SlideShare uma empresa Scribd logo
1 de 5
Baixar para ler offline
Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)

    Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK)
       Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya
mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan
kemakmuran negara.



Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat
diringkaskan seperti berikut:




      Elemen pertama dalam FPK ialah “ Pendidikan suatu usaha berterusan”.
Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu
pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang
berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini
merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.
Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan
asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di
sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja,
sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut
pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara
kendiri berbentuk ICT,secara on-line dan melalui media massa. Pendidikan
sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai
pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi
Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan
hasrat utama FPK.



       Elemen seterusnya ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut kajian,
individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani,
emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam
kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu
supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi
tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M
(membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh,
meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK)
serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk
kemajuan negara.



      Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah
kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap
keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah
dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan
cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan
masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi
sumbangan kepada kemajuan negara.



       Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang
sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal,
memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah,
kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai
keindahan dan kesenian.



      Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat
kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya
Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan
membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu,
perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara
berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka,
untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak
mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di
samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada
pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara
mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain.



        Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yang
seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan
harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak
mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang
tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain
itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani,
emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan
dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki
kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu
ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan
melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi
kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara.



        Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini
merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri
tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh
itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan
bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan
alamnya.



       Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti
mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh
penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang
ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau
menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri dan
seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan.



       Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang
ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka
membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri
dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang
memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa
berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan dan
menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri
dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam.



       Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan
dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan
kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan
cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang
memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan
tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam
perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma.



        Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu
memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan
mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang
berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana
nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan
baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati
nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan
baik dan mengelakkan perbuatan buruk.



       Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana
rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan
negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat
Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti
menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa
berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang-
undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara
dan agama.



       Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga
disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi
individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk
memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat
Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki
keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup
dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang
sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik.



      Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia yang
dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh
menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia
yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk
keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah,
tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk
perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan
kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan
Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara
dan bersemangat patriotik dan cintakan negara.



      Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat
dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama,
hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana
keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan
kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan
kemakmuran masyarakat dan negara.

Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1,
dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.

Mais conteúdo relacionado

Mais procurados

Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruShuk Ri
 
Falsafah kebangsaan
Falsafah kebangsaanFalsafah kebangsaan
Falsafah kebangsaanMohd Ibrahim
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikanJasmine Loo
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanAYU_TEMPOYAK
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaanshare with me
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.ElezaR1
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaannooakmaawanglah
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanAin Taha
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanBab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanWan Azmanan Wan Yusoff
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurAmir Ibrahim
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)Marwan Mansor
 
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptxWan Azmanan Wan Yusoff
 

Mais procurados (20)

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
 
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan kebangsaan dan falsafah pendidikan guru
 
Falsafah kebangsaan
Falsafah kebangsaanFalsafah kebangsaan
Falsafah kebangsaan
 
Falsafah pendidikan
Falsafah pendidikanFalsafah pendidikan
Falsafah pendidikan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
25880966 konsep-dan-matlamat-falsafah-pendidikan-kebangsaan
 
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
Pengaruh Falsafah Pendidikan Islam (FPI ) Terhadap Pendidikan Di Malaysia.
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
Falsafah pendidikan kebangsaan (sosial)
 
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan KebangsaanFalsafah Pendidikan Kebangsaan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan
 
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2   falsafah pendidikan kebangsaanMinggu 2   falsafah pendidikan kebangsaan
Minggu 2 falsafah pendidikan kebangsaan
 
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zanBab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
Bab 9 pemuafakatan komuniti dan sekolah dr zan
 
Isbd
IsbdIsbd
Isbd
 
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpkKurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
Kurikulum sebagai wahana penterjemahan fpk
 
Sp moral kbsm
Sp moral kbsmSp moral kbsm
Sp moral kbsm
 
Sukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral KbsrSukatan Moral Kbsr
Sukatan Moral Kbsr
 
Falsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timurFalsafah pendidikan islam dan timur
Falsafah pendidikan islam dan timur
 
