SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 45
Baixar para ler offline
1
SMP PPG JANUARI 2012
TESIS
PENGGUNAAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA
SUKU KATA KV+KV DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH
NAMA : NURFARIZA BINTI MUHRI
NO. MATRIKULASI : 830521015084001
NO. KAD PENGNEALAN : 830521-01-5084
NO. TELEFON : 013-7343199
E-MEL : farizza_83@yahoo.com
PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR
BAB 1
2
PENGENALAN
1.1 Pengenalan
Bab 1 akan memberi penerangan secara keseluruhan tentang pernyataan masalah, tujuan kajian,
kepentingan kajian dan batasan kajian. Pernyataan masalah merupakan satu perkara utama yang
memainjan peranan penting dalam melakukan sesuatu kajian atau penyelidikan. Selepas penyataan
masalah dilaksanankan akan diikuti dengan persoalan kajian di mana penentuannya merupakan
peringkat terpenting dalam proses penyelidikan kerana persoalan kajian ini akan melancarkan langkah
kajian di peringkat seterusnya. Kepentingan kajian pula akan menyatakan pihak-pihak atau golongan
individu yang mendapat faedah daripada hasil kajian yang dijalankan. Perkara terakhir yang akan
dibincangkan dalam bab ini adalah mengenai dengan batasan kajian yang akan menerangkan tentang
kumpulan yang menjadi sasaran pengkaji dan apakah tumpuannya terhadap kajian.
1.2 Pernyataan Masalah
Dua puluh tujuh orang murid Tahun 1 yang dikaji, masih belum menguasai kemahiran membaca suku
kata KV + KV pada awal sesi persekolahan Tahun 1.Ujian awal (ujian saringan) telah dijalankan untuk
mengesan kebolehan murid-murid membaca.Keseluruhannya masih belum dapat membaca suku kata
KV + KV dengan lancar.Mereka tidak boleh mengecam ejaan suku kata sesuatu perkataan.Berdasarkan
itu, saya merasakan bahawa teknik membaca dengan kaedahpandang sebut menggunakan rangsangan
gambar merupakan satu kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran
membaca suku kata KV + KV.
1.3 Latar belakang Kajian
Kajian saya bermula apabila saya mendapati dua puluh tujuh orang murid Tahun 1 yang belum mampu
menguasai kemahiran membaca KV + KV. Murid-murid ini telah mengenal huruf tetapi sukar untuk
membunyikan dua suku kata KV + KV untuk membaca satu sebutan bermaksud.Ianya meliputi kesukaran
mengingati dan mengcam bunyi suku kata KV + KV yang membentuk satu perkataan bermaksud. Setelah
ujian awal dilaksanakan, saya mendapati secara keseluruhan murid tahun satu masih belum menguasai
kemahiran sebutan dua suku kata KV + KV yang diberikan. Setelah mengambil kira keputusan ujian
tersebut saya telah memilih teknik membaca pandang dan sebut menggunakan rangsangan gambar
dalam membantu mereka menguasai kemahiran membaca perkataan KV + KV.
3
1.4 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid Tahun 1
(responden). Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk:
a. Mengenal pasti kebolehan murid membaca suku kata KV dalam kalangan murid Tahun 1.
b. Mengenal pasti penggunaan gambar dapat membantumeningkatkan kemahiran membaca
perkataan KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.
c. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca dalam kalangan murid Tahun 1
1.5 Soalan Kajian
1. Adakah murid boleh membaca suku kata KV dengan lancar?
2. Adakah penggunaan gambar sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku katadan KV + KV?
3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca KV + KV dalam kalangan murid
Tahun 1?
1.6 Batasan Kajian
Kajian terbatas kepada kumpulan murid yang dikaji sahaja iaitu dua puluh tujuh orang murid tahun 1
yang terdiri daripada 27 orang murid lelaki, Sekolah Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1 yang
dikategorikan dalam Gred A, sekolah bandar.Kajian juga terbatas kepada tajuk kajian yang jelas iaitu
Penggunaan Gambar dalam Meningkatkan Pembacaan KV+KV Murid Sekolah Rendah. Kajian juga
membataskan dan tidak melibatkan kaedah-kaedah lain.
Tahap kebolehan membaca yang dimaksudkan, terbatas kepada pencapaian murid yang dikaji
(responden/sampel kajian) dalam ujian awal/ujian pengesanan yang dilaksanakan oleh pengkaji.
1.7 Definisi Istilah.
1.7.1 Kebolehan Membaca
Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan
satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak (LeeLai Guan, Rahmah bt. Hanafi, Salihah bt.
Yusof,(1998). Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut
dan mampu menterjemahnya melalui penulisan.
Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah kebolehan menguasai kemahiran membaca dan
menulis perkataan suku kata KV + KV dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Ia merujuk kepada
kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan.
4
Menurut Smith (1985),kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir.
Biasanya, ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar, penguasaan perbendaharaan bacaan yang
rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah.
Sinclair dan Papandrapoulau (1984), berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan
seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan
peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya.
1.7.2 Suku kata
Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan.Dalam bahasa
Melayu, bunyi yang lantangatau bunyi penanda suku kata berupa bunyivokal.Struktur suku kata dalam
bahasa Melayuialah (K)V(K).Struktur ini dapat diperluas dengan pola-pola yang lain. Dalam konteks
kajian ini, pola yang digunakan ialah (KV).
1.7.3 Perkataan.
Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna.
1.7.4 Penggunaan.
Perihal, mengenai sesuatu pembinaan dan dalam konteks kajian ini dikaitkan dengan penggunaan
gambar sebagai rangsangan membaca.
1.7.5 Murid
Menurut Kamus Dewan, murid adalah orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Boleh
dikatakan individu yang sedang mendalami ilmu pengetahuan.Dalam konteks ini, fokus utama pengkaji
bertumpu kepada murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru.
5
1.8 Kepentingan Kajian
Dalam bahagian inipengkaji memberi beberapa contohtentangkepentingan kajian ini kepada murid-
murid, guru mahupun pihak sekolah.Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap kecekapan
membacadan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongan dan motivasi
kepada murid-murid yang lain.
1.8.1 Kepentingan kepada murid.
Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Hasil
dapatan kajian ini akan dianalisis untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran.
Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadisatu cara dalam usaha membantu murid-murid
yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai kemahiran membaca KV + KV. Apa yang diharapkan,
data yang diperoleh daripada kajian dapat membantu mengesan tahap kemahiran murid dalam
membaca.
Bagi guru-guru pula diharap dapatan dan hasil kajian ini akan terus memberi motivasi kepada guru
berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat
guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
1.8.2 Kepentingan kepada guru
Di harapkan juga hasil kajian dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan
bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi
dan minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan
pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid.
1.8.3 Kepentingan kepada pentadbir
Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan
membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang
cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah.Dapatan kajian ini
akan menjadikoleksi sekolahuntuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yangmemerlukannya
1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
6
Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan sistem
pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menggubal dasar-dasar baru atau menambahbaik dasar dan sistem sedia ada.
1.9 Rumusan
Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah menguasai
kemahiran menyebut suku kata KV, sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh
membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dengan sebutan yang tepat apabila membaca sesuatu
petikan.
Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji sebelum melaksanakan sesuatu kajian ialah
objektif kajian. Jika kajian yang akan dijalankan mempunyai kepentingan yang tinggi, maka kajian
tersebut boleh diteruskan.
Pengkaji juga perlu mengenal pasti persoalan kajian dan batasan kajian supaya dapat mengukuhkan lagi
kajian.Perancangan yang rapi dan kerjasama daripada pelbagai pihak akan melancarkan proses kajian
dan pasti menghasilkan kajian yang berkualiti serta boleh dijadikan rujukan jika diperlukan.
BAB 2
7
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Tinjauan literatur amat penting dalam sesuatu kajian. Ini kerana ia akan dapat memberi kita maklumat
dan idea dalam menentukan hala tuju kajian yang akan dilaksanakan. Biasanya ia adalah rumusan hasil
kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini mengikut minat dan kaedah tertentu yang telah
digunakan dalam mencari hasil keberkesanan hasil kajian yang telah dilakukan. Hasil-hasil kajian mereka
itu boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam penambahbaikkan hasil dapatan kajian
yang saya sedang laksanakan ini.
Tujuan tinjauan literatur adalah untuk :
a) memberi idea mengenai pembolehubah.
b) mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat.
c) mengetahui status kajian itu diluar. Memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah-
pembolehubah.
d) mengenalpasti masalah sebenar.
e) membina hipotesis kajian.
f) merancang metodologi yang sesuai.
2.2 Literatur Berkaitan
Terdapat teori-teori yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran.Teori behaviorisme berasaskan
kepada perubahan tingkah laku. Denganmelakukan sesuatu secara berulang-ulangtingkahlaku akan
dikuasai secaraautomatik. Peneguhan, ganjaran dan hukuman adalah cara pengajaran danpembelajaran
teori ini. Teori kognitif pula berpegang teguh bahawapembelajaran melibatkan pemerolehan dan
penyusunan semula maklumatdalam struktur pemikiran.
Berdasarkan teoriBehaviorisme, perubahan tingkah laku bertujuanmenekankan kepada matlamat
perilaku terarah iaitu berfokus kepada membaca. Berdasarkan Wikipedia Bebas (2000), Teori
Behaviorisme adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berlinertentang perubahan tingkah
laku sebagai hasil dari pengalaman.
8
Teori iniberkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan
teori pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini menekankan
pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar.
Berdasarkan teori kognitif, apabila membaca bermulalah proses berfikir secara umum dan khusus.
Kesilapan dalam memahami isi kandungan bahan bacaan bermakna mesej yang hendak disampaikan
oleh penulis gagal diterima oleh pembaca. Teori ini juga merumuskan bahawa membaca adalah satu
aktiviti yang mengandungi pelbagai proses iaitu membaca sebagai proses meniru, membina makna,
merancang, membuat jangkaan dan menilai.
Berdasarkan satukajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM),
Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajaruniversiti di negara Malaysia
menunjukkan mereka hanya membaca empat buah bukusetahun. Sebagai perbandingan jumlah buku
yang dibaca oleh pelajar universiti di Australiaialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah),
Thailand (56 buah) dan Brunei (26buah).Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita
pula hanya setakatempat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar
negara,jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand(31
buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).Ini menunjukkan amalan membaca dalam kalangan pelajar
universiti adalah jauh berbeza.
Menurut Zahir Zainudin, seorang penyelidik bebas sains sosial menyatakan dalam blognya, kajian-kajian
berkaitan membaca dalam kalangan kanak-kanak telah banyak membantu ibu bapa, penjaga, dan guru
berfikir tentang masa depan. Membaca adalah proses yang melibatkan aktiviti tahu huruf, faham, lancar
dan memberi rangsangan.
Perkara yang sering dilupai oleh ibu bapa ketika kanak-kanak di peringkat prasekolah ialah umur tiga
hingga 5 tahun memberi kesan besar ke atas keupayaan membaca mereka.Menjadi pembaca yang baik,
kanak-kanak perlukan rakan yang dimulai dari rumah dan berterusan di sekolah.Kita boleh menyediakan
kanak-kanak dengan minat membaca melalui menyanyi bercerita bersama-sama, berbual-bual tentang
persekitaran, menyanyi atau bersoal jawab.
Ambigapathy et al. menyatakan bahawa pembentukan minat membaca di kalanganmurid dipengaruhi
oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibubapa, jantina, kemudahansumber bahan bacaan dan pihak
sekolah.Setiap faktor memiliki peranan tertentu untukmempromosikan perkembangan minat pembaca.
Ambigapathy et al juga mengulaskan kajianyang dilakukan oleh The Star pada 8 May 1997 tentang masa
yang digunakan oleh pemudauntuk aktiviti-aktiviti harian. Kebanyakan daripada mereka meluangkan
masa 14.6 jam untuk program TV, 4.1 jam untuk computer, 16.3 jam untuk radio 7.11jam untuk
suratkhabar dan4.7 jam sahaja untuk buku dan komik Ini menunjukkan bahawa bahan visual telah
9
menjadipengganti bahan bercetak dan pendedahan kepada bahan multimedia dan komputer
mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan murid.
Satu kajian yang di jalankan oleh pihak Perpustakaan Malaysia tentang peranan mereka
untukmenggalakkan amalan membaca dalam kalanganrakyat Malaysia. Beberapa langkah dan aktiviti
telah dijalankan sepertimenubuhkan Dasar Galakan Membaca Perpustakaan negeri Malaysia 3 Disember
2002, penubuhan Gerakan Literasi Maklumat 2002, JawatankuasaGerakan Membaca Kebangsaan,
Perpustakaan Keluarga, bacaan kegemaransaya dan banyak lagi.
Selain itu, sebuah Seminar Kebangsaan Buku Kanak-kanak Malaysia 2003 telah diadakan.Di antara
programnya adalah Gerakan membaca Nilam yang telahdisampaikan oleh Puan Fatimah Jusoh dari
Bahagian Teknologi Pendidikan.Beliau lebih menekankan peranan murid-murid dalam memupuk
minatmembaca. Kajian tentang kadar literasi perbandingan antarabangsa. AnggaranUNESCOtentang
kadar literasi rakyat Malaysia terutamanya kadar literasiperempuan adalah terlalu rendah.
Laporan Kualiti Hidup Malaysia (2002), terbitan Perancangan Ekonomimengatakan bahawa kadar
laterasi 2002, sebanyak 93.8 %rakyat Malaysiamembaca secara purata hanya dua buah buku setahun.
Dalam laporan ini turutmemaparkan bilangan murid-murid sekolah rendah dalam lingkungan umur
7hingga 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca dan hanya 73 % daripada itumengamalkannya. Kajian
mendapati jenis bahan yang diakses berbentuk bacaanringan seperti surat khabar 79 %, buku 52 %,
majalah 47 %, dan komik 32 %.
Kajian mendapati di antara sebab mengapa tidak membaca ialah tidakberminat dan tidak mempunyai
masa lapang.Utusan Malaysia 12 Jun 2006 melaporkan beberapa kajian tentang budaya membaca di
institut pengajian tinggi.Satu kajian di barat tentang budaya membaca di kalangan pelajar universiti
menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan di manahanya 41 % responden membaca
setiap hari.
Menurut kajian Abd Wahab Bin Mat (1995), pendapatan penjaga mempengaruhiminat membaca buku
dan jantina mempengaruhi minat membaca majalah.Sebanyak 76.3%respondan bersetuju bahawa
ibubapa merupakan orang yang menggalakan mereka untukmembaca.
Nor Shahriza Abdul Karim (2006), juga mendapati terdapat perbezaan antara amalandan tingkah laku
membaca untuk jantina yang berbeza.Bahan bacaan yang dipilih adalahberbeza bagi pelajar yang
berlainan jurusan.
10
Disamping itu Najibah (2009), telah membuat satu bancian tentang orang yangpaling mempengaruhi
tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads danBukuria. Keputusan bancian itu
menunjukkan bahawa ibubapa dan ahli keluarga adalah dayagerakan utama pembaca, diikuti oleh
pembaca sendiri, kawan-kawan dan terakhirnya adalahguru dan program membaca. Walau bancian ini
adalah tidak formal tetapi ia telahmemberikan satu persoalan yang penting kepada kita, tentang sejauh
manakah keberkesananprogram membaca di sekolah dan peranan guru untuk memupuk tabiat
membaca dalam kalanganmurid-murid.
Soedarso (2006), pula menyatakan membaca merupakan suatu kegiatan belajar, dengan membaca kita
dapat menyerap sejumlah informasi atau ilmu pengetahuan.Banyak orang yang menghadapi buku atau
bahan pembelajaran dengan cara membacanya dari awal hingga akhir dan mereka selalu beranggapan
benar bahwa dengan cara itu mereka telah menguasai buku ataubahan bacaan.
Menurut Soedarso (2006), membaca adalah aktiviti yang kompleks dengan mengerahkan sejumlah
besar yang terpisah-pisah, meliputi menggunakan pemahaman, khayalan atau imaginasihingga
mengingat.
Kemampuan setiap individu berbeza dalam memahami bahan bacaan. Hal ini bergantung pada
perbendaharaan kata yang dimilikinya, minat baca, kecepatan membaca, jangkauan mata, pengalaman,
latar balakang dan sebagainya.Disebabkan oleh kemampuan setiap individu berbeza dalam menyerap
sejumlah informasi dari bahan bacaan, maka perluada usaha-usaha yang lebih efektif dalam membaca.
Menurut Sodarso (2006), usaha yang lebih efektif untuk memahami dan mengingat-ingat lebih lama
dapat dilakukan dengan;
i. mengorganisasikan bahan yang dibaca dalam kaitan yang mudah dipahami dan
ii. mengaitkan fakta yang satu dengan yang lain atau dengan menghubungkan pengalaman atau
konteks yang anda hadapi.
Trelease (1989), berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah.Ibu
bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak
tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa
dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata
serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran
Kyla Boyse (2010), menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting membentuk tabiat
membaca dalam kalangan anak-anak. Menurutnya, empat cara boleh menggalakkan anak-anak
membaca iaitu : -
11
i) menghadkan dan merancang waktu menonton sekeluarga.
ii) memberi contoh dan menunjukkan sikap minat membaca kepada anak-anak dengan
menyediakan dan membaca majalah, akhbar dan buku-buku di rumah.
iii) membaca bersama-sama anak-anak dan
iv) mendapatkan buku-buku perpustakaan yang berkaitan dengan isu dan keperluan seisi keluarga
contohnya, yang berkaitan dengan kepentingan amalan pemakanan seimbang dan langkah-langkah
mengawal berat badan.
Kajian oleh Kim (1999), yang merupakan seorang guru di Arizona menyatakan dengan memberi peluang
kepada murid untuk mencari makna perkataan(sinonim) dan kata lawannya(antonim) serta
menghasilkan perkataan yang sama bunyi sebutan sama ada awalan atau akhiran akan membolehkan
murid mencambah idea dan pemikiran serta menambahkan perbendaharaan kata
seterusnyameningkatkan kualiti membaca seseorang.
2.3 Kajian yang Berkaitan
Terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan masalah kemahiran membaca baik dari dalam negara
mahupun luar negara.Kajian-kajian ini dilakukan untuk mengkaji sejauh mana kaedah-kaedah sedia ada
dapat membantu perkembangan dan peningkatan kemahiran murid-murid dalam membaca.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Roziah binti Abdul Hamid (2005), dalam memartabatkan Bahasa
Melayu ini ialah dengan mewajibkanpengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu
mendedahkan pelajar dengan perkataan-perkataanyang mudah dan senang untuk difahami sesuai
dengan umur dan tahap keupayaan mereka.Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah beliau telah
menjalankan kajianmengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan
menggunakan suku kata dangambar.Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan didapati
menampakkan hasil yang agakmembanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran
membaca dengan menggunakan kad suku kata bergambar telah dapat ditingkatkan.
Menurut kajian yang dilakukan oleh Rafei b. Hj. Mustafa(1996), bahan pengajaran akan membantu
sesuatu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang
digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh
dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks pengajaran guru iaitu bahan
asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan
sumber isi pengajaran guru.
Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer.Bahan juga boleh
terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik
atau bahan maujud.
12
Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh
kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan
sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai
bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak
sebagai bahan pengajaran.
Dalam kajian tindakan yang dilakukan oleh Hasnalee Bin Tubah (2008), dalam Jurnal Penyelidikan
Pendidikan IPTAR, menyatakan bahawa masalah pembelajaran berpunca daripada aspek suka
menghafal tanpa memahami hafalannya. Peserta kajian KIA2M gagal membaca dengan baik kerana
mengalami masalah “mudah lupa” maka bantuan guru KIA2M atau pun rakan-rakan amat diharapkan.
Mereka kurang berdikari dan sentiasa bergantung dengan orang lain dalam usaha untuk membaca
dan menulis.Berdasarkan kajian KIA2Mnya itu, ternyata murid suka menghafal sesuatu perkataan
berdasarkan bahan ransangan. Kaedah tersebut hanya bersifat sementara dan murid akan cepat lupa.
Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989), dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan
Bahasa Melayu III, mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud
dalamkalangan pelajar sekolah rendah dan menengah berdasarkan dapatan kajiannya yang
menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18% ada mengalami masalah
membaca.Berdasarkan kajiannya itu, murid luar bandar mengalami masalah pembelajaran.Jika kita teliti,
biasanya masyarakat kampung berpendapatan rendah.
Ini antara salah satu faktor yang menyebabkan mengapa kebanyakan murid di luar bandar kurang
mampu untuk ke prasekolah seperti tadika atau taska untuk mendapatkan pendidikan awal kanak-
kanak. Golongan ini biasanya akan menghantar anak mereka terus ke sekolah apabila berusia tujuh
tahun. Keadaan sebegini telah menyebabkan murid-murid akan keciciran awal dalam mendapatkan
pendedahan pendidikan awal kanak-kanak.
Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Liza Rozy Anak Ulok (2009), dalam Buku Koleksi Kertas Kerja
Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, dengan menggunakan kaedah menggunakan gambar
secara kerap, maka murid dapat membunyikan perkataan dengan tepat.
Berdasarkan itu, kaedah kuiz dengan bantuan teknologi Microsoft Power Point hyperlinkmampu
merangsang perkembangan daya ingatan murid terhadap perkataan berdasarkan gambar yang
ditunjukkan.
13
Setiap kesalahan ejaan dan suku kata dapat diperbetulkan dengan cepat. Murid akan dapat mengecam
bunyi suku kata KV berdasarkan bahan ransangan bergambar yang akan dijadikan instrument kajian saya
ini.
Menurut kajian oleh Mazni binti Othman (2007), Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga
kemahiran membaca, menulis dan mengira dapat menyempurnakan pengajarandan pembelajaran
selanjutnya. Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau
asaskhususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV, KVKVK,VKVK dan Teks mudah.
Kesukaranmengikut tertib dan faktor penggunaan instrumen dan muridakan mempengaruhi kadar
membaca murid.
Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasisebarang masalah pembelajaran yang
mungkin timbul dari semasa ke semasa.Salah satulangkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan
ujian-ujianyang tertentu bagimembolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian
murid-murid .Ujiandiagnostik adalah satu ujian yangboleh digunakan untuk mencapai keperluan
tersebut.Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan sekitaran rumah dalam
pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak.
Kajian Durkin (1966), tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di
dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar
membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa .
Mengikut kajian yang dijalankan oleh Pressley (2002), dalam Reading instruction that works: The case
for balanced teaching. (ed. Ke-2). New York: The Guilford Press, masalah paling utama yang dihadapi
oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan
secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca
perkataan.Berdasarkan dapatan kajian ini, masalah pembacaan perkataan tunggal merupakan punca
utama mengapa murid-murid sukar untuk membaca.
Menurut Goodman (1970), membaca merupakan salah satu proses belajar yang melibatkan pembaca
dan bahan yang dibaca. Kecekapan dan kebolehan membaca bergantung pada proses dan
pemeringkatan membaca yang dirancang dengan jelas dan betul. Ini bermakna, kaedah yangh betul dan
sesuai amat perlu untuk memudahkan proses membaca.
Kajian oleh David Daisches (1948).Membaca yang bermakna dan berkualiti ialah apabila pembaca dapat
membaca dan menghayati ayat-ayat yang dibaca serta menjadikan diri sebagai watak-watak dalam
14
bahan bacaan. Gambar atau lukisan akan membantu pembaca memahami makna dan mesej yang
hendak disampaikan.
2.4 RUMUSAN
Asas kepada perkataan tunggal adalah bunyi suku kata KV, KVK, V dan VK.Sebagai contoh se (KV), mak
(KVK), e (V) dan oh (VK). Apabila murid-murid sukar untuk membunyikan suku kata- suku kata tersebut
maka sukarlah untuk mereka membaca dan memahami apa yang telah dibaca.
Penggunaan gambar merupakan satu cara yang memudahkan murid mengecam dan menyebut
perkataan KV + KV. Kaedah inilah yang saya pilih untuk kajian saya ini dalam meningkatkan kemahiran
membaca KV + KV kepada dua puluh tujuh orang murid tahun 1. Saya yakin bahawa hasil dapatan kajian
saya ini akan membawa perubahan yang positif dalam membimbing murid-murid tersebut menguasai
kemahiran membaca
15
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Bab ini secara khusus akan melaporkan bagaimana kaedah rangsangan suku kata bergambar digunakan
oleh pengkaji dapat meningkatkan pembacaan KV+KV. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif yang
telah ditetapkan, maka penyelidikan perlulah dijalankan.Justeru, pengkaji perlu melakukan perancangan
dengan teliti untuk memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisis dan dinilai.
Bagi memudahkan pemahaman, pengkaji akan membincangkan pengkaedahan dan prosedur kajian
yang merupakan langkah-langkah dalam menjalankan kajian. Aspek-aspek yang diberi penekanan ialah
reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian,instrumen kajian, kaedah pengumpulan
data, cara menganalisis data dan prosedur kajian.
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Bagi menjayakan kajian ini, saya telah menggunakan
kaedah yang spesifik bagi mendapatkan data komprehensif. Hasil daripada data yang diperolehi
akan menentukan dapatan kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kaedah analisis
data . Seramai tiga puluh orang murid Tahun 1 telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi
daripada kajian dan kaedah yang digunakan akan dipantau selama mereka berada di tahap 1.
Bukti kebolehpercayaan ujian ini merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian itu mengukur secara
konsistennya perkara yang ujian tersebut seharusnya mengukur. Hasil dapatan kajian ini merupakan
bukti terhadap ujian yang telah dijalankan. Dalam kajian ini, guru yang terlibat dengan LINUS telah
dirujuk untuk mendapatkan bukti kesahan ujian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti responden
yang terlibat.
Menurut Gay, Mills & Airasian (2006), kesahan serentak merujuk kepada setakat mana pencapaian ujian
dapat dikaitkan dengan pencapaian kritiria yang diukur pada masa yang sama. Dalam kajian ini, bukti
kesahan serentak untuk ujian membaca perkataan telah disiasat secara korelasi Pearson dengan ujian
pencapaian Bahasa Melayu pertengahan tahun di sekolah-sekolah sebagai ujian instrumen. Menurut Lee
Ley Wah, Manisah Mohd Ali & Norani Salleh (2008), bukti kesahan serentak untuk ujian mengeja juga
telah disiasat secara korelasi Pearson dengan ujian pencapaian Bahasa Melayu pertengahan tahun di
sekolah-sekolah sebagai ujian instrumen.
16
3.1 Reka bentuk Kajian
Kajian ini dijalankan secara kuantitatifmenggunakan kaedah deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan
melaporkan semua maklumat yang diperolehi daripada ujian pengesanan, ujian membaca KV+KV dan
temu bual yang ditujukan kepada guru kelas dan guru Bahasa Melayu Tahun 1. Data kuantitatif diproses
untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan.
Pengkaji menggunakan teknik membaca secara pandang sebut suku kata KV untuk mendapat maklumat
tentang kebolehan murid Tahun 1 membaca suku kata KV+KV. Ujian pengesanan dilakukan ke atas
pelajar seramai 30 orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan
Seri Bekok, Segamat, Johor menggunakan Reka Bentuk Kuasi-Eksperimen iaitu menggunakan kelas yang
sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen.
Kajian ini juga menggunakan kaedah temu bual dan perbincangan dengan guru kelas tahun 1 dan guru
bahasa Melayu tahun 1 untuk mendapat maklumat tentang latar belakang responden dan bahan-bahan
mengenai masalah yang dikaji. Pengkaji juga mendapat maklumat melalui buku-buku rujukan, kertas
seminar, majalah, latihan-latihan ilmiah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk.
3.2 Populasi dan Sampel Kajian
Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Seri Bekok,
Segamat, Johor. Seramai 30 orang murid akan digunakan sebagai sampel kajian. Sampel kajian terdiri
daripada 14orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan, dalam lingkungan umur 7 tahun. Murid-
murid ini datang dari beberapa latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Sampel kajian ini terdiri
daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) yang
berbeza.
3.3 Instrumen dan Cara Mentadbir Instrumen
Pengkaji menggunakan beberapa instrumen untuk mengenal pasti dan mengumpul maklumat serta
menganalisis data. Antara instrumen yang digunakan ialah:
a. Ujian Pengesanan/Saringan.
b. Ujian Membaca Suku kata KV+KV bergambar.
c. Ujian Membaca Perkataan KVKV bergambar.
d. Temu bual dengan guru kelas tahun 1 dan guru bahasa Melayu tahun 1.
3.3.1 Ujian Pengesanan/Saringan.
17
Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan responden menguasai kemahiran membaca suku
kata KV. Seramai 30 orang murid Tahun 1 akan menjalani ujian pengesanan ini.
3.3.2 Ujian Membaca Suku kata KV+KV bergambar.
Selepas menjalani ujian pengesanan, pengkaji akan menjalankan sesi rawatan dan pengajaran
pembelajaran terhadap sampel kajian dan setelah itu sampel diberi ujian membaca suku kata KV + KV
dengan rangsangan gambar. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan gambar boleh
membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Murid akan melihat gambar,
menyebut suku kata yang di labelkan pada gambar.
3.3.3 Ujian Membaca Perkataan KVKV bergambar
Sampel akan menjalani ujian membaca perkataan KVKV dengan rangsangan gambar. Ujian ini untuk
mengenal pasti adakah penggunaan gambar sesuai untuk membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca perkataan KVKV. Dalam ujian ini, pengkaji masih menggunakan teknik pandang dan sebut.
3.3.4 Temu bual dengan guru kelas tahun 1 dan guru bahasa Melayu tahun 1
Temu bual ini dilakukan oleh pengkaji untuk mendapat maklumat latar belakang sosio ekonomi dan latar
belakang pendidikan awal secara formal yang diikuti oleh sampel kajian. Temu bual ini juga akan
membantu pengkaji mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan
membaca murid.
3.4 Kajian Rintis
Kajian ini dilakukan terhadap 20 orang murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman
!, Johor Bahru yang terdiri daripada 20 murid lelaki . Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah,
perpustakaan penilaian, temu bual dan perbincangan dengan guru kelas Tahun 1 dan guru bahasa
Melayu Tahun 1. Pengkaji juga mendapat maklumat melalui buku-buku rujukan, kertas seminar,
majalah, latihan-latihan ilmiah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk.
3.5 Prosedur Pengumpulan Data.
Pengkaji akan merekodkan bilangan sampel yang menjalani ujian pengesanan dan pecahannya mengikut
jantina. Pencapaian sampel kajian membaca KV dalam ujian pengesanan juga akan direkodkan. Pengkaji
juga akan merekod dan mengumpul semua maklumat yang diperolehi daripada ujian membaca KV + KV
selepas sesi rawatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperolehi pengkaji melalui
temu bual juga direkodkan untuk dianalisis.
18
3.6. Cara Penganalisisan Data.
Semua maklumat dan data-data yang masih mentah yang diperoleh daripada borang kaji selidik dan
jadual keputusan ujian awal dan ujian pencapaian akan dianalisis. Penganalisisan data dilakukan dengan
menggunakan cara statistik asas atau statistik deskriptif, iaitu menjurus kepada penghuraian dan
pengiraan kekerapan, purata dan peratus. Berdasarkan data dan maklumat yang direkod dalam jadual
dan maklum balas temu bual akan diproses dan dianalisis. Pengiraan kekerapan, purata dan peratus
akan dibuat untuk menghasilkan dapatan kajian tentang keberkesanan penggunaan gambar dalam
meningkatkan kemahiran membaca KV+KV.
3.7 Rumusan
Kajian ini akan diteruskan kepada peringkat yang seterusnya. Untuk meneruskan kajian kepeda
peringkat selanjutnya, pengkaji perlu mengetahui serba sedikit latar belakang kajian yang akan
dilakukan. Elemen-elemen seperti responden/sampel kajian, reka bentuk kajian, prosedur kajian dan
mengenal pasti instrumen kajian yang sesuai digunakan adalah penting. Pengkaji perlu memilih dan
menetapkan instrument kajian yang sesuai dan menepati objektif dan persoalan kajian bagi
melancarkan proses penyelidikan yang akan dijalankan dan seterusnya menghasilkan dapatan kajian
yang berkualiti.
19
BAB 4
ANALISIS DATA
4.1 Pengenalan
Bab ini, akan melaporkan keputusan serta dapatan yang diperolehi dalam kajian ini. Ianya dimulakan
dengan melaporkan profil responden.Maklumatdemografi yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk
peratusan dan dipaparkanmenggunakan jadual dan carta.Ini dilakukan untuk memberi gambaran yang
lebih jelas tentangmaklumat responden yang terlibat dalam kajian ini.
Seterusnya,bab ini juga akan melaporkan keputusan ujian dan analisis pencapaian pelajar sebelum dan
selepas rawatan. Semua maklumat dan analisis pencapaian yang diperolehi dalam peratusan,
dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf. Selain itu, bab ini juga akan melaporkan analisis temu bual
pemerhatian melalui borang senarai semak.
4.2 Profil Responden
Kajian tindakan ini telah dijalankan ke atas 27 orang pelajar tahun satu di sebuah sekolah rendah di
daerah Johor Bharu. Berikut ialah dapatan tentang demografi kumpulan pelajar tersebut.
4.2.1 Bilangan Responden, Jantina dan Kaum
Berikut adalah taburan responden yang telah dipecahkan kepada jantina dan kaum :
Bil Jantina Jumlah Peratus (%)
.1 Lelaki 27 100
Jadual 1: Statistik Bilangan Responden Mengikut Jantina
Jadual 1 di atas menunjukkan pecahan bilangan responden mengikut jantina.Berdasarkan jadual
tersebut, seramai 27 orang pelajar lelaki yang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Daripada
keseluruhan bilangan tersebut, kesemuanya berbangsa Melayu dan tidak ada seorang pun yang
berbangsa lain.
4.2.2 Jenis Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Responden
20
Berikut adalah jadual menunjukkan jenis pekerjaan ibu bapa responden
Jadual 2: Jenis Pekerjaan ibu bapa responden
Dengan merujuk kepada jadual 2 menunjukkan bahawa daripada 27 orang responden, pekerjaan ibu
bapa/penjaga responden adalah terdiri dari pegawai awam( 5 orang), swasta/bank (10 orang)), Peniaga
(5 orang) dan bekerja sendiri (7 orang).
Jenis pekerjaan penjaga responden yang paling ramai ialah swasta (37.03%) Diikuti oleh yang berkerja
sendiri (25.92%) dan diikuti oleh pegawai awam daripada pelbagai jabatan dan juga peniaga peratusnya
iaitu (18.5%).
Rajah 2: Pekerjaan Ibu bapa Responden Mengikut Jenis
Rajah2 pula menunjukkan dengan jelas, pecahan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenisnya.
Berdasarkan maklumat dan hasil temu bual dengan guru kelas Tahun 1, Jenis pekerjaan penjaga
responden yang paling ramai ialah swasta (37.03%) Diikuti oleh yang berkerja sendiri (25.92%) dan
diikuti oleh pegawai awam daripada pelbagai jabatan dan juga peniaga peratusnya iaitu (18.5%)
4.2.3 Latar belakang Pendidikan Awal (Prasekolah/Tadika)
Berikut adalah jadual yang menunjukkan latarbelakang pendidikan awal responden;
PEKERJAAN JUMLAH PERATUS (%)
Pegawai Awam 5 18.5
Swasta 10 37.03
Peniaga 5 18.5
Kerja Sendiri 7 25.92
JUMLAH 27 100
SWASTA
KERJA SENDIRI
PEGAWAI AWAM
PENIAGA
21
Jadual 3:
Latar belakang Pendidikan Awal (Prasekolah/Tadika)
Jadual 3 di atas menunjukkan responden mempunyai latar belakang yang berbeza iaitu seramai 11 orang
mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Swasta (40.7%) kelas Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia seramai 10 orang (37.03%) dan 6 orang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di
Tabika Kemas (22.22%). Kumpulan yang paling ramai dalam kalangan responden ialah responden yang
bersekolah Tadika Swasta iaitu 11 responden. Diikuti oleh yang bersekolah Prasekolah Kementerian
Pelajaran iaitu 10 responden. Seterusnya Tabika Kemas iaitu seramai 6 responden.
4.3 Laporan dapatan Kajian
4.3.1 Adakah murid boleh membaca suku kata KV dengan lancar?
Berikut adalah jadual yang menunjukkan pencapaian responden dalam ujian pengesanan
BIL RESPONDEN SKOR PERATUS (%) SKALA
1 Sampel 1 25 100 Cemerlang
2 Sampel 2 21 84 Baik
3 Sampel 3 25 100 Cemerlang
4 Sampel 4 10 40 Lemah
5 Sampel 5 19 76 Baik
6 Sampel 6 20 80 Baik
7 Sampel 7 22 88 Cemerlang
8 Sampel 8 15 60 Sederhana
9 Sampel 9 7 28 Terlalu Lemah
10 Sampel 10 15 60 Sederhana
11 Sampel 11 18 72 Sederhana
JENIS PENDIDIKAN JUMLAH PERATUS (%)
TADIKA SWASTA 11 40.7
PRASEKOLAH 10 37.03
TABIKA KEMAS 6 22.22
JUMLAH 27 100
22
12 Sampel 12 11 44 Lemah
13 Sampel 13 16 64 Sederhana
14 Sampel 14 15 60 Sederhana
15 Sampel 15 13 52 Lemah
16 Sampel 16 15 60 Sederhana
17 Sampel 17 14 56 Lemah
18 Sampel 18 18 72 Sederhana
19 Sampel 19 15 60 Sederhana
20 Sampel 20 16 64 Sederhana
21 Sampel 21 13 52 Lemah
22 Sampel 22 15 60 Sederhana
23 Sampel 23 13 52 Lemah
24 Sampel 24 19 76 Baik
25 Sampel 25 15 60 Sederhana
26 Sampel 26 14 56 Lemah
27 Sampel 27 15 60 Sederhana
Jadual 4: Pencapaian Responden dalam Ujian Pengesanan
Berdasarkan jadual 4, menunjukkan pencapaian keseluruhan responden dalam ujian pengesanan yang
telah dijalankan. Pencapaian responden ditunjukkan dalam bentuk skor, peratus dan pencapaian
mengikut skala cemerlang, baik, sederhana, lemah dan terlalu lemah.Seramai 30 responden telah
menjalani ujian pengesanan tersebut untuk mengenal pasti kebolehan membaca dalam kalangan murid
Tahun 1. Skala yang digunakan adalah seperti dalam jadual 5.
SKALA PERATUS (%)
Cemerlang 85-100
Baik 75-84
Sederhana 60-74
Lemah 40-59
Terlalu lemah 0-39
23
Jadual 5 : Skala Pencapaian
Skala yang digunakan juga ditunjukkan dalam jadual 5 di atas iaitu pencapaian 85% - 100% (Cemerlang),
75% - 84% (Baik), 60% - 74% (Sederhana), 40% - 59% (lemah) dan 0% - 39% (sangat lemah).
Berikut adalah kekerapan pencapaian responden dalam ujian pengesanan mengikut skala.
Skala Kekerapan Peratus (%)
Cemerlang 3 11.11
Baik 4 14.8
Sederhana 12 44.44
Lemah 7 25.92
Jadual 6: Kekerapan Pencapaian Responden dalam
Ujian Pengesanan Mengikut Skala
Data dalam jadual 6 menunjukkan seramai 3 orang (11.11%) daripada 27 orang responden mendapat
cemerlang iaitu yang berjaya mendapat skor antara 85% - 100%. Daripada 3 orang yang mendapat
cemerlang itu, hanya 2 orang sahaja berjaya mendapat skor 100%. Manakala yang mendapat skor antara
75% - 84% iaitu berada pada skala baik seramai 4 orang (14.8%). Seramai 12 orang ( 44.44%) mencapai
skala sederhana iaitu mendapat skor antara 60% - 74%. Terdapat seramai 7 orang ( 25.92%) mendapat
skor antara 40% - 59% iaitu berada pada skala lemah
24
Rajah 3: Pencapaian Responden dalam Ujian Pengesanan/Saringan Membaca suku kata KV.
Rajah 3 di atas menunjukkan pencapaian mengikut skala. Rajah memperlihatkan dengan jelas bahawa
jumlah responden yang mencapai skala sederhana paling ramai iaitu 12 orang. Manakala responden
yang mencapai skala lemah seramai 7 orang, diikuti oleh skala baik seramai 5 orang. Responden yang
mencapai skala cemerlang seramai 3 orang
4.3.2 Adakah penggunaan gambar sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku kata dan KV + KV?
Berikut adalah jadual yang menunjukkan pencapaian responden dalam ujian penilaian
BIL RESPONDEN SKOR PERATUS (%) SKALA
1 Sampel 1 25 100 Cemerlang
2 Sampel 2 25 100 Cemerlang
3 Sampel 3 25 100 Cemerlang
4 Sampel 4 17 68 Sederhana
5 Sampel 5 23 92 Cemerlang
6 Sampel 6 24 96 Cemerlang
7 Sampel 7 22 88 Cemerlang
8 Sampel 8 21 84 Baik
9 Sampel 9 16 64 Sederhana
10 Sampel 10 20 80 Baik
11 Sampel 11 21 84 Baik
12 Sampel 12 22 88 Cemerlang
13 Sampel 13 16 64 Sederhana
14 Sampel 14 22 88 Cemerlang
15 Sampel 15 18 72 Sederhana
16 Sampel 16 21 84 Baik
17 Sampel 17 19 76 Baik
18 Sampel 18 23 92 Cemerlang
19 Sampel 19 18 72 Sederhana
25
20 Sampel 20 19 76 Baik
21 Sampel 21 19 76 Baik
22 Sampel 22 19 76 Baik
23 Sampel 23 18 72 Sederhana
24 Sampel 24 21 84 Baik
25 Sampel 25 19 76 Baik
26 Sampel 26 20 80 Cemerlang
27 Sampel 27 19 76 Baik
Jadual 7: Pencapaian Responden dalam Ujian Penilaian
Untuk ujian penilaian ini skala yang digunakan adalah sama seperti skala yang ditunjukkan dalam jadual
5 iaitu pencapaian 85% - 100% (Cemerlang), 75% - 84% (Baik), 60% - 74% (Sederhana), 40% - 59%
(lemah) dan 0% - 39% (sangat lemah). Berdasarkan jadual 7, responden yang mendapat skor 100%
seramai 3 orang daripada 10 orang yang mencapai skala cemerlang. Semua 10 orang responden yang
mencapai skala cemerlang mendapat skor yang tinggi iaitu antara 88% hingga 100%.
Berdasarkan jadual 7 juga telah menunjukkan bahawa Sampel 9 mendapat skor melebihi 40% dan telah
mencapai skala lemah. Merujuk jadual 4, Sampel 9 berada dalam skala terlalu lemah semasa ujian
pengesanan (sebelum sesi rawatan).
Kekerapan pencapaian responden ditunjukkan dalam jadual berikut;
Jadual 8: Kekerapan Pencapaian Responden dalam
Skala Kekerapan Peratus (%)
Cemerlang 10 37.03
Baik 11 40.74
Sederhana 6 22.22
Lemah 0 0
Terlalu Lemah 0 0
26
Ujian Penilaian Mengikut Skala
Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam jadual , responden yang mencapai skala lemah ialah 0 (0%),
Seramai 6 orang (22.22%) mencapai skala sederhana dan 11 orang (40.74%) mencapai skala baik.
Manakala 10 orang (37.03%) telah mencapai skala cemerlang.
Kekerapan pencapaian responden dalam ujian penilaian ditunjukkan dalam rajah berikut;
Rajah 4 : Pencapaian Responden dalam Ujian
Membaca suku kata KV +KV dan Membaca Perkataan KVKV
Rajah 4 di atas menunjukkan pencapaian mengikut skala. Rajah memperlihatkan dengan jelas bahawa
jumlah responden yang mencapai skala baik paling ramai iaitu 11 orang.Manakala responden yang
mencapai skala sederhana yang paling rendah iaitu seramai 7 orang sahaja. 10 orang responden pula
telah mencapai skala cemerlang.
4.3.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca KV + KV dalam kalangan
murid Tahun 1?
Bagi instrumen ini, temu bual telah dijalankan oleh pengkaji kepada guru kelas Tahun 1 dan guru bahasa
Melayu Tahun 1. Berikut adalah dapatan daripada temu bual tersebut.
Item 1 : Adakah semua murid Tahun 1 pernah mengikuti pendidikan awal.
Bagi item 1, guru kelas Tahun 1 telah melengkapkan borang yang dilampirkan .Dapatan bagi item ini
ditunjukkan dalam jadual 9.
JENIS PENDIDIKAN JUMLAH PERATUS (%)
TADIKA SWASTA 11 40.7
PRASEKOLAH 10 37.03
TABIKA KEMAS 6 22.22
JUMLAH 27 100
10
11
6
0 0
0
2
4
6
8
10
12
Cemerlang
Baik
Sederhana
Lemah
Terlalu Lemah
27
Jadual 9: Kekerapan Latar belakang Pendidikan awal (Prasekolah/Tadika)
Jadual 9 menunjukkan 11 orang mendapat pendidikan kanak-kanak di Tadika Swasta
(40.7%).Seramai10 orang menerima pendidikan awal kanak-kanak di kelas Prasekolah Kementerian
Pelajaran Malaysia(37.03%). Seramai 6 orang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Kelas Tadika
KEMAS(22.22%).
Item 2: Apakah pekerjaan kebanyakan ibu bapa murid Tahun 1.
Bagi item ini, guru kelas tahun 1 telah melengkapkan borang yang dilampirkan. Dapatan bagi item ini
ditunjukkan dalam jadual 10.
PEKERJAAN JUMLAH PERATUS (%)
Pegawai Awam 5 18.5
Swasta 10 37.03
Peniaga 5 18.5
Kerja Sendiri 7 25.92
JUMLAH 27 100
Jadual 10 : Jadual kekerapan pekerjaan ibu bapa responden mengikut sektor.
Jadual 10 menunjukkan bahawa daripada 27 orang responden, pekerjaan ibu bapa/penjaga responden
adalah terdiri dari pegawai awam (5 orang) iaitu (18.5%) , swasta/bank seramai 10 orang iaitu (37.03%) ,
5 orang responden (18.5%) yang ibu bapa/penjaganya peniaga, dan bekerja sendiri iaitu penoreh getah
(7orang ) iaitu (25.92%). Swasta merupakan kekerapan yang paling tinggi manakala peniaga dan
pegawai awam adalah kekerapan yang paling rendah.
Item 3: Adakah semua murid Tahun 1 melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran(P&P) khususnya P&P bahasa Melayu?
Bagi item 3 ini, hanya 57 % (17) daripada responden yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p.
Bakinya 43% (13) kurang melibatkan diri dan tiada respon jika disoal oleh guru.
Item 4: Mengapa berlaku keadaan demikian?
Berdasarkan kajian daripada item 4 ini, didapati 13 orang (43%) responden yang kurang melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti p&p itu merupakan murid LINUS.
28
Item 5: Apakah cara yang tuan/puan gunakan untuk menarik minat murid Tahun 1 dalam aktiviti p&p
khususnya aktiviti membaca?
Bagi item 5 ini, didapati aktiviti permainan suku kata berdasarkan gambar adalah antara cara yang
digunakan oleh guru bahasa Melayu Tahun 1 dan didapati jumlah murid yang mengambil bahagian
dalam aktiviti p&p bertambah kepada 23 orang iaitu 77%. Selain itu,membaca dengan menggunakan
gambar-gambar sebagai rangsangan memang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu Tahun 1.
Item 6 : Pada pendapat tuan/puan apa faktor-faktor murid masih belum boleh membaca dengan
lancar ketika di Tahun 1?
Berdasarkan item 6, temu bual ini mendapati bahawa latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika
yang berbeza menyebabkan murid mengalami masalah penyesuaian kaedah dan teknik yang digunakan
di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia
telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian. 7
responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden
yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala responden yang
mendapat skor terendah dalam ujian pengesanan (7/25 ) atau 28% dan ujian penilaian (10/25) iaitu 40%
dikenal pasti adalah responden yang tidak pernah langsung mengikuti kelas tadika sebelum ke Tahun 1.
Kaedah membaca semasa di tadika yang berbeza juga mempengaruhi kebolehan membaca dengan
lancar dalam kalangan responden.
Sebagai kesimpulan, beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi kebolehan murid membaca
dengan lancar di Tahun 1. Selain daripada faktor latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika)
yang pelbagai, sosio ekonomi keluarga memainkan peranan penting. Perhatian dan keupayaan serta
komitmen ibu bapa dalam usaha menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti juga penting
untuk membolehkan murid membaca dengan lancar.
4.4 Rumusan
Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden yang mencapai skala sederhana dan lemah adalah
paling ramai dalam ujian pengesanan iaitu 13 orang (sederhana) Manakala responden yang mencapai
skala lemah seramai 8 orang. Jumlah responden yang mencapai skala lemah dan sederhana ialah 21
orang (70%). Manakala yang mencapai skala cemerlang dan baik hanya 8 orang (27%) 3 responden
mencapai skala cemerlang iaitu 10% dan 5 responden mencapai skala baik (17%). Data menunjukkan
terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian tersebut.Perbezaan sebanyak 43% adalah
disebabkan oleh beberapa factor, antaranya kepelbagaian kaedah yang digunakan semasa di peringkat
tadika menyebabkan responden agak sukar menyesuaikan diri dengan kaedah yang digunakan oleh guru
di Tahun 1 pada awal sesi persekolahan.
29
Perbezaan pencapaian responden sebelum dan selepas rawatan ditunjukkan dalam jadual berikut;
Skala Kekerapan Sebelum
Rawatan
Kekerapan Selepas
Rawatan
Cemerlang 3 10
Baik 4 11
Sederhana 12 6
Lemah 7 0
Jadual 11 : Perbezaan Kekerapan Pencapaian Responden Sebelum dan Selepas Rawatan
Berdasarkan jadual 11 di atas, menunjukkan perbezaan kekerapan yang ketara sebelum rawatan (ujian
pengesanan) dan selepas rawatan (ujian penilaian). Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa,
penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV + KV. Ini dapat dilihat dalam jadual 11. Untuk skala cemerlang pertambahan
kekerapan daripada 3 kepada 10 menunjukkan penggunaan gambar sebagai rangsangan dapat
membantu dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid
Tahun 1. Pengurangan kekerapan untuk skala lemah dan sederhana daripada 22 kepada 7 juga
menunjukkan penggunaan gambar dapat membantu murid berpencapaian lemah dan sederhana untuk
meningkatkan kebolehan membaca suku kata KV + KV.
Melalui instrumen temu bual pula, menunjukkan bahawa penggunaan gambar dapat menarik minat
murid dalam aktiviti membaca. Apabila minat membaca telah wujud, ini akan menggalakkan murid aktif
dalam aktiviti membaca dan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran membaca seterusnya
membolehkan murid membaca dengan lancar walaupun pada awal sesi persekolahan tahun 1.
Instrumen temu bual juga telah menunjukkan bahawa beberapa faktor telah dikenal pasti
mempengaruhi keupayaan murid Tahun 1 membaca dengan lancar. Keprihatinan dan keupayaan ibu
bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti di rumah memainkan peranan penting.
Taraf sosio ekonomi (latar belakang pendidikan, pekerjaan dan pendapatan) ibu bapa dan penjaga murid
juga berperanan dan berkait rapat dengan kemampuan ibu bapa dan penjaga murid untuk memberi
bimbingan membaca kepada anak-anak serta menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti di
rumah. Kebanyakan ibu bapa murid adalah terdiri daripada buruh ladang yang masanya banyak
dihabiskan dengan urusan pekerjaan di ladang dan majikan.
Instrumen temu bual juga memperlihatkan, kepelbagaian kelas pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan
kaedah pengajaran bacaan yang tidak seragam di peringkat tadika juga telah mempengaruhi kebolehan
murid Tahun 1 membaca dengan lancar. Apabila memasuki Tahun 1, murid masih tidak dapat
menyesuaikan diri dengan kaedah yang digunakan oleh guru tahun 1. Sesetengahnya pula terikut-ikut
dengan kaedah membaca semasa di tadika.
30
Keseluruhannya, bahan yang sesuai, menarik, kesedaran dan keperihatinan ibu bapa, serta kaedah yang
digunakan akan dapat meningkatkan kemahiran murid membaca KV + KV dan seterusnya
mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.
31
BAB 5
RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN
Pengenalan
Bab ini menerangkan tentang hasil kajian, rumusan dan cadangan yang disyorkan oleh pengkaji
mengenai penggunaan gambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam
kalangan murid Tahun 1 Sekolah kebangsaan Seri Bekok Segamat.
5.1. Rumusan hasil kajian
Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa penggunaan gambar dapat membantu meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Ini dapat dilihat daripada hasil
kajian yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan (sesi pengajaran dan
pembelajaran).
5.1.1 Adakah Murid Tahun 1 Boleh Membaca Suku Kata KV dengan Lancar
Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengenal pasti adakah murid tahun 1 boleh membaca suku
kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan. Hasil kajian memperlihatkan bahawa, secara
keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar.
Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang mendapat skor kurang
daripada 19/25 atau kurang daripada 75% ( berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah)
adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau
lebih daripada 75%. (berada pada skala cemerlang dan baik).
Berdasarkan hasil dapatan ujian pengesanan, sesi rawatan iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran telah
dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi rawatan
untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV
+ KV.
5.1.2 Adakah Penggunaan Gambar, Sesuai dan Dapat Membantu Murid dalam Meningkatkan
Kemahiran Membaca KV + KV.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian responden meningkat dalam ujian penilaian yang
dibuat selepas sesi rawatan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang
mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23
responden. Peningkatan yang begitu ketara menunjukkan bahawa rangsangan gambar memang sesuai
dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV.
Keberkesanan penggunaan gambar ini juga dapat dilihat daripada penurunan kekerapan responden
yang mencapai skala sederhana lemah dan terlalu lemah.Responden yang mencapai skala sederhana,
lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja.Penurunan
ini juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan
32
kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan
lemah untuk membaca.
5.1.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca suku kata KV+KV dalam Kalangan
Murid Tahun 1
Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika
menyebabkan murid sukar menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan di Tahun
1.Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza. Apabila
murid masuk ke tahun 1, murid menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah dan
teknik yang digunakan oleh guru di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah
Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang
dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang
adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
Manakala yang mencapai skala lemah dalam ujian penilaian adalah responden yang tidak pernah
mengikuti kelas prasekolah/ tadika sebelum ke Tahun 1.
Selain itu, latar belakang sosio ekonomi juga turut mempengaruhi kebolehan membaca dalam kalangan
murid Tahun 1.10 responden terdiri daripada anak-anak buruh ladang iaitu 33%.Buruh ladang
merupakan pecahan terbesar dalam taburan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenis
pekerjaan.Perhatian dan masa bersama anak-anak serta kemampuan ekonomi keluarga buruh ladang
menyebabkan anak-anak mereka tidak mampu untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang sesuai
dengan peringkat umur.
5.2 Dapatan Kajian
Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku
kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan.Pencapaian responden dalam ujian penilaian yang
dibuat selepas sesi rawatan menunjukkan peningkatan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat daripada
kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden
sahaja kepada 23 responden. Responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah telah
menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja.
Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% dan berada pada
skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8
responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% iaitu berada pada skala
cemerlang dan baik.
Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah
dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden
iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti
pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebiasaan guru prasekolah menggunakan
gambar sebagai rangsangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah membantu responden yang
pernah mengikuti kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rawatan kerana mudah
bagi mereka menyesuaikan diri dengan penggunaan gambar dan teknik pandang sebut yang digunakan
oleh pengkaji.
33
Penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV + KV. Selain itu,penggunaan gambar juga dapat menarik minat murid dalam
aktiviti membaca.Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat
selepas sesi rawatan. Rangsangan gambar juga didapati sesuai untuk meningkatkan kemahiran
membaca suku kata KV + KV.
Latar belakang sosio ekonomi dan pendidikan awal prasekolah atau tadika merupakan antara faktor
yang mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1. Responden yang ibu
bapa atau penjaganya bekerja sebagai buruh ladang adalah pecahan terbesar iaitu 33% dalam taburan
kekerapan pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden mengikut jenis pekerjaan.
5.3 Perbincangan Dapatan Kajian.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh
membaca suku kata KV dengan lancar di awal sesi persekolahan. Ini dapat dilihat daripada pencapaian
responden dalam ujian pengesanan yang diberikan.Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan
bahawa, responden yang berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai
berbanding dengan responden yang berada pada skala baik dan cemerlang. Responden yang mendapat
skor kurang daripada 19/25 (75%) seramai 22 orang. Manakala Responden yang mendapat skor melebihi
19/25 atau lebih daripada 75% hanya 8 orang.
Sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran) membaca suku kata KV + KV yang menggunakan
gambar sebagai rangsangan telah dijalankan selepas ujian pengesanan.Rangsangan gambar telah
digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan
kemahiran membaca suku kata KV+ KV dalam kalangan murid Tahun 1.
Dapatan kajian juga memperlihatkan peningkatan yang begitu ketara dapat dilihat daripada kekerapan
responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja
kepada 23 responden. Ini bermakna kekerapan responden yang mencapai skala sederhana dan lemah
telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. (rujuk jadual 11).
Peningkatan dan penurunan yang ketara dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan
menunjukkan, penggunaan gambar sebagai bahan rangsangan telah membantu meningkatkan
kemahiran murid membaca suku kata KV+ KV.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan gambar memang sesuai dan dapat
membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Penurunan kekerapan
responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah juga memperlihatkan bahawa
penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV
tetapi juga menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk melibatkan diri secara
aktif dalam aktiviti membaca sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah
atau sebaliknya.
Dapatan kajian juga telah menunjukkan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika yang berbeza
merupakan antara factor yang memengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada
di Tahun 1.Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang
pendidikan awal yang berbeza. (rujuk jadual 9) Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan
teknik dan kaedah yang berbeza.Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk menyesuaikan diri dengan
34
teknik yang digunakan oleh guru Tahun 1 dalam pembelajaran membaca.Jadual 9 menunjukkan
terdapat 1 orang responden yang tidak bersekolah tadika langsung sebelum melangkah ke Tahun 1.
Fenomena ini menjadi salah satu pendorong kepada murid gagal membaca dengan lancar apabila
berada di Tahun 1.
Faktor sosio ekonomi keluarga juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan
lancar.Responden juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan ibu bapa atau penjaga.Jadual
10 menunjukkan taburan pekerjaan ibu bapa dan penjaga responden mengikut jenis atau
sektor.Responden yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang bekerja sebagai buruh ladang adalah
yang paling ramai iaitu 10 orang (33%) daripada 30 responden.Masa bersama anak-anak dan
keprihatinan ibu bapa juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di
Tahun 1.Keupayaan ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai, pelbagai dan berkualiti juga turut
mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika berada di Tahun 1.
Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian menunjukkan teknik atau kaedah
membaca yang sesuai dengan latar belakang pendidikan awal murid akan membantu meningkatkan
kemahiran membaca khususnya membaca suku kata KV + KV. Penggunaan gambar sebagai rangsangan
memang sesuai dan berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV
dalam kalangan murid Tahun 1.Beberapa faktor juga telah dikenal pasti mempengaruhi kebolehan murid
membaca dengan lancar ketika di Tahun 1.Latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan sosio
ekonomi keluarga turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar.
5.4 Implikasi Dapatan Kajian.
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dapatlah dibuat beberapa rumusan terhadap kajian tersebut.
Antaranya seperti berikut ;
Dapatan kajian ini diharap akan dapat membantu mempertingkatkan tahap kecekapan membacadan
diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongandan motivasi kepada murid-
murid yang lain. Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran
membaca. Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran
dan pengajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadi satu cara dalam usaha
membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai asas kemahiran membaca
suku kata KV + KV.
Bagi guru-guru pula dapatan dan hasil kajian ini boleh dan akan terus memberi motivasi kepada guru
berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat
guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses
pengajaran dan pembelajaran.
Dapatan kajian juga dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan bantu
mengajar yangsesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan
minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan
pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid.
35
Dapatan kajian dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa tugas dan tanggungjawab
memastikan anak-anak boleh membaca dengan lancar apabila melangkah masuk ke Tahun 1 bukan
harus dipikul oleh guru sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan
membimbing dan member galakan agar anak-anak mempunyai tabiat membaca sejak kecil lagi. Dapatan
kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal (prasekolah/tadika)
sebelum melangkah ke Tahun 1.
Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan
membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang
cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan kajian
ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain
yangmemerlukannya.
Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan system
pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk
menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada.
Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula
daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses
penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi permata
negara.
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan
Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi mengenal pasti
kesesuaian dan keberkesanan penggunaan gambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata
KV + KV.Kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil dan masa
kajian yang terhad. Oleh itu, dicadangkan agar aspek-aspek berikut dapat diberikan pertimbangan untuk
dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa
akan datang.
Memperluaskan lagi kawasan kajian dari satu kelas dalam satu sekolah kepada semua murid dalam
sekolah, akan membantu pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dan
munurunkan kadar buta huruf.
Memberikan masa yang mencukupi akan membolehkan pengkaji membuat tinjauan dan penyelidikan
dengan lebih terperinci daripada pelbagai aspek kajian. Tempoh masa yang cukup dan sesuai akan
memberi peluang kepada pengkaji untuk menghasilkan kajian yang benar-benar berkualiti dan memberi
faedah kepada pelbagai pihak.
Sebagai guru, harus sentiasa berfikir dengan kreatif dan inovatif dalam merancang setiap sesi
pengajaran dan pembelajaran agar menarik minat murid dalam memberi tumpuan terhadap aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran dan menarik minat
murid amat penting untuk memastikan keberjayaan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran
dalam menguasai kemahiran yang dipelajari.
5.6 Rumusan
36
Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan
kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam
kalangan murid-murid yang dikaji.
Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan
membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan
dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan instrumen yang
sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini akan memberi kesan
terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah atau cara yang digunakan
dalam mengatasi permasalahan yang dikaji.
Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah
Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini
dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara
amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya. Daripada
cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan keupayaan dan
kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.
37
RUJUKAN
Azman Wan Chik (1989).“Kesilapan penggunaan bahasa Melayu oleh murid-murid melayu”.Dalam
Abdullah Hassan (Ed), “Kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu”.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Buku Panduan(1998). Pelaksanaan program pendidikan pemulihan phas ( Masalah
penguasaan 3M ),Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan
Malaysia,
David Daisches (1948). Astudy of literature for reading and critics. Ithaca. New York : University
Press.
Gay, L. R., Mills, G. E. dan Airasian, P. (2006).Educational research (8th
ed.). Upper Saddle River,
NJ: Pearson.
Goodman,K. (1970). Reading as a psycologistic guessing game.Theoretical models and processes of
reading. Newark: N.J
Hasnalee Bin Tubah (2008).Tahap penguasaan dan kesukaran membaca dan menulis dalam
kalangan murid KIA2M.Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR.
http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipha/cdi/article32.pdf
http://minalove.com/artikel/kajian+kemahiran+membaca+dua+suku+kata+bagi+murid+masalah
http://writing.colostate.edu/guides/reading/critread/pop4b.cfm
http://www.kimskorner4teachertalk.com/readingliterature/vocabcontracts.html
http://www.med.umich.edu/yourchildtopics/reading.htm
http://www.questia.com/library/jp-thereading-teacher
http://www.readingmatrix.com/articles/ajideh/article.pdf
Kyla Boyse, RN.(2010). Written and compiled.Reviewed by faculty and staff at University of
Michigan.
Lee Lay Wah, Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh (2008).Development and validation of
wordrecognition and Spelling testfor the purpose of dyslexia of dyslexiaassessment: A Pilot Study -
Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 151–162.
LeeLai Guan, Rahmah bt. Hanafi, Salihah bt. Yusof(1998).Satu tinjauan pelbagai aspekmembaca murid-
murid tadika dalam Jurnal IPDA.
Liza Rozy Anak UlokBuku (2009):Kaedah elektrik dan oral-aural dalam membantu murid tahun
3 menguasai suku kata KV dan KVKV,koleksi kertas kerja seminar penyelidikan IPGM KBL Tahun
2009, ms.180-188.Seminar penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL.
Pressley (2002).Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. ke-2). New
York: The Guilford Press
38
Sinclair, A .& Papandropoulou, I .B. (1984).Learning to read and skilled reading : multiple systems
interacting within and between the readers and the test. In language awareness andlearning to
Read.(Downing , J. & Valtin, P, eds. ) 79 - 92 .Berlin : Springer Verlag.
Smith , F . (1985). Reading .cambridge : Cambridge University
Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas (2000).Dimuat turun daripada
http://ms.wikipedia.org (18 Oktober 2010)
http://www.scribd.com/doc/6753189/Suku-Kata
Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistic penyelidikan (kaedah penyelidikan). Kuala Lumpur:
McGraw-Hill.
Othman Mohamad (2001).Penulisan tesis dalam bidang sains social terapan. Serdang: Penerbitan
Universiti Putera Malaysia.
Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995) Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan strategi. Kajang:
masa Enterprise.
39
LAMPIRAN
LAMPIRAN 1 : SOALAN TEMU BUAL
Temubual dengan Guru Kelas Tahun 1.
Guru Bahasa Melayu/ Guru LINUS.
1. Adakah semua murid Tahun 1 pernah mengikuti pendidikan awal (prasekolah KPM/swasta). Sila
lengkapkan jadual yang di sertakan. (jadual 5-lampiran 6)
2. Apakah pekerjaan kebanyakan ibu bapa murid Tahun 1. Sila lengklapkan jadual/borang yang
disertakan.( lampiran 7)
__________________________________________________________________
3. Adakah semua murid Tahun 1 melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P?
4. Mengapa berlaku keadaan tersebut?
5. Apakah cara yang tuan/puan gunakan untuk menarik minat murid Tahun 1 dalam aktiviti P&P
khususnya aktiviti membaca?
__________________________________________________________________
6. Pada pendapat tuan/puan apa factor utama murid masih belum boleh membaca dengan lancar
ketika di Tahun 1?
__________________________________________________________________
40
LAMPIRAN 2
UJIAN SARINGAN SUKU KATA KV
Nama Murid : ________________________________________
Arahan : Sebutkan suku kata berikut mengikut sebutan yang betul.
1
ba
2
ce
3
gi
4
mu
5
go
6
ki
7
yu
8
se
9
fu
10
ko
11
no
12
da
13
te
14
lo
15
cu
16
ga
17
me
18
su
19
ra
20
hi
21
tu
22
wa
23
ke
24
yu
25
fa
41
LAMPIRAN 3
Nama Murid : __________________________________________________________
Arahan : Sebutkan perkataan ini berpandukan gambar.
ba + ju pa + ku fo + to ta + li je + li
1. 2. 3. 4. 5.
su + su ja + ri ka + ki ro + ti pa + di
6. 7. 8. 9. 10.
bu + ku la + ci so + fa bo + la da + du
11. 12. 13. 14. 15.
me + ja gu + la yo + yo be + ca lo + ri
16. 17. 18. 19. 20.
gi + gi da + hi da + gu ma + ta ti + su
21. 22. 23. 24. 25.
42
LAMPIRAN 4
Nama Murid : __________________________________________________________
Arahan : Sebutkan perkataan ini berpandukan gambar.
baju paku foto tali jeli
1. 2. 3. 4. 5.
susu jari kaki roti padi
6. 7. 8. 9. 10.
buku laci sofa bola dadu
11. 12. 13. 14. 15.
meja guli yoyo beca lori
16. 17. 18. 19. 20.
gigi dahi dagu mata tisu
21. 22. 23. 24. 25.
43
LAMPIRAN 5
Latar belakang Pekerjaan Ibu Bapa murid Tahun 1/_________
SIAPA BEKERJA JUMLAH
BAPA SAHAJA
IBU DAN BAPA
IBU SAHAJA
JUMLAH
44
Latar belakang Pekerjaan Ibu Bapa murid Tahun 1/_________
Pekerjaan mengikut jenis/sektor
JENIS PEKERJAAN JUMLAH
Pegawai Awam
Swasta (Bank)
Swasta (Kilang)
Buruh ladang
Berniaga
Bekerja sendiri (cth: penoreh getah)
JUMLAH
45
LAMPIRAN 6
Maklumat Pendidikan Awal/Prasekolah Murid Tahun 1/_________
JENIS PENDIDIKAN JUMLAH
Prasekolah
Tabika KEMAS
Tadika Perpaduan
Tidak Bersekolah
JUMLAH

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi namaAhmad NazRi
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifammart852
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)Chon Seong Hoo
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaAhmad NazRi
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanSitiJaza
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiAhmad NazRi
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanzulyanei
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sainsJuprin Togor
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...Ng lily
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asalKPM
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualCma Usin
 

Mais procurados (20)

Tugasan krl3043 kata sendi nama
Tugasan   krl3043  kata sendi namaTugasan   krl3043  kata sendi nama
Tugasan krl3043 kata sendi nama
 
Proposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatifProposal rbt 12koperatif
Proposal rbt 12koperatif
 
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian TtindakanContoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
Contoh Kertas Cadangan Kajian Ttindakan
 
Analisis Jurnal
Analisis JurnalAnalisis Jurnal
Analisis Jurnal
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
04 contoh penulisan proposal dan laporan(2)
 
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara     RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
RPH SEJARAH TAHUN 5 : Modul 4 : Tergugatnya Kedaulatan Negara
 
Kajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membacaKajian tindakan masalah membaca
Kajian tindakan masalah membaca
 
Laporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian TindakanLaporan Kajian Tindakan
Laporan Kajian Tindakan
 
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmiTesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
Tesis penguasaan surat kiriman tidak rasmi
 
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa MelayuKajian Tindakan Bahasa Melayu
Kajian Tindakan Bahasa Melayu
 
bab 2 (final)
bab 2 (final)bab 2 (final)
bab 2 (final)
 
Jurnal bm
Jurnal bmJurnal bm
Jurnal bm
 
Journal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakanJournal - Kajian tindakan
Journal - Kajian tindakan
 
( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains( Kajian tindakan)konsep sains
( Kajian tindakan)konsep sains
 
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
kEBERKESANAN KAEDAH PEMBELAJARAN KOPERATIF - STUDENT TEAM ACHIEVEMENT DIVISIO...
 
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNALTUGASAN 1 KRITIK JURNAL
TUGASAN 1 KRITIK JURNAL
 
Jurnal asal
Jurnal asalJurnal asal
Jurnal asal
 
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visualPembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
Pembelajaran koperatif dalam pendidikan seni visual
 
Tugasan emb415
Tugasan emb415Tugasan emb415
Tugasan emb415
 

Semelhante a Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuCahaya Adah II
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikanwmkfirdaus
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri finalCik BaCo
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanRosmah Mohd Shah
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Pensil Dan Pemadam
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1muhammad
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanHazel Bug
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibsondiaernah
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurulAishah Sweet
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamNorafsah Awang Kati
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses UNIVERSITY FOR TEACHERS XD
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webNorsuzila Gee
 

Semelhante a Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1) (20)

Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayuEmm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
Emm 333 kaedah mengajar bahasa melayu
 
bab 1 (final)
bab 1 (final)bab 1 (final)
bab 1 (final)
 
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan PenyelidikanKuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
Kuliah 1 PPG - Cadangan Penyelidikan
 
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5   c1 kertas kerja north spring pri finalPaper5   c1 kertas kerja north spring pri final
Paper5 c1 kertas kerja north spring pri final
 
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakanPanduan kertas cadangan_kajian_tindakan
Panduan kertas cadangan_kajian_tindakan
 
Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106Asgmnt bmm3106
Asgmnt bmm3106
 
Roslin
RoslinRoslin
Roslin
 
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
Laporan penyelidikan tindakan ( edit )
 
teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1teisi : tentang ADD Bab 1
teisi : tentang ADD Bab 1
 
Laporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakanLaporan penyelidikan tindakan
Laporan penyelidikan tindakan
 
Jurnal bm
Jurnal bm Jurnal bm
Jurnal bm
 
Kemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalanKemahiran penyoalan
Kemahiran penyoalan
 
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson7 sukri berawi_dan_victor_jibson
7 sukri berawi_dan_victor_jibson
 
Laporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakanLaporan kajian tindakan
Laporan kajian tindakan
 
Group proposal kpr
Group proposal kprGroup proposal kpr
Group proposal kpr
 
40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul40923728 proposal-nurul
40923728 proposal-nurul
 
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj AnamProjek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
Projek kajian tindakan Norisah@Anisah Hj Anam
 
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
Respon Pelajar Terhadap Teknik Perbincangan Dalam Proses
 
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan webKiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
Kiritk journal - Pembelajaran berasaskan web
 
Laporan t1 a3
Laporan t1 a3Laporan t1 a3
Laporan t1 a3
 

Tesis 1 t1a1.pdf fariza (1)

  • 1. 1 SMP PPG JANUARI 2012 TESIS PENGGUNAAN GAMBAR DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MEMBACA SUKU KATA KV+KV DALAM KALANGAN MURID SEKOLAH RENDAH NAMA : NURFARIZA BINTI MUHRI NO. MATRIKULASI : 830521015084001 NO. KAD PENGNEALAN : 830521-01-5084 NO. TELEFON : 013-7343199 E-MEL : farizza_83@yahoo.com PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN JOHOR BAB 1
  • 2. 2 PENGENALAN 1.1 Pengenalan Bab 1 akan memberi penerangan secara keseluruhan tentang pernyataan masalah, tujuan kajian, kepentingan kajian dan batasan kajian. Pernyataan masalah merupakan satu perkara utama yang memainjan peranan penting dalam melakukan sesuatu kajian atau penyelidikan. Selepas penyataan masalah dilaksanankan akan diikuti dengan persoalan kajian di mana penentuannya merupakan peringkat terpenting dalam proses penyelidikan kerana persoalan kajian ini akan melancarkan langkah kajian di peringkat seterusnya. Kepentingan kajian pula akan menyatakan pihak-pihak atau golongan individu yang mendapat faedah daripada hasil kajian yang dijalankan. Perkara terakhir yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah mengenai dengan batasan kajian yang akan menerangkan tentang kumpulan yang menjadi sasaran pengkaji dan apakah tumpuannya terhadap kajian. 1.2 Pernyataan Masalah Dua puluh tujuh orang murid Tahun 1 yang dikaji, masih belum menguasai kemahiran membaca suku kata KV + KV pada awal sesi persekolahan Tahun 1.Ujian awal (ujian saringan) telah dijalankan untuk mengesan kebolehan murid-murid membaca.Keseluruhannya masih belum dapat membaca suku kata KV + KV dengan lancar.Mereka tidak boleh mengecam ejaan suku kata sesuatu perkataan.Berdasarkan itu, saya merasakan bahawa teknik membaca dengan kaedahpandang sebut menggunakan rangsangan gambar merupakan satu kaedah yang sesuai untuk membantu murid-murid ini menguasai kemahiran membaca suku kata KV + KV. 1.3 Latar belakang Kajian Kajian saya bermula apabila saya mendapati dua puluh tujuh orang murid Tahun 1 yang belum mampu menguasai kemahiran membaca KV + KV. Murid-murid ini telah mengenal huruf tetapi sukar untuk membunyikan dua suku kata KV + KV untuk membaca satu sebutan bermaksud.Ianya meliputi kesukaran mengingati dan mengcam bunyi suku kata KV + KV yang membentuk satu perkataan bermaksud. Setelah ujian awal dilaksanakan, saya mendapati secara keseluruhan murid tahun satu masih belum menguasai kemahiran sebutan dua suku kata KV + KV yang diberikan. Setelah mengambil kira keputusan ujian tersebut saya telah memilih teknik membaca pandang dan sebut menggunakan rangsangan gambar dalam membantu mereka menguasai kemahiran membaca perkataan KV + KV.
  • 3. 3 1.4 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti masalah pembelajaran yang dialami oleh murid-murid Tahun 1 (responden). Secara khususnya, objektif kajian ini adalah untuk: a. Mengenal pasti kebolehan murid membaca suku kata KV dalam kalangan murid Tahun 1. b. Mengenal pasti penggunaan gambar dapat membantumeningkatkan kemahiran membaca perkataan KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1. c. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca dalam kalangan murid Tahun 1 1.5 Soalan Kajian 1. Adakah murid boleh membaca suku kata KV dengan lancar? 2. Adakah penggunaan gambar sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku katadan KV + KV? 3. Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1? 1.6 Batasan Kajian Kajian terbatas kepada kumpulan murid yang dikaji sahaja iaitu dua puluh tujuh orang murid tahun 1 yang terdiri daripada 27 orang murid lelaki, Sekolah Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1 yang dikategorikan dalam Gred A, sekolah bandar.Kajian juga terbatas kepada tajuk kajian yang jelas iaitu Penggunaan Gambar dalam Meningkatkan Pembacaan KV+KV Murid Sekolah Rendah. Kajian juga membataskan dan tidak melibatkan kaedah-kaedah lain. Tahap kebolehan membaca yang dimaksudkan, terbatas kepada pencapaian murid yang dikaji (responden/sampel kajian) dalam ujian awal/ujian pengesanan yang dilaksanakan oleh pengkaji. 1.7 Definisi Istilah. 1.7.1 Kebolehan Membaca Kebolehan membaca merupakan satu tingkah laku manusia yang kompleks. Pada asasnya, ia merupakan satu proses komunikasi manusia dengan bahan bercetak (LeeLai Guan, Rahmah bt. Hanafi, Salihah bt. Yusof,(1998). Dalam proses tersebut, manusia mentafsir dan memberi makna kepada bahan tersebut dan mampu menterjemahnya melalui penulisan. Kebolehan membaca yang menjadi fokus kajian ialah kebolehan menguasai kemahiran membaca dan menulis perkataan suku kata KV + KV dalam kalangan murid-murid Tahun 1. Ia merujuk kepada kebolehan membaca yang dimiliki oleh kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan.
  • 4. 4 Menurut Smith (1985),kebolehan bacaan awal hendaklah dibezakan daripada kebolehan bacaan mahir. Biasanya, ia dicirikan dengan bacaan yang kurang lancar, penguasaan perbendaharaan bacaan yang rendah serta tahap automatisiti dari segi pengenalan perkataan yang rendah. Sinclair dan Papandrapoulau (1984), berpendapat bahawa kanak-kanak dalam peringkat awal bacaan seharusnya boleh membaca ayat-ayat yang mudah di samping boleh mempergunakan pengetahuan peraturan kesepadanan grafem fonem untuk mendekod perkataan baru yang tidak dikenalinya. 1.7.2 Suku kata Suku kata ialah bunyi atau urutan bunyi yang mempunyai satu puncak kelantangan.Dalam bahasa Melayu, bunyi yang lantangatau bunyi penanda suku kata berupa bunyivokal.Struktur suku kata dalam bahasa Melayuialah (K)V(K).Struktur ini dapat diperluas dengan pola-pola yang lain. Dalam konteks kajian ini, pola yang digunakan ialah (KV). 1.7.3 Perkataan. Perkataan merupakan unit ujaran yang bebas dan bermakna. 1.7.4 Penggunaan. Perihal, mengenai sesuatu pembinaan dan dalam konteks kajian ini dikaitkan dengan penggunaan gambar sebagai rangsangan membaca. 1.7.5 Murid Menurut Kamus Dewan, murid adalah orang atau anak yang sedang belajar atau berguru. Boleh dikatakan individu yang sedang mendalami ilmu pengetahuan.Dalam konteks ini, fokus utama pengkaji bertumpu kepada murid Tahun 1 di Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman 1, Johor Bahru.
  • 5. 5 1.8 Kepentingan Kajian Dalam bahagian inipengkaji memberi beberapa contohtentangkepentingan kajian ini kepada murid- murid, guru mahupun pihak sekolah.Semoga kajian ini akan dapat mempertingkatkan tahap kecekapan membacadan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongan dan motivasi kepada murid-murid yang lain. 1.8.1 Kepentingan kepada murid. Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Hasil dapatan kajian ini akan dianalisis untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadisatu cara dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai kemahiran membaca KV + KV. Apa yang diharapkan, data yang diperoleh daripada kajian dapat membantu mengesan tahap kemahiran murid dalam membaca. Bagi guru-guru pula diharap dapatan dan hasil kajian ini akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.8.2 Kepentingan kepada guru Di harapkan juga hasil kajian dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid. 1.8.3 Kepentingan kepada pentadbir Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah.Dapatan kajian ini akan menjadikoleksi sekolahuntuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yangmemerlukannya 1.8.4 Kepentingan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • 6. 6 Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan sistem pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambahbaik dasar dan sistem sedia ada. 1.9 Rumusan Ringkasnya, kebolehan membaca yang seharusnya dimiliki oleh murid-murid setelah menguasai kemahiran menyebut suku kata KV, sekumpulan perbendaharaan kata yang agak memuaskan, boleh membaca ayat-ayat ringkas dan boleh mengeja dengan sebutan yang tepat apabila membaca sesuatu petikan. Perkara utama yang perlu diberi perhatian oleh pengkaji sebelum melaksanakan sesuatu kajian ialah objektif kajian. Jika kajian yang akan dijalankan mempunyai kepentingan yang tinggi, maka kajian tersebut boleh diteruskan. Pengkaji juga perlu mengenal pasti persoalan kajian dan batasan kajian supaya dapat mengukuhkan lagi kajian.Perancangan yang rapi dan kerjasama daripada pelbagai pihak akan melancarkan proses kajian dan pasti menghasilkan kajian yang berkualiti serta boleh dijadikan rujukan jika diperlukan. BAB 2
  • 7. 7 TINJAUAN LITERATUR 2.1 Pengenalan Tinjauan literatur amat penting dalam sesuatu kajian. Ini kerana ia akan dapat memberi kita maklumat dan idea dalam menentukan hala tuju kajian yang akan dilaksanakan. Biasanya ia adalah rumusan hasil kajian yang telah dilakukan oleh pengkaji sebelum ini mengikut minat dan kaedah tertentu yang telah digunakan dalam mencari hasil keberkesanan hasil kajian yang telah dilakukan. Hasil-hasil kajian mereka itu boleh dijadikan sebagai sumber rujukan dan panduan dalam penambahbaikkan hasil dapatan kajian yang saya sedang laksanakan ini. Tujuan tinjauan literatur adalah untuk : a) memberi idea mengenai pembolehubah. b) mengumpul maklumat mengenai kerja-kerja penyelidikan yang telah dibuat. c) mengetahui status kajian itu diluar. Memperolehi makna dan hubungan antara pembolehubah- pembolehubah. d) mengenalpasti masalah sebenar. e) membina hipotesis kajian. f) merancang metodologi yang sesuai. 2.2 Literatur Berkaitan Terdapat teori-teori yang berkonsepkan pengajaran dan pembelajaran.Teori behaviorisme berasaskan kepada perubahan tingkah laku. Denganmelakukan sesuatu secara berulang-ulangtingkahlaku akan dikuasai secaraautomatik. Peneguhan, ganjaran dan hukuman adalah cara pengajaran danpembelajaran teori ini. Teori kognitif pula berpegang teguh bahawapembelajaran melibatkan pemerolehan dan penyusunan semula maklumatdalam struktur pemikiran. Berdasarkan teoriBehaviorisme, perubahan tingkah laku bertujuanmenekankan kepada matlamat perilaku terarah iaitu berfokus kepada membaca. Berdasarkan Wikipedia Bebas (2000), Teori Behaviorisme adalah sebuah teori yang dicetuskan oleh Gage dan Berlinertentang perubahan tingkah laku sebagai hasil dari pengalaman.
  • 8. 8 Teori iniberkembang menjadi aliran psikologi belajar yang berpengaruh terhadap arah pengembangan teori pendidikan dan pembelajaran yang dikenal sebagai aliran behavioristik. Aliran ini menekankan pada terbentuknya perilaku yang tampak sebagai hasil belajar. Berdasarkan teori kognitif, apabila membaca bermulalah proses berfikir secara umum dan khusus. Kesilapan dalam memahami isi kandungan bahan bacaan bermakna mesej yang hendak disampaikan oleh penulis gagal diterima oleh pembaca. Teori ini juga merumuskan bahawa membaca adalah satu aktiviti yang mengandungi pelbagai proses iaitu membaca sebagai proses meniru, membina makna, merancang, membuat jangkaan dan menilai. Berdasarkan satukajian yang dibuat oleh seorang pensyarah Jabatan Media, Universiti Malaya (UM), Dr. Abu Hassan Hasbullah mengenai tabiat membaca di kalangan pelajaruniversiti di negara Malaysia menunjukkan mereka hanya membaca empat buah bukusetahun. Sebagai perbandingan jumlah buku yang dibaca oleh pelajar universiti di Australiaialah 180 buah, Indonesia (94 buah), India (130 buah), Thailand (56 buah) dan Brunei (26buah).Di samping itu juga, jumlah buku yang dibeli oleh pelajar kita pula hanya setakatempat buah sahaja untuk tiga tahun pengajian berbanding pelajar universiti di luar negara,jumlah buku yang dibeli oleh pelajar Australia ialah 160 buah, Indonesia (43 buah), Thailand(31 buah), India (75 buah) dan Brunei (15 buah).Ini menunjukkan amalan membaca dalam kalangan pelajar universiti adalah jauh berbeza. Menurut Zahir Zainudin, seorang penyelidik bebas sains sosial menyatakan dalam blognya, kajian-kajian berkaitan membaca dalam kalangan kanak-kanak telah banyak membantu ibu bapa, penjaga, dan guru berfikir tentang masa depan. Membaca adalah proses yang melibatkan aktiviti tahu huruf, faham, lancar dan memberi rangsangan. Perkara yang sering dilupai oleh ibu bapa ketika kanak-kanak di peringkat prasekolah ialah umur tiga hingga 5 tahun memberi kesan besar ke atas keupayaan membaca mereka.Menjadi pembaca yang baik, kanak-kanak perlukan rakan yang dimulai dari rumah dan berterusan di sekolah.Kita boleh menyediakan kanak-kanak dengan minat membaca melalui menyanyi bercerita bersama-sama, berbual-bual tentang persekitaran, menyanyi atau bersoal jawab. Ambigapathy et al. menyatakan bahawa pembentukan minat membaca di kalanganmurid dipengaruhi oleh sejumlah faktor seperti penjaga atau ibubapa, jantina, kemudahansumber bahan bacaan dan pihak sekolah.Setiap faktor memiliki peranan tertentu untukmempromosikan perkembangan minat pembaca. Ambigapathy et al juga mengulaskan kajianyang dilakukan oleh The Star pada 8 May 1997 tentang masa yang digunakan oleh pemudauntuk aktiviti-aktiviti harian. Kebanyakan daripada mereka meluangkan masa 14.6 jam untuk program TV, 4.1 jam untuk computer, 16.3 jam untuk radio 7.11jam untuk suratkhabar dan4.7 jam sahaja untuk buku dan komik Ini menunjukkan bahawa bahan visual telah
  • 9. 9 menjadipengganti bahan bercetak dan pendedahan kepada bahan multimedia dan komputer mempengaruhi tabiat membaca dalam kalangan murid. Satu kajian yang di jalankan oleh pihak Perpustakaan Malaysia tentang peranan mereka untukmenggalakkan amalan membaca dalam kalanganrakyat Malaysia. Beberapa langkah dan aktiviti telah dijalankan sepertimenubuhkan Dasar Galakan Membaca Perpustakaan negeri Malaysia 3 Disember 2002, penubuhan Gerakan Literasi Maklumat 2002, JawatankuasaGerakan Membaca Kebangsaan, Perpustakaan Keluarga, bacaan kegemaransaya dan banyak lagi. Selain itu, sebuah Seminar Kebangsaan Buku Kanak-kanak Malaysia 2003 telah diadakan.Di antara programnya adalah Gerakan membaca Nilam yang telahdisampaikan oleh Puan Fatimah Jusoh dari Bahagian Teknologi Pendidikan.Beliau lebih menekankan peranan murid-murid dalam memupuk minatmembaca. Kajian tentang kadar literasi perbandingan antarabangsa. AnggaranUNESCOtentang kadar literasi rakyat Malaysia terutamanya kadar literasiperempuan adalah terlalu rendah. Laporan Kualiti Hidup Malaysia (2002), terbitan Perancangan Ekonomimengatakan bahawa kadar laterasi 2002, sebanyak 93.8 %rakyat Malaysiamembaca secara purata hanya dua buah buku setahun. Dalam laporan ini turutmemaparkan bilangan murid-murid sekolah rendah dalam lingkungan umur 7hingga 9 tahun sebanyak 96 % boleh membaca dan hanya 73 % daripada itumengamalkannya. Kajian mendapati jenis bahan yang diakses berbentuk bacaanringan seperti surat khabar 79 %, buku 52 %, majalah 47 %, dan komik 32 %. Kajian mendapati di antara sebab mengapa tidak membaca ialah tidakberminat dan tidak mempunyai masa lapang.Utusan Malaysia 12 Jun 2006 melaporkan beberapa kajian tentang budaya membaca di institut pengajian tinggi.Satu kajian di barat tentang budaya membaca di kalangan pelajar universiti menunjukkan keputusan yang tidak memberangsangkan di manahanya 41 % responden membaca setiap hari. Menurut kajian Abd Wahab Bin Mat (1995), pendapatan penjaga mempengaruhiminat membaca buku dan jantina mempengaruhi minat membaca majalah.Sebanyak 76.3%respondan bersetuju bahawa ibubapa merupakan orang yang menggalakan mereka untukmembaca. Nor Shahriza Abdul Karim (2006), juga mendapati terdapat perbezaan antara amalandan tingkah laku membaca untuk jantina yang berbeza.Bahan bacaan yang dipilih adalahberbeza bagi pelajar yang berlainan jurusan.
  • 10. 10 Disamping itu Najibah (2009), telah membuat satu bancian tentang orang yangpaling mempengaruhi tabiat membaca dalam diri para peminat melalui Goodreads danBukuria. Keputusan bancian itu menunjukkan bahawa ibubapa dan ahli keluarga adalah dayagerakan utama pembaca, diikuti oleh pembaca sendiri, kawan-kawan dan terakhirnya adalahguru dan program membaca. Walau bancian ini adalah tidak formal tetapi ia telahmemberikan satu persoalan yang penting kepada kita, tentang sejauh manakah keberkesananprogram membaca di sekolah dan peranan guru untuk memupuk tabiat membaca dalam kalanganmurid-murid. Soedarso (2006), pula menyatakan membaca merupakan suatu kegiatan belajar, dengan membaca kita dapat menyerap sejumlah informasi atau ilmu pengetahuan.Banyak orang yang menghadapi buku atau bahan pembelajaran dengan cara membacanya dari awal hingga akhir dan mereka selalu beranggapan benar bahwa dengan cara itu mereka telah menguasai buku ataubahan bacaan. Menurut Soedarso (2006), membaca adalah aktiviti yang kompleks dengan mengerahkan sejumlah besar yang terpisah-pisah, meliputi menggunakan pemahaman, khayalan atau imaginasihingga mengingat. Kemampuan setiap individu berbeza dalam memahami bahan bacaan. Hal ini bergantung pada perbendaharaan kata yang dimilikinya, minat baca, kecepatan membaca, jangkauan mata, pengalaman, latar balakang dan sebagainya.Disebabkan oleh kemampuan setiap individu berbeza dalam menyerap sejumlah informasi dari bahan bacaan, maka perluada usaha-usaha yang lebih efektif dalam membaca. Menurut Sodarso (2006), usaha yang lebih efektif untuk memahami dan mengingat-ingat lebih lama dapat dilakukan dengan; i. mengorganisasikan bahan yang dibaca dalam kaitan yang mudah dipahami dan ii. mengaitkan fakta yang satu dengan yang lain atau dengan menghubungkan pengalaman atau konteks yang anda hadapi. Trelease (1989), berpendapat membaca kuat kepada anak-anak boleh mendatangkan banyak faedah.Ibu bapa yang membaca kuat kepada anak bukan sahaja dapat meningkatkan kemahiran membaca anak tetapi kemahiran-kemahiran lain yang berkaitan dengan kemahiran membaca. Antara lain, ibu bapa dapat meningkatkan daya mental anak-anak mereka dengan meluaskan konsep, perbendaharaan kata serta meluaskan alam pengetahuan dan pemikiran Kyla Boyse (2010), menyatakan bahawa ibu bapa memainkan peranan penting membentuk tabiat membaca dalam kalangan anak-anak. Menurutnya, empat cara boleh menggalakkan anak-anak membaca iaitu : -
  • 11. 11 i) menghadkan dan merancang waktu menonton sekeluarga. ii) memberi contoh dan menunjukkan sikap minat membaca kepada anak-anak dengan menyediakan dan membaca majalah, akhbar dan buku-buku di rumah. iii) membaca bersama-sama anak-anak dan iv) mendapatkan buku-buku perpustakaan yang berkaitan dengan isu dan keperluan seisi keluarga contohnya, yang berkaitan dengan kepentingan amalan pemakanan seimbang dan langkah-langkah mengawal berat badan. Kajian oleh Kim (1999), yang merupakan seorang guru di Arizona menyatakan dengan memberi peluang kepada murid untuk mencari makna perkataan(sinonim) dan kata lawannya(antonim) serta menghasilkan perkataan yang sama bunyi sebutan sama ada awalan atau akhiran akan membolehkan murid mencambah idea dan pemikiran serta menambahkan perbendaharaan kata seterusnyameningkatkan kualiti membaca seseorang. 2.3 Kajian yang Berkaitan Terdapat banyak kajian yang berkaitan dengan masalah kemahiran membaca baik dari dalam negara mahupun luar negara.Kajian-kajian ini dilakukan untuk mengkaji sejauh mana kaedah-kaedah sedia ada dapat membantu perkembangan dan peningkatan kemahiran murid-murid dalam membaca. Menurut kajian yang dilakukan oleh Roziah binti Abdul Hamid (2005), dalam memartabatkan Bahasa Melayu ini ialah dengan mewajibkanpengajaran Bahasa Melayu bermula dari sekolah rendah iaitu mendedahkan pelajar dengan perkataan-perkataanyang mudah dan senang untuk difahami sesuai dengan umur dan tahap keupayaan mereka.Selaku guru Bahasa Melayu di sekolah beliau telah menjalankan kajianmengenai tahap penguasaan pelajar dalam kemahiran membaca dengan menggunakan suku kata dangambar.Melalui kajian tindakan yang telah dijalankan didapati menampakkan hasil yang agakmembanggakan. Pencapaian dan penguasaan pelajar terhadap kemahiran membaca dengan menggunakan kad suku kata bergambar telah dapat ditingkatkan. Menurut kajian yang dilakukan oleh Rafei b. Hj. Mustafa(1996), bahan pengajaran akan membantu sesuatu proses pembelajaran menjadi lebih berkesan. Bahan pengajaran adalah segala peralatan yang digunakan oleh guru untuk membantunya menyampaikan pelajaran di bilik darjah. Bahan boleh dibahagikan kepada dua kategori berdasarkan fungsinya dalam konteks pengajaran guru iaitu bahan asas dan bahan bantu. Dalam konteks kajian ini bahan asas merujuk kepada media utama yang dijadikan sumber isi pengajaran guru. Ia mungkin berbentuk elektronik seperti radio, televisyen, kaset radio atau komputer.Bahan juga boleh terdiri daripada media bukan elektronik seperti buku, akhbar, petikan bercetak, gambar, bahan grafik atau bahan maujud.
  • 12. 12 Bahan bantu mengajar pula merujuk kepada bahan yang berfungsi sebagai penyokong atau pengukuh kepada penyampaian isi oleh guru. Bahan bantu mengajar boleh terdiri daripada apa sahaja peralatan sama ada elektronik atau bukan elektronik. Sebagai contoh guru menggunakan gambar-gambar sebagai bahan bantu untuk memudahkan pelajar memahami isi pelajaran yang bersumberkan petikan bercetak sebagai bahan pengajaran. Dalam kajian tindakan yang dilakukan oleh Hasnalee Bin Tubah (2008), dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR, menyatakan bahawa masalah pembelajaran berpunca daripada aspek suka menghafal tanpa memahami hafalannya. Peserta kajian KIA2M gagal membaca dengan baik kerana mengalami masalah “mudah lupa” maka bantuan guru KIA2M atau pun rakan-rakan amat diharapkan. Mereka kurang berdikari dan sentiasa bergantung dengan orang lain dalam usaha untuk membaca dan menulis.Berdasarkan kajian KIA2Mnya itu, ternyata murid suka menghafal sesuatu perkataan berdasarkan bahan ransangan. Kaedah tersebut hanya bersifat sementara dan murid akan cepat lupa. Selain itu, kajian yang dijalankan oleh Azman Wan Chik (1989), dalam Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Bahasa Melayu III, mengatakan bahawa masalah membaca bahasa Melayu memang wujud dalamkalangan pelajar sekolah rendah dan menengah berdasarkan dapatan kajiannya yang menunjukkan bahawa daripada 25 buah sekolah luar bandar menunjukkan 18% ada mengalami masalah membaca.Berdasarkan kajiannya itu, murid luar bandar mengalami masalah pembelajaran.Jika kita teliti, biasanya masyarakat kampung berpendapatan rendah. Ini antara salah satu faktor yang menyebabkan mengapa kebanyakan murid di luar bandar kurang mampu untuk ke prasekolah seperti tadika atau taska untuk mendapatkan pendidikan awal kanak- kanak. Golongan ini biasanya akan menghantar anak mereka terus ke sekolah apabila berusia tujuh tahun. Keadaan sebegini telah menyebabkan murid-murid akan keciciran awal dalam mendapatkan pendedahan pendidikan awal kanak-kanak. Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh Liza Rozy Anak Ulok (2009), dalam Buku Koleksi Kertas Kerja Seminar Penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, dengan menggunakan kaedah menggunakan gambar secara kerap, maka murid dapat membunyikan perkataan dengan tepat. Berdasarkan itu, kaedah kuiz dengan bantuan teknologi Microsoft Power Point hyperlinkmampu merangsang perkembangan daya ingatan murid terhadap perkataan berdasarkan gambar yang ditunjukkan.
  • 13. 13 Setiap kesalahan ejaan dan suku kata dapat diperbetulkan dengan cepat. Murid akan dapat mengecam bunyi suku kata KV berdasarkan bahan ransangan bergambar yang akan dijadikan instrument kajian saya ini. Menurut kajian oleh Mazni binti Othman (2007), Kebolehan murid-murid menguasai ketiga-tiga kemahiran membaca, menulis dan mengira dapat menyempurnakan pengajarandan pembelajaran selanjutnya. Masalah membaca merupakan kekangan utama dalam proses membaca mudah atau asaskhususnya bagi perkataan dalam lingkungan KVKV, KVKVK,VKVK dan Teks mudah. Kesukaranmengikut tertib dan faktor penggunaan instrumen dan muridakan mempengaruhi kadar membaca murid. Langkah-langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasisebarang masalah pembelajaran yang mungkin timbul dari semasa ke semasa.Salah satulangkah yang perlu diambil ialah dengan menjalankan ujian-ujianyang tertentu bagimembolehkan guru mendapatkan maklumat asas tentang pencapaian murid-murid .Ujiandiagnostik adalah satu ujian yangboleh digunakan untuk mencapai keperluan tersebut.Terdapat hubungan yang rapat antara peranan ibu bapa dan sekitaran rumah dalam pemerolehan kemahiran membaca dalam kalangan kanak-kanak. Kajian Durkin (1966), tentang kanak-kanak yang didapati sudah cekap membaca walaupun masih di dalam kelas-kelas tadika mendapati bahawa faktor utama yang mendorong mereka cepat dan lancar membaca ialah jumlah bahan bacaan yang mencukupi yang disediakan oleh ibu bapa . Mengikut kajian yang dijalankan oleh Pressley (2002), dalam Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. Ke-2). New York: The Guilford Press, masalah paling utama yang dihadapi oleh seseorang yang sedang mula membaca adalah masalah dalam komponen membaca perkataan secara tunggal. Kemahiran mengeja perkataan berkait rapat dengan kemahiran membaca perkataan.Berdasarkan dapatan kajian ini, masalah pembacaan perkataan tunggal merupakan punca utama mengapa murid-murid sukar untuk membaca. Menurut Goodman (1970), membaca merupakan salah satu proses belajar yang melibatkan pembaca dan bahan yang dibaca. Kecekapan dan kebolehan membaca bergantung pada proses dan pemeringkatan membaca yang dirancang dengan jelas dan betul. Ini bermakna, kaedah yangh betul dan sesuai amat perlu untuk memudahkan proses membaca. Kajian oleh David Daisches (1948).Membaca yang bermakna dan berkualiti ialah apabila pembaca dapat membaca dan menghayati ayat-ayat yang dibaca serta menjadikan diri sebagai watak-watak dalam
  • 14. 14 bahan bacaan. Gambar atau lukisan akan membantu pembaca memahami makna dan mesej yang hendak disampaikan. 2.4 RUMUSAN Asas kepada perkataan tunggal adalah bunyi suku kata KV, KVK, V dan VK.Sebagai contoh se (KV), mak (KVK), e (V) dan oh (VK). Apabila murid-murid sukar untuk membunyikan suku kata- suku kata tersebut maka sukarlah untuk mereka membaca dan memahami apa yang telah dibaca. Penggunaan gambar merupakan satu cara yang memudahkan murid mengecam dan menyebut perkataan KV + KV. Kaedah inilah yang saya pilih untuk kajian saya ini dalam meningkatkan kemahiran membaca KV + KV kepada dua puluh tujuh orang murid tahun 1. Saya yakin bahawa hasil dapatan kajian saya ini akan membawa perubahan yang positif dalam membimbing murid-murid tersebut menguasai kemahiran membaca
  • 15. 15 BAB 3 METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Bab ini secara khusus akan melaporkan bagaimana kaedah rangsangan suku kata bergambar digunakan oleh pengkaji dapat meningkatkan pembacaan KV+KV. Sehubungan itu, bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan, maka penyelidikan perlulah dijalankan.Justeru, pengkaji perlu melakukan perancangan dengan teliti untuk memudahkan data serta maklumat penyelidikan dikumpulkan, dianalisis dan dinilai. Bagi memudahkan pemahaman, pengkaji akan membincangkan pengkaedahan dan prosedur kajian yang merupakan langkah-langkah dalam menjalankan kajian. Aspek-aspek yang diberi penekanan ialah reka bentuk kajian, tempat kajian, populasi dan sampel kajian,instrumen kajian, kaedah pengumpulan data, cara menganalisis data dan prosedur kajian. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif. Bagi menjayakan kajian ini, saya telah menggunakan kaedah yang spesifik bagi mendapatkan data komprehensif. Hasil daripada data yang diperolehi akan menentukan dapatan kajian ini. Metodologi kajian yang digunakan adalah secara kaedah analisis data . Seramai tiga puluh orang murid Tahun 1 telah dipilih sebagai responden. Data yang diperolehi daripada kajian dan kaedah yang digunakan akan dipantau selama mereka berada di tahap 1. Bukti kebolehpercayaan ujian ini merujuk kepada setakat mana sesuatu ujian itu mengukur secara konsistennya perkara yang ujian tersebut seharusnya mengukur. Hasil dapatan kajian ini merupakan bukti terhadap ujian yang telah dijalankan. Dalam kajian ini, guru yang terlibat dengan LINUS telah dirujuk untuk mendapatkan bukti kesahan ujian yang telah dijalankan untuk mengenal pasti responden yang terlibat. Menurut Gay, Mills & Airasian (2006), kesahan serentak merujuk kepada setakat mana pencapaian ujian dapat dikaitkan dengan pencapaian kritiria yang diukur pada masa yang sama. Dalam kajian ini, bukti kesahan serentak untuk ujian membaca perkataan telah disiasat secara korelasi Pearson dengan ujian pencapaian Bahasa Melayu pertengahan tahun di sekolah-sekolah sebagai ujian instrumen. Menurut Lee Ley Wah, Manisah Mohd Ali & Norani Salleh (2008), bukti kesahan serentak untuk ujian mengeja juga telah disiasat secara korelasi Pearson dengan ujian pencapaian Bahasa Melayu pertengahan tahun di sekolah-sekolah sebagai ujian instrumen.
  • 16. 16 3.1 Reka bentuk Kajian Kajian ini dijalankan secara kuantitatifmenggunakan kaedah deskriptif yang berbentuk tinjauan dengan melaporkan semua maklumat yang diperolehi daripada ujian pengesanan, ujian membaca KV+KV dan temu bual yang ditujukan kepada guru kelas dan guru Bahasa Melayu Tahun 1. Data kuantitatif diproses untuk mendapatkan frekuensi dan peratusan. Pengkaji menggunakan teknik membaca secara pandang sebut suku kata KV untuk mendapat maklumat tentang kebolehan murid Tahun 1 membaca suku kata KV+KV. Ujian pengesanan dilakukan ke atas pelajar seramai 30 orang responden yang terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, Segamat, Johor menggunakan Reka Bentuk Kuasi-Eksperimen iaitu menggunakan kelas yang sedia ada sebagai kumpulan kawalan dan eksperimen. Kajian ini juga menggunakan kaedah temu bual dan perbincangan dengan guru kelas tahun 1 dan guru bahasa Melayu tahun 1 untuk mendapat maklumat tentang latar belakang responden dan bahan-bahan mengenai masalah yang dikaji. Pengkaji juga mendapat maklumat melalui buku-buku rujukan, kertas seminar, majalah, latihan-latihan ilmiah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk. 3.2 Populasi dan Sampel Kajian Dalam kajian ini, sampel kajian terdiri daripada murid-murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Seri Bekok, Segamat, Johor. Seramai 30 orang murid akan digunakan sebagai sampel kajian. Sampel kajian terdiri daripada 14orang murid lelaki dan 16 orang murid perempuan, dalam lingkungan umur 7 tahun. Murid- murid ini datang dari beberapa latar belakang sosio ekonomi yang berbeza. Sampel kajian ini terdiri daripada murid-murid yang mempunyai latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) yang berbeza. 3.3 Instrumen dan Cara Mentadbir Instrumen Pengkaji menggunakan beberapa instrumen untuk mengenal pasti dan mengumpul maklumat serta menganalisis data. Antara instrumen yang digunakan ialah: a. Ujian Pengesanan/Saringan. b. Ujian Membaca Suku kata KV+KV bergambar. c. Ujian Membaca Perkataan KVKV bergambar. d. Temu bual dengan guru kelas tahun 1 dan guru bahasa Melayu tahun 1. 3.3.1 Ujian Pengesanan/Saringan.
  • 17. 17 Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti kebolehan responden menguasai kemahiran membaca suku kata KV. Seramai 30 orang murid Tahun 1 akan menjalani ujian pengesanan ini. 3.3.2 Ujian Membaca Suku kata KV+KV bergambar. Selepas menjalani ujian pengesanan, pengkaji akan menjalankan sesi rawatan dan pengajaran pembelajaran terhadap sampel kajian dan setelah itu sampel diberi ujian membaca suku kata KV + KV dengan rangsangan gambar. Ujian ini bertujuan untuk mengenal pasti penggunaan gambar boleh membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Murid akan melihat gambar, menyebut suku kata yang di labelkan pada gambar. 3.3.3 Ujian Membaca Perkataan KVKV bergambar Sampel akan menjalani ujian membaca perkataan KVKV dengan rangsangan gambar. Ujian ini untuk mengenal pasti adakah penggunaan gambar sesuai untuk membantu murid meningkatkan kemahiran membaca perkataan KVKV. Dalam ujian ini, pengkaji masih menggunakan teknik pandang dan sebut. 3.3.4 Temu bual dengan guru kelas tahun 1 dan guru bahasa Melayu tahun 1 Temu bual ini dilakukan oleh pengkaji untuk mendapat maklumat latar belakang sosio ekonomi dan latar belakang pendidikan awal secara formal yang diikuti oleh sampel kajian. Temu bual ini juga akan membantu pengkaji mendapatkan maklumat mengenai faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca murid. 3.4 Kajian Rintis Kajian ini dilakukan terhadap 20 orang murid Tahun 1, Sekolah Kebangsaan Temenggong Abdul Rahman !, Johor Bahru yang terdiri daripada 20 murid lelaki . Kajian ini dijalankan menggunakan kaedah, perpustakaan penilaian, temu bual dan perbincangan dengan guru kelas Tahun 1 dan guru bahasa Melayu Tahun 1. Pengkaji juga mendapat maklumat melalui buku-buku rujukan, kertas seminar, majalah, latihan-latihan ilmiah dan lain-lain yang berkaitan dengan tajuk. 3.5 Prosedur Pengumpulan Data. Pengkaji akan merekodkan bilangan sampel yang menjalani ujian pengesanan dan pecahannya mengikut jantina. Pencapaian sampel kajian membaca KV dalam ujian pengesanan juga akan direkodkan. Pengkaji juga akan merekod dan mengumpul semua maklumat yang diperolehi daripada ujian membaca KV + KV selepas sesi rawatan dan sesi pengajaran dan pembelajaran. Maklumat yang diperolehi pengkaji melalui temu bual juga direkodkan untuk dianalisis.
  • 18. 18 3.6. Cara Penganalisisan Data. Semua maklumat dan data-data yang masih mentah yang diperoleh daripada borang kaji selidik dan jadual keputusan ujian awal dan ujian pencapaian akan dianalisis. Penganalisisan data dilakukan dengan menggunakan cara statistik asas atau statistik deskriptif, iaitu menjurus kepada penghuraian dan pengiraan kekerapan, purata dan peratus. Berdasarkan data dan maklumat yang direkod dalam jadual dan maklum balas temu bual akan diproses dan dianalisis. Pengiraan kekerapan, purata dan peratus akan dibuat untuk menghasilkan dapatan kajian tentang keberkesanan penggunaan gambar dalam meningkatkan kemahiran membaca KV+KV. 3.7 Rumusan Kajian ini akan diteruskan kepada peringkat yang seterusnya. Untuk meneruskan kajian kepeda peringkat selanjutnya, pengkaji perlu mengetahui serba sedikit latar belakang kajian yang akan dilakukan. Elemen-elemen seperti responden/sampel kajian, reka bentuk kajian, prosedur kajian dan mengenal pasti instrumen kajian yang sesuai digunakan adalah penting. Pengkaji perlu memilih dan menetapkan instrument kajian yang sesuai dan menepati objektif dan persoalan kajian bagi melancarkan proses penyelidikan yang akan dijalankan dan seterusnya menghasilkan dapatan kajian yang berkualiti.
  • 19. 19 BAB 4 ANALISIS DATA 4.1 Pengenalan Bab ini, akan melaporkan keputusan serta dapatan yang diperolehi dalam kajian ini. Ianya dimulakan dengan melaporkan profil responden.Maklumatdemografi yang diperolehi dinyatakan dalam bentuk peratusan dan dipaparkanmenggunakan jadual dan carta.Ini dilakukan untuk memberi gambaran yang lebih jelas tentangmaklumat responden yang terlibat dalam kajian ini. Seterusnya,bab ini juga akan melaporkan keputusan ujian dan analisis pencapaian pelajar sebelum dan selepas rawatan. Semua maklumat dan analisis pencapaian yang diperolehi dalam peratusan, dipaparkan dalam bentuk jadual dan graf. Selain itu, bab ini juga akan melaporkan analisis temu bual pemerhatian melalui borang senarai semak. 4.2 Profil Responden Kajian tindakan ini telah dijalankan ke atas 27 orang pelajar tahun satu di sebuah sekolah rendah di daerah Johor Bharu. Berikut ialah dapatan tentang demografi kumpulan pelajar tersebut. 4.2.1 Bilangan Responden, Jantina dan Kaum Berikut adalah taburan responden yang telah dipecahkan kepada jantina dan kaum : Bil Jantina Jumlah Peratus (%) .1 Lelaki 27 100 Jadual 1: Statistik Bilangan Responden Mengikut Jantina Jadual 1 di atas menunjukkan pecahan bilangan responden mengikut jantina.Berdasarkan jadual tersebut, seramai 27 orang pelajar lelaki yang telah dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Daripada keseluruhan bilangan tersebut, kesemuanya berbangsa Melayu dan tidak ada seorang pun yang berbangsa lain. 4.2.2 Jenis Pekerjaan Ibu/Bapa/Penjaga Responden
  • 20. 20 Berikut adalah jadual menunjukkan jenis pekerjaan ibu bapa responden Jadual 2: Jenis Pekerjaan ibu bapa responden Dengan merujuk kepada jadual 2 menunjukkan bahawa daripada 27 orang responden, pekerjaan ibu bapa/penjaga responden adalah terdiri dari pegawai awam( 5 orang), swasta/bank (10 orang)), Peniaga (5 orang) dan bekerja sendiri (7 orang). Jenis pekerjaan penjaga responden yang paling ramai ialah swasta (37.03%) Diikuti oleh yang berkerja sendiri (25.92%) dan diikuti oleh pegawai awam daripada pelbagai jabatan dan juga peniaga peratusnya iaitu (18.5%). Rajah 2: Pekerjaan Ibu bapa Responden Mengikut Jenis Rajah2 pula menunjukkan dengan jelas, pecahan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenisnya. Berdasarkan maklumat dan hasil temu bual dengan guru kelas Tahun 1, Jenis pekerjaan penjaga responden yang paling ramai ialah swasta (37.03%) Diikuti oleh yang berkerja sendiri (25.92%) dan diikuti oleh pegawai awam daripada pelbagai jabatan dan juga peniaga peratusnya iaitu (18.5%) 4.2.3 Latar belakang Pendidikan Awal (Prasekolah/Tadika) Berikut adalah jadual yang menunjukkan latarbelakang pendidikan awal responden; PEKERJAAN JUMLAH PERATUS (%) Pegawai Awam 5 18.5 Swasta 10 37.03 Peniaga 5 18.5 Kerja Sendiri 7 25.92 JUMLAH 27 100 SWASTA KERJA SENDIRI PEGAWAI AWAM PENIAGA
  • 21. 21 Jadual 3: Latar belakang Pendidikan Awal (Prasekolah/Tadika) Jadual 3 di atas menunjukkan responden mempunyai latar belakang yang berbeza iaitu seramai 11 orang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Tadika Swasta (40.7%) kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia seramai 10 orang (37.03%) dan 6 orang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Tabika Kemas (22.22%). Kumpulan yang paling ramai dalam kalangan responden ialah responden yang bersekolah Tadika Swasta iaitu 11 responden. Diikuti oleh yang bersekolah Prasekolah Kementerian Pelajaran iaitu 10 responden. Seterusnya Tabika Kemas iaitu seramai 6 responden. 4.3 Laporan dapatan Kajian 4.3.1 Adakah murid boleh membaca suku kata KV dengan lancar? Berikut adalah jadual yang menunjukkan pencapaian responden dalam ujian pengesanan BIL RESPONDEN SKOR PERATUS (%) SKALA 1 Sampel 1 25 100 Cemerlang 2 Sampel 2 21 84 Baik 3 Sampel 3 25 100 Cemerlang 4 Sampel 4 10 40 Lemah 5 Sampel 5 19 76 Baik 6 Sampel 6 20 80 Baik 7 Sampel 7 22 88 Cemerlang 8 Sampel 8 15 60 Sederhana 9 Sampel 9 7 28 Terlalu Lemah 10 Sampel 10 15 60 Sederhana 11 Sampel 11 18 72 Sederhana JENIS PENDIDIKAN JUMLAH PERATUS (%) TADIKA SWASTA 11 40.7 PRASEKOLAH 10 37.03 TABIKA KEMAS 6 22.22 JUMLAH 27 100
  • 22. 22 12 Sampel 12 11 44 Lemah 13 Sampel 13 16 64 Sederhana 14 Sampel 14 15 60 Sederhana 15 Sampel 15 13 52 Lemah 16 Sampel 16 15 60 Sederhana 17 Sampel 17 14 56 Lemah 18 Sampel 18 18 72 Sederhana 19 Sampel 19 15 60 Sederhana 20 Sampel 20 16 64 Sederhana 21 Sampel 21 13 52 Lemah 22 Sampel 22 15 60 Sederhana 23 Sampel 23 13 52 Lemah 24 Sampel 24 19 76 Baik 25 Sampel 25 15 60 Sederhana 26 Sampel 26 14 56 Lemah 27 Sampel 27 15 60 Sederhana Jadual 4: Pencapaian Responden dalam Ujian Pengesanan Berdasarkan jadual 4, menunjukkan pencapaian keseluruhan responden dalam ujian pengesanan yang telah dijalankan. Pencapaian responden ditunjukkan dalam bentuk skor, peratus dan pencapaian mengikut skala cemerlang, baik, sederhana, lemah dan terlalu lemah.Seramai 30 responden telah menjalani ujian pengesanan tersebut untuk mengenal pasti kebolehan membaca dalam kalangan murid Tahun 1. Skala yang digunakan adalah seperti dalam jadual 5. SKALA PERATUS (%) Cemerlang 85-100 Baik 75-84 Sederhana 60-74 Lemah 40-59 Terlalu lemah 0-39
  • 23. 23 Jadual 5 : Skala Pencapaian Skala yang digunakan juga ditunjukkan dalam jadual 5 di atas iaitu pencapaian 85% - 100% (Cemerlang), 75% - 84% (Baik), 60% - 74% (Sederhana), 40% - 59% (lemah) dan 0% - 39% (sangat lemah). Berikut adalah kekerapan pencapaian responden dalam ujian pengesanan mengikut skala. Skala Kekerapan Peratus (%) Cemerlang 3 11.11 Baik 4 14.8 Sederhana 12 44.44 Lemah 7 25.92 Jadual 6: Kekerapan Pencapaian Responden dalam Ujian Pengesanan Mengikut Skala Data dalam jadual 6 menunjukkan seramai 3 orang (11.11%) daripada 27 orang responden mendapat cemerlang iaitu yang berjaya mendapat skor antara 85% - 100%. Daripada 3 orang yang mendapat cemerlang itu, hanya 2 orang sahaja berjaya mendapat skor 100%. Manakala yang mendapat skor antara 75% - 84% iaitu berada pada skala baik seramai 4 orang (14.8%). Seramai 12 orang ( 44.44%) mencapai skala sederhana iaitu mendapat skor antara 60% - 74%. Terdapat seramai 7 orang ( 25.92%) mendapat skor antara 40% - 59% iaitu berada pada skala lemah
  • 24. 24 Rajah 3: Pencapaian Responden dalam Ujian Pengesanan/Saringan Membaca suku kata KV. Rajah 3 di atas menunjukkan pencapaian mengikut skala. Rajah memperlihatkan dengan jelas bahawa jumlah responden yang mencapai skala sederhana paling ramai iaitu 12 orang. Manakala responden yang mencapai skala lemah seramai 7 orang, diikuti oleh skala baik seramai 5 orang. Responden yang mencapai skala cemerlang seramai 3 orang 4.3.2 Adakah penggunaan gambar sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata dan KV + KV? Berikut adalah jadual yang menunjukkan pencapaian responden dalam ujian penilaian BIL RESPONDEN SKOR PERATUS (%) SKALA 1 Sampel 1 25 100 Cemerlang 2 Sampel 2 25 100 Cemerlang 3 Sampel 3 25 100 Cemerlang 4 Sampel 4 17 68 Sederhana 5 Sampel 5 23 92 Cemerlang 6 Sampel 6 24 96 Cemerlang 7 Sampel 7 22 88 Cemerlang 8 Sampel 8 21 84 Baik 9 Sampel 9 16 64 Sederhana 10 Sampel 10 20 80 Baik 11 Sampel 11 21 84 Baik 12 Sampel 12 22 88 Cemerlang 13 Sampel 13 16 64 Sederhana 14 Sampel 14 22 88 Cemerlang 15 Sampel 15 18 72 Sederhana 16 Sampel 16 21 84 Baik 17 Sampel 17 19 76 Baik 18 Sampel 18 23 92 Cemerlang 19 Sampel 19 18 72 Sederhana
  • 25. 25 20 Sampel 20 19 76 Baik 21 Sampel 21 19 76 Baik 22 Sampel 22 19 76 Baik 23 Sampel 23 18 72 Sederhana 24 Sampel 24 21 84 Baik 25 Sampel 25 19 76 Baik 26 Sampel 26 20 80 Cemerlang 27 Sampel 27 19 76 Baik Jadual 7: Pencapaian Responden dalam Ujian Penilaian Untuk ujian penilaian ini skala yang digunakan adalah sama seperti skala yang ditunjukkan dalam jadual 5 iaitu pencapaian 85% - 100% (Cemerlang), 75% - 84% (Baik), 60% - 74% (Sederhana), 40% - 59% (lemah) dan 0% - 39% (sangat lemah). Berdasarkan jadual 7, responden yang mendapat skor 100% seramai 3 orang daripada 10 orang yang mencapai skala cemerlang. Semua 10 orang responden yang mencapai skala cemerlang mendapat skor yang tinggi iaitu antara 88% hingga 100%. Berdasarkan jadual 7 juga telah menunjukkan bahawa Sampel 9 mendapat skor melebihi 40% dan telah mencapai skala lemah. Merujuk jadual 4, Sampel 9 berada dalam skala terlalu lemah semasa ujian pengesanan (sebelum sesi rawatan). Kekerapan pencapaian responden ditunjukkan dalam jadual berikut; Jadual 8: Kekerapan Pencapaian Responden dalam Skala Kekerapan Peratus (%) Cemerlang 10 37.03 Baik 11 40.74 Sederhana 6 22.22 Lemah 0 0 Terlalu Lemah 0 0
  • 26. 26 Ujian Penilaian Mengikut Skala Berdasarkan data yang ditunjukkan dalam jadual , responden yang mencapai skala lemah ialah 0 (0%), Seramai 6 orang (22.22%) mencapai skala sederhana dan 11 orang (40.74%) mencapai skala baik. Manakala 10 orang (37.03%) telah mencapai skala cemerlang. Kekerapan pencapaian responden dalam ujian penilaian ditunjukkan dalam rajah berikut; Rajah 4 : Pencapaian Responden dalam Ujian Membaca suku kata KV +KV dan Membaca Perkataan KVKV Rajah 4 di atas menunjukkan pencapaian mengikut skala. Rajah memperlihatkan dengan jelas bahawa jumlah responden yang mencapai skala baik paling ramai iaitu 11 orang.Manakala responden yang mencapai skala sederhana yang paling rendah iaitu seramai 7 orang sahaja. 10 orang responden pula telah mencapai skala cemerlang. 4.3.3 Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi kebolehan membaca KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1? Bagi instrumen ini, temu bual telah dijalankan oleh pengkaji kepada guru kelas Tahun 1 dan guru bahasa Melayu Tahun 1. Berikut adalah dapatan daripada temu bual tersebut. Item 1 : Adakah semua murid Tahun 1 pernah mengikuti pendidikan awal. Bagi item 1, guru kelas Tahun 1 telah melengkapkan borang yang dilampirkan .Dapatan bagi item ini ditunjukkan dalam jadual 9. JENIS PENDIDIKAN JUMLAH PERATUS (%) TADIKA SWASTA 11 40.7 PRASEKOLAH 10 37.03 TABIKA KEMAS 6 22.22 JUMLAH 27 100 10 11 6 0 0 0 2 4 6 8 10 12 Cemerlang Baik Sederhana Lemah Terlalu Lemah
  • 27. 27 Jadual 9: Kekerapan Latar belakang Pendidikan awal (Prasekolah/Tadika) Jadual 9 menunjukkan 11 orang mendapat pendidikan kanak-kanak di Tadika Swasta (40.7%).Seramai10 orang menerima pendidikan awal kanak-kanak di kelas Prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia(37.03%). Seramai 6 orang mendapat pendidikan awal kanak-kanak di Kelas Tadika KEMAS(22.22%). Item 2: Apakah pekerjaan kebanyakan ibu bapa murid Tahun 1. Bagi item ini, guru kelas tahun 1 telah melengkapkan borang yang dilampirkan. Dapatan bagi item ini ditunjukkan dalam jadual 10. PEKERJAAN JUMLAH PERATUS (%) Pegawai Awam 5 18.5 Swasta 10 37.03 Peniaga 5 18.5 Kerja Sendiri 7 25.92 JUMLAH 27 100 Jadual 10 : Jadual kekerapan pekerjaan ibu bapa responden mengikut sektor. Jadual 10 menunjukkan bahawa daripada 27 orang responden, pekerjaan ibu bapa/penjaga responden adalah terdiri dari pegawai awam (5 orang) iaitu (18.5%) , swasta/bank seramai 10 orang iaitu (37.03%) , 5 orang responden (18.5%) yang ibu bapa/penjaganya peniaga, dan bekerja sendiri iaitu penoreh getah (7orang ) iaitu (25.92%). Swasta merupakan kekerapan yang paling tinggi manakala peniaga dan pegawai awam adalah kekerapan yang paling rendah. Item 3: Adakah semua murid Tahun 1 melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran(P&P) khususnya P&P bahasa Melayu? Bagi item 3 ini, hanya 57 % (17) daripada responden yang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p. Bakinya 43% (13) kurang melibatkan diri dan tiada respon jika disoal oleh guru. Item 4: Mengapa berlaku keadaan demikian? Berdasarkan kajian daripada item 4 ini, didapati 13 orang (43%) responden yang kurang melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti p&p itu merupakan murid LINUS.
  • 28. 28 Item 5: Apakah cara yang tuan/puan gunakan untuk menarik minat murid Tahun 1 dalam aktiviti p&p khususnya aktiviti membaca? Bagi item 5 ini, didapati aktiviti permainan suku kata berdasarkan gambar adalah antara cara yang digunakan oleh guru bahasa Melayu Tahun 1 dan didapati jumlah murid yang mengambil bahagian dalam aktiviti p&p bertambah kepada 23 orang iaitu 77%. Selain itu,membaca dengan menggunakan gambar-gambar sebagai rangsangan memang sering digunakan oleh guru bahasa Melayu Tahun 1. Item 6 : Pada pendapat tuan/puan apa faktor-faktor murid masih belum boleh membaca dengan lancar ketika di Tahun 1? Berdasarkan item 6, temu bual ini mendapati bahawa latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika yang berbeza menyebabkan murid mengalami masalah penyesuaian kaedah dan teknik yang digunakan di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian. 7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala responden yang mendapat skor terendah dalam ujian pengesanan (7/25 ) atau 28% dan ujian penilaian (10/25) iaitu 40% dikenal pasti adalah responden yang tidak pernah langsung mengikuti kelas tadika sebelum ke Tahun 1. Kaedah membaca semasa di tadika yang berbeza juga mempengaruhi kebolehan membaca dengan lancar dalam kalangan responden. Sebagai kesimpulan, beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar di Tahun 1. Selain daripada faktor latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) yang pelbagai, sosio ekonomi keluarga memainkan peranan penting. Perhatian dan keupayaan serta komitmen ibu bapa dalam usaha menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti juga penting untuk membolehkan murid membaca dengan lancar. 4.4 Rumusan Dapatan kajian menunjukkan bahawa responden yang mencapai skala sederhana dan lemah adalah paling ramai dalam ujian pengesanan iaitu 13 orang (sederhana) Manakala responden yang mencapai skala lemah seramai 8 orang. Jumlah responden yang mencapai skala lemah dan sederhana ialah 21 orang (70%). Manakala yang mencapai skala cemerlang dan baik hanya 8 orang (27%) 3 responden mencapai skala cemerlang iaitu 10% dan 5 responden mencapai skala baik (17%). Data menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara dalam pencapaian tersebut.Perbezaan sebanyak 43% adalah disebabkan oleh beberapa factor, antaranya kepelbagaian kaedah yang digunakan semasa di peringkat tadika menyebabkan responden agak sukar menyesuaikan diri dengan kaedah yang digunakan oleh guru di Tahun 1 pada awal sesi persekolahan.
  • 29. 29 Perbezaan pencapaian responden sebelum dan selepas rawatan ditunjukkan dalam jadual berikut; Skala Kekerapan Sebelum Rawatan Kekerapan Selepas Rawatan Cemerlang 3 10 Baik 4 11 Sederhana 12 6 Lemah 7 0 Jadual 11 : Perbezaan Kekerapan Pencapaian Responden Sebelum dan Selepas Rawatan Berdasarkan jadual 11 di atas, menunjukkan perbezaan kekerapan yang ketara sebelum rawatan (ujian pengesanan) dan selepas rawatan (ujian penilaian). Dapatan kajian juga memperlihatkan bahawa, penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Ini dapat dilihat dalam jadual 11. Untuk skala cemerlang pertambahan kekerapan daripada 3 kepada 10 menunjukkan penggunaan gambar sebagai rangsangan dapat membantu dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1. Pengurangan kekerapan untuk skala lemah dan sederhana daripada 22 kepada 7 juga menunjukkan penggunaan gambar dapat membantu murid berpencapaian lemah dan sederhana untuk meningkatkan kebolehan membaca suku kata KV + KV. Melalui instrumen temu bual pula, menunjukkan bahawa penggunaan gambar dapat menarik minat murid dalam aktiviti membaca. Apabila minat membaca telah wujud, ini akan menggalakkan murid aktif dalam aktiviti membaca dan secara tidak langsung akan meningkatkan kemahiran membaca seterusnya membolehkan murid membaca dengan lancar walaupun pada awal sesi persekolahan tahun 1. Instrumen temu bual juga telah menunjukkan bahawa beberapa faktor telah dikenal pasti mempengaruhi keupayaan murid Tahun 1 membaca dengan lancar. Keprihatinan dan keupayaan ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti di rumah memainkan peranan penting. Taraf sosio ekonomi (latar belakang pendidikan, pekerjaan dan pendapatan) ibu bapa dan penjaga murid juga berperanan dan berkait rapat dengan kemampuan ibu bapa dan penjaga murid untuk memberi bimbingan membaca kepada anak-anak serta menyediakan bahan bacaan yang sesuai dan berkualiti di rumah. Kebanyakan ibu bapa murid adalah terdiri daripada buruh ladang yang masanya banyak dihabiskan dengan urusan pekerjaan di ladang dan majikan. Instrumen temu bual juga memperlihatkan, kepelbagaian kelas pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan kaedah pengajaran bacaan yang tidak seragam di peringkat tadika juga telah mempengaruhi kebolehan murid Tahun 1 membaca dengan lancar. Apabila memasuki Tahun 1, murid masih tidak dapat menyesuaikan diri dengan kaedah yang digunakan oleh guru tahun 1. Sesetengahnya pula terikut-ikut dengan kaedah membaca semasa di tadika.
  • 30. 30 Keseluruhannya, bahan yang sesuai, menarik, kesedaran dan keperihatinan ibu bapa, serta kaedah yang digunakan akan dapat meningkatkan kemahiran murid membaca KV + KV dan seterusnya mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.
  • 31. 31 BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN Pengenalan Bab ini menerangkan tentang hasil kajian, rumusan dan cadangan yang disyorkan oleh pengkaji mengenai penggunaan gambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 Sekolah kebangsaan Seri Bekok Segamat. 5.1. Rumusan hasil kajian Secara keseluruhan, boleh dikatakan bahawa penggunaan gambar dapat membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Ini dapat dilihat daripada hasil kajian yang ditunjukkan dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran). 5.1.1 Adakah Murid Tahun 1 Boleh Membaca Suku Kata KV dengan Lancar Ujian pengesanan telah dijalankan untuk mengenal pasti adakah murid tahun 1 boleh membaca suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan. Hasil kajian memperlihatkan bahawa, secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar. Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% ( berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah) adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75%. (berada pada skala cemerlang dan baik). Berdasarkan hasil dapatan ujian pengesanan, sesi rawatan iaitu sesi pengajaran dan pembelajaran telah dijalankan oleh pengkaji terhadap responden.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. 5.1.2 Adakah Penggunaan Gambar, Sesuai dan Dapat Membantu Murid dalam Meningkatkan Kemahiran Membaca KV + KV. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pencapaian responden meningkat dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan. Perbezaan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Peningkatan yang begitu ketara menunjukkan bahawa rangsangan gambar memang sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Keberkesanan penggunaan gambar ini juga dapat dilihat daripada penurunan kekerapan responden yang mencapai skala sederhana lemah dan terlalu lemah.Responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja.Penurunan ini juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan
  • 32. 32 kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk membaca. 5.1.3 Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kebolehan Membaca suku kata KV+KV dalam Kalangan Murid Tahun 1 Hasil kajian juga menunjukkan bahawa perbezaan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika menyebabkan murid sukar menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan di Tahun 1.Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza. Apabila murid masuk ke tahun 1, murid menghadapi kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan kaedah dan teknik yang digunakan oleh guru di Tahun 1. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala yang mencapai skala lemah dalam ujian penilaian adalah responden yang tidak pernah mengikuti kelas prasekolah/ tadika sebelum ke Tahun 1. Selain itu, latar belakang sosio ekonomi juga turut mempengaruhi kebolehan membaca dalam kalangan murid Tahun 1.10 responden terdiri daripada anak-anak buruh ladang iaitu 33%.Buruh ladang merupakan pecahan terbesar dalam taburan pekerjaan ibu bapa responden mengikut jenis pekerjaan.Perhatian dan masa bersama anak-anak serta kemampuan ekonomi keluarga buruh ladang menyebabkan anak-anak mereka tidak mampu untuk mendapatkan bahan-bahan bacaan yang sesuai dengan peringkat umur. 5.2 Dapatan Kajian Dapatan kajian menunjukkan secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar pada awal sesi persekolahan.Pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan menunjukkan peningkatan. Peningkatan yang ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 atau kurang daripada 75% dan berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai iaitu 22 responden berbanding 8 responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% iaitu berada pada skala cemerlang dan baik. Responden yang mendapat pendidikan di kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah dikenal pasti adalah yang paling ramai mencapai skala cemerlang dalam ujian penilaian.7 responden iaitu 70% daripada jumlah responden yang mencapai skala cemerlang adalah responden yang mengikuti pendidikan awal prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.Kebiasaan guru prasekolah menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran telah membantu responden yang pernah mengikuti kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia ketika sesi rawatan kerana mudah bagi mereka menyesuaikan diri dengan penggunaan gambar dan teknik pandang sebut yang digunakan oleh pengkaji.
  • 33. 33 Penggunaan gambar memberi kesan yang positif dalam membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Selain itu,penggunaan gambar juga dapat menarik minat murid dalam aktiviti membaca.Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian penilaian yang dibuat selepas sesi rawatan. Rangsangan gambar juga didapati sesuai untuk meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Latar belakang sosio ekonomi dan pendidikan awal prasekolah atau tadika merupakan antara faktor yang mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1. Responden yang ibu bapa atau penjaganya bekerja sebagai buruh ladang adalah pecahan terbesar iaitu 33% dalam taburan kekerapan pekerjaan ibu bapa atau penjaga responden mengikut jenis pekerjaan. 5.3 Perbincangan Dapatan Kajian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa secara keseluruhannya murid Tahun 1 masih belum boleh membaca suku kata KV dengan lancar di awal sesi persekolahan. Ini dapat dilihat daripada pencapaian responden dalam ujian pengesanan yang diberikan.Dapatan daripada ujian pengesanan menunjukkan bahawa, responden yang berada pada skala sederhana, lemah dan terlalu lemah adalah lebih ramai berbanding dengan responden yang berada pada skala baik dan cemerlang. Responden yang mendapat skor kurang daripada 19/25 (75%) seramai 22 orang. Manakala Responden yang mendapat skor melebihi 19/25 atau lebih daripada 75% hanya 8 orang. Sesi rawatan (sesi pengajaran dan pembelajaran) membaca suku kata KV + KV yang menggunakan gambar sebagai rangsangan telah dijalankan selepas ujian pengesanan.Rangsangan gambar telah digunakan dalam sesi rawatan untuk melihat kesesuaian dan keberkesanannya dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV+ KV dalam kalangan murid Tahun 1. Dapatan kajian juga memperlihatkan peningkatan yang begitu ketara dapat dilihat daripada kekerapan responden yang mencapai skala cemerlang dan baik telah meningkat daripada 8 responden sahaja kepada 23 responden. Ini bermakna kekerapan responden yang mencapai skala sederhana dan lemah telah menurun daripada 22 responden kepada 7 responden sahaja. (rujuk jadual 11). Peningkatan dan penurunan yang ketara dalam pencapaian ujian penilaian selepas sesi rawatan menunjukkan, penggunaan gambar sebagai bahan rangsangan telah membantu meningkatkan kemahiran murid membaca suku kata KV+ KV. Dapatan kajian juga telah menunjukkan bahawa penggunaan gambar memang sesuai dan dapat membantu murid meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV. Penurunan kekerapan responden yang mencapai skala sederhana, lemah dan terlalu lemah juga memperlihatkan bahawa penggunaan gambar bukan sahaja membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV tetapi juga menarik minat kumpulan responden yang sederhana dan lemah untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti membaca sama ada dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah atau sebaliknya. Dapatan kajian juga telah menunjukkan latar belakang pendidikan awal prasekolah/tadika yang berbeza merupakan antara factor yang memengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.Responden dalam kajian ini terdiri daripada murid yang mempunyai latar belakang pendidikan awal yang berbeza. (rujuk jadual 9) Tadika yang berbeza mengajar membaca menggunakan teknik dan kaedah yang berbeza.Situasi ini menyebabkan murid sukar untuk menyesuaikan diri dengan
  • 34. 34 teknik yang digunakan oleh guru Tahun 1 dalam pembelajaran membaca.Jadual 9 menunjukkan terdapat 1 orang responden yang tidak bersekolah tadika langsung sebelum melangkah ke Tahun 1. Fenomena ini menjadi salah satu pendorong kepada murid gagal membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1. Faktor sosio ekonomi keluarga juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar.Responden juga terdiri daripada pelbagai latar belakang pekerjaan ibu bapa atau penjaga.Jadual 10 menunjukkan taburan pekerjaan ibu bapa dan penjaga responden mengikut jenis atau sektor.Responden yang mempunyai ibu bapa atau penjaga yang bekerja sebagai buruh ladang adalah yang paling ramai iaitu 10 orang (33%) daripada 30 responden.Masa bersama anak-anak dan keprihatinan ibu bapa juga mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar apabila berada di Tahun 1.Keupayaan ibu bapa menyediakan bahan bacaan yang sesuai, pelbagai dan berkualiti juga turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika berada di Tahun 1. Secara keseluruhannya, boleh dirumuskan bahawa dapatan kajian menunjukkan teknik atau kaedah membaca yang sesuai dengan latar belakang pendidikan awal murid akan membantu meningkatkan kemahiran membaca khususnya membaca suku kata KV + KV. Penggunaan gambar sebagai rangsangan memang sesuai dan berkesan dalam membantu meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1.Beberapa faktor juga telah dikenal pasti mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar ketika di Tahun 1.Latar belakang pendidikan awal (prasekolah/tadika) dan sosio ekonomi keluarga turut mempengaruhi kebolehan murid membaca dengan lancar. 5.4 Implikasi Dapatan Kajian. Berdasarkan kajian yang telah dijalankan dapatlah dibuat beberapa rumusan terhadap kajian tersebut. Antaranya seperti berikut ; Dapatan kajian ini diharap akan dapat membantu mempertingkatkan tahap kecekapan membacadan diaplikasikan oleh murid-murid. Di samping itu akan memberi dorongandan motivasi kepada murid- murid yang lain. Kajian ini penting untuk memastikan tiada murid yang tidak menguasai kemahiran membaca. Hasil dapatan kajian ini boleh digunakan untuk penambahbaikan dalam proses pembelajaran dan pengajaran. Kaedah dan teknik yang digunakan akan dapat menjadi satu cara dalam usaha membantu murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran mengusai asas kemahiran membaca suku kata KV + KV. Bagi guru-guru pula dapatan dan hasil kajian ini boleh dan akan terus memberi motivasi kepada guru berkenaan dan guru-guruyang lain.Hasil tersebut kelak akan menjadi sumber inspirasi atau semangat guru-guru supaya lebih berani untuk mencuba dan menghasilkan sesuatu yang barudalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dapatan kajian juga dapat memberi kesedaran kepada para guru bahawa penggunaan bahan bantu mengajar yangsesuai dapat memudahkan pengajaran guru serta memberi rangsangan,motivasi dan minat untuk murid-murid menguasai kemahiranmembaca dan secara langsung akan meningkatkan pencapaian akademikdalam kalangan murid-murid.
  • 35. 35 Dapatan kajian dapat memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa tugas dan tanggungjawab memastikan anak-anak boleh membaca dengan lancar apabila melangkah masuk ke Tahun 1 bukan harus dipikul oleh guru sahaja tetapi juga menjadi tanggungjawab ibu bapa. Ibu bapa berperanan membimbing dan member galakan agar anak-anak mempunyai tabiat membaca sejak kecil lagi. Dapatan kajian juga dapat menyedarkan ibu bapa akan kepentingan pendidikan awal (prasekolah/tadika) sebelum melangkah ke Tahun 1. Di peringkat pentadbiran, kaedah kajian yang digunakan akan membantu murid mencapai kebolehan membaca dalam menuju sifar buta huruf akan menjurus kepada pencapaian prestasi akademik yang cemerlang dan seterusnya manaikkan imej barisan pentadbir dan pengurusan sekolah. Dapatan kajian ini akan menjadikoleksi sekolah untuk sumber rujukan guru-guru serta sekolah lain yangmemerlukannya. Dapatan kajian ini juga dapat membantu pihak yang terlibat secara langsung dengan dasar dan system pendidikan seperti Pusat Perkembangan Kurikulum dan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menggubal dasar-dasar baru atau menambah baik dasar dan sistem sedia ada. Sebagai rumusan, dapatan kajian telah memberi kesan yang besar kepada banyak pihak bermula daripada murid-murid itu sendiri hinggalah pihak yang terlibat secara langsung dalam proses penggubalan dasar-dasar negara untuk melahirkan generasi celik huruf dan mampu menjadi permata negara. 5.5 Cadangan Kajian Lanjutan Kajian yang telah dijalankan ini merupakan kajian yang bersifat deskriptif bagi mengenal pasti kesesuaian dan keberkesanan penggunaan gambar dalam meningkatkan kemahiran membaca suku kata KV + KV.Kajian ini merupakan kajian berasaskan sekolah, dilakukan pada sampel yang kecil dan masa kajian yang terhad. Oleh itu, dicadangkan agar aspek-aspek berikut dapat diberikan pertimbangan untuk dijadikan sebagai bahan kajian lanjutan berkaitan dengan kajian yang telah dijalankan ini pada masa akan datang. Memperluaskan lagi kawasan kajian dari satu kelas dalam satu sekolah kepada semua murid dalam sekolah, akan membantu pihak yang berkenaan dalam usaha meningkatkan kemahiran membaca dan munurunkan kadar buta huruf. Memberikan masa yang mencukupi akan membolehkan pengkaji membuat tinjauan dan penyelidikan dengan lebih terperinci daripada pelbagai aspek kajian. Tempoh masa yang cukup dan sesuai akan memberi peluang kepada pengkaji untuk menghasilkan kajian yang benar-benar berkualiti dan memberi faedah kepada pelbagai pihak. Sebagai guru, harus sentiasa berfikir dengan kreatif dan inovatif dalam merancang setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar menarik minat murid dalam memberi tumpuan terhadap aktiviti- aktiviti yang dijalankan. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan isi pelajaran dan menarik minat murid amat penting untuk memastikan keberjayaan mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dalam menguasai kemahiran yang dipelajari. 5.6 Rumusan
  • 36. 36 Daripada kajian yang dijalankan ini dapat kita melihat perbezaan pencapaian dalam kebolehan dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dengan menggunakan gambar sebagai rangsangan dalam kalangan murid-murid yang dikaji. Secara keseluruhannya, murid-murid Tahun 1 yang dikaji telah dapat meningkatkan kebolehan membaca suku kata KV + KV menggunakan rangsangan gambar berdasarkan ujian-ujian yang dijalankan dan instrumen-instrumen yang ditentukan oleh pengkaji. Pemilihan dan penyediaan instrumen yang sesuai dan sepadan dengan objektif dan persoalan kajian adalah penting kerana ini akan memberi kesan terhadap dapatan kajian dan seterusnya memastikan keberkesanan kaedah atau cara yang digunakan dalam mengatasi permasalahan yang dikaji. Walaupun kajian yang dijalankan oleh pengkaji hanya melibatkan sebahagian kecil murid Sekolah Kebangsaan Temenggong abdul Rahman 1, Johor Bahru, Johor sahaja, namun diharapkan kajian ini dapat memberi satu gambaran tentang kebolehan membaca dalam kalangan murid-murid secara amnya dan kemahiran membaca suku kata KV + KV dalam kalangan murid Tahun 1 khususnya. Daripada cadangan-cadangan yang diberikan, diharap masalah-masalah yang berkaitan dengan keupayaan dan kebolehan murid membaca suku kata KV + KV dapat diatasi.
  • 37. 37 RUJUKAN Azman Wan Chik (1989).“Kesilapan penggunaan bahasa Melayu oleh murid-murid melayu”.Dalam Abdullah Hassan (Ed), “Kesalahan bahasa dalam Bahasa Melayu”.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Buku Panduan(1998). Pelaksanaan program pendidikan pemulihan phas ( Masalah penguasaan 3M ),Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia, David Daisches (1948). Astudy of literature for reading and critics. Ithaca. New York : University Press. Gay, L. R., Mills, G. E. dan Airasian, P. (2006).Educational research (8th ed.). Upper Saddle River, NJ: Pearson. Goodman,K. (1970). Reading as a psycologistic guessing game.Theoretical models and processes of reading. Newark: N.J Hasnalee Bin Tubah (2008).Tahap penguasaan dan kesukaran membaca dan menulis dalam kalangan murid KIA2M.Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR. http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipha/cdi/article32.pdf http://minalove.com/artikel/kajian+kemahiran+membaca+dua+suku+kata+bagi+murid+masalah http://writing.colostate.edu/guides/reading/critread/pop4b.cfm http://www.kimskorner4teachertalk.com/readingliterature/vocabcontracts.html http://www.med.umich.edu/yourchildtopics/reading.htm http://www.questia.com/library/jp-thereading-teacher http://www.readingmatrix.com/articles/ajideh/article.pdf Kyla Boyse, RN.(2010). Written and compiled.Reviewed by faculty and staff at University of Michigan. Lee Lay Wah, Manisah Mohd Ali dan Norani Salleh (2008).Development and validation of wordrecognition and Spelling testfor the purpose of dyslexia of dyslexiaassessment: A Pilot Study - Jurnal Pendidik dan Pendidikan, Jil. 23, 151–162. LeeLai Guan, Rahmah bt. Hanafi, Salihah bt. Yusof(1998).Satu tinjauan pelbagai aspekmembaca murid- murid tadika dalam Jurnal IPDA. Liza Rozy Anak UlokBuku (2009):Kaedah elektrik dan oral-aural dalam membantu murid tahun 3 menguasai suku kata KV dan KVKV,koleksi kertas kerja seminar penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009, ms.180-188.Seminar penyelidikan IPGM KBL Tahun 2009/ 13 Nov. 2009/ IPGM KBL. Pressley (2002).Reading instruction that works: The case for balanced teaching. (ed. ke-2). New York: The Guilford Press
  • 38. 38 Sinclair, A .& Papandropoulou, I .B. (1984).Learning to read and skilled reading : multiple systems interacting within and between the readers and the test. In language awareness andlearning to Read.(Downing , J. & Valtin, P, eds. ) 79 - 92 .Berlin : Springer Verlag. Smith , F . (1985). Reading .cambridge : Cambridge University Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas (2000).Dimuat turun daripada http://ms.wikipedia.org (18 Oktober 2010) http://www.scribd.com/doc/6753189/Suku-Kata Chua Yan Piaw (2006). Kaedah dan statistic penyelidikan (kaedah penyelidikan). Kuala Lumpur: McGraw-Hill. Othman Mohamad (2001).Penulisan tesis dalam bidang sains social terapan. Serdang: Penerbitan Universiti Putera Malaysia. Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib (1995) Pengajaran dalam bilik darjah : Kaedah dan strategi. Kajang: masa Enterprise.
  • 39. 39 LAMPIRAN LAMPIRAN 1 : SOALAN TEMU BUAL Temubual dengan Guru Kelas Tahun 1. Guru Bahasa Melayu/ Guru LINUS. 1. Adakah semua murid Tahun 1 pernah mengikuti pendidikan awal (prasekolah KPM/swasta). Sila lengkapkan jadual yang di sertakan. (jadual 5-lampiran 6) 2. Apakah pekerjaan kebanyakan ibu bapa murid Tahun 1. Sila lengklapkan jadual/borang yang disertakan.( lampiran 7) __________________________________________________________________ 3. Adakah semua murid Tahun 1 melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti P&P? 4. Mengapa berlaku keadaan tersebut? 5. Apakah cara yang tuan/puan gunakan untuk menarik minat murid Tahun 1 dalam aktiviti P&P khususnya aktiviti membaca? __________________________________________________________________ 6. Pada pendapat tuan/puan apa factor utama murid masih belum boleh membaca dengan lancar ketika di Tahun 1? __________________________________________________________________
  • 40. 40 LAMPIRAN 2 UJIAN SARINGAN SUKU KATA KV Nama Murid : ________________________________________ Arahan : Sebutkan suku kata berikut mengikut sebutan yang betul. 1 ba 2 ce 3 gi 4 mu 5 go 6 ki 7 yu 8 se 9 fu 10 ko 11 no 12 da 13 te 14 lo 15 cu 16 ga 17 me 18 su 19 ra 20 hi 21 tu 22 wa 23 ke 24 yu 25 fa
  • 41. 41 LAMPIRAN 3 Nama Murid : __________________________________________________________ Arahan : Sebutkan perkataan ini berpandukan gambar. ba + ju pa + ku fo + to ta + li je + li 1. 2. 3. 4. 5. su + su ja + ri ka + ki ro + ti pa + di 6. 7. 8. 9. 10. bu + ku la + ci so + fa bo + la da + du 11. 12. 13. 14. 15. me + ja gu + la yo + yo be + ca lo + ri 16. 17. 18. 19. 20. gi + gi da + hi da + gu ma + ta ti + su 21. 22. 23. 24. 25.
  • 42. 42 LAMPIRAN 4 Nama Murid : __________________________________________________________ Arahan : Sebutkan perkataan ini berpandukan gambar. baju paku foto tali jeli 1. 2. 3. 4. 5. susu jari kaki roti padi 6. 7. 8. 9. 10. buku laci sofa bola dadu 11. 12. 13. 14. 15. meja guli yoyo beca lori 16. 17. 18. 19. 20. gigi dahi dagu mata tisu 21. 22. 23. 24. 25.
  • 43. 43 LAMPIRAN 5 Latar belakang Pekerjaan Ibu Bapa murid Tahun 1/_________ SIAPA BEKERJA JUMLAH BAPA SAHAJA IBU DAN BAPA IBU SAHAJA JUMLAH
  • 44. 44 Latar belakang Pekerjaan Ibu Bapa murid Tahun 1/_________ Pekerjaan mengikut jenis/sektor JENIS PEKERJAAN JUMLAH Pegawai Awam Swasta (Bank) Swasta (Kilang) Buruh ladang Berniaga Bekerja sendiri (cth: penoreh getah) JUMLAH
  • 45. 45 LAMPIRAN 6 Maklumat Pendidikan Awal/Prasekolah Murid Tahun 1/_________ JENIS PENDIDIKAN JUMLAH Prasekolah Tabika KEMAS Tadika Perpaduan Tidak Bersekolah JUMLAH