjukkan bahawa terdapat potensi geo- pelancongan air panas di LA Hot Spring, Terengganu. Berdasarkan maklum balas yang diterima daripada salah seorang pengunjung juga mengatakan bahawa selepas mandi di LA Hot Spring menjadikan tubuh lebih segar dan sihat (Halistina. ➔ Membantu kesihatan badan
  5. 5. ➔ Menikmati keindahan alam Kawasan geo pelancongan air panas LA Hot Spring terletak di kawasan pedalaman di Hulu Terengganu dan dibuka pada tahun 1992 bagi menerima pengunjung. Disebabkan ianya terletak di kawasan pedalaman, dan merupakan kolam air panas semulajadi,menyebabkan ianya mempunyai potensi daripada segi keindahan alam semula jadi. Pengunjung yang datang boleh beriadah sambil menikmati keindahan alam semula jadi di LA Hot Spring, Terengganu. (Besut District Council. 2022)
  6. 6. Pelbagai kemudahan yang disediakan kepada berkunjung ke Kolam Air Panas La termasuklah kemudahan khusus untuk pelancong yang ingin bermalam seperti chalet, surau, tandas, bilik persalinan, , restoran dan deretan kedai yang menjual pelbagai jenis makanan termasuklah makanan tradisional negeri itu sendiri. Terdapat juga surau dan tandas yang terjaga kebersihan dan keselesaannya oleh pihak terlibat. Serta yang paling menarik adalah terdapat tiga kategori kolam mengikut suhu kepanasan berbeza. Kolam air panas dinaiktaraf menjadi lebih mesra pengguna dan pengunjung boleh memilih kolam air panas mengikut pilihan masing-masing. Kawasan Dilengkapi Pelbagai Kemudahan
  7. 7. Seni bina yang menarik dapat dilihat dari segi seni bina kolam air panas itu sendiri. Kawasan tersebut terlibat unik apabila terdapat sungai yang mengalir air yang sejuk dan berhampiran dengan kawasan chalet iaitu di bahagian bawah dan hadapan sekali. Manakala terdapat kolam air panas air bersuhu bersederhana pada bahagian kedua. Kolam ini diperbuat daripada simen dan suhunya lebih rendah agak bersesuaian untuk kanak-kanak. Manakala kolam air panas yang paling tinggi adalah yang terletak dibahagian ketiga. Kolam yang bertiga suhunya lebih panas dan kedudukannya lebih tinggi. Pengunjung perlu mendaki tangga untuk menikmati kolam air panas ini. Kawasan yang mempunyai seni bina menarik
  8. 8. POTENSI GEO PELANCONGAN AIR PANAS DI MALAYSIA DAN INDONESIA Cipanas Kecamatan Tarogong Sumber air panas Cipanas berasal dari mata gunung Garut yang mengandungi banyak kandungan mineral yang sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Komuniti setempat menggunakan air panas Cipanas untuk tujuan perubatan dan setelah keunikannya diketahui oleh masyarakat luar dari Jawa Barat maka, kolam air panas dijadikan salah satu produk pelancongan di Garut (Melati 2016). Wati (2020), Cipanas juga terkenal dengan pemandangan Gunung Garut yang mempunyai suhu persekitaran yang sejuk dan nyaman yang mempengaruhi kedatangan pelancong luar dari Kota Garut. ➔ Keindahan alam semula jadi
  9. 9. Rahnuyiati (2015), air panas Cipanas menampilkan Attractiveness Destination keindahan alam semula jadi dengan menggabungkan taman tema air (Water Park) kepada kanak-kanak dan golongan dewasa yang sepenuhnya menggunakan air panas dari Gunung Garut. Selain itu, taman permainan air berasaskan sumber air panas ini adalah satu-satunya di Indonesia dan terletak di daerah Garut. ➔ Attractiveness Destination