Fpk present 2013
Fpk present 2013Fpk present 2013
Fpk present 2013
 
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
1. dskp pm tahun 5 sk kssr (Baru/2015)
 
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx
369325864 kuliah-1-definisi-dan-konsep-pendidikan-pptx
 

Destaque (20)

Gambaran Kekinian dan Masa Depan Sistem Kebijakan dan Peraturan Perundang-Und...
Gambaran Kekinian dan Masa Depan Sistem Kebijakan dan Peraturan Perundang-Und...Gambaran Kekinian dan Masa Depan Sistem Kebijakan dan Peraturan Perundang-Und...
Gambaran Kekinian dan Masa Depan Sistem Kebijakan dan Peraturan Perundang-Und...
 
งานนำเสนอ1
งานนำเสนอ1งานนำเสนอ1
งานนำเสนอ1
 
Asal usul kota
Asal usul kotaAsal usul kota
Asal usul kota
 
Telsa model s
Telsa model sTelsa model s
Telsa model s
 
פיתוח בר קיימא ביקורות Blog
פיתוח בר קיימא ביקורות Blogפיתוח בר קיימא ביקורות Blog
פיתוח בר קיימא ביקורות Blog
 
ใบงานท 9-16
ใบงานท   9-16ใบงานท   9-16
ใบงานท 9-16
 
Bab 5
Bab 5Bab 5
Bab 5
 
Review album ke-12 Iron Maiden; brave new world
Review album ke-12 Iron Maiden; brave new worldReview album ke-12 Iron Maiden; brave new world
Review album ke-12 Iron Maiden; brave new world
 
Web Science Curriculum Southampton - Hugh A. Davis
Web Science Curriculum Southampton - Hugh A. Davis Web Science Curriculum Southampton - Hugh A. Davis
Web Science Curriculum Southampton - Hugh A. Davis
 
Hari guru
Hari guruHari guru
Hari guru
 
Hasyaa
HasyaaHasyaa
Hasyaa
 
Tutorial etiquetas (tags)
Tutorial etiquetas (tags)Tutorial etiquetas (tags)
Tutorial etiquetas (tags)
 
Bahan kuiz p2 27 march
Bahan kuiz p2 27 marchBahan kuiz p2 27 march
Bahan kuiz p2 27 march
 
B arab
B arabB arab
B arab
 
About microsoft3
About microsoft3About microsoft3
About microsoft3
 
7 phy1
7 phy17 phy1
7 phy1
 
Pendidikan bagi Pengguna Napza (Suntik)
Pendidikan bagi Pengguna Napza (Suntik)Pendidikan bagi Pengguna Napza (Suntik)
Pendidikan bagi Pengguna Napza (Suntik)
 
Latihan bab 7
Latihan bab 7Latihan bab 7
Latihan bab 7
 
Black Halo Celebrity Watch: Shaun Robinson
Black Halo Celebrity Watch: Shaun RobinsonBlack Halo Celebrity Watch: Shaun Robinson
Black Halo Celebrity Watch: Shaun Robinson
 
Rower point bee
Rower point beeRower point bee
Rower point bee
 

Semelhante a FPK Elemen

Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negarasyaz1tea
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Siti Nadzirah
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanRoslyna Ina
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurAzizi Ahmad
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkMusaDiq YaaCob
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraDee Hamid
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbsFa Zurin
 
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIA
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIAPERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIA
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIAhudhud321
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggulSerene Chua
 
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 102 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1Hendon Ramlan
 
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 102 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1Noor Dollah
 
Metopen Sonia
Metopen SoniaMetopen Sonia
Metopen Soniaregas12
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063Inbmy
 
14 falsafah pendidikan
14 falsafah pendidikan14 falsafah pendidikan
14 falsafah pendidikanRafidah Roslan
 

Semelhante a FPK Elemen (20)

Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
Peranan kokurikulum dalam mencapai hasrat falsafah pendidikan negara dan kesa...
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaanFalsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan TimurTajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
Tajuk 3 Falsafah Pendidikan Timur
 
peranan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpkperanan sekolah bagi fpk
peranan sekolah bagi fpk
 
Sp moral kbsr
Sp moral kbsrSp moral kbsr
Sp moral kbsr
 
Falsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negaraFalsafah pendidikan negara
Falsafah pendidikan negara
 
Tugasan fpk pbs
Tugasan fpk  pbsTugasan fpk  pbs
Tugasan fpk pbs
 
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIA
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIAPERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIA
PERKAITAN DEFINISI KURIKULUM DGN KONTEKS KURIKULUM DI MALAYSIA
 
Membentuk guru unggul
Membentuk guru unggulMembentuk guru unggul
Membentuk guru unggul
 
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 102 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
 
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 102 falsafah pendidikan kebangsaan 1
02 falsafah pendidikan kebangsaan 1
 
02 fpk fpg_hc
02  fpk fpg_hc02  fpk fpg_hc
02 fpk fpg_hc
 
02 fpk fpg_hc
02 fpk fpg_hc02 fpk fpg_hc
02 fpk fpg_hc
 
Metopen Sonia
Metopen SoniaMetopen Sonia
Metopen Sonia
 
GPP 1063
GPP 1063GPP 1063
GPP 1063
 
14 falsafah pendidikan
14 falsafah pendidikan14 falsafah pendidikan
14 falsafah pendidikan
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 
Hsp moral y5
Hsp moral y5Hsp moral y5
Hsp moral y5
 

Mais de Megala Silva Raju (20)

PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptxPN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
PN. MARINA BUKU PROGRAM MAJLIS PERSARAAN.pptx
 
MODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptxMODUL GEO TING 1.pptx
MODUL GEO TING 1.pptx
 
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptxSLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
SLAID KAWAD KAKI PRNGKT SEKOLAH.pptx
 
Bab 10
Bab 10Bab 10
Bab 10
 
Bab 9
Bab 9Bab 9
Bab 9
 
Bab 8
Bab 8Bab 8
Bab 8
 
Bab 7
Bab 7Bab 7
Bab 7
 
Bab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.pptBab 7-ting-4.ppt
Bab 7-ting-4.ppt
 
Bab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.pptBab 6-ting-4.ppt
Bab 6-ting-4.ppt
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Bab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.pptBab 5-ting-4.ppt
Bab 5-ting-4.ppt
 
Bab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.pptBab 4-ting-4.ppt
Bab 4-ting-4.ppt
 
Bab 4
Bab 4Bab 4
Bab 4
 
Bab3
Bab3Bab3
Bab3
 
Bab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.pptBab 3-ting-4.ppt
Bab 3-ting-4.ppt
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.pptBab 1-ting-4.ppt
Bab 1-ting-4.ppt
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Kelebihan pembelajaran berasaskan web
Kelebihan pembelajaran berasaskan webKelebihan pembelajaran berasaskan web
Kelebihan pembelajaran berasaskan web
 

FPK Elemen

  • 1. Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Elemen-elemen dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) Dengan berpandukan kepada pernyataan falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), adalah difahamkan bahawa pendidikan di Malaysia merupakan suatu usaha memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang berdasakan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Matlamat pendidikan ialah melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berupaya mencapai kesejahteraan dan memberi sumbangan untuk keharmonian dan kemakmuran negara. Berlandaskan pernyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut, maka dapat diringkaskan seperti berikut: Elemen pertama dalam FPK ialah “ Pendidikan suatu usaha berterusan”. Elemen ini adalah sangat penting kerana pendidikan ialah proses pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran, serta penyerapan nilai murni supaya menjadi insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berahlak mulia. Proses pendidikan ini merupakan proses secara berterusan sepanjang hayat.
  • 2. Maka, pendidikan secara berterusan ini adalah bermula sebagai pendidikan asas dalam peringkat awal kanak-kanak di rumah dan tadika, disambungkan di sekolah rendah dan sekolah menengah dalam peringkat kanak-kanak dan remaja, sekolah di tempat-tempat seperti dan diteruskan di peringkat selepas institut pendidikan tinggi, tempat bekerja dan komuniti, atau dengan pembelajaran secara kendiri berbentuk ICT,secara on-line dan melalui media massa. Pendidikan sepanjang hayat membolehkan kita mengbadapi dan menangani pelbagai pembangunan yang pesat, khasnya perkembangan k-ekonomi dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Justeru itu, pendidikan secara berterusan ini merupakan hasrat utama FPK. Elemen seterusnya ialah “Memperkembang potensi individu”. Mengikut kajian, individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi seperti intelek, jasmani, emosi dan rohani sejak lahirnya. Kebanyakan potensi ini adalah terpendam dalam kendiri. Fungsi pendidikan ialah memperkembang dan meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Di dalam hasrat FPK, unsur intelek memberi tumpuan kepada ciri-ciri daya berfikir, seperti menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira), menguasai kemahiran untuk memperoleh, meningkat dan menyebarkan ilmu dan dapat berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) serta dapat memanfaatkan ilmu dan kemahiran untuk diri dan orang lain, termasuk kemajuan negara. Dari segi perkembangan unsur jasmani pula, penekanan tumpuan adalah kepada kesihatan tubuh badan individu, seperti memperkembang kepada tahap keupayaan seperti menjaga kesihatan tubuh badan diri ataupun melakukan riadah dengan sempurna; Menggunakan bakat dan kemahiran teknikal/manipulatif dengan cekap, memanfaatkan tenaga fizikal secara berdikari dan untuk kepentingan masyarakat dan akhir sekali ialah meningkatkan daya pengeluaran, demi memberi sumbangan kepada kemajuan negara. Perkembangan unsur emosi memberi tumpuan kepada perasaan jiwa yang sihat dan kuat, iaitu memperoleh perasaan tenaga dan tingkah laku yang terkawal, memiliki perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaran yang muhibbah, kerjasama dan perpaduan serta mempunyai kemahiran menilai dan menghargai keindahan dan kesenian. Dalam perkembangan unsur rohani, penekanan tumpuan ialah kepada sifat kejiwaan dan kebatian, iaitu mempunyai perasaan menyedari dan mengingati adanya Pencipta, menghargai dan mensyukuri pemberian Pencipta dan dapat memupuk dan membina disiplin kendiri serta membentuk akhlak yang mulia.
  • 3. Dalam elemen perkembangan potensi secara menyeruluh dan bersepadu, perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan secara berasingan. Ia harus diperkembangan secara menyeruluh dan bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum harus juga diberi penekanan, di samping kurikulum akademik yang dilaksanakan dalam bilik darjah. Potensi yang ada pada diri individu hendaklah diperkembangkan ke peringkat optimum dengan cara mengintegrasi bakat dan kebolehannya yang saling berkait di antara satu sama lain. Selain itu, elemen seterusya yang ditekankan ialah membentuk insan yang seimbang dan harmonis. Seperti yang diketahui umum, insan yang seimbang dan harmonis merupakan insan yang berilmu pengetahuan, bertenaga mahir, berakhlak mahir, mempunyai kepercayaan kepada Tuhan, mempunyai jiwa dan fikiran yang tenteram, tubuh badan sihat dan cergas, serta kematangan emosi dan sosial. Selain itu, insan yang seimbang dan harmonis merupakan potensinya, iaitu intelek, jasmani, emosi, sosial dan rohani, telah diperkembangkan secara menyeruluh, bersepadu dan dalam tahap optimum. Di samping itu, insan ini juga adalah individu yang memiliki kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab diri, keluarga dan negara. Individu ini akan sentiasa beriktiar dan berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, dan melaksanakan tangungjawab sebagai anggota masyarakat yang berguna, demi kemajuan diri, keluarga, bangsa dan negara. Seterusnya, dalam elemen kepercayaan kepada Tuhan. Kepercayaan ini merupakan keyakinan bahawa manusia dan alam sekitar tidak terjadi secara sendiri tetapi ada Penciptanya, dan hukum-hukum alam adalah hukum-hukum Tuhan. Oleh itu, manusia harus patuh kepada Tuhan dengan memikul amanah dan bertanggungjawab kepada Tuhan dalam usaha mentadbir dan memakmurkan alamnya. Maka, kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan seperti mengakui wujudnya Pencipta, mengakui manusia dan alam dijadikan oleh penciptanya, mengetahui hukum dan fenomena alam adalah peraturan yang ditetapkan oleh Pencipta, menyedari manusia dijadikan untuk memajukan alam atau menyedari manusia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perbuatan diri sendiri dan seterusnya melakukan kebaikan dan menghindari perbuatan kejahatan. Membentuk rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan adalah elemen yang ditekankan dalam FPK juga. Elemen ini menyaran rakyat yang memiliki sikap suka membaca, cintakan ilmu pengetahuan serta akan menggunakannya untuk manfaat diri dan orang lain. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti mencintai ilmu pengetahuan iaitu gemar membaca, sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan dan berusaha meningkatkan dan
  • 4. menyebarkan ilmu pengetahuan di samping memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain serta berfikiran terbuka luas dan mendalam. Rakyat Malaysia yang berketrampilan juga adalah elemen yang ditekankan dalam FPK. Hal ini disebabkan kerana rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa rela memberi sumbangannya demi kemajuan negara dengan cekap dan sempuma. Rakyat Malaysia yang berketrampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang dipertanggungjawabkan dan mempunyai kemahiran yang sesuai dalam perlaksanaan tugasnya secara cekap dan sempuma. Seterusnya, rakyat malaysia yang berakhlak mulia menyaran rakyat perlu memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan bersepadu, dan mengamalkannya dalam kehidupan harian. Secara umumnya, rakyat Malaysia yang berakhlak mulia ialah rakyat yang memperoleh ciri-ciri seperti mengetahui yang mana nilai baik dan mana yang buruk atau menyerdari kesan dan akibat daripada perbuatan baik dan buruk, mempunyai keyakinan terhadap nilai murni dan dapat menghayati nilai kerohanian kemanusian serta kewarganegaraan serta mengamalkan perlakuan baik dan mengelakkan perbuatan buruk. Selain itu, rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga ditekankan kerana rakyat yang mempunyai tanggungjawab yang sempurna tehadap Tuhan, bangsa dan negara, akan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab ialah rakyat yang memiliki ciri-ciri seperti menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan sempurna, sentiasa berusaha meningkatkan daya pengeluaran dengan mematuhi peraturan dan undang- undang negara dan berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, bangsa, negara dan agama. Rakyat Malysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri juga disarankan sebagai salah satu elemen dalam FPK. Melalui perkembangan potensi individu secara menyeruluh, rakyat akan dapat memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga, masyarakat, agama dan negara. Rakyat Malaysia yang berupaya mencapai kesejahteraan diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti daya katahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup dari semasa ke semasa, berfikiran waras dengan jiwa tenang dan tubuh badan yang sihat dan memperoleh kemahiran untuk mewujudkan perhubungan yang baik. Elemen yang terakhir yang ditekankan dalam FPK ialah “rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan”. Sebenarnya, melalui latihan, rakyat boleh menggnunakan tenaganya yang mahir, produktif dan inovatif untuk
  • 5. mempertingkatkan daya pengeluaran ke arah pembangunan negara. Rakyat Maysia yang dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara ialah rakyat yang memeroleh keupayaan seperti memupuk keharmonian keluarga, semangat kerjasama, kekitaan, perpaduan, muhibbah, tolerensi dan hormat dan menguasai kemahiran sains dan teknologi untuk perkembangan dan kemajuan negara. Selain itu, individu ini juga dapat mengekalkan kestabilan negara dengan mematuhi, mengekalkan dan mempertahankan Perlembangan sebagai menghayati dan mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara dan bersemangat patriotik dan cintakan negara. Sebagai kesimpulannya, peringkat keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara ini boleh dicapai dengan mengamalkan sikap toleransi, berkerjasama, hormat-menghormati serta memupuk perpaduan di antara kaum. Suasana keharmonian yang tenteram dan stabil akan menjamin perkembangan ekonomi dan kemajuan di dalam semua bidang kehidupan, dan seterusnya muncul keadaan kemakmuran masyarakat dan negara. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) boleh dicerminkan dalam Rajah 3.1, dengan menggambarkan falsafah pendidikan yang berpaksikan kepada Ketuhanan.