1. J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
2. PASUKAN TINDAKAN KECEMASAN (ERT)
• Merupakan satu pasukan dalaman yang ditubuhkan oleh sesebuah
premis tertentu dalam usaha memantau serta menyelaras program-
program berkaitan pencegahan dan keselamatan kebakaran.
• Penubuhan Pasukan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah
Akta Kesihatan Dan Keselamatan Pekerja (OSHA) yang memastikan
setiap premis yang mempunyai lebih daripada 40 orang pekerja perlu
menubuhkan satu pasukan yang bertanggungjawab terhadap aspek-
aspek keselamatan kebakaran dan kesihatan pekerja.
• Perkara ini adalah bagi memastikan setiap majikan dapat memahami
tentang keperluan keselamatan di tempat kerja khususnya bahaya-
bahaya kebakaran dan keselamatan persekitaran amnya.
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
3. Strategi pertama yang dipertimbangkan oleh pasukan operasi di
tempat kecemasan ialah menyelamat mangsa yang berada di dalam
bahaya dan mengelakkan kemerbahayaan dari merebak kepada
mangsa lain.
Strategi kedua yang diberi perhatian ialah menilai samada wujud
bahaya-bahaya lain akibat dari kejadian kecemasan itu kerana
ditakuti kemerbahayaan ini sekiranya tidak diberi perhatian segera ,
mungkin akibatnya lebih teruk dari kecemasan yang sedang berlaku.
Strategi yang ketiga ialah menyekat kecelakaan dari terus merebak
dan meletakkannya dalam situasi terkawal.
Tindakan offensive bagi menghapuskan bahaya dan mengembalikan
kepada keadaan stabil.
Memastikan tidak wujud lagi sumber-sumber yang boleh
mendatangkan kecemasan sebelum pasukan operasi mengemaskan
peralatan dan meninggalkan medan.
4. PENGURUSAN KESELAMATAN KEBAKARAN
• KESELAMATAN KEBAKARAN adalah satu aspek yang amat penting dan
memerlukan kerjasama semua pihak.
• Objektif keselamatan kebakaran adalah untuk menjamin keselamatan nyawa,
melindungi harta benda dan menjamin keselamatan pasukan menyelamat.
• Sehubungan dengan itu, maka satu pasukan yang bertanggungjawab memantau
serta mengawasi segala aktiviti berkaitan keselamatan kebakaran perlulah
ditubuhkan bagi setiap premis.
• Pasukan inilah yang akan menguruskan segala aspek yang berkaitan dengan
pengurusan keselamatan kebakaran.
• Pengurusan keselamatan kebakaran bertanggungjawab dalam menyelaras dan
merangka semua aspek berkaitan keselamatan kebakaran dalam sesebuah
premis yang meliputi skop tugas seperti berikut:
• Kajian Risiko
• Pelan Kontigensi
• Pengurusan Peralatan Kelengkapan
• Pengurusan Personal/Pasukan J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
5. KAJIAN RISIKO
Risoko kebakaran biasanya wujud dalam pelbagai bentuk dan dalam
pelbagai situasi yang memerlukan pengamatan dan penyeliaan yang
berterusan daripada pihak bertanggungjawab.
Kajian risiko perlulah dijalankan dari masa ke semasa bagi mengenalpasti
bahaya- bahaya kebakaran yang ada serta punca yang berpotensi
mencetuskan kebakaran.
Di samping itu juga, laluan kecemasan perlulah sentiasa bebas dari pelbagai
halangan dan difahami oleh semua penghuni dalam premis tersebut.
Kajian bagi mengumpulkan maklumat pra rancang begi memudahkan
proses penyediaan pelan kontegensi perlu dilaksanakan dengan mengambil
kira maklumat seperti paparan seterusnya:
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
6. Kesan yang mampu terjadi sekiranya berlaku kebakaran kecil atau besar?
Bentuk tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh semua lapisan
kakitangan yang ada dalam sesebuah premis
Maklumat-maklumat yang diperlukan untuk penyediaan pelan kontegensi
mencukupi lengkap?
Kemudahan-kemudahan peralatan yang ada mencukupi dan boleh
digunakan serta boleh berfungsi?
Sumber-sumber yang berpotensi untuk menghasilkan kebakaran dan
letupan yang ada dalam sesebuah premis?
Bentuk latihan dan tindakan yang perlu diambil bagi mengatasi sesuatu masalah
sekiranya berlaku sesuatu insiden?
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
7. PELAN KONTEGENSI
o Merupakan satu maklumat bertulis yang komprehensif bagi
sesebuah premis dan persekitaran yang meliputi langkah-langkah
keselamatan dan tindakan-tindakan yang perlu sekiranya berlaku
situasi kecemasan seperti kebakaran dan ianya perlu difahami dan
diimplimentasi kepada semua penghuni yang ada dalam sesebuah
premis mengikut peranan dan tanggungjawab yagn telah ditetapkan.
o Bagi memastikan semua langkah keselamatan teratur dan tersusun,
maka seharusnya setiap premis perlu menyediakan pelan kontegensi
masing-masing yang bertujuan untuk:
o Meminimakan kes-kes kecederaan kakitangan
o Meminimakan kerosakan atau kemusnahan harta benda
o Menentukan tiada gangguan terhadap persekitaran kerja
o Mengurangkan pencemaran alam sekitar.
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
8. PENGURUSAN PERALATAN DAN KELENGKAPAN
Secara keseluruhannya pihak
pengurusan terbabit perlulah
membuat pemeriksaan secara
berkala ke atas semua
kelengkapan keselamatan dan
peralatan yagn ada ( sisitem
aktif dan pasif) serta
merekodkan semua
pemeriksaan yang dijalankan
sebagai rujukan.
Sebarang cadangan
penambahan peralatan yang
bersesuaian perlu dimaklumkan
kepada pihak pengurusan.
Maklumat lanjut ada
diperinicikan dalam modul
Pencegahan (Sistem
Pemasangan Tetap).
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
9. PENGURUSAN PERSONAL/PASUKAN
o Jumlah keanggotaan yang mencukupi dalam suatu unit berkaitan
kebakaran juga perlu sentiasa dibuat pemantauan bergantung kepada
kehendak dan keperluan semasa.
o Latihan dan kursus seperti mock drill, fire drill, evacuation drill dan
program pencegahan kebakaran perlulah diadakan secara berkala bagi
memastikan tahap kesiapsiagaan anggota pasukan sentiasa mantap
dan bersedia.
o Program tersebut adalah amat penting dalam memastikan segala
langkah-langkah keselamatan yang ada sentiasa difahami dan dipatuhi
sepanjang masa.
o Setiap anggota perlulah mengetahui senarai tugas masing-masing
seperti yang tercatat dalam pelan kontengensi dan carta organisasi.
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
10. KAWALAN PENCEGAHAN DALAM PREMIS
Pihak pengurusan perlu mengkoordinasi semua aspek
latihan bersama Pasukan Pencegahan Kebakaran (ERT)
yang ada bagi memastikan ia dapat diimplimentasikan
secara menyeluruh dalam sesebuah premis.
Program-program pencegahan dan keselamatan kebakaran
perlu diadakan bagi memberi kesedaran kepada semua
penghuni premis.
Aktiviti-aktiviti pencegahan dijalankan perlulah meliputi
semua bahagian seperti
• Bahagian pengurusan
• Bahagian pengeluaran
• Bahagian penyelenggaraan
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
11. • Mengawasi aktiviti merokok dari segi penggunaan
dan kaedah pembuangan.
• Memeriksa semua kabel peralatan elektrikmeliputi
semua otomasi pejabat dan sambungannya.
• Memastikan semua peralatan elektrik digunakan
dengan cara yang betul.
• Menanggalkan soket apabila tidak digunakan lagi.
• Meletakkan bahan yang membahaya dan mudah
terbakar di tempat yang selamat.
BAHAGIAN PENGURUSAN (
ADMINISTRATION)
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
12. J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
• Memastikan tidak berlaku sebarang kebocoran terhadap
bahan bakar yang digunakan seperti petrol, diesel,
minyak pelincir, dan seumpamanya.
• Memastikan tiada berlaku kekaratan atau habuk yang
terkumpul pada sesuatu bahagian mesin yang boleh
menyebabkan kebocoran dan mencetuskan kebakaran.
• Mengawasi semua aktiviti yang berkaitan seperti
kimpalan, pendawaian, pemotongan besi dalam kawasan
sentiasa mengikut peraturan yang ditetapkan.
• Memastikan jentera/mesin yang digunakan tidak
menjangkaui tahap kepanasan (over heating) yang
dibenarkan bagi memastikan ia selamat dari sebarang
punca kebakaran.
BAHAGIAN PENGELUARAN
(PRODUCTION)
13. J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
• Menjalankan pemeriksaan secara berkala ke
atas setiap peralatan mekanikal yang
digunakan merangkumi semua aspek
• Perlu mengetahui jangka hayat bagi sesuatu
peralatan atau sambungan yang telah dibuat.
• Memastikan setiap kerosakan berulang kali
pada sesuatu peralatan diberi pemerhatian
yang rapi dan teliti bagi memastikan tidak
berlaku kecuaian yang mampu
mendatangkan bahaya yang tidak dijangka.
BAHAGIA PENYELENGGARAAN
14. CARA-CARA MENJALANKAN LATIHAN
PENGUNGSIAN (EVACUATION DRILL)
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
a) Bunyikan loceng kecemasan
b) Buat pengumuman
c) Pasukan ERT akan menjalankan tugas seperti yang dipertanggungjawabkan
d) Pegawai Insiden memeriksa kehadiran penghuni
e) Ketua Insiden laporkan kepada pegawai operasi bomba. Faktor kepantasan,
cara pengungsian bangunan, cara tindakan memadan dan menyelamat akan
diambil kira oleh pegawai pemerhati bomba.
f) Semua latihan kecemasan kebakaran hendaklah direkodkan di dalam fail
jabatan.
g) Latihan ini melibatkan semua penghuni/pekerja. Satu kaedah menyelamat
kepada penghuni/pekerja yang cacat dan uzur harus diutamakan.
h) Latihan kebakaran hendaklah diadakan sekurang-kurangnya dua kali setahun.
15. PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN SEBELUM
MENJALANI LATIHAN PENGUNGSIAN
J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A
16. J A B A T A N B O M B A D A N P E N Y E L A M A T M A L A Y S I A