1. Ulasan
Studywithadmin
CARA MENJAWAB
1. Teliti dan fahami bahan rangsangan dan maklumat
yang diberikan
2. Baca arahan soalan dengan teliti dan fahami kehendak
soalan
3. Analisis maklumat dalam bahan rangsangan yang
merupakan isi – isi tersurat . Kemudian , fikirkan isi –
isi tersirat daripada isi – isi tersurat tersebut
4. Tulis ulasan dengan binaan
a. Pendahuluan
b. Isi – isi
c. Penutup
5. Pendahuluan ulasan haruslah ditulis dalam satu ayat
yang ringkas mengenai tema bahan rangsangan
tersebut
6. Isi – isi ulasan haruslah
a. Mencakupi isi tersurat yang diambil secara langsung
daripda bahan rangsangan
b. Mengandungi isi tersirat yang diperoleh secara
tidak langsung daripada isi tersurat
c. Isi tersurat dikemukakan terlebih dahulu , kemudian
diikuti isi tersirat
d. Dihubungkan dengan penanda wacana yang sesuai
2. Studywithadmin
7. Kesimpulan atau bahagian penutup ulasan haruslah
menggambarkan idea daripada keseluruhan ulasan
tersebut
8. Diingatkan bahawa
a. Menulis ulasan dalam satu perenggan sahaja
b. Menggunakan penanda wacana supaya ulasan lebih
mantap
c. Menyemak ulasan yang ditulis dan membetulkan
mana – mana kesilapan ejaan , tanda baca , atau
tatabahasa