  10. 10. IMPAK GEO PELANCONGAN AIR PANAS DI MALAYSIA DAN INDONESIA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL, DAN PERSEKITARAN (K.I.M) Malaysia (LA Hot Spring, Terengganu) *Peluang pekerjaan Masyarakat menjalankan aktiviti perniagaan seperti pembukaan restoran dan perkhidmatan rumah inap seperti ‘chalet’. telah mewujudkan peluang pekerjaan dimana pekerja dikawasan tersebut kebanyakkannya terdiri daripada penduduk tempatan. ❏ Ekonomi *Penguasaan Bahasa Peniaga atau penjaga chalet mencerminkan penguasaan bahasa apabila menggunakan bahasa tanpa dialek kerana pengunjung merupakan pelancong yang datang daripada pelbagai negeri. *Meningkatkan keyakinan penduduk Penduduk merasakan keyakinan mereka meningkat kerana merasa bangga LA Hot Spring, Terengganu merupakan salah satu kawasan pelancongan yang dapat menarik tarikan masyarakat untuk berkunjung beriadah di Terengganu. ❏ Sosial IMPAK POSITIF *Pembangunan desa Jalan mula dibesarkan. Hal ini adalah kerana kawasan tersebut yang terletak di desa menyebabkan secara tidak langsung melibatkan dan menarik minat pihak bertanggung jawab dalam memastikan kemudahan dan kebersihan, persekitaran kawasan setempat dinaiktaraf kerana melihat potensinya dalam sektor pelancongan sebagai salah satu geo-pelancongan di Malaysia ❏ Persekitaran
  11. 11. Peningkatan Harga Barangan Apabila sesebuah kawasan dijadikan sebagai sebuah pusat pelancongan dan dalam masa yang sama menerima kunjungan pelancong dari pelbagai lokasi maka kebiasaanya peniaga atau pengusaha yang menjalankan perniagaan di kawasan tersebut akan menjadikan barangan jualannya lebih mahal dari kebiasaaannya. ❏ Ekonomi Pengaruh Budaya Luar Disebabkan pelbagai jenis pelancong yang berkunjung maka sedikit sebanyak ianya telah membawa pengaruh budaya luar. Contoh yang paling ketara adalah pakaian. Apabila terdapat pengunjung yang bukan beragama Islam memakai seluar pendek bagi yang perempuan manakala kebanyakkan yang lelaki tidak berbaju ketika berendam di kolam air panas. Hal ini sedikit sebanyak telah mempengaruhi penduduk tempatan terutamanya bagi golongan remaja untuk mengikutinya. ❏ Sosial IMPAK NEGATIF Pencemaran bunyi Disebabkan kemasukan sesebuah kenderaan yang banyak pada satu- satu masa telah menyebabkan berlakunya pencemaran bunyi kepada penduduk setempat. Walaupun kolam air panas La ini terletak agak jauh dari kawasan tempat tinggal penduduk namun laluan yang digunakan oleh pengunjung untuk sampai ke kawasan pelancongan ini adalah mereka perlu melalui jalan yang berada di kawasan tempat tinggal penduduk. ❏ Persekitaran
  12. 12. IMPAK GEO PELANCONGAN AIR PANAS DI MALAYSIA DAN INDONESIA TERHADAP EKONOMI, SOSIAL, DAN PERSEKITARAN (K.I.M) Cipanas Kecamatan Tarogong *Peluang pekerjaan Zulyani et al. (1995), kerajaan Indonesia menggalakkan penduduk kampung di Cipanas untuk mengambil bahagian dalam aktiviti pelancongan. Sebahagian besar penduduk menyediakan perkhidmatan homestay, motel, dan rumah sewa kepada pelancong yang datang. Selain itu, ada juga yang bekerja di Cipanas Garut sebagai tukang masak, pekerja pembersihan dan sebagainya. ❏ Ekonomi *Tawaran harga pakej pelancongan yang berpatutan Kolam air panas Cipanas menyediakan harga pakej pelancongan yang berpatutan walaupun pelancong menggunakan perkhidmatan eksklusif seperti tempat mandi dan kolam renang peribadi. Hal ini mendorong kepada tarikan pelancong khususnya pelancong tempatan untuk datang ke Cipanas Garut. ❏ Sosial IMPAK POSITIF *Mempromosikan keunikan budaya setempat Adon Nasurullah (2012), destinasi pelancongan Cipanas menampilkan elemen budaya Sunda dari segi model bangunan, resort, makanan, dan alunan muzik Sunda yang menarik perhatian kedatangan pelancong luar yang meminati unsur tradisional.
  13. 13. *Peningkatan kemudahan untuk pelancong dan aktiviti penyelenggaraan Peningkatan kedatangan pelancong luar dan dalam Indonesia menyebabkan pengurusan Cipanas Garut meningkatkan kemudahan pelancong yang lengkap dan sentiasa diselenggara seperti bilik mandi awam, kolam renang air panas termasuklah hotel penginapan Cipanas. *Kemudahan pelancongan yang mesra pengguna Taman tema air (Water Park) yang menggunakan sumber air panas dari Gunung Garut adalah mesra pengguna khususnya kepada kanak-kanak. ❏ Sosial IMPAK POSITIF * Menyokong pembangunan lestari dalam pelancongan Kerajaan Indonesia melancarkan Visi Ekowisata bagi mengembangkan lagi potensi produk pelancongan di Garut untuk melindungi dan memelihara kearifan lokal merangkumi alam sekitar dan budaya di destinasi pelancongan. Kesannya, visi ini memberikan peluang yang besar kepada mempromosikan pembangunan lestari dalam industri pelancongan di Indonesia. ❏ Persekitaran *Lokasi destinasi pelancongan yang mudah diakses Kedudukan lokasi Cipanas Garut yang berada berhampiran dengan Kota Garut dengan peningkatan kemudahan jalan raya menyebabkan penduduk dan pelancong mudah untuk bergerak ke destinasi pelancongan.
  14. 14. IMPAK NEGATIF Ketirisan Ekonomi Perniagaan yang dijalankan akan diambil dari orang luar dan harga dinaikkan untuk penduduk Indonesia. Hal ini kerana sikap masyarakat yang sentiasa membudayakan cara hidup orang luar sehingga menyebabkan berlaku penyelewengan terhadap perniagaan yang dijalankan oleh mereka dan pendapat masyarakat setempat akan terjejas. Tambahan lagi, Cipanas di daerah Garut merupakan salah satu aset yang paling besar untuk meningkat pendapatan sama ada di daerah mahupun negara. Organisasi pengurusan sampah yang tidak cekap Pengembangan pelancong telah menyebabkan pembuangan sampah di merata-rata tempat. Contohnya seperti di kolam yang menyebabkan kolam air panas di Cipanas Garut ini menjadi kotor apabila terdapat sisa plastik yang dibiarkan terapung di permukaan air. Pengurusan tempat yang tidak professional Pengurusan tempat tidak mempunyai pengawal keselamatan yang bertugas untuk memantau aktiviti pelancong yang datang. Hal ini akan bukan sahaja akan membahayakan pelancong kanak- kanak tanpa penjaga ibu bapa malah akan membahayakan pelancong lain yang hendak memerlukan bantuan kecemasan. ❖ SOSIAL ❖ EKONOMI ❖ PERSEKITARAN Pengaruh budaya luar Pengembangan pelancongan telah menyebabkan berlaku peniruan nilai- nilai budaya luar yang dilakukan oleh masyarakat terutamanya masyarakat di kalangan muda-mudi. contohnya gaya hidup, cara berpakaian, hingga pada sikap individualis dan materialisme Lokasi yang terhad Peningkatan pelancongan ke kawasan cipanas Garut ini akan menyebabkan sesak dan sempit. Tambahan lagi, tempat letak kereta juga terhad sekiranya kehadiran pengunjung yang ramai pada satu masa yang sama.
  15. 15. Sekian Terima Kasih

